Axerialeth: SOD -Welcome home-
Last chapter
Di
sebuah kerajaan kecil yang bernama Sylvianne, kerajaan yang aman dan makmur
setelah migrasi penduduk baru telah berlaku setahun lalu, seorang wanita telah
membantu mengukuhkan kerajaan yang sedang membangun itu dengan menghulurkan
bantuan dari segi keselamatan dan juga dari segi ekonomi. Sentiasa berada di
sisi Raja Sylvianne dalam senang mahupun susah dalam membangunkan Negara
mereka.
Membantu Raja Sylvianne dengan
mengatur penduduk baru mereka, membina menara di tengah Bandar yang melindungi
kerajaan tersebut dari musuh pada masa akan datang dan menemani Raja Sylvianne
dalam mengurus urusan di Raja sepanjang masa.
Setelah menyelesaikan tugasnya
dengan penduduk baru mereka, iaitu bekas experiment Clow Reign atau lebih di
kenali sebagai X-CR, menyesuaikan diri di tempat baru mereka, Kerajaan
Sylvianne akhirnya meraihkan satu majlis yang di tunggu-tunggu selama setahun
lebih itu. Sebuah majlis yang patut di sambut dengan megah, secara
besar-besaran dan dengan penuh meriah sekali. Semua penduduk Sylvianne bekerja
sama dalam mengadahkan majlis tersebut dengan sempurna tanpa pertolongan dari
orang luar. Segala persiapan majlis tersebut di sediakan oleh penduduk itu
sendiri dengan penuh senang hati. Penduduk tempatan dan juga X-CR.
Apakah Majlis yang di maksudkan
ini?
“WHERE’S THE WEDDING CAKE!!!”
Miracle menutup telinganya bila
dengar ketua pastry chef menjerit sehingga bergema pada ruang dapur besar itu,
membuat hampir semua pekerja dalam dapur berhenti dan melihat.
Chef itu berlari ke arah kumpulan
pekerja yang bertanggungjawab atas kek perkahwinan di raja dan menjerit; “Ai
caramba! Bakal permaisuri akan bunuh saya kalau dia lihat cake ni macam ni!”
jeritnya dengan nada tinggi hampir memecahkan kaca tingkap dapur tersebut.
Mukanya biru sama seperti warna kek yang 6 tingkat itu, tapi muka chef itu lagi
pucat dan lemas. “Oh Mamamia!! What iz diz? Iz diz u called a cake? Diz iz a
dizzazter! Ói! Óiiii!!”
Miracle hanya boleh mengerdip mata
melihat chef itu colek frosting pada kek itu (membuat pekerja yang buat frosting
itu terkejut) dan tujukan kepada kumpulan tersebut, memaki hamun tentang warna
dan decoration yang di katakana sangat ‘simple’ untuk perkahwinan Raja
Sylvianne dan bakal Permaisurinya. Miracle tak tahu apa definisi ‘simple’ chef
tu sebenarnya. Bagi Miracle cake tersebut lebih dari bergaya. Ia lebih
menyerlah dari gaun pengantin! Heck, Lagi colourful dari dewan tari-menari
perkahwinan nanti… Dia nak buat pengantin menyerlah ke kek dia?
“Mary, kau ada nampak Glend tak?”
Bisik Miracle kepada ketua Maid istana yang berdiri di kaki pintu hanya untuk
melihat kekecohan di dapur tersebut.
Mary, wanita lingkungan 40-an itu
berpaling memandang Miracle dan tersenyum manis. “Tak silap saya, Mistress
berada di taman Babylon kegemaran Raja. Dia kata kalau sesiapa cari dia cakap
saya tak nampak dia di mana-mana.”
Miracle menjungkit kening hairan
tapi tetap tersenyum. “dan kamu beritahu kedudukan dia dekat saya sebab…..”
“Sebab dia juga kata ‘terutamanya
PM’. Maksud dia lari dari kamu.” Kata Mary sambil mengenyit mata.
Miracle hanya tertawa, ada-ada
sahaja gelagat Mary. Walaupun dah berusia, jiwa remajanya masih lagi segar
dalam dirinya. “Baiklah Mary, thanks for the info. Saya kena pergi cari minah
satu tu secepat yang mungkin. Bye.”
“Oh dan beritahu dia jangan buang masa
lagi! perkahwinan kamu start petang ni!”
Miracle hanya melambai kecil dan
berlari anak ke arah taman kegemaran Raja Sylvianne terletak iaitu dibahagian
selatan istana tersebut. Ia terletak di atas bumbung istana. Ia mempunyai
rumput semula jadi tertanam di atas bumbung istana tersebut dan juga pelbagai
jenis tanaman bunga yang exotic menghiasi tanam tersebut. Raja Sylvianne
menggelar tanam itu taman bergantung. Kerana ia berada di atas bumbung bangunan
istana dan juga melangkau keluar sedikit dari bangunan tersebut. Tambahan pula
ia mempunyai pemandangan Kota Sylvianne yang buat ia kelihatan terbang bila
berada di dalam taman itu. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai gazebo kecil
berada di tengah-tengah taman bergantung itu.
Di situ lah Miracle jumpa Glend
yang duduk goyang kaki dalam Gazebo tersebut dengan helaian kertas sebagai
bacaannya.
“Haah! Kat sini pun kau, Glend!”
Glend hampir melompat bila dengar
Miracle menjerit di telinganya secara tiba-tiba. Dia memandang Miracle seperti
miracle tumbuh tanduk. Macam mana Miracle berada di sebelahnya tanpa dia
sedari? Tak dengar bunyi kasut tinggi dia langsung!
Miracle menjungkit kening melihat
muka buntu Glend dan memetik jari di depan muka wanita itu cuba menarik rohnya
kembali ke jasad. “Oi Glend, come back to me! You are needed right now!”
Glend kembali focus pasa Miracle
dan mencebik, menurunkan kertas ke pahanya. “Oh come o PM, Ini hari, hari cuti
aku! Bagi lah aku rehat…” Glend mencebik. “Pergi lah kau cari Kevin tu. Dia kan
personal assistant baru kau.”
Miracle hanya menggeleng. Glend
masih lagi tak lupakan tentang Miracle mengambil PA baru untuk menolongnya buat
kerja. Glend merajuk tentang tu kerana Miracle menyuruh Glend kembali bekerja
bersama Ellen kerana Raja Sylvianne itu perlukan pertolongan lebih dari
Miracle, kerana masa itu kerja Miracle taklah banyak sangat. Tapi pada suatu
masa, kerja Miracle bertambah sehingga jadual hariannya tak terurus dan dia
asyik terlepas meeting penting, nak tak nak dia kena upah X-CR menjadi PA nya.
Glend tak bersefahaman dengan Kevin, PA Miracle, atas beberapa sebab yang
tertentu. Antaranya ialah 1) Kevin budak 16 dan tiada pengalaman jadi PA. 2)
dia mengambil tempat Glend. 3) yang paling penting, Kevin pernah merancang
untuk bunuh Miracle. tapi itu cerita lain.
“Glend…. dah setahun aku ambil Kevin
jadi PA aku. Takkan kau masih merajuk kot?”
Glend tidak menjawab hanya
mencebikkan bibirnya sambil memeluk tubuh.
Miracle memutarkan bola matanya fed
up dengan perangai kebudak-budakan Glend yang dah berlangsung dua tiga hari
ini. “Dah tentu aku akan cari Kevin tapi masalah sekarang ialah kevin bukan
perempuan.” Miracle menjungkit kening bila Glend memandang kearahnya. “Gaun
pengantin tu takkan terpakai dengan sendirinya tanpa kau bersama aku. Come on
Glend, jangan rosakkan hari bahagia aku.”
Glend memandang Miracle untuk
seketika sebelum tersenyum kecil. “Hari bahagia kita.”
Miracle turut tersenyum. “Okay.
Hari bahagia kita. So stop sulking already! We only have hours for the
wedding!” Dia menarik tangan Glend dan mengheretnya masuk kedalam istana ke
bilik persiapan wanita.
“Oh Glend tunggu kejap.” Miracle
hentikan langkahnya dan tersenyum. “Kau pergi dulu, aku ada something nak buat
kat bilik study Ellen.”
Glend pula menjungkit kening sambil
bercekak pinggang kearah Miracle. “Uh’huh… siapa kata tadi ‘oh glend… we only
have hours ‘till the wedding’.” Glend ajuk kata Miracle dengan nada gedik
sambil goyangkan pinggul.
“Its only takes a minute you whiny
brat. Dah pergi! Nanti aku susul.”
“Okay-okay… See you.” Sahut Glend
dengan tawa dan bergerak pergi ke bilik persalinan wanita manakala Miracle
bergerak bertentangan arah ke bilik study Ellen.
Sebaik sahaja dia tiba di bilik
tersebut, dia membukanya tanpa mengetuk sebab dia tahu Ellen takkan ada di
dalam bilik tersebut pada waktu seperti ini. tentu dia berada di bilik
persalinannya bersiap memakai baju perkahwinan tradisionalnya. Dia masih ingat
Ellen merungut yang baju tu gatal nak mampus dan sangat panas. Sangat sangat
tak selesa. Dia juga kata dia takut dia takkan muat pakai baju tersebut
sehingga dia kena diet untuk mengelakkan baju tu ketat sangat untuknya.
Miracle tersenyum mengingatkan salah
satu sketsa sarapan mereka di mana Ellen kena makan sikit, buah-buahan dan
sayur sahaja. Mulai esok dia dah boleh makan seperti biasa, mesti dia akan
suruh pekerja satu dapur masakkan dia satu buffet hanya untuk dia seorang je.
Miracle tertawa sendiri bayangkan
Ellen yang duduk di meja makan dengan perut kenyang tapi masih mengunyah
makanannya yang tidak habis di atas meja. In real life tentu lebih kelakar.
Dia bergerak ke meja Ellen dan
membuka laci meja tersebut dengan perlahan. Ya, tiada orang dalam bilik itu
tapi tak salah jika dia berhati-hati. Dia mengangkat barang di dalam laci itu
satu persatu sehingga dia jumpa barang yang dia cari.
“Bingo!” bisiknya gembira,
mengeluarkan sepucuk surat putih dari laci tersebut dan menutupnya dengan
perlahan-lahan.
“Mira! Kat sini pun kau, kita dah
kesuntukan masa ni!” seorang remaja lelaki menyerbu masuk bilik tersebut tanpa
mengetuk pintu hampir membuat Miracle menjerit.
“Oh gosh Kevin!” Dia mengurut-urut
dadanya menenangkan jantungnya yang nak melompat keluar. “Aku ingatkan kau
Ellen tadi!”
Kevin hanya tersenyum nakal dan
perasan terdapat sampul surat dalam tangan Miracle. “I pretend I didn’t see
that. So come on! Nanti Glend bunuh aku sebab kita lambat!”
“Okay-okay! Hissshh…..” Dia berlari
anak keluar dari bilik study itu dan menutup pintu dengan perlahan. “macam mana
kau tahu aku kat sini?”
“Easy. Aku dapat kesan Aura kau.
Remember Mira, aku boleh detect CR.”
“Oh yaaaa…. I forget.” Dia terus
meluku Kevin. “Kalau ya pun jangan lah serbu macam tu!”
“Hehehehe… Sorry.” Kevin menggaru
pipinya sambil tersengih-sengih. Dia memandang Miracle masukkan sampul surat
tersebut ke dalam seluarnya dan bersuara; “Kau pasti ke tentang ni? Kita tak
tahu di mana kedudukan Axerialeth, macam mana kau nak hantar surat tu kat dia.
plus, majlis perkahwinan bermula 4 jam dari sekarang. Aku tak rasa ia sempat
sampai ke sana—”
“Shhhh-shhhhShhhhh” Miracle meletak
jari telunjuknya pada bibir Kevin senyapkan PAnya. “Don’t underestimate me
Kevs, Aku pasti surat ni sampai kat dia. Aku akan pastikannya sendiri.” Katanya
dengan senyuman nakal yang mengandungi 1001 mistery.
>X<
“Woaaaah!! Seriously dorang buat
majlis kali ni meriah!” sahut Seorang wanita 21 tahun berambut perang pendek
yang ikal, melihat kota Sylvianne yang meriah dengan perhiasan di setiap
bangunan dan sudut jalan kota tersebut. Ribbon di hias sepanjang bangunan dan
banner ‘SELAMAT PENGANTIN BARU’ bersama logo kota Sylvianne di gantung dengan
megah. Music dimainkan dengan girang bersama penduduk sylvianne menari secara
berpasangan mengelilingi air pancut yang mempunyai patung Puteri Miracle
menuang air dengan cupak yang berada di tengah-tengah round about pedestrian
walk. Serta anak-anak kecil bermain dengan senda tawa yang gembira, menari,
menyanyi, dan bercerita tanpa henti mengikut suasana riang kota tersebut.
“Nampaknya kita tiba tepat pada
masanya…. Pergghh, tapi aku tak sangka mereka akan sambut semeriah ni. Mereka
mesti sayangkan bakal permaisuri mereka sangat-sangat ni.” Kata Seorang lelaki
berumur 25 tahun berambut hitam dengan baju lengkap seperti seorang petani sama
seperti perempuan berumur 21 tahun tadi.
Seorang lagi wanita yang dah masuk
30 tahun tertawa kecil sambil mata memandang sekelilingnya, melihat penduduk
sylvianne yang gembira dengan pandangan yang tenang. “Kalau kesudahannya
seperti ini tentu Miracle juga gembira kan? Hmmm…. tapi, apa riaksi Rick kalau
dia tahu kita dah curi kunci supernova untuk bawa kita ke sini?” soal Manda
memandang Spring dan Ben.
Ben tertawa besar bila teringatkan
misi mereka semalam mencuri Kunci tersebut dari Rick. “Of course dia akan
meletup bila dia bangun nanti!” katanya. “Dia akan kata ‘Damn them!! Berani
dorang bawa kapal aku ke sini?!!!!’ something like that.” Ben sempat tiru riak
wajah bengang Rick sebelum mengenyit mata kepada mereka.
Spring tertawa menutup mulut
melihat perangai Ben, dia terfikir sesuatu tentang Rick membuat tawanya redah
dan berfikir. “Korang rasa dia akan turun tengok perkahwinan Miracle ke nanti?”
Manda menggeleng. “Bangun sour mood
tahu kita curi kunci dia untuk pergi ke sini sedangkan kita dah janji takkan
datang. Of course not! dia akan duduk dalam kapal buruk dia tu memikir
kesalahan dia kenapa dia tinggalkan Miracle dan rasa menyesal sebab tinggalkan
Miracle.”
“Dan di sebabkan dia rasa bersalah
dan rasa insecurity dalam diri dia yang Miracle dah move on tanpanya, lagi lah
dia taknak datang. Sakitnya tu di sini nampak ex kau berkahwin dengan orang
lain.” Ben menyentuh dadanya dengan muka terluka sebelum tersenyum nakal. “Dia
taknak beritahu kita kenapa dia tinggalkan Miracle so, I think this is the good
punishment for him.”
Spring menutup mulutnya terkejut
mendengar rancangan jahat mereka. “You guys are evil.” Tapi ayatnya
mengkhianatinya dengan senyuman sama seperti Manda dan Ben. “I like it.”
“No, you like me.” Ben memeluk bahu Spring dan mengenyit mata. “Kan?”
Spring memutar bola matanya dan
beri kucupan pada pipi Ben. “Arrogant Prat.”
“Ouch baby… you hurt me.” Ben
menyentuh dadanya sambil buat wajah sedih. “Another kiss will cure the wound.”
Manda hanya menggeleng melihat
couple meluat itu. Kenapa lah dia setuju pergi ke pekan bersama mereka dan tak
bersama Pole ke Istana? Dah tahu dorang dua
akan berlovey-dovey sweety pie bila mereka tiba di pekan tersebut.
Oh ya, dia bersimpati kat Nuez yang
masih single dan akan break down bila lihat kawan sehidup semati ‘single for
life’nya akhirnya dapat perempuan yang dia suka tapi Nuez tidak jumpa sesiapa
lagi. Urrrggghhh, dia tak patut bersimpati kat Nuez. Sekarang dia pula melekat
dengan dua pasangan meluat nak mampus.
Manda kembali pandang ben dan
Spring dan terus menyesal sebab dia hampir nak muntahkan semua sarapan pagi
yang dia makan tadi di dalam kapal. “Get me out from this torture…..”
Sementara itu di dalam istana di
mana Pole dan Nuez juga dalam penyamaran mereka. Nuez menyamar menjadi pelayan
pada majlis tari-menari untuk malam tersebut dan Pole pula menyamar menjadi
salah satu Maid istana.
“Okay, aku nak cari bilik di mana
Miracle pakai gaun dia dan kau—”
“Akan ikut sekali.” Potong Nuez.
“What no! You cant!” bisik Pole dan
memandang orang istana yang berlalu pergi sebelum pandang Nuez semula. “Dude,
kau kena pergi jumpa Ellen dan beritahu dia tentang kita congradulate
perkahwinan mereka dan pergi. Just a small notes then jumpa di belakang istana.
Asal kau tetiba nak ikut aku jumpa Miracle pula?”
“Sebab aku nak jumpa dia for one
last, Last time. Kau ingat kau je ke
yang nak tengok dia pakai baju pengantin?” soal Nuez sambil memeluk tubuh.
Pole menghembus nafas geram. Kenapa
Nuez buat hal sekarang? Kenapa tak semalam??? “Kita akan ke perkahwinan dia
juga you dope! Aku hanya nak make sure yang gaun pengantin dia sesuai for my
Miracle!”
Nuez ingin membantah tapi terbatal
bila terfikirkan ayat pertama Pole. Betul, mereka akan ke perkahwinan Miracle
dalam penyamaran. “Fine. Aku jumpa Ellen. Jumpa kau In….. 10 minutes?”
“15.” Tambah Pole, memandang lobi
istana itu. “aku rasa aku perlukan lebih banyak masa untuk cari bilik tu. This
place is huge!”
“Fine, 15 minutes.” Nuez akur. “See
you later!” dan dia bergerak pergi.
Pole pula pergi bertentangan arah
dari Nuez dan mula pencariannya menjejak bilik di mana Miracle memakai gaun
pengantinnya. Ia bermula dari bahagian istana yang ramai orang sibuk berjalan
di laluan istana. Dia jangka salah satu dari bilik tersebut ialah bilik
Miracle.
Bilik pertama.
Nope, ia bilik hadiah. Hadiah untuk
perkahwinan di raja. Dan jumpah hadiah tersebut tak terkira! Not to mention
saiz juga tak terkira. Apa mereka hadiahkan kat Raja dan Permaisuri Sylvianne
dengan hadiah yang besar hampir mencecah bilik tersebut?
Pole segera keluar dari bilik
tersebut dan ke bilik seterusnya. “Nope. Bilik dessert? Woaah… dia nak bagi
makan sapa dengan pencuci mulut macam ni? Satu Sylvianne?”
Dia ke bilik seterusnya. “Oh come
on.” Pole merungut. Setiap bilik sebesar rumah rumah kondominium termasuk
dengan bilik dan dia kena berjalan jauh dari bilik ke bilik untuk mencari
Miracle. “This is ridiculous. Bilik Spa? Kenapa Kapal kitorang takda??” Dia
menutup pintu tersebut dan berlari ke pintu terakhir.
Note yourselves; Paksa Rick pasang
satu bilik spa untuk mereka.
Dia memegang kedua tombol pintu
tersebut dan menarik nafas dalam. “tolong lah ini bilik Miracle…. Tolong lah
ini bilik Miracle!” bisiknya sambil menutup mata. Dia dah penat dan dah
kesuntukan masa. Kalau dia lambat, dia takut dia takkan jumpa Miracle dalam
gaunnya. (dia kena pastikan gaun Miracle nampak cantik! For her little Baby!)
Dia membuka pintu tersebut dan
tersenyum melihat figura yang dia kenali sedang bertekak dengan lelaki botak
yang mungkin pereka fashion gaun pengantin.
Oh my, My little baby nampak cantik
dengan baju pengantin putih tu desis hatinya gembira hampir mengalirkan air
mata. Oh, wajah tegang tu mungkin spoilkan fantasy Pole bayangkan miracle pakai
baju pengantin dengan tangisan gembira. Tambahan pula gaun Miracle kelihatan
lebih simple dari apa Pole jangkakan untuk bakal Permaisuri Sylvianne tapi ia
agak logic kerana Miracle suka benda simple dan Permaisuri Sylvianne kena kelihatan
simple menunjukkan dia bukan seorang yang materialistic.
Apapun, ia tetap sesuai. Sangat
sesuai untuk Miracle! Oh gosh dia tak sabar nak lihat Miracle pada Holy gate
bersama Ellen nanti!—Well, pengatin lelaki bukan Rick—tapi dia tetap gembira!
Dia nak masuk ke dalam dan memuji
Miracle tapi Mary menegur Pole. “What are you doing here young lady?” Soal
ketia Maid itu sambil bercekak pinggang.
“Huh?” Pole menjungkit kening
hairan. Siapa perempuan ni?
“Mary?” Miracle cam suara tersebut
dan alihkan perhatiannya dari pereka fesyen yang menjengkelkan itu. “apa kamu
buat kat sini?” soalnya dengan senyuman.
“Mistress.” Mary tunduk hormat dan
kembali memandang Pole. “Saya nak kembali ke dapur dan terjumpa dia tercegat
depan pintu kamu.” Katanya sambil menjeling kearah Pole. “Kejap….”
Pole mula Cemas bila Mary memandang
dia pelik semacam.
“Kamu…. Kamu pekerja baru ke?”
“Y-Ya! saya baru bekerja semalam.”
Jawabnya. Terlalu cepat.
Mary memandang dia untuk seketika
sepertinya ingin mengingat kalau-kalau dia ingat Pole bekerja dengannya. Dia
akhirnya mengangkat bahu. “I forget your name. Apapun, Jom! Kita sibuk di
dapur. Ini bukan tempat kamu untuk kacau orang penting!” marahnya dan mengheret
Pole keluar dari bilik tersebut.
Nak tak nak Pole kena ikut
perempuan tersebut dan memandang kearah Miracle yang juga buntu. Haiiishhh….
Nampaknya bukan nasib dia untuk bercakap dengan Miracle untuk kali terakhir.
Miracle hanya memandang dua maid di
raja itu bergerak keluar dari biliknya dan melambai secara janggal. Okay….. dia
tak jangka ada orang tak dikenali akan serbu masuk. Terutamanya maid muda tu.
“Like a said sweet precious gem of
Sylvianne, you have to shine!! This is an important day. Very-very most important!”
si pereka fesyen kembali bersuara dengan loghat italinya. “Saya tak boleh
biarkan kamu pakai sesimple ini, ia melanggar kod saya!” bebelnya sekali lagi.
“Oh please Ricco, This is not just
about me!”
“Of course it is! Look Precious,
kamu nak bertengkar dengan saya sepanjang hari sampai majlis tu bermula atau
pakai sekarang? Ia menjimatkan masa kita berdua. I have to decorate your friend
too you know and you have a run away to do.” Si pereka fesyen, Ricco bercekak
pinggang tanda dia sudah penat bergaduh dengan Miracle sejak mula Miracle pakai
gaun tersebut. “Hmm? How about it?” soalnya menjungkit kedua keningnya,
menunggu.
“For heaven sake—pakai je lah
Mira!”
Miracle berpaling ke belakang
melihat Glend yang baru keluar dari bilik sebelah selesai memakai gaun yang
sama warna dengan miracle.
“Oh my Gosh Glend! you look
fabulous!”
Glend memutar bola matanya tapi tak
boleh sembunyikan senyuman yang terpapar pada wajahnya. “Yeah sure. Tapi takkan
secantik kau—”
“Sod it—”
“Apapun…” Glend menukar tajuk sebab
Miracle potong ayatnya. Tahu sangat Miracle tak suka dipuji lebih-lebih. “Kau
akan datang ke?”
Miracle mengerdip mata untuk
beberapa kali tak faham maksud Miracle sebelum tersenyum nakal. “Dengan gaun
ni? Oh no, kau tenggelam nanti dalam dewan tu.”
Maata Glend membesar tanda dia nak
marah. Memberi amaran kepada Perempuan gila di depannya ini. “Seriously??
Tapi—tapi Miracle kau janji kau akan datang—”
Belum sempat Glend nak merungut,
pintu bilik tersebut di ketuk dan kepala lelaki Glend benci muncul di sebalik
pintu.
“Kevin….” Rungut Glend dalam
bisikannya. Kenapa lelaki tu kena muncul sekarang?
Miracle memukul bahu Glend beri
amaran untuk jaga perangai dia seperti mana Glend janjikan dan memandang kearah
Kevin. “Apa dia?”
“It’s time babe. Bila kau nak gerak?”
Glend terkejut beruk dan memandang
kearah Miracle. “Kau nak pergi sekarang? Tapi Mira—the wedding….”
Miracle hanya tersenyum dan pegang
kedua tangan Glend. “Glend… please, just for a moment. Okay?”
Glend memandang tepat pada mata
Miracle, melihat Miracle merayu kepadanya, melihat betapa dia nak buat misi nya
itu dan akhirnya dia mengeluh. “Baik lah. Just be back okay?”
Miracle tersenyum lebar dan memeluk
Glend tanda dia bersyukur dengan Glend. “Of course aku akan kembali. Wajib.”
>X<
Bunyi penggera phone berbunyi
membangunkan Rick dari tidurnya. Tangannya meraba-raba night stand di tepi
katilnya untuk matikan penggera menjengkelkan tersebut sebelum menarik kembali
tangannya ke sisi.
Urrrggghhh… siapa pulak pasang
penggera kat fon aku? Rungut hatinya dengan mata tertutup. Mereka takda kerja
ini hari kerana mereka semua nak bercuti untuk sehari ni dan Rick setuju tanpa
bantahan. So, kenapa Fonnya berdering? Kenapa mereka pasang penggera untuknya?
Pasti dorang buat sudden mission sampai buat penggera untuknya pada awal pagi.
Dia cuba membuka matanya dan bangun
secara push up tapi dia terbaring atas katilnya semula kerana tangannya yang
rasa lemah semacam. Tambahan pula kepalanya rasa sakit.
Kenapa dia sakit kepala? Apa dia
buat semalam sampai dia sakit kepala? Apa sebernarnya terjadi semalam?
Rick cuba ingatkan semula apa dia
buat sebelum dia tidur. Semalam, ya… semalam, selepas mereka kembali dari misi
menolong kampung malang yang terbakar kerana gangster yang tak berguna itu dan
memberi pengajaran kat budak bajingan tersebut, mereka kembali ke kapal.
Seperti hari biasa, tabiat Pole, pergi mandi lepas misi, Ben dan Spring lepak
di second base, Manda membuat laporan tentang misi mereka (setiap misi kena di
catat untuk kegunaan pada masa depan, just in case mereka perlukanya.) Manakala
Nuez di dapur buat snek untuk mereka. Dia? Manda rawat Rick setelah buat
laporan kerana dia tercecdera semasa berlawan dengan gangster ulat bulu itu.
Manda membebel sepanjang masa dia merawat Rick bagaimana Rick boleh tercedera
dengan mudah. Tambahan pula luka pada dadanya agak dalam. Nasib baik ia tak
terkena ke jantung kalau tak mesti Rick takkan bangun pada hari ini. setelah
itu dah tentu Rick take a long shower seperti Pole. Kalau korang tak tahu, Rick
seorang lelaki pembersih. Tapi ada kalanya dia pengotor dari sudut lain.
Seperti bersihkan kapal, bilik dan perkara lain. Dia hanya nak dirinya sendiri
bersih. Oh, dia pemalas cuci baju sendiri.
Kembali memikirkan sketsa semalam,
Usai dia membersihkan diri dan tukar bandage baru, dia join in Ben dan Spring
di sofa bulat. Saja nak kacau mereka. (Juga rutin harian Rick selepas mandi
mengusik Ben seperti mana Ben sentiasa usik dia.) tak lama lepas itu, Pole dan
Manda join in mereka.
Rick perasan ada sesuatu yang pelik
tentang mereka semua, mungkin sebab penat sangat? Atau mereka fikir kenapa Rick
hilang focus sejak kebelakangan ini? Entah lah, Rick tak tanya sebab malas nak
jawab persoalan mereka ataupun mereka semamangnya dalam berperangai pelik. Esok
lusa tau la rancangan dorang semua. Selalunya dorang buat self mission tanpa
pengetahuan Rick atau rahsiakan sesuatu antara satu sama lain. Harap bukan kat
Rick.
Selepas tu, Nuez datang bersama
setalam famous hot chocolatenya. Of course, siapa boleh tolak minuman kegemaran
satu kapal tu? Ia dah jadi rutin selepas misi besar yang memenatkan, secawan
hot cholocate Nuez adalah satu kewajipan bagi mereka. Ia umpama ganjaran untuk
hari-hari seperti itu. Ganjaran yang tak dapat di beli dengan duit.
Dan….. selepas minum chocolate tu…
“Damn…. Dorang buat hal lagi…” Rick
merungut pada bantalnya dapat tangkap apa plan mereka. Dia memangkat kepalanya
untuk melihat gelang supernovanya. Tiada.
“I knew It---Ow!!” Rick melompat turun dari katilnya tapi jatuh terlutut kerana
luka pada dadanya menyengit tapi dia kembali berdiri dan lari lintang-puang
keluar dari biliknya menuju ke ruang rehat second base di mana sofa bulat
berada bersama meja-holo yang hidup menayangkan globe hologram. Atas globe
tersebut terdapat cahaya yang berkelip-kelip pada suatu tanah yang Rick kenal
Tolong jangan cakap kami di
Sylvianne… Tolong lah… Jangan—
“Shit.”
Seperti yang Rick agak, mereka curi
kunci Supernova untuk bawa Axerialeth ke Sylvianne. Menghadiri majlis
perkahwinan Miracle.
Rick jatuh terduduk pada sofa bulat
itu, tergamam. Dia berada di Sylvianne. Anak kapalnya yang tak guna tu sanggup
bagi dia ubat tidur hanya untuk ke Sylvianne. Mereka dah hilang akal ke?? Dia
dah bagi arahan—amaran keras ‘mereka tidakkan ke Majlis Perkahwinan Miracle’.
Ia untuk kebaikan semua orang. Baik untuk anak kapal axerialeth dan juga orang
Sylvianne.
“BEN!” Dia mula menjerit nama
pengemudi, mendengar suaranya bergema di ruang besar itu. Tiada balasan.
“NUEZ!” sekali lagi bergema. Dia
memegang dadanya yang sakit kerana menjerit kuat sangat. “Korang kat mana?!”
Sekali lagi, Tiada balasan.
Rick menghembus nafas panjang dan
rebahkan kepalanya pada Sofa tersebut, mengalah dengan perangai mereka semua.
“Good Lord mereka semua pergi. Mereka nak bunuh aku ke?” soalnya sambil
mengurut dahinya yang mula berdenyut. Stress di pagi hari. tak baik untuk
kesihatan.
Mereka fikir mereka siapa?
Pandai-pandai mencuri kuncinya dan bawa kapalnya ke Axerialeth? Mereka tahu apa
akan jadi pada Rick bila dia di Sylvianne. Godaannya sangat kuat untuk Rick
bertindak kurang waras dan rosakkan rancangan jangka panjangnya. Rancangan jangka masa yang sangat panjang.
Rick bangun dari sofa tersebut ke
dinding kaca yang menunjukkan pandangan penuh suasana Sylvianne yang kelihatan
meriah walaupun di lihat dari jauh. Dengan belon yang terbang ke udara dan
irama lagu yang halus dari kota tersebut dapat di dengar dari kapal Rick.
Mereka
letak kapal ni tepat-tepat depan Sylvianne. Mereka sedang menghukum aku. Aku
pasti mereka sedang menghukum aku.
Rick mengeluh sekali lagi. Dia
patut beritahu mereka kenapa dia tinggalkan Miracle. Kalau dia beritahu, semua
ni takkan berlaku. Mereka takkan berani melawan Rick seperti ini. Kalau Miracle
tahu yang Axerialeth berada di Sylvianne. Tentu kekecohan akan berlaku di
istana. Rick tak nak perkara tu berlaku.
Tapi.. jauh dalam lubuk hatinya…
Dia nak perkara tersebut berlaku. Dia tahu apa akan jadi jika mereka ke
Sylvianne. Dia tahu apa akan jadi pada Miracle. Apa akan jadi jika dia tak bagi
tahu kepada anak kapalnya.
Dia dah agak situasi ini akan
berlaku. Sebab itu dia tak meletup sebaik sahaja dia tahu keberadaan mereka.
Sebab… dia mengharapkan perkara ini akan terjadi.
Dan ia dah pun terjadi.
Rick menutup matanya dan menarik
nafas dalam. “Rick… keep yourselves together. Call mereka dan suruh mereka
balik sekarang. Mereka sempat keluar dari kota tersebut tanpa kantoi oleh Miracle.”
Setelah dia tumpukan perhatian kepada perasaannya, mengumpul segala perasaan
marah untuk menengking Ben dan yang lain nanti, dia mengangguk tanda
perasaannya dah solid untuk meletup dalam communicator mereka.
Namun, sebaik sahaja dia membuka
mata, memandang kearah kemeriahan kota Sylvianne, fikiran dan perasaannya
berubah kearah Miracle. dahinya berkerut sepadan dengan bibirnya yang ke bawah.
Adakah
dia baik-baik sahaja? Adakah Ellen melayan Miracle dengan baik?
Rick menyandar pada dinding kaca
itu, mata tak berganjak dari kota yang meriah itu. Menyambut hari paling
berbahagia dalam hari mereka. Impian terbesar mereka akhirnya menjadi
kenyataan.
“Uggghh… come on Rick. kau boleh
hadapinya. Hanya untuk beberapa jam sahaja.” dia menyandarkan dahinya pada
cermin tersebut. Mencengkam dadanya yang rasa sakit. “Just for a little more.
Lepas itu semuanya akan berakhir.”
Dia cuba yakinkan dirinya sendiri,
meyakinkan hatinya, apa yang dia buat sekarang ni adalah keputusan yang tepat.
Miracle akan faham kenapa Rick lepaskan dia. Rick pasti, Miracle akan fikirkan
kemungkinan kenapa Rick tinggalkan dia. Miracle pasti dapat teka kenapa. Dia
kena. Dia mesti.
X-CR tu lebih memerlukan Miracle
dari Rick. mereka perlukan seorang pemimpin untuk dipercayai, melindungi dan
mendorong mereka dalam kehidupan baru mereka. Ellen juga perlukan Miracle untuk
mendapat kepercayaan X-CR. Lagipun, dia sukakan Miracle. Dah tentu Ellen akan
bahagiakan miracle. Ellen, seorang lelakiy yang baik. Mustahil Miracle takkan
berubah hati dan mula mencintai Ellen.
Mencintai Ellen…
Membayangkan Miracle mencintai
orang lain selainnya membuat hati Rick tambah sakit. Ia umpama racun kepadanya
bila memikirkan Miracle telah tidak mencintainya lagi.
“Please… stop… just stop.” Dia
mengetuk dadanya memaksa dadanya untuk berhenti menyeksanya. Ia sakit. Dia tahu
lukanya akan terbuka jika dia terus buat tapi kesakitan dalam hatinya tidak
lawan kesakitan pada lukanya sekarang ni.
Irama lagu riang dari kota tersebut
menjadi perlahan membuat Rick hampir tidak mendengarnya langsung. Dia membuka
matanya yang pedih kerana serpihan kaca yang ditabur pada matanya.
Irama tersebut bukan di hentikan
tapi bertukar ke lagu yang lebih perlahan. Ia lagu ketibaan Pemerintah
Sylvianne.
Rick ternampak kereta hitam keluar
dari pagar utama istana di pandu perlahan melalui jalan yang dipenuhi oleh
penduduk Sylvianne yang berkumpul di tepi jalan, melambai dan menjerit kepada
kereta limo hitam tersebut.
Adakah itu Miracle? Soalnya melihat
perhiasan kereta tersebut yang bertemakan pink dan logo tiara pada bonet kereta
tersebut. Miracle di dalam kereta tersebut dan ia menuju ke Dewan perkahwinan
mereka?
Mata Rick menjejak jalan yang di
penuhi oleh penduduk itu hingga ke penghujung jalan di mana lebih ramai orang
berkumpul di depan bangunan yang kemungkinan tempat Raja Ellen dan miracle akan
berkahwin.
“Oh god… N-No…” Dia menutup matanya
bila air mata mengugut untuk jatuh. Apa dia dah buat? Dia telah melepaskan
satu-satunya orang yang dia sayangi, satu-satunya cahaya hidupnya, berkahwin
depan matanya dan tinggalkan Rick dalam kegelapan selamanya. Sekarang dia
menyesal untuk tidak bertindak mengambil miliknya semula dalam sepanjang
setahun setengah itu.
Dia jatuh berlutut di depan dinding
tersebut—jatuh sekali lagi—dan merelakan dirinya mengalirkan air mata. Cuma
kali ini, Ben tiada datang menyerbu masa bersendiriannya dan tarik Rick dari kesengsaraannya.
Dia bersendirian. Seperti dahulu. Sebelum Axerialeth wujud, setelah keluarganya
pergi. Bersendirian di kapal besar tersebut.
“M-Mira… Mira—Miracle…” sahutnya
antara tangisan. “I’m sorry… I really am sorry baby… please forgive me but…
B-but I want you. I Need you.” Dia
diam untuk seketika, membuka mata melihat kereta hitam yang bergerak semakin
dekat dengan dewan tersebut.
Sekarang dia terbahagi kepada
membiarkan kereta itu sampai ke destinasinya atau turun ke bawah dan lakukan
sesuatu. Sesuatu yang dia tak pasti samada berbaloi atau tidak. Sia-sia atau
tidak.
Persoalan itu buat Rick sedar akan
sesuatu.
Dia menggenggam tangannya menjadi
penumbuk pada dinding tersebut. Apa yang dia ragu-ragukan? Kenapa dia
ragu-ragukan?
Ia lebih berbaloi jika itu Miracle.
“Fuck this.” Rick kata telah
membuat keputusan dan berpaling menuju ke Pintu keluar Second Base.
Tapi, langkahnya terbantut sebaik
sahaja dia berputar kebelakang. Dia tergamam. Kaku pada posisinya dan mata
membesar, umpama memastikan dia tidak berhalusinasi.
>X<
Manda terngangah melihat Dewan
perkahwinan Miracle. Dia tak tahu nak bagi riaksi apa kepada perhiasan dalam
dewan tersebut. Apa yang dia boleh bagi ialah mata yang membesar setiap kali
dia melihat sudut lain dewan tersebut, mulut terngangah hampir buat rahangnya
tercabut dan otak yang gagal berfungsi untuk paru-parunya beri nafas baru
untuknya.
“O.M.G. Now this is a wedding
ceremony.” Spring bersuara apa yang Manda ingin katakan tapi terlalu kagum
untuk berkata-kata.
Dewan tersebut tidaklah sebesar
mana yang mereka jangkakan. Ye lah, mereka fikir, bakal permaisuri yang di
sayangi oleh satu rakyat dah tentu nak semua rakyatnya hadiri majlis
perkahwinannya. Tapi, Dewan tersebut sama besar seperti dewan perkahwinan
biasa. Cuma perhiasannya terlebih sedikit.
Terdapat lebih 30 tempat duduk
panjang yang di perbuat dari kayu jati dan diukir cantik bertemakan loceng,
cupid dan ribbon sepertinya ia di tempah khas untuk perkahwinan tersebut sahaja
dan 15 kerusi pada setiap belah bilik tersebut. Tempat duduk tersebut boleh
muat 10 orang.
Di antara dua belah kerusi-kerusi
tetamu itu, ada carpet putih yang berkilau bila cahaya matahari terpancar
diatasnya, di bentang megah dari pintu masuk dewan ke belakang Dewan dimana
Holy gate yang juga tak kurang lawanya dimana kedua pengantin akan berdiri
untuk mengangkat sumpah.
Gerbang suci tersebut dihias dengan
perbagai jenis bunga warna putih dan juga ribbon siffon yang berwarna emas.
Bukan itu sahaja terdapat dua buah loceng tergantung di atas gerbang tersebut
untuk si pembaca ikrar bunyikan setelah ikrar pengantin selesai di laksanakan
oleh kedua pengantin. Ia seperti memberi pengumuman yang pengantin dah jadi
suami isteri.
Perhiasan pada dinding Dewan juga
sangat menakjubkan, Ribbon emas mengelilingi dinding dewan dan juga belon putih
emas terapung di atas dewan, menutup dinding Dewan tersebut.
“Oh man…. mereka dah Berjaya hias
Dewan ni macam syurga.” Puji Ben kepada perhiasan rakyat Sylvianne telah buat.
“Aku rasa separuh darinya mereka tempah luar negara.”
“tentulah mereka akan tempah.
Mereka nakkan yang terbaik untuk Miracle.” kata Spring dengan senyuman, mata
tak terlepas dari Gerbang suci di belakang dewan yang kelihatan bercahaya
kerana cahaya mentari mencelah masuk dari tingkap belakang dewan tersebut.
“Jom ambil tempat duduk belakang.”
Kata Manda tidak menghiraukan mereka dan heret Spring ke tempat duduk belakang
sebelah kiri. Ben hanya menggeleng dan mengekori mereka.
“Kau rasa bila Pole dan Nuez sampai
sini?”
Spring yang bercerita dengan Manda
memandang ke pintu masuk Dewan, tetamu VIP telah masuk dan memenuhi dewan
tersebut. “tak lama lagi. dalam masa 5 ke 6 minit macam tu.”
Ben menarik sengih. Tahu sangat
Pole akan lambat kalau ia berkaitan gaun Miracle. “Harap mereka cepat, Miracle
tu jenis yang punctual.”
Tak sampai seminit, Pole dan Nuez
muncuk di dewan tersebut dan duduk bersama mereka. Mereka berdua
termengah-mengah sepertinya baru sahaja habis marathon. Nuez dah melonggarkan
tali leher dengan coatnya dalam tangan, manakala rambut Pole yang di ikat ketat
menjadi bun dah longgar, dengan beberapa helai rambut melekat pada lehernya
yang berpeluh.
“Korang berdua dah kenapa?” Soal
Ben sambil menjungkit kening.
“Penyamaran…. yang teruk….. menjadi
pembantu….. di istana.” Kata Nuez antara nafas sebelum menarik nafas dalam.
Pole mengangguk setuju. “Kami
hampir terkantoi sebab skip kerja banyak kali untuk lari dari istana tu. Banyak
kerja dia bagi kat kami.” Pole menghulurkan tangannya kearah Manda tanda dia
minta beg sandang Manda dan mengeluarkan beg make upnya.
“Kau sempat make up?” soal Nuez tak
percaya.
Pole hanya tersenyum. “Ia wajib
okay. wanita kena sentiasa kelihatan lawa.”
Mereka yang lain hanya menggeleng
melihat telatah Pole. Pole tak berubah dari dahulu sampai sekarang. Berhati
wanita! Mereka masih tertanya-tanya macam mana Pole boleh jadi Transexual tapi
keinginan menyoal Pole menghilang setiap kali melihat perangai Pole. Ia
sepertinya perangai Pole menjawab segala persoalan mereka.
Dewan menjadi senyap secara
tiba-tiba membuat mereka semua memandang Holy Gate.
“Oh! Ia dah mula!” bisik Spring
dengan riang, melihat rajah Sylvianne berdiri di sebelah pembaca ikrar,
kelihatan segak dan bergaya di bawah Gerbang suci tersebut dengan baju
pengantin tradisional di raja itu.
Jelas pada wajah Ellen yang dia
gementar berdiri di bawah gerbang tersebut. Mukanya kelihatan pucat dan
berpeluh, walaupun dewan tersebut cukup sejuk untuk mereka hasilkan setitip
peluh. Ia wajar untuk pengantin lelaki rasa gementar. Ini kan majlis
perkahwinan mereka.
“Pengantin
perempuan akan masuk ke dalam Dewan.” Jurucakap majlis itu bersuara melalui
microphone. Dengan signali tu, pemain piano memainkan lagu ‘here’s come the
bride’ dan sesaat kemudian, pintu dewan terbuka dari luar dan pengantin
perempuan masuk kedalam Dewan bersama veil yang menutup wajahnya.
Semua orang dalam dewan itu
berhenti bernafas melihat kejelitaan bakal permaisuri tersebut. Gaun putih yang
kembang bersama shash panjang terikat pada sanggulnya, panjang hingga mencecah
lantai seperti mana panjang gaunnya. Sejambak bunga ros di dalam tangan, Ros
merah, semerah bibir pengantin yang mengukirkan senyuman manis.
“Woaaa…. Cantiknya Mira.” Bisik
Spring dengan mata bersinar-sinar. Dia tak sangka dia dapat lihat kawan baiknya
berkahwin, setelah berjanji dekat Rick yang dia takkan kembali ke Sylvianne,
dia takkan jangka akan melihat Miracle dalam keadaan seperti ini.
Pole tersenyum nakal. Nampaknya
pereaka fesyen tu dapat pujuk Miracle ubah gaun simple ke gaun kembang.
“Nu, kau dah bagitahu Raja Ellen
ke?” Soal Ben dengan bisikan tanpa matanya terlepas dari wajah pengantin lelaki
yang juga tergamam.
“Dah. Dia tahu kita di sini.”
Pandangan Ben beralih ke Nuez.
“Dalam Sylvianne?”
Nuez mengangguk. “Dalam dewan.”
Pengantin perempuan itu tiba di
sisi Ellen dan tertawa kecil bila lihat Ellen buat muka tak selesa membuat
tetamu mereka ‘awww’ kat kecomelan mereka berdua.
Pembaca ikrar mula membaca ikrar
perkahwinan mereka berdua seperti mana-mana ikrar perkahwinan dan kedua-dua
pengantin mengatakan mereka setuju.
dua cawan yang di perbuat dari emas
di berikan kepada mereka untuk pegang. Setelah itu, dia mengikat kedua gelas
dalam genggaman mereka sebagai symbol mereka telah bersatu sebagai suami isteri
dan menyuruh mereka minum dalam air tersebut.
Akhir sekali, saat yang di tunggu-tunggu,
Pembaca ikrar itu berikan cincing mereka dan menyuruh mereka sarung pada tangan
pasangan mereka.
“That’s perfect.” Kata Pembaca
ikrar itu dengan lembut. “Now, you two officially husband and wife. You may
kiss your bride your Majesty.”
Semua tetamu berdiri dari kerusi
mereka untuk melihat wajah Permaisuri baru Sylvianne, terutamanya 5 anak kapal
Axerialeth ini.
Sebaik sahaja veil pengantin di
angkat oleh Ellen, mereka berlima menarik nafas tajam tanda terkejut.
OH MY GOD!
>X<
“M-Miracle?”
Wanita yang Rick pasti sepatutnya
berada di dewan perkahwinan sekarang ni berada di depan matanya, lengkap dengan
gaun pengantin, sarung tangan putih sampai ke lengan, cekak veil atas
kepalanya, make up, perhiasan dan juga sehelai sampul surat pada tangannya.
Miracle bercekak pinggang di depan
lelaki yang kelihatan seperti ikan kekurangan air, mulut terbuka-tertutup
kelihatan ingin cakap sesuatu. Dia memang nak cakap sesuatu.
“Miracle a-apa kau buat kat—” PACK!
Satu tumbukan sampai ke muka Rick
hampir buat kepala lelaki itu berputar 180 darjah tapi tak sekuat mana untuk
jatuhkan Rick. tapi ia tetap sakit.
“Ow! What was that—” Ayatnya mati
sekali lagi bila Miracle mencengkam baju Rick dengan sebelah tangan dan tangan
satu lagi di tarik ke belakang kepalanya. Rick terus menutup mata menunggu
impak yang lebih sakit dari perempuan yang berang ini.
Tapi, perkara yang tak jangka
berlaku. Pukulan Rick tunggu-tunggu bukan lah pukulan yang dia fikirkan. Ia
masih sebuah pukulan. Pukulan yang sangat
mengejutkan. Tapi ia bukan tumbukan atau tamparan dari tangan ke muka. Ia dari
bibir ke bibir. Miracle ke Rick.
Rick terkejut untuk seketika
sebelum dia mula memeluk pinggang Miracle membawa perempuan itu rapat
dengannya. rahangnya mungkin sakit sebab tumbukan Miracle tadi tapi Rick
abaikannya, kerana ia membuktikan yang ini bukan khayalan. Miracle betul-betul
berada di hadapannya, dalam dakapannya. Dia berada di sisinya sekarang ni.
Baru je dia nak balas kucupan
tersebut, Miracle dah pun tolak Rick dan memukulnya sekali lagi. kali ni dia
tampar.
Dan sekali lagi Rick terkejut. Dia
hanya pandang wajah Miracle seperti kulit perempuan di depannya tu bertukar
menjadi hijau sambil otaknya masih memikir apa yang dah terjadi 12.5 saat yang
lalu.
Rick nak rosakkan Perkahwinan tapi
Miracle ada di depan mata. Miracle tumbuk dia hampir buat rahangnya tercabut.
Lepastu Miracle Cium dia. then, Dia tampar Rick balik? What the hell?!!
“Now what?” Soal Rick dengan nada
rendah, keliru dengan tingkah laku Miracle sekarang ni.
“I’m still mad at you, you know!”
Katanya sambil bercekak pinggang.
Rick memandang Miracle dari atas ke
bawah. Dia kelihatan sangat cantik dalam gaun tersebut. Apatah lagi bila
wajahnya yang merah akibat marah? Adakah dia marah?
Rick menarik sengih. “Really? Kalau
kau marah kenapa kau cium aku?” senyuman Rick tambah lebar bila melihat wajah
Miracle tambah merah. “Hmm?”
“I-Itu—Urrgghh!” Dia memukul bahu
Rick. “Apapun, aku masih marah dengan kau.” Dia mengangkat sampul surat di
depan muka Rick. “Kau kata aku lemah? Kau tinggalkan aku sebab kau tak boleh
lindungi aku? Di sebabkan aku takda CR lagi kau akan tinggalkan aku macam tu
je? Huh?!” Miracle menolak Rick membuat lelaki itu membelakangkan dinding kaca.
Miracle mendongak memandang tepat ke wajah Rick, memberi renungan tajam. “Well,
tough luck Capn’. Bukan mudah untuk kau buang aku macam tu je.”
Rick hanya memandang Miracle. tidak
cakap apa-apa. Melihat Miracle sekarang ni, yang masih membara, masih kepala
batu dan not to mention pushy. Dia membuat hati Rick berbunga melihat Miracle
marah seperti ini. Ia bermaksud Miracle masih mencintainya. Selama setahun ini
miracle masih lagi menginginkannya walau apa yang Rick telah buat kepadanya.
“I know.”
“Huh! Siapa kesah pasal perkahwinan
tu. Ia bukan aku punya pun, ia Glend—Apa?” Miracle memandang Rick semula. Apa
dia kata tadi? “Apa kau maksudkan kau tahu?”
Rick mengambil selangkah mendekati
Miracle tapi miracle mengambil langkah kebelakang. “Aku tahu kau tak mudah di
buang. Kau bukan benda yang senang di buang Miracle. kau bukan sampah.” terukir
senyuman halus di hujung bibirnya melihat muka cuak Miracle. “Kau lebih dari
itu. Aku tahu kau lebih kuat dari apa orang ingatkan. Aku tahu kau boleh
lindungi diri kau sendiri. Heck you even lived alone as an assassin and cheated
death more than twice. Aku tahu Miracle.” Dia mencapai lengan Miracle supaya
perempuan tu tak mengelak darinya. Kali ini Rick merenung kearah Miracle. “Aku
tahu kau siapa. Kau lebih dari apa yang kau fikir aku fikirkan.”
“I-If you knew.. t-than why you’d
do it?” Segala kemarahan Miracle hilang, hanya meninggalkan suara kecil keluar
dari mulutnya. Renungan Rick sentiasa buat miracle lemah di lutut.
“Kau dah tahu jawapan tu Mira.”
Katanya dengan senyuman kecil menjeling kearah surat dalam tangan Miracle.
Miracle menggenggam erat sampul
surat tersebut. “Tapi aku nak dengar dari mulut kau sendiri.” Katanya dengan
nada lebih kuat dari sebelumnya.
Rick menutup mata dan menarik nafas
dalam. This girl will be the death of him. “Sebab aku seorang pengecut.”
Katanya kembali memandang Miracle. “Aku pengecut. Aku tak percayakan diri aku
sendiri. Aku tak yakin kalau aku boleh bahagiakan kau bila aku sentiasa letak
nyawamu dalam bahaya. Setiap kali aku ingin lindugi kau, pasti ada sahaja celah
untuk kau terjebak antara hidup dan mati. Aku cuai. Aku sentiasa cuai bila kau
ada di sisiku.” Dia menganggam lengan Miracle dengan erat dan menariknya lebih
dekat. “Aku seorang penakut. Aku takut satu hari nanti kau akan pergi—God
forbids—kau akan mati disebabkan aku. Dari aku merbahayakan nyawamu disebabkan
aku, lebih baik aku lepaskan kau di tempat yang lebih selamat… dan mungkin…
kau… akan lupakan aku.” Dia diam seketika, melepaskan lengan Miracle dan
membelakangkan perempuan itu. “Sebab itu aku lepaskan kau. Bukan sebab kau
lemah. Aku sebenarnya yang lemah. Ia salah aku. Bukan kau.”
Miracle melihat belakang Rick yang
tegang. Umpama segala beban dan kesalahan tentang Miracle dia pikul di
belakangnya. Dia mencapai,menyentuh bahu Rick, memutar lelaki itu kearahnya.
“Kau salah.” Katanya dengan lembut.
“Aku tahu.”
Miracle menggeleng. “Tak. kau tak
tahu.” Dia memegang kedua pipi Rick, mengusap lembut tulang pipi Rick dengan
ibu jarinya.
“Apa yang kau maksudkan?—”
Terukir senyuman manis pada bibir
Miracle yang Rick rindui. “Kau tak tahu Rick… kau tak tahu yang aku tak boleh
lupakan kau. Apapun terjadi, apapun kau buat kat aku, aku takkan lupakan kau.
Sebab kau dah curi hati aku dahulu. Mustahil untuk aku cintakan orang lain lagi
selain kau. You idiot.”
Rick terus memeluk Miracle dengan
erat, menanam wajahnya dalam rambut Miracle. “I’m sorry… I am so sorry.”
Miracle membalas pelukan tersebut
dengan senyuman. Jarinya bermain dengan hujung rambut Rick. “I know. janji kat
aku, kau takkan buat macam ni lagi.”
Rick merenggangkan pelukannya.
Matanya merah dari menahan menangis, tapi tangisan itu adalah tangisan gembira
kerana terpapar sebuah senyuman pada wajahnya. “I promise. I swear with my
life.”
“Good.” Katanya dengan anggukan.
Bila dia melihat Rick dekatkan wajahnya pada Miracle, dia segera mengelak
dengan membelakangkan kepalanya. “You know, I hate you right now.”
Rick membuka matanya, memandang
Miracle dengan kening terjungkit. “Come on Mira, you ruining the mood.”
Miracle tersenyum puas. “Exactly.
Itu salah satu hukuman kau.”
Rick memutarkan bola matanya. “You
have got to be kidding me. Ben dan yang lain dah cukup hukum aku, takkan kau
juga? Give me some mercy.”
Miracle hanya tertawa. “kau fikir
aku betul-betul akan benci kau ke selepas aku cium kau tadi? oh FWI, tadi tu
sebab aku dapat tahu kau masih ada perasaan dengan aku.”
Rick pula menarik sengih. “kau
pasti ke aku masih ada perasaan aku kat kau tu, cinta dan bukannya rasa
bersalah?”
Di sini senyuman Miracle hilang.
“you Bastard.” Dia terus menolak tangan Rick ingin melepaskan diri tapi Rick
eratkan pelukannya sambil tertawa.
“I’m just joking!”
“What?—Isshh!” Miracle memukul dada
Rick. “You jerk!”
“Ow! It’s hurt, woman!”
“Good!” Miracle menjelir lidah. Dia
terus menutup mulutnya bila Rick hanya pandang dia. “Apa?”
“Do that again.”
“Do what? This?—Hmmpph!” Rick terus
mengucupnya bila Miracle melakukannya sekali lagi, menyentuh pipi miracle
dengan lembut bersama jarinya membelai rambut miracle dan tangannya lagi satu
memeluk Miracle lebih rapat kepadanya.
Miracle pula mencengkam baju Rick
menarik lelaki itu lebih dekat kepadanya, merindukan kehangatan lelaki itu tapi
kucupan mereka terputus bila Rick menarik dahulu membuat Miracle buntu.
“Rick? kenapa ni?” Soalnya sedikit
hilang nafas. Dia melihat Rick memejam mata dengan erat sambil memegang kedua
tangan Miracle yang menganggam baju Rick. Bila Rick menarik tangan Miracle, dia
mula risau. “R-Rick?”
Rick tersenyum kecil dengan dahi
yang berkerut. Menenangkan perasaan Miracle. “Jangan risau. aku tercedera dari
misi sebelumnya. pisau terkena kat dada aku—Ia tak teruk sangat, aku sempat
elak tapi tetap tertusuk—ia tak dalam sangat.” Katanya dengan cepat bila riak
wajah Miracle menjadi pucat.
“Kau tercedera?” Dia menyentuh dada
Rick dan dapat rasakan bandage di sebalik baju tidurnya. “dan aku benarkan aku
pukul kau?!”
“Hey bukan salah aku budak tu ada
pisau kat boot dia—”
“Kau dapat bertindak dari serangan
tu tapi kenapa tak dapat elak? Kau lambat bertindak? How??”
Rick mula rasa Miracle ni Manda.
Mereka mempunyai soalan sama bila dapat tahu Rick tertusuk pisau tersebut dan
jawapan yang sama. “Aku cuai. Aku kurang tidur malam tu dan hilang focus.”
“Kenapa kau tak tidur? Apa yang kau
fikirkan—Oh.” Ayat Miracle terhenti bila dia dapat tangkap kenapa Rick kurang
tidur. “Pasal perkahwinan aku ke?”
“Gosh atleast kau dapat tangkap
cepat dari Manda.” Katanya menghembus nafas lega.
“Asal Manda—apapun, ia bukan
perkahwinan aku—”
“Itu perkahwinan Ellen dan Glend.
ya, kau dah cakap tadi.”
“Really?” Soal Miracle. “Bila aku
cakap—”
“Dude Miraya! Tempat ni besar giler!”
Mereka berdua memandang kearah satu
suara baru yang muncul di second base tingkat dua, baru keluar dari lift kapal.
Rick terus berdiri depan Miracle
melihat lelaki yang tak di kenali berada di dalam kapal tersebut. “Macam mana
kau boleh masuk sini?”
Kevin memandang kearah Rick dan
menyandar pada railing tingkat dua itu sambil salute kat Rick. “Holla Capn’.
Kevins the name.”
“I don’t care who you are. Aku nak
tahu bagaimana—”
“Dia dengan aku Rick.”
Rick berputar memandang Miracle.
“Apa? Dengan kau?”
Miracle mengangguk. “Kevin turun
sini. Ya… aku dan Kevin rancang nak lenyap dari Sylvianne time Majlis
perkahwinan Ellen untuk elak Prez soal kami 1001 soalan kenapa kitorang nak
pergi.”
“Dan kami rancang untuk kejar
Axerialeth tapi nampaknya kapal ni ada di atas Sylvianne sepanjang hari ni.
Jadi senanglah kerja kami.” Sambung Kevin setelah dia turun dari tingkat dua
dan berjalan mendekati mereka. “Kami rancang kalau kau tak terima Miraya, we’ll
just hit the road and travel around the world like we planned.”
Rick memandang ke arah Miracle.
“Miraya? Travel? Siapa lelaki ni?” soalnya mula rasa curiga.
“Jangan cemburu Rick—”
“Aku tak cemburu—” Dia nafikan
“—Kevin P.A aku dan juga sepupu
Maya.” Miracle mengabaikan sampukan Rick. “Dia call aku Miraya dari gabungan Miracle
dan maya. It’s a long story but ya, kami berdua rancang.”
“So technically Miracle sepupu aku
juga.” Kevin bersuara dengan senyuman nakalnya. “Jangan risua, dia terlalu tua
untuk aku—Ow!”
Miracle sempat luku kepala Kevin.
“Anyways, boleh tak Kevin join in Axerialeth sekali. He is my cousin. Aku
takkan tinggalkan dia sendiri.”
Rick memandang Kevin dan kembali
pada Miracle untuk beberapa kali. Nak bawa lelaki ni masuk Axerialeth? Lelaki
yang dia tak kenal? Dia tak tahu apa sejarah antara miracle dan Kevin. Ya,
mereka sepupu tapi apa-apa sahaja boleh berlaku antara mereka berdua. Bukan
Rick tak percayakan Miracle.. dia tak percayakan budak nama Kevin ni. Macam
mana kalau dia ada perasaan dekat Miracle?
“Come on Rick, dia juga tolong aku
yakinkan penduduk Sylvianne untuk tak kahwin dengan Ellen. Kiranya kau berjasa
dekat dia.”
Rick memandang wajah merayu Miracle
dan mengeluh. Dia tak boleh lawan mata tu. “Fine.—tapi dia kena di uji dulu.
Aku tak terima orang sembarangan masuk kapal aku ni. Faham?”
“Right Bos.” Kevin mengenyit mata
membuat bulu remang Rick naik satu badan. Dia gay ke?? “Bila ujian tu?”
“Bila yang lain balik. Kau boleh
rehat di bilik kosong sementara tunggu dorang. Naik atas, belok kiri, pintu ke
7. Password 123456.”
Kevin hanya tersenyum, senyuman
nakal yang sentiasa terpapar pada wajahnya. “Alright.” Dia memandang kearah
Miracle dan mengenyit mata. “See ya Mira.” Dengan itu dia menghilang dari pandangan
membuat Rick terkejut.
“Dia ada ability menghilangkan diri
dan teleportkan diri. Oh dan juga telepathy.” Miracle jelaskan kebolehan Kevin,
tahu sangat apa yang bermain di fikiran Rick.
Rick kembali memeluk pinggang
Miracle, membawa perempuan itu dekat dengannya semula. “You owe me big time for
this.”
Miracle tersenyum dan mengucup pipi
Rick “Thank you. This means a lot to me.”
“You welcome. And uhm…. Welcome
home.” Kata Rick dengan senyuman manis.
Mata miracle mula berkaca dan
memeluk Rick dengan erat. “Glad to be home.” Katanya dengan nada pecah,
menangis dalam dakapan Rick.
Rick mengucup rambut Miracle dan
rehatkan dagunya atas kepala Miracle. “Ya.. glad you are back.”
>Fin<
(A/N: Mwahahahahahahahahahaha!!!!!!!!! Okay, that’s it for Axerialeth:
Ship of Dream! Booya! Siap jugak akhirnya Woohooo!!!! Lepas ni novel seterusnya
pulak >A< tasyabal nya angah!
Hahahaha, see uolls dekat novel Lavender on Venus Encounter a.k.a L.O.V.E)
Ola...best giler...new novel please. .I'm waiting for it...
ReplyDelete