Axerialeth: SOD -Closer-

(What if)

Angah buat Cerita pendek ini sekadar suka-suka. Chapter ni mengisahkan apa akan jadi jika Miracle kahwin dengan Raja Sylvianne dan tidak kembali ke Axerialeth. Apa jadi jika Miracle stay di Sylvianne. Apa jadi pada Axerialeth… dan Ex-CR. Sekali menceritakan bagaimana, Spring, LK54, K012 dan Miracle menjadi kawan.

P/S: As we all know, L.O.S.T has been in a sloooooooooooooow process sebab angah busy with project belambak100x tambah join society (Terpaksa for star points) and part time job (I'm always broke since my course eats my money instead me eating it lol) Anyways, the reason angah karang citer ni sebab dia dah lama bersarang kat draft and instead let it rotten till the end of time, Angah habiskan memandangkan idea for new chapter ditemui dijalan buntu (Need to think of a good plot) so yeah, here you go peeps!

Enjoy!!

>X<

Kehidupanku berubah sebaik sahaja seorang saintis yang menjagaku masuk ke dalam bilikku yang serbah putih dan kosong, hanya katil dan pintu untuk ke tandas.

“O-S, it’s time to see your brothers.” Katanya kepadaku. Aku hanya memandang wanita berkacamata itu tanpa memberi respon. Aku terfikir; ada lagi ke orang lain selain aku dalam bangunan ni? Adakah mereka seistimewa aku? Seperti mana saintis ini katakan? Mereka saudara aku?

Saintis itu menarik tangan O-S menyuruh dia bediri dengan lembut dan membawa dia keluar dari bilik itu dengan memegang tangannya.

Para saintis yang lalu memandang muka O-S dengan risau tapi tidak di tunjukkan pada wajah mereka. Muka O-S kelihatan sangat pucat, di sebabkan wajahnya yang sememangnya putih tidak pernah keluar dari tempat itu dan terkena matahari, susah nak lihat jika dia sakit atau tidak. Saintis di sebelah O-S di tugaskan untuk menjaga Experiment itu tidak mahu sebarang kemalangan berlaku kepadanya.

Mereka akhirnya tiba di depan pintu yang O-S tidak pernah ketahui berada dalam bangunan itu. Malah, lorong ke bilik itu juga baru baginya. Sebelumnya, hanya personal saintisnya sahaja yang membawa dia kemana dia perlu pergi. Kebilik makmal, kebiliknya, dan kebilik kurungan itu sahaja bilik yang dia pernah tahu sepanjang mana dia berada dalam bangunan tersebut. Lagipun, tidak pernah terlintas dalam mindanya dia nak menerokai bilik tersebut. Bilik makmal dan bilik kurungan telah bagi dia cukup mengajaran dan kesedaran untuk pergi kemana-mana. Dia takut ada lagi bilik lebih menyeksakan dari bilik dua tu.

Sekarang, dia takut bilik itu lebih menakutkan dari dua bilik yang dia selalu pergi. Dia menggenggam erat tangan saintis itu seperti minta semangat darinya walaupun dia tidak pernah dapat semangat itu dari wanita tersebut.

Saintis itu membuka pintu tersebut membenarkan cahaya terang keluar dari bilik tersebut menyilaukan mata O-S. Dia tidak menutup matanya, dia sudah biasa dengan cahaya tersebut. Matanya menyesuaikan diri pada keterangan bilik itu dan dia melihat dua orang budak lelaki yang sedang seronok bercerita di bilik yang bukan sahaja berwarna putih malah ada beberapa peralatan dan warna hijau yang dia tidak pernah ketahui selama ini.

Mereka buat apa tu? Mereka sedang berkomunikasi sesama sendiri seperti saintis selalu lakukan di luar bilik aku tapi kelihatan berlainan. Bibir mereka naik keatas dan juga ketawa. Apa yang mereka ceritakan sehingga buat wajah seperti itu?

Aku di bawa mendekati mereka dan kedua lelaki itu memandang kearahku dengan senyuman yang lebih lebar dari sebelumnya. That’s weird…

“Ini ialah Off-Spring.Experiment dari Health and Treatment CR department.” Kata Saintis itu menolak O-S kedepan dengan lembut. “Berbaik dengan adik kamu.” Katanya dan bergerak keluar sebaik sahaja ayat yang dia perlu katakana selesai.

Seorang lelaki berambut emas pucat panjang hingga bahu dengan mata hijau papermint yang berkilau, terdapat code K012 pada bawah matanya, wajahnya kelihatan seperti seorang perempuan tapi bajunya menandakan dia seorang experiment lelaki. Dia tersenyum manis kepada O-S dan menghulurkan tangan. “Hi Off-Spring! Code aku K012. Experiment Mental CR department.”

O-S memandang tangan experiment K012 untuk sementara waktu dan menyambutnya. Dia tersenyum kecil. “O-S.”

“O-S?” Soalnya dengan senyuman. “Woa! Bestnya kau ada nickname! Kalau lah department aku bagi aku nama comel cam tu jugak.”

Muka O-S menjadi merah bila namanya di kata comel. Itu kali pertama orang memujinya. “M-Mungkin sebab nama aku panjang sangat kot.. sebab tu mereka panggil O-S.”

Experiment lagi satu tertawa besar. Dia kelihatan lebih besar dari Experiment K012. Rambut sylver spiky dengan mata tajam warna emas. Code lelaki itu pula berada di lehernya. “Code aku ialah LK54. Physical CR department. Experiment termuda dan terkuat dalam department aku!” katanya dengan bangga membuat O-S tertawa kecil.

Aku tak tahu yang experiment lain kelihatan riang dan ceria macam ni. Kenapa department aku tak macam dorang? Oh, mungkin sebab kami berasingan kot? Atau hanya aku dalam department tu? Anyways, aku gembira jumpa mereka berdua. Banyak benda aku tahu dari mereka. Tentang benda hijau di dalam bilik ini di panggil tumbuhan Hijau, pokok, shrubs, grass, Flower… ia sangat cantik.

“Well, ini bunga palsu, ia takkan layu. Kalau bunga original, dah pasti ia mati kalau kita pijak ia.” Kata K012 memegang bunga yang masih melekat pada lantai. “Bunga original juga kau boleh petik tapi ini tak boleh. Hanya perhiasan.” Dia cuba memetik bunga tersebut tapi tak boleh.

O-S tertawa kecil. “Di mana nak dapat Bunga Original?”

“Di Dunia Fana.” LK54 turun dari pull upnya dari palang yang tinggi itu dan menepuk tangan. “Dunia yang Experiment seperti kita tak boleh pergi.” Katanya duduk bersama mereka. “Aku pernah terdengar dari saintis yang Dunia Fana tu penuh dengan banda hijau macam ni tapi ia merbahaya bagi kita untuk ke sana. Ia boleh bunuh kita dalam masa sekelip mata.”

K012 tertawa membuat LK54 menjeling kearahnya. “Kau ketawa apa hal? Kau tak percayakan aku ke?”

K012 menggeleng. “Tak, kau salah, mengikut pengetahuan aku. Dunia Fana ialah tempat yang paling indah dalam planet ni!” Dia terus menutup mulutnya dan memandang saintis yang lalu lalang di luar bilik kaca yang mereka duduk itu. “Shhh…. Mereka set dalam minda aku yang Dunia Fana ialah tempat terteruk tapi aku dapat Hack programme mereka dan aku dapat tahu yang Dunia Fana sangat cantik. Mereka hanya tunjukkan baagian buruk Dunia Fana itu sahaja.” Katanya dengan senyuman manis. “Terdapat 76% keindahan dalam Dunia Fana dari Keburukannya.”

“Jadi kenapa mereka panggil Dunia Fana?’ Soal O-S.

“Sebab untuk kita tidak keluar dari bangunan ini.” katanya masih lagi dengan senyuman yang segar di wajahnya. “Aku tak terfikir nak keluar dari tempat ni sebab kita tak tahu apa ada di dunia tersebut dan juga bagaimana ia berfungsi. Kita mungkin juga akan mati kalau kita tak tahu macam mana Dunia itu berfungsi. Macam LK54 katakan, kita mungkin boleh mata dalam sekelip mata kalau kita ke dunia tu.” K012 membuat signal pancung.

O-S terus memegang lehernya dengan wajah horror. “Aku taknak keluar. Aku taknak mati…”
LK54 mengusap kepala O-S sambil tertawa. “Don’t worry! Kami ada di sini untuk lindungi kau. We are brothers and sister right?” katanya membuat aku tersenyum gembira dan mengangguk setuju.

Tiga saintis masuk kedalam bilik dan mendekati kami.

“masa untuk berpisah.” Kata K012 bangun dan diekori oleh dua lagi Experiment. Dia perasan wajah murung O-S dan menyentuh tangannya. “Don’t worry, esok kita akan berjumpa lagi dan main. Okay?”

O-S tersenyum semula dan mengangguk. “Okay!” O-S mendongak memandang Saintis peribadinya dan melihat tangan terbuka saintis tersebut. Dia terus menyambutnya tanpa berfikir.

Saintis tersebut membawa O-S keluar dari bilik tersebut. Dia sempat memandang kebelakang melihat dua rakannya sedang bercakap dengan saintis mereka dengan serius. O-S tersenyum sendiri, mereka tersenyum hanya dengan dia sahaja. Itu buat dirinya istimewa. Sangat istimewa.

Ya, dunia aku yang suram dan monochrome menjadi lebih cerah dan berwarna apabila aku bertemu dengan K012 dan LK54. Hampir setiap hari kami akan main bersama dan meluahkan perasaan yang sakit selepas kami berada di bilik makmal. Cerita tentang keperitan suntikan yang kami terima setiap hari. itulah kewujudan kami, untuk jadi experiment kepada saintis. Aku tak pernah menginginkan apa-apa dalam hidup aku selain ingin terus hidup untuk hari esok tapi setelah berjumpa dengan mereka, aku ada tujuan yang baru. Aku selamat dari bilik makmal dan berjumpa dengan K012 dan LK54.

Aku akan bertahan untuk bertemu dan berseronok dengan mereka.

>X<

“235 experiment?” Soal O-S memandang K012. “100 kali ganda dari kita. Aku tak tahu Tuan Zeloid ada banyak experiment dalam bangunan ni?”

K012 mengangguk. “Aku pun tak tahu. Setelah mereka masukkan informasi tu kat kepala aku, aku sendiri terkejut.”

“Jadi… kenapa hanya kita bertiga sahaja kat sini? Mana lagi 252?” Soal LK54 memeluk tubuh tidak puas hati.

“Duh! Kita tiga ialah experiment kebanggaan Tuan Zeloid. Kita dah Berjaya menerima banyak jenis CR dalam badan kita dalam usia yang muda dari experiment yang lain.” Kata K012 bersimpul tangan seperti LK54. “kita ialah experiment Khas yang dibesarkan dalam bangunan ni dari bayi, jadi kita dah imun dengan CR. Yang lain pula dari peringkat pertengahan. Tak mustahil ada yang lain tak Berjaya dalam ujian mereka.”

O-S terdiam untuk seketika sebelum bersuara. “Apa jadi kepada mereka yang tak Berjaya?”

Kedua experiment lelaki ini memandang O-S. “Exterminated.”

Satu ayat itu cukup buat O-S terdiam. Di hapuskan?

Mereka telah bersama selama dua tahun dalam bilik itu dan baru sekarang O-S rasa takut dengan pengetahuan yang dia lelaki itu tahu lebih dari dia. Apa lagi mereka tahu tentang bangunan itu?Bermaksud, kalau O-S tidak Berjaya di dalam bilik makmal bermaksud dia akan di hapuskan?

O-S menggeleng. K012 dan LK54 ada untuk lindungi dia jadi mustahil untuk dia gagal dalam ujian tu. O-S tertarik pada seseorang di luar bilik kaca mereka itu dan segera menarik lengan baju LK54. “L-Lk54… Tuan Zeloid..”

Mereka berdua berpaling kearah lelaki bersuit hitam berdiri di sebalik dinding kaca tersenyum memandang kearah mereka. Senyuman yang buat bulu roma mereka remang satu badan.

“Apa Tuan Zeloid buat kat sini?” Soal LK54

“Untuk pantau kita apa lagi?” jawab K012 sama nada seperti LK54; berbisik.

Ini kali pertama mereka berjumpa dengan Tuan Zeloid secara real. Mereka dah di fahamkan siapa Tuan Zeloid melalui gambar dan penerangan tentang tuan mereka dan berdepan dengan lelaki itu secara real membuatkan mereka bertiga cuak.

K012 menyentuh bahu O-S dan tersenyum manis. “Jangan risau, selagi kami hidup, kau takkan tercedera.” Dan O-S mengangguk kecil.

Tuan Zeloid bersama dengan personal Assistantnya sedang melihat experiment terbaik mereka dengan bangga. “Bagaimana dengan perkembangan mereka?”

“Ujian kali ni lebih baik dari sebelumnya. Method ini sangat berkesan kepada mereka bertiga.”
Zeloid tersenyum sinis. “Kalau begitu teruskan dengan Experiment lagi satu.”

Ly memandang Zeloid. “Tapi ia berisiko tinggi untuk teruskannya Tuan. Bagaimana kalau kemalangan berlaku?”

“Jangan risau. Aku pasti ini akan Berjaya.”

Dan semenjak hari tu, Aku mula tak sedap hati dan kehidupanku berseorangan semakin berkembang dari sebelumnya desis hati O-S ketakutan.

>X<

“Hentikan! Hentikannya!” jerit seorang budak perempuan lapan tahun merayu untuk kesakitan yang mengalir dalam badannya untuk berhenti. Dia menjerit sekuat hatinya namun orang di sekelilingnya hanya mengendahkan perempuan itu dengan urusan mereka masing masing.  Bunyi denyutan nadi pada mesin berbunyi bersama jeritan si kecil itu.

“Denyutan Jantung naik 60%. CR O-S ke-32 mengalir sebanyak 78%.” Kata seorang saintis.

“Naikkan lagi tekanan CR.” Kata ketua saintis dalam bilik itu.

“Aaaaaaaahhh!!!”

Gelap…. Setelah dia menjerit hampir buat jantungnya keluar dari dadanya, O-S pitam dan tidak sedarkan diri. Apabila dia bangun dari tidurnya, dia perasan yang dia kembali di dalam biliknya.

Dia mula menjadi takut. Ujiannya kali ni lebih menyakitkan dari sebelumnya. Dia tak pernah rasa sesakit itu dalam seumur hidupnya. Adakah itu ciptaan terbaru CR?

“Baguslah kau dah bangun.”

O-S mendongak memandang saintis peribadinya masuk kedalam dengan satu fail dalam tangan.“Ujian lagi?”

Saintis itu mengangguk. “Masa untuk menguji kuasa tu. Jom.”

O-S mengangguk dan mengekori Saintis itu dari belakang. Lepas ujian ni, aku boleh jumpa K012 dan LK54… yes, aku tak sabar nak jumpa diorang.

Aku menjalankan Pengujian Kuasaku dengan mudah. Tidak sangka kali ini kuasa CR yang masuk dalam badan aku boleh mempercepatkan pemulihan tulang patah. Kasihan tikus tu di patahkan tulangnya, tapi aku dapat sembuhkan kakinya semula dan dia kembali berlari dengan laju. Mesti dia juga ketakutan macam aku… O-S menggeleng kecil. Aku tak patut fikir cam tu, K012 dan LK54 ada untuk lindungi aku. Aku kena yakin.

Dalam perjalanan aku nak ke bilik kami, aku terdengar satu jeritan tidak jauh dari tempat aku berjalan, jeritan kesakitan itu kedengaran semakin jelas setiap langkah yang aku ambil. Ini bukan laluan biasa yang aku ambil ke Bilik kami…

O-S memandang kearah cahaya silau yang menyinari laluan itu. Tingkap kaca yang datangnya suara kesakitan itu.

O-S memegang erat tangan saintisnya dengan mata tidak lepas dari tingkap kaca tersebut yang dia dekati. Sebaik sahaja dia lalu tingkap itu, dia lihat sesuatu yang lebih teruk dari apa yang dia pernah lalui selama ini. ia sangat teruk kerana terdapat banyak darah. Bilik tersebut berlumuran dengan darah seorang budak perempuan yang menjerit sekuat hatinya di tengah-tengah bilik itu, bersendirian tanpa seorang saintis menemaninya.

Sesuatu perkara yang tidak di jangka ialah perempuan itu berpaling memandang tepat kearah O-S dengan mata yang penuh dendam. Dia berlari kearah tingkap tersebut. Mengetuknya dengan kuat dengan darah mengalir pada cermin itu. Dia merenung tajam kearah O-S. renungan yang sangat menggerunkan.

O-S segera berpaling dan lajukan langkahnya. Dia tak tahu kenapa perempuan itu memandang O-S seperti itu dan dia tak nak tahu siapa perempuan itu. Apa yang dia nak ialah bersama dua lelaki yang memahami dirinya. Rakannya.

Sebaik sahaja dia tiba di bilik tersebut, dia perasan wajah kedua rakannya kelihatan pucat dan kurang bertenaga dari sebelumnya.

Wajah ceria K012 tidak lagi seriang semalam dan dia sepertinya termenung jauh ke udara. Entah apa yang dia fikirkan tapi ia buat O-S risau.

LK54 pula kelihatan sangat letih, wajahnya murung seperti dia nak bersendirian. Mungkin kalau O-S kacau dia tentu LK54 akan marah O-S. Dia menelan air liur tiga kali takut untuk menegur dua rakannya itu.

LK54 membuka matanya dengan perlahan bila dia dengar tapak kaki yang dia kenali dan mendongak memandang O-S yang berdiri di hadapan mereka. LK54 tersenyum kecil, terlihat di wajahnya yang dia sangat penat. “So, cam mana hari kau?”

O-S bermain-main dengan jarinya rasa bersalah pulak nak bersuara. Sepertinya dia mengganggu mereka. “Urrm.... I-Ini hari Ujian CR lebih sakit dari sebelumnya dan—”

“Kau pun?” K012 tersentak dari lamunannya bila dengar O-S bercakap pasa Ujiannya. Dia memandang kearah LK54. “Jadi tak syak lagi, Tuan Zeloid memang merancangkan sesuatu.”

LK54 mengeluh sangat penat nak marahkan diri. “masalah dia, mungkin aku tersalah dengar apa yang saintis tu bincangkan. Aku tak pernah dengar mana-mana department mula dari ‘M’ something.” Katanya memeluk tubuh.

“Korang ceritakan pasal apa?”

K012 menggeleng dengan senyuman kecil. “Tak, Kami syak yang ada seorang experiment yang juga dapat Ujian macam kita. Lebih teruk, jalani Ujian kita semua dari setiap department.”

Spring teringatkan perempuan misteri yang dia temui dalam perjalanan ke bilik tersebut. Dia tak kenal perempuan tu dan… Dia perasan yang perempuan tersebut mempunyai kod di bahu kirinya. “Kejap, Kod korang katakan bermula dari M ke? M apa?”

LK54 mengangguk. “Hmm-hm… Tak silap aku M—”

Pintu bilik tersebut terbuka menarik perhatian mereka bertiga, Mata Spring terbeliak bulat melihat siapa yang masuk kedalam bilik mereka bersama seorang saintis yang mereka juga tidak kenali.
Perempuan yang berlumuran darah tadi tu… desis hati Spring segera bersembunyi di belang LK54.
Wajah perempuan tersebut kelihatan sangat pucat dan terdapat kesan hitam di bawah matanya. Bibirnya kering kekurangan air dan matanya warna putih bulan menggambarkan penyeksaan yang dia pernah alami selama ini.

“kenapa ni O-S?” Soal K012 berbisik tanpa matanya tidak lepas dari perempuan yang menggerun di hadapan mereka itu.

“D-Dia perempuan tu.” Katanya tunduk memandang lantai takut bertemu mata dengan perempuan itu.

 “Semua, meet your new sister. M27.”

Mereka bertiga semua memandang perempuan tersebut dengan terkejut. Jadi betullah khabar angina yang mereka dengar. Experiment itu mengalami ujian yang lebih dasyat dari mereka.

>X<

Semenjak kedatangan M27 ke dalam bilik pertemuan, kami semua menjadi takut untuk pergi ke bilik tersebut untuk bertemu dengan yang lain. Terutamanya saudari baru kami, M27. Dia sangat berbeza dari kami,dia seperti tiada perasaan langsung.

Hari pertama dia bersama kami, K012 cuba menyapanya tapi perempuan itu merenung tajam kearah K012. Perempuan itu menggunakan kuasanya dengan mudah, mencekik K012 sehingga dia terangkat ke udara. LK54 segera membantu K012 dengan menutup mata M27 tapi tidak Berjaya kerana M37 sangat kuat untuk melawan LK54 walaupun badannya dua kali lebih kecil dari LK54.

Nasib baik saintis segera masuk ke menyelamatkan K012 dengan memberi renjatan elektrik keatas M27. Sepanjang hari M27 pitam di penjuru bilik jauh dari kami dan K012 di bawa keluar untuk rawatan kecemasan. K012 mempunyai badan yang lemah, nasib baik dia tak apa-apa dan kembali bersama kami keesokan harinya.

Ini hari genap tiga minggu kami kenal M27 namun kami tidak tahu satu pun tentang perempuan itu kecuali, dia seorang Core Experiment pertama CR dan satu-satunya Core Experiment yang wujud. Saintis juga kata yang M27 umpama anak kepada Tuan Zeloid kerana kejayaannya yang boleh mengadaptasikan semua Liquid CR dalam badannya.

Oh dan di sebabkan tindakan agresif M27 keatas kami, dia di pakaikan sejenis collar pada lehernya yang menghalang dia untuk menggunakan kuasa CR. Sekarang, dia hanya duduk di hujung bilik sambil termenung keluar memandang setiap saintis lalu tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Kekadang dia juga menjeling kearah kami seperti dia nak makan kami tapi dia segera berpaling dengan desiran tidak puas hati.

Aku ada satu persoalan. Dia ada penyakit mental ke?

Yang aku tak habis fikir ialah K012. Dah tahu dia hampir kena bunuh oleh M27 kenapa dia nak dekatkan diri dengan M27 lagi? Berminggu dia cuba beramah mesra dengan M27 tapi kesemua kebaikannya di tepis bagai sampah. Tapi….haisssshh…. k012 tetap tersenyum dengan semangat yang tak pernah pudar. Dia tahu M27 seorang yang baik….

“Give up K012…. budak tu tiada hati. Entah bahagian mana kau nampak dia ni baik. Aku tak nampak pun dia tu ada kebaikan dalam dirinya. All I see is a monster.” Kata LK54.

K012 menggeleng menafikannya. “I just know it dan ini hari, aku pasti akan buat dia buka hati kat kita.” Katanya dengan senyuman gembira.

O-S menjungkit kening. “Apa dia?”

“Ta-daa!” K012 tunjukkan sejambak bunga tulip putih bersama baby breath kepada mereka semua membuat dua experiment itu terkejut.

“Ini bunga original. Aku rayu kat saintis untuk petikkan bunga ni untuk hadiahkan untuk M27.” Katanya dengan gembira. “Kalau dia tak terima bunga ni, aku tak tahu nak buat apa lagi.”

“Hmm… kalau M27 tak terima boleh aku ambil?” Soal O-S. dia tak pernah lihat bunga asli dalam hidupnya dan dah tentu dia inginkan satu.

K012 mengangguk. “Of Course!”

Pintu bilik itu terbuka menandakan masa untuk M27 meluangkan masa bersama mereka. “Be nice to your brother and sister okay?”

M27 memandang Tiga experiment itu dan berdecis tanda jijik dengan gelaran ‘brother and sister’. Jelingan M27 membuat bulu roma mereka remang satu badan.

K012 terus bagi bunga tersebut kepada LK54. “kau bagi dia.”

“A-Apa—Hey! Bukan kau ke yang beria sangat nak bagi Dia?” LK54 bagi balik bunga tersebut kepada tuan yang asal. “kau lah yang bagi!”

K012 menggeleng laju. “N-no… bad mood dia lagi power dari semalam. Kang dia telan aku hidup-hidup!”

Mereka berdua mula bergaduh tolak-menolak bunga sambil memaksa sesama sendiri siapa yang patut bagi bunga tersebut. O-S hanya memandang mereka yang hampir nak hancurkan bunga tersebut.

“That’s it!” O-S mengambil bunga tersebut dari tangan mereka dan berikan kepada K012. “Kau lah yang bagi!” O-S menolak K012 berdepan dengan M27.

K012 menelan air liur tiga kali memandang wajah M27. Dia sempat berpaling melihat dua rakannya yang menggalakkan dia untuk bagi bunga itu kepada harimau yang akan NGAP K012 pada bila-bila masa sahaja.

“Urrm… Nah..” K012 berikan bunga tersebut dengan tangan yang menggeletar. “S-Sebelum kau tolak bunga ni..” K012 segera bersuara bila tangan M27 mula bergerak. “I-ini bunga asli dari Dunia Fana…. At least, terima pemberian kami sekali ni je.”

M27 menyentuh kelopak bunga tulip tersebut dengan lembut. K012 tersenyum kecil bila dia lihat wajah M27 menjadi lembut. “It’s pretty..”

O-S dan Lk54 mendekati mereka berdua agak terkejut mendengar M27 bersuara. “I know right!” OS segera menutup mulutnya bila dia rasa dia ganggu situasi mendapat kepercayaan M27.

M27 mengangguk kecil, mengambil bunga itu. “Yeah… ia lebih cantik dari apa yang aku bayangkan. Di mana kau dapat?” soal M27 memandang K012 dengan senyuman kecil.

K012 tergamam, dia tak pernah tahu M27 nampak comel bila dia tersenyum. Terdapat serbuk merah muncul di pipi K012. “Errr… Aku rayu kat Saintis untuk petikkan untuk kau and yeah… cam tu lah. You like it?”

“Thanks… I love it.” Dia mengambil sekuntum bunga tulip dari sejambak bunga itu dan letak pada rambut O-S.

O-S tersenyum gembira mendapat bunga dari M27. “Thanks.”

M27 tersenyum kecil. “You know… aku tak suka bila mereka kata kita bersaudara.” Katanya membuat senyuman mereka pudar. “tapi aku sebenarnya cemburukan korang semua.”

“Kenapa? Bukannya kita semuanya sama ke? Experiment yang di besarkan di sini dan imun dengan CR.” Kata LK54. “Apa yang nak di cemburukan?”

M27 memandang ke suatu arah dengan keluhan sebelum bersuara. “Aku lahir di makmal ni. Bukan di bawah dari luar.”

Dari sini, aku baru tahu kenapa wujudnya Experiment sulit bernama M27 dan kenapa dia kelihatan seperti patung hidup sepanjang masa. Dia di lahirkan di dalam sebuah tube. Katanya, M27 ialah patung eksperimen pertama mereka lahir di dalam tube yang menghirup 100% udara CR dari lahir.
M27 pernah kata yang mungkin suatu hari nanti dia akan di buang bila dia dah tak tahan dengan Ujian-ujian CR yang dia dapat setiap hari. lagipun, dia di wujudkan untuk CR, dia hidup untuk Tuan Zeloid, dia mati juga untuk Tuan Zeloid. Dia tak boleh berharap lebih untuk menjadi seperti experiment lain.

Hubungan kami semakin erat dari sebelumnya dan kami umpama air yang tidak boleh di putuskan. Kami sentiasa bersama dan mula buat hal di Base CR bila umurku mencecah 14 tahun, M27 dan K012 16 tahun, dan LK54 18 tahun.

K012.. sedia? Soal M27 melalui telepati, dia sedang bersembunyi di sebalik simpang lorong mengintai para saintis sedang bertengkar sesame sendiri kerana experiment penting mereka hilang.

Tunggu signal je Boss. Balas K012.

Perfect…. Tiga… dua… satu lari!

Dengar signal M27, keempat-empat experiment ini keluar dari tempat persembunyiannya dan lari melalui saintis yang cemas itu sengaja supaya mereka mengejar mereka.

M27 tertawa riang bila tiga saintisnya mengejar sambil menjerit namanya di belakang. “Catch me if you can!”

LK54 juga berlari terlihat butang kecemasan dan tersenyum nakal. Dia menekan butang itu memecahkan ketenangan dalam Base CR membuat semua orang cemas mendengar siren kecemasan berdering. “Haha! This is going to be fun!!”

K012 yang berlari anak dengan riang tidak ada satu saintis pun yang mengejarnya. Dua saintis berlari lalu K012 membuat experiment ini tertawa kecil. Dia sekarang dalam keadaan halimunan dah tentu tiada siapa yang perasan dia. “Hmm…. Apa jadi kalau…” Dia mendepakan tangannya kearah dua saintis itu dan menarik udara. Collar jaket saintis itu tertarik secara tiba-tiba membuat mereka jatuh terduduk di lantai. K012 tertawa kecil. “kena cari Off Spring.” Dia bergerak menumbusi dinding.

Alright everyone, jumpa di bilik kita okay?”

Roger that!

Aye-Aye captain!

Okay-dokey! Balas O-S melihat saintis peribadinya bercekak pinggang di depannya. O-S tersenyum nakal. “Make way!” Dia mengguna kuasanya untuk menghasilkan serbuk tidur di tangannya dan meniupnya di muka saintis tersebut. “Sorry..” dia tersengih-sengih dan berlari ke destinasi mereka.

Sebaik sahaja Spring tiba di bilik mereka, M27 telah pun berada di bilik tersebut, tergantung kepala di tanah dan kaki di udara, berpaut pada palang exersice LK54.

“Sloooooooooowwww Poke!” usik M27 dengan senyuman nakal terpapar pada wajahnya. M27 mendepakan tangannya kearah O-S dan experiment paling muda itu mencapai tangan tersebut dan bergayut padanya.

“Jangan jatuhkan aku!” sahutnya dengan tawa bila M27 membuainya kedepan dan kebelakang. Di sebabkan M27 adaptasikan semua CR dari setiap department, dia juga kuat seperti LK54 dan kemungkinan lebih kuat dari lelaki berbadan sasa itu.

“Don’t worry, aku takkan biarkan apa-apa terjadi kat kau.”

O-S tertawa besar. “Tapi kau tetap main tipu!”

M27 juga tertawa. “Kau patut cakap tu kat K012. Dia boleh lalu dinding.” M27 memandang ke satu arah dan mengangkat dagunya tanda ada kehadiran di penjuru bilik tersebut.

K012 muncul dari halumannya sambil tertawa. “Macam mana kau tahu aku ada di sini?”

M27 Melepaskan O-S dan membuat putaran 260 darjah sebelum mendarat atas rumput palsu itu dengan sempurna. Dia memandang K012 dengan senyuman nakal. “Aku dapat rasa aura kau menyentuh aura aku.”

“Aura?”

Mereka bertiga berpaling kearah pintu yang terbuka dan saudara terakhir mereka masuk dengan senyuman.

“Kau lambat K54.” Tegur K012 tapi tetap tersenyum.

K54 mengangkat bahu buat muka innocent. “A little delay.”

Mereka bertiga berkumpul di tengah-tengah bilik tersebut seperti ia satu habit setiap kali mereka berada di bilik tersebut. Duduk secara bulatan dan menceritakan hari-hari mereka yang menyesakan.

“Aura. Korang boleh rasa kan kehadiran kita masing-masing. Bila kita guna kuasa CR, kita tahu siapa tuan kuasa tu kan?” Mereka mengangguk kepada soalan M27. Setiap kali mereka nak kenakan rakan mereka gunakan kuasa mereka, pasti mereka dapat cam siapa dalang si pengena itu.

“Itu ialah Aura. Kuasa CR mengeluarkan Vibe di sekeliling kita membuat CR lain boleh tahu milik siapa Kuasa CR itu.” M27 melihat wajah rakannya yang buntu dan tersenyum. “For example.” Dia menarik nafas dalam dan cuba mengguna sedikit dari kuasanya untuk menghasilkan sedikit vibe disekelilinginya. “Korang dapat rasa tu tak?”

O-S merasakan sesuatu yang sejuk membuat bulu roma lengannya meremang dan juga hatinya rasa sedikit teruja secara tiba-tiba. “Adakah…. Itu Aura kau?” Melihat LK54 dan K012, mereka juga tersenyum tanda mereka dapat rasakan kuasa M27.

M27 mengangguk. “Kalau korang focus kat kuasa aku, korang boleh lihat warna Aura aku.”
Mereka bertiga saling berpandangan dengan wajah teruja. Mereka tak tahu kuasa mereka mempunyai warna!

O-S menutup matanya dan focus hanya pada kuasa M27 di dalam bilik tersebut, melupakan rumput hijau, bilik putih dan saintis yang lalu lalang di sebalik tingkap bilik tersebut.

Itu dia.

Aura berwarna putih mengelilinginya. Dia membuka mata dengan perlahan dan melihat aura halus berwarna putih mengelilingi bilik tersebut. Dia tersenyum lebar. “Oh my… Ini kuasa kau?” soalnya melihat Aura M27 menari-nari mengelilingi bilik tersebut. O-S sekali lagi terkejut bila dia lihat Aura berwarna hijau Papermint menari di sekelilingnya membuat rambutnya terangkat.

O-S tertawa. “K012!” sahutnya memandang experiment Mental department itu.

K012 mengangkat bahu dengan senyuman. “Aku baru tahu setiap experiment ada warna aura tersendiri.”

O-S merasakan satu lagi Aura wujud dan memandang kearah LK54. “Oh my Aura kau warna emas…”

LK54 mengenyit mata. “I know. This is exciting!”

O-S memandang kedua tangannya. Macam mana dengan Auranya? Warna apa Auranya akan buat? O-S mengangkat tangannya ke udara mengeluarkan kuasanya dari tangan ke udara mengeluarkan aura berwarna rosey Pink dan bersatu menari dengan aura saudara dan saudarinya. “Woaaah!”

Dia mula berputar-putar mengeluarkan Aura sebanyak yang dia inginkan menari dan bersatu dengan aura tiga rakannya. Melihat ke empat-empat aura tersebut mengelilingi dan mewarnai bilik yang suram itu menjadikan ia kelihan lebih menggembirakan dan penuh dengan fantasi.

Tanpa mereka sedari Tuan Zeloid memandang keempat-empat experiment cemerlangnya dengan senyuman yang berpuas hati. “Kau tahu ke tentang ni?”

P.Anya menggeleng kecil, juga tergamam melihat aura yang berwarna-warni yang mereka keluarkan. “Saya ingatkan ia hanya teori para saintis yang buat. Nampaknya….”

“Kuasa mereka lebih hebat dari aku jangkakan.” Kata Tuan Zeloid, senyumannya makin lebar. “Sedia CR mobile. Aku rasa mereka dah bersedia. Bawa mereka ke CR building di tengah Bandar.”

P.Anya berpaling kearah majikannya. Agak terkejut. “T-Tapi tuan.. mereka tak bersedia lagi keluar ke—”

“Jangan risau. selagi mereka bersama, selagi tu mereka tak terfikir untuk keluar dari CR.” potong Tuan Zeloid dan bergerak pergi. “Aku pasti Maya akan kembali.”

Kembali ke bilik khas itu, M27 yang mempunyai pendengaran 5x ganda lebih hebat dari manusia biasa dapat dengar perbualan Tuan Zeloid dan P.Anya. Senyumannya telah hilang sebaik sahaja lelaki itu datang dan mendengar perbualan mereka.

Maya akan kembali.

Aku takkan benarkan kau desis hati M27 memegang erat kedua penumbuknya sehingga menjadi pucat. Tanpa dia sedari menebalkan lagi auranya.

“M27… kau okay ke?” O-S perasan perubahan Aura M27 dan segera memandang M27.

M27 memandang ketiga-tiga rakannya dan menggeleng dengan senyuman kecil. Wajahn marahnya hilang dengan serta merta. “Nothing. Aku Cuma terfikirkan sesuatu.”

Masa itu ialah masa yang sangat menyeronokkan, bersama K012, LK54 dan M27 hanya di dalam bilik khas, melepaskan stress setelah menjalani eksperiment yang menyakitkan.

Aku tak pernah jangka, pada masa itu, kami semua akan berpindah ke Bangunan CR di tengah Bandar di Dunia Fana dan juga berpisah ke department masing-masing. Jarang berjumpa kerana jadual experiment kami makin ketat dari sebelumnya. Kalau tak pun terlalu penat untuk berjumpa dengan mereka.

AKu juga tak jangka yang punca kami di bawa di sana ialah untuk di hapuskan. Bukan kerana kami gagal menjalani experiment. Ia kerana kewujudan sebenar kami ialah untuk kembalikan Maya. Anak Tuan Zeloid. Aku, K012 dan LK54 adalah tiga bahan utama untuk menghasilkan memori Maya semula dan masukkan ke otak M27.

Kami telah dipergunakan. Dua kali.

Tidak juga pernah terlintas dalam fikiran aku yang M27 akan melarikan diri dari Bangunan CR untuk menyelamatkan nyawa kami. Dia fikir kalau dia hilang, kami takkan di hapuskan. Akan teruskan hidup sehingga M27 ditemui. DI bawa semula ke Base CR untuk keselamatan.

Perkara yang aku takkan jangka ialah…

Aku akan kehilangan kesemua rakan-rakan aku.

K012. Dia mati menyelamatkan M27 melarikan diri sekali lagi.

LK54. Mati sebab Tuan Zeloid Corrupt mindanya membuat M27 terpaksa bunuh dia.

Dan sekarang…

M27… NightBlue… Miracle…

Melihat kerandanya di turunkan ke lubang sedalam 10 kaki bersama bunga tulip putih dan baby breath di atas keranda tersebut.

Semua orang menghadiri pengebumian Permaisuri Sylvianne pada petang ini. Ia merupakan berita terburuk pernah berlaku di kerajaan kecil ini. Permaisuri tercinta mereka telah meninggalkan mereka, meninggalkan raja dan juga… meninggalkan Spring buat selama-lamanya.

Axerialeth dapat tahu yang Permaisuri Sylvianne jatuh sakit beberapa hari yang lalu semasa mereka dalam misi menyelamat mereka. Masa itu, mereka berada di sebalik dunia. Ia memakan masa 4 hari untuk tiba ke Sylvianne menggunakan Supersonic.

Setiba sahaja mereka di Sylvianne, Miracle tidak lagi bernafas dan berada di Throne Room, baring di dalam kerandanya kelihatan tenang. Pucat tapi tenang.

Kesemua anak kapal Axerialeth jatuh berlutut kerana terlambat berjumpa dengan Miracle untuk kali terakhir. Mendengar suaranya dan meminta maaf kepada Miracle atas segala kesalahan mereka.

Raja Sylvianne, Raja Elleson beritahu mereka yang Miracle telah menulis sepucuk surat untuk setiap satu dari mereka. Dan hanya mereka sahaja yang boleh membacanya.

Bila mendapat surat tersebut, orang yang paling breakdown ialah Rick. Dia menangis di depan keranda Miracle sambil berbisik Miracle tak patut maafkan dia. Ini semua salah dia. berulang-ulang kali selama berjam-jam lamanya. Sehingga Ben dan Nuez membawa dia keluar dari bilik tersebut.
Isi kandungan dalam surat Spring mempunyai 3 helai kertas. Ia tentang niat sebenar Miracle mengapa dia melarikan diri dari bangunan CR untuk menyelamatkan nyawa mereka. Mengapa dia tinggalkan Rick dan serahkan dirinya kepada Tuan Zeloid semula, kerana dia taknak Axerialeth terbunuh dan Tuan Zeloid mengancam Miracle untuk seksa O-S, LK54 dan K012 jika dia tak kembali ke CR Base. Mengapa dia melarikan diri sekali lagi, kerana Tuan Zeloid menipunya tentang menyeksa mereka dan ingin membebaskan mereka dan juga experiment yang lain tanpa pertolongan Axerialeth. Mengapa dia kahwin dengan Raja Sylvianne. Untuk dapatkan perlindungan dan pertolongan untuk mereka mangsa Experiment setelah mereka di selamatkan dari genggaman Tuan Zeloid.

Perkara yang Spring tak dapat terima ialah, setelah segala pengorbanannya, melepaskan kebahagiaannya, Dia tetap minta maaf dekat Spring dan ingin Spring bahagia. Meminta maaf atas semua perkara yang berlaku keatas Spring. Sepatutnya Spring yang minta maaf kepada Miracle. Dia telah mengambil kebahagiaan Miracle. Axerialeth miracle. tempat Miracle. Cinta Miracle…. Rick.

Dia telah merampas kesemuanya dari Miracle walaupun Miracle dah cukup korbankan segalanya untuk mereka. Kalaulah Spring tahu tentang ni. Dia takkan sesekali dekati Rick. Dia takkan marah Miracle. Namun….

Ia dah terlambat.

Miracle sekarang tiada lagi di dalam dunia Fana itu. Dia telah meninggalkan Spring seperti mana dua saudaranya, LK54 dan K012.

Spring menahan air matanya dari mengalir. Yang mengugut untuk jatuh dari kelopak matanya. Kata-kata tiga rakannya masih segar dalam ingatkannya. Ayat yang Spring rasa dia tak berhak dapat.

“Don’t worry, aku takkan biarkan apa-apa terjadi kat kau.” Sahut Miracle dengan tawa.

Don’t worry! Kami ada di sini untuk lindungi kau. We are brothers and sister right?” Kata LK54 bersama senyuman lebar yang menggembirakan.

K012 menyentuh bahu O-S dan tersenyum manis. “Jangan risau, selagi kami hidup, kau takkan tercedera.”

Mereka sentiasa lindungi Spring. Sentiasa dari dahulu sehingga sekarang. Spring baru tahu yang segala pengorbanan mereka bukan untuk diri mereka. Bukan untuk bebaskan diri mereka dan experiment lain. Tapi untuk Spring. Untuk kehendak Spring. Untuk masa Depan Spring.

Spring yang nak bebas dari seksaan CR. Spring yang nak bebas ke dunia Fana. Spring nakkan Experiment CR juga di bebaskan. Spring nakkan Rick. Spring nak Axerialeth. Spring… Spring…. Spring…

Semua kehendak Spring di tunaikan. Sehingga mereka bertiga terkorban untuk tunaikan setiap niat Spring.

Sebak di dalam dadanya akhirnya di lepaskan ke tangisan yang mengalir turun dengan deras. Dia menutup mulutnya dan memeluk Rick yang sentiasa berada di sebelah Spring. Mengusap belakang Spring, tenangkan wanita itu.

Sekarang, Miracle telah di tanam sepenuhnya di dalam tanah dan kata-kata Raja Sylvianne sebagai penutup Pengebumian itu. Kematian Miracle ialah kerana ingin menyelamatkan bekas Experiment CR dengan mewakilkan dirinya sebagai bahan uji kaji kepada Kapital untuk membuktikan mangsa Experiment itu tidak merbahaya kepada Kerajaan Sylvianne dan juga Negara lain. Di sebabkan Miracle Core Experiment, experiment terkuat CR, jika dia dibuktikan tidak membawa ancaman kepada Negara dan tanah lain, bermaksud, experiment CR lain juga tidak membawa ancaman. Namun, proses membuktikan kebenaran telah memakan badan Miracle sehingga dia jatuh sakit dan sakitnya tidak dapat disumbuh oleh mana-mana ubat. Setelah dia di sahkan tidak merbahaya, kesihatannya makin merosot setiap hari. ironiknya, tiada siapa tahu tentang penyakit Miracle sehingga lah ia menjadi teruk. Semasa Permaisuri Sylvianne ini nazak baru lah Raja Elleson tahu isterinya sebenarnya mendapat penyakit kronik. Bukan lah deman atau selsema. Tak lama kemudian, Miracle menghembuskan nafas terakhirnya di taman kegemarannya yang memandang kearah kota Sylvianne sambil memegang tangan Suaminya dengan ayat terakhir… ‘Maafkan aku sebab tak pernah buat kau bahagia El. Aku isteri terteruk seorang Raja pernah ada.’ Bisiknya dengan tawa sebelum menutup mata buat selamanya.

“Jom Spring. Semua orang dah beredar pergi.” Bisik Rick pada telinga Spring yang tak berganjak dari menangis pada bahunya.

Spring menggeleng kecil. Melepaskan pelukan Rick. “Korang pergi dulu. Aku nak berdiri kat sini lama sikit.”

Rick memandang Spring tepat pada wajahnya untuk seketika sebelum mengangguk perlahan. “Baiklah. Aku bersama Raja El okay?”

Spring hanya mengangguk dan melihat Rick berjalan kearah Raja Elleson yang berada tidak jauh dari tempat mereka, seperti Raja Elleson menunggu Rick. melihat Rick menepuk belakang Raja Elleson sepertinya dia sedang memberi sedikit semangat kepada Raja Elleson untuk tabah.

Spring dapat dengar ayat yang keluar dari mulut Raja Elleson sebelum mereka berdua pergi lebih jauh dari Spring. “Dia tak pernah jadi isteri dan permaisuri yang tak sempurna bagi aku Rick.”

Spring memandang batu nisan Miracle dengan lama. Memikir kenapa nasib Miracle berakhir seperti ini. Dia berhak mendapat masa depan yang lebih baik dari ini. Bukan berakhir dengan batu nisan. Tak. tak sekali.

Pandangan Spring bertukar kepada seorang lelaki muda berbaju serba hitam(bukan suit tapi jaket leather hitam yang panjang paras lutut) bergerak pergi dari tanah perkuburan itu. Spring kenal lelaki itu. Dia Personal Assistant mangkat permaisuri Sylvianne. Juga Experiment CR.

“K—Kevin!” Spring sahut nama lelaki itu membuat si pemilik nama berpaling memandang Spring.

“Oh… O-S.” dia bersuara bila Spring berada di depannya. “Dah lama tak jumpa kau.”

Spring menangguk kecil. Mengelap air matanya yang masih mengalir dari matanya. “K-Kau tahu tentang penyakit Miracle kan?”

Bekas P.A ini mengangguk. “Dia suruh aku rahsiakannya. Nak tak nak aku terpaksa.”
Spring hanya terdiam. Dah tentu. Arahan permaisuri kena akur. Tak boleh di bantah. “K-Kau terima Miracle w-walaupun d-d-dia clon Maya..”

Kevin juga terdiam untuk sementara waktu, memandang tanah yang dia pijak sebelum menendang batu yang berada di sebelah kasutnya. “Ya. Dia satu-satunya keluarga aku yang tinggal selepas Pakcik Zeloid mati. First aku tak terima Miracle langsung tapi…. Heh, she’s all I got left.” Suara Kevin pecah pada ayat terakhir. Dia segera berdehem cuba cover balik suaranya.

Spring rasa kasihan dengan Kevin. Dia juga menimpah nasib malang. Dia merupakan sepupu kepada Maya, anak kepada Tuan Zeloid yang mati kerana bara otak. Di sebabkan Tuan Zeloid tak terima kematian satu-satunya anak kesayangannya. Dia cuba cari cara untuk hidupkan anaknya semula. Dengan penemuan batu CR, dia dapat sedikit harapan dan Kevin orang pertama jadi bahan experiment. Tuan Zeloid mempergunakan Kevin untuk cari cara hidupkan Maya. Setelah itu dia cari orang lagi kerana Kevin masih semasa tu masih kecil dan parent Kevin tak benarkan Kevin jumpa pakciknya lagi. tapi setelah parent Kevin meninggal dunia, Kevin tiada tempat dari tinggal dengan Tuan Zeloid dan dari situ dia ketahui tentang M27. Pada mula dia benci Miracle tapi akhirnya dia dapat terima M27 setelah M27 selamatkan mereka semua dari CR base.

“So, apa kau nak buat sekarang?” Soal Spring. Dia tahu dia tak patut tanya tapi hatinya berkeras nak tahu apa akan jadi setelah Kevin kehilangan semua keluarganya.

“Keluar dari Sylvianne.” Jawab Kevin sambil termenung jauh. “Aku tak boleh tinggal sini. Kenangan aku dan Miracle main di istana masih segar dalam ingatan aku. Aku perlu melarikan diri dari tempat ni cepat sebelum dia start menghantui aku.” Kevin tertawa sedekah dan memandang Spring semula. “Jangan bagi aku pandangan tu Off-Spring.”

Spring tersenyum sambil menggeleng. “Maaf. Kau akan kembali ke?”

Kevin menggeleng. “Tak. aku akan mengembara. Miracle selalu kata dia nak sangat mengembara satu dunia. Tapi tak dapat sebab dia ada tanggungjawab di sini.” Kevin menarik nafas dalam dan menghembus panjang. “Nampaknya tanggungjawabnya dah selesai. Rakyat CR dah selamat. Amanah K012, LK54…. Kau.” Kevin tersenyum halus kepada Spring. “Aku tahu tentang tu Spring. Jangan rasa bersalah. Kau ialah adik Miracle dan dia nak kau bahagia. Seperti mana K012 dan LK54 nakkan kau bahagia. So, live your life. Make no regrets. Just like Miracle.”

Spring terdiam untuk seketika sebelum mengangguk dengan senyuman kecil. “Baiklah Kev. I will.”

“Good. Bye Spring.” Kevin meramas rambut Spring sebelum berputar pergi ke kereta yang menunggunya di luar perkarangan tanah perkuburan itu.

“Oh—Kev! Aku akan jumpa kau lagi ke?!” sahut Spring kepada Kevin yang dah jauh darinya.

Kevin melambai kepada Spring tanpa memandangnya. “I’ll see you when I see you!” dengar dari nada Kevin, Spring tahu dia sedang tersenyum dan ia buat Spring juga tersenyum.

“Bye K-E715” Bisik Spring sambil melambai kecil. Matanya mengekor Kevin memanjat pintu pagar tanah perkuburan itu dan melompat masuk ke dalam kereta hitam yang parking di tepi jalan, depan pagar tersebut. Terdapat seseorang duduk di tempat duduk pemandu dalam kereta itu. Spring tak dapat agak jika pemandu itu perempuan atau lelaki.

Dah tentu Kevin perlukan seseorang temankan dia mengembara. Dia baru sahaja kehilangan orangyang dia sayang. Tentu on one day dia akan menangis dan perlukan seseorang rapat dengannya berada di sisinya untuk temankan dia.

“Spring?”

Spring toleh ke belakang, Rick berdiri tidak jauh darinya dengan kedua tangan di dalam seluar, hidung dan mata merah dari menangis. (dah tentu menangis dengan Raja Ellen) dan senyuman kecil terukir di hujung bibirnya.

Rick menghulurkan tangan. “Jom pergi. Mereka yang lain sedang menunggu kita.”

Spring memandang tangan Rick untuk seketika dan berfikir. Sepatutnya Miracle yang sambut tangan tersebut. Bukan dia.

Spring kembali memandang Rick dan tersenyum tawar. Dia mencapai tangan Rick dengan tangan yang menggeletar. “Rick…. It’s all my fault.” Bisiknya dengan nada yang sama menggeletar dengan tangannya.

Rick segera memeluk Spring sambil mengusap rambutnya dengan lembut. “It’s all our fault Spring. Bukan kau sahaja. Kita semua.” Dia memegang kedua pipi Spring dan mengusap air mata Spring yang jatuh dengan ibu jarinya. “So, kita akan tebus kesalahan kita dekat Miracle dengan tunaikan niat dia pula okay?” Spring memandang wajah Rick tidak faham apa yang Rick maksudkan. “Kita kena bahagia untuk Miracle. okay? kau boleh kan?”

Spring rasa air matanya kembali mengugut dan mengangguk. “Mmhmm..”

Rick tersenyum kecil dan mengucup dahi Spring.. “Good Girl. Now, lets go. Mereka dah tunggu kita.”

Spring hanya boleh mengangguk kerana dia dah tiada suara untuk bercakap. Dan biarkan Rick pimpin dia keluar dari perkarangan tanah perkuburan itu ke kereta yang tersedia untuk mereka dan kembali ke tempat asal mereka. Kapal kargo buruk mereka.

Kapal yang penuh Impian.

Harapan.

Dan Kenangan.

Axerialeth. Bisik satu suara halus di dalam udara dengan tenang dan tawa kecil yang merdu bersama aura putih berkerlipan, menari-nari di bawa pergi oleh angin bayu.


.


.


Sementara itu, jauh dari tanah Kerajaan Sylvianne, didalam sebuah kereta hitam roofless yang meluncur laju di atas jalan raya; dua penumpang di dalam kereta tersebut berdiam diri menikmati kebebasan mereka dari tanggungjawab di kota Sylvianne dan meneruskan hidup mereka yang baru di dunia luas itu. Mengembara dan menerokai. Memenuhi sisa kehidupan mereka dengan impian mereka sendiri.

Kevin, bekas P.A mangkat Permaisuri Sylvianne duduk di kerusi penumpang depan dengan tangan di depakan keluar kereta. Merasakan Angin sejuk membelai tangannya dan pemandangan laut di tepinya bersama matahari petang berada di horizon dunia.

Dia memutar kepalanya memandang pemandunya dan tersenyum kecil. Pemandunya tidak memberi sebarang riaksi muka di sebalik kaca mata hitamnya dan di dalam jaket berhoodie. “Hey Maya…”
Pemandunya memandang Kevin untuk seketika, mendongakkan dagunya menyuruh Kevin untuk bersuara sebelum kembali memandang jalan raya.

“Kau dah mati.” Katanya membuat pemandunya tertawa kecil. “No seriously, kali ini kau betul-betul dah mati. Kau okay ke dengan semua ni?”

Pemandunya mengangkat bahu slamber. “That’s how lifes works Kevin. Kau hidup dan selepas tu kau mati.” Katanya sambil menghembus nafas panjang. “Kadang kala kau kena fake death untuk selamatkan orang yang kau sayang. Dengan kematian Permaisuri Sylvianne, tiada siapa akan mempersoalkan Ex-CR lagi. dah terbukti mereka juga manusia biasa seperti yang lain.” Dia tersenyum kepada Kevin. “Sekarang, kita mulakan kehidupan baru. seperti kita rancang.”

Kevin hanya melihat Miracle tersenyum tapi dia tahu senyuman itu dipaksa. Miracle menyayangi rakyat Sylvianne dan sanggup menipu kematiannya sendiri untuk keselamatan mereka. Berapa banyak kali dia nak korbankan kehidupannya macam ni? Dia tak pernah ke fikir tentang kemahuannya sendiri?

Kevin tidak menyoalnya dan hanya mengangguk. Kali ini Kevin akan melindungi Miracle. Dia satu-satunya keluarga yang tinggal. Dia takkan biarkan Miracle bersedih lagi, berkorban diri untuk orang lain. Cukup dia bersedih melepaskan benda yang dia sayang untuk orang lain. Kevin akan berada di sisi Miracle dan bersumpah untuk bersamanya sehingga akhir zaman.

Kevin tersenyum kecil. “So, ke mana dahulu kita pergi? Kapital? Atlantica? Broncile? Or bar berdekatan?”

Miracle memikir untuk sementara waktu dengan memandang keudara dan tersenyum nakal. “Axerialeth.” Sahutnya melihat kapal kargo yang dikenali berada di jauh di tengah laut.

Kevin juga memandang Kapal tersebut yang mula bercahaya dan hilang dari pandangan kerana kapal tersebut menggunakan supersonic. “Kau mati dua kali. Jadi Experiment bersama Axerialeth, Permaisuri bersama Sylvianne, sekarang apa pula?”

“I don’t know. Kau rasa apa?” Soal Miracle dengan senyuman nakal.

Terpapar senyuman sama seperti miracle pada wajah kevin. “Pengembara bersama your loyal P.A?” Katanya mengenyit mata kearah Miracle membuat pemandunya tertawa.

“Works for me!” Sahutnya sambil tekan pedal minyak.  Membawa kelajuan penuh menuju ke horizon dunia menerokai dunia baru hanya mereka berdua tanpa tali terikat pada diri mereka. Hanya seorang wanita yang tidak lagi dianggap hidup dan lelaki yang baru sahaja merasakan kehidupan; mencari ketenangan dan mengisi kehidupan mereka dengan pengembaraan.

>X<

End

A/N: It supposed to be cerita tentang Spring je dalam Novel Axerialeth dan Miracle hanya cebisan memori dalam minda Rick yang menolong Rick untuk buat keputusan yang betul. But, it ended up with Miracle masih hidup and I terobses dengan kisah hidup Miracle lebih dari Spring. So, chapter ni kira closer untuk novel ni lah. Plot yang tak tertulis dalam Novel angah sinopsiskan di sini. Watak Kevin pun sepatutnya wujud dalam novel sebagai assassin yang Zeloid sememangnya diarahkan untuk ambil balik Spring. And Kevin sepatutnya perempuan nama ‘Jinx’ huhuhuhuhu. But tukar jadi jantan pulokkk…. Next; Sepatutnya Miracle dan M27 takdok ada kena mengena. LANGSUNG. So, untuk tegakkan kebenaran tentang Spring sepatutnya jadi main and focus character, Angah buat chapter ni untuk tunjukkan yang semuanya tentang Spring. Pengorbanan rakannya untuk Spring. Apapun, Miracle dan M27 related juga membantu pengorbanan mereka untuk Spring. Even it hurt so much for Miracle T__T Poor Miracle yang sanggup buat apa sahaja untuk precious Off-Spring.

Of course, Miracle kena hidup sebab dia kira watak penting dalam cerita ni. Give her a chance to live like she wanted her live to be. Dia tak boleh mati macam tu je!!! Angah terlalu attached dengan Miracle. Lagipun, Miracle memang nak mengembara satu dunia dari awal dia pecah keluar CR Base, so biarlah Ending Miracle, dia mengembara dengan Kevin seperti mana dia nakkan setelah berkorban segala-galanya demi orang yang dia sayang. (Angah bagi dia bawa Kevin sekali supaya Miracle ada kawan selepas dia ‘mati’ dan mengembara. Supaya dia tak kesunyian.)

So, that’s all nak cakap tentang Axerialeth ni ^_^ Mungkin in the future angah buat shorts stories pasal (what if) ni. kisah pengembaraan dua saudara. But who knows… mungkin tak. huhuhuhuhuhuhu..
With love,
D.U.K

<3 <3 \(^3^)/

[Previous] | [MiT] | [End]

Comments

  1. Okay, just thought of something.... don't you guys think this story will look more awesome if it turn out to be a comic? Hahahahaha I want to slap myself sebab suka fikir macam ni, sedangkan angah takda masa nak buat semua ni! *Cries* *cries*

    Anyways... FIRST COMMENT! yeay!

    ReplyDelete
  2. Good job angah <3 Somehow I always dreaming that someday I'll creat a story like u. It's too hard though... Hahaha. I tried and it turned out... duhhh. Bad! Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww thank you Love~~! Trust me, citer angah dulu so amateur (Even now actually hikss >v<'') and keep on writing! biar teruk, dari novel ke novel, you will learn how to make better plot and story writing! Also, jangan segan post those tacky stories! (But I'm sure yours are awesome) sebab other's review will help you to improve! trust me... I've been there. .

      Aaaannndd...... LET ME KNOW IF YOU EVER POST YOUR STORY! I. WANT. TO. READ. IT!! huhuhhuhu I'm super nerd. a book maniac (,,^_^,,)

      I'm serious thou, I want to read your story someday.

      *wink wink*

      Delete
    2. Awww... Thnk u so much. This is the first time I get a compliment about my story (eventhough u never read it. huhuhuu) Sure I will tell u about that XD

      Delete

Post a Comment

Popular Posts