Seventeenth L.O.V.E

My Princess Enchanted

Jauhkan diri kau dari kuda itu Ivy.” dia beri amaran.

“Why? Bukannya aktiviti ni kena pilih kuda untuk belajar menunggang ke? the horse pick me. This horse pick me.” Ivy menuding kearah kuda hitam di sebelahnya.

“Tapi kuda ni kuda liar!” Marah Louis membuat Ivy berdengus.

“Would you stop that! Nama dia Knight. Dia ada nama!” marah Ivy balik membuat Louis naik berang.

“He doesn’t have a name—” Dia dapat pukulan di bahu oleh Ivy. “Okay! Dia Knight tapi dia tetap liar dan tak boleh masuk dalam aktiviti ini!”

“Kau siapa memberi arahan kat aku?” Soal Ivy menuding jari kearah putera Raja itu. “Kau hanya pemantau. Bukan kau ketuai Program ini, Puteri Julliana yang membuat keputusan di sini.”

“Aku Putera Raja Camelot dan aku boleh buat apa yang aku—” Ayat Louis terhenti bila dia lihat mata hijau Ivy bercahaya, tanda jangan cabar Ivy sekarang ni.

Julliana!”

“Puteri Julliana!”

Kedua-dua ‘musuh ketat’ ini menjerit nama Julliana membuat puteri mangsa ini terkejut.

“Make Decision!” arah mereka berdua dengan serentak, lagilah buat Julianna pucat, ketakutan.

Dia memandang kearah Shui Ling yang telah berikan fail dalam tangannya kembali kepada Jullianna dan pandang senarai nama dalam tangannya itu. Dia dah memangkah nama kuda yang telah di pilih oleh pelajar lain dan hanya satu sahaja kuda yang tidak terpangkah. Kuda tersebut ialah kuda pilihan Putera George.

Oh no… desis hati Julliana. Dia kembali memandang dua musuh ketat itu. Kedua-dua menggerunkan bagi Julliana, jelingan membunuh Ivy dan renungan maut Louis.

Dia menarik nafas dalam dan bersuara, memberi keputuan untuk kebaikan semua orang. “S-saya… saya rasa itu tak salah menyertakan kuda hitam—I mean, Knight sekali.”

Ini buat Louis menjeling kearah tunangnya, Julliana terus cuak, mengalihkan pandangannya dari renungan menakutkan itu. “Tapi masalahnya tiada siapa pernah latih kuda itu. Plus, Ivy tiada pengajar untuk mengajar dia tunggang kuda tu—”

“Saya wakil diri.” semua pandangan jatuh ke satu Putera yang mengangkat tangan dengan senyuman menawan. “Saya pernah hadapi kuda tu sekali, saya tahu gerak geri dia. Lagipun, saya sepatutnya menjaga kuda-kuda ni je tapi tak salah ada kerja sampingan.”

Ivy menarik sengih. “Putera Edward dah setuju untuk menjadi pengajar saya, so Knight kuda aku.” Ivy kembali menjeling kearah Louis. “Any more rejection Your Highness?”

“Kau boleh jinakkan kuda ni tapi partner kau macam mana? Kuda ni takkan benarkan sesiapa pegang dia langsung. Kecuali sekarang. Kau.” Suara Louis sangat rendah dan merbahaya, kalau putera raja ini mempunyai magic seperti ivy, dah tentu atmosfera di sekeliling mereka menjadi berat dan mencekik mereka semua kerana kekurangan udara.

“Saya boleh guna kuda lagi satu.” Kali ini Gretel bersuara. Masuk kedalam gelanggang tersebut dan berdiri di sebelah Ivy—jauh sedikit kerana kuda hitam itu menjeling kearahnya, memberi amaran. “Kuda yang sepatutnya milik saya dan Ivy masih ada lagi. Saya boleh guna kuda tu dan pengajar kuda itu juga perlu ada tanggungjawab untuk mengajar sebab ia peraturan program. So, saya guna kuda kami.”

“Well, it’s settled then!” Edward menepuk tangan, memecahkan ketegangan suasana di sekeliling mereka dan tampil kedalam gelanggang. “Cik Gretel bersama kuda yang telah di sediakan, Ivy bersama kuda hi—I mean Knight dan saya akan menjadi pengajar Ivy. Ada sebarang masalah Putera George?” Soal Edward dengan senyuman sambil menepuk belakang Louis.

Yes, masalah besar. Aku tak nak Ivy bersama kuda gila tu, dia akan tercedera sebaik sahaja dia naik kuda tersebut. Aku tak suka bila sesuatu terjadi dekat dia, walaupun dia sememangnya suka buat kerja gila. Next, kau nak jadi pengajar Ivy. Itu buat aku musykil.

Nak je Louis cakap semua tu dekat muka Edward tapi dia menahannya dengan menggenggam kedua penumbuknya disisi dan menarik nafas dalam—sedalam yang mungkin. “Tiada masalah. Pastikan ahli sihir gila ni tak tercedera dengan tidakannya sendiri.” Katanya dengan senyuman paksa dan menepuk bahu Edward. “Goodluck Ed.” Louis bergerak pergi dengan perasaan marah menggeledak di dalam dirinya dan bersiul, memanggil Majestic ke sisinya.

 Ivy juga menahan marah kerana Louis panggil dia ‘ahli sihir gila’ tapi dia lepaskan Louis dan tersenyum nakal kearah perempuan di sebelahnya. “Thanks Gretel. I owe you one.” Bisiknya sambil mendepakan tangannya di bawah.

Gretel ‘high-low’ tangan Ivy dan mengenyit mata. “I love it when you owing me something.”

~sambungan~

“You got to be kidding me.” Gretel bersuara dengan nada mendatar, melihat pasangan rakyat dan putera di dalam gelanggang latihan kuda, sedang bermesra-mesraan sesama sendiri. Bersenda ketawa dengan kesilapan si rakyat memakaikan saddle kepada kudanya yang liar dan dibantu dengan baik—terlalu baik oleh putera raja.

Is this some kind of fairy tale all of the sudden??” Soal Gretel sekali lagi melihat young Villain itu tertawa dan tersenyum riang tanpa menunjukkan tanda-tanda tidak selesa di bawah matahari dan penemannya itu. “Dan korang bertiga chill je pasal benda ni?” Dia tunduk memandang tiga puteri yang menyandar di pagar gelanggang itu dengan senyuman dreamy tertanpal pada wajah mereka.

“Oh come on Gret.” Gweneth bersuara mengalihkan kepalanya kepada kawannya yang berada di atas kuda pilihan Putera George. “Bukannya kau sepatutnya lega ke yang Ivy akhirnya bekerjasama untuk mengikut peraturan dan berbaik dengan sekurang-kurangnya seorang kerabat diraja.”

“Dan putera tu pun nampaknya dah selesa dengan Ivy.” tambah Apple Red pula tanpa alihkan pandangannya dari pasangan itu. Dia menghembus nafas gembira. “I like this scenery… it’s like it came out straight from fairy tale book.” Katanya dan sekali lagi menghembus nafas dreamy bersama dua lagi kawan puterinya.

Gretel hanya buat muka pelik sambil menjungkit kening melihat mereka bertiga termenung-menungkan Ivy seperti itu. Kalau Gretel, dia rasa geli geleman, bulu romanya meremang satu badan melihat Ivy gembira seperti itu. Looks too innocent, Ivy the Devil takkan buat muka macam tu depan kerabat diraja. She hates Royalties.

“Cik Gretel…”

Gretel memalingkan kepalanya kearah Putera George yang baru sahaja tiba bersama Majestic dan berhenti disebelahnya. “Oh Tuanku. Nampaknya gelanggang dah penuh.”

Louis berpaling kearah gelanggang latihan yang telah dipenuhi dengan beberapa pelajar yang berlatih dengan kerabat diraja dan matanya jatuh keatas seorang makhluk asing yang berikan ekspresi wajah yang sangat pelik. “She’s smiling.”

Gretel menjungkit kening tidak faham dan memandang kearah mana Putera raja Camelot itu pandang. Ivy. “I know.”

“Without a cringe.”

Gretel menutup mulutnya cuba tidak ketawa tapi tidak berhasil dan ketawa pecah perut membuat semua orang disekeliling memandang kearahnya. Gretel mengendahkan pandangan mereka dan kembali memandang Putera George. “Tuanku perasan juga? Ingatkan tuanku akan jadi macam dorang tiga ni. Dreamy like Stare.” Gretel tujukan ibu jarinya kearah tiga puteri di sebelahnya. Langsung tidak memberi sebarang kesan bila Gretel ketawa berdekah-dekah tadi.

Putera George tersenyum kecil dan turun dari Majestic, untuk menyandar di pagar tersebut. “Saya takkan terjebak dengan Ivy the Devil dengan mudah. She may be pretty but..” dia menggeleng. “That’s not enough.”

Gretel menarik sengih kearah Putera George sebelum alihkan perhatiannya kepada Ivy dan Putera Edward semula. “Saya tak pernah lihat Tuanku bencikan seseorang seperti ini sebelum ni.”

Terukir senyuman halus di hujung bibir Louis dengan matanya melekat melihat kawan rahsianya itu berseronok dan disentuh oleh Edward. “Trust me, this is more than hate I feel right now.” Katanya dengan nada rendah tapi mengancam.

Sementara itu, Majestic; kuda Louis yang menahan geram melihat kuda hitam itu sedang menikmati menyeksa kuda putih itu dengan perasaan cemburu. Knight sengaja meronta bila Ivy ingin letakkan saddle di atasnya supaya Putera Edward menolongnya dan juga saja buat Ivy jatuh supaya dia ditangkap oleh pengajarnya. Ini kerana dia nak kenakan kuda putih itu, menunjuk kepadanya yang Ivy tetap akan sayangkan Knight, bela Knight dan manjakan kuda hitam itu walaupun sebanyak mana Knight melawan.

Majestic menghembus nafas dari hidungnya dan meringkik kecil. Dia merenung tajam kearah kuda hitam yang—kalau boleh tersenyum sinis kearahnya. Oh that peasent horse memang cari nahas dengan Majestic.

“That’s it… nice and slow…” Edward menelan air liur kelat dengan dahi yang berpeluh melihat perempuan di atas kuda hitam yang liar itu dan sedang mengelilinginya secara perlahan. Tangannya di depakan kearahnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Ivy memegang erat tali kuda Knight dengan senyuman lega. “Aku rasa aku dah boleh buat… good job boy.” Katanya membuat Knight meringkik kecil. “Yeah, aku tahu kau boleh buat. Just a little practice that’s all. Kan Edward? Tak perlu nak risau lagi.”

“Even so, dia masih tiada pengalaman dalam hal ni dan hampir cederakan kamu. Twice.” Jawab Edward dan buat posisi bersedia untuk menangkap Ivy bila Knight melompat dua kaki naik sambil meringkik.

“Woaa Boy!!” Ivy berpaut pada tali Knight, bertahan dari jatuh lagi. “It’s okay Knight… Ini first time kau ada orang nak tunggang kau. Dah tentu kau tak selesa nak pakai Saddle dan berjalan dengan aku diatas kau. No worries, you will do good.” Bisiknya mengusap leher kuda itu dengan lembut. Memanjakan kuda tersebut. “I believe in you.”

“Tak sangka kau boleh jinakkan kuda ni—I mean, Knight.” Edward segera menukar ayatnya bila kuda dan Ivy menjeling kearahnya. “Sepanjang Knight berada di padang ni, dia tak pernah benarkan sesiapa pegang dia langsung. Termasuk orang yang selamatkan dia dari mati.”

Ivy menarik sengih. “Aku rasa itu sebab Knight tak tahan berdepan dengan Putera Bratsy tu. Dia terlalu spoiled dan perfectionist.” kutuknya membuat Knight meringkik kuat seperti dia sedang ketawa. “I know right boy?” dia menepuk badan Knight dan menjeling kearah satu arah dengan senyuman sinis.

Louis berdecis, perasan pandangan sinis yang dilontarkan dari ahli sihir muda itu. Dia sengaja…. Louis tahu perempuan tu saja buat dia marah.

Putera Raja Camelot ini menggenggam erat pagar gelanggang itu, menahan rasa marahnya yang menggelegak didalam hati. Menahan dirinya dari bertindak meluluh; dari melompat masuk kedalam gelanggang itu dan tari Ivy jauh-jauh dari Edward dan kuda hitam itu.

Perempuan tu sememangnya nak balas dendam sebab kejadian tadi pagi ke??

God dammit Ivy….

Gretel yang asyik ulang-alik perhatikan Ivy dan Putera George dengan kening terjungkit tinggi hairan. Dia menemui beberapa aspek penting tentang dua musuh ini. pertama; Putera George kelihatan sangat menakutkan sekarang ni, sepertinya dia akan berubah menjadi raksasa dan bunuh sesiapa sahaja dia nak. Kedua; pandangan sejenak Ivy kearah Putera George. Dia tahu pandangan tersebut adalah tulen. Pandangan mencabar kesabaran Putera George. Ketiga; Putera George ingin berubah menjadi raksasa kerana Ivy target utama untuk dia ingin bunuh.

Ivy saja nak buat Putera George tambah bencikan dia ke? desis hati Gretel, entah kenapa dia pula yang sakit hati. Dalam mana-mana kerabat diraja di dalam Enchanted itu, kenapa Putera yang berpengaruh besar dia jadikan target? Dia suka je buat masalah dan buat dirinya dalam bahaya. Ivy tak tahu ke kalau dia mencabar limit Putera George, dia akan kena buang dengan serta-merta? Dia memang nak kena buang ke???

Ini tak boleh jadi ni… mereka berdua tak boleh bermusuhan… Misi Gretel akan gagal nanti! Nak taknak mereka berdua kena berbaik, terpaksa berbaik untuk keselamatan mereka berdua juga.

Woaa There Knight!!!”

Lamunan Gretel terganggu bila dia dengar jeritan Ivy dan kudanya meringkik dengan kuat membuat berpaling semula kearah ahli sihir muda itu. Matanya terbeliak bulat. “Ivy!!”

Nyawa Ivy sekarang berpaut pada tali kuda Knight kerana kuda tersebut tiba-tiba meroyan, mengangkat dirinya dengan liar dan menggoncangkan Ivy turun dari badannya.

“Knight, calm down!” Edward berada di hadapan kuda hitam itu, cuba menenangkan dia tapi kuda itu tidak ingin putera tersebut mendekatinya langsung, ini buat dia meronta dengan lebih kuat.

“Knight kenapa ni—Ahh!” tangan ahli sihir muda itu terlepaskan tali Knight membuat dia hilang keseimbangan di atas kuda tersebut dan jatuh. Dia segera memejam matanya menunggu impak yang kuat pada badannya tapi… impak tersebut tidak sesakit mana yang dia bayangkan kerana sepasang tangan menyambutnya dari jatuh keatas tanah.

“Are you okay?” Ivy mendongak melihat wajah Putera Edward dan mengangguk lega.

Okay that’s it. Kesabarannya dah hilang. seperti ada tali halimunan telah putus membuat dia melompat masuk dan berlari kearah mereka berdua

“Majestic!!”

Ivy dan Edward berpaling melihat kuda putih itu berlari kearah mereka, kelihatan marah dan ingin merempuh Knight.

“Wait-wait Majestic!” Ivy segera bangun dan berdiri di antara Knight dan Majestic, mengetahui kuda putih itu ingin belasah kudanya.

Majestic!” Louis pula melompat masuk kedalam gelanggang, berlari kearah mereka sebaik sahaja kuda itu bertindak. Yang buat Louis tambah cuak ialah Ivy berlari ke tengah-tengah dua kuda tersebut. Dia berlari sepantas mungkin untuk menangkap tali kuda Majestic untuk menarik dirinya naik keatas kuda itu dan menghentikan Majestic secepat yang mungkin sebelum dia merempuh Ivy.

Ivy yang memeluk Knight dengan erat, melindungi kuda tersebut dengan mata terpejam erat mendengar Majestic meringkik kuat dan derapan kaki kuda terhenti dekat dibelakangnya. Dia berputar kebelakang dan Majestic berada hanya beberapa inchi jauh dari wajahnya.

Kuda putih itu termengah-mengah dengan wajah berang merenung kearah kawan lamanya itu sebelum menjeling kearah knight yang—kalau boleh tersenyum nakal kearah Majestic. Senyuman tanda kemenangan.

“Majestic—Apa kau tengah buat ni??” Marah Ivy sambil menghentak kaki. “Kenapa dengan kau ni? Kau nak cederakan kami ke??”

“Hey! Hey!” Putera George turun dari kudanya dan menuding jari kearah Ivy. “Dia cuba lindungi kau! That horse obviously trying to injured you!”

That horse ada nama dan nama dia adalah Knight! Dan dia tak cuba cederakan aku. Majestic is!” tengking Ivy balik sambil menuding jari kearah Majestic.

Kuda putih itu macam tak percaya dengar apa yang Ivy katakan. Kalau Majestic boleh membela dirinya dia tentu akan kata; ‘Dia saja jatuhkan kau!! Dia segaja menguji kami!’. Tapi malangnya dia hanya kuda dan tiada manusia faham bahasa kuda.

“For a ‘great prince’ like you, kau tak boleh langsung kawal kuda kau! Nak lindungi aku konon huh!” Ivy tertawa sarkastik. “I have Putera Edward as my instructure dah cukup. Jangan nak jadi heroic sangat lah!”

“Don’t point that finger on me, Ivy!” Tengkingnya balik membuat darah Ivy naik.

“I point my finger to anyone. I. Like.” Dia menolak bahu Louis menggunakan jari telunjunya dengan setiap patah perkataan.

IVY!” Mulut Ivy tertutup rapat dan menarik balik jarinya bila Louis bersuara dengan nada mengancam. Renungannya juga tak calang-calang menakutkan.

 “Err—guys, saya tak rasa menengking antara satu sama lain akan membantu—”

“Shut up!!”

“Silence!”

Jerit mereka berdua serentak sebelum kembali berperang lidah. Edward yang menjadi orang tengah hanya boleh bertahan dari pitam sahaja kerana melihat muka Putera Edward yang menggerunkan dan letupan api kemarahan Ivy, juga matanya yang menyalah. Gabungan kemarahan yang dasyat antara mereka berdua seperti mimpi ngeri terteruk Edward pernah lihat dalam hidupnya.

Sumpah Edward menipu kalau dia kata dia tak mengigil melihat mereka meletup serentak sebentar tadi.

Tapi dia kena hentikan mereka juga kalau tak padah jadinya nanti. Oh God help me break this two…. Desis hatinya meminta pertolongan ke langit biru.

“Dear Royalties!! Kita akan adahkan urgent meeting dalam masa lima minit! Please datang ke Dewan makan sekarang!”

Thank God!! Edward lega habis bila dia dengar Puteri Shui Ling bersuara dari luar gelanggang kuda, mengumumkan berita kepada semua kerabat diraja.

“Baiklah!!” sahut Edward sekuat yang mungkin dan berpaling kearah dua musuh ketat ini. “Dah-dah Tuanku, Kita kena pergi.” Edward menepuk bahu Louis, menarik perhatiannya dahulu. Takut putera raja ini tidak mendengarnya langsung.

“Coming.” Louis berdesir sambil mengetap gigi. Renungannya tidak lepas dari wajah Ivy.

Edward hanya mengeluh dan menarik tali kudanya dan tali kuda Majestic. “Jom Tuanku.” Sahutnya memandang Putera itu untuk seketika sebelum bergerak pergi.

Louis akhirnya berjalan bila Edward telah bergerak pergi. Dia sempat berikan renungan terakhir pada Ivy.

Ivy pula menelan air liur kelat. Tak pernah-pernah dia rasa takut mendengar Louis menengkingnya seperti itu.

Bila melihat Louis berjalan pergi, dia berputar untuk menyentuh Knight tapi tangannya ditangkap dan memutarnya dengan kasar.

Sekali lagi mata Almerald yang cuak bertemu dengan sepasang mata sapphire yang membara.

Louis memegang erat kedua lengan Ivy. “Jangan menguji kesabaranku, Ivy… I hate what’s mine being touch by others.” Bisiknya dengan nada tersangat merbahaya sebelum dia melepaskan Ivy dengan kasar dan bergerak pergi. Meninggalkan ahli sihir muda itu dalam keadaan ketakutan.

Ivy memegang lengannya yang sakit, mungkin akan meninggalkan kesan dan hanya perhatikan belakang Louis dengan senyap. tidak dapat nak kata apa-apa.

His eyes looks really terrifying…

Ivy merasakan Knight mengusap wajahnya di pipi Ivy dengan lembut dan menyentuh muka knight tanpa alihkan pandangannya dari belakang Louis.

“I’m okay boy.” Bisiknya membuat Knight meringkik perlahan, tidak percaya. “Jangan risau. We push him too hard. Siapa sangka dia boleh jadi possessive bila dia cemburu.” Ivy mengigit bawah bibirnya menahan diri dari mengukirkan sebuah senyuman gembira tapi pada masa yang sama dia juga rasa takut dengan bahagian Louis yang ini pula.

Dia berpaling memandang Knight dan rehatkan dahinya pada bahagian atas hidung Knight. Dahi Ivy kembali berkerut dan mengeluh. “Noted; never make him jealous again. It’s terrifying but still handsome.” Komennya membuat Knight membelakangkan dirinya dan menggeleng. “What? I can’t help it. He look dashingly handsome.” Bisiknya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Ivy!” Dia memandang Gretel dan yang lain berlari anak kearahnya dengan riak wajah risau.

“Babe! Kau okay ke?” Soal Gweneth sebaik sahaja mereka tiba di depan Ivy.

“Yeah… yeah… aku okay.” jawab Ivy dengan senyuman kecil. Jangan nak tunjuk muka gambira sangat Ivy, kang kantoi nanti.

“Kau dah gila ke??” Hanna memukul bahu Ivy membuat perempuan itu jerit. ‘ouch!’. “You can’t do that to him!”

“Hey, dia yang mula dulu.” Ini buat Ivy tak suka, pasti mereka akan bela Louis dari dia. of course sebab Putera George te supreme prince dan mereka semua terlalu baik untuk menghormati putera itu.

“Even so, do you have a death wish?? Kau nak kena buang dari Academy ke? sebab itu caranya untuk kena buang.” Kata Gretel pula dan pukul bahu Ivy yang sebelah lagi membuat ahli sihir itu memeluk tubuh dan kata ‘ow! Stop that’. “Kau tak boleh jadikan dia musuh kau!”

“That’s right. Kita di sini untuk Good Deed, saling bermaafan. Bukan tambahkan rasa dendam kat kerabat diraja lagi Ivy!” marah Apple Red pula dengan suaranya yang sememangnya lembut dan sopan santun.

“I am doing good deed.” Balas Ivy sambil mencebik. “dengan Edward. Prince bratsy tu yang mula dulu! Aku taknak mengalah dengan putera sombong macam dia tu. it hurts my pride.”

Empat kawannya ini mengeluh dan menepuk dahi, fed up dengan kawannya seorang ni. Pride?? Maruah kau lebih penting dari Good Deed kau ke???

Ini tak boleh jadi ni… mereka kena cari cara untuk selamatkan kepala Ivy dari kena gantung oleh Orang Enchanted kerana buat hal dengan Putera Raja Enchanted.

But how???

.


.

Keesokan harinya…..

Tiga puteri sedang merehatkan diri di bawah pokok rendang sambil menikmati pemandangan ladang kuda yang sangat menakjubkan pada pagi hari itu. Mereka tidak menjangka, program mereka akan berjalan dengan lancar tanpa ada masalah langsung (kecuali sketsa semalam tentang pergaduhan itu). Terutamanya dari seorang wanita yang mereka takuti. Ivy the Devil. (Setelah pergaduhan tersebut, tiada lagi masalah dari dia!)

Sekarang tiga Freshmen puteri ini memerhatikan dua insan lelaki dan perempuan sedang menunggang kuda masing-masing merentasi padang rumput yang hijau itu. Ketawa dengan pasangan sendiri, dengan angin menjadi kawan mereka, membelai rambut mereka dengan begitu indah seperti ia menari dalam keriangan seperti mana penunggang kuda itu. Senyuman lebar tertampal pada wajah masing-masing menunjukkan betapa gembiranya mereka tanpa menghiraukan dunia sekeliling mereka.

“Sekilas pandang, aku akan fikir Ivy tu seorang puteri.” Gweneth akhirnya bersuara dengan suara mendatar, sepertinya terpukau dengan pemandangan indah yang dia tengok sekarang. Seperti ia keluar dari sebuah mimpi indah.

“kaaan…?.” Apple Red, rehatkan tangannya di kepala kudanya sebagai tongkat pada dagunya. “Isn’t she beautiful….”

“Dan dia sepadan dengan Putera Edward!” sahut Hanna teruja. “I’m shipping them! Ship Edvy all the way!”

“Ed-what?”

Mereka bertiga berpaling kebelakang, melihat Gretel datang bersama kudanya dengan senyuman. “Kenapa korang tak mengajar sekarang ni? Dan kenapa korang tenung minah tu berlatih hah?” senyuman Gretel hilang bila dia lihat Ivy dengan Edward di padang tersebut, tersenyum dan ketawa. “Oh wow…”

“I know right!” sahut Hanna, menahan diri dari menjerit. “Siapa sangka mereka pasangan yang sepadan.”

“Sepadan? Hah!” Gretel ketawa mengutuk membuat tiga puteri itu memandangnya dengan hairan. “Aku wow kan Ivy boleh jinakkan kuda liar tu. korang sendiri tahu betapa gilanya kuda tu dan sekarang Ivy buat macam kuda tu dah di latih dari kecil lagi. Tapi aku tak terkejut sangat sebab tuan dengan kuda sama je.”

“How so?” Soal Gweneth menjungkit kening.

“Dua-dua gila.” Jawab Apple Red membuat mereka berempat tertawa.

Tawa mereka terhenti bila Putera Raja Camelot datang bersama kudanya majestic, mendekati mereka dan keempat-empat wanita ini tunduk hormat kepada Putera tersebut. “Good Morning your majesty.” Sahut mereka serentak.

Louis mengangguk dengan senyuman. “Selamat pagi semua. Kamu berempat nampak ceria pagi ni? Ada apa-apa yang mengujakan berlaku ke di ladang kuda pada pagi ni?” Soalnya penuh dengan pertuturan dan senyuman menawan tertampal pada wajahnya.

“Oh nothing happen tuanku, kami hanya memuja keceriaan kawan kami.” Sahut Apple Red dengan senyuman manis, bercakap dengan lemah lembut. “Bukan selalu melihat Ivy gembira seperti sekarang.” Dia berpaling kearah rakan mereka yang sedang berlatih bersama Putera Edward.

Hanna mengangguk. “They look good together aren’t they Your highness? Kami baru je nak ship mereka sebagai Edvy.”

“Hey, korang tak bagitau aku maksud ‘Edvy’ tu lagi.” Gretel bercekak pinggang dengan senyuman.

Gweneth tertawa kecil. “Edvy tu gabungan Edward dan Ivy. Edvy. Biasalah, siapa tak kena Hanna dengan perangai hyper excitednya.”

Mereka berempat kembali memandang Putera Raja Camelot itu dan senyuman mereka terus hilang. Wajah putera George terlalu tegang memerhatikan Edward dan Ivy sedang berlatih menunggang kuda. Itu tak kelihatan seperti mereka berlatih bagi Louis.

“Hmm.” Louis membalas. “Dia Berjaya menjinakkan kuda tu.” katanya dengan suara mendatar, tidak menunjukkan sebarang perasaan langsung.

Empat sekawan ini saling berpandangan, mereka lupa yang hubungan antara Ivy dan Putera George bertambah teruk semenjak semalam. Kadang-kadang mereka tidak faham hubungan antara Putera raja itu dengan kawan mereka sebenarnya. apa yang mereka bencikan sangat dengan sesama sendiri? Mereka sentiasa tertanya macam mana mereka boleh jadi musuh tapi tiada siapa yang berani menyoal. Kedua-dua musuh ini sangat menakutkan. Walaupun Ivy tu kawan mereka.

“Putera George!”

Mereka berlima berpaling kearah Putera Edward yang menunggang kudanya kearah mereka bersama Ivy mengekori dari belakang.

“Good Morning Your Highness!” sahut Putera Edward dengan senyuman ceria. Sedikit hilang nafas dari latihan paginya dengan Ivy. “Tuanku akan mulakan latihan bersama Cik Gretel ke?”

Putera George mengangguk dengan senyumannya. “Kami akan mulakannya sebentar lagi selepas—”

“Well… well… look who we have here.” Ivy menyampuk dengan senyuman nakal di atas kuda barunya, Knight. “The Royal Highness Bratsy.”

Louis tidak memberikan sebarang ekspresi wajah langsung. “Kamu agak jauh dari kami semua. Afraid?”

Ivy kerutkan hidung, tahu sangat Louis masih marah tapi tetap tersenyum. “Knight masih cuba menyesuaikan diri dengan orang sekelilingnya. Kan knight?” Ivy menepuk leher kuda itu dengan lembut membuat ia mengangguk sambil meringkik. “Well, dia jenis denial sikit. Takkan mengaku kelemahan—Woah!” Knight tiba-tiba berdiri dua kaki, memberi amaran kepada penunggangnya untuk tutup mulut dan ini buat Ivy tertawa. “Okay! okay, sorry.” Katanya sambil mengusap leher kuda itu.

“Mereka berdua selalu begaduh macam ni.” Komen Edward juga tertawa melihat telatah mereka. “Tapi surprisingly mereka boleh jadi kawan.”

“Knight mengingatkan aku dengan seseorang.” Ivy bersuara dan menjeling kearah Gretel. “Cuma dia lebih senyap dan dengar cakap dari seseorang tu.”

Mata Gretel membesar melihat ayat Ivy menujukan pada dirinya. “Oh you sly—”

“Anyways….” Ivy segera bersuara dengan senyuman manis memandang kearah Edward—mengendahkan kewujudan Louis di sebelah Prince Charming itu. “Lets continue our lesson. Knight tak sabar nak test power sekarang ni. Dia bersemangat dari tadi pagi—”

“Eherm-eherm.”

Ayat Ivy terhenti mendengar sekumpulan wanita berdehem dan renungan tajam kearahnya membuat bulu roma Ivy remang satu badan. Dia memutar kepalanya melihat empat wanita yang merupakan kawannya dan menelan air liur kelat.

“W—what?” soalnya buat muka innocent.

Gretel mengecilkan mata kearah Ivy, memberi amaran kepada ahli sihir muda itu untuk tidak buat hal sebelum kembali memandang pengajarnya dengan senyuman manis. “Tuanku, Saya dan Ivy terfikir kalau-kalau kami boleh menunggang bersama sepanjang hari ni?”

“Saya tak rasa kamu dibenarkan menunggang tanpa pantauan pengajar Cik Gretel.” Edward bersuara dengan senyuman. “lagipun, Putera George mempunyai jadual yang sibuk dan saya tak rasa dia ada masa untuk menemani kamu—”

“Betul!” Ivy menjawab cepat mengangguk laju seperti nyawanya berada di hujung tanduk sekarang ni. “I mean—” Ivy tertawa janggal cuba cover balik jawapan cemasnya. “Putera George takkan buang masa dia dengan saya.”

Edward juga mengangguk setuju. “Betul kata Ivy, saya sendiri takkan bahayakan nyawa Tuanku bersama dengan Ivy sepanjang hari—No offence Ai.”

“Non taken.” jawab Ivy, lega Edward juga tak setuju Louis bersama dengan Ivy.

Gretel pula lain cerita. Dia menyumpah serana Putera Edward sekarang ni. DIa perasan macam mana Putera Charming ni pandang ivy, dia tahu apa yang Putera ni sedang fikirkan. Dia taknak kongsi IVY!! Dia nak luangkan masa dengan Ivy sepanjang hari ni! Apa? Dia tu suka Ivy ke??

Gretel menarik nafas tajam, horror. Putera George ada perasaan kat Ivy. Oh no….. Ini boleh menghalang rancangan mereka untuk biarkan ahli sihir gila ni bersendirian dengan Putera Raja Camelot!!

“Tapi Putera Edward….” Gretel menahan rasa meluatnya kearah Putera di sebelah Ivy itu. “Bila lagi saya dan Ivy nak tunggang bersama? Bukan selalu kita akan ke ladang kuda seperti ini—”

“Saya setuju.” Louis bersuara membuat mereka semua memandang kearah Putera Raja yang memberi wajah yang tak dapat di baca. Putera ini mengangguk sekali. “Saya faham maksud kamu Cik Gretel dan saya tak kisah jika saya temankan kamu meluangkan masa menunggang bersama-sama. Saya pun tak selalu menunggang kuda di ladang ni. Apakata kita nikmatinya sebaik yang mungkin?”

Ini buat Gretel dan rakan-rakannya yang lain tersenyum lebar. “Thank you Your Highness!” sahut mereka kecuali Ivy dan Edward.

“This is perfect!” Hanna mengangguk dengan senyuman riangnya. “Semalam Ivy dan Gretel dah rancang terokai hutan ladang kuda ni. Dengan adanya Putera George, tentu Korang takkan sesat punya!”

“Siapa lagi yang kenal hutan dalam ladang ni kalau bukan Tuanku sendiri.” Apple Red juga menambah hasutannya kearah Putera George dengna muka Innocent. “Ivy is very fond of green forest.”

Louis menjungkit kening dengan senyuman seribu makna dan menjeling kearah Ivy yang merah. “Is that so?”

“Well, korang semua patut pergi sekarang, time-time macam ni cahaya di dalam hutan ladang sangat cantik.” Gweneth cuba menyembunyikan senyuman nakalnya. “Jom korang, kita ada pelajar nak ajar menunggang.”

Dengan itu tiga puteri ini membawa kuda mereka sekali, beredar dari mereka berempat dan setelah jauh dari pandangan mereka, mereka bertiga berhigh Five dan tertawa besar.

“Oh goodness me, Aku sanggup buat apa saja untuk tengok muka annoyed Ivy.” sahut Gweneth sambil ketawa terbahak-bahak, memeluk perutnya dengan erat.

Apple Red yang tertawa tutup mulut, mengangguk. “Berharap je Ivy tak bunuh Putera George dan yang lain dalam hutan tu.”

“She’ll never do that.” Hanna mengipas-ngipas tangannya sambil menggeleng. “Dia takkan buat apa-apa di depan Gretel because she’s already wrap up in Gretel’s little finger.”

Sementara itu di dalam hutan Ladang, kembali kepada empat penunggang kuda ini; dua pelatih dan dua pelajar dalam situasi yang agak janggal dan juga pada masa yang sama atmosfera di sekeliling mereka sangat tegang. Terutamanya di bahagian depan penunggang kuda. Sepertinya kedua-dua penunggang itu menahan diri sendiri dari membaham penunggang kuda di sebelah mereka.

Gretel mengeluh nafas panjang. fed up dengan perangai Ivy yang kepala batu ini.

Semalam setelah sketsa pertengkaran mereka dan latihan pada hari itu telah selesai. Apple Red, Hanna dan Gweneth telah berkumpul di dewan makan, tiga puteri ini skip kerja mereka hanya untuk berjumpa dengan Gretel dan Ivy, merancang langkah seterusnya untuk Ivy buat Kebaikan di Ladang kuda itu. Mereka hanya ada dua hari di Ladang kuda tersebut dan mustahil untuk Ivy bermaafan dengan semua putera-puteri dalam masa yang sangat singkat. Apatah lagi dengan aksi mengejutkan yang Ivy dan Putera George. Putera-puteri Enchanted takkan nak dekat dengan Ivy lagi.

Ini menyusahkan lagi misi Ivy untuk buat kebaikan.

Jadi, mereka target Putera atau Puteri yang Ivy paling benci. Dan Nama Putera George keluar dari mulut Gretel. Ye lah, memandangkan hubungan mereka dah di hujung tanduk dan juga Putera Raja itu menjadi pelatih Gretel, ini menyenangkan mereka untuk buat Ivy dan Putera itu berbaik.

Dah tentu Ivy membantahnya tapi di sebabkan Ivy berhutang dengan Gretel tentang kuda hitam itu, nak-tak-nak Ivy kena juga berbaik dengan Putera Raja Camelot itu.

Sebab tu mereka dalam situasi sekarang. Ivy dan Putera George jalan bersama-sama di hadapan manakala Gretel dan Putera Edward berada di belakang.

Masalah yang tidak di jangka muncul pula!

Gretel menjeling kearah Putera Charming di sebelahnya dan ketahui yang Putera ini asyik perhatian belakang Ivy. Damn that witch… sejak bila dia goda Putera Edward pulak?? Dia ada je cari cara nak rosakkan plan kitorang…

Nak taknak Gretel kena buat emergency plan untuk bawa putera Edward jauh dari dua musuh ketat ni.

“Putera Edward...” Gretel berbisik cuba mengambil perhatian Putera di sebelahnya tapi bukan di hadapannya. “Tuanku tahu hubungan antara Ivy dan Putera George kan?”

Edward berpaling memandang Gretel dan mengangguk. “Ya. dan kamu dah tentu tahu sebab kamu dan Ivy kawan rapat tapi kenapa kamu nak menunggang kuda bersama-sama? Ini boleh menyebabkan dua musuh ketat ni bergaduh. It’s dangerous.”

Oh… peka jugak Putera ni. Desis hati Gretel dengan senyuman seribu makna. “Sebab saya rancang menunggang bersama ini untuk buat mereka berdua berbaik semula.” Jawabnya membuat Edward terkejut. “Saya tahu ia kedengaran mustahil but believe me, Ivy akan buat bila dia terpaksa.” Gretel perlahankan kudanya secara senyap tanpa Edward perasan.

Edward juga perlahankan kudanya, supaya berjalan seiringan dengan Gretel. “Terpaksa?” Edward menjungkit kening. “Terpaksa apa? Bunuh Putera George?”

“Tak!” sahutnya tidak tinggi dari nada bisikan, dia sempat pandang Putera George kalau-kalau dia pandang belakang. “Tuanku saya nak tahu tuanku tidak ingin mereka menunggang bersama kerana Tuanku takut Ivy akan cederakan Putera George atau Tuanku cemburu, taknak orang lain meluangkan masa dengan Ivy.”

Muka Edward terus naik merah. “Of course Risaukan Putera George!” marahnya dengan nada berbisik. “T-Tapi…. Urrgh, perempuan macam Ivy senang menggoda lelaki. Macam mana kalau cara mereka ‘berbaik’ kearah yang lain. Kearah yang lebih intimate?—kenapa kamu pandang saya macam tu?”

Gretel yang asyik mendengar penjelasan Edward, tersenyum nakal mendapat tahu sesuatu yang tersirat dalam penerangan tersebut. “Saya dah agak dah Tuanku tergoda dengan Ivy. Haiiih, saya sendiri takut itu akan terjadi juga.”

“Jadi kenapa kamu tetap teruskan rancangan ni? It’s risky. Plus, kamu tak fikir ke Ivy sememangnya benci Putera George dan kalau dah terpaksa macam ni dia akan buat Putera George tunduk kat dia kalau hubungan mereka kearah intimate.”

“I know.” Jawab Gretel slamber. “Dia Evil dan akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak—”

“Tapi kamu tetap buat benda ni—”

“Tapi dia mempunyai fikiran. Dia lebih pentingkan magicnya dari Putera George tunduk kat dia. She’s a menace, a very dangerous one but not Pandora. Dia tak perlukan lelaki untuk buat orang tunduk dia. She uses her magic to do so.” Jawab Gretel dengan yakin. “Jangan risau tuanku. Semuanya mengikut plan kami.”

“kami?” Soal Edward kening terjungkit lebih tinggi dari sebelumnya. “Kamu nak kata puteri tiga tu merancangnya juga—okay apa rancangan korang sebenarnya ni?”

Gretel menarik sengih. “Tiga puteri tu hanya menolong, mereka tak bersalah Tuanku. Ini juga salah satu rancangan untuk tukar Ivy jadi baik sepenuhnya. Yelah, dia kan dah jadi Penduduk Enchanted sekarang. Only a few more steps before she becoming Good.”

Edward masih tidak faham apa yang Gretel maksudkan. “Kamu nak kata kamu ada rancangan lain selain rancangan kamu dengan Tiga Puteri tu?” Gretel mengangguk. “Untuk apa semua ni.”

“That’s a secret Tuanku.” Jawabnya membuat Endward mengecilkan matanya.  “Tuanku, listen to me,saya tahu betapa pentingkan Putera George kepada Tuanku. Kamu berdua membesar bersama-sama dan harungi banyak benda bersama, Putera George penting dalam Tanah Enchanted ni dan Tuanku nak lindungi Putera George tapi… think, kalau Ivy dan Putera George berbaik, Ivy mungkin boleh lindungi Putera George dari musuh-musuhnya.”

Mata Edward terbeliak. “macam mana—” Dia sempat memandang kearah dua musuh yang agak jauh dari mereka dan kembali memandang Gretel yang tersenyum nakal. “Macam mana kamu tahu Putera George dalam bahaya?”

“Tuanku, saya minta maaf kalau saya cakap sesuatu yang salah tapi saya bukan macam orang Enchanted yang lain. Mereka pure dari orang Vicious tapi tidak saya. saya sendiri ada sejarah gelap dan saya tahu ni dari seorang kawan.”

“What friends? Kamu boleh percayakan ke kawan kamu tu?” Soal Edward dengan suara serious tanda dia fikir Gretel ini seseorang yang mencurigakan.

“Tuanku kenal Guidance Enchanted kan?” Soal Gretel tak gentar dengan nada Edward. “Dia jumpa saya untuk bantu Ivy.”

“Guidance—kau maksudkan hantu gila tu?” soal Edward dan menggeleng. “Itu mitos. Mustahil.”

“Pengetua Merlin percayakan kewujudannya.—Oh kita dah off topic, apapun ini untuk kebaikan mereka berdua juga. Ivy menjadi baik sepenuhnya dan Putera George akan selamat di dalam tangan Ivy.”

“Kenapa kamu percayakan sangat ahli sihir tu? dia bekas orang vicious.” Edward kecilkan matanya kearah Gretel. “Is it worth believing her?”

“Saya percayakan dia dengan nyawa saya sendiri. Kalau tuanku susah nak percayakan Ivy, percayakan saya.” katanya dengan yakin.

Edward diam seketika dan kembali memandang dua musuh ketat itu di hadapan tapi mereka sudah tiada dalam pandangannya. “Kita dah kehilangan mereka—”

“Trust me Tuanku.”

Edward kembali pandang Gretel dan melihat kedua anak mata Gretel yang menunjukkan kepercayaan yang tiada keraguan pada ahli sihir muda itu. Gretel seorang yang tidak mudah percayakan orang dan melihat perempuan ini mempercayakan seseorang Villain adalah sesuatu yang agak mengejutkan. Bermaksud young villain itu boleh di percayai.

Edward menenangkan genggamannya pada tali kuda itu dan mengangguk. “Tapi kamu kena beritahu saya sesuatu. Adakah kamu tergolong dalam The Believer?”

Gretel tersenyum kecil dan mengangguk. “I am. Saya tahu semuanya Tuanku dan saya tahu Tuanku juga orang The Believer.”

Ini buat Edward menghembus nafas lega, akhirnya sebuah senyuman terukir di bibirnya, dia kembali memandang kearah mana dua musuh itu menghilang. “Asal kamu tak cakap awal-awal?”

“Sebab saya budak baru, Tuanku takkan percaya saya macam tu je kalau saya terus terang. Takut tuanku fikir saya ni Fakers.” Jawabnya juga memandang ke udara.

Edward mengangguk setuju. “You right… Harap mereka balik dengan cepat. Kalau mereka tak datang dalam masa sejam, kita akan berdepan dengan Raja Camelot.”

“Off with the head.” Gretel mengangguk, faham sangat betapa pentingnya peranan Putera George dalam Tanah Enchanted itu.

Tak lama kemudian, mereka dengar derapan kaki kuda datang mendekati mereka dan juga gelak ketawa seorang perempuan.

Ini buat Gretel tersenyum. Ivy akhirnya berbaik dengna Putera George?? Dia akhirnya bersetuju dan turunkan Egonya untuk meminta maaf kat Putera raja ke???

Tapi senyuman Gretel terus hilang, malah rahangnya hampir tercabut dari kepalanya bila dia lihat Putera George, berlari kearah mereka dengan jeritan dan basah kuyup di atas Majestic.

What the hell happen??

Lepas itu, Ivy muncul dalam penglihatan mereka, ketawa terbahak-bahak kearah Putera George yang menyumpah seranah dalam nada berbisik.

“IVY! Kau dah buat apa kat Putera George!” marah Gretel hampir melompat turun dari kudanya dan bagi tendangan maut kearah perempuan itu.

REVENGE!!!” Katanya dengan senyuman terkejam dia ada dan tertawa keudara seperti villain sebenar.

Edward menjeling kearah Gretel. “Percayakan Ivy?? Look what she has done to the prince!”

“Jangan marah kat Gretel, Ed….” Louis bersuara bila dia berada di depan mereka, dia sempat mengelap mukanya dan menggeleng, cuba kurangkan basah rambutnya. “Aku yang salah.”

“Macam mana Tuanku boleh salah pula?” Soal Edward, cuba kawal suaranya dari menjerit dan mengeluarkan tuala kecil dari dalam begnya, berikan kepada Putera Raja itu. “That witch soak you!”

“Hey! Siapa suruh Putera bratzy ni berlagak sangat. aku try berbaik dengan dia tapi apa dia buat?? Dia kutuk aku.” Marah Ivy, menegakkan diri sendiri. “So, tolak dia kedalam sungai sesuatu yang wajar dari sumpah dia jadi batu!” katanya dan kedua ‘musuh’ ini saling jeling menjeling sebelum Ivy menjelir lidah.

Louis rasa macam nak cabut je lidah Ivy tu supaya dia tak bercakap buat selama-lamanya tapi dia boleh kawal perasaannya dan tenangkan diri. “Apapun, kami civil.”

“hanya Civil?” soal Edward sambil menjungkit kening.

“Takkan kami nak terus jadi kawan selepas saling membenci?” Soal Ivy memeluk tubuh. “No. I’d rather die than be friend with him dan kalau kitorang civil, aku takda masalah nak berdepan dengan dia tanpa rasa meluat—sangat.

“Dan aku dah tak perlu fikir pasal nenek sihir ni lagi.” Louis kata dengan tenang, mengelap rambutnya dan berikan tuala tersebut kepada Ivy tanpa berfikir.

“Thanks.” Ivy juga menerimanya tanpa fikir panjang dan mengelap lengan bajunya yang basah hingga ke siku.

“Apapun, Kita perlu balik hotel. Saya taknak kena demam esok pagi, I have tons of work to finish tomorrow.” Arahnya dan bergerak dahulu dengan Edward dan Gretel tundukkan kepala akur.

Ivy juga menyuruh Knight mengekori Louis dan berjalan disisi Putera Raja itu dengan dua lagi kawan mereka berada di belakang.

“Nah. Kau masih basah.” Kata Ivy dengan nada rendah memberikan tuala itu kembali pada Louis. “You need more than me.”

“Thanks.” Louis memberikan senyuman halus dan mengambil tuala tersebut dari tangan Ivy.

Gretel dan Edward pula hanya memandang dua ‘ex-musuh’ ini berganti tuala.

“itu bukan civil.” Bisik Edward, mata terbeliak melihat betapa casualnya mereka. sebelum ni nak bersentuh pun macam dunia nak hancur tapi sekarang kongsi barang pun tak kisah. Apatah lagi Putera George!!

“I know.” Sahut Gretel tapi dengan senyuman Lebar. Boleh tahan Ivy ni…. Cam mana dia boleh buat Putera George percayakan dia sehingga putera perfection itu berkongsi barang dengannya? Dia guna sihir ke??

Little did they know…. Sebenarnya mereka berdua sememangnya berkawan dan dorongan Gretel dan tiga puteri itu memberi peluang untuk Ivy dan Louis untuk publickan hubungan rahsia mereka tapi…. Tidak kesemua rahsia persahabatan mereka terbongkar lagi..

.


.

Keesokan harinya…..

Di asrama Gracious Academy, pada bangunan Spring tingkat pertama;Winter, terdapat satu bilik khas untuk seorang puteri yang bernama Puteri Charlotte, puteri pertama dan tunggal kepada kerajaan tersebut dan juga merupakan adik kepada Putera George.


Puteri kecil ini berusia 12 tahun dan bilik tersebut sama seperti bilik abangnya, hanya untuk dia seorang dan kucing kesayangannya, Whiskers. Puteri kecil ini juga disayangi oleh semua orang yang mengenalinya kerana sifatnya yang penyayang dan lemah lembut.

Di sebabkan abangnya pergi program yang di anjurkan oleh tunangnya Puteri Julliana, Charlotte kelihatan agak sedih. Dia sedih kerana abangnya menikmati program tersebut tanpanya, Charlotte tahu dia tidak patut ikut kerana itu hanya untuk pelajar collage sahaja, jadi dia terpaksa duduk di dalam biliknya pada hujung minggu, tidak balik ke istana kerana dia lebih suka Academy itu dari rumah besarnya itu. Sebab di Academy dia ada kawan.

Charlotte berada di meja belajarnya sedang mengulangkaji pelajaran Math kerana esok dia ada pop Quiz dari gurunya. So dia kena prepare tapi dengan mood sekarang, dia tak rasa dia dapat belajar dengan tenang.

I Give up!” Rungutnya melontar buku tersebut keudara dan mendarat di atas katilnya. “Nak ikut abang pegi ladang kuda!! Tak adil, tak adil, tak adil!!” marahnya sambil menghentak kaki. “Dan Abang pegi dengan Julliana!” nama bakal kakak iparnya umpama sebuah racun didalam mulut charlotte. Ini kerana dia tak sukakan tunang abangnya itu.

“Kenapa lah Abang sanggup bertunang dengan Julliana? Sebab dia adik Putera Edward? Sebab Putera Edward tu Childhood friendnya?” Charlotte bangun dari meja belajarnya dan menghempap badannya ke atas katil queen sizenya yang lembut lagi empuk. Memeluk tubuh sambil merenung kearah kanopi katilnya yang berwarna pink rosey. “Kak Jill lagi best.”

Charlotte bangun dan melihat kucingnya yang tidur di tepi meja belajarnya. “Mr. Whiskers, kau rasa Abang dah hilang akal ke? lepaskan Kak Jill untuk bertunang dengan Puteri Julliana?”

Satu ketukan pintu menarik perhatian puteri kecil ini dan melompat turun dari katil besarnya itu ke pintu biliknya. Dia menarik kerusi pendek yang terletak di tepi almari bajunya ke tengah pintu untuk di panjat dan melihat siapa pelawat yang mengetuk pintunya melalui lubang intip.

Charlotte tersenyum lebar mengetahui siapa yang melawatnya pada awal pagi itu. “Masuk!” sahutnya menendang kerusi pendek itu ke tempatnya semula dan membuka pintu biliknya.

“Cherry!”

“Kak Jill!” Charlotte terus memeluk perempuan yang 8 tahun lebih tua darinya dengan erat dan membawa perempuan itu masuk ke dalam.

Jill

“Oh dear honey, How I miss you so!” Jill duduk di hujung katil Charlotte dengan keluhan panjang. “Mari duduk sebelah kakak.” Katanya dengan lembut, menepuk tempat kosong di sebelahnya.

Dengan senang hati Charlotte duduk di sebalh Jill dan memegang kedua-dua tangan perempuan itu. “Dah lama kak Jill tak lawat bilik Charlotte. Akak ke mana? Keluar date dengan Jack ke?”

Jill tersenyum kecil melihat Charlotte mencebikkan bibirnya dengan comel. Jill rasa macam nak ikat je bibir tu biar ia melekat macam tu buat selamanya. “Kamu tahu betapa Possesivenya Jack tu kat akak.” Dia mencuit pipi gebu budak 12 tahun itu. “Jack sekarang ada kelas so akak ada peluang nak snuck in dan jumpa kamu.”

Ini buat Charlotte lebih bersedih. “Kenapa akak tak break je dengan Jack? Akak dulu happy je dengan Abang George, kenapa akak sanggup tinggalkan abang George untuk Jack?” soalnya melihat senyuman Jill hilang. “Jack tu jahat kak. You know he’s evil tapi kenapa akak nak dengannya.”

Jill mengusap lembut rambut Charlotte dan mengeluh. “Cherry pie, kau masih kecil untuk memahami semua ni. But I can tell you one thing… akak tinggalkan Putera George untuk keselamatannya jugak.” Katanya menyentuh kedua-dua pipi Charlotte, membelainya dengan lembut. “Jack akan bunuh abang kamu kalau akak teruskan hubungan akak dengan dia. You know how Jack is.” Bisiknya menahan nadanya dari pecah. “Akak kena ada di sisi Jack untuk menghalang dia dari buat sesuaut teruk kat George. Abang kamu terlalu penting di dalam tanah Enchanted ini. Ini sahaja akak boleh buat untuk menyelamatkan George. Kau tahu betapa akak sayangkan abang kamu kan?”

Charlotte mengangguk, juga bersedih. Sedih dengan nasib perempuan di depannya. “Tapi dia dah bertunang dengan Puteri Julliana… sepatutnya akak yang patut bersama dengan Abang George.” Katanya dengan suara menggeletar.

Jill tertawa pahit dan menggeleng. “Listen love, abang kamu dan akak takkan boleh bersama tapi akak takkan menyerah kalah untuk selamatkan abang kamu. So, sekarang akak perlukan pertolongan kamu.”

Mata Charlote membesar. “Abang dalam bahaya ke?”

Jill mengangguk kecil. “Perhatikan abang kamu okay? jaga abang kamu baik-baik terutamanya bila dia dan Ivy the Devil telah berbaik.”

“A-Apa?” Charlotte tak salah dengar ke? dia menolak kedua tangan Jill, memandang perempuan yang lebih tua itu dengan wajah horror. “Apa akak cakap? Abang dan villain tu—Mereka dah berkawan?” Jill mengangguk tapi Charlotte menggeleng. “Tak mungkin, mereka musuh.”

“Malangnya ya. mereka berbaik di ladang kuda semalam. Akak dapat tahu dari Jack tadi pagi, sebab tu akak jumpa kau sebaik sahaja akak dapat tahu.” Katanya melihat Charlotte ketakutan. “Akak tahu tentang purification Ivy, dia mungkin telah di sucikan tapi kita tak boleh percayakan dia.” bisiknya menarik perhatian Charlotte semula. “Kita tak tahu kalau dia betul-betul dah jadi baik atau tak, takut dia akan sakiti abang kamu. So, Charlotte… akak harap akak boleh pantau Villain tu tapi akak dah sibuk dengan Jack, nanti Jack musykil dengan akak.” Jill berhenti seketika cuba menyusun ayatnya—rasa ragu-ragu meminta bantuan dari budak kecil itu.

“Charlotte akan pantau dia.” Puteri kecil ini pula bersuara membuat Jill agak terkejut. “Akak dah banyak membantu selama ni. Akak lindungi Abang dari Jack. Sekarang peranan Charlotte pula melindungi Abang. Charlotte akan perhatikan Ivy.”

“TApi bagaimana?” Soalnya risau budak kecil ini sanggup merbahayakan dirinya. Dia terlalu muda untuk semua ini.

“Charlotte kenal abang.” Jawabnya pendek dengan senyuman. “Kalau sesuatu yang tak kenadengan dia, Charlotte akan tahu serta merta. Lagipun, Charlotte ada kawan pixie untuk bantu Charlotte. Akak jangan risau, kita akan lindungi abang dari Villain tu bersama-sama.”

Ini buat Jill tersenyum lega. “Thank you My Cherry… thank you.”


>X<

(A/N: Hmm… Hmm…. Hmm…. So many mystery!! See you in ze necz Chapitar!! hahaha *Kisses*)

Comments

  1. ohhh mizzz gila....best chapter ni.Angah chapter 18 nanti cepat2 sikit boleh tak...excited sangat ni.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha angah akan usahakan secepat y mungkin!! But no promises! Hehehe ^_~

    ReplyDelete
  3. hoooooooo ......puasssssss.......tapi kenapa rasa tamak meluap luap...nakkkkk lagiiiii plissssssss....... ohhhhhh i'm totally crazy with dis story...... always waiting babak ivy with louis.... huhuhu lovely couple.......
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  4. Kembar malifiecientJanuary 28, 2016 11:54 am

    Haha..just nk ckp...let me guess... jack is..robert pattinson or taylor lautner???hehe btw...best like ussual...love it..<3<3 chapter 18 jgn lmbt sgt tau..terseksa...

    ReplyDelete
  5. Cik cekelat! Hahahahahahaha yes! Please obses dgn novel ni MWAHAHAHAHAHAHA btw thanks for loving LOVE darling~~~~ ^_~

    We'll wait and see kembar maleficent~~ we'll wait and see bila masanya dah tiba and Jack muncul samada dia Robert or taylor... Huhuhuhuhu \(°A°)/

    ReplyDelete
  6. Angah. Wow. Banyak rahsia x terungkap. Hem. Good luck angah untuk idea seterusnya. Hehe. -epi-

    ReplyDelete
  7. xsuke dengan Jill . huhuhu . nak lagi chapter pasai louis and ivy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts