Sixth L.O.V.E
New annoyed Friends
Hai! Apa khabar semua? Namaku, Ivy.
Dikenali sebagai Ivy the Devil sebab ramai orang menggeruni aku. Bukan sahaja
kerana aku ni anak the Evil sorcerer Maleficent malah perangai aku sememangnya
heartless. Suka menjatuhkan sumpahan keatas orang tanpa belas kasihan. Tak
kisah lah musuh atau kawan sendiri. Mempunyai kebolehan menghasilkan magic
tanpa menggunakan kayu sakti (walaupun tak sehebat pakai kayu sakti tapi kira
luar biasa jugak)
Aku membesar di tanah Vicious
bersama Ibuku, Maleficent dan juga burung gagak yang menyakitkan hati, Diaval.
Tambahan pula, aku mempunyai banyak rahsia tiada siapa yang tahu. Sebagai
contoh, aku pernah ke Hutan Mahligai, aku pernah menyukai seorang penduduk
Enchanted dan pernah mempunyai hati namun aku dah buang untuk mengelakkan ibuku
masuk kedalam jiwa aku dan mencerobohi hati aku. Kalau dia tahu segala rahsia
yang aku simpan, Masak aku!
Apapun, zaman kegemilangan aku
sebagai the heartless with di Tanah Vicious telah berakhir bila aku dapat
tawaran masuk ke Gracious Academy.
Tanah Enchanted memberi peluang kepadaku untuk kembangkan lagi namaku ke tanah
sebelah—NOT! Mereka tahu aku satu ancaman sebab itu mereka ambil aku ke
pihak mereka tapi itu orang Enchanted fikir tapi bagi orang Vicious fikir aku
rupa-rupanya mempunyai hati nurani—hancur kerja keras aku untuk mendapat
gelaran Ivy The Devil dalam masa satu hari, hanya kerana surat tawaran dari the
Wee Wizard Merlin!
Jadi, nak tak nak aku kena buktikan
kepada orang aku yang aku bukan orang baik dengan datang ke Tanah musuh untuk
rampas tongkat the great wizard merlin dan hancurkan dinding yang membahagikan
tanah vicious dan tanah Enchanted. So yeah…. Misi yang sememangnya impossible
untuk ahli sihir dalam latihan untuk mencuri dari Ahli sihir hebat. Tambahan
pula seorang diri di tanah Enchanted yang penuh dengan magic. Pari-pari di raja
dan juga banyak lagi keajaiban berwarna-warni.
Persoalan, macam mana kehidupan aku
di Gracious Academy? Adakah aku kena buli? Tak lagi. Adakah aku di sisikan oleh
pelajar lain? Ya, tepat sekali. Adakah aku bersedih kerana di sisikan? Tak
langsung sebab aku gembira mereka sisikan aku sebab mereka takutkan aku. Adakah
aku dapat membuat kawan di academy ini? faham tak konsep ‘disisikan sebab
menakutkan’? kalau ya, bagus, tak yah aku nak terangkan panjang-panjang. Jadi,
apa masalahnya? Aku tak di buli dan aku suka di sisikan, jadi kenapa aku tak
gembira di tempat ni?
Oh entah lah… mungkin sebab aku
sememangnya benci semua benda terkena sinaran matahari, pelagi ceria, a little
pixie dust dan bibbidi bobbidi boo???
Satu perkara yang aku benci selama seminggu
aku berada di academy ini ialah…. Gretel.
Ya, betul tu, adik kepada kawan rapat aku, Hansel. Isn’t it ironic yang aku
suka sangat dengan abang dia tapi aku sangat-sangat bencikan adik dia? Bukan
hanya kerana mereka berlainan jantina, berlainan umur dan juga berlainan rupa.
Malah berlainan perangai.
Gretel
“Gretel…. Gretel!” Ivy mengejar adik Hansel di laluan academy mereka. Ivy
cuba bercakap dengan perempuan itu dari hari pertama dia masuk kelas. Nasib
menyebelahi Ivy kerana dia tak perlu cari course Gretel ambil kerana mereka ada
beberapa kelas mereka sama. Jadi, semenjak dia tahu perempuan itu Gretel, Ivy
cuba mendekati perempuan itu tapi malangnya ia lebih susah dari Ivy cuba
mendekati Hansel dahulu.
Ivy dapat tahu yang Gretel sangat-sangat
membencikan orang Vicious dan tak nak ada kena mengena dengan orang Vicious.
Ivy tak pasti sangat apa punca dia benci sangat dan dia nak tanya kalau lah
Gretel bagi kesempatan untuk Ivy bercakap dengannya!!
“Gretel!” Ivy akhirnya dapat
mencapai lengan Gretel dan memutar perempuan itu untuk berdepan dengannya. “Can
you just please—”
“Get away from me!” marah Gretel
menarik perhatian pelajar di sekeliling mereka dan menarik lengannya dari tangan Ivy. “Bukannya
aku dah terangkan kat kau yang aku taknak bercakap dengan kau ke? atau kau ni
terlalu bangang nak faham maksud ‘leave me alone’? Huh?!”
Ivy mengangkat kedua tangannya dan
perasan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka, berbisik dan tajuk bisikan
mereka lebih kepada Ivy. “Dengar sini….” Ivy bersuara dengan rendah. “Aku
taknak timbulkan sebarang masalah jika kau bagi aku peluang untuk—”
“Tak.” Gretel memotong. “Aku tak
tahu apa The Great Wizard Merlin fikirkan tapi kau dah cukup dapat peluang dari
Pengetua Merlin tapi tak dengan aku. Jangan harap aku nak bagi kau sebarang
peluang!” marahnya membuat orang sekeliling berbisik tambah kuat dari
sebelumnya. “So, leave me alone already.” Gretel terus menghentak kaki
meninggalkan Ivy dikelilingi dengan pelajar yang memandang dan berbisik
tentangnya.
Urrggghhhh!
See? See?!!! nampak tak betapa menjengkelkan adik Hansel? Aku nak bercakap
dengan Hansel pun tak sesukar ini!!!
Ivy menjeling kearah
pelajar-pelajar di sekelilingnya dan berdesir. “Apa tengok-tengok? Tak penah
nampak perempuan bergaduh ke?” amaran Ivy cukup buat semua pelajar di laluan
itu kembali pada kerja masing-masing dan beredar secepat yang mungkin. Kang ada
jugak evil witch itu mengenakan sumpahan keatas mereka semua.
Setelah laluan itu kosong, Ivy
menghembus nafas lelah dan menyandar pada locker berdekatan. Ivy menghentak
kepalanya pada locker itu. “My Lord…. Meyakinkan adik Hansel lebih susah dari
apa yang aku fikirkan.” Dia melihat jam di pergelangan tangannya dan mengeluh.
“Kelas potion pulak daaa….. malasnya aku nak jumpa professor sugar plum.”
Dengan berat hati, Ivy mengheret dirinya ke locker untuk mengambil buku potion
dan juga jaket musim sejuk.
Ivy tak seberapa gemar dengan kelas potionnya
bukan sebab dia tak suka pembelajaran itu. Dia suka sebab dapat belajar
campuran potion baru—terutamanya buat racun, perkara yang dia tak suka ialah
kelasnya yang sejuk macam musim salji. Ivy tak main-main bila dia kata bilik
itu sejuk kerana bilik itu dipenuhi dengan salji. Ini kerana professor yang
mengajar mereka merupakan pari-pari yang hidup dalam salji.
Ivy tiba di dalam kelasnya lebih
awal dari apa yang dia jangkakan dan duduk di mana meja kerjanya terletak. Dia
sentisa berada di meja tersebut kerana tiada siapa nak duduk bersamanya. Hanya
orang yang lambat masuk sahaja akan stuck duduk dengan Ivy.
“Baiklah semua! Bersihkan meja kamu
dari salji kerana kita akan mulakan pelajaran kita pada hari ini!”
Ivy memandang kearah cahaya terang
yang masuk kedalam kelas mereka dan berubah bentuk bersaiz manusia di hadapan
kelas. Itu ialah professior sugar plum. Seekor pari-pari salji yang pakar dalam
membuat potion. Pelbagai jenis potion. Wajah sugar plum kelihatan seperti
seorang manusia berusia lingkungan lewat 20-an, berpakaian seperti ahli
ballerina dan bersayap rama-rama yang berwana pink dan biru. Dia mempunyai
senyuman yang sangat manis dan Ivy tak pernah lagi lihat pari-pari itu
murungkan wajahnya.
“Oh cik De—D-Devil…. Saya gembira
kamu dapat datang ke kelas saya lagi.”
Oh dan satu lagi pasal Professor
sugar Plum. Dia takutkan Ivy, atau secara general, orang Vicious.
Ivy hanya berikan dia senyuman
sesaat sebelum membuka buku potionnya tidak lagi memandang professornya yang
pucat seperti salji setiap kali melihat Ivy.
“B-Baiklah semua, sila cari
pasangan anda kerana kali ini kamu akan dapat assignment pertama kamu.” Katanya
seceria yang mungkin tanpa menjeling kearah Ivy setiap kali dia bercakap.
“Chop-chop my little brewer! Potion kali ini agak special dari yang biasa!”
Ivy hanya perhatikan rakan kelasnya
mencari pasangan mereka masing-masing. Ivy tak perlu bersusah payah langsung.
Dia hanya tunggu samada dia ada partner untuk assignment ini atau dia akan
bersendirian. Dia berharap semua orang ada pasangan dan biarkan dia bersendirian.
Ia lebih senang dari bertengkar dengan partner yang taknak beri kerjasama.
“Nampaknya kawan kita seorang tiada
partner.”
Or maybe not desis hati Ivy, hancur
harapan buat assignmentnya sendiri.
“Nampaknya Cik Apple kita tiada
pasangan lagi. ada sesiapa yang nak berpasangan dengan Cik Apple?”
Ivy memerhati rakan sekelasnya jika
ada sesiapa yang nak mengangkat tangan, mengambil perempuan itu malangnya,
mereka semua pandang tempat kearahnya.
Ivy mengeluh panjang dan dengan
berat hati mengangkat tangannya. “Saya boleh jadi partner Apple.”
“O-Okay then, Cik Apple boleh
berpasangan dengan C-Cik Devil.”
Apple Red (I know, Selena Gomez)
Apple memandang Ivy sebelum kembali
ke Professornya, matanya merayu dia taknak dengan Ivy tapi Professor Sugar Plum
tak dapat buat apa-apa. Dia menyentuh bahu Apple dan berbisik; “jangan risau,
kamu boleh lakukannya.”
Apple menelan air liur kelat
sebelum bergerak ke belakang kelas dan duduk di sebelah Ivy.
Ivy hanya perhatikan perempuan
pemalu itu bermain-main dengan jari-jemarinya dan kadang-kadang memandang
kearahnya. Ivy menjungkit kening, bila dia nak bercakap ni? Desis hatinya.
Memandangkan partner barunya tak
dapat nak memulakan komunikasi mereka, Ivy bertindak dahulu dengan menghulurkan
tangan kearah Apple. “Hey Partner. Aku harap kau boleh bekerja sama dengan aku
dalam assignment ni.”
Apple memandang tangan Ivy seketika
sebelum menyambutnya teragak-agak. “S-Saya tak yakin dengan tu. I have
butterfingers.”
“Ah…. Good to know.” Ivy dekatkan
dirinya dengan Apple dan berbisik; “Aku juga ada sikap yang teruk.”
“Apa dia?”
“Scarying people unintentionally.”
Katanya membuat Apple tertawa kecil. Ivy tersenyum nakal, nampaknya Apple lebih
senang dari Gretel.
“Baiklah semua. Sila buka muka
surat 142; assignment kamu ialah buat invisibility Potion.” Professor Sugar
Plum bersuara. “Potion ni agak susah untuk di buat jadi tolong berikan
konsentrasi penuh bila saya berikan arahan.”
Mereka memulakan assignment yang di
berikan mengikut arahan Professor Sugar Plum. Tiada orang dalam kelas itu akan
menjangka yang Ivy dan the clumsy Apple dapat bekerjasama dengan baik. Perkara
yang agak mengejutkan bagi mereka ialah Ivy tertawa bila Apple melakukan
kesilapan. Bukan mentertawakan Apple tapi ketawa bersama Apple.
“Uhm—Ivy?”
“Apa? Kau dah titiskan tear Pegasus
ke?”
“Dah… t-tapi aku dah hilang kira.”
Apple menunggu Ivy marah dia sebab ini dah kedua kali Apple buat benda yang
sama. Dia tahu Ivy cuba bersabar dengannya dan Apple pasti kali ini Ivy hilang
sabar dan meletup—
“Apa jadi kalau kita letak lebih?”
Apple tak percaya apa yang dia
dengar keluar dari mulut Ivy. “Apa? Kau tak marah?”
Ivy tersenyum nakal dan mengambil
beaker dan test drop itu dari tangan Apple. “Nak try ke?”
Mereka berdua dekatkan diri mereka
setiap kali Ivy jatuhkan setitik air mata Pegasus kedalam beaker itu. “Satu
lagi.” bisiknya memandang Apple bila beaker itu tidak memberi sebarang riaksi.
Apple mengangguk dengan muka
serius. “Do it.”
Ivy menjatuhkan setitis lagi air
mata Pegasus kedalam beaker dan—Poof!!—letupan berkilat terjadi dalam beaker
itu membuat Ivy dan Apple saling berpandangan.
‘Apa dah jadi?’ itu persoalan yang
tertulis di muka mereka.
Tak lama selepas itu cahaya terang
keluar dari beaker tersebut menyinari dan menyilaukan satu kelas hingga cahaya
itu dapat dilihat dengan jelas dari luar kelas. Semua rakan kelas mereka
memandang kearah Ivy dan Apple, terkejut dengan cahaya yang menyilaukan mereka
buat.
Ivy dan Apple tersenyum sesama
sendiri. “Wow…”
“I know…” bisik Ivy dan berhigh
five dengan Apple.
Professor Sugar Plum yang cuba
bersabar dengan kelakuan mereka berdua yang asyik buat experiment sendiri
akhirnya beranikan diri dan menegur mereka berdua. “Cik Ivy, Cik Apple.
Bahan-bahan ini sangat susah untuk diperolehi so, help me dan jangan membazir
lagi!”
Ivy dan Apple meminta maaf kepada
Professor dorang; Ivy lebih kepada ‘Sorry’ dan Apple lebih ikhlas ‘Saya minta
maaf Prof Suga Plum’.
Setelah berseronok buat beberapa
experiment dengan potion itu dan kena marah oleh prof mereka, dua rakan baru
ini
Apple sedang mengira titisan
Pegasus tears ke dalam campuran beaker mereka dengan teliti dan secara tidak
sengaja dia tersiku beberapa botol potion di atas meja. “Alamak!!”
Ivy bertindak secara reflex mendepakan
tangannya kearah barang jatuh itu, menggunakan magicnya terapungkan ia dari
jatuh pecah ke atas lantai. Ivy menghembus nafas lega. “Babe, kau hampir buat
aku lemah jantung tadi.” Ivy meletakkan botol-botol itu semula di atas meja
mereka.
Apple juga menghembus nafas lega
sambil menggeleng, senyuman yang sama seperti Ivy terpapar pada wajahnya. “Aku
ingatkan kita kena buat balik semua ni.”
Mereka berdua tertawa dengan
gelagat sendiri dan sambung menyiapkan assignment mereka yang dari tadi
tertangguh.
Seperti yang Professor Sugar Plum
katakan, potion itu tidak mudah untuk di buat dan kebanyakan kumpulan gagal
menghasilkan potion halimunan seperti mana ia sepatutnya terjadi.
Semasa mereka mula menguji potion
tersebut, hasilnya tidak seperti yang di jangkakan. Ada beberapa potion telah
mengubah sepasang pelajar berbulu satu badan dan tumbuh telinga dan ekor. Prof
Sugar Plum memberitahu bahan potion halimunan dan shape shifter hampir sama
Cuma aturan membuat potion itu berlainan sedikit. Ada satu kumpulan hanya
sebahagian badan mereka sahaja yang Berjaya dihalimunankan. Bahagian bawah
badan halimunan tapi bahagian atas tidak; ada hanya kepala yang halimunan.
Bila giliran Ivy dan Apple menguji
potion mereka, kedua partner ini saling berpandangan dan melihat cecair hijau
di dalam gelas masing-masing. “bon appetite?” Soal Apple sambil mengangkat
bahu, takut nak minum potion mereka.
“Choke it down,” Ivy mengangguk dan
mereka berdua ‘clink’kan gelas mereka sebelum minum cecair itu sekali teguk.
Sebaik sahaja cecair itu masuk
kedalam trakea Ivy, dia rasa nak muntahkannya balik kerana rasa yang sangat
menjijikkan. Rasanya seperti gabungan susu basi yang dah berkulat dan muntah
troll. “I think I’m gonna puke—” Ivy
menutup mulutnya bila rasa nak muntahkan balik cecair itu dan melihat
partnernya. “Apple!”
Apple juga kelihatan nak muntahkan
isi perutnya mendongak memandang Ivy dan matanya terbeliak bulat. “Ivy—” Dia
menutup mulutnya rasa dah nak muntah. “Kau transparent!”
Ivy melihat tangannya yang dah mula
menghilang dan tersenyum. “Kau pun lah!”
Mereka berdua menjerit riang kerana
potion mereka berfungsi dan ingin berhigh five tapi bila tangan mereka nak
bertepuk, seluruh badan mereka dah pun halumunan sepenuhnya.
“Ivy? Mana kau?” Soal si Halimunan
Apple.
Ivy tertawa kecil, terlalu girang
dengan kejayaan mereka. “Right here!!—Oh who cares, yang penting kita Berjaya—Ow! Apple tangan kau ke tu?”
“Sorry! Aku cuba cari kau ni…”
“Kamu dah Berjaya! Kamu dapat
A+++++++!!!” Professor Sugar Plum terbang dengan riang mengelilingi meja mereka
sebelum mendarat di depan mereka berdua. “Uuuuuu!
Saya tak sangka korang berdua dapat hasilkan potion yang sempurna!”
“Uhmm… Prof, satu soalan, macam
mana kitorang nak balik ke asal?” Ivy mengangkat tangan tapi tiada yang dapat
melihatnya. Ivy mula risau dia akan menjadi halumunan.
“Oh ia mengikut berapa banyak
cecair kamu minum. Satu gelas kecil ni boleh makan 3 ke 4 jam!” sahut Prof
dengan gembira dan taburkan magic saljinya keatas Ivy dan Apple untuk
kembalikan mereka menjadi normal. “Tapi dengan uncharmed magic boleh batalkan potion
itu.”
Ivy dan Apple memandang sesama
sendiri, akhirnya dapat melihat partner mereka semula dan berhigh five.
“Awesome!” sahut mereka serentak.
*Ding*Ding*Dumm*
Loceng sekolah berbunyi tanda
pembelajaran potion mereka tamat pada hari itu dan Prof Sugar Plum kembali ke
hadapan kelas. “Baiklah semua, tinggalkan semua botol-botol potion itu di atas
meja kamu, saya akan bersihkan untuk kamu nanti—Jangan ambil potion halimunan
tu sudah.” Dia memberi amaran dengan senyuman lebar pada wajahnya. “Saya akan
jumpa kamu dalam kelas seterusnya. Have a pleasant afternoon everyone!”
“Yo, Apple.”
Apple yang mengemas begnya kembali
melihat Ivy dan perasan partnernya sedang hulurkan lollipop perisa Apple
kepadanya.
Ivy yang juga makan lollipop
mengenyit mata. “Don’t worry, It’s not my thing poisoning apple candy.”
Apple hanya tersenyum dan menerima
pemberian Ivy. “Thanks. So—uhmm… nak lunch sama-sama?”
Is that an invitation of someone
trusting Ivy? Adakah itu deringan kejayaan yang Ivy dengar di telinganya? Yes!!
Dia buat kawan baru!
“Yeah, sure.” Jawab Ivy dengan
tenang tapi hatinya berbunga-bunga. Dia mengumpul barangnya ke dalam tangan dan
berjalan keluar dari kelas bersama-sama dengan Apple.
Professor Sugar Plum perasan Ivy
keluar bersama Apple dan tersenyum lebar. Adakah
The Great Wizard Merlin betul tentang Ivy? Dia boleh berubah menjadi baik?
Dia terus berubah menjadi kecil dan terbang keluar dari tingkap bilik kelas
menuju ke menara The Great Wizard Merlin.
Sementara di bahagian Ivy pula, dia dan Apple
sedang berborak, mengenali sesama sendiri. “No really, Bukan kau je yang fikir
aku ni jahat. Ye lah, look at me. Kat mana ada tertulis aku ni ‘baik’? setiap
sudut badan aku ni cakap aku jahat.”
Apple tertawa kecil. “Kau tak kesah
ke orang lain pandang kau semacam?” Soalnya melihat pelajar sekeliling
memerhatikan mereka. “Like now.”
“Taaaak. Di tempat tinggal aku,
orang sentiasa pandang aku macam tu tapi kali ini lain.”
“Apa yang lainnya?”
Ivy tersenyum nakal. “Mereka
sebenarnya pandang kau.”
“Aku?” Soal Apple tak seberapa
faham maksud Ivy.
Ivy mengangguk. “The all cutiepie
Apple Red berjalan bersama dengan The all known evil witch from the other
side.” Katanya sambil buat suara menggerunkan sebelum kembali ke suara normal.
“Pasti akan timbulkan persoalan kat semua orang.”
“Tapi kau tak lah sejahat mana.”
Jawab Apple menegakkan Ivy.
Oh
kau tak tahu betapa jahatnya aku Apple
Red desis hatinya tapi yang keluar dari mulutnya ialah;
“Sekurang-kurangnya kau percayakan aku.” Ivy tersenyum tawar dan mengeluh.
“Tapi aku tak kesah. Selagi mereka tak buli aku, aku survive je.”
Ivy dan Apple masuk ke dalam
cafeteria dan beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan mereka. Apple
berikan talam makanan untuk Ivy sambil berkata. “Mustahil kau tak dibuli
Ivy—maksud aku semua sekolah ada pembuli dan mangsa. Apatah lagi Academy
seperti ini. Jangan ingat ini tanah Enchanted tak ada pembuli seperti tanah
Vicious. Mungkin tak seteruk tanah Vicious tapi buli tetap buli.”
“Puteri Apple, Nak salad dressing
or mash potato?” Soal Makcik cafeteria dengan senyuman manis.
“Salad Dressing please.” Apple juga
tersenyum manis dan sambung bercakap dengan Ivy. “Cakap pasal buli, kau pernah
kena buli ke kat sekolah dulu kau?—Mash potato, Gravy, and chicken wings?
Really?”
Ivy memberikan senyuman tayang
gigi. “lebih mengenyangkan dari salad dressing. Mati kelaparan aku kalau makan
sayur je.” Jawabnya. “Aku tak pernah dibuli. Aku pembuli. Kau fikir dari mana aku dapat nama ‘Ivy the Devil’.. hmm?”
Ivy menjungkit kening double jerk dengan senyuman bangga tertampal pada mukanya
Apple tertawa kecil. “I can see
that—Saya nak veggie juice please. Anyways, kau patut elakkan diri dari
beberapa orang untuk kau ‘survive’ di Academy ni dengan aman.”
“Uuuu… Caramel Smoothies.” Ivy
mengambil airnya dari tempat air yang telah tersedia dan beralih ke dessert
pula. “Selain Flirter George dan Queen Control Julliana?”
Apple mengangguk. “Selain mereka,
kau kena berhati-hati dengan Royal Descrendants. Mereka ni sekumpulan pelajar
keturunan di raja. They have their own circle and power here.” Apple mengambil
blueberry cupcake mini dan letakkan di atas talamnya.
Ivy pula mengambil cheese cake dan
mereka berdua pergi mencari tempat duduk.
“Urgghh… makanan kau sangat
unhealthy.” Komen Apple dengan hidung berkerut melihat set makanan Ivy. Dia
duduk berdepan dengan Ivy dan memakan saladnya.
Ivy mengangkat bahu endahkan komen
Apple dan mengambil sesuap mash potato dari pinggannya. “Care to explain siapa
Royal Brat ni?”
Apple menelan air liur kelat kerana
Ivy bercakap dengan mulut yang penuh. Takda manners langsung. “Uhm—Selain dari
dua loving couple tu. Rakan-rakan Julliana, Shui Ling dan Scarlet Star.
Rakan-rakan George, Xao Ai dan Philipe. Musuh George pula, Jack.”
“Musuh? Aku tak tahu Putera Raja tu
pun bermusuh.” Ivy tertawa kecil sebelum menghirup air smoothiesnya.
Apple mengangguk. “Aku tak tahu
cerita sebenar tapi ikut cerita orang, George pernah nak rampas Makwe Jack.”
Apple memerhatikan sekelilingnya dan tuding kearah sepasang couple tidak jauh
dari mereka. “Itu Jack dan di pangkuannya tu ialah Jill.”
Ivy melihat kearah mana Apple
tunjuk dan menarik sengih. “They look fun to be friend with.”
Apple memandang kearah Ivy dan
menggeleng laju. “No! mereka tu dah cukup bermasalah. Kalau kau nak nama kau
bersih, elakkan diri dari mereka.” Apple lihat Ivy menjungkit kening seperti
tidak percayakan Apple. “Ai, troublesome couple tu suka buat hal tapi pasti
dengan orang lain. Bila dah kantoi, mereka akan salahkan orang ‘lain’ tu.”
“Takkan orang percaya cakap
mereka?” Soal Ivy dengan pandangan tak lepas dari Couple yang menjolok mata
itu.
Apple mengangguk. “Tak kira macam
mana pun kau cuba beritahu perkara yang sebenar, mereka tetap tak dapat
dipersalahkan sebab mereka licik. Kecuali kau ada bukti yang kau tak bersalah.
Trust me, setakat ni… tiada siapa terselamat dari perangkap dua couple tu.”
“Apple Red?”
Ivy dan Apple memandang kearah dua
perempuan yang Ivy tidak kenali dan menjungkit kening kearah Apple. “Kawan kau
ke?”
Apple menelan sayurnya dan
mengangguk. “Ini Gweneth.” Apple memperkenalkan seorang perempuan berambut
perang dan berkulit tan. “Dan ini pula Hanna.” Dia perkenalkan perempuan
berambut merah. “Apa korang buat kat sini?”
Gweneth
Hanna from Arendelle
“Cari kau lah!” sahut Hanna dengan
senyuman riang. “Kitorang nak ke Green house nak join club kat sana, kau nak
join sekali ke?”
“Dan siapa kawan kau tu? Tak pernah
nampak pun.” Gweneth bersuara sambil mengunyah gula-gula getah dalam mulutnya.
Apple menggaru pipinya, memandang
kawannya dan Ivy untuk beberapa kali. “Err—Uhm… Gwen, Hanna… ini Ivy—”
“Nanti-nanti… kau nak kata ini Ivy
dari tanah seberang?” Soal Gwen memotong ayat Apple.
Apple mengangguk dan menarik nafas
dalam. “Ya. Ini Ivy, Potion partner aku.”
Gweneth segara menarik Apple untuk
bangun dan jauhkan diri dari Ivy. “Girl, apa kau buat dengan dia? she’s a villain…” Bisik Gweneth sambil
menjeling kearah Ivy.
“I know tapi dia tak lah sejahat
mana.” Kata Apple. “Guys, give her a chance.”
“Kalau dia tak sejahat apa yang mereka
katakan, apa salahnya jadi kawan.” Hanna mengangkat bahu dan menghulurkan
tangan kearah Ivy. “Hai! Saya Hanna. Nice to meet you!”
Ivy menyambut tangan itu. “Ivy.
Yeah. Me too.”
Gweneth segera menarik tangan Hanna
dari Ivy. Dia membesarkan mata kearah Hanna beri amaran untuk tidak bertindak
tanpa berfikir sebelum tersenyum kearah Ivy. “Hai, aku Gwen dan kami nak
bergerak sekarang—Bye-bye.” Dia terus menarik Apple dan Hanna keluar dari
Cafeteria itu sambil memberi ceramah kepada mereka tentang berkawan dengan
orang tanah seberang.
Apple sempat melambai kearah Ivy
dan meminta maaf kepada Ivy. Ivy hanya mengangkat bahu dan mengipas tangannya
tanda dia tak kesah sangat. Selepas itu dia melambai kearah Apple.
Setelah Apple dan rakan-rakannya
hilang dari penglihatan, Ivy kembali duduk dan makan makanannya.
Well, so much for making new
friends.... desis hatinya dengan keluhan panjang.
Suasana di cafeteria tetiba senyap
bila jeritan burung gagak kedengaran dan Ivy segera berdiri dari tempat
duduknya. Dia melihat sekeliling, mencari dari mana datangnya bunyi itu dan
melihat burung gagaknya terbang, meluncur laju masuk dari tingkap cafeteria ke
arah Ivy.
“Well… well… tengok siapa dah
kembali ke sisi tuannya.” Ivy tersenyum sinis melihat burung gagak itu
menggelengkan kepala sambil mengembangkan kepaknya seperti ia sedang mencabar
Ivy. “Oh sorry, maksud aku anak jagaannya.”
Ivy menolak kepak ayamnya keluar dari talam makanannya ke atas meja makan,
memberikannya kepada Diaval. “Eat up. Kau perlukannya, lepas tu kita berbincang
apa yang kau temui sepanjang hari ni.” Bisik Ivy dengan perlahan hanya untuk
Diaval mendengarnya.
Selama seminggu ini dia berada di
Gracious Academy, banyak benda dia pelajari tentang tanah Enchanted. Semakin
banyak dia temui, makin banyak persoalan timbul dalam mindanya.
Sebagai contoh, Tanah Enchanted
bukan lah satu kerajaan besar seperti Tanahnya. Mungkin lebih daripada satu
kerana di academy itu ada lebih daripada satu kerabat di raja. Kalau tanah yang
Ivy pijak sekarang ni ialah salah satu kerajaan yang bernama Camelot, tentu di
bahagian lain tanah Enchanted juga ada kerajaan. Mungkin mempunyai magic yang
lebih kuat.
jari-jemari Ivy berdentum di atas
meja memikirkan masalah barunya sekarang ini sambil melihat Burung gagak itu
melahap makanan tengaharinya.
Pengetua
Merlin lebih kuat dari apa yang aku jangkakan. Jadi macam mana aku nak rampas
tongkat tu? Urrgghhh…. Scratch that, lusa aku kena jumpa Hansel kat Hutan
Mahligai tapi aku tak dapat lagi nak bercakap dengan Gretel!
“Aku dah nak migraine fikir pasal
semua ni.” Rungut Ivy menghempaskan kepalanya di atas meja membuat Diaval
terkejut.
>X<
Tak cukup la angah...sambung lg...
ReplyDeletenakkkkkk lagiiiii...hehehehe tamak yeerrrrr ^_^
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Salmi Fasliena: Hai Honey!! Sabar eh... Angah dalam mode Star Wars lepas tu Angah Update semula... <3 <3 be patient!
ReplyDeletesecond commenter: Huhuhu uisshh... takpa tamak y penting tak caras angah! huhuhu ^_~ P/S: cik chekelat ke ni???
Fizryn Arisha: MY GOD Angah terpadam komen Fizryn T_T tak sempat baca but thanks for the comment love~~ Appreciate it with all my heart! *Bowing in forgiveness*