Tenth L.O.V.E

George Alexander Louis

“Then, I’ll lead you back where you lost it.”

“Apa yang aku maksudkan—hey, Tunggu!” Ivy terus mengejar Hood bila perempuan itu bergerak masuk di antara section buku. “Bagi balik rantai aku.” Sahutnya dan berdengus mendengar Hood tertawa kecil.

Aku tiada masa untuk ni! Desis hatinya, dia nak keterangan dari perempuan itu. Seperti siapa dia sebenarnya? Macam mana dia tahu? Dia pernah jumpa Louis? Apa yang dia tahu tentang Louis? Ada orang lain tahu tentang mereka berdua selain Hood?

Langkah Ivy terhenti bila hood tidak lagi melarikan diri, berdiri sedepah jauh dari Ivy. Hood memberikan senyuman manisnya kepada Ivy membuat ahli sihir jahat ini tak sedap hati. Apatah lagi bila Hood beri signal tentang rantainya.

Mata Ivy terbeliak bulat melihat Hood tiba-tiba sahaja melontar rantainya ke laluan section buku di sebelahnya sambil berkata ‘Oops, terlepas.’

Hood!” Marah Ivy dan pergi ke tepi Hood untuk ke laluan section yang Hood lontarkan rantainya. Semasa dia di laluan tersebut, langkah Ivy terhenti kerana ada satu figura di laluan tersebut, memungut rantai Ivy dari tepi kakinya.

“I lead you to your Louis, you lost him completely but atleast you have half of what you have lost.” Bisik Hood di telinga Ivy seperti hembusan angin lembut mengusik hati Ivy.

Nafas Ivy tersekat di kerongkongnya mendengar ayat Hood dan kaku melihat lelaki dihadapannya sedang memerhatikan rantai Ivy sebelum mendongak melihat Ivy.

Pada saat itu, Dunia umpama berhenti untuk seketika bila Sepasang mata Almerald bertemu dengan sepasang mata Sapphire.

Ivy….”

~Sambungan~

Mendengar namanya di panggil oleh lelaki yang dia rindui membuat dadanya sebak, dia tahu dia tidak boleh menahan perasaannya lagi, kali pertama dia boleh sembunyikannya dengan baik kerana dia dah kunci hatinya dengan ketat tapi selepas di buka oleh Hood, merobohkan segala temboknya, membiarkan ivy terdedah… perasaan sebenarnya tidak lagi boleh disembunyikan.

Lelaki itu tersenyum manis tapi terdapat kesedihan dalam mata biru itu. “I Miss you.”

Oh-okay that’s it…

Ivy berlari kearahnya dan lelaki itu mendepakan tanganya kepada Ivy. Melihat senyumannya kembali melajukan langkah Ivy dan *BAM!* satu tumbukan sampai ke muka hampir menjatuhkan kawan lamanya.

“Ow…..” Ivy melihat dia menyentuh rahangnya dan merenung kearah Ivy. “Ow!! What was that for?!”

Ivy menghembus nafas lelah dengan senyuman. Menyandar pada rak di sebelahnya dan jatuh terduduk, rasa penat secara mental lebih daripada fizikal. “Oh Lord…. She wears me out.” Bisiknya salahkan Hood sebab bermain dengan perasaannya dan lepaskan rasa marah terhadap Hood pada Louis.

“Macam tu ke kau tegur aku selepas 5 tahun tak jumpa?”

Ivy memandang Louis yang mencangkung di sebelahnya dan masih memegang rahangnya. Wajahnya tertulis yang dia sakit hati sangat dengan Ivy sekarang ni.

Ivy tertawa kecil dan duduk berhadapan dengan Louis. “Sorry…” bisiknya kedengaran penat dan menyentuh pipi Louis. “Sakit ke?”

Muka Louis naik merah dengan sentuhan Ivy dan menggeleng. Menolak tangan Ivy dengan lembut. “Tak. kenapa kau tiba-tiba tumbuk aku? Dan apa kau buat di perpustakaan tengah-tengah malam macam ni?”

“Let just say tumbukan tu untuk membalas dendam kat kau.” Katanya dengan senyuman nakal. “Kau tak pernah bagi tahu aku yang kau ni Putera raja Camelot dan tak tegur aku sebaik je kita berjumpa.”

Louis merenung tajam ke muka Ivy. “Aku yang salah? Kau tahu itu aku sebaik sahaja kita jumpa, kanapa kau tak tegur aku time tu?”

Ivy menjentik dahi Louis membuat lelaki itu jerit ‘ack’. “Aku nak tegur kau tapi Miss Fiancée muncul memperkenalkan diri. Dia bagi warning kat aku time tu jugak. kau fikir aku berani tegur kau lagi ke selepas tahu kau dah bertunang?” Ivy terus memukul bahu Louis dengan kuat. “Kau dah bertunang!!

“Ouch… woman, kau tak pernah berubah.” Bisik Louis mengusap bahunya yang sakit. “Aku ingatkan kau dah tak ingat aku sebab tu aku takut nak tegur kau dan ya, unfortunately aku dah ditunangkan dengan Puteri Julliana. Congratulate me.” Pintanya dengan nada sarkastik.

Sebuah senyuman terukir di hujung bibir Ivy mendengar ayat Louis. “Aku ingatkan kau yang dah berubah.”

Louis menjungkit kening. “Kenapa pula?”

Ivy menggeleng dan sandarkan kepalanya pada rak buku dengan mata tertutup. “Time kau jadi tour guide aku, aku ingatkan kau dah berubah jadi full fledge gentlemen. Tapi itu hanya lakonan?”

Louis menggeleng. “I am a gentlemen. Cuma kau sahaja boleh tengok flawless aku.”

Ivy hanya tersenyum mengetahui Louis hanya tunjukkan dirinya yang sebenar pada Ivy. ia buat hati Ivy berbunga-bunga dan senyuman Ivy di balas dengan senyuman menawan Louis.

Mereka tersenyum pada sesama sendiri untuk beberapa saat, menikmati kehadiran orang yang mereka rindui tanpa suara. Senyuman mereka dah cukup memberitahu betapa mereka rindukan usikan sesama sendiri.

“Oh aku rasa ini kau punya.” Louis menghulurkan rantai di dalam genggamannya kepada Ivy.

Ivy melihat rantai itu untuk seketika sebelum membelakangkan Louis dan mengumpul rambutnya dalam tangannya.

Louis tersenyum dan memakaikan rantai tersebut untuk Ivy. “Just like old time.” Bisiknya membuat Ivy tertawa kecil.

“Yeah… so, how do I look?” Soal Ivy memandang Louis semula.

Louis mengangguk dengan penuh nostalgia, melihat Ivy sepertimana dia lihat Ivy memakai rantai itu buat pertama kali. “Just like old time.”

“George, kau cakap tu dah dua kali.” Kata Ivy dengan senyuman nakal.
Panggilan Ivy kepadanya membuat bibir Louis jatuh murung. “George? Kau panggil aku Louis.”

“Yeah, selepas aku tahu kau Putera raja.” Ivy kembali berdiri dan kembali ke section di mana dia tinggalkan troli buku perpustakaan.

“Ivy, wait—”Louis mengeluh dan turut bangun, mengekori Ivy dari belakang. “Jadi apa bezanya? Aku tetap orang yang sama.” katanya, melihat Ivy sedang melihat fail dalam tangannya dan mencari tajuk buku terakhir dia kira dan kembali memeriksa buku tersebut.

“Kau bukan Louis yang aku kenal dahulu.” Jawabnya sejenak sambil membuat kerjanya. “Louis yang periang, baik hati dan selalu tunjukkan aku benda menakjubkan di dalam hutan mahligai.” Ivy menutup buku dalam tangannya selepas dia selesai memeriksa dan teruskan ke buku seterusnya. “Sekarang kau Putera George Alexander Louis. Spoiled Little Prince yang bangga dengan gelarannya, mempunyai kuasa sendiri di Academy ni, dah bertunang tapi tetap memandang perempuan lain. A Liar.” Terdapat unsur marah di dalam suara Ivy dan renungan Ivy yang menggerunkan itu membuktikannya. Matanya bercahaya. Ivy mengalihkan semula tumpuannya pada buku dalam tangannya sambil berkata; “Jadi, aku tak kenal Tuanku.”

Louis meramas rambutnya dan mengeluh panjang, dia melihat Ivy yang membuat kerja, mengendahkan kewujudan Louis di sebelahnya. “Alright, listen—”

“No, you listen.” Ivy menutup buku tersebut dan memandang Louis. “Ingat perjanjian kita putera George, persahabatan kita hanya di dalam Hutan Mahligai dan kita dah putuskannya 5 tahun lalu. means we are nothing. Kau bukan Louis, kau putera George. Aku bukan Ivy yang kau kenal di dalam hutan tu lagi.”

“Jadi kau siapa?” Soal Louis menahan marah. Marah sebab tidak faham kenapa Ivy nak sangat mereka tiada pertalian apa-apa. Menganggap diri masing-masing sebagai orang asing.

Ivy agak tersentap dengan nada Louis, lelaki tu tak pernah guna nada tu pada Ivy. “Aku Ivy the Devil.” Jawab Ivy seyakin yang boleh. “Aku di sini sebagai Villain dan kau ‘a good Prince’. Kau boleh faham ke perbezaan kita?” soalnya dan kembali membuat kerja. “Now excuse me your highness, saya ada kerja nak buat dan saya taknak kena marah lagi.”

Louis merenung kearah Ivy untuk seketika, menahan rasa marah yang menggelegak dalam hatinya. Dia tak boleh lupakan Ivy macam tu je, selepas mereka bercakap seperti ini, berjumpa saling mengenali. Dia tak boleh lupakan Ivy kalau Ivy sendiri tidak boleh lupakan Louis. Rantai tu sebagai bukti Ivy tidak lupakan Louis.

Putera raja ini menarik nafas dalam dan menghembusnya cuba menenangkan hatinya sebelum merampas buku dari tangan Ivy.

“Hey! Faham bahasa ke yang ‘aku sedang bekerja’?”

Louis mengendahkan Ivy dan menyelak buku tersebut sebelum bersuara. “Macam tu ke cara kau bercakap dengan putera raja Camelot?” soalnya dengan renungan dinginnya.

Ivy terus menutup mulut agak terkejut mendengar nada suara Louis, ia seperti dia tunjukkan kuasanya di hadapan Ivy sekarang. “How dare you talk to me like that—”

“how dare you.” Louis memotong ayat Ivy dan melontar buku itu masuk kedalam troli. “Kau mungkin ada kuasa di Tanah Vicious tapi bukan di tanah Enchanted. Kerabat di raja kerajaan lain tunduk kepadaku dan kau yang tidak mempunyai pangkat di sini, malah di pandang hina di academy ni sepatutnya berlutut depanku meminta maaf dan tak berani pandang aku langsung. So, let me repeat it back.” Louis mengambil langkah di hadapan Ivy, memandang perempuan yang lebih rendah darinya dengan renungan dingin. “How dare you talk to me like that.”

Ivy tertunduk tidak berani memandang mata dingin Louis. Ini kah yang Apple Red maksudkan? Menggunakan kuasa mereka untuk buat orang sekelilingnya terdiam dan tunduk kepada mereka. Takut apa yang mereka boleh buat terhadapnya.

Louis boleh buang aku dari academy ni kalau dia nak desis hati Ivy baru perasan sesuatu tentang kuasa mereka.

“Ivy…” Ivy segera mendongak melihat Louis dan segala otot tegang Ivy relaks bila Louis kembali tersenyum manis. “See? sebab tu aku taknak ‘tak kenal kau’.” Katanya dan mengambil selangkah kebelakang dia tahu Ivy tidak selesa bila ruangnya di ambil. “Kau di anggap Villain di academy ni dan kalau aku tak kenal kau, aku mesti tunjukkan kuasa aku kat kau selepas kejadian di museum dua minggu lalu.” katanya dengan keluhan. “Aku terpaksa sebab aku kena buat kau tunduk kepadaku.”

“Why?” Soal Ivy tak faham.

“Memberi amaran kat kau yang kau tak boleh buat sesuka hati kau di Tanah Enchanted. Yang kau kena tunduk kepada pemerintah di kerajaan ni dan bukan kau yang berkuasa di sini.” Jawabnya tanpa senyuman. “Kalau aku bersikap macam tadi dekat kau, aku akan lukakan hati kau dan kau akan benci aku. Aku taknak tu. aku taknak kau benci aku hanya sebab aku mempunyai kuasa untuk buat kau tunduk pada aku—dan aku tahu kau tak suka tunduk dekat sesiapa.” Kata Louis cepat membuat Ivy tertawa lega. “Sebab tu aku taknak kita menjadi orang asing. So? What do you say?”

Ivy diamkan diri untuk seketika memikirkan apa yang Louis katakan tadi. Ya, dia tak suka orang pandang rendah terhadapnya apatah lagi buat dia tunduk pada seseorang. She’ll burn them to death. Tapi Ivy tak boleh buat macam tu sebab dia akan di buang dari academy. Dia taknak balik tanah Vicious dengan tangan kosong. Ibunya akan bunuh dia.

Lagipun…

Ivy memandang Louis semula dan tersenyum kecil. Dia juga taknak mereka menjadi orang asing.

Ivy terdengar satu bisikan halus di telinganya yang berkata; ‘You may have lost Louis in the past but the Louis now is still standing right in front of you. He will lead you from your lost and everything will goes well.’

Ivy menyentuh telinganya dan berpaling kebelakang, melihat bayangan Hood dalam bentuk dewasa di cermin tingkap library untuk seketika sebelum lenyap menjadi refleksi diri Ivy.

Will everythings will go well? Desis hati Ivy kembali memandang Louis.

“So? Yes or no?”

Ya atau tidak? Desis hatinya mengulang persoalan Louis.

Ivy tertunduk dan menarik nafas panjang sebelum menggeleng. “Tidak. Aku taknak kembalikan persahabatan kita. Maaf.” Jawabnya membuat Louis kembali murung. “Tapi….”

Here goes…

Ivy menarik nafas dalam dan hulurkan tangannya kearah Louis. “Hai, Aku Ivy. Ivy the Devil.”

Louis melihat tangan Ivy, buntu dengan maksud Ivy sebenarnya dan kembali memandang empunya tangan. Louis hanya menggeleng tak faham. What?

Ivy menahan dirinya dari tertawa dengan berdehem dan mengangkat tangannya lebih tinggi. “Dari kerajaan Vicious dan Tuanku pula…. Putera George Alexander Louis?”

Terukir sebuah senyuman pada bibir Louis. “Kau tak perlu sebut nama penuh—Cik Ivy.” Louis berdehem cuba berlakon formal. Dia nak memperbaharui persahabatan kami…

“Just shake your highness.” Sahut Ivy juga dengan senyuman sebab tangannya dah mula rasa berat.

Louis menyambut tangan Ivy dan seperti seorang Putera raja patut buat, dia mengucup belakang tangan Ivy. “It’s a pleasure to meet you, miss Ivy. although, saya lebih suka kalau kamu tak bercakap formal kepada saya.”

“And I, you too.” Balas Ivy juga sama seperti Louis. “Baiklah Putera George tapi saya kena panggil kamu putera juga sebab saya ‘mesti hormat’ Tuanku.”

Louis tertawa kecil. “Kalau macam tu apa kata bila kita berdua bersendirian sahaja. Drop the formal.”

“Adakah itu satu arahan?” Usik Ivy dengan senyuman nakal.

Louis buat muka serious tapi gagal kerana dia juga tersenyum. “Dah tentu. saya mengarahkan kamu untuk tidak bertuturkata dengan saya bila kita bersendirian. Seperti sekarang.”

Ivy tertawa. “Kau betul-betul degil. Fine George, aku mengikut perintah.”

“Dan panggil aku Louis.” Tambah Louis membuat Ivy merenung kearahnya. “Come on Ivy, tolong aku lupakan pangkat aku bila aku dengan kau. Macam dulu.”

Ivy kerutkan hidungnya dan kembali membuat kerja. “Fine, dengan satu syarat.”

“Apa dia?”

“layan aku macam tu juga. Seperti dahulu.”

“Deal.” Jawab Louis dengan senyuman lebar pada wajahnya. “Now, jawab soalan aku tadi, apa kau buat di perpustakaan ni tengah-tengah malam? Setahu aku kerja kau sampai matahari terbenam je.”

“Dan sampai Puan Camelia pulang.” Sambung Ivy dengan keluhan. Dia memeriksa buku seterusnya sambil berbisik ‘seribu lima puluh enam.’

“Dia dah balik. Kenapa tak balik jugak?” Louis mengambil buku dari rak di belakang mereka dan kata; ‘seribu lima puluh tujuh.’

Ivy memutar kepalanya melihat Louis masukkan buku tersebut ke dalam troli dan tersenyum. “Aku nak kira semua buku ni sekurang-kurangnya satu tingkat pada malam ni.” Katanya dan teruskan ke buku seterusnya. “Seribu lima puluh lapan.”

“Seribu lima puluh Sembilan.” Louis mengambil satu lagi buku. “Kau ada satu lagi section nak kira. Kau nak buat sampai pagi ke?”

“Seribu enam puluh. Ya, esok aku ada kelas pukul 10 sampai petang. Aku takut aku tak dapat kira semua ni sebelum hujung minggu ni. Kalau tak… Yiiiiiiikessss” Ivy membersarkan matanya tanda amaran tentang Puan Camelia sebelum masukkan satu lagi buku kedalam troli. “Kau pula buat apa tengah-tengah malam kat sini?”

“Cooling my head.” Bisiknya hampir buat Ivy tak mendengarnya.

“From what?” Soal Ivy tanpa memandang Louis. “Masalah kau lagi?”

Louis tertawa kecil. “Kalau aku kata tak tentu kau tak percaya.” Louis berputar memandang Ivy. “Tell me peraturan baru persahabatan kita ni. Adakah ia perlu dirahsiakan?”

Ivy meletak buku yang ke 1061 ke dalam troli dan mencatatnya ke dalam fail. “Kita ubah sedikit.” Katanya dan tolak trolinya keluar dari section tersebut, pergi ke kaunter depan Perpustakaan dengan Louis mengekorinya di sisi. “Ya, ia tetap di rahsiakan dan—”

“Why?” Ivy merenung kearah Louis memberi amaran jangan tanya kalau Louis dah tahu sebabnya. Louis mengeluh dengan anggukan. “Fine. Jadi persahabatan kita macam dulu juga? Tak terikat dengan dunia sendiri? Hanya kita berdua dalam dunia ni?”

Ivy mengangguk. “Jika itu yang kau nakkan. Jangan pernah persoalkan hidup masing-masing melainkan kita beritahu sendiri.”

“Dan jangan bawa masalah masuk ke dunia kita. Got that.”

Ivy tertawa dan memukul bahu Louis. “Berhenti cakap ‘dunia kita’!”

“Hey! Kau yang sendiri cadangkan perkataan tu. ingat tak? ‘Tasik ni umpama dunia kita sendiri. Hanya untuk kita berdua.’… hmmm?”

Muka Ivy terus naik merah dan menolak trolinya dengan laju meninggalkan Louis di belakang kerana malu yang amat. “Peraturan baru, jangan pernah ungkit pasal Hutan Mahligai. Persahabatan kita kali ini tiada kena mengena dengan hutan Mahligai. Faham?”

Louis tertawa besar dan mengejar Ivy. “Okay-okay. aku faham. aku putera George dan kau Ivy The Devil. Bukan Louis dan Ivy sahaja.”

“Good boy.”

Mereka tiba di kaunter perpustakaan dan Ivy meletak buku-buku yang rosak masuk ke atas meja yang telah di sediakan oleh Puan Camelia untuk dia memulihkan buku-buku itu semula esok pagi. Louis juga membantu Ivy mengeluarkan buku-buku itu dari troli dan mereka kembali ke section lain pula setelah mengosongkan troli tersebut. Kembali membuat kerja dan bercerita kosong, menikmati malam yang sunyi itu bersama-sama. Hanya mereka berdua seperti dahulu, melupakan dunia luar dan tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Tiada masalah diluahkan, tiada kehidupan di ceritakan dan tiada masa silam di ungkit lagi. Hanya gurauan senda tentang diri mereka sekarang dan cerita yang boleh mengeluarkan mereka dari alam reality.

“Apple Red?” Soal Louis kembali memandang Ivy.

Ivy mengangguk. “Dia partner potion aku. She’s nice, walaupun dia tahu pasal kemalangan di museum tu dia tetap nak bercakap dengan aku dan percayakan aku pasal kayu sakti tu.”

“Tapi?” Louis dapat rasakan ada ‘tapi’ selepas ayat Ivy.

“tapi….. dia takut nak hang out dengan aku diluar kelas. Kawannya Gweneth dan Hanna tak benarkan—tapi aku rasa lebih kepada Gweneth tak nak kami berkawan. I think she’s the leader.”

“Kau slamber je panggil mereka dengan nama dorang.” Kata Louis tertawa. “Kau dah dapat permission dari dorang ke?”

Ivy menjungkit kening hairan. “permission apa?—kau dah kira buku tu ke?” Soal Ivy melihat Louis mengambil buku baru.

“Dah. seribu dua ratus tujuh puluh enam.” Katanya mengangkat buku baru di dalam tangannya. “Kau tak tahu ke pangkat mereka?”

“Pangkat? Dorang kerabat di raja ke?”

Louis menganggk. “Puteri Apple Red. Anak Permaisuri Snow white. Puteri Gweneth. Anak Permaisuri Tiana dan Raja Naven—The Frog Prince.” Kata Louis bila lihat muka buntu Ivy. “Hanna pula Anak buah Permaisuri Elsa. Dari kerajaan Arendelle. Anak Permaisuri Elsa pula roommate kau. Puteri Ezra.” Louis kembali memandang Ivy bila dia dengar sesuatu jatuh datang dari belakangnya.

Rupa-rupanya Ivy yang jatuhkan buku dari tangannya. “Aku sebilik dengan Anak Ice Queen? Ezra ada kuasa…. Macam Permaisuri Elsa ke?”

“Dia anak Ice Queen. Dah tentu ada.” Katanya dengan senyuman nakal. “Kenapa? kau ada buat sesuatu kat dia ke?”

Ivy menggeleng laju. “Tak! dia dah sememangnya tak sukakan aku—nasib baik kau bagi tahu aku awal-awal. Aku kena berhati-hati dengan dia.” bisiknya memikirkan kemungkinan kalau Ivy sakitkan hati Erza tanpa sengaja. “Mulut aku tak boleh dipercayakan sangat. Kang aku cakap sesuatu tak betul kat dia dan dia bekukan aku sampai mati.” Louis tertawa besar mendapat Pukulan dari Ivy. “I’m serious here!”

Louis mengambil buku yang Ivy jatuhkan dan berikan kepada Ivy semula. “Jangan risau, renungan dia je yang menakutkan. Dia selalu dalam bad mood sebab cuaca panas. Dia takkan beku kau hidup-hidup hanya sebab kau cakap sesuatu yang dia tak suka. Kecuali kau lawan dia guna magic atau sakiti Hanna. Now that’s a different story.”

Ivy mengambil buku tersebut dari tangan Louis. “Okay. tapi kalau dia tetap bekukan aku sebab hal kecil aku buat, nahas kau.” Ivy memberi amaran tapi dengan senyuman.

Setelah mereka menghabiskan masa mereka di dalam perpustakaan Academy mengira section terakhir pada tingkat pertama, Mereka berdua sempat lagi bercerita di salah satu meja perpustakaan, meja yang terpencil di mana tiada siapa melihat mereka, untuk mengelakkan tiada siapa akan menganggu masa hanya mereka berdua.

“Kita patut balik sekarang. Hari dah nak siang.” Tegur Ivy baru perasan yang mereka berbual agak lama dari yang mereka rancang.

“Sekejap lagi.” jawab Louis tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah Ivy.

Ivy dapat rasakan pandangan Louis padanya dan ia buat Ivy tak selesa. “Apa? Kenapa kau pandang aku macam tu?”

Louis menggeleng kecil. “Nothing. Aku teringat perjumpaan terakhir kita 5 tahun lalu. time kita 15 tahun. Aku baru perasan perbezaan Ivy yang dulu dan sekarang.”

Muka Ivy terus naik merah mengetahui Louis rupanya memerhatikan dia dari tadi. “What?”

Louis memberikan senyuman menawannya. “To tell you the truth, aku dah tahu kau akan masuk sini sebelum surat tawaran kau di tulis lagi.” kata Louis membuat Ivy terkejut. “The Great Wizard Merlin bagi tahu Raja Arthur, ayah aku yang dia nak ambil kau sebagai pelajar di Gracious dan Raja Arthur beritahu aku pasal kau. Bila dia kata Merlin nak ambil pelajar dari Villain aku terus teringatkan kau. Semenjak dari hari tu aku kembali memikirkan kau macam mana kau sekarang, adakah masih make up gothic? Mascara tebal dan bertindik sana sini..” Louis tertawa melihat muka merah Ivy. “dan hari kau tiba di Gracious, aku wakilkan diri untuk escort kau. Until Julliana dapat tahu aku nak jadi sukarelawan dan ikut serta sekali.”

“Bila kenderaan kau tiba di depan pintu utama Gracious, aku tertunggu Ivy berumur 15 tahun keluar dari kenderaan tersebut dan bila kau keluar…” Louis menarik nafas dalam tanpa mengalihkan pandangannya dari muka Ivy yang sememangnya merah bak epal. “… wow.” Sahutnya berbisik.

Louis terbayangkan Ivy akan jadi lebih gothic dari sebelumnya tapi sebaik sahaja Ivy keluar dari kereta kudanya, nafas Louis terhenti untuk seketika kerana melihat betapa matangnya Ivy dari bayangan Louis. Ivy dah tak pakai lagi tindik di lidah dan matanya. hanya dua tindikan telinga sebelah kanan dan satu di sebelah kiri. Dia juga tidak memakai mascara tebal. Hanya eye liner untuk menyerlahkan mata hijaunya. Tambahan pula Louis lega ivy tak lagi pakai lipstick gothic, warna gelap seperti ungu dan hitam. Dia pakai lipstic warna merah gelap. Lebih baik dari warna biru dan hitam.

Dia kelihatan lebih jelita dari sebelumnya.

“Stop that.”

Louis tersentak dari lamunannya, perasan wajah murung Ivy. “Kenapa ni?”

“Kau selalu macam ni ke?” Soal Ivy kedengaran marah. “Luahkan ayat-ayat manis dengan senyuman yang boleh cairkan hati wanita? Hanya sekadar di mulut tapi bukan di hati? Louis stop that. Aku tak suka.” Katanya menggeleng. “Kau buat macam ni kat Jill juga kan? dan perempuan yang lain? Termasuk Julliana?”

Louis memandang Ivy untuk seketika, agak terkejut Ivy mendengar khabar angin tentang Louis dengan perempuan lain. “Kau dengar dari mana?” soalnya dengan nada mengancam.

“And that too.” Dia rujukkan pada nada suara Louis. “Aku tak sukakannya. Tak kesah lah dari mana aku dengar. Betul kan pasal kau dengan perempuan-perempuan tu—Jangan jawab.” Ivy menarik balik soalannya. “Kita baru je berkawan dan aku taknak kita bergaduh hanya pasal perkara kecil macam ni. Maafkan aku, aku tak patut ungkit pasal benda lain macam ni.” Katanya dengan keluhan.

Louis menggeleng. “Tak. kau betul.” Dia kembali memandang Ivy yang berada di depannya. “Apa yang kau dengar pasal aku tu salah. Aku tak pernah cakap macam ni kat sesiapa, hanya kau. Aku tak pernah bersama perempuan lain kecuali terpaksa. Ya, aku pernah bersama Jill tapi bukan ikut kehendak aku. Maaf aku tak boleh bagi tahu kau kenapa… Aku tak boleh bagi tahu kau tapi apa yang aku boleh beritahu kau yang apa yang kau dengar dari orang lain tentang aku adalah salah.” Dia mencapai tangan Ivy dan menggenggamnya. “Aku takkan paksa kau untuk percaya apa yang aku cakap ni tapi please… Jangan fikir aku macam tu.”

Ivy memandang tepat pada mata Louis, mencari jika apa yang dia katakan itu adalah benar atau tidak. Melihat kejujuran di dalam mata Louis membuat Ivy tersenyum kecil; lega. “Don’t worry about it. Bukan tempat aku untuk risau.”

Louis agak kecewa mendengar balasan Ivy tapi pada masa yang sama dia lega. Macam tu la persahabatan mereka. Bila buka sesuatu personal pasal diri mereka, ia takkan pergi jauh lebih dalam. Itu yang Louis tak suka pasal hubungan mereka dari dulu lagi. tapi itu sahaja yang mereka boleh buat. Menemani sesama sendiri untuk seketika, melupakan masalah untuk sektika.

Louis tahu persahabatan mereka merbahayakan mereka berdua. Merbahayakan Ivy, dia tahu dia selfish menginginkan hubungan mereka di teruskan walaupun telah di perbaharui. Ivy cukup baik untuk memperbaharui hubungan mereka dari memutuskannya di situ sahaja.

Louis taknak lukakan Ivy, sedihkan Ivy apatah lagi kehilangan Ivy. tidak setelah ivy akhirnya menjejak ke Tanah Enchanted.

Mungkin sebab Ivy berada di sini kerana dia pernah berada di Hutan Mahligai. Dia sememangnya mempunyai hati yang baik tapi terpendam di bawah façade kejahatannya. Desis hati Louis memandang wajah Ivy dengan sedih. Sedih kerana Ivy kena berpura-pura menjadi orang yang dia bukan. Sebab Louis percaya Ivy seorang perempuan yang baik.

Sepanjang malam itu, tidak banyak perkara yang mereka ceritakan kerana setiap tajuk mereka bualkan akan terhenti sebelum ia menjadi personal. Lagipun, malam itu terlalu singkat bagi mereka. Terlalu singkat seperti Sejam umpama seminit kerana mereka terlalu menikmati kehadiran masing-masing.

Ivy dan Louis kembali ke asrama berasingan tapi bersama-sama. Bagaimana? Ivy jalan dahulu ke asrama dan Louis pula berada jauh di belakang Ivy tapi Louis tetap dapat melihat Ivy dari jauh dan Ivy masih dapat rasa kehadian Louis di belakagnya, memerhatikan Ivy secara senyap membuat hati Ivy rasa tenang dan selamat. Selamat membuka kunci hatinya dan lepaskan perasaan yang dia ada pada masa itu.

“hey Lou..” Ivy bersuara tanpa memandang Louis di belakangnya.

“hm?” Louis memerhatikan belakang Ivy, dia dapat rasakan Ivy sedang tersenyum sekarang. “Apa dia?”

“Malam di Enchanted sangat indah. Ini kali kedua aku melihatnya bersama kau.” Katanya membuat Louis mendongak ke langit. Melihat ribuan bintang bergelipan mengelilingi bulan sabit.

Louis tersenyum kecil. “Yeah. Kali ini rahsia kita di saksikan oleh bulan.” Bisik Louis lebih kepada diri sendiri. “It is a new relationship… jadi perlukan saksi baru.”

“Apa dia?” Ivy toleh kebelakang tidak berapa jelas apa yang Louis katakan.

Louis menggeleng. “Aku kata langit ni malam cerah.”

Ivy memandang Louis untuk seketika sebelum kembali pandang hadapan. “berharap selalu cerah.”

Bila mereka sampai di loby asrama dan Ivy berada di kaki tangga untuk naik ke biliknya, Louis bersuara; “Ivy?”

Langkah Ivy terhenti dan memandang Louis yang berada di laluan masuk bilik asrama tingkat satu. “Ya?”

Louis tersenyum dan tunduk secara Formal. “Selamat malam cik Ivy.”

Ivy turut tersenyum dan tundukkan diri dengan kaki bersilang –Cuma tiada skirt nak pegang. “Selamat malam Tuanku, Putera George.” Balasnya dan segera naik ke tingkat tiga di mana biliknya berada.

Dan Masa kembali bergerak sebaik sahaja mereka berpisah, masa pada dunia mereka kembali terhenti dan masa pada dunia reality kembali bergerak. Mereka kembali kepada diri mereka masing-masing. The Evill young Villain dan The Little Good Prince. Dua yang berbeza yang mustahil bersatu.

>X<


(A/N: Haiihhhh….. rasa macam nak tulis pasal Ivy and Louis je lepas ni BUT! Kena ada plot untuk happy ending! Huhuhuhuhu…. Of course in the future ada tragedy *Spoiler elert*!! Sorry not sorry :P )

FunFact!! Nama George Alexander Louis ialah nama Anak pertama kepada Prince William, Duke of Cambrige and Catherine, Duchess of Cambrige a.k.a Kate Middleton huhuhuhuhuhu..... The cute Little Prince George (,,^_^,,) 
This is Prince George!! Omey kan dia?????

Comments

  1. huhuhuyu tjawab smua psoalan....muaahhahahahahah nak nak....masih bnyk teka teki yang x bjawab...keep it up angah....
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  2. mwahahaha.... masih ada persoalan yang tidak terungkai lagi, lebih banyak persoalan akan datang dan salah satunya ialah.... Biarlah rahsia.. huhuhuhuhuhuhu Thanks Cik Cekelat *Hungs&Kisses*

    ReplyDelete
  3. Haha. Ingat louis dah hilang ingatan. Naseb x. Jangan buat ending sedih2. X nak nangis. Huhu. Sapa ayah Ivy angah??? Terpikir tiba2. Hehe. -epi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer sedih dah tentu ada but that's in the future chapter lah... hehehehe and pasal ayah ivy... hmmm, we'll find out one day. Huhuhuhu Don't worry epi ^_~

      Delete
  4. Tq angah anyway nk lagiii~
    Bunga untuk angah...

    @>-----^------
    Just copy by hlovate...
    *Wink2*

    ReplyDelete
  5. You welcome Fizryn and Awwww thank you for the flowers!!! I love it (,,^_^,,) <3 <3 <3

    ReplyDelete
  6. masih x cukup puas dgn part diorang ni.. harap writer tambah lg.. kali ni dengan ada pesaing baru plak seorang lelaki yg nak mengorat ivy ..just cadangan je..😶😶😶😶😶😶😎

    ReplyDelete
  7. Yess!!! Angah pun fikir macam tu jugak! we'll see in the near future siapa akan flirt dengan Ivy.. mwahahahahahaha *Insert hysterical laugh*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts