Fifthteen F.A.T.E

A deadly couple

“Arrrrgggghh!!!!” satu hembusan kasar terlepas dari kerongkong seorang putera raja dengan tangan diangkat keudara. “Isn’t this nice?” Edward berpaling pada Philipe di sebelahnya, juga menikmati hari outing mereka tanpa pengawal diraja sebelum memandang dua lagi putera di belakang mereka.

Dua putera ini tidak seperti Edward dan Philipe, mereka berdua kelihatan tidak teruja langsung ke Bandar Camelot, berjalan-jalan di salah satu Shopping Galery terkenal di kerajaan tersebut.

Xiao Ai tetap dengan buku kecil dalam tangan, ternyata tidak berminat dengan ‘aktiviti outing’ mereka, sementara George hanya diamkan diri, memandang kasutnya yang mungkin lebih menarik dari tarikan disekeliling mereka dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket.

Edward hanya mengeluh. Haiiihlah, kenapa lah dua kawannya ni tak menyeronokkan langsung? Desis hati sedih si putera Charming. Bukan selalu mereka keluar dalam penyamaran seperti itu.

“Dude, aku dengar Galery Ducthman ada restoran dessert baru. Mereka kata dessert kat sana is to die for. Kau pernah dengar tak pasal restoran tu G?” Piliphe berpaling kebelakang, melihat kawannya yang murung itu.

George mengangkat bahu. “Cherr selalu tempah benda manis dekat sana, so it must be true. Memandangkan Cherr tu sweettooth.”

Philipe bunyikan lidahnya mendengar jawapan George. “Boleh tak kau sekurang-kurangnya excited kita keluar dari istana membosankan tu?”

“Actually that’s an academy—”

“Yang dahulunya istana pertama Camelot, istana tetap istana Xiao, and I’m sick of that place.” Rungut Philipe dan kembali memandang kehadapan. “Hey George, asal Raja Arthur buat istana baru hah? Istana lama tu masih elok lagi, kenapa tiba-tiba buat baru?”

George diamkan diri untuk seketika, persoalan itu membawa George ke masa silam yang dia tidak ingin ingat. Perbualan dengan Raja Arthur, satu-satunya perbualan antara anak dan ayah yang tiada kena mengena dengan urusan kerajaan.

“Tempat tu terlalu banyak sejarah gelap. kenangan pahit antara kita semua keluarga dan juga sumpahan Enchanted tu. Morgana mati disebabkan Ayahanda. Dia pergi dengan perasaan benci pada Ayahanda…. Dan ayahanda tak pernah sekali pun perasan yang makcik kamu dalam masalah.”

George masih ingat suara menggeletar ayahandanya, menahan topeng tegasnya dari terjatuh dari wajahnya, menyembunyikan perasaan kesal dalam dirinya pada adik kesayangannya.

“Kesemua kesalahan Ayahanda dibalas pada kamu. That castle… in that precious castle, Ayahanda tidak dapat melindungi kamu dari adik ayahanda sendiri. I just can’t protect the most important things in my life. not even once…. Ayahanda gagal.”

Ayahanda gagal….

Ayahanda gagal….

Raja Arthur gagal…

George menggeleng. “Manalah aku tahu. Mungkin Wizard Merlin mempermainkan Raja Arthur suruh buat istana baru dan ambil istana lama untuk dirinya sendiri.”

Xioa Ai menarik sengih. “Bunyi macam perangai Pengetua Merlin.”

Edward hanya tersenyum, tidak berikan sebarang komen dan kembali memandang ke hadapan. Dan pada masa itu langkah Edward terhenti. Membuat yang lain hairan.

“Ed, kau kenapa?” Soal Philipe melihat kawannya seorang ni seperti baru sahaja nampak sesuatu yang menakutkan kerana dia kelihatan pucat. Jadi dia mengekori kearah mana anak mata Edward melihat, mencari apa yang Edward jumpa diantara luatan orang awam di dalam gallery itu. “Apa kau tengok tu hah?”

Dua putera ini juga mula mencari, apa yang buat Edward terkejut beruk semacam tapi terbatal bila Edward menjerit cuak.

“H-how—I mean, How about we go to that dessert shop?”Bukannya korang nak pergi sangat ke tempat famous tu ke? Kalau fa-famous tentu ramai orang di sana kan? Kita patut pergi cepat sebelum terlambat.” Katanya bergerak kebelakang Xiao Ai dan George dan tolak dua putera itu suruh mereka jalan dengan lebih cepat.

Philipe hanya menggaru kepala tidak faham kenapa Edward tiba-tiba beria sangat nak pergi restoran itu tapi Philipe tidak mempersoalkannya. Hanya mengangkat bahu sebelum mengejar tiga kawannya. Dia juga teruja nak pergi restoran Dessert tu. Sebab tu tak bising dan ikut sahaja dari belakang.

Sementara itu, kedai yang mereka berempat telah lalu, sebuah kedai accesorries yang mempunyai pelanggan emo, serba hitam dan asyik mengutuk design perhiasan kedai tersebut membuat penjual kedai itu pun cuak.

“Euughh…. Seriously, orang Enchanted has no fashion sense at all!” marah Ivy, melontar gelang tangan yang elegent itu kembali pada penjual. “Aku kata design terhebat aku tak maksudkan lebih bling!” Ivy menjeling kearah Jack yang menutup mulutnya menahan ketawa. Dia berdengus dan kembali pandang si penjual. “Kau tahu tak tema gelap dan rock kapak?” Melihat Penjual itu menggeleng buat Ivy menepuk dahinya. “Aiyaiyai…..”

Jack tidak lagi dapat menahan dan tawa kecil terlepas dari celah bibirnya sebelum dia menutup mulut semula. “Sorry…” katanya tapi tak ikhlas langsung. “Hey, kau patut dah jangka Enchanted tiada design macam tu kat sini. Asal kau desak penjual ni pula? Kau tak kasihankan dia ke?” Soalnya mendepakan tangan kearah penjual yang dah pucat membiru, lutut dah menggeletar teruk, tunggu untuk pitam sahaja

“Well, memandangkan kau kata kedai ni menjual barang perhiasan terbaik di Enchanted, dah tentu aku jangka mereka buat design seperti Vicious—mungkin tak sebaik perhiasan di Vicious tapi sekurang-kurangnya ada!” marahnya dan sempat berdesir kearah penjual itu. “Kenapa kau tak cakap awal-awal kat sini tiada design yang aku nak? Kau buang masa aku je.”

“Sweety-pie, aku cakap je Galery ni ada kedai Accessories terbaik Camelot, aku tak ajak kau pun untuk ke sini. Kau yang heret aku.” Usik Jack sambil tolak bahu perempuan itu. cuba letakkan balik kesalahan pada Ivy. “Dan kau tak bagi aku habiskan ayat aku kau dah paksa aku bawa kau ke sini.”

Ivy memeluk tubuh dan alihkan pandangannya dari Jack, tidak ingin mengaku salah walaupun Jack dah tolak bahunya suruh dia mengaku. Dia tepis tangan Jack. “Ah. Kau ni menyapah betul… baik kau beritahu aku pasal—” Ayat Ivy terhenti seketika bila dia jeling penjual di tepi mereka. “pasal benda tu… cepat. Aku ada banyak kerja lagi ni.”

 Jack menarik sengih. Perasan pandangan singkat Ivy tadi. “Sure. Apa kata kita pergi ke tempat yang lebih elok untuk berbincang.”

“Kenapa tak time kita berjalan kembali ke Enchanted?” Soal Ivy sakit hati.

“Sebab aku nak tunjukkan kau tempat yang kau akan suka.” Jawab Jack dan mencapai lengan atas Ivy semula. “Come on now, love.” Ajaknya dan menarik Ivy dengan lebih lembut dari sebelumnya keluar dari kedai tersebut.

Penjual kedai accesorries itu hanya tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua. “C-C-C-Come again—never—please…” katanya dan sebaik sahaja pintu itu tertutup dia jatuh terduduk diatas lantai, kalau roh boleh dilihat dengan mata kasar, orang di luar kedai dah dapat tengok roh si penjual keluar dari jasadnya.

.

.

“Finally giliran kita.” Rungut Philipe sambil menggigit kuku jari ibunya, menahan diri dari menjerit dan tarik perhatian yang tidak dingini.

Setiba sahaja mereka di restoran Dessert yang dipanggil ‘Blanc Chat’, tak sampai dua langkah mereka masuk ke tempat itu, mereka dah bertemu dengan barisan terakhir ke kaunter pesan. Nak tak nak mereka terpaksa berbaris seperti orang biasa kerana mereka taknak membongar identity mereka hanya kerana mereka nak makan benda manis di restoran itu.

Xiao Ai orang pertama wakilkan diri untuk pergi cari tempat duduk kosong untuk mereka duduk sementara mereka bertiga beratur untuk dapatkan manisan untuk mereka. Xiao Ai beritahu dessert apa dia nak dan terus beredar tanpa sempat dengar kawan-kawannya bersuara.

Setelah beberapa minit beratur, George pula teringatkan sesuatu. Sebelum George keluar dari Academy, dia ada bagitahu Charlotte dia nak outing dan adiknya meminta George untuk ambilkan tempahan Charlotte di Gallery Nombaech memandangkan abangnya dah nak keluar.

Dan tinggal Edward dan Philipe sahaja yang berbaris selama 42 minit dan 32 saat dengan pesanan manisan dua kawannya itu dalam ingatan mereka.

“Selamat datang ke Blanc Chat. Boleh kami ambil pesanan anda?” soal pekerja cashier itu dengan senyuman manis, berapron hitam yang matching dengan topi berslogannya.

  “Satu chocolate gold moose, satu kotak sederhana macaroon colloured flavors, Cheese cake… Minuman pula, dua jus manga dan satu jus limau… dia ni pula....” Edward memandang kawannya berbadan sado. “Dude, berhenti flirting dan order.”

Philipe yang mengusyah pekerja cashier itu tersengih-sengih dan kenyit mata pada pekerja itu. “Tiramisu surprise, and banana milk shake.” Katanya dengan nada menggoda membuat pekerja itu tersipu malu.

Edward pula hanya menggeleng. kemana sahaja kami pergi, Tak sah tak mengurat si Philipe ni desis hatinya dan mengetuk meja kaunter untuk kembalikan perempuan angau itu pada dunia reality. “berapa?”

“Hmm? Oh! Yess…” dia masih lagi tak lepaskan pandangannya dari Philipe (Apatah lagi putera ni tunjukkan otot tangannya) dan mengira bayaran untuk pesanan mereka. *tink* “That would be…. 32.40.”

Edward hanya menggeleng dengar suara meluat perempuan itu dan keluarkan sejumlah wang dari dompetnya dan letakkan di atas kaunter. Perempuan itu tersenyum tayang gigi pada Edward untuk seketika, mengambil duit itu dan juga berikan kertas pesanan mereka pada pekerja yang bertanggungjawab sebelum kembalikan baki pada Philipe.

“Thank you my dear.” Sahut Philipe dengan nada maskulinnya dan kenyit mata pada Edward sambil masukkan baki duit itu kedalam kocek seluarnya.

Oh this flirtatious man……

“Here’s your order sir, and hope you enjoy your delicious dessert.” Kata si pekerja perempuan itu berikan setalam makanan pada Edward sebelum mengambil satu tisu untuk menulis alamat rumahnya dan berikan kepada Philipe. “mail me?” soalnya hanya untuk mereka berdua mendengar.

Philipe mengambil tisu itu dengan satu anggukan. “Of course.”

Edward pula memutarkan bola matanya, fed up dengan Philipe yang dah dapat mangsa barunya. “Jom Phil.” Tegurnya supaya Philipe berhenti mengurat dan bagi pelanggan lain pula memesan makanan mereka.

“Coming.” Sahutnya dan mengucup tangan bahagian belakang perempuan itu, mengatakan ucapan selamat tinggal yang manis dan mengejar Edward yang dah bergerak pergi. “Lucky shot again…” bisiknya dengan bangga sambil angkat tisu bertulis itu separas pada wajahnya.

“Kau takkan mail perempuan tu.” Katanya lebih kepada fakta. “Kau tak pernah bosan flirting dengan perempuan ke?” Edward melihat Xiao Ai mengangkat tangannya di hujung bahagian tersembunyi restoran itu dan Edward dongakkan dagu tanda dia lihat dimana meja mereka.

Philipe mengangkat bahu slamber dan masukkan alamat perempuan itu masuk kedalam poket seluarnya. “It’s just for fun, lepas graduate kita takkan dapat berseronok macam ni lagi so, nikmatinya selagi boleh.” Philipe mengambil tempat duduk berdepan dengan Xaoi Ai sebelum menyambung; “Aku pasti Ibunda aku dah calonkan bakal isteri aku di kerajaan aku sekarang ni. So, sebelum aku terikat dengan perempuan yang membosankan pilihan ibunda aku, baik aku berseronok dengan perempuan random kat sini. There’s no harm done.”

“Kecuali keseronakan kau dah melampaui batas…” Xiao Ai menghirup jus limaunya. “and have illegitimate child.”

Philipe yang baru je suap potongan tiramisunya kedalam mulut hampir tercekik sudu sendiri mendengar kawannya yang stoic bercakap benda terlarang itu dengan nada mendatar. “Dude, aku mati tercekik sebelum aku boleh buat macam tu.” Katanya diantara batuk sambil tumbuk dadanya. Mencapai milk shakenya untuk diteguk sampai setengah.

Xiao Ai mengangkat bahu. “Isn’t that a good thing? Permaisuri Merida tak perlu risau anak dia yang bebal ni buat benda yang setaraf dengan panggilannya.”

“Oh hardy-har-har Mister smarty-pants.” Kutuk Philipe, tidak sampai kehati. “Aku tahu aku tak sepandai kau tapi aku tahu perbezaan baik dan buruk. Aku taklah sebodoh tu. And you know that.” Dia memberi amaran dengan garfu dessert diarahkan pada Xiao Ai.

Akhirnya senyuman kecil terukir pada bibir Xiao Ai dan dia letakkan buku itu ketepi. Tangan disipul rapi diatas meja bersama senyuman sengih pada bibirnya. “Hanya peringatan kecil kawanku, baik sediakan payung sebelum hujan.” Xiao Ai perasan kerusi disebelahnya kosong dan menolak kacamatanya naik disebabkan habit. “Mana George?”

Edward ingin beritahu yang kawannya seorang tu sedang mengambik barang untuk adiknya tapi terbatal bila putera yang dikatakan datang dari pandangannya dan melabuhkan punggung di sebelah Xiao Ai; berdepan Edward dengan sembusan lelah.

“Here he is…” usik Edward dengan senyuman nakal dan lihat beg putih kecil dalam tangan George diletakkan di tepi meja. “Is our errand boy did a great job retrieving our young princess goods?”

George berdecit. Nampak sangat tidak ada tenaga nak balas usikan Edward. “Aku terpaksa pergi ke gallery sebelum ni untuk ambil locket tempahan khas adik aku. Dah lah bangunan tu dua batu jauh dari gallery ni.”

“G, kau merapu, Gallery Dutchman dengan Nombaech taklah jauh sangat. Takkan itu pun kau dah penat.” Komen Xiao Ai, merehatkan tangannya pada kepala kerusinya sendiri.

“Aku penat sebab rempuh orang di gallery tu. Baru je kita pergi sana tadi, taklah sesak sangat tapi bila aku pergi balik. Selautan wanita-

“Galeri tu sememangnya khas untuk perempuan sahaja-

“Dan penjual kedai accessories tu pelik semacam.” Potong George, mengendahkan komen obvious Edward. “Dia macam baru nampak hantu, menggeletar satu badan bila dia bagi aku kotak ni.”

“Parkinson?” Soal Xiao Ai dengan kening terjungkit.

“More like trauma really.” George mengangkat bahu tak tahu. “Dia kata dia hampir berikan loket Cherr pada pelanggan menggerunkan tadi tapi mereka dah beredar sebelum dia buat tu. Nasib baik.”

“Menggerunkan?” Philipe pula tertarik dengan perbualan mereka. “Dude, Camelot tiada orang macam tu. Kecuali Ivy the Devil and setahu aku dia tak dibenarkan keluar dari perkarangan Academy tanpa permission.”

“The Devil tidak akan akan keluar dari Academy.” Xiao Ai menambah, seperti dia yakin dengan penyataannya. “Dia tahu Camelot terlalu cerah untuk cita rasanya. Walaupun dia bukan orang Vicious lagi, personality Viciousnya masih melekat.” Kata Xiao Ai dengan nada serious seperti mereka buat satu meeting penting. “It takes centuries to change her taste—” Ayat Xaio Ai terhenti bila Edward yang makan minum jusnya tersedak secara tiba-tiba, menutup mulutnya sambil alihkan kepalanya ke tepi supaya tidak tersembur pada kawannya. “Ed, kau okay?”

Edward mengangguk sambil terbatuk dibelakang tangannya. Matanya kembali melihat jauh disebalik bahu George dan kembali terbatuk bila dia nak bersuara. Rasa gatal dikerongkongnya masih tidak redah.

Philipe pula mentertawakan Edward, mengetuk meja dengan kepala terhumban kebelakang melihat Edward terbatuk-batuk. “Kau patut tengok muka kau tadi!—Oh Heavens, jus air tu keluar dari—haha—hidung—” Dia kembali ketawa dah tak tahan sampai perutnya kejang tidak dapat nak tarik nafas baru.

Xiao Ai dan George turut ketawa tapi lebih mentertawakan Philipe dari Edward. Mereka bertiga tidak perasan Edward yang mengelap mulutnya guna tisu tidak tergelak langsung. Malah dia kelihatan horror. Horror melihat siapa yang melangkah masuk kedalam restoran dessert itu bersama seseorang yang Edward pasti akan menggegarkan emosi George.

Long live Ivy the Devil.

“This line is so bloody long—”

Jack menutup mulut Ivy bila perempuan itu tinggikan suaranya dan pandang sekeliling. Menghembus nafas lega tiada siapa memandang kearah mereka. “Kau tak sah tak boleh menjerit ke?”

Ivy segera menepis tangan Jack dan berikan renungan meluat. “Aku menjerit kalau aku nak. Tell me, what’s great about this place sampai bawa aku ke sini? Tempat ni terlalu banyak orang!” sahutnya dengan nada tinggi buat Jack mengeluh kerana beberapa orang berpaling melihat mereka. “Aku ingatkan kau bawa aku ke tempat yang lebih privasi dan senyap. Kau nak kita berbaris berjam-jam untuk pesan makanan lagi ke?”

Jack kembalikan matanya pada perempuan yang lebih rendah dari dia dan menarik sengih. “My button-nose nak makan benda manis ke?”

“Hell yes.” Jawabnya straight to the point dengan serbuk merah tertabur pada pipinya. “Aku penat diheret dari galeri ke galeri yang berlainan hanya temankan kau ‘cuci mata’. Kau tak beli apa-apa langsung sepanjang ‘date’ kita ni!” sahutnya sakit hati dan memeluk tubuh. “So, buy me a dessert.”

Jack ketawa kecil, tak dapat menahan dirinya dari lihat telatah young villain yang marah seperti budak-budak. “Kalau macam tu…. Follow me.” Dia mencapai lengan Ivy, memegangnya dengan lembut memastikan dia tidak sakiti Ivy dan bawa dia masuk, lalu barisan panjang itu ke kaunter pesanan.

“kau potong laluan.” Ivy bersuara, perasan cara pelanggan yang berbaris untuk megambil pesanan pandang mereka berdua.

“Sebab tu aku ada ini.” Jack mengeluarkan satu kad berwarna biru turquoise, sama warna dengan tema restoran dessert itu dan ada perkataan VIP tercetak besar berwarna emas pada permukaan kad tersebut .

Jack hanya berikan anggukan pada pelanggan yang berada dibarisan hadapan sebelum berpaling ke cashier yang tersenyum mengenali wajah pelanggan tetapnya. “Selamat kembali Jacky, As usual?”

“Millie.” Jack mengangguk dengan wajah tidak dapat dibaca. “Ya, dan tambah Strawberry shorts’ dan jus apple.”

“craving?” Soal cashier itu dengan senyuman nakal sebelum perasan seorang perempuan yang berpakaian gelap seperti Jack. “Ah… finally a date?”

Jack berikan senyuman paksa yang begitu halus. “mind your own business Mil.”

Cashier itu terus mengangkat tangan dan ketawa sepenuh hati, seperti dia tidak terkilan dengan ayat kasar Jack. “Aku akan anggap aku tahu korang akan makan di sini, Wait a minute.” Katanya dan mengira pesanan Jack, sekali menggunakan kad discount Jack sebelum menyediakan pesanan pelanggannya; meletakkannya di atas talam di kaunter itu. “Cash or points?”

“Points.” Jawab Jack mengambil menarik talam itu dan ambil kadnya semula dan beredar pergi dengan Ivy mengekorinya dari belakang.

“Happy birthday Jack!” sahut cashier itu saja mengusik.

“Bugger off Millie!” sahut Jack balik agak kasar dari dia inginkan tapi dia lepaskannya dan bergerak ke meja yang mempunyai tanda ‘reserve’, meletak makanan mereka di atas meja tersebut dan ketepikan tanda kecil itu.

“Duduk.” Lebih kepada satu arahan. Jack juga mengambil tempat duduk dan keluarkan manisan mereka dari talam dan letak talam itu ketepi. Bila Ivy masih berdiri di tepi meja itu, Jack mendongak, melihat Ivy memeluk tubuh dengan kening terjungkit; tertera dia ingin keterangan tentang sketsa di kaunter tadi dan mungkin lebih.

Jack mengeluh. “Just sit down dan aku akan bagitau.” Jack lega bila Ivy akhirnya mengambil keputusan untuk duduk bertentangan di hadapannya dan Jack terus berikan dia potongan kek chocolate dan Ice tea kepadanya.

Ivy memerhatikan manisannya dengan kening yang masih terjungkit sebelum memandang Jack yang dah ambil sesuap dari strawberry short cake itu.

“Apa?” Soal Jack setelah menelan makanannya. “Jangan risau sayang. Aku tak sanggup nak racun kau.”

“Aku tak risaukan pasal tu.” Ivy bersuara dengan cepat. “Macam mana kau tahu aku….” Ivy kembali melihat makanannya dan menggeleng. “Nevermind. Apapun, It’s your birthday?”

Jack mengambil garfu manisan Ivy untuk dia bersihkan dengan tisu, sama seperti dia buat pada garfunya sebelum berikan kepada ahli sihir itu semula. “So what?”

“Sebab tu kau bawa aku ke sini?” Soalnya dengan kening terjungkit, tak tahu samada dia ingin mengusik Jack atau rasa terharu. Melihat Jack juga menjungkit kening seperti menunggu respond sarkastik Ivy, ahli sihir ini terus tukar subjek. It’s his birthday, takkan Ivy nak hancurkan harinya kan? “kenapa kau tak tanya aku nak makan apa dan main pesan je?”

Jack mengangkat bahu sebelum mengambil lagi sepotong kecil dari keknya. “Aku ingat manisan Vicious lain dari Enchanted. So aku recommend manisan yang sedap untuk kau.”

“Tapi ini pesanan biasa kau.” Kata Ivy tunjukkan dua sajian di hadapannya.

Sekali lagi Jack mengangkat bahu. “like I said; recomend manisan sedap dan bagi aku kek dark chocolate dan ice tea mereka paling sedap. Kenapa kau fikir aku selalu pesan benda yang sama setiap kali aku ke sini?” soalnya dengan senyuman halus yang terhibur terukir di hujung bibirnya.

“Wow… mendengar perkataan ‘setiap kali’ tu menjawab persoalan aku berapa kerap kau ke sini sampai dapat meja sendiri dan kad VIP tu.” Dia mengangkat kedua keningnya agak kagum dengan Jack. “Anyway, this better be delicious...”

Jack tidak membalas, hanya melihat Ivy mengambil potongan kecil dari kek coklat itu dan masukkan kedalam mulutnya. Lelaki bermata emas ini tersenyum sengih bila lihat riaksi Ivy, terkejut untuk seketika dan menikmati kelazatan kek tersebut. Sebelum wajahnya kembali tegang.

“Say it…” Jack tidak dapat menahan dirinya dari mengusik ahli sihir itu. wajahnya terlalu priceless untuk diusik.

Ivy kerutkan hidung, tidak suka jack mengganggu konsentrasinya menikmati kek tersebut. Kek yang lazat, taburan dark chocolate pada melt chocolate milk yang menyelaputi kek itu cair sebaik sahaja menyentuh lidahnya dan terlalu; sangat lazat sehingga kelima-lima derianya meletup seperti bunga api merasakan kek tersebut.

Tapi perasaan itu hilang bila Jack bersuara.

“Okay…. Kek ni sedap, so padam senyuman menjengkelkan tu.” Marah Ivy separuh hati sebelum mengambil satu lagi potongan kecil. “Dan berapa lama?”

“Aku tahu tempat ni?” Ivy mengangguk. “Sebaik sahaja ia buka, awal tahun lalu. Aku pesan kek coklat tu dan tak pernah pesan benda lain lagi.”

Ivy hampir terngangah tapi tidak boleh kerana ada makanan dalam mulutnya. “Kau tak pernah bosan ke?”

Jack hanya menggeleng, hebusan kecil terlepas dari celah gigi sambil dia bermain dengan buah strawberry di atas pinggannya. “When you fall in love with it, it’s hard to change your taste buds.”

Ivy hanya mengangguk, setuju dengan ayat Jack tapi hembusan nafas Jack yang kedengaran sedih itu mengacau fikiran Ivy. Dia nak tanya tapi lebih baik tidak.

Ivy juga teringatkan ayat Cashier yang mengenali Jack itu; Millie kata ‘finally a date’. Ia buat Ivy terfikir, Jack tidak pernah bawa sesiapa ke sini ke? Macam mana pula dengan Girlfriend—Ex-girlfriendnya Jill? Mengetahui dia orang pertama Jack bawa dia ke tempat kegemarannya buat Ivy rasa terharu tapi dia segera ketepikan perasaan itu kerana dia tahu ia Cuma taktik santau Jack lagi.

“Oh god this is bad….” Bisik Edward pada diri sendiri melihat Ivy bersama musuh George berada di meja bertentangan arah dari mereka dengan dua meja sebagai penghalang antara mereka berdua.

“Apa yang bad?” Philipe bersuara, terdengar bisikkan kawannya dan ingin lihat kemana Edward sedang perhatikan tapi Edward segera bersuara.

“Nothing.” Dia menggeleng agak laju membuat Xiao Ai menjungkit kening. “Aku ingat assignment aku, understudy teknik mempertahankan diri dengan Instructor Elm. Minggu depan ada pra-ujian untuk teknik tu dan aku tak jumpa partner untuk berlatih lagi.”

“Aku boleh bantu kau.” Philipe mewakilkan diri. “Aku mungkin perlukan teknik korang senior belajar ni. You know, Just for fun.”

Xiao Ai hanya menggeleng. “Aku rasa otak kau tu terlebih teknik berlawan dari ilmu dalam buku.”

Philipe menjeling kearah putera cina yang dingin di hadapannya. “Kita hidup dikerajaan yang berbeza mata sepet. Tempat korang pentingkan Ilmu tapi kerajaan kami sanjungi kekuatan fizikal. Jadi maaf kalau saya selalu kalahkan kau pada setiap latihan fizikal kita dari kecil.”

Xiao Ai menutup bukunya dengan kasar, menjeling pada Philipe disebalik kaca matanya. “Mind your word Phil, akan ada perang saudara antara orang scotish dan orang cina.”

Amaran Xiao Ai membuat Philipe ketawa. Dia tahu Xiao Ai tidak pernah maksudkan kata-katannya walaupun dia kelihatan serius dengan renungan maut itu. “Sure Xiao… apakata kita berperang dengan kerajaan Edward dan George juga?”

“Nope.” George segera menggeleng dengan senyuman nakal. “jangan libatkan aku dengan peperangan rumah tangga korang. Tangan aku dah penuh dari dulu lagi dan jangan korang nak tambah beban aku.”

Edward ketawa kecil, matanya sempat curi pandang kearah Ivy dan Jack dan bersuara; “Oh please, kau the invincible Prince George, takda benda kau tak boleh lakukan—”

“Isn’t that Ivy?”

Leher Edward rasa nak patah bila dia pantas berpaling melihat kawan sado di tepinya, sebelum memandang kearah George dan akhirnya melihat kearah Ivy dan Jack. Dan kembali pada Geroge semula untuk melihat riaksi putera Camelot itu.

Ekspressi wajah George menjadi tegang, senyumannya berubah menjadi garisan lurus sebelum turun menjadi murung, keningnya juga berkerus. Sepasang mata biru cerah itu pula menggelap tanda amaran bahawa kemarahannya ingin bangkit.

Ia untuk seketika sehingga ia kembali kosong, tiada emosi dibentukkan pada wajahnya dan dia kembali makan makanannya dengan senyap.

Ooookay…… Aku menghayal ke? Sebab aku pasti aku tengok wajah marah George tadi desis hati Edward dengan hairan.

“And you said Ivy tidak akan keluar dari Academy….” Philipe menjeling kearah Xiao Ai dengan senyuman nakal. “Nampaknya teori kecil kau salah Xiao.”

Xiao Ai sempat jeling kawannya satu tu sebelum kembali melihat young villain yang sedang berbual dengan bekas pelajar Gracious yang suka buat masalah. “Dan kau kata The Devil perlukan permission untuk keluar dari academy. Mustahil Gracious berikan kebenaran pada The Devil keluar bersama…. Lelaki paling merbahaya di Gracious.”

“Ivy paling merbahaya Xiao-

“Aku kata lelaki.” Putera Cina itu memotong ayat Philipe. “Kalau perempuan dia paling merbahaya.”

“Who knows, mungkin dia menipu? We all know how evil both of them are.” Balas Philipe balik dengan bahu terangkat dan kembali pada dessertnya. “They sure would make a lovely couple.”

Xiao Ai juga kembali pada dessertnya, tidak lagi interested dengan mereka. “You mean, Deadly couple.”

Senyuman nakal terukir pada bibir Philipe mendengar komn Xiao Ai. “So pigs do fly… Putera skema kita buat lawak. I give you 7/10 atas lawak pertama kau.”

Xiao Ai tidak membalas, hanya menjeling kearah Philipe tanda amaran dan kembali membuka bukunya sementara putera sado itu ketawakan dia. Xiao Ai dah masak dengan perangai buruk Philipe, tapi kadang-kadang ia tetap menguji kesabarannya.

“Should we go there-

“There’s no need.” George potong ayat Edward. “Kita tiada hak nak ganggu mereka dan juga bukan tempat kita nak persoalkan mereka berdua.”

Edward mengangguk teragak-agak, tertanya kenapa nada George serious sangat walaupun wajahnya tak tunjukkan apa-apa perasaan. “If you say so.” Edward sempat pandang dua pasangan itu sebelum kembali pada dessertnya.

Dia rasa atmosfera disekelilingnya menebal…. Adakah hanya Edward sahaja yang rasa ketegangan suasana di sekeliling meja makan mereka?

“So you are saying Gretel pernah ke Vicious?” Jack mengangguk. “Mereka berdua sebenarnya kena hantar ke sana tapi Hansel suruh Gretel balik dan dia jalani misi pantau aku sendiri?” Pernafasan Ivy makin berat semakin lama otaknya dapat proses keterangan Jack tentang dua beradik Gingerman itu. garfu dalam tangannya hampir patah dua kalau tidak dia hentak garfu itu di atas meja dengan kuat. Mengendahkan perhatian orang ramai. “What am I? a saint? Savior to their doom?”

“You will kalau kau berpihak kepada mereka dan bantu mereka menyelamatkan Enchanted dari sumpahan Lady Morgana.” Jawab Jack sebelum tersenyum kepada orang yang memandang kearah mereka sebelum menjeling pada Ivy. “And sayang, keep your voice down. Kau nak satu restoran ni tahu ke?”

Ivy memutarkan bola mata. Dia tikam kek coklatnya sebelum disumbat kedalam mulut sendiri. “How about that curse?”

“What curse?”

Lady Morgana’s curse..!” marahnya dengan nada berbisik, sakit hati dengan perangai suka menyakat Jack. Ivy tiada mood nak layan karenah lelaki ni!

“Ah…. That curse…” Jack tersenyum nakal, terlalu shok melihat ekspressi geram Ivy. “Well, Di mana patut aku mula? Ah, Lady Morgana seorang wanita yang disegani dan dihormati di Kerajaan ni. Raja Arthur menyayanginya lebih dari isterinya sendiri dan sama seperti Lady Morgana, percayakan Abangnya boleh menjadi pemerintah yang baik dan merupakan kawan karib Permaisuri Geneviere. Dia juga seorang Healer diraja, menggunakan magicnya untuk menyembuh rakyat-rakyatnya. She’s a gifted person like you actually.”

Ivy menggigit lidahnya, menahan diri dari tersasul menyoal benda yang tidak sepatutnya pada Jack. “So…. Kalau dia ‘sebaik’ itu. tiada masalah dengan Raja Arthur, kenapa dia nak sumpah tanah ni pulak?”

“Tiada siapa tahu kenapa Lady Morgana tiba-tiba korbankan nyawanya untuk sumpah tanah ni—”

“Kau tahu?”

Jack menarik sengih dan simpulkan jari jemarinya diatas meja dengan kemas. Mengangkat kening kirinya pada Ivy menghantar persoalan senyap; ‘kau rasa?’

Ivy kerutkan hidungnya. “kau nak upah ke?—Not a chance.” Jawabnya cepat bila lihat Jack mengangguk.

Jack ketawa kecil. “Okay then, sambung dengan cerita tadi. One day, semasa Permaisuri Geneviere mengandungkan Putera George, semasa majlis menyambut berita gembira Kerajaan Camelot akan mendapat cahaya mata yang pertama… Semasa upacara pemberian hadiah, kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku. Lady Morgana tampil kehadapan sepatutnya memberikan hadiah kepada Raja Arthur dan Permaisuri Geneviere tapi hadiah lain yang dia berikan kepada sepasang suami isteri ini.” Terukir senyuman terhibur pada bibir Jack, melihat Ivy khusyuk mendengar ceritanya. “Dia datang dengan mata merah seperti predator, bernafas dengan berat mengeluarkan asap putih dari rongga hidungnya dan pernafasannya bergema di dewan besar istana itu. Dengan tangan yang menggeletar, kemarahan yang meluap-luap didalam dirinya; Lady Morgana mengangkat kayu saktinya kearah Sepasang Suami isteri ini Dan menyumpah kemusnahan seluruh tanah Enchanted!” Sahutnya dengan mengejut membuat Ivy tersedak minumannya. “That’s the curse.”

Jack mencapai kotak tisu yang terletak di hujung meja itu dan berikannya kepada Ivy yang terbatuk-batuk disebalik tangannya.

Ivy mengambil tisu tersebut, menutup mulutnya sambil menjeling kearah Jack. Kalau jelingannya itu sebuah senjata, dah lama kepala Jack terbelah dua. “Kau—” Terbatuk “—tokok tambah pasal mata merah dan asap keluar dari hidung LadyMorgana tu kan?” Ivy menepuk dada, berusaha menghilangkan rasa gatal dalam paru-parunya.

 “Manalah aku tahu, aku masih kecil lagi time tu. Kalau aku pernah tengok pun mungkin aku dah lupa.” Jawabnya sambil mengangkat bahu slamber.

Oh ya, Jack pernah bekerja di istana Camelot bersama ibunya…. Jadi dia bekerja di sana dari kecil? Dia lahir di dalam istana jugak ke? Desis hati Ivy, persoalan itu berada di hujung lidahnya, tunggu terpelanting keluar sahaja tapi tidak. Ivy tidak ingin soal apa-apa pasal kisah hidup lelaki ni, nanti Jack syak yang Ivy telah kaji pasal masa silamnya.

“Then, bila sumpahan tu akan berlaku?” Soal si ahli sihir.

“Who knows, tanah ni terlalu aman untuk sebarang mala petaka datang menimpah.”

“Kes Losing Heart tu pula?” Ivy rehatkan sikunya atas meja itu, mempersoalkan masalah lagi satu yang terjadi di Camelot. “bukannya ada lagi Villain selain aku ke di tanah ni? Tentu dia ada kena mengena dengan sumpahan Lady Morgana tu kan?”

“Extra charge—”

“Don’t be cheap.” Potong Ivy dengan decitan lidah. “Persoalan aku termasuk dengan pakej date kau ni. Ia berkaitan Lady Morgana dan juga Losing Heart. So, no charge.”

Jack ketawa besar mendengar rungutan Ivy. Ada sahaja cara ahli sihir ini untuk dapatkan apa yang dia nak. “okay baiklah, Mungkin kes losing heart ni dan sumpahan Lady Morgana ada kena mengena..”

“Tapi?” Ivy dapat rasakan Jack akan menyambung ayatnya.

“Tapi… kau rasa makan hati orang akan menjadi punca Enchanted musnah ke?”

“villain tu pernah cuba makan hati Ezra. Dia arahkan Ezra untuk bekukan Enchanted, tentu dia akan buat benda yang sama sekali lagi seperti itu untuk musnahkan Enchanted pula. Dia boleh sumpah hati orang yang terkuat di Enchanted ni.”

“Orang terkuat di tanah ni The Great Wizard Merlin. Tiada ahli sihir boleh sumpah orang tua tu. Dia the Great wizardry. Dia hanya jentik sumpahan tu macam tahi hidung kalau ia melekat pada badannya.” Jack menggeleng dengan senyuman. “orang kedua kuat ialah Permaisuri Elsa… please, dia mungkin boleh disumpah tapi hatinya terlalu mulia, dia sanggup mati berkurung dalam biliknya dari mengambil risiko keluar seperti anaknya Puteri Ezra. Permaisuri Elsa akan contact Merlin sebaik sahaja dia dapat sumpahan tu.”

“Mesti ada orang lain yang lebih kuat dari mereka berdua kan?”

“Ezra orang ketika kuat. Itu secara individual. Tapi kalau kuat dari segi kuasa di tanah ni….. Putera George.”

Nama Louis keluar dari mulut Jack membuat darahnya berhenti mengalir. “L-Louis?”

Jack mengangguk. “Tapi…. Sumpahan tu jenis untuk jangka masa pendek. Sumpah Putera George dan arahkan dia musnahkan kerajaannya sendiri agak mustahil kerana ia makan masa yang lama untuk buat semua tu. Mengarah, penyeludupan, pengkhianatan, peperangan… it may be takes years to destroy this place. So dia keluar dari carta.” Jack menghembus nafas panjang sambil memandang kearah lain sebelum tersenyum sinis kepada Ivy. “Tapi ia takutkan kau mendengar Kekasih gelap kau dalam bahaya kan?”

“Dia bukan kekasih gelap aku—”

“Dah tentu dia bukan.... Putera George bukan boyfriend kau jugak..” Jack rehatkan sikunya diatas meja sebagai tongkap untuk dagunya, dia berikan senyuman sinis ; menayang gigi taringnya  yang menawan itu. dekatkan wajahnya untuk melihat riaksi Ivy dengan jelas pada ayat yang dia akan kata seterusnya; “Dia hanya seorang lelaki yang buat kau tercabar dan juga menaikkan nafsu kau terhadapannya. Dia sekadar untuk memuaskan nafsu kau sahaja, Just to F*ck him up and throw him after you finish with him.”

Senyuman Jack makin lebar melihat Ivy menggenggam erat kedua penumbuknya diatas meja, renungan Ivy juga makin tajam dengan kedua mata hijau itu bercahaya dengan cantik. “Atau aku salah? Kau sebenarnya cintakan dia. Jatuh cinta pada putera raja yang telah bertunang…. Heh, like mother like daughter. Kau nak berakhir seperti ibu kau ke? Dikhianati dan ditinggalkan oleh putera raja yang bongkak.” Mata emas Jack juga bercahaya Cuma kearah terhibur. Mencabar mata hijau Ivy. “So, siapa mempermainkan siapa? Kau atau Putera George?”

“You don’t know me Jack…” Ivy dapat rasakannya, dia dapat rasakan magical core didalam dirinya menggeledak seperti bebola nikel yang telah dipanaskan dengan takat suhu api setinggi 5000 degree. Boleh menghancurkan apa-apa sahaja yang disentuh tapi Ahli sihir ini cuba menahan kepanasan dalam dadanya. Tidak ingin mengalirkan sebarang magic keluar walaupun dia ingin melepaskan kesemua magicnya. Kalau dia buat macam tu dia hanya mencederakan diri sendiri. Tentu itu yang Jack ingin lihat. Ivy terseksa dengan gari yang menyedihkan itu. “You don’t know anything about me… not at all.” Dia berdesir melalui celah giginya.

“Betul ke?” Jack tetap tersenyum. “Let see, Kau hidup dibawah penjagaan ketat ibu kau, tekanan untuk menjadi ahli sihir sejahat ibu kau dari kecil lagi tapi kau tahu kau tidak akan dapat menandingi The Almighty Maleficent kerana kau half-Enchanted. Kau sebenarnya takutkan Tanah Enchanted sebab itu kau ingin tanah ini hancur. Kau takut tanah ini akan ubah kau menjadi seorang pembelot seperti ayah kau. Kau juga takut ditinggalkan bersendirian sebab tu kau masih berbaik dengan Hansel dan Gretel walaupun kau tahu mereka berdua tu dah tikam kau dari belakang banyak kali. You Ivy the Devil… afraid. Takut pada diri kau sendiri sebab kau tak tahu siapa diri kau sebanarnya. Ivy the Devil? Heh, kau tahu itu bukan nama kau sebenarnya. Itu hanya satu penyamaran.” Jack berhenti seketika untuk melihat Wajah terkejut Ivy seperti dia sebiji bawang yang dikupas dengan perlahan. “There’s more about you Ivy… tapi yang paling kau takuti ialah membuat pilihan. Kau tahu kau kena buat pilihan. Choose Evil or Good? Is it your mother or your beloved Prince? Banggakan ibu kau yang telah tidak percayakan kau lagi atau Putera Raja yang akan suatu hari nanti tinggalkan kau untuk kahwin dengna tunangnya? Kau cintakan Louis. Tapi kau teragak-agak untuk mencintainya dengan sepenuh perasaan kerana kalau kau buat macam tu kau dah tidak boleh hancurkan Enchanted. Kau menjadi seperti ayah kau. Itu yang kau takutkan. Takut menjadi seperti talam dua muka itu. Takut mati.”

“George. Dude,sudu kau dah nak patah tu.” Teugt Philipe, agak takut melihat riak wajah George, dia kelihatan seperti nak bunuh lelaki yang berada jauh di seberang restoran itu. “Asal kau berang sangat dengan dorang dua tu?”

“Can’t you see?” Soal Edward sekilas pandang Philipe sebelum pandang Jack dan Ivy semula. “Jack mengugut Ivy, This is not just a normal date.” Katanya risau. “George, kau taknak masuk campur ke?”

“We can’t.” Balas George dengan nada rendah tapi merbahaya. “Kita tak boleh bongkarkan identity kita pada mereka.”

“Asal tak boleh pulak? Jack tu dah habis belajar, dia tak boleh lapor kita keluar senyap-senyap dan Ivy tentu beterima kasih kat kita sebab selamatkan dia.” Kata Philipe sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sebab Jack akan jadi Pengajar Gracious Academy.” Ayat Xiao Ai menarik perhatian Edward dan Philipe, memulas kepala mereka kepada putera cina itu, tidak percayakan dia langsung.

Edward kembali memandang George. “Kau tahu pasal ni?”

“Wizard Merlin beritahu aku semalam.” Kata putera Camelot ini dengan pahit.

“Macam mana kau tahu semua ni?” Soal Ivy menahan suaranya, hanya berbisik, sepertimana dia tahan perasaannya meletup dan buat kecoh didalam restoran itu.

“Untuk jawapan tu… aku perlukan ciuman aku.” Jack tersenyum sinis melihat ekspresi Ivy makin gelap.

“F*ck you—”

“Aku tak maksudkan di bibir. Pipi pun boleh.” Katanya mendekatkan wajahnya pada Ivy dan sentuh pipinya. “Just a small peck right here, honey.”

Ivy mengetap bibirnya. Tidak.. dia tidak boleh terjebak dengan permainan Jack walaupun dia ingin tahu macam mana Jack boleh tahu tentang dirinya yang dia sendiri tidak pernah beritahu sesiapa termasuk Diaval. Mengetahui kelemahan Ivy, mengetahui ketakutan Ivy, mengetahui rahsia yang Ahli sihir ini sembunyikan dari semua orang dalam dunia itu. Even Jack Skellington tidak tahu apa yang Ivy takutkan tapi lelaki ini cakap seperti dia mengetahui Ivy dari dalam hingga luar.

Its just a kiss on a cheek. Mindanya menjerit, meyakinkan ahli sihir itu untuk lakukannya. Ia tak salah, hanya di pipi. Ivy selalu berikan kucupan di pipi pada orang lain. Ibunya, Diaval, Hansel, Jack Skellington dan Sally, Louis…. Tapi itu masa dia kecil…. Takpa untuk sekali ni je. Hanya sekali dan dia boleh balas dendam pada Jack nanti, tumbuk mukanya, robek tisu pipinya atau bakar satu badannya supaya Ivy tak perlu lihat sisa-sisa Jack yang menjengkelkan.

Ivy berdengus dan dekatkan dirinya pada pipi Jack, mengalah dan berikan kucupan kecil dengan bibir yang diketap.

Belum sempat Ivy ingin tarik diri, Jack bersuara. “I have a better information, love. Kekasih gelap kau berada di hujung meja bertentangan dengan kita.” Bisiknya dekat pada telinga Ivy. “—Jangan toleh ketepi. Kau nak Louis tahu kau tahu dia di sini ke? Selepas kau cium aku?”

Mata Ivy membesar melihat senyuman sinis Jack. Dia rancang semua ni!! Oh this Arsehole—

PACK!!

“Ouucchh….” Xiao Ai berkerut melihat drama antara Jack dan Ivy sementara Philipe dan Edward memegang pipi masing-masing, seperti mereka dapat rasakan kepedisan dari tumbukan ahli sihir itu. Melihat darah mengalir dari celah bibir Jack dah jelas mengatakan betapa kuatnya buku lima Ivy.

George pula tak beri respon, dia terlalu terkejut melihat Ivy tumbuk lelaki itu. Scratch that stupid peck… setelah diugut, dia berani berikan tumbukan padu pula dan bergegas pergi dengan muka berang, dan menggerunkan.

Empat putera ini kembali melihat Jack yang bersendirian di mejanya. Mengambil sehelai tisu untuk mengelap darah dari bibirnya yang koyak, dan ketawa pahit. Mungkin terhibur dan rasa sakit dari tumbukan itu pada masa yang sama.

Setelah itu Jack mengangkat pandangannya kearah empat putera itu. membuat mereka kaku dalam tempat duduk mereka. Empat lelaki dalam penyamaran ini bertambah cuak bila Jack datang mendekati mereka, dan berdiri di tepi meja. “Evening Boys.” Katanya dengan nada mendatar. “Lets make a deal. Korang rahsiakan pertemuan aku dengan Ivy, aku akan rahsiakan sneak out korang tanpa bodyguard selama ini. Macam mana?”

“Kau tak boleh ugut kami.” Bantah Edward, memberikan jelingan panasnya pada Jack. “Tiada siapa akan percayakan orang macam kau.

Tapi Jack hanya tersenyum sinis. “Teserah pada kamu.” Pandangan Jack bertukar pada lelaki dihadapan Edward. “Putera George.”

George hanya menjeling kearah Jack, mengangguk tanda dia menyapanya dan melihat lelaki itu bergerak pergi dari mereka, keluar dari restoran itu.

“George? Should we?” Soal Putera Cina itu, melihat wajah tegang George.

“Terpaksa. Ini hari, kita kena berpura-pura kita tidak pernah jumpa mereka berdua di sini atau lihat apa yang mereka buat. Faham?”

Tigak putera ini saling berpandangan sebelum mengangguk, mengikut arahan.

George hanya mengetap bibir, mengunyah tisu dalam pipinya cuba menahan rasa geramnya terhadap lelaki durjana itu.

Ikutkan hati pada saat dia lihat Ivy bersama Jack, George lantas ke sebearang dan menarik Ivy jauh dari lelaki merbahaya itu. melihat Ivy kena ugut dan terpaksa berikan ciuman di pipinya hampir buat George meletup. Melepaskan kemarahannya bermula pada meja makan mereka, mengangkatnya dan lontar ke arah Jack, selepas itu belasah lelaki itu sampai dia puas hati.

Dia nak buat semua tu. Salur darahnya nak putus kerana menahan kemarahannya, dia hampir bergerak kearah mereka untuk terkam Jack tapi dia tahan.

George terpaksa tahan untuk menyimpan rahsia hubungan antara mereka berdua, rahsia identity mereka berempat dan maruahnya sebagai seorang Putera Camelot, bakal pemerintah tanah Enchanted.

Betapa George bencikan gelarannya.. bertambah benci dari sebelum ini….

.


.

Sementara Jack yang keluar dari restoran itu, menyentuh pipinya dengansebuah senyuman kemenangan. Teringatkan ayat terakhir Ivy selepas dia menumbuk Jack.

Aku hampir ingatkan kau ni lelaki baik yang orang salah faham tapi tak. You are just like I think you are. A son of a b*tch.

Jack mengambil ayat tu sebagai satu kemenangan untuk misinya pada kali ini. “Happy birthday to me.”
>X<



(A/N: That Jack is pain in the neck (—_—) Anyhow, babak Jack beritahu tentang Hansel dan Gretel pergi ke Vicious tu pasti mengejutkan korang—like, suddenly Gretel pergi ke sana tanpa penjelasan like that… hehehe, Please go back to the first F.A.T.E sebab angah dah buat pengubahsuaian kat situ. Menceritakan kenapa Gretel pergi ke Vicious jugak tapi tak bersama Hansel sepanjang 10 tahun tu. yeah…. See you in the next chapter! *Huglessssss*) 

Comments

  1. angah xfhm....kiranya angah dh ubah criter kat chapter L.O.V.E ke atau next chapter? huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah ada tambah sketsa Hansel&Gretel kat bab First F.A.T.E je. Kiranya menambah characteristic and menerangkan jalan hidup dua beradik tu. huhuhuhuhu

      Menerangkan bagaimana H&G boleh masuk sweet house nenek sihir sedangkan nenek sihir tu dah dipenjarakan di Vicious dari akhirnya zaman gelap lagi. hehe thats all ^_^

      Delete

Post a Comment

Popular Posts