Fifth 1/2 L.O.S.T

Hood

Merasakan sesuatu? Tiada. Tidak merasakan sebarang kesakitan, kesejukan, kepanasan atau apa-apa sahaja yang deria kulit boleh rasa. Juga tidak dapat melihat. Semuanya gelap. Hitam, gelap gulita tanpa ada sebarang cahaya yang terselit didalam ruang pandangan. Jika mata ini masih boleh melihat lagi.

Entahlah. Tiada apa boleh dirasa, didengar atau dilihat. Sepertinya satu badan menjadi kebas dan tidak dapat rasakan apa-apa langsung.

Kecuali satu.

Rasa seperti ditarik. Atau lebih kepada tenggelam. Jatuh tenggelam kedalam sebuah void. Lubang yang tiada kesudahannya.

Entah berapa lama jatuh kedalam void ni. Mungkin setahun? Dua? Berpuluhan tahun? Sudah tidak dapat dikira lagi. Sudah hilang kira.

Dan aku terfikir aku, aku akan jatuh kedalam void ini untuk selamanya.

Sehinggalah satu cahaya memancar dihadapanku. Menerangi segalanya yang aku fikir telah dilupakan.

Red Riding Hood membuka matanya dengan perlahan, dan menemui seekor serigala besar terlentar berlumuran darah di hadapannya membuat dia jatuh terkejut dan membelakangkan diri dengan horror.

Hood menutup mulutnya cuba menahan diri dari termuntahkan isi perut sendiri melihat Bangkai The Big Bad Wolf yang hangus dan dibanjirkan dengan darah sendiri.

Nanti….. The big bad wolf? Bukan kah dia—Hood memandang kedua tangannya sebelum meneliti seluruh tubuh badannya sendiri.

Masih segar didalam ingatan Hood yang dia telah dibaham oleh The Big Bad Wolf didalam hutan Woods. Badannya dipisah-pisahkan seperti rag doll sebelum dia menarik keluar roh Hood untuk The Big Bad Wolf jadikannya sebagai makan malamnya.

‘A-A—Apa kau nak dari aku?!”

“Hati kau! hati suci kau adalah satu tenaga untukku, aku boleh hidup berates tahun kalau aku makan hati kau!”

“Tak… tak—TIDAK!!!”

 Hood memejam matanya teringatkan sketsa terakhir sebelum dia bertemu dengan ajal pada malam yang malang itu.

Tapi kenapa aku tak berpecah belah? Takkan aku…. Aku dah mati? Hood mendongak pandangannya melihat Perut Big Bad Wolf yang terbelah—atau lebih tepat meletup membuat Hood menyedari dia adalah Roh yang telah bebas dari badan Big Bad Wolf.

Dia adalah Roh….. dan siapa bebaskan dia?

Hansel! Hans, A-Aku minta maaf—A-A-aku—Tolong bertahan!”

Hood mendongak melihat di hadapan Big Bad Wolf, hanya beberapa meter jauh ada seorang budak perempuan berambut hitam cecah bahu sedang menggunakan magicnya untuk menyembuhkan rakannya. Seorang lelaki sebaya dengannya, berlumuran dengan darah.

Hood segera ke sisi dua remaja itu dan menarik nafas tajam. Terkejut melihat betapa parahnya kecederaan budak lelaki yang terlentar di sisi budak perempuan  itu. Kesan gigitan yang sangat dalam berada di abdomen budak tersebut.

Melihat pada ahli sihir kecil yang menangis teresak-esak, tangan menggeletar teruk mengakibatkan proses penyembuhan luka kawannya tidak berjalan dengan begitu baik. Tambahan pula mantera penyembuhnya juga tidak seberapa jelas.

Dia akan mati kalau dia tak cuba kawal perasaannya… desis hati Hood risau.

Hood memandang bangkai haiwan yang berada tidak jauh dari mereka, berfikir sejenak yang dua budak kecil itu telah menyelamatkan dia dari kurungan beratus tahun sebelum memandang kedua tangannya.

Dia mengangguk kecil seumpama meyakinkan dirinya sendiri dan dengan perlahan, tangannya mencapai bahu Ahli sihir muda itu dengan lembut. Memejamkan mata, memastikan deria sentuhnya dapat merasakan bahu budak kecil itu dan berharap keistimewaannya boleh digunakan walaupun dia hanya Roh.

Hood seorang perempuan yang dilahirkan dengan keistimewaan. Mereka memanggil Hood seorang Seeker. Lahir dengan kebolehan yang tidak berkaitan dengan magic langsung. Ia lahir didalam dirinya. Hood mempunyai kebolehan dalam memulihkan segala negativity yang ada didalam diri seseorang dan disebabkan dia seorang Seeker, dia boleh melihat benda yang orang biasa tidak boleh lihat. Hantu, spirit, masa depan, masa silam seseorang hanya dengan menyentuh seseorang itu. dah tentu dengan keizinan orang yang disentuh.

Di lahirkan sebagai seorang Seeker, Hood menggunakan anugerah itu dengan membantu mereka yang memerlukan dan menggunakannya kearah kebaikan.

Disebabkan niatnya yang nurani ni lah punca dia mempunyai hati yang suci dan tanpa dia sedari telah menjadi target kepada The Big Bad Wolf.

Hood dapat rasakan bahu ahli sihir muda  itu tidak lagi menggeletar dari tangisannya dan nafasnya juga kembali stabil. Ahli sihir kecil ini akhirnya dapat membaca mantera penyembuhannya dengan betul dan menyembuhkan kawannya yang cedera parah.

Hood perasan, bila emosi budak kecil itu menjadi stabil… cahaya magic mengelilingi luka kawannya makin kuat dan proses penyembuhan itu lebih cepat dari biasa. Sangat pantas.

This girl is gifted! Sahut hatinya dengan penuh harapan.  Jika Wizard Merlin tahu tentang budak ni tentu Wizard Merlin akan tolong dia kembangkan magic budak ni dan membantu mereka menentang Villain! Berada di sisi Wizard Merlin menentang Maleficent!!

Budak lelaki yang terlentar di atas tanah itu membuka matanya seperti dia tersentak dan bangun bersama nafas pendek yang berat. Memegang abdomennya yang hampir sembuh dari magic kawan sebayanya.

Pernafasan budak perempuan itu juga berat dan peluh membasahi dahinya. Sepertinya dia akan pitam pada bila-bila masa sahaja.

Sebuah senyuman lega terukir dihujung bibir budak perempua itu bila kawannya yang baru bangun melihat dia dengan penuh tanda soal. “Luka kau… tak dalam sangat… jadi.. kau selamat…” katanya hampir tidak bermaya diantara nafas berat.

Hansel tunduk melihat kesan kena gigit dan menyentuhnya dengan perlahan. Dia berdesir sakit. Tak dalam tapi sakit nak mampus desis hati si budak lelaki berambut perang itu sebelum memandang kawan ahli sihirnya. “Kenapa selamatkan aku?”

“A simple thank you would be enough, you know?” ahli sihir itu mencebik dan cuba bangun dengan segala tenaganya yang tinggal. Dia hampir jatuh kebelakang kerana gagal stabilkan badannya tapi Hood yang berada di belakang ahli sihir muda itu segera bertindak. Menyentuh kedua bahunya supaya dia tidak jatuh terduduk semula.

Ahli sihir kecil itu tidak dapat rasakan sentuhan Hood. Dia fikir kakinya yang selamatkan dia dan berdiri dengan sendirinya. Tanpa dia sedari Hood yang tolong dia untuk berdiri sebelum melepaskan perempuan kecil itu dengan senyuman.

Ahli sihir kecil itu menghulurkan tangannya pada rakannya dengan bibir dicebik merajuk. “Kau nak merungut atau kau nak aku tolong kau?”

Rakannya memandang tangan ahli sihir kecil itu dengan kening terjungkit tinggi, menghilang di sebalik rambut depannya sebelum mendongak melihat si empunya tangan. Budak lelaki itu mengukirkan senyuman lebar. “Jom balik rumah.” Katanya dan menyambut tangan kawannya.

Hood tersenyum melihat cahaya putih bersinar didalam dada budak kecil itu bila dia menyambut tangan kawannya.

Ahli sihir kecil itu juga tersenyum gembira dan mengangguk setuju. Cahaya terang, lebih bersinar didalam dadanya bersinar sama seperti kawannya juga. “Kita boleh minta tolong Ginie Jaafar rawat kau. He’s fix you up in no time.”

“Aku harap dia takkan minta bayaran.” Rungut lelaki itu, dengan bantuan kawannya mengangkat dia berdiri dan pikul dia berjalan menuju ke sebuah istana menggerunkan yang terletak dibawah gunung yang mereka pijak. “Orang Vicious bencikan aku di sini.”

Ahli sihir muda itu ketawa. “Well, bukan semua bencikan kau.”

Hood tergamam melihat dua anak remaja itu bergerak pergi dengan gelak ketawa dan senyuman innocent terpapar pada wajah mereka sedangkan perbualan mereka tentang salah satu Villain terkejam diatas tanah itu.

Cara mereka menyebut nama Jaafar seperti Genie itu tidak menakutkan bagi mereka.

Nanti….

Hood memikirkan segala informasi yang dia peroleh dari dua budak remaja itu dan juga informasi disekelilingnya. Dia perasan yang mereka berada di dalam gunung yang menggerunkan. Gelap dan kebanyakan pokok-pokok dalam hutan itu tidak berdaun. Kelihatan mati dan menakutkan. Dia berpaling melihat bangkai the Big Bad Wolf yang hangus dari api ungu dan perutnya yang terbongkar seperti satu letupan kuat dari dalam perut serigala itu.

Ahli sihir kecil itu bunuh The Big Bad Wolf?

Hood berputar melihat dua figura kecil yang makin jauh dari pandangan matanya dengan horror. Bercakap tentang Villain dengan slamber, membunuh seperti mereka tidak buat sebarang salah, menuju ke Istana yang menakutkan dan… orang Vicious? Orang kejam? Adakah mereka katakan tentang Villain?

Adakah mereka Villain? Young villain?

A gifted one too….

Tapi… tapi itu mustahil! Hood pasti! Dia yakin apa yang dia lihat didalam dada kedua budak kecil itu… hati mereka yang suci—terutamanya ahli sihir gifted itu. hatinya suci nurani. Berwarna putih bersih. Mustahil dia seorang young villain!

Hood segera mengejar dua anak remaja itu,mengekori mereka dari belakang dengan penuh berhati-hati. Memastikan jarak antara mereka berdua agak jauh—walaupun mereka tidak boleh melihat Hood, itu tidak bermaksud Hood tidak boleh berhati-hati, memandangkan tempat itu sangat menakutkan seperti sebuah perkuburan tanpa ada kubur langsung. Lebih menakutkan.

Mana tahu ada makhluk yang boleh melihat Roh? Melihat roh seorang berhati suci berlegar di tempat menggerunkan itu pasti merbahayakan lagi keadaan Hood.

Semasa Hood mengikut mereke berdua, Hood perasan sesuatu yang sangat tidak disangka sebaik sahaja mereka turun dari gunung menggerunkan itu.

Dia perasan terdapat sebuah Kota yang sedang membangun tidak jauh dari gunung tersebut dan kota tersebut tidaklah kelihatan cantik. Struktur bangunannya kelihatan agak pelik dengan bumbung yang tajam dan songsang. Dinding batu yang kotor dan penuh dengan coretan. Terdapat bau yang kurang menyenangkan dari kota tersebut dan sungai yang mereka lalu juga agak kotor.

Hood hampir pitam bila dia lihat kepala tengkorak terapung didalam sungai itu; juga sungai tersebut bergabung dengan cecair merah. Hood tidak ingin fikir panjang apakah kemungkinan cacair merah itu. Dia takut dia akan termuntah di situ juga.

Jadi dia fokuskan pandangannya pada dua remaja muda dihadapannya, tidak lagi berlegarkan anak mata untuk memuaskan rasa ingin tahunya. Dia dah cukup puas melihat keadaan tempat itu untuk mengetahui yang dia berada di dalam kawasan orang Villain.

Dan bila dia berada di hadapan sebuah istana yang sangat menakutkan hampir buat Hood menjerit trauma. Kerana dia dapat dengar jeritan-jeritan minta tolong yang datang di sebalik dinding-dinding istana itu. Meminta tolong untuk dilepaskan dari apa sahaja seksaan yang mereka alami. Jeritan itu bukan datang dari dalam istana. ia datang dari dalam dinding istana.

Istana tu diperbuat dari mimpi buruk dan roh yang tidak aman.

Hood berfikir dua kali samada dia ingin masuk kedalam istana itu atau tidak. Melihat dari apa istana itu buat dan petunjuk-petunjuk penghuni yang keluar masuk istana itu membuat Hood bertambah takut.

Tapi melihat dua remaja muda itu msauk kedalam istana tersebut membuat Hood mengejar mereka tanpa banyak fikir. Lebih merisaukan mereka berdua dari dirinya yang tidak berjasad itu.

Roh tidak aman dahagakan hati yang suci,hati yang boleh membantu mereka bebas dari kesengsaraan mereka dan dengan dua budak kecil yang mempunyai hati suci ini sangatlah merbahaya jika mereka masuk ke dalam.

Hood berjalan dekat dibelakang mereka, untuk memastikan yang mereka tidak akan diapa-apakan oleh roh-roh yang terperangkap didalam dinding istana itu.

Namun, bila mereka tiba didalam; Hood perasan yang roh-roh tersebut bersembunyi, mengecut bila mereka berdua hadir di koridor istana itu. mereka ketakutan akan kehadiran dua remaja ini. atau lebih spesifik, Ahli sihir mudayang memikul kawannya yang cedera.

Bukan roh-roh itu sahaja takutkan dia, juga penghuni didalam istana itu. tertunduk takut bila ahli sihir muda itu lalu di hadapan mereka dan menjeling pada budak lelaki yang cedera dengan jijik.

Hood teringatkan ayat budak lelaki semasa mereka diatas gunung berdekatan. ‘Orang Vicious bencikan aku di sini.’

Jadi mereka semua ni orang Vicious…. Melihat pengikut-pengikut Jack Skellington berlegar di koridor istana itu membuat Hood tertanya jika orang Vicious itu dimaksudkan mereka yang digelar Villain juga? Adakah ia panggilan baru? Dan buat Hood tertanya berapa lama dia terperangkap didalam perut The Big Bad Wolf sehingga dia tidak tahu banyak benda yang berlaku diatas tanah mereka.

Pihak mana menang? Wizard Merlin atau Maleficent?

“Oh my—my Poison Berries apa dah jadi pada kamu?!”

Hood tersentak dari lamunannya dan melihat seorang wanita berbadan penuh dengan jahitan muncul di hujung koridor. Wajah horror melihat dua anak muda yang berlumuran dengan darah.

Sally?” Soal Hood sangat terkejut. Melihat kawan lamanya berada didalam istana yang penuh keji itu.

Terdapat banyak persoalan muncul didalam minda Hood bila dia lihat Sally yang baik hati berada didepan matanya. Kelihatan sihat—walaupun risau tapi tetap sihat dan tidak kelihatan seperti dia menjadi seorang banduan atau diseksa oleh villain yang terdapat didalam istana itu.

Sally bergegas kearah dua remaja itu dan berlutut dihadapan mereka berdua. Memeriksa keadaan mereka dari badan ahli sihir gifted ke anak lelaki berambut perang.

Sally menarik nafas tajam. “My Child, kamu cedera parah!”

“Now you notice?” Soal budak lelaki itu agak kurang sopan dan dapat sikuan diperut oleh kawan ahli sihirnya, membuat dia berdesir kesakitan.

“Poison Beries! Kamu tak boleh buat macam tu pada Hansel. Nanti lukanya tambah parah!” tegur Sally dengan lembut tapi ahli sihir muda itu tersengih-sengih tidak bersalah.

“Oh! Puan Sally boleh jahit je luka dia! Dari minta pertolongan dari Jaafar baik Puan Sally je yang buat!” cadang Ivy dengan senyuman. Memandang kawannya yang bernama Hansel. “She’ll fix you up in no time!”

“Kau semua orang kau kata akan ‘fix aku in no time’! sedangkan mereka semua sadist!” bentak Hansel pula sebelum mengerang kesakitan. Abdomennya rasa tambah sakit dari sebelumnya.

“Oh dearie me—Come, come my child. Biar saya rawat kamu.” Sally segera mengangkat Hansel kedalam dakapannya dan bawanya pergi. “My Poison Ivy, follow me.”

“Yes ma’am!” sahut Ivy dan mencapai hujung baju Sally dan berjalan dengan perempuan itu ke bilik yang Sally ingin bawa Hansel untuk dirawat.

Hood pula sekali lagi tergamam. Tidak faham apa yang sebenarnya berlaku. Sally seorang yang mempunyai hati yang baik berada di dalam istana penuh dengan Villain? Dia berkawan dengan dua young Villain ini? tapi… how?

Hood menggeleng laju. Kalau dia nak tahu, dia kena ikut kemana mereka pergi dan cari tahu dengan sendiri.

“tsk. Tsk. Tsk. Tsk. You two have done it this time. Look at this!”

Ouch!” 

“Kamu berdua cedera parah hanya untuk prank kecil korang? Didn’t I told you before? Berhati-hati bila nak kenakan orang! Tengok apa dah jadi? Hansel cedera parah dan kamu hampir kehausan magic sendiri! Nasib baik kamu dapat kawal magic kamu kalau tak Hansel dah mati dan kamu. Kamu, Ivy the Devil juga akan mati and what will I say to your mother then hmm????!”

Owiey~~~”  Ivy menangis teresak-esak mendengar Sally memarahi dia sambil merawat luka pada lengan Ivy yang cedera. Tapi tidak parah sangat.

Sally mengeluh panjang, tidak sampai hati nak marah ivy lama sangat bila dia lihat muka bersalah ahli sihir muda itu. Dia berpaling ke belakang, melihat Hansel yang terlentar di atas katil tidak sedarkan diri kerana telah ditidurkan untuk menjahit luka di abdomennya. Walaupun tidak dalam—terima kasih pada magic menyembuh Ivy, kulit perut Hansel yang koyak agak parah dan perlu dijahit.

Selalunya budak dua ni buat hal taklah sampai tercedera teruk macam ni. Calar balar tu ye lah selalu tapi…. Sampai mengancam nyawa seperti ini sangat jarang. Tak pernah sebenarnya.

Sally kembali melihat budak kecil 15 tahun di hadapannya yang sudah berhenti menangis—menahan air matanya dari mengalir. “Kamu berdua buat apa sampai jadi macam ni?”

Ivy mendongak memandang Sally dengan mata hijau yang besar dan berair, comel seperti memberi rayuan senyap pada Sally untuk tidak marah dia bila dia bersuara nanti. “Kami—

Ow—Ouch!”

Mereka berdua berpaling melihat Hansel yang sedar dari tidurnya dan mengerak kesakitan sambil memegang abdomennya. “OUuuuuuuuuch….. apa dah jadi?” Soalnya membuka baju untuk melihat badannya berbalut.

“Kamu ditidurkan dengan Jampi Cik Ivy untuk jahit luka kamu.” Jawab Puan Sally, melihat Hansel kembali baring diatas katil dengan hembusan nafas lega. “kamu patut berehat sementara saya rawat Cik Ivy.”

“Ivy cedera?” Hansel berpaling melihat kawannya, risau. “Kau okay?”

Ivy tayangkan barisan gigi putih dan berikan signal ‘okay’ dengan tangan yang free. “Just a cratch—ow!”

“such a cry baby…” Hood menggeleng melihat Ivy menangis bila Sally terkasar sedikit merawat tangannya. Hood berdiri di penjuru bilik itu, hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga dari awal mereka masuk kedalam bilik rawatan itu sehingga sekarang.

Hood tak pernah lihat bahagian mengerikan Sally semasa dia menggunakan jarum dan benangnya sendiri untuk menjahit luka Hansel. Ia seperti cerita thriller Movie! Cuma mangsa Sally tidak sedarkan diri dan tidak menjerit kesakitan.

BAM!!

“I heard My Little Devil got hurt!”

Hood terkejut beruk bila seseorang merempuh masuk bilik mereka. Hood bertambah pucat bila dia mengetahui orang yang merempuh bilik itu ialah Jack Skellington. King of Nightmare realm.

“Tuan Jack!”

“Cik Devil!” Jack jatuh berlutut di hadapan Ivy dan memeriksa setiap sudut muka dan badan budak kecil itu, memastikan tiada tempat yang cedera parah sebelum memandang Sally. “My Love, Is She okay?”

Love?

“Luka kat kening, dagu dan calar balar yang biasa di badan. Tak teruk sangat macam Encik Hansel.”

Jack Skellington berpaling kearah Hansel yang terlentar diatas katil pesakit, kelihatan cuak melihat kehadiran Raja mimpi ngeri berada sebilik dengannya. “Bagaimana boleh jadi macam ni?”

Hansel menelan air liur kelat. Dia dapat rasakan renungan void Tuan Jack yang menggerunkan itu secara perlahan sedang menyedut rohnya kedalam soket mata yang gelap itu. “S-Saya—

“Hansel selamatkan saya dari kena baham oleh The Big Bad Wolf.” Ivy segera bersuara dan menarik perhatian mereka semua pada dia. “Hansel tidak bersalah. Saya yang ingin bunuh The Big Bad Wolf dan heret dia sekali. Kalau bukan disebakan dia ikut saya ke Gunung Furious, tentu saya dah jadi makan malam serigala tu. Hansel selamatkan saya dan dia yang kena baham. Ia salah saya.”

Mendengar penjelasan Ivy, membuat Sally dan Jack Skellington terdiam untuk seketika. Sally melihat Jack yang tidak tahu nak kata apa sebelum bersuara untuk memecahkan atmosfera janggal disekeliling mereka. “Kamu berdua… bunuh The Big Bad Wolf?”

Ivy berpaling melihat Sally dan mengangguk dengan bangga. “Yes!!” sahutnya sebelum memandang Hansel. “Kan, Hans?”

Hansel mengangguk kecil. “Hmm… Ivy yang buat semua kerja membunuh sebenarnya—

“Stop being humble Hans!” marah Ivy tidak serious. “Aku tak dapat nak bunuh dia kalau kau tak tolong aku.”

“Ye la tu. tunggu aku nak mati baru kau berani nak serang serigala tu.” Jawab Hansel dengan nada sarkastik. “Lain kali kau nak bunuh orang, pastikan plan kau bukan jadikan aku punca kau membunuh okay? Kang dengan aku-aku sekali goal bersama mangsa kau.”

Ivy menggaru pipinya sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. “Sorry?”

“Sorry-morry! Kau hutang besar dengan aku!” Hansel merajuk, kembali baring dan menutup satu badannya dengan selimut.

“Ah-Alaa Hans! Jangan lah macam ni!” Ivy segera duduk di tepi katil Hansel, cuba memujuk kawannya satu tu. “Okay-okay next time aku belanja kau makan—seminggu aku belanja kau—tak sebulan—Setahun! Setahun aku belanja kau dan dengar semua ceramah meluat kau mulai hari ni! I promise! Hansel jangan lah merajuk!!!”

Hansel membuka selimutnya dengan perlahan dan mengintip muka merayu Ivy. Dia keluarkan jari kelingkingnya dari sebalik selimutnya. “Promise?”

Ivy tersenyum lega dan mengangguk, menyambut jari kelingking Hansel dengan jarinya sendiri. “I promise!”

“Then ini ceramah aku yang pertama. Lain kali, kalau nak buat sesuatu beritahu aku dulu! I’ll make the plan! Jangan heret aku macam tu je dan buat dengan tergesa-gesa! Got that?!”

“Yes sir!” Ivy tabik hormat pada Hansel dengan senyuman sengihnya.

Hood memandang mereka berempat berulang-alik. Sedang memahami apa yang telah terjadi didalam bilik itu.

Sally dan Jack Skellington ada hubungan?? Hood melihat cincin yang terhias di jari Sally membuat Hood menarik nafas tajam. Mereka dah berkahwin?! What? When? How?! Macam mana ini boleh terjadi? Itu bermaksud Sally berada di pihak kejahatan? Tak mungkin… adakah Sallr membelot mereka?

Bukan itu sahaja yang mengganggu pemikiran Hood, cara Jack Skellington; the King of Nightmare, RAkan setia Maleficent dan menggemari mimpi buruk manusia mengambil berat tentang seorang budak kecil berhati mulia.

Semua orang tahu yang orang berhati suci ialah makanan kegemaran Jack Skellington, brainwash otak mereka dengan mimpi ngeri yang boleh buat mereka trauma dan kalau Jack Skellington nak; buat mereka menjadi gila, menjadikan mimpi mereka sebegitu ngeri sehingga mereka tidak dapat nak bezakan mimpi dan dunia kenyataan. Berhalusinasi tentang benda yang tidak wujud. Gila.

Tapi dengan ahli sihir muda itu, Jack risaukan budak itu tersangat-sangat. Macam…. Macam budak perempuan itu anak mereka sendiri.

Adakah Ivy anak mereka?

Mustahil…. Kalau budak bernama Ivy tu anak mereka Sally tidak akan panggil namanya dengan tambahan ‘cik’.

Tapi mengapa mereka berdua ni rapat dengan Jack Skellington? Melihat dari perangai budak bernama Hansel, dia ada kesedaran sedikit tentang bahayanya Jack Skellington namun Budak bernama Ivy ini….

Hood tidak faham sangat dengan budak perempuan itu. Bagaimana budak berhati mulia itu tidak takut langsung dengan Villain yang berada di dalam istana itu tapi Villain yang takut padanya. Termasuk Roh yang tidak aman juga takut untuk mencapai Ivy.

Mengapa?

Siapa Ivy ni sampai digeruni oleh semua orang?

BAM!

“Little Mistress!”  

Sekali lagi pintu bilik rawatan dibuka dengan kasar membuat Hood terkejut beruk dan mengurut dadanya. Kalau mereka kejutkan Hood sekali lagi. confirm Roh ini mati untuk kedua kali. Kalau boleh.

Hood melihat lelaki serba hitam dengan muka penuh dengan kesan luka lama berlari mendekati Budak Ivy itu, juga memeriksa setiap sudut muka dan tubuhnya sebelum tanya Sally tentang keadaan Ivy.

Sama seperti jawapan yang Sally berikan pada Suaminya. ‘Hansel lebih teruk dari Ivy.’

Hood melihat lelaki serba hitam itu memarahi Ivy, memberi amaran kepadanya tentang bahayanya untuk mereka bermain di bahagian gunung Furious. Betapa risaunya Dia kerana tidak dapat jumpa Ivy di sekitar kota Vicious tanpa mengetahui yang Ivy berada di Gunung Furious. Sedang buat Prank yang hampir meragut nyawa mereka berdua.

Lelaki serba hitam itu asyik berleter tanpa henti dengan Ivy yang buat dengar tak dengar leterannya. Ivy melihat wajah Hansel dan Hansel buat benda yang sama sebelum mereka berdua menggeleng dengan anak mata memandang keatas. Fed up. Dah mula meluat mendengar ceramah lelaki tersebut.

“—Dan jangan sesekali pergi bersendirian—Quaacck!!”

Hood terkejut melihat lelaki serba hitam itu berubah menjadi seekor burung gagak dan terbang di atas mereka sebelum ia mendarat di bahu seorang wanita bertanduk yang melangkah masuk kedalam bilik rawatan itu.

Segala darah didalam badan Hood membeku sebaik sahaja dia lihat kehadiran wanita terkejam, ahli sihir jahat yang terkenal di atas tanah itu muncul dari pintu masuk. Berjalan dengan megah mendekati mereka semua bersama burung gagak di bahu dan tongkat sakti berkuasa di tangan kanan.

Mata hijaunya yang tajam memandang mereka satu persatu dengan teliti. Melihat Hansel yang pucat di atas katil, kelihatan seperti mayat hidup dalam keadaan duduk, Jack Skellington duduk di sebelah Sally dan Ivy yang duduk di katil bersama Hansel. Juga kelihatan Cuak.

Jadi budak Ivy ni tahu erti takut juga…. Desis hati Hood. Tanpa dia sedari dia sedang menahan nafas, takut kalau dia bernafas Maleficent boleh kesan kehadirannya didalam bilik itu. walaupun dia tu Roh.

Maleficent menggoyangkan jari jemarinya sebelum bersuara; “Well… May I know why my daughter is covered with blood?” Soalnya dengan nada tenang tapi renungannya tetap tajam.

Hood dapat rasa atmosfera dalam bilik itu berubah dengan drastic, hanya kerana aura magic Maleficent menguasai seluruh ruang bilik itu.

Paling menakutkan ialah; Hood dapat tahu yang budak bernama Ivy itu ialah anak the Almighty Evil Sorcerer Maleficent. Patutlah mereka semua takutkan Ivy.

Sally bangun dari tempat duduknya dengan senyuman dan menyentuh bahu Maleficent dengan lembut. “Mal, kamu tahu tak Cik Ivy Berjaya membunuh The Big Bad Wolf di gunung Furious?”

“Apa?” Renungan Mal terus berubah menjadi terkejut. Memandang Sally untuk kepastian.

Sally mengangguk. “They did. Young villain pertama yang berani membunuh Legendary Villain tanpa bantuan sesiapa.”

Maleficent kembali memandang anaknya dengan riak wajah terkejut. Wajahnya tidak dapat diagak samada dia terkejut kerana dia kagum atau dia ingin memarahi Ivy.

“Kamu….” Maleficent menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. “Ivy… look at me.”

Dengan perlahan Ivy mendongakkan dagunya dan bertemu mata dengan Maleficent. “Y-yes mother?”

Sebuah senyuman halus terukir dihujung bibir Maleficent sebelum dia mencapai untuk mengusap lembut rambut anaknya. “You make me proud today….” Ini buat Ivy tersenyum gembira. “Tapi… Jangan pernah buat perkara bodoh seperti ini lagi. Faham? Kamu terlalu muda untuk melawan villain seperti kami. Seratus tahun masih awal. Faham tak Ivy the Devil?”

Ivy kembali tertunduk. Mengangguk kecil tanda dia faham tapi dia tetap tersenyum. Gembira mendengar ibunya bangga dengannya.

Ivy sempat toleh ke sisinya melihat Hansel yang mengenyit mata. Tanda tahniah pada Ivy kerana akhirnya dapat menarik perhatian ibunya selama bertahun dia berusaha. Juga a good job thumbs up.

Jack Skellington ingin bersuara, ingin memberi tahu Maleficent tentang Hansel tapi ayatnya tertangguh bila angin kuat tiba-tiba melanda dan pintu bilik tersebut terbuka dengan kasar bersama angin taufan terbang keluar dari bilik itu.

Mereka semua memandang kearah pintu bilik dengan hairan sebelum saling memandang sesama sendiri. Tertanya apakah punca dari angin taufan misteri itu. lebih kepada mereka semua memandang kearah Jack Skellington meminta penjelasan.

Apa yang Jack Skellington jawab? Hanya mengangkat bahu tidak tahu.

Hood bergerak pantas keluar dari istana tersebut, bak halilintar kerana terlalu terkejut mengetahui Maleficent mempunyai seorang anak. Seorang ahli sihir muda. Gifted. Dan dia berhati mulia.

Dia terbang tinggi di udara untuk melihat seluruh daerah tanah tersebut. Ingin mengetahui apa dah terjadi pada tanah itu dan terkejut beruk. Seluruh tanah yang berada di bawahnya dipenuhi dengan kejahatan dan kekegelapan. Tiada cahaya langsung terpancar di atas tanah itu. Awan mendung yang berada di atasnya telah menghalang bintang-bintang  atau pantulan cahaya bulan untuk masuk menerangi tempat tersebut.

Mengapa ada tempat segelap ini di Tanah ni?

Hood melihat sekelilingnya dan ternampak cahaya terang tidak jauh dari mana dia berada. Disebalik tembok hitam yang tinggi—tembok berduri; disana langit malam cerah dipenuhi dengan ribuan bintang dan cahaya rembulan yang terang menerangi tanah diseberang sana.

Mata Roh yang baru bebas ini mengecil bila dia perasan ada sebuah istana besar terdapat jauh di horizon dunia. Ia jauh tapi tetap boleh dilihat dengan mata kasar.

Istana… itu istana Camelot? The Wizard Merlin! Desis hatinya dengan sedikit harapan dan bergerak pantas ke seberang sana. Berharap istana itu masih beraja dan The Great Wizard Merlin masih hidup.

.


.

The Great Wizard Merlin duduk didalam menaranya, sedang memerhatikan seorang budak berambut perang dan bermata emas; berumur 16 tahun didalam bebola kristalnya. Sedang memerhatikan dia dengan perasaan risau kerana budak tersebut sedang membuang masa hidup mudanya berfoya-foya dengan perempuan didalam sebuah Pub.

Apa dah jadi pada kamu Jack…. Desis hati Wizard Merlin, sedih melihat anak muda itu telah merosakkan hidupnya sendiri.

PEngetua Merlin masih ingat lagi dahulu semasa budak itu kecil, dia tinggal di istana bersama ibunya sebagai pekerja didalam istana. Jack seorang budak yang peramah dan baik hati. Menjaga Putera George dan menjadi kawan putera kecil itu dari putera itu lahir lagi. Jack juga bercita-cita ingin menjadi salah satu 12 satria Raja Arthur. Mungkin menjadi satria pada Raja seterusnya.

Dia berlatih bermain pedang bersama Putera George dari kecil. Mendapat latihan dari 12 satria dan mempelajari semua teknik-teknik perlawanan pedang dengan cepat. Budak itu jenis yang cepat belajar. Dia mempunyai masa depan yang cerah jika dia teruskan diatas laluan kesatriaannya

Tapi pada suatu hari… dia berhenti berlatih. Berhenti bekerja di istana dan berhenti begitu sahaja. Tiada sebab yang jelas mengapa dia buat sedemikian. Apa yang Wizard Merlin tahu dari satria-satria Camelot ialah Jack akan kembali ke istana bila dia rasa nak berlatih dan mengalahkan mereka sehingga salah satu dari 12 satria itu mengalahkan dia selepas itu dia menghilangkan diri sekali lagi.

Membuatkan Wizard Merlin risau ialah setiap kali Jack kembali ke istana untuk mencabar 12 satria itu. dia bertambah kuat. Dia dah kalahkan 6 dari 12 satria Camelot dan dua minggu lalu dia telah kalahkan satria ke tujuh.

Mengapa dia buat macam tu? dia sedang menguji dirinya ke? Siapa dia nak kalahkan sebenarnya sehingga dia sanggup datang berulang kali, berlawan berulang kali dan kalahkan mereka satu per satu? Adakah dia nak kalahkan Sir Lancelot? Atau Raja Arthur? Mereka berdua adalah pemain pedang terhebat diatas tanah ni. Takkan dia berhasrat untuk kalahkan mereka?

Tapi selepas itu apa? kalau dia dah kalahkan Raja Arthur dan Sir Lancelot, apa dia nak buat selepas itu?

Wizard Merlin menghembus nafas lelah, pada waktu ini mereka boleh rasa tenang kerana mengikut dari pemerhatian Wizard merlin, Jack tidak melakukan apa-apa aktiviti buruk. Dia hanya berfoya seperti budak remaja yang terpesong selalu buat.

Wizard Merlin berharap Jack akan kembali berfikir dengan lurus. Mengetahui baik buruk yang akan memberi kesan pada hidupnya dan kembali mengejar cita-citanya menjadi salah satu satria bila Putera George menjadi Raja.

Angin kuat tiba-tib datang melanda menara The Wizard Merlin membuat ahli sihir tua ini sedikit terkejut dan menghayunkan tangannya diatas bola Kristal. Menghentikan tontonannya untuk sementara waktu sebelum mengeluarkan tongkat saktinya di udara tanda berjaga-jaga.

tunjukkan diri kamu.” Arahnya sambil tongkat sakti di ketuk atas lantai. Menghentikan angin kuat itu dari lebih mengganas dan menghancurkan segala harta bendanya didalam menara tersebut.

Disebabkan Wizard merlin menghentikan angin taufan itu, terbentuk satu bayangan figura di tengah-tengah bilik yang berambut emas dan bermantel merah. Mata birunya yang besar seumpama mencerminkan diri jiwa seseorang itu kelihatan tersangat risau. Cemas.

“Red Riding Hood….?”

“Emrys! Oh Heaven, Tuan masih hidup!” sahut Hood dengan tangisan, berdiri di hadapan meja kerja Merlin.

Merlin merenggangkan pegangannya pada tongkat sakti dan mengangguk kecil. “Dan kamu… juga masih hidup?”

Hood menggeleng dan mengusap air matanya. “Tak.. tak saya dah mati. Roh saya telah dibebaskan dari tahanan perut The Big Bad Wolf.”

Kali ini Wizard Merlin mengangguk faham. “Itu bermaksud The Big Bad Wolf dah mati tapi kenapa kau tak menyeberang ke alam lain? It’s been 54 years Hood. Tentu diantara masa tu ajal kamu dah memanggil kan?”

“Li—lima puluh…. Empat tahun?” Soal Hood dengan horror. “Saya didalam perut serigala tu selama setengah abad?”

“Ya. Hood, kalau kamu ingin menyeberang ke alam lain. Saya boleh bantu kamu.” Wizard merlin bergerak ke tengah biliknya bersama tongkat sakti didalam tangan. Menghayunkannya dengan mantera kuno yang dia ingat untuk membuka portal ke alam roh.

Tapi Hood tampil dihadapan Merlin, menghalang tongkatnya untuk bekerja. “Tak! Tak, belum lagi….Emrys, saya nak tahu kenapa tanah ini ada tempat yang penuh dengan kegelapan? Tiada cahaya langsung di atas kota tu—sekeliling kota tu dan mereka juga ada istana! raja mereka Jack Skellington! And Maleficent.. oh heavens above, She’s still alive… Dia akan bunuh kamu semua.”

Wizard Merlin melihat wajah pucat Hood, memahami mengapa dia seperti itu kerana dia melihat tempat keji itu tanpa sebarang penjelasan yang jelas.

“Hood. Maleficent tidak lagi merbahaya. Malah, semua Villain tidak lagi merbahaya kerana peperangan Dua bilah telah berakhir setengah abad yang lalu.” Kata Wizard Merlin. “Mereka telah dipenjarakan di tempat yang kamu telah pergi tadi. 1/10 dari tanah ini dijadikan penjara pada Villain memandangkan kita tidak boleh membunuh mereka semua atau penjarakan mereka di mana-mana dungeon. They’ll break through it.” Wizard merlin turunkan tongkat saktinya semula. “Tanah yang kamu lihat itu ialah Tanah Vicious. Tanah untuk Villain-villain dipenjarakan dan mana-mana penjenayah merbahaya di tanah Enchanted akan dihantar ke sana. Do you understand? Tanah ini telah aman selama setengah abad Cik Hood. Takda apa lagi perlu di takutkan. Tak Jack Skellington. Tak Maleficent.”

“Vicious? Enchanted?” Hood menggeleng. “Enchanted adalah bahagian untuk mereka berhati mulia betul? Dan Vicious untuk mereka yang berhati gelap, tidak berhati langsung?”

Wizard Merlin mengangguk. Setuju.

“T-Then… then mengapa saya lihat ada dua budak berhati mulia di tanah Vicious!” Soal Hood dengan nada naik okta 3. “A boy and a girl… dan… dan that girl is Maleficent daughter! She has a daughter Emrys! Ahli sihir muda yang gifted! Kau tahu tak apa maksudnya tu? kalau dia dibesarkan di sana dia mungkin akan menjadi kuat seperti Ibunya… atau lebih teruk lebih kuat! Then what Emrys? Takkan kamu nak biarkan sahaja budak tu disana dan biarkan hatinya menjadi gelap?”

“Kamu jumpa Ivy?”

“Kamu tahu siapa budak tu?” Soal Hood balik. “dan kamu tak buat apa-apa tentangnya?!”

“Bertenang Hood. Ia lebih rumit dari apa yang kamu fikir. Saya tak boleh bawa dia ke sini macam tu je. She’s Maleficent’s daughter.”

“kamu kata Maleficent tidak lagi merbahaya tapi kamu tetap takutkan dia?”

“Siapa tak takutkan maleficent, Hood?” Merlin ketawa kecil. “tapi bukan itu sebabnya.”

“Jadi apa sebabnya?”

“Ivy anak Maleficent.” Ulang Merlin balik membuat Hood menjerit geram.

“I know that sebab tu kita kena pisahkan mereka sebelum dia hancurkan anaknya—

“How can you say something like that Hood.” Wizard Merlin bersuara dengan gelengan. Kelihatan kecewa dengan kata-kata Hood. “Sejahat manapun Maleficent, dia tetap seorang ibu dan Ivy adalah anaknya. Satu-satunya anaknya. Dan kamu suruh saya pisahkan anak dari ibunya? Saya jangka kamu berfikiran lebih baik dari ini Hood.”

Hood tertunduk rasa bersalah, bermain dengan jari jemarinya, rasa bersalah pada kedua-dua belah pihak. Tak pisahkan salah, pisahkan mereka juga salah.

“Tapi saya memang rancang untuk bawa Cik Ivy ke sini.”

Hood kembali mendongak melihat Merlin dengan mulut luas terngangah. Kalau boleh rahangnya jatuh ke lantai kerana terkejut, dipermainkan oleh Wizard Merlin.

“Kamu tak pernah berubah Emrys.” Hood menggeleng kecil dengan senyuman tapi ia pudar dengan serta merta. “Jadi kenapa tak bawa dia sekarang? Lebih cepat lebih bagus, hati tu akan rosak jika dibiarkan macam tu je.”

“Don’t be so sure Hood—

“I am sure sebab budak nama Ivy tu yang bunuh The Big Bad Wolf.”

Kali ini Hood dapat menarik perhatian Wizard Merlin sepenuhnya. Memandang Roh yang bebas itu dengan mata terbeliak bulat, tidak percaya. “But she’s only 15…”

“Kau ingat orang sana akan fikir ke semua tu? better yet. Dia lakukannya untuk keseronokan, banggakan ibunya. Dia tak gentar langsung seperti mana budak lelaki—Oh yes, pasal budak nama Hansel tu. kenapa kamu tak bawa dia ke sini dulu? He’s no one.”

“Tak boleh.”

“Asal pulak!”

“Sebab saya yang hantar dia ke sana.” Jawab Wizard Merlin slamber.

Ini buat Hood menepuk dahi Fed up. “why in the—For God sake… kamu dah hilang akal ke? That pure hearted kid and you send it there? Kamu tahu kan dia dah jadi kawan baik anak Maleficent. Hatinya juga akan jadi gelap nanti. Apa dah jadi dengan kamu ni Emrys? Dah tua kerepot takkan otak kamu pun berkedut juga?”

Wizard Merlin menyentuh dadanya, rasa terkilan dengan ayat Red Riding Hood. “Ma-Maafkan saya..” Dia segera berputar membelakangkan Hood.

“Emrys—kamu menangis ke?”

“Tidak?”

Hood berpusing ke hadapan Merlin dan lihat orang tua itu sedang menahan tangisannya membuat Hood terngangah sekali lagi. Orang tua sentimental! Baru kena kutuk sikit dah nak menangis desis hati Hood rasa macam nak belasah je ahli sihir tua itu.

Merlin kembali berdiri tegak bila Hood berada di depannya, memandang keatas sambil mengipas-ngipas mukanya untuk keringkan air mata yang hendak jatuh.

“Emrys, kenapa kau hantar budak Hansel tu ke sana?” Soal Hood kali ini lebih tenang dari sebelumnya. Kerana dia dah takda tenaga nak menjerit.

Setelah mengeringkan air matanya, Wizard merlin kembali memandang Hood dengan senyuman. “seperti saya kata sebelumnya Hood. Keadaan sekarang sangat rumit dari apa yang kamu fikirkan. So, apa kata kamu kembali ke alam Roh dan biarkan saya dan yang lain menyelesaikan masalah ini. okay?”

Don’t you dare raise that staff Emrys.” Hood memberi amaran bila dia lihat Wizard Merlin ingin mengetuk lantai untuk membuka portal ke alam roh. “Kalau kamu hantar saya sekarang, percayalah saya akan cari cara untuk kembali ke sini dan menghantui kamu sehingga saya dapat penjelasan mengapa kamu sanggup hantar budak hansel tu dan juga biarkan budak Ivy tu di sana. I want my explaination now.”

Wizard merlin menghembus nafas lelah. Mengalah dengan perangai Hood yang kadang kala keras kepala. Degil ini. “You know Hood, perangai kamu yang busybody ni lah menyebabkan kamu kena baham oleh the Big Bad Wolf—” Merlin segera mengangkat kedua tangannya bila wajah Hood betul-betul dekat dengan wajah merlin dengan renungan amaran perempuan bermantel merah itu.

“Jangan nak ubah tajuk Emrys. Tell me now! Mengapa kamu hantar budak 15 tahun ke sana?”

“Calm down Hood. Saya akan beritahu tapi kamu kena janji pada saya untuk pergi kea lam kamu sebaik sahaja dengar cerita saya okay?”

Hood diam untuk seketika sebelum meletakkan kedua tangannya kebelakang. “Fine.”

Wizard merlin mengangguk puas hati. “Hansel dihantar ke Vicious empat tahun yang lalu kerana dia telah mencuri kayu sakti Fairy Fauna dan membunuhnya.” Merlin melihat wajah terkejut Hood dan mengangguk tanda dia tak main-main. “Dia mencuri kayu sakti itu untuk sembuhkan adiknya yang nazak. Both Hansel dan Gretel anak yatim piatu, ibubapa mereka mati lima tahun lalu dan disebabkan Hansel tidak ingin adiknya juga pergi tinggalkan dia, Hansel mengambil keputusan menggunakan kayu sakti Royal Fairy—iaitu tiga Fairies Sleeping beauty dan Fairy Godmother untuk sembuhkan adiknya.” Wizard merlin berhenti seketika. “Sebelum tu Hansel juga pernah buat kesalahan. Dia membuat kontrak dengan Rumplestiltskin dari tanah seberang—who know how he beable to communicate with rumples tapi dia Berjaya dan buat kontrak. Hansel berikan jiwanya pada Rumples jika dia dapat sembuhkan adiknya. Namun, saya dapat hidu bau kontrak itu dan meghalang Hansel. Suruh dia batalkannya namun ia memberi kesan pada Gretel. Kesihatannya tambah teruk sebab tu Hansel sanggup curi kayu sakti fairy di raja. Dia terdesak.”

“Selepas tu?”

“Selepas dia di tangkap. Kedua hansel dan Gretel dihantar ke Vicious atas perbuatan mereka. Saya tahu apa kamu fikirkan. Mereka masih budak tapi hukuman mereka bukan dipenjarakan di Vicious tapi pergi ke sana untuk memantau Ivy. Anak Maleficent.” Wizard merlin dapat lihat yang Hood masih keliru dengan penjelasannya setakat ni dan sambung; “Namun, Hansel ingin mengambil misi ini sendiri dan minta Gretel kembali ke sini. So, hanya Hansel berada di sana dan dia berkawan dengan Ivy untuk memantau gerak-geri anak Maleficent. Memastikan perangai Ivy tidak terlalu sadist sehingga merosakkan hati dalam dirinya dan tidak korbankan hati itu juga kepada the forces of Evil. Itu kerja Hansel dan dia rela melakukannya.”

“Sebab tu Ivy masih mempunyai hati suci, sebab Hansel?”

“Uhm…. Lebih kurang macam tu.”

Hood berikan renungan tajamnya pada Merlin. “Tell me the Truth Emrys.”

Wizard Merlin merungut dalam diam. Mengapalah Hood boleh muncul pula? Mengikut ramalannya, Hood takda kena mengena dengan semua ni. Dia dah pastikan semua dah berjalan dengan lancar tapi dengan kedatangan Hood, dia takut segala rancangannya rosak.

“Okay-okay… saya nak bagitau la ni.” Katanya dengan keluhan. “Saya ada kata tentang Kontrak Rumples tadi kan?” Hood mengangguk. “Well, bukan itu sahaja kontrak yang Rumples buat dengan budak enchanted.”

“There’s more?” Soal Hood dengan mata terbeliak bulat. “Jangan cakap ia dibuat dengan budak Ivy pulak tu.”

“Oh tak-tak-tak-tak… sama sekali tak tapi dia adalah punca kontrak itu berlaku.” Katanya dan bergerak ke meja kerja semula, membuka laci kerja untuk mengambil sehelai kertas usang. “Ini adalah surat yang tertulis oleh Ayah Ivy.” Dia berikannya pada Hood.

Kertas itu bertukar tangan dan Hood membukanya dengan perasaan ingin tahu. “Raja Stefan ke?”

“Oh tak. Raja Stefan dah mangkat 5 tahun selepas zaman gelap berakhir.”

“Then who’s the father—” ayat Hood terhenti bila dia terbaca tandatangan yang tertulis di bahagian paling bawah kertas itu. “Robin…. My little Robbie?”

“Ya. Adik kamu.”

“J-ja-jadi… Ivy tu… patut dia ada hati mulia! Aduh…” Hood rasa nak pitam kerana segala udara dalam kepalanya diserap keluar tapi dia kuatkan dirinya untuk kekal sedar. Sekarang bukan masanya untuk dia main pengsan-pengsan. Dia baru tahu yang adiknya berkahwin dengan Maleficent dan tinggal di Vicious. Juga budak Ivy tu adalah satu-satunya anak buahnya.

First thing First. Surat Robin Hood.

Hood membaca surat itu pantas, bak halilintar dan dapat tahu yang adiknya telah mati hanya dengan ayat pertama ‘If you read this, that’s mean I already died.’

“Umur dia dah 60 lebih… mustahil dia tak mati” bisik Hood pada diri sendiri. Rasa sedih kerana dahulu dia dan Robin terpisah didalam peperangan dua bilah. Kali terakhir Hood bersama robin semasa adiknya berumur 7 tahun dan dia 16.

Hood cuba mencari adiknya sepanjang beberapa tahun tapi ajalnya yang jumpa Hood dahulu kerana dia dibaham oleh The Big Bad Wolf.

Mengetahui adiknya menjalankan hidupnya dengan baik—walaupun dengan seorang Villain buat Hood rasa sedikit lega. Namun marah jugak. Dia jadi Villain! Robin Hood berkahwin dengn The Evil Maleficent.

“Jaga kau kalau aku ke alam Roh. Aku bunuh kau untuk kali kedua!” marah Hood meremuk surat dalam tangannya.

Wizard Merlin hanya diamkan diri. Dia tak beritahu Hood yang Robin telah dibunuh oleh isterinya sendiri. Biarlah Hood mengetahuinya bila dia berjumpa dengan Robin. Dia taknak Hood menjadi Roh jahat dan pergi membalas dendam atas kematian adiknya.

Hood dah menjalani banyak kesukaran dalam hidup dan merindui adiknya dari dahulu. Jadi Wizard merlin merancang untuk kembalikan Hood ke alam ROh. Kembali tenang dan bersama adiknya di sana.

Tapi Roh yang baru bebas ni degil sangat.

“DAlam surat ni dia kata Vivian—that’s Ivy right? Okay, dia ada dua hati…. Kenapa? Hati siapa lagi satu?” Soal Hood, menarik perhatian Wizard merlin dari pemikirannya.

“Her Soulmate.” Jawab Wizard merlin dengan nada rendah. Kedengaran sedih. “Dia yang buat kontrak tu dengan Rumplestiltskin.”

“Dari umur 4 tahun?” Hood menggeleng tak faham. “Bagaimana budak empat tahun boleh tahu soulmate mereka? heck, kalau soulmate Ivy dari Enchanted, bagaimana mereka tahu mereka tu soulmate sedangkan mereka tak pernah jumpa langsung. Ivy tak pernah ke Enchanted kan?” Wizard merlin menggeleng. “So how?”

“Like I said, perkara ni sangat rumit Hood. Lebih banyak kau tahu, lebih susah untuk kau menerimanya. Saya cadangkan kamu kembali ke alam—

“Dan biarkan anak buah saya dibawa jagaan Maleficent sedangkan hatinya masih suci bersih murni? Hell no. plus, soulmatenya sanggup korbankan hatinya sendiri untuk lindungi hati suci Ivy. Double Hell no.” Bantah Hood. “Tell me, siapa budak pembuat kontrak ni? Macam mana boleh budak kecil buat kontrak sebesar ni? Tell me everything.”

Merlin menahan segala perasaannya dari tertunjuk dihadapan Hood. Betapa dia sakit hati yang roh bebas ini degil sangat. Sakit hati yang Hood kembali dan masih lagi dengan perangai menjengkelkannya.

Perangai Hood yang Wizard merlin tidak suka dari dahulu ialah bila Hood inginkan sesuatu, dia takkan berhenti sehingga dia dapatkannya. Dia akan biarkan dirinya terlibat didalam perkara yang dia tidak patut terlibat tanpa menghiraukan nyawanya sendiri.

Sama seperti di zaman gelap dahulu. Hood disuruh bersembunyi dan merawat orang kampung kerana dia hanyalah seorang seeker. Dia tidak kuat secara fizikal. Bukan lemah sangat tapi tidak kuat.

Dia wakilkan diri untuk jadi escorter orang kampung bersembunyi didalam The Woods, menyelamatkan diri  ke tempat persembunyian yang mempunyai portal membawa mereka ke tempat selamat.

Hood yang wakilkan diri walaupun The Wizard Merlin melarangnya. Hood tetap berkeras.
Dan disebabkan keras kepalanya, sikap degil itu, berkeras untuk buat kerja tersebut The Big Bad Wolf dapat kesan hati murninya. Menjadikan dia target utama kepada The Big Bad Wolf dan di baham hidup-hidup.

Wizard Merlin tak cakap yang dia tak sukakan Hood bebas dari The Big Bad Wolf. Dia gembira melihat kawan lamanya ini kembali tapi dengan perangai yang menyebabkan dia mati, seperti dia tak dapat sebarang pengajaran dari tingkah lakunya dahulu membuat Wizard Merlin tak senang hati yang Hood bebas.

Kalau bebas tu, tolong terus ke alam Roh. Alam hidup bukan untuk roh risaukan. Please leave in peace!

Wizard merlin menarik nafas dalam. Nasib baik Wizard Merlin kena berdepan dengan seorang je perempuan berperangai macam ni. Dan nasib baik orang tu ialah Roh. Jadi plannya tak lah terpesong sangat.

“Saya tak tahu dari mana kontrak ini datang sebenarnya. Apa yang saya tahu ialah isi kandungan kontrak tersebut dan siapa yang buat perjanjian dengan Rumplestiltskin. Soulmate Cik Ivy.” kata Wizard Merlin, mengurut batang hidungnya kerana dia rasa kepalanya mula rasa sakit. Cuba mencari ayat yang tepat namun berhati-hati untuk dihuraikan pada Hood. Susah nak beritahu Hood semua cerita sebenar. Dia roh. Sangat rapuh. Dia boleh tenggelam ke dalam kegelapan hanya dengan perasaan dendam yang kecil.

“Sit down Hood, lutut saya dah terketal dah ni.” Katanya berlawak tapi kedengaran penat.

Hood akur dan melabuhkan punggung di sofa yang tersedia di dalam menara itu. berdepan dengan the Great Wizard merlin.

“Apa yang saya tahu, In the Future…. Cik Ivy akan mati. I don’t know how Cik Ivy mati tapi disebabkan itu, soulmate cik Ivy tidak dapat terima kenyataan. So, dia sanggup buat perjanjian dengan Rumplestiltskin untuk mengubah takdir Cik Ivy.”

“untuk selamatkan satu nyawa?” Soal Hood. “Besar bayarannya untuk satu kontrak nyawa.”

“Yes, tersangat besar. Rumples inginkan perkara yang paling penting didalam hidup soulmate cik Ivy. Dia tak punya apa-apa kecuali Cik Ivy.”

“Then Rumples nak Ivy? Nyawanya? Then apa guna kontrak tu kalau endingnya ia milik Rumples untuk dia rampas?”

Wizard Merlin menggeleng. “Soulmate cik Ivy tidak akan benarkan itu terjadi. So, dia korbankan ikatan diantara mereka berdua.” Wizard merlin mengangkat jari kelingkingnya. “Red Thread. Tali merah yang takdirkan mereka sebagai soulmate.”

“Only that?”

“Yes, hanya itu. tapi kesannya sangat dalam. Apa yang lagi menyakitkan dari mengetahui orang yang kau cintai, saling mencintai tapi pada akhirnya dia tidak akan menjadi milik kau selamanya? That kind of pain is a delicacy to a villain’s eyes. Penyeksaan untuk selamanya.”

Hood segera menyentuh dadanya bila jantungnya berdegup kuat. Tidak dapat bayangkan apa rasanya mengetahui orang yang kita sayang tidak akan jadi miliknya. Seperti cinta bertepuk sebelah tangan… Cuma.. dalam hubungan percintaan mereka, salah seorang tahu yang mereka takkan bersama walau bagaimanapun mereka cuba. Lelaki tu tahu perempuannya akan terlepas dari genggamannya namun dia tetap bertahan sehingga dia terpaksa melepaskan orang yang dia cintai.

“Ouch…” Hood menggengam erat dadanya. “Why would he do that? It’s too painful.”

“When you fall in love, there’s nothing will stop you to make the one you love live a happy life. Dari melihat CIk Ivy mati, dia sanggup lepaskan dia dan hidup dengan bahagia walaupun dia tiada dalam hidup cik Ivy.” Kata Wizard merlin. “That’s the Contract between Rumples dan Soulmate Cik Ivy. setakat ni tu yang saya tahu.”

“Nanti-nanti… Bagaimana kamu tahu tentang kontrak ni? Dari lelaki tu jugak ke?”

Wizard merlin mengangguk. “Ya. dia beritahu saya tentang bayaran kontrak tu sahaja, selebihnya saya teka sendiri.”

“Kenapa dia tak beritahu kamu semuanya?”

“He doesn’t trust anybody.” Jawab Wizard Merlin slamber. “Dia lihat kita semua ni satu sandiwara dunia. Jadi dia tak percayakan sesiapa, kecuali Cik Ivy.”

“Siapa budak yang buat kontrak tu? kamu asyik kata soulmate Cik Ivy.. soulmate Cik Ivy. tentu dia ada nama kan? Siapa yang sanggup korbankan nyawanya untuk anak buah saya?”

Wizard Merlin tersenyum kecil, suka melihat Hood risaukan Ivy walaupun dia anak Maleficent. Dah tentu. Tu satu-satunya anak buahnya.. siapa tak sayang anak buah sendiri?

Ahli sihir tua ini ingin bersuara tapi dia menutup mulutnya semula. “Ah, one more thing about this contract. Dia juga beritahu saya syarat-syarat yang membatalkan kontrak itu.”

“And that is?”

“Jika perkara ini sampai ke telinga Cik Ivy, kontrak akan dibatalkan dan Cik Ivy akan mati. Just like that, Dead.” Katanya membuat Hood menjadi pucat. “So, untuk mengelakkan sesiapa tersebut tentang kontrak ini, ia dirahsiakan oleh semua orang. Hanya saya, soulmate Ivy, dan beberapa orang sahaja yang tahu. Tapi jika kontrak ini terdengar ke telinga Cik Ivy… jika dia tak tahu soulmatenya yang buat kontrak itu, kontrak tidak terbatal, Cuma memori cik Ivy yang dia tahu tentang kontrak ini akan dipadamkan. Dia tak boleh tahu apa-apa tentang kewujudan kontrak ini.”

Hood mengangguk faham. “So siapa pembuat kontrak tu?”

“I cannot say it.” Wizard Merlin bersuara, nampak sangat Hood dah hilang sabar dengan dia. “Maaf Hood. saya dah bersumpah dengan dia untuk tidak buka mulut. Saya dah kata tadi, dia tak percayakan sesiapa jadi dia suruh saya angkat sumpah.”

“Kau patut cakap benda tu awal-awal!” marah Hood dan memeluk tubuh geram. “So, saya tak boleh tahu siapa soulmate Ivy?”

“Kamu boleh cari sendiri kalau kamu nak—

“bagi saya memori kamu.” Hood segera bersuara membuat Wizard Merlin bangun dan ambil langkah kebelakang dari Hood. “Izinkan saya untuk melihat memori kamu dengan soulmate Ivy. I can see your past memory if you let me.”

“Nanti—ya, kamu boleh lihat memory orang lain bukan?! That’s perfect!” Wizard Merlin tetiba melompat gembira, kelihatan teruja tanpa sebab dan bergerak ke meja kerjanya semula. Mengambil bebola kristalnya dan letakkan diatas meja kopi dihadapan Hood.

“Listen Hood, ada seorang budak ni… his name is Jack and very dangerous to Enchanted’s right now.” Wizard Merlin menghayun tangannya diatas bola Krystal mewujudkan satu gambaran budak 19 tahun yang tersenyum sinis menunjukkan barisan gigi putih dan taring yang sempurna. “Can you search his past memory? Saya nak tahu mengapa dia boleh memberontak sedangkan dia seorang budak yang baik semasa dia kecil.”

Hood sengetkan kepalanya, agak kagum melihat kehenseman budak 19 tahun itu. tambahan pula mata emasnya yang bersinar memang menarik perhatian Hood sepenuhnya. “BUdak ni ada kena mengena dengan Kontrak Ivy ke?”

“Dia satu ancaman pada Enchanted jika dia terpesong lebih jauh.” Wizard Merlin bersuara. “Can you just look at his memori, cari punca kenapa dia boleh terpesong jauh? Kami nak tolong dia kembali ke jalan yang benar.”

Hood menjeling kearah Wizard Merlin sebelum mengeluh. “Okay, memandangkan kau dah jaga anak buah aku selama ni, atleast I pay you with this.” Hood berjalan ke tepi tingkap menara Wizard Merlin. “So, di mana budak ni?”

“Kau akan jumpa dia dihujung Kota Camelot. Dia tinggal di area sana.”

Hood mengangguk. Memakai hoodie mantelnya sebelum menghilangkan diri dari pandangan Wizard Merlin.

Ahli sihir tua ini pula kembali duduk di sofa menaranya, memandang bebola Kristal yang menunjukkan gambaran Jack yang sedang berjalan balik ke rumahnya seorang diri di laluan yang bersalji tengah malam. Bertemanan lampu jalan yang malap.

Harap Hood Berjaya. Desis hatinya dengan penuh harapan.

.

.

 Jack menghembus nafas panjang, asap putih keluar dari celah bibirnya menunjukkan betapa sejuknya suhu pada malam itu. Dia memeluk tubuhnya, cuba mencari kehangatan pada badan sendiri dan membalut scarf lehernya dengan lebih erat. Tidak ingin kehangatannya hilang dicuri cuaca sejuk.

Sh*t…. Rupanya Lord Elm tu pemilik Pub tu, nasib baik aku cabut cepat kalau tak tentu dia akan tangkap aku… desis hatinya, menggigil bukan kerana kesejukan tapi takutkan lelaki berbadan sasa yang inginkan nyawa Jack. Bukannya Jack pernah buat salah pun pada Lord Elm—sekurangnya itu yang Jack fikirkan. Mungkin apa yang dia telah buat pada orang lain sampai ke telinga Lord Elm dan lelaki sasa itu ingin buat perhitungan dengannya.

Mind you own business old man… jangan nak kacau tepi kain orang desisnya lagi dengan pahit.

Disebabkan kemunculan Lord Elm, masa berseronok Jack tertangguh.. hanya sedikit lagi masa, kalau tak dah tentu dia dapat takle minah didalam Pub itu. Dia taklah cantik sangat, Cuma pemakaiannya yang seksi itu menarik perhatian Jack. Perempuan berpakaian seksi seperti itu hanya satu sahaja sebabnya. Menarik perhatian lelaki dan Jack dengan senang hati dia berikan apa perempuan tu inginkan. Tapi dah tentu Jack inginkan habuan dari minah tu jugak. Hatinya.

Jack berdengus, merungut dalam diam. Nampaknya malam ni tiada keseronokan untuknya. Balik rumah dan tidur.

Itupun kalau dia dapat tidur. Thanks to all the nightmares that keep crawling back into his slumber.

Langkah Jack terhenti di hadapan sebuah rumah yang lampu masih hidup. Dia mendongak melihat rumah tersebut dengan senyuman kecil. Melihat figura kecil sedang mematikan lampu rumahnya dari tingkat bawah ke tingkat atas, figura kecil itu kelihatan dari tingkap biliknya, perempuan berambut perang yang ikal pendek, berbaju sejuk tebal dan menutup tingkap biliknya dan langsir sebelum mematikan lampu bilik juga. Kembali tidur setelah menjalankan kerja hariannya seorang diri.

Gretel… desis hati Jack, sudah lama tidak lihat kelibat adik kawan rapat—bekas kawan rapatnya. Melihat dia baik-baik sahaja cukup untuk Jack memastikan dia tidak rasa bersalah mempergunakan Hansel untuk dapatkan kayu sakti Fairy Fauna dan hantar dia ke Vicious.

Ia mematangkan dua budak hingusan tu.. desis hatinya lagi dengan senyuman nakal. Supaya mereka tak perlu nak berdamping dengan Jack lagi. ia menjengkelkan.

Jack menyambung jalannya menuju ke rumahnya, seorang diri dengan senyuman terhibur terpapar pada wajahnya. Dia masih ingat wajah berang Gretel semasa dia kembali dari Vicious. Terserempak dengan Jack di kota Camelot. Betapa marahnya Gretel pada Jack kerana mempergunakan dia dan abangnya untuk dapatkan apa yang Jack inginkan.

Gretel ingin melapor perkara sebenar pada Wizard Merlin tentang Jack tapi Jack tidak rasa tercabar langsung. Malah dia galakkan.

“Go on, tell that wee Merlin. Tapi kau kena ingat, kalau bukan disebabkan aku.. kau dah lama mati. Abang kau mungkin akan menjadi penjenayah. Aku tak sabotajkan korang. Aku selamatkan korang.”

“kau… kau licik!”

“Yes, thank you for complimenting me.” Balas Jack dengan senyuman bangga, menayangkan gigi taring yang menawan itu. “Say anything you want about me tapi kau kena ingat. Aku penyebab kau masih bernafas ke hari ini. so, kau berhutang nyawa dengan aku. How about repay me instead?” Jack memandang Gretel dari atas hingga bawah sebelum menarik sengih. “With your body?”

PACK!

Jack menyentuh pipinya, teringatkan tamparan Gretel yang tak diduga itu. it hurts… tapi untuk kebaikan Jack juga. Dengan itu, Gretel tidak lagi berniat untuk dekatkan diri dengan Jack dan rahsia Jack terselamat dari dibongkar oleh sesiapa.

 Everything has goes into my plan…

Langkah Jack terhenti sekali lagi. bukan disebabkan rumah yang dikenali tapi dia dapat rasakan seseorang sedang mengikutinya dari belakang.

Dia mengambil selangkah kedepan dan dia dengar orang dibelakang juga mengambil langkah. Jack memandang ke bahunya, melihat kelibat warna merah di hujung penglihatannya.

“Who are you?”

“You lost something, didn’t you? Something very precious to you.”

Mata Jack terbeliak bulat, mendengar suara lembut seorang budak kecil dan berpaling kebelakang, terkejut mengetahui seorang budak berambut emas, bermantel merah berdiri hanya setengah meter di belakangnya.

Jack membelakangkan dirinya, cuak melihat mata biru besar memukaukan budak lingkungan 8 ke 10 tahun itu. seperti ia boleh melihat masuk kedalam jiwa Jack.

“Siapa kau?”

Hood dapat melihat dari mata emas Jack, dia rasa berjaga-jaga. Tapi ada lagi selain itu berselindung disebalik mata emas itu. rasa takut? Insecurities? Hood yang boleh membaca perasaan seseorang hanya dengan menatap tepat ke mata orang itu tidak dapat memastikan perasaan sebenar Jack.

He is something… desis hatinya, agak kagum yang budak Jack itu boleh sembunyikan perasaannya dengan baik.

Tapi tidak sebaik yang dia jangka. Hood(dalam bentuk 8 tahunnya) sengetkan kepala dengan innocent. Pada permukaan mata emas itu, ia menunjukkan kesedihan dan kekecewaan. Mungkin, ada maksud yang lebih mendalam pada mata emas yang bersinar itu. mungkin sedikit malap kerana sedih tapi kesan sinarannya masih ada. Seperti satu harapan kecil terbuku dalam hati Jack.

Apa yang Jack harapkan?

“Why don’t you tell me the reason why you keep your true feeling to yourselve? It’s Destructive.” Hood mengambil langkah mendekati Jack. ingin menyentuh tangan Jack.

“Kau dihantar oleh Wizard Merlin ke? Kau ni Sprites apa?” jerit Jack cuak.

Hood tersentap sedikit mendengar nada dingin Jack namun dia berikan senyuman lembut. Mencapai tangan Jack sekali lagi, kali ini dengan perlahan dan mengambil tangan Jack yang lebih besar dari tangannya yang berumur lapan tahun. “Will you allow me to know why you being like this?”

“Answer me first.”

“Well…. My name is Hood.” Jawab Hood dengan senyuman. Untuk seketika, Hood dapat lihat benteng yang menyembunyikan perasaan sebenar Jack roboh, menunjukkan perasaan takut yang Jack sembunyikan.

Tapi itu untuk seketika sebelum benteng itu dibina semula dengan ekspressi wajah yang tegang.

Jack menarik sengih, ingin menarik tangannya dari pegangan perempuan bermantel merah tapi entah kenapa mata biru yang memukaukan itu membuat badannya kaku. Tidak dapat memberi sebarang riaksi. “Aku ingatkan kau dah mati setengah abad lalu. Apa kau buat kat sini?”

“I can’t rest in peace.” Jawab Hood dengan tenang. “Not after knowing Enchanted’s in trouble.” Katanya lagi. “You involved in those trouble correct?”

Ekspessi wajah Jack menggelap dengan merbahaya. “Roh macam kau pun risaukan Sumpahan Enchanted yang tak guna tu ke?”

Sumpahan Enchanted? Wizard merlin tak beritahu aku pasal apa-apa sumpahan…. Hood menarik nafas dalam, cuba tenangkan perasaanya. Dia tak boleh mempunyai perasaan negative untuk melihat masa lalu Jack.

Hood hanya mengangguk. “Care to show me why you being like this Jack? Let me see your reasons.” Hood menggenggam erat tangan Jack.

Jack hanya menarik sengih. “Go ahead. Tapi biar aku bagi amaran kat kau, aku tak tahu apa-apa tentang sumpahan tu.”

Hood tetap tersenyum. “Thank you.”

Dengan kebenaran Jack, Hood menyerap segala memori silam Jack dan tenggelam didalam lautan memori hitam, jatuh kedalam, lebih dalam yang Hood bayangkan.

.

“Come back to bed.”

“Please…” Rayu wanita berambut hitam panjang, berdiri dibawah rembulan  dan dikelilingi dengan tanaman bunga exotic dengan tangan didepah kearahnya.

Jack menghembus nafas mengalah dan mengatur langkah keluar rumah dan menyambut tangan wanita itu sebelum memeluk pinggangnya dengan erat. Mengucup di belakang telinga wanita itu. “You are so stubborn sometimes.”  Jack mengusap tangan si dia untuk mengekalkan kehangatan badannya.

Wanita itu ketawa kecil, menyandar pada pelukan Jack. menerima kehangatan badan itu dan menghembus nafas lega. “You still loves me.”

“Always.” Pelukan dieratkan tanda perkataan itu adalah benar.

.

“I want a future untuk kita berdua. Kemungkinannya agak tipis tapi aku nak berlawan. Untuk kita.” Rayu perempuan berambut hitam yang ikal itu. matanya berkilau dari pantulan cahaya bulan dan itu kerana dia menahan diri dari mengalirkan air matanya dari mengalir.

Jack menjilat giginya sebelum bunyikan lidah. Berfikir akan kemungkinan jika dia bersetuju dengan rayuan perempuan di hadapannya.

Perempuan itu memegang erat lengan Jack, matanya tetap merayu dengan mata yang tetap berkilau, kali ini kerana harapan. Harapan yang tidak pernah punah. “Please…”

Jack pasti dia akan menyesal tapi dia tetap mengangguk. Mengalah dengan mata kuyu itu. “Alright… for us.”

.

“Tak… tidak… tidak-tidak-tidak—TIDAK!! Tolong buka mata—Please! Please don’t do this to me!” rayu Jack pada sekujur badan yang baring di atas katil yang berlumuran dengan darah. Memegang erat tangan perempuan berambut hitam itu dengan erat sehingga tangan mereka menggeletar. “Please…. don’t leave me alone…” rayunya kali ini dengan suara sebak. Meletak tangan perempuan itu di dahinya. Berharap.

Jack rasa seseorang menyentuh bahunya dan berpaling kebelakang. Seorang lelaki berambut perang gelap, berbaju besi yang berlumuran dengan darah. Lelaki bermata hazel itu menggeleng simpati. “Jack… dia tak dapat bertahan. Sumpahan tu terlalu kuat untuk dia tampung. Tiada apa lagi kita boleh buat.”

“That’s impossible! Mustahil—” Ayat Jack tertangguh bila dia rasa genggaman pada tangannya menjadi lemah dan dia kembali berputar melihat perempuan yang terlentar itu. Dia rasa jantungnya juga berhenti. Dan segala perasaannya naik ke dasar, membanjiri kelopak matanya. “TIDAK!!!!”

.

Hood segera melepaskan tangan Jack, kerana dia tidak dapat menahan perasaan Jack yang melimpah ruah, berolak seperti lautan dalam ribut bila Hood melihat kejadian dalam minda Jack.

Dia mendongak melihat Jack yang juga terkejut, mengalirkan setitis air mata membuat Hood bertambah horror dari sebelumnya.

Jack menggenggam erat kedua penumbuknya mula rasa marah menggeledak didalam dadanya. “What did you just do!”

“I—I-I….. I’m so Sorry…” Hood segera memutar tumitnya dan melarikan diri dari Jack.

“Came back—Oi!” Tidak sempat Jack ingin mengejar budak bermantel merah itu, dia telah menghilangkan diri dari pandangan Jack membuat lelaki budak 16 tahun ini bertambah berang.

“Come back!”

.

.

Hood tiba di menara Wizard Merlin semula dengan wajah yang pucat, nafas termengah-mengah kerana terlalu shok dari melihat memori yang ada dalam minda Jack. Dia masih dapat rasakan dagupan jantungnya masih berdegup dengan kuat, masih enggan untuk berhenti, masih terkejut melihat kejadian mengejutkan, kejadian menyedihkan, trauma itu.

“Hood, apa dah jadi? Kamu okay ke?”

Hood mendongak melihat Wizard merlin yang berdiri dihadapannya, kelihatan risau. Dah tentu, dia melihat dari bola kristalnya. “S-Siapa budak tu sebenarnya Emrys?”

“Apa yang kamu lihat?”

“Siapa Budak tu!” Bentak Hood dengan nada okta lima.

“saya pun tertanya benda yang sama.”

Hood menggenggam erat penumbuknya di sisi dan mengetap bibir, menahan perasaannya dari menguasai diri. Apa maksud Emrys yang dia juga tertanya? Nak kata dia juga tak tahu siapa budak tu? He’s the Great Wizard Merlin for heaven’s sake! Dia patut tahu semuanya! Desis hati Hood geram tapi dia segera mematikan segala perasaan negetivenya itu. Tak…  Dia tak boleh marah, tiada gunanya kalau dia marah.

Hood kena alihkan perhatiannya dari memori yang menyakitkan itu.. memikirkan semula perasaan Jack, merasai apa yang Jack rasa semasa dia lihat perempuan yang dia sayang mati depan matanya membuat dada Hood tambah sakit. Dia tak sangka kesakitan yang Jack alami begitu perit seperti jantungnya dicengkam erat dengan sepasang tangan yang berkuku tajam.

It hurt… hurt so much.

Jadi Hood kena alihkan perhatiannya dari kesakitan itu.

Roh bebas ini terus teringatkan ayat Jack sebelum dia melihat memori lelaki itu. Dia mendongak melihat Wizard merlin semula. “Apa sumpahan yang Jack katakan tadi?”

“dia beritahu kau apa?”

Ekspressi wajah Hood menggelap. “Tell me. Now.”

Setelah mengetahui tentang Sumpahan Morgana, Hood bersumpah untuk tidak kembali ke alam roh. Dia ingin berada di sana, membantu Wizard Merlin dan anak buahnya yang dalam bahaya dimasa hadapan.

Juga memantau gelagat Jack dalam diam, melaporkan segalanya yang dia dapat korek dari Jack dan dengan perlahan… Hood dan Wizard Merlin membongkar apa yang sedang berlaku pada budak lelaki itu.

Secara perlahan, mereka mengetahui yang Jack berhubung dengan semua masalah yang terjadi diatas Tanah itu. Sumpahan Morgana, Kes Losing Heart dan juga Kontrak Rumplestiltskin.

Dia buat dirinya terjebak.

Hanya kerana seorang wanita yang dia sangat benci.

Ivy the Devil.

>X<

Larian sepasang kaki laju berderap diatas lantai rumah dan berlari menuju kepintu belakang.

“F*ck…. F*ck, f*ck, f*ck, f*ck, f*ck, f*ck… F*CK! Arrrggghhh!!” Jack menendang pintu belakang itu dengan kuat sebelum menjerit sekali lagi. mendongak ke udara dengan perasaan marah dan cuak pada masa yang sama. “Sh*t, that b*tch trick me!”

Dia turunkan pandanganya pada halaman belakang rumah, yang penuh dengan pelbagai tumbuhan exotic, yang susah ditemui ditanah Enchanted. Namun segala tanaman itu telah rosak, dipijak dan dihancurkan atas perasaan marah dan kecewa. Patah hati.

Melihat di tengah-tengah tanaman yang hancur itu, satu bayangan seorang wanita yang dia sayangi wujud dengan senyuman manis terukir pada bibir nipisnya. Bersinar dibawah rembulan bersama mata Jade yang bersinar.

“Jack… lets get marry.” Katanya dengan lembut, suaranya begitu jelas walaupun dia satu memori dalam minda Jack. “I know we still young but… after we settle all of this. I want to be yours. Yours alone.”

Nafas Jack menjadi singkat bila dia mendengar kata-kata janji yang tidak akan pernah tertunai itu. hanya satu memori manis yang telah berubah menjadi mimpi ngeri sahaja yang menghantui malam-malam Jack.

Dia membelakangkan diri pada pintu rumahnya sebelum bergegas masuk kedalam. Tidak ingin melihat tanaman itu kerana ia membuat dia teringatkan perempuan tersebut.

Namun, membayangkan wajah wanita itu. Membuat azam Jack bertambah kuat.

Dia takkan biarkan kerja kerasnya selama ini menjadi sia-sia.

No matter what the cost is.

>X<


(A/N: And that’s how Hood masih ada di alam hidup dan persoalan lain yang korang tertanya-tanya selama ni. Well, separuh je lah. Kali ini ada lagi persoalan tambahan. Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu Sorry not Sorry but anyways… see you in the next chapter!)

Comments

  1. ack ada hubungan dengan morgana kankan huhu . Dan disebabkan kontrak yang louis buat menyebabkan morgana terbunuh sebab tuh Jack nak balas dendam dekat Ivy kankankan . Huhuhuhu . Harap2 apa yang saya pike ni betoi . And sedih laa episode ni . Bila dapat taw yang Ivy akan mati jugak and ayah Ivy mati sebab Maleficient bunuh . Huhu😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuuuuu nice teori! But still no spoiling the plit.. Sorry huhuhu..

      And yes, sedih y robin msti dibunuh isteri dia sendiri 😢 harap ivy x mati di bunuh jak pulak 😭😭

      Delete
  2. dah dapat jawapan.. tapi morgana ke perempuan itu.. bukan ke morgana mak saudara kepada putera loius...

    patut dia hate ivy..

    means dah dapat jawapan siapa soulmate ivy rasanya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lets keep that a secret between us *wink wink* (^_−)☆

      Delete

Post a Comment

Popular Posts