New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Friday, 19 August 2016

Sixth L.O.S.T

Calm before the Storm

 Ivy melihat kayu sakti didalam tangannya dengan lama. Merenung dan memerhatikan ukiran halus yang terbentuk pada permukaan kayu sakti itu dan batu amethyst terhias cantik pada hujung kayu saktinya.

Dia baru perasan yang kayu saktinya tidak bertambah kuat bila dia menukar rupa bentuknya semasa upacara penyucian diri. Ia hanya menukar rupa bentuk. Hanya rupa bentuk.

Bummer….

Dan selama ini Ivy ingat dia boleh cipta kayu sakti yang lebih kuat dengan magicnya sendiri. Tak perlu nak susah payah curi tongkat sakti the Great Wizard Merlin untuk musnahkan tembok Berduri yang merupakan sempadan diantara tanah Enchanted dan Tanah Vicious.

Ivy dapat tahu kebenaran ini semasa dia berlatih mengawal magicnya semula bersama Pengetua Merlin beberapa hari yang lepas. Dia dapat rasakan semasa dia cuba meletakkan magicnya sepenuh tenaga pada kayu saktinya, ia menahan separuh dari magic Ivy kerana dia tidak dapat menampung kesemuanya, kalau tidak ia akan musnah.

Berita baiknya ialah magic Ivy bertambah kuat terima kasih kepada gari yang menahan magical core Ivy selama setengah tahun itu.

tapi berita buruk ialah Kayu saktinya sudah tidak sesuai untuk Ivy menggunakan. Dia kena cari kayu sakti baru. Tapi masalahnya dia tak tahu dimana nak mencarinya. Apatah lagi bagaimana nak buat kayu sakti sendiri.

Selalunya ibunya yang buatkan untuk dia. Sekarang dia kena cari cara bagaimana nak hasilkan kayu sakti baru.

Jadi dia mendongak melihat Roommatenya yang sedang bermanjakan diri didepan cermin panjang bilik mereka. sedang mendadan rambutnya dengan cantik menjadi messy bun dan ditaburkan sedikit kerlipan magic untuk buat rambut emas yang pucat itu bercahaya bila terkena matahari. Setelah itu dia memakai sweater kelabu muda, menyembunyikan frilly blouse cream yang di tuck in didalam seluar jeans putih. Setelah itu dia mencapai kasut ballet biru muda di bawah katilnya.

Langkah Ezra terhenti seketika bila dia perasan roommatenya sedang memerhatikan gerak gerinya sebelum dia mengambil kasut ballet untuk dipakai. “Kau kenapa?”

Ivy menggeleng kecil dengan bibirnya dicebik kebawah. “Tahun ini dah nak berakhir.” Katanya dengan keluhan sedih.

Ezra pula menarik sengih dengan gelengan. “Jangan nak merapu. Musim panas belum tamat lagi.”

“Tapi musim luruh dah nak tiba. Means tahun ni dah nak berakhir.”

“Ada 5 bulan lagi Ai. Semester kita ada 3 bulan lagi—Dah-dah, kita tiada masa nak bermelodramatik. Kang kita buat kereta kuda kita tertunggu. Kau dah siap ke?” Soal Ezra sambil dia bergerak ke tepi tingkap mereka untuk melihat halaman depan asrama mereka dan ternampak kereta kuda yang dia katakan. “Yup. mereka dah sampai.”

Ivy muncungkan mulutnya tapi tetap mengangguk dan tundukkan diri dari kaki katil untuk mencapai kasut boot kesayangannya tapi terbatal. Dia kembali bangun dan memandang roommatenya. “Babe, kau ada sneakers tak?”

“Huh?” Ezra buntu untuk seketika sebelum sedar apa yang Ivy maksudkan dan mengeluarkan bagasi besar yang ada dibawah katilnya. Membuka bagasi tersebut untuk menunjukkan pelbagai jenis kasut tersimpan—juga berhabuk.

Mengendahkan riaksi terkejut Ivy, Ezra mengorek kedalam bagasi tersebut untuk mencari kasut sneakers yang mengikut citarasa Ivy dibawah timbunan ladies shoes. Akhirnya dia jumpa satu sneakers biru gelap dan berikan kepada Ivy. “Ni je Sneakers aku ada.”

“Boleh la.” Ivy terpaksa mengalah dan memakai kasut tersebut dan berdiri dihadapan cermin panjang untuk melihat sesuai atau tidak dia memakai kasut tersebut. Dia mengangguk dengan bibir jatuh kebawah. “Not bad. Not bad at all.”

“Of course it’s not bad, It’s my shoes.” Kata Ezra dengan nada sedikit kasar dan menarik siku Ivy, membawa dia keluar dari bilik. “Anyway, aku gembira kau akhirnya ubah fikiran untuk bebas dari boot usang tu. This means kau perlukan kasut baru. And maksud aku kasut baru ialah banyak kasut baru. Dan aku tak maksudkan semuanya sneakers and boots.”

Ivy memutarkan bola matanya, tahu sangat apa yang Ezra maksudkan. Dia sebenarnya teruja nak shopping kasut untuk Ivy. Memandangkan Ivy tidak suka sangat taste Enchanted, dah tentu Ezra akan mengambil alih dan pilih kesemua kasut yang sesuai untuk Ivy. Tidak kisah lah Ivy suka tak suka. Ezra akan beli juga kasut itu dan pastikan Ivy memakainya walaupun sekali.

Bila mereka tiba di Loby, langkah mereka terhenti kerana Ezra menyapa seniornya. Cuba teka siapa?

“Kamu berdua keluar ke Kota?” Puteri Julliana memandang Ivy semacam sebelum dekatkan bibirnya pada telinga Ezra. “Boleh ke kau keluar dengan dia?”

Ezra mengangguk dengan senyuman kecil. “Yeah, dan dengan Gretel juga.”

“Dan dia boleh keluar dengan… Ivy?” Soal Puteri Julliana lagi, kelihatan tambah risau.

“Ia arahan Pengetua Merlin. Tak boleh membantahnya.” Ezra mengenyit mata pada Ivy.

Tapi Ezra tidak menjangka riaksi negative Ivy. Ivy membelakangkan Ezra dengan tubuh dipeluk erat. Muka masam mencuka tanpa sebab.

Ezra ingin tanya mengapa Ivy seperti itu tapi terbatal. Dia patut layan Puteri Julliana dahulu. “Saya pergi dahulu, takut kami terlambat pula. I’ll see you at the Ball okay? See you later.” Dia berikan senyuman terakhir pada Puteri Julliana sebelum beredar dengan sopan. Sempat menepuk bahu Ivy untuk mengekorinya.

Ivy hanya berikan renungan maut pada Puteri Julliana sebelum berpaling muka dari perempuan itu dan mengejar Ezra keluar dari asrama mereka.

Puteri Julliana yang melihat telatah Ivy hanya menggeleng. “How Immature.”

“Leave her be Jull. It’s not worth it.” Kata Puteri Shuiling dan menepuk belakang Julliana dengan lembut. “Jom balik bilik.”

Semasa Ivy dan Ezra tiba depan kereta kuda mereka. Gretel sudah berada di depan kereta kuda bersama seekor burung hitam di bahunya. “You are late. Burung kau ni pun tertunggukan kau.” kata Gretel dengan nada menjengkelkan dan biarkan Diaval terbang ke dalam tangan Ivy.

“Good Morning Gretel.” Sapa Ezra dengan nada tenang dan penuh dengan sopan santun; juga sedikit kekuasaan.

Gretel tunduk kecil pada Ezra. Dia tak boleh kembangkan skirt kerana dia pakai seluar combat kerana tadi pagi dia pergi memanaskan badan sebelum dia datang untuk join in mereka berdua keluar ke Kota.

Ivy melihat Gretel dari atas hingga bawah. Agak kagum melihat pemakaian combat adik kawan rapatnya itu. Hansel tak berlawak bila dia kata Gretel ambil kelas fizikal. Her body look more sassy than before!

“You look fit.” Puji Ivy dengan senyuman nakal.

“Of course.” Gretel mengangkat bahu bangga sebelum ketawa kecil dengan gelengan. “Dah-dah, kang kita lambat ke kedai Lord Koha pula.”

Gretel orang pertama naik kereta kuda itu, disusuli oleh Puteri Ezra dan akhir sekali Ivy. sebaik sahaja Ivy menutup pintu kenderaan mereka, kereta kuda itu terus bergerak keluar dari Academy menuju destinasi mereka di dalam Kota Camelot.

Ivy duduk merehatkan badannya tapi bila dia lihat Ezra didepannya, dia terus memeluk tubuh dengan Hoodie mantelnya di angkat keatas kepalanya. Menutup wajah murungnya dari Ezra.

“Okay, kenapa dengan kau ni?” Akhirnya Ezra menyoal sambil mengusap lembut badan Diaval yang bertukar tempat dari Ivy ke pangkuannya. “Jangan cakap kau masih berdendam dengan Puteri Julliana?”

“Siapa berdendam dengan dia?” Soal Ivy dengan nada kasar. Tiada niat langsung untuk menyembunyikan rasa sakit hatiya. “Aku Cuma tak sukakan puteri sombong tu.”

“Bukannya kau dan Putera George dah berbaik ke? Takkan dengan Puteri Julliana kau—

“Aku tak sukakan perempuan tu!” sahutnya seperti budak-budak sebelum cebikkan bibirnya semula dan pandang keluar tingkap kereta kuda mereka yang bergerak pergi meninggalkan perkarangan Gracious Academy.

Gretel menjungkit kening, agak sakit hati ayatnya tadi dipotong. “Why?”

“Just Because.” Jawab Ivy membuat dua rakannya tambah tak faham. Ivy memutarkan bola mata sebelum membuka hoodienya untuk melihat mereka dengan jelas. “AKu hanya tak sukakan dia okay? Jangan persoalkan kenapa. Aku mungkin terfikir nak berubah tapi tak semestinya semuanya bertukar 180 darjah dalam sekelip mata okay? Jangan persoalkannya lagi—Don’t you dare look at me like that.” Marah Ivy bila perasan renungan ‘ya lah tu’ dari Diaval.

Diaval menyahut sambil kembangkan kepaknya seperti memarahi Ivy namun malangnya kedua wanita gifted magic ini tidak memahami apa yang Diaval katakan. Apatah lagi Gretel yang tidak mempunyai sebarang magic. Adakah Ivy memahami maksud Diaval? Tidak juga. Tapi dia tahu Diaval marahkan dia sebab berperangai seperti budak-budak. Ya, Ivy mengaku dia macam budak-budak tapi apa dia kisah? Dan adakah Ivy beritahu Ezra dan Gretel yang Diaval adalah penjaga Ivy dan juga Companion ibunya? Tak. Tiada siapa tahu peranan sebenar Diaval kecuali Hansel, The Great Wizard merlin dan ahli terbaru. Louis.

Ivy kembali memeluk tubuh, merebahkan badannya pada kerusi kereta itu dengan rungutan panjang. Dia taknak bergaduh dengan mereka tentang perkara yang dia tahu dia akan kalah. “So, di mana kita nak ambil jubah rasmi aku untuk Majlis malam esok?”

“Satu tempat sahaja yang membuat pakaian yang paling menakjubkan di dalam Kerajaan Camelot ini. juga terbaik di atas tanah Enchanted. Kedai Jahit Papa Koala!”

Ivy kembali memandang Ezra dengan kening terjungkit, penuh tanda tanya. “Siapa Papa Koala?”

.

..


Holla my Beautiful Costumer!” Lelaki berbadan besar bersama senyuman yang tersangat riang tertampal dibawah misai putihnya yang melentik cantik.

Ivy membelakangkan dirinya dari lelaki boroi itu bila dia depakan tangan kearahnya seperti meminta satu pelukan darinya. Ivy segera berdiri di belakang Ezra, mencari perlindungan dari lelaki tua yang boroi itu. dan senyuman orang tua tu sangat menyeramkan. Ikhlas tapi buat bulu roma Ivy meremang satu badan.

“Oh and who do we have here today? Puteri Ezra dari Arendelle? My, my… you’ve grown into one beautiful young lady, my princess.” Kata lelaki boroi ini dengan nada lembut dan penuh kasih sayang. Seperti dia seorang ayah yang sudah lama tidak melihat anaknya selama bertahun-tahun.

Puteri Ezra tersenyum kecil mendengar pujian Papa Koala. “Dah lama beta tak menjejakkan kaki di kedai Lord Koha—

“Call me Papa Koala, Princess.”

Ezra hanya ketawa kecil. “Dah tentu, Papa Koala. Dan saya pasti Papa juga kenal kawan saya ni.”

“Oh and this must be little Gretel!” sahut Papa Koala terus memeluk Gretel dengan riang. Gretel juga membalas pelukan itu dengan ketawa besar. “My, my kamu dah jarang datang ke kedai saya semenja dua menjak ni. Adakah kerana kamu telah mengubah penampilan kamu?” Soal Papa koala, mengusik tentang cara pemakaian Gretel.

Gretel hanya menggeleng dengan tawa kecil. “No papa, Saya busy dengan extra class.”

“Dan saya dapat lihat hasil mengambil kelas tambahan tu. kelas Fizikal?” Gretel mengangguk. “Oh-hoh! No wonder you look stunning in that oufit. Lain kali saya buatkan kamu baju combat yang lawa sikit. Baju tu buat kamu kelihatan tomboy.” Komennya sebelum beralih pada seorang lagi tetamu di belakang Ezra. “And who this might be?”

Ezra menarik siku Ivy untuk berdiri di sisinya dan tersenyum manis pada pemilik kedai butik terkenal itu. “This is Ivy the Devil.”

Mata Papa Koala membesar untuk seketika dan tundukkan dirinya supaya wajah mereka separas sambil Papa Koala mengusap janggutnya, menatap wajah Ivy dengan teliti. “Akhirnya…. Pelanggan VVIP saya bulan ini telah sampai!” sahutnya dan terus memeluk Ivy dengan erat sampai buat ahli sihir terkejut itu terangkat ke udara. Papa Koala ketawa besar dalam pelukannya sebelum turunkan Ivy semula. Dia menepuk bahu Ivy dengan lembut tanpa dia perasan betapa awkwardnya ahli sihir itu padanya. “I heard so much about you my child! Saya tak sangka saya dapat jumpa kamu dengan mata saya sendiri!” sahutnya dengan penuh girang. “Alder tentu teruja sama bila dia jumpa kamu nanti—

“Saya jumpa siapa nanti?” Soal Ivy kedengaran kurang sopan tapi Ivy tak hiraukan sangat kesopanannya kerana dia dah rasa tidak selesa dengan Papa Koala apatah lagi orang kenalan pemilik kedai Butik itu. Ivy takut kenalan Papa Koala se’friendly’  dia. Dan Ivy taknak dapat pelukan padu seperti tadi lagi.

“Hmm? Oh! Dia adik bongsu saya. Dia akan datang menghantar beberapa barang keperluan saya nanti.” Kata Papa Koala, tidak terasa dengan nada kasar Ivy menyampuk ayatnya. “Kamu patut tahu, Dia peminat besar kamu.”

Oh Great…. Perkara terakhir Ivy inginkan ialah seorang lagi peminat besar yang pasti akan buat Ivy rasa terlalu tidak selesa seperti mana Papa Koala telah buat padanya.

Mungkin yang ini lebih teruk desis hati Ivy tidak teruja langsung. Malah berharap dia tak sempat jumpa dengan ‘peminat besarnya’. Dia kena cepat-cepat ambil jubah formalnya.

“Oh the Joy…” sahut Ivy sambil memutarkan bola matanya secara sarkastik.

Ezra terus siku perut Ivy dan berika renungan amarannya pada Ivy untuk bersopan depan seorang pembesar walaupun dia tidak kelihatan semewah seperti seorang pembesar yang biasa.

Ivy endahkan renungan tersebut dan memeluk tubuh. Memandang orang tua bermisai lentik itu dengan nada sedikit mendatar. “So, mana jubah formal saya?”

“Oooo eager aren’t we? Dah tentu, siapa tak teruja nak jadi apprientice Wizard Merlin secara rasmi?” Dia tidak tunggu jawapan dari Ivy dan memetik jarinya memanggil pekerja-pekerjanya datang.

tiga pekerja kedai butik itu datang dengan segera bersama tangan yang penuh membawa barang. Seorang lelaki membawa kasut tumit seinci buatan khas berwarna Violet, seorang lagi membawa dress kelabu open shoulder dan panjang kain lengan paras siku dan seorang wanita membawa jubah berwarna ungu yang lebih gelap dari kasut bertumit itu. ketiga-tiga pekerja ini menghulukan tiga barang itu pada Ivy.

“Oh my… This is beautiful Papa!” sahut Gretel dengan teruja. Kagum melihat hasil jahitan tangan Papa Koala sendiri. Jahitan halus pada setiap barang itu tersangat kemas dan cantik. “Mesti makan masa yang lama untuk sulam corak ni sehingga kelihatan sebegitu teliti seperti ini.” puji Gretel lagi menyentuh corak sulaman perak yang menghiasi hujung kain jubah Ivy , juga bucu kain itu mempunyai sulaman yang sangat complicated.

Dan ketiga-tiga barang itu mempunyai corak sulaman yang sama detail. Tersangat detail.

“Ia memakan masa selama sebulan lebih untuk menyulamnya. Benang untuk menyulam corak ini juga tersangat susah diperoleh. Ia campuran benang ulat sutera, silver pixie Dust dan habuk mutiara hitam. Sebab itu sinarannya agak lain dari silver biasa. See this black glitter?” Papa Koala tunjukkan kilauan sulaman itu dibawah cahaya matahari. Ia bersinar lebih cantik dari benang perak biasa namun ada kilauan hitam menghiasi sinaran itu membuat ia kelihatan lebih memukau.

Ivy juga kagum melihat kepakaran Papa Koala tapi dia tak bersuara tentangnya. Hanya menyentuh sulaman itu dengan lembut. Dia rasa geli pada hujung jarinya. “ia lebih dari itu kan?”

“Oh-ho! Cik Devil kita seorang yang teliti!” puji Papa Koala dengan senyuman lebar. “Ya. Saya dengar Magical core kamu juga dipengaruhi dengan emosi kamu. Kamu akan ‘terbakar’bila kamu marah—

“Dan juga meletup.” Tambah Ezra dan dapat renungan maut dari Ivy. Ezra hanya ketawakan amaran Ivy.

“Oh ya, saya juga dengar tentang tu. Jadi, sulaman ini akan memberi special effect bila magic kamu bersentuhan dengan kain jubah ni. You’ll know it when you finally got your power. Ia buat kamu kelihatan sangat Megah. Hebat.”

Ivy mengangguk sekali kagum dengan kebolehan Papa Koala dan kembali memandang jubah ungunya yang dia sentuh. Dia tak sabar nak lihat special effect megah yang Lord Koha janjikan.

“Fascinating…” Ivy menarik sengih dan mengangguk pada Papa Koala yang dia terlalu kagum dengan hasil kerja tangan penjahit tua itu. “Baiklah! Bungkus semua ni dan jom balik!—

“Apa yang kau merapik ni?” Potong Ezra sambil bercekak pinggang. “Kau kena cuba pakaian kau ni dulu. Pekerja Papa Koala kena pastikan baju ni sangat sesuai dengan badan kau plus, I have my own gown to try.”

“Bukannya aku pakai selalu pun.” Soal Ivy dengan nada kurang sabar. “Kau nak pakai, pergi lah sana. Aku nak balik.”

“No-no. Saya bertanggungjawab atas pakaian ni Cik Devil dan saya takkan benarkan pelanggan saya pergi dengan pakaian yang tidak 100% lengkap! Walaupun Cik Ivy memakainya sekali. First Impression is the most important thing Cik Ivy, kamu akan jadi apprientice The Great Wizard Merlin jadi kena lah kelihatan sempurna!” sahut Papa Koala sambil menepuk dadanya seperti maruahnya akan tergores jika dia tak buat macam tu.

Ivy memutar bola matanya fed up. “Ugghhh Fine! Just get on with it!”

“Good!” Papa Koala menepuk tangannya dua kali di udara dan ketiga pekerja butik itu mengambil signal tersebut, membawa Ivy masuk ke dalam bilik persalinan untuk dia mencuba pakaian formalnya dan untuk memastikan ia sesuai di badan Ivy. “make sure sulaman tu tak rosak!” sahut Papa Koala pada pekerjanya sebelum memandang Puteri Ezra dengan senyuman manis. “And you my Princess, sila ikut pekerja saya ke tingkat atas dimana gaun tuan puteri disediakan.”

Ezra melihat pekerja Papa Koala datang dari tingkat atas, menunggu di kaki tangga dan tanpa banyak soal, Ezra datang mendekati pekerja itu untuk naik ke atas, hilang dilubang siling itu.

“Ivy akan diambil dari butik ni ke Istana kan?” Soal Gretel sebaik sahaja mereka berdua keseorangan. Dia memandang Papa koala dengan dengan senyuman 1001 makna. “Dan Lord Alder yang akan mengiringnya. Bukan?”

Papa Koala ketawa sepenuh hati dan mengangguk. Melihat Gretel mengusap badan haiwan perliharaan Ivy yang berada di bahunya.  “Tuanku seorang yang cepat tangkap! Ya, betul. Lord Elm dan Lord Alder akan mengiring Cik Devil ke istana malam ini.”

“Boleh saya tanya kenapa?”

“seutus surat sampai awal pagi tadi dari Hansel mengatakan perkembangan penyiasatan mereka di Etalean.” Satu suara sinis kedengaran dari pintu masuk butik itu membuat mereka berdua menoleh. Lord Alder, adik bongsu diantara empat adik beradik tiba dengan senyuman nakal disebalik topengnya. Dia masuk kedalam butik dengan dua kotak kecil bergantung di tangan kirinya. “Tak banyak dia beritahu tentang penyiasatan tu—

“Apa sahaja Hansel tulis?”

“Not much. Hanya pengesahan tentang Penjenayah kita ada rakan bersubahat berlegar di kerajaan ni dan saksi kes ni.” Katanya dengan sedikit angkuh dan dapat renungan amaran dari abangnya; Papa Koala namun dia endahkan. “Dia beritahu saya untuk iring Ivy dari Butik ni kerana takut penjenayah kita akan targetkan Cik Devil pula.”

“What did you say?”

Mereka semua berputar melihat kearah tangga ke tingkat atas, Ezra berdiri di tengah-tengah tangga itu dengan gaun yang baru sahaja dia pasang, dengan pekerja kedai itu sedang memperbetulkan gaunnya.

Ezra segera turun dan berdiri di hadapan mereka bertiga, dengan pekerja itu mengekori Ezra tanpa bantahan. “Targetkan Ivy? Kenapa dia?”

Mind of the Believers ini tunduk memandang Gretel dan Gretel mengangkat bahu. Biarkan Puteri Ezra masuk dalam perbincangan mereka. lagipun, Ezra juga salah satu ahli the Believers.

“Mengikut Teori Maddison dan Tom, mereka jangka penjenayah kita merancang untuk sumpah orang Enchanted berkuasa besar.” Kali ini Lord Elm masuk kedalam butik itu. berdiri dengan megah dihadapan Puteri Ezra, tundukkan diri sambil membuka topinya dengan penuh hormat sebelum kembali bersuara; “Seperti tuanku; Pasti dia akan pilih Cik Devil sebagai target yang seterusnya. Memandangkan Cik Devil telah mendapat magicnya semula.”

Ezra dan Gretel terus memandang tirai bilik persalinan yang Ivy masuk sebentar tadi dengan horror sebelum memandang tiga adik-beradik lagenda itu semula. “Apa jadi jika dia kena kawal oleh sumpahan tu?” soal Gretel.

Senyuman papa Koala pudar, digantikan dengan ekspresi wajah risau dan dia mengusap janggutnya dengan perasaan sama resah seperti dua wanita muda itu. “Well… either she fight against it like you princess or… join it. Percayalah Tuanku, jika penjenayah itu dapat berhubung dengan Cik Devil dan dapat menarik perhatiannya untuk masuk kedalam kes Losing Heart…. It’s the End of Enchanted.”

“Dia akan bunuh Putera George….” Bisik Ezra lebih kepada dirinya sendiri dan melihat Lord Elm mengangguk membuat Ezra rasa jantungnya jatuh ke perut. “Then Sumpahan Morgana…?”

“Secara tidak langsung dua kes ini ada kena mengena.” Jawab Lord Alder dengan keluhan tidak serious, tahu apa yang bermain dalam minda Ezra. “Saya tahu apa yang Tuanku fikirkan. Cik Devil bukan lagi seorang Villain tapi kami taknak ambil risiko itu. lebih baik dia tidak berhubung dengan Penjenayah kita dari mempercayainya untuk melawan jika dia terkena sumpahan itu. Memandangkan Cik Devil sangat penting pada Hansel dan Gretel. Saya pasti Hansel tidak ingin kedua kemungkinan ini berlaku.”

Ezra memandang Gretel yang mengangguk kecil, sedikit cemas kerana bukan Ezra sahaja tidak dapat bayangkan apa akan jadi jika Ivy di rasuk oleh sumpahan itu. Gretel juga.

Ezra tahu bagaimana rasanya mempunyai tatu tersebut menjadi beban didadanya, dia lihat bagaimana rupanya bila dia disumpah dari gambaran hanna. Cuma dia tak dapat bayangkan bagaimana rupa Ivy jika dia kena sumpahan itu.

Ivy dah sememangnya menggerunkan. Kalau dia terkena sumpahan itu tentu lebih teruk?

Dear Heaven above help us… desis hati Ezra bertambah risau. “Then, ini malam saya akan perhatikan dia.”

Papa Kaola mengangguk setuju. “Kalau macam tu, kami berharap pada Tuanku untuk pastikan Cik Ivy selamat pada malam Majlis ni nanti.”

“Now, let me get back with my gown.”

“Ouch!” Ivy memukul tangan pekerja lelaki yang tidak sengaja tercucuk pinggangnya kerana ingin memperbetulkan dress kelabu yang Ivy tengah pakai.

“Maafkan saya Cik Ivy.” Pintanya agak takut tapi dia beranikan diri kerana ia tugasnya kepada pelanggan VVIP Papa Koala.

“Just be careful with that thing.” Marah Ivy tanpa tinggikan suara dan kembali memandang figuranya di cermin panjang. “Aku tak sangka Lord Koha—Itu kan namanya?”

“Ya Cik Ivy.”

“Okay. Aku tak sangka dia boleh reka baju secantik ini. Aku jangka dia akan buat gaun kembang or something and warna pink, atau merah, atau warna yang setaraf dengan tu. But this looks pretty good.” Pujinya dengan senyuman memuaskan melihat dress kelabu yang panjang sehingga paras lututnya. ia gaun penjek yang simple dan hanya dihiaskan dengan sulaman benang perak yang dibuat khas sahaja.

Ia kelihatan feminine dan Ivy sukakannya.

Ivy perasan dari pantulan cerminnya, seorang pekerja butik itu datang masuk kedalam bilik persalinan besar itu, jalan dibelakangnya dan masuk ke dalam salah satu tirai kecil untuk pelanggan lain menggunanya.

“Cik Jill, bagaimana dengan gaun cik Jill tempah? Adakah ia mengikut citarasa Cik Jill?” Soal pekerja perempuan itu dengan penuh sopan santun.

Jill?

Seorang perempuan berambut emas membuka tirai tersebut dengan senyuman lebar dengan gaun pendek berwarna cream dipakai dengan begitu cantik. “Oh yes, I love this dress—Oh my… is that….” Jill terlihat Ivy yang berdiri di depan cermin panjang dan kembali melihat pekerja butik yang melayannya. “is that Ivy the Devil?”

“Ya. Kau betul. Ini Ivy the Devil.” Ivy pula bersuara dengan nada mendatar. Agak kurang senang melihat perempuan yang merupakan ex-girlfriend Louis berada sebilik dengannya.

Persoalan. Kenapa Ivy rasa sehari ni dia terjumpa dengan semua perempuan yang ada kena mengena dengan Louis?

Adakah Ivy Jealous?

Tak. Dia tak jealous.

Dia Meluat.

“Oh maafkan saya… saya tak bermaksud nak bersikap kurang sopan—By the way I like your dress.” Puji Jill, cuba menukar topic untuk menghilangkan rasa janggal dengan Ivy. “Saya dengar kamu akan pergi ke Majlis tari menari di Istana Camelot  ni malam? Untuk mengumumkan perasmian sebagai apprientice The Great Wizard Merlin. Is that right?”

Ivy menarik sengih, sedikit bangga mengetahui perempuan itu tahu tentang perkembangannya. Entah kenapa Ivy rasa dia gembira dan rasa dirinya lebih besar dari Jill bila dia tahu tentang tu. “Yes. That’s right.”

“And this must be your formal robe!” sahutnya kedengaran kagum, merasa jubah ungu Ivy yang tergantung rapi pada menequinn di tepi cermin panjang. “Wow…. Papa Koala sulam corak ni dengan begitu cantik.”

“I know… at first aku ingatkan dia akan buat jubah kembang or something like that.”

Jill ketawa kecil namun tawanya mati dengan serta merta seperti dia rasa bersalah. “Uhm.. kamu.. well, kamu tak kisah ke kalau kamu bercakap dengan saya?”

Ivy menjungkit kening hairan tapi berubah untuk seketika. “ouch! Watch it I say.” Marah dalam nada berbisik pada pekerja yang sama sebelum pandang Jill semula. “Asal pulak?”

“Well you know… semua orang tahu tentang saya.. yang saya ni…. Pisau cukur? Rapat dengan putera George kerana pangkatnya dan… dan tentang Jack juga. Selalunya mereka akan jauhkan diri dari saya disebabkan itu semua.” Katanya dengan sedih namun senyuman tawar tetap terpapar pada bibirnya.

Ivy memandang Jill untuk seketika, memerhatikan perempuan itu dengan lama dan perasan sesuatu. Dia tak pernah lihat bagaimana wajah Jill dengan teliti seperti itu. dan dia taklah kelihatan begitu jahat atau kejam seperti Jack. Dia kelihatan seperti perempuan Enchanted biasa.

Ivy mengangkat bahu slamber. “It’s all history right? Kau dengan Putera George dah berakhir lama dan hubungan kau dengan Jack pula—

“Dia putuskannya sebaik sahaja kami tamat belajar.” Potong Jill dengan nada sedih. Bibirnya jatuh kebawah seperti dia ingin menangis. Matanya yang berkaca membuktikan dia ingin menangis tapi dia tahan. Cuba mengukirkan sebuah senyuman yang paling ceria dia boleh tapi keningnya berkerut tidak dapat menopengkan kesedihannya. “Tapi tak apa. its better dari saya terjebak dengan masalahnya lagi. Mungkin ada baiknya dia putuskan hubungan kami.”

Ivy hanya mengangguk. Nampak sangat yang Jill masih terluka atas hubungan mereka yang telah diputuskan. Dia ingin diamkan diri, biarkan Jill dengan dilemmanya sendiri tapi entah kenapa, bibirnya bergerak sendiri terpelantingkan ayat yang dia sendiri takkan fikir dia akan sebut kepada seseorang.

“Kau layak dapat lelaki yang lebih baik dari dia.” Itu yang keluar dari mulut Ivy dan dia harap dia tarik balik kata-kata itu. namun melihat Jill tersenyum kecil membuat Ivy rasa sedikit lega. “kau boleh mulakan hidup baru. Yang lebih baik tanpa Jack dalam hidup kau. kau tahu kau terlalu baik untuk dia kan?”

Jill ketawa kecil, lebih kepada rasa lega kerana ada seseorang menyokongnya dan mengangguk. “Ya. Kamu betul. Thanks… Ivy.”

“Cik Ivy. Sila pakai Jubah ni.”

Ivy akur, mengenakan jubah ungu pada badannya sebelum pekerja butik itu kembali memperbetulkan jubah tersebut.

“You are welcome. Anyway… I like your dress too. kau lebih sesuai pakai warna seperti itu dari warna gelap—

“All done Miss Ivy!” sahut pekerja itu dengan gembira.

Ivy memandang dirinya pada cermin panjang. Berputar ke kiri dan kekanan memastikan ia sesuai dengan badannya sebelum tersenyum puas. Dia berputar pada Jill pula. “What do you think?”

“It’s Beautiful.” Puji Jill dengan senyuman lembut. “Saya pasti kamu menyerlah dalam majlis tu nanti.”

“Oh dear…  sesuatu tertinggal.” Pekerja perempuan itu bersuara dengan risau. Dia memandang kawan sekerjanya. “Mana Brooch Pengetua Merlin? Ia sepatutnya ada di jubah Cik Ivy tadi.”

“Brooch?” Soal Ivy dan Jill serentak.

“Oh you mean this brooch?” Jill mengeluarkan peniti bulat dari poket dressnya dan tampil ke hadapan Ivy untuk pakaikannya pada jubah ahli sihir muda itu. “ia bergolek ke dalam bilik persalinan saya tadi. Ia mesti jatuh semasa mereka gantungkan jubah ni tadi.”

Ivy mengangguk faham dan memandang tiga pekerja butik itu. “Brooch ini untuk apa?”

“Ia symbol rasmi kepada semua Apprientice The Great Wizard Merlin. Membuktikan yang Cik Ivy adalah anak murid Wizard Merlin dan sangat penting didalam kerajaan ini.”

“Dengan Brooch berkilau seperti ini, saya dari beribu batu pun dapat kenal kamu dari jauh.”

Ivy ketawa kecil, setuju yang Brooch tersebut agak bling-bling. “Pastikan kau sapa aku kalau kau perasan aku okay?”

Jill mengangguk kecil. “Dah tentu. Jika kamu datang ke kerajaan Etalean nanti.”

“Kau berpindah?”

Jill mengangguk. “Ya. Saya rancang nak buka kedai bunga di sana. Rumah pusaka keluarga saya di sana dah lama kosong jadi saya rancang nak pulang ke rumah. Mulakan hidup baru dengan menjual bunga. Kamu rasa itu bagus?”

Ivy tersenyum kecil dan mengangguk. “Ia lebih dari bagus. Ia terbaik.”

Jill akhirnya tersenyum dengan lebar, rasa bersemangat semula. “Terima kasih sebab percayakan saya Ivy. Saya harap kehidupan baru kamu di sini juga berjalan dengan baik. Now.. saya kena pergi. Saya ada kereta api untuk bawa saya ke Etalean. So, visit me one day?”

Ivy hanya mengangguk, melihat Jill bergerak pergi darinya.

Ivy tidak menyangka yang Jill rupanya seorang perempuan yang baik. Pada awal dia ingatkan Jill juga berkonspirasi dengan Jack memandangkan dia kekasih Jack. Tapi setelah bercakap dengan Jill untuk pertama kali, dia telah salah anggap tentang Jill. Jill mungkin mangsa Jack. Perempuan yang baik dipergunakan untuk kepentingannya sendiri.

Ini buat Ivy terfikir sesuatu. Hubungan Jill bersama Louis dan Jack. Mengapa Jack boleh bermusuhan dengan Louis sedangkan dahulu mereka kecil Jack dan Louis adalah rakan didalam istana.

Dan Ivy inginkan satu kepastian tentang tu.

“Hey Jill?”

Jill berhenti didepan tirai besar itu, hampir melangkah pergi tapi berputar kembali memandang Ivy. “Ya?”

“Adakah—Nevermind…. Aku akan tanya kau bila aku lawat kau di Etalean. Okay?”

Jill mengerdip mata untuk beberapa kali tidak faham sebelum mengangguk sahaja. “Okay. See you.”

“Yeah. See you.” Balas Ivy dan melambai pada Jill.

Ivy hampir malukan Jill dihadapan tiga pekerja Butik tu. Ahli sihir ini terlupa yang konflik antara Jill dan dua lelaki itu adalah perkara sensitive baginya. Ye lah, Jill kelihatan sangat bersalah tentang hubungannya dengan Jack dan bangkitkan hubungan tersebut didepan Jill tentu akan buat dia rasa tambah sedih.

Apatah lagi soalan Ivy mungkin akan burukkan lagi nama Jill. Ivy takut Jill rasa terkilan dengan persoalannya.

Jadi, persoalan Ivy kena ditangguhkan sehingga dia dapat berjumpa dengan Jill semula. Bila mereka bersendirian dan emosi Jill dah baik pada masa itu.

 “Ivy! Kau dah siap ke?!”

Sahutan Ezra menarik perhatian ahli sihir itu dan sahut. “Ya!”

“Then come out here!”

Ivy hanya putarkan bola matanya dengan senyuman terukir di hujung bibir. Dia melangkah keluar dari bilik persalinan itu untuk berjumpa dengan mereka yang berada di luar.

Kali ini dia ada dua tetamu yang tidak di jangka.

“Instructor Elm?” Soalnya agak terkejut melihat pengajar Academynya berada didalam butik itu bersama lelaki kurus bertopeng di sebelahnya. “Apa Instructor buat kat sini dan…. Siapa tu?”

“Ah Cik Devil. Biar saya memperkenalkan dua adik saya. Elm dan Alder.” Kata Papa Koala dengan senyuman manis.

Ivy pula hanya tergamam mengetahui Papa Koala adalah abang kepada Instructor Elm. “Jauh beza personality korang.”

Papa Koala hanya tergelak. “Dan ini pula Alder. Adik bongsu saya.”

Alder berikan senyuman sinisnya pada Ivy sambil mengangkat dagu dengan angkuh. “S’up?”

Yang ni lagi jauh. Perangai hampir sama dengan orang Vicious desis hatinya. Namun dia juga mengangkat dagu secara kurang sopan. “Good. You?”

“Ooooo Koha. Budak ni masih ada Vicious dalam dirinya.” Katanya dengan nada terhibur sambil tuding jari kearah Ivy. “So Witch. Tell me something, mereka kata Ayah kau Robin Hood. Betul?” Ivy hanya mengangguk, dan anggukan itu cukup buat Alder tersenyum lebar. “Oh my! Oh my! Kalau kau anak dia tentu kau sehebat ayah kau juga! I can’t wait to fight with you—Oofft!” Ayat Lord Alder tergantung bila Lord Elm menyiku perut adik bongsunya agak kuat dari apa yang dia inginkan. Lord Alder mengusap perutnya yang sakit sambil merenung tajam kearah abangnya yang ketiga. “What was that for?!”

“Jangan kurang sopan Al.”

“Tapi dia juga tak bersopan dengan kita—Ow!” kali ini Papa Koala menampar belakang kepala Alder.

“Jangan seperti budak-budak Alder. Kamu dah berumur 27 tahun. Be mature.” Tegur Papa Koala Cuma tidak terlalu serious.

Lord Alder pula memutarkan bola matanya dengan mulut berkumat-kamit menyumpah serana dua abangnya itu. “Oh sure-sure. Scold me about  everything.”

Ivy tertawa kecil melihat telatah tiga beradik itu, menarik perhatian mereka semua. “jangan risau Lord Koha. Saya tak kisah sangat.”

“Even so Cik Ivy dia—

“Saya kata tak apa.” potong Ivy sedikit tegas sebelum tersenyum kecil. “saya lebih suka mereka berperangai seperti biasa dari berlakon sopan.”

“See? Finally! Someones get this misunderstood man.” Sahut Lord Alder dengan dramatic, bergerak ke sisi Ivy dengan badan lemah tidak bermaya, tangan diletak diatas dahi. “My Lady, hanya kau dapat mendengar jeritan hati meminta tolong ini. mereka semua terlalu pekak untuk mendengarnya!”

Ivy pula memutarkan bola mata dengan gelengan. Teringat yang perangai Lord Alder hampir sama dengan Tuan Jack Skellington. “Yes, yes… asalkan Tuan gembira.” Katanya, melayan sahaja sebelum memandang kawan sebayanya. “Korang, bila kita nak gerak?”

“Oh, kamu akan di iring ke istana.” jawab Ezra membuat Ivy berpaling memandang Lord Alder yang menjungkit kening double jerk pada Ivy dengan senyuman menjengkelkan.

“You have got to be kidding me.”

“Unfortunately no.” jawab Lord Alder dengan senyuman yang tidak akan pudar pada wajahnya—dan Ivy berharap dia boleh lap senyuman menjengkelkan itu dengan satu sumpahan suatu hari nanti. “Saya dan abang saya a.k.a Instructor Elm akan mengiring kamu kemana sahaja kamu hendak pergi sehingga malam Majlis tari menari di Istana nanti.”

“Dan jangan lupa The Great Wizard Merlin ingin berjumpa dengan Cik Devil sebelum Majlis itu bermula.” Lord Elm bersuara dengan nada rendah dan tegas. Suaranya yang tulen.

“Oh yes and that too.” Lord Alder mengangguk slamber dan menyentuh kedua bahu Ivy dari belakang. Dia tahu Ivy tidak selesa tapi apa dia kisah? “So, jom ke temu duga salon kamu cepat dan terus ke istana—

“Wait-wait-wait!” Ivy menepis tangan Lord Alder itu dengan kasar bila dia nak tolak Ivy keluar dari Butik. “Dia pengiring saya?” Soal Ivy menuding jari kearah tangkai jering bertopeng, memandang Papa Koha dengan ekspressi tidak percaya. “Are you serious?”

“Oh Heavens no.” Papa Koala terus menggeleng. “Budak ni tidak boleh dipercayai kalau buat tugas seperti ini. Sebab tu Lord Elm akan mengiring kamu sekali.”

“Oh that’s Great, lelaki beruang kelihatan macam nak makan saya hidup-hidup dan Lelaki kurus macam pencungkil gigi dengan senyuman ‘rape face’ akan buat saya rasa selamat sepanjang masa sehingga Majlis itu bermula. Just Great. Marvelous!” Sahut Ivy dengan sarkastik dan mendapat renungan dingin dari Ezra. Ivy dapat rasa kedinginan renungan itu merangkak turun pada tulang belakangnya tapi dia endahkan. “By the way, kenapa mereka kena jadi bodyguard saya? It’s not like I’m in trouble or…” mata Ivy terbeliak bulat, kembali memandang mereka semua dengan horror. “Korang masih tak percayakan saya kan—Hey!!”

Ahli sihir muda ini terus ditolak oleh Lord Alder tanpa amaran mematikan ayat Ivy. Ditolak keluar kearah pintu keluar Butik itu. “Nonsense Cik Devil. Kalau kami tak percayakan kamu dah tentu kamu takkan dapat buka gari Genie itu sampai bila-bila! Now-now, enough this wasteful chit-chat dan pergi ke salon! You need to look presentable at the ball.” Bebel Lord Alder dengan cepat hampir tidak semua ayt yang dia cakap Ivy dapat tangkap. Namun ayat terakhir dia dapat tangkap.

Dia berputar berdepan Lord Alder dan bercekak pinggang marah. “Do I not Look ‘presentable’ now?!” soalnya dengan sedikit api menjengkelkan membakar jubahnya.

Lord Alder terus mengangkat tangan dan mengambil beberapa langkah kebelakang dari ahli sihir terbakar itu. Dia tersengih-sengih ketakutan. “Oh no-no-no-no! you look just fine Miss Devil. Cuma sekarang kamu kelihatan lebih Vicious—bukannya salah kamu kelihatan seperti begini. Ia nampak sassy actually—not in sexually of course. What I mean is. Kamu nampak sangat cantik dengan apa sahaja ada di wajah kamu—saya maksudkan make up! Tak kesah tebal atau tidak—saya bukan nak mengejek Cik Devil Cuma—Ack!

Lord Elm meluku kepala adik bongsunya yang merapu tanpa henti dari belakang. “Apa yang Alder nak katakan ialah, sebagai Apprientice Wizard Merlin, kamu kena kelihatan yang terbaik pada pada malam ini. itu sahaja.” Katanya dengan nada tenang, bersama burung gagak hitam didalam tangannya, diberi oleh Gretel tadi. “This is your bird Miss Devil. Masa untuk bergerak. Kita taknak buat Raja dan Permaisuri Camelot tertunggu.”

Ivy menerima Diaval dari tangan Lord Elm, memeluk burungnya sambil merenung tajam kearah Lord Alder. Entah berapa banyak kali lelaki itu menyinggung perasaan Ivy dan setiap kali lelaki itu membuka mulut buat Ivy tambah tak sukakan dia.

“Alright then. Jom pergi ke salon.” Kata ahli sihir muda itu dan berputar kearah pintu keluar yang tersedia dibuka oleh Lord Elm.

Ivy sempat toleh kebelakang memandang Gretel bila dia perasan yang adik kawan rapatnya itu juga tidak berganjak dari sebelah Papa Koala. “Not coming?”

Gretel menggeleng. “Nope. Aku kena jadi bodyguard Puteri Ezra sementara tunggu gaunnya diubahsuai. Just have fun tanpa aku okay?”

Bibir Ivy jatuh sedikit mengetahui plan mereka nak memburu sedozen kasut baru tidak kesampaian. Namun Ivy terpaksa ketepikan rasa kecewanya dan mengangguk dengan senyuman kecil. “Okay then, jumpa ni malam ezra!”

Setelah mendapat anggukan dari Puteri Ezra, Ivy keluar dari butik itu, terus menuju ke kereta kuda yang mewah dihadapan butik tersebut. Pintu kenderaan itu dibuka oleh Lord Alder yang tunduk hormat, memegang pintu itu dengan senyuman yang menjengkelkan. “It’s like Cinderella thing right?”

“Not really.” Jawab Ivy dengan muka masam. Masuk kedalam kenderaannya dan biarkan Lord Alder menutup pintu untuknya. “it’s more like Mulan. Seorang perempuan jadi askar lelaki dan akhirnya dipanggil sebagai hero.”

“Ah I get it. Kau orang Vicious jadi orang Enchanted. Akhirnya diterima dan dipanjang hormat. Sesetengah masyarakat mungkin takkan terima tapi mereka tak boleh buat apa sebab gelaran kau.” kata Lord Alder sambil mengenyit mata.

Ivy menarik sengih dan mengangguk. “Something like that.”

Lord Alder hanya ketawa besar. Tidak dapat nak balas ayat Ivy dan naik kenderaan kuda itu dibahagian ‘coachman’ bersama Lord Elm.

“Kau kenapa ketawa?” Soal Lord Elm yang memegang tali kuda.

“This witch is really something.” Jawab Lord Alder dengan sisa tawa yang masih ada sambil menggeleng.

“Sebab tu semua orang nak selamatkan dia.” Jawab Lord Elm terlalu serious. Melibat tali kudanya membuat kenderaan kuda itu bergerak ke salon yang dikatakan. “Kau tak perlu nak mempersoalkan lagi mengapa mereka suka Ivy walaupun dia ahli sihir dari Vicious. Kau sendiri suka dia sebaik je kau jumpa dia.”

Lord Alder menarik sengih. “Siapa kata aku sukakan dia? Aku Cuma nak berbaik dengan dia supaya aku boleh tengok adakah dia semanipulatif ayahnya atau tidak.”

“Dan?”

Lord Alder mengangkat bahu. “Dan seperti yang aku jangka. Yes, she is like her father. Sly, manipulative Witch. Dan ibunya Maleficent.” Katanya kali ini senyumannya lenyap menjadi tegang. Memandang abangnya yang juga kelihatan serious. “This girl is really bad news brother. We need to be extra careful.”

“I know… I know…” jawab Lord Elm dengan anggukan kecil, mata kembali memandang kehadapan, memberikan tumpuannya semula pada jalan raya.

Ivy bermanjakan diri didalam saloon sepanjang hari, plus, dia dilayan seperti seorang puteri oleh Lord Elm dan Lord Alder.

Semasa mereka tiba di Saloon, Lord Elm dan Lord Alder memeriksa setiap barang dan pekerja didalam saloon itu, Ivy tak tahu mengapa mereka buat macam tu dan alasan yang dua Lord itu bagi ialah untuk memastikan Bakal Apprientice Wizard Merlin mendapat rawatan terbaik untuk Majlis perasmian ni malam.

Ivy tidak mempersoalkannya lagi dan biarkan dirinya dimanjakan dengan satu set Beautification dari hujung rambut ke hujung kaki oleh Pekerja-pekerja Saloon itu. sementara Lord Elm dalam saloon dan Lord Alder berada di luar saloon, memantau tanpa pengetahuan Ivy.

Ivy rasa seperti dia di awang-awangan bila dia dimanjakan, dengan dengan mud mask, mud bath dan urutan terapi. Dia juga buat manicure pedicure pada kukunya—membuang nail polish hitam yang Ivy sayang. Nak taknak dia kena bersihkannya untuk kelihatan ‘presentable’ sebagai Apprientice Wizard Merlin.

Tak kau Ivy bergaduh dengan pekerja saloon kerana Ivy enggan membuang nail polish yang Dottie buat untuknya. Tapi akhirnya Ivy buat tawaran pada pekerja itu untuk gantikan nail polish kesayangannya pada warna rambut. Ivy dibenarkan untuk sekurang-kurangnya highlightkan rambutnya juga.

Untuk mengelakkan sebarang pertengkaran dan membuang lebih banyak masa, mereka bersetuju dan menghias rambut Ivy dengan highlight ungu. Pada mulanya mereka nak buat warna pink dan mendapat makian dari Ivy. Apa-apa warna yang selaraskan warna merah adalah dilarang sama sekali. Pink hanyalah warna merah yang dicampur dengan putih. Ia tetap ada warna merah!

Ivy dengan pekerja saloon itu asyik bertengkar tentang warna rambut Ivy, mengatakan ia tidak sesuai sebagai Image seorang apprientice kepada Wizard sehebat Merlin. Ivy patut memperbetulkan perwatakannya dan kelakuannya pada semua orang di sekelilingnya.

Setiap komen yang pekerja itu buat pasti Ivy balas dengan dua kali ganda lebih pedas. Membuat Pekerja saloon itu akhirnya diamkan diri dan Ivy mengangkat dagu keudara dengan bangga. Kali ini Kemenangan didalam tangannya.

Ye lah Ivy tak balas, Dia taknak berubah 180 degree hanya kerana dia apprientice The Great Wizard Merlin. Dia adalah Ivy, seorang ahli sihir yang lahir di Vicious dan anak kepada The Mighty Sorcerers Maleficent. Ya, ibunya telah buang dia dari rumah, mungkin tidak akan mengaku Ivy anaknya lagi tapi itu tak bermaksud Ivy akan tinggalkan dirinya yang lama.

Walaupun dia sudah menjadi Orang Enchanted. Tidak semestinya Ivy ingin menjadi  seperti ‘Orang Enchanted’.

Where’s the fun in that?

Usai menghabiskan masa di saloon, Ivy memakai baju formalnya pula, memastikan Broochnya tidak hilang kerana Pin itu agak penting sebagai Apprientice Wizard Merlin. Ivy tak tahu kenapa ia penting.

Meh… Nanti dia tanya orang tua tu sendiri.

Ivy diiring oleh Lord Elm dan Lord Alder ke istana Camelot; selama setahun lebih Ivy di Kerajaan Camelot, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke masuk ke sebalik tembok pertahanan istana Camelot dan merentasi pintu gerbang istana itu.

Ivy kagum melihat kemegahan istana Camelot, mulutnya terngangah sepanjang perjalanan masuk dari pintu gerbang sehingga ke pintu utama istana. Malah, ia tetap terngangah bila dia melangkah masuk ke ruang utama istana itu. Nasib baik Lord Elm baik menolong Ivy menutup mulutnya membuat ahli sihir ini tersipu malu.

No thanks to Lord Alder. Lelaki tu perasan Ivy terngangah sepanjang masa dan dia tak tolong pun. Dia saja biarkan Ivy memperbodohkan dirinya, dilihat oleh pekerja istana yang lalu lalang, sibuk untuk majlis pada malam itu.

No thanks to Diaval juga. Burung tu pun terngangah melihat kemegahan istana Camelot itu. namun, mindanya tetap bergerak memikirkan satu persoalan yang membuat dia rasa musykil.

Mengapa istana Camelot lebih kecil dari Gracious Academy? Diaval tidak memikirkan sangat persoalan itu. Bukannya dia dapat apa-apa kalau tahu mengapa. Mungkin kerana Raja Arthur lebih pentingkan academic dari kepentingannya sendiri. Maybe. Siapa tahu?

“Mereka semua sedang perhatikan kau, Cik Devil.” Lord Alder bersuara dengan slamber, tangan dimasukkan kedalam poket seluar sambil menjungkit kening kepada iringan mereka di belakang.

Ivy yang berjalan di belakang dua Lord itu terus menyentuh wajahnya, kalau-kalau make upnya rosak atau tidak.

Lord Alder ketawa melihat gelagat Ivy. “You look fine… bukan itu yang mereka perhatikan.”

“Jadi?”

“Kau ahli sihir dari Vicious. Semua orang didalam istana ni takutkan kedatangan kau.” katanya dengan senyuman nakal. “You know, walaupun kau dah ubah penampilan kau, pakai jubah dan gaun Enchanted, Looking Harmless with that twingkle eyes and breath taking smile. Kau tak boleh ubah yang dalam diri kau, kau ialah seorang Vil—Vicious. Anak kepada ahli sihir terkejam yang masih hidup di zaman ini.” Kata Lord Alder. “Everyone will always afraid of you—Ow!

Lord Alder menggosok belakang kepalanya yang ditampar oleh Lord Elm tanpa amaran dan merenung tajam pada abangnya. “What was that for?!”

“Watch your mouth.” Arahnya dan tuding ibu jarinya kebelakang bahu.

Lord Alder berpaling kebelakang, perasan yang Ivy tundukkan diri dengan ekspressi wajah tegang. Seperti dia ingin bersembunyi, kerana dia menarik hoodie jubahnya menutup muka.

“But it’s the truth. Be proud Witch! Bukannya kau tak kesah ke apa orang katakan tentang kau selama ni? Kenapa sekarang lai…n…..” apa sahaja ayat Lord Alder seterusnya hilang di curi angin kerana bila Ivy mengangkat kepalanya, sepasang mata hijau itu bercahaya bersama dengan bibir nipis merah yang menarik sengih, tersembunyi disebalik Hoodie jubahnya.

“You were saying?” Soal Ivy dengan nada tenang, kening terjungkit dengan wicked. “Aku memang tak pernah hiraukan apa mereka cakap pasal aku and ya, I am a Proud Witch.”

Lord Alder susah ingin menelan air liurnya, seperti ada batu melekat di kerongkongnya menyebabkan dia susah untuk menelan. Lord Alder alihkan padangannya pada Lord Elm. Matanya memberi signal tentang Ivy. Betapa Merbahayanya ahli sihir muda itu.

Lord Elm mengangguk dengan senyap, faham kerana dia juga rasa seram sejuk merangkak ditulang belakangnya hanya dengan mendengar ayat sinis keluar dari mulut ahli sihir itu.

Tuah menyebelahi dua Lord ini kerana perjalanan mereka untuk mengiring Ivy telah tamat bila mereka tiba di hadapan pintu dua yang besar.

“The Great Wizard Merlin sedang menunggu Cik Devil disebalik pintu ni.” Kata Lord Elm dan kedua beradik ini membuka pintu tersebut.

Didalam bilik itu, The Great Wizard Merlin sudah ada didalam sedang menunggu, berdiri di hadapan meja bulat yang besar, sedang membelakangkan pintu masuk bilik itu. sebaik sahaja pintu pintu tersebut terbuka, The Great Wizard Merlin berpaling kebelakang dan mengukirkan satu senyuman manis bila dia lihat Anak muridnya akhirnya tiba.

“My Child! Saya tak sangka kamu datang sebegini awal. Setahu saya perempuan dandankan diri makan masa sepanjang hari.” Pandangan Wizard Merlin berubah ke burung hitam di bahu Ivy. “My, My… even this devil’s pet—maaf, Guardian.” Wizard merlin ketawa kecil. “setia menemani Cik Ivy. apapun, saya gembira kamu berdua akhirnya tiba. Teruja sebenarnya.”

“Memang pun sepanjang hari.” Jawab Ivy dengan senyuman, membuka hoodienya sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup oleh dua Lord itu. meninggalkan Ivy dan Wizard Merlin sahaja. “Saya keluar dari Academy dengan Ezra awal pagi. Ambil pakaian saya dan terus ke saloon.”

Pengetua Merlin mendekati anak muridnya dan melihat Ivy dari atas hingga bawah sambil mengusap janggutnya. “My, My… Rekaan baju Lord Koha sangat cantik pada kamu. And that make up too. Ia buat wajah kamu menyerlah…. Not like your everyday make up. Yang macam badut tu.” Pengetua Merlin ber’hohohohoho’ tanpa menyedari dia dah buat Ivy sedikit terkilan.

Berani orang tua ni kutuk smoky make up aku… desis hati si ahli sihir muda, cuba menahan perasaan marah dari tertunjuk pada Jubahnya.

Ivy menarik nafas dalam, tenangkan perasaannya. Dia patut dah biasa dengan komen tajam Pengetua Merlin. Dia mungkin tak maksudkannya kerana dia dah tua kerepot.

“I like the design but it’s not really me.” Komen Ivy menyelak jubahnya, melihat pakaiannya sekali lagi. “Kalau boleh saya akan ubah suai sikit tapi saya hargai hasil kerja Lord Koha. Jadi saya biarkan ia seperti ini.” Katanya dengan senyuman. “Oh dan Pengetua, saya nak tanya tentang Brooch ni.” Soal ahli sihir ini sambil menunjuk Pin yang melekat pada jubahnya. “Mereka kata ia sebagai symbol saya sebagai Apprientice Pengetua tapi, ia kelihatan agak…. Out fashioned.” Katanya sambil mengusap Pin itu dengan lembut. Walaupun kelihatan usang, Ivy tetap menyukai Pin itu kerana ia pemberian dari Mentornya.

Pengetua Merlin melihat Pin tersebut dengan senyuman riang, entah kenapa dia rasa gembira. Mungkin sebab akhirnya dia dapat seorang apprientice yang dia inginkan selama 100 tahun dia hidup di Tanah itu.

Pengetua Merlin berdehem, menyembunyikan keterujaannya dan mengangguk. “Ya. SAya mengaku ia kelihatan agak ketinggalan zaman sikit. Sebenarnya, saya buat Pin tu dah lama. semenjak Raja Arthur lahir lagi.” katanya menarik perhatian Ivy semula.”Yes it’s That old. You see Cik Ivy, Pin ini diperbuat dari the Purest Gold of this land—

“Bukannya Purest Gold boleh membawa tuah ke?”

“Ya, betul tu. dan tolong jangan potong ayat saya.” Tegur Pengetua Merlin dengan senyuman membuat Ivy ketawa kecil. “Di mana saya tadi?—Oh ya, setelah Peperangan Dua Bilah tamat dan keamanan kembali pada Tanah Enchanted, saya terfikir sudah tiba masanya saya mencari apprientice sendiri. Buat Brooch itu sekali dengan mahkota Raja Camelot. Pin tersebut sebagai apprientice saya dan akan dihormat oleh semua orang diatas tanah ini.” Pengetua Merlin tersenyum angau, dapat bayangkan dia dengan Ivy the Devil di puncak dunia bersama. Mentor dan Apprienticenya bersama memastikan keamanan Tanah itu terjamin. “Tapi, Masa tidak menyebelahi saya kerana saya sibuk merantau kesana kesini dan mengurus Putera Arthur dan anaknya Putera George. I simply don’t have time to look for an apprientice. Sehinggalah sekarang.” Katanya, melihat Ivy dengan senyuman manis. “Congratulations Cik Ivy, Jom ke Bilik tari menari, saya pasti para tetamu Raja sedang menunggu kedatangan kita.”

Ivy mengangguk dan keluar dari bilik tersebut bersama Pengetua Merlin. Berjalan seiringan dengan Mentornya di laluan istana itu menuju ke bilik yang diperkatakan.

Ivy rasa sedikit bangga berjalan di sisi The Great Wizard Merlin. I mean, siapa tak bangga? This is The Great Wizard Merlin we are talking about. Seorang ahli sihir wizardry. Seorang lelaki yang serahkan jiwa dan raganya untuk keselamatan tanah Enchanted, berlawan dengan setentera Villain seorang diri dan menumpaskan The Almighty Maleficent dalam one on one duel—okay, itu Ivy tak suka sangat but you got the point. The Great Wizard Merlin ialah ahli sihir terkuat di atas tanah besar itu.

“So, Penge—I mean, Tuan… Jadi, sayalah orang pertama memakai Pin ni?” Soal Ivy atas dasar ingin tahu.

Langkah merlin berhenti di hadapan pintu dua yang besar, memandang Anak muridnya dahulu dengan senyuman. “Tak. Kamu orang kedua.”

Mata Ivy membesar. “Tapi Tuan—

Ayat Ivy terhenti kerana Pengetua Merlin mengetuk Pintu besar itu dan dibuka dari dalam oleh dua orang pekerja istana.

Ivy menutup matanya untuk seketika kerana lampu yang menyilaukan datang dari dalam bilik itu. BIla Ivy membuka matanya, dia terpukau melihat kemegahan bilik tari menari istana Camelot yang dhiasi dengan begitu cantik.

Semua orang berpakaian serbah mewah dan berbual di lantai tari menari dengan begitu ceria. Menyapa sesame sendiri dan bersenda ketawa dengan alunan music lembut sebagai latar belakang suasana itu.

Ivy mendongak melihat ada tujuh Chandelier tergantuk cantik diatas tetamu-tetamu raja. “This is Beautiful…” sahutnya seperti suaranya dicuri angin.

Pengetua Merlin ketawa kecil, menarik perhatian anak muridnya semula dan ahli sihir tua itu bengkokkan sikunya pada Ivy. “Shall we my Apprientice?”

Ivy menyelit tangannya dalam lengan Wizard Merlin dan mengangguk. “Yes. We shall.”

Dengan itu Dua Ahli sihir ini turun dari Grand Stairs BIlik tersebut dan seorang lelaki berpakaian serba Formal di tengah-tengah tangga itu sedang menunggu mereka.

Lelaki tersebut bersuara dengan lantang; “The Great Wizard Merlin, and His Apprience, The Young Witch, Ivy The Devil.”

Dan semua orang didalam dewan itu berputar dan tumpukan perhatian mereka pada Ivy the Devil, seorang.

>X<

~To Be Continue~

(A/N: It’s longer than I expected but Oh well! Lebih panjang lagi bagus kan? Walaupun kena letak sambungannya! Huhuhuhuhuhuhuhuhu Anyways… See you on the Necz Chapitar!!)


P/S: next chapter Louis Point of view pulak… huhuhuhuhuhuhu

2 comments:

  1. orang kedua? jadi siapa orang pertama.. macam dapat rasakan siapa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, orang kedua.... You'll know whom the first one soon enough (^_−)☆

      Delete

Savior of Tales