First H.O.P.E
Rewind
Ivy
bangun secara mengejut, terduduk diatas katilnya dengan nafas termengah-mengah
seperti dia baru sahaja lakukan marathon sekeliling Gracious Academy. Gaun
tidurnya basah dengan peluh, dia mengelap dahi dan menolak tangannya ke dalam
rambut. Menarik nafas dalam untuk stabilkan pernafasannya untuk beberapa kali
sebelum menghembus nafas panjang.
Dia
alihkan mata pada tingkap kecil yang terdapat didalam biliknya dan perasan
matahari masih mengintip dihorizon dunia. Belum bersedia tunjukkan diri.
Another nightmare…. Desis
hati si ahli sihir ini dengan keluhan kecil. Sejak kebelakangan ni dia asyik
mendapat mimpi ngeri. Mimpi yang menakutkan buat dia hilang nafas bila dia
bangkit dari tidur namun tidak meninggalkan sebarang petunjuk apakah yang dia
sedang mimpikan.
Ia
hanya permainan tidur, Dia nasihatkan dirinya sendiri tapi jauh didalam lubuk
hatinya tahu dia mendapat mimpi ngeri adalah satu petanda. Samada ia petanda
buruk atau tidak, dia tidak boleh pastikan. Dahulu semasa dia seorang Vicious,
mimpi ngeri merupakan mimpi indah baginya tapi sekarang….
Ivy
bangun dari katil, kain kapas berkualiti rendah dengan selimut kecil hanya
capai ke paras pinggangnya di tolak ketepi, bangun menjejak kaki pada lantai
kayu yang usang, berbunyi setiap langkah dia ambil menuju ke bilik air yang
kecil lagi sempit. Lantai diperbuat dari kayu dan berkulat. Basin besar di
hujung bilik itu menjadi sumber air mandinya setiap hari. Dia kena berjimat
kerana air tersebut datang dari air hujan dan kalau habis dia kena tunggu hujan
tiba untuk penuhkan basin itu semula.
Mengambil
segayung air dari basin tersebut, dia meletaknya diatas meja bertemankan cermin
kecil cukup untuk menunjuk paras wajah Ivy.
Dia
melihat wajahnya untuk seketika, memerhati wajah putih pucat seperti tidak
pernah disentuh mentari, mata hijau yang kelihatan pudar bersama kesan hitam
dibawah mata menunjukkan dia kurang tidur dan penat. Juga sedikit merah
menandakan dia menangis didalam tidurnya, Dia tertanya sekali lagi apa yang dia
mimpikan membuat dia, Ivy the Devil menitiskan air mata kerana satu mimpi
ngeri. Satu permainan tidur.
Bibirnya
sedikit kering kerana kurang minum air tapi dia endahkan dan mencakup segenggam
air dari gayung dan membasahkan mukanya beberapa kali.
Dan dia
melihat wajahnya pada cermin kecil itu sekali lagi.
Tiada
yang berubah. Mengapa dia tidak boleh
hilangkan segala bukti menunjukkan dia dalam keadaan rapuh dan sesat?
Menggeleng
marah, dia mencapai tuala kecil tergantung di tepi pintu dan mengusap mukanya
sedikit kasar, berharap tanda-tanda itu hilang. Mengetahui ia tidak akan
membuatkan Ivy lebih marah dan melangkah kembali ke bilik tidurnya.
Di
tepi katil, tergantung seset gaun paras lutut berwarna hitam bersama apron
putih yang kotor dan perhiasan kepala. Ia baju pekerja istana Camelot, dan Ivy
mengenakan pakaian itu pada badannya. Mengikat sanggul rambut hitam itu dan
sembunyikannya di sebalik perhiasan kepala.
Dia
menghembus nafas lelah setelah selesai memakai baju tersebut dan dengan sisa
marah yang tinggal, dia keluar dari bilik tersebut, turun ke koridor utama yang
kelihatan serupa dengan ruang rehat asrama Gracious Academy, Cuma kelihatan
usang dan bahagian dinding, lantai serta lantai yang rosak tidak pernah diambil
peduli, dan koridor itu masih senyap dan tenang menandakan penghuni bangunan
itu masih belum bangun atau belum lagi bersiap untuk memulakan kerja harian
mereka di istana.
Ivy
mengambil kesempatan ini untuk menyelit keluar tanpa pemberitahuan sesiapa,
menuju ke istana melalui jambatan, tangan menyentuh permukaan pagar jambatan
itu dengan perlahan, tidak menyangka dia merindui tempat itu lebih dalam dari
yang dia fikir.
Langkahnya
terhenti ditengah-tengah jambatan tersebut dan menoleh kesisi, melihat menara
tunggal di tengah-tengah sungai yang mempunyai hanya satu tingkap; dimana ia
tertutup rapat.
Tangannya
terus menaik ke dada dan tertunduk mengetahui pin yang sepatutnya berehat di
bahunya tiada di situ.
Oh, I put it away… Ivy
menjatuhkan tangannya ke sisi dengan keluhan dan menyambung destinasinya.
Tanpa
dia ketahui, sepasang mata sedang memerhatikan dia dari jauh.
Setiba
sahaja dia di dalam, kakinya membawa dia ke laluan yang dia selalu guna untuk
memulakan kehidupan sekolahnya. Berjalan di koridor besar yang sunyi, detikan
kasutnya bergema di ruang laluan tersebut. Makin lama dia lalu, dia mula rasa
sunyi dan gerun. dia memeluk tubuhnya rasa seram sejuk kerana laluan yang dia
kenal tidak kelihatan seperti apa yang tergambar didalam memorinya.
Tiada
barisan locker berwarna hijau memenuhi dinding koridor, banting lambang
Gracious Academy tergantung cantik di dinding digantikan dengan dua bendera
Camelot sepanjang laluan tersebut.
Kaki
Ivy berhenti di tengah-tengah laluan itu, mengetahui di situlah locker Ivy
sepatutnya berada. Ditepi tingkap istana. Tapi dia berdepan hanya dengan
dinding putih yang mempunyai dekorasi halus hampir tidak dapat dilihat.
Tangannya
naik menyentuh dinding itu sebelum mengeluh, menyandar pada dinding tersebut
sambil memandang keluar tingkap istana, melihat matahari mula merangkak naik.
Ivy
tidak menyangka, bahawa dahulu Gracious Academy adalah Istana Camelot yang
sebenar. Istana besar ini telah berdiri megah selama beratus tahun bersama
Raja-raja yang terdahulu namun istana Camelot bertukar tempat dengan bangunan
yang sepatutnya menjadi bangunan Gracious Academy.
Sebabnya
belum lagi Ivy ketahui dan dia tidak mempersoalkannya sangat. Adakah ia kerana
Sumpahan Lady Morgana? Suatu impak yang besar pada keluarga Diraja Camelot
sehingga mereka hendak bertukar tempat? Istana ini ialah salah satu kemegahan
Camelot, ia berdiri teguh selama ratusan tahun, berdiri teguh melawan villain
pada zaman gelap dan satu-satunya tepat perlindungan bagi orang-orang Enchanted
semasa Villain hampir Berjaya menguasai seluruh tanah. Mengapa dengan mudah
Raja Arthur berpindah tempat dari istana besar ini ke…. Bangunan Gracious
Academy yang lebih kecil?
Ivy
menghembus nafas panjang. “Apapun sebabnya, pasti ia bermunasaba.” Bisiknya dan
berpaling melihat pemandangan diluar tingkap, matahari mula bangun dan
menyinari seluruh Camelot.
“Kamu
bangun awal Cik Vivian.”
Ivy
melompat sedikit dan berpaling—hampir terseliuh kerana tapak kasutnya dah haus
tapi tindakan refleksnya menyelamatkan dia
“Oh,
L-Lady Morgana—Maafkan aku—” secara reflex dia mengusap tangan pada apronnya,
meluruskan apa sahaja yang kusut pada pemakaiannya dengan mata meliar mencari
jika penampilannya cukup baik untuk wanita bergelar adik Raja Arthur itu.
Lady
Morgana tertawa kecil. “Jangan risau Cik Vivian, tak perlu terlalu formal
dengan saya, saya lebih suka kamu bercasual?”
Ivy
memandang puteri itu dengan kening terjungkit hairan. Itu bukan satu arahan
tapi permintaan. Memberi Ivy pilihan dan ini buat Ivy tersenyum. “Terima kasih
Lady Morgana tapi mengapa My Lady bangun seawal ni?”
“Hmm….
I wonder why?” Soalnya menyentuh dagunya dengan senyuman main-main. Memandang
Ivy dengan pandangan penuh makna. “Anyways, saya harap kamu tak sibuk ni hari…”
“Mengapa?”
“Sebab
saya nak kamu temankan saya sepanjang hari.”
Kening
Ivy terjungkit lebih tinggi dari sebelumnya. Dan beberapa hari Ivy berada di
situ, Lady Morgana suka rapatkan diri pada Ivy. Bukan Ivy mengadu tentangnya
Cuma ia pelik. Orang lain melarikan diri dari Ivy bila mereka melihat Ivy
kerana mukanya yang pucat seperti dia ni Dracula ataupun apa sahaja yang
menggerunkan pada mereka.
Namun
Adik pada Raja Camelot ini dekatkan diri pada Ivy dan akan membawa Ivy kemana
sahaja dia pergi. Hampir setiap masa.
Mengapa
Puteri Camelot ini ingin rapat dengan ‘mayat
hidup’? Oh Ivy tak suka panggil dirinya tu tapi orang istana yang
menggelarnya dan dah tentu Lady Morgana mengetahui khabar angin tentangnya dari
pekerja-pekerja istana yang lain.
That new girl looks dead. She’s creepy.
“Dah
tentu My Lady. Saya mengikut perintah.”
Dan
perkara kedua Ivy tidak mengadu Lady Morgana mendekati Ivy ialah kerana dia ada
plan tersendiri dengan Puteri Camelot ini.
Jack
beri amaran pada Ivy untuk tidak mengganggu sejarah kerana masuk campur pasa
lampau boleh mengubah sejarah dan ia sangat merbahaya. Tiada siapa tahu apa
akan jadi pada masa depan jika sejarah diubah.
Jack
beri amaran padanya lebih dari sekali. Dia kata jangan gatal sangat nak ganggu
mereka dan teruskan pada misi kamu sahaja. Mengambil kayu sakti tersebut dan
gunakannya untuk kembali pada masa sekarang. Itu sahaja.
L.O.L.
Sejak
bila Ivy dengar cakap mamat tu?
I mean, punca bakal berlakunya peperangan dan
Louis terseksa adalah kerana Lady Morgana meletak sumpahan atas Louis. Kalau
aku ubah fikiran Lady Morgana, pasti semua ini tak terjadi dan Lady Morgana
masih hidup di masa hadapan. So, mereka takde lah berpindah istana. Kalau
sumpahan Killing curse tu tak pernah berlaku, nyawa Louis takkan dalam bahaya. Louis
akan menjalankan kehidupnya seperti biasa dan tak memikul beban dengan menjadi pemerintah
pertama Enchanted hanya kerana peperangan antara Vicious dan Enchanted. Dan—oh my, kalau dia tidak terperangkap
dalam sumpahan ni aku dan Louis mungkin akan dapat menjalankan hidup kami
dengan aman! Menjalaninya seperti yang kitorang impikan! Melarikan diri semasa
hanya kami berdua dihutan mahligai!
Tempting…
Very
tempting…
Sebab
tu Ivy tidak mengadu bila Lady Morgana sukakan Ivy, dia boleh pantau Puteri
Camelot ini dan mengubah fikirannya—tak dia tak brainwash, dia lakukannya untuk
kebaikan semua orang. So, Louis versi bayi tidak akan disumpah oleh mak ciknya
sendiri.
Namun,
satu persoalan yang terlintas dalam minda Ivy.
Lady
Morgana ialah perempuan terbaik, paling peramah umpama bidadari pada semua
orang. dia disayangi dan menyayangi rakyatnya. Dia tak berani nak pegang benda
tajam. Heck, dia tak berani nak pijak
semut. Kejahatan atau keganasan tiada dalam buku Lady Morgana.
Plus, Dia sangat sayangkan budak-budak.
Terutamanya anak buahnya.
Ivy
duduk dengan awkward di tengah-tengah taman Camelot, dengan seorang budak
bernama Mareline berumur 10 tahun sedang menocang rambutnya sementara budak
kecil 5 tahun duduk tidur dalam pangkuannya. Dia kelihatan sangat selesa tidur
diatas paha wanita yang tidak biasa dengan situasinya sekarang. Berlembut dengan budak.
Matanya
tidak lepas dari Lady Morgana yang sedang memanjakan Louis versi bayi didalam
dakapannya. Membuat bayi itu tertawa dan menjerit dengan riang setiap kali Lady
Morgana melayannya.
Pertama,
dia awkward melihat Louis versi Bayi.
Kedua dia awkward melihat perempuan yang sepatutnya menyumpah anak buahnya
sedang manjakan anak buahnya dengan penuh
kasih sayang.
Sure,
dia boleh berlakon tapi ni…. Ivy boleh tahu jika dia berlakon atau tak kerana
Ivy juga seorang pelakon yang hebat. Namun dia tidak melihat sebarang unsur
lakonan pada Lady Morgana.
Dia betul-betul sayangkan anak buahnya.
“Wow, Mareline,
cantiknya kamu dandan rambut Cik Vivian.” Lady Morgana memuji budak berambut
emas di belakang Ivy dan dia naik merah, segan.
“terima
kasih My Lady.” Bisiknya dan menyambung hias rambut Ivy dengan bunga-bunga
kecil. “Cik Vivian sukakannya?”
“Uh-huh,
sure.” Balas Ivy mendatar tapi persetujuannya cukup membuat Mareline gembira.
“Saya
tak sangka budak-budak sukakan kamu. Jack yang susah nak rapat dengan sesiapa
pun tidur dengan selesa dengan kamu.” Lady Morgana tersenyum lembut pada budak
kecil yang tidur pada paha Ivy. “Look at that innocent face. Poor child, ibunya
sentiasa sibuk dan takde wang untuk upah pengasuh. Nasib baik Mareline ada
untuk temankan dia.”
Mareline
berikan senyuman terlebarnya, menunjuk dua gigi yang hilang di hadapan. “Mal
tak kisah! Jack kawan baik Mal dan Mal suka main dengan Jack!”
“Oh
ya, kamu main apa?”
“Jack
jadi satria selamatkan Mal!” sahutnya membuat budak kecil itu terjaga. “Morning
Jack! Mal baru je beritahu Lady Morgana yang Jack suka jadi Satria.”
Jack
menggosok matanya dengan perlahan dan mendongak memandang Ivy. Mukanya terus
jadi merah. “M-mowning…”
“Oh
look at that, dia segan dengan kamu Cik Vivian.”
Ivy
menarik sengih, tak menyangka Jack yang bongkak nak mampus rupanya pemalu
semasa kecil. Dan Ivy tak tipu bila dia kata Jack versi kecil kelihatan comel.
“Kau
suka jadi Satria, huh?” soal Ivy membuat muka Jack tambah merah. Ivy tertawa
besar. “Impian kau nak jadi satria mulia Raja Arthur juga ke?”
Dengan
muka merah padam, Jack mengangguk perlahan.
“Aww…
how cute. Saya pasti kamu akan jadi satria yang hebat suatu hari nanti Jack.”
kata Lady Morgana.
Ivy
tak pasti jika budak lima tahun ini boleh jadi merah dari sekarang. Dia
mengangguk terima kasih pada Lady Morgana sebelum berpaling memandang Ivy. Mata
emas yang besar itu seperti menunggu Ivy cakap sesuatu.
Menunggu
Ivy memujinya juga.
Ivy
tertawa dengan mata terangkat keatas. “Of course Jack, kamu akan jadi satria
yang hebat—jika kamu sentiasa baik pada semua orang dan menjadi adil. Tak kira
pada sesiapa.”
“Oh
Cik Vivian beri nasihat. Kamu patut dengar tu Jack.”
Ivy
tertawa. “Well, satria mulia melindungi mereka yang lemah dan setia. Kau rasa
kau boleh melindungi mereka yang memerlukan dan setia pada yang betul. You
think you got what it takes to be a knight?”
Jack
mengangguk laju, matanya bersinar seperti delima dan pipinya yang bulat, merah
dengan begitu comel membuat Ivy nak peluk budak itu dengan erat.
Dan
dia memeluk Jack dengan tawa besar. “How
cute!”
“Muka
Jack merah!” sahut Mareline, juga tertawa dan Jack bertambah merah dari
sebelumnya.
Louis
versi bayi dalam tangan Lady Morgana menjerit dengan riang melihat mereka,
bertepuk tangan dengan girang.
Lady
Morgana juga tertawa. “You like that aren’t you Lou? Cik Vivian pandai bermain
dengan budak. Mungkin kamu boleh bermain dengan mereka bila kamu dah besar.”
“Lou?”
Vivian beralih tumpuan pada Lady Morgana.
“Hmhmm,
Louis. Dia kelihatan seperti Louis dari George—I know, semua orang akan panggil
dia George but saya nak panggil dia Louis. Tak kisah apa ayahandanya kata.”
“Sebab
Lady Morgana ingin namakan Putera George, Louis tapi Raja Arthur tak
sukakannya. So, Permaisuri Geneviere masukkan nama tu sekali. Jadi Putera
George Alexander Louis.”
Lady
Mortana mengangguk. “Dan hanya saya akan panggil dia Louis. My little sweet
nephew, Louis.”
“Dan
kau takkan biarkan sesiapa cederakan dia?”
Lady
Morgana mendongak melihat Ivy. “Maksud kamu?”
“Oh
nothing.. just, hidup sebagai putera pertama Raja Arthur dan bakal menerima
takhta sebagai Raja Camelot pasti siapa akan cuba mencederakan Putera
George—bukan aku cakap ada sesiapa ingin cederakan dia. Just, you know—” Ivy
rasa bulu romanya naik di belakang leher dan berpaling kebelakang. Melihat ke
tingkap istana dengan pelik
Dia rasa seperti seseorang sedang
memerhatikan mereka.
Ke itu hanya perasaannya?
“Saya
takkan benarkan sesiapa cederakan Louis.” Kata Lady Morgana dengan nada
serious, mengeratkan dakapannya pada Louis. “I’ll do anything to protect him.
kalau sesuatu terjadi pada Louis…. Pasti Geneviere dan Arthur patah hati.” Dia
tunduk melihat anak buahnya dengan senyuman lembut. “Seluruh Camelot patah
hati, but tiada siapa akan sakiti dia.”
“Oh
yeah?”
Lady
Morgana mengangguk. “Nanti pada hari lahir dia, The Royal Farries akan datang
untuk anugerahkan dia dengan rahmat pari-pari. Juga Wizard Merlin akan berada
di sisinya, memantau dan mendidiknya. Dia akan selamat selagi Wizard Merlin
berada di sisinya.”
“You
sound so sure—” Ivy menutup mulutnya dengan segera.
“Kamu
tak yakin ke?” Soal Lady Morgana dengan nada sedih. “Kamu rasa sesuatu akan
terjadi pada Louis nanti?’
“Oh
tak-tak, aku pasti dia akan jadi Putera yang sempurna—sangat sempurna pada masa depan. Dia ada mak cik yang terhebat dalam
dunia. Aku pasti dia takkan apa-apa.”
Lady
Morgana tersenyum. “Thank you CIk Vivian.”
“Don’t
Mention it.”
Ivy
tersenyum dengan penuh kemenangan dalam senyap. Mengetahui apa yang dia lakukan
akan mengubah fikiran Lady Morgana untuk menyumpah anak buahnya. Dah tentu, dia
boleh tukar fikiran tapi Ivy telah mendengar ayat yang tersebut keluar dari
mulutnya sendiri dan bagi kerabat diraja, menunaikan kata-katanya adalah
perkara paling penting bagi mereka. Dan didengar oleh rakyat biasa seperti Ivy, dia pasti akan jaga tindakannya.
Semua
kerabat raja seperti itu. Ivy tahu, kerana dia ada hubungan dengan kerabat
diraja yang ada pertalian darah dengan Lady Morgana. So, Ivy dua kali ganda
pasti tentangnya.
Senyuman
Ivy segera terpadam bila seorang wanita tua datang mendekati mereka, dengan
senyuman manis terpapar pada wajahnya. kening Ivy terjungkit naik melihat
wanita itu.
“Di
sini kamu rupanya My Lady.” Kata Wanita tersebut dengan suara lembut seperti
kapas dan cara dia bercekak pinggang juga lembut. “The Great Wizard Merlin
sedang mencari kamu.”
“Wizard
Merlin?” Soal Ivy kening kirinya makin tinggi. “Kenapa dia tak datang sendiri?
Dia tahu semua orang dimana.”
Dan
Ivy perasan wajah wanita tua itu menggelap.
Tapi
hanya untuk seketika.
“Dan
kamu ialah?”
“You
spoke first, you introduce yourselves.” Balas Ivy, mula tidak suka dengan
perempuan tua itu dan dia tersedar sesuatu. “dan… mengapa muka kau kelihatan…
sangat familiar. Kita pernah jumpa ke?”
Dan
Ivy perasan sekali lagi wanita tua itu mula cemas.
“Oh
kamu pasti melihat Nenna Mary di sekitar istana ni. Dia penjaga peribadi saya.”
“Oh…”
itu sahaja yang keluar pada mulut Ivy. Memandang wanita tua itu dari atas
hingga bawa seperti lazer beam. Nenna Mary kelihatan dia dalam kepanasan. “Oh…
dah tentu. Dan aku jangka dia penjaga baru kau, My Lady?”
“You
know, it’s rude guna Bahasa tu pada Lady Morgana.” Sampuk Nenna Mary.
Ivy
menarik sengih. “She’s okay with it.”
“Now,
listen here young lady—
“Oh
Nenna, jangan risau. Saya yang minta dia cakap seperti biasa pada saya. It’s
good to talk with someone yang tak hiraukan pertuturan. I need a friend dan…”
Lady Morgana berpaling pada Ivy. “She’s being a wonderful friend so far.”
Ivy
tunduk hormat pada Lady Morgana. Dia juga gembira menjadi kawan Puteri Camelot
ini.
“Well,
she’s a bad influence.”
“Kau
bukan mak dia.”
“Saya
penjaga dia.”
“Kau
hanya seorang babysitter. Nothing more.”
“Why
you—
“That’s
enough.” Lady Morgana menyampuk. “Saya tak suka kamu berdua bergaduh kerana
saya. Please, be nice to each other.”
Mereka
berdua menghembus nafas berat, renungan tajam pada satu sama lain tidak pernah
redah. “Baiklah.” Kata mereka serentak.
“Good.
Now…” Lady Morgana bergerak mendekati Ivy dan berikan Louis kepadanya. “Tolong
jaga Louis untuk saya.”
Ivy
mengangguk, membawa Louis kedalam dakapannya. “Dah tentu.” Katanya dan melihat
Puteri Camelot itu beredar pergi bersama penjaganya.
“Hmm…
I don’t like that woman.” Katanya pada tiga budak kecil dengannya. “She’s
fishy.”
Mareline
menutup mulutnya menahan gelak. Kerana perkataan fishy.
“Louis,
kau kena cepat becakap supaya kau hentikan Makcik kau.” Katanya lagi membuat Mareline
ketawa besar.
“Dia
hanya setahun Cik Vivian!”
“I
know.” Katanya dengan keluhan kecil. Dan
ia sangat awkward, pegang teman lelaki kau versi bayi. I love this guy and now
I sound like a pedo.
“Well,
korang dua. Masa untuk kembalikan korang bertiga pada ibu korang.” Ivy perasan
wajah mereka jadi murung membuat Ivy merungut. “Don’t give me the puppy eyes….”
Tapi mereka besarkannya lagi.
“Oh
fine, aku temankan korang main sejam lagi. Lepas
tu, korang kembali pada ibu korang, okay?”
“Okay!”
sahut mereka berdua dengan serentak dan Louis menepuk tangan setuju.
“So,
kita nak main apa?”
“Kight!”
sahut si Jack kecil membuat Mareline tertawa.
“Then
aku jadi putera, Putera George sebagai puteri dan… CIk Vivian?”
Senyuman
nakal tertampal pada wajah Ivy. “Aku akan jadi the Evil Witch.”
Mereka
berdua buat muka teruja. “Evil Maleficent!”
“Kita
main sleeping beauty!” sahut Mal lagi dengan gelak ketawa.
“Whatever
you guys want.” Kata Ivy, dengan hembusan nafas pasrah tapi senyuman kecil
terukir pada hujung bibirnya.
>X<
“Come
on Nenna, dia kawan yang baik—
“Tak,
dia bukan kawan yang baik. Dia baru bekerja di sisi seminggu yang lalu dan tak
Nampak ke betapa pucatnya perempuan tu? Dia kelihatan seperti mayat hidup dan
dia ada aura menggerunkan bila orang nak dekat dengannya.”
Lady
Morgana tertawa kecil, mengetahui sesuatu tentang diri Ivy. “Tak baik judge seseorang berdasarkan paras wajahnya.”
“Dan
kita tak tahu dia datang dari mana. Siapa keluarga dia dan dimana dia tinggal
sebelum ni. she just said dia pekerja baru bernama Vivian. Tahulah kita
perlukan lebih pekerja untuk majlis hari lahir pertama Putera George tapi—
“Oh
jangan nak paranoid Nenna, dia baik orangnya dan saya akan tahu kalau dia jahat
atau tak.” Katanya dengan senyuman.
Nenna
Mary mengetap gigi, tidak suka bila Lady Morgana begitu positif tentang semua
benda. Benda yang dia lagi tak suka ialah perangai pekerja tu, dia berani bersuara dan bergaul dengan Lady Morgana
sangat merbahaya.
Membahayakan
rancangannya.
Dengan
tarikan nafas dalam, dia mengangguk perlahan. “My Lady kena berjaga-jaga.”
Lady
Morgana tertawa sambil melambai tangannya keudara. Jalan kehadapan,
meninggalkan Nenna Mary dibelakang. “Non-sense Nenna, dia tak merbahaya, I’m
sure of it—
“Aku
kata, dia merbahaya dan kau patut jauhkan diri dari dia.”
Langkah
lady Morgana terhenti, ekspressi wajahnya tunjukkan kesakitan sebelum ia
menjadi kosong. Matanya bercahaya merah untuk seketika dan dia berdiri dengan
tegak seumpama patung.
Symbol
pada dadanya bercahaya menebusi kain gaunnya.
Symbol
Losing Heart.
“Dah
tentu Mistress Mary, Vivian seseorang yang merbahaya dan saya patut jauhkan
diri dari dia.” Katanya dengan nada mendatar.
Mary
tersenyum sinis. “That’s right my child.”
.
.
Ivy
membuat muka pelik bila dia hidu sesuatu yang busuk.
“saya
harap masakan saya tak mengganggu deria kamu… Cik Vivian?”
Ivy
terus menggeleng. “Oh tak-tak tak, bukan sebab tu, masakan Puan sangat wangi.
Saya pasti Raja Arthur dan Permaisuri Geneviere sukakannya.”
“Saya
harap kamu tak cakap seperti itu hanya untuk sedapkan hati saya.”
“Dah
tentu!” balas Ivy cepat, matanya meliar mencari sebab lain untuk sedapkan hati
ibu Jack dan terlihat bawang diatas meja, disebelahnya. “Bawang! Oh yes, saya sangat
sensetif dengan bawang, dekat je buat saya nak nangis. Bau dia terlalu kuat.”
“Oh,
kalau macam tu kamu tak boleh bekerja didalam dapur—
“Betul!
Lagipun saya tak pandai sangat masak.”
“Kalau
macam tu kamu bertugas membersihkan istana.”
“Dah
tentu.” Katanya bunyi sedikit sedih. “Saya teringin belajar masak macam Puan,
masakan Puan sangat sedap!”
Ibu
Jack tertawa kecil, tersipu malu dengan pujian Ivy. “saya gembira untuk
mengajar kamu tapi bukan sekarang. Apakata selepas majlis ni tamat kamu
bermalam dirumah saya dan saya akan ajar kamu resepi-resepi terkenal saya?”
“Oh
yes, please yes.” Ivy mengangguk setuju sebelum beralih pada Jack versi kecil
yang berpaut pada kakinya. “Come on Jack, masa untuk ikut ibu kamu balik.”
Jack
menggeleng, bibirnya dicebik dengan comel dan mata emasnya puyu, merayu membuat
Ivy cair.
“Aww,
anak ibu taknak tinggalkan Cik Vivian ke?” Ibunya menyentuh lutut untuk
bercakap pada anaknya. “kamu suka cik Vivian ke?”
Jack
mengangguk dengan pipi merah. “Jack.. Jack nak main dengan Cik Vee lagi….” Nada
suaranya sangat rendah membuat ibunya dan Ivy tertawa kecil.
“Come
on Jack, kita kena balik. Hari dah malam.” Mareline bersuara, mencapai tangan
kecil Jack. “Esok kita datang lagi, main dengan Cik Vivian.”
Ivy
mengangguk. “Jangan risau, esokkan ada?”
Jack
teragak-agak dahulu sebelum melepaskan skirt Ivy, wajahnya tetap murung seperti
dia ingin menangis.
Ivy
rendahkan dirinya, berlutut dihadapan Jack dengan Louis dalam tangannya.
“Jackie, macam ni ke perangai seorang satria?”
Dan
Jack mula menangis seperti dia telah gagalkan Ivy.
“Oh
no-no, jangan nangis. Seorang satria tak boleh menangis. Dia tabah, dia berani
dan kuat.”
Jack
mengangguk, mengelap mukanya dengan baju lengan.
Ivy
tersenyum melihat Jack cuba menahan dirinya untuk tidak menangis tapi matanya
menakung air yang ingin menitis. “How about this, lets make a promise.” Dia
mengangkat jari telunjuknya. “Aku janji esok kita akan main sepanjang hari
dengan Lady Morgana. Okay?”
Jack
melihat jari Ivy, mengangguk. Mengelap tangannya pada kain seluar sebelum
menyambut jari kelingking Ivy. “Janji.”
Ivy
mengangguk. “Janji.”
“Mal
nak janji jugak!” sahutnya mengangkat jari telunjuknya dan simpulkan diantara
jari Ivy dan Jack. “Janji!”
“Nji!”
sahut Putera George dengan tangan diangkat keudara riang. Mereka semua tertawa.
“Alright
kids, masa untuk ucapkan selamat tinggal pada Putera George dan Cik Vivian.”
Kata Ibu Jack sambil menghulurkan tangan kepada mereka berdua.
Mal
mengangguk, memeluk Ivy dengan erat sebelum menyambut tangan ibu Jack dan mencapai
tangan Jack. “Jom Jack.”
“Okay…”
dia kedengaran sedih, melambai pada Ivy dan dibawa pergi oleh ibunya bersama Mareline.
“Uhm…
Mama busy lagi ke ni malam?” Soal Mareline pada Ibu Jack dengan nada rendah.
Ibu
Jack tersenyun sedih. “Dia penasihat peribadi diraja. Mama kamu kena bermalam
di istana lagi.”
Mareline
murung. “Bila mama balik rumah? Mareline rindu rumah.”
“Jangan
risau sayang. Mama kamu akan selesaikan kerjanya selepas majlis hari jadi
Putera George. Dia akan buat majlis paling seronok nanti, dan kamu akan pakai
gaun yang cantik.”
“gaun
cantik?!” nadanya sangat tinggi membuat Ivy yang jauh dari mereka tertawa.
“Yeay! Dengar tak tu Jackie? Aku akan jadi cantik seperti puteri!”
Ivy
hanya menggeleng melihat Mareline yang teruja dan Jack yang mengangguk laju,
tertunjuk pada mata emasnya betapa dia juga teruja tentang majlis tersebut.
“Baiklah
Tuanku, masa untuk bawa kau pada ibu kau.” Katanya pada Putera George dalam
tangannya.
Putera
George menguap tanda sudah sampai masa untuk dia masuk tidur dan dia rehatkan
kepalanya pada bahu Ivy.
“Aww…
ok then, masa untuk tidur.” Dia ketepikan rambut Louis, sukakan melihat wajah
bulat Louis dan pipinya yang merah.
Dia
kembali masuk ke dalam istana dan berjalan ke ara bilik hiburan peribadi
Permaisuri Geneviere dimana dia pasti Ibunda Louis akan berada.
Dalam
perjalanan dia ke sana, dia terserempak dengan penasihat peribadi keluarga
diraja. Puan Marinda yang sedang membaca helaian kertas didalam tangannya dan
terhenti bila dia lihat Louis yang tidur dalam tangan Ivy.
“Oh,
kamu pengasuh baru Putera George? Saya tak tahu Tuanku Permaisuri mengupah—
“Oh
tak-tak, saya hanya pekerja istana di sini—
“Jadi
mengapa Putera George berada dengan kamu?” Soalnya dengan kening terjungkit
musykil. Putera George tidak boleh ditinggalkan pada orang sembarangan. Ia
terlalu merbahaya. “Bukannya dia sepatutnya bersama Lady Morgana?”
“Ya,
tapi dia diseru oleh The Great Wizard Merlin—
“The
Great Wizard Merlin tak kembali lagi dari tugasannya di luar kerajaan.”
Ini
buat kening Ivy terangkat tinggi. “Ye ke?”
“Ya.”
Balas Puan Marinda, bertambah syak dengan Ivy. “Bawa Louis pada saya sekarang.
Saya tak percayakan kamu.”
Tanpa
bantahan Ivy terus berikan Louis pada Puan Marinda, dengan perlahan supaya
mereka tidak bangunkan Louis. “Maafkan say ajika puan bersyak wasangka pada
saya dan saya faham. Tapi saya boleh jelaskan.” Katanya. “saya sepanjang hari
bersama Lady Morgana, Jack dan Mareline —
“Anak
saya?”
Ivy
mengangguk. “Puan boleh tnya dia kalau Puan tak percaya dan Nenna Mary, penjaga
peribadi Lady Morgana kata Tuan puteri diseru oleh The Great Wizard Merlin.
Jadi saya menjaga mereka bertiga sepanjang hari sehingga sekarang. Sekali lagi,
saya minta maaf dan saya tiada niat untuk mengapa-apakan Putera George.”
Wow… Ivy tak sangka apa yang dia cakapkan
sekarang. Dia minta maaf tanpa sebarang
konflik.
“Hmm…
baiklah kalau macam tu. Apapun, apa nama kamu?”
“Iv—Vivian.”
“Baiklah…
Cik Vivian.” Nadanya perlahan tanda amaran dia akan perhatikan Ivy dengan
teliti mulai esok. “Kalau macam tu, saya akan kembalikan Putera George ke
biliknya dan kamu boleh kembali ke bilik kamu. Selamat malam.”
Ivy
tunduk sedikit pada Puan Marinda, mengangkat kepalanya semula bila wanita itu
telah bergerak pergi.
Sheeesh… asal anak dia peramah but mak dia tegas
giler nak mampus desis hati Ivy dan dia mengangkat bahu, malas
nak tahu.
Dia
berputar bertentangan arah dan kembali ke bangunan tempat tinggal pekerja
istana—asrama Gracious Academy.
Semasa
dia tiba di jambatan antara dua bangunan, langkahnya terhenti bila dia lihat
Nenna Mary sedang menunggunya di hujung jambatan tersebut. Dia kelihatan
seperti dia dalam keadaan berjaga-jaga dan cemas pada masa yang sama.
Ini
buat kepala Ivy senget sedikit. “Puan Mary?”
Wanita
tua itu tersentak dari—mungkin pemikirannya sendiri dan menghembus nafas lega
bila dia lihat Ivy.
“Good,
saya ingin berjumpa dengan kamu.”
“Waktu
dah malam Puan Mary. Apakata kita berbual
pada esok pagi.” Kata Ivy tidak menunjuk nada tidak suka pada wanita tua itu.
Mengetahui dia akan marah Ivy kerana, mungkin dekat pada Lady Morgana.
Komposisi
cemas orang tua itu berubah menjadi yakin dan tegas, berdiri tegak dan tangan
tersimpul cantik dihadapannya. “Sekarang, Cik Vivian.”
Ivy
memutar bola matanya. “Ok, fine.”
“Come,
follow me.” Katanya dan bergerak masuk ke bangunan pekerja istana, membawa Ivy
naik ke tingkat paling tinggi dimana biliknya berada.
Sebuah
bilik yang sedikit besar dari bilik Ivy sekarang, lengkap dengan asas keperluan
harian dan tidak kelihatan usang seperti perabot Ivy. Terdapat meja kecil di
tepi tingkap bilik yang terhidang seset teh besertakan manisan.
“Sila
duduk Cik Vivian.” Arahnya perlahan tapi ada unsur mengugut. Dia mengambil
salah satu tempat duduk di meja tersebut.
Tidak
takut akan ugutan perempuan itu, dia tetap mengambil tempat bertentangan
dengannya. Melihat wanita tua itu menuang teh untuk mereka berdua.
“Gula?”
Ivy
mengangguk. Membenarkan wanita tua itu meletak dua ketul gula kedalam tehnya
dan menghulurnya pada Ivy.
Ivy
menggaul tehnya dengan perlahan. “So, apa yang kau nak cakap pada aku?”
“Ayat
kamu memang kurang sopan—
“I do
this to the people I dislike. Deal with it.” Ivy berterus terang, membuat muka
orang tua itu menggelap. Senyuman Ivy melebar.
Wanita
tua itu menghembus nafas tahan sabar. “kamu tidak layak berkawan dengan Lady
Morgana.”
“And
why is that?” Soal Ivy, mengambil sehirup dari tehnya. Hmm… rasa pelik sikit…. Terlebih gula.
“You
are a clearly a bad influence. Saya taknak kamu, perangai kamu melekat pada
Lady Morgana. Dia seorang wanita yang penuh sopan santun dan disukai ramai,
jika dia belajar perangai sarkastik kamu—
“Oh
come on!” Ivy tergelak keudara. “Kau ingat aku boleh termakan dengan lakonan tu
ke?” Soalnya dengan senyuman sinis terukir cantik pada bibir nipisnya.
Wanita
tua itu tergamam untuk seketika sebelum ekspressinya berubah sepenuhnya. “Apa
yang kau maksudkan?”
“You.
are. A witch.” Ivy berterus terang dan wajah wanita tua itu memucat. “Not just
any witch. Kau Bloody Mary.”
“How
dare you—who are you?” Soalnya dengan
nada mengancam.
“Aku
boleh bau sumpahan kau beribu batu. Hanya seorang sahaja ada bau sumpahan
tengik macam bangkai tikus, sumpahan Losing Heart. Sumpahan kau buat. Siapa kau sumpah hah? Beritahu
aku! Adakah—” Ayat Ivy terhenti. “Lady
Morgana?! Kau sumpah Lady Morgana untuk
sumpah Putera George!”
Mereka
berdua berdiri dari tempat duduknya dan Bloody Mary segera mengeluarkan tongkat
saktinya. Arahkannya pada Ivy.
“How do you know all of this?! Siapa kau
sebenarnya? Orang The Great Wizard Merlin? Kau seorang ahli sihir juga!” amarah
Bloody Mary, tangannya menggeletar marah dan renungannya tajam membunuh. “Tell me!”
Ivy
menarik sengih. Menyumpah nasibnya dalam diam kerana dia tidak boleh
menggunakan magic tapi musuhnya tidak mengetahuinya. Dan dia berdiri dengan
megah, menunjukkan dia tidak takut.
“Hanya
satu perkara yang kau kena pasti. I can
smell curses, means my magic is stronger than yours.” Dia mencabar Bloody
Mary. Tahu ia tindakan merbahaya tapi dia tiada pilihan. “Nak sumpah aku
seperti mana kau sumpah Lady Morgana—Oh wait, kau tak boleh. Kau hanya boleh
sumpah seorang dalam satu masa. Ashame. So, apa kau nak buat? Bunuh aku? A
death spell might alarm Wizard Merlin’s attack signal. Dia akan tiba ke sini
sepantas cahaya.”
Dia
tahu dia akan menang, dia tahu Bloody Mary dalam ketakutan. Lihat tangannya
tambah menggeletar dari sebelumnya, wajahnya menunjukkan dia dalam ketakutan. Hah! Ahli sihir ni takde lah kuat sangat.
Kalau
aku bunuh Bloody Mary, pasti sumpahan pada Lady Morgana akan terhapus dan masa
depan mereka semua akan berubah. Kearah lebih baik. Louis, Jack, dan seluruh
rakyat Enchanted. Termasuk Ivy!
Now,
dia hanya perlu rampas kayu sakti tu dari tangan nenek sihir ini—
“Kau
terlupa sesuatu.”
Ivy
menjungkit kening, melihat wanita tua itu tersenyum wicked.
“Kau
minum teh aku.” Katanya dengan suara beribu nada.
Mata
Ivy membesar, melihat cawan teh yang dia minum dan perasan rasa pelik pada
lidahnya. “Bukan terlebih gula…. Benda… dalam… gula tu…. Kau….” Dia mula hilang
dari kesedarannya dan Jatuh terbaring diatas lantai tidak sedarkan diri.
Perkara
terakhir dia lihat ialah senyuman wicked orang tua itu. Yang sangat menakutkan,
senyumannya tertarik paksa dari hujung telinga ke hujung telinga dan mata merah
bercahaya memandang Ivy dengan tawa wicked.
“Let me tell you, what happen if you stop me….”
Dan
dia dibawa arus mimpi, meninggalkan alam reality.
>X<
To be continue…..
(A/N: Well…. sorry lambat post sebab last night something happen so sekarang baru dapat nak post. anyhow~~ I hope you like it! and See you in the necz
Chapitar~~!!! *Kisses* *Runs away*)
Okeoke. Da makin menarik. So sebenarnya Mary da lama hidup eyh. Orang tua gile tuh sumpah Lady Morgana then Lady Morgana akan sumpah Louis atas arahan Mary. Grr sakitnya hati.
ReplyDeleteHarap Ivy oke j nanti and dapat kayu sakti tuh.
And thanka author sebab update and the best
Yaaassssss akhirnya dapat jugak keluarkan plot ni dari otak angah lolol. dari First series lagi nak tulis. imagine setahun lebih pegang idea ni n tak naik gila hahahahahaha
Deleteand you welcome love~~ the newest chapter is on the way!
Wuyoo sangat lama angah tahan plot tuh. Kalau saya jadi angah, mesti dah jadi gila dah. Meroyan sorang2. Hahaha.
DeleteAnd taksabar nak tunggu next chapter. Ngee
oh no.. terkena pula si ivy... patut jgn minum dgn musuh
ReplyDeleteYeah... Ivy tak patut pandang rendah pada musuhnya. that's her weakness. Ego... Lolol
Delete