Sixteenth L.O.S.T
Long Live the
king
Pada hari yang
indah, satu kemeriahan dilangsungkan didalam sebuah istana yang tersangat
indah. Diperkatakan ia hasil dari magic Genie dan perhiasan didalam istana itu
dihias oleh Maharani Great China sendiri. Istana yang dikhaskan untuk Raja
Pertama Enchanted. Istana yang diberi nama Eidolon, The Great Kingdom of
Enchanted.
Penduduk kerajaan
itu meraihkan hari paling bersejarah ditanah mereka, raja pertama Enchanted
akhirnya menuntut takhtanya dan akan memerintah seluruh Enchanted. Mereka
meraihkan hari berbahagia ini dengan penuh meriah. Menari, menyanyi dan
mengadakan banyak makanan secara percuma kepada sesame sendiri.
Di hadapan istana,
rakyat mengadakan tarian tradisional mereka sambil dikelilingi orang ramai.
Music berkumandang dengan ceria di udara dan gelak ketawa mengindahkan lagi
irama lagu tarian itu.
Ivy menepuk tangan
mengikut rentak lagu dengan senyuman indah terukir pada bibirnya, tertawa bila
penari mengangkat pasangan mereka keudara dengan begitu cantik. Rambut hitamnya
yang half braid di hiasi dengan mahkota bunga lavender yang dia buat sendiri
dengan tiga kuntum bunga diasi mengambil tempat sebagai permata mahkota itu.
Ivy menutup
mulutnya menahan tawa bila lihat salah satu penari itu hampir tersandung kerana
terpijak gaun pasangannya.
“Tak baik
ketawakan orang, cupcake.”
Ivy hampir
melompat bila seseorang berbisik lembut ditelinganya dan segera berpaling;
hanya bertemukan sepasang mata emas dan senyuman yang menayangkan gigi taring
yang menawan.
“Jack!” Sahutnya dengan gembira,
melontar dirinya Kearah lelaki tersebut. Memeluknya dengan erat. “I’m so glad
you keep your promise!”
Jack ketawa kecil
sambil memeluk pinggang Ivy, menampung berat badan perempuan itu. “I’d rather
die than break it.” Bisik Jack, mengucup belakang telinga Ivy sebelum
melepaskan perempuan itu. “Dan aku masih tak percaya kau nak aku ambil kau kat
sini. I mean… tengok perhatian yang kita tarik di sekeliling kita.” Kata Jack
dengan keluhan main-main, bercekak pingang sambil memandang orang disekeliling.
Berbisik dengan teruja melihat lelaki kacak berbaju perisai dengan lambang
kerajaan mereka terukir pada sebelah kiri dada perisainya. Berwarna emas
menandakan dia ketua satria mulia kerajaan itu.
Ivy tertawa kecil,
tangan masih memeluk leher Jack. “Well…” Jarinya bermain dengan hujung rambut
Jack. “It’s to show dominance to the ladies out here.” Bisiknya dengan
merbahaya, wajahnya makin dekat. “That you are mine.”
Terukir senyuman
nakal pada Bibir Jack sebelum bertemukan dengan bibir Ivy membuat orang
sekeliling menarik nafas tajam.
“What a wicked
plan you have.” Kata Jack bila dia kembali melihat mata amerald Ivy. Mata yang
membuatkan dia cair setiap kali memandangnya.
“Tapi kau
sukakannya,”
“tak diragui.”
Balas Jack membuat Ivy tertawa besar. “Baiklah my Evil Witch, masa untuk pergi
sebelum fangirl aku datang serang kau. Plus, orang tua kerepot tu tengah cari
kau, sayang.”
“Oh romeo take me away~!” Ivy sempat
berdramatic, tangan didahi dan dibawa pergi oleh Jack dengan memeluk
pinggangnya. Tetawa bersama sambil menuju ke Istana Eidolon.
Mereka masuk
kedalam istana melalui pintu belakang, kejar mengejar didalam dapur membuat
chef menjeritkan nama mereka berdua kerana Ivy mencelup jari telunjuknya
kedalam sup cendawan dan Jack mengambil dua biji epal dari pekebun yang baru
datang menghantar buah-buahan untuk majlis makan malam nanti.
Orang dalam
pekerja istana menggeleng kepala dengan karenah dua pasangan itu. Tidak dapat
memarahi dua insan yang sedang bercinta, bahagia dengan hubungan mereka.
Seumpama dua pasangan ini keluar dari buku cerita dongeng.
Dilengkapkan
dengan—Hansel berdiri bercekak pinggang di pintu keluar menuju ke bangunan
utama istana. Berpakaian perisai sama dengan Jack, kaki di hentak menandakan
kesabarannya kian menipis.
Dua pasangan ini
berhenti mendadak, hanya beberapa kaki dihadapan Hansel dan tersengih-sengih,
seperti budak kecil tertangkap dengan perangai nakalnya.
“Kadang-kadang aku
fed up dengan korang dua ni. Asyik
melekat 24/7! Tak cukup ke alone time korang menghilangkan diri dua minggu
lalu? Korang menghilang sebulan lebih
takkan tu tak cukup untuk pisahkan Jack dari kau?” soal Hansel sambil
berikan renungan mautnya pada Ivy.
Ivy mengangkat
bahu tidak bersalah dan tanganya terus menepis tangan Jack yang dengan perlahan
datang dari belakang untuk memeluk pinggangnya. “Jack!”
“Okay rephrase.”
Hansel mengeluh dan menjeling pada Jack pula. “Kau ketua tentera satria mulia for goodness sake! Cuba berperangai
matang sikit just for today.”
Jack menelan
tawanya dan ekspressi wajahnya menjadi serious, membuat Ivy ketawa disebalik
tangannya. Jack hanya berikan senyuman kecil dan mencuit pinggangnya.
“Ouch—hey!”
“korang!”
“DIa mula dulu!” sahut mereka berdua
sambil menuding jari antara satu sama lain.
Hansel menepuk
dahinya fed up.“Oh lord kenapa aku pernah plan untuk buat korang dua confess
sesama sendiri? Ia satu kesilapan! Kesilapan besar I tell you!” jeritnya ke
udara dan berputar kebelakang. Bergerak pergi dari mereka. “Jack! Kita kena
berada di sisi Pute—Raja George sebentar lagi! Finish your kisses fast!”
jeritanya tanpa berpaling kebelakang. Meluat melihat dua pasangan terlalu bahagia itu.
Mereka ketawa
melihat Hansel bergerak pergi sambil berleter betapa meluatnya dia lihat
kemesraan mereka berdua, dia lebih seronok yang mereka menghilangkan diri
selama sebulan tu. Tiada lah dia mengaburi matanya melihat Jack dan Ivy
sentiasa bermesra setiap kali Hansel bertemu dengan mereka.
Ayat Hansel
membuat Jack berpaling melihat Ivy, dan senyumannya pudar bila wajah riang Ivy
turut menghilang. “Sayang…”
“Aku okay…”
katanya dengan rendah dan berikan senyuman manis yang kurang meyakinkan. “Betul
ni Jack. Aku okay—uhm, kau patut pergi pada Hansel sebelum dia berleter tentang
kita pada orang lain.”
Jack tertawa kecil
dan mengangguk. Dia mencapai siku kekasihnya dan dengan perlahan membelai ke
tangan Ivy. Menggenggam erat seperti memberitahu Ivy sesuatu.
Ivy turut
menggenggam tangan Jack dan mengangguk faham. “Pergi Jack.”
Dengan perlahan
Jack melepaskan tangan Ivy, tangan mereka bergantung diudara untuk seketika
sebelum Jack berpaling dan menuju ke mana Hansel pergi.
Namun tidak sampai
tiga langkah jauh dari Ivy, Jack menarik nafas dalam sambil mendongak keudara.
Rasa berat didalam dadanya kerana hati milik Ivy terasa sayu. DIa memutar
badannya semula dan memeluk Ivy dengan erat. Mengetahui Ivy memeluk lehernya
seperti nyawanya bergantung dalam tangan Jack.
“Semuanya akan
jadi okay Vivian…. Semuanya akan okay.” Bisiknya ditelinga Ivy. Mengucup
belakang telinganya dan beberapa lagi kucupan di dahi, kening, hidung dan
bibir. Sebelum dahi mereka bertemu. “Sweetheart, aku tahu kau takut tapi
semuanya akan okay. Okay?”
Ivy mengangguk,
cuba menahan perasaannya dari terdedah. “okay.”
Jack tersenyum
kecil, kagum melihat kekuatan tunangnya. Dia mengusap dagu Ivy dengan ibu
jarinya dengan lembut. “Good girl.” Dan dia lepaskan Ivy dari tangannya. “Aku
pergi dulu.”
Ivy mengangguk,
menjatuhkan tangannya ke sisinya dan melihat Jack pergi. Bila figura lelaki
yang dia sayang hilang dari pandangan matanya, Ivy menghembus nafas yang dia
tahan. Melepaskan perasaan yang dia tahan dan mengusap air mata yang hampir
jatuh.
“Cik Hood?”
Ivy berpaling
kebelakang, bertemu dengan mentornya yang berpakaian serba formal untuk pertama
kali selama mana Ivy mengenali The Great Wizard Merlin.
Ahli sihir tua itu
berikan senyuman menenangkan pada anak muridnya. “Saya gembira kamu kembali.”
Ivy tertunduk
dengan satu anggukan. “S-Saya minta maaf Tuan, saya tak bermaksud untuk
melarikan diri t-tapi saya tak b-berani nak berlawan dengan ibu saya—saya tahu
ibu saya seorang ahli sihir yang jahat da—dan dia bukan ibu yang terbaik bagi
saya dan perlu dihentikan—saya sahaja yang boleh hentikan dia t-tapi saya tak—”
Ayat Ivy terhenti bila Wizard Merlin mengangkat tangannya.
“Saya tahu Cik
Hood. Kamu mungkin tidak mengenali ibu kamu tapi dia tetap seorang ibu bagi kamu. Saya memahami mengapa kamu ingin melarikan
diri dan saya gembira kamu mengambil keputusan untuk kembali. Dan saya nak
ucapkan terima kasih—
“Saya yang patut
berterima kasih Tuan.” Potong Ivy. Bermain dengan kain gaunnya. “bersabar
dengan saya, tetap mengambil saya sebagai anak murid tuan sedangkan saya tak
boleh mengawal magic saya dengan sempurna dan…. Dan tidak berputus asa dengan
saya sedangkan saya berkali-kali mengalah. Terima kasih Tuan kerana percayakan
saya yang saya boleh berdiri di sisi tuan sebagai Apprientice Tuan.”
“Vivian…. Saya tak
tahu berapa kali saya kena katakan pada kamu. Semua orang percayakan kamu, Cik
hood. Kamu seorang ahli sihir yang gifted.
Hanya perlukan kamu percaya diri kamu sendiri yang kamu boleh.”
Ivy tersenyum
mendengar teguran lembut Mentornya dan mengangguk. “Maaf—Maksud saya, baiklah
Tuan.”
“dan saya taknak
dengar kamu minta maaf lagi.” Wizard Merlin bercekak pinggang dengan nada
bermain. “I just wish you are like your over-confident mother sometimes. Bukan
kearah kejahatan, of course.” Katanya sambil menghulurkan tangan pada anak
muridnya.
“SAya hanya ada
sifat over-thinking ayah je. Tuan buat saya rindukan dia.” Ivy menyambut tangan
Mentornya dan mereka bergerak ke grand hall dimana perayaan diantara kerabat
diraja dan bangsawan Enchanted merayakan hari berbahagia itu.
Wizard Merlin
menepuk lembut tangan Ivy. “Sekurang-kurangnya dia dapat lihat kamu dan Jack
bertunang sebelum dia pergi. Malangnya, jika dia bertahan untuk setahun lagi,
tentu dia akan lihat Putera George naik takhta.”
“Ayah dah nak
dekat 100 tahun, Tuan. Dia bukan seorang ahli sihir yang boleh hidup beratus
tahun dan masih sihat seperti Tuan.”
Wizard Merlin
tertawa kecil. “Ayah kamu pergi dengan gembira.”
Ivy mengangguk
setuju, dia mendongak melihat kawan rapatnya; Putera George berada di atas kerusi
takhta di hadapan bilik takhta itu. Bersama 7 satria mulia. Ivy melambai kearah
mereka bertiga; Hansel dan Jack berdiri di sisi bakal raja mereka. “Dia pergi
dengan satu penyesalan.”
“dan apakah itu
Cik Hood?” Soal Wizard Merlin, tertawa kecil melihat ketiga-tiga lelaki di atas
sana berikan lambaian kecil sebagai balasan.
“Ibu tidak
mendapat happy ending yang ayah janjikan—
Bunyi trompet
diraja bergema didalam bilik tersebut menandakan upacara pertakhtahan Raja
pertama Enchated telah bermula dan semua orang didalam bilik itu sedang bersuka
ria mengalihkan tumpuan mereka kearah Putera George.
“That’s my Q.”
Wizard Merlin bersuara, melepaskan tangan Ivy dan bergerak ke tengah-tengah
bilik dimana karpet merah terbentang dari kerusi takhta ke pintu keluar bilik
tersebut.
Para tetamu
memberi laluan kepada Ahli sihir terhebat itu lalu dengan bunyi trompet diraja
bermain sebagai latar. berjalan dengan penuh tenang dan yakin.
Ivy hanya berdiri
di sisi, memeluk tubuh melihat mentornya menikmati saat-saat seperti itu dimana
semua perhatian ditumpukan padanya. Ivy menggeleng dengan senyuman, menahan
diri dari tertawa dengan ekspressi wajah Mentornya.
Bila Wizard Merlin
tiba di anak tangga teratas pentas tersebut, mata Ivy beralih sekejap pada
Hansel yang menyentuh bahu Putera George, seperti memberi semangat pada putera
yang menarik nafas gementar.
Pada saat itu, Ivy
dan Putera George bertentangan mata. Ivy berikan penumbuk kecil tanda dia boleh
lakukannya dan Putera itu berikan anggukan kecil sebagai terima kasih, bersama
senyuman yang sangat menawan—walaupun perasaan gementarnya tertunjuk untuk
seketika.
“Tuan-Tuan dan
Puan-Puan! Disini saya berdiri, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam
mempertakhtahkan Raja pertama Enchanted, ingin mengatakan bahawa hari ini ialah
hari yang paling bersejarah dalam tanah ini! Dan hari yang dinanti-nantikan
bukan sahaja oleh rakyat Enchanted namun juga pemerintah-pemerintah yang lain!”
Mereka semua
bertepuk tangan dengan gemuruh termasuk juga Ivy. Mungkin tepukannya lebih kuat
dari orang lain. Sangat gembira pada pencapaian Louis, segala kerja kerasnya
selama ini; tidak berputus asa selepas apa yang dia lalui dan terus berdiri
sehingga dia sampai ke tahap ini.
Wizard Merlin
terus berucap untuk beberapa minit lagi sehinggalah upacara meletakkan mahkota tiba.
Ivy kagum melihat cara Wizard Merlin menyeru mahkota tersebut kedalam
tangannya.
Dia mengeluarkan
tongkat saktinya dan membaca satu mantera yang agak panjang, menghayunkan
tongkat sakit ke udara seperti dia sedang mengukir sesuatu dengan kedua tangan.
Cahaya begerlipan terwujud dan berkumpul dihadapan wizard Merlin. Tangan kiri
Wizard Merlin yang sepatutnya kosong didepakan kehadapan dengan sejenis bebola
cecair berwarna emas didalam tangannya. Bebola itu juga berkumpul dengan cahaya
tersebut.
Ivy menggosok
lengan sendiri bila bulu romanya meremang merasakan kekuasaan magik mentornya.
Sentiasa kagum dengan kekuatan ahli sihir tua itu dan tertanya jika suatu hari
nanti dia juga akan menjadi sekuat Wizard Merlin seperti mana dijanjikan.
Ivy menggeleng
secara mental. Siapa boleh kalahkan
Wizard Merlin? Desis hatinya dan kembali tumpukan perhatian.
Keajaiban itu mula
mengeluarkan cahaya terang beberapa kali, bergelipan membuat para tetamu
tepersona. Secara perlahan, ia membentukan diri menjadi sebuah mahkota yang
tersangat cantik.
Dan, empat royal
fairy datang tampilkan diri dengan bisikan-bisikan riang menyertai The Great
Wizard Merlin untuk melengkapkan mahkota tersebut. Sedikit rahmat dari
pari-pari diraja dan empat batu permata yang diperbuat dari setiap pari-pari
itu. Dihias diatas mahkota tersebut.
“Oh wow…” itu yang terlepas pada bibir
Ivy, bukan sahaja teruja melihat hasilnya tapi juga kuasa yang dia dapat
rasakan terkandung didalam mahkota itu.
Ia mendarat
didalam tangan The Great Wizard Merlin. Memberi isyarat pada Louis untuk tampil
kehadapan.
Louis mengangguk,
bangun dari kerusinya, menarik keluar pedang Excalibur untuk diberikan pada Hansel.
Ivy sengetkan
kepalanya sedikit dengan perasaan pelik. Dia rasa Louis telah beri pedang itu
kepada orang yang salah. Seseorang sepatutnya berada di atas tu bersama Louis… tapi siapa?
Mengendahkan
persoalan itu, Ivy kembali tumpukan perhatiannya pada pertakhtahan Louis.
Melihat dia berdiri di sisi Wizard
Merlin, tersenyum dengan sungguh kacak sebelum dia berlutut dengan satu lutut
mencecah lantai dan tundukkan diri, dihadapan Wizard Merlin.
“Pemerintah dan
bangsawan Enchanted sebagai saksi, mahkota ini sebagai bukti, saya; The Great
Wizard Merlin menobatkan kamu sebagai Raja (Pertama) Eidolon, The Great Kingdom
of Enchanted!”
Dengan tepukan
gemuruh diberikan oleh mereka yang dikatakan saksi, Louis menerima mahkota
tersebut diatas kepalanya sebelum bangkit, berdiri megah dihadapan khalayak
ramai.
Bila Raja baru
mereka mengangkat kedua tangannya menyuruh mereka senyapkan diri membuat Ivy
menjungkit kening hairan; seperti yang lain. Tertanya adakah Raja baru mereka
ingin menyampaikan ucapannya tersendiri?
Oh dear the bratsy king dah buat arahan pertamanya desis hati Ivy dengan gelengan.
Entah apa lagi Louis hendak katakan pada mereka semua; dia pasti saja ada
ucapan ingin disampaikan dan selalunya ia ucapan yang agak mengagumkan.
Ivy mengeluh,
susah nak tahu apa yang Raja baru mereka fikirkan ni kadang-kadang. Orang yang
kenal Louis luar, dalam hanya lah……..
Dahi Ivy berkerut.
Hanya lah……. Siapa?
“First, Beta ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan dan dorongan kamu semua.
Beta tak rasa beta akan berdiri di sini sebagai Raja Enchanted jika bukan
kerana kepercayaan kamu yang tidak terputus selama beberapa tahun ini. Walaupun
Beta menangguhkan pertakhtahan beta selama 5 tahun, kamu semua tidak pernah
berputus harapan akan diri beta sedangkan pada masa itu Beta sendiri tidak
yakin pada diri Beta sendiri.”
5 tahun? Sekali lagi dahi Ivy berkerut.
Dia kembali didalam kekeliruan mindanya. Apa yang Louis maksudkan 5 tahun? Dia
tangguhkan pertakhtahannya? Mengapa dan…..
Ivy menyentuh
dahinya… Apa? Apa sedang berlaku ni? dan
melihat sekeliling, wajah-wajah gembira sepertinya hanya Ivy yang tidak tahu
tentang hal tersebut dan kembali memandang Louis. Berharap Louis menjeling
kearahnya dan mungkin memberi kepastian pada Ivy yang dia akan jelaskan padanya.
Ataupun Mentornya. Sesiapa sahaja memandang kearahnya dan beritahu dia apa yang
sedang berlaku.
“Dan juga… beta
tidak akan berada di sini kalau bukan kerana seorang wanita yang tersangat
penting dalam hidup beta.”
Ivy kaku di
tempatnya bila Louis akhirnya berpaling kearahnya. “Aku?”
Louis mengangguk
dengan tawa kecil, mendepakan tangan memanggil untuk naik ke pentas. Ke
sisinya.
Ivy memandang
orang sekelilingnya, memandang Ivy seperti menggalakkan dia untuk naik.
Dia jadi segan
silu. Membesarkan matanya pada Louis yang dia akan kenakan lelaki itu kerana
tida beri amaran awal-awal yang dia akan panggil Ivy ke naik.
Mengumpul gaunnya
didalam tangan, dia mengambil langkah ke sisi Louis, namun. Namun,
tidak sampai selangkah, seseorang mencapai siku Ivy, menarik dia semula masuk
ke dalam kalangan orang ramai. Memeluk pinggangnya dan suara halus yang
menggerunkan dibisikkan ke telinganya.
“Not you, sweetheart.”
Seseorang lalu menembusi badannya dan mata Ivy
membesar melihat Puteri Julliana
mencapai tangan Louis dan di kucup dengan penuh rasa kasih oleh Louis sebelum
berdiri di sebelahnya.
Ivy dapat rasakan
hatinya tenggelam melihat Louis… Puteranya
berada di sisi perempuan yang bukan dia. Bukan
itu sahaja, dia bertambah keliru apa yang sedang berlaku sekarang. Sebentar
tadi semua orang mengetahui dirinya dan sekarng seperti dia tak wujud langsung.
Sekali lagi mata
Ivy membesar, teringatkan lelaki di belakangnya dan sepantas kilat dia
berputar, membelakangkan diri dari lelaki tersebut.
“Jack?” suara Ivy
menunjukkan kekecewaan dan kekeliruan sebelum mindanya teringat siapa lelaki
itu sebenarnya. “Jack.”
“Woah there
darlin’.” Jack tersenyum sinis. “Apa dah jadi dengan suara manis, penuh kasih
sayang kau pada aku?” soalnya dengan senyuman yang bertambah lebar. Melihat
wajah jijik Ivy padanya. “dan kita kembali pada kebencian.” Dia buat-buat
keluhan sedih. “Our love hate relationship is reaaally complicated.”
“Diam dan beritahu aku, aku di mana ni?! apa
yang berlaku sebenarnya!”
“dan kau salahkan aku?”
“aku dan kau bertunang? Louis menangguhkan
pertakhtahannya selama 5 tahun? Julliana yang
menjalinkan hubungan dengan Louis—
“Mereka
sememangnya bertunang—
“He’s mine! Dan
mereka tahu tentangnya!” Marah Ivy, mengeluarkan kayu saktinya dari celah
lengan gaun dan ingin melontar satu sumpahan ganas pada Jack, tapi magicnya
tidak berfungsi. Langsung.
“Magic tak berguna
di sini sayang.”
“Dammit Jack!” Ivy menghayunkan kayu
saktinya beberapa kali tapi gagal. “Apa semua ni? satu Ilusi? Hela kau lagi
untuk kelirukan aku?!”
Jack menghembus
nafas panjang dan melihat sekeliling; orang didalam tu bersorak gembira pada
ucapan menyentuh hati Raja George pada tunangnya, Puteri Julliana. “Ilusi?
Memori? Mimpi? Bayangan di masa hadapan?” Jack mengangkat bahu. “How bout you
tell me? Aku teringin sangat nak tahu pendapat kau tentang semua ni—
“Nightmare.” Balas Ivy dan ya, Ivy perasan riaksi terkejut
Jack walaupun dia cuba sembunyikannya dengan senyuman sinis.
“Nightmare it is.”
Katanya sebelum mata berpaling kearah lain, senyuman sinis itu bertambah yakin.
“Then Nightmare it shall be.” Jack menuding jari kearah mana dia lihat.
Kepala Ivy
berputar ke kanan, melihat satu figura berjubah serba mewah, wajahnya tertutup
di sebalik hoodie tapi Ivy boleh lihat figura itu bernafas dengan berat, kayu
sakti didalam tangannya.
“I-itu kayu sakti—
“Apprientice? Yes,
yes it is.” Jawab Jack dengan slamber dan mencapai tangan Ivy bila ahli sihir
muda itu ingin menghentikan figura tersebut. Memulas tangan Ivy, menguncinya
dalam posisi. Mencengkam pipi Ivy dengan tangannya yang kosong.
“Now-now Vee, let
just watch the show shall we?” bisiknya pada telinga Ivy. Terhibur kerana Ivy
cuba melepaskan diri dari tangannya.
Seperti mereka,
tiada siapa melihat kewujudan perempuan itu. Walaupun dia berjalan di tengah-tengah
karpet merah dengan jubah yang tersangat cantik. Bila dia buka hoodie tersebut
tiada siapa melihat kehadirannya. Seperti mereka.
Ivy tertanya.
Siapa perempuan berambut hitam itu? Bagi dia itu tidak penting kerana ekspressi
membunuhnya kearah Raja yang berdiri di atas pentar takhtanya.
Dia targetkan Louis….!
Ivy sekali lagi
cuba melepaskan dirinya dari pegangan Jack namun apakan daya, lelaki itu
sememangnya lebih kuat dari dia. “Jack—Lepaskan aku!”
“I would love to
do as you want princess tapi kali ni satu pengecualian. I need you to watch this. ” Kata Jack, mengetatkan pegangannya.
Membiarkan Ivy tidak bermaya dan hanya boleh melihat sketsa itu terjadi.
Perempuan berambut
hitam itu berdiri beberapa meter jauh dari Louis dan mula mengangkat kayu sakti
apprientice didalam tangannya. Mulut berkumat-kamit membaca satu mantera.
Kelihatan seperti dia tidak dapat nak menampung mantera tersebut kerana dia
bergelut hanya dengan menyebut perkataan-perkataan itu.
Dan dengan satu
hayunan besar, dia melontarkan satu sumpahan kearah Raja pertama yang tidak
tahu apa-apa itu.
“LOUIS!”
Sepertinya Louis
tersentak dari satu mimpi bila dia dengar namanya di panggil dan dia boleh
melihat wanita yang melontarkan sumpahan tersebut, namun dia terlambat.
Sumpahan itu terkena pada dadanya dahulu sebelum dia berikan sebarang riaksi
dan dia terlontar ke atas lantai.
Dan segala
kewujudan di dalam bilik itu menjadi kabur dan menghilang, meninggalkan hanya
Jack, Ivy, perempuan tersebut dan Louis yang terlentar diatas lantai, berlumuran
dengan darah.
“Louis!”
Jack melepaskan
Ivy, membiarkan dia pergi ke sisi Puteranya sementara dia melihat ahli sihir
yang memegang kayu sakti Apprientice itu jatuh rebah. Dan lenyap dari pandangan
mata.
“Louis…… Louis—oh Lord, louis please… please please
bertahan!:” rayu ahli sihir muda itu kepada lelaki yang dia cintai
memuntahkan darah dan tidak bermaya didalam pangkuannya. Memegang tangan Louis
dengan erat.
Louis menggeleng
dengan senyuman tawar. “Maafkan aku… maaf—
“Tak… tak jangan minta maaf! Kau akan sembuh,
kau dengar tak? Kau akan sembuh—
“It’s a killing
curse.” Jack menyampuk. Datang mendekati mereka dan berdiri dengan tangan
didalam poket. Ekspressi wajahnya tersangat kosong sehingga buat Ivy tertanya
jika lelaki itu mempunyai perasaan simpati ataupun tidak.
Louis berpaling
melihat Jack. “Don’t you have to know everything?” soal Louis dengan tawa dan
digantikan dengan batukan berdarah. “I hate that part of you.”
“Diam Louis… diam
dan biarkan aku—
“Tak Vee.” Louis
mencapai tangan Ivy yang ada di bahunya. “Dah terlambat untuk sembuhkan aku.”
“T-Tapi—
Louis menggeleng,
beritahu Ivy untuk berhenti dan kembali memandang Jack. “Kau berjanji?”
Jack mengangguk
sekali. “Aku tak pernah mungkin janji aku pada kau.”
Ayat Jack membuat
Louis tersenyum lega. “Viv… aku nak kau tahu… yang ak—aku cintakan kau dan
akan… akan sentiasa mencintaimu.” Dengan ayat terakhir itu, Louis menghembuskan
nafas terakhirnya.
“Tidak… tak-tak tidak! LOUIS!”
Jack melihat Ivy
memeluk badan Raja yang tidak bernyawa itu. Menangis teresak-esak akan
peninggalan lelaki yang dia sayangi.
Dia biarkan Ivy
menangis sepenuh hatinya untuk sementara, berdiri tanpa kata apa-apa dihadapan
dua kekasih itu.
“Itu akan terjadi
bila masa sumpahan Morgana tamat.” Jack bersuara, menarik perhatian ahli sihir
itu padanya semula. Jack memetic jari, membuat jasad didalam tangan ivy hilang
hanya meninggalkan kesan darah pada gaun Ivy.
“Dia akan mati?”
Jack mengangguk. “Macam mana kau tahu?” Soal Ivy dengan nada mengancam. Dia
tidak akan percaya apa yang Jack katakan. Dia takkan terjebak dengan permainan
Jack lagi. Kerana ia Cuma satu mimpi
ngeri. Yang tersangat real.
“Macam aku cakap
tadi. Ilusi? Mimpi? Memori? Masa depan? Tiada siapa tahu kecuali aku.” Jack
bersuara. “tapi bagi kau satu mimpi ngeri dan samada kau percaya atau tidak ia
terpulang bagi kau.” Katanya sebelum menarik sengih. “tapi kau sanggup ke lalui
situasi yang sama seperti tadi? Melihat putera kesayangan kau mati didepan mata
kau? Secara perlahan rohnya meninggalkan jasad, meninggalkan kau seorang?”
Ivy yang terdiam
diri cukup untuk Jack sebagai jawapan. Dia turun berlutut dihadapan Ivy dengan
senyuman sinis yang menawan. “Aku boleh tolong kau selamatkan putera kesayangan
kau tu, since….. I’m the only one know how dan macam mana sumpahan Morgana
berfungsi.”
“Dan kau takkan
tolong aku tanpa sebarang balasan?” soal Ivy dengan renungan tajam, matanya
merah dari menangis dan perasaan negative dalam dirinya terlalu besar dan dia
mungkin akan bunuh Jack dengan tangannya sendiri tanpa magic kalau Jack cuba
mainkan dia lagi.
Jack menarik nafas
terkejut. “Good girl… kau secara
perlahan tahu peraturan dalam permainan aku ni.”
“satu lagi
permainan?”
“tak, ia permainan
yang sama.” Jack kembali serius tapi tidak seserious Ivy. “kau sememangnya
sedang mengejar aku tapi The Great Wizard Merlin menghalang. It’s not fun when
someone ban you to do what you want right?” Soalnya dengan senyuman nakal. “I
give you the chance to catch me.”
“How?”
“Itu
urusan aku macam mana. Apa kau perlu buat ialah ikut. Okay?”
“Macam mana aku
nak percayakan kau?” soal Ivy. “Kau lelaki yang tiada siapa ingin percaya,
termasuk The Great Wizard Merlin.”
“Ah… that my
love...” Jack mengangat telunjuknya. “Only you have the advantage. Remember?
I’m deadly in love with you and I’ll do anything for you.”
“Dan kau sanggup
serahkan diri kau untuk aku jika aku suruh kau?”
“Tapi kau kena
tangkap aku dulu.” Jack mengenyit mata. “for that, you have to do what I said.”
Ivy menarik nafas
dalam sebelum menghembusnya. Dia dah tak larat nak layat Jack. Dia penat… dari
segi mental dan emosi.
“Apa kau nak?”
Senyuman Jack
makin lebar. Ivy sentiasa terjebak dalam
permainannya.
.
.
Ivy bangun
mengejut dari tidurnya dan termengah-mengah hilang nafas. Dia mengelap peluh
yang membasahi dahinya dan memandang sekeliling.
Dia bertemu dengan
sepasang mata coklat gelap yang risau. “sayang, it’s okay…. Hanya mimpi ngeri.”
Kata Permaisuri Jasmine dengan nada yang menenangkan. “It’s just a nightmare.”
“Oh, Cik Devil dah
bangun ke?” Sultan Aladdin masuk kedalam bilik yang Ivy rasa bilik rawatan
didalam istana. “Beta minta maaf kerana tidak beri amaran pada kamu tentang
dungeon rahsia di dalam bilik bacaan Beta. Kamu terhantuk kepala kamu agak kuat
juga. Beta harap kamu tak apa-apa?”
“Dia hanya
mengalami mimpi ngeri Sultanku.” Permaisuri Jasmin bersuara dengan senyuman.
“Mungkin gas tidur dalam dungeon tu patut ditukar?”
“Tapi ia hanya gas
tidur biasa.” Balas Sultan Ababwa itu.
“Uhm… Tuan
Permaisuri jangan risau, ia hanya mimpi buruk yang biasa.” Ivy segera bersuara,
dah masak dengan dua suami isteri ini bertelingkah dengan manja dihadapannya.
Ivy dah mula muak.
“Kamu pasti ke?”
soal si permaisuri. “sepertinya ia bukan mimpi buruk sembarangan.”
Ya, ia bukan. Lebih teruk, orang Vicious tak
mengalami mimpi ngeri.
Ivy hanya berikan
senyuman yang cukup meyakinkan. “Wizard Merlin dan burung saya mana?”
“Oh mereka berada
di bilik entertainment dengan Genie.” Sultan Aladdin jawab. “Tapi saya galakkan
kamu untuk berehat. Rehat sehingga kamu pulih sepenuhnya sebelum menyambung
kerja kamu. Okay?”
Ivy hanya
mengangguk akur. Kembali baring diatas katil dengan pertolongan Permaisuri
Jasmine, menyelimutkan dia. Beritahu Ivy jika dia inginkan apa-apa panggil
sahaja pekerja didalam bilik tersebut sebelum pergi meninggalkan Ivy
keseorangan.
“Apa patut aku buat?
“help me steal something from a sacred
library .”
Ivy mengeluh
berat, memejam matanya seketat yang mungkin. Sacred Library ialah tempat yang dikawal ketat dan hanya kerabat
diraja sahaja boleh masuk. Dan bukan sebarang kerabat diraja yang mempunyai
kunci untuk ke tempat tersebut…. lelaki bebal tu suruh ivy pergi selongkar
sangkar naga yang membunuh itu.
>X<
(A/N: I'm Late a day!! sorry guys but yesterday ada paper exam so I have to focus on that but no worries! it's already here and hope you guys enjoyed it!! dan ya, this chapter is a little bit confusing lol *sigh* how are you guys? dah lama tak 'commenting' dengan korang. apapun Enjoy my loveliessssss~)
Finally ~~ hahaha. Not a little bit confusing but a lot of angah. Lot of. Huhu. Angah, please give ivy and louis a great happy ending. Pleaseeee~~
ReplyDeleteHahahahahaha Kena jelaskan cepat2 ni with all the confusion! so many things nak jelaskan but we just have to wait *coughsebulancoughsekalicough* and of course every fairy tale has its happy ending--ye ke? lol saja nak bagi suspen! *wink wink* *blowkiss* *runs away*
DeleteJust wanna let you know that once for a month is really torturing me. Huhu. Angah mmg patut jelaskan semuanya cpat2. Hoho
DeleteP/s: you know what angah? I really want to know you even more close.
I know love.. I know, It's killing me too *sobs* and you know what? want to know about you too *wink wink*
DeleteSangat mendebarkan. Memang pengkahiran untuk Sumpahan Morgana, Louis akan mati eyh? Takdak sapa ke yang bole hapuskan sumpahan tu? Macam mana sumpahan tu bole terjadi? Kenapa Luois yang kene? Agak2 nya Ivy dapat dak hapuskan sumpahan tu ? Sapa Morgana tu sebana nya ?
ReplyDeleteUish banyak persoalan yang tak terjawab lagi ni . Hahhahha
Pape pong Angah, best cite nih
yes, yes, akan diterangkan dan juga yang tu, and yes, and lastly juga akan diceritakan. Lol, so many persoalan and Angah kena jawab semuanya in the story Lololol
DeleteAnd thanks honey~~~~!!! *hugs&kisses*
Yes angah banyak sangat persoalan . Haahahahhahahah. Haa betul tu angah kene jawab dekat dalam story tapi tula kene ada kesabaran yang tinggi untuk taw . Hhahahahaha
Delete