First L.O.S.T
The Villain's Plan
Di
korido Istana Dementis; Juga merupakan campus kepada pelajar Vicious
mempelajari Ilmu gelap dan kejahatan, Laluan yang dipenuhi dengan pelajar
tersebut sedang melakukan kerja harian mereka mengikut kelas yang telah mereka
ambil pada musim panas.
Dottie
dan Caramel juga didalam kalangan pelajar-pelajar yang sedang lepak didepan
locker sendiri. Sedang bercerita sesama sendiri, bergossip dan merungut tentang
kekejaman guru kesayangan mereka dalam subjek herbology. Dua young Villain yang
agak terkenal sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Campus Dementis itu.
Mereka
dikenali sebagai rakan rapat The Heartless Witch, Ivy the Devil. Dahulunya
disanjungi sebagai ahli sihir yang berpotensi tinggi untuk menjadi seperti
ibunya, Maleficent. Namun darah Enchanted didalam badan ahli sihir muda itu
telah membawanya kembali ke tempat ayahnya lahir dan mereka tidak lagi
menyanjungi wanita itu. jadi Dottie dan Caramel juga mendapat kesan yang sama
walaupun mereka Pure Vicious; Dihindari oleh pelajar collage tersebut.
Setelah
ketiadaan Ivy the Devil, dua wanita itu mengembalikan nama mereka sebagai
pelajar freshmen yang cemerlang pada tahun pertama mereka di situ; sekali
bersama Hansel, rakan baru mereka dalam semua kelas mereka ambil. Mereka
bertiga digelar sebagai the Missivious Trio. Sama seperti tiga budak orang
Nightmare (Shock, Lock dan Barrel) yang suka kenakan pelajar-pelajar Dementis
dengan hela mereka sendiri. Memanipulasi, hela, sumpahan dan perangkap yang
mereka buat untuk buat hari-har pelajar Dementis bagaikan neraka di alam nyata.
Mereka
mendapat gelaran tersendiri seperti Ivy The Devil. Polkadot De Vil; Di gelar
sebagai The Beast Tamer kerana pada subjek Mystical dark creature, dia boleh
mengawal segala haiwan gelap mengikut kehendaknya dan menggunakan mereka untuk
kepentingannya sendiri. Caramel Sweet; Caramel the seductress atau the
seductress witch, menggoda pelajar dengan kelebihan magicnya membuat manisan
yang boleh meracuni, menggoda dan hipnotiskan mereka dengan manisan wangian
magic yang dia miliki. Tiada pelajar yang pernah melepaskan diri bila telah
tertangkap oleh anak nenek Sihir pakar manisan ini. Manakala Hansel Gingerman;
Hansel the Mysterious Charmer. Dia lelaki yang paling merbahaya didalam Campus
tersebut, tiada siapa memahami gerak geri lelaki itu, cara dia berkomunikasi
dan boleh mempergunakan orang tanpa sesiapa syak tentang niat sebenarnya. Tidak
seperti Caramel yang menggunakan magic, Suara Hansel sahaja cukup untuk
menggoda para wanita untuk masuk kedalam perangkapnya dan perangainya untuk
menarik kepercayaan lelaki.
Namun,
pada suatu hari, Hansel Gingerman menghilangkan diri setelah seminggu lebih
tidak datang ke campus. Dua rakannya cuba mencari lelaki itu di Gunung Furious
namun tidak membuahkan sebarang hasil. Dia menjadi sebuah tanda tanya kepada
seluruh penghuni Dementis, tertanya kemana kah hilangnya lelaki tersebut. Ramai
membuat spekulasi sendiri memandangkan Hansel juga bekas Enchanted dan mungkin
kembali ke tanah kelahirannya. Teori dan tuduhan mereka makin kuat dari hari ke
hari sehinggalah Pengetua Dementis; Tuan Jack Skellington sendiri mengumumkan
berita kehilangan Hansel Gingerman.
Dia
telah terbunuh dalam kemalangan yang tidak di jangka. The Great Neverbeast
telah bertapak di Gunung Furious dan telah membaham Hansel, meninggalkan hanya
beg yang berisikan buku pelajarannya. Mengesahkan buku tersebut milik Hansel.
Mereka
semua bersedih atas kehilangan Young Villain yang berpotensi tinggi untuk
menjadi salah satu Villain yang terkuat yang akan tertulis dalam sebuah buku
Fairy Tales.
Tapi
tidak bagi dua rakan ini.
BAM!!
“Urrggghhh!
I hate morning classes!” jerit Caramel selepas menghempas tutup pintu locker.
Dia melihat dirinya dalam cermin yang melekat pada Pintu Locker dan memeriksa
kesan hitam di bawah matanya. “I need my six hour sleep to stay beautiful but
Noooooo….. Prof. Black Beard kata ‘Fresh
Fish only cought fresh in the morning yer Sissy's!’ Bah! Like I care about
that stinkin’ Fish of His!” Marahnya dan merungut bila kesan bawah matanya itu
agak ketara. “Hey Dot, kau boleh kawal merman ke?”
Dottie
yang bersamanya, menyandar pada locker sebelah sambil mengasah kuku dengan
mulut sibuk mengunyah gula getah pemberian Caramel; meniup belon pada gula
getahnya sebelum bersuara; “Tak pernah cuba dan tak akan mencubanya.”
“what—Why?!
You need to! Aku nak balas dendam kat orang tua boroi tu sebab rosakkan muka
aku ni!”
Dottie
berikan jelingan tajam pada Caramel dengan decitan lidah. “Mereka di bawah pemerintahan
Queen Ursula. Kalau kau nak pergi lah minta kat permaisuri gila tu.”
“Tapi
dia Gila. Kau tahu apa jadi kalau
kita kacau dia, dia terlalu gila kuasa sehingga takanak cooperate dengan
sesiapa. She’s a dictator. Versi Laut!” Caramel mengeluh dengan cantik. “Kalau
Hansel ada tentu senang je dia goda Permaisuri Ursula untuk bekerja sama dengan
kita.”
Dottie
tergelak sinis. “Kau masih fikirkan mamat tak guna tu? This is more than like Caramel, its obsession.”
“Tak.
It’s True Love.” Caramel tegakkan perasaan sendiri dengna dagu diangkat tinggi.
“Tak tengok ke camestry antara kitorang berdua? Mr. Charmer and Miss
Seductress? Kami berdua menggoda berlainan jantina untuk keuntungan sendiri? I
create Sweets while He eats them. We are created for each other. Soulmates.”
“Heh,
soulmate perlukan kedua pihak
suka—no, cinta antara satu sama lain.
Kau dan Hansel?” Dottie menggeleng dengan riak muka simpati yang kotor. “Lebih
kepada cinta bertepuk sebelah tangan.It’s not true Love, Carie.”
“It’s True
Love!” Bantah Caramel dengan kaki dihentak kuat. “Jeeezzz apa yang kau tahu
tentang soulmate huh? Kerja kau cari lelaki badan besar, berbulu dan… dan…
Euughhh. Tak nampak macam manusia langsung! A beastiality!”
Dottie
mengibas rambutnya dengan bangga, tidak terasa langsung dengan ayat Caramel.
“What do you know about my love life? sekurang-kurangnya aku ada pengalaman
dalam percintaan bukan macam kau. Tak. Pernah. Langsung.” Kutuknya dengan jari
dituding kearah kawan ahli sihirnya.
Caramel
menyentuh dada, rasa terkilan. “Oh! How dare you point that filthy finger at
me?! Sekurangnya aku boleh kawal ‘lelaki’ aku. Kau pula hanya boleh kawal haiwan. Walaumacammanapun rupa hodoh
boyfriend kau tu, kau tak boleh kawal mereka!”
“Huh!”
Dottie berdengus geram. “Jangan nak komen cara aku dengan ex-boyfriend aku—
“Kau
break dengan Sulfur?” Soal Caramel agak terkejut. Kerana hubungan mereka
kelihatan baik beberapa bulan ini dan tiba-tiba putus hubungan.
“—Hah?
Oh yeah, dia tikam aku dari belakang so aku humban dia kat jurang hujung istana
semalam—apapun, kalau kau bagus sangat ‘kawal’ lelaki kau. kenapa kau tak guna
magic charm kau tu untuk goda Hansel je?”
“I
don’t need one.” Jawab Caramel bangga. “kitorang soulmate jadi hanya perlu masa
je untuk Hansel—
Dottie
mengecilkan matanya pada Caramel membuat ayat ahli sihir ceria itu terdiam
hairan. “Is thaaaat….. Mistress Maleficent?”
“Who?”
Dottie
segera putar Caramel kebelakangnya dan mereka berdua sama-sama terkejut melihat
Mistress of the Darkness berada di laluan istana mereka.
Dua
kawan ini segera tundukkan diri bila ahli sihir terkejam itu berjalan lalu di
hadapan mereka dengan penuh megah dan maruah yang tinggi di bahunya. Jubah
hitamnya yang membara itu terheret di belakangnya menunjukkan kekuasaannya yang
begitu keji dan kejam. Atmosfera di belakangnya menjadi suram dan pelajar yang
telah dia lalu menjadi seram sejuk dan pucat seperti mayat kerana takutkan ahli
sihir tersebut.
Dottie
dan Caramel tundukkan kepala, pastikan mereka tidak bertemu pandangan dengan
ahli sihir kejam itu. mereka dengar jika mata mereka melihat ke mata
Maleficent, roh mereka akan di serap, hanya meninggalkan jasad yang tidak
bermaya; seperti zombie dan zombie tersebut akan digunakan sebagai baja dalam
kebun herba Puan Sally.
Bunyi
kasut tinggi Maleficent berderap dah cukup untuk buat mereka ketakutan. Bergema
di laluan istana itu dengan begitu menggerunkan, seumpama mereka semua akan
bertemu dengan ajal. Dan ahli sihir terkejam itu adalah pembawa mereka.
*Click*Clack*Click*Clack*Click—dan
langkahnya berhenti mendadak.
Dottie
dan Caramel mengecil di tempat yang mereka berdiri, cuak melihat kaki
Maleficent berputar kearah mereka menandakan mereka berdua punca ahli sihir itu
berhenti. Tiada siapa berani mengangkat pandangan mereka. ketakutan yang tidak
terhingga mengikat usus perut mereka dengan erat.
“Raise
your head my children….” Suara The Almighty Maleficent yang lembut lagi kaya
dengan kuasa membuat dua rakan itu saling berpandangan. Tidak tahu jika mereka
telah buat salah atau tidak menyebabkan ahli sihir itu menginginkan sesuatu
dari mereka.
“I command you to raise your heads.” Tidak
sempat mereka ingin mendongak, Maleficent dah tangkap dagu mereka dengan kuku
hitam yang menikam kulit. Memaksa mereka untuk melihat tepat ke matanya.
Mata
Young Villain ini bertemu dengan sepasang mata hijau almerald yang tajam,
membara dengan kemarahan dan kesabaran yang tipis. Mereka berdua menelan air
liur kasar. Dapat rasa kaki mereka gagal tunjukkan keberanian pada ahli sihir
kejam itu.
Senyuman
sinis yang menyeramkan terukis pada bibir nipisnya yang merah dan dilengkapkan
lagi dengan renungan tajam yang boleh mengakibatkan sesiapa sahaja melihatnya
fobia. “So…. Kamu berdua pernah berkawan dengan anak saya betul?” Soalnya membuat
mereka berdua menjadi pucat, seperti mereka telah buat satu kesalahan besar.
“Beritahu saya nama kamu.”
Dottie
mengangguk cuak. “P-Po-Polkadot De V-Vil. The Beast T-Tamer….”
“A
beast tamer?” Soal Maleficent kedengaran tertarik. “tak silap saya Cruella gila
memburu haiwan untuk dapatkan bulu mereka. dan kamu…” Maleficent melihat coat
bulu Dottie. “Hand-me-down coats?”
“T-T-Tidak…
ia pemberian dari haiwan yang dah mati.” Jawabnya hampir tiada suara.
“An
offering?” Maleficent ketawa kecil, agak gembira mendengarnya dan dia berpaling
pada seorang lagi. “Kamu anak Ahli sihir yang tinggal di rumah manisan tu kan?”
Caramel
keluarkan jeritan halus, terkejut mendengar persoalan Maleficent yang tidak
merbahaya itu. mungkin sebab dia takut sangat sehingga persoalan itu dah
dianggap membunuh. “CarameltheSeductress.” Jawabnya dengan cepat, menggigt
lidah kerana takut Maleficent tidak dapat tangkap ayatnya.”
“Seduc…tress?”
Soal Maleficent dengan kening terjungkit sedikit. “Kamu seorang ahli sihir
betul?” Caramel hanya mengangguk. “jadi kamu menggunakan kepakaran magic kamu
dalam manisan untuk goda mangsa kamu? That’s interesting indeed.” Jawabnya
dengan kagum.
Caramel
tak dapat tahan dari menghembus nafas lega mendengar pujian dari Maleficent
tapi segera menutup mulut kerana hembusan nafas itu. Berani dia rasa lega depan
The Evil sorcerers Maleficent. Dia patut digeruni dan hormati. Bukan rasa
selesa atau lega dalam kehadirannya.
“Such
a promising Young Villain. Tak mengejutkan jika kamu dapat berkawan dengan anak
saya. Kamu berdua juga mendapat gelaran dari orang ramai.” Maleficent
melepaskan dagu mereka dan tersenyum kecil. “Korang layak berdiri bersama Ivy.”
Mereka
berdua juga tersenyum kecil, biarkan rasa bangga mereka terselit pada wajah
mereka dan tersipu malu dengan pujian tersebut.
“kami
berbesar hati menjadi kawan Ivy the Devil, Mistress Maleficent.” Dottie
bersuara dengan lembut.
“Dan
saya berharap kamu akan berkawan dengan dia pada masa hadapan kelak.”
Ini
buat dua kawan ini mengangkat kepala mereka pada Maleficent. “Ivy akan kembali
ke Vicious?” Soal Caramel sebelum dia sempat nak halang mulutnya bersuara.
“Mistress
Maleficent, baik kita pergi sekarang.” Seorang lelaki pendek menyampuk dari
belakang, menarik perhatian dua wanita itu. Maleficent menjeling kearahnya
membuat dia mengecut ketakutan manakala dua Young Villain ini hairan kerana tak
perasan kehadiran Rumplestiltskin bersama Maleficent.
Maleficent
hanya berdecit pada lelaki tersebut dengan jijik sebelum kembali memandang dua
young villain itu dengan senyuman 1001 makna. “Kamu akan berjumpa dengannya.
Tapi buat sementara waktu ini, prepare yourselves to be the new great villain
in a fairy Tale book.” Katanya dan bergerak pergi, meninggalkan dua young
villain itu dengan harapan tentang masa depan mereka menjadi villain yang
Berjaya.
Rumplestiltskin
sempat menoleh kebelakang melihat dua wanita itu sebelum mengejar ahli sihir
itu dengan langkahnya yang kecil.
Dottie
dan Caramel juga hanya perhatikan lelaki kerdil itu mengejar wanita yang lebih
tinggi dari mereka berdua. Rasa kasihan pada Rumplestiltskin kerana mengekori
wanita menggerunkan itu. Apa sahaja urusan mereka di Collage itu, pasti
mustahak sehingga Maleficent datang pada waktu matahari terpacak di langit
disebalik awan mendung Vicious. Apatah lagi bertemankan lelaki paling licik
dalam Tanah Vicous itu.
“Did
you smell that?” Soal Caramel setelah Dua Lagendary Villain itu jauh pada
penglihatan mereka.
“Smell
what?”
Caramel
memandang Dottie dengan hairan. “A very stink smell. A strong one too.”
Dottie
kembali menyandar pada locker dan memeluk tubuh. Alihkan pandangannya pada
Caramel semula. “Kau nak kata ada sumpahan diletakkan pada Mistress Maleficent?
That’s impossible.”
“Tak
bukan Miss M.” Caramel menggeleng. “Tapi Rumples. Sesuatu dalam baju dia
mengeluarkan bau tengik yang kuat. Sangat kuat.”
“sesuatu?
A contract?”
Caramel
mengangkat bahu. “Mungkin. Kau rasa itu ke sebab mereka datang ke sini? Untuk
berjumpa dengan Pengetua Jack tentang benda tu?”
Dottie
pula mengangkat bahu, matanya tertumpu kembali kea rah mana lelaki pendek itu
telah pergi bersama Mistress Vicious. Wajahnya tegang tanda berjaga-jaga.
“Apapun contract tu terkandung. Ia pasti ada kena mengena dengan Ivy.”
Caramel
juga memandang kearah mana Dottie merenung dan mengangguk risau. “I have a bad
feeling about this….”
“From
one to ten. How bad is it?”
“Twenty.”
Pintu
pejabat Pengetua Jack dibuka dengan kasar secara magic membuat Ruler of
Nightmare Realm berpaling dari model Istananya, melihat ahli sihir bertanduk
hitam, tinggi 180cm dan berjubah hitam yang diperbuat dari magic terkejam di
atas tanah itu masuk dengan bunyi tumit tinggi yang bergema dengan
menggerunkan. Bersama tongkat sakti didalam tangan yang bercahaya dengan penuh
maruah dan kekuasaan sama seperti setiap langkah besar yang dia ambil untuk
masuk kedalam bilik tersebut.
Jack
Skellington terus tersenyum lebar dengan tangan didepakan dengan luas,
mengalu-alukan Lagendary Villain kedalam pejabatnya. “Ah! What can I do for you
My Mistress?”
Semasa
Jack Skellington ingin tunduk, Maleficent mengangkat tangannya. Tidak perlu
etika formal itu dan teruskan ke niat kenapa dia datang berjumpa dengan Jack
Skellington. Maleficent mengibas jubahnya, menunjukkan seorang lelaki kerdil
yang bersembunyi dalam bayangannya, mengecut ketakutan kerana tidak berani
berdepan dengan The King Of Nightmare. “Ada sesuatu yang kamu patut tahu Jack
Skellington.” Katanya dengan nada lembut tapi merbahaya, dia gunakan tongkat
saktinya untuk tolak RUmplestiltskin berdepan dengan Pengetua Dementis. Seperti
Rumplestiltskin seorang budak kecil yang telah ditangkap dari membuat kesalahan
besar.
Jack Skellington kecilkan matanya pada lelaki
kerdil itu dan mengusap dagu dengan perlahan. “Hmmm…. Apa benda ni buat kat
Sekolah saya? Dan apa dia buat bersama kamu Mistress?”
Mereka
berdua merenung kebawah Rumplestiltskin yang berada diantara mereka, renungan
maut itu membuat Rumplestiltskin rasa lebih kecil dari sebelumnya. Dia membuka
topinya, tersengih-sengih ketakutan pada Tuan Jack tapi tertunduk bila renungan
itu makin tajam dari sebelumnya. Dia bermain dengan hujung topinya sambil
menggigit bawah bibir.
“Bercakap Rumples.” Arah Maleficent tiada kesabaran untuk lelaki tersebut.
Rumples
melompat terkejut dan membelakangkan diri dari Maleficent tapi langkahnya terhenti
kerana teringatkan Tuan Jack berada di belakangnya juga. Jadi dia tundukkan
diri, rasa nak pitam dan terkucil di antara mereka. kalau dia buat macam tu,
nyawanya dalam masalah.
“Uhm—Err…
Tuan Jack—
“Did
I hear Mal datang??” Pintu bilik Pejabat Tuan Jack dibuka bersama satu suara
merdu datang masuk, menarik perhatian mereka tiga. Suara itu menyelamatkan
leher Rumplestiltskin untuk beberapa minit. Puan Sally masuk dengan penuh sopan
santun dan senyuman gembira yang manis terukir pada wajahnya bila dia lihat
rakannya berada di istana mereka lagi.
Maleficent
juga mengukirkan senyuman gembira melihat Puan Sally dan depakan tangan untuk
menyambut pelukan Sally. “Saya minta maaf kerana tak beritahu kamu awal-awal
yang saya datang ke sini. I just have a little business with your husband and
might not join you for a bugger tea.”
Sally ketawa kecil dan mengipas tangannya. “No
worries Mal, saya dengar dari tiga budak Nightmare yang mereka lihat kamu di
laluan istana. So, saya datang untuk melihat kamu sahaja. Besides, I have a
class in a—
Muka
Sally pucat bila dia lihat lelaki kerdil berada di dalam Pejabat itu dan
melihat wajah Maleficent dengan tanda tanya, sebelum dia melihat wajah suaminya
pula. “Apa dia buat kat sini?”
Kali
ini sedikit keangkuhan timbul pada bibir sinis Rumplestiltskin. “Surprise seeing
me here—
“Saya dah kata jangan pernah bercakap dengan
isteri saya lagi.” Jack bersuara dengan nada mengancam membuat
Rumplestiltskin tertunduk takut. Membelakangkan diri dari mereka bertiga.
“I-I’m
S-s-sorry Tuan Jack…. Saya takkan mengulanginya lagi.” dia menggeletar satu
badan dan tidak berani lagi untuk mengangkat pandangannya, ataupun melihat
Sally.
Sally
segera bergerak ke sisi Suaminya. Menyentuh bahu Jack skellington dengan lembut
dan takut. “My Love, kamu kata kamu takkan benar kan dia datang ke sini..”
Jack
Skellington berikan senyuman lembut dan menyentuh tangan Sally yang berada di
bahunya. “Saya tahu sayang. Tapi kali ini pengecualian. Mistress Maleficent
yang membawanya.”
Sally
memandang kearah rakannya. “Kenapa?”
Maleficent
tersenyum dengan anggun dan depakan tangannya kearah lelaki yang kurang
menyenangkan di dalam bilik itu. “Dia dah buat satu lagi kontrak…”
“Dia
Villain pembuat kontrak licik. So what he makes another—
“…Bersama
seorang anak muda di Enchanted.” Sambung Maleficent pada ayatnya yang sengaja
dia hentikan untuk mendengar respon Puan Sally. “Kontrak yang akan
menghuru-harakan sejarah tanah ini lagi.”
Dua
orang Nightmare ini terus menjeling jijik kearah Rumplestiltskin. Lelaki kerdil
itu kembali mengecut ketakutan, jelingan Sally dia tak takut sangat tapi Jack
Skellington yang buat dia menggigil satu badan kerana soket matanya yang hitam
itu umpama void yang menyedut rohnya secara perlahan.
“Rumples,
Kau dah bersumpah untuk tidak lagi membuat kontrak yang melibatkan kedua tanah
Vicious dan Tanah Enchanted. Mengapa kamu melanggar sumpah kamu?” Soal Tuan
Jack skellington dengan dingin.
Rumplestiltskin
segera mengangkat kedua tangannya. “Saya sumpah saya tak buat kontrak tu—well,
not me in this timeline atleast.” Dia mengangkat bahu dengan senyuman nakal
tapi lenyap pada ketakutan semula. “Tapi saya janji kontrak ini akan kembalikan
Ivy the Devil ke pihak kita semula.”
Tuan
Jack tampil kehadapan Sally, melindungi isterinya dari lelaki tersebut dan
bersuara; “Apa maksud kamu berpihak pada kita? Don’t you believe Ivy a
Vicious?”
Rumplestiltskin
menarik sengih dan pandang Maleficent. “Ibu dia tak percayakan anak sendiri.”
“Mal!”
Sally menyentuh dadanya, terkejut mendengar Maleficent berfikiran seperti itu
pada anak kesayangannya.
Rumplestiltskin
mengangkat bahu slamber. “jangan salahkan seorang ahli sihir yang tidak berhati
perut. Apatah lagi anak ahli sihir itu mempunyai Hati. Hati Enchanted.”
“She’s
a Vicious.” Ata Maleficent dengan nada menahan marah.
“Mistress
Maleficent, Her father’s an Enchanted. Tiada siapa di Vicious ni tidak syak Ivy
seorang budak berhati mulia. Her first day dalam kindergarten semua orang dia
layan dengan baik. Be nice and Make
Friends. Semua orang meragui kejahatan Ivy The Devil, Mistress Maleficent.
Termasuk Tuan Jack dan Puan Sally sendiri.” Katanya dengan nada sedikit yakin.
Dia tahu itu ialah fakta dan mereka tidak boleh mengelak perasaan syak mereka.
Tiga
legendary Villain ini diamkan diri untuk seketika, hanya merenung kearah Rumplestiltskin
kerana sakit hati ayat lelaki pendek itu adalah benar tersimpan rapi dibelakang
kotak minda mereka selama ini.
“So,
what do you have in mind?” soal Jack Skellington dengan nada perlahan dan kesabaran yang nipis.
Rumplestiltskin
tersenyum dan mengeluarkan kontrak usang tapi kelihatan baru itu dari coat
bajunya dan tunjukkan kepada mereka. “This Contract will guarantee our win in
the war dan Anak Emas Vicious kembali berpihak kepada kita Permenantly.” Katanya
dengan bangga.
Jack
mngambil contract itu dari tangan Rumplestiltskin dan membaca isi kandungannya
bersama Sally. Mata dua orang nightmare ini membesar sebelum memandang sesama
sendiri seperti ingin memastikan yang apa tertulis dalam contract itu adalah
benar.
Jack
kembali memandang Rumplestiltskin. “Explain
what kind of contract is this.”
Rumplestiltskin
rasa macam nak terkucil dalam seluarnya bila dengar nada menyeramkan Jack, nada
yang sama untuk takutkan mereka yang tidur mengalami mimpi ngeri yang tersangat
real. “It’s a contract that will save our beloved Ivy from Death and betraying
us.” Jawabnya dengan suara hampir tidak wujud tapi Jack skellington
mendengarnya dengan jelas.
“Go
on. Louder this time.”
Lelaki
kerdil ini mengangguk dan berdehem, membersihkan tekaknya dari segala ketakutan
dan cuba mencari keyakinan—sedikit keyakinan untuk bersuara dan menghuraikan
kontrak tersebut. “S-Saya dah terangkan segalanya pada Mistress Maleficent. You
see, in the future… Ivy the Devil will die.” Katanya cukup buat dua orang
Nightmare ini terkejut, memandang Maleficent meminta kepastian.
Maleficent
memberikan anggukan berat, dia juga sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
“Ini sebab saya taknak dia berada di Enchanted setelah dia dibuang dari sana.”
“Tapi
ia dah menjadi takdir Ivy The Devil untuk pergi ke sana. Lambat atau cepat. She
will eventually go to the enemy’s land. Tiada siapa boleh mengubah takdir
walaumacammanapun mereka cuba mengubahnya.” Kata Rumplestiltskin dengan
gelengan. “Kita cuba kekalkan dia di sini tapi dia tetap ke sana. Kerana takdir
telah menentukan yang Ivy punca tercetusnya peperangan antara Vicious dan
Enchanted. Untuk sebab baik atau jahat tiada siapa yang tahu kecuali Ivy the
Devil sendiri dan disebabkan tindakannya itu… nyawanya sebagai bayaran.”
“Jadi
tiada maknanya jika dia dah pergi ke Enchanted. Dia akan mati juga sepertimana
Takdir telah menulis kisah hidupnya.” Amarah Jack Skellington melipat kontrak
itu dengan kasar sebelum melontarnya pada Rumplestilitskin. “Apa gunanya kalau
kita tak dapat selamatkan dia dari takdirnya sendiri.”
“Ah!
Itu kerana kita tidak tahu punca
mengapa dia terbunuh dalam peperangan ni.” Rumplestiltskin mengangkat jari
telunjuknya dengan senyuman sinis, matanya jatuh pada Maleficent seperti mana
jari telunjuknya menuding. “Maleficent membunuh Ivy The Devil atas kemarahan
yang amat sehingga tidak mengaku Ivy adalah darah dagingnya sendiri. Sama
seperti kejadian 17 tahun lalu; pada malam kematian Robin Hood bila Mistress
mengetahui dia telah belot Mistress—
“ITU KERANA KAU BERITAHU
AKU TENTANG ROBIN HOOD!!” Maleficent meletup dengan
api hijau yang merangkak turun dari jubah hitamnya, membakar lantai dan
menjilat siling pejabat itu. “You fooled me and make me killed my
own husband out of anger and bertrayel! You used me!!”
Rumplestiltskin
membelakangkan diri, ketakutan dan segera mendaki kerusi berdekatan bila api
itu merangkak kearahnya. Okay… wrong
move. Mistress Maleficent masih marahkan dia atas kejadian itu sehingga
sekarang. Dia kena berhati-hati dengan mulutnya kali ini.
“A—Aku—s-s-saya
ingat Mistress gembira menghapuskan suami mistress…” Dia tersengih ketakutan.
“I mean, Dia punca kekalahan Perang Dua Bilah! Berikan cadangan Jack
Skellington pada Great Wizard Merlin untuk cabar Mistress, one on one duel
untuk menentukan kemenangan Villain dan Heroes!”
“So you are the rat that leaks our secret to Maleficent!” Kali ini Jack Skellington pula naik marah, kegelapan disekelilingnya
membesar, menghasilkan void yang tiada penghujungnya dan datang mendekati
lelaki kerdil itu. “Aku telah bersumpah, bila aku tahu siapa yang bocorkan
rahsia kami aku akan seksa dia sehingga dia menjerit tanpa suara dan merayu
untuk dilepaskan walaupun tiada apa lagi yang perlu dilepaskan lagi pada
anggota badannya. Now you—
“Kalau
kamu bunuh saya sekarang, kamu tidak akan tahu bagaimana nak selamatkan Ivy the
Devil dari terbunuh!” Rumplestiltskin segera bersuara di atas kerusi yang bergoyang
itu akibat badannya yang menggeletar teruk.
“No
need.” Kata Maleficent dengan riak wajah yang sukar dibaca, tongkat sakti
bercahaya telah diangkat kearah lelaki kerdil itu. “Aku yang bunuh anak aku
sendiri jadi aku boleh tak bunuh Ivy
dimasa hadapan.”
Jack
Skellington menarik sengih, setuju. “Now. Begone Rumples—
“Nanti-nanti-nanti! Di masa hadapan Ivy berpihak pada Enchanted dan dia akan
melawan ibunya sendiri dan nak tak nak salah seorang kena tumpas untuk
mengakhiri peperangan ini!!” Rumplestiltskin bercakap dengan satu nafas,
secepat yang mungkin dengan mata tertutup erat.
Kedua
Legendary Villain ini menarik serangan mereka semula. “Apa?”
Rumplestiltskin
membuka sebelah matanya untuk melihat dua Villain itu tidak lagi mengancamnya
dan menghembus nafas lega tapi kembali takut bila tongkat sakti Maleficent yang
tidak bercahaya ditolak ke halkumnya. Dia segera mengangkat kedua tangan
menyerah kalah.
“Kenapa
Ivy ingin melawan ibunya sendiri?” Soal Maleficent dengan nada mengancam. “I’m
her mother.”
Rumplestiltskin
menelan air liur kelat, halkumnya berlanggar dengan bola kaca tongkat sakti itu
dah cukup buat orang kerdil ini tambah takut kalau-kalau dia terus dibunuh.
“Se… s-s-sebab dia tahu tentang kematian Robin Hood and.. a-a-and she hates you
for that.”
Dan
hanya dengan satu perkataan itu. segala tenaga dan kemarahan The Evilest
Sorcerer in the Land hilang dari badannya seperti rohnya sendiri keluar dari
jasad dan jatuh kebelakang.
Nasib
Baik Sally segera menyambut Maleficent sebelum dia jatuh ke lantai. “Mal… Mal
kau okay?”
Maleficent
memegang dahinya yang berdenyut sakit, penglihatannya kembali jelas dan dia
segera bangun namun kakinya gagal untuk berikan sokongan yang dia inginkan dan
terpaksa bersandar pada Sally. “W—wha—How….?”
Jack
Skellington terus mencapai collar baju Rumplestiltskin dengan ganas, tulang
jarinya menebuk lubang pada kain coat tanda dia tersangat marah pada lelaki
kerdil itu. “Kau beritahu Cik Devil tentang Robin Hood?”
Rumplestiltskin
menggeleng laju. Cuak habis. “N-No! Ivy The Devil melihatnya dengan matanya
sendiri—I swear to you she saw it herself the night her mother killed her
father.”
“Apa?
Oh tidak…” sekali lagi badannya mengalah dengan Maleficent dan ingin jatuh
terduduk atas lantai tapi Sally tidak membenarkannya.
“Come
Mal, lets take a seat…” Sally menolong Maleficent ke sofa yang tersedia didalam
pejabat tersebut dan duduk disebelahnya. Mengusap belakang ahli sihir jahat,
juga merupakan seorang ibu yang kelihatan lemah itu. berbisik ayat semangat
padanya hanya mereka berdua sahaja yang dengar.
“Dia
tahu tentang ayahnya selama ini? then, dia tentu bencikan….”
“Hussh
Mal. Aku pasti dia tak bencikan kau. jangan biarkan ayat troll tu
memperbodohkan kau lagi… okay?”
Jack
Skellington rasa bersimpati pada The Great Evil Sorcerer itu dan juga ingin
menenangkan Maleficent tapi dia ada perkara lebih penting untuk diselesaikan.
Iaitu lelaki pendek yang merupakan seorang Villain yang dibenci oleh semua
Villain di atas Tanah Vicious itu.
“Peluang
kau untuk hidup dah makin tipis Rumplestiltskin. Peluang terakhir, Macam mana
kau nak kembalikan Ivy ke pihak Villain semula?” Soalnya dengan nada mengancam.
“Oh dan… jaga percakapan kau kali ni. My patience is running out.”
Rumplestiltskin
mengangguk faham sambil menelan air liur tiga kali. “P-Pembuat Kontrak tu juga
ingin Ivy terselamat dari maut jadi saya buat perjanjian dengannya, menukar
takdir Ivy The Devil, dia perlu korbankan benda yang sama dengan nyawa Ivy.”
“Dan
benda itu ialah?”
“Tali
merah mereka.” katanya membuat Jack Skellington menjungkit kening.
Rumplestiltskin menggoyangkan jari kelingkingnya pada Jack memberi signal untuk
fahamkan raja Nightmare itu. “Dia perlu korbankan takdirnya bersama Ivy The
Devil. He must give up to be her soulmate.”
Katanya dengan hembusan menggeletar. “Hanya dengan itu Ivy kembali ke pihak
kegelapan.”
“Dengan
memastikan Ivy tidak bersama dengan lelaki itu? maksud kamu—” Mata Jack
Skellington membesar. “Her heart will be betrayed… Dan berakhir seperti
Maleficent dan mangkat Raja Stefan.” Renungan Jack Skellington kembali pada
Rumplestiltskin, kali ini lebih menyeramkan. “That’s your plan?! She’s
Maleficents Daughter! Bukan Enchanted je dia hapuskan, Vicious juga!!”
“Then
take that chance.” Kata Rumplestiltskin dengan nada serius, dia takut tapi kali
ini dia berani untuk bersuara. “Dia takkan menjadi seorang Villain jika dia
tidak rasa disakiti, dikhianati dan dipergunakan oleh orang yang dia
percayakan. Orang yang dia sayang. Right now she maybe in love with that boy
tapi tidak mengetahui yang takdir mereka tidak akan bertemu. Bergerak selari
tapi tidak akan bertembung. She needs to feel pain to become a villain.”
Katanya dengan nada rendah. “kerana dia mempunyai hati yang suci seperti Robin
Hood tapi telah dirosakkan dengan kejahatan Vicious. One more pain. Satu lagi
kesakitan yang teramat, akan buat dia berpaling semula pada Kegelapan. Pada
ibunya semula. Pada kita semua. Dan nyawanya akan terselamat. Let her learn to
hate Enchanted.” Jack Skellington hanya diamkan diri, dan Rumplestiltskin
mengambil kesempatan ini dengan menghulurkan satu lagi cadangannya. Bermula
dengan menelan air liur untuk kesekian kali. “And You… as the King of Nightmare
can help her through it.”
Jack
Skellington mengetap giginya sehingga tulang rahangnya tegang dan boleh patah
jika dia teruskan mengetap gigi. Wajahnya yang menggerunkan itu menjadi tenang,
tiada ekspressi tertunjuk pada wajah tengkoraknya dan dia mengambil dua langkah
kebelakang dari Rumplestiltskin.
“You
can ask the Boogieman for that.” Balasnya dengan dingin sebelum memetik jari,
menghasilkan satu lubang besar di bawah Rumplestiltskin membuat lelaki kerdil
itu memandangnya dengan cuak sebelum dia ditelan kedalam lubang kegelapan itu
bersama kerusi Jack Skellington dan lubang itu tertutup semula, mematikan
jeritan horror Rumplestiltskin.
Jack
Skellington berpaling ke dua wanita yang duduk di sofa pejabatnya, melihat
Maleficent yang pucat sambil memegang dahinya sambil mulut berkumat kamit dalam
bisikan, menyalahkan diri dan mengatakan kemungkinan yang buruk tentang Ivy
terhadapnya.
“Maleficent.”
Jack Skellington menarik perhatian kedua wanita itu. “Jangan risau tentang Cik
Devil. Saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan Cik Devil kita kembali
pada kita. You heard yourselve right? Mereka bukan lagi soulmate.”
Maleficent
membuka mulut tapi segera menutupnya. Seperti apa sahaja yang dia ingin
bantahkan ditelan semula dan hanya mengangguk. “Kalau begitu, saya serahkan Ivy
pada kamu Jack. Don’t fail me.”
“I assure you, I know what to do with our
little Devil. Bayangkan Cik Devil kita sekarang ni… dalam peringkat
memberontak. You know, rebelling just for some cute guy.” Pengetua Dementis itu
cuba tenangkan Maleficent dengan satu lawak tapi nampaknya dia hanya dapat satu
renungan tajam dari Maleficent. Jadi Jack skellington berdehem, kembali
serious. “I will not Fail you Oh Almighty Evil Sorcerer Maleficent.”
Ketukan
Pintu pejabat Pengetua Jack menarik perhatiannya dan dia terjungkit kening
hairan. “Now who can that be?”
“It
must be Gothal.” Sally menjawab persoalan suaminya dan segera bangun. “Come in Goth!”
Seorang
wanita tua muncul disebalik pintu dua Pejabat Pengetua Dementis itu. seorang
wanita yang mempunyai rambut hitam beruban yang kerinting, muka dah berkedut
kerana telah dimakan usia namun kemposisi dirinya tetap tegak dan kelihatan
kuat. Sesuatu yang tidak kena pada wajah wanita tua itu. mukanya penuh dengan
kesan parut yang sangat teruk seperti wajahnya telah di cucuk dengan duri
tajam—kerana dia jatuh dari menara tinggi ke sekatil akar berduri yang
melindungi menara tersebut. Terselamat hanya dengan badan penuh dengan kesan
tusukan dan goresan duri pada seluruh badannya.
Wanita
tua; bernama Gothal, atau pelajar Dementis gelar dia Mother Gothal ini
tersenyum manis kepada penghuni didalam bilik itu. sebelah matanya buta dan
berwarna putih kerana tertusuk duri tapi sebelah lagi; berwarna hazel muda,
bercahaya, masih jelas melihat mereka semua. Malah gembira berjumpa dengan kawannya.
“Gothal,
boleh bawa Maleficent ke bilik saya? Kita akan minum bugger tea di sana.”
“Oh
dah tentu Sally.” Jawab Gothal sambil datang mendekati mereka. Dia melihat
wajah Maleficent tambah pucat dari sebelumnya dan ingin menyoal tapi mengetahui
betapa pentingnya maruah seorang Ahli sihir kejam ini, dia abaikan persoalan
itu. dia hulurkan tangannya pada Maleficent. “Jom Mal. A nice Night-glow weeds
tea of my creation should do the trick.”
Maleficent
mencapai tangan tersebut, biarkan Gothal menolong dia bangun dan bawanya keluar
dari Pejabat Pengetua Jack. Tapi dia berhenti di depan pintu dan bersuara. “Are
you coming Sally?”
“Dah
tentu Mal. Selepas saya bercakap dengan suami saya.”
Maleficent
hanya mengangguk dan mereka berdua keluar dari pejabat itu, turun ke mana
terletaknya BIlik peribadi Puan Sally.
Sebaik
sahaja pintu pejabat itu tertutup, Sally berpaling pada suaminya, memperbetulkan
coat baju Jack yang tidak kusut langsung; tangannya rehat di dada Jack, tepat
diatas jantungnya berada sebelum mendongak memandang Jack. “Di mana abang hantar
Rumples?”
Jack
Skellington tersenyum nakal. “Berjumpa dengan Boogieman.”
“Tapi
dia ada kelas.”
“Then
troll tu kena berdepan dengan Lock, Shock dan Barrel. I wonder apa tiga budak
nightmare itu akan buat pada lelaki pendek tu?”
Satu
jeritan halus kedengaran oleh dua orang Nightmare ini; satu jeritan dari
Rumplestiltskin seperti ia telah menjawab persoalan Jack Skellington.
Sally
ketawa kecil sebelum menghembuskan nafas lega.
Jack
Skellington perasan hembusan nafas yang beralun itu dan juga cara tangan Sally
berpaut pada leher kotnya. Dia memeluk pinggang Sally dengan lembut. “Did he
bring back that horrible memory again?” Soalnya dengan nada perlahan, melihat
Sally memejamkan mata dan keningnya sedikit berkerut. “Maaf sebab benarkan dia
menjejak istana ni. I should have look at the model more carefully.”
Sally
tersenyum tawar dan menggeleng, sandarkan badannya pada Suaminya sendiri. “Tak,
it’s not your fault my love.” Bisiknya dengan perlahan sebelum kembali
mendongak melihat Jack. “Kesilapan saya buat dengan dia telah lama berakhir. 63
tahun yang lalu tapi saya tetap menyesalinya sehingga sekarang. I just wish….”
“Hush
my Darling…” Jack meletakkan ibu jarinya pada bibir Sally, tersenyum lembut
pada wanita yang dia sayangi. “Kita ada Cik Devil remember? So, no regrets.”
Sally
juga tersenyum dan mengangguk. “You are right, My love. No regrets tapi saya
risau.” Senyuman itu jatuh murung. “Apa akan jadi pada our little Devil? She
will die in the future.”
“Masa
depan boleh berubah My soul dan saya akan pastikan masa depan Cik Devil akan
berubah.” Katanya, meyakinkan isterinya dengan berikan kucupan pada kedua
tangan Sally. “You no need to worry and go have your tea party with Mother
Gothal and The Sorcerer. Okay?”
Sally
menatap kedua mata Jack seperti mencari sesuatu. Satu kepastian dan akhirnya
mengangguk. “I trust you, Jack. Protect Vivian.”
Jack
juga mengangguk, memegang tangan Sally dengan erat. “I swear to my own dark
soul and on my old friend, Robin Hood’s Grave. Saya akan melindungi Ivy the
Devil. Vivian Hood.”
Sally
tersenyum lega bila mendengar Jack bersumpah padanya. “Then, be careful okay?”
Jack
mengusap pipi Sally dengan lembut bersama senyuman yang sama seperti Sally.
“Dah tentu My love. Now go have some fun.”
Dengan
itu Sally melepaskan tangan Jack dengan perlahan dan melangkah keluar dari
pejabat itu, meninggalkan pengetua Dementis itu bersendirian.
Wajah
tenang Jack Skellington berubah menjadi tegang, bibir jatuh murung dan dahi
berkerut teruk. Rasa marah yang dia tahan pada Rumplestiltskin kembali naik.
Dan perasaan itu mendaki tinggi dari sebelumnya. Marah itu bukan sahaja pada
lelaki kerdil itu. tapi juga pada seorang lelaki yang berada di berada di tanah
seberang.
Dia
memutar tumit kasutnya ke arah meja kerja. Di sebalik meja itu, dinding dihiasi
dengan tirai hitam diperbuat dari sisik naga menyembunyikan sebuah pintu
dimensi, pintu yang hanya diketahui oleh Jack Skellington seorang sahaja.
Dan
dengan membuka pintu tersebut, dia berdepan dengan ribuan bintang yang
bergelipan di udara, penuh dengan warna galaktik yang memukaukan menjadi latar
pada bintang-bintang tersebut menari dilangit malam. Lantai pada bilik sebelah
itu diperbuat dari awan. Awan gebu berwarna violet muda. Dan dihujung lantai
awan itu terdapat seorang lelaki berjubah biru dan bertopi tajam. Duduk dengan
kaki tergantung dihujung awan sambil merenung pemandangan yang tidak terungkap
itu.
Jack
Skellington masuk kedalam ruang tersebut dan berdiri di sebelah lelaki tua itu.
“Emrys.”
“Pumpkin
Head.” Sapa Merlin juga dengan nada kebudak-budakan, mulut tidak henti
mengunyah dan kaki dihayun kedepan dan kebelakang pada hujung awan itu.
Jack
Skellington mengeluh berat. Setiap kali dia berjumpa dengan Merlin, rasa
menjengkelkan pada orang tua itu tidak pernah hilang. Perangai Merlin tidak
sama seperti gelarannya.
“Do
you know about Rumplestiltskin Contract?” Soal Jack Skellington dengan
kesabaran yang kian menipis hanya melihat perangai Merlin.
Wizard
Merlin mengangguk membuat Jack naik berang. “The less people know the better.”
Kata Wizard Merlin membuat marah Jack tertangguh. “Jika kontrak itu sampai ke
telinga Cik Ivy, ia akan terbatal dan semuanya kembali seperti masa depan
semasa peperangan. Dead.”
“Siapa
beritahu kau tentang kontrak tu?”
“The
boy-cannot-be-name.” jawab Merlin dengan nada suara dalam (Jack Skellington
rasa macam nak sepak lelaki tu jatuh dari awan tersebut) “terlalu banyak
sumpahan terjadi sekarang Jack. Terlalu banyak orang tak bersalah terlibat dan
nanti…. Terlalu banyak nyawa orang yang tidak bersalah terkorban.”
“Heh.
Risaukan orang-orang mulia di tanah kau ke?”
“Juga
di Vicious.” Jawab Great Wizard Merlin mengelap senyuman sinis Jack
Skellington. “The Children that born in Vicious. Mereka juga tidak bersalah dan
juga akan terkorban dalam peperangan akan datang.”
“Then
return Ivy The Devil back to Vicious dan peperangan tak guna ni takkan
berlaku.”
“Can’t
do that.” Jawab Great Wizard Merlin, meniup belon pada mulutnya.
“Kenapa
kau ni degil sangat? She’s better in Vicious.” Marah Jack tanpa tinggikan
suara.
Pengetua
Merlin mendongak melihat Jack dengan belon besar dimulut dan ia meletup kerana
Jack menyucuknya. “Sit down Jack. Let me tell you a story.” Katanya dengan
mulut dan janggut penuh dengan gula getah.
Jack
menggeleng fed up dan menyerah kalah. Duduk disebelah Wizard Merlin dengan kaki
tergantung dihujung awan itu. “A story about what?”
Merlin
menarik gula getah yang melekat pada janggutnya dengan ekspressi wajah jijik.
“Euggh…. It stuck!” katanya seperti budak kecil (keinginan Jack ingin lempang
kepala Merlin makin tinggi)
“Spit
it out already old bafoon!”
“Apa?
Gula getah ni?” Soal Merlin tangan masih menarik gula-gula getah dari
janggutnya.
“No!”
Jack dah angkat tangan sedia untuk lempang Wizard Merlin. “The Story!”
“Oooooh…
that. Tunggu sebentar.” Merlin membuka topinya, menayangkan kepala botak yang
bersinar dibawah ribuan bintang(menyilaukan mata Jack Skellington) sementara
dia mengeluarkan kayu saktinya dari topi. Menghayunkan kayu sakti itu untuk
memisahkan gula-gula getahnya dari janggut secara magic sebelum digumpal
menjadi satu dan masukkan semula kedalam mulut.
Jack
Skellington geli geleman melihat gula-gula getah yang dah bercampur dengan bulu
janggut Merlin dimasukkan dalam mulutnya semula.
“Alright.
Saya nak beritahu kamu kenapa Ivy the Devil tidak boleh keluar dari Enchanted.”
Wizard Merlin akhirnya bersuara diantara kunyahan gula getahnya. “It’a Part of
Lady Morgana’s Curse.”
“Sumpahan?”
Soal jack Skellington agak terkejut. “Bukannya Lady Morgana ahli sihir baik
ke?”
“Ah…
nampaknya Rumplestiltskin tak tahu tentang sumpahan ni.” Merlin tersenyum
disebalik jambangnya dan kembali memandang Jack Skellington. “Keep it that way
and I tell you everything. Kau nak CIk Ivy selamat bukan?”
“Are
you blackmailing me?” Soal Pengetua Dementis dengan kening terjungkit.
Pengetua
Gracious ini pula hanya tersenyum tayangkan gigi. Beberapa batang telah hilang
kerana dah tua. “I rather call it….. bargaining. So? Setuju tak?”
Oh this old geezer really
want his death so much!
“Baiklah.
Saya setuju.” Jack Skellington berdengus geram.
Merlin
tersenyum 1001 makna disebalik janggutnya, nasib baik Jack Skellington tidak
melihat senyuman itu kerana tersembunyi, kalau tak tentu dia syak. “Alright. Ia
berlaku beberapa bulan sebelum Putera George lahir….”
Dan
Pengetua Gracious ini mula membuka cerita kepada Pengetua Dementis, memberitahu
dia tentang sumpahan yang sangat besar, sama besar seperti mana kontrak
Rumplestiltskin. Yang boleh menguba sejarah diantara dua tanah tersebut.
Pengetua
Merlin beritahu tentang Lady Morgana meletakkan sumpahan pada abangnya sendiri,
pada kerajaannya sendiri, pada seluruh tanah tersebut. Bagaimana ia telah
mengubah kehidpan Enchanted secara perlahan, bagaimana ia boleh ada kena
mengena dengan Ivy The Devil, mengapa Ivy perlu berada di Enchanted, mengapa
dia tidak dapat melarikan diri dari takdirnya dari sumpahan yang tiada kena
mengena dengannya. Kenapa Jack Skellington perlu bekerja sama dalam sumpahan Lady
Morgana itu.
Juga.
Pengetua Gracious ini beritahu Pengetua Dementis berita terkini tentang
hubungan antara Ivy The Devil dan Putera Raja Camelot, yang juga calon bakal
pemerintah Enchanted yang pertama.
“What
the…. Why in the Nightmare Helloween’s night are you telling me this?!” Bentak
Pengetua Dementis dengan tangan terangkat keudara, geram.
“Kau
risau tentang Cik Ivy kan? Jadi aku beritahu lah perkembangannya di Enchanted.”
“You
make me more worried you old Bafoon!”
Dan
Pengetua Gracious kena luku di kepala oleh Pengetua Dementis.
>X<
(A/N: Sepatutnya post semalam tapi terlalu penat beraya di rumah family Huhuhhuhuhu... dah tak dapat duit raya dah *Cries* apapun, selamat hari raya uolls and see you in the next chapter!!)
haha.. bagi si merlin kaw2.. menyusahkan orang jela..
ReplyDeleteTypical wizard Merlin (͡° ͜Ê– ͡°) hahahahahaha
Deletehaha.. dan dapat tangkap.. si JACK(mangkuk ayun) berkerjasama dengan si rumple.. then jack main dgn merlin dan rumple main dgn maleficent.
Deletetergelak angah awal pagi baca awak panggil jack mangkuk ayun hahahahahaha
DeleteAnd yes, permainan memainkan mangsa dorang dah bermula *wink wink*
geram je.. tak pasal2 kes robin hood mati..
Deletenampak sangat banyak manipulation.. kenapa perlu nak berperang.. kan perangai mangkuk ayun.. dapat rejam pun best..
si merlin pun takut je nampak..
angah....kenapa sejarah morgana curse x dibentang dgn.... dengan apa eik nak ckp....clear all the history...it like no xplanation...mcm tu jugak dgn pnjanjian rumplestilskin...no xplanation too.... tarik tali gitu.... to much mysteri...huhuhu keep it up...
ReplyDeleteAwak... Angah dah tengok awak dah geram sebab terlalu bnyak mystery and sgt slow nak bongkarkan mistery ni.... Hahahahahaha
DeleteWell, the answer is simple... Angah x dpt plot lagi utk huraikan bagaimana sumpahan morgana boleh berlaku n kontrak tu... But I have plans thou! Bila chapter y sesuai dah tiba baru angah huraikan segalanya *wink wink*
P/s: maaf krn buat korang tertunggu (;_;) n thanks for keeping supporting me (T^T)
hahahhaaha angah...sooooo memahami.... tpi geram mcm mn pn...dok tunggu tulaaaaaaaa....ari2 pn dok bukak blog bc ulang2...heheh kot2 laaa tetibeee bommmmmm telepot masuk minda angah..hahaha angan2 xingat kan... keep it up angah...always wait ur next n next n next chapter... peace ^_^
ReplyDeleteAww thank you love *kisses*
DeleteYes, please keep waiting for my next, next, next chapter!!
Angah akan usahakan karang citer yg best pulak dlm LOST, sama seperti FATE n LOVE (≧∇≦)/