fourteenth F.A.T.E
The Haven Floor
Ivy
sakit hati.
Kenapa?
Sebab sejarah berulang sekali lagi.
Ivy
pasti, malah yakin setelah kejadian mengutuk Pengetua Merlin didepan semua
pelajar Academy dah buat mereka bencikan atau sekurang-kurangnya tidak lagi
menghantar surat peminat dan hadiah manisan kepadanya!!!
The F*ck is This?!! Jerit hati Ivy melihat Lockernya penuh dengan surat peminat dan
hadiah dari pelbagai bentuk. Maksud Ivy pelbagai bentuk ialah ada hadiah yang
tidak muat di dalam Lockernya sendiri dan diletakkan dihadapan locker. Nota
cinta di tampal pada pintu locker. beberapa jambak bunga berbaris di tepi
lockernya dan telah menghalang laluan untuk pelajar lain membuka locker mereka
sendiri.
“This
is expected to happen.”
Ivy
tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam hidupnya, membelakangkan diri dari
suara lelaki yang bercakap di sisinya. Tindakan refle Ivy memberi amaran kepada
dia untuk jauhkan diri dari lelaki berambut perang bermata emas itu.
“Apa
kau buat kat sini?” Soal Ivy, memandang Jack dari atas hingga bawah,
pemakaiannya serba gelap itu hampir sama dengan pemakaiannya sendiri dan Ivy
tak boleh tak memuji cara pakaiannya memeluk badan Jack dengan begitu sempurna.
Hampir sempurna.
Tak
boleh bagi pujian pada lelaki ni. Kang dia fikir Ivy sukakan dia. That’s the
last thing Ivy nak lelaki tu fikir tentangnya.
Jack
menarik sengih dan mencabut nota cinta yang terlekat pada pintu locker Ivy.
“Dear Ivy the Angel? Wow….. sekarang kau jadi hero pelajar Gracious sebab
insiden upacara pembukaan tahun baru Gracious academy tu, dan juga selamatkan
Puteri Ezra.”
“Apa?
Give me that.” Dia mendekati Jack semula dan rampas kad itu, membacanya dengan
mata sendiri sebelum berdecis. “Macam mana semua ni boleh berlaku?”
“Oh
I don’t know, mungkin sebab kau selamatkan satu Academy ni dari Eternal winter?
Kau membuktikan pada mereka yang kau tidak jahat? Dan mendapat balik
kepercayaan orang Enchanted? Mungkin tak semuanya tapi kau faham kan?”
Ivy
menjeling kearah lelaki yang sekepala tinggi darinya. Dia sedang buat lawak ke?
Sebab Ivy tak ketawa langsung, malah meluat dengan Jack. “itu mustahil.”
Jack
tersenyum nakal, gigi taring sempurna itu tertayang. “Kau tak baca nota tu
sampai habis ke? Tertulis, You are my Hero dan I lo—”
“Jangan habiskannya.” Potong Ivy dengan tangan
diangkat ke muka Jack. “Aku taknak dengar ayat tu keluar dari mulut kau—”
“Like
I love you?” Jack tetap menyebutnya saja mencabar kesabaran Ivy.
Ivy
berikan dagger starenya pada Jack dan menghembus nafas berat secara perlahan,
nafasnya yang menggeletar sudah membuktikan kesabaran Ivy sudah tipis. Ayat Jack mengingatkan dia pada malam dia
dan Louis Menari bersama. Ini buat Ivy fikir Jack juga tahu tentang itu
tapi Ivy taknak persoalkan lelaki menjengkelkan ini. Tentu Jack akan minta
habuan untuk persoalan itu. “Just tell me, apa kau buat kat sini? Dan apa kau
nak dari aku, Jack?”
“Oh…
nada suara kau yang merdu tu buat dadaku rasa sakit.” Jack menyentuh dadanya
seperti dia terluka tapi senyuman nakal tetap tertampal. “tapi sakit yang baik.
How I like to hear that feisty side of your’s. Lebih sesuai dari ahli sihir yang
kuat mengalah dengan orang lain.” Pujinya dan mencapai untuk sentuh dagu Ivy.
Tapi
Ivy menepis tangan itu dengan jijik. “Jawab soalan aku Jack.”
“Tengok?
Muka kau bersinar bila kau marah-marah macam ni. Kau pernah macam ni dekat
boyfriend kau ke? Dah tentu tidak, kau terlalu soft depan dia—
“Louis
bukan boyfriend aku—
“Oh
really?” Soalnya membuat Ivy menyesal sebut ayat itu, kerana senyuman Jack
makin lebar dari sebelumnya. “Aku rasa aku menang loteri ni hari.”
“Apa
kau nak dari aku!” kali ini Ivy tidak kawal suaranya, endahkan pelajar lain
yang toleh memandang mereka.
Jack
memutarkan bola matanya dengna gelengan. “Isn’t it obvious, honey? Ini hari
hari jumaat.”
“So?”
Ivy terus ingatkan perjanjian mereka beberapa hari lalu di perpustakaan dan
berdengus. “Awal pagi macam ni?”
Jack
ketawa, gelak yang sememang alunan melody yang merdu di telinga wanita. “Tak,
nanti lepas kelas—”
“Jack?”
Ayat
Jack tertangguh dan memandang kebelakang Ivy, membuat Ahli sihir ini juga
berpaling kearah mana suara itu datang.
Tidak
jauh dari mereka, Hansel berdiri dengan ekspressi wajah terkejut melihat mereka
berdua bersama, tidak sempat Ivy ingin bersuara, Jack mengalahkan dia.
“Welp,
aku pergi dulu.” Jack memetik jarinya menghasilkan percikan bunga api merah dan
membakar semua hadiah-hadiah yang berlonggok didepan dan dalam locker Ivy.
Mengenyit mata kearah ahli sihir itu dan berkata; “Thank me later on our date
baby.” Sebelum beredar pergi dengan slamber, kedua tangan dimasukkan kedalam
poket dan sempat mendapat tumpuan pelajar perempuan di laluan itu.
Ivy
memandang Jack dengan muka tak percaya. Adakah lelaki tu gunakan magic hitamnya
didepan semua orang? Dengan slambernya mendedahkan diri yang dia boleh
menggunakan magic depan pelajar di laluan itu?
Dan
dia berani panggil Ivy dengan panggilan manja. Oh, the nerve of that guy…. Panggilannya buat Ivy geli geleman!
Tipu kalau Ivy tak kata dia tak termakan panggilan manja itu tapi dia dah kenal
magic pukau yang Jack guna setiap kali lelaki itu bersamanya. Walaupun Ivy
terpukau, termakan kata-kata manisnya, Ivy tahu macam mana nak lawan pukauan
itu. ini buat Ivy tambah bencikan lelaki ni.
“Apa
lelaki tu nak dari kau?” Suara Hansel menarik perhatian Ivy dan berputar
kebelakang. Wajah Hansel tagang seperti dia sedang berjaga-jaga memandang tepat
kearah mana Jack pergi. Atau mode protective-daddy dah rasuk Hansel lagi. Oh
dan jangan lupa lollipop dalam mulut Hansel tu.
Ivy
menarik gula-gila itu keluar dari mulut Hanse, sempat berikan renungan
amarannya sebelum dia mengangkat bahu sambil lidah buat bunyi pelik dengan
giginya. “Nak impiannya jadikan hidup aku umpama neraka menjadi reality.”
Hansel
tunduk melihat kawannya dan merampas lollipop itu semula dari tangan Ivy
sebelum masukkan kedalam mulutnya. “He’s into you?”
Ivy
kecilkan matanya pada Hansel. Amaran senyap tentang manisan dalam mulut Hansel
tapi tidak bersuara tentangnya. “Yes. Yes he does.” Jawab Ivy tanpa bantahan,
tapi nadanya mendatar tanda dia tak senang sangat dengan fakta itu.
“Aku
ingatkan dia dah graduate tahun lalu.” Hansel bersuara menarik perhatian Ivy.
“Apa?
Dia tua dua tahun dari kita ke?”
Hansel
mengangguk. “Tiga tahun Actually, dia lambat masuk first year macam kau—Tapi
apa dia buat kat sini? Setahu aku ceremony graduation student diadahkan pada
pertengahan musim bunga ni. Dia tak sepatutnya berada di sini.”
Ivy
menjungkit kening tinggi sebelum memandang kearah mana Jack menghilang. “Apa
lagi niat dia ke sini? Untuk ganggu ketenteraman hidup aku.”
“Dan
kau biarkan dia kacau kau?” Soal Hansel lagi, kelihatan risau. “Aku tengok
macam mana cara dia depan kau Ivy. Dia straight to the point flirting with you
dan aku tahu ini bukan urusan aku tapi kau tak rasa ke dia akan naik cemburu lihat musuhnya mengusyah aweknya?”
Ivy
alihkan anak matanya ke Hansel, kening terjungkit sedikit. “Dia?”
Hansel
memandang keatas sambil menggeleng. Ivy
ni lambat pick up! Jadi dia dekatkan bibirnya di sebelah telinga Ivy. “Putera George….”
“Oh…”
Bisik Ivy dengan senyap sebelum matanya membesar dan putar kepalanya untuk
lihat Hansel. “Oh damn…”
“Sekarang
kau risau?” soal Hansel dengan muka tak percaya. “Dah berapa lama dia kacau
kau?”
“Dari
Sem lalu lagi.” Jawab Ivy tapi mindanya memikir tentang Louis. Memikirkan
kemungkinan Louis akan ternampak Jack bersamanya sepanjang hari ini. Mustahil
Louis takkan nampak mereka kan? Kalau Ivy berhati-hati mungkin dia boleh
elakkan diri dari ternampak oleh Louis. Hmm…..
“Dan
kau biarkan dia kacau kau sampai sekarang?”
Ivy
menjeling kearah Hansel. “Kau nak aku jawab persoalan kau yang sama tu berapa
kali hah? Dan kau jangan nak ganggu aku, I’m thinking here.”
Hansel
menarik sengih melihat Ivy mengusap dagunya, berfikir dengan serious dan
bersuara; “Kau risaukan boyfriend kau ke?”
Ivy
mengeluh nafas berat pada perkataan ‘B’ itu. “He’s not my boyfriend. Kau tahu
aku tak suka relationship macam tu. Ia membebankan.”
Ini
buat senyuman Hansel hilang. “Apa? Kenapa—Oh…” Hansel teringat yang Putera
George sudah bertunang jadi mengaku hubungan ‘boyfriend/girlfriend’ adalah
sesuatu yang mustahil bagi dorang. So,
gelaran mereka patut dapat ialah ‘secret lovers’ tapi memandangkan Ivy seorang
Villian, ia jatuh ke ‘Forbidden lovers’ desis hati Hansel melihat Ivy
menggigit kukunya sambil memikirkan sesuatu.
Hansel
menggigit batang lolipopnya, tak suka lihat wajah risau Ivy. Ini buat Hansel
bergaduh dengan dirinya sendiri samada ingin membantu Ivy atau tidak. Mindanya
kata dia tak patut masuk campur sebab itu masalah Ivy sendiri dan Hansel
bencikan Putera bongkak itu. melihat putera itu terseksa adalah mimpi jadi
kenyataan bagi Hansel tapi hatinya mengatakan sebaliknya. Hatinya menjerit;
‘You swear to protect her! Tolong dia bila dia dalam kesusahan walau perkara
kecil ataupun besar. Kau tahu kau kena tolong dia jugak.’
Hansel
merungut dalam diam. Tentu ada
penyesalan di masa depan kelak; “Aku boleh alihkan tumpuan Putera George
kalau kau nak.”
Ivy
kembali pandang kawannya dengan wajah terkejut. Matanya besar menunjukkan mata
hijau itu dengan perlahan begerlipan dan sebuah senyuman gembira terukir pada
bibir Ivy. “Really? Kau akan buat macam tu untuk aku—I mean kau tak sukakan
dia.”
Hansel
mengangkat bahu, tapi mukanya tunjukkan dia sebenarnya terpaksa. “sekurang-kurangnya
ini yang aku boleh buat setelah apa kau dah lakukan untuk aku di Vicious.
Bukannya aku mati kalau bercakap dengan dia.”
Dan
pada saat itu Hansel melihat senyuman terindah Ivy sebelum perempuan itu
melompat kearah Hansel dan peluk lehernya dengan erat. “Thank you! Thank you,
thank you! Thank you!! I love you for this!”
Hansel
ketawa dan melepaskan pelukan Ivy dari lehernya dengan lembut. “Jangan nak
gembira sangat lah, aku buat ni sekali je tau. Pastikan mamat Jack tu tak kacau
kau lagi kalau tak aku belasah Jack dengan Putera George tu sekali. Faham?”
“Yes
sir, Daddy Sir!” salute Ivy dengan senyuman gembira, menayangka barisan gigi
putih dan mata yang bersinar.
Daddy? Oh minah ni…. Hansel terus meramas rambut Ivy saja rosakkan sanggul rambutnya
membuat Ahli sihir itu menjerit dan tolak tangannya dengan kasar. Hansel ketawa
besar melihat rambut Ivy dengan muka merah menahan marah.
“You
are such a jerk Hans!” marah ahli sihir ini dan membuka ikatan sanggulnya,
biarkan rambutnya jatuh terhurai seperti air terjun. “Kau tak tahu berapa lama
aku hias rambut aku ni! Aku bangun awal untuk sanggul ni je tau!”
Hansel
ketawa lebih kuat dari sebelumnya, menarik perhatian pelajar di sekeliling
mereka, berbisik tentang dua bekas Vicious itu sedang buat bising di laluan
Wing B itu. Ia buat mereka ingin perhatikan mereka, teringin untuk lihat
bagaimana telatah orang Vicious tapi mereka terlalu takutkan dua bekas Vicious
ini untuk berhenti dan tenung. Jadi mereka beredar segera setelah beberapa saat
melihat mereka.
Bukannya
dua bekas Vicious ni perasan pun yang mereka sedang diperhatikan kerana bising
sangat.
Ivy
menjelir lidah kearah Hansel sebelum kembali pada Lockernya. Mengeluarkan
sehelai kertas yang mengandungi jadual barunya untuk semester itu. “Dah aku nak
ke kelas. Kau berjanji nak distract George kan?” Soal Ivy setelah mengambil
senaskah buku teks philosophy dan masukkan kedalam beg sandangnya.
Hansel
mengangguk. “Have fun in class?”
Ivy
tersenyum paksa dan menggeleng. “Aku tak rasa aku akan berseronok kali ni.”
“Why?
Setahu aku benda magical macam ni kegemaran kau.”
Ivy
tak membalas soalan Hansel dan hanya kerutkan hidung sebelum bergerak pergi ke
Wing A, turun dari tangga berdekatan di Wing B itu ke tingkat bawah dan ambil
jalan pintas melalui taman mini Academy. “Control your sweettooth!” itu pula
yang Ivy katakana pada Hansel.
“Working
on it!” balasnya hanya di mulut dan lihat ahli sihir itu hilang di pintu tangga
Wing B itu dan bergerak menuju ke Wing C.
Masa untuk jalankan tugas
aku desis hatinya, tiba di Cafeteria dan matanya
berlegar mencari seorang lelaki yang dia pasti aka nada di tempat itu pada
waktu-waktu seperti ini.
Dia
lihat seorang lelaki berambut perang gelap sedang duduk diatas meja bersama rakan-rakannya
yang lain—termasuk bersama musuh lama Hansel. Oh great…. Aku tak jangka dia juga ada di sini desis hati Hansel
dengan keluhan. Ikutkan hati dia abaikan misinya tapi dia dah berjanji untuk
tolong Ivy dan Hansel tahu betapa sensetivenya Ivy bila ada orang mungkir janji
padanya.
Nak
tak nak dia bergerak mendekati meja itu dan membuang batang lollipop dalam
mulutnya, mereka yang berada di meja tersebut berhenti berbual bila Hansel
datang mendekati mereka dan berbisik sesame sendiri dengan senyuman nakal
terpapar pada wajah mereka.
Salah
seorang dari mereka, Putera Philipe bersuara dengan senyuman nakal terpapar
pada wajahnya, rehatkan sikunya atas meja makan sambil tangannya tersimpul.
Ototnya yang agak sasa kelihatan disebalik baju lengan panjangnya berwarna
hijau forest.
“Look
who we have here? Ginger-boy, kau datang sini untuk balas dendam ke?” soalnya
dengan nada sinis. “Belajar sesuatu dari Vicious untuk kalahkan kami?”
Renungan
Hansel menggelap, tangannya di sisi menjadi penumbuk dan digenggam erat
sehingga ia menggeletar. Dia memandang mereka satu persatu. Putera Philipe yang
berbadan besar itu tetap menjengkelkan dengan mulut kurang ajarnya, dia mungkin
tingkatkan ototnya tapi mungkin otaknya tetap bebal seperti dulu. Manakala
Putera Xiao Ai hanya diamkan diri dengan kaca mata kecil di antara hidungnya,
tumpukan perhatian pada buku dalam tangan, dia ada angkat pandangannya untuk
lihat Hansel, Putera cina tu tetap pendiam dan tegang. Dua rakan Putera George
yang dikenali sebagai the brains and the brawn. Serta digabungkan dengan kuasa
besar Putera George, mereka bertiga adalah Royal descrendents yang sukar
dijatuhkan. Semua orang takutkan dan hormati mereka bertiga ini. Tiada siapa
boleh membantah arahan mereka, sama dengan melawan cakap mereka.
It’s a good thing mereka
tiga ni tidak salah gunakan kuasa mereka…. Kecuali Putera Philipe yang nakal
sikit desis hati Hansel dengan nada suram. Philipe
boleh ditahan oleh Xioa Ai bila dia dah keterlaluan. That good enough.
Putera Philipe
Putera Xiao Ai
Dan
seorang lagi. Putera Edward, dia tidak memberi sebarang effect kepada power
trio ini. Dia lebih suka menyendiri dan hanya bergaul dengan mereka kerana dia
bakal abang ipar Putera George. Lagipun, Putera Edward mengetahui kisah silam
gelap Putera George dari dua kawannya.
Hansel
lembutkan renungannya dari mereka tapi ia tetap tajam. “Jangan harap. Patik tiada masa untuk layan Tuanku bertiga.” Jawabnya dengan nada
dingin membuat Putera George itu tersenyum nipis, Hansel tak tahu apa maksudnya
tu tapi Putera Bongkak itu kelihatan menyesal mengukirkan senyuman itu dan
alihkan pandangannya dari Hansel.
“Then,
kenapa kau ke sini?” Soal Putera Xiao Ai dengan nada lunak selembut sutera,
walaupun wajahnya sentiasa serious, tangan di dagu itu membuat dia kelihatan
lebih kacak. Apatah lagi dengan kaca mata yang melindungi mata sepetnya.
“Putera
Edward.” Hansel memanggil nama Putera Charming itu lebih kepada menjawab
persoalan si Putera cina. “Pengetua Merlin ingin jumpa Tuanku.” Katanya membuat
Putera charming itu memandang putera raja Camelot.
Pasal the Believers…. Mata mereka berbicara dan kedua kawan ini mengangguk.
“Oh
sekarang kau jadi messenger?” Soal Philipe sengetkan kepalanya, mencabar
Hansel. “Kalau betul, tolong sampaikan salam aku kat adik kau. I’m sure Gretel
gembira dengar nama aku—”
“Shut
it Phil.” Putera Xiao Ai bersuara, matanya tertumpu pada bukunya. “Jangan nak
timbulkan kekecohan di cafeteria.”
Putera
George pula rehatkan kepala ditangannya dan siku sebagai tongkat di atas meja.
Dia tersenyum nakal dan muncungkan bibir pada tukang masak yang bertugas di
cafeteria pada hari itu. “Dia akan masak kau hidup-hidup kalau masakannya jadi
Food Fight.”
Philipe
menelan air liur melihat tukang masak gemuk lagi besar dan menggerunkan itu
sedang mengedarkan makanan dengan muka garangnya. Tukang masak itu ialah
pekerja cafeteria yang mereka semua takutkan. Perempuan itu jenis yang sangat
tegas bila ia pasal masakannya. Pelajar mesti puji masakannya walaupun tak
sedap, kena hormati masakannya dan makan dengan betul dan tidak meninggalkan
sebarang sisa dalam pinggan mereka dan tukang masak itu paling pantang bila
makanannya dijadikan permainan.
Pernah
sekali dalam sejarah cafeteria seorang budak kena lontar masuk tong sampah
kerana tercakap kutukannya tentang masakannya itu. selepas itu tiada siapa
berani komen makanan tukang masak gemuk sehingga sekarang.
“Whatever.”
Putera Philipe alihkan pandangannya dari pemasak itu.
“Aku
pergi dulu.” Putera Edward bangun dari meja makan mereka dan menepuk bahu
Hansel dengan lembut. “Jom.”
Hansel
mengangguk dan mereka keluar seiringan dari Cafeteria itu dan naik ke tingkat
dua, menuju ke jambatan academy.
“Kau
ada batu transportation tu?”
Hansel
menggeleng, bahunya kembali relaks bila dia berjauhan dari mereka dan
tersenyum. “Sorry Patik tipu.”
Langkah
Edward terhenti. “Jadi kenapa kau panggil aku?-And stop with the formalities.”
Hansel
hanya menggeleng dengan senyuman nipis. “It’s about Ivy dan Putera George.”
Edward
mengeluh, Dia tak tahu samada Hansel berformal dengan semua rakan dirajanya
kerana menghormati mereka atau berpunca dari kisah silamnya yang buruk bersama
power trio royal descrendents itu membuat dia taknak rapatkan dirinya dengan
mereka.
“Ini
pasal Sumpahan Enchanted tu ke?” Soal Edward dengan nada berbisik, hanya mereka
sahaja mendengarnya.
“Tak.
Ini pasal kebaikan Ivy.” Jawabnya dengan jujur. “Tuanku kena jauhkan Putera
George dari Ivy sepanjang hari ni.”
“Why?”
“Lengan
dia luka remember? Dan dia perlu recorver dengan tenang and you know apa akan
jadi bila Ivy dan Putera George bertemu?” Okay, adalah Hansel tipu sikit.
Edward
mengangguk. “Ya, Aku dengar pasal kecederaan Ivy. Doktor kata lengannya kena
banyak rehat, so… kenapa kena jauhkan mereka?”
“Ivy
is in a bad mood. Dia marah sebab tangannya cedera dan disebabkan itu dia tak
boleh buat banyak benda. Kerjanya di perpustakaan dua kali ganda lebih susah
kerana dia tak boleh paksa pergelangan tangannya sangat. So, dia mungkin akan
belasah Putera George cukup-cukup kalau Putera George berani kacau dia.”
Edward
menelan air liur mendengar ahli sihir muda itu bad mood, Edward kenal Ivy
seorang perempuan yang agak panas baran dan sekarang dia Bad mood? Tak dapat
dia bayangkan apa Ivy akan buat pada Putera George kalau putera Camelot itu
datang mengganggunya.
Bayangan
Edward membawa dia melihat Ivy melontarkan satu tumbukan padu tepat pada muka
membuat Edward terkesima. “That’s scary.”
Hansel
tersenyum dalam senyap. “Kita tak boleh buat mereka berdua bergaduh lagi. So,
you’ll do it?”
Edward
mengangguk. “Sure, tapi macam mana?”
“I
don’t know. Bawa dia lepak di loby asrama, pergi ke ladang kuda atau korang
pergi bermain pedang. I don’t really care, yang penting Putera George tiada
masa untuk jumpa Ivy.”
Edward
menggaru kepalanya sebelum mengeluh. “Baiklah. Beta akan cuba cari cara untuk
alihkan perhatiannya.”
“Thank
you your highness.” Hansel tunduk sedikit tanda terima kasih dan lihat Edward
berputar, kembali ke cafeteria setelah tersenyum signal ‘sama-sama’ dan tepuk
bahu Hansel.
Bekas Vicious ini akhirnya tersenyum nakal
bila Putera itu jauh dari penglihatan. Oh
seronoknya bila ada pangkat tinggi dalam The Believers….desis hatinya
dengan riang, mengeluar satu lagi batang lollipop dan masukkan kedalam mulutnya
sebelum berjalan bertentangan arah dari Putera Edward dan tangan dalam poket. Putera raja pun boleh akur dengan aku~~~
Edward kembali ke cafeteria dan duduk
bertentangan dengan Putera George.
Putera
raja Camelot itu perasan wajah serius kawannya membuat dia menjungkit kening
dan mengangkat dagu, soal kenapa dengan dia.
“Korang
nak keluar ke Shopping Galery petang ni?” Soalnya menarik perhatian Philipe
dari makanannya.
“Dude,
I’m in.” jawab lelaki berbadan sasa itu sambil angkat tangan sebelum memandang
Xiao Ai yang membaca buku.
Putera
Cina ini rasa pandangan Philipe menebuk lubang pada dahinya dan mengeluh.
“sure. Aku tak kesah.” Jawabnya tanpa mata terlepas dari buku dalam tangan.
Philipe
dan Edward memandang kearah Putera Camelot itu pula, menunggu jawapan dari
putera itu.
George
menggeleng. “No—”
“Ingat
perjanjian kita sebelum majlis pembukaan sekolah? Pergi Shopping Galery. I take
no for an answer.” Potong Edward. Berterima kasih dalam diam kerana Edward ada
buat perjanjian itu dengan George.
George
menarik sengih sebelum menghembus nafas mengalah. “Okay. Aku join sekali.”
“Yes!”
Philipe menarik penumbuknya dengan gembira. “Dah lama aku tak keluar ke Kota
Camelot. This is going to be Epic!”
.
.
“Cik Devil, kamu tahu apa itu Equavalent
Exchange?”
Panggilan
pada namanya menarik perhatian Ivy semula dan merungut dalam diam. Ini sebab dia tak suka masuk kelas
Philosophy…. Bukan sebab subjek yang membosankan. Lecturer kelas
Astronomynya pada semester lalu yang mengejar Ivy salah satu subjek
kegemarannya… lagi.
Ladies
and Gentlemen, memperkenalkan professor terpendek tapi tergarang dan juga ingin
hidup Ivy umpama neraka; Professor Hawkthorn, lelaki setinggi 146cm,
berkacamata besar dihadapan muka tegasnya yang telah berkerut kerana telah
dimakan usia.
Professor
yang suka soal banyak benda pada Ivy tentang subjek pelajaran itu. dan hanya
Ivy. Literally, pelajar lain tak pernah kena soal. Tak pernah walau sekali.
“Ia
bermaksud; untuk menghasilkan sesuatu benda, benda yang mempunyai kandungan
yang sama perlu dikorbankan.” Jawabnya dengan nada mendatar. Dia dah baca bab
pertama philosophy semester lalu di Library Academy atas perasaan ingin tahu.
Nasib baik dia masih ingat, kalau tak tentu dia memperbodohkan dirinya sendiri.
“Care
to explain?”
Ivy
memutarkan bola matanya. Professor Hawkthorn ni bangang atau sememangnya tak
suka tengok Ivy duduk dengan tenang didalam setiap kelasnya?
Jadi
Ivy bangun dari tempat duduknya, bersedia untuk menerangkan maksud Equavalent
Exchange kepada semua rakan sekelasnya. “Ia terbahagi kepada dua; Iaitu The Law
of Conservation of Mass dan The Law of Natural Providence……”
Dan
penyeksaan hidup Ivy selama dua jam didalam kelas Philosophy telah berakhir dan
Ivy dah boleh menghembus nafas lega, seleganya kerana pada hari jumaat itu dia
hanya ada satu kelas sahaja. Jadi dia boleh menikmati harinya di perpustakaan
sepanjang hari!—Yes, Ivy dah mula sukakan tempat itu, bukan sebab dia dah jadi
seperti Puan Camelia, menyayangi dan sanjungi buku-buku dalam perpustakaan
tersebut tapi dia ada tugas yang penting dia kena buat di sana. Dia kena buat
penyelidikan tentang rahsia-rahsia Enchanted yang tersembunyi di belakangnya.
Ivy
kena cari tahu kenapa Hansel dan Gretel sanggup berahsia dengan Ivy tentang
sumpahan Lady Morgana keatas Tanah berhati mulia itu. Ye lah, Ivy kan dah kira
bukan orang Vicious lagi—walaupun Ivy benci kenyataan itu, dan Hansel
sepatutnya beritahu dia tentang sumpahan tersebut. Atau sekurang-kurangnya kes
‘losing heart’.
Kenapa
mereka nak sembunyikannya dari Ivy? Hansel tak percayakan Ivy ke? Come on,
Hansel dah anggap Ivy sebagai kawan terapat dia didalam dunia ni dan lagipun
Hansel banyak berhutang budi pada Ivy. Berani dia sembunyikan kes tu dari Ivy?
Setelah apa Ivy buat padanya?
Ahli
sihir ini menggeleng secara mental. Dia tak sepatutnya rasa terkilan dengan
perangai Hansel, lelaki tu dah tipu dia dari dulu lagi. Datang ke Vicious untuk
pantau Ivy. The sly man really starting to crawl under her skin!
Kalau
Hansel tak nak beritahu… fine. Ivy akan carinya sendiri. There’s nothing a witch like Ivy the Devil can’t do.
Ivy
tersenyum bangga sambil mengangguk, membenarkan penyataan itu.
“Good
afternoon Puan Camelia…” Ivy sapa perempuan yang pertengahan usia itu dengan
senyuman itu tertampal pada wajahnya.
Puan
Camelia mengangkat matanya dari chop buku perpustakaan dan lihat Ivy sandarkan
tangannya pada meja kaunternya dengan senyuman. Kedua keningnya ternaik. “Kamu
kelihatan gembira—kamu tak perlu murungkan diri.” Tegur Penjaga perpustakaan
itu bila senyuman Ivy hilang. Perempuan tertengahan tahun itu tersenyum kecil.
“Saya rasa kamu dah tak perlu datang ke perpustakaan lagi, Cik Ivy.”
Ivy
menjungkit kening. “Sebab tangan saya?”
Puan
Camelia menggeleng. “pesalah yang cuba mencuri kayu sakti Royal Fairies telah
tertangkap dua hari lalu. So, hukuman kamu telah ditarik balik dan saya ada
perpustakawan untuk bantu saya mengemas semua buku-buku ni.”
“Siapa
si pencuri itu?”
“Some
graduation student. Jangan risau, dia juga kena hukum oleh The Great Wizard
Merlin.”
Ivy
tambah murung, kerana sedih. “So that’s mean saya dah tidak dialu-alukan ke
sini lagi?”
Ini
buat penjaga perpustakaan Academy itu ketawa kecil. “Dah tentu kamu boleh
datang ke sini sesuka hati kamu Cik Ivy. Apapun, apa kamu buat kat sini?”
Bibir
Ivy kembali terangkat, sebuah senyuman kecil. Setelah menghabiskan masa dengan
Puan camellia selama 4 bulan lebih pada semester lalu, Ivy dapati yang Puan
Camelia seorang yang baik hati, dia dah mula melembut kepada Ivy. Tidak lagi
dingin, Tersenyum dan Tanya khabar ahli sihir itu dan juga berbual dengan Ivy
sekali sekala.
“Saya
tengah buat research tentang sejarah Enchanted.” Jawab Ivy dan rehatkan dagunya
pada kedua tangan. “Puan Camelia ada recommended book untuk saya rujuk?”
“Assignment?”
Ivy
menggeleng. “Memandangkan saya dah tinggal di tanah ni, saya fikir mengetahui
sejarah tempat ni ialah permulaan yang baik untuk mulakan hidup baru.”
Ayat
Ivy membuat Penjaga perpustakaan itu menyentuh dadanya dan senyuman terharu
tertampal pada wajahnya. Mungkin kerana dia gembira mendengar Ivy mengaku
dirinya sebagai orang Enchanted. “Oh well….” Dia agak tak terkata-kata. “Saya
rasa kamu patut ke tingkat empat perpustakaan. Disana semua sejarah Enchanted
tersimpan dengan rapi.”
Ivy
kembali berdiri tegak, agak tertarik dengan ayat Puan Camelia. “Tingkat 4?”
soal ahli sihir ini. “Saya ingat perpustakaan ini hanya ada tiga tingkat
sahaja.”
“Cik
Ivy, Bangunan utama Academy mempunyai 5 tingkat seperti Wing A. Tak mustahil
dua tingkat di atas juga merupakan perpustakaan Academy.”
“Tapi
saya ingatkan ia hanya bilik kosong dan—”
“Tak.”
Potong Puan Camelia dengan senyuman lembut. “Tingkat Empat tidak semua pelajar
boleh pergi ke sana, tidak tanpa kebenaran saya. Di sana tempat buku-buku
terpenting disimpan, buku tersebut sangat penting untuk Enchanted dan kena
dijaga dengan penuh berhati-hati.”
“Tapi
kenapa Puan benarkan saya naik ke atas?”
“BUkankah
kamu ingin mengetahui sejarah Enchanted?” Soalnya dengan nada mengusik dan
melihat wajah buntu Ivy, Puan camellia ketawa kecil dan keluarkan satu kunci
dari poketnya. “This is the key to the fouth floor library ni. Saya amanahkan
kunci ini pada kamu Cik Ivy, saya harap kamu akan jaga buku-buku itu dengan
teliti. Sebab ia sangat penting dan agak usang. Saya harap kamu takkan cuai dan
hilangkan mana-mana buku dalam bilik tu.” Katanya dengan nada serious dan
hulurkan kunci itu pada Ivy.
Ivy
hanya lihat kunci bersalutkan silver itu, mempunyai ukiran yang sangat cantik
dan juga antic tapi tidak berkarat langsung. Seperti Puan Camelia menjaganya
dengna begitu baik. “Puan percayakan saya?”
“Dah
tentu saya percayakan kamu.” Jawabnya membuat Ivy pandang dia semula. “Kamu
jaga buku di tingkat ini dengan begitu baik. Tentu kamu boleh buat yang sama
pada buku tingkat di atas.”
Ivy
tidak membalas, hanya mengambil kunci itu dari tangan Puan Camelia dengan
perlahan. Dia masih terpegun kerana perempuan pertengahan umur itu telah
mempercayai Ivy.
“SAya
akan kembalikannya petang ni.”
Puan
Camelia tertawa kecil dengan gelengan kecil membuat Ivy sengetkan kepala. “Cik
Ivy, saya tak rasa kamu boleh baca semua sejarah Enchanted dalam masa sehari.
Kecuali kamu ada magic kamu untuk membantu tapi itupun makan masa
sekurang-kurangnya seminggu.” Jawabnya membuat Ivy terngangah. “Apa kata kamu
pegang kunci itu sampai kamu selesai buat research kamu dengan syarat, setiap
hari jumpa saya dan beritahu saya bila kamu masuk dan keluar dari tingkat itu.
okay?”
Oh wow…. Puan Camelia mempercayai Ivy lebih dari apa yang Ivy jangkakan. Ivy
mengangguk. “Okay!” sahutnya dengan gembira, terharu yang puan yang dahulunya
menjengkelkan telah menerima Ivy. “Saya pergi dahulu Puan Camelia.”
Puan
Camelia mengangguk dengan senyuman dan lihat ahli sihir itu berlalu pergi,
menuju ke tangga yang terdapat di hujung perpustakaan itu. Penjaga Perpustakaan
ini mengeluh kecil dengan gelengan, tersenyum kecil kerana Ivy mengingatkan
dirinya dahulu muda yang teruja dalam menerokai buku dalam perpustakaan itu.
mungkin niat ivy lain tapi ia berkaitan.
Puan
Camelia betulkan kaca matanya dan kembali membuat kerja, mengecop buku-buku
yang dipulangkan oleh pelajar Academy. Tidak lama sebelum dia mengeluh kecil.
Harap Wizard Merlin tahu
apa dia buat ni….
Ivy
tiba di tingkat empat Bangunan utama Enchanted itu, melihat dua besar pintu
berdiri megah dihadapannya, mungkin dua kali ganda besar dari pintu biasa.
Bersama dua statue lelaki yang lengkap dengan baju perisai dan lembing di
tangan mereka dan ia diperbuat dari Emas.
Di
hadapan pintu itu pula terdapat satu lagi patung emas, ia berukiran singa
berkepala dua. Duduk di atas kotak emasnya sambil memandang tepat ke pintu
tersebut.
Ivy
menelan air liur, merasakan seram sejuk merangkak di tulang belakangnya melihat
tiga patung emas yang besar itu. Ivy mempunyai firasat yang tiga patung itu
bukan perhiasan biasa di depan pintu tersebut. Ia guardian…. Jika firasat Ivy tak salah, patung ini akan hidup
jika ada penceroboh datang ke tingkat itu.
Sekali
lagi dia menelan air liur, membayangkan lembing itu tertusuk pada perutnya atau
singa berkepala dua itu membaham badannya dan rip her to two pieces.
Meremang
bulu roma Ivy membayangkan badanya terbahagi dua. Dia alihkan perhatiannya pada
pintu tingkat empat itu semula sebelum kunci didalam tangannya.
Patut ke dia masuk?
Ivy
tahu dia tak patut hiraukan tiga patung itu tapi kalaulah mereka tiba-tiba
hidup, Ivy tiada magic untuk pertahankan dirinya. Kemungkinan dia akan mati
dengan begitu menyedihkan ialah 89%. And that’s a slim chance to survive.
Sekali lagi; Patut ke dia
masuk?
Oh lantak lah… aku ambil 11% tu desis hati Ivy
dan masukkan kunci itu pada lubang di bawah tombol pintu. Dia sempat toleh dua
patung di sebelahnya dan menarik nafas dalam, menyediakan dirinya sebelum
memutar kunci itu dengan mata tertutup erat. Bunyi ‘click’ pada pintu itu bergema
di ruang tersebut.
Ahli
sihir ini membuka mata sebelahnya dan pandang patung sebelah kiri. Tidak
bergerak. Sebelah kanan? Sama juga.
Dia
menghembus nafas lega tapi melompat terkejut bila pintu perpustakaan tingkat
tersebut terbuka dengan sendirinya, memberi keizinan kepada Ivy untuk masuk.
That’s….
creepy….
Ivy
masukkan kepalanya dahulu, memandang ke kiri dan ke kanan, memastikan samada
ada orang di tingkat itu atau tidak.
“Anybody
here?” Soalnya masih inginkan kepastian. Dia sebenarnya takut tapi dia takkan
mengaku yang dia gementar untuk masuk ke dalam.
Setelah
memastikan tiada siapa didalam perpustakaan itu—obviously, Ivy masuk ke dalam
selepas menarik nafas dalam dan beberapa kata-kata semangat.
Matanya
mula meliar melihat setiap sudut perpustakaan yang besar itu. Ivy tak tipu bila
dia kata dia kagum melihat bentuk reka tingkat 4 Perpustakaan itu. Ia mempunyai
warna tema putih emas, royalty dan elegent seperti perpustakaan academy di
bawah tapi yang ini kelihatan lebih simple. Tidak banyak rekaan pada setiap rak
buku kerana kesemua rak-rak tersebut melekat pada dinding dan mencecah siling!
Kesemuanya! Pada setiap rak buku pasti ada tangga untuk mencapai buku yang
setinggi langit itu.
Bukan
itu sahaja, Perpustakaan tersebut ada dua tingkat seperti perpustakaan di
tingkat bawah! Ia lebih kecil dari perpustakaan biasa mungkin disebabkan rak
buku melekat pada dinding dan semua rak itu dirapatkan dan mencecah siling tapi
hulamak! Dua tingkat dinding yang dipenuhi hanya dengan buku mencecah langit?
“Puan
Camelia tak tipu bila dia kata aku perlukan lebih sehari untuk mengkaji sejarah
Enchanted. This place is ginormous!” suara Ivy bergema didalam perpustakaan
peribadi itu dan segera menutup mulut.
Oh
wait…. Tiada orang di dalam tempat tu selain dia.
Ini
buat Ivy tersenyum nakal dengan Idea gila muncul didalam kepala otaknya.
“Aahh!”
dia menjerit ke udara dan pasang telinga, mendengar suaranya terpantul pada
setipa dinding dan siling perpustakaan, menggandakan suaranya mengikut barisan
sebelum ia lenyap.
Ivy
teringin nak menjerit di perpustakaan! Puan Camelia akan marah dia buat macam
ni, termasuk sekolah di Vicious, semua perpustakaan mempunyai peraturan ‘no
noise’ walau suara sehalus bernafas pun tidak dibenarkan. Tapi memandangkan
perpustakaan itu miliknya seorang, dia boleh buat apa sahaja dia nak.
Menjerit,
ketawa, bercakap, menyanyi dan Berlari.
Dia
buat kesemua keterangan di atas.
Menjerit
dengan girang sebelum berlari anak ke rak buku berdekatan, memanjat tangga rak
buku itu dengna nada nyanyian gembira yang sangat sumbung (Hey! Tiada siapa didalam perpustakaan tu, so suka hati dia la nak menyanyi ikut not atau tidak)
Menyanyi
sambil mencari buku yang dia inginkan, teruja melihat buku yang dia ingin kan
dan kumpulkannya di atas satu meja yang tersedia di perpustakaan itu sebelum
mencari buku lain lagi ditingkat atas, mengumpul setiap buku yang ada kena
mengena dengan sejarah Enchanted dan sumpahan Losing Heart pada setiap rak,
setiap tingkat dan setiap section dengan teliti. Dia taknak mana-mana buku
didalam perpustakaan itu terlepas pandang.
Setelah
puas mencari buku yang dia inginkan—memastikan juga tangannya tidak terbeban,
Ivy bercekak pinggang puas melihat empat longgokan buku bak gunung Furious di
penjuru meja kerjanya. “Hmm!” dia mengangguk dan mencapai salah satu buku
tersebut sebelum melabuhkan punggung dan mula membacanya.
Matanya
lancar membaca setiap baris pada setiap muka surat dalam buku itu. membacanya
dengan pantas dan juga teliti sama seperti degupan jantungnya yang berdegup
cepat, teruja untuk menerokai tanah berhati mulia itu.
Bukan
itu sahaja yang buat dia seronok, dia dapat membaca tanpa sesiapa
mengganggunya. Merungkai misteri adalah kegemaran kedua Ivy selepas Mempelajari
magic. Kenapa dia suka misteri? Kerana ia menyeronokkan, seperti teka-teki
didalam puisi mantera. Jika tidak memahami maksud tersirat mantera itu, magic
tidak akan berlaku.
Sama
seperti sebuah misteri. ia kena diterokai untuk menemukan hasil yang berbaloi,
kalau tidak, misteri itu akan kekal menjadi persoalan tanpa jawapan.
Tergantung.
Dan
kadang-kala, dalam membuat penyelidikan, Ivy mungkin terserempak dengan mantera
baru, atau mantera lama—kuno yang mungkin akan berguna untuknya. Selalunya
mantera dahulu kala sangat berkuasa dari mantera buatan sendiri. Dia mungkin
boleh guna penemuan itu untuk kelebihannya bila dia berpeluang.
Ivy
berada di perpustakaan itu agak lama. Sekurang-kurangnya 2 jam lebih, membuat
bising dengan kentakan kaki atau mulutnya berkumat-kamit membaca perenggan yang
dia tak seberapa faham, membaca secara berulang kali sehingga ayat itu dapat
diproses dalam otaknya.
Perkataan
‘Aaaah’, ‘Ooh’, ‘hmmm’. Dan ‘macam itu rupanya’ sentiasa terselit keluar dari celah
bibir nipisnya tanpa dia sedari; tabiat Ivy bila dia jumpa sesuatu yang menarik
didalam buku bacaannya.
Kalau
dalam perpustakaan biasa tentu Ivy kena tegur, tapi perpustakaan itu untuk
dirinya sendiri jadi dia boleh buat apa sahaja dia nak, ikut suka hatinya tanpa
ada sesiapa menegur atau toleh kepala untuk melihat dia.
She is at peace.
Perpustakaan
peribadi itu umpama safe haven untuknya.
Dia
tidak pernah rasa setenang dan keseorangan seperti berada di perpustakaan
peribadi itu. Kali terakhir dia bersendirian semasa dia di Vicious, sebelum
huru-hara dalam hidupnya terjadi. Ivy akan selalu pergi ke mana sahaja dia
inginkan seorang diri tanpa ada sesiapa mengekorinya dan tak risaukan apa-apa
yang akan berlaku pada masa hadapannya. Tanpa ada orang ingin mengawal ahli
sihir ini, mengintip, mengejar dan ingin membunuh Ivy the Devil.
Jadi,
dia tipu dirinya untuk sementara waktu ini, bahawa tiada siapa inginkan
nyawanya, tiada siapa merancang untuk mempergunakannya ataupun masa depannya
yang mungkin tidak akan wujud. Dia tipu dirinya sendiri untuk mempercayai yang
dunia meninggalkan dia bersendirian, tidak menghiraukan kewujudan ahli sihir
itu.
Kedua
kakinya tersimpul diatas meja, relakskan diri di kerusi berkusyen itu sambil
jari bermain dengan hujung kertas buku bacaannya. Tenggelam dalam bacaannya
bersama cahaya dari tingkap memberi pertolongan untuk dia membaca dengan jelas.
Bunyi
burung berkicauan dari luar tingkap itu juga menenangkan keadaan, Ivy membuka
tingkap perpustakaan yang berdekatan untuk membenarkan Ivy merasakan angin bayu
dari dunia Luar dan suara-suara merdu alam. Cahaya matahari bersembunyi
disebalik tirai biru, bermain dengan angin dan menari didalam kesunyian yang
tenang.
Ivy
tak tahu berapa lama dia didalam perpustakaan itu, dia terlalu menikmati
saatnya sehingga dia hilang jejak masa. Tapi melihat 4 buah buku yang telah
habis di baca, Ivy jangka dia dah agak lama di tempat itu.
Dia
menutup buku dalam tangannya, tanda dia telah habis baca buku tersebut dan
letakkan bersama empat buku yang lain sebelum dia mengeluh kecil.
“Tiada
penemuan dalam buku ni jugak.” Bisiknya pada diri sendiri dan melihat longgokan
buku yang belum di baca, kali ini dia membaca judul di tepi buku-buku itu untuk
memendekkan masa pencariannya, judul buku yang mungkin ada kena mengena dengan
malapetaka Enchanted. Ini kerana dia tiada masa untuk baca secara random pada
buku yang dia telah pilih.
Dia
memilih buku berjudul ‘The Great Kings of Camelot’. Mungkin sumpahan Lady
Morgana ada tertulis di dalam buku itu atau punca kenapa dia sumpah tanah
kelahirannya sendiri.
Ivy
boleh je baca semua buku yang bergunung itu sepanjang hari tapi dia mempunyai
satu masalah kecil.
Kesabaran.
Dia
mempunyai sifat yang tidak pandai sabar.
“Tiada
clue langsung dalam buku ni—”
“Itu
sebab kau tak baca sampai habis.”
Ivy
hampir terjatuh dari kerusinya bila muka yang tidak diingini muncul disebalik
bukunya bersama senyuman yang menjengkelkan. Nasib baik dia ada tindakan reflex
yang baik dan segera berpaut pada meja sebelum dia jatuh kebelakang.
Dia
terus bangun dari tempat duduknya sebagai langkah berjaga-jaga. “Jack?!”
Lelaki
berambut perang bermata emas itu kembali berdiri tegak, dengan kedua tangan
dimasukkan kedalam poket. “Surprise seeing me here, cupcake?”
“Of
course aku terkejut! Apa kau buat kat sini? Macam mana kau boleh masuk ke
sini?”
Jack
tuding ibu jarinya kebelakang, menunjukkan pintu masuk ke perpustakaan itu.
“tak terkunci dan aku ke sini untuk cari kau.”
“Macam
mana kau tahu—”
“Puan
Cam.” Jawab Jack dengan nada mendatar, kedengaran seperti dia piss off dengan
Ivy. Dan cara dia capai lengan Ivy dengan kasar membuktikan dia berang dengan
ahli sihir itu. “Kau cuba larikan diri dari aku ke?”
“A-Apa?”
Dahi Ivy berkerut, tidak faham kenapa dengan lelaki ini. “Kenapa aku nak
larikan diri dari kau—ow…” Ivy
merintih merasakan genggaman erat lelaki itu menyakiti lengannya. “Jack….
Lepaskan aku.”
Ivy
takkan jangka yang Jack akan lepaskan tangannya. Apatah lagi melepaskannya
secepat itu, seperti dia risaukan kecederaan pada tangannya.
Dia
kembali memandang Jack yang menunjukkan riaksi wajah seperti dia dalam masalah.
Atau bersalah? Dia tak tahu, dia tak pernah lihat Jack buat muka selain wajah
sinis dan sarkastiknya.
Tapi
ekspressi wajah itu berubah menjadi renungan maut yang menakutkan, apatah lagi
dengan mata emas yang tajam itu. “Aku kata kau cuba larikan diri dari aku ke?
Are you forget about our little bargain?”
Entah
kenapa, Ivy juga naik marah dengan nada kasar lelaki jahanam itu dan
melawannya; “Aku? Melarikan diri?” Dia ketawa sinis. “Hah! Kau ingat aku akan
melarikan diri dari lelaki macam kau? Jangan buat aku ketawa.” Ivy menggeleng
dengan senyuman mengutuk. “Anyway, memandangkan kau dah ada kat sini, apa kata
kita habiskan masa berdua kita di sini sahaja. Aku ada kerja nak buat kat
sini.”
“Like
what?” Jack menarik sengih, dan mencapai buku yang ada di tangan Ivy, membaca
judul buku itu. “Heh, kau nak bongkar sendiri sumpahan-sumpahan Enchanted ke?
Kau tahu kau takkan dapat informasi yang kau nak dengan cara ni?” Dia letakkan
buku itu ketepi. “Even if you do, ia makan berbulan, kau ada kesabaran ke untuk
tu ke baby-poo?”
Cara
Jack berkata-kata membuat darah Ivy naik. Dia sedang menguji Ivy ke? Atau dia
sedang pandang rendah pada kebolehan Ivy? Pada diri Ivy?
Ahli
sihir ini memeluk tubuh sambil angkat dagunya keudara, tidak ingin mengalah
dengan kutukan dan usikan lelaki di hadapannya. “Aku tak kesah berapa lama aku
kena cari, sooner or later I will have the information I want.”
“Kau
ada aku untuk beritahu kau semua.” Jawab Jack dengan senyuman 1001 makna.
“Dan
aku kena bayar kau untuk informasi tu. Aku mungkin jenis yang kurang sabar tapi
aku tak desperate sampai sanggup korban maruah aku untuk informasi seperti
ini.”
“Oh….
Jadi ahli sihir Vicious ini masih ada maruah?” Jack sengitkan kepalanya,
mencabar Ivy. “How cute. Then, kalau kau taknak jual maruah kau kat aku kenapa
tolak kepercayaan kau kat bestfriend kau
tu.”
Ivy
kecilkan matanya pada Jack, menyembunyikan perasaan murungnya bila teringatkan
Hansel yang dia anggap sebagai kawan rupanya selama ini pengintip Ivy. “Kalau
kau tahu semuanya, tentu kau tahu kenapa aku tak Tanya dia.”
“Sebab
kau takut mereka semua akan tinggalkan kau keseorangan di tanah musuh.” Kata
Jack, menjawab ‘kenapa’ Ivy sanggup dapatkan informasi dari lelaki yang dia tak
percaya langsung dari lelaki yang dia kenal separuh hayat dalam hidupnya.
Jawapan
Jack membuat darah Ivy membeku. Jack tahu
segalanya….dia lebih merbahaya dari apa yang ivy jangkakan. Ivy yang telah
memandang rendah pada lelaki yang terpesong ini.
“Macam
mana kau tahu semua ni?” soal Ivy dengan renungan makin merbahaya. “semua
tentang aku?”
“Ah.”
Jack mengangkat jari telunjuknya, tidak gentar dengan nada Ivy. “Itu informasi
yang tiada ada kena mengena dengan date kita. Aku mungkin akan minta bayaran
lebih.”
Ivy
memutar bola matanya, tertanya kenapa Ivy tak terkejut bila Jack minta bayaran
untuk satu persoalan itu. “Apa bayaran tu?”
Jack
tersenyum nakal. “Memandangkan ia soalan yang tidak berkaitan dengan Enchanted,
aku kurangkan bayaran aku. Ke Bandar bersama aku.”
Apa?
Ivy tak salah dengar ke? Jack mengajak Ivy keluar ke Bandar Camelot? Itu
sahaja?
“Wow….
Aku ingatkan kau akan minta satu ciuman atau jadi hamba kau dalam masa sehari
or something….”
“Itu
pun boleh jugak—”
“Aku
setuju.” Potong Ivy dengan segara dengan renungan menjengkelkan.
“Setuju
dengan apa? Keluar ke Bandar atau Jadi hamba pleasure aku?—”
“Keluar
ke Bandar lah, You Pervert!” Jawab Ivy dengan segera, muka merah bak epal.
Senyuman
nakal Jack berubah ke senyuman 1001 makna dan terus mencapai pergelangan tangan
Ivy tapi segera melepaskannya kerana Ivy kesakitan. Dia pegang bahagian atas
lengan Ivy pula tanpa kata apa-apa dan tersenyum nakal semula. “Then lets go,
my love.”
Jack
menarik Ivy jauh dari meja itu, keluar dari perpustakaan peribadi dan turun ke
pintu keluar perpustakaan. mengabaikan
para pelajar di perpustakaan itu melihat mereka berdua lalu di tingkat pertama
perpustakaan, melihat Ahli sihir yang menggerunkan ditarik oleh lelaki paling bermasalah di Academy itu.
Perkara
yang menarik perhatian mereka yang sebenarnya ialah, Pelajar graduasi seperti
Jack masih lagi berada di Academy dan masih lagi mencari mangsa untuk
dikenakan. Dan kali ini Jack targetkan mangsa baru yang agak merbahaya. Ivy The
Devil.
Jack
mungkin pandang rendah pada kebolehan ahli sihir itu memandangkan Ivy memakai
gari yang menaham magicnya. Itu yang pelajar academy fikirkan tapi mereka tidak
tahu ia lebih dalam dari pemangsa mengejar mangsanya. Ia melibatkan masalah
terbesar Enchanted.
Bukan
pelajar sahaja yang sedang perhatikan mereka dengan penuh curiga dan ingin
tahu, Seorang ahli sihir terkuat juga tertarik dengan dua anak muda itu,
memerhatikan mereka melalui bola kacanya sambil mengusap janggut putihnya.
“Hmmm…..”
mata Wizard Merlin tidak lepas dari melihat Ivy sedang bergelut dari genggaman
Jack, bukan sebab dia kesakitan, pegangan Jack pada lengan Ivy begitu lembut
tapi kukuh pada masa yang sama. “Siapa sangka there’s a twisted fate diantara mereka
berdua…” bisiknya lebih kepadanya meyakinkan diri sendiri.
Dahi
Pengetua Merlin berkerut bila lihat Jack mentertawakan Ivy bila dia jatuh
kerana Jack sengaja lepaskan Ivy bila dia meronta. Ivy kembali bangun dan
menghentak kaki sebelum memijak kaki Jack membalas dendam sebelum mengutuk
lelaki itu dengan senyuman sinis. “Ini bermakna…. Sumpahan itu akan tiba tak
lama lagi. Tidak terlalu lama.”
~To be Continue~
>X<
(A/N: I felt like dancing
right now atau tidur sepanjang hari sebab project Angah dah selesai—on the next
project. Wuuuuuuuu~~ There’s no end to this misery TT-TT. Apapun, maaf ada ‘to
be continue’ kat situ sebab angah fikir nak teruskan satu bab je sketsa date
and Louis jelly ni but Angah is so tired!! *Cries in spanish* my eyes are dry right now because lack of sleep! Hahahaha apapun, Angah akan post
bab seterusnya secepat yang mungkin! But no promises ( *3*’’) See you in the next chapter!!
*Hug&kisses*)
P/S: nak promote diri sendiri sikit ni. hehehe, my Bday is on 18/May and Yes, Happy 20th Bday to me!!! walaupun hadiah angah hanyalah kegagalan dalam design and rejected project. But, Hey! at least angah dapat bday surprise dari family! huhuhuhu Yey!
P/P/S: I've become officially an adult and it saddens me (T__T) so many responsibility!!
[Previous] | [MiT] | [Next]
Comments
Post a Comment