Thirteenth F.A.T.E
Playing
secrets
“Bersedia untuk bekerja
dengan kami?”
Seorang lelaki 12 tahun
mengalihkan pandangannya dari senyuman sinis perempuan itu. “Kau tahu apa
syarat-syarat aku kan?” Soalnya sempat curi pandang ke celah pokok didalam
hutan tersebut, melihat seorang budak perempuan sedang mengait bunga di tepi
tasik seorang diri.
Perempuan berambut perang,
ternyata lebih tua dari budak itu menarik sengih. “Kita perlukan satu sama
lain. Dah tentu aku tahu syarat kau seperti mana kau tahu syarat aku.”
Budak lelaki itu kembali
memandang perempuan dihadapannya, menjilat bibirnya yang kering dan renung
perempuan itu dengan penuh jijik. “Its…. a deal.”
Senyuman perempuan berambut
perang itu makin lebar dari sebelumnya dan mata perangnya bercahaya tanda dia
berpuas hati mendengar jawapan budak kecil itu. “Lets the business begin.”
Gambaran
itu mula berkabur, secara perlahan, perbincangan diantara wanita dan budak
kecil itu tidak lagi kedengaran sama seperti gambaran wajah mereka. Kabur dan
tidak jelas.
Gambaran
tersebut kelihatan sangat dikenali, suasana hutan yang penuh keajaiban, cara
cahaya menebusi diantara celah-celah dedaunan pokok dan kicauan burung dan
haiwan mistik didalam hutan itu tersangat dikenali.
Tapi
dua suara itu tidak pasti. Sepertinya dia pernah dengar tapi pada masa yang
sama tidak pernah.
Dengan
gambaran itu makin menghilang, kesedaran ahli sihir muda ini kembali menghalau
tidurnya dan sedar akan dirinya terlentar diatas katil. Dia masih lagi
memejamkan matanya, seperti tidak ingin membukanya pada waktu itu, seperti dia
masih ingin kepastian apa yang dia lihat didalam minda separa sedarnya. Ingin
mengetahui siapakah dua manusia itu dan apa business yang perempuan muda itu
katakan.
Tapi….
Dia tahu setelah dia sedarkan diri, dia tidak akan dapat mengembalikan gambaran
itu lagi. Jadi dia kembali tumpukan sepenuh kesedarannya pada dunia reality.
Dan
ia menghempap kepala Ivy. Satu badannya kebas dan menyengit seperti dia telah
mengikuti acara angkat berat dan memaksa ototnya sehingga koyak. Pergelangan
tangannya menyengit seperti dia terkena cacar. Sangat gatal dan menggoda Ivy
untuk menggarunya. Tapi dia tahu dia tak boleh melakukannya kerana dia tak
boleh rasa apa-apa sekarang ni. Dia kebas. Satu badannya kebas.
Tapi
telinganya tetap tajam kerana dia terdengar pembicaraan halus berlaku didalam
bilik itu. bisikan-bisikan dikongsi, tidak ingin membangunkan Ivy. Tentu
sesiapa sahaja yang berbual itu tidak ingin tinggalkan Ivy seorang diri di
bilik itu sehingga sanggup berbisik seperlahan itu untuk bercakap.
“….kan
apa-apa kan?” satu bisikan maskulin kedengaran membuat dahi ivy berkerut. Suara
siapa tu? Ivy tak mengenali suara itu. tapi dia kedengaran risau.
“Dia
okay. You should know better sebab kau pernah lalui perkara ni.” Bisikan suara
tu Ivy kenal. The Great Wizard Merlin.
Satu
keluhan sedih kedengaran, ini membuat Ivy nak buka mata dan lihat siapa didalam
bilik itu tapi separuh minda Ivy suruh dia duduk diam dan dengar perbincangan
mereka. “Saya tahu tapi…. I just….” Ayatnya tidak dapat dihabiskan. Seperti dia
tak sanggup untuk melengkapkan ayatnya.
“I
know how you feel boy.” The Wizard Merlin bersuara dengan nada lembut, seperti
menenangkan lelaki itu. “Saya rasa baik kamu pergi sebelum yang lain datang.
Kau akan buat kekecohan di bilik ni. Even worst—”
“Saya
tahu.” Dia memotong dengan nada tegas. “Saya tahu….” Kali ini kedengaran agak
kecewa.
Kesunyian
menguasai suasana itu untuk seketika sebelum the wizard Merlin bersuara. “Take
care my boy.”
Tiada
balasan dari lelaki itu Cuma tapak kaki kedengaran membuat Ivy membuka matanya
dan segera bangun tapi sebaik sahaja dia bangkit, dia sesuatu merangkak keluar
dari kerongkongnya dan penglihatannya kabur untuk sementara waktu. Dia cuba
tahan diri dari muntah dan konsentrasikan penglihatannya pada pintu bilik
rawatan, hanya dapat lihat belakang lelaki yang berbaju hitam turtle neck sebelum
lelaki itu menghilangkan diri.
“Who—”
Dan dia muntah. Tunduk ke tepi katil dan buat lantai bilik itu bersepah.
“Oh dear Cik Ivy.” The Wizard Merlin bergerak
ke sisi Ivy dan mengusap belakang anak muridnya sementara Ivy mengosongkan
perutnya di atas lantai bilik rawatan itu. “Don’t your mother ever taught you
not to get up after almost draining your whole magic?” Soalnya dengan nada
tuanya yang lembut.
Ivy
menelan air liur pahit dan mengelap mulutnya menggunakan tangan belakang. “In
the matter of fact. She has.” Katanya diantara ingin muntah sekali lagi. Dan
Ya. Dia muntah lagi.
Pengetua
Merlin mengalihkan wajahnya dari Ivy dengan muka pelik. Menghidu bau tengik di
tambah dengan bunyi menggelikan dari kerongkong Ivy buat dirinya sendiri nak
termuntah bersama. Tapi tangannya tidak pernah berhenti dari mengusap belakang
ahli sihir muda itu.
Ivy
menarik nafas tajam dan lelah, dah tak bermaya untuk buang isi perutnya lagi.
Dia rasa kepalanya berdenyut dengan kuat. Matanya juga menyengit, merah dan
berair seperti ada orang kecil didalam kepalanya sedang menendang bola matanya
berkali-kali hampir buat kedua bola matanya ingin tercabut. “F*ck sake, Ini
lebih teruk dari mungkir sumpah Ayah.” Katanya kepada diri sendiri, tidak
menyedari yang dia dah sebut ayat itu dihadapan The Great Wizard Merlin.
Tapi
pengetua Gracious ini tak cakap apa-apa, hanya melihat Ivy dengan penuh simpati
pada matanya. Tangan masih mengusap belakangnya sehingga anak muridnya lega.
“Kamu dah okay?”
Ivy
mengangguk, mengelap mulutnya untuk kali terakhir, memastikan tiada sisa muntah
yang melekat pada mukanya sebelum kembali menyandar di kepala katil sakit itu.
Ivy tidak kata apa-apa kerana kerongkongnya rasa sangat pahit, dia menelan air
liur pun kena berfikir dua kali. Entah apa jadi kalau dia buka mulut, tentu bau
macam longkang. Jadi dia hanya pejamkan mata, berharap sakit kepalanya dapat
ditenangkan dengan mulut ditutup rapat dan tak kata benda merapu. Kadang-kadang
bila Ivy sakit kepala tentu dia cakap benda buruk, dan dia taknak mencarut
didepan Mentornya. (sedangkan semua itu telah dibuat depan orang tua itu.)
“Tunggu
sini, saya panggil Nurse.”
Ivy
membuka matanya semula—menyesal kerana sakit kepalanya kembali tapi dia
endahkan dan ingin memanggil Pengetua Merlin. Orang tua itu tidak mendengar
panggilan suara garau hampir tidak wujud Ivy dan terus berjalan keluar.
Ivy
berdengus dan jatuhkan balik kepalanya di kepala sakit membuat kepalanya
terhentak sedikit. Ouch. Brillaint,
sekarang dia sakit kepala bahagian otak dan juga tulang.
Ivy
terlalu penat untuk menyentuh bakal-benjol di kepala, dia mengeluh berat. Kali
terakhir Ivy rasa nak mati seperti ini beberapa tahun yang lalu semasa Ivy
membuat Ritual untuk membuang hatinya di Gunung Furious, dia tersalah mengambil
hati dan hampir bunuh diri sendiri kerana pelindung angkat sumpah Ivy didadanya
menyala merah, menghalang dia untuk menariknya keluar. Dia rasa nak mati hanya
menyentuh hati itu didalam dirinya, kalau dia tak bergerak pantas, menangkap
hatinya yang sebenar dah tentu dia jatuh pitam. Atau lebih teruk, melanggar
angkat sumpahnya dan mati di depan mata Hansel.
Nasib
baik Ivy ni jenis yang professional dalam menipu, Hansel cemas bila dia lihat
Ivy pucat dan berpeluh selepas ritual itu dan beritahu dia itu perkara biasa
jika hati dikeluarkan dari jasad. Menyembunyikan hati lagi satu yang tersemat
didalam dadanya.
Sakit
kepala Ivy akhirnya redah setelah beberapa minit memejam mata dan ingin
tertidur semula tapi jeritan menjengkelkan masuk ke lubang telinganya,
menggegarkan otaknya yang macam jelly.
“Ivy!—Oh
thank goodness kau Okay!” Puteri Happy-go-Lucky, Hanna menjerit riang melihat
Ivy sedarkan diri, tidak perasan renungan maut yang ahli sihir itu lontarkan
kepadanya. “Ezra asyik sebut nama kau je sejam lebih ni, Tanya kalau kau dah
sedarkan diri or kau cedera di mana-mana. Dah tentu aku datang sini untuk
periksa kau je, lepas tu aku kena beritahu Ezra tapi aku tak rasa aku akan
beritahu dia secepat yang mungkin sebab tentu dia nak datang sini kalau tahu
kau bangun.” Hanna berceloteh sambil memegang dagunya dan pandang ke siling
bilik itu. “Maybe just for a few more hours. Korang berdua kelihatan sangat
penat dan selepas incident trauma tu tentu korang perlukan rehat secukupnya!
Sekurang-kurangnya seminggu! No worries about class thou, Pengetua Merlin—”
“That’s
enough Hanna….” Suara Gretel menyampuk sebelum badan empunya suara muncul di
pintu bilik Ivy dengan senyuman nakal. “Hanna, bukannya kau tak boleh datang ke
sini ke?”
“I
sneak in?” bisiknya sambil mengangkat bahu rasa bersalah. “But korang boleh
masuk sini sesuka hati korang!” dia tuding jari kearah Gretel dan Hansel yang
baru sahaja masuk bilik itu dengan mulut seronok menghisap lolipop.
Langkah
Hansel terhenti dan tuding dirinya sendiri. “Aku? Kenapa dengan aku?” Soalnya
buntu.
Gretel
memutar bola matanya dengan gelengan. “Kami wakil ‘keluarga’ Ivy. Plus, kerabat
diraja tidak dibenarkan. It’s for your own safety.”
Hanna
memandang kearah Ivy dulu sebelum memeluk tubuh dengan bibir dicebik. “Tapi Ivy
tak—”
“Puteri
Hanna, tolong ikut peraturan untuk mengelak kekecohan. Saya rasa Ivy tak
perlukan satu lagi masalah dengan keadaannya seperti ini.”
Hanna
kerutkan hidungnya pada Hansel, dia tak suka bila orang bercakap formal
dengannya. “Just call me Hanna… and Finee...!”
Dia sahut sambil depakan tangannya. “I’ll leave her alone then.”
“Oh
Hanna, beritahu Ezra aku dah bangun.” Ivy segera bersuara bila Hanna ingin
keluar.
“Tapi—”
“It’s
okay. Aku nak jumpa dia.”
Hanna
mengangguk dan melambai dengan ceria sebelum dia pergi meninggalkan dua beradik
gingerman ini bersendirian dengan Ahli sihir muda yang terlentar di atas katil.
Gretel
masuk kedalam bilik itu dan ingin mendekati Ivy.
“Carefull,
lantai bilik aku dah terhias.” Ivy bersuara sambil muncungkan mulutnya kearah
bahagian lantai yang dia muntahkan tadi.
Muka
Gretel berkerut dengan jijik. “You are so Hidious.” Katanya dan pergi kesebelah
katil yang tidak dibanjiri dengan muntah. Komen Gretel tak dimaksudkan dengan
muntah itu sahaja, malah muka Ivy juga. Kulit pucat seperti cina doll tapi kelihatan seperti mayat, mata
merah sembab, dan bibir pucat membiru. “Kau macam orang nak mati.” Katanya
sambil tuangkan segelas air putih yang tersedia di tepi katil Ivy sebelum
berikan kepada si pesakit itu.
“Thank
you.” Dia maksudkan komen sarkastik Gretel dan meneguk air kosong itu untuk
bersihkan kerongkongnya yang pahit lagi kelat.
Ivy
meletak gelas kosong dalam tangannya ketepi dan mata Ivy berpindah kepada
Hansel yang beridir di kaki katil bersama Diaval dalam bentuk gagak di bahunya.
“D….”
Burung
gagak itu terus terbang mendekati anak jagaannya, mendarat di pangguan Ivy dan
menyentuh tangan Ivy yang berbalut; bahagian tangan yang tidak ada kesan
muntah.
Ivy
tersenyum tawar dan berbisik. “Aku okay.”
“Doktor
kata kau akan bangun dalam masa sehari atau dua sebab kau dah guna sejumlah
magic yang besar untuk hapuskan sumpahan Ezra. Kau hampis hauskan magic kau
sendiri semalam tu Ai. Aku takkan jangka kau akan bangun seawall ni.”
“Pukul
berapa sekarang?”
“Dah
pagi.” Jawabnya, menyandar pada kaki katil Ivy dengan siku sebagai tongkat.
“Matahari baru je naik sejam lalu.”
Ivy
hanya mengangguk. Dia teringatkan mimpi yang dia dapat semasa dia tidak
sedarkan diri, mungkin itu punca Ivy terbangun awal. Adakah itu mimpi? Ivy tak rasa ia mimpi. Ia lebih kepada cebisan
memori. Memori masa lampau kerana Ivy kenal tempat dimana dua orang yang tak
dikenali itu berjumpa. Hutan Mahligai. Tapi memori milik siapa? Ada orang
ketiga ke dalam pertemuan tu atau memori antara dua orang Enchanted itu?
Ivy
menggeleng secara mental, Dia hanya dapat sakit kepala sahaja memikirkan mimpi
itu. Ada perkara lebih penting dia perlu selesaikan sekarang dari mimpi itu. ia
boleh tunggu lain kali bila Ivy dah rasa lebih baik.
“Mana
Pengetua Merlin?” Soalnya memandang Hansel.
“Aku
ada jumpa Pengetua Merlin tadi semasa dalam perjalanan ke sini. Dia sedang
bercakap dengan nurse di kaunter depan.” Katanya menuding ibu jarinya
kebelakang. “I think he’ll come back in a few minutes.”
Ivy
mengangguk dan jatuhkan matanya pada kedua pergelangan tangannya pula. Ia telah
dibalut rapi sehingga bawah sikunya dan terdapat kesan kuning menebusi kain
itu—dan ia bukan muntahnya.
“Doktor
kata kulit kau melecur dengan teruk dan hampir merosakkan sel kulit kau. Or
not, the scar will be permenant.” Hansel bersuara, seperti mengetahui apa yang
Ivy fikirkan. “kesan kuning tu potion khas Pengetua Merlin buat untuk special
case macam kau ni.”
“And
the cuff?” soalnya menggoyangkan pergelangan tangannya dengan perlahan. Dia
hampir tak rasa apa-apa pada tangannya. Kebas dan rasa semut-semut bila dia
gerakkannya.
“Still
attach.” Hansel berdehem dengan mata memandang lain. Dia kelihatan tidak selesa
menjawab persoalan Ivy kerana dia tahu dia mendapat renungan maut dari ahli
sihir itu. “It’s the rules Ivy. Apapun terjadi gari tu tak boleh dibuka
melainkan hukuman kau di tarik balik. Aku rasa aku tahu kenapa Pengetua Merlin
masuk campur semalam time kau kena rawat. Dia mungkin dah agak benda macam ni
akan berlaku sebab tu dia dah sediakan potion tu awal-awal.”
Kalau bukan sebab badan Ivy yang lemah, dah
lama magic Ivy menggeledak naik dari kemarahannya dan mencederakan dirinya lagi
tapi dia terlalu penat untuk melayan kemarahannya.
Dia
hanya menghembus nafas berat dengan mata dipejam. Harap hembusan nafas panas
itu cukup untuk tenangkan mindanya yang telah mencarut atas nasibnya yang
malang itu.
“Jadi
gari tu ada di bawah pembalut ni?” Ivy membuka matanya semula dan melihat
Hansel mengangguk perlahan.
Renungan
Ivy tak pernah kelihatan sengeri itu selama Hansel berkawan dengan ahli sihir
itu. Mata Ivy boleh serap roh hansel keluar dari jasadnya dan mungkin dengan
cara paling menyeksakan kalau renungan maut Ivy itu satu senjata. Nasib baik
tidak tapi Hansel menelan air liur kelat, tahu dia kena berjaga-jaga dengan Ivy
sekarang. Atas pelbagai sebab yang sukar
untuk dihuraikan.
“We
are here!”
Satu
lagi jeritan dari suara yang sama membuat Ivy merintih kesakitan, nada tinggi
menjengkelkan itu berdering didalam otaknya sekali lagi dan dia terpaksa
memejam mata untuk menahan rasa sakit yang boleh buat matanya terkeluar dari
soketnya.
“For
F*ck sake, Hanna…. Kau ni lurus bendul ke atau sememangnya tiada otak? Stop
making that hell of annoying scream of yours sebelum aku sumbat potion paralyse
kedalam kerongkong kau.” Dia melontarkan renungan maut yang mengerikan itu
kearah Hanna membuat puteri Pering itu terdiam; hentikan langkahnya di hadapan
pintu dengan Ezra dihadapannya duduk diatas kerusi roda.
“Well,
mendengar dari kutukan sadist kau, aku rasa kau dah sembuh sepenuhnya.” Ezra
bersuara, juga berikan renungan dinginnya pada Ivy. Berani Ivy bercakap kasar
pada sepupunya didepan Ezra.
Ivy
berdecis, tapi renungannya berubah ke puteri ais diatas kerusi roda itu. tidak
ingin mengalah dengan Ezra. “Peachy.” Jawabnya dengan nada pahit.
Atmosfera
dalam bilik itu menebal kerana dua roommate/musuh ini saling merenung satu sama
lain seperti mata mereka sedang mengadakan satu perlawanan halimunan. Berlawan
siapa akan mengalah dahulu dan menunjukkan yang mereka tidak takut pada satu
sama lain.
Gretel
memandang kearah abangnya, meminta pertolongan dari satu-satunya lelaki didalam
bilik itu untuk masuk campur dan hentikan renungan mereka kerana susah untuk
bernafas didalam atmosfera setebal itu.
“Dan
di sini aku datang risau pasal kau—
“ada
aku suruh kau risau?—
“tapi
kau berperangai macam ni dekat kami.” Sambung Ezra, bercakap dengan Ivy sama
seperti pertemuan pertama mereka pada semester lalu. Pahit dan membunuh.
Ivy
kecilkan matanya tanda tercabar. “Sorry to break your ice, Snowy. Tapi aku takkan berbaik dengan perempuan yang hampir bunuh
aku dan rasuah aku untuk biarkan dia bekukan satu Academy.”
Ooooo….
Ia bagai satu tamparan kuat ke muka Ezra mendengar kata-kata Ivy dan dia
menyentuh dadanya rasa terkilan. “How dare you—”
“How
dare me??” Ivy tergelak sinis.
“Jangan buat lawak Ezra dan tuduh aku mengata kat kau. How dare you.” Ivy tuding jari kearah Ezra.
“Salah kau meletakkan satu academy dalam bahaya. You should know better to look
for the Wee Merlin when you get the chance—ow!”
Ivy menarik tangannya dari paruh Diaval kerana burung itu menyucuk lengannya
tanpa sebab. “What?!” renjitan
elektik muncul pada badannya dan ia menyakiti Ivy.
“Ivy!”
jerit Gretel risau melihat gelang itu tetap merenjat kawannya membuat dia
merintih dan membongkokkan diri kehadapan. Gretel teragak-agak untuk menyentuh
Ivy dahulu takut dia terkena renjatan tapi bila tangannya dekat pada kulit Ivy,
dia tak rasa apa-apa dan terus melabuhkan punggung di sebelah ahli sihir itu
dan menyentuh kedua bahunya. “Kau kena kawal kemarahan kau tu. Kau hanya sikiti
diri kau lagi kalau kau macam ni.”
Ivy
berdengus. Renjatan itu tidak menolong dia untuk menenangkan dia langsung! Ia
punca kepada maraknya kemarahannya. Dan ini akan buat dia terseksa lebih teruk
jika dia tidak mengawalnya.
Jadi
dia menarik nafas singkat beberapa kali sambil mindanya mula mengira dari 1
hingga dia kembali tenang. Ini cara yang Puan Sally ajar kepada Ivy supaya dia
tak terbawa-bawa dengan tabiat panas barannya itu.
“Ini
akibatnya kepada orang bongkak macam—” Ayat Ezra terpotong dengan sentuhan
lembut pada bahunya dan dia toleh kebelakang melihat Hanna menggeleng dengan
bibirnya jatuh kebawah.
“Ezra…
itu tak baik.”
“dia
tak layak mendapat ‘kebaikan’.” Bisik Ezra balik hanya untuk mereka dengar.
“Tapi
dia dah selamatkan nyawa kau. Sekurang-kurangnya biarkan dia marah.”
“What?
Why?” Soal si puteri ais dengan gelengan.
“Sebab
sepupu kau tu pain in my arse dan dia terlalu buta untuk lihat aku sanggup
korbankan nyawa aku untuk selamatkan academy yang aku tak suka.” Ivy menjawab
dengan termengah-mengah. Lebih penat dari sebelumnya hanya kerana dia cuba
tenangkan diri.
Ezra
menjeling kearah ahli sihir itu. “Now you sound arrogant.”
“Yeah,
hello, Aku Ivy the Devil, the Heartless witch yang bencikan tanah ini dari
segalanya dan rela serahkan nyawa aku ke Kejahatan mutlak dari selamatkan
puteri angkuh yang enggan meminta tolong kepada sesiapa dan biarkan sumpahan
kau makan dirinya sendiri.” Ivy berdecis, riak wajahnya seperti ingin membunuh
sekarang ni. “But no. I cheated the Forces of evil dan selamatkan punggung beku
kau tu. Should I sound arrogant right now? Yes, aku ada hak untuk tu kerana itu
adalah fakta. I just saved your sorry life.”
“For
Crying out loud will both of you just zip it!” kali ini Hansel pula
meletup—menggigit habis lollipop dalam mulutnya. Suaranya yang garau bergema didalam bilik itu. Dia dah
fed up dengan dua musuh dalam element ini asyik bertengkar tanpa penghujungnya.
Kedua-dua ego dan tidak ingin mengaku salah!
“You.”
Dia tuding kearah Ezra. “And You.” Juga pada Ivy. “Need to shut up and relax.”
Katanya dengan nada mengancam. Suaranya tidak seperti suara marah biasa. Ia ada
unsur personality orang Vicious bercampur dengan suara matang-bersedia-untuk-beri-ceramah
Hansel membuat ia kedengaran lebih menakutkan.
Dia
bermula dengan Puteri Ezra dahulu. “Tuanku, listen here. Tuanku sepatutnya
berfikiran lebih matang dan boleh kawal situasi seperti ini. Bukan membalas
semua ayat sadist Ivy-
“Tapi
dia-
“I said zip it.” Hansel membuat signal
tutup mulut di udara, memberi amaran kepada puteri ais itu. “Tuanku macam budak
lima tahun main tuduh menuduh siapa yang salah. No, Tuanku lebih baik dari itu
dan tahu Tuanku juga bersalah dalam situasi ini.”
Ezra
terngangah tidak percaya, juga terkesima dengan ayat Hansel. Dia bersalah? Ivy mula dahulu!
Seperti
Hansel boleh baca fikiran Ezra, dia bersuara; “Tuanku sebilik dengan dia selama
6 bulan tentu Tuanku tahu perangai panas barannya kan? And she’s a Vicious.
Lumrah mulut dia macam longkang apatah lagi bila dia berang-
“Hey!”
“I said zip
it!” Hansel menengking ahli sihir itu. “Giliran kau akan sampai jugak.”
Ini
buat Ivy terkesima sepeti Ezra. Terngangah, tidak percaya yang Hansel ingin
beri ceramah berdarahnya pada Ivy juga.
“Ivy
betul, dia rela tengok satu Academy ni musnah dan buat apa sahaja untuk
melihatnya bila dia sendiri tak boleh buat. Tapi tak, she was out of character,
being selfless dan Tuanku patut
bersyukur kerana dia sanggup cederakan dirinya sendiri hampir cacat tanpa
tangan untuk hapuskan sumpahan Tuanku.”
“Siapa
cakap beta tak bersyukur?” Soal Ezra dengan tangan bersimpul. “Perangai buruk
dia tu yang beta tak tahan!”
“Well,
deal with it. Sebab kau sebilik dengan aku sepanjang semester ni lagi.” Balas
Ivy dengan sarkastik.
“And
you young lady.” Hansel merenung tajam pada Ivy pula, suara rendah Hansel buat
Ivy terdiam. “Jangan buat aku ulang ayat aku berkali-kali, Ivy. Control that bloody Temper. You’ll be bloody burn to death if you don’t
control that F*cking temper of yours. Aku penat bagi amaran kat kau tapi
kepala hotak sialan kau tu terlalu bangang untuk proses semua nasihat aku. And
look where the f*ck you end up now.”
Semua
perempuan di dalam bilik itu terkejut mendengar Hansel mencarut pada setiap
ayat yang keluar dari mulutnya. Hansel sama je macam Ivy, Mulut macam longkang!
Tak bertapis langsung.
Tapi
ceramah Sparta Hansel menjadi kerana Ivy tidak melawan balik, hanya tundukkan
kepala dan kedua tangannya digenggam dengan erat. Tiada renjatan berlaku tanda
dia tidak marah tapi rasa malu.
Hansel
menghembus nafas berat dan ekspressi wajahnya melembut bila dia lihat
tertunduk. “Bila kau marah, mulut kau tiada insuran. Walaupun kau tak
maksudkannya, ayat kau tetap sakiti hati orang. Ini bukan Vicious Ivy. Dottie
dan Caramel mungkin boleh gelakkan carutan kau tapi di sini lain. Orang
Enchanted terlalu sentimental untuk terima bahasa indah kita. Mereka terima
unicorn and sunshine tapi bahasa warna-warni kita satu pengecualian.”
“Excuse
me? Siapa kau panggil sentimental?” Gretel bercekak pinggang rasa terkilan pula
dengan ayat abangnya sendiri. Dia ingin bersuara sekali lagi tapi terbatal bila
perempuan di sebelahnya ketawa kecil sebalik tangan belakangnya. “kau dah
kenapa?”
Ivy
menggeleng, masih lagi tergelak dan membuat Hansel juga tersenyum dan hembuskan
nafas terhibur.
“Abang,
apa yang lucu?”
“Nothing…
kau takkan faham.” Ivy mengangkat pandangannya pada Hansel dengan senyuman
nakal dan menerima senyuman yang sama dari Hansel. “Thanks Hans.”
“Anytime
babe.”
Sementara
tiga perempuan ini kebuntuan, melihat dua bekas Vicious ini ulang alik cuba
menangkap apa sebenarnya yang mereka ketawakan dan apa yang lawaknya didalam
ayat Hansel. Mereka dengar hanyalah kutukan bertapis yang keluar pada ayat
ceramah akhir Hansel.
Perasan
wajah buntu tiga perempuan itu, Ivy berdehem, kembalikan nada suaranya dan juga
tarik perhatian mereka. “Maaf. Aku stress dan tak sengaja lepaskannya dengan
korang.”
Ezra
menggeleng. “Typical you—Bau apa ni?” Soalnya bila bau kurang menyenangkan
masuk ke dalam rongga hidungnya.
“That
my friend, bau air longkang dari mulut yang mengatakan carutan berwarna-warni.”
Jawab Ivy dengan nada mengusik sambil tudingkan jari pada muntahnya di tepi
katil.
“Euuugghhhh….
You are disgusting.” Ezra menutup hidungnya, tidak tahan dengan bau muntah ahli
sihir itu.
“Thank
you.” Balasnya dengan sarkastik. “Itu jadinya bila aku hauskan magic aku dan
bangun secara mangejut. It’s a good thing hidung aku tak berdarah. Tahu apa
maksudnya tu?”
Dua
kerabat diraja itu menggeleng tidak tahu, termasuk Gretel. Hansel dan Diaval
hanya memandang sesame sendiri, risau melihat senyuman yang melekat pada wajah
Ivy.
“I’ll
die.”
Yup,
Hansel dan Diaval risaukan ahli sihir muda ini.
Hanna
menarik nafas tajam, sambil menutup mulutnya. “kau akan mati?”
“Yeah,
memaksa magic dari batas kemampuanku memberi kesan sampingan kepada otak dan
hidung berdarah tanda kepada Brain damage. Then, after a short weeks… mati.”
dia menerangkannya terlalu slamber. Membuat bukan sahaja diaval dan Hansel,
malah tiga perempuan itu risaukan Ivy. Seperti dia tak takutkan kesan sampingan
itu. tidak takutkan kematian.
“Anyway….”
Ivy bersuara dan riak wajahnya berubah menjadi serious dalam sekelip mata.
“Care to explain what the bloody hell happen last night?” Ivy merenung wajah
mereka satu persatu, melihat perubahan ekspressi wajah mereka kepada cuak.
Kecuali Hanna yang kebuntuan. Bermaksud dia tak tahu apa-apa.
Tapi
tiga rakannya ini tahu.
Jadi
Ezra juga the Believers?
“Aku
tak tahu pasal Ezra tapi aku dapat bau sumpahan tu start kita masuk academy ni.
Itu bukan sumpahan sembarangan. Ia mengancam nyawa. Now, sesiapa tolong
beritahu aku kenapa sumpahan besar macam tu boleh berlaku ditanah Enchanted.”
Dia menunggu tiga rakannya untuk bersuara, terpaksa bersabar melihat mereka
bertiga berganti pandangan sebelum Hansel menelan air liur. “So?”
Hansel
menggeleng. “Kami tak tahu.”
“That’s
a lie.” Ayat itu lebih kepada penyataan.
“No,
really Ivy. Kitorang tak tahu.” Gretel di sisinya pula bersuara. “dan… kami
ingat kau tahu.”
Ivy
menjilat giginya menahan diri untuk meletup pada saat itu juga dan tengking ke
muka menipu mereka. Dia berpaling melihat Ezra. Dia yang terkena sumpahan itu.
Puteri ni akan bercakap benar atau beri alasan mengarut seperti dua beradik
gingerman ini.
Ivy
menahan diri dari tersengih bila lihat Ezra menggeleng. “You don’t know?
Mustahil kau kena sumpahan itu dengan suka-suka. Kau pasti tahu something. Spit it out.”
Ezra
menelan air liur kasar, seperti ada pasir melekat didalam kerongkongnya. Ivy tahu Ezra menipu. Puteri Ais ini
memandang dua Adik beradik Gingerman, meminta tolong dengna senyap untuk
lepaskan dia dari renungan Ivy. Mereka tidak boleh beritahu Ivy tentang kes
losing heart itu. kalau dia tahu ada villain lain selain dia di tanah ni,
mereka takut Ivy akan cari villain itu dan bekerjasama dengannya untuk hapuskan
Enchanted. Kes itu perlu disembunyikan dari ahli sihir ini kerana mereka
perlukan Ivy dalam masalah sumpahan Enchanted pula. Jika dia menyebelahi
villain, tentu Enchanted menjadi musnah.
“A-Aku
tak—”
“Aku
Tahu kau tahu tentang sumpahan tu
Ezra.”
Sekali
lagi Ezra menelan air liurnya. Alasan berlagak tak tahu apa-apa tak menjadi.
Plan B. Jadi mangsa keadaan.
“There’s
a voice.” Ezra bersuara membuat dua beradik ini tegang satu badan. “dalam
kepala aku dia suruh aku bunuh Putera George.”
Ini
buat kening Ivy terjungkit. Dia teringat Ezra ada beritahu dia semasa dia paksa
Ezra untuk bersuara tentang sumpahan itu. Dia terpaksa bunuh Louis kerana dia
tiada pilihan. Sumpahan itu yang paksa Ezra untuk akur walaupun nyawanya akan
tergadai juga.
“A
voice?” Ivy buat-buat tak tahu, cuba korek rahsia mereka.
Ezra
melihat kearah Hansel dan mendapat anggukan kecil dari lelaki itu untuk
beritahu Ivy. “Ia hanya suruh aku bunuh Putera George. That’s all.”
“There’s
no way that’s it.” Ivy menggeleng tidak percaya, dia tahu mereka sedang
sembunyikan kebenaran tentang sumpahan itu dari Ivy. They just don’t want Ivy to know. “Siapa yang sumpah kau? Kenapa
kau yang di pilih?”
“I
don’t know.” Ulang Ezra lagi, memastikan Ivy percayakan dia.
Ivy
rasa macam nak lempang je Puteri Ais tu. Tapi dia hanya menarik nafas dalam,
tahan segala persaan menggeledak naik dan sakiti dia lagi. Ia tak berbaloi. Mereka takkan buka mulut, mereka tidak ingin Ivy
tahu tentang sumpahan tu. Mereka taknak mengaku tentang kerja rahsia mereka
sebagai the Believers dan masalah yang menimpah Enchanted.
Masa aku dan Diaval terlalu
singkat untuk aku tahu semuanya tentang dorang ni…
desis hatinya memandang burung gagak yang duduk di pangkuannya. Diaval tahu
tentang mereka tapi pada malam majlis tari menari tu, dia hanya dapat tahu
tentang Jack. Diaval tidak sempat nak beritahu dia tentang penemuannya pada The
Believers dan masalah yang tersembunyi didalam bayangan tanah berhati mulia
itu.
Dia benci bila orang yang
sepatut jadi kawannya sedang berahsia dengannya! Dia
merenung kearah Hansel. Lelaki yang dia paling percayai tapi keraguan terbuku
dalam dirinya terhadap lelaki itu.
“Fine…
If anything new. Tell me.” Katanya dengan nada rendah dan kedengaran seperti
satu permintaan. Rayuan halus.
Ini bermaksud Ivy kena
berpaling ke seseorang tu dan minta pertolongan dari dia…. Ivy berdengus. Dia bencikan lelaki tu.
“Hey
Ivy…” Kali ini Hanna bersuara, kedengaran teragak-agak.
“Apa?”
Ivy kembali memandang dua sepupu itu.
“Hansel
ada kata tadi. Kau rela tengok academy ni hancur dari tolong Ezra tapi…
kenapa?” Soalnya membuat Ivy duduk dengan tegak, seperti dia sediakan diri
untuk menjawab. “Kenapa kau jadi
selfless selamatkan Ezra?”
Ivy
diam untuk seketika dan pandang wajah pelawatnya satu persatu, mereka juga
tumpukan perhatian pada Ivy, ingin tahu kenapa Ivy sanggup berbuat sedemikian.
Matanya berakhir pada Diaval yang kelihatan juga ingin tahu.
Ivy
teringatkan saat Ezra melontarkan serangan ais pada Puteri Charlotte.
Dia
bunyikan lidahnya. “Jangan salah anggap tapi aku tak suka bila villain guna
taktik kotor untuk kalahkan musuh.” Dia bermula dan pandang Ezra semula. “Aku
mungkin jahat dan suka kenakan orang tapi bila keadaan menjadi serious, aku
takkan guna hela macam tu untuk kalahkan musuh. Aku pantang tengok villain guna
taktik macam tu pada musuh mereka.” Ivy alihkan padangannya kesisi dan
mengangkat bahu. “I don’t know…. Ia macam menggores maruah seorang villain. Aku
rela lawan sepenuh hati dari guna taktik murahan macam tu. That’s make me mad dan masuk campur pertempuran korang.” Katanya
dengan nada mendatar. “I know Ezra bukan villain tapi sumpahan tu buat dia
villain sementara, so even Ezra dikawal oleh sumpahan tu… I aspect more from
her actually tapi… Heh, the Ice princess can’t handle the fight.”
“Oi,
kau mengutuk aku lagi ke?” Soal Ezra tak puas hati.
“Tak.
Itu satu pujian. Aku tahu kau tak guna kuasa penuh kau time kau kena sumpah,
your mind is tapi hati kau tak. Itu yang menghalang kau berlawan sepenuh tenaga
dengan George—dan Diaval juga.” Ivy mengusap burung gagaknya dan Diaval
rehatkan kepalanya pada tapak tangan Ivy. “Hati. Siapa sangka benda remeh macam
tu boleh jadi pelindung kau dari diserap kedalam kejahatan.” Ivy menarik
sengih, nadanya kedengaran jauh dari pendengaran mereka, seperti ada sesuatu
yang memenuhi mindanya.
Pelindun halimunan misteri
yang telah melindungi Puteri Charlotte.
Ivy
tersenyum tawar, siapa sangka Ivy dah terjebak dengan masalah merumitkan
seperti itu; mengambil berat pada seseorang. Itu perkara terakhir dia akan buat
dalam hidupnya kerana perasaan itu akan membebankan dirinya sendiri.
Dan
ivy teringat sesuatu. The Great Wizard
Merlin. Mana orang tua tu? Bukannya dia kata dia akan datang balik ke? Dia
sepatutnya Tanya Pengetua Merlin tentang sumpahan tu. Tentu dia tahu!! Tapi
mana dia?
Mata
Ivy terbeliak bulat bila dia sedar muslihat Ahli sihir tua itu. “He did that on purpose!” sahutnya sakit
hati. “Oh that old man…. Suka melarikan diri!”
Hansel
menjungkit kening pada Ivy. “Apa yang kau merapikkan ni?”
“Orang
tua Merlin.” Ivy berdesir, geram pada mentornya yang sengaja bagi alasan untuk
larikan diri dari disoal oleh Ivy. “Dia sepatutnya pergi panggil Nurse tentang
muntah aku tapi sampai sekarang satu batang hidung nurse pun tak nampak masuk
ke sini.”
Mereka
semua ketawa. Kenal sangat perangai The Great Wizard Merlin yang pelik dan
kebudak-budakan. Suka sangat melarikan diri ikut suka hati dia sahaja.
“Then,
I’ll go.” Hansel wakilkan diri. “Aku rasa awkward didalam bilik penuh
perempuan—
“Sekarang
kau rasa?”
“Dan….”
Hansel besarkan mataya beri amaran kepada Ivy. “Jangan bunuh sesame sendiri
sementara aku keluar. Faham?” Soalnya melihat empat perempuan itu beri riaksi
fed up.
“D,
you incharge.” Hansel mengenyit mata kepada burung gagak itu sebelum berjalan
pergi meninggalkan mereka semua di dalam bilik dengan Diaval yang menyahut
marah; tidak ingin bertanggungjawab atas sekumpulan wanita gila.
Hansel
hanya ketawa mendengar jeritan burung itu dan teruskan jalan di laluan bilik
rawatan academy itu. sehingga lah dia tiba di laluan kiri. Berdiri tidak jauh
dari dari laluan kosong itu dengan wajah serious. Lebih kepada sakit hati.
“Ivy
tak apa-apa.” Hansel bersuara, beritahu kepada lelaki yang tersembunyi
disebalik laluan itu. “Tangannya luka hingga ke siku selain tu dia okay.”
Katanya lagi sebelum teruskan perjalanannya ke kaunter pertanyaan yang berada
di hujung laluan itu.
Louis
yang menyandar pada dinding laluan kiri itu tersenyum lega dan lihat Hansel
yang bergerak pergi, tidak toleh kebelakang untuk lihat putera raja itu.
Louis
faham kenapa. Hansel masih bencikan Louis dan dia terpaksa beritahu Louis
keadaan Ivy kerana Louis tidak dapat melawat ahli sihirnya. It’s too risky
dengan orang yang sentiasa lalu lalang depan bilik Ivy.
Walaupun
Hansel dingin terhadap Louis, lelaki itu tetap baik dan beritahu dia tentang
Ivy. Dan Louis terhutang budi kepada lelaki itu dan boleh beredar dari bilik
rawatan itu dengan hati yang lega
Sementara
Hansel pula berdecis. Fikir betapa bodohnya Putera George sanggup tunggu di
laluan itu hanya untuk menunggu Hansel beritahu keadaan Ivy kepadanya. Dia tak terfikir ke nurse di bilik rawatan
itu akan tertanya kenapa dia ke situ? Dia nak hubungan mereka terbongkar ke?
Nak
tak Nak Hansel terpaksa beritahu dia tentang Ivy. Supaya dia pergi dari situ
dan bangkitkan situasi yang tidak diingini.
That stupid prince is trying
to gid his own grave.
.
.
Seminggu
kemudian….
Tengah
malam.
Ivy
berada perpustakaan tingkat tiga dengan sekuntum bunga ros berwarna ungu
didalam tangannya, sedang menunggu seseorang di antara dua rak buku di bahagian
belakang perpustakaan bersama Diaval, burung gagak yang setia berada di bahunya.
Di mana belakang perpustakaan yang jarang Pelajar akan datang apatah lagi pada
waktu malam.
Ivy
menjilat giginya tanda kesabarannya kian menipis menunggu Lelaki itu di tempat
tersebut. Ivy tak tahu samada dia akan muncul ke tak. Dia kata guna bunga tu
untuk panggil dia. Dan Ivy buat seperti yang di suruh. Pegang bunga tu dan sebut nama lelaki jahanam tu dengan suara penuh
kebencian.
Kerana
dia bosan; Ivy mencapai salah satu buku yang ada di rak buku tersebut, dan
membukanya atas tujuan untuk membuang masa sahaja. Dia boleh mati kebosanan di
dalam perpustakaan itu kalau dia tak buat apa-apa.
“So, You finally called….”
Ivy
mengangkat pandangannya keudara, kelihatan menjengkelkan sebelum arahkan
renungan menjengkelkan itu kepada lelaki berambut perang dan bermata emas.
Tersenyum sinis menayangkan senyuman taringnya yang menawan. Berdiri di
belakangnya.
Ivy takkan terpukau lagi
dengan mata emas itu.
“I
reckon you want to know about The Believers, my dear poison beries?”
“Juga
tentang Sumpahan tu. Dan segala rahsia yang Enchanted sembunyikan dari aku.”
Senyuman
Jack makin lebar dari sebelumnya dan menggeleng. “Tsk. Tsk. Tsk. Ivy… sayang,
kau tahu dunia ni tak berputar disekeliling kau kan?”
“And
what’s that supposed to mean?” Soalnya meletakkan buku dalam tangannya ke
tempat yang asal tapi matanya tidak lepas dari Jack. “And stop calling me with
nicknames.” Dia beri amaran.
Jack
mengendahkan amaran Ivy. “Itu urusan Enchanted, bukan urusan kau dan kau tak
patut masuk campur dalam masalah mereka.”
Ivy
berdengus, mengutuk ayat itu bersama senyuman. “Dan kau tak apa-apa masuk
campur atas urusan mereka?”
“Aku
sememangnya orang Enchanted—
“Pembelot
Enchanted.” Ivy betulkan ayat Jack. “You learn Black magic. Kau tak layak
dipanggil Enchanted lagi.”
Senyuman
Jack jatuh kebawah, membuat mata emasnya menyala rasa tercabar. “Then what am
I?”
“Outcaster.
Bukan Vicious. Bukan Enchanted.” Jawabnya dengan senyuman sinis, suka lihat
wajah murung Jack.
Tapi
wajah tersebut berubah menjadi sinis semula. “Sama seperti kau, sweetheart .”
Riak
wajah mereka bertukar, kali ini Ivy yang murung dan matanya menyala tanda
tercabar. “I have no time for this. Tell me now.”
Jack
ketawa kecil, suara lunaknya bergema di laluan rak buku itu seperti alunan
ombak tenang pada waktu malam. “Aku bebesar hati untuk tolong sebab The Great Ivy
The Devil akhirnya tundukkan diri pada lelaki hina seperti aku.” Ayat tu umpama
satu tamparan bagi Ivy. “Alright. For my sweetcake.”
Dan
pada malam itu Ivy didedahkan dengan bahaya yang berlegar-legar disebalik
bayang Tanah yang aman itu. Tentang The Believers, kerja mereka untuk
melindungi rakyat Enchanted dari kess Losing Heart yang telah berlaku selama 10
tahun, Cuma tahun ini ia kerap berlaku.
“Dan
kau tiada kena mengena dengan kes ni?”
Jack
menggeleng dengan senyuman. “Do I look like someone that can create a curse
that big to you?”
Ivy
menggeleng dengan keluhan. “You have a point. Moving on.”
Jack
juga beritahu dia tentang sumpahan Enchanted. Ini menarik perhatian Ivy,
beritahu dia tentang Morgana, adik Arthur sendiri menyumpah tanah Enchanted
danThe believers bersama Wizard Merlin cuba cari cara untuk elakkan sumpahan
itu dari terjadi. Ivy salah satu cara mereka.
“HAH!”
suara terhibur Ivy bergema di dalam perpustakaan yang kosong itu. “This is a
joke right? Aku takkan sangka orang mereka sendiri akan jatuhkan sumpahan di
tanah ni.”
“Well,
semua orang Vicious datang dari Enchanted juga. Tak mengejutkan kalau ada lagi
Villain wujud di tanah ni.” Ayat ‘ada lagi villain’ menarik perhatian Ivy. Jack
tersenyum nakal. “Oh yes, tanah ni mungkin baik tapi kejahatan tetap ada sayang.
Dan bukan kau sahaja yang mereka patut takutkan.”
“Penjenayah
yang makan hati orang Enchanted….” Bisiknya, orang tu ialah villain seperti
dia, dan dia bebas di luar sana sedang makan lebih banyak hati.
Ivy
mengangkat bahu slamber. “Not my problem. About my friend?”
“Kenapa
Hansel pergi ke Vicious?”
Ivy
mengangguk. “Tell me then.”
“Tsk.
Tsk. Tsk. Kali ini aku kena bagi kau bayaran untuk maklumat lebih.” Katanya
membuat Ivy menjungkit kening tak percaya.
Ivy
diamkan diri dengna tangan bersilang, menunggu jika Jack berlawak. Tapi tak.
Dia serious walaupun dia tersenyum terhibur. “Oh fine. Apa kau nak?”
“A
date.” Jawabnya membuat mata Ivy terbeliak bulat. “You heard me sunshine. Aku nak
kau bersama aku sepanjang hari pada hari jumaat ni.”
“Kau
tahu itu takkan berlaku kan?” Soal Ivy, mula mengambil langkah berjaga-jaga
dengan lelaki ini. Rasa tak selesa berada di bawah renungan Jack.
“Then
kau takkan dapat kelemahan The Great Wizard Merlin dan juga tentang Sumpahan
Enchanted ni. Dan kenapa Losing heart tu nak Putera George mati.”
Leher
Ivy hampir patah berputar memandang Jack bila nama Louis di sebut. “Oh you
sly…..” Ivy mengetap gigi, sakit hati dengan lelaki ini. “Kau tahu sesuatu ke?”
“Tentang
kau dan Louis? Dah tentu.” Senyuman
Jack makin lebar melihat wajah terkejut Ivy tapi segera disembunyikan dengna
facadenya. “Is this means kau setuju keluar dengan aku?”
Ivy
berdengus, mindanya menyumpah seranah lelaki licik di depannya ini. Matanya
sempat melihat burung gagaknya dan burung itu mengangguk. “Baiklah. Aku keluar
dengan kau.”
“Perfect.”
Jawabnya terlalu terhibur dan tidak tapiskan pada wajah sinisnya itu.
“Just
tell me one thing.” Ivy memejamkan mata, mula sakit kepala dengan Jack dan
menahan diri dari bunuh dia di situ jugak. “Macam mana kau tahu pasal semua
ni?”
Jack
hanya berikan senyuman menawannya sebelum depakan tangan, mencapai hujung
rambut hitam Ivy dan tundukkan diri, mengucup hujung rambut itu dengan lembut.
“My darling, for me to tell you that...” Dia mengangkat pandangannya pada Ivy.
“You have to give me a kiss.”
Ivy
menepis rambutnya, terlepas dari tangan Jack. “Goodbye Jack.” Dia bedesir,
mengancam dan bergerak pergi, tidak ingin ada apa-apa kena mengena dengan
lelaki itu lagi. Dia dah tak tahan dengan perangai menjengkelkan lelaki tu! Dan
minta ciuman dari Ivy? Hah! Ivy tak desperate sangat untuk dapatkan informasi
dari lelaki tu.
Dia
boleh mencarinya sendiri.
Ivy
turun dari perpustakaan itu menuju ke loby Academy, berjalan keluar melalui
pintu yang terdapat di lobi itu untuk ke taman tengah Academy, jalan singkat
pergi ke Wing C.
Sekurang-kurangnya
sesetengah perkara terjawab. Ivy akhirnya dapat kaitkan semuanya satu persatu. Hansel
dihantar ke Vicious untuk cari villain untuk di bawa ke Enchanted, Ivy menjadi
orang itu. brainwash Ivy untuk menyebelahi Enchanted mungkin atas sebab Losing
heart atau Sumpahan Enchanted itu. Dia tak pasti tapi yang dia tahu punca dia
ke Enchanted ialah untuk mereka mempergunakan magic Ivy untuk selesaikan
masalah mereka.
Heh… you wish… Ahli sihir ini tidak akan berpaling ke Enchanted. Walaupun dia
telah dibuang dari Vicious. Pembuangannya dari tanah kelahiranya sendiri tidak
akan mengubah pemikiran Ivy untuk memusnahkan tanah itu.
Ivy
juga kena cari apa sumpahan yang Morgana letakkan pada Enchanted. Jack mungkin
akan beritahu dia bila mereka keluar—meremang bulu roma Ivy fikir dia akan
keluar dengan lelaki dia benci. Tapi Ivy dapat rasakan Jack tidak akan beritahu
semuanya pada Ivy. So dia kena cari sendiri. Sekurang-kurangnya dia tahu apa
dia nak cari dari tak tahu apa-apa langsung. Dia boleh mula dari situ.
Ivy
mungkin boleh gunakan sumpahan Enchanted itu sebagai senjata untuk mengalahkan
mereka. Seorang diri.
Ivy
memandang burung gagaknya di bahu dengan senyuman penuh wicked. “This is really
interesting…”
Watch out Enchanted’s…..
Korang akan terima padahnya bila mempermainkan aku dan rampas semua kebahagiaan
aku desis hatinya dan kembali ke biliknya dengan
senyuman yang sama. Teruja kerana telah dapat cara untuk hancurkan tanah itu
semula dengan permainan mereka sendiri.
.
.
Jack
yang di perpustakaan, naik ke bumbung perpustakaan itu, untuk melihat bulan
sabit yang terhias cantik bersama ribuan bintang. Tersenyum sinis memikirkan
ahli sihir muda yang telah menarik perhatiannya dari awal lagi.
“Tunggu
sehingga kau tahu tentang sumpahan tu…” katanya lebih pada diri sendiri.
Sengaja tidak beritahu Ivy tentang sumpahan Enchanted sepenuhnya kerana dia
ingin lihat kebencian Ivy naik pada rakan-rakannya dan hancurkan kepercayaan
rakannya. Setelah itu….
“….Dia
akan menyesal.”
>X<
(A/N: Hmmm… Interesting….
Chapter ni agak gelap and interesting pada masa yang sama. Anyhow the plot
thickens dan mungkin bab seterusnya akan jadi lebih seronok! Lets date this
hunker-licious man!!!!)
[Previous] | [MiT] | [Next]
Comments
Post a Comment