Fourth L.O.V.E
It's my dirty evil secret
“Oww—ow—ow—owww—OW!” Hansel menepis tangan Ivy yang
menarik telinganya sepanjang mereka dari bilik menunggu di Kampus Dementis,
teleport mereka keluar ke depan perkarangan kampus dan menuju ke hujung Bandar
sepantas magic Ivy boleh bawa mereka. “Arrrggghh… Kenapa kau bawa aku di hujung
hutan ni?” Soal Hansel menjeling kearah Ivy, dia ingin beredar tapi Ivy dah pun
arahkan kayu saktinya pada leher Hansel.
“Kau jangan nak mula. Aku dah
serabut dari tadi pagi ni, jangan kau pulak yang menambah beban aku.”
Hansel menolak tongkat Ivy ketepi.
Tidak gentar langsung dengan ugutan Ivy. “Aku membebankan kau? Kalau kau rasa
aku ni membebankan, Just leave me be and Leave this place already!!”
“Kau ingatkan aku nak sangat ke
Tanah seberang ke hah?! Aku tak terfikir nak ke seberang langsung! Apatah lagi
nak sambung belajar dekat Grece—Greek—”
“Gracious—”
“—Gracious Campus tu
hah?!—Thanks—Takkan sebab tu pun kau nak marah aku!!”
“Aku tak marahkan kau sebab ke
Campus tu!” balas Hansel dengan suara yang sama tinggi dengan Ivy.
“Jadi kau marah sebab apa?!”
“SEBAB KAU EVIL!!” Nada suara
Hansel yang garang menutup mulut Ivy. “Kau takda hati dapat masuk ke Tanah
seberang! Aku berang kerana mereka nak ambil kau dari sini!”
“DUDE! AKU TAK PERGI KE MANA-MANA!”
Ivy kembali marah. Mukanya merah kerana Hansel bertanggapan seperti itu. “Kau
ingat aku akan tinggal dekat sana buat selama-lamanya ke?” Soal Ivy sambil
tuding jari kearah tanah seberang. “Ewww….. itu mustahil!”
“Kau sentiasa cakap macam tu.” Kali
Ini Hansel guna nada rendah. “setiap kali kau kata ‘mustahi’, ‘tak mungking’
pasti akan berlaku.” Bisik Hansel hampir buat Ivy tak dengar.
“Apa yang kau merapikkan ni?” ivy
memeluk tubuh. “kau nak kata aku akan jadi baik hanya dengan berada di tempat
tu?”
“Ya.” jawab Hansel dengan yakin. “Ivy,
kau tak boleh pandang rendah dengan orang di sebelah sana. Apatah lagi The
Great Wizard Merlin. Dia pasti ada sebab kenapa dia bawa kau ke sana.”
“Dan kau rasa sebab tu ialah?”
“Untuk tukar kau menjadi baik.”
Hansel mendongak melihat langit yang di selubungi awan mendung.
Ivy mengetap gigi. Hansel tak
percayakan Ivy akan survive kat Tanah seberang ke? Dia fikir Ivy ni jenis yang
senang terpengaruh? “Hansel… Aku Jahat—”
“Sebab tu mereka nakkan kau ke
sana.” Potong Hansel. “Fikir Ivy, The Great Wizard Merlin takkan ambil kau
dengan suka-suka. Dia pasti ada niat untuk bawa kau ke sana.” Katanya menarik
lengan Ivy, cuba buat dia mendengar kali ini. “Aku bekas orang Enchanted. Aku
tahu cara mereka berfikir. Kau ahli sihir jahat yang sedang berkembang. Magik
kau hampir sama dengan magik Ibu kau Cuma Tongkat sakti yang menjadi batas kau
lepaskan kuasa terkuat kau.” Ivy sempat memandang kayu saktinya dan mendengar
Hansel kembali bersuara. “Kalau kau dah menjadi kuat, mendapat tongkat yang
sesuai untuk kau, mereka takut kau dapat hancurkan pagar berduri tu!”
“Jadi kau nak cakap yaaaang……?”
“For Lord sake, Kau satu ancaman
bagi mereka!” Hansel tak faham asal Ivy ni lambat sangat pick up? Dia Ivy the
Devil, anak Maleficent, ahli sihir jahat yang menjadi ancaman pada tanah
Enchanted. Apatah lagi anaknya yang sememangnya dah kuat pada usia yang muda.
Kalau dia dah mencapai kuasa mutlaknya, dah tentu Ivy dapat robohkan dinding
tersebut dengan mudah.
“Mereka nak tukar kau ke jalan yang
benar sebelum kau mencapai kuasa mutlak tu.” Hansel sinopsiskan ayat yang dia
terangkan panjang lebar.
Ivy diamkan diri untuk seketika,
tundukkan diri menyembunyikan matanya di sebalik rambut depan. “I hate you”
“Apa?”
“I. Hate. You!” Ivy meletup,
menarik lengannya dari genggaman Hansel. Dia sempat memukul bahu hansel sebelum
bersuara. “Kau suka sangat nak serabutkan kepala aku! Dah satu, satu masalah
datang. Fisrt, mak aku suruh aku ambil tongkat tu. Second, Pengetua Jack pula
suruh aku mendapatkan kepercayaan mereka dan sekarang.. KAU—” Ivy mengurut-ngurut
dadanya cuba tenangkan hatinya yang membara. Bajunya sememangnya dah terbakar
dari tadi. “Kau pula nak beritahu aku yang Merlin sebenarnya nak tukar aku ke
jalan yang benar?” Ivy menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin sebelum
menghembusnya. “Satu masalah telah selesai.”
“Hah? Bukan kau kata masalah kau
bertambah ke?” Soal Hansel kelihatan buntu. Kekadang, Ivy yang buat kepalanya
serabut sebab ayatnya yang berputar belit. Sama dengan moodnya.
“Tak. Ibu dan Jack Skellington
meragui aku tahu tak? mereka ingat aku ke sana sebab aku masih ada hati dan
perasaan—ada kebaikan dalam diri aku lah—lebih kurang macam tu. Kau baru je
selesaikan masalah tu kat aku. Mungkin kau betul. Merlin nak aku ke sana sebab
aku satu ancaman kepada mereka. Di sebabkan mereka tak boleh bunuh aku, mereka
cuba cari cara untuk aku menyebelahi mereka!” Ivy mengusap rambutnya yang
sememangnya dah terhurai kebelakang dan tersenyum sinis. “They make a big
mistake fikir aku akan menyebelahi mereka.”
Hansel hanya menggeleng melihat Ivy
tenggelam sendiri dengan dunia jahatnya, tertawa jahat dengan kejam dengan diri
sendiri.
Tak sampai seminit, Ivy kembali ke
dunia reality dan pandang Hansel balik. “hah? dah habis laughing sinisterly?
Dah habis buat Evil plan dalam kepala hotak kau tu? Dah bersedia nak ceritakan
kat aku macam mana kau nak kalahkan Master of knowledge, The Great Wizard
Merlin?”
Ivy hanya memberikan senyuman
jahatnya. “Oh you… jangan nak spoilkan semua rancangan aku.” Ivy mengenyit mata
dan bagi Hansel signal untuk mengekorinya masuk ke dalam hutan tersebut. “Ingat
tak kau cakap kau akan lakukan apa sahaja untuk jumpa adik kau untuk kali
terakhir? Aku ingatkan kau marah dekat aku sebab aku dapat tawaran tu dan
bukannya kau.”
Hansel mengekori Ivy masuk ke dalam
hutan tersebut. “Ya, aku marah tentang tu juga tapi aku lebih risaukan kau
dimanipulasikan oleh The Great Wizard Merlin. Kau tu lurus bendul
kadang-kadang.”
Ivy tertawa besar. “Awww… so Sweet
Hansel. Anyways, memandangkan aku akan ke Tanah Enchanted—Ish daun ni.” Ivy
menepis daun pokok yang menghalang laluannya dan hampir menampak mukanya.
“Memandangkan aku nak ke Tanah Enchanted, aku fikir aku mungkin boleh bantu kau
jumpa adik kau.”
Hansel terus mencapai tangan Ivy,
memutar perempuan itu untuk berdepan dengannya. “Kau nak hantar dia ke sini ke?
Aku dah kata aku taknak dia berada di tanah ni—”
“Tak!” Ivy menarik tangannya dan
memukul bahu Hansel. “Kau buat aku terkejut. Aku ingatlah apa kau cakap time
tu. Just follow me sebelum kau nak marah aku.”
“Kau nak bawa aku ke mana
sebenarnya?” Soal Hansel mengikut Ivy masuk jauh ke dalam hutan tersebut. “Kita
nak ke Pagar Berduri tu ke?”
Ivy mengangguk tanpa memandang
Hansel. “Ingat tak dulu kecil aku selalu cakap aku sibuk sebab aku belajar
magic dengan Ibu aku?”
“Haah?”
“Aku tipu.” Jawab Ivy, dia dapat
bayangkan Hansel terkejut sekarang ni. “Aku sebenarnya pergi bersembunyi.”
Mereka akhirnya tiba di Pagar
Berduri itu dan perhatikan dinding sehinggi 200 kaki dan setebal 60 kaki itu.
“Tunggu kejap.”
Hansel hanya memerhatikan Ivy yang
sedang merangkak di tepi pagar berduri itu sedang mencari sesuatu sambil
berbisik ‘tolonglah ada di sini… tolonglah ia masih di sini’.
“Kau cari apa sebenarnya Ivy?”
“Lubang. Lubang ke tanah seberang.”
Jawab Ivy dengan senyuman terpapar pada wajahnya.
Hansel rasa jantungnya terhenti
untuk seketika bila dia lihat Ivy tersenyum. Dia elalu tengok Ivy senyum tapi
tak seperti tadi. Ivy kelihatan betul-betul gembira bila dia sebut ayat
tersebut dan matanya bersinar seperti dia—
“Dah jumpa!”
Hansel tersentak dari lamunannya
dan mendekati Ivy. Merangkak bersamanya di atas tanah. “Ini lubang yang kau
cakapkan? Kecilnya!” Hansel melihat ada cahaya pada hujung lubang tersebut.
“Kau berani masuk lubang ni? Kau tak kena duri ke?”
Ivy mengangkat bahu. “Aku try masuk
first time dan aku selamat. So, Ya, aku tak kena duri.”
“Berapa lama kau try sneak in ke
tanah seberang?”
“Hmmm…. sehingga umur aku 15 tahun.
Selepas itu aku stop.”
“Sebab apa?”
Ivy diam untuk seketika sebelum
bersuara. “AKu dah jadi apprientice Ibu aku. Dah tiada masa nak masuk ke sini.”
“Kenapa kau tak bagi tahu Ibu kau
pasal lubang ni?”
“Kau boleh tak jangan banyak soal?”
Ivy menjeling kearah Hansel. “Kau nak jumpa adik kau ke tak?”
“Nak! Tapi kau rasa muat ke?”
Ivy memutar bola matanya fed up dengan
soalan bertubi-tubinya. “Kalau aku muat, tentu kau muat.” Katanya dan masuk ke
dalam Lubang tersebut.
Hansel ingin menghalangnya tapi Ivy
dah pun masuk jauh ke dalam. Dia mengeluh. “Well, kalau aku kena racun pun ada
Ivy sembuhkan aku.” Hansel menarik nafas dalam beranikan dirinya untuk masuk
kedalam lubang tersebut dengan penuh berhati-hati. Memastikan dia tak terkena
duri pada pagar itu. Bila dia pandang ke hadapan dia segera tunduk, mengalihkan
pandangannya dengan muka merah padam.
“Hansel? Kau okay tak kat belakang
tu?” Soal Ivy yang berada di depan Hansel.
Hansel mengangguk laju tanpa
memandang Ivy. “Y-Ya.. aku okay.”
Ivy menjungkit kening mendengar
Hansel kedengaran menggelabah. Mungkin sebab dia takut dengan duri-duri ni? Dia
mengangkat bahu malas nak tanya. Tahulah tu kalau dia terkena duri.
Ivy tersenyum bila dia dah tiba di
penghujung lubang tersebut. Dia mempercepatkan langkahnya untuk keluar dari
tempat itu.
“Waaaaah!!!!” Ivy mengangkat
tangannya keudara dan menarik nafas dalam, menghirup udara Hutan Mahligai itu.
Dia memerhatikan sekelilingnya dengan senyuman manis. THutan tersebut tidak
pernah berubah dari hari terakhir dia datang ke tempat tersebut. Masih
kelihatan indah dan penuh keajaiban. “Hansel, kau dapat keluar tak?” Dia
tundukkan diri melihat Hansel yang nak keluar dari lubang tersebut. Dia
menghulurkan tangan, membantu Hansel untuk bangun.
Hansel hanya berdiam diri
memerhatikan keadaan sekeliling yang jauh berbeza dari tanah Vicious. Penuh
dengan kehidupan, tumbuhan hijau dan ketenangan yang dia dah pernah rasa selama
satu dekad.
Ivy hanya perhatikan wajah Hansel
yang cuba mengenang kembali kehidupan lalunya. Dia tersenyum kecil. Dia tahu
betapa Hansel rindukan Tempat lahirnya. Walaupun Hansel sentiasa menafikannya,
Ivy perasan setiap kali mereka ke Gunung Furious Hansel akan tenung Tanah
Enchanted dengan lama, tenggelam dalam dunianya sendiri terkenangkan
kehidupannya di Tanah Enchanted.
Ivy terus mengalihkan pandangannya
bila mata Hansel mula berkaca.
Ya, Hansel boleh menafikan dia
taknak datang ke tanah itu lagi tapi dia tak boleh tipu hatinya yang dia
rindukan rumahnya.
“So, Ivy…” Hansel segera mengelap
matanya dan tertawa. “Kau pergi ke sini dari kecil? The Devil, heartless witch?
Apa kau buat kat sini?”
Ivy perasan suara Hansel yang
menggeletar tapi dia endahkannya. “Meh. A kid with high curiousity. Tapi aku
tak pernah keluar dari Hutan Mahligai. It’s scary—Anyways… Biar aku beritahu
kau macam mana kau akan berjumpa dengan adik kau.”
“Aku akan ke rumah kami.” Jawab
hansel dan nak bergerak meninggalkan Ivy tapi Ivy segera menghayunkan tangannya
untuk paralyzekan badan Hansel. “Ivy!!”
Ivy mendekati Hansel yang tidak
bergerak, seperti batu dan berdiri di hadapannya. “Maaf Hans, tapi kau tak
boleh ke Tanah Enchanted.”
“Asal pulak? Bukannya kau bawa aku
ke sini supaya aku jumpa adik aku ke?”
“Yes and no.” Ivy menggaru
kepalanya cuba fikir macam mana nak terangkan kepada Hansel. “Listen Hans—”
“Like I have a choice?” katanya
dengan sarkastik, kerana dia tak boleh buat apa-apa selain mendengar.
“—Hey, jangan potong ayat aku.”
Marahnya, tidak serious. “Tahu kenapa aku tak pernah ke Tanah Enchanted
sedangkan aku selalu ke Hutan Mahligai dari kecil lagi? Sebab mereka boleh cam
aku sebaik sahaja aku menjejak kaki ke tanah tu.” Katanya membuat Hansel buntu.
“What I mean is, kalau kau ke sana, mereka terus akan cam kau dan akan tanya
kau—mungkin paksa, seksa kau untuk beritahu cara kau pergi ke sini. Kau nak tak
kena permenant Banned dari tanah Enchanted?”
Hansel menggeleng. “Tapi macam mana
mereka boleh cam kau pulak? Kau bukannya orang Enchanted pun.”
“Pixie, Duh! mereka
berkeliaran di hujung hutan Mahligai. Mereka tahu siapa keluar masuk hutan ni.
Kau tak belajar benda ni kat sekolah kau ke? Setahu aku orang Enchanted belajar
tentang mistic creature ni.”
“Ya mereka ajar tapi aku dah kena
tendang ke Vicious. Remember?” katanya dengan muka berkerut. “Macam mana kau
tahu pasal ni pulak?”
An
old friend told me desis hati Ivy. “Aku dah buat research tentang Hutan
Mahligai ni.”
“Jadi, macam mana aku nak jumpa
adik aku kalau aku tak boleh lepas hutan Mahligai.”
Dari ini Ivy tersenyum dan dia
melepaskan Hansel dari sihirnya dengan satu petikan jari. “Sebab tu aku ada di
sini. Ikut aku.” Ivy mencapai lengan Hansel dan menariknya masuk ke
tengah-tengah hutan tersebut di mana tempat perjumpaan Ivy dengan kawan
lamanya, Louis selalu berjumpa.
Sebaik sahaja mereka tiba di tempat
itu, Ivy menarik nafas dalam kerana kagum melihat tempat itu masih indah
seperti mana di dalam memorinya. Bunga Lavender masih tumbuh dengan subur di
tepi tasik yang penuh dengan kehidupan laut yang sangat exotic. Pokok-pokok
rendang yang mengelilingi tempat tersebut, menyembunyikan kewujudan tasik
tersebut.
“Oh, Fairy music pun masih di sini.”
Ivy tersenyum nakal melihat 3 pari-pari kecil sedang menanyi di atas
bunga-bunga lavender itu.
“Apa?” Hansel yang juga tergamam
melihat tempat tersebut kembalian tumpuannya kepada Ivy.
Ivy menggeleng dan menarik Hansel
ke tengah-tengah padang bunga lavender itu. “Di sini tempat aku selalu lepak.
Tempat aku melarikan diri dari Diaval dan Ibu aku.”
Tiga pari-pari music itu perasan
kedatangan Ivy dan terus menyerbunya, memeluk wajah perempuan itu dan bermain
dengan rambutnya. Mereka bising, seperti satu melody yang hancur bercakap
dengan Ivy.
Ivy tertawa besar bila salah satu
pari-pari music itu mencium-cium pipinya. “Okay-OKAY! Enough.” Ivy menangkap
ketiga-tiga pari-pari itu ke dalam tangannya. “I miss you guys too and I need
your help.”
“Woaaaw…”
Ivy berpaling kearah Hansel yang
kelihatan terkejut. “Apa? Tak pernah tengok aku berkawan dengan pari-pari ke?”
“Ivy the Heartless Devil? Tak. Ini
satu perkara yang agak mengejutkan.” Katanya dengan senyuman sinis.
Ivy memutarkan bola matanya dan
melepaskan pari-pari itu. “Enough chit chat.” Katanya memandang matahari yang
dah nak terbenam. “Dengar plan aku. Hujung minggu ni aku akan mendaftar ke
Gracious Academy dan cari adik kau di tanah Enchanted. Bagi aku alamat adik kau
dan aku akan bawa dia ke sini.” Katanya dengan senyuman nakal. “Kau kena berada
di sini dalam masa seminggu selepas aku ke tanah Enchanted. Okay? Pastikan kau
free sepanjang hari tu dan tunggu di sini sampai matahari terbenam”
Hansel mengangguk dan mengangkat
tangan. “Kenapa sampai matahari terbenam?”
“Sebab selepas matahari terbenam,
Pixie akan meronda Hutan Mahligai ni. Kau nak kena kantoi ke?” Gelengan Hansel
membuat Ivy tersenyum semula. “Jangan risau, tiga pari-pari ni akan tunggu kau
di lubang pagar berduri tu, mereka akan tunjukkan jalan ke Tasik ni.. Oh dan
pastikan tiada siapa ekori kau bila kau ke sini okay?” setelah memastikan
Hansel faham, dia alihkan tumpuannya kepada tiga pari-pari music itu. “Korang
boleh tolong kan? Hansel nak sangat jumpa Gretel adiknya. Korang tak sampai
hati nak pisahkan dua adik beradik ni kan?” Pujuk Ivy dengan puppy eyesnya.
“mereka dah berpisah selama 9 tahun! Inilah satu-satunya cara untuk mereka
bersatu kembali. Whould you three help him?”
Tiga pari-pari ini cair melihat
mata merayu Ivy dengan kata ‘awwww’ dan mengangguk serentak sambil mengangkat
ibu jarinya tanda mereka setuju.
Ivy kembali memandang Hansel,
membelakangkan pari-pari tersebut dengan senyuman nakal. Dia menjungkit kening
tiga kali.
“Oh you sly witch.” Bisik Hansel
sambil menggeleng tapi senyuman yang sama tertampal pada wajah Hansel.
“You welcome, baby.” Katanya sambil
menepuk-nepuk pipi Hansel. “Kita patut balik sekarang sebelum Diaval start cari
aku. Kau boleh balik ke lubang dulu kan? aku nak catch up moment dorang ni. Kau
tahu jalan kan?”
Hansel tertawa kecil dan
mengangguk. “Jangan risau, aku tahu cam mana nak balik. Aku tunggu kau kat tepi
dinding berduri.” Katanya dan bergerak pergi.
Setelah memastikan Hansel telah
pergi jauh dari tempat itu, Ivy kembali memandang Tiga pari-pari music itu.
“Tell me, Louis pernah datang ke sini ke? Selama 4 tahun ni?”
Tiga pari-pari ini saling
berpandangan, tertera riak wajah risau pada wajah mereka bila mereka pandang
Ivy balik.
“Kenapa? sesuatu terjadi kat Louis
ke?”
Pari-pari itu menarik Ivy ke tepi
tasik dan membuat putaran atas permukaan air sambil mendendangkan lagu. Ivy
segera berlutut untuk melihat bayangan yang tiga pari-pari itu buat di dalam
bulatan music mereka.
Mata Ivy terbeliak bulat melihat
bayangan Louis yang berumur 15 tahun di dalam bulatan itu. Dia menutup mulutnya
tidak menginginkan sebarang suara keluar dari mulutnya. Sebarang perasan yang
timbul dalam hatinya tapi matanya tidak dapat menipu kerana ia mula berair.
Dalam bayangan itu, Louis kembali
dengan baju Private schoolnya menandakan dia dapat ascape dari sekolahnya. Louis
sedang mencari-cari di dalam bayangan itu. Dah tentu dia sedang mencari Ivy
kalau-kalau Ivy akan muncul.
Ivy rasa sebak di dada melihat muka
kecewa Louis bila dapat mengetahui Ivy tiada di tasik tersebut. Tetiba, sehelai
kertas kecil timbul dari bulatan tersebut dan Ivy segera menangkapnya. Membuka
lipatan kertas tersebut dan dapati terdapat mesej pendek tertulis pada kertas
tersebut.
“Mid-Fall.
Promise you’ll come?”
Ivy menggenggam kertas itu dengan
erat dekat pada dadanya yang mula rasa sakit. Dia kembali memandang bulatan
tersebut dan melihat Louis kembali ke tasik tersebut, kali ini berpakaian
biasa. bersama segulung kertas dalam tangannya. Bayangan tersebut menunjukkan
apa yang tertulis pada kertas bergulung itu.
Ia sebuah sijil graduation. Dia tamat
private school pada tahun itu juga. Pada pertengahan musim luruh.
sekali lagi, sehelai kertas muncul
dari bulatan tersebut. Ivy menangkapnya dan membukanya.
“Ivy,
I miss you. I want to see you. 14 February?”
Sekali lagi bulatan itu menunjukkan
Louis datang ke tasik tersebut bersama kuda putihnya, Majestic kali ini. Pada
permulaan Musim bunga bersama sejambak bunga dan sekotak hadiah dalam
tangannya. Sekali lagi dia tercari-cari jika Ivy ada di tasik tersebut. Wajah
kecewa tertampal pada wajahnya sekali lagi. dia kembali kepada Majestic dan
mengusap kudanya sambil berkata; “Dia betul-betul dah pergi…” riak wajahnya
berubah ke perasaan yang bercampur aduk. Marah? Sedih? Kecewa? Ivy tak dapat
jelaskan dan dia melihat Louis menjerit melepaskan geram dan melontar kotak hadiah
dan sejambak bunga itu ke dalam tasik.
“kau taknak jumpa then fine!!
Jangan datang, pergi balik dengan Ibu kau tu! Be the villain your
mother wanted you to be! Just like the heartless witch you are!”
Bayangan Louis hilang bila setitis
air mata Ivy jatuh ke dalam bulatan tersebut dan tiga pari-pari itu mendongak
melihat Ivy yang menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Air mata berterusan
jatuh tanpa henti umpama hujan jatuh ke dalam tasik itu.
Tiga pari-pari ini saling
berpandangan sebelum tenggelam kedalam air tersebut menginggalkan Ivy mengangis
bersendirian. Ke mana pari-pari itu pergi dia tak tahu, mungkin beri Ivy ruang
untuk bersendirian. Menangiskan bayangan yang dia lihat tadi. Dia sepatutnya
lega kerana Louis dah give up dengannya. Tidak lagi mengharap persahabatan
mereka di teruskan.
Tapi… kenapa dia rasa terluka mendengar
kata-kata Louis tu? Bersedih melihat wajah kecewanya? Adakah, secara senyap dia
juga tidak ingin persahabatan mereka dihentikan?
Ivy menggeleng dan mengelap air
matanya yang tidak henti mengalir. Hatinya meluap-luap dengan perasaan yang dia
dah lama pendam. Kenapa bila dia berada di Hutan tersebut pasti perasaan yang
dia tidak inginkan berada di dalam dirinya?
Empat tahu dia menahan perasaan
itu, perasaan rindu terhadap Louis. Merindui kehadirannya di sisi Ivy, gurau
senda mereka berdua, Sentuhan dan kebaikan Louis. Dia rindukan semua tu. Louis
berikan dia sesuatu yang Tanah Vicious tidak pernah bagi kepadanya. Keselesaan
dan ketenangan. Dua perkara yang dia tidak pernah dapat setelah dia dan Louis
berpisah.
Sekarang, semua itu telah tiada.
Louis dah mengalah dengan hubungan mereka. Dia dah tinggalkan Louis dan semua
ini untuk kebaikan semua orang. Untuk kebaikan Louis juga.
Tiga pari-pari itu tumbul dari permukaan
air tasik itu dengan sekuntum bunga rose putih dalam tangan mereka dan berikan
kepada Ivy.
Ivy mengambil bunga tersebut dengan
perasaan terkejut sebelum kembali memandang Pari-pari itu. “Bunga dari Louis?”
pari-pari itu mengangguk membuat Ivy tersenyum. Walaupun ia agak pedih untuk
tersenyum. “Thank you.” Bisiknya dan masukkan ke dalam beg sandangya.
Dia memandang kearah mana Hansel
telah pergi sebelum bercakap dengan pari-pari itu. “Jumpa korang dalam masa
seminggu—Tak-tak… jangan bagitau Louis. DIa tak patut tahu. Please I beg you…”
bisiknya bila Pari-pari itu teruja seperti ingin beritahu seseorang. “Hubungan
kami dah berakhir dan ia baik seperti itu. Aku akan kembali untuk Hansel dan
Gretel. Okay?” Bila lihat Pari-pari itu mengangguk dengan sedih, Ivy terus
pergi ke tempat Hansel sedang tunggu dia.
Dia dapat melihat Hansel duduk di
tepi lubang itu sedang menunggu dan Ivy segera bersembunyi disebalik pokok. Dia
mengelap air matanya dan memastikan wajahnya tidak kelihatan sembab atau ada
tanda-tanda dia menangis, baru lah dia keluar mendekati Hansel.
“Hey! Aku buat kau tunggu lama
sangat ke?” Soal Ivy dengan nada cerianya.
Hansel yang sibuk bercerita dengan
pari-pari hutan terus bangun dan menggeleng. “naaah, Dorang temankan aku semasa
kau bernostalgia kat tasik tu.” Katanya dengan senyuman nakal
Ikutkan hati nak je Ivy sihir bibir
Hansel biar ia lenyap buat selama-lamanya tapi dia perlukan mulut tu untuk bagi
Ivy nasihat dan bebelan ceramah tanpa henti. Dia benci ceramah Hansel tapi
kadang-kadang ia berguna juga.
“Shut up. Kalau kau buka mulut
pasal benda ni kat sesiapa, nahas kau.” Dia memberi amaran
dengan renungan mautnya.
Hansel mengangkat kedua tangannya.
“Okay-okay” dia tertawa sebelum tunduk dengan tangan di depakan ke lubang di
sebelahnya. “After you m’lady?”
Ivy tak boleh tahan dirinya dari
tersenyum dan merangkak masuk ke dalam lubang itu dahulu sebelum Hansel
menyusulinya masuk ke tanah mereka semula.
Sebaik sahaja mereka keluar dari lubang
tersebut, mereka pergi dari tempat itu secepat yang mungkin mengelakkan sesiapa
sahaja mengetahui keberadaan mereka di situ. Mereka tiba di Bandar Vicious dan
blend in dengan orang yang menjalani kerja harian mereka.
“So, 10 hari dari sekarang aku akan
jumpa adik aku?” Hansel membuka mulut dulu selepas mereka berjalan tanpa arah
tuju selama lebih 10 minit di Bandar tersebut. “Dan dalam masa 3 hari kau akan
temui neraka bagi orang Vicious.”
Ivy tertawa kecil. “Kau buat aku
risau. macam mereka di sana akan brainwash aku.”
Hansel pula tertawa besar. “Oh yes they
will. Kau tak tahu apa mereka boleh buat di sana terutamanya mereka yang
berkebolehan mengubah hala tuju manusia.”
“dan ‘mereka’ itu adalah….?”
“Woaaaa…. Banyak benda kau kena
pelajari ni budak.” Hansel berpaling kearah Ivy dengan senyuman nakal.
“Well, apa gunanya former Enchanted
berada di sini?” Ivy tujukan kepada Hansel. “TAk salah Sally jadikan kau
personal bodyguard aku. Tell me everything about Enchanted. Ada orang yang aku
patut berjaga-jaga ke?”
Hansel mengangkat bahu dan masukkan
kedua tangannya kedalam poket seluar. “Aku tak tahu apa dah jadi kat sana tapi
ada beberapa orang kau kena berjaga-jaga.”
“Siapa—” Ayat Ivy terpotong bila
dia dengar bunyi gagak menyahut di atas bangunan berdekatan dengan mereka. Ivy
mengeluh panjang. “Ibu aku seru aku ke rumah. Apa kata kita sambung ni esok
pagi? Gunung Furious?”
Hansel tersenyum dan mengangguk.
“See you tomorrow.”
Ivy mengangguk dan panggil Burung
Gagak itu ke bahunya. “Yea… See ya.” dia memberikan senyuman sebelum
meninggalkan hansel. Sebaik sahaja dia membelakangkan lelaki itu, senyumannya
pudar menjadi riak muka yang kosong.
“Turn into a bird.” Dia hayunkan
tangannya mengubah burung gagak itu menjadi manusia dan berjalan bersebelahan
dengannya.
“Apa rancangan kau?” Soal Diaval sebaik sahaja dia berubah.
Ivy mengetap gigi, menahan dirinya
menunjukkan sebarang ekspresi muka walaupun matanya telah berair. “Aku buat apa
yang patut aku buat.” Jawabnya mengawal nada suaranya dari pecah.
“Dengan manipulasikan kawan kau
sendiri?” Soal Diaval menuding kearah belakangnya di mana Hansel berdiri tadi.
“Ivy, kau patut ke buat macam ni?”
Ivy mendongak melihat lelaki yang
sekepala tinggi darinya dengan senyuman sinis. “Of course. I am the Maleficent’s daughter. The Heartless witch.”
>X<
Sambung...sambung...
ReplyDelete