Prologue L.O.S.T
The Fragile Heart
Di
dalam sebuah rumah agam yang kelihatan menggerunkan seperti ia diperbuat dari
kematian dan jeritan sebelum ajal, seram seperti bayang-bayang tidak berjasad
dan Senyap seperti—
“KYAAAAAAAAAA!!!! TIDAAAKKKK!!!!!” Jerit seorang budak kecil dengan tawa yang
nyaring seperti deringan loceng-loceng kecil.
Okay,
tak sesenyap mana bila masuk ke rumah agam itu.
“Come
here little mistress!” Jerit Diaval mengejar orang kerdil setinggi setengah
meter—naked by the way—bergegas turun ke tingkat bawah dengan tuala mandi
didalam tangan.
Diaval
hampir dapat menangkap budak kecil itu tapi gagal kerana si kecil itu dapat
menyelit diantara tangannya dan pecut ke dapur sepantas kaki kecilnya boleh
bawah.
Diaval
turun dari tangga hampir tergelincir kerana lantai yang basah dari budak kecil
yang menjengkelkan itu. Dia sempat selamatkan dirinya dari hempap punggungnya
di atas lantai dengan tangan jatuh dahulu dan putar badannya kearah dapur.
Dimana dia tahu ke mana budak kecil itu akan pergi.
“Taaaakk
naaaaakkk!!!” sahut si kecil dengan mata yang berkaca, melarikan diri dari
lelaki serba hitam yang menggerunkan itu. Muka calar-balar dan senyuman yang
menakutkan.
Sebaik
sahaja si kecil tiba di pintu dapur, dia terlanggar seorang wanita berjubah
hitam yang mengheret di lantai. Si kecil mendongak melihat ibunya sama terkejut
seperti dia.
“Ivy?
You..... kamu... berbogel?” Soal Ibunya dengan kening terjungkit tinggi. Kedua
tangannya sibuk memegang surat khabar dan kopi pagi. “Mana Diaval?”
“Tidak!”
sahut si kecil Ivy sambil menghentak kaki. “Vee tak suka Dewal! Dewal
menakutka—Ah!!” seseorang memeluk si kecil Ivy dari belakang dengan kain dan
mengangkat dia kedalam sepasang tangan yang besar. Membuat si kecil Ivy meronta
untuk seketika sebelum mengetahui siapa yang memeluknya.
“Ayah!”
sahutnya dengan girang dan memeluk leher ayahnya dengan erat. Menggosok pipiya
pada pipi ayahnya sekali. “Bila ayah balik?”
“Just
a moment ago.” Jawabnya dengan senyuman menawan. “Viv baru habis mandi ke?”
Ivy
mengangguk dan bibirnya kembali murung dengan comel. “Dewal mandikan Vee....”
“Little
Mistress!!” jeritan Diaval membuat Ivy memeluk ayahnya dengan erat. Takut
mendengar laungan kuat burung gagak berubah manusia itu.
Diaval
break mati dari lariannya bila dia lihat kedua Tuannya berada di hadapan mata
bersama anak mereka didalam dakapan si Ayah dan Diaval segera tunduk hormat.
Menyembunyikan tuala mandi dibelakangnya.
“My
apologise Master... Mistress.”
Masternya
hanya ketawa besar mendengar Diaval meminta maaf. Manakala Mistressnya
menggeleng tidak menerima kesalahannya.
“Its
okay D. Suatu hari nanti Viv akan biasa dengan kamu.” Katanya menepuk belakang
anaknya yang diselaputi dengan kot kerjanya.
“Uggh,
really Robin? Saya baru je beli kot tu dua minggu lepas. awak dah rosakkannya.”
Marah si Ibu tanpa tinggikan suara. “Besides, apa kamu buat kat rumah? Bukannya
kamu sepatutnya ada kelas di Dementis sepanjang hari ni ke?”
“Oh,
Boogey man jadi pengganti saya untuk kelas petang ni... saya pasti budak-budak
sana pandai lontar daggers dengan mudah pada
dia... anyways...” si Ayah menyelit tangannya lagi satu ke pinggang
isterinya dan memberi kucupan di pipi. “I miss you.”
Muka
isterinya berkerut dan menolak si Ayah menjauhi dia. “You see me everyday.”
“Tak.
Abang tak jumpa sayang sepanjang hari ni. Betul tak Viv?” Soal si Ayah melihat
anaknya ketawa disebalik kedua tangannya sambil mengangguk. “See? Oh... our
daughter show her loves more than my own wife... Viv, give this old man a kiss
please?” katanya dengan dramatic membuat anaknya ketawa sekali lagi walaupun
dia tak faham ayahnya katakan tapi melihat signal ayahnya menyentuh pipi, si
kecil Ivy mengucup pipi Ayahnya.
“Awak
manjakan dia sangat. And stop calling her Viv. It’s Ivy.”
“Tak,
Nama dia Vivian. My sweet little Vivian.” Robin mengusap pipinya dengan pipi
Ivy membuat anaknya ketawa kerana geli.
Maleficent
memutar bola matanya. “Nama tu terlalu
baik untuk dia. Saya nak namakan dia Melicent tapi kamu nak Vivian. Atleast
agree with me untuk panggil dia Ivy. It’s part of her name too.”
“Sayang
boleh panggil dia Ivy kalau sayang nak. Anak Ayah ni tetap akan bernama
Vivian.”
Maleficent
menggeleng Fed up. Suaminya takkan berhenti bergaduh dengannya bila babak nama
Ivy di bangkitkan. Semasa Ivy lahir, Maleficent dah namakan dia ‘Melicent’;
nama yang hampir sama dengan dia sebab Ivy adalah anak Maleficent. Namun sebaik
je Robin balik dari Dementis, dia terus tukar nama Ivy ke ‘Vivian Hood’. Suami
isteri ini bergaduh sepanjang malam tentang nama anak pertama mereka. samada
Melicent atau Vivian, dan akhirnya Maleficent bersetuju dengan nama Vivian
kerana Diaval masuk campur.
Burung
gagak itu penyelamat dengan berikan cadangan mengambil tiga perkataan dari nama
Vivian sebagai nama panggilannya.
Ivi.
Pada
mulanya Diaval cadang tiga perkataan itu disebut sebagai ‘Eivie’ tapi
Maleficent mempunyai cadangan lebih baik. Dia ingin anak pertamanya dipanggil
‘Ivy’ kerana ia diambil dari nama
tumbukan ‘Poison Ivy’.
Dari
situ lah datang nama Ivy dan dipanggil oleh semua rakyat Tanah Vicious. Tiada
siapa tahu nama sebenar Ivy kerana Ibunya tidak ingin Ivy dipanggil dengan nama
‘Vivian’. The name sounds too Good.
Namun
suami isteri ini tetap akan bergaduh tentang nama panggilan Ivy. Robin tetap
berkeras panggil dia ‘Vivian’, manakala Maleficent panggil ‘Ivy’.
Ivy
sendiri pening, tidak tahu nak panggil dirinya apa sehingga Diaval bagi
cadangan kepada Ivy untuk panggil dirinya ‘Vee’. Permulaan ‘Vivian’ dan
pengakhiran ‘Ivy’
“Whatever,
Bak sini dia tu.” Katanya meletak surat khabar dan kopinya di kaunter dapur dan
ingin mengambil anaknya tapi suaminya tidak benarkan. “Robin Hood. Give her to me.”
“Not
until I get my kiss.” Kata si Suami dengan nada manja sambil bibirnya dicebik.
“Kalau tak abang akan manjakan dia sehingga dia nak berkepit dengan abang je 24
hours dan tinggalkan ibunya sorang-sorang dengan Diaval.”
“Don’t
be ridiculous Robin—
“Lagipun
abang nak bawa dia ke Dementis. Dah lama Viv tak jumpa Tuan Jack dan Puan Sally
kan?”
“Sally!”
sahut si kecil sebaik sahaja mendengar nama perempuan yang dia suka. “Vee nak
jumpa Sally! Vee nak main dengan Sally!”
“Right??
Puan Sally ada permainan baru untuk kamu, She called dart the student’s head.
Bunyi macam seronok je kan?” Soalnya buat Ivy mengangguk tanpa tahu apa maksud
permainan itu. “Okay, kalau Viv nak ikut Ayah, Viv kena jadi baik dengan Diaval
dan bagi dia tolong Viv pakai baju okay?”
Ivy
sempat menjeling kearah burung gagak menakutkan itu sebelum memandang Ayahnya
dengan puppy eyes. “Kenapa tak Ayah?”
“Sebab
Ayah nak berlovey-dovey dengan Ibu.”
Jawabnya straight to the point dan mendapat pukulan dibahu oleh isterinya.
“See? Ibu ni pemalu sikit, kamu tak kisah kan ayah dapat ciuman ayah dari ibu?
Private part?”
Si
kecil Ivy hanya sengetkan kepala tak faham sangat dan belum sempat dia nak
menjawab ‘tidak’, Diaval dah pun mengambil Ivy dari tangan ayahnya dan bawa dia
naik ke atas.
“Dewal...
Apa maksud pirate park? Taman permainan ke?”
“Lupakan
je ayat tu Lil’miss, Master dah sememangnya gila dari dulu. Jangan terikut-ikut
mulut besar dia tu.” Suara Diaval kedengaran dari pintu dapur bila burung gagak
itu dah membawa si kecil Ivy nak ke tingkat atas untuk bersiap ke Collage
Dementis.
Sementara
Si Ayah hanya ketawa besar mendengar perbualan mereka berdua.
“You
giving the child a bad influence.” Komen isterinya dengan gelengan kecewa.
“And
I thought you like bad influence on her?” soal si suami pula dan secara
perlahan tangannya memeluk pinggang isterinya. “Sayang cakap abang ni terlalu
‘baik’ untuk Viv.”
Si
isteri memutar bola matanya tapi tidak menolak pelukan suaminya. “Memang pun.
Saya tak kisah awak manjakan dia tapi cakap perverted things? Come on, she grew
up to be a whore before she even turn 15.”
“Hmm....”
Si Ayah memikir untuk seketika, bayangkan anaknya menjadi kaki lelaki dalam
usia tersangat muda. “Mungkin sayang betul. So, can I get my kiss now?” Soalnya
dengan senyuman nakal, mengusik isterinya selalu menjadi permainan utama
baginya. “And I mean it on the Private Part.”
Si
ibu ketawa kecil, bukan kerana usikan suaminya tapi kebodohan lelaki yang
merupakan teman hidupnya ini. “Awak baik jaga mulut Awak tu depan Ivy, or not,
that lips will never—Ever touching
mine.” Katanya menarik collar si suami dengan ganas sebelum memberikan separuh
yang dia inginkan.
.
.
“Sally!!!!”
“Oh
my little Poison Berry!” Sally berlutut sambil depakan tangannya bersedia untuk
menyambut budak 4 tahun itu dan bawa dia berputar-putar dalam dakapannya. “How
I miss you so my child!”
“I
miss you too!!” sahut si kecil dengan tawa riang, tapi tawanya mati bila dia
perasan Suami kepada Puan Sally berada dekat di sebelah mereka. Tersenyum lebar
dari telinga ke telinga (again no ears) kepada si kecil Ivy.
“Hello
Little Maleficent.” Sapa Tuan Jack sambil tundukkan kepala dengan tangan di
dada.
Si
kecil Ivy hanya mengangguk. Tidak bersuara kerana masih takutkan lelaki separuh
tengkorak separuh pumpkin king itu. Ada sesuatu tentang Pengetua Dementis tu
buat Ivy takut untuk bermesra dengannya. Sesuatu di dalam soket matanya yang
hitam yang menghantui jiwa kecilnya dan buat jantungnya berdegup tambah
perlahan dari biasa. Sepertinya kalau Ivy tenung soket tidak bermata itu,
jiwanya akan diserap masuk dan jantungnya akan berhenti untuk selamanya.
Hanya
melihat senyumannya buat Ivy seram sejuk apatah lagi pandang mata Tuan Jack.
Sebab tu Ivy hanya lihat tidak lebih sesaat dua sebelum tumpukan perhatiannya
semula kepada Puan Sally.
“Ayah
kata Sally ada permainan baru untuk Ivy. Betul ke? Betul ke??”
Puan
Sally tersenyum dengan lembut. “Dah tentu sayang. Apa kata kita main di bilik
saya dan biarkan Ayah kamu dan Pengetua Jack berbual di sini okay?”
“Oh
tak, tidak apa Sal.” Pengetua Jack menyampuk. “SAya dan Robin akan keluar ambil
angin di perkarangan Collage ni. Kamu berdua boleh berman di bilik saya.” Tuan
Jack menyentuh bahu isterinya dengna lembut sebelum bergerak kepada lelaki yang
berada di pintu masuk pejabatnya, menyandar di bingkai pintu dengan senyuman
nakal terpapar sambil memeluk tubuh.
“Lets
go Robin.” Katanya dan keluar dibilik itu bersama dengan pengajar collagenya
menuju ke luar bangunan meninggalkan Sally dan Ivy keseorangan.
Sally
turunkan Ivy dari tangannya dan bawa budak kecil itu menuju ke balcony pejabat
tersebut. Puan Sally sempat mengambil dart yang berada di atas meja kerja
Pengetua Jack sebelum dia dan Ivy berada di balcony itu, melihat pelajar
Dementis sedang menjalankan rutin harian mereka di perkarangan taman gelap
Collage itu.
“Permainan
ni mudah sahaja. Kamu lontar dart ni kearah target yang kamu nak. Sebagai
contoh, pekebun bunga tu.” Puan Sally tudingkan jari kearah lelaki gemuk yang
sedang menyiram pokok pemakan manusia di taman collage itu. “Dia target senang,
pasti kamu boleh sasarkan target kamu dengan mudah.” Katanya dan berikan satu
dart berwarna merah kepadanya.
Ivy
mengambil dart tersebut dengan senyap, dan memandang orang nightmare yang
sedang menjalankan kerjanya itu. “Tapi.... dia tak salah. Kenapa nak kenakan
dia?”
Sally
agak terkejut mendengar soalan Ivy. Adakah
dia?—Oh tidak.... desis hatinya dan kembali tersenyum. “Ia hanya untuk
keseronokan. Kamu taknak cuba ke?” pujuknya semanis yang mungkin. Berharap
budak kecil itu akan ubah fikiran.
Ivy
diamkan diri untuk seketika, melihat lelaki gemuk tidak bersalah yang hanya
menjalankan kerjanya itu dengan teliti. Akhirnya sebuah senyuman terukir di
bibirnya dan mengangguk. “Okay!”
Sally
juga tersenyum lebar mendengar jawapan Ivy dan melihat budak kecil itu tumpukan
perhatiannya pada targetnya dengan sebelah mata tertutup, lidahnya terkeluar
semasa dia ingin melontar dart itu ke arah pekerja Nightmare itu.
Sebaik
sahaja dia lontar dart tersebut, ia terbang laju di udara menuju belakang
pekerja itu. Sally tertunggu-tunggu jeritan dari pekerjanya tapi dart tersebut
tersasar, lalu sebelah lelaki itu dan terkena pokok bunga itu pula.
“Oh...”
sahutnya agak kecewa. “Takpa, kita cuba lagi sekali—”
“AAAARRGGGHHH!!!!”
Tumpuan
Sally kembali ke pekerja kebun itu dan matanya terbeliak bulat; melihat pekerja
itu telah diserang separuh dari badannya oleh bunga pemakan manusia itu,
menggigit kepalanya dengan ganas tanda bunga itu marah.
Gelak
ketawa budak disebelahnya menarik perhatiannya balik dan melihat Ivy kecil
ketawa terbahak-bahak sambil tuding jari kearah lelaki malang itu.
Dan
Puan Sally perasan sesuatu. “Kamu tak targetkan lelaki tu?” Soalnya sambil
sengetkan kepala. Dia tersenyum lebar bila melihat Ivy mengangguk, tidak dapat
bersuara kerana ketawa banyak sangat. “Bijaknya kamu my little poison bush!
Kamu Berjaya buat saya tertipu ingatkan kamu tersasar tadi!” sahutnya dan
memeluk Ivy dengan erat.
Ivy
tertawa riang. “Vee fikir lebih seronok kalau bunga tu yang kenakan pekerja
dari Vee kenakan dia sendiri. Tengok dia tu!!” dia kembali ketawa melihat
pekerja lain datang untuk menolong pekerja malang itu tapi mereka juga
ditangkap dengan dahan pokok bunga itu kerana menganggu. Akibatnya lebih baik
dari kenakan seorang pekerja!!
Sementara
itu, di taman Dementis, Pengetua Jack dan ayah Ivy terhenti dari langkah mereka
bila mendengar jeritan nyaring itu datang tidak jauh dari mereka dan melihat
pekerja malang yang kena serang oleh pokok pemakan manusia itu.
“Apa
dah jadi?” Soal Robin dengan senyuman nakal terhibur pada wajahnya. Tidak cemas
langsung sebab perkara seperti itu sudah biasa berlaku di Dementis. Jadi
maklumlah bila pelajar tak berlarian atau menjerit bila melihat pokok itu
meroyan.
Pengetua
Jack perasan dart merah berada di dahan pokok bunga itu dan tertawa. “Nampaknya
permainan Sally dan Little Maleficent telah bermula.” Katanya sambil tunjukkan
dart tersebut kepada Ayah Ivy.
Robin
juga tertawa dan melihat anaknya di balcony menara Jack Skellington sedang berseronok
dengan permainannya bersama Sally. “Aku harap dia tak lontar semua tu ke satu
Academy?” katanya agak takut. “Jangan pandang rendah dengan budak tu.”
Pengetua
Jack hanya mengangguk. Faham maksud ayah Ivy ini. Ivy mungkin kelihatan kecil
dan naive tapi otaknya lebih pandai dari budak 4 tahun yang biasa. Dia sama
seperti tiga budak Nightmare nakal yang suka berkeliaran di dalam Dementis;
Shock, Lock dan Barrel. Mereka ada sahaja hela untuk kenakan penghuni Dementis
dan buat hari-hari biasa pelajar di Collage itu kucar-kacir.
Cuma
Ivy lebih teruk. Dia dua kali ganda teruk dari gabungan otak tiga budak
Nightmare itu.
“That’s
what you get bila Wanita terkejam berkahwin dengan lelaki dengan otak yang
penuh dengan muslihat extreme.” Usik Pengetua Jack membuat mereka berdua ketawa
dan kembali berjalan dilaluan taman itu.
“Yeah...
tapi Maleficent masih risaukan Ivy. Dia fikir masih ada ‘kebaikan’ dalam jiwa
Viv.”
Langkah
Pengetua Jack berhenti seketika. “Dia mengesyaki Hati tu ke?”
Robin
menggeleng, teruskan langkahnya dan Jack kembali mengekorinya. “Tak, dia syak
‘kebaikan’ tu datang dari saya.” Ayah Ivy tersenyum nakal. “I was, an Enchanted
Before.”
“Ya
tapi itu... apa? 60? 70 tahun yang lalu?” Soal Jack dengan kening terjungkit
tinggi. “Takkan Maleficent masih fikir kau ni ‘baik’? dan... berapa umur kamu
sebenarnya?”
“58.”
Jawabnya dengan senyuman. “Kau tahu Maleficent tu macam mana? Degil. Stubborn
as an ox tapi dia jaga hati saya dengan baik...” dia berhenti seketika, rasa
dadanya mekar memikirkan isterinya itu. “Tengok mukaku. Sampai sekarang tak
kerepot. She do loves me walaupun dia menafikannya.”
“Oh
aku boleh tahu dari melihat muka kau sahaja.” Jack Skellington mengangguk
dengan tawa kecil. “Kau tak pernah menyesal serahkan hati kau kat dia. That’s a
risky choice you know?”
“I
know.” Jawabnya, menendang batu yang berada di hadapannya. “Tapi aku percayakan
dia.”
Jack
Skellington hanya mengangguk, tidak memberi sebarang komen tentangnya lagi
kerana dia faham maksud Ayah Ivy kerana dia juga... telah berikan hatinya
kepada seorang Bekas Enchanted. Walaupun ia merbahaya tapi mereka percayakan
pasangan mereka untuk jaga hati mereka dengan baik.
You
see, Sally bukanlah seorang Villain, kerana dia mempunyai hati yang suci dan
niat yang baik. Dia takkan dihumban ke Vicious selepas peperangan Dua Bilah itu
kalau tidak kerana pilihan Sally sendiri ingin ke Vicious.
Sally
mengambil keputusan untuk tinggal di tanah penjara itu kerana dia ingin
bersama-sama dengan Jack, tinggalkan dunianya yang sempurna di Enchanted hanya
untuk hidup sepanjang hayatnya yang tiada pengakhiran bersama Master of
Halloween itu, raja kepada segala mimpi ngeri manusia.
Seperti
mana Sally menyayangi Jack, begitu juga tengkorak ini yang sanggup serahkan
hati hitamnya kedalam jagaan puteri gelapnya. Membina istana di atas gunung
untuk melindungi isterinya dari cacian dan makian orang Villain kearah Sally.
Tapi istana hanya mereka berdua sahaja menghuninya tidak kekal lama kerana
Sally rasa kesunyian duduk didalam istana yang kosong itu. Jack tahu Sally
sukakan kanak-kanak tapi mereka orang Nightmare tidak dianugerahkan dengan
keturunan mereka sendiri dan untuk mengisi kekosongan dalam hati mereka berdua,
Jack Skellington mengumpul semua orang Nightmare semula untuk membangunkan
Istana itu sebagai sekolah bagi anak-anak Villain. Mengajar mereka kearah
kegelapan dan keburukan dan ini membuat isterinya teruja sehingga tak terkata.
Dan
berikan nama Collage itu sempena nama Anak Jack Skellington dan Sally yang
tidak akan pernah wujud didalam dunia itu. Dementis. Collage Dementis.
Jack
Skellington akan buat apa sahaja untuk menggembirakan isterinya itu. Setelah
apa yang isterinya telah buat kepadanya. Korbankan kehidupannya untuk dirinya
yang hina. Sekurang-kurangnya dia membayar pengorbanan itu dengan kegembiraan
Sally.
Sama
seperti kisah Robin dan Maleficent. Robin Hood; adik kepada Red Riding Hood
telah menjadi tahanan orang Villain dari kecil dan dibawah pantauan Maleficent
semasa perang Dua Bilah. Dia menjadi tahanan untuk Red Riding Hood menyerah diri
dan beritahu mereka tempat persembunyian The Great Wizard Merlin tapi Red
Riding Hood enggan beritahu dan terbunuh kerana dimakan oleh the Big Bad Wolf.
Serigala yang telah lama ingin merasa darah Red Riding Hood itu dijatuhkan
hukuman oleh orang Villain kerana membunuh satu-satunya cara untuk mengetahui
tempat perlindungan Para putera-puteri Enchanted.
Jadi
Robin dijadikan tawanan; hamba kepada maleficent dijadikan assassin untuk
mencari tempat persembunyian itu. tapi tidak pernah beritahu Maleficent kerana
Robin Hood juga bukan sahaja mendengar arahan dari Maleficent tapi juga Jack
Skellington yang masa itu telah jatuh hati pda seorang wanita Enchanted. Tidak
ingin memusnahkan tanah itu sehingga Jack Skellington dapat menyelesaikan
masalah hatinya dahulu.
Robin
tidak pernah beritahu dimana tempat persembunyian itu sehingga perperangan dua
bilah berakhir dan kesemua Villain dihumban ke Vicious. Tanah untuk orang-orang
kejam seperti mereka.
Robin
pula tidak dihumban ketanah itu kerana sepanjang dia menjadi Assassin, dia
menjalankan tugas sulit, menghantar mesej diantara Jack Skellington dan The
Great Wizard Merlin untuk menghentikan Perang itu.
Robin
diberi peluang untuk hidup di tanah Enchanted sekali lagi dan mulakan hidup
baru tapi Robin menolaknya. Dia ingin memulakan ‘hidup barunya’ itu di Vicious.
Dimana Maleficent berada. Dia mengambil keputusan itu kerana dia mengaku yang
dia telah jatuh cinta dengan ahli sihir itu. Telah melihat kesengsaraan yang
Maleficent lalui, kesedihan yang dia hadapi dan kesunyian dalam hidupnya.
Bagaimana dia boleh menjadi jahat dan ingin memusnahkan Enchanted.
Bukan
salah Maleficent tapi salah King Steven yang telah mencuri hati ahli sihir itu
dan mempermainkannya. Menggunakan magic Maleficent untuk mendapatkan takhta dan
membuangnya seperti sampah setelah mendapat apa yang dia inginkan.
Robin
Hood ingin berikan Maleficent peluang kedua untuk berbahagia. Ingin membantu
buka mata Maleficent yang ada lelaki yang lebih baik dari Raja Steven itu dan
dia ingin membuktikan dia ialah lelaki yang boleh jadi peneman hidupnya untuk
selamanya.
Dia
sanggup berikan hatinya walaupun dia tahu Maleficent tidak mencintainya balik,
Robin sentiasa menemani Maleficent bila dia bersedih atau marah kerana
dendamnya terhadap Enchanted tidak tercapai, Robin sentiasa berada di sisinya
untuk menenangkan dia, bercerita dengannya dan cuba membuat Maleficent ketawa
semula.
Ia
bukan kerja yang mudah. Ia makan berpuluh tahun lamanya untuk membuka mata
Maleficent untuk pandang Robin, untuk membuka matanya yang Robin ada untuknya.
Ia makan masa lebih lama sehingga Maleficent menerima Robin sepenuhnya kedalam
hidupnya.
Maleficent
mungkin menafikan yang dia juga ada perasaan terhadap Robin tapi Robin tahu
perasaan maleficent kerana dia telah menerima hati Robin kedalam dirinya. Tidak
ingin melihat Robin pergi dahulu dari dia bila dia perasan perubahan umur pada
wajah Robin. Dia menyimpan hati suaminya supaya Robin tidak kelihatan tua bila
umurnya meningkat setiap tahun. Tidak ingin dia pergi dengan cepat bila Maleficent
telah menerima lelaki itu. kerana Maleficent tidak sanggup ditinggalkan sekali
lagi.
Sehingga
lah si kecil Ivy muncul didunia itu. Dunia Maleficent makin cerah dan dendam
terhadap orang Enchanted telah lenyap didalam mindanya.
Robin
ingat kehidupan mereka akhirnya aman dan tiada lagi perasaan dendam dan
peperangan berlaku bila Ivy membesar, mereka hidup dengan gembira—dah tentu
pertelingkahan kecil berlaku antara Robin dan Maleficent tentang kebaikan
Ivy—tapi tiada apa yang besar yang boleh merobohkan rumah tangga mereka.
Sehingga
lah hati seseorang muncul didalam
diri Ivy tahun lalu.
Robin
tidak pernah rasa setakut itu bila mengetahui Ivy mempunyai dua hati pada malam
Robin membawa dia ke Dementis untuk berjumpa dengan Jack Skellington untuk kali
pertama.
Ivy
menjerit dengan nyaring di laluan pejabat Jack, menyentuh dadanya sambil
bercakap sesuatu yang Robin sendiri tak faham.
Ivy
yang masih baru dengan percakapan, jeritkan sesuatu yang tidak jelas. Hanya
beberapa perkataan sahaja yang Robin dapat agak, seperti; ‘Tidak’, ‘Louis’,
‘Diaval’, ‘Mary’, dan ‘Jack.’ Nama-nama yang Robin tidak kenal kecuali nama
Jack Skellington dan burung gagak isterinya.
Jeritan
itu masih segar didalam minda Robin seperti baru semalam Ivy menjerit dengan
penuh kesakitan seperti itu. Dia terus beritahu Jack Skellington tentang
serangan mendadak itu dan Jack beritahu hati seseorang telah bertapak didalam
Ivy. Mereka ingin mengeluarkannya tapi seutus sampul surat dari The Great
Wizard Merlin tiba, memberitahu yang dia akan datang ke Dementis tentang Hati tersebut.
Setelah
mengetahui kenapa Hati itu berada
didalam Ivy, Robin menjadi tambah takut. Takut untuk beritahu Maleficent
tentang hati dari Enchanted itu.
Maleficent pantang mendengar apa sahaja berkaitan dengan Enchanted apatah lagi
Wizard Merlin. Dia tentu naik berang dan buat apa sahaja untuk tidak ada kena
mengena dengan tanah seberang itu. termasuk
menarik hati itu dari Ivy dan
biarkan dunia mengalami malapetaka.
“Wizard
Merlin ada jumpa aku semalam.” Jack Skellington bersuara menarik Robin kembali
kea lam reality. “Dia beritahu yang dia akan ambil Ivy sebagai pelajarnya di
Gracious tahun depan.”
“Tak.”
Jawab Robin dengan cepat. Terlalu cepat. “Maleficent akan bakar dia hidup-hidup
kalau dia dapat tahu anaknya akan ke Enchanted. Dan salahkan aku sebab ‘personaliti’ baik aku punca dia ke
sana. She’ll burn me to death.”
Jack
Skellington menepuk bahu Robin, agak bersimpati keatas lelaki ini kerana
mendapat isteri yang mempunyai ego yang tinggi. “Jangan risau, Kami Nightmares
akan lakukan apa saja untuk melindungi Little Maleficent dari orang-orang
Enchanted.”
Robin
menghembus nafas lega dan menggenggam tangan Jack yang menyentuh bahunya dengan
erat. “Thanks Jack.”
“My
Pleasure. Sally dah melekat dengan Little Maleficent, aku pasti dia akan pujuk
aku untuk buat sesuatu untuk simpan Little Maleficent. Oh dan—” Ayat Jack
Skellington terhenti bila sebatang dart terbang kearah Robin dan Ayah Ivy
segera mengelaknya dari terkena tepat pada dahinya. Dan batang Dart itu terkena
pada pelajar yang tidur di bawah pokok tidak jauh dari mereka.
“Ouch!!”
Mereka
berdua mendongak ke balcony pejabat Jack Skellington dan melihat wajah terkejut
Sally dan juga Ivy yang ketawa menutup mulut, menahan diri dari ketawa
terbahak-bahak.
“Ivy,
kamu hampir kenakan Ayah kamu!” tegur Sally tanpa tinggikan suara. “Saya dah
kata berhati-hati sikit supaya—
“Vee
sengaja lontar keara Ayah.” Jawabnya dengan senyuman nakal disebalik tangan
kecilnya. “Vee tahu Ayah akan elak dart tu dan Sally suruh kenakan lelaki tu
kan?” Soalnya dengan innocent dan tersenyum. “Vee dah Berjaya kenakan dia!”
Jack
Skellington hanya tersenyum melihat Sally menggeleng dengan senyuman dari
balcony pejabatnya. “Little Witch buat hal lagi.”
Robin
berpaling melihat pelajar menarik keluar dart tersebut dari pinggangnya dan
ketawa. “Aku rasa aku tahu apa yang Viv cuba buat.”
Jack
Skellington juga ketawa. “Like Father like daughter.”
“Why,
Thank you.” Robin tunduk dengan senyuman bangga terpapar pada wajahnya. “you
were saying?”
“Hm?
Oh ya, tentang Hati kedua Little
Maleficent.” Perkataan itu membuat senyuman Robin hilang dengan serta merta.
“Wizard Merlin kata hati tu mesti
berada di bawah perlindungan orang Enchanted, mereka takut orang yang tak
sepatutnya di Vicious tahu tentang hati itu dan akan buat apa sahaja untuk
menghapuskannya.”
Robin
diamkan diri untuk sementara waktu. “Tiada cara lain ke? Selain bawa dia ke
sana?”
“We
can always put her in Dementis.” Jawab Jack Skellington dengan slamber.
Sepertinya dia telah memikir cara itu sebelum ini. “Selagi dia dapat
perlindungan orang Nightmare, dia mungkin akan terselamat dari Villain. Tapi
kemungkinan hati itu tersebar ke
telinga orang Vicious agak tinggi juga. Ivy sendiri mungkin akan bongkarkan
tentang hati itu dan tersebar ke
semua pelajar sehingga keluar Collage.”
“That’s
bad...” bisiknya mula risau kalau khabar angin seperti itu sampai ke telinga
isterinya.
“Robin...
suatu hari nanti Ivy akan ke Enchanted juga walaumacammanapun kita cuba untuk
lindungi dia. There’s something will happen diantara dua tanah ni dan hati didalam diri Ivy mungkin kunci
untuk mengelakkan peperangan antara Vicious dan Enchanted berlaku sekali lagi.”
“You
think I don’t know that?” Soal Robin dengan nada marah. Mula sakit kepala
memikirkan beban anak tunggalnya akan pikul. Robin menarik nafas sebelum
menghembusnya dari mulut dengan berat. Meramas rambut perangnya dengan kasar
sebelum mengeluh sekali lagi. “... tapi kenapa Ivy?” soalnya tidak tinggi dari
satu hembusan
Jack
Skellington tersenyum simpati pada Robin dan menyentuh belakang kawannya itu.
cuba berikan semangat untuk Robin walaupun ayat seterusnya kurang tidak
menyokong semangat Robin; “I wish I knew tapi The Wizard Merlin masih enggan
untuk bersuara.”
Ayah
Ivy menghembus nafas lelah dan mencengkam rambutnya, mendongak keudara dengan
mata tertutup erat. Matanya mula berpinar-pinar kerana sakit kepala yang datang
melanda secara mendadak. “Dear Lord, bila semua ni akan berhenti?” soalnya
lebih kepada diri sendiri.
Jack
Skellington hanya mengusap belakang Robin tanpa berkata apa-apa. Lelaki ini
hanya inginkan hidup yang tenteram dan aman bersama keluarganya tidak akan
tercapai kerana anaknya yang tidak bersalah terlibat dengan tanah Seberang yang
Isterinya benci sampai mati.
Jack
ingin bersuara tapi terbatal bila dia rasa sesuatu tajam menusuk ke dadanya,
membuat dia mengambil langkah kebelakang sedikit dan menyentuh dadanya.
“Oh
my—VIVIAN HOOD!!” Robin Hood yang
melihat serangan itu juga terkejut dan menjeling kearah mana anaknya berada.
“kamu dalam masalah besar young lady!”
Jack
yang terkejut melihat sebatang dart tertusuk pada sekuntum bunga yang terselit
pada suitnya tidak berkata apa-apa. Menarik dart tersebut tanpa merasa sebarang
kesakitan sebelum mendongak ke balcony pejabatnya. Melihat Ivy ketawa pecah
perut, tawanya yang nyaring itu sampai ke telinga (noted no ears) Jack
Skellington dan ini buat pengetua Dementis ini juga ketawa.
“Asal
kau ketawa?” Soal Robin hairan.
Jack
hanya menggeleng dengan senyuman lebar. “Dia mempunyai mata yang tajam macam kau.
Macam mana dia boleh sasarkan dart ni ke bunga sekecil ini dari jarak yang
sangat jauh?” Soalnya menarik keluar bunga merah yang kecil pada suitnya. “Dan
kita bergerak. Aku takkan tipu Robin, tapi kalau anak kau pegang kayu sakti
satu hari nanti, tentu sasarannya takkan pernah terlepas. Dan dengan otak cair
macam tu? Oh my...” Jack ketawa sekali lagi. “She might become more powerfull
than her mother one day.”
Robin
juga ketawa mendengar kemungkinan itu dan mengangguk, tidak menafikan teori
Jack. “Seperti yang kau cakap Jack. Ini hasil dari perkahwinan ahli sihir
terkejam dan assassin minda penuh dengan idea gila.”
Mereka
berdua kembali ketawa dan sambung perjalanan mereka kembali masuk ke Bangunan
Dementis dan naik ke Pejabat Pengetua Jack untuk menyertai permainan Ivy dan
Puan sally mengenakan hampir kesemua penghuni Collage itu.
Tanpa
mereka sedari, itulah permainan terakhir Ivy yang dia akan main bersama
Ayahnya. Kerana beberapa seminggu lebih selepas kejadian itu....
Ayahnya
telah tiada.
>X<
10 tahun akan datang.....
Jack
Skellington berada di pejabatnya, sedang perhatikan model istananya dengan
senyap, melihat pelajar-pelajar Dementis sedang menjalankan kerja harian mereka
melalui model tersebut. Bermain, buat kerja sekolah, membuli, membuat muslihat dan
hela dilaluan Collage itu. Membuat ritual tersendiri di bilik bawah tanah. Dan
banyak lagi karenah pelik pelajar-pelajarnya dan setiap kelakuan mereka membuat
Jack bangga setiap hari.
Tapi
dia tetap sedih pada masa yang sama. Melihat semua pelajar kesayangannya
membesar setiap hari dan akan pergi dalam hidupnya tanpa dia sedari. Sama
seperti seorang kawan yang telah pergi didalam hidupnya 10 tahun yang lalu.
Pergi
tanpa amaran dan pemergian tanpa dijangka.
Jack
Skellington menghayunkan tangannya di atas model collage itu, memutar balik
masa ke 10 tahun lalu, kali terakhir kawannya datang membawa anaknya ke
Dementis.
Sepertinya
masa berputar balik pada saat itu didalam model istananya. Melihat dia dan
Robin Hood berjalan di laluan taman sambil bercerita tentang kehidupan mereka
dan masalah yang mereka akan tempuhi pada masa hadapan. Tapi malangnya hanya
Jack sahaja yang tempuhi masalah itu tanpa Robin.
Kematiannya
tidak dapat di jangka. Jack Skellington sendiri takkan jangka yang Robin akan
pergi secepat itu. Ya, dia tahu Robin takkan hidup lama. Mereka berdua sendiri
jangka Robin takkan hidup lama bila dia mengambil keputusan untuk tinggal di
sisi Maleficent tapi... pergi semasa anaknya masih kecil?
Ia
meninggalkan kesan yang dalam pada hidup Ivy. Setelah kematian Ayahnya, Ivy
telah berubah menjadi perempuan yang senyap dan dingin kepada semua orang,
sehingga dia dapat kawal kayu saktinya, dia menjadi seseorang yang tidak
memberi belas kasihan kepada sesiapa langsung. Menghukum kawannya dan orang
yang lebih tua darinya jika mereka buat Ivy sakit hati. Tak beri peluang untuk
mereka minta maaf langsung kepadanya dan seksa mereka tanpa rasa bersalah.
She is Maleficent’s Daugther.
Ketakutan
Ivy hanyalah satu dan itu ialah Ibunya sendiri. Tiada siapa berani dengan
Maleficent di tanah Vicious itu kerana Ivy. Dan tiada siapa berani dengan Ivy
kerana dia anak Maleficent. Like Mother like Daughter.
Tapi
Jack Skellington tetap berharap masih ada hati dan perasaan didalam diri Ivy,
walaupun ia hanya datang dari Hati yang
rapuh itu. Kemunculan Hansel ke Vicious juga memberi satu harapan pada
tengkorak ini yang Hansel boleh tolong Ivy untuk kembali berseronok dalam
hidupnya dan tidak mengikut perintah ibunya sahaja.
Dia
berharap.
Dia
berharap untuk Robin,.
Untuk
rakan baiknya.
Kerana
dia berjanji untuk melindungi Ivy dari Enchanted dan juga Maleficent sendiri.
Kerana Maleficent masih tidak tahu tentang hati
didalam diri Ivy.
“Thank
goodness Ivy dengar cakap tentang hati tu.”
Bisiknya dengan hembusan nafas lega. Ivy yang tak dengar cakap orang, mengambil
nasihat Jack dan Sally untuk merahsiakan hati
tersebut.
Bunyi
ketukan pintu kedengaran membawab Jack Skellington kembali ke alam reality. Dia
tidak berpaling kebelakang bila dengar pintu itu terbuka. Dia tetap berdiri
melihat model istananya, hanya mendengar tapak kaki berbunyi di belakangnya,
Jack sudah tahu siapa yang masuk kedalam Pejabatnya.
“Jack.”
>X<
5 tahun seterusnya.....
Jack
Skellington marah. Sangat marah sehingga dia fikir hanya nak membaham semua
orang yang memandang kearahnya masuk kedalam black hole yang dia hasilkan di
sekelilingnya, melenyapkan mata-mata yang menjengkelkan itu.
Sebaik
sahaja dia tiba di pejabatnya, dia menghentak tutup pintnya dengan kuat, hampir
buat pintu itu tercabut.
“Arrgghhh!
That Damn Merlin!” jeritnya keudara sakit hati dan menendang bakul sampah di
tepi meja kerjanya yang penuh dengan habuk kertas, bertaburan di atas carpet
hitamnya.
Aku dah kata aku akan
melindungi Ivy di Dementis, Aku akan perhatikan dia di sini, Dia tak perlu
pergi ke Enchanted! There’s no need for my Little Devil ke Enchanted! The Wee
Merlin only messes everything up here in Vicious! Desis
hatinya geram. Dia bermundar-mandir di biliknya tanpa henti, cuba tenangkan
dirinya yang membara.
“Ini
akibat Vicious dan Enchanted berperang semula! Maleficent tahu anaknya ke
Enchanted dan ingin membalas dendam menggunakan anaknya! Anaknya! Her own flesh and Blood! Hantar Devil ke misi membunuh
ini! Merlin should know better!!”
Satu
ketukan lembut dari pintunya membuat Jack meraung seperti nightmare monster.
Mengganggu Jack semasa dia sedang serabut adalah langkah yang sangat salah.
Tapi
kemarahan Jack redah bila dia tahu siapa yang menganggunya. Sally masuk kedalam
pejabatnya dengan senyuman halus. “My love...”
“Oh
My Soul...” Jack mendepakan tangannya kearah Sally dan isterinya menyambut
tangan tersebut dengan senang hati sebelum memeluk suaminya dengna erat. “This
is a disaster!”
“Saya
tahu Jack... saya tahu.” Bisik Sally sambil mengusap belakang Suaminya. “Kita
tahu Ivy akan pergi juga kan? There’s no stoping thing war.” Sally cuba
tenangkan suaminya. “Kita dah buat sebaik yang mungkin untuk melindunginya.
Sekarang giliran mereka pula.”
“Siapa
akan melindungi Ivy? Aku tak percayakan seorang pun di Enchanted boleh melindungi
Ivy.” Katanya dengan geram, melepaskan Isterinya dan bergerak menuju ke meja
kerja. Menolak ke semua barang diatas meja tersebut ke lantai, melepaskan marah
pada meja tak bersalah itu.
Sally
hanya diamkan diri, mendekati Jack dan menyentuh belakang Jack dengan lembut.
Sentuhan itu membuat otot Jack tenang dengan serta merta. “Pemilik Hati tu ada.” Jawabnya membuat Jack berdecit. “Jack... dia
telah korbankan hatinya untuk selamatkan Ivy, pasti dia akan melindungi Ivy di
sana juga.”
“Macam
mana orang yang tidak berhati ingin melindungi Ivy? Dia heartless dan tidak
berperikemanusiaan. Mustahil dia boleh bantu Ivy—”
“Matanya
kelihatan seperti orang tidak berperikemanusaan ke?” Soal Sally agak tegas
didalam nada yang lembut. “My love, kita dah jumpa dia sekali. Dia berlutut,
merayu depan kita untuk rahsiakan perkara ini dari semua rakyat Vicious. Dia
sanggup terima syarat kita, biarkan Ivy di Vicious sampai sekarang, sedangkan
dia sepatutnya berada di Enchanted 14 tahun yang lalu. Dia sanggup hatinya dalam bahaya di sini dari Ivy dalam bahaya di sana.
Is that a heartless person to you?”
Jack
tidak menjawab persoalan itu, hanya memegang erat bucu meja kerjanya sehingga
meninggalkan kesan pada permukaan meja itu. Kadang-kadang dia benci bila
Isterinya betul, dan dia terpaksa dengar
cakap.
“Fine...”
dia menghembus nafas berat. “Saya harap Ivy akan berikan pengajaran besar dekat
Enchanted untuk saya di sana nanti.”
Sally
ketawa kecil dan menyentuh wajah Jack, memberikan kucupan di pipi Suaminya
tanda terima kasih kerana tidak melawan lagi. “We know she will. Besides, you
said yourselves... abang rindukan kekecohan yang berlaku di tanah ni seperti
zaman gelap dahulu. There is a chance we’ll might have another war...” katanya
dengan nada menggoda membuat Jack Skellington berputar untuk memeluk pinggang
isterinya. “You know what that’s mean right?”
“Another
dream to disturb... another nightmare to collect.” Jawabnya dengan senyuman
lebar terpapar pada wajahnya.
“Dan
melihat The Heartless Witch Ivy the Devil beraksi di pentas peperangan.
Menunjukkan kuasa sebenarnya.” Bisiknya dengan merbahaya. “Kita dapat lihat apa
yang kita dah ajar keatas anak Maleficent sepanjang hidupnya nanti.”
Membayangkan
Ivy menggunakan Magicnya untuk bawa malapetaka ke tanah besar itu membuat Jack
berdengung dengan gembira. “Oh how I love you Sally.”
“And
I love you too.” Sally menepuk pipi Jack dengan lembut dan suruh suaminya
lepaskan dia. “Now, Ivy akan datang ke sini untuk ‘tips’ dari Pengetua Jack dan you... have to prepare a plan for her
to fit in there before the war. Kita taknak our precious Devil kena buli kat
sana kan?”
“Or
dia buli mereka di sana.” Jack menjungkit kening double Jerk.
“Dia
akan kena buang Academy kalau macam tu. Just do it Honey. This is for her own
good.”
Senyuman
Jack pudar dan dia memutarkan bola matanya. Dia
tak suka beritahu Ivy untuk jadi baik. Dah cukup darah Enchanted dalam
badan Ivy dari Ayahnya, takyah lah nak galakkan personality Enchantednya tu
lagi.
“Okay...
okay... saya akan buat.” Jack Skellington mengalah bila Sally dah mula bercekak
pinggang di depannya. Seriously, Jack
tidak boleh melawan isternya walau macam manapun dia cuba.
.
.
Tanpa
mereka ketahui, pada masa itu terdapat dua lelaki tertunggu-tunggu saat
pertemuan Ivy dengan takdirnya di Enchanted. Perempuan yang bukan penyelamat
Enchanted tapi pencetus pada peperangan di antara Vicious dan Enchanted.
Sepasang
kaki panjang berhenti di tepi tasik didalam hutan mahliagai, mendongak ke
langit malam, melihat bintang-bintang malam sedang berbisik kata-kata janji
padanya; janji yang dia tunggu-tunggukan akan tiba dalam masa seminggu.
DIa
tersenyum sinis mengetahui ahli sihir itu akan tiba tapi matanya menunjukkan
perkara sebaliknya. Sepasang mata emas yang penuh dengan kekosongan dan harapan
yang telah hilang.
“How I hate that Witch…” bisiknya dengan nada lawak tapi hatinya tidak terhibur langsung.
Sementara
itu seorang lagi lelaki berada di tanah Vicious sedang melihat didalam
kegelapan, Dia teruja untuk melihat permainan hidup itu bermula sebaik sahaja
Ivy menjejak kaki ke Enchanted. Ingin melihat huru-hara yang Ivy buat,
kesilapan yang dia buat, kesedihan dan kekeliruan yang dia akan hadapi dan
kebencian yang akan lahir dalam diri ahli sihir muda itu.
Orang
Vicious yang telah lama diamkan diri, hanya berdiri didalam bayangan dan
menikmati kesilapan manusia yang telah buat kontrak dengannya, kesilapan yang
dia sengaja buat dan tahu dia sedang membunuh dirinya sendiri demi ahli sihir
yang dia cintakan.
“Such
a strong Heart that kid have but becoming fragile as the days goes by just to
save the one the Brat truly loves... Such Tragic.” Katanya didalam kegelapan
dengan mata yang tajam dan senyuman sinis sahaja kelihatan. “Macam mana akhir
peperangan yang ini pula? Is it happy ending? Or not?”
>X<
(A/N: Lets cut the chase
here baby~ So the truth has come out! Masa untuk isi persoalan tentang semua
kejadian ni je!!!! Mwahahahahahaha! (^_____^) see you in the next chapter!)
haha.. bertambah lagi persoalan..
ReplyDeletesiapa dua orang tunggu si ivy.. itu menjadi persoalan sekarang ini.. dan soalan lagi satu, apa jadi kat robin hood... tiada jawapan lagi.. lain semua dah clear..
Hahahahaha... dengan perlahan angah akan huraikan segala persoalan tu. huhuhuhuhuhuhu and how robin Hood die will be cleared on the next chapter. So, Stay tuned!! *Kisses*
DeleteJab² Louis ke jack pemilik hati tuh ? Oke pening² . harap² Louis laa pemilik hati tuh. Janganla jack .
ReplyDeleteHahahahahaha.... mari kita berharap bersama2 huhuhuhuh Jk Jk! *Grin Grin* ^___^
Deletehuhuhuhu dari awal i know it. hati tu milik jack kan angah.....kan kan kan kan....oh noooo..... pls.....give me next chapter A. S.A.P angahhhhhhhhhhh
ReplyDeleteKorang bebas buat tafsiran sendiri and I like it when you hv different oppinion too hahahhaha (͡° ͜Ê– ͡°)
DeleteBUT, no spoiling the stort sebab x best la kalau korang dah tahu kan? Kan?
Huhuhuhu *hugs&kisses*