Eighteenth L.O.S.T

Sparrow

“Oh Lord…. Jangan cakap kita di—

“Betul tu CIk Ivy, kita berada di Great China.”

Ivy menghempas belakangnya dan tenggelam dalam kesengsaraan. “Urrghh…. Why? Bukannya Tuan cakap kita mungkin takkan ke sini ke?”

“It’s your next mission Cik Ivy.”

I know. Tapi mengapa di sini? Takde tempat lain ke?”

DIaval menarik sengih. “Ni mesti sebab Putera Xiao Ai kan?”

Ivy membesarkan matanya pada Diaval tanda ‘Duh’ secara senyap. Diaval hanya mentertawakan Ivy.

Wizard Merlin juga ketawa tapi lebih kepada kebuntuan. “Dan mengapa dengan Putera Xiao Ai?”

Dia kawan rapat pada Louis…… dan dia tahu tentang hubungan kami.

Oh and FYI, I have a henchman to catch.

.

.

“Selamat datang ke Great China.”

Ivy tidak menyangka yang mereka akan disambut dengan meriah oleh dayang-dayang istana, siap dengan karpet merah, penari professional, makanan ringan dari chef terkenal dan persembahan singa! Sepanjang laluan ke bilik takhtah Maharani Wu Zetian!

Dan sebaik sahaja dia tiba di bilik tersebut, kelihatan terkejut, penat dan annoyed.. dia akhirnya berjumpa dengan dua adik beradik kembar yang dia tidak suka.

Dan cuba teka apa riaksi mereka berdua.

Tidak menyembunyikan perasaan sebenar mereka dengan kelakuan sopan santun seorang anak Maharani paling berkuasa di Enchanted.

Puteri Shui Ling langsung tidak memandang kearah Ivy, dia buat-buat macam Ivy tak wujud didalam bilik itu dan Putera Xiao Ai pula hanya lihat Ivy dengan senyuman halus, halus di hujung bibirnya, seperti dia sedang terhibur mengkritik Ivy dalam mindanya.

Macam mana Ivy tahu?

Bila Putera Xiao Ai membuka mulut bau longkangnya; “So, Got any plans to destroy my country next?”

Mereka semua terus memandang Ivy, semua orang dalam bilik itu—dayang istana, chef dan persembahan circus sekali.

Damn this prince!

.

.

I hate him

I hate her

I hate the people here

I hate this place!

I HATE GREAT CHINA!

Jika Ivy ingin menunjukkan perasaan sebenar menggunakan magicnya, dah tentu seluruh penghuni istana dapat merasa getaran dari hentakan kaki anak murid ahli sihir terkenal ini. Api dalam tanglung sepanjang laluan istana berubah menjadi warna apinya. Menyumpah seranah seluruh makhluk Great China kerana berlagak sombong pada Ivy. Dia tak pernah lagi buat apa apa pada mereka dan mereka layan yang Ivy ni seseorang makhluk yang sangat jijik! Pengemis juga menghindari Ivy! Mencacinya seperti dia tu lebih hina dari seorang pengemis!

Dia anak murid The Great Wizard Merlin! Apprientice! Darjatnya lebih tinggi dari putera puteri dari negara Great China.

“F*cking flat eye—

“Is that the lips you kiss your mother with?”

Ayat Ivy tertangguh bila dia dengar suara naga merah datang dari belakangnya, melingkar laju mendekati Ivy dan memanjat jubahnya untuk ke bahu sebelah kiri, memandangkan sebelah kanan sudah ditempah oleh seekor gagak hitam.

“Korang penjahat memang suka haiwan hodoh-hodoh sebagai peneman kan?”

Kedua bekas penduduk Vicious ini menjeling kearah Mushu yang hanya endahkan renungan maut mereka. “Anyways, kau kena tahu penduduk kat sini dilahirkan dengan kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain namun agak susah untuk dapatkan kepercayaan mereka dari orang luar. So, kalau kau nak dorang tak hina kau, kau kena berbaik dengan mereka.”

“Like Hell aku akan berbaik dengan dua Devil twins tu!”

“And you are not the Devil herself?” mushu menarik sengih bila Ivy memutarkan bola matanya, masuk ke laluan kanan dimana ia akan bawa mereka kembali ke bilik tidurnya.

“Aku tak sangka Wizard Merlin tinggalkan aku sendiri di sini dengan korang bertiga—Dia tak fikir ke kalau masalah Great China hadapi ni bukan masalah kecil? Macam mana kalau ia perangkap Villain Mary? Atau lelaki durjana, Jack tu?”

“Oh non-sense! Kalau ini kerja mereka berdua dah tentu Wizard merlin takkan bagi kat kau. Kau tak boleh pandang rendah pada Tuan Emrys. Dia Nampak tua tapi—

“Tapi dia bukan calang-calang orangnya… aku tahu, aku tahu!” sambung Ivy dengan nada mengejek sebelum memutar bola matanya sekali lagi. “Sheesh, ingatkan aku tak belajar semua tu dari dia ke?”

“Then kau akan tahu yang masalah ni dibagi pada kau kerana Tuan Emrys tahu kau boleh lakukannya.”

Ivy…

Mata Ivy membesar mengetahui masanya telah tiba, mata membesar sebaik sahaja bisikan halus itu masuk kedalam ruang pendengarannya dan hampir jatuh pitam tapi dia kuatkan dirinya untuk beberapa langkah lagi, untuk sampai ke biliknya.

Dia ada lebih kurang sejam sebelum dirinya dipanggil. Mengapa lebih awal dari biasa?

“Honey? Kau okay tak?” Mushu perasan ahli sihir muda itu kelihatan lemah dan mukanya penat semacam. “Takkan latihan tadi pagi buat kau penat?”

“I have my own limit okay!” Marah Ivy dengan mata berat, susah nak buka. “Aku nak masuk berehat. Tell them aku tak dapat nak join dinner.”

“Whut? Ni malam Maharani Wu Zetian kembali dan mungkin nak makan malam dengan kau sekali! Kau tak boleh tolak arahan Maharani—” tidak habis lagi leteran Mushu, Diaval mencengkam badan naga kecil itu dan membawanya pergi, bertentangan arah dari Ivy. “Hey! You dumb bird—kau nak bawa aku ke mana huh?!”

DIaval menyahut nyaring pada persoalan Mushu.

“Aku berhenti bergelut kalau kau lepaskan aku!—Oh hell nah! Kalau kau jatuhkan aku dari sini aku bunuh kau!”

Ivy tersenyum terima kasih pada Diaval membawa Mushu pergi untuknya, menghilangkan diri di hujung laluan istana dengan pergi ke laluan kiri.

Ivy dapat rasakan dirinya makin dibawa ke alam mimpi kerana badannya terasa berat. Dengan kesedaran yang tinggal, dia bawa badannya ke bilik tidur. Namun, dia tidak dapat sampai ke katilnya dan terlentar diatas katil, pitam sepenuhnya.

Dirinya dibawa ke alam mimpi.

“Good to see you again, sweety.”

Ivy membuka matanya seperti dia terkena renjatan elektrik dan temui diberada di meja makan yang panjang dengan Jack duduk di hujung meja tersebut sebagai penemannya.

Ivy perasan yang dia berpakaian serba mewah, gaun putih yang mempunyai sulam tekat diperbuat dari emas. Sulaman yang tersangat cantik membuatkan dia tertanya jika gaun itu dikhaskan untuk kerabat diraja.

Dia juga menyentuh kepalanya utnuk kepastian dan merasakan sesuatu tajam menyucuk hujung jarinya. Dia segera melihat refleksinya pada permukaan sudu; sebuah tiara terhias cantik diatas kepalanya.

“What the…”

“It’s your wedding gown love.” Suara Jack menarik perhatian ahli sihir itu semula. Wajahnya penuh dengan tanda tanya. “mereka kata, melihat tunang kau didalam gaun perkahwinannya sebelum hari itu datang ialah satu petanda malang. Aku tak sengaja melihatnya, aku berjalan dengan Raja George diluar istana dan ternampak kau dari tingkap bersama Gretel dan Puteri Julliana.”

“Apa?”

“Aku tak percayakan benda-benda macam ni tapi… mungkin ia betul sebab perkahwinan kita tak pernah terjadi.” Jack mengangkat cawannya, memandang refleksinya dengan ekspressi wajah murung sebelum menghirupnya.

“Apa yang kau cakapkan ni Jack?” Kadang-kadang, Ivy tak faham apa yang Jack fikirkan setiap kali mereka berjumpa didalam alam mimpi.

Ini kali ketiga dia bertemu dengan Jack. Pertama kali semasa dia bermain watak ‘tunang’ Jack dan melihat Louis dibunuh oleh Lady Morgana. Dia tak faham sangat dengan situasi itu—mereka kata mimpi seseorang bermain mengikut pemikiran seseorang, hasrat mereka yang terdalam dan Ivy tahu Jack mencintai tunangnya tanpa sebarang keraguan tapi situasi dengan pertakhtahan Louis dan tunangnya sebenarnya takda ada kena mengena. Tunangnya mati lama dahulu dan pertakhtahan Louis akan berlaku dimasa hadapan.

Tuan Jack Skellington pernah kata mimpi hanyalah cebisan memori dan boleh berbolak-balik antara hasrat dan masa lalu tapi…. Kenapa ia rasa tersangat real? Seperti itulah realiti sehingga Ivy lupa memorinya sendiri.

Kali kedua dia berjumpa dengan Jack dalam alam mimpi, Ivy mengingati siapa dirinya dan memorinya. Mereka berada di dalam sebuah taman pada malam hari, malam yang sangat menenangkan namun dilubuk hati Ivy dia dapat rasakan kesedihan yang tak terkata. Dia memakai gaun tidur biru lembut dengan skaf tebal dikait dari bulu biri-biri. Duduk diatas buaian keseorangan sehingga Jack muncul dengan secawan teh untuknya dan Jack minum kopi.

Pada masa itu Jack memakai sweater yang Ivy pernah lihat, dia tak tahu kat mana tapi ia buat Ivy mempersoalkan dimana dia pernah lihat. Sehingga dia mencapainya untuk merasakan kain itu diantara sentuhan jari tapi Jack segera membelakangkan diri, tidak menginginkan sentuhan Ivy.

Yang mengejutkan pada perjumpaan mereka yang kedua, Jack kelihatan tenang dan….. normal. Pada masa itu Ivy cuba mengendahkan perangai Jack, cuba mengelakkan diri dari mempersoalkan apa-apa personal tentang diri Jack dan hanya tumpukan pada tujuan dia bersetuju berjumpa dengan Jack didalam alam mimpi.

Dan sekarang, dia di sini, memakai gaun perkahwinan tunang Jack didalam bilik yang serba mewah, duduk bersama Jack dalam satu meja namun dia jauh dari Ivy. Dia juga berpakaian Formal yang Ivy teka ia baju perkahwinannya juga.

Sekali lagi, Ivy mengelak dari berfikir sejarah silam Jack dan teruskan pada urusan mereka.

“Kau Tarik aku lebih awal. Aku bersetuju kau panggil aku tapi itu tak bermaksud kau boleh lakukannya pada bila-bila masa kau nak.” Suara Ivy sedingin malam, mengangkat gelas kacanya untuk menghirup air dari gelas tersebut.

Kalau Ivy pandang kearah Jack, dia dapat lihat betapa ketaranya Jack menunjukkan ekspressi sedihnya, bermain dengan air didalam gelas. “Maaf, aku terpaksa.”

Ivy mengangguk, agak kagum dengan rasa minumannya dan juga menerima maaf Jack. Sekali lagi rasa tenang dalam atmosfera mimpinya membuat dia rasa ingin tahu apa yang bermain dalam fikiran Jack.

“Selagi alasan kau cukup bagus untuk aku maafkan.” Ivy memasang ekspressi ‘tidak berminat’ pada Jack. Seperti mana dia pakai pada pertemuan mereka sebelumnya.

Jack tertawa pahit. “Jangan risau, pertemuan kita lagi singkat dari sebelumnya.” Dia meletakkan gelasnya ke tepi dan tumpukan perhatiannya pada Ivy. “Dia dah sumpah Putera Xiao Ai seperti yang kita rancang. Jadi kau ada 5 hari untuk cari cara perangkap Mary dan selamatkan nyawa Putera cina tu.”

“Dia tahu aku ada di sini?”

“Dah tentu. Aku henchmen dia, aku tak boleh tipu dia bila dia tanya tentang kau.”

“Tapi kau tak cakap pasal benda ni?”

Jack menarik sengih. “It’s a small price to endure tapi untuk permainan kecil ni, aku tak kesah rahsiakannya dari Mary—itupun kalau kau nak aku bagitahu dia?”

Ivy meletakkan gelasnya ketepi, dahi berkerut memandang Jack di hujung meja panjang itu. Berharap dia boleh lihat expressi wajah Jack dengan lebih jelas seperti pertemuan mereka yang sebelumnya. “Apa kau dapat dari buat semua ni Jack? Kau tak percayakan Wizard Merlin, kau bencikan kawan-kawan lama kau, dan kau setia pada Mary. Kenapa tiba-tiba berubah?”

“Sayang, berapa banyak kali aku patut cakap? Aku buat semua ni untuk kau—

“You are a selfish bastard!” sahutnya sedikit tinggi dari nada biasa. “kau buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang kau nak. Kenapa tiba-tiba kau jadi.. selfless dan korbankan segalanya hanya untuk aku? Aku bukan tunang kau Jack—

“But I like to think that.” Hati Ivy luntur mendengar nada rendah Jack, dia hampir tak mendengarnya kalau bukan disebabkan bilik itu sememangnya senyap. “Biarkan aku fikir apa yang aku nak fikir. Ke kau nak aku teruskan permainan kita ni lebih lama? I would love to tapi aku tak boleh.”

“tapi Jack—

“Kau patut berlagak tidak kesah pasal aku.” Potong Jack lagi, cuba berdiri dari tempat duduknya dan hampir terjatuh, dia berpaut pada hujung Meja dan Ivy segera bangun tapi Jack mengangkat tangannya, melarang. “Stay there. Aku taknak kau datang dekat.”

“Tapi Jack kau sakit!”

Jack menghembus nafas panjang, senyuman lelah terukir pada wajahnya. “Come on love, why start now?”

“Jack….” Ivy mengambil langkah mendekati Jack tapi Jack menghayun tangannya kearah Ivy dan jarak antara mereka menjauh. “Jack!”

Jack berikan senyuman yang amat menyakitkan. “Try to catch me sweetheart.”

Ivy terjaga dari mimpinya dengan satu tarikan nafas panjang. Segera dudukkan diri, cuba mengekalkan memori mimpi didalam kepalanya, cuba tidak meninggalkan ia hanya cebisan memori yang samar-samar.

Ivy melompat terkejut mendengar pintu biliknya diketuk, bayangan penjaganya terbang disebalik pintu itu kelihatan dan dengan segera dia membuka pintu membenarkan Jack masuk dan menutupnya semula.

Jack mendarat di tiang rehatnya, kepala disengetkan tertanya mengapa anak jagaannya berada di atas lantai.

Ivy hanya berikan senyuman kecil dengan gelengan. “Aku…. Terjatuh.” Jawabnya sebelum berubah kedudukan, duduk di atas katilnya dan mengeluarkan buku anchient berjudulkan tulisan cina dari bawah bantalnya.

Kembali membaca, kembali pada misinya dan memori akan mimpi bersama Jack kian dilupakan. Hanya meninggalkan perbualan mereka tentang misi tersebut sahaja.

‘Mary tahu Ivy berada di Great China dan Berjaya menyumpah Putera Xiao Ai.’

Senyuman sinis terukir pada bilik ahli sihir muda ini, tersebunyi dari penglihatan Diaval. Putera perfect itu disumpah? Heh, taklah sekuat mana yang Ivy fikirkan tentang lelaki bongkak tu.

Ivy patut berterima kasih pada Mary kerana sumpah Putera Xiao Ai tapi…… menumpaskan Villain tu lebih lumayan.

>X<

Ivy turun dari belakang Diaval dan memetic jarinya sebaik sahaja dia tiba di pintu depan istana Great China, bergegas masuk dengan Diaval sebagai manusia mengekorinya dari belakang.

Ivy break mati dari lariannya dan rasa nak muntah bila bau busuk sumpahan Villain Mary menusuk hidungnya.

“Kau okay?” Soal Diaval, risau.

Ivy mengangguk, cuba menelan rasa muak yang berkumpul di kerongkongnya. “Dia kuat. F*cking hell Jack nak aku tumpaskan nenek sihir tu.” Dia mengeluarkan kayu saktinya dan kembali berlari, menjejak di mana ahli sihir kejam itu berada dengan mengikut aura hitam yang terkumpul diudara.

.

.

“Aku tertanya macam mana personality kau kalau kau tak gila.” Ivy mengutip beberapa kuntum bunga lavender. Menghidu bau bunga tersebut dengan senyuman nipis terukir pada wajahnya. “Minda kau sangat tenang. Tak macam diri kau di alam reality.”

Jack berdiri beberapa meter jauh dari Ivy, berpakaian serba hitam; turtle neck t-shirt disebalik kot hitam. Dia juga tersenyum dan kali ini secara rela. “Kita berada jauh di belakang minda aku—

“Bermaksud, jauh didalam minda kau… kau masih waras.”

“Kau punca aku masih ada pendirian Vee.”

Ivy berhenti dari menghidu bunga dalam tangannya bila dia dipanggil dengan panggilan yang sudah lama tidak didengar. “Vee…. Jack, kau nak mati ke?”

“Probably.”

Jawapan itu buat Ivy berpaling memandang Jack. Hatinya jatuh ke perut bila melihat keadaan Jack. Dia kelihatan sangat tenat. Wajahnya pucat dan bibirnya membiru, namun dia masih tersenyum seperti dia tidak apa-apa.

“Kita patut berhenti berjumpa Jack. Makin banyak kau guna magic kau, ia memakan kesihatan kau." Pujuk Ivy dengan lembut. “You are not a mage. You are a knight.”

“I’m broken.” Jack betulkan ayat Ivy dengan senyuman. “Jangan lupa plan kita. Kau hanya ada satu peluang je untuk tangkap Mary. Kalau kau gagal aku takkan ada untuk tolong kau—

“Then menyerah je la Jack.” Ivy menyentuh bahu Jack tapi di tepis lembut. “Kau akan terselamat dari Mary dan kau takkan—

“Dan jauh didalam lubuk hati kau…. Kau risaukan aku.”

“Dah tentu aku risaukan kau!” marahnya dengan air mata mengugut untuk jatuh. “Kau sedang mensia-siakan nyawa kau! Ada jalan yang lebih baik dari ini—kau masih boleh mengubah masa depan kau Jack—

“Dan masa depan aku tanpa kau tidak bermakna bagi aku Vee.” Kali ini Jack menyentuh kedua bahu Ivy, cuba tenangkan ahli sihir itu. “Aku rela lakukan semua ni. jangan risau pasal aku okay?”

“Tapi Jack….”

“Hussh baby….” Jack menolak rambut depan Ivy ke belakang telinganya dan mengusap air mata jatuh ke pipi dengan ibu jari. Membelai wajah ahli sihir itu dengan lembut dengan mata menerokai setiap sudut wajah Ivy seperti cuba mengingati wajahnya, terutama mata hijau Ivy yang begerlipan. “God…. How I miss you Vee.”

“I know.” Balasnya dengan bisikan. Air mata deras mengalir turun membasahi kedua tangan Jack yang memeluk pipinya. tangan Ivy berpaut pada kedua pergelangan tangan Jack. “I know…” sahutnya lagi dengan kedua dahi mereka bertemu.

“Masa untuk bangun sayang.”

Ivy membelakangkan kepalanya sedikit, menggeleng. “Aku takkan ingat kau lagi—aku taknak tu berlaku—

“Vee, kau kena bangun.” Nada Jack kedengaran sedikit tegas dan ia membuat Ivy bertambah sedih. “kita tak boleh berada di alam ni untuk selamanya. Kau kena bangun.”

“Tapi aku akan lupakan kau—lupakan kita berdua—

“Jangan sia-siakan pengorbanan aku sayang. Tolong… tolong bangun untuk aku.” Tangan Jack meninggalkan pipi Ivy turun ke kedua tangannya. Mengangkat separas dengan dagunya untuk dikucup satu persatu. “I need to save you.”

“But who’s going to save you?”

.

.

“Xiao Aiiiiiiii!!!”

Ivy terlambat. Sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik takhta, tempat itu umpama neraka dengan api menjilat bilik itu dan Putera Xiao Ai sedang berlawan dengan The Great Wizard Merlin dan Maharani Wu zetian yang dalam baju perisai dan memegang pedang didalam tangan. Puteri Shui Ling pula pitam tidak sedarkan diri di tepi kerusi takhta Maharani.

“Oh sh*t—” Ketiga-tiga penghuni didalam bilik terbakar itu berpaling melihat Ivy dan ahli sihir ini menutup mulut, menyesal.

Well, well….. lihat siapa datang join party kecil kita ni…” Ivy tak pernah rasa jijik dengan Putera Xiao Ai seperti ini. Ye lah selalunya dia jijikkan perangai bongkak putera cina tu tapi sekarang, dengan dirinya dibawah kawalan Mary, wajahnya bertattookan sumpahan Losing Heart dan ia tersangat, sangat hodoh.

“Euggghh…. No wonder aku termuntah kat pintu istana tadi—ouch.” Ivy mengusap belakang kepalanya kerana diluku oleh Diaval. “Apa?”

“bukan situasi yang sesuai untuk mengutuk.”

“Emrys! kamu takda cara nak selamatkan Ananda beta ke?!” soalnya dengan nafas termengah-mengah seperti dia baru sahaja bersilang pedang dengan anaknya sendiri.

“Aku mungkin akan terbunuh Putera Xiao Ai.” Jawab Wizard Merlin, risau. “Dia mengikat dirinya dengan jantung Xiao, kalau dia dikeluarkan, roh Putera Xiao Ai juga terkeluar dari badannya.”

Putera Xiao Ai ketawa terbahak-bahak melihat wajah kesihan Maharani Wu Zetian. “Maharani yang digerunkan kerana darah Pahlawannya tidak dapat buat apa-apa untuk selamatkan anaknya sendiri! What will you do Queeny? Sacrifice your only heir to the throne? or let him suffer more everytime you guys think how to save him?” soalnya dengan sarkastik.

Maharani Wu Zetian berdecit. “Devil!”

Ivy melompat kerana terkejut dan menuding dirinya sendiri.

“Yes you! Kau pernah selamatkan Puteri Ezra, kau pasti boleh selamatkan Ananda beta!” sahutnya, kedengaran desperate. “Beta akan berikan apa sahaja kamu nak jika kamu selamatkan Putera Beta.”

“Hah! That witch tak boleh buat apa-apa lagi, terima kasih pada sumpahan anchient korang aku dapat pautkan diri aku pada nyawa Putera bebal ni! Hahahahahahaha!!! Korang dah tak boleh buat apa-apa! I. AM. INVINCIBLE!!”

Putera Xiao Ai mengheret mata pedangnya diatas lantai marmar bilik menghasilkan percikan api, memarakkan api disekelilingnya, menjilat siling bilik itu dengan tawa wicked yang berdekah-dekah keudara menunjukkan kemenangannya.

Tapi tawanya redah bila dia dengar orang yang tidak lagi satu ancaman baginya juga ketawa. bukan dia sahaja yang hairan tapi Wizard merlin dan Maharani Wu Zetian juga memandangnya dengan pelik.

“Cik Ivy…. Mengapa—”

Jubah Ivy terbakar dengan api ungu yang turun merangkak ke seperti spiral memakan api Putera Xiao Ai. Hanya meninggalkan api yang mengelilingi putera itu sahaja.

Wajah sarcastic Ivy berubah menjadi serius, mata hijau bercahaya terang seperti mana apinya marak naik memerangkap Putera dalam sumpahan itu. “Same mistake witch. Never. Underestimate. The Devil herself.” Mulut Ivy berkumat kamit membaca mantera kuno China dengan kayu sakti di angkat keudara. Sepertinya Ivy sedang menyeru sesuatu, api ungunya redah sedikit membenarkan tingkap dan pintu bilik itu terdedah untuk membenarkan cahaya-cahaya putih masuk dan datang mendekati Putera Xiao Ai.

Mata Putera Xiao Ai terbeliak bulat, mengetahui apa sebenarnya cahaya putih itu. “Tidak… tak mungkin in—ini satu perangkap!” Dia cuba melarikan diri tapi bila dia cuba melepaskan diri dari api ungu Ivy, ia membakar Putera Cina itu sebaik sahaja dia menyentuhnya, dan bila cahaya kecil itu menyentuh kulitnya, Putera Xiao Ai menjerit keudara. Keperitan tidak terkata hanya dari sentuhan-sentuhan cahaya itu.

Jampi tersebut pasti memakan banyak magic Ivy kerana tangannya sudah mula menggeletar dan mukanya memucat. “Dia cakap…. It will be easy—“ Dia hampir jatuh tapi Diaval ada di sisinya menyambut Ivy.

“Kau boleh buat Ivy.” Bisik Diaval, risau bila dia lihat api ungu Ivy makin mengecil. “Sikit lagi!”

Putera Xiao Ai melihat keadaan Ivy sebagai satu peluang untuknya melarikan diri, dengan segala kudrat yang tinggal, dia cuba melarikan diri tapi dia terlontar semula ke tempatnya kerana angin taufan muncul secara tiba-tiba, memerangkapnya.

Emryyssss!!!!!” Jerit Putera Xiao AI, tangan didepakan kearah Wizard Merlin.

“Apapun kamu buat Cik Ivy, Jangan berhenti!” Arah Mentornya, yang menghasilkan angin taufan itu.

Ivy memegang kayu saktinya dengan kedua tangan. Dia mengerang kesakitan, tidak bermaya untuk menanggung jampi kuat itu.

“Cik Devil kamu kena bertahan!!—

“Tuanku ingat saya buat apa ni!” Ivy meletup, kearah Maharani Wu Zetian dan hampir pitam sepenuhnya hanya kerana itu. Nasib baik Diaval ada untuk pastikan dia berjaga. “God Dammit lepaskan dia Mary!!”

Putera Xiao Ai seperti terkena chicken poxs dengan cahaya-cahaya itu melekat pada badannya. Membakar kulitnya, cuba sucikan jiwa Putera itu dari sumpahan Losing Heart. Cahaya itu membesar, menyeliputi seluruh anggota badannya, hanya sebelah mata yang terlihat, matanya menunjukkan kesengsaraan yang tidak terkata.

Never!!”

“Then you’ll die with him!” Ivy memberi amaran sekali lagi, hidungnya mula berdarah membuatkan Diaval bertambah risau.

Ivy akan terbunuh sekali kalau dia tak berhenti!

Putera Xiao Ai menjerit keudara, jatuh berlutut sebelum cahaya putih itu terasing dari badannya, menghasilkan satu figura wanita di sebelahnya, juga menjerit dengan nyaring dan Putera Xiao Ai jatuh pitam tidak sedarkan diri.

Mata mereka terbeliak bulat melihat figura diselaputi cahaya putih itu. Villain Losing Heart!!

Jack!!!” jerit Villain itu keudara dan seekor burung sparrow meluncur masuk kedalam istana, turun kearah Villain itu.

“Dia nak melarikan diri!” sahut si Maharani bila Villain Mary berubah menjadi bebola cahaya kecil dan di tangkap oleh sparrow tersebut.

“Oh no you don’t—Diaval into a bird!” Ivy memetic jarinya, mengubah Diaval menjadi burung sekali gus, sokongan Ivy hilang membuat dia jatuh dan pitam. Jampinya terhenti dengan serta merta.

Diaval menyerang burung kecil itu dengan mematahkan sayapnya dan jatuh diatas badan Putera Xiao Ai. Disebabkan jampi Ivy terbatal, figura yang terperangkap didalam cahaya putih itu bebas menjadi asap hitam dan melarikan diri melalui celah-celah dinding istana.

Maharani WU Zetian Bergegas ke sisi Puteranya, memeriksa nadi Putera Xiao Ai di leher dan menghembus nafas lega. “Oh Ananda….” Bisiknya dan membelai lembut rambut puteranya.

Diaval terbang ke sisi Wizard Merlin yang memeriksa Ivy. Menyahut dengan nyaring, tertera dia risaukan keadaan anak jagaannya.

“Jangan risau. Cik Ivy akan okay.” Wizard Merlin juga menghembus nafas lega. Memetic jarinya mengubah Diaval menjadi manusia.

Tanpa buang masa, Diaval terus mengumpul Ivy kedalam tangannya dan bawa anak jagaannya pergi ke bilik rawatan.

“Guards! Guards!”

Wizard Merlin mengeluh kecil, mata tidak lari dari titisan darah dimana Ivy pitam. Rasa bersalah pada anak muridnya kerana tinggalkan dia menyelesaikan masalah ini keseorangan.

Harap dia tak kena brain damage.

Pengawal diraja datang bergegas masuk kedalam bilik tersebut, agak terkejut melihat keadaan bilik itu tapi endahkannya bila dia perasan putera puteri diraja terlentar diatas lantai tidak sedarkan diri.

“Tuanku, apa dah jadi?” Soal salah seorang pengawal. “Ada serangan ke?”

“Kamu tak perlu risau tentang tu—bawa kedua Ananda beta ke bilik rawatan sekarang!!”

“B-Baik tuanku!” mengikut arahan, mereka mengangkat putera puteri itu keluar dari bilik tersebut.

Wizard Merlin pula sempat mengambil Burung kecil yang berada di atas badan Putera Xiao Ai. Menyembunyikannya disebalik jubah.

“Tuanku, saya sarankan tuanku mengekori mereka dan biarkan saya urus tempat ni.” Wizard Merlin tunduk pada Maharani Wu Zetian. Memastikan burung dalam tangannya tidak kelihatan.

Maharani Wu Zetian melihat sekeliling, tidak menyangka bilik takhtanya hancur disebabkan villain tersebut dan menyentuh dahi. “Beta… beta ingatkan ia hanya masalah kecil…. Beta hampir benarkan tiga nyawa terkorban kerana kecuaian beta…”

“Tak-tak Tuanku.” Wizard Merlin cuba tenangkannya. “Tuanku risaukan pertakhtahan Putera George. Itu normal, ini salah saya kerana tidak melihatnya dengan teliti.”

“tapi Beta yang paksa kamu temankan beta ke Kerajaan Eidolon.”

“This is not the time to the play blame games your highness. Putera puteri TUanku berada di bilik rawatan, just think about their health first right now.”

“Yes… yes kamu betul.” Wizard Merlin tolong Maharani cina itu bangun dan berjalan keluar dari bilik tersebut.

Bila kelibat Maharani cina itu tidak kelihatan, Wizard Merlin mengeluarkan burung didalam tangannya dari sebalik jubah. Melihat burung kecil itu berlumuran dengan darah dari sayapnya yang patah. bernafas dengan berat, mata setengah tutup seperti dia sedang bertahan untuk sedar.

“Oh Jack… kamu dah melampau kali ni.” Merlin meletakkan satu tangan diatas Jack dan cahaya putih terhasil dari tapak tangan untuk menyembuhkan luka Jack. “What have become of you?”

>X<

For Goodness sake!! Akhirnya dia blah!” satu penumbuk kegemilangan dilontarkan keudara oleh Putera sulung Camelot ini setelah berpuluh cubaan untuk jauhkan dirinya dari Gretel Berjaya dan sekarang dia dalam perjalanan ke bilik bacaannya semula. Menguncikan diri dan berjauhan dari adik Hansel yang sama menjengkelkan. Semalam tiada muka minah tu pun cukup la bagi Louis.

Sebaik sahaja dia tiba di bilik bacaannya, memastikan dia kunci pintu. Dia terus pecah karakter, tiada lagi putera George yang sentiasa sempurna dari pelbagai aspek ke Louis yang menari goyang pinggul menuju ke mejanya sebelum merentasi meja dengan meluncur—menjatuhkan beberapa buah buku dan fail tapi apa dia kesah—dan duduk di kerusinya.

“Aku hampir lupa macam mana rasanya jadi bebas!” sahutnya main-main, ketawa akan ayatnya sendiri sebelum mencapai surat-surat yang terhias cantik di hujung mejanya. Memeriksa satu persatu.

“Bosan. Bosan. Bosan. Eugghh—takkan baca. Bosan. Bosan—hah! Philipe pasti dalam masalah lagi. Bosan. Bosan. Bo—Ivy?” dia melihat ketiga-tiga sampul surat didalam tangannya dan semuanya surat dari Ivy Cuma berlainan tarikh.

Selama ni Ivy menulis surat padanya dan dia tak perasan?

“Shoot!” Dia mencapai pedang kecil yang dipedang oleh patung satria di hujung mejanya dan membuka sampul surat pertama dari Ivy.

Dia membukanya dengan penuh berhati-hati, tidak ingin merosakkan surat yang ada didalam sampul tersebut dan entah kenapa dia rasa gementar.

Adakah kerana ini pertama kali dia dapat surat—secara normal dari Ivy? Siap dengan alamat dan nama, tidak dengan rahsia, menyelit dibawah pintu setiap malam? Ataupun dia takut apa yang terkandung dalam sampul surat itu.

Tak mungkin perkara buruk kan? Sebab Ivy menghantarnya lebih sekali walaupun Louis tidak pernah membalasnya—malah tak pernah tahu kewujudan sampul surat itu. Louis salahkan minah menjengkelkan tu sebab sentiasa sibukkan jadualnya.

Sebaik sahaja Louis membuka surat tersebut, muka Louis naik merah.

Dear my Louis,

It’s been three weeks since I last saw your face and… the last ekspression I would like to see. I know the last time before we parted is not the best and I shouldn’t have left without saying a goodbye but I was so ashamed of myself to even look at you at that time and so mad at myself for losing it on you, knowing you did nothing wrong and forgetting where we stand in this situation.

 The reason I wrote this letter is to tell you how sorry I am and…. That I miss you—

Nafasnya tersangkut di kerongkong dan ikutkan hati dia nak hentam kepalanya diatas meja. Nak memastikan yang dia tak bermimpi atau matanya bermain ayat hanya kerana dia juga merindui ahli sihirnya.

Mencubit pipi sendiri dan menggosok mata sekuat yang boleh, dia kembali baca tiga perkataan itu dan mukanya bertambah merah dari sebelumnya. Dia dapat rasakan telinganya panas, kalau boleh berasap kerana ayat pendek tersebut.

Good Lord dia berada di syurga sekarang ni. selama Louis dalam hubungan dengan Ivy—heck even before that, Louis tak pernah dengar Ivy mengucakapkan kata rindu padanya. Tak pernah walaupun sekali dan mengetahui dia juga rindukan Louis dalam bentuk lisan dan buat hatinya berbunga-bunga.

Louis menyambung bacaannya dengan tangan menutup mulut, siku rehatkan atas meja. Menyembunyikan senyumannya seperti dia budak sekolah rendah mendapat surat cinta dari perempuan yang dia minat didalam sekolahnya.

Ayat-ayat yang tidak pernah terungkap oleh Ivy dicurahkan segalanya didalam ketiga-tiga surat itu dan Louis tidak pernah rasa segembira itu selepas menjalinkan hubungan dengan Ivy.

‘aku dengar kau akan ditabalkan sebagai raja tak lama lagi bermaksud kau akan jadi sangat busy dan mungkin tiada masa untuk membalas surat-surat aku tapi aku tak kisah. Aku hanya nak kau jaga kesihatan, makan dan tidur secukupnya. Jangan paksa diri sangat dan… benarkan The Believers risaukan tentang sumpahan Losing Heart. Kau dah sibuk dengan pangkat yang kau akan tanggung, jangan bebankan diri kau lagi dengan kes ni. aku tahu kau risau, begitu juga aku. I promis you I’ll help you to solve this case too. So please, jangan risau sangat. Okay?’

‘I wonder what are you doing right now? Aku kat kerajaan Ababwa sekarang menanggung seksaat melihat Sultan Aladdin dan Permaisuri Jasmine bermanja dengan sesame sendiri. Rasa macam nak muntah tapi…. Ia buat aku teringatkan kau. I really wish we can meet soon.’

‘Ingat tak kita jadikan bulan sebagai saksi kita? Well, sekarang aku sedang melihat bulan tu dan tertanya adakah kau juga sedang memandang saksi kita?’

‘Hansel will kill me kalau dia baca surat ni, dan Enchanted will kill me kalau surat ni dibaca oleh orang luar—tapi, I’ll take the risk. Aku taknak melarikan diri lagi. And I hope you too.’

‘… dan Louis, aku nak beritahu kau sesuatu dan aku taknak beritahunya melalui surat. I hope we can meet. Soon. mungkin selepas selesaikan misi ni aku akan kembali, wait for me okay? Jangan datang ke sini. Just wait. It’s important.’

Penting? Apa dia?

Louis membentang semua helaian surat Ivy diatas mejanya, mencari petunjuk apakah yang Ivy ingin cakap padanya. Ia meninggalkan Louis dengan penuh tanda tanya! Dan Ivy dah bagi amaran untuk tidak pergi ke tempat Ivy berada sekarang, jadi dia kena tunggu.

Satu penungguan sangat menyeksakan.

Tapi Louis pernah tunggu bertahun untuk bersama dengan Ivy, takkan tunggu Ivy untuk beberapa bulan—mungkin minggu tak boleh kan?

But still, it’s torture. Louis tak rasa dia boleh tunggu selama tu.

Pintu biliknya diketuk menarik Bakal raja Enchanted yang angau ini kembali ke dunia reality. Dia segera mengemas surat-surat Ivy dan menyumbatnya kedalam laci sebelum bergegas ke pintu.

“Apa dia?” Soalnya dengan kening terjungkit. Hairan melihat penjaga istana kelihatan seperti dia baru sahaja pecut lari ke bilik bacaannya.

“Tuanku….. Great China….”

Itu tempat Ivy jalankan misinya.

Louis mula tak sedap hati. “Kenapa? Apa dah jadi?”

Penjaga istana itu menelan air liur berat sebelum bersuara. “Great China…. Telah diserang oleh Villain Losing Heart pagi tadi.”

Apa?!”

Ivy…….!

>X<

(A/N: Are miracle did happen? cuz I post this a week after the previous one (,,6 . 6,,)

Comments

  1. Waa serius Ivy. Kalau dia dapat bertahan lagi mesti si Mary tu da kene tangkap. Ishh. And mesti si Louis berbunga gila hati bila Ivy cakap rindu. And taksabar nak taw apa akan jadi lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know! but kayu sakti dia tak kuat mana that's why Ivy mengalami sedikit kesukaran nak tangkap Bloody Mary! *Cries for Ivy and cepat2 lap tangisan tu* BUT! yes, Louis suka giler dapat love letter from Ivy huhuhuhuhuhuhuhuhu Aaaaaaand, the next chapter already up! Enjoy love~~

      P/s: sorry lambat balas comment you, Busy sangat sampai tak sempat nak jawab *Sweat in regrets* (''^_^;;)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts