New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Thursday, 18 February 2016

Twenty-second L.O.V.E


(Sebelum kita mula... angah akan balas komen bab sebelumnya sebab angah tak boleh buka website untuk chapter tu... KTW dah block.. he-he-he....

anonymous ~ccc(,)(,) : Angah kena call hospital tanjung rambutan sebab awak dah gila meroyan! hahahaha and angah rasa habit jahat Ivy dah melekat kat angah sikit.. huhuhuhu Sorry not sorry love!

Kembar Maleficent: *sedia fire extinguisher dalam tangan* Kalau bendalah ni tak menjadi Angah call Ezra; the ice Princess untuk bekukan kemarahan awak. huhuhuhu

Nurul Nabila: Babe! Your comments I jawab semua kat sini okay?? Thanks for all the comment in some of the chapters honey! I appriciate it sooooo much! and your plea has been heard by the author... Enjoy this new chapter darling! (^3^)

Yup... that's all for now and Hope you like it--and don't kill me for this Chapter!!)

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Ivy the Evil Devil

“Would you please stop talking about my room?” soalnya sakit hati sambil memicit-micit dahinya. “I giving me a headache. I felt bad about it already so don’t rub it in setiap kali Korang ungkit pasal mimpi buruk dan bad mood aku.”

Apple hanya menggeleng, dah biasa dengan nada kasar Ivy. “Anyway, siapa pijak kau? Putera George ke?”

“Jack…”

Langkah Apple Red terhenti. “Jack…. Maksud kau pakwe Jill? Dia pijak kau ke?—”

“Tak-tak bukan itu.” Potong Ivy cemas, matanya meliar keudara seperti dia sedang perhatikan sesuatu yang tiada siapa boleh lihat. “Jack!” jeritnya geram dan berlari bertentangan arah dari mana mereka datang.

Hey Ai—Tunggu!” Apple Red terus mengejar Ivy dan meminta maaf kepada pelajar lain bagi memihak Ivy yang melanggar mereka. “Ivy! kenapa ni?!”

Ivy berdecit. “Dia dah buat Hal.” Katanya dengan nada rendah hampir buat Apple Red tak dengar.

Mereka berlari turun ke loby Academy dimana ramai pelajar berkumpul. Apple red yang termengah-mengah kerana penar berlari agak terkejut melihat pelajar berada di depan pintu loby sekarang.

“Apa dah jadi—Oh my star…” Dia juga perasan terdapat pelajar di tingkap Wing C di setiap tingkat dan juga beberapa pelajar di bawah. “Ivy?”

Ivy mengendahkan panggilan kawannya itu dan kembali berlari masuk ke dalam wing C untuk turun ke bawah untuk melihatnya dengan lebih jelas.

“Move it—” Arah Ivy kepada pelajar yang berada di depan pintu belakang Wing C dan Berjaya berada di depan menara Pengetua Merlin. Matanya terbeliak bulat bila dia lihat siapa yang berada di depan menara tersebut, berlutut dan terikat di hadapan the Great Wizard Merlin.

~Sambungan~

“Ha—”

“Hansel!” Gretel lalu di sebelah Ivy dan berlari kearah abangnya tapi dihalang oleh Pengajar sekolah. “Let go of me!—Abang!

Kenapa hansel berada di sini? Macam mana Jill boleh menangkap Hansel ke sini??

“You Idiot! Lepaskan abang aku!” jerit Gretel marah bila Jill menarik tali ikatan Hansel membuat dia jatuh mencium tanah.

“I can’t do that.” Kata Jill sambil menggeleng. “Dia sepatutnya dah mati. Kenapa dia tiba-tiba muncul pula? Kau sembunyikan dia ke?—”

“No!” Gretel memotong, masih bergelut untuk melepaskan diri. “Dia tak pernah mati dia—”

“Dia berada di tanah Vicious.” Pengetua Merlin bersuara membuat mereka memandang kearah lelaki tua itu. “It’s rather a complicated story.” Katanya dengan keluhan.

Damn…. Macam mana ini boleh terjadi?! Desis hati Ivy cemas dalam diam. Matanya meliar melihat makin banyak pelajar datang untuk melihat kejadian tersebut dan pandangannya jatuh ke seorang lelaki dalam kalangan pelajar, sedang tersenyum kearah Ivy dengan pandangan sinis.

Jack! Dia merancang semua ni!! Dia tahu plan Ivy tentang Hansel dan Gretel dan dia nak musnahkan kerja kerasnya! Membongkarkan rahsia pertemuan mereka dengan menggunakan Jill supaya dia tiada kena mengena dengan ni dan cuba memerangkap Ivy. Jack sedang mencabar Ahli sihir muda ini… dia sedang mengancam Ivy. Berani dia menguji Ivy the Devil.

“Apa dah jadi ni?”

Ivy merasakan seseorang menyentuh bahunya dan berpaling ke tepi. Ezra.

Ivy menggeleng laju. “A-Aku—”

 “Ia salah saya Pengetua.” Ivy berpaling kearah mereka semula, kearah Gretel.

Apa dia tengah buat ni?

“Saya guna Black magic untuk bawa Hansel ke hutan Mahligai. Kami dah berjumpa beberapa kali sebelum ni kerana saya menggunakan black magic untuk membuka portal ke—”

“Gretel!” Hansel menjerit, menyuruh adiknya diam. “Tuan, dia tak tahu apa-apa tentang ni. Semua ini salah saya. saya hanya nak jumpa dengan Gretel sekali je untuk tahu macam mana keadaannya tapi.. tapi saya terbawa-bawa dan sentiasa berjumpa dengannya sampai sekarang.”

 “Abang!” sahut Gretel menahan tangisannya. “Tolong jangan bela aku!”

“Aku tak bela sesiapa!”

Mereka menyembunyikan kebenaran tentang Ivy… mereka sebenarnya membela Ivy.

Tapi kenapa?

Ini buat Ivy tak sedap hati. Kenapa mereka nak bela ahli sihir jahat seperti Ivy? Dia menyentuh hatinya yang mula sakit. Tidak sanggup melihat dua kawannya cuba sedaya upaya untuk melindungi Ivy. This is not right… mereka tidak boleh buat macam tu. ia salah.

“Enough!” Pengetua Merlin mengetuk tongkatnya di tanah membuat angin kuat datang darinya meniup dengan kencang hampir buat mereka semua terlontar. Membuat Hansel dan Gretel menutup mulut, juga mengembalikan tumpuan Ivy kepada mereka.

“Saya hanya nak kebenaran.” Katanya dengan tegas kali ini dia tidak sembunyikan lagi perasaannya dengan ketenangan. Merenung kearah Hansel, kurang sabar dengan lelaki muda di hadapannya ini. “Bukan pergaduhan bela-membela. Tell me the truth.”

Ivy melihat Hansel tertunduk, menggeletar kerana ketakutan dengan nasibnya sekarang ni. Gretel mula menangis didalam tahanan pengajar Academy. Makin banyak pelajar dan Pengajar datang untuk melihat kejadian ini. Royal Fairy pun telah tiba, agak terkejut melihat Hansel berada diperkarangan Gracious Aademy dan juga tiga puteri; Hanna, Gweneth dan Apple Red berada di jambatan bersama Putera Edward. Kelihatan risau terhadap Gretel.

Pandangan Ivy jatuh ke dua beradik diraja yang baru sahaja tiba di sisi kawan-kawannya di jambatan. Puteri Charlotte dan Louis.

Ia buat Ivy menyentuh rantai didalam bajunya. Tak.. tak.. tak.. Dia kena buat sesuatu tapi apa? Kalau dia mengaku Ivy akan kembali ke Viciouse berdepan dengan ibunya. Dia taknak. Jika dia diamkan diri.. kawan-kawannya dalam bahaya.

Apa patut dia buat? Fikirannya bercelaru sekarang ni. Dia tidak boleh berfikir dengan lurus kerana terpengaruh dengan mimpi buruknya. Dia tak tahu apa nak buat! Ivy tak tahu mana satu dia nak percaya. Mimpi ngerinya atau apa yang dia ketahui sekarang ni. Yang kawannya tak tahu apa-apa, yang mereka tidak buat apa-apa di belakang Ivy. Dia nak percaya yang kedua tapi mindanya berkata sebaliknya.

Ivy mendongak ke langit yang mendung mencari kelibat Guardiannya dan sedikit lega bila dia lihat Diaval sedang terbang di atas mereka semua, juga melihat situasi itu.

Apa patut aku buat Diaval?

Apa kau nak buat?

Sepertinya Ivy dapat baca Diaval dari pandangan mata burung gagaknya itu. Ivy menggenggam erat rantai pemberian Louis dan mengangguk. Dia tahu apa dia nak buat.

“Baiklah..” Hansel akhirnya bersuara dan memandang Pengetua Merlin semula. “Sebenarnya ini semua salah—”

“That enough Hansel.” Ivy bersuara dan membuka rantainya. Dia keluar dari kalangan pelajar sambil memasukkan rantai itu ke dalam poketnya. Wajahnya kelihatan kosong, tiada siapa boleh baca ekspresi wajah Ivy sekarang ni.

Diaval turun dan mendarat pada tangan Ivy yang didepakan sebelum Ivy meletak Diaval di bahunya. “Kau tak perlu nak cari alasan untuk bela aku lagi.”

“Ivy…”

Pelajar Academy mula bising, berbisik sesama sendiri, tertanya apa sebenarnya dah berlaku sekarang ni. Apa pula kena mengenanya dengan Ivy tentang dua beradik ini?

“Cik Ivy.” Pengetua Merlin kelihatan berang. Dahinya berkerut, mengetahui Apprentiecenya ada kena-mengena dengan masalah ini. “What is the meaning of this?”

Ivy tampil ke hadapan Hansel, tidak gentar langsung dengan suara tegang Mentornya. “Saya takkan minta maaf kepada Tuan kerana semua ini idea saya. I meant it all.” katanya membuat mereka semua terkejut. Termasuk kawan-kawannya.

“Ivy… apa kau buat ni…!” bisik Hansel menahan marah. “Kau sia-siakan—”

“Shut it.” Ivy menjeling kebelakang bahunya. Menyuruh Hansel tutup mulut sebelum memandang Pengetua Merlin semula. “I manipulate them dan guna mereka untuk kepentingan saya.”

“Abang… Ivy buat apa tu?” Soal Charlotte berpaut pada lengan abangnya. Takut melihat situasi tegang di bawah mereka. “Ivy cakap benda yang Char tak faham…. dia jahat ke?”

Louis mengeleng perlahan. “A-Abang tak tahu…” Ivy… what the hell are you doing??!

“Apa yang kamu cuba sampaikan kepada saya ni Cik Ivy?” kesabaran Pengetua makin tipis. Atmosfera di sekeliling mereka semakin berat dengan setiap minit yang berlalu. “Kamu nak katakan yang kamu menggunakan magic kamu kearah kejahatan?”

“Tak.” Ivy menjawab dengan senyuman sinis. “Saya rancang temukan mereka berdua sebelum saya datang ke sini lagi. semasa saya masih menggunakan Black magic.” Katanya sambil mengusap badan Diaval. “The Truth is, saya merancang untuk mengambil kesempatan atas mereka berdua untuk mendapatkan kepercayaan orang Enchanted.”

Apa?!  Hansel dan Gretel terkejut mendengar pengakuan Ivy. bukan itu sahaja, kawannya yang lain juga terkejut mendengarnya. Terutamanya pengetua Merlin.

“Guna si abang untuk mendapat kepercayaan si Adik. Thank goodness dia membenci saya pada masa tu, so it easier for other people untuk percayakan saya selepas Gretel berkawan dengan saya.” Dia menarik sengih kearah rakan-rakannya di atas jambatan. “Such a pity they fall for it so easily.”

“Why You—” Gretel ingin menyerang Ivy tapi pengajar the three musketeers menahannya. “Kau penipu!”

“Heh… Kau betul tentang tak percayakan aku. Jangan percayakan seorang villain.” Katanya dengan renungan maut. “Apapun, mereka berdua hanya mangsa dalam rancangan saya.” katanya dengan nada sedikit terhibur. “Hansel betul-betul nak jumpa adiknya. Of course… sebagai kawan saya akan tolong dia. kau sendiri tahu kan Hansel? Aku takkan berbuat baik tanpa ada niat tersendiri?”

Hansel berdecit, merenung kearah Ivy dengan jijik. “Tapi aku tak sangka kau sanggup pergunakan aku.”

“Meh… I enjoy playing with my food.” Katanya tidak takut dengan Hansel langsung. “It fun while it lasted.”

“Dan apa tujuan kamu buat semua ni?” Pengetua Merlin kembali bersuara. Menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin untuk tenangkan hatinya yang membara. “Apa tujuan kamu sebenarnya? Mendapat kepercayaan kami, menjadi apprentiece saya dan semua ini untuk apa?”

“Isn’t it obvious? Just to F*ck you up.” Katanya dengan nada rendah, mengancam. “Kau ingat aku nak ke datang ke Enchanted ni? HAH! datang ke sini buat maruah aku jatuh di Vicious! Do you even know who I am? I’am Ive the Devil, ahli sihir terkejam, terkeji dan tidak berhati perut di tanah ini! Then your little owl datang cuba menggugat gelaran aku.” Ivy menyentuh dadanya tujukan pada diri sendiri. “Kau ingat aku ni na├»ve sangat ke akan termakan dengan surat tawaran tu, ‘ceremony purification yang kononnya untuk menukar sumber magic, Good Deed untuk menguatkan magic aku? Kau ingatkan aku buat semua tu sebab kau fikir aku akan jadi baik ke?” Ivy menarik sengih sebelum ketawa terbahak-bahak sehingga satu sekolah dengar ketawa wickednya.

“Haiiihlah…” dia mengusap air mata ketawanya secara dramatic. “Aku rancang untuk mempermainkan the great wizard Merlin dengan mengikut kemahuannya kerana memaksa aku datang ke tempat hodoh ni dan tuah menyebelahi aku kerana sejarah dua beradik ni.” Katanya mendepakan tangan kearah Hansel yang berlutut di belakangnya.

“LISTEN EVERYONE!” dia menjerit sekuat mungkin, memastikan semua orang mendengar Ivy dengan jelas. “Nak tahu kenapa Hansel berada di Tanah Vicious? Nak tahu siapa bunuh Fairy Fauna? Nak tahu apa sebenarnya dah terjadi pada tragedy 10 tahun lalu?? You guess it!! Here’s the ‘young villain’ yang kononnya dah mati yang telah ‘membunuh’ Fairy Fauna.” Ivy tersenyum puas melihat wajah terkejut semua pelajar academy. Mula bising tentang perkara itu dan melontarkan banyak persoalan kepada sama sendiri.

“Oh there’s more…” Ivy menjungkit kening kearah Pengetua Merlin. Mencabar ahli sihir tua itu. “Kalau korang ingat Orang tua ni ‘Hebat’ sangat, Royal Fairy ni ‘Adil’ sangat. kenapa mereka humban seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang tidak tahu betul dan salah ke dalam Tanah Vicious? Tempat di mana true Villain tinggal?? Sedangkan mereka tahu kenapa budak malang ni mencuri kayu sakti Fairy Fauna. Mereka tahu Gretel sakit. Mereka tahu mereka hanya ada sesama sendiri dalam dunia ini dan mereka tahu yang Hansel tidak bersedia untuk lepaskan satu-satunya keluarganya yang tinggal selepas ibubapa mereka dah mati. Ya…” Ivy menarik nafas dalam. “betul Hansel salah menggunakan kayu sakti tu untuk sembuhkan adiknya, dia sanggup korbankan nyawanya untuk selamatkan adiknya sedangkan dia tidak mempunyai magical core. Dia hampir mati disebabkan menggunakan kayu sakti itu dua kali.”

“Menyelamatkan nyawa adiknya dan tidak sengaja membunuh Fairy Fauna.” Ivy berpaling memandang tiga Royal Fairy dengan senyuman sinis. Matanya bercahaya bersama bajunya terbakar dengan api Jingga tanda dia teruja. “Dua fairy yang sedih kawan baiknya mati. Mereka membalas dendam atas kematian fairy Fauna dengan menghukum budak lelaki itu—budak 10 tahun yang tak tahu baik buruk itu tanpa belas kasihan dan menghumban dia ke Tanah Vicious tanpa menghadap pengadilan. Oh dear… is the little fairy gone bad?” Soalnya buat muka terkejut sebelum kembali tersenyum sinis. “Yes… yes they are. Mereka ketepikan semua ‘moral’ mereka dan buat perkara yang bukan ‘orang enchanted’ akan buat. Tidak berhati perut dan memisahkan dua beradik yang yatim piatu ini.”

“AND THAT’S THE TRUE STORY OF THE 10 YEAR TRAGEDY!” Sahut Ivy keudara, finale penutup storytellingnya. “Well, back to my story….” Dia kembali memandang mereka semua. “AKu gunakan mereka untuk dapatkan kepercayaan semua orang dan menjadi apprientice Pengetua Merlin—lucky me. Hanya untuk mempermainkan the Great Wizard Merlin.. Oh what a beautiful day it is.” Katanya dengan riang sambil memandang langit yang mendung. “Finally I can get it all out from my system. Few… that is a lot of saliva to swallow right?” soalnya memandang Hansel dengan senyuman manis. Terlalu manis.  

Senyap….

Mereka semua senyap, tidak memberi sebarang riaksi, hanya memandang Ivy dengan ekspresi wajah yang terkejut, tergamam.

“Oh come on… Cerita tu taklah sedih sangat.” katanya dengan nada terhibur sambil mengipas tangannya. “Apa kata tragedy 20 tahun lalu? tentang The All famous Robin Hood dan kakak dia, The Red Riding Hood? This is more interesting—”

“BER.HEN.TI.”

Aura berat datang dari The Great Wizard Merlin dan angin taufan muncul secara tiba-tiba. Bola di tongkat saktinya bercahaya dengan kuat dan badannya mengeluarkan cahaya putih, tanda dia sangat marah.

“Cukup. Ivy.” katanya dengan nada mengancam.

Diaval menjerit di bahu Ivy dengan kuat sebelum terbang pergi kerana angin kuat itu boleh bawa burung kecil itu pergi, jadi dia beredar ke tempat yang lebih selamat.

Ivy menarik sengih, menyembunyikan rasa takutnya. Dia tak pernah rasa magic sekuat itu dalam seumur hidupnya. ia sepertinya satu bom kuat yang merbahaya di hadapannya yang tunggu untuk meletup pada bila-bila masa sahaja dan menghancurkan kewujudan yang ada di sekeliling mereka.

“Well… well… well… Tengok siapa dah cabar kesabaran the Wee Wizard Merlin?” soalnya sambil sengetkan kepala. Berjaya menyembunyikan ketakutannya. “Apa kau nak buat? Bunuh aku? Go ahead dan langgar peraturan pertama Enchanted. Never kill if it was threatening. Saya mengancam seluruh Enchanted ke? No.” dia menjawab soalannya sendiri. “Saya hanya mempermainkan Pengetua Merlin. Mentor kesayangan saya.”

Ivy mendepakan kedua tangannya kesisi, sepertinya dia menyerah diri tapi senyumannya tetap melekat pada bibirnya. “Do it and make the same mistake you do. Over… and over again.”

Ahli sihir muda ini memastikan matanya terbuka untuk melihat apa yang The Great Wizard Merlin akan buat kepadanya kerana aura berat itu semakin kuat dari sebelumnya. Tapi harapan Ivy punah kerana semua kehebatan dan keterujaan datang dari Ahli sihir tua itu hilang dengan serta merta. Angin berhenti bertiup, langit kembali cerah dan cahaya putih disekeliling Pengetua Merlin telah hilang.

Pengetua Merlin arahkan tongkat saktinya kearah manteenya. “Ivy the Devil, You are expaled from this Academy dan akan kembali di tanah kelahiran kamu malam ni juga.” Katanya dengan tegas. “Kembali di tanah Vicious.” Dia memandang Hansel pula. “Kamu akan mendapat pengadilan kamu petang ini dan tiga Royal Fairy wajib datang ke pengadilan ini.”

Setelah itu dia kembali memandang kearah Ivy. “Kamu akan diletakkan dibilik kurungan Academy sehingga pengadilan Hansel selesai dan dikembalikan ke Vicious.”

The Three Musketeers melepaskan Gretel, membiarkan dia pergi kepada abangnya dan menangkap Ivy pula.

“Get your hand of him.” Marah Gretel menolak Jill ketepi dan membuka ikatan pada tangan abangnya. “Abang okay?” dia melihat Hansel mengangguk membuat Gretel tersenyum lega.

Ivy membiarkan dirinya ditangkap dengan senyuman nakal terpapar pada wajahnya. “Well, Pengetua buat keputusan yang betul kali ni.” Katanya sebelum pengetua Merlin lenyap dari penglihatan mata.

Dia memandang semua orang yang ada di tempat itu dengan senyuman puas terpapar pada wajahnya. Memandang rakan-rakannya yang ketakutan dijambatan, Tiga Puteri Itu sepertinya tidak percaya yang Ivy sebenarnya jahat selama ini. termasuk Putera Edward kelihatan kecewa.

Senyuman Ivy makin lebar bila dia lihat wajah kecewa Louis yang memeluk adiknya yang menangis.

Setelah itu pandangannya jatuh kearah lelaki yang buat harinya kucar-kacir tapi indah pada masa yang sama.

Jack.

Lelaki itu merenung tajam kearah Ivy sambil mengetap gigi, perasaan marah yang amat kearah Ivy.

Heh.. kau ingatkan kau boleh ugut ivy the Devil? Sebelum kau hancurkan kesemua rancangan aku, biar aku yang bertindak dahulu dan khianati mereka dengan mulutku sendiri. Apapun rancangan mu selepas ni takkan berlaku lagi kerana ia telah checkmate. Catur Hitam menang.

“Come mademoiselle.” Salah satu the Three muskerteers bersuara, menolak Ivy dengan perlahan kearah bilik tahanan Academy berada. Di bawah menara Pengetua Merlin.

Ivy sempat memandang Hansel dan Gretel, memberi senyuman tawar sebelum bergerak pergi, dibawa oleh tiga pengajar itu.

“Wait!” Hansel segera bangun, ingin mencapai Ivy tapi Gretel menahannya. “Ivy, tunggu!”

Ivy berputar memandang Hansel. “Hmm?”

“Why?”

Ivy tersenyum. “Sebab aku berjanji untuk temukan kamu berdua semula. aku tak pernah mungkir janji.”

“Tapi kau tak berjanji untuk satukan kami semula.” Hansel menegas.

“Really?” Soalnya dengan muka tidak bersalah sebelum tersenyum nakal. “Bagi aku ‘temukan’ dan ‘satukan’ adalah maksud yang sama.” Dia mengenyit mata dan beredar dari tempat itu. Meninggalkan Hansel yang tergamam mendengar jawapan Ivy.

>X<

Beberapa jam kemudian….

Ivy berada di dalam sebuah bilik kecil terletak di bahagian bawah menara Pengetua Merlin, bilik tersebut kosong dan kotor. Tiada pintu kerana ia hanya boleh dibuka oleh mereka mempunyai magic sahaja. Ivy tidak dapat menggunakan magicnya kerana tangannya digari dengan magic Merlin, menghalang dia menggunakan magicnya.

Hanya tingkap kecil sahaja yang ada di bilik kecil itu, satu-satunya lubang untuk Ivy melihat apa yang berlaku di luar bilik itu. Masalahnya, diluar bilik itu hanyalah laluan kosong dengan dinding batu yang sama dengan dinding penjaranya.

Ivy mengeluh. “Pengadilan Hansel dah bermula ke?” Soalnya pada diri sendiri sambil memandang gari tangannya. Semua barang peribadinya telah diambil oleh pengajar tadi sebelum meletakkan Ivy di dalam bilik tersebut dan dia tak tahu kemana beg sandanya disimpan.

Kayu sakti dan buku jampinya ada di dalam beg tu.

Ivy segera mendongak melihat kearah tingkap penjaranya bila dia dengar bunyi loceng(?) datang mendekati biliknya. Dia menjungkit kaki untuk melihat siapa yang datang kerana tingkap tersebut agak tinggi baginya.

“My child!”

“Fairy Godmother?” Ivy menjungkit kening hairan. “bukannya sekarang ni pengadilan ke?”

“Yes, dalam masa beberapa minit.” Katanya kelihatan agak cemas. “Ivy, saya nak tahu sesuatu sebelum saya ke pengadilan Hansel.”

“Apa dia? soalnya cuba bertahan untuk berjungkit tapi kakinya mula sakit dan mengalah. Dia berdiri seperti biasa. “Cakap je, saya mendengar.”

“Kenapa kamu beritahu masalah Hansel dan Gretel kepada semua orang? Kita boleh bincangnya dengan baik tanpa buat kekecohan seperti ini.”

Ivy menarik sengih. “For justice.” Ivy menyandar dibawah tingkap penjaranya dan memandang siling bilik itu. “Saya tahu kalau berbincang secara Private, resultnya nanti saya dan Hansel akan kembali ke Vicious. Meninggalkan Gretel kembali bersendirian. So, kalau semua pelajar tahu, Pengetua Merlin kena buat pengadilan public. Membuat keputusan yang adil untuk semua orang. Keputusannya hanya saya sahaja yang kembali ke Vicious.”

“Dan Hansel?”

“Dah tentu tinggal di Enchanted. Pelajar Academy semua baik. Mereka akan simpatikan budak 10 tahun dari pari-pari beratus tahun.” Katanya dengan senyuman kecil. “Pengetua Merlin tahu pelajar akan sokong Hansel bersama pada Gretel semula dan nak tak nak dia juga kena hukum Fairy Flora dan Fairy Marywether.”

“Macam mana pula tentang kamu mempergunakan Hansel dan Gretel?” Soalnya lagi.

“Setengah darinya betul. Ya, saya pergunakan sejarah mereka untuk dekati Gretel tapi saya tiada niat nak bongkarkan kepada Pengetua Merlin tentang pertemuan mereka. I have to sebab saya taknak Hansel dalam masalah. Cukup saya buli adik dia.” Ivy ketawa kecil sebelum ia pudar. “It fun while it lasted. Bermain dengan mereka semua…. Gretel, Apple Red, Gweneth, Hanna, Putera Edward. Puteri Charlotte dah tentu, siapa boleh benci budak tu?” Soalnya dengan senyuman teringatkan Charlotte yang tersenyum riang. “Hansel…. Dah setengah tahun aku tak nampak dia, tup-tup jumpa balik time macam ni. Nampaknya ini hari akan jadi perjumpaan terakhir kami.”

“Kamu tak sedih ke tinggalkan Academy ni? Saya tahu kamu bencikan Enchanted tapi…”

“Saya akan merindui tempat ni tapi sedih tak.” Ivy menggeleng kecil. “Fairy Godmother patut pergi sekarang. Taknak terlambat ke pengadilan Hansel pula.”

Fairy Godmother terdiam untuk seketika sebelum mengangguk. “Baiklah.”

“Fairy Godmother?”

Pari-pari ini kembali memandang tingkap penjara Ivy. “Yes my Child?”

“Tolong sokong Hansel kembali ke Enchanted. Dia terlalu baik untuk jadi orang Vicious.” Pinta Ivy dengan suara rendah tapi jelas. “Dan…” Ivy mengeluarkan rantainya dari poket jaket bajunya. “Please take this dan berikan kepada Charlotte. Beritahu dia, saya sebenarnya gembira bila dia datang ke perpustakaan temankan saya setiap hari dan sentiasa berada di sisi Putera George bila dia dalam kesusahan. Senyumannya ialah kekuatan Putera George dan…” Dia menarik nafas dalam. “And Never to forget me.”

Fairy Godmother agak terkejut mendengar permintaan Ivy tapi dia akur dan mengambil rantai itu. “Baiklah. I will.” Katanya membuat Ivy tersenyum lega.

“Thank you.”

Fairy Godmother menyentuh dadanya rasa sedih mendengar ucapan terima kasih Ivy. sepertinya dia bersedih meninggalkan tempat itu. Dia sia-siakan peluangnya di Enchanted hanya untuk seorang kawan. Tak… untuk sebuah keluarga.

Fairy Godmother tunduk melihat seorang budak perempuan yang menutup mulutnya menahan diri dari mengeluarkan sebarang suara. Menangis dalam senyap. Air matanya deras mengalir turun membasahi tangannya.

“Come my child.” Bisiknya menolong Charlotte untuk bangun dan naik semula ke bilik pengetua melalui tangga yang ada di menara tersebut.

Sebaik sahaja mereka tiba di pejabat Merlin, keluar dari antara rak buku di bilik itu; Charlotte terus memeluk Fairy Godmother menangis dalam dakapannya.

“Shhhshhhshhh…. There-there… jangan risau Tuanku, saya janji semua akan okay. Jangan menangis lagi.” bisiknya sambil mengusap belakang Charlotte, menenangkan puteri kecil itu.

Charlotte hanya mengangguk tapi dia tetap tidak berhenti menangiskan keadaan Ivy sekarang ni. Dia nak cakap yang; Ivy tidak jahat, dia tidak pernah jahat. DIa berlakon jahat untuk selamatkan Hansel dan Gretel tapi tiada suara yang keluar hanya tangisan dan tersedu-sedu.

“Here…. CIk Ivy ingin kamu memegangnya.” Fairy Godmother memakaikan rantai itu kepada puteri Charlotte. “kamu dengar apa yang dia cakapan tadi kan?”

Charlotte mengangguk masih menangiis teresak-esak tapi tak seperti sebelumnya dan memandang rantai milik Ivy. Ini buat dia rasa nak menangis lebih kuat. “Ini rantai kesayangan Ivy…” bisiknya dengna nada menggeletar. Dia sentiasa perasan yang Ivy selalu pakai rantai tersebut kemana sahaja dia pergi. Ia penting bagi Ivy dan dia berikan kepada Charlotte.

Charlotte akan jaga rantai itu dengan baik sehingga Ivy kembali ke sini Desis hatinya sedih dan menutup mulutnya menahan diri dari menangis sekali lagi.

.


.

“Aaaarrrggghhh!!!”

Louis melontar kerusi meja belajarnya kearah cermin almarinya membuat ia pecah menjadi serpihan kaca jatuh bak kepingan salji ke atas karpet hijaunya.

Kemarahannya menggelegak dalam dirinya sehingga apa yang dia ingin baut ialah menghancurkan semua barang yang berdekatan dengannya. Menghancurkan apa-apa sahaja atau sesiapa sahaja yang dekat dengannya.

Cadar katilnya ditarik hingga koyak dan melontar bantal-bantalnya ke pintu biliknya, barang di atas meja belajarnya ditolak ketepi, jatuh bertaburan. Almari buku dirobek dari dinding dan jatuh terhempap membuat semua barang kaca, fragile dalam almari itu pecah.

Louis termengah-mengah, mula rasa penat dan dia menyandar pada dinding biliknya sebelum menggelongsor kebawah, terduduk sambil menutup mukanya dengan satu tangan. Sebelah lagi rehat di lututnya.

Dia marah. Tersangat marah.

Marahkan semua orang.

Dia marah kepada Hansel kerana muncul tiba-tiba dan buat kecoh. Dia marahkan Jill kerana bawa Hansel ke Academy. Dia marah dekat Pengetua Merlin dan juga Royal Fairy. Dia marah dekat dirinya sendiri! Dia tidak boleh buat apa-apa semasa kekecohan itu berlaku. Apa yang dia boleh buat ialah melihat dari jauh. Dia benci pada dirinya bila dia tak dapat buat apa-apa sedangkan dia ada kuasa.

Masalahnya kuasanya terhad! Dia hanya putera Mahkota dalam latihan. Bukan Raja!

Disebabkan ini dia melepaskan marahnya didalam bilik seorang diri. melupakan semua tentang tatasusila seorang Putera dan melepaskan segalanya yang terbuku didalam hati.

Namun…. Entah kenapa, dia tak dapat nak marahkan Ivy. Dia telah mengkhianati mereka semua, dia mengaku dia mempergunakan mereka semua untuk kenakan Pengetua Merlin, dia mengaku dirinya jahat dan tidak pernah sesekali ingin menjadi baik dan semua kelakuannya hanyalah satu lakonan.

Tapi Louis tetap tak dapat marahkan dia. Hanya dia seorang Louis tak boleh marah…

Nafas Louis menjadi pendek dan dadanya mula rasa sakit. Matanya menyengit menggungat untuk mengalirkan air mata dan Louis memicit kedua matanya cuba menahan sebarang air mata keluar tapi gagal. Ia tetap turun membasahi pipinya.

Shit.. shit-shit-shit-shit! Dia menumbuk lantai di sebelahnya dengan setiap perkataan disebuat dalam hatinya, melepaskan sisa perasaannya yang masih ada didalam dirinya.

Sekali lagi Ivy akan hilang dalam hidupnya. ini kali kedua Louis akan kehilangan Ivy dan dia tak boleh buat apa-apa tentangnya!

Kenapa ia harus jadi begini? Semasa hubungan mereka dah kembali pulih seperti dahulu pasti ada sesuatu akan menamatnya di tengah jalan. Menarik Ivy keluar dari hidupnya, Satu-satunya kenyataan didepan mataya di rampas oleh takdir semula.

Dia taknak kehilangan Ivy lagi! dia taknak Ivy kembali ke Vicious. Entah bila lagi dia akan berjumpa dengan orang yang dia sayang. Mungkin tidak akan…

Kenapa Ivy? kenapa kau pertahankan Hansel dan Gretel?? Kau korbankan tempat kau di Enchanted untuk mereka berdua. Dia mungkin akan bertukar tempat dengan Hansel. Ivy pergi dan Hansel tinggal di sini.

Louis berharap dia boleh buat sesuatu untuk halang Ivy kembali ke Vicious. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Ivy kekal disisinya. Walaupun dia hanya boleh lihat dari jauh yang penting dia ada dipandangan matanya. Dia tak sanggup kehilangan perempuan itu lagi.

Ketukan pintu biliknya membuat Louis menahan nafasnya. Diamkan diri dari membuat sebarang suara yang akan buat pelawatnya curiga.

“Tuanku? Pengadilan Hansel akan bermula. Tuanku diminta untuk ke bilik persidangan sekarang.”

Louis menarik nafas dalam beberapa kali dan mengelap mukanya dengan tangan. “Baiklah.” dia mengawal suaranya dari pecah. “Saya datang dalam masa beberapa minit lagi. You may go now.”

Ivy pertahankan mereka pasti ada sebab. Louis berharap sangat Ivy buat semua ini ada sebabnya. Dia tak dapat terima yang Ivy betul-betul mempergunakan semua orang untuk kepetingannya sendiri.

Dia kenal Ivy dari kecil lagi dan dia tak pernah fikir tentang dirinya sendiri. Louis berharap tanggapannya betul.

Tolong jadikan tanggapanku betul… desis hatinya, berharap sebelum beredar dari bilik yang tukang pecah itu ke bilik persidangan dimana pengadilan Hansel akan diadakan.

>X<

Bulan telah naik menguasai langit malam bersama ribuan bintang sebagai peneman pada malam yang sunyi itu. Semua penghuni Academy kembali ke asrama dan rumah masing-masing, tidur untuk menamatkan hari yang kucar-kacir itu dan bersedia untuk memulakan hari baru apabila matahari kembali terbit.

Pada tengah malam, setelah kejadian Hansel muncul di Academy dan pengadilan Hansel dijalankan di bilik persidangan Academy telah dijalankan tanpa gangguan lagi, Ivy akhirnya dilepaskan dan sekarang berada di depan pagar utama Academy bersama hanya beg sandang tergantung di bahunya dan juga Burung gagaknya yang setia di bahunya.

Dia dikeluarkan pada waktu malam untuk mengelakkan pelajar lain berjumpa dengan Ivy. setelah pengakuan Ivy tentang dirinya seorang Villain, ia agak bahaya untuk Ivy berjumpa dengan mereka lagi kerana takut pelajar akan mencederakan Ivy ataupun yang sebaliknya.

Bagi Ivy dia pergi dengan senyap adalah cara yang terbaik kerana dia taknak berdepan dengan sesiapa. terutamanya kawan-kawannya, dia taknak mereka datang dan minta penjelasan tentang tindakan Ivy. Sama seperti mimpi ngerinya. Tak… biarlah ia sebagai mimpi ngeri dan tidak dijadikan sebagai satu kenyataan.

Sekarang dia berada di pagar utama Academy menunggu pengiringnya datang mengambilnya dan bawa dia kembali ke Vicious.

Teringatkan tempat tinggalnya membuat Ivy menelan air liur kelat. “Hey D, aku tak pernah rasa segemuruh ni untuk balik rumah. Kau rasa apa akan terjadi kalau aku kembali ke sana?” Soalnya dengan suara mendatar, tiada perasaan langsung diletakkan dalam nadanya. Dia hanya merenung keudara sambil memikirkan apa yang orang Vicious akan buat kepadanya.

She probably dead meat as soon she step into Vicious that obvious…

Lamunan Ivy terhenti bila dia terdengar bunyi disebalik semak dan segera berpaling kebelakang. “Siapa tu?”

Tapi tiada. Ini buat Ivy memandang Diaval untuk seketika sebelum mengeluarkan kayu saktinya kearah semak tersebut. Dia membaca satu mantera dan kayu saktinya bercahaya.

“Wait! Wait!—Ivy!”

“Hansel?” Ivy segera turunkan kayu saktinya dan memandang sekeliling. “Kau kat mana?”

“Depan kau.” Jawabnya membuat Ivy pandang hadapan. “Aku guna invisibility potion yang kau bagi kat Gretel. So, uncharm me.”

Ivy menghayunkan kayu saktinya dihadapannya dengan mantera pendek membuat lelaki halimunan itu kembali kelihatan pada mata kasar. “Apa kau buat kat sini? Kau sendiri ke?”

Hansel meramas rambutnya dan mengangguk. Dia kelihatan gelisah. “Ya. aku datang nak beritahu kau tentang pengadilan aku.”

“Kau akhirnya dapat balik ke sini.” Ivy tersenyum kecil. “Aku dah tahu tentang tu.” katanya dan menumbuk bahu Hansel bila lelaki itu murung. “Jangan sedih sangat lah, aku boleh jumpa kau di hutan mahligai kalau kita ada masa free.”

“Lubang di tembok tu dah ditutup.” Ini buat senyuman Ivy pudar. “Time pengadilan mereka tanya macam mana aku boleh berada di hutan Mahligai dan aku terpaksa cakap pasal lubang tu—tapi jangan risau, aku kata kita jumpa lubang tu sama-sama dan ia idea kau untuk masuk ke seberang. Kita jumpa seminggu sebelum kau dapat surat tawaran tu.”

Ini buat Ivy lega. “Thanks sebab back up aku.”

Hansel mengangkat bahu dengan kedua tangannya didalam poket seluar. “Hey, kau dah selamatkan aku dengan Gretel. Atleast ini aku boleh buat untuk kau.” Katanya dengan senyuman tawar. “So, kau betul-betul akan kembali ke Vicious?”

“That’s my home Hansel—”

“Tapi kau akan mati di sana.” Hansel bersuara dengan tegas tapi matanya menunjukkan dia risau. “Jangan nak tipu aku Ai. Aku tahu apa kau akan kata; ‘mereka tidak berani bunuh Ivy the Devil, mereka menempah maut.’ Dan ‘Aku anak Maleficent, ibu aku akan marah tapi takkan bunuh anak sendiri’ atauKau Hansel baik fikir nasib kau di Academy dari nasib aku di tanah aku sendiri. Kau tu bekas Vicious.’ Kau tak boleh sembunyikannya dari aku.” Katanya membuat Ivy agak terkejut. “Kita berdua tahu apa akan terjadi sebaik sahaja kau menjejak kaki semula di tanah Vicious tu.”

“Kau/Aku akan mati.” Jawab mereka serentak cuna berlainan ekspresi wajah. Hansel cemas tapi Ivy tidak tunjukkan sebarang ketakutan langsung.

“Then merayu dekat The Great Wizard Merlin Ai, beritahu mereka apa akan jadi bila kau kembali ke vicious, beritahu mereka tentang rancangan Maleficent dan Jack Skellington. Aku tak nak kau mati—”

“Cukup Hans.” Ivy menyentuh bibir Hansel dengan jari telunjuknya. Tersenyum kecil dan menggeleng. “Ivy the Devil tidak akan pernah merayu.” Katanya dengan nada rendah.

“This is not about your pride anymore Ai!” Hansel menepis tangan Ivy, matanya merah menahan diri dari menangis. “Ini nyawa kau kita cakapkan, kau sanggup mati untuk maruah?”

Ivy hanya diamkan diri untuk seketika. Menggenggam erat kayu saktinya.

Hansel menunggu untuk Ivy bersuara tapi nampaknya Ivy tetap berkeras untuk kembali ke Vicious. “Then aku akan beritahu pengetua Merlin. Aku akan beritahu semuanya dan kau tak akan kembali ke Vicious! Kau tak boleh mati sebab ibu kau—” Ivy melontarkan ‘hipnotise spell’ kearah Hansel membuat lelaki itu berdiri tegak, kembali tenang dan memandang keudara.

“Hansel, Listen to me.” Ivy bersuara membuat Hansel tunduk memandang Ivy. “Kau takkan beritahu sesiapa tentang aku ingin memusnahkan tembok berduri itu kepada sesiapa, kau takkan beritahu sesiapa apa yang kau tahu tentang rancangan orang Vicious dan setiap kali orang tanya kau hanya mengelak seperti kau tak tahu apa-apa. Dan kau lupa kita pernah buat perbicaraan ini. Faham?”

Hansel mengangguk sekali dengan perlahan tanpa matanya berganjak dari Ivy.

“Good.” Ivy memetik jarinya menamatkan pukauannya dan melihat Hansel menggeleng sebelum memegang kepalanya.

“Sorry… apa yang aku cakap tadi? aku terfikir tentang sesuatu tadi.” katanya dengan tersengih-sengih. Tidak ingat langsung tentang rayuan kepada Pengetua Merlin.

Ivy tersenyum kecil bila dia perasan salji mula turun dari langit dan mendongak melihat ke dada langit malam. “It’s snowing. First snow fall mesti petanda buruk untuk seorang Villain.” Katanya mencebik membuat Hansel tertawa.

“Nampaknya aku takkan jumpa kau lagi.” sahut Hansel kembali memandang rakan baiknya. “Will you miss me?”

Ivy terus memeluk Hansel dengan erat, dan memejam matanya. “Don’t forget me.” Bisiknya dan merasakan Hansel jatuhkan bahunya, akhirnya melepaskan perasaan yang dia tahan selama ini. Menyembunyikan wajahnya di bahu Ivy. “Never Forget me.”

“I won’t….no one won’t sebab Aku akan ceritakan kepada budak-budak kecil di sini tentang kau sebagai bedtime story mereka. supaya kau tidak akan lenyap di Enchanted ni, supaya tiada siapa akan lupakan kau. No one will ever forgotten your sacrifice..” Bisiknya dah tak kesah suaranya pecah. Memeluk Ivy seerat yang dia boleh.

Ivy tertawa kecil dan menepuk belakang Hansel dengan lembut. “Thank you Hans…” bisiknya sebelum melepaskan pelukan mereka. “Kau patut pergi sekarang. Kenderaan aku akan sampai beberapa minit lagi.”

Hansel hanya memandang wajah Ivy untuk seketika sebelum mengangguk. “Okay. Okay….” kali kedua dia menyebut tanda dia bersedia melepaskan Ivy. “See ya and don’t want to be ya!” katanya cuba berlagak gembira walaupun air matanya masih lagi basah di pipi dan menghilangkan diri di sebalik semak.

Ivy pula hanya melambai kecil. “Goodbye Hansel… Thanks for everything.” Bisiknya sedih. Tiada air mata perlu di tangiskan.

Tidak lama kemudian, kenderaannya tiba di pagar utama dan Ivy menaikinya bersama Diaval di bahunya semula.

Setelah kereta kuda itu bergerak pergi, jauh meninggalkan perkarangan Gracious Academ, Ivy menghayunkan tangannya kearah Diaval. “Turn into a human.”

Diaval berubah dan duduk berhadapan dengan anak jagaannya. “Kau tak takut ke?” Soalnya dan mencapai tangan Ivy yang sejuk. Dia memang takut. Tapi kenapa dia tak tunjukkan pada wajahnya?

“I am… tapi aku bersedia.” Katanya dengan hembusan nafas panjang. “Kau tak perlu risau tentang aku lagi D.”

Dahi Diaval berkerut. Ini bukan Ivy yang aku kenal… ada sesuatu yang tak kena padanya. Matanya kosong, sepertinya tiada lagi semangat yang tinggal dalam diri Ivy. Ini kali pertama aku lihat Ivy seperti ini desis hatinya risau.

Diaval pernah melihat seseorang seperti ini dahulu. Ivy sepertinya seseorang yang telah mengalah, putus segala harapan untuk hidup. Sama seperti seorang yang dia kenal berpuluh tahun yang lalu.

Mata Diaval terbeliak bulat. “Ivy… dimana hati kau sebenarnya?” soalnya melihat anak jagaannya yang memalingkan kepala kepadanya. “Sebelum ni… ia di mana?”

“I locked it away.” Jawabnya membuat Diaval sekali lagi terkejut.

Sebab tu dia masih ada perasaan bertimbang rasa terhadap nasibnya dan bertolak ansur dengan orang Enchanted… kerana hati yang dikunci boleh dibuka bila dia inginkan desis hati Guardian Diaval. Itu bermaksud selama ini dia masih berhati.

“Kau mengunci hati kau lagi?” Soal Diaval sekali lagi hanya mendapat renungan kosong Ivy. “Did you curse it?”

Ivy tersenyum kecil. “Jangan risau Diaval. Kekosongan ni hanya untuk sementara waktu.”

DIa menyumpah hatinya sendiri Desis hati Diaval dengan horror. Sebab tu mata Ivy kelihatan kosong dan tidak merasakan apa-apa kecuali kekosongan di dalam dirinya. Sebab itu dia tidak menangis bila Hansel menangis. Tidak takut bila dia sebenarnya takut. Mindanya katakan apa yang dia patut rasa tapi hatinya tidak dapat merasakan apa-apa langsung. Kerana dia telah menyumpah hatinya yang telah di kunci untuk tidak mengeluarkan sebarang perasaan langsung. Termasuk perasaan benci, keji, dendam dan semua perasaan buruk yang orang Vicious ada.

Sebab tu Ivy seperti ini….

Kerana dia tidak ingin rasa apa-apa bila dia berdepan dengan ibunya. Dia tahu apa yang ibunya akan buat kepadanya dan dia tidak ingin menyimpan dendam terhadap ibunya sendiri.

“Kita akan sampai ke sempadan.” Sahut pengiringnya membuat mereka berdua berpaling kearah tembok berduri yang akan terbuka untuk mereka.

Diaval terus memeluk Ivy dengan erat membuat Ivy sedikit hairan tapi tidak mempersoalkan bila Diaval melepaskannya. “Turn me into a bird.” Arahnya memegang kedua-dua bahu Ivy, mata tepat memandang mata Ivy.

Ivy menghayunkan jarinya kearah Diaval. “Into a Bird” Dia melihat burung gagak itu terbang keluar dari kenderaan mereka dan melepasi tembok tersebut sebaik sahaja ia terbuka. Terbang pergi ke tanah Vicious dahulu sepantas yang mungkin.

Ivy hanya memandang tembok berduri itu terbuka luas untuk kenderaannya masuk tanpa ada sebarang riaksi pada wajahnya. Dia tidak rasa takut, marah, sedih atau gemuruh bila dia semakin dekat dengan pagar berduri itu. Dia hanya rasa kekosongan dalam dirinya.

Ivy menyandar pada kerusi empuk kereta kuda itu dan memejam matanya dengan perlahan. Bersedia untuk bertemu dengan takdirnya. Bersedia untuk lenyap didalam dunia itu.

Bersedia untuk berdepan dengan The Almighty Evil Sorcerers Maleficent.

Sementara itu, di atas bumbung Library; Louis melihat kearah langit gelap yang menyelubungi tanah seberang dengan perasaan sedih. Teringatkan Ivy yang telah pergi dalam hidupnya sekali lagi.

Dalam tangannya ialah patung Kristal Ivy yang dia ambil dari bilik mereka yang terbakar. Mengambilnya sebelum Sprites academy membuang semua barang milik Ivy.

MInda Louis tidak dapat menerima kenyataan yang Ivy telah kembali ke tanah seberang semula. semasa Ivy datang ke Enchanted, Louis ingat mereka akan kembali bersama.

Ia agak susah untuk impian Louis menjadi kenyataan. Tapi hubungan mereka bertambah baik dari masa ke semasa. Pertama kawan rahsia, selepas itu menjadi civil, dan secara rasmi menjadi kawan. Louis ingatkan kalau Enchanted telah menerima Ivy, Louis akan beritahu perasaannya semula kepada Ivy dan akan memutuskan pertunangannya dengan Julliana. Louis tahu dia akan mendapat tentangan besar dari Raja Camelot tapi kalau Enchanted dapat menerima Ivy, dah tentu Ayahnya sendiri akan menerima perempuan yang dia cintai itu.

Tapi…

Malangnya masa yang Louis inginkan impiannya tercapai tidak panjang. ia dah berakhir sebelum Louis perasan dia dah kesuntukan masa. Impian tinggal menjadi angan-angan.

Bunyi petir besar berwarna hijau menyambar di tanah Vicious membuat Putera Raja ini Terkejut sehingga patung Kristal dalam tangannya jatuh pecah di depan kakinya.

Petir berdentum itu sangat kuat hingga satu Enchanted boleh mendengarnya dan ia buat Louis tidak sedap hati. Dia memandang kearah tanah Vicious dan melihat awan gelap itu mula bergelora dan petir sambar menyambar di sana.

Matanya terbeliak bulat. “Ivy….

Hansel yang berada di bumbung asrama Academy, masih risaukan Ivy juga terdengar dentuman kuat yang menyeramkan. Dia segera memandang kearah mana tanah Vicious berada walaupun dia tidak dapat melihatnya dari situ.

Seluruh darahnya menjadi sejuk dan jantungnya berdegup dengan kuat mengetahui siapa yang buat dentuman itu. Hanya seorang sahaja boleh buat dan itu ialah Maleficent.

Muka Hansel menjadi pucat.

Tak mungkin….

IVY!!!!

>End of L.O.V.E<

MUST READ!!!

And that’s the End of L.O.V.E! dan di sambung ke Volume seterusnya F.A.T.E!! Angah takkan biarkan cerita ni habis macam tu je sedangkan masih banyak persoalan tidak terjawab di dalam cerita ni! Angah rancang untuk buat Cerita ni mengikut situasi. ^___^

Lavender of Venus Encounter a.k.a L.O.V.E berfokuskan tentang diri Ivy dan rancangannya untuk memusnahkan Enchanted. dalam perjalanan mencari cara mendapatkan kuasa yang lebih kuat untuk memusnahkan tembok tersebut tapi pada masa yang sama membongkar sedikit rahsia disebalik bayangan Pengetua Merlin juga. You know; the Believers and sumpahan yang Jack katakan~~~

Sekali pasal kisah romance Ivy dengan Louis; Villain becinta dengan Good Prince dan menempuhi pelbagai rintangan--of course benda ni akan ada pada setiap Volume. its a musth!!

Volume kedua pula F.A.T.E a.k.a Fairy’s’ And Tale’s Enchanting L.O.V.E. !!!! dan dari sini kita akan lihat ke mana Idea angah berpanjangan.; Angah rancang kat sini kita kupas rahsia bahagian Enchanted pula… By The Way: thanks to your support angah dapat buat cerita ni dengan perasaan gembira dan sedih pada masa yang sama. *Blowkiss*

Anyhow-way-where-when…. See you in the new Volume F.A.T.E ^____^


*With tragic love and angst*
D-Un’Known

(P/S: I always want to try novel with volumes huhuhuhuhu)

16 comments:

  1. nak tahu jgk ape jadi dgn ivy..mak dia dgn tengkorak hidup tu buat ape dgn dia?
    ape perasaan merlin..bsalah ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "tengkorak hidup" HAHAHAHAHAHA angah gelak pecah perut fikir sape lah tengkorak ni... rupanya Jack Skellington..

      And apa yang mereka nak buat pada Ivy... we'll wait next chapter dalam F.A.T.E (^_~) wait patiently my love <3 *Kisses*

      Delete
  2. Sis, saya pun nak tahu jgk apa jadi dengan Ivy. Anyway, karya sis tak pernah jemu untuk buat saya ternanti-nanti the next story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww.... thanks awak! angah gembira korang sukakan citer angah kali ni... it means all my hardwork paid off.. *cries in spanish*

      haha.. anyways, sebarang spoilers takkan diberikan dalam sebarang komen ni. so, lets us wait and see!

      Delete
  3. Kembar malifiecientFebruary 18, 2016 5:16 pm

    Nak nangis..sob sob siannya ivy

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Bagi kotak tisu y angah beli kat tesco beberapa bab yang lalu*

      I will not responsible for your tears but I'd be glad to wipe it for you (,,9_9,,)

      Delete
  4. hhuhuhu u make me cry...hohoho lagi pass ke tanjung rmbutan ni..gelak...geram...sedih.... cukup pakej dh angah...but pls angah....sambng la cecepat...bcoz all the chapter make my day...hilang smua stress keje...duniawii...i just get in to ivy's world.... hoho
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww.... am glad citer ni menghiburkan hati korang! buat angah semangat nak karang cepat2! but angah dah ada kerja kat duniawi so kena tangguh juga dunia Ivy ni... huhuhuhuhu *Cries in Korean*

      Delete
  5. still rasa x cukup...apa jadi pada ivy...n dark magic ivy warna hitam ?...lu n ivy akan jumpa lagi x nanti ?..n rasa cam morgana tu malifiecient...just teka.Kadang2 rasa org enchanted lbh kejam...damm u make us suffer...tunggu en3 baru cepat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OH! Oh! oh! theory yang bagus pasal Morgana and Maleficent! and enchanted lebih kejam tu pun bagus jugak! BUT.... angah takkan bagi komen apa-apa pasal tu.. hehehehe

      P/S: This is the first time someone 'damn'-ing me in the comment section... HAHAHAHAHAHA

      Delete
  6. tidak... tak sabar nak baca novel fate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just wait okay??? angah takkan janji bila angah akan update sebab hal duniawi dah mula datang menyerang angah Hehehehe... be patient my readerss *kiss kiss*

      Delete
  7. Angah!!! Lmbt lagi k smbngannya? Angah suka sngt buat suspens! *cry*

    ReplyDelete
    Replies
    1. there's not telling hujung minggu ni atau awal minggu depan akan ada n3 baru.. heeeeeee *Bagi tisu kat awak* relaxation depan lappy 24/7 dah berakhir. *Cry too*

      Delete
  8. such a great story. enjoyed reading it. good job writer. hehehe *winkwink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww glad u enjoy my story (^^)/ and thank you for the compliment love!! Harap awak enjoy the continuous story in F.A.T.E too! *wink*wink*wink*

      Delete

Savior of Tales