Eighteenth L.O.V.E

The Witch beloved Guardian

Beberapa minggu selepas program di ladang kuda itu berjalan dengan baik. Semua berjalan dengan lancar seperti mana Ivy rancangnya. Malah, luar jangkaan Ivy!

Setelah mereka kembali ke Academy, Ivy dan yang lain perasan perubahan pandangan Pelajar lain terhadap Ivy. Ini kerana khabar tentang Ivy dan Musuh ketatnya Prince George menjadi kawan di dalam program yang dianjurkan oleh kerabat diraja itu. Ramai pelajar sebenarnya tidak percaya yang dua musuh ketat ini boleh berkawan dengan begitu mudah dan lagi susah hendak percaya kerana kedua-dua musuh ini tidak mengishtiharkan persahabatan mereka. Tambahan pula, bila mereka terserempak di laluan academy, tiada siapa yang menegur sapa dan tidak pandang sesama sendiri langsung!

Susah untuk percaya tentang berita tersebut. Sehinggalah seorang pelajar beranikan diri untuk berdepan dengan lima sekawan ini di laluan sekolah pada awal pagi. Memberanikan diri untuk menyoal soalan maut itu kepada The Evil Witch, Ivy the Devil di hadapan empat kawan rapatnya.

“Err—Maaf kalau saya mengganggu tapi kami se—semua n-na—nak tahu b-b-b-betul ke yang C-Cik Ivy s-s-se—sebenarnya dah—”

“Oh for crying out loud… Spit it out boy!” marah Ivy bila lelaki itu bercakap tergagap-gagap. Dia takda masa nak layan karenah manusia pada awal pagi itu.

“Eeepp!” lelaki itu mengeluarkan jeritan perempuan hampir buat satu sekolah mentertawakan dia tapi mereka telan ketawa mereka kerana lebih takutkan Ahli sihir muda itu. “Adakah Cik Ivy dan Putera George ada hubungan??” soalnya seberani yang boleh, menahan dirinya dari terkucil dalam seluar dengan renungan maut Ivy.

Setelah mendengar soalan itu, muka Ivy terus naik merah. Hubungan?—Oh mereka cakapkan pasal program tu desis hatinya terfikir pasal hubungan yang lagi satu. “Kami hanya civi—”

“Of course mereka berkawan!” Hanna menyampuk sebelum Ivy menghabiskan ayatnya. “Listen here buddy, kawan tidak bermaksud mereka kena bermesraan dan melekat sepanjang masa. Lagipun persahabatan mereka masih baru dan banyak misunderstanding antara mereka perlu di perbetulkan. So, they taking it slow sehingga persahabatan mereka menjadi stabil. So….”

“So apa kata kamu semua busy body…” Gweneth menyambung dengan memberi jelingan kepada pelajar di sekeliling mereka. “tolong mereka dengan hentikan khabar angin merapu kamu dan beri peluang untuk Ivy berkawan baik dengan Putera George—Ow!”

Apple Red memukul bahu Gweneth. “Gwen, jangan takutkan mereka.” marahnya dengan suara yang sememangnya lembut. “Apa yang Puteri Gweneth maksudkan ialah korang berikan peluang kepada Ivy untuk berubah menjadi baik. Bukankah ini membawa kebaikan kepada semua orang? A Beautiful, most sexy witch is on Enchanted side?”

 Sumpah, ayat terakhir Apple Red mempunyai maksud tersirat kerana pada masa tu Gretel ketawa pecah perut tanpa sebab. Bukan itu sahaja, selepas penjelasan tentang Ivy, Pelajar sekolah mula menegur Ivy seperti; ‘selamat pagi Ivy’, ‘Hey Ivy!’, ‘Ivy Prof. sugar plum panggil’, ‘Ivy, kau nak jadi partner research aku tak?’ dan kebanyakannya lelaki yang menegur Ivy. Dah tentu kebanyakan permintaan itu Ivy menolaknya dengan baik—sebab kawannya suruh jawab dengan senyuman sebab itu salah satu Good Deed juga.

“Ivy, budak tu asyik pandang kau dari tadi.” bisik Gretel menuding kearah seorang budak kecil di sebalik pokok.

Sekarang mereka berada di taman belakang academy, dekat dengan sungai di bawah jambatan. Makan tengahari di sana bersama rakan-rakannya yang lain. Apple Red kata ini hari ialah hari yang sesuai untuk makan picnic di luar bangunan dan di sebabkan mereka dah pujuk Puan Camelia untuk meminjam Ivy sehari itu, Ivy dapat meluangkan masanya dengan empat kawan rapatnya tanpa menghiraukan kerjanya di Perpustakaan.

Ivy memandang kearah budak lelaki itu dengan kening terjungkit tinggi. “So? Biar lah dia sana—Ow!” Gweneth memukul belakang Ivy membuat ahli sihir ini menjeling kearah anak Frog prince itu. “What?!”

“Be polite.” Tegur Gweneth sambil mengunyah gula getahnya. “Budak tu dah jelas-jelas nak dekat dengan kau. Pergi sana or panggil dia dengan lembut. Drop that dagger stare too. Ia membunuh.”

Ivy memberikan jelingan maut yang Gweneth katakan kepadanya. “Like I give a sh—Ow-ow-ow!”

Kali ini Diaval yang berada di bahunya menarik telinga Ivy membuat ahli sihir muda ini merungut kesakitan dan menolak Diaval dari telinganya. “Fine!” marahnya dengan nada berbisik, memberi renungan menakutkan itu kearah burung gagak yang berada di bahu Apple Red sebelum memandang kearah budak kecil yang ketakutan di sebalik pokok berdekatan itu.

Ivy menarik nafas dalam—sedalam yang mungkin sebelum bangun dari tikar picnic itu dan bergerak mendekati budak kecil itu.

Be polite… be polite… be polite…

Itu ayat yang disebut berulang-ulang kali dalam mindanya seperti ia sebuah mantera magic untuk Ivy.

Dia berlutut di sebelah pokok tersebut dan melihat budak lelaki itu menyembunyikan diri darinya. Ivy menahan diri dari menjerit kenapa budak ni sembunyikan diri kalau dia nak jumpa sangat dengan Ivy.

Be polite… be polite… be polite.

Sekali lagi Ivy menyebut mantera tersebut sebelum mengukirkan sebuah senyuman manis—god forbids Ivy tersenyum manis seperti itu kepada seorang budak kecil.

“Hai, kamu nak berjumpa dengan saya ke?” Apatah lagi bercakap selembut itu. “Jangan takut, saya mungkin nampak menakutkan tapi saya tak makan orang.”

Budak lelaki yang berumur lingkungan 8 ke 10 tahun itu keluar dari persembunyiannya dengan sejambak bunga liar didalam tangannya, pipinya sedikit merah dan pandangannya di tumpukan kepada kasut hitam formal sekolahnya. “Uhm—Err…”

Ivy menunggu budak itu bercakap. Menunggu dengan penuh kesabaran. Ayat ‘be polite’ asyik di mainkan didalam mindanya seperti kaset rosak yang menjengkelkan.

Budak itu akhirnya mengangkat matanya untuk melihat Ivy dengan tersipu malu dan hulurkan bunga liar ikut kepada Ivy. “Eden petiknya sendiri dan…. Dan Eden harap Cik Ivy sukakannya.” Katanya dengan suara kecil, muka merah padam, tunduk tidak ingin memandang Ivy.

Ivy memerhatikan bunga-bunga di tangan kecil budak tersebut dan tersenyum kecil. “Thank you.” Bisiknya membuat Budak itu mendongak memandang Ivy. “Thank you very much.” Sahut Ivy sekali lagi dan mengambil bunga tersebut dari tangan budak kecil itu.

Budak tersebut tersenyum lebar dan mengangguk dengan penuh semangat. “Y-You Welcome!, Eden rasa Cik Ivy seorang yang Awesome dan sangat Cool! Eden sentiasa sukakan Cik Ivy tapi takut untuk dekat dengan Cik Ivy kerana Cik Ivy menakutkan.”

Jadi namanya Eden…. Ivy tertawa kecil. “Yeah? Eden rasa saya ni baik ke?” melihat Eden mengangguk membuat Ivy rasa bangga. Tapi dia tahan perasaan itu dengan berdehem. “Well, saya sukakan hadiah Eden tapi malangnya ia senang layu.” Katanya membuat Eden murung. “Tapi jangan risau. Saya tahu apa nak buat.” Ivy menggoyangkan jari jemarinya atas bunga-bunga liar itu sambil membaca mantera pendek, menjampi sebuah pelindung pada bunga tersebut mengelakkan ia dari layu. “Now, I can always cherish this flower forever.”

Magic Ivy membuat Budak Eden itu kagum dan memandang Ivy, memuja kebolehan Ivy sebelum dia melompat dan memeluk ahli sihir muda ini. “You are so cool!!!” sahutnya dengan manja dan cukup kuat membuat semua orang yang berdekatan—seperti di jambatan dan bangunan academy memandang kearah mereka. melihat Ivy tertawa bila budak itu memeluk Ivy dengan manja lagi erat. Memuji Ivy terus menerus tentang kehebatan Ivy dengan magicnya dan juga menghargai pemberian kecil dari budak Eden itu.

Selepas itu jugalah Ivy mendapat lebih banyak perhatian dari pelajar Academy itu dari pelbagai umur, bukan sahaja budak-budak malah remaja dan yang sebaya dengannya. Not just that, Putera George pun mula bercakap dengan Ivy seperti biasa di depan orang ramai. Menyapa seperti biasa dan bertanya khabar walaupun perbualan mereka hanya sepatah dua sebelum mereka pergi ke haluan masing-masing.

Hari semakin hari, ‘putera George’ ini mula berani tunjukkan dirinya yang sebenar sebagai ‘Louis’ bersama Ivy, didepan orang ramai. Berbual slamber, mengusik dan menyakitkan hati Ivy sebanyak mana yang dia boleh.

Dia kata orang lain dah menerima Ivy, so dia patut terima ivy sebagai ‘kawan’ di hadapan pelajar lain juga. jadi dia pun mendekati Ivy… damn that man… Cakap jelah kau cemburu! Kau cemburu orang lain boleh berbaik depan aku sedangkan kau tak boleh!!

But.. its okay, muka cemburu Louis sangat comel! rasa macam nak cuit je pipi lelaki tu tapi tak boleh, kang Louis tengking Ivy sebab mempermainkan dia. Huhuhu sory not sorry..

Selain dari itu, semuanya berjalan dengan lancar. Good Deed yang Ivy buat untuk beberapa minggu ini telah meningkatkan magical Core Ivy dan seperti mana pembelajarannya dengan Pengetua Merlin, keputusan kekuatan magicnya cukup memuaskan hati.

Akhirnya dia dapat kembali kekuatan magicnya seperti dahulu dan mungkin lebih kuat dari sebelumnya!

So, hari ini ialah hari yang menenangkan untuk Ivy. tiada masalah dan semua orang dah tertipu dengan ‘perbuatan baik Ivy’. malah kawan-kawannya juga tertipu yang ivy akan menjadi ‘baik sepenuhnya’. Diaval ada tegur ivy tentang berhati-hati dengan kelakuannya kerana ia boleh brainwash Ivy tanpa ahli sihir muda ini perasan.

Ivy tahu tu tapi dia tak risau kerana hatinya yang bertanggungjawab atas perubahan diri Ivy, selagi hatinya masih penuh dengan kegelapan dan tersimpan rapi disuatu tempat yang selamat, Ivy akan selalu menjadi jahat dari dalam dan baik hanya di luaran. Dia tidak akan menjadi Baik seperti mana orang Enchanted inginkan Ivy jadi.

“Like I said, My Heart is still dark as it was before… Will you just relax!” sahut Ivy di sebalik tirai bathtubnya, sedang menikmati mandian tub panas yang disediakan oleh Diaval.

Diaval yang dalam bentuk manusia, berada di dalam bilik air itu juga, sedang memerhatikan ubat-ubat mandian Ivy. tidak ada niat pun nak intip anak jagaannya di sebalik tirai itu. “Even so, aku kena bagitau kau juga.” Katanya dan membuka almari bilik mandi itu. “Ai, sabun mandi kegemaran kau dah nak habis. Aku patut pergi ke pekan dan beli sabun baru.” katanya dan berbisik pada diri sendiri pada ayat terakhir sambil hulurkan sabun tersebut kepada anak jagaannya di sebalik tirai—tetap tak pandang Ivy.

Ivy mengambil sabun itu sebelum mengucapkan terima kasih kepada Diaval. “Aku tak nak sabun dari Enchanted! It smells funny.” Rungutnya seperti budak kecil dan meletakkan sabun badan itu keatas dirinya. “Aku suka sabun aku… It smells like home.” Sahutnya dengan hembusan nafas lega. Sukakan eroma bau sabun badannya. “Besides, bau sabun ni menarik perhatian pelajar di academy ni. It’s irrisistable, bau yang tiada di Enchanted.”

“Kau nak kata Exotic?” Soal Diaval mengusik sambil menggantung jubah mandi Ivy di sebelah tub mandi Ivy. “be carefull Ivy, popularity sentiasa membawa bala.”

“How so?” Soal Ivy menyelak tirai itu sedikit untuk melihat Diaval yang menyandar di singki bilik air itu.

“Jealousy. Cemburu itu sifat manusia semula jadi, mustahil tiada yang tak puas hati melihat kau mendapat perhatian satu sekolah sedangkan kau ni seorang Villain. Just be carefull okay?”

Ini buat ivy tersenyum kecil. “Of cours Diaval. I will.” Katanya dan menutup tirai tersebut sepenuhnya semula.

Diaval dapat lihat figura Ivy dari tirai tersebut, bangun dari tub mandian dan mengeluarkan tangan untuk mencapai jubah mandinya, memakai jubah tersebut sebelum melangkah keluar dari tub mandi itu.

Diaval mengeluarkan kerusi di bawah singki bilik air itu dan tanpa diberi arahan, Ivy duduk dan berdepankan cermin bilik Air.

Diaval mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu bilik Air dan mula mengeringkan rambut Ivy.

Mereka berdua diamkan diri, menikmati masa mereka berdua di dalam bilik air itu. Ivy membenarkan Diaval mengeringkan rambutnya, merasakan jari jemari Diaval menyikat rambut Ivy dengan lembut bersama tuala tersebut dan sementara itu mengurut kepala Ivy.

Ivy sukakan bila Diaval mengeringkan rambutnya. Tangan Diaval sangat selesa bila dia buat macam tu, ia menenangkan segala otot badan Ivy dengan urutan kepala dari Diaval. Walaupun tangan Diaval kasar dan besar, dia melayan rambut Ivy dengan penuh berhati-hati, dengan lembut seperti dia menghargai rambut hitam itu.

“Rambut kau dah makin panjang dari sebelumnya.” Sahut Diaval dengan senyuman kecil, membelai rambut hitam itu dengan tuala, keringkannya tanpa menarik, tidak menyakiti Ivy. “Aku masih ingat semasa kau kecil, rambut kau masih pendek cecah bahu.” Diaval menghembus nafas nostalgia. “Oh the day goes by so fast.”

Ivy membuka matanya dengan perlahan dan melihat ekspresi wajah Diaval. Ivy tersenyum halus. “Terfikir balik, kau selalu dandan rambut aku dahulu. Selalu buat style-style pelik sebelum aku kesekolah. Kau selalu ada untuk jaga aku.” Katanya teringatkan zaman semasa dia kecil.

“ia tak pelik tapi comel.” Diaval bantah dan tertawa kecil. “Dah tentu. I am your guardian, dari kau bayi sampai sekarang tugasku untuk menjaga kau. Ajar kau bejalan, ajar kau becakap, Mandikan kau, sediakan pakaian kau, ajar kau naik basikal, masak, temankan kau belajar magic tengah malam, jadi bahan ujikaji kau, memujuk kau time kau menangis bila kau gagal—You are such a cry baby back then dan bantu kau dengan homework kau—tahu tak betapa susahnya nak ajar kau benda yang aku sendiri tak tahu? Aku terpaksa baca satu buku teks kau tu tau tak?”

Ivy tertawa besar. “Really? AKu ingatkan kau tahu selama ni! Oh god… kau sanggup buat tu semua untuk aku?”

“Siapa takkan?” Soal Daival membelai rambut Ivy. merasakan setiap helai rambut hitam Ivy di celah jari jemarinya. Merasakan kelembutan rambut Ivy yang dia jaga selama ini. Jaga dengan penuh kasih sayang. “Akhirnya kau bersihkan rambut kau dari dye ungu yang hodoh tu. Aku benci bila kau asyik warna rambut kau.” Bisiknya membuat Ivy tertawa kecil.

“Hey! It’s trending time tu! besides, I look Beautiful in those dye..” katanya dengan bangga dan mendapat tarikan rambut dari Diaval. “Ow! Hey, kau nak buat aku botak ke?”

“Ya kalau kau cuba dye rambut kau lagi.” marahnya dengan senyuman nakal. “Alright, rambut kau dah kering. Now, kelas sejarah kau bermula 45 minit dari sekarang so you better hurry up sebelum—” Ayat Diaval terhenti bila ada suara-suara halus datang dari luar bilik air membuat Burung gagak ini memandang Ivy.

Nampaknya Ivy juga dengar suara itu. Keningnya terjungkit hairan. Bukankah Ezra ada club meeting ke? dan selepas tu direct ke kelas. Sebab tu Diaval dalam bentuk manusianya di dalam bilik air, mengemas barang mandian Ivy seperti biasa dia buat di Vicious.

Sekali lagi suara-suara halus itu kedengaran membuat Ivy menghayunkan tangannya dan tukar Diaval menjadi burung gagak sebelum melangkah keluar dari bilik air.

Semasa dia membuka pintu, Ivy hampir jatuh terseliuh kerana empat muka dikenali tapi menjengkelkan terpacak di depan pintu biliknya seperti anak kucing menunggu makanan dari tuannya.

“Gosh! Korang nak buat aku kena stroke ke?!” marah Ivy memengang bingkar pintu sebagai sokongan dari jatuh terduduk kerana mereka berempat. “Apa korang buat kat bilik aku? Cari Ezra ke?”

Gretel perasan haiwan perliharaan Ivy terbang keluar dari bilik air dan mendarat di tiang rehatnya. “Kau mandi dengan burung gagak kau ke?”

“Tak dia temankan aku je.”

“Dan dia jantan?” Soal Gretel kembali memandang Ivy.

“Dah tentu dia Jantan. Aku tak suka—Oh this is pointless, just tell me why you are here!” marahnya menghentak kaki ke arah almarinya, tiada masa nak jawab soalan pelik-pelik dar adik Hansel ini.

Mereka berempat saling berpandangan sebelum memandang kearah Burung gagak dan Ivy. “Ivy, kau tak rasa segan ke walaupun itu haiwan perliharaan kau?” Soal Apple Red dengan lembut.

Langkah Ivy terhenti dan menjeling kearah empat rakannya. Itu je ke soalan mereka? Asal dorang tanya Ivy soalan macam tu? dia haiwan.. bukannya manusia—Ivy baru sedar sesuatu. Diaval boleh jadi manusia…. Dia sepatutnya rasa segan dengan Diaval—seorang lelaki berada di dalam bilik mandinya semasa dia Completely naked.

Ivy memandang kearah burung gagak itu dengan mata yang dikecilkan sebelum mengangkat bahu. “Meh…. Dia dengan aku dari kecil lagi. so, aku dah biasa.” jawabnya slamber dan sambung mencari baju yang dia nak pakai ke kelas. Plus, Diaval seekor haiwan… walaupun dia bentuk manusia, dia tiada perasaan seperti manusia sebenar. He is still a crow.

“Anyhow, kenapa korang di sini—Oi!!” Ivy tiba-tiba ditarik jauh dari almarinya dan hanna menutup pintu almari itu. “Korang dah kenapa—Apa dalam beg tu?” Ivy baru perasan rakan-rakannya ada bawa banyak beg di dalam tangan mereka dan Ivy mula rasa menyesal menyoal mereka soalan itu kerana senyuman mereka berempat makin lebar seperti seekor Cheshire cat dari Alice in wonderland.

“Make over time!!” sahut mereka berempat dan menolak Ivy untuk duduk di atas meja make upnya.

“Make over what? Korang nak make over aku ke? KEnapa?!!!” soalnya panic dan ingin melarikan diri tapi ditahan oleh Apple Red dan Hanna.

“Next lesson for Good Deed. Impression.” Gweneth bersuara sambil mengeluarkan pakaian dari beg-beg yang mereka bawa—semuanya style skirt feminine. “Walaupun pandangan mereka terhadap kau dah berubah, masih ada yang meragui kau—”

“Who Give a f*ck—”

“Dan….” Gweneth menjeling kearah Ivy. berani dia mencarut depan Gweneth. “style baju kau masih menunjukkan kau ni ‘merbahaya’. Kami tahu kau nampak seksy dalam baju kau tu tapi tetap tidak diterima sepenuhnya.”

“Sebab?” Soal Ivy menjungkit kening. Dia pandang kearah Diaval dan burung gagak itu juga mengangkat bahu tidak faham.

“Sebab…” Hanna pula bersuara. “You, the goddess of evil Witches secara tidak sengaja telah menarik perhatian ramai lelaki.” Ivy masih tidak faham membuat Hanna mengeluh. “Kau buat perempuan benci kat kau sebab lelaki lebih pandang kau dari mereka. kau jahat and dangerous, lelaki fantasizekan kau dalam mimpi mereka.”

“Eww….. that’s gross.” Kata Ivy menggeleng tapi tersenyum nakal. “Apa mereka fikirkan pasal aku?”

“Something H.” jawab Gretel yang menolong Gweneth membentangkan beberapa jenis baju di atas katil Ivy dan Ezra kerana tak cukup ruang. “That’s no good Ivy, kau kena di pandang mulia bukan dipandang seperti kau ni a whore. Walaupun kau tak buat apa-apa. Perempuan akan bencikan kau kerana itu dan boleh menyebabkan orang mula bencikan kau semula. Lebih hina dari menjadi seorang Villain yang menakutkan.”

Kening Ivy terjungkit lebih tinggi. Bukan tidak faham tentang keterangan rakan-rakannya, tentang dia menjadi pujaan para lelaki. Okay, dekat Vicious ada jugak yang memuja Ivy tapi taklah sampai berani bawa Ivy kedalam mimpi mereka. mereka terlalu takutkan Anak Maleficent ini, fikirkan dia yang bukan-bukan memang mereka tak berani.

Kenapa Enchanted boleh fikir Ivy macam tu? Apa dia buat? Hmmm….. Ivy memandang kearah Burung Gagaknya semula. Dia harap dia boleh tukar Diaval menjadi manusia di depan mereka tapi tak boleh. Nanti masalah baru muncul di dalam bilik itu.

“So, macam mana nak buat mereka sanjungi aku tapi tidak memuja aku?” Soal Ivy melihat baju-baju yang Gretel bentangkan sekali dengan beberapa jenis kasut di kaki katil. “Euugghh… aku takkan pakai semua kasut tu.”

“Easy.” Apple Red bersuara. “Ubah penampilan kau—kitorang tahu kau tak nak ubah sepenuhnya. Cuma ubah style je, kearah lebih feminine dan diterima di mata perempuan.” Katanya dengan senyuman manis. “So, minggu lalu kami pergi shopping dan beli beberapa helai untuk kau cuba. Trust me, fashion expert Gweneth takkan pernah gagal!”

Gweneth tersenyum bangga. “Dah-dah, less talk and lets get pumping!” sahutnya dan menarik Ivy dari meja make up itu.

“What—Wait… Get your hand off me—You F*cking retard!!

Diaval hanya menggeleng melihat empat kawannya mula menyeksa Ivy dan Diaval terus keluar dari bilik tersebut. Menghargai privasi Ivy dan juga melarikan diri dari suara nyaring dari lima perempuan yang bergaduh tentang fashion. Diaval taknak terjebak dalam peperangan itu. Dia rela lepak di Pixie hollow dengan tupai busuk dari melihat mereka seksa anak jagaannya.

Setelah mencuba beberapa jenis baju kepada Ivy dan juga carutan bermaharajalela di dalam bilik tersebut, serta pergaduhan antara empat kawan tentang baju mana lebih sesuai kepada Ivy—kerana mereka beli baju lain-lain style. Akhirnya mereka dapat mencari baju yang sesuai untuk Ivy. Kelihatan Ivy yang sebenar Cuma lebih feminine.

Imagine it black





“Oh my Star….” Mata Hanna bergelipan melihat hasil karya mereka berempat. Rambut di dandan oleh Hanna, Light Make up dibuat oleh Apple Red, kombinasi baju dah tentu Gweneth dan beg leather tu sesuai dengan Ivy! Gretel pandai memilih beg!!

Kening Ivy bertembung menjadi satu melihat penampilannya di cermin panjang. “Aku bencikan hairstyle aku.”

“You welcome honey.” Hanna sahut dengan riang.

“Aku tak suka skirt aku. Terlalu pendek. Tak boleh ke aku pakai legging?” Soalnya melihat kakinya yang putih pucat terdedah.

Gweneth menggeleng. “Maaf, ia tak sesuai dengan kombinasi baju ni. Deal with it.”

“Dan Beg ni juga.” Dia ingin melontar beg tersebut tapi terbatal bila Gretel memberikan renungan mautnya. “Aku benci make up aku juga. It’s fake.”

“Make up kau lebih fake sayang.” Kata Apple Red dengan lembut tapi ada unsur kemarahan di dalamnya. Uissh…. Apple Red marah! Tambahan pula ayat Apple Red tu Deep sangat. terasa Ivy dibuatnya.

“Fine! Aku akan lambat ke kelas and for the record, aku bencikan style aku sekarang. It’s hideous.” Marahnya, menghentak kaki kearah katilnya dan mengeluarkan kasut kesayangannya dari bawah katil.

“Wait!—Wait!” Gweneth bersuara, menghalang Ivy memakai kasut tersebut. “Kau tak boleh pakai kasut tu. That’s hideous.”

Mereka mendapat renungan tajam dari Ivy, renungan tersebut boleh buat mereka berempat jatuh berlutut kerana ketakutan. “Aku takkan tukar kasut lain.”

“Alaa Ivy, this is for your own good!” sahut Hanna memeluk tubuh. “That shoes ruin your whole look! Pakai ballet ni.” Dia mengangkat kasut warna cream tapi Ivy menggeleng.

“Girls, aku berterima kasih kerana tolong aku ubah penampilan dan segalanya tentang Good Deed ni tapi…” Ivy memandang kasutnya di dalam tangan. “This old shoes is important to me.”

“Ada cerita di sebalik kasut ni?” Soal Apple Red duduk di sebelah Ivy. menyentuh bahu kawannya dengan senyuman kecil. “Mind to tell us?”

Ceritakan kepada mereka? muka Ivy terus naik merah. Dia tak pernah ceritakan kisah disebalik kasut boot nya itu kepada sesiapa. Termasuk kawan rapatnya Hansel ataupun Kawan rahsianya, Louis.

“It’s nothing..” katanya dengan nada berbisik, tertunduk segan. “It’s stupid—”

“Hey.” Gweneth menyampuk, berdiri di depan Ivy. “This is not Nothing and its not stupid kalau kasut tu ada makna. Seseorang bagi kepada kau?”

Ivy menggeleng, tidak memandang kawan-kawannya. “Peninggalan dari seseorang.” Bisiknya hampir buat kawan-kawannya yang lain tidak dengar.

Mereka mendengarnya dan ini buat mereka bertiga yang berdiri berlutut depan Ivy dan Apple Red dekatkan mukanya dengan Ahli sihir muda itu. “Siapa bagi? Boyfriend?”

Ivy membelakangkan dirinya bila muka mereka berempat terlalu dekat dengannya. “Too Close!” sahutnya membuat empat perempuan itu kebelakang. “Sheeesh… korang ni jangan nak berharap sangat lah. To put it short… It’s my dad’s.”

Jawapan Ivy membuat mereka buntu untuk seketika. Memproses pendek yang keluar dari mulut Ivy ke dalam otak mereka sebelum menjadi pucat dan menjerit “EHHHHHH????!!!!”

Sepanjang hidup mereka berempat mereka tidak pernah terfikir siapa Ayah Ivy…. mereka tahu yang ibu Ivy ialah the almighty Maleficent tapi… ayah dia? itu jadi satu mystery kepada mereka.

Melihat riaksi mereka membuat Ivy naik merah. “Ini sebab kenapa aku tak nak bagitau korang!” sahutnya dan memakai kasutnya dengan segera sebelum mencapai beg leathernya, bergegas keluar dari bilik itu.

“N-Nanti Ivy!”

Mereka berempat terus mengejar ahli sihir bermuka merah bak nama Apple Red. Mereka terus menerus menyoal Ivy tentang ayahnya dan semua soalan itu Ivy endahkan. Umpama mereka berempat tidak wujud di sisinya langsung.

Bukan itu sahaja, Ivy juga menghiraukan pandangan pelajar lain sebaik sahaja dia memijak kaki di lobi asrama. Seperti sejarah berulang kembali, semua pelajar berhenti dari kerja mereka hanya kerana mata mereka tertumpu kepada Ahli Sihir Muda yang berpakaian lebih keperempuanan dari sebelumnya.

Sama juga keluar dari asrama tersebut, pekerja academy, pelajar lain dan juga pengajar terkejut melihat penampilan baru ahli sihir ini. rutin dahulu berlaku sekali lagi. pixie tersalah buat kerja, pelajar jatuh kedalam longkang, pengajar yang sedang berlatih tersandung dari kecuaian mereka dan banyak lagi.

Cuma kali ini, lima sekawan ini tidak berikan tumpuan tentang sekeliling kerana sibuk dengan permainan wartawan mereka terhadap Ivy. sepertinya Ivy ni pelakon terkenal yang sombong untuk berkongsikan kisah hidupnya kepada peminat.

“Come on Ivy! Tell us!” sahut Hanna, merayu, menarik beg sandang Ivy. “Atleast give us a hint!”

No!” muka Ivy seperti predator yang nak makan mangsanya. Dia berdesir seperti ular tapi suara seperti singa. Membuat empat kawannya itu kecut perut dan membelakangkan diri dari ivy.

Ivy kena lari dari mereka berempat. Mereka akan desak Ivy tentang ayahnya dan Ivy taknak beritahu sesiapa tentang lelaki itu! Not a Chance, over my dead body!

“Would you lots shut up?!” sekali lagi Ivy meletup, Cuma apinya berwarna pink tanda kemarahannya disebabkan dia segan dengan kawan-kawanya. “Listen, bukan aku taknak cerita dengan korang tapi perkara ni sensitive dan aku tak bersedia lagi nak bagitau korang semua. One day…” Ivy menarik nafas dalam, meredahkan apinya (kerana pelajar lain juga ketakutan dengan api itu.). “satu hari nanti aku ceritakan okay?” soalnya tanpa memandang mereka. Ia seperti dia tunjukkan kelemahannya kepada mereka. Sememangnya perkara itu satu kelemahan bagi Ivy.

Gweneth menyentuh bahu Ivy menarik perhatiannya. “Maaf sebab desak kau. Kami faham kalau perkara ni terlalu sulit. Lagipun kitorang semua ada rahsia yang kita tak boleh ceritakan.” Gweneth memandang kearah Gretel dengan senyuman nakal membuat adik Hansel itu naik merah. “We all have secrets…”

“Eh?” Cuma Ivy sahaja yang tidak faham apa yang Gweneth maksudkan.

“N-Nothing!” Sahut Gretel sambil menolak Ivy kearah bangunan Academy. “Bukan kau kata kau ada kelas ke? jangan nak berlengah lagi, kang Prof kau marah lagi sebab lambat masuk kelas.” Gretel terus menolak Ivy dengan tiga puteri tertawa secara senyap di belakang mereka, mentertawakan mula merah Gretel.

Haiiih laa Gretel ni, itu pun nak malu…

Setiba sahaja mereka di Locker Ivy—empat kawan ini tiada kelas, saja ikut Ivy untuk show off kan hasil karya mereka keatas Barbie doll baru mereka kepada pelajar lain—Ivy ingin membuka Lockernya tapi terbatal bila dia dengar namanya dipanggil.

Oleh seorang yang sangat dikenali.

“George….” Sahutnya dengan nada berbisik, melihat Putera raja Camelot berdiri tidak jauh dari mereka.

Mata Louis tak lepas dari penampilan Ivy di depannya sekarang ni, dia tak cakap apa-apa sebab takut ayat yang tidak sepatutnya keluar dari mulutnya. Plus, mereka depan public. Bukan private place. Tambahan pula, senyuman menjengkelkan Gretel dan yang lain tu seperti mereka menunggu komen dari Louis.

Dan komen Louis?

She look breathtakingly Beautiful…

Rambutnya yang dihias simple dan juga make up yang tidak terlalu berat, menunjukkan wajah natural Ivy. tambahan pula dia memakai baju yang lebih feminine! Not to mention the skirt. Ivy takkan pernah pakai skirt pendek. Kalau ya pun dia akan pakai Legging.

“Kau kena rasuk Jin apa sampai pakai baju macam ni?” Soalnya setelah menyusun persoalan itu dalam mindanya dan melihat ahli sihir itu dari atas hingga bawah.

Muka Ivy sekali lagi naik merah. Hari ini Ivy sentiasa merah dari tadi pagi, kalau ini berterusan confirm Ivy akan pengsan atau lebih teruk koma kerana terlalu banyak darah naik ke otak Ivy. “Apa lagi? empat Jin yang selalu ‘tolong’ aku dengan Good Deed aku lah.” Jawabnya menjeling kearah kawannya yang tersenyum tersengih-sengih, menayang gigi macam kerang busuk di sebelahnya.

“Kamu berempat buat kerja yang bagus pada Ivy. It suits her tapi….” Pandang Louis jatuh ke Skirt Ivy. “It too short.”

“Nonsense your Highness.” Hanna bersuara sambil mengipas tangannya. “That beautiful leg must be shown off to everyone! Tambahan pula dia masih single, boleh dia dapat boyfriend dengan cepat—”

*PACK*

Ayat hanna terhenti bila dia lihat fail keras yang sememangnya di dalam tangan Louis patah dua membuat mereka berlima menelan air liur kelat. Cuma berlainan ketakutan.

“Oh maaf saya, ini hari saya tidak dapat nak ke gym sebab jadual yang sibuk dan saya rasa ini exercise yang sesuai untuk pagi ni.” Katanya dengan senyuman paksa. Walaupun dia tersenyum, dahinya berkerut tanda dia sakit hati.

Ivy menelan air liurnya sekali lagi sebelum berdehem. “Korang patut balik asrama kalau Korang dah takda hal dengan aku lagi.” katanya kembali berdepan dengan Lockernya. “George, you too. Kau ada kerja lain nak buat kan? sebelum kau cuba usik aku, baik kau pergi sekarang—” Sebaik sahaja Ivy membuka Lockernya, selonggok besar sampul surat terkeluar dari lockernya, jatuh bertaburan di atas kakinya.

“Dafuq….” Ivy kaku pada kedudukannya, tidak dapat bergerak, terlalu shok melihat lockernya berantakan.

“Ooooooo Love letters!” sahut Hanna riang melihat semua sampul surat yang bertaburan di lantai dan juga di dalam locker Ivy.

“Babe! Banyaknya admires kau!” Gweneth mencapai kotak kecil yang dibalut dengan heart pink wrapers dan membukanya tanpa meminta kebenaran dari Ivy. “Hahaha! Chocolate! Seseorang bagi chocolate valentine day time musim luruh! You mind?” Soal Gweneth dan memakan chocolate itu bila Ivy menggeleng. “And it homemade too.”

“Woaaaa….. Even a princess didn’t get this many presents.” Apple Red mengambil kad yang tergantung di kotak coklat yang Gweneth pegang dan membacanya. “Roses are red, Violet are blue, this chocolate are specially made for you—Oh how sweet..” Puji Apple Red, sukakan pantun pendek pemberi coklat itu.

Tapi bagi Ivy ia meluatkan. “I think I’m going to be sick…” katanya sambil memegang perut, rasa nak termuntah melihat semua hadiah-hadiah yang penuh dengan kata-kata manis dan juga pelbagai wangian dari sampul surat itu.

“Then burn them.” Arah Louis sama annoyed dengan Ivy.

Ivy mengeluarkan kayu saktinya. “Way ahead of you.” Dia membaca mantera membakar sambil menghayunkan kayu saktinya kearah lockernya dan *Zuuup!* api hijau membara dengan cepat dan dengan sekelip mata kesemua barang yang tidak dikehendaki lenyap, dan hanya tinggal barang-barang Ivy sahaja. Juga, tindakan Ivy buat rakan-rakannya terkejut.

“Wha—Why?!”

Ivy mengambil buku teksnya dan menutup pintu locker yang tidak berdosa itu dengan kasar, meninggalkan kesan bengkok di pemegang kunci locker.

Kedua Louis dan Ivy merenung mereka berempat dengan renungan yang menakutkan, seperti mereka ni undertaker yang ingin mencabut nyawa mereka.

“Explain Gretel.” Ivy bersuara dengan nada menahan marah. Bajunya sememangnya dah terbakar, menandakan dia berang sekarang ni. Dah tentu Ivy berang sebab dia tak faham kenapa dia dapat banyak surat peminat. dia tak pernah dapat macam tu. Di Vicious tiada siapa yang berani buat macam tu kat Ivy, itu bermaksud mereka menempah maut dengannya.

Gretel menelan air liur tiga kali. “Uhm… well, You see ini berlaku bila kau menjadi pujaan ramai. Ramai peminat dan secretly having…. A….. crush—Please don’t kill me.” Gretel bersembunyi di belakang Gweneth bila muka mereka berdua tambah menggerunkan setiap patah perkataan keluar dari mulutnya. “Di Enchanted kau akan dapat hadiah dan surat cinta dari peminat kau setiap hari kerana mereka dah mula sukakan kau.” Gretel terangkan dalam satu nafas.

Suka? Kening Ivy terjungkit-jungkit. Mereka sukakan the Evil Witch?!?!?!?!

Boom! Baju Ivy membara membakar laluan Block B itu, membuat pelajar yang lalu lalang melompat ketakutan dan beralih dari lingkaran api yang meletup sehingga ke siling laluan.

“W-Woaa…. Relaks Babe. It’s not bad… ia untuk Good Deed jugak.” Gweneth cuba tenangkan ahli sihir berang ini sambil melihat api ungu yang tersebar di merata tempat. Ia tidak membunuh tapi tetap merbahaya.

Ivy menarik nafas dalam beberapa kali, cuba menenangkan hatinya tapi setiap nafas dia ambil umpama minyak tanah yang memarakkan lagi api kemarahannya.

“Kalau aku buru mereka yang bagi aku hadiah ni boleh tak?” Soal Ivy melalui gigi yang diketap.

Gweneth menggeleng. “That’s bad.”

Ivy memejam matanya. Damn….. “Kalau aku bagi amaran dekat mereka macam mana?”

“Defined ‘amaran’ kau?” sahut Hanna, tak sedap hati dengan itu.

“Burn one of them.” Louis memberi Idea dan Ivy mengangguk membuat mereka berempat cuak habis.

“Y-Your Highness, itu agak melampau.”

“Then torture them dengan magic aku.” Ivy pula memberi cadangan dan mereka berempat menggeleng.

“magic kau untuk kebaikan remember? Kau tak boleh.” Sahut Apple Red pula.

Stupid good for nothing son of a winged elf......” Ivy mencarut dalam nada berbisik, tiada siapa dapat mendengar dengan jelas carutan Ivy yang panjang lebar sehingga lah carutan terakhir. “….Evil donkey troll Magic!” Marahnya membuat mereka termasuk Louis membekalangkan diri. diri Ivy sekarang membara satu badan sebelum ia kembali redah sehingga asap api itu sahaja yang tinggal keluar dari Ivy.

“Fine.” Katanya masih lagi marah. “This is Impossible. It’s a disgust!” katanya dan bergerak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya. Dia terlalu sibuk memikirkan pelajar lain yang dah mula sukakan dia dan tidak takutkan dia lagi.

Dia kena fikir cara buat mereka tunduk kepada Ivy seperti mana Orang Vicious buat kepadanya. Sukakan Ivy tapi juga takutkan dia. How? Orang Vicious sukakan Ivy sebab dia bawa kesengsaraan kedalam hidup mereka dan pada masa yang sama takutkan dia sebab Ivy menggerunkan.

Macam mana nak buat Orang Enchanted macam tu jugak? Dia tak boleh tahan dengan semua hadiah dari ‘peminatnya’. Ia menjijikkan. Bau wangian bunga, hadiah dan sampul surat itu menyucuk ke hidungnya. Ia terlalu wangi!!! Wangian Enchanted!!

Sementara itu, Putera Raja Camelot merenung tajam kearah empat kawan Ivy yang tertunduk, masih takutkan kemarahan Putera itu.

“Jangan terbawa-bawa dengan permainan korang ni.” tegurnya dengan nada menggerunkan. “Dia mungkin membiarkan korang tolong dia tapi ingat, Evil Witch tu masih ada limitnya, jangan sampai dia hilang sabar dan cederakan kamu satu-satu. Dia mungkin kawan korang tapi dia tidak mempunyai hati.”

Mereka berempat saling memandang sesama sendiri. Tidak faham maksud Ivy tidak mempunyai hati sehingga pandangan mereka jatuh kearah Gretel. Gretel hanya tunduk dan mengangguk. “Kami faham Tuanku.” Bisiknya, sambil memikirkan perkara terpenting tentang Ivy.

Dia tiada hati….

Ivy tiada hati, bermaksud dia tidak boleh jadi baik sepenuhnya. Gretel terfikir, apa sebenarnya ada pada hati Ivy. adakah ia jahat? Sejak bila dia sembunyikan hatinya? Adakah ia masih suci seperti hati seorang budak kecil kalau dia buangnya dari dia kecil lagi?

Gretel akan tanya Hansel nanti hujung minggu ni. Mungkin abangnya tahu bila Ivy membuang hatinya atau di mana dia buang.

>X<


(A/N: The heart is locked away to where no human will ever find it…. Huhuhuhuhu, One day kita akan tahu ke mana hati Ivy sebenarnya.)

Comments

  1. whooooaaaaaaaaaa...so many secrets....n a lot if suprising.....huhuhu suka suka suka...n love it so much....keep it up angah.....n again.. crazy in deep with louis n ivy ...hehehe
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  2. thank you sebab up date cepat2 muah cikit...lebih byk misteri so lebih mencabar utk angah menulis...so good luck.

    ReplyDelete
  3. Hey guys!! (^3^) yupppp.... Lebih banyak mystery, makin susah nak karang but don't worry! Everythings under control.... Huhuhuhu and btw, thanks for the encouragement!! Really helps angah a lot~~ T_T

    ReplyDelete
  4. Angah. Adakah pengetua merlin tahu yang ivy dan louis selalu berjumpa semasa mereka kecil di hutan mahligai tu? Apa khabar ibu ivy?? Hehe. Terfikir tiba-tiba. -epi-

    ReplyDelete
  5. Hey Epi! tentang tu angah takkan bagi komen but He IS the GREAT wizard Merlin.... dan Maleficent baik-baik sahaja di Vicious. sekarang dia dah ada hobi baru. iaitu termenung ke periuk cauldronnya berjam-jam. Memandangkan dia dah takda Diaval untuk buat kerja remeh-temeh di rumah tersebut. dia dah jadi seorang ibu yang berdedikasi. dia pergi shopping, kemas rumah dan berbual dengan orang luar selain Jack dan Sally, anak dan Diaval. Her life has become more colorful sementara dia menunggu anaknya robohkan tembok tersebut dan mereka kuasi satu tanah besar itu. ^_^

    oh dan pada masa lapang Maleficent akan melukis di balcony rumah sambil membayangkan kehidupan yang penuh dengan pelangi dan unicorn--JOKING!!

    Hahahahaha.... let just say, Maleficent tengah bersiap sedia untuk menghancurkan Enchanted bersama Jack Skellington. huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts