Fourteenth L.O.S.T
An old secret
Ivy mengendahkan
pandangan orang istana pasti mempersoalkan wajah Ivy yang sembab, hidung merah namun
matanya membara seperti dia sedang marah. Membuat pekerja istana takut akan
ahli sihir itu.
Ahli sihir ini
hanya tumpukan perhatiannya di hujung laluan istana di mana ia akan bawa Ivy ke
bilik penyelidikan Hansel. Dia cuba
tumpukan perhatian pada perasaannya yang secara perlahan redah dari kesedihan.
Dia taknak bila dia masuk kedalam bilik tu, perkara pertama mereka akan tanya
mengapa Ivy kelihatan seperti dia baru sahaja bersedih.
Tak, Dia kena
pakai topengnya sekali lagi. Topeng yang menyembunyikan segala kerisauan dan
kecelaruan dalam minda.
Ya, Mindanya
bercelaru; Dia rasa tidak aman dari awal Ivy mulakan ‘pengembaraannya’ bersama
The Great Wizard Merlin. Dia tak dapat nak tidur dengan lena, walaupun Diaval
cuba untuk tidurkan dia seperti dahulu kecil. Kadang kala dia ingin masa
bersendirian namun jika dia menyendiri terlalu lama mereka akan tahu dia ada
masalah. Hansel tahu dia ada masalah. Itu perkara
terakhir dia nak, Hansel risaukan dia sedangkan lelaki itu ada perkara lebih
penting yang patut dia risaukan.
Ivy rasa seperti
matanya di silaukan dengan masa silam bila dia teringatkan lagi kata-kata Louis
pada malam penuh tragedy itu. Di mana Louis janji yang dia akan buat apa sahaja
untuk pastikan Ivy berada di sisinya.
Ayat Louis yang bermain
didalam minda Ivy hampir membuatkan topengnya jatuh. Hatinya hampir luntur
dengan kata-kata janji dari Puteranya. Ivy tidak pernah menyangka yang Louis
akan pergi sejauh tu untuknya. Membuat keputusan yang sangat berisiko tinggi,
membolehkan namanya rosak, membuat kepercayaan rakyat Enchanted pada bakal Raja
mereka hancur dan…. Segala kerja Louis selama ini menjadi sia-sia.
Mengapa lelaki tu
bodoh sangat? Hanya kerana cinta dia sanggup rosakkan segala kerja kerasnya?
Beban yang dia tanggung akan menjadi lebih berat dan rasa bersalah Ivy padanya
akan menjadi lebih besar.
Hanya kerana
perasaan kasih dan sayang pada ahli sihir kejam dia sanggup bekorban sebesar
itu walaupun dia tidak pernah dengar yang Ivy mengutuskan kata cinta padanya?
Dear Lord… Ivy tak pernah beritahu Louis
yang Ivy juga cintakan dia…
Ya, topengnya
hampir jatuh dari menyembunyikan perasaan sebenarnya. Bibirnya sudah jatuh ke
bawah, mata kembali menyengit. Tangannya naik untuk menyentuh mata tapi dia
segera menarik tangannya, menjadi penumbuk dan kembali berdiri tegak. Menarik
nafas tajam.
Tidak. Dia menggeleng kuat membuat
rambutnya terhumban ke kiri dan kekanan seperti lingkaran air sungai. Ivy
menggenggam kedua tangannya di sisi, mencengkam hujung jubahnya dengan kening
berkerut serius.
Tidak. Dia tak
boleh seperti ini, dia tak boleh risaukan mereka didalam bilik itu lagi.
Sebaik sahaja Ivy
tiba di hadapan bilik penyelidikan dan ingin membuka pintu, kelibat lelaki
tembam membuka pintu itu dahulu kelihatan. Membuat langkah Ivy terhenti. Begitu
juga Tom Thumb.
“Oh CIk Ivy.” Tom
thumb tangan memegang tombol pintu. Memandang tepat pada mata hijau Ivy membuat
bulu roma Tom Thumb meremang tanpa sebab. Expressi wajah kosong ahli sihir
kejam itu berikan pada dia dan renungan tajam seperti ia boleh makan roh Tom
kalau dia berkelip.
Hanya dengan
ekspressi wajah itu membuat lutut the believers ini menggigil. “E—Encik Hansel
tiada di bilik ni sekarang tapi CIk boleh tunggu dia di sini kalau cik nak-
Ivy mengangkat
tangan. “Dia di mana?”
Tom Thumb menelan
air liur kelat, dapat rasa dahinya mula berpeluh dari perasaan gemuruh. “U-uhm…
Di menara selatan istana? Bersama The Great Wizard Merlin.”
Tom Thumb belum
habis bercakap Ivy telah berputar ke arah mana yang The Believers muda itu
cakapkan tanpa mengatakan apa-apa padanya.
Melihat Ivy
bergerak pergi, lelaki tembam ini menghembus nafas yang dia tak tahu dia tahan
selama ini dan mengelap dahinya yang basah dengan lengan bajunya.
“Tom, kau okay?”
Maddison munculkan diri dari belakang Tom, menyentuh bahu kawan sekerjanya dan
perasan yang Tom menggeletar sedikit. Sebelum memandang keluar pintu, melihat
jubah belakang Ivy the Devil menari megah di atas laluan istana.
“Dia satu mimpi
ngeri.” Itu jawapan Tom pada Maddison.
Sementara itu,
ekspressi kosong ahli sihir muda ini menjadi serious, dahinya berkerut dengan
satu tanda tanya bermain didalam mindanya. Mengapa Hansel berada di menara tu?
Adakah dia juga mempunyai urusan tersendiri dengan Permaisuri Aurora?
Langkah Ivy
terhenti sejenak, terfikirkan kelakuannya sebentar tadi pada Permaisuri
kerajaan tersebut, hanya sejenak sebelum dia kembali berjalan ke destinasinya.
Apa yang dia
katakan tadi adalah benar pada Permaisuri Aurora, dan dia tidak boleh
memperbetulkan apa yang telah berlaku. Hanya satu perkara sahaja Ivy boleh
lakukan, iaitu memakai topengnya dan minta maaf.
Bukan perkara yang
Ivy gemari dan bukan juga tempat Ivy untuk tunjukkan lagaknya. Dia hanya rakyat
biasa di Enchanted dan dia sepatutnya bersyukur dia tak dihumban terus kedalam
penjara kerana meletup dihadapan
Permaisuri Etalean. Apatah lagi dengan sejarah antara Ibunya dan Permaisuri
itu. Pasti lebih besar konflik itu akan jadi dan Ivy mungkin di hokum pancung.
Tiba di menara
tersebut, Ivy naik tangga berputar itu agak laju membuat jubah belakangnya
seumpama terbang di udara dengan begitu megah.
Dan setiba sahaja
dia di hadapan pintu masuk, dengan sedikit nafas hilang memanjat tangga
sehinggi 40 kaki, dia ingin mengetuk pintu tersebut tapi langkahnya terhenti
bila dia dengar bisikan-bisikan halus kedengaran dari dalam bilik itu, menarik
perhatian Ivy untuk mencuri dengar.
“Sumpahan Lady
Morgana tidak membenarkan apa-apa sumpahan menimpah keatas Putera George. Jadi
mustahil untuk Cik Ivy santau Putera George.”
“Tiada sebab Ivy
nak santau Putera tu. Semua tahu yang Ivy terlalu baik untuk santau dia.”
Kedengaran Wizard
Merlin mentertawakan mereka. “Mengaku je lah, yang CIk Ivy cinta tulus pada
Putera George.”
“We will not!”
Ivy menyentuh
pipinya yang merah, dapat tahu dua lelaki dan satu burung gagak didalam bilik
itu sebenarnya memperkatakan dia; dan ia berkenaan perkara yang paling Ivy
taknak di bangkitkan oleh sesiapa. Dia sendiri taknak bangkitkan subjek itu
selama mana dia mampu dahulu dan mendengar dari mulut orang membuat dia rasa segan
tak tekata.
Walaupun Ivy malu
dengan perbualan mereka, telinganya tetap tajam mendengar pembicaraan mereka
didalam. Dia yakin, dia dengar mereka membangkitkan isu Sumpahan Lady Morgana.
Dan ia ada kena mengena dengan Louis?
Nampaknya Wizard Merlin berseronok mengenakan
Diaval dan Hansel, dia ketawa dengan riang. “Apapun, Putera George naik berang
kerana kita sembunyikan kes ini darinya. Kerisauan saya dia akan gunakan
kuasanya sebagai pemerintah Enchanted untuk tangkap penjenayah ini akan
berlaku. Dia tak patut risaukan Villain Losing Heart.”
“DIa sepatutnya
focus dalam persediaan berperang. Sebaik je dia jadi Raja Enchanted, masanya
menjadi singkat dan….” Ivy tekan telinganya pada pintu kerana tidak dengar
suara Hansel. Dia dengar keluhan berat. “Bukan saya tak percayakan kebolehan
Putera George, Cuma…. Bersiap sedia dari awal sebelum menyesal. Perang bukan
berlaku dalam masa sehari.”
Perang? Ivy
jauhkan pipinya dari pintu itu, merenung permukaan kayu antic dengan penuh
persoalan. Dia tak suka apa yang mereka sedang perbincangkan, ia buat Ivy tidak
sedap hati. Seperti jantungnya ingin luruh.
“Nanti—waktu
peperangan ini tercetus ada had masa ke? Tuan pasti ramalan Tuan tak salah? I
mean—not to underestimate you tapi Tuan tak boleh ramal segalanya yang berlaku
dengan tepat, malah, secara detail.”
Diaval tahu
tentang peperangan ni?! Oh that bird gonna get it later! Desis hati Ivy, menyumpah seranah penjaganya
berani berahsia dengan Ivy. Lagipun, mengapa Diaval mengikut
perbincangan mereka? Dan…. kenapa Diaval dalam bentuk manusia pula?
Ivy tak dengar
apa-apa selepas itu. Mereka diamkan diri untuk seketika membuat Ivy fikir yang
mereka dah agak kehadiran Ivy di sebalik pintu, sedang curi dengar perbualan
mereka.
“Diaval, It part
of the curse. Dalam Sumpahan Lady Morgana dia ada mengatakan waktu kemenangan
hanya terletak didalam tangan Putera George namun bila pasir masa hayat George
tamat, harapan untuk Enchanted juga tamat. Pasir
masa D, means it will end.”
“Then, Berikan
takhta tu kepada Puteri Ezra. Jika Putera George punca peperangan berlaku.
Then, ‘peperangan yang korang cakapkan ni takkan berlaku.”
“Kamu ingat saya
tidak fikir semua tu? Mengapa lagi saya buat pemilihan bakal Pemerintah
Enchanted 9 tahun lalu? Rakyat memilih Putera George dan Puteri Ezra. Saya juga
cuba memujuk pemerintah-pemerintah Enchanted untuk pilih Puteri Ezra sebagai
pemerintah tapi mereka tetap memilih Putera George. Saya juga tangguhkan
pertakhtahan Putera George selama 3 tahun. Tiga
tahun, dalam masa tu cuba mengubah pendapat para Raja dan Permaisuri kearah
Ezra. Namun tidak berhasil.”
“How? Setahu saya
Puteri Ezra agak digemari ramai.”
“Kejadian Puteri
Ezra di rasuk Losing Heart.” Hansel bersuara dengan pahit. “Kejadian tu
membuatkan Para Raja dan Permaisuri meragui kebolehan Puteri Ezra memerintah
seluruh Enchanted jika dia boleh terkena sumpahan dengan mudah.”
“Kamu tak Nampak
ke Diaval? It’s the curse, Putera George ditakdirkan untuk menjadi Pemerintah
Enchanted.” Wizard Merlin bersuara. “dan dia tidak boleh melarikan diri lagi
dari takdirnya, saya juga tidak boleh menolong dia melarikan diri. Ia hanya
membawa malapetaka pada semua orang di tanah ni.”
“It’s maybe a
coincidence.” Balas Diaval kedengaran tegas.
“Kebetulan atau
tidak, lihat apa dah jadi pada Puteri Charlotte, Puteri Ezra? Raja Arthur dan
Permaisurinya. Jika Putera George menolak takdirnya, benda buruk akan menimpah
pada diridan orang di sekelilingnya. There’s no other way.”
“Tapi kalau dia
kalau terima takhta tu pun Enchanted akan hancur juga.” Diaval Bersuara.
“Dia dikurniai
dengan Magic Royal Fairies. Dia akan menjadi Raja yang akan membawa kemenangan
pada kita didalam peperangan ini nanti.”
“Masalahnya… masa
yang diberikan pada Putera George untuk memimpin kita agak singkat. Dia
perlukan setiap masa tertumpu pada persediaan peperangan bukan kes ini. Ia akan
melambatkan masa dan takut persediaan perang tidak lengkap dan kita tidak dapat
mencapai kemenangan sebelum jangka hayat Putera George tamat.” Ivy tidak dapat
nak pastikan jika Hansel sedang meragui Louis atau risaukan bakal Raja
Enchanted yang dia tak seberapa suka.
“What the
f*ck--dan orang Enchanted terima semua ini dengan rela? That their king will
die just like that?”
“Rakyat tidak tahu
tentang Sumpahan Lady Morgana ni Diaval. Bukan semua yang tahu.”
“Bukan
semua--maksud Tuan, ada rakyat tahu tentang benda ni?” Diaval diam seketika
sebelum menjerit. “Siapa?!”
“Beberapa The
Believers tahu dan seorang perempuan bernama Jill. Dia…. bekas kekasih Putera
George dan Putera George beritahu perempuan tu. She’s the only one knows dan
dia bersumpah untuk tutup mulut. She’s a good girl.”
“Tapi jangan
beritahu Ivy.” Hansel bersuara membuat Ivy memandang pintu bilik itu, seperti
dia boleh lihat Hansel melalui pintu tersebut. “Jika dia tahu PUtera George
tidak hidup lama… who know’s what that witch will do.”
Ivy sudah tidak
sanggup mendengarnya lagi. Dia membelakangkan diri dari pintu itu dengan
gelengan tidak percaya. Menyentuh dadanya yang terasa berat selepas mengetahui
semua itu.
Perang? Perang apa? Dan mengapa Louis harus…
dia tidak mempunyai masa yang panjang lagi?
Dia… Louis akan mati selepas dia menjadi
Pemerintah Enchanted?
Apa?
Tidak… tidak…bukan
ini yang Ivy ingin dengar. Mengapa perkara seperti ini mesti berlaku? Ivy tak
faham… dia tak faham mengapa—Dia perlukan keterangan yang lebih jelas.
Apa yang sedang
berlaku dibelakangnya sebenarnya ni? Mengapa Hansel dan Diaval boleh tahu
sedangkan dia tak boleh? Mengapa dia tak boleh tahu?
Dengan tangan yang
menggeletar, Ivy mencapai tombol pintu itu, inginkan keterangan dari mereka.
Dia tidak ingin dihantui dengan tanda soal.
Tapi. Dia menarik
tangannya semula. Memeluk kedua tangan di dada, merasakan ketakutan menguasai dirinyanya,
takut akan mengetahui kebenaran yang ssangat buruk. Takut mereka akan
mengetepikan Ivy dan biarkan dia didalam kegelapan lagi. Menyembunyikan
kebenaran dari pandangan Ivy, sedangkan Ivy sudah boleh lihat sedikit bayangan
sebuah rahsia itu.
Wizard Merlin mungkin akan padam
pengetuannya tentang Louis dan Sumpahan tu…
Ivy menggeleng.
“There’s no way I’ll let them do that to me.” Bisiknya dengan rendah dan
berpaling bertentangan dari pintu tersebut, Turun dari menara, menuju ke pintu
utama Istana namun langkahnya terhenti bila dua penjaga pintu itu bersilang
lembing mereka dihadapan Ivy..
“Maaf Devil.” Penjaga pintu masuk istana
merenung jijik pada Ivy. “tapi tiada siapa yang boleh keluar dari istana ni
tanpa kebenaran Raja Philip.”
“Aku Apprientice
Wizard Merlin.” Ivy cuba menahan marahnya tapi tidak bermaksud dia kena
sembunyikan ekspressi wajahnya. “Aku boleh keluar mengiku suka hati aku.”
Seorang dari
penjaga itu menarik sengih. “Heh, terutamanya anak Maleficent. Kami tak boleh
lepaskan kau dari pandangan kitorang. Selepas apa ibu kau tu buat pada
Permaisuri kami.”
“What the—I don’t
have time for this!” Ivy mengeluarkan kayu saktinya dan meletak satu jampi
ringkas pada dua penjaga itu. ‘Jampi Hipnotis’ membuat mereka berdiri tegak
seperti patung dengan mata tertumpu pada Ivy. “Saya boleh keluar masuk istana
ni sesuka hati saya. Faham?”
Kedua penjaga itu
menganguk faham dan Ivy memetic jarinya. Membuat dua pengawal itu menggeleng
dan memandang Ivy semula.
“Oh, maafkan kami
Cik Ivy.” Kata salah seorang dari pengawal itu, mereka segera memberi laluan
untuk Ivy keluar.
Ivy tak cakap
apa-apa, dia terus menjejak keluar dari istana itu, lepas dari pengawal pagar
masuk dengan taktik yang sama dan teruskan perjalanannya ke Kota. Mengabaikan
pandangan pelik dari penduduk Etalean dan juga pengawal-pengawal diraja yang
berkeliaran di mana sahaja Ivy berpaling, Dia membuka buku jampinya untuk
membaca jampi menjejak. Dua rangkap ringkas dan satu hayunan kayu sakti; aura
pink kelihatan hanya pada pandangan matanya dan ia merupakan petunjuk bagi Ivy
untuk dia pergi ke satu destinasi yang dia ingin pergi.
Mengikut petunjuk aura pink itu, Ivy tiba di hadapan
pagar sebuah rumah. Nafas sedikit hilang kerana berlari—Ingin berada jauh dari
renungan orang ramai—dia melihat rumah putih yang cantik yang disekelilingi
pokok-pokok renek yang berwarna perang. Dedaun jatuh kerana tibanya musim luruh.
Namun rumah itu
kelihatan tersangat cantik dan menenangkan.
Angin senja datang
dari belakang, seperti menolak Ivy untuk menjejak masuk ke perkarangan rumah
itu. Dia sempat memandang ke jalan mana dia datang, menyelit rambut depannya di
belakang telinga, teragak-agak dahulu sebelum mengikut kehendak angin bayu,
mengambil keputusan untuk masuk kedalam halaman rumah itu dengan perlahan, naik
beranda rumah. Dia masih teragak-agak bila dia berada di beranda rumah tapi badannya
tetap menarik dia untuk berdiri di hadapan pintu rumah yang tidak dikenali itu.
Dia mengangkat
penumbuknya dengan perlahan. Berhenti di udara untuk seketika sebelum mengetuk
pintu kayu berwarna putih itu dengan perlahan.
Ivy segera
turunkan tangannya semula, mengusap lengannya kerana dia mula rasa angin luruh
yang sejuk menyucuk kulit.
Tidak sampai
beberapa saat, pintu itu terbuka dan wanita berambut emas, berwajah manis
kelihatan dari celah pintu.
Belum sempat Ivy
ingin menyapanya, mata pemilik rumah itu membesar, sama seperti senyumannya.
“Ivy!”
Ivy berikan
senyuman tawar. “Hey, Jill.”
Pintu dibuka luas
untuk Ivy. “Oh my kamu pasti kesejukan. Masuk-masuk, saya baru je buat hot
choco. Mari masuk.” Jill mengambil jaket whoolnya yang bergantung di tepi pintu
untuk dipakaikan pada bahu Ivy dan bawa ahli sihir itu masuk kedalam rumahnya.
Ivy perasan yang
jaket tersebut agak besar untuknya dan terus memandang badan Jill, kening
terjungkit melihat Jill menutup pintu supaya angin sejuk tidak datang menjajah
kehangatan dari pendiang sebelum membawa dia duduk di sofa comel yang terdapat
di ruang tamu.
“Duduk Ai, tunggu
sini sementara saya ambil coklat panas untuk kita.”
“Oh Jill, kau tak
perlu nak buat macam tu--
“Hush dear.” Jill
tersenyum manis dan bergerak ke dapur. “kamu kawan saya. saya takkan biarkan kamu
kesejukan macam tu je.”
Ivy kembali duduk
di sofa, mengalah dengan Jill. “Thanks.”
“You welcome!”
sahut Jill dengan manis dari dapur. “Anyways, saya jangka kamu akan lawat saya suatu
hari nanti tapi saya takkan jangka hari tu sekarang.”
Ivy ketawa kecil
bila dia dengar nada riang Jill dari dapur, menggosok lengannya yang sejuk
melalui jaket yang dia pakai, cuba menghangatkan badannya yang sejuk sebelum
melihat Jill muncul dengan dua gelas hot choco didalam tangan. Berikan Ivy satu
dan melabuhkan punggung di kerusi Single, sebelah Ivy.
“Apapun, saya gembira
kamu datang melawat saya.” katanya dan menyentuh lutut Ivy. “Thank you.”
Ivy segera
menggeleng. “Tak-tak, aku sepatutnya berterima kasih kat kau sebab bukan semua
orang nak bekawan dengan ahli sihir macam aku ni-
“Dan bukan semua
nak berkawan dengan perempuan pisau cukur yang inginkan Putera George demi
pangkat sahaja.” balas Jill membuat Ivy terdiam.
Sebelum mereka
berdua ketawa dengan ayat mereka sendiri.
“Kita berdua
hampir sama.”
Ivy mengangguk
dengan sisa tawanya. “Yeah. Kau betul—Nanti, apa dah jadi dengan lengan kau
tu?”
Jill menyentuh
pembalut yang disembunyikan dengan sweater lengan panjang dan dia segera
menggeleng. Berikan senyuman kecil pada Ivy. “Nothing big. Aku bercucuk tanam
di belakang rumah semalam dan cangkul jatuh tepat-tepat atas ni. Sebab tu
berbalut.”
Ivy hanya
mengangguk faham. Sebelum keluhan berat terlepas dicelah bibirnya. Mata beralih
ke tempat api yang membara dengan perlahan, memberi kehangatan yang selesa bagi
mereka.
Jill perasan riak
wajah Ivy. Melihat kawan ahli sihirnya itu minum hot choco tanpa mata lepas
dari pendiang membuat Jill tersenyum kecil. Memicit lutut Ivy untuk menarik
perhatiannya dengan senyap.
“Something’s in
your mind, isn’t it?”
Ivy memandang Jill semula, dan menghembus
nafas kecil dengan anggukan. “There’s a lot actually.”
Jill tersenyum
simpati pada ahli sihir Vicious itu. Memahami apa yang Ivy lalui sama seperti
yang dia lalui. “Jangan risau, saya pasti kamu boleh hadapinya. Kamu ahli sihir
yang tabah.”
“Itu masalahnya.”
Ivy bersuara, kedengaran agak kasar dari apa yang Ivy maksudkan. “aku tak pasti
aku boleh hadapinya. Lebih lama aku membongkarnya… lebih teruk yang aku jumpa
dan… dan aku tak pasti kalau aku boleh terima kenyataan ni.”
“Menjadi
Apprientice Merlin ada kesukarannya juga. Enchanted tak secantik yang kamu
fikirkan--
“Bukan itu yang
aku maksudkan.” Ivy menyampuk. “Jill, aku maksudkan Kes Losing Heart dan
Sumpahan Lady Morgana.” Ivy berhenti untuk melihat riaksi Jill. Matanya
membesar dan segera bangun seperti dia ingin mengelak dari topik itu tapi Ivy
segera mencapai lengan Jill. “Jill, aku tahu kau tahu tentang Sumpahan Lady
Morgana pada Lou--Putera George. And I need you to tell me everything about
this Curse.”
Tertera pada wajah
Jill yang dia cemas dengan persoalan Ivy. Mula rasa takut dengan ahli sihir
Vicious ini. “M-Maaf Ai, tapi saya tak boleh cakap pada sesiapa. saya dah
angkat sumpah--
“Aku tahu.” Ivy
kata dengan tegas. “Aku tahu kau dah berjanji untuk tidak buka mulut tapi aku
perlu tahu.”
“Mengapa kamu tak
tanya The Great Wizard Merlin sendiri?”
“Kerana mereka
tidak ingin beritahu aku.”
“Dan mengapa saya kena
beritahu kamu sedangkan The Great Wizard Merlin tidak ingin kamu tahu?”
“Itu
sebab-!….” Ivy menarik nafas dalam, tenangkan perasaannya dan
menghembus nafas panas. Bersuara dengan lebih rendah; “Kerana kita berdua
serupa Jill.”
Ekspressi wajah
Jill berubah dari cemas ke hairan. “Serupa? Maksud kamu?”
“Aku….” Ivy
menarik nafas dalam sekali lagi, kali ini sediakan dirinya secara mantel untuk
beritahu Jill rahsianya yang terbesar. “Aku… dan Putera George ada hubungan.”
“Hubungan?”
“I love him!--Maaf..” Ivy segera
melepaskan Jill. Mengalihkan tempat dia duduk ke hujung sofa sambil memeluk
tubuh. Meramas rambutnya ketepi dengan keluhan berat. “Aku dan kau sama, aku
juga mencintai Putera George. Ketawa la kalau kau rasa ini satu lawak tapi… ini
satu kenyataan. I love him Jill dan aku nak tahu apa yang sedang berlaku pada
lelaki yang aku sayang. Dan kau ada jawapannya.”
Jill memandang Ivy
untuk seketika, memproses apa yang Ivy katakan sebelum mengambil tempat duduk
di sebelah Ivy. Menyentuh bahu Ivy dengan lembut. “Hey, saya takkan gelakkan kamu.
saya faham. saya pun pernah lalui saat ni.”
“Sekurang-kurangnya
Putera George beritahu kau tentang sumpahan tu. Tiada siapa nak beritahu aku
apa-apa tentang semua ni. Dan aku tak tahu kenapa?”
“Ivy, kenapa lagi
mereka tidak beritahu kamu? Mereka taknak kamu risau.”
“Yeah but--
“saya pun takkan
tahu jika saya tidak paksa Geo--Putera George buka mulut.” Jill tertawa kecil
melihat Ivy terkejut. “Ya. saya ugut saya akan buka mulut tentang hubungan kami
jika dia tak bagi saya tentang sumpahan di—” Ayat Jill terhenti. Seperti dia
tidak boleh mengolah ayat seterusnya dan menarik nafas dalam.
“seperti kes
Losing Heart?” Soal Ivy membuat Jill mengangguk.
“Lebih kurang.
Tapi—” Sekali lagi dia terhenti, mati di situ sahaja dan menarik nafas dalam.
“Ia…. Agak berbeza.”
Ivy memutar
badannya pada Jill, kedua tangannya menggenggam cawannya dengan erat. Mata
seumpama merayu pada Jill. “Please, bagitau aku tentang sumpahan Lady Morgana
ni Jill. Aku kena tahu tentangnya.”
Jill memerhatikan
wajah Ivy untuk seketika, melihat tepat pada mata hijau Ivy untuk mencari
ketulusan dalam ayat ahli sihir itu. Bila dia menjumpanya, Jill menghembus
nafas sedih. “saya nak beritahu kamu tapi…. Saya tak boleh.”
“Mengapa? Beritahu
aku Jill, aku perlu tahu—
“saya memang tak
boleh sebab…” Jill tertunduk kecewa. “sebab Wizard Merlin dah buat ‘The Vow’
pada saya.”
Mata Ivy terbeliak
bulat. “Tak… tak, tak, tak… perjanjian tu mustahil di pecahkan—
“Kerana dia tak
ingin sesiapa tahu tentangnya Ivy. Tolong faham, mungkin Wizard Merlin
merahsiakannya dari kamu kerana dia ada sebab tersendiri. Mungkin… mungkin kamu
boleh tanya Wizard Merlin sendiri Ivy…. Kamu anak murid dia, pasti kamu—
“Kau tak faham ke?
Kalau aku boleh tanya dia dah lama aku buat tapi dia akan buang memori aku
tentang ni kalau dia tahu aku tahu.”
Jill menggeleng,
agak terkilan dengan nada kasar Ivy namun dia faham mengapa Ivy seperti itu.
“Tak Ivy, Wizard Merlin takkan buat—
“Mengetahui Wizard
Merlin sanggup buat The Vow pada kau membuktikan betapa dia nak rahsia ni disimpan
dari sesiapa. Apatah lagi dari aku. Tak
syak lagi dia akan padam memori aku.”
Ivy meletak cawannya di atas meja kopi, takut dia akan lontar cawan tersebut ke
pendiang akibat perasaan marah.
Ivy menghembus
nafas geram, tertunduk dengan kedua sikunya di lutut dan kedua tangan tertanam
dalam rambut hitam yang lurus bak air terjun melalui celah jarinya. “I’ve
messed up Jill, dan aku nak tebus kesalahan aku. Dan… dan aku rasa—aku pasti aku boleh tolong mereka.
Somehow… Jill, tolong aku tolong mereka.”
Jill menghembus
nafas sayu, meletakkan cawannya juga ke tepi dan bergerak ke sisi Ivy. Tangan
menyentuh belakang kawan ahli sihirnya untuk comfort Ivy. Dia diam untuk seketika, membenarkan Ivy berfikir dan
hanya mendengar percikan api dari pendiang, cahaya dari api beralun pada rambut
Ivy membuat ia terliht Ivy bercahaya walaupun dalam kemurungan.
“Ivy…” dia bermula
dengan suara yang lembut dan perlahan. “Saya tahu niat kamu baik tapi jika saya
ingin beritahu kamu pun, saya tak boleh. Percayalah saya juga nak selamatkan
Putera George—saya akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan dia, tapi saya
tiada kuasa untuk semua tu.” Jill mengusap belakang Ivy, sentuhannya umpama
angin yang tersangat halus, umpama sentuhan hantu tapi sangat menenangkan.
“Kadang kala….
Kita tak boleh buat apa-apa bila situasi seperti ini terjadi dan—” mata Jill
membesar bila dia dengar satu esakan terlepas dari kawan ahli sihirnya. “Oh Ivy…”
Tangan Ivy
berpindah menutup matanya, sekali esakan kuat terlepas dan dia membongkok dada
ke lutut. “Ini… I-ini tak adil Jill.”
Katanya dan menarik nafas beralun, dadanya terasa berat untuk dia menarikk
nafas baru. “Just for once… Aku cuba memperbetulkan segalanya namun.. A-Aku
pasti akan rosakkannya… setiap kali aku
cuba… Ia pasti—” dan dia dah tak boleh teruskannya lagi. Hanya tangisan
berat terlepas dari bibir nipis ahli sihir Vicious ini, bahunya naik turun dari
esakan berat. Tidak dapat nak olah ayat baru.
“Oh honey… Ivy,
come here, come dear…” Jill menarik ahli sihir itu dekat padanya dan memeluk
Ivy, cuba menenangkan Ivy dengan mengusap belakangnya berulang kali. “Saya tahu
ia sukar. Saya faham, saya juga alami beban ni setiap hari…” pujuknya Cuma
mendapat Ivy menangis lebih kuat. “Just… lepaskan segalanya dear… Saya tahu
semua ni sukar. Pasti kamu memendam perasaan kamu selama ni, Let it out ivy…
you need it.”
Itu yang Ivy
lakukan, membuka topengnya dan biarkan air mata mengalir turun menunjukkan
perasaannya yang sebenar. Segala perasaan yang dia rasa selama ni, stress yang
dia alami dan rasa bersalah didalam dadanya diluahkan dalam bentuk air mata,
menangis disebalik tangannya dan Jill memeluk Ivy, seumpama menakung ahli sihir
yang rapuh ini dari pecah berkecai menjadi serpihan kaca yang mungkin sukar
untuk dicantum semula.
“A-Aku ingatkan…
aku ingatkan kau boleh beritahu aku Jill…” bisiknya diantara esakan berat. “Kau
je la harapan aku… t-tapi… tapi semua ni—” Ivy hanya menggeleng. “I really
think I could--
Melihat Ivy
seperti itu membuat Jill rasa tambah bersalah, dia tak boleh buat apa selain cuba
menenangkan ahli sihir itu. Jika dia tidak membuat perjanjian tu pada Wizard
Merlin, dah tentu Jill akan beritahu Ivy segala-galanya kerana dia juga pernah
alami perkara seperti ini dahulu.
“Ai, saya rasa…
sekarang kamu tak boleh buat apa sehingga—
“Don’t you get
it?” Ivy melepaskan diri dari tangan Jill, memandang perempuan itu dengan mata
merah berkaca, bukti pada perasaan yang dia pendam selama ni. “I love him Jill,
I really do… dan teka? Aku tak pernah
sekali pun beritahu dia yang aku sayangkan dia! Dan aku rosakkan segalanya pada
malam tu!” Ivy marah lebih pada diri sendiri. “Dan… dan a-aku dapat tahu yang
dia tak dapat hidup lama… macam mana
kalau aku tak sempat beritahu dia betapa pentingnya dia dalam hidup aku? Macam
mana kalau aku tak dapat jumpa dia lagi?” Soalnya membuat dadanya bertambah
sakit, memikirkan kemungkinan itu.
“Jill, Please… please tell me,
something—anything! Apa-apa sahaja yang kau boleh beritahu aku tentang keadaan
George… Tolong Jill…. Tolong.”
Jill mengusap
rambut Ivy, menolaknya ke belakang telinganya dengan riak wajah sedih. Juga
terharu betapa tulusnya kasih sayang Ivy pada Putera George. Tersentuh. Mungkin
Ivy lebih menyayangi pureta George lebih dari Jill menyayanginya.
“Ivy… I promise
you, kamu ada peluang untuk luahkan perasaan kamu. Trust me, sebaik sahaja kamu
jumpa dia, tell him what you tell me. Betapa kamu sayangkan dia, beritahu dia
segala-galanya. Mungkin… Mungkin dia
akan beritahu kau segala-galanya juga.” Jill menyentuh kedua pipi Ivy,
mengangkat kepalanya untuk pandang tepat ke mata Jill. “Jika Wizard Merlin
tidak beritahu dan saya tidak dapat nak beritahu… mungkin Putera George akan
beritahu. Jika kamu tanya. Jika dia sayangkan kamu juga, dia pasti akan
beritahu kamu. Okay?”
Ivy hanya
mengangguk, hanya memandang wajah Jill dengan air mata mengugut untuk jatuh;
sepertinya Ivy pula sedang mencari sesuatu dari Jill.
“Jill…. Adakah
kau… masih sayangkan George?”
Persoalan itu
membuat Jill tergamam untuk seketika. Kelihatan pada matanya yang dia agak
terkejut dengan persoalan itu. “S-saya—
Ayat Jill terhenti
bila ketukan kuat kedengaran dari pintu depan rumah, membuat kedua wanita ini
terlompat dari tempat duduk mereka.
Kali kedua, Pintu
rumah Jill terbuka kerana kekuatan ketukan dari orang luar, membenarkan angina
malam yang berdesir kuar datang mencuri kehangatan dalam rumah itu, hmapir memandam
api di pendiang.
“D-Diaval!” Ivy segera berpaling,
mengelap air matanya bila dia lihat Burung gagak berubah manusia rupanya yang
mengetuk pintu seperti pembunuh bersiri targetkan penghuni rumah itu. “A-Apa
kau buat kat sini?”
DIaval tak
menjawab, dia mengambil langkah besar mendekati mereka berdua dan mencapai atas
lengan Ivy, memutar ahli sihir itu untuk memandangnya. “Mengapa kau keluar
istana tanpa beritahu kami?” Soalnya dengan nada rendah yang menakutkan. “Kau
tahu tak betapa cemaskan aku dengan Hansel bila dapat tahu Wizard Merlin tak
dapat kesan kehadiran kau di seluruh Istana? I thought you were kidnap by Jack?!”
“Hey!
Berperikemanusiaan la sikit!” Jill masuk campur dengan memaksa Diaval
melepaskan Ivy. Berdiri diantara mereka. “Ivy dah lalui banyak perkara dan kamu
jangan nak tambah lagi stress dia!”
Sumpah renungan
Diaval boleh buat orang terbunuh, kerana Jill mula rasa cuak dengan lelaki muka
berparut itu, tapi dia gagahkan diri untuk melindungi kawannya.
“Kau Jill.” Diaval kata tanpa ada persoalan
sebelum memandang Kearah Ivy, baru perasan ekspressi sedih wajah anak
jagaannya, memeluk tubuh dengan kepala tertunduk cuba menyembunyikan sisa air
mata yang masih melekat di celah bulu matanya. “Ivy…”
“Aku minta maaf okay?” Ivy bersuara
dulu, nadanya kasar dan tajam. Mata yang sedih berubah menjadi marah. “Korang
semua sibuk dengan kes yang aku tak patut masuk campur, aku takda kerja nak
buat jadi aku lawat Jill.” Ivy menggosok air matanya yang tinggal untuk
menghilangkan bukti tangisan dan kembali berdiri tegak seperti dia telah pasang
topengnya sekali lagi. “Maaf sebab tak bagitau korang.” Katanya mengambil
keputusan untuk bergerak keluar dari rumah itu. Menepis Diaval bila penjaganya
ingin menyentuhnya dan mengendahkan panggilan lembut Jill.
Diaval menghembus
nafas berat, kedua tangannya di genggam di sisinya seperti dia marahkan
sesuatu. Seseorang sebenarnya. Pada dirinya sendiri.
Melihat Ivy masuk
kedalam kereta kuda yang ada di hadapan rumah tersebut, Diaval terus berputar
memandang Jill. Memberikan renungan maut yang membuatkan penghuni rumah itu
ketakutan.
“Kau
tak beritahu apa-apa pada dia kan?”
Jill menggeleng
laju, lututnya menggeletar ketakutan pada lelaki serba kelabu yang mengeluarkan
aura membunuh. “T-tak..! I swear I didn’t
tell!”
Diaval hanya
memandang Jill, ikutkan hati dia tak percaya tapi dia ingat Wizard Merlin ada
beritahu dia yang Jill memang tidak boleh beritahu sesiapa kerana dia telah
buat perjanjian ‘The Vow’ pada Wizard Merlin,
Mengetahui rahsia
itu tidak terbongkar, Diaval juga melangkah keluar dari rumah Jill tanpa
beritahu apa-apa pada Tuan rumah dan masuk kedalam kereta kuda diraja Etalean.
Menutup pintu dengan kasar sebaik sahaja dia masuk dan duduk bertentangan
dengan Ivy.
Diaval hanya
perhatikan Ivy yang duduk memeluk tubuh, memakai hoodie jubahnya dengan
ekspressi wajah menjengkelkan yang Diaval selalu tengok Ivy pakai; memandang
kearah luar jendela sementara kereta kuda mereka mula bergerak kembali ke
istana.
Burung gagak ini
menggenggam dan melepaskan genggamannya di atas pahanya. Sepertinya dia
teragak-agak untuk bersuara pada ahli sihir di hadapannya. Ingin menyoal
sesuatu tapi dia lebih tahu lebih baik diamkan diri dari buat keadaan bertambah
lebih teruk.
“LALALALALALALALALALALALALALALALALA—I’m
not hearing anything!—LALALALALALA!”
“Ivy dengar bila aku tengah bercakap ni—Ivy!” Jerit Hansel menarik tangan
kawan rapatnya yang menutup telinga, buat derk semasa Hansel beri sedikit ceramah kepadanya. “Boleh tak
kau bersikap matang, untuk sekali ni je?!”
“Aku? Bersikap
matang? How about yooouuuuu…..” Ivy
menyucuk bahu Hansel. “…. tidak bersikap macam orang tua. Aku dah kata aku ke
rumah Jill hanya untuk melawat dia. That’s all! Sheeessshhhh asal korang semua ni paranoid sangat aku kena tangkap
Jack? Tengok Pengetua Merlin. Dia tenang je aku keluar istana.” Ivy mendepakan
tangan kearah Mentornya yang duduk di meja kopi sambil menikmati teh bunga
bersama sedikit manisan.
Pengetua Merlin
berikan senyuman tayang gigi sambil mengangkat cawannya, menyapa Ivy.
“See? Tak paranoid.
Korang berlagak macam aku masih digari dengan Genie’s cuff!”
“Lagipun, Cik Ivy
akan bakar Encik Jack hidup-hidup kalau dia terserempak dengan anak muda tu.”
Pengetua Merlin bersuara, membuat Hansel dan Diaval menghembus nafas fed up dan
dua orang bawahan Hansel menepuk dahi.
“Terima kasih Tuan
Merlin.” Ivy tundukkan kepala pada Wizard Merlin kerana berada di pihaknya.
Kitorang tak
risaukan Jack, Ivy—
“Tadi kau cakap—
“Kitorang risaukan
Mary! Villain yang bersama Jack. Macam mana kalau kau terserempak dengan
Villain sebenar huh? Kau tak tahu pun macam mana rupa Villain ni dan macam mana
kalau dia menyamar menjadi innocent girl dan memanipulasikan kau? Villain tu
ahli sihir berpengalaman, lebih berpengalaman dari kau Ivy dan lebih licik dari
kau. Kau tak terfikir ke tentang tu?” Soal Hansel, sempat menjentik dahi ahli
sihir muda itu.
“Ouch!” Ivy menggosok dahinya yang dia
tahu merah kejap lagi dan mencebik. “Even so, aku ada rantai ni untuk lindungi
aku dari magic hitam Villain tu. Plus, aku ke rumah Jill menggunakan fast phase
spell. Ahli sihir tu dalam keadaan lemah sekarang, dia takkan dapat tangkap aku
kalau aku berjalan macam lipas kudung—ow!”
Diaval memukul
bahu anak jagaannya, geram. “Kau buat macam ni lagi, tak teragak-agak aku suruh
Genie pasang garinya balik kat tangan kau. Faham??”
Ivy berdecit,
tertanya mengapa dua lelaki yang paling menjengkelkan ini namun paling dia
sayang suka pukul dia. Macam dia tu budak lima tahun. She’s 22 for God sake!
“Okay… Okay! Aku faham!” sahut Ivy bila kedua
lelaki itu dah naik tangan nak jentik + pukul dia lagi. Ivy kerutkan hidungnya
sebelum menyumpah seranah kedua mamat jahanam yang terlalu paranoid itu di
bawah nafasnya.
Pintu bilik
penyelidikan diketuk, menarik perhatian kesemua penghuni bilik itu dan melihat
seorang lelaki serba hitam formal, melambangkan dia pekerja istana menampilkan
diri masuk.
“The Great Wizard
Merlin, Permaisuri Aurora ingin berjumpa dengan Tuan.” Kata lelaki bermisai
kucing itu dengan penuh professional. Dia berpaling arah pada Ivy. “Bersama Cik
Devil juga.”
Kali ini, semua
mata jatuh pada ahli sihir itu pula.
“What does she
want now?” Soal Ivy dengan nada menyakitkan hati. Dia segera mengangkat
tangannya untuk perlindungan bila Hansel dan Diaval juga mengangkat tangan
ingin memukul Ivy. Kerana kurang sopan.
“Sesuatu yang
penting Cik Ivy. It’s part of your apprientice-ship.” Katanya Wizard Merlin,
bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke pintu keluar. “Mari Cik Ivy.”
“Coming!” sahutnya
menahan diri dari guna kasar dan berbisik persoalan mengapa permaisuri kerepot itu nakkan dia lagi? Nak kutuk-kutuk dia lagi ke?
Mengetahui Diaval
dan Hansel mendengar bisikannya, Ivy mempercepatkan langkah sebelum dua lelaki
itu sempat bertindak.
“Behave Ivy!”
sahut Hansel pada ahli sihir yang keluar bersama Mentornya. “You hear?!”
“YES!” jawab Ivy
fed up sebelum menutup pintu dengan kasar, membuat orang dalam bilik itu
terkejut sedikit.
“Is she in a bad
mood or something?” Soal Maddison, mengusap dadanya sambil memandang pintu yang
Ivy keluar tadi.
“Isn’t she
always?” Soal Tom Thumb balik dan mereka menyambung kerja mereka.
Diaval pula
menyandar pada meja besar bilik penyelidikan itu dengan kedua tangan dimasukkan
dalam poket, melihat Hansel menggeleng dengan tabiat Ivy.
“Kau rasa Ivy tahu
tentang sumpahan Lady Morgana?”
“Probably.” Jawab
Hansel tanpa teragak-agak sebelum berpaling memandang Diaval. “Dia Ivy the
Devil, tiada siapa tahu apa yang dia fikir sebenarnya.”
“Budak Jill tu
mungkin tahu.” Diaval bersuara membuat Hansel mengangkat kening kirinya. “Hans,
dia menangis depan Jill. Dia tak buat macam tu depan semua orang, menangis.
Jill dan Ivy tak pernah jadi kawan tapi mengapa dia tetiba boleh je luahkan….
Macam tu je?”
“Really?” Hansel
kembali berpaling ke pintu bilik itu dengan kening terjungkit, mengusap dagunya
dengan penuh pertanyaan.
Hansel rasakan sesuatu yang tak kena. Bukan
Diaval sahaja yang rasa benda tu pelik.
“Tom.”
“Ya?” Tom Thumb
mendongak memandang Hansel bila namanya di panggil.
“tolong carikan
saya latar belakang hidup Jill.” Katanya sebelum berpaling memandang budak itu.
Tertulis pada
wajah Tom yang dia tertanya mengapa ketuanya inginkan latar belakang perempuan
yang takda kena mengena dengan kes mereka tapi dia tidak mempersoalkannya pada
Hansel. Hanya mengangkat tangan faham dan bergerak keluar dari bilik itu.
“Mungkin takda
apa-apa.” Daival bersuara melihat budak tembam itu keluar dari bilik.
“Mungkin, tapi aku
takkan ambil ringan tentang benda ni lagi.”
Diaval hanya
mengangguk. Setuju.
.
.
Jill memandang
refleksi wajahnya pada permukaan air yang bertakung didalam singki.
Memerhatikannya dengan lama sebelum menghembus nafas lelah dan sambung menyuci
dua gelas hot choco yang dia buat untuk tetamu istimewanya.
Dia hampir
jatuhkan gelas dalam tangannya bila dia dengar bunyi kuat; seperti sesuatu
pecah dari tingkat atas rumahnya dan mengeluh berat. Dia biarkan gelas tersebut
di singki dan bersihkan tangannya. Bergegas naik ke bahagian atas rumah, menuju
ke satu bilik di bahagian belakang di mana ia dikunci.
Jill buka sahaja bilik
tersebut, matanya terbeliak bulat, tertarik nafas tajam melihat keadaan bilik
itu berantakan. Pasu bunga pecah dilontar ke dinding, perabotnya di humban
hancur dan almari tinggi ditarik jatuh ke lantai.
Pemilik rumah ini
berpaling melihat tetamunya yang duduk diatas katil dengan tangannya
menggenggam serpihan kaca pasu bunga, darah menitis jatuh dari tangannya.
“Jack….” Jill mengeluh dan mengeluarkan
tuala bersih dari apronnya. Bergerak mendekati lelaki yang kelihatan mayat
hidup itu.
Dia berlutut di
hadapan Jack, mencapai tangan lelaki itu. “Buka tangan kamu Jack.” Arahnya
dengan lembut. Bila Jack tidak akur, Jil mengeluh sekali lagi. “Jack, berhenti
berperangai seperti—
“Apa dia buat kat
sini?” Jack menyoal dengan nada mendatar, kedengaran sedikit lemah. Anak
matanya berubah tumpuan ke wajah Jill. “Dia sedang cari aku ke?”
Jill menggeleng
tanpa mendongak melihat Jack, dia hanya bersihkan tangan lelaki itu. “Jack, dia
cintakan Putera George. She will do anything for him, kau kena lepaskan dia.”
Katanya dan mengambil serpihan kaca dari tangan Jack. Membalut tangan itu
dengan lembut.
Jack menarik
sengih. Tangannya rasa menyengit dari lukanya tapi dia endahkan. Rasa sakit di
dadanya lagi perit dari luka di tangannya. “Are
you nuts? Dia tunang aku! Tak kisah la dia suka kat putera hingusan tu.
Louis tak tahu apa-apa, dia takkan tahu yang ahli sihir tu tunang aku.”
Jill mengeluh, dan
akhirnya mendongak melihat Jack. “Tunang kau dah mati Jack—Ah!”
Jack menolak Jill
dengan kasar, menggunakan kaki membuat perempuan itu terbaring di atas lantai
dan Jack, naik diatasnya, mencekik Jill.
“Dia tak mati!
Vivian ada didepan mata kau! Can’t you see? She’s still alive!” marahnya,
mencengkam leher Jill dengan erat.
“J-Jack…
lepaskan—Aku!” Jill merayu, cuba bergelut dari cengkaman Jack.
Jack tersenyum
gila melihat wajah Jill memucat dan bibirnya membiru. “Hah! You, pathetic
little whore!” Jack melepaskan Jill dan Bangun dari badan perempuan. “Kalau kau
cuba lagi cakap seperti itu. Trust me, kau
akan menyesal.” Katanya, meludah ke muka Jill dan bergerak keluar dari bilik
itu.
Jill yang terbatuk
sesak nafas berpaling melihat Jack yang melangkah pergi. “Jack! Kau nak ke
mana?!”
“Doing my F*cking
work!” sahut Jack sebelum Jill dengar bunyi terbakar dari bawah rumah,
bermaksud Jack telah teleport dirinya pergi.
Jill hanya
merenung kearah pintu bilik yang terbuka luas itu sambil mengelap ludahan Jack
di pipinya menggunakan apron. Dia menggeleng lemah dengan hayalan lelaki itu.
“Dia bukan Vivian Jack, itu Ivy. Ivy the Devil”
>X<
(A/N: Hello??? *Echoes in this blog* Lol, okay looks like nak update weekly dah berakhir kerana Angah dah masuk new semester so... as usual, one chapter a month? and angah ambil keputusan untuk post new chaper every 11th in every month sehinggalah cuti semester.... yeay or nay? huhuhuhuhu anywhooooo... angah try to post another chapter when I'm not busy! stick with me lovelies!)
no way.. nak every week.. mati nak tahu story..
ReplyDeleteThis hurts me than it hurts you love~ but reality is a cruel world! But angah akan write kalau ada masa Maybe! Angah dpt post awal *sobs sobs*
DeleteYay . Bole laa every 11th in every month dari takdak langsong . Hahahaha .
ReplyDeleteAndddd still taktaw apa benda sumpahan lady morgana tuhh .
Yay! Glad u willing to wait for me to write *tears of joy* hahahaha semuanya akan dijelaskan direct to the actualy scences where Lady morgana akan sumpah Louis! Only a few chapter left to reveal it!! I hope lol *kisses*
Delete