New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Friday, 5 August 2016

Fifth L.O.S.T

The Villain Henchmen

“Beta tak menyangka mereka akan hantar kamu untuk menyiasat balik kes Losing Heart di kerajaan Beta. Beta harap malam-malam kamu di istana Beta dapat membantu kamu dalam penyelidikan kamu?” Soal Raja Philip dengan senyuman lembut kepada salah seorang The Believers yang agak terkenal di tanah itu. Hansel Gingerman.

Hansel tunduk hormat pada Raja tua itu dengan tangan di dadanya. “Patik bebesar hati Tuanku terima saya di istana Tuanku sedangkan apa yang diperkatakan oleh khabar angin tentang patik.”

Raja Philip tertawa kecil. “Kamu tidak usah risau tentang tu. Beta percayakan The Great Wizard Merlin menghantar kamu ke sini bersama dua rakan kerja kamu ini.” Raja Philip mengangguk kepada Tom Thumb dan Maddison Pauper yang juga berada di dalam bilik itu. “Beta jangka Puteri Beta juga akan menyertai penyelidikan kamu semua?”

“Juga bersama Putera Benjamin.” Hansel mengangguk kecil, dengan nada penuh kompos dan tenang. Menunjukkan betapa professionalnya dia dihadapan raja tersebut. “kami perlukan sebanyak pertolongan yang boleh untuk selesaikan kes ini secepat yang mungkin Tuanku.”

Raja Philip mengangguk faham. Dia menepuk bahu Hansel membuat dia agak terkejut tapi tidak tunjukkannya. Raja Phillip tersenyum lembut pada Hansel dengan anggukan kecil. “Your parent must be proud of you. Dengan usia muda kamu telah sampai ke sini. Kamu berdua juga.” Kata Raja pada dua rakan kerja Hansel.

Tom Thumb dan Maddison Pauper saling berpandangan dan tertunduk, tersipu malu dengan pujian dari Raja yang dikenali dengan baik hati dan pemurah itu. “Terima kasih tuanku.”

Raja Phillip ingin bersuara tapi ketukan pintu kedengaran menarik perhatian mereka berempat dan sepasang suami isteri diraja masuk kedalam bilik itu dengan bayi lelaki didalam tangan Puteri Briar Rose.

“Ayahanda?”

Raja Phillip tersenyum melihat puterinya bersama suami akhirnya datang dan memanggil mereka masuk. “Puteri Ayahanda, Briar Rose. Mengeapa kamu bawa cucu ayahanda sekali bersama kamu?” Raja Phillip mendepakan tangannya pada cucunya, Putera Jeremiah dan bayi kecil itu dengan gembira berpindah tangan dari ibundanya ke Raja Phillip.

“Dia taknak tidur petang Ayahanda dan tidak hendak bermain dengan pengasuhnya.” Jawab Puteri Briar Rose dengan nada lembut bak sutera. Penuh dengan sopan santun dan pertuturan yang lembut.

“Kalau begitu, apa kata kamu bermain dengan atuk?” Soal Raja Phillip pada cucunya dan Putera Jeremiah menjerit riang dalam dakapannya, setuju sangat-sangat dengan atuk kesayangannya itu.

Raja Phillip ketawa mendengar pelat cucunya sebelum memandang mereka yang berada di dalam bilik itu. “Beta akan tinggalkan kamu dengan kerja kamu semua.” Katanya dan bergerak pergi dengan mereka didalam bilik tunduk hormat pada Raja tua itu bersama cucu di dalam tangan. “apa kata kita pergi lawat nenda kamu di biliknya?” Soal Raja Phillip sebelum dia hilang di sebalik dua pintu besar itu.

Sebaik sahaja mereka berlima ditinggalkan, sepasang suami isteri diraja ini tumpukan perhatian mereka pada tiga ahli The believers yang rasmi dengan senyuman.

“Apa kata kita bincangkan penemuan kita di meja kopi?” Soal Putera Benjamin sambil depakan tangan kearah meja kopi yang terdapat didalam bilik bacaan itu.

Mereka semua mengangguk setuju dan tiga the Believers ini duduk berhadapankan puteri Briar Rose dan suaminya, Putera Benjamin.

“Baiklah, mari kita mulakan penyasatan kita. Ini ialah rekod kematian misteri yang kamu semua inginkan semasa peperangan antara kerajaan Etalean dan kerajaan Scotish 15 tahun lalu.” Puteri Briar Rose menghulurkan satu fail tebal dan usang kepada Hansel dengan berhati-hati. “Dari penemuan kami berdua, majority mangsa pada penjenayah Losing Heart ini adalah wanita. Balu dan Janda. Minority is….”

“Lelaki yang ada masalah jantina.” Sambung Putera Benjamin, tahu isterinya tidak selesa untuk sebut ‘transexual’ pada mereka.

Tom dan Maddison menahan diri dari pecah ketawa dari ayat Putera Benjamin. Mereka terus menutup mulut kerana tahu ia sangat kurang sopan, apatah lagi dalam keadaan serius seperti itu.

 “Its okay, Beta sendiri tertawa mengetahui Penjenayah kita ada citarasa terhadap orang seperti ini.” Putera Benjamin tersenyum terhibur, juga rasa penemuan itu agak lucu.

Puteri Briar Rose berdehem, menyatakan dia tidak berapa selesa bincangkan ‘perkara’ tersebut dan meneruskan penerangannya. “Dari apa yang kami kumpul dan kaji balik kes ini, penjenayah ni mungkin seorang lelaki yang tersangat licik. Mungkin berumur lingkungan 30 ke 40 tahun.”

Hansel membuka fail itu dengan perlahan, melihat senarai-senarai mangsa dengan teliti dan penuh berhati-hati. Takut rosakkan bahan bukti dan juga memastikan dia tidak ketinggalan apa-apa petunjuk dari mangsa-mangsa itu.

“Beta dengar dari kerajaan lain, penjenayah ni kemungkinan juga seorang perempuan kerana mencuri hati lelaki juga. Setelah itu secara random di Kerajaan Camelot. Mereka kata penjenayah ini mungkin lebih daripada satu.”

“Terlalu banyak kemungkinan tanpa bukti Tuanku.” Hansel mengeluh dan memberikan fail didalam tangannya kepada Tom Thumb untuk dia menyelidik fail itu lebih dalam. “Tapi apa yang pasti ialah Penjenayah ini inginkan hati manusia untuk kuasa. Mengumpulnya untuk tenaga dan target mangsa besar untuk dikawal.” Katanya dengan nada serius. “kemungkinan dia ada rakan bersubahat juga tinggi. Yang pasti mastermind kes losing heart ini hanya lah satu dan dia ada rakan untuk membantunya mempercepatkan pengumpulan tenaga di Camelot.”

“Adakah rakan penjenayah itu Ivy the Devil?” Puteri Briar Rose bersuara menarik perhatian mereka semua. Raja Benjamin memegang siku isterinya dengan lembut. Mereka telah bersetuju untuk tidak bangkitkan nama anak Maleficent dihadapan rakan karib young villain itu.

Hansel dapat lihat dalam mata Puteri Briar Rose yang dia sebenarnya takutkan Ivy the Devil. Hansel berikan senyuman lembut pada puteri Permaisuri Aurora itu, cuba yakinkan dia. “Sepanjang tahun ini, tiada bukti menandakan Ivy The Devil terlibat dalam kes ini. memandangkan dia sekarang dibawah jagaan The Great Wizard Merlin, lebih susah untuk dia buat perkara seperti itu.”

Puteri Briar Rose mengangguk, kelihatan lega dengan senyuman kecil terukir pada bibirnya. Putera Benjamin membantu isterinya tenangkan diri dengan mengusap hujung tulang belakang isterinya.

“itu sahaja penemuan Tuanku tentang kes ini?”

Putera Benjamin menggeleng. “There’s more. Kamu ada kata tentang mengumpul kuasa dari semua hati ni… well, ada sesuatu yang sangat pelik semasa kami menyiasat pattern pergerakan mangsa ini.”

“What is that?”

“Beberapa mangsa pernah melapor tentang tattoo yang muncul didalam badan mereka.” Ayat Putera Benjamin menarik perhatian tiga the Believer ini, membuat mereka pasang telinga untuk mendengar ayat Putera Benjamin yang seterusnya dengan teliti; “I know it’s weird yang beberapa orang dari mangsa perasan tentang kewujudan tattoo itu. dalam report mereka..” Putera Benjamin memberikan mereka satu lagi fail laporan yang lama kepada Hansel. “…mereka kata mereka di tersedar tentang tattoo itu semasa tattoo tersebut dalam hampir hendak siap.”

“How?” Soal Hansel dan mula membaca laporan-laporan dari mangsa-mangsa itu. pelbagai jenis laporan tentang kesedaran sumpahan pada dada mereka tapi kebanyakannya mempunyai laporan yang hampir sama. Seseorang sedarkan mereka tentang tatu tersebut.

Atau lebih tepat.

“Seorang Budak?” Soal Hansel dengan nada terkejut, kembali memandang kedua suami isteri diraja dihadapannya. Seperti meminta kepastian.

Kedua Putera Puteri itu mengangguk.

“Mengikut dari anak salah seorang mangsa, seorang budak lelaki merupakan rakannya yang perasan tatu yang ada di dada ibunya. Jadi anak mangsa tanya ibunya tentang tatu tersebut dan dari situ mangsa dapat tahu sumpahan tatu itu dan melapornya.”

“Tapi Tuanku, it maybe just a coincidence.” Maddison bersuara, mula tertarik dengan penemuan pelik itu. Dia menghulurkan tangannya pada Hansel meminta kebenaran senyap jika dia boleh membaca laporan itu juga dan Hansel berikannya tanpa bantahan.

“True tapi kebanyakan dari laporan ini menyatakan, seorang budak lelaki sedarkan, jiran, anak, rakan, ahli keluarga mangsa untuk mereka sedarkan mangsa. Don’t you think this is weird? kenapa budak tu tak cakap je pada mangsa dan tak susahkan diri beritahu orang terdekat pada mangsa? Plus, kalau budak yang sama… dia lihat tatu yang sama pada mangsa-mangsa ni, dia mungkin dapat teka apa terjadi pada mangsa tapi kenapa dia tak laporkan pada pihak berkuasa? Kenapa dia diamkan diri?”

“Kami jangka budak ini ada kena mengena dengan Sumpahan Losing Heart nijuga.” Tambah Puteri Briar Rose pula. “Masalahnya kami tidak dapat mengenal pasti siapa budak ni.”

Hansel mengusap dagunya dengan mindanya laju memikirkan tentang budak lelaki misteri itu. seorang budak yang boleh melihat tatu sumpahan sedangkan yang lain tidak dapat. Dia boleh sedarkan orang terdekat tentang tatu tersebut. Betul kata suami isteri di raja Etalean. Ini bukan satu kebetulan. Budak itu mungkin ada kena mengena dengan sumpahan Losing heart tapi tiada bukti kukuh. Mereka perlu berjumpa dengan budak itu sendiri tapi tiada siapa tahu siapa budak tu.

“Mengikut laporan dari mangsa-mangsa ni, budak lelaki ini tidak lebih tinggi dari 143cm. Berambut perang dan berkulit putih. Mengikut penjelasan mangsa tentang karakteristik budak ini, mereka mengenali budak itu agak baik. Bermaksud budak ni bukan dari golongan orang yang berada. Namun, tiada laporan menyatakan nama budak ni. Itu lagi pelik.” Maddison bersuara, memandang Hansel semula dengan semangat ingin tahu. “Dia mungkin rakan sekerja penjenayah ni? Memandangkan dia boleh lihat tatu sumpahan tu.”

Hansel bunyikan lidahnya. Mengangguk setuju dengan teori Maddison. Ini buat Hansel terfikirkan seseorang. “Berapa lingkungan umur budak ni didalam laporan?”

Maddison kembali memandang laporan itu, menyelak helaian kertas beberapa kali. “Umur lingkungan dari 10 ke 12 tahun. Kegiatan penjenayah ni berakhir setelah beberapa laporan telah dibuat oleh mangsa. Selepas budak tu muncul.”

Hansel hanya mengangguk, mengusap bawah mulutnya sekali lagi dengan kening berkerut kuat. Terfikir orang yang dia syak sebagai budak lelaki itu makin tinggi dari sebelumnya.

Hanya seorang sahaja yang disyaki terlibat dalam kes losing heart itu.

“Kamu rasa ada suspect yang mungkin terlibat dalam kes ni ke?”

Hansel tersentak dari lamunannya, kembali memandang Putera Benjamin. “Huh?”

“Tak, beta hanya tertanya.” Jawab Putera itu dengan senyuman kecil, sedikit bersalah kerana mengganggu Hansel sedang berfikir.

Hansel juga tersenyum dan menggeleng. “Tak Tuanku. Saya tak dapat nak fikir sesiapa.” Katanya dengan lembut sebelum mengemas segala fail yang berada di atas meja kopi.

Melihat Hansel mengemas, Tom dan Maddison memahami pergerakan itu dan juga mengemas barang-barang mereka sebelum tiga The Believers ini berdiri.

Kedua kerabat diraja ini juga berdiri. Tidak sempat mereka mempersoalkannya, Hansel bongkokkan badannya kehadapan. “Terima kasih atas laporan Tuanku dan Tuan Puteri. Ia sangat membantu kami dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membongkar kes Losing Heart ini.” Katanya dan meminta diri untuk pergi.

Maddison dan Tom juga tunduk hormat kepada Dua kerabat diraja yang buntu itu. meminta maaf kerana terpaksa pergi dengan mendadak dan mengejar ketua mereka yang telah keluar dari bilik tersebut.

Tom Thumb mempercepatkan langkahnya untuk mengejar Hansel. Bila dia dekat dibelakang Hansel barulah dia bersuara. “Encik Hansel menemui benda baru ke?” Soalnya sedikit terpingah-pinga.

Hansel menggeleng kecil. “Tak juga.”

“Jadi?” Soal Maddison yang memeluk fail berat dalam tangannya. Juga berjalan di sisi Hansel. “Encik mengesyaki seseorang yang Encik kenal?”

Hansel hanya perhatikan Maddison untuk seketika. Agak kagum yang budak 17 tahun itu dapat tangkap pemikiran Hansel walaupun dia tak tunjukkan sebarang petanda.

Hansel mengangguk. “Ya tapi—

“Siapa dia?” Soal mereka berdua serentak.

Hansel hanya mengeluh, senyuman kecil terbentuk di hujung bibirnya mendengar keterujaan dua remaja muda itu. “Selagi saya tak jumpa sebarang bukti dia terlibat dalam kes ini, saya takkan sebut nama lelaki itu. Kamu hanya perlu tumpukan perhatian dengan penjenayah sebenar. Saya akan siasat tentang budak lelaki ni. Faham?”

“Adakah Ivy the Devil?” Maddison menyoal dan mendapat renungan maut dari Hansel. The believers muda ini terus tertunduk takut. “Maksud saya—M-maafkan saya—saya tak maksudkan nak menuduh t-tapi siapa lagi kalau bukan Cik Ivy—

“Bukan disebabkan dia seorang Vicious bermaksud kamu boleh tuduh dia bersubahat dengan penjenayah tu. Kalau itu sebabnya tentu saya juga berkemungkinan besar bersubahat dengan Penjenayah tu selama ni.” Kata Hansel dengan dingin membuat Maddison tambah tertunduk. “Mustahil Ivy boleh bersubahat. Dia baru sahaja tiba di tanah ni setahun lalu sedangkan penjenayah ni dah aktif selama 20 tahun. Mungkin lebih.”

“Tapi kita maksudkan rakan subahat penjenayah tu.” Tom thumb bersuara, tampilkan diri diantara Maddison dan Hansel, melindungi Maddison dari Hansel. “Encik Hansel, Saya tahu Encik nak melindungi rakan Encik tapi tidak mustahil Cik Ivy boleh menjadi rakan bersubahatnya juga—

“I said it’s impossible—

“Just think about it.” Potong Tom Thumb balik, beranikan dirinya untuk mengutarakan pendapatnya pada  ketua mereka yang sememangnya menggerunkan. “She maybe Good now but She’s Evil once. Apa yang saya pernah baca didalam cerita dongeng, seseorang yang pernah jadi jahat susah untuk menjadi baik sepenuhnya. Titik hitam didalam hatinya tetap ada dan dengan sedikit dorongan—mungkin hasutan dari Penjenayah itu, tentu Cik Ivy boleh kembali ke kejahatan dan bersubahat dengan Penjenayah kita. Memandangkan dia akan dibebaskan dari hukumannya esok malam—

“Apa kau cakap?” Soal Hansel mendadak, seperti menyalak membuat kedua rakan setugasnya membelakangkan diri dari Hansel sebab ketakutan.

“S-S—Saya hanya katakan benda yang benar se—sebab Encik tidak boleh terlalu percayakan—

“Tak saya tak maksudkan yang tu.” Potong Hansel lagi, kedengaran cemas. “kamu cakap dia akan dibebaskan dari hukumannya? Maksud kamu Genie’s cuff tu akan dibuka?”

Maddison dan Tom thumb memandang sesame sendiri seperti persoalan ketua mereka sesuatu yang tidak logic kerana ketua mereka sepatutnya tahu tentang beritahu itu kerana dia dan Cik Ivy sangat rapat.

Mereka berdua kembali memandang Hansel dan mengangguk perlahan memastikan persoalan Ketua mereka.

Shit!” Jerit Hansel dan mengatur langkah kembali ke biliknya secepat yang mungkin. “Maddy! Tom! Kamu berdua selidik kes ni dahulu, saya ada urusan nak sampaikan pada Lord Koha.” Arahnya sambil dia bergerak pergi dari dua rakan kerjanya yang tercegat buntu. “Dan panggil pengiring surat diraja sekarang!!”

Mereka berdua melompat terkejut dan menyahut ‘baiklah’ pada Ketua mereka sebelum segera bergegeas bertentangan arah dari Hansel.

“Kau rasa apa dah jadi pada Encik Hansel?” Soal Maddison sempat berpaling melihat ketua mereka menghilangkan diri di hujung laluan istana dengan ekspressi muka cemas.

“Entah tapi yang pasti pasal Cik Ivy. Apapun sahaja yang terjadi dia pasti akan beritahu kita nanti malam selepas apa sahaja surat dia ingin sampaikan pada Lord Koha.” Jawab Tom Thumb. “Kau pergi panggil penghantar surat diraja, biar aku bawa semua ni ke bilik kita, okay?” Soalnya  sambil mengambil fail-fail didalam tangan Maddison. “pergi cepat.”

Maddison hanya mengangguk dan bergerak pergi ke laluan istana bertentangan arah dari Bilik berbincang mereka.   

Ramaja berambut serabut bak sarang burung itu mengeluh kecil sebelum mengukirkan senyuman kecil dihujung bibirnya. Akhirnya penyiasatan mereka selama berbulan telah membuahkan hasil. Ketua mereka telah memikirkan suspek pertama mereka yang mungkin merupakan budak misteri yang melihat tatu Losing heart! Jika budak itu ada kena mengena dengan penjenayah sebenar, itu bermaksud mereka dah semakin dekat untuk membongkar kes merbahaya itu!

Dia sempat melompat gembira, membuat sambutan kecil untuk diri sendiri dan ‘skipping’ pergi memanggil penghantar surat yang diperkatakan.

Sementara The Believers muda ini sedang meraihkan penemuan baru mereka, The Believers yang lebih berpengalaman ini hanya diamkan diri, cemas mengatur langkah dengan laju kembali ke biliknya. Minda penuh dengan nama seorang lelaki yang sangat Hansel kenali,dan tidak syak lagi akan menghasut Ivy the Devil.

Kotak memor Hansel bermainkan suatu sketsa lama dimana dia lihat Ivy bersama lelaki yang dia syak sebagai suspek budak lelaki Losing Heart itu. melihat belakangnya bergerak pergi dari Ivy dengan tangan dimasukkan kedalam poket dengan begitu angkuh membuat darah Hansel naik mendidih.

Memikirkan lelaki itu sahaja telah buat wajah Hansel tegang seperti dia bersedia untuk membunuh.

Bersedia membunuh lelaki itu.

Jack.

Hansel tidak mengesyaki Jack. Hansel pasti budak lelaki itu adalah Jack dan lelaki jahanam itu jugalah bersubahat dengan Penjenayah sebenar Losing Heart, membantunya mencuri lebih banyak hati di Camelot, dan mungkin akan menghasut Ivy the Devil.

Kalau boleh Hansel ingin tangkap lelaki itu dan bawa dia berdepan dengan Pengetua Merlin dan Mind Of The Believer sebaik sahaja dia dapat tahu yang Jack pembantu penjenayah Losing Heart itu. Heret dia dari bilik terus ke menara Wizard Merlin dan dari situ mereka paksa—kalau boleh seksa lelaki itu sampai dia beritahu segalanya pada dia.

Bagaimana Hansel boleh tahu Jack ialah Henchmen Penjenayah Losing Heart?

Senang.

Jack buka mulutnya sendiri pada Hansel.

Dia beritahu Hansel sebaik sahaja Hansel soal dia tentang Kes Losing Heart.

Riaksi Jack pada masa itu buat Hansel berang sampai sekarang.

“Huh? Oh ya.” Jack tersenyum nakal pada Hansel yang duduk di katil bertentangan dengannya. “Aku membantu ahli sihir tu mencuri semua hati-hati orang Enchanted selama ni.”

Hansel memandang Jack dengan riak wajah terkejut sebelum sepantas kilat, dia terjah lelaki itu dengan satu penumbuk sulung ke muka Jack. Membuat roommatenya jatuh kebelakang tapi terbatal kerana Jack membelakangkan Pintu bilik mereka. Hansel mencengkam collar baju lelaki itu dengan erat, penumbuknya dinaikkan di belakang kepala, menunggu untuk berikan dia satu lagi tumbukan padu. “Ulang apa yang kau cakap tadi.”

Jack menarik sengih, rasa sakit kerana bibirnya yang koyak dari tumbukan mengejut Hansel tapi dia endahkan. Wajah ingin membunuh Hansel sangat seronok untuk dilihat dan berikan senyuman sinis untuk mencabar lelaki itu memang susah untuk tidak dilakukan.

“You heard what I said.” Balas Jack, tidak menghiraukan ancaman Hansel yang hanya setengah beberapa sentimeter jauh di depan matanya. “Aku petunjuk yang korang The Believers inginkan. Aku jawapan kepada kes yang korang gelar ‘Losing Heart’ ni.”

Hansel menghentak Jack di pintu bilik sekali, memberi amaran kepada lelaki itu yang Hansel tiada masa nak berlawak dengan Jack sekarang. Genggamannya pada baju Jack makin erat sehingga tangannya menggeletar, sangat marah. “Then Kau kena ikut aku berjumpa dengan The Great Wizard Merlin sekarang juga—

“Wee Wizard tu tak boleh buat apa-apa tentang aku—

PAM! Satu penumbuk padu sampai ke tempat yang sama membuat Jack termuntahkan darah. Hansel kembali mengangkat penumbuknya dibelakang kepala. Kali ini penumbuknya tidak menjanjikan sebarang keselamatan pada Jack.

“Jangan ingat kau penyelamat Camelot dari bankrupt kau boleh buat apa sahaja kau nak. This is way off than Camelot Debt to you.”

Jack hanya tergelak dari ancaman Hansel. Kembali memandang lelaki 4 tahun lebih muda darinya dengan senyuman sinis yang sukar terpadam. “Go on. Beritahu Merlin tentang aku. Dia tak boleh buat apa-apa pada aku. Ahli sihir tua itu hanya akan suruh kau diamkan diri dan pantau aku seperti mana kau pantau kawan rapat kau tu.” Cabarnya membuat penumbuk Hansel tambah ketat. “Pergi. Beritahu dia tapi kalau mereka tangkap aku, Nyawa Putera kesayangan Enchanted akan mati. Nyawa kekasih gelap kawan rapat kau tu dalam bahaya.”

Hansel menghentak Jack sekali lagi, tidak tahan dengan ajukan Jack. “Jangan merapu Jack!!”

“Sumpahan Morgana.” Jack bersuara diantara keperitan yang dia rasa di belakang tengkorak kepalanya. Dia dapat rasa cecair panas mengalir tapi dia endahkan untuk sementara waktu. “Kau buka mulut tentang aku pada sesiapa, Nyawa George akan melayang begitu sahaja. Di susuli nyawa ahli sihir hipokrit tu.”

“Kau ingat aku akan percaya cakap kau ke?”

“jangan percaya kalau kau taknak.” Balas Jack tidak gentar. “Tapi jangan menyesal dikemudian hari. Betina kesayangan korang akan mati kalau kau serahkan aku pada Raja Arthur. Then, Sumpahan Morgana bermula dan segalanya hancur disebabkan tindakan kau—

PAM!

Kali ini tumbukan Hansel menghantar Jack melayang ke tepi, jatuh tercium lantai bilik mereka dengan darah mengalir banyak dari mulutnya.

“watch your mouth, you *ssh*le.” Kata Hansel dengan dingin, hanya melihat Jack ketawa pahit dan mengelap cecair merah di hujung bibirnya. Hansel tunduk mencangkung depan Jack dengan renungan menggerunkan, renungan Vicious yang semua orang takut termasuk Ivy the Cevil sendiri. Hansel kembali mencengkam collar baju Jack. “What makes you think you are the reason Enchanted fall? Kau hanya lelaki bajingan yang hina.”

Walaupun dengan renungan mengancam dan nada membunuh Hansel, Jack tetap berikan senyuman menjengkelnya itu, barisan gigi yang berdarah kerana tumbukan padu Hansel. “Sebab aku buat diri aku penting dalam permainan sialan ni. Aku masuk campur dalam semua sumpahan ni dari dulu lagi dan jadi Pilar yang penting untuk stabilkan Enchanted. Kalau aku tumpas, Enchanted juga jatuh berkecai. Didahulukan dengan Putera George, Ahli sihir hipokrit tu dan diakhiri dengan seluruh rakyat Enchanted. Masalahnya, aku Pilar yang buruk, aku boleh lepaskan posisiku bila-bila masa sahaja dan biarkan Enchanted jatuh.” Jack tersenyum lagi lebar, lebih wicked bila melihat Hansel rasa terancam. “I am the Villain Henchmen. But don’t worry, I still play the good guy dan jaga Enchanted dengan baik, in return…. I can play with that little B*tch—

“Don’t you dare touch her!!”

“Dan kau benarkan Putera Bongkak tu sentuh dia pula dan bukan kawan lama kau ni?” Jack memotong, saja buat Hansel tambah berang. “You know, kau percayakan orang yang kau benci dari kawan kau sendiri.”

“Kau bukan kawan aku—

“and neither is he.” Balas Jack dengan renungan tanpa senyuman. Beritahu aku sesuatu Hans, Kau fikir aku akan apa-apakan ahli sihir tu ke?”

Nada Jack membuat Hansel teragak-agak untuk menjawab, seperti Jack terkilan pada Hansel tapi senyuman sinis terukir dihujung bibir Jack mengkhianati perasaan Hansel. “You Sly Bastard….”

“Kau terfikir aku masih baik kan?” Soal Jack sedikit teruja, memegang tangan Hansel yang mencengkam collarnya lebih erat dari sebelumnya, mencekik Jack sedikit. “Tadi kau ada terfikir kalau aku masih ada harapan kan? You still hoping for that, as I thought, kau masih anggap aku sebagai kawan kau—

Hansel melepaskan Jack dengan tolakan kuat sebelum dia berdiri, jauhkan diri dari Jack sambil melontarkan renungan meluat. “kau menyedihkan. Lebih hina dari seekor anjing.” Katanya dengan nada mendatar, sudah fed up dengan Jack dan melangkah badan roommatenya itu untuk keluar dari bilik mereka.

Sebaik sahaja Hansel menutup pintu mereka dengan kuat, dia boleh dengar Jack menyalak kuat, ketawakan Hansel didalam bilik mereka.

BAM!

Satu tumbukan kuat dilontar ke dinding istana, melepaskan segala kemarahannya pada dinding tersebut sehingga tulang penumbuknya berdarah. Nafas Hansel berat dari letupan kemarahan itu. teringatkan perangai Jack pada masa itu hanya buat darahnya mendidih sahaja.

Hansel tidak pernah rasa sebegitu marah didalam seumurnya sehingga dia fikir ingin membunuh.

Hansel menyesal tidak belasah lelaki itu cukup-cukup, kalau boleh sehingga dia lumpuh. Kalau dia tidak boleh bergerak kurang beban Hansel sikit. Tak perlu risaukan Jack pergi buat kerja keji seperti itu lagi. duduk didalam bilik tanpa mengacau ketenteraman sesiapa dan kerja hansel lebih senang untuk memantau lelaki bajingan itu.

Hansel menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin untuk tenangkan perasaannya sebelum mengambil laluan ke kiri di mana Biliknya berada.

Setiba sahaja dia didalam bilik, hansel terus mengeluarkan sehelai kertas dan bahan menulis. Terus menulis surat untuk disampaikan kepada Mind of The Believers tentang penemuannya. Tidak menghuraikannya dengan panjang untuk mengelakkan sebarang risiko dan masukkannya kedalam sampul surat.

Hansel rehatkan badannya di kerusi kerja dengan melepaskan satu keluhan berat. Kepalanya mula rasa sakit memikirkan Roommatenya yang merumitkan itu.

Satu perkara yang Hansel dapat teka dari perbualan/pergaduhan berat sebelah mereka pada masa itu; Jack melibatkan dirinya dengan Sumpahan Morgana dan Losing Heart dari kecil lagi.

Budak misteri yang menghalang sumpahan Losing Heart berlaku sepuluh tahun yang lali di Etalean adalah Jack. Itu yang pasti tapi mengapa dia lakukan seperti itu masih kurang jelas bagi Hansel.

Mungkin dia lakukannya untuk menarik perhatian Penjenayah itu? berhubung dengan villain itu untuk menjadi Henchmen kepada Penjenayah tersebut. Persoalannya ialah kenapa? Kenapa dia ingin jadi Henchmen seorang Penjahat? Apa yang dia dapat jika dia buat seperti itu?

Apa buat Jack berfikiran untuk berpaling kearah kejahatan? Apa tujuannya untuk menjadi seorang penjahat juga dan masuk campur dalam masalah Enchanted?

Terlalu banyak persoalan tentang Jack dan satupun tidak dapat dijawab. Mengapa? Bagaimana? Sejak Bila? Satu persoalan itu pun tidak dapat hansel nak buat teori niat Jack sebenar.

Lelaki itu terlalu merumitkan.

Seperti berada didalam sebuah Maze yang besar, kemana sahaja Hansel pergi pasti jumpa jalan buntu dan tidak pernah sesekali dapat petunjuk untuk cari jalan keluar. Hansel sesat dalam kisah hidup Jack. Dalam pemikiran kawan lamanya.

Hansel mengusap bibirnya sambil berfikir dalam. Ikutkan hati dia ingin menangkap Jack sebaik sahaja dia keluar dari bilik mereka, panggil the Believers yang lain untuk tangkap Jack semasa dia dalam keadaan lemah seperti itu.

Tapi sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bangunan asrama, burung hantu datang meluncur diatasnya dan menjatuhkan batu Ember transportation ke Menara Pengetua Merlin. Hansel tahu itu bermaksud dia kena melaporkan diri pada The Great Wizard Merlin sebaik sahaja dia dapat batu tersebut.

Jadi dia pergi berjumpa dengan pengetua Merlin dahulu dan melaporkan apa yang dia dapat dari Jack.

Hansel ingat Pengetua Merlin juga berfikiran ingin menangkap Jack juga. Ingin Jack dipenjarakan supaya dia tidak lagi menolong Villain Losing Heart dan mengacau sesiapa lagi. atau dibuang ke Tanah Vicious namun…. Apa yang Hansel tidak jangka adalah Pengetua Merlin suruh dia diamkan diri tentang Jack sebagai penolong Villain.

“Jadi apa tujuan saya memantau Jack kalau bukan bongkar kegiatan kejamnya?! Saya taknak duduk diam sedangkan Jack mengetahui segalanya tentang Losing Heart dan Sumpahan Morgana? Dia tak boleh dibiarkan bebas Pengetua!” Tengking Hansel naik okta lima. Jeritannya bergema didalam menara itu namun tiada siapa di luar menara mendengarnya terima kasih pada magic Wizard Merlin. “Pengetua, takkan Pengetua nak biarkan lelaki merbahaya seperti itu berlegar di perkarangan Academy? There’s thousands of student will be in danger!”

Pengetua Merlin menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. Tahu betapa risaunya Hansel tentang perkara ini dan meluahkannya dari segi kemarahan. Pengetua Merlin faham, sangat faham persaan Hansel. “My Child. Tiada apa kita boleh buat—

“Arrest him.” Potong Hansel dengan hembusan panas.

“Nyawa Putera George dan Cik Ivy akan berada di dalam bahaya.” Balas Pengetua Merlin pula dengan nada serius. “Saya tahu ia sukar untuk dipercayai yang Encik Jack mempunyai pengaruh besar didalam masalah ni tapi itulah kenyataannya. Encik Jack sebahagian dari Masalah Enchanted.”

“Tapi dia Evil.”

“Not entirely.” Balas Pengetua Merlin dengan ekspressi wajah yang lebih lembut. “You see Encil Hansel, manusia boleh berubah. Seperti Cik Ivy, dia ada harapan untuk berubah menjadi baik. Hanya perlukan sedikit dorongan dari orang sekelilingnya dan lihat dimana dia sekarang?” Soal Pengetua Merlin dengan senyuman kecil. “Begitu juga dengan Encik Jack. Saya ingin kamu memantau Encik Jack bukan sahaja untuk perhatikan dia tapi juga—

“Mengubah dia menjadi baik semula.” Hansel mengeluh dengan anggukan faham. “Apa buat pengetua fikir saya boleh mengubah Jack?”

“Sebab saya percayakan kamu. Kamu Berjaya memujuk ahli sihir muda paling merbahaya di tanah Enchanted, pasti kamu boleh memujuk kawan lama kamu. Dia kurang merbahaya dari Ivy the Devil. He’s just a henchmen.”

“Jadi Pengetua ingin saya pujuk lelaki tu, Then what? Suruh dia tinggalkan kerja gilanya? Tinggalkan niatnya? Tinggalkan segalanya dan kembali baik?” Hansel ketawa sarkastik dengan gelengan. “Lelaki ni bukan jenis lembut hati seperti Ivy. Dia tidak berperikemanusiaan. Killing hundreds of people without guilt.”

Pengetua Merlin hanya perhatikan ekspressi wajah Hansel, riak wajahnya tidak menunjukkan jijik atau marah langsung. Malah kekecewaan, kecewa yang dahulu lelaki yang dianggap sebagai abang, yang melindunginya telah menjadi seorang yang tidak berhati perut. “Kamu percaya Encik Jack seorang lelaki yang baik bukan?” Soal Pengetua merlin dengan nada rendah.

Hansel terdiam seketika, menjilat bibirnya; berfikir sebelum menggeleng. “DIa licik.”

“Encik Hansel kamu teragak-agak.” Pengetua Merlin bersuara, mengambil sehelai kertas dari mejanya untuk di main. “Saya boleh lihat, kamu sebenarnya masih percayakan yang Encik Jack masih baik walaupun dia telah mengkhiati kamu banyak kali.” Katanya sambil melipat kertas didalam tangannya. “It’s in your nature Encik Hansel, bencik kamu hanyalah di mulut tapi tidak pernah sampai ke hati. Kamu percaya didalam diri seseorang pasti ada kebaikan. Orang Enchanted, mahupun orang Vicious. Kamu bersabar dengan mereka dan dengan perlahan, dengan teliti, kamu telah mengubah mereka menjadi diri mereka yang lebih baik.” Katanya dan tunjukkan origami burung pada Hansel didalam tangannya dan meniup origami tersebut, secara magic ia mengepa sayapnya dan terbang mengelilingi bilik tersebut sebelum mendarat kedalam tangan Hansel.

Hansel melihat origami itu untuk seketika sebelum memandang Pengetua merlin semula. “Maksud Pengetua?”

“Kamu mempunyai aura yang boleh buat orang jujur pada kamu.Use it to make him speak. Meluah pada kamu tentang masalahnya. Kamu seorang Vicious juga kan? Saya pasti kamu boleh manipulasikan dia juga untuk buka mulut. Am I right?”

Mata Hansel membesar dan kembali melihat origami burung didalam tanganya. Membuka hati Jack dan pandu dia kearah kebaikan semula….

Hansel terus menggenggam erat origami itu dan pandang Pengetua merlin semula dengan sepasang mata yang penuh dengan keazaman. “Then, Serahkan Jack pada saya.”

Hansel mengeluh panjang dan berputar sekali dengan kerusi kerjanya.

Cara Hansel beritahu Pengetua kedengaran terlalu yakin. Dia tak fikir pun kerjanya yang lain, Sebagai seorang pelajar, sebagai The Believers, menyiasat penjenayah Losing Heart itu dan juga menjaga dua wanita paling menyusahkan dalam hidupnya. Ivy dan Gretel.

Sekarang dia kena jaga Jack pula. Lelaki yang 4 tahun lebih tua dari dia.

Hansel ingatkan dia boleh buat secepat yang mungkin tapi, tup-tup, seminggu selepas itu dia diarahkan ke Etalean untuk berjumpa dengan Puteri Briar Rose dan suaminya tentang penemuan baru kes Losing Heart itu.

Sementara Hansel berada di luar kerajaan, dia tak boleh pantau Jack atau melindungi Ivy. Mengetahui lelaki bajingan itu sedang mengejar kawan rapatnya membuat Hansel tak dapat nak duduk diam.

Jadi Hansel hanya boleh berharap pada yang lain dan juga Pengetua Merlin untuk jaga Ivy sementera dia di Etalean.

Hansel mengeluh panjang sambil mengusap rambutnya kebelakang. Bila dia fikirkan balik, Hansel tidak menyangka lelaki yang dia anggap sebagai abang dahulu telah berubah lebih teruk dari apa yang Hansel jangka selama 10 tahun selepas Jack mengkhianatinya dengan kayu sakti Fairy Fauna.

Jauh didalam lubuk hati Hansel, dia percaya yang Jack seorang lelaki yang baik. Jack yang peramah dan murah hati, penyayang  pasti masih ada di dalam jasad yang berserba hitam itu. Cuma tertanam dengan segala keburukan yang dia telah buat selama ini.

Dia sememangnya berharap masih ada kebaikan didalam diri Jack.

>X<

“You useless Twat! Berapa lama lagi aku kena tunggu plan kau ni hah?!”

Jack yang baring diatas katilnya, dengan tangan sebagai bantal dan mata dipejamkan. Hanya telinga yang mendengar tetamu tidak diundang menengkik telolong sambil menghentak kaki didalam biliknya.

“Mana janji kau? I need that twerp heart right now! Kau kata kau akan dapatkannya untuk aku. Bila? Bila Jack?!”

“Shut up nenek sihir.” Marah Jack dengan tenang. Tanpa membuka matanya. “kau akan dapat hati adik putera bongkak tu bila kau dapatkannya okay? Bersabar sikit. Disebabkan kau memperbodohkan diri kau time Grand Finale sehingga Ivy tahu kewujudan kau, aku terpaksa cover balik semua tu. Kalau tak, dah lama hati Puteri Charlotte dalam genggaman kau.”

“You know I can’t wait that long—

“Then go steal some weakling’s heart!” balas Jack, kali ini nadanya kuat tanda dia tiada masa nak layan partner in crimenya. Juga, matanya masih tertutup. “Kau boleh hidup dalam seminggu dua and if you try to do funny business dibelakang aku lagi…. See if I try cover that one up again.”

Jack mendengar rakan sekerjanya itu berdengus seperti budak kecil. Suara-suara halus menyumpah serana tapi Jack tidak dapat nak dengarnya dengan jelas. Bukannya dia kesah pun kena maki oleh nenek sihir tu. Setelah itu, hentakan kaki kuat tanda partnernya fed up dan dia bergegas keluar bersama hentakan pintu yang sangat kuat sehingga dia rasa gegaran pada katilnya.

Jack membuka matanya dengan perlahan, memandang siling biliknya dengan ekspressi wajah yang tidak dapat dibaca. Matanya bercahaya terang seperti mana perasaannya membara. Mindanya bermain dengan pelbagai perkara yang tidak dapat terungkap tapi yang paling jelas ialah wajah seorang ahli sihir muda yang mempunyai rambut hitam panjang, wajah pucat licin seperti lilin dan senyuman indah terukir pada bibir nipisnya yang disembunyikan disebalik lipstic merah darah. Mata amerald. Mata Hijau yang bersinar bersama senyuman indah itu membuat hatinya rasa hangat. Hangat yang sangat selesa. Kehangatan yang dia sudah lama tidak rasa wujud didalam dirinya.

Dan wajah tegang itu pecah, menghasilkan senyuman halus di hujung bibir menunjukkan gigi taring yang menawan.

Ivy the Devil…. Ivy…. Ivy… Ivy….

Berapa banyak kali dia sebut nama perempuan itu dalam mindanya, Jack tetap tidak dapat nak terima nama ahli sihir itu.

Such a disgusting name….

Jack mengukirkan senyuman nakal namun senyuman itu berubah menjadi murung dan dia segera bangun dari katilnya.

Apa dia sedang buat ni? Fikirkan ahli sihir itu memang tak berbaloi. Dia hanya perlukan Ivy untuk hiburan sahaja. Hanya itu.

Ahli sihir Vicious itu tidak boleh menggantikan rasa kosong didalam dadanya. Satu perasaan yang sudah lama dia tidak rasa. Tiada siapa boleh mengganti tempat kosong didalam hatinya, tidak Jill, tidak Ivy the Devil.

“Lagipun, Ahli sihir tu akan mati.” Bisiknya pada diri sendiri sebelum tersenyum pahit. Perasaan sedih akan memori lama dan sinister terhadap Ahli sihir Vicious bercampur aduk.

Jack memejamkan mata dan kosongkan segala mindanya dari segala memori pahit dan hanya tumpukan perhatian pada ahli sihir kesayangan Putera George. Mengumpul segala perasaan buruk terhadap Ahli sihir itu dan tersenyum sinis.

Dia kembali membuka matanya, memandang keudara namun mindanya menggambarkan Ivy the Devil terlentar tidak bermaya diatas katil dengan badan berlumuran dengan darah. “Dia mesti mati.”

Kalau tidak, segala kerja kerasnya selama ini akan menjadi sia-sia.

>X<


(A/N: Nope, chapter ni tiada Ivy or Louis or the suspen of this lovely couple… hanya perbalahan antara Hansel dan Jack. But Hey! Kita dapat tahu Jack obsess nak Ivy mati!-wait, itu bad news.... Hahahahaha See you in the Next Chapter!!! *Hugs&kisses*)

1 comment:

  1. Salam kenal. Jemput singgah di blog saya. Follow me back. :)

    ctkhatijahdiana.blogspot.com

    ReplyDelete

Savior of Tales