Second H.O.P.E
Remind
Ivy
bangun secara mengejut, terduduk diatas katilnya dengan nafas termengah-mengah,
hilang nafas. Tangan menyentuh dahi yang basah, melihat tapak tangannya sebelum
mengelap dahi dengan lengan gaun hitamnya.
Ivy
menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan mata terpejam perlahan. Ia hanya mimpi ngeri… desis hatinya
sebelum membuka mata semula untuk melihat keluar tingkap panjang yang
berhubungkan dengan mini balcony. Melihat awan ungu berpusar dengan perlahan,
langit kelabu yang menggerunkan.
“What
the—” tidak percaya apa yang dia lihat, Ivy turun dari katil—hampir tersandung
kerana kakinya terbelit dengan selimut—dan bergerak ke tingkap. Tapak tangan
dan pipinya melekat pada cermin, melihat awan ungu yang suram itu berpusar diatasnya. Atau lebih tepi diatas
bangunan dia berada. Dan Ivy sangat pasti dia berada di mana sekarang.
“Am I
still dreaming?”
Berputar
melihat keadaan biliknya—bilik serba gelap, dinding batu berwarna hitam dan
lantai marmar berwarna kelabu. Katilnya berada diatas platform tiga anak
tangga, katil king size berkanopikan sarang labah-labah. Siling bilik dihias
dengan lukisan bergerak mimpi-mimpi ngeri manusia yang menjadi satu kebahagiaan
pada Ivy—dia lihat Jack, Jilliana dan beberapa orang yang dia tidak suka
dikejar dengan mimpi ngeri mereka.
“No way….” Nafasnya seperti dicuri angin, matanya
melihat dirinya pada cermin panjang diseberang bilik dan dengan segera dia
mendekatinya. Melihat dirinya yang memakai gaun hitam paras paha. Gaun tidur
yang diperbuat dari sarang laba-laba, memberi sedikit cuci mata pada kain
dalamnya. Lengan gaunnya diperbuat dari sayap pixie—ouch.
Ivy
berpaling ketepi, melihat meja make up yang penuh dengan kosmetik pelbagai
jenis. Dengan perlahan dia bergerak mendekatinya, menyentuh salah satu alat
komestik itu dengan perlahan, seperti dia sedang berhati-hati tanpa sebarang
sebab. Mungkin dia takut sesuatu akan berlaku jika dia buat perkara yang tak
sepatutnya.
Dia
tersenyum kecil melihat eye shadow kegemarannya berada diatas meja tersebut.
Dah lama dia tak guna eye shadow itu.
Mengambil
tempat duduk dihadapan meja make up, dia mula bermain dengan semua alat kometik
itu—tapi sempat memandang sekelilingnya jika ada sesiapa didalam bilik tersebut
walaupun dia dapat rasakan bilik tersebut hanya untuknya seorang.
Mengikat
tinggi rambutnya menjadi bun, dia mula memakai smoky eye shadow pada matanya,
mewarna wicked green pada matanya dan sedikit dark blush pada pipinya yang
pucat untuk buat tulang pipinya menonjol. Tangannya berdering diudara, tidak
tahu nak pakai lipstick mana, yang berbaris diatas meja make up itu. Dia mengambil
keputusan untuk kenakan warna merun gelap pada bibirnya.
Setelah
selesai, dia melihat wajahnya secara keseluruhan. Menoleh kekiri dan kekanan
mengagumi diri sendiri kerana Berjaya menghias wajahnya dengan begitu
menakjubkan.
Something missing…. Desis
hatinya dengan gelengan kecil. Senyuman nakal terhias pada bibirnya, kedua
tangan mengusap lembut ditepi mata menghasilkan gerlipan hijau membuat matanya
bertambah menyerlah.
Perfect.
Ivy
tersenyum girang. Siku diangkat ke meja dan tangan menjadi tongkat pada
dagunya. Kepala direhatkan dengan cantik sementara dia merenung wajahnya
sendiri.
Sudah
berapa lama dia tidak memakai make up seperti ini? Tak silap Ivy, setelah dia
kembali ke Enchanted semula, dia tidak lagi memakai sebarang make up berat. Dia
hanya memakai eye liner dan lip balm sebagai asas perhiasan muka.
Ini buat Ivy gembira dia akhirnya dapat
bermain dengan make up semula, meliar dengan eye shadow dan guna sebarang warna
gelap dia inginkan. Seberat mana dia guna, tiada siapa akan kritik dia.
Cakap
pasal guna apa sahaja dia nak….
Ivy
berpaling pada pintu dua yang ada di bilik itu, bukan pintu keluar tapi pintu
almari melekat pada dinding. Senyumannya makin lebar dan dengan tanpa sebarang
keraguan, dia membuka pintu almari itu. Satu jeritan nyaring terlepas pada
bibir merun itu, melihat ratusan baju berbaris cantik didalam almara walk in
itu.
Dia
mengambil langkah masuk kedalam dan perasan pilihan pemakaiannya sebesar 3 rak
mencecah siling bilik, dua kasut yang menyembunyikan lebih banyak kasut. Dan
satu almari besar accessories, tak termasuk laci-laci disebelah rak
accessories. Entah apa ada didalam laci tu. Dan Ivy tidak membuang masa untuk
buat ekspidisinya sendiri.
YESSSSS!!! Jeritnya dengan girang dan bermulalah
penerokaannya.
45 minit kemudian…..
Ivy
berdiri dihadapan cermin panjang semula, memuji gaun hitam serupa sisik ular
yang memeluk badannya dengan cantik, bahagian belakang terbuka besar berbentuk
berlian, menayang kulit putih dan tattoo yang memeluk tulang scapula yang
menawan. Gaun tersebut juga mempunyai cut tepi sehingga atas pahanya, tidakkan
terlepas peluang untuk tunjukkan kaki panjang yang licin itu, bertapakkan kasut
tinggi bertumit tajam.
Manakala
rambutnya yang berhighlightkan ungu dijampi menjadi beralun dengan cantik dan
direhatkan pada bahu kirinya.
Senyuman
sinis terukir pada wajah Ivy untuk melengkapkan persona jahat Ivy The Devil.
“Hmm….
Siapa sangka, masih ada lagi kejahatan
dalam diri aku.” Bisiknya pada diri sendiri. Suka gila melihat
penampilannya sekarang. “If this is a dream, I will never wake up!”
Pintu
biliknya tetiba terbuka dengan kasar membuat Ivy melompat cuak tapi segera lega
rupanya Caramel dan Dottie yang merempuh masuk.
Caramel
tergamam didepan pintu dengan senyuman wicked terhias pada hujung bibirnya. “Oh
wow…. Now this is what I say making the first impression.”
Dottie
tertawa seperti nafasnya dicuri angin, melihat Ivy dari hujung rambut ke hujung
kaki. “Kami ingatkan nak tolong kau bersiap tapi nampaknya kau dah siap. Semangat sangat ke?”
Ivy perhatikan
kedua kawannya dengan lama, Dottie dan Caramel yang dia sudah lama tidak jumpa,
berpakaian serba mewah. Caramel dengan gaun mini kembangnya yang penuh dengan
warna putih pink seperti lollipop yang lengkap dengan hoody menutup kepalanya,
beg kecil berbentuk cauldron tergantung pada bahu kirinya dan ia tertutup.
Manakala Dottie memakai gaun silhouette berwarna emas dan kot bulu memeluk
bahunya. Rambutnya disanggul ketat dengan perhiasan bulu pelepah merak menghias
sanggulnya. pemegang rokok berada dalam tangan kirinya.
Dia
mula rasa sebak dan terus berlari memeluk kedua kawannya itu. “I miss you guys sooo much….” Katanya
tidak tinggi dari satu bisikan.
Dottie
dan Caramel saling berpandang sebelum menolak Ivy dari pelukannya untuk melihat
wajah ahli sihir itu dengan ekspressi wajah hairan.
Dottie
tertawa janggal, agak pelik dapat affection
dari ahli sihir yang heartless.
“Babe, is taking over the Land too much for you? aku tak sangka kau ada had
limit.”
Senyuman
Ivy makin lebar. “Aku takhluk tanah ni?”
“Duh!” kata Caramel dan Dottie serentak
membuat tiga sekawan ini tertawa.
This must
be a dream, and it’s so good! Desis hati Ivy girang.
“Nampaknya
ahli sihir Ivy the Devil kena bangun dari mimpi indah dia dan lihat mimpi dia dah jadi kenyataan dan—” Caramel
terngangah dengan cantik baru perasan betapa besepanya bilik Ivy dengan baju
dan kasut-kasutnya. “I never see you this excited in your entire life!”
sahutnya memeluk Ivy dengan gembira. “This is exciting! Oh Dot, kita akan buat
dunia ni meletup kerana kecantikan kita!”
“Kita
akan buat dunia ni meletup dengan kuasa
kita.” Kata Dottie dengan senyuman wicked. “Dah-dah, jom gerak. Mereka semua
tengah tunggu ruler mereka membawa mereka kearah kemenangan terbesar dalam
hidup mereka.”
Ivy
juga tersenyum wicked. “Apa kita tunggu lagi? Lets go.”
Dan
mereka bergerak keluar dari bilik dan turun ke koridor istana. Dalam perjalanan
mereka ke destinasi mereka, Ivy perasan sesuatu yang berbeza pada istana
Dementis. Ia lebih besar dan struktur istana itu agak berlainan. Ia gelap dan
menggerunkan, jeritan minta tolong faries yang terperangkap disebalik dinding
masih terdengar dan bendera, banting dan banner yang menyanjungi Ivy the Devil
bergantung disetiap laluan istana tapi…. Ia agak berbeza.
Ia
hampir sama dengan….. istana Gracious Academy.
Persoalan
Ivy terjawab bila dia lihat keluar tingkap dimana taman ditengah-tengah istana
itu serupa dengan Gracious Academy namun tumbuhan hijau yang indah bertukar
menjadi pokok-pokok membunuh dan patung Wizard Merlin yang mengangkat tinggi
tongkat saktinya juga menjadi patung hitam berfigura Ivy mengangkat tinggi kayu
saktinya dengan penuh berkuasa seperti dia ingin buat satu sumpahan terbesar
ditanah tersebut.
Oh my Lord…. Istana ni menjadi milik aku. This must be a dream.
Langkah
Ivy terhenti sebentar bila dia lihat seseorang di hujung koridor sedang
membersih lantai istananya (Oh yeah,
I can use to this desis hati Ivy) dan dia segera tundukkan diri dan memberus
lebih cepat dari sebelumnya.
Semasa
mereka lalu disebelah hamba Ivy, Caramel
tidak sengaja menendang baldi air
hamba tersebut membuat dia basah kuyup.
“Oops.”
Katanya sebelum ketawa dengan cantik. “sekurang-kurangnya kau kurang menjijikkan.”
Mereka
tertawa melihat hamba Ivy menahan tangisannya, cuba bertabah tapi ia kelihatan sangat
pathetic.
“Oh
girls-girls, jangan nak jahat sangat dengan hamba aku.” Katanya dengan nada
sarkastik, mengeluarkan sapu tangannya dari celah lengan dan tunduk
memberikannya pada hambanya. “Wipe yourselves peasant. Ini kain terbersih yang
kau akan guna dalam seumur hidup kau—
Bila hambanya mengangkat kepala melihat Ivy,
ahli sihir muda ini kaku untuk sesaat.
“Apple Red?”
Apple
Red kelihatan takut bila namanya disebut dan tundukkan diri lebih renda hampir
bersujud di hadapan Ivy. “M-maafkan saya My Lady, saya takkan mengulanginya
lagi. Ia s-salah saya, tolong jangan hukum saya lagi.” Rayunya sambil meminta
maaf banyak kali. Memeluk tubuh yang menggeletar.
Ivy
perasan lengan Apple Red penuh dengan parut dan lebam merah biru pada wajahnya.
Dia menahan diri dari menangis tapi air matanya tetap mengalir. Dia segera
mengelapnya takut ia akan buat Ivy marah.
“Aku
takkan sakiti kau Apple Red.” Sahut Ivy dengan nada cuba meyakinkan seseorang.
Ini
buat Apple Red dan dua kawannya memandang Ivy seperti dia dah tumbuh sepanjang
tanduk.
“For now.” Dia segera mengubah nadanya
pada sinis. “Ia hari terpenting dalam hidup aku dan aku taknak kotorkan gaun
aku dengan darah kau. So, it’s your lucky day.”
Dottie
dan Caramel tertawa wicked.
“Now,
take this and dry your pathetic tears before I change my mind.” Dia melontar
sapu tangannya ke paha Apple Red sebelum kembali bangkit. “pastikan korang
semua bersihkan istana aku sebelum
aku kembali. I want it spotless.” Arahnya
dan mereka pergi meninggalkan Apple Red yang akhirnya menangis dalam senyap.
“Oooooohho,
that’s savage Ai. Kau bagi harapan palsu kat dia!” Dottie tertawa keudara dan
menghembus asap putih keluar dari mulutnya. “Aku pun hampir terfikir yang kau bersimpati kat perempuan tu.”
“Well,
it’s her fault sebab jadi puteri tercantik ditanah ni. now, mirror hanya akan
cakap Ivy je yang tercantik. Aku kedua.” Kata Caramel, mengeluarkan cermin
tangan dari beg couldronnya dan memuji wajahnya sendiri. “Oh, my hair looks
perfect to take over Eidolon today.”
Ivy
tidak bersuara, hanya terfikir akan kawan Enchantednya itu. Apple Red menjadi hambanya. Macam mana yang
lain? Adakah Hanna, Gweneth dan Gretel juga menjadi hamba abdinya? Gretel…
“Mana
Hansel?” Soal Ivy dengan satu kesedaran. Memandang Caramel dan Dottie.
Dottie
mengambil cermin dari Caramel, juga memeriksa make upnya. Mengelap lipstick di
hujung bibirnya. “Jangan risau sayang, dia akan kembali. He has to.” Katanya
dengan kenyitan mata penuh makna. Namun Ivy tak tahu apa maksudnya.
Caramel
mengambil cerminnya balik dari Dottie. “Dia dah cukup sempurna untuk jadi suami
aku. Tapi…” Caramel mengeluh cantik, masukkan semula cerminnya dalam beg. “kau
pergi rosakkan segalanya.”
“Hey,
Ivy patut buat macam tu kat dia.” Kata Dottie dengan nada menahan marah.
Nampaknya apa sahaja Hansel buat masih buat Dottie naik berang.
“Yeah
but atleast jadikan dia hamba abdi aku. His face is perfect!”
Dottie
menarik sengih. “All you see is his face.”
“Duh!
Kau takkan jumpa lelaki sehensem tu lagi dalam tanah ni!”
Ivy
terdengar sorakan-sorakan halus dan makin lama makin kuat menanda itu dimana
sorakan itu berada ialah destinasi mereka.
Dan
sorakan mereka bukan secara random.
Ia
sorakan memuja.
All Hail Sorcerer Ivy the Devil
All Hail Sorcerer Ivy the Devil.
All
Hail the Great and Mighty Sorcerer Ivy the Devil.
“Are
you ready My Lady?” Soal Caramel
dengan nada mengusik, mereka tiba didepan pintu kaca yang membawa mereka ke
balcony besar. Dari posisi itu Ivy sudah melihat bendera ungu hitam lambang the Devil padanya. Lambang Ivy the Devil
bersama ratusan—ribuan mungkin, lembing menyucuk langit.
“Lets
rock this.” Sahut Ivy, sedikit teruja dan takut pada masa yang sama.
Dottie
faham perasaan tu dan hanya ketawa. kedua kawannya mencapai tombol pintu dan
membukanya untuk Ivy dan sorakan memuja Ivy meletup pada gegendang telinganya.
Bersorak dan menyahut nama Ivy seperti satu mantera.
Ketiga-tiga
rakan ini berjalan ke tepi Balcony, melihat ribuan askar Vicious berbaris
dihadapan Istananya, memuja tanpa henti. Pedang dan lembing diangat keudara
menyorak akan kehadiran pemerintah mereka. The Great and Mighty Sorcerer Ivy
the Devil.
“Look
at those fools, ready to die for their beloved Ruler.” Bisik Dottie dengan nada
rendah, tersenyum wicked tidak sabar menyaksikan askar-askar Vicious dibawah
mereka mati tenggelam dalam darah mereka sendiri.
Caramel
tertawa disebalik tangannya. “Apa tunggu lagi Ivy, greet your soon to be
corpse.”
“Let
me enjoy this a little bit more.” Bisik Ivy, teruja melihat orang-orang
dibawahnya sedang memuja namanya. Melihat Ivy seperti dialah penyelamat nyawa
mereka. Dialah Dewi mereka. Korbankan nyawa untuk Ahli sihir yang Heartless.
If this a dream…. It felt so real.
Ivy
melihat tapak tangannya sebelum mengangkatnya keudara membuat mereka semua
bersorak lebih kuat dari sebelumnya.
Ivy tersenyum
lebar dan melambai kecil pada mereka semua. Dia tertawa seperti nafasnya dicuri
angin, tersangat teruja dan rasa lawak betapa besarnya kuasanya sekarang.
All Hail Sorcerer Ivy the Devil!
All Hail Sorcerer Ivy the Devil!
All
Hail the Great and Mighty Sorcerer Ivy the Devil!!
“Kau
Berjaya Ivy, kau telah tunjukkan pada semua orang yang kau tidak boleh
dihapuskan.” Bisik Dottie sambil mengisap rokoknya. “kau lah ahli sihir
terkuat, terhebat dan paling menakjubkan pernah jejak diatas tanah ni. The one and
only Evil Sorcerres, the one who single handedly destroy the border between
Vicious and Enchanted. The one who create chaos in the world. The most
beautiful—
“Most
powerful—
“The
one and only—
“Sorceress Ivy the Devil.” Kata Dottie
dan Caramel serentak dan terawa.
“My
Lady…”
Ketiga-tiga
kawan ini berpaling kebelakang, melihat seorang lelaki tunduk satu lutut di
tanah pada Ivy sambil menghulurkan kayu sakti putih padanya.
“Oh
Hans, akhirnya kau tiba.” Dottie tersenyum sinis. “Tak sangka kau berjaya lakukannya.”
“It’s
all for her beloved sister Dot. He has too kill Lady Morgana.” Caramel tertawa
disebalik tangannya dengan cantik.
Mata
Ivy membulat. “Kau bunuh Lady Morgana?”
Hansel
mendongak memandang Ivy, menunjukkan sebelah wajahnya hancur teruk membuat dia
buta sebelah. Dan matanya lagi satu merenung jijik pada Ivy. “You make me you… vile monster.”
Ivy
terkilan. Hansel tahu dia tak suka bila
orang panggil dia raksasa. Dengan perasaan marah dia balas. “I should have kill you.”
“Now-now
Ivy, kita masih perlukan dia.” Kata Dottie dengan manis. “Take that wand and let’s
continue our plan.”
“Kau
akan mati pegang kayu sakti ni.” kata Hansel dengan nada berharap. “You are Evil.”
“Dia
mungkin betul Ivy. Kayu sakti ni hanya untuk ahli sihir baik.” Kata Caramel, takut
akan kayu sakti itu. Dia sendiri takut untuk memegangnya. Dan plan Ivy untuk
menggunakan Apprientice wand untuk peperangan ini sangat tak masuk akal.
Ivy
menarik sengih. “kayu sakti ni hanya untuk ahli
sihir Enchanted sahaja. Bukan hanya untuk orang baik.” Katanya lagi. “And
I’m half Enchanted.”
Hansel
berdecis. “You sound so sure.”
“Oh,
I’m sure.” Balas Ivy, kerana kau sendiri
cakap. “Wanna see?”
Senyuman
halus terukis pada hujung bibir Hansel. “Go ahead and perish in front of your minions.”
Ivy
mengambil kayu sakti tersebut dari tangan Hansel dan satu cahaya terhasil dari
kayu sakti itu, mengeluarkan aura yang sangat kuat membuat Hansel jatuh
terduduk, Caramel dan Dottie tertolak kebelakang.
Ivy
pula tersenyum dengan penuh Wicked melihat kayu sakti yang berwarna putih itu
berubah menjadi warna hitam dan serupa dengan personality Ivy.
Dan
bila Aura tersebut hilang, kedua Dottie dan Caramel terngangah dengan kagum.
“It
turns evil?”
“It
turns evil.” Bisik Hansel dengan horror.
“it turns evil.” Ivy tertawa hysteria dan
mengangkat kayu sakti itu keudara untuk orang-orangnya lihat. “IT
TURN EVIL!”
All Hail Sorcerer Ivy the Devil!
All Hail Sorcerer Ivy the Devil!
All
Hail the Great and Mighty Sorcerer Ivy the Devil!!
Sahut mereka
dengan sorakan tinggi diantara petir sambar menyambar. Langit gelap tambah
menggerunkan dari sebelumnya dan meraung kuat seumpama ia juga menyanjungi Ivy
the Devil.
“Kau takkan buktikan apa-apa apa sesiapa
Devil! Apa yang kau buat ni takkan buat Ibu kau atau Tuan Jack bangga kat
kau!” Hansel menjerit, dia kedengaran takut tapi dia Berjaya bersuara. “All they see you only as a monster. A
heartless monster!”
“Shut
it!” Caramel mencakup sesudu taffy dari bed cauldronnya dan melontarnya ke
mulut Hansel, membuat Hansel tidak dapat bercakap. “Kau tak layak tinggikan
suara pada Ivy the Devil, you Traitor!”
Ivy
berpaling memandang Hansel dengan penuh tanda tanya. “Apa kau cakap?” tapi
nadanya membuat orang lains salah faham. Seperti Hansel sedang meragui
kebolehan Ivy the Devil.
“Apa
yang kau tahu tentang Ivy huh?! Korang semua salah! Just, watch she will show
the world who she is. Dia bukan raksasa, dia Ahli sihir terhebat dalam dunia
ni! korang sendiri yang cakap dia paling berkuasa, korang sendiri cakap dia
istimewa, korang sendiri memuji dia tanpa henti dan bila dia tunjukkan kebolehan dia yang sebenarnya korang
berpaling darinya? Mengatakan dia seekor raksasa?!” mara Dottie, mematahkan
pemegang shishanya.
Hansel
menarik keluar taffy dalam mulutnya secara paksa, membuat gusinya berdarah.
“Vicious tak inginkan Peperangan! Mereka tidak pernah inginkan peperangan bodoh
ni!” dia tetap bersuara mengetahui nyawanya menjadi taruhan.
“Tuan
Jack dan Maleficent tidak inginkan peperangan ini! They become soft, they all
are too old anyways.” Balas Caramel pula. “kerana mereka tidak ingin ada kena
mengena dengan Ivy, orang Vicious juga tidak ingin kan peperangan ini dan kata
Ivy gila! Tengok sekarang!” Caramel depakan tangan kearah askar dibawah mereka.
“They now Fight for Ivy the Devil! She will prove everyone wrong!”
“They
Fight because they are afraid of her!” Hansel juga menjerit setinggi Caramel.
“And
they should.” Dottie kata, mendekati Hansel dan menendang muka lelaki itu
dengan kuat.
Hansel
jatuh terbaring diatas lantai, memuntahkan cecair merah pada lantai istana Ivy.
“Korang…. Berdua sama gila dengan perempuan tu.”
“Tak.
Kami kawan Ivy, we stick with each other. We help each other. We don’t betray
each other. Not like you.” balas Dottie dengan nada rendah yang merbahaya. “I
should throw you into the pit along with the other—
“Enough
Dottie.” Ivy bersuara, menarik Dottie ke sisinya dengan perlahan. “Its not
worth it.”
“I
know, tapi dia patut kena.” Balasnya menahan marah.
Ivy
berpaling melihat Hansel, matanya bercahaya dengan penuh bahaya, memberi amaran
pada Hansel yang dia akan menyesal menghina Ivy. “You were my best friend
Hans.”
“I rather die than friends with a heartless
monster like you.”
“That’s
it.” Balas Ivy. “Dottie, take him away.”
“With
pleasure.” Dia memetik jarinya dan dua kelawar besar datang dari sebalik istana
dan terbang menangkap Hansel. Mengangkatnya ke udara dan bawa dia pergi, sambil
lelaki itu menjerit ‘you’ll regret this
Devil!’
“Jangan
dengar cakapnya Ivy. Apa kau buat semuanya akan berbaloi.” Caramel cuba
sedapkan hati Ivy. Mengetahui yang Ivy masih rasa dikhianati oleh salah satu
kawan rapatnya.
Will it? Desis hati Ivy dengan pahit, tapi dia
ketepikan persoalan itu kerana dia tahu. Ini
hanyalah mimpi, dan ia mimpi ngeri. well, mimpi ngeri takkan bermain dengan
mindanya lagi. Dia akan buat mimpi ngeri itu menjadi mimpi indah.
Ivy
menarik sengih. “Bukan sahaja Enchanted kita akan tawan, malah Vicious.”
Katanya membuat Caramel dan Dottie tersenyum wicked juga.
Ivy
berpaling kearah orang-orangnya dan menjerit. “Listen one and all you wretched
fools!”
“Uuu… wretch, nice.”
“hush Car, Ivy tengah berucap.”
“Ini
hari korang akan tawan Eidolon untuk aku. The last hope of light in this Land!”
sahutnya dengan kuat sama seperti Guntur berdentum. “tunjukkan pada semua orang
siapa yang berkuasa di tanah ini! Who’s their true Ruler! Who they should
submit! Who is Ivy the Devil! show them the true nightmare in their dreams and
who they should really fear!” Ivy melihat askar-askar Vicious dibawahnya dengan
senyuman penuh wicked, mata hijaunya bercahaya seperti predator. “Do this and
I’ll show you mercy! If not, then I’ll
show you what I alone can do.”
Amaran
pada ayat terakhirnya membuat semua askar-askarnya mengecut cuak disebalik
perisai mereka dan memuja nama Ivy the Devil sekali lagi.
All Hail Sorcerer Ivy the Devil
All Hail Sorcerer Ivy the Devil!
All
Hail the Great and Mighty Sorcerer Ivy the Devil!!
“Lets
go Kill the King.” Kata Caramel dengan nada usikan riang membuat Dottie tertawa
besar.
“My
ride.” Balas Ivy juga nada mengusik. “Lets show them, how a monster I am.”
Dan
tattoonya panas membara.
>X<
Caramel
tertawa hysteria melihat peperangan berlaku di dalam kerajaan Eidolon, askar
Ivy dan Askar raja Eidolon tenggelam didalam darah mereka sendiri. Sanggup
menjadi anak catur dalam permainan terbodoh ini.
Dottie
menolak rambutnya ketepi kerana mengganggu pandangannya untuk lihat Naga yang
tunggang menghembuskan api hitam kearah kampung kecil dibawah mereka.
“YAS!”
jeritnya dengan girang. “Oh! Turunkan kitorang kat sana!” sahut Dottie menuding
kearah lautan askar musuh berarak untuk berperang.
Naga
itu terjun kebawah, cukup rendah untuk mereka berdua melompat turun dan
mendarat dihadapan askar-askar Enchanted.
“Hello
boys.” Sapa Dottie dengan senyuman menggerunkan membuat para askar itu ketakutan,
senjata diarahkan pada mereka.
“Oh
look at that scaredy faces of theirs.” Caramel membuka tutup couldronnya dan
senduk didalam bersedia untuk berperang “Ready Dottie?”
Dottie
mengeluarkan sejenis siul dari poketnya dan meniup tapi ia tidak membuat sebarang
bunyi. Namun, tanah terbelah dua dari belakang mereka berdua dan keluarlah
raksasa serupa anjing hitam berkepala tiga. Bergonggong kuat dan bersedia
mendengar arahan Dottie.
“It’s
our time baby.” Balas Dottie membuat Caramel ketawa hysteria dengan begitu
nyaring membuat para askar Enchanted cuak.
Tanpa
memberi kesempatan pada askar itu bertindak, Caramel dan Dottie menyerang
dahulu.
.
.
“WE ARE BEING AMBUSH!” Lieutenant
askar Enchanted meraung dan mengarahkan askar-askarnya melindungi istana
Eidolon. Dia mengeluarkan pedangnya dan berlari ke barisan hadapan, bersedia
untuk melawan musuh mereka.
Menyumpah
askar-askar Vicious yang tidak henti menyerang mereka.
“That Crazy Bitch never get enough out
of this.” Bisik Jack dibawah nafasnya. Pegangannya dieratkan pada kepala
pedang, melihat para askar Vicious berarak mendekati istana Eidolon, senyuman
wicked yang tertampal pada wajah mereka sangat menggerunkan tapi askar
Enchanted tidak takut semudah itu.
Let just hope miracle happen.
“Lieutenant
Jack.”
Lieutenant
ini berpaling ke sisi dan menarik sengih, agak terkejut dan kagum melihat snow
witch yang baru sahaja sedarkan diri dua hari lalu berada di sisinya. “Saya
ingatkan Raja George beri arahan pada kamu untuk rehat dan tolong rakyat keluar dari istana Eidolon kedalam The Wood.”
“AKu
bukan Red Riding Hood.” Kata Ezra dengan nada dingin, menyeru kayu saktinya
didalam tangan dan arahkannya keudara, menghasilkan awan mendung dan salju mula
turun dengan lembut. Memberi amaran pada musuh jika mereka menyerang, Ezra akan hapuskan mereka. “We have a war to win.”
Mereka
terdengar suara nada meraung kuat diatas awan dan mendongak keatas, terlihatlah
naga hitam terjun turun dengan laju. Para askar Vicious pula segera berundur
diri bila ia mendarat di antara dua musuh. Meraung dengan nyaring keudara
sebelum dengan perlahan api hitam membakar diri naga tersebut, ia mengecut
menjadi kecil diantara jeritannya sehingga satu figura cantik wujud tertawa
wicked keudara.
“Well, well, well….. Look what we have here.”
Balasnya dengan senyuman sinis, melihat Jack
berdiri bersama Ezra. “This is too exciting Jack! look at you both!”
Ezra
berdecit dengan jijik. “We finally meet, bitch.”
“Ouch
Ezra, kita sesame ahli sihir. We are sisters and this Is how we greet each
other?” soalnya dengan nada mengusik, penumbuknya direhatkan di pinggul. “So,
any update that I should know about this pathetic Kingdom? —Oh yeah, I’m claiming it mine.”
“Over
our dead body your heartless witch! Kau takkan dapat apa-apa kalau kau takhluk
tanah ni.”
“Of course
aku akan dapat sesuatu, seluruh tanah
Enchanted dan Vicious. Korang semua tunduk dan bersujud dibawah kaki aku.
Worship me until you die! Become my eternal slave! I’m building my own empire!”
jeritannya keudara sebelum berbisik sinis. “And no one will call me a Monster
without living a tale about it.”
“kau
mungkin di puja, mereka mungkin mengikut arahan kau tapi ingat Ivy. Kau takkan
dapat kasih sayang rakyat kau, kau takkan dapat kemenangan yang kau sebenarnya
inginkan. Mereka takkan hormati kau, mereka mungkin tidak mengatakan kau seekor
raksasa tapi setiap orang dalam tanah ni mengetahui kau ialah seekor raksasa. A
heartless monster.” Nada Jack kedengaran lembut dan seperti dia sedih. ia menusuk
ke hati Ivy tapi ahli sihir ini segera menepisnya. Mengetahui apa Jack boleh
buat padanya hanya dengan tunjukkan perasaannya yang sebenar.
“Jangan
nak memanipulasikan perasaan aku Jack.” Nada Ivy garau rendah dengan penuh
amaran. “We both know who I really am.”
“We
all know who you really are!” Balas Ezra mengarahkan tongkat saktinya pada Ivy.
“Kau bunuh ayah kau sendiri, kau mengkhianati Lagendary Villain; kau bunuh
mereka satu persatu dan mengurung ibu dan King of Nightmare di istana mereka
sendiri. Kau bunuh God mother kau sendiri, kau bunuh dan membunuh tanpa henti
sesiapa sahaja yang menentang kau. Kau bunuh orang Enchanted, kau bunuh The
Royal Faries, kau bunuh Ibu aku, kau bunuh semua orang, Kau bunuh semua makhluk
Enchanted! Kau seekor raksasa. kau seekor raksasa yang tak berhatiperut.”
“I.
Am. NOT A MONSTER!” Amarahnya menghasilkan letupan api hitam disekelilingnya,
membakar orang berdekatan, kedua askar Enchanted dan askarnya sendiri. Ia merangkak dekat pada kaki Jack dan Ezra.
“Careful flakes, or I’ll burn you too.”
Katanya dengan nada seribu suara, matanya berubah tajam seperti predator dan
ilusi sepasang tanduk dikepalanya. Giginya mula kelihatan seperti seekor naga.
“Aku dah takda mood berbual dengan korang. Now Move and let me meet your king.”
“Supaya
kau bunuh dia juga?” Soal Ezra. “like I said, over my dead body.” Ezra menghayun kayu saktinya keudara dan kearah
Ivy, menghasilkan ribut salji yang kuat melontar Ivy jauh bersama dengan
askar-askar Vicious.
“Leave
now Devil!”
Ivy
yang terbaring diatas lantai terkesima untuk seketika, tidak menyangka yang
Ezra sebegitu kuat untuk melontarnya jauh. Ezra
takkan sekuat ni. semasa dia disumpah Losing Heart dan menyerang Ivy dengan
ribut salji tidak dapat mengalihkan dia dari posisinya.
Dia
tergelak sejenak, bangun dari salji tersebut dan memandang Ezra dengan perasaan
ingin tahu tersangat tinggi.
Betapa kuat Ezra dalam mimpinya?
“Show
me your strength Flakes.” Cabar Ivy dengan senyuman sinis, berdiri dan salji
pada badannya cair dengan kepanasan api hitam.
Ezra
mengambil langkah kehadapan menerima cabaran Ivy tapi dihalang oleh Jack.
“Lieutanent.”
Jack
menggeleng. “Lawan dia seumpama kau menggalakkan dia menggila.”
Ezra
tersenyum kecil. “How do you know so much about this witch is beyond me
Lieutenant. aku gembira berlawan disisi kau selama ni. kita menang kerana kau
dan kalah kerana kesilapan kita. Sekarang, masa untuk aku halang dia pula.
Hanya aku yang setanding dengannya sekarang.”
“kau
tahu kau tiada peluang, Tuanku.”
“We
still have hope Jack dan aku bukan seorang puteri lagi.” Balas Ezra terlalu
dingin. Hatinya membeku kerana pangkatnya telah hilang dihapuskan oleh Ivy the
Devil, seluruh keluarganya mati ditangan ahli sihir tak berhati itu.
Meninggalkan hanya dia, memakan mimpi ngeri tanpa henti dan hidup memikul beban
untuk memberi keamanan kepada roh-roh keluarganya.
“Seseorang
kena hentikan dia sebelum Raja George tiba ke sini.” Bisik Ezra rendah, tidak
ingin Ivy mengetahui Raja mereka tiada di dalam istana. Dia dalam perjalanan dan mereka kena beri masa pada raja mereka untuk
kembali.
“COME ON EZRA! SHOW ME!” Sahut Ivy jauh
nun di sana.
Ezra menepis tangan Jack. “It’s the only way.”
Katanya dan tampil kehadapan. “Kalau aku menang, kau kena berundur dan tidak
menyerang lagi kerajaan ni. Got it?”
Ivy
tertawa besar. “I can’t do that, faham tak maksud membuat Empire aku sendiri.
Aku tak boleh benarkan sebarang harapan tinggal
untuk korang. But, for you apa sahaja.” Katanya sambil mengangkat bahu slamber.
“Aku rasa kau tahu apa aku nak kalau aku menang kan?”
“Kepala
Raja kami.” Ezra mengangguk dan melontar tongkat saktinya keudara, meletup
menjadi ribuan permata dan jatuh keatas Ezra, terhasil taufan disekelilingnya
dan berubah bentuk.
Mata
Ivy bercahaya melihat transformasi Ezra dan menghayun kayu saktinya kekiri dan
kekanan menghasilkan tarian api hitam disekelilingnya dan mengubah dia menjadi
seekor raksasa yang sebenar.
Ivy
The Devil seekor naga.
Puteri
Ezra seekor mutant menyerupai serigala dan harimau putih.
Dan
pertempuran besar bermula.
Ais
dan api berlawan.
Mencakar,
menggigit, menerkam sesame sendiri. Melihat siapa yang tumpas dahulu.
“Wow,
Ivy tengah kick ass serigala putih tu.” Sahut Dottie, menggores mancisnya pada
helmet askar musuh yang telah tumpas dibawahnya dan membakar rokok. Menghisap
pucuk pemegang rokoknya dengan dalam dan menghembusnya ke atas mereka berdua.
Caramel
tertawa kecil—menyucuk askar yang tetiba bergerak dibawahnya dengan hujung
senduk dan membersihkannya dengan skirt sendiri. Dia kembali tersenyum. “nak
pergi tolong dia?”
“Ouch….” Dottie terasa gigitan maut
serigala pada leher naga hitam yang menjerit kesakitan sebelum ia menggunakan
ekornya, melibas muka serigala tersebut. “Naaaah…
dia okay.” Dottie menggeleng dan mencari tempat selesa untuk punggungnya diatas
bukit orang-orang mati dibawahnya. “Ada snack?”
Caramel
sumbat tangannya kedalam beg cauldron dan dengan satu ayat ringkas, sebungkus
popcorn keluar dan berikan pada Dottie. “Hot and fresh.”
“Nice.”
Dia mengambil segenggam tangan dan makan satu persatu. “Kau rasa siapa menang
nanti? Ivy atau Raja Enchanted?”
Caramel
menarik nafas panjang dengan cantik. “Are you making a bet on your own best
friend?”
“Yes.”
“Then,
I bet it’s King Enchanted.”
“Are
you doubting your own best friend?” dottie soal dengan nada sama dengan
Caramel.
“No,
ingat Raja George dapat blessing dari Royal Faries dan The Great Wizard Merlin
semasa dia lahir. He is the only hope if
darkness evades our land. Remember?” soal Caramel sebelum makan seketul
popcorn. “Aku mungkin bukan seorang seeker, tapi evil is winning and the last
hope left is Kerajaan Eidolon, kerajaan Raja Enchanted. Raja yang dirahmat.
Raja yang tidak pernah kalah dalam peperangan yang dia bawa. Kita berdua hampir
mati bila kita tak tahu yang kita
berhadapan dengan Raja Enchanted dahulu. Kalau bukan sebab Ivy selamatkan
punggung kita dari raja tu. We are dead.”
Kening
kanan Dottie terangkat tinggi dengan ayat terpintar Caramel yang dia pernah
dengar dalam seumur hidupnya. “Dah berapa lama kau tak makan manisan?”
“Selepas
Ivy Berjaya bunuh Wizard Merlin.” Jawabnya slamber. “that’s the border line of
Ivy’s insanity. We only need one crazy bitch in our group.”
Dottie
tertawa besar. “Well, I’m betting my Mutant wolf coat for Ivy.”
“kau
nak jadikan bulu serigala putih tu jadi kot?”
“Kau
nak ke?”
“Hell
yeah!” balas Caramel teruja. “tapi macam mana kalau Ivy betul-betul kalah?”
“Kita
hutang nyawa kat dia kan?”
“Oh.”
Dottie
tersenyum sinis. “Yes, Oh.”
Sementara
itu, Ivy yang berbentuk naga tanpa henti menyebut satu ayat ini dalam mindanya
tanpa henti setiap kali dia kena serangan yang sangat menyakitkan dari Puteri
Ezra.
Ini hanya mimpi ngeri….
Ini hanya mimpi ngeri….
Ini hanya mimpi ngeri….!
Tapi
bagaimana satu mimpi boleh berikan Ivy kesakitan yang sangat real?
Tidak
tahan lagi menguji dan bermain dengan Ezra, dia menjadi serious dan menerkam leher
serigala itu dengan ekornya sebelum melontar Ezra jauh darinya dan sebelum ia
jatuh ke tanah, Ivy menghembus nafas api kearahnya.
Terdengar
raungan perit datang dari serigala tersebut sebelum ia berganti pada jeritan
wanita dalam kesakitan.
“Ezra!!”
Ivy,
si naga, melihat askar Enchanted berlari kearah ahli sihir salju yang tumpas dan
menghembus nafas api menghalang mereka untuk mendekatinya. Para askar ini
menggeletar ketakutan dan berpaling kearah Lieutenant mereka meminta
pertolongan namun Jack tidak bersuara. Kalau Naga boleh tersenyum, Ivy dah pun
tunjukkan kesengihannya (is this even a
word? Lol) pada Jack. mata amerald bertemu dengan mata emas, merenung pada
satu sama lain seperti mencabar dalam senyap siapa yang ingin mengalah dahulu.
Tapi
Ivy yang mengalah, dia menghembus nafas panjang dan dengan perlahan api hitam
menukar dirinya menjadi seorang manusia semula, terduduk diatas tanah kelihatan
penat.
“I
hate you, very much.” Ivy berdengus
panas, kembali bangkit dan menolak rambutnya kebelakang, senyuman sinis yang
menjijikkan terukir hanya untuk Jack. “You
just love to torture me, even in my dreams.”
“Aku
hanya nak selamatkan nyawa kau. Tidak lebih dari itu.”
“Tapi
aku tak perlukan sesiapa selamatkan aku!” sahutnya hampir hilang nafas. Nampaknya dia salah anggap kekuatan Ezra,
minah tu kuat jugak rupanya.
“Tidak
lagi selepas kau bunuh Bloody Mary.” Balasnya dengan nada sedih. “Aku tahu kau
bermain dengan sejarah Vee.”
Mata
Ivy membesar. “Kau masih ingat aku?”
“Aku sentiasa ingat kau.” Balasnya membuat Ivy cair tapi dia ketepikan perasaan itu.
Dia kena sumpah hati didalam dirinya itu
lagi.
“Kau
tak patut ganggu sejarah. Ada sebab ia berlaku seperti itu dan ada sebab aku
buat semua ini. Namun, kau rosakkannya. Sekarang bukan kau sahaja menerima padahnya
malah aku.”
Ivy
berdecis geram. “Apa yang kau cakapkan hah? Mengapa kau juga terima padahnya?”
Jack
menjatuhkan pedangnya ketanah, wajahnya kelihatan teramat sedih akan persoalan
Ivy. Mengetahui apa yang dia akan cakap pasti ahli sihir itu tidak percaya.
“Kau
tak boleh kalahkan Raja Enchanted.”
“Kau
meragui aku?” Soalnya dengan nada sarkastik. “And here you said you love me.”
“I do
tapi ini kenyataannya.”
“Then
you don’t love me at all.” Balas Ivy dingin.
“Ivy,
Please. Hentikan semua ni, masih belum terlambat untuk kau berhenti rancangan
gila kau dan kembali pada Ibu dan Tuan Skellington. Mereka akan terima kau
semula kalau kau minta maaf akan kesilapan kau!”
“Dan
biarkan mimpi ngeri aku menang?” Soal Ivy geram. “Kau ingatkan aku tak tahu
keapa akan jadi kalau aku menyerah kalah? Even Ibu aku dan Tuan Jack terima aku
balik, aku takkan dibenarkan duduk dalam Vicious tu semula, seluruh tanah
Enchanted juga Viciousi inginkan
nyawa aku. Aku taknak mati, aku tak nak
mimpi ngeri aku menang lagi. I keep dreaming I’m dying over and over again
dan aku taknak! It hurts so much Jack,
apa kau tahu apa perasaan aku bila aku ditikam, di sumpah dan dibunuh
berkali-kali didalam mimpi aku!”
“That’s
not a dream Ivy..” balasnya dan perasan sesuatu tentang ayat Ivy. “Dan ini juga
bukan satu mimpi.”
“Yes
it is! Aku tahu ini satu mimpi, aku pasti!”
“Vee,
trust me, it’s not—
“Berhenti
bermain dengan fikiran aku!” Jeritnya membuat api ungu meletup disekelilingnya.
Dia mula rasai keraguan didalam dirinya. Dia
tidak ingin percaya apa yang dia buat satu reality, kalau ia betul, itu
bermaksud dia telah lakukan banyak kesalahan besar. Dia bunuh ayahnya sendiri,
dia bunuh Puan Sally, dia bunuh kawannya sendiri, dia seksa orang yang dia
sayang dan dia menghancurkan seluruh kehidupan orang diatas tanah itu. Dia yang mencetuskan peperangan. Dia
penjahat. Dia Villain. Dia seekor raksasa yang dia takuti untuk jadi selama
ini. Dia seekor raksasa.
A
heartless Monster.
“Ia
satu mimpi! Ia satu ilusi! Apapun kau katakan, aku takkan percaya!” jeritnya
dengan tangisan panas membasahi pipinya. “Aku benci kau Jack! AKu benci kau!”
Ivy
mengangkat kayu saktinya kearah Jack dengan air mata bergelinang turun di
pipinya, mata hijau bercahaya penuh benci akan lelaki berperisai dihadapannya.
“Just Die.”
Dia
menembak satu sumpahan kearah Jack dan ia meluncur laju kearah Jack namun,
seseorang muncul dihadapan Jack dan menghalang sumpahan itu dengan perisainya.
Satu
letupan besar terjadi bila sumpahant tersebut terkena perisai si jejaka yang
muncul diantara angin tegang, menghasilkan tiupan angin kuat menolak Jack dan
Ivy kebelakang sedikit.
Mata
Jack terbuka sepanjang masa, melihat setiap kejadian dari Ivy ingin membunuhnya
sehingga letupan terhasil dari lelaki berperisai menghalang sumpahan kuat itu
dengan mudah.
Dia
menghembus nafas yang dia tahan dan jatuh terduduk diatas tanah. Otaknya
berhenti berfungsi, mengetahi Ivy, ingin
membunuh tanpa teragak agak.
“Kau
okay Jack?” Soal si penyelamat dengan nada tersangatlah tenang dan berpaling
kesebalik bahunya. “Pergi bawa Ezra kembali ke istana.”
Jack
mengangguk teragak agak, segera bangun dan berlari kearah Puteri Ezra.
Mengangkat puteri tersebut kedalam tangannya dan membawa dia pergi. Namun Jack
sempat berhenti dan beritahu Si penyelamatnya.
“Please…
My King, Have Mercy.”
Rajanya
menarik nafas dalam, sedalam yang mungkin cuba menenangkan rasa marah atas
rayuan Jack. “As a King, I do what I must.”
Jack
hampir membantah tapi dia mengambil keputusan untuk membelakangkan diri, riak
wajahnya jatuh sedih dan untuk kali terakhir, dia memandang tepat kearah wajah
Ivy sebelum kembali masuk ke istana.
“Witch.”
“Louis?”
Wajah
Raja George makin menggelep mendengar nama tersebut terlepas dari bibir jijik
ahli sihir tidak berhati perut dihadapannya. “Kau tak layak menyembut nama tu.”
Oh no…. no-nononono… No…. Ivy
membelakangkan diri dengan gelengan laju sehingga dia terpijak jubahnya sendiri
dan jatuh terduduk diatas tanah yang kotor. “Tak mungkin….”
“Ohoooooooo The Shining King is finally
here!” Sahut Caramel dari belakang Ivy, baru sahaja tiba di tempat kejadian
dengan sedikit hilang nafas tapi senyuman lebar terpapar pada wajahnya.
Dottie
pula tertawa besar. “Babe! Takkan kau
terkesima Nampak ketampanan Raja Enchanted ni!”
“Ok,
aku Tarik balik bila aku cakap Hansel paling hensem dalam dunia ni.” Caramel
bersuara dengan tawa yang cantik. “Dear love, tolong jangan hancurkan wajahnya
kali ini. I want him to be my slave.”
“Apa?” Ivy berpaling kearah Caramel
dengan jijik. “Aku takkan sakiti dia.”
Dua
terkejut dan saling berpandangan ingin memastikan apa yang mereka dengar
betul-betul keluar dari mulut Ivy.
“Come
again.” Soal Dottie dengan nada amaran, datang mendekati Ivy dan menarik ahli
sihir itu bangun. “Say that one more time.”
“Aku
kata…” Ivy menarik tangannya dari genggaman Dottie. “I’m not killing him.”
“Kalau
kau tak bunuh aku, dan aku yang akan
bunuh kau.” Balas Raja George dengan mata biru yang membara, berlari kearah
Ivy dengan pedang tinggi dikepalanya.
“Jangan nak mengada sekarang gila, pergi
hapuskan dia.” Dottie menolak Ivy ke dengan kasar hampir buat Iv tersandung
tapi refleksi Ivy lebih laju dan dengan segera dia mengeluarkan kayu saktinya,
melontar jampi demi jampi kearah Raja Enchanted itu.
Namun
jampinya hanyalah jampi pelindung. Dia tidak menyerang langsung. Hanya
mengelak.
“Louis, please stop—Wait—” Ivy membuat
pelindung halimunan dihadapannya bila mata pedang diarahkan dadanya dan
hentakan pedang itu membuat dia hampir jatuh kebelakang. Sekali lagi refleksnya
menyelamatkan dia. “Aku kata berhenti!”
“Dia
takkan dengar cakap kau sayang!” Caramel bersuara dengan tangan dekat pada
mulutnya. “Kau bunuh semua orang yang dia sayang. There’s no way dia akan
berhenti sehingga—Oooo…. That’s gotta
hurt!”
Ivy
lalai untuk seketika mengakibatkan mata pedang itu mencalar bahu kanannya dan
dia menjerit kesakitan. Memegang lengannya yang tercedera dan mendongak melihat
Louis dengan penuh ketakutan. Lelaki itu tidak teragak-agak untuk sakiti dia.
“Louis…..
please.”
“Fight
you witch!” amarah Louis membuat Ivy bertambah takut. Dia tak pernah dengar
Louis semarah itu dengan mata yang penuh dendam terhadapnya. “Kau dah buat
segalanya untuk capai apa yang kau nak. Dan sekarang kau merayu pada aku? Dan kau ingat aku akan teperdaya dengan semua tu?
Kau tipu, manipulasi, mempergunakan semua orang untuk kepentingan diri kau! Dan
kau ingat aku juga akan terjebak dalam rancangan jahat kau?! After what you’ve
done to this land?! Do you think I am that stupid?!”
Ivy
menggeleng dengan tangisan menggugat untuk turun. “Tak… tak aku takkan—
“Enough!”
Jerit Raja George. “It’s time to end
this, Heartless witch.” Dengan pedang diangkat tinggi keudara, dia
memandang Ivy ekspressi wajah kosong. Bersedia untuk memancung ahli sihir kejam
itu.
Dengan
penuh horror, Ivy melihat Louis dihadapannya. Tertanya kemana perginya Louis
yang dia kenal, Louis yang menyayanginya tanpa henti. Louis yang dia sayang dan kenal
tidak akan sesekali mengakhiri suatu masalah di medan pertempuran. Louis yang baik hati, peramah, dan berlembut
kata pada semua orang. tidak sukakan kekasaran.
Adakah dia jadi seperti ini kerana ivy?
Setitis
air mata jatuh membelai pipinya dan bercampur darah menjadi merah. Apa dia
telah buat? Adakah dia sememangnya seekor raksasa yang merosakkan semua hidup
orang? mengambil nyawa orang yang tidak bersalah dan menghancurkan
segala-galanya?
Dia
tak tahu… dan dia ingin bangun dari mimpi ngeri ini.
Dia tidak boleh menang.
Dia ingin semua mimpi ngeri ini berakhir…
Dia
tundukkan diri sepenuhnya dihadapan Louis, air mata jatuh tanpa henti, dia
menyerah diri pada Raja dihadapannya.
Hentikan mimpi ngeri ini.
Dan
Pedang Excalibur laju turun ke leher Ivy.
“No!” Caramel melontar gumdrop kea rah
mereka dan ia meletup, membatalkan tindakan Raja George dan tanpa buang masa
Dottie bersiul memanggil 3 kelawar gergasi dan mengangkat mereka pergi dari
tempat tersebut.
“Sweet Vanilla Ice Cream Ivy! Apa yang kau fikirkan hah?!” Soal Caramel bila mereka selamat
diudara.
Ivy
berpaling melihat Louis yang berdiri ditengah-tengah medan pertempuran itu,
merenung tepat kearahnya dengan tajam, memberi signal jika Ivy kembali. Dia
tidak teragak-agak untuk akhiri nyawanya
>X<
“Are
you nuts?! Aku ingatkan kau saja nak tipu dia dengan ayat-ayat merayu kau tapi Tak! Kau sebenarnya serious? Seriously?!” Dottie meroyan di
depan katil Ivy, berjalan mundar mandir tanpa henti. Dia sempat buat drama pada
ayat ‘ayat-ayat merayu’ dengan nada simpati.
“Oh enough love,
bagi Ivy rehat boleh tak?” Soal Caramel yang tengah merawat lengan kawannya
diatas katil. “Bukan salah dia, dia jatuh cinta kat Raja Enchanted tu. I mean—”
Caramel tertawa dreamy. “Look at that face, figure. Aku pasti abs dibawah
perisai dia mesti mengiurkan—Oh MY—
“Ouch!”
“Sorry honey.”
Dottie memutar
bola matanya. “Dan Louis? For Your Sake
Ivy, kau panggil nama dia macam korang dah lama kenal. Korang tak pernah
berjumpa selain hari tu, dua minggu lalu semasa kau bunuh Keluarga dia!”
“Aku bunuh
Charlotte?” Soal Ivy dengan horror, terlupa rasa menyengit pada lengannya.
“Charlotte?” Soal
Caramel dengan kepala tersenget cantik. “siapa Charlotte?”
“Adik Lou—Raja
Enchanted tu.”
“Are you nuts?” Soal Dottie lagi. “Dia anak
tunggal la, dia takda adik beradik lain lagi. Kau dah kenapa ni Ivy? Asyik
cakap benda merapu je? Is that King charmed you with his beauty or something?”
“A-Hah! So kau
setuju dia hensem!” Caramel menuding jari kearah Dottie.
“Shut it
Sugar-face: dan kau, rehat and think what have you done today. Kau melontar
satu-satunya peluang kita untuk hapuskan Raja menjengkelkan tu once and for
all. Come Caramel, kita kena pergi beritahu askar kita yang Ruler mereka tengah buat plan terbaru
untuk kalahkan Raja bebal tu.” Dia
beri renungan amaran pada Ivy dan bergerak keluar dari biliknya dengan
menghentak kaki.
Caramel mengeluh
cantik. “Jangan ambil hati apa Dottie cakap tu Ivy, kau tahu dia merajuk kat
kau.” Dia menepuk tangan Ivy dengan lembut sebelum dia juga melangkah keluar
dari bilik itu sebelum berkata; “Jangan banyak bergerak, kalau tak jahitan tu
akan terbuka.”
Sebaik sahaja
pintu biliknya ditutup, dia memandang kedua tangannya. Mula mempersoalkan
segalanya. Adakah ini satu mimpi? Mengapa ia rasa seperti ini lah reality dan
jika ini reality, berapa banyak orang
dia telah bunuh. Berapa banyak nyawa yang
tidak bersalah dia telah ambil. Bagaimana dia boleh sampai ke sini? Mengepa
dia benarkan dirinya sampai ke sini?
Semuanya hancur,
rosak, porak puranda. Semuanya tunggang langgang, dan semuanya disebabkan dia.
Dia seorang
pembunuh.
Dia seorang Villain.
Setitis air mata
jatuh ke tapak tangannya namun ekspressi wajahnya tenang seperti dia tidak rasa
kesedihan itu lagi. Dia rasa kebas seluruh badannya, namun hatinya menjerit
kesakitan akan kebenaran yang dihadapi.
Semua orang yang
dia sayang mati dalam tangannya sendiri. Semua orang yang dia sayang bencikan
dia. Semua orang…. merek semua berpaling, dan meninggalkan dia.
Adakah disebabkan
itu aku menghancurkan kedua Enchanted dan Vicious? Untuk buktikan pada mereka
yang aku sesuatu yang bermakna?
Apa yang aku
sebenarnya kejar? Bukan ini yang aku inginkan. Mereka membenci aku sehingga
inginkan aku mati.
Aku dah tersasar
jauh… terlalu jauh.
Kalau ini satu
mimpi, aku sepatutnya telah bangun. Mimpi ngeri Berjaya kalahkan aku lagi tapi
mengapa aku tak bangun-bangun?
Jadi… inilah
reality. Aku menjadi Villain.
AKu musuh Tanah
ni.
Aku hampir menang
Tapi aku rasa aku
kalah.
Ivy menggenggam
kedua tangannya, tersangat erat sehingga ia menggeletar dan memucat. Dia terus
menggenggam sehingga kukunya tertanam dalam kulitnya.
Sakit.
Tapi dia tetap
tidak bangun.
Jadi dia bangun
dari katilnya, mencapai jubah hitam yang diperbuat dari sisik naga dan
mengenakannya pada badannya.
Dengan senyap, dia
berjalan keluar dari bilik, turun dari laluan istana menuju ke bilik bawah
tanah, merupakan penjara didalam istana itu.
Bila dia tiba di
bilik tersebut, dia terlihat figura kurus duduk menyandar pada dinding dengan
mata terpejam. Sebelah mukanya hancur.
Jatung Ivy jatuh
ke perut mengetahui dia lakukan
perkara itu pada wajah Hansel.
Dia berpaling
melihat makanan diatas meja pengawal penjara. Menoleh kekiri dan kenanan, mencari
kemana pengawalnya pergi. Berfikir dia keluar, Ivy menjampi pintu penjara untuk
tiada siapa masuk sebelum; dengan perlahan, dia membuka penjara Hansel dan
menyelit masuk.
Dia hanya
perhatikan Hansel yang tidur untuk seketika, sebelum perasaannya meluap naik.
Dia tak dapat menahan diri lagi dan terus memeluk Hansel dengan erat.
Lelaki yang tidur
itu bangun terkejut menemui seorang perempuan berjubah hitam memeluknya sambil
menangis teresak-esak, membasahi bajunya.
“Witch?”
Ivy menangis lebih
kuat dari sebelumnya membuat Hansel dalam kedudukan yang sangat janggal.
Tangannya terbuka luas di sisinya, tidak tahu apa dia perlu lakukan. Dia sempat
memandang sekeliling, jika ini satu hela untuk menyeksanya lagi tapi melihat
tiada siapa di situ, dia kembali memandang Ivy yang menangis. Kedua tangannya
menjadi penumbuk, nafasnya menjadi singkat seperti mana jantungnya berdegup
laju, darah mengalir deras ke seluruh badannya terfikir inilah peluang untuknya
membalas dendam.
Dengan perlahan,
tangannya mencapai batu disebelahnya dan diangkat tinggi diatas mereka berdua,
memastikan dia boleh selesaikan kerjanya hanya dengan satu hentakan. Dia boleh
dengar jantung bergendang didalam
telinganya setiap kali batu didalam tangan naik makin tinggi.
Bila ia berada di
angkasa, bersedia jatuh seperti komet… Hansel teragak-agak. Dia tersangat
inginkan menghentikan riwayat hidup ahli sihir kejam yang menyeksa ribuan nyawa
tidak bersalah, ingin membalas dendam akan kematian ratusan kawannya dan
memakan segala harapan makhluk hidup ditanah besar itu namun… jauh di belakang
kotak mindanya, suara kecil tertanya-tanya; mengapa
ahli sihir ini menangis dalam dakapannya? Ivy the Devil mempunyai reflex
yang sangat tajam dan heck, dia boleh
rasa kehadiran setiap lalat didalam penjara tu. Tak mustahil dia perasan batu
yang berada didalam tangan Hansel.
“Tolong aku Hans… A-Aku dah tak tahu apa nak
buat..” Badan Hansel kejang seluruh badan mendengar nada menyedihkan keluar
dari mulut ahli sihir yang sepatutnya
tidak berhati perut. “Apa patut aku
buat hans…. I messed up everything.”
Batu didalam
genggamannya jatuh, tergamam mendengar persoalan yang sudah lama dia tidak
dengar. Nada yang dia tidak jangka akan terbentuk dari bibir ahli sihir yang
memeluknya. Penuh dengan kesalan, kesedihan dan ketulusan didalam kata-katanya.
Hansel memegang
kedua bahu Ivy dan menolak ahli sihir itu untuk melihat wajahnya. Melihat air
mata tulen mengalir membasahi wajah pucat yang menunjukkan penuh perasaan yang
Hansel pasti tidak akan pernah lagi Ivy boleh rasa.
Dan tangisannya kelihatan sangatlah hodoh,
ia menakutkan Hansel. Kehodohannya tersangatlah tulen.
“Kau siapa dan apa
kau dah buat pada the heartless
devil?” Soalnya cuak tapi kedengaran seperti dia sedang mengancam.
“Witch…
Heartless…. Devil? Monster? Kau
bencikan aku sangat ke s-sampai taknak sebut nama aku langsung?” Soalnya dalam
tangisan yang teresak-esak. “Korang semua betul-betul bencikan aku ke? Apa aku
buat selama ni sebegitu kejam sehingga kamu—kesemua orang aku kenal inginkan
aku mati?”
Hansel hanya
perhatikan Ivy menangis seperti budak kecil kehilangan mainan kesayangannya.
Sketsa ini mengingatkan dia pada zaman mereka masih kecil, Ivy menangis
teresak-esak seperti sekarang, tertanya mengapa orang-orang Vicious mengatakan
dia seekor raksasa sedangkan dia tidak pernah lukai sesiapa. Semua orang
menghindarinya kecuali Hansel. Semua bencikan dia kecuali Hansel… sehinggalah
Ivy dapat tahu yang Hansel telah mengkhianati dia dan lepaskan marahnya dengan
satu sumpahan parah pada wajahnya.
Selepas itu, dia
menjadi seorang ahli sihir yang tidak berhati perut. Dia menjadi jahat, lebih
jahat dari legendary Villain.
Hansel perhatikan
Ivy, teragak-agak untuk seketika sebelum mencapai tangan Ivy dengan perlahan,
dengan begitu lembut, sebegitu halus dia mengusap belakang tangan Ivy dengan
ibu jarinya. Ingin menenangkan perempuan itu tapi takut Ivy akan sakiti dia
lagi.
“I-Ivy….” Dia
mula, membasahi bibirnya, menunggu jika dia boleh menyambung ayatnya. “Selain
melihat kau meroyan macam orang gila—In a good way… aku lagi benci melihat kau
menangis.”
Gelakan kecil
terlepas diantara tangisan Ivy membuat Hansel menghembus nafas lega. Tersangat lega yang Ivy mempunyai perasaan.
Mata Hansel
membulat. “Kau berhati—itu mustahil, kau serahkan hatikan pada the Forces of Evil.
Kau buat aku melihatnya dengan mata aku sendiri.”
Ivy bermain dengan
jari-jemarinya, mula tertanya apa yang dia telah buat pada reality itu.
Kesilapan besar apa yang dia lakukan sehingga mengheret dirinya ke hujung
jurang dan rela terjun kedalam kegelapan.
Dia mencapai
makanan di tepinya dan alihkan dihadapan Hansel. “Nampaknya sampai sekarang aku
simpan rahsia hati kedua yang aku ada.”
Hansel menjeling
makanan itu untuk seketika. “Hati kedua?”
Ivy perasan
perasaan teragak-agak Hansel, dia merobek roti itu sebelum memakannya. Barulah Hansel mencapai makanan tersebut dan melahapnya seperti dia tak makan selama
seminggu—mungkin juga. Good Lord,
kejamnya Ivy.
“A-Aku tak tahu
macam mana aku dapat hati ni atau mengapa tapi…. Ia berada bersama aku selama
mana yang aku boleh ingat dan aku tak boleh membuangnya kerana aku dah
berjanji; cross my heart and hope to die pada Ayah aku.” Ivy memangkah dadanya
dengan keluhan kecil. Mata Hansel membesar melihat bayangan hati rapuh bila
pangkahan itu bercahaya diatasnya. “Jadi, aku menyumpah hati ini untuk tidur. Supaya aku betul-betul tidak
berhati…”
“Sehingga
sekarang?” Ayat Hansel kedengaran seperti satu penyataan daripada pertanyaan.
Ivy hanya
mengangguk. “Aku dah lihat, ia membuka mata aku yang apa aku buat selama ini
salah. Aku lakukannya kerana aku buta, aku lakukannya kerana marahkan mereka
yang meragui aku, marah, sedih ibu aku sendiri ingatkan aku seekor raksasa.
bukan sebagai anaknya sendiri—juga kau mengkhianati aku—
“Aku tidak mungkin
mengkhianati kau. Kau lebih dari apa yang mereka katakan—
“Dan aku
percayakan kau tapi perasaan dikhianati tersangat sakit Hans dan fikir segala
apa yang kau cakap pasal aku, hanyalah satu penipuan.” Ivy mencapai wajah
Hansel dengan perlahan, membelai lembut kulit yang hancur oleh tangannya
sendiri.
Ia kelihatan lebih
teruk bila dia melihatnya secara dekat. Kulitnya rosak separuh dari mukanya,
seperti ia dibakar dengan api dalam degree yang sangat tinggi, mata kirinya
buta dan separuh dari bibirnya gagal memberi respon.
Hansel menyandar
pada belaian lembut Ivy, sudah lama dia tidak merasakan layanan baik dari
sesiapa apatah lagi dari ahli sihir yang menyeksanya. Kebaikan dari kawan
lamanya.
Kawan rapatnya.
“Aku minta maaf
Hans.” Bisiknya dan membantu Hansel bebas dari kesakitan dari lukanya
menggunakan magic mengalir dari tangannya. “Benarkan aku tebus kesalahan aku?”
Ivy tidak memberi
masa untuk Hansel menyoal permintaan Ivy. Jemari Ivy bermain diudara
menghasilkan bebola cahaya diatas tapak tangannya dan ia menunjukkan gambar Gretel
didalam suatu bilik gelap. Kelihatan lemah, terhuyung hayang tanpa arah tuju
dan badannya tersangatlah kurus. Seperti orang sakit.
Ivy memetik
jarinya dan latar belakang Gretel berubah menjadi suasana istana. Dia tiba
dihadapan pintu istana Eidolon. Tanpa buang masa, Gretel mengetuk pintu itu
dengan segala tenaga yang tinggal sebelum dia jatuh terbaring tidak sedarkan
diri. Tidak lama kemudian, Puteri Ezra muncul di hadapan pintu dan segera
membawa Gretel kedalam istana, dengan pertolongan Jack dan orang istana yang
lain.
“Goodness Gracious, kau macam mayat hidup!”
sahut Ezra, memberi minum pada Gretel yang tidak bermaya, memaksa dia minum
setiap titis dalam gelas tersebut dan rehatkan Gretel semula diatas katil dan
mengambil kain basah untuk mengelap wajah perempuan itu.
“Macam mana kau boleh tiba ke sini?” Soal
Jack pula, berlutut di sebelah Gretel.
Adik Hansel itu mengeleng kekiri dan kekanan
dan bersuara dengan segala kudratnya yang tinggal. “Aku… tak tahu…”
“Aku bebaskan adik
kau… dan juga putera-puteri yang lain.” Dia menghayun tangannya menukar sketsa
tentang kawan-kawannya yang lain menjadi hamba dan menghantarnya dihadapan
pintu istana itu juga. “Mereka yang berada dalam tahanan aku, yang menjadi
hamba abdi, terpaksa berkhidmat menjadi askar aku, dan lepaskan kesemuanya
banduan yang menentang aku.”
Bebola cahaya
didalam tangan Ivy menayangkan orang-orang Enchanted yang dilepaskan secara
rela, membantu merawat luka mereka yang tercedera dengan magic, dan menghantar
mereka yang tidak bermaya ke hadapan istana Eidolon.
Memandangkan dia
menyembuh ramai orang dari jarak jauh juga
menghantar mereka ke tempat yang selamat,
dia memerlukan banyak magic untuk melakukan kesemua itu, memaksa dirinya
sehingga cecair merah mengalir dari rongga hidungnya.
“That’s enough Ivy!” Hansel menepis
bebola cahaya tersebut dan menyambut Ivy yang rebah kedalam dakapannya. “That’s
enough….”
Ivy
termengah-mengah, menggeleng keras dan menolak dirinya dari tangan Hansel.
“It’s not… Dan kau perlu tolong aku.”
“Apa dia?” Soalnya
dengan nada kasar, marah. “Apa kau buat ni membunuh Ivy—
“Bukan itu ke yang
korang semua nak?” Potongnya dengan senyuman sinis yang pahit. “Aku mati? Kalau
boleh mati dengan perlahan, penuh dengan seksaan sehingga aku merayu untuk
tamatkan riwayat aku? Atau mati dengan cepat supaya aku tidak menyusahkan kamu
semua lagi—” Ivy terbatukkan darah, membanjiri tangannya sendiri. “Kayu
Apprientice tu mula memakan diri aku.” Katanya dengan lemah sambil melihat
darahnya sendiri.
“Kau tahu
Apprientice wand tu menolak kau….”
“Dah tentu aku
tahu.” Balas Ivy dengan nada lebih kasar dari apa yang dia niatkan. “Apapun,
beritahu aku macam mana untuk betulkan semua ni. hentikan mimpi ngeri ni.”
“A-aku tak tahu…”
“Kau teragak-agak
Hans.” Ivy tersenyum sebelum berubah menjadi serious. “Kau tahu macam mana. Hans, kau lelaki yang mengetahui segalanya.”
“Kau tak tahu tu.”
“Boleh tak jangan
Tarik tali dengan aku.” Marahnya dan terbatuk sekali lagi, kali ini baju Hansel
menjadi mangsa. Ivy menarik nafas dalam. “Beritahu aku sebelum aku pengsan or
somethin’.”
Hansel memandang
wajah Ivy yang kian memucat, hatinya terbelah dua untuk bersuara namun… dia
tahu dimana tempatnya dan dia tidak patut memberi belas kasihan pada Ivy,
walaupun jauh didalam lubuk hatinya dia masih ada perasaan kasih pada ahli
sihir didalam tangannya ini.
Hansel menjilat
bibirnya sebelum bersuara; “Hanya ada satu cara sahaja untuk kembalikan cahaya
ke tanah ni dan… believe me, kau takkan suka.”
Ivy diam untuk
seketika, melihat tepat pada mata Hazel Hansel seperti dia sedang mencari
sesuatu. Memikir sesuatu.
“Ia ada kena
mengena dengan Raja Enchanted?” Hansel mengangguk kecil. “Dia telah dirahmat
oleh Para Royal Faries ke?” Anggukan Hansel menjadi kecil. “Ia ada kena mengena
dengan cliché cerita dongeng—Dah tentu macam
cerita dongeng.” Ivy kata dibawah nafasnya, menolak badannya dari Hansel
untuk duduk dengan sendiri. “Kalau Raja George seorang Hero dalam cerita
dongeng, aku ialah Villain. Means…” nada Ivy menjadi halus. “Aku kena mati.”
“Ivy, ia bukan—
“Jangan nak sedapkan
hati aku Hans.” Potong Ivy dengan renungan maut yang membuat Hansel menggigil
satu badan. “Aku tak layak mendapat simpati kau selepas apa yang aku buat.
Kalau aku kena mati didalam tangan Putera George, bermaksud aku layak mati ditangannya. Just… Just
tell me how the fairy tale story goes…”
Hansel menggeleng
tapi renungan amaran Ivy sekali lagi memberi dia tiada pilihan selain akur.
“sebelum… Sebelum Royal Faries dan The Great Wizard Merlin mati, mereka pernah
rahmat pedang Raja George sebagai kunci untuk kembalikan dunia ini seperti
sediakala. mereka kata; A miracle will
happen, Bila tanah ini diselabungi dengan kegelapan, hanya satu cahaya yang
akan tinggal dan ia akan menyerlah terlalu terang sehingga menghalau kegelapan
pergi. In translate, bila kejahatan ingin menang, keajaiban akan datang
hapuskan kejahatan itu dan kembalikan cahaya keatas tanah Enchanted.
Keseimbangan antara baik dan buruk kembali.”
Ivy mengangguk
kecil, cuba menyembunyikan rasa sedih yang berenang didalam dadanya. “Dan keajaiban
itu ialah orang yang memegang kunci
tu? Putera George.”
“Aku tak faham
kenapa kau sanggup lakukan semua ni—aku tahu, hati kedua tu tapi, kenapa kau
kelihatan begitu yakin… seperti, kau tak takut langsung untuk mati. Kau sedang
membenarkan diri kau di bunuh Ivy. It’s almost like homicide.”
Ivy berikan
senyuman kecil. “Aku sedang mencari cara untuk hentikan semua ni Hansel. Semua
mimpi ngeri ni. tolong jawab persoalan aku, bagaimana pedang tu ingin
membunuhku?”
Hansel menarik
nafas dalam, melihat Ivy yang tersenyum dengan tenang dihadapannya bersama
sedikit darah terconteng pada bibirnya. Hansel mengaku, yang dia rasa sebak
didada melihat ahli sihir ini ingin mengakhiri seksaan yang dia berikan pada
mereka dan Hansel teringinkan saat ini berlaku tapi… bukan seperti ini, bukan
Ivy yang secara rela ingin nyawanya dimatikan dengan senyuman yang Hansel
jangka tidak akan terukir lagi pada bibir nipisnya. Meninggalkan Hnasel dengan
perasaan rasa bersalah pada Ivy kerana inginkan dia mati.
“Pedang Excalibur
ditusuk tepat ke jantung kau—”
*BANG* *BANG* *BANG*
Kedua penghuni
penjara ini berpaling kearah pintu masuk dungeon kerana ketukan pintu yang kuat
dan jeritan nyaring datang dari sebalik pintu.
“WHOEVER IN THERE?! IVY! KAU DALAM NI KE?!
YOUR ARMY JUST RUN AWAY FROM BATTLE ALONG WITH YOUR SLAVES!” suara nyaring
Caramel kedengaran jelas walaupun pintu masuk dungeon agak jauh dari penjara
Hansel.
“HANS YOU F*CKER! YOU’LL DIE IF YOU DARE HURT
MY PRECIOUS BERRY!” kali ini suara Dottie kedengaran, garau dan menggerunkan
seperti dia pula boleh berubah menjadi seekor raksasa.
“Kita kena pergi
sekarang.” Ivy berkata, mengambil tangan Hansel.
“Bagaimana?”
Hansel melihat Ivy mengeluarkan kayu sakti apprienticenya dan segera
menggeleng.
Ivy menarik
sengih. “Why start now Hans?” Soalnya dan menghayun kayu saktinya diatas mereka
dan dengans sekelip mata, mereka lenyap dari penjara itu.
>X<
“Mereka datang secara tiba-tiba, cedera parah
namun tidak sekritikal yang aku fikirkan.” Ezra bersuara sambil meramas
rambutnya, melihat orang-orang enchanted yang sepatutnya menjadi tahanan the
evil heartless witch rehat di lobby istana Eidolon. Mereka yang dalam keadaan
parah tidak dalam kesakitan dan mengikut penelitian Ezra, luka mereka secara
perlahan sembuh seperti magic
Bukan Ezra tidak
percayakan magic, dia mempersoalkan bagaimana ia boleh berlaku jika tiada ahli
sihir yang melakukan healing magic tu?
Tapi, buat
sementara ini dia tidak boleh memerah otak mencari siapa penjenayah itu dan menyambung kerjanya merawat kawan-kawannya pula
di bilik sebelah. Terlentar diatas tilam, tikar atau lantai—apa sahaja yang
mereka boleh berikan buat masa sekarang. Mereka kelihatan lemah, tidak bermaya
tapi tiada yang cedera parah.
Ezra tidak
menyangka yang dia akan bertemu dengan kawan-kawan kerabat dirajanya yang lain.
Mengetahui mereka telah ditangkap dan dijadikan hamba abdi Ahli sihir kejam tu,
dia hanya boleh berharap yang mereka masih hidup selepas Raja George selamatkan
seluruh tanah itu.
Ezra juga menyoal
kawan-kawannya bagaimana mereka dapat melepaskan diri dan jawapan mereka sama
seperti Gretel.
Tidak tahu…
Takkan mereka
datang ke sini secara magic? Sekali lagi, Ezra tidak meragui magic hanya
mempersoal siapa si penjenayah yang
menyelamatkan mereka.
Dia melihat
rakan-rakannya yang tidur dengan lena dekat dengan pendiang api, wajah mereka
kelihatan tenang dan aman sekian lama terseksa didalam tangan Ivy The Devil.
Mata Ezra meliar melihat setiap keadaan kawan-kawannya sehinggalah mata biru
ais ini berhenti pada figura baru yang duduk di tepi katil Gretel.
Ezra menjadi cemas
dan bergegas mendekatinya dengan tangan bersedia untuk menyerang. Memandangkan
figura itu memakai baju yang tersangat usang dan berlumuran dengan darah,
rambutnya yang panjang, kusut dan berminyak. Juga wajahnya yang hodoh—
“Hansel?” Suara Ezra keluar seperti dia
hilang nafas, menutup kedua mulutnya bila dia lihat wajah Hansel sepenuhnya. Wajahnya hancur! Tidak syak lagi itu
perbuatan raksasa tidak berhati perut itu.
“Hans—A-aku
ingatkan kau dah—
“Mati?” Soal
Hansel mengalihkan pandangan dari adiknya ke puteri ais. Mata merah dan sisa
airmata berpaut pada bulu matanya. Sebelum ia jatuh melihat tangan yang bermain
dengan sebatang kayu berwarna hitam.
Ezra hanya
mengangguk sebelum menggeleng, cuba kosongkan mindanya yang serabut dengan
ribuan persoalan.
“M-Macam mana kau
boleh ada di sini?”
Menyesal dengan
pilihan persoalan pertamanya kerana majority memberi jawapan yang sama tapi
jawapan Hansel mengejutkan Ezra.
“Ivy hantar aku ke
sini.” Balasnya dengan rendah dan membuat Ezra kembali cemas. “Jangan risau,
aku dah bebas. Dia bebaskan aku dan….” Hansel cuba mengawal suaranya, menarik
nafas dalam yang beralun sebelum hulurkannya pada Ezra. “Dia serahkan ini pada
kau.”
Rahang Ezra hampir
jatuh ke lantai tapi dia mengetapnya dengan erat, sukar untuk percaya kalau itu
kayu sakti yang mindanya menjerit dalam senyap. Dengan perlahan dia mengambil
kayu sakti tersebut dan ia serta merta berubah menjadi warna putih semula Cuma
ukiran kayu itu berubah mengikut personality puteri ais ini.
“Tak mungkin...” sahutnya tidak percaya
sebelum kembali memandang Hansel. “T-Tapi mengapa?”
“Miracle happen.” Air mata kembali
mengalir jatuh ke penumbuknya di pangkuan, bibir menggeletar menahan kesedihan
membanjiri dadanya. “Cahaya tu datang dan menghalau segala kegelapannya.”
.
.
Gulungan kertas
dan dakwat jatuh bertaburan diatas lantai di langgar oleh Raja George, terkejut
melihat ahli sihir, musuhnya berada dalam satu bilik dengannya.
Dia memandang
kekiri dan kekanan dan terlihat pedangnya berehat cantik jauh di tepi pendiang
api, terfikir bagaimana untuk mengambilnya namun dia terlambat. Ivy perasan
kearah mana Louis melihat dan secara magic, dia menyeru pedang itu kedalam
tangannya.
“Jadi… ini senjata
yang telah dirahmat untuk membunuh aku?” Soalnya dengan nada terlalu tenang,
membuat Louis cuak.
Ivy mendongak memandang
Louis tepat dimata. “Kau kenal aku ke?”
“Apa?” pahit nada
Louis lontarkan pada Ivy semula. Dah tentu dia kenal Ivy. Dia ahli sihir
terkejam diatas tanah tu dan dialah punca berakhirnya kehidupan dan kebahagiaan
ditanah mereka. She is the Heartless
witch Ivy the Devil.
“Hmm…” nada Louis
menjawab segalanya. “Kau pernah ke pergi ke hutan mahligai semasa kau kecil—let
just say around 8 years old? Specifically, at spring time?”
Louis menggeleng, tidak
suka permainan teka-teki yang dimainkan oleh ahli sihir itu. “Apa yang kau
merapikkan ni?” tangannya meraba meja dibelakangnya dengan senyap, mengambil
kesempatan ini untuk mencari senjata untuk melindungi dirinya.
“tak pernah juga…”
Ivy menghembus sedih. Jadi… mereka tidak
pernah bertemu. “Aku minta maaf semua ni terjadi disebabkan aku.”
Louis hampir jatuh
terseliuh mendengar ahli sihir tidak berhatiperut ini meminta maaf. Matanya mencari-cari hela yang tersembunyi pada wajah
ahli sihir itu namun dia hanya temui ketulusan dari setiap sudut. “K-Kau siapa?
Apa dah jadi pada ahli sihir gila tu?”
Ivy datang mendekati
Louis dan Raja ini hampir mencapai pemegang lilin untuk mempertahankan dirinya tapi
Ivy arahkan pedang tersebut padanya. Membatalkan niatnya dia perasan Ivy arahkan
pemegang pedang dan bukan mata pedang.
Louis memandang
Ivy dengan penuh tanda tanya, tapi ia lenyap bila mata mereka bertentangan.
Bumi bertemu dengan langit, Mata Ivy bercahaya dengan begitu cantik dengan
pantulan api dari pendiang.
Dan raja ini kaku
sepenuhnya bila ahli sihir itu menyentuh tangannya. Sentuhannya tersangat
lembut dan tersangat kecil dari tangan Louis.
“Jika ini yang terjadi antara kita… aku taknak
menjalani kehidupan seperti ini. Aku inginkan kau hidup tapi bukan seperti ini…
Aku inginkan kau bebas bukan terperangkap ditangan aku. Aku minta maaf sebab lakukan semua ini pada kau Lou…”
“A-APa yang kau
cakapkan ni?” Louis tunduk melihat Ivy memimpin tangan Louis ke pemegang
pedang, memegang erat kedua tangannya pada pedang itu memastikan dia tidak
melepaskannya; dan dengan perlahan, Ivy arahkan mata pedang itu jauh dari
Louis.
“Aku akan betulkan
semuanya.”
Mata Raja
Enchanted ini membulat bila dia tahu apa yang ahli sihir ini ingin lakukan.
“N-Nanti—” Louis tergamam melihat Ahli sihir itu menolak dirinya kearah
pedangnya dan kelihatan pada mata hijau itu keperitan yang dia alami.
Membuat Louis
menjerit sekali lagi, Ivy memaksa pedang itu menusuk lebih dalam kedalam dadanyanya.
“Wha—Why….?”
perkataan itu terlepas dari bibir Louis, tidak tinggi dari satu hembusan nafas.
Ivy hanya berikan
senyuman yang tersangat pahit, mata hijau itu mula kabur dan entah kenapa
membuat Louis sebak di dada.
Tangan yang
berlumuran dengan darah sendiri mencapai pipi Louis dengan lembut, membelainya
dengan segala kudrat yang tinggal.
“Maafkan aku Louis…” bisiknya selembut
sutera. “Maafkan aku… aku betul-betul
minta maaf...”
Dan dengan itu,
Ivy rebah kedalam tangan Louis. Tidak lagi bernyawa.
Louis rasa dadanya
menjadi sebak, berat seperti batu tertanam didalam dadanya. Dia ingin
mengatakan sesuatu namun hanya rintihan kecil terlepas dicelah bibirnya dan dia
memandang keudara. Tertanya mengapa dia rasa sebegitu sedih sebelum sepasang
mata biru itu kembali pada jasad ahli sihir yang dia sepatutnya benci didalam tangannya.
“Tidak, Tidak….”
>X<
Jack mencengkam dadanya rasa seperti
sepasang tangan berkuku mencengkam jantungnya, kuku tajam menikam berkali-kali
tanpa henti meninggalkan dia dalam keadaan tersangat perit. DIa menggunakan
dinding sebagai sokongan untuk dia berdiri namun kakinya mengalah dan dia jatuh
menggelongsor di tepi dinding. Air mata mengugut untuk jatuh bercampur dengan
peluh membasahi wajahnya.
Dia cuba menahan dirinya dari menjerit
keudara kerana penyeksaan yang tidak terkata didalam dadanya sebelum dia rasa
sesuatu hilang didalam dirinya. Sesuatu yang tersangat berharga didalam
hidupnya lenyap secara perlahan meninggalkan dia.
Dia dapat rasakan.
Hatinya hancur dan mati bersama Ahli sihir
itu.
Dan..
Dua
jeritan kuat kedengaran bergema di laluan istana sebelum matahari mula terbit
di horizon dunia buat kali pertama selama setengah dekad.
(A/N:
I finally beable to release the feeling of killing someone Lol *run away*)
(A/N
2.0: Welp, rasanya ini hadiah untuk korang sebab lakukan yang terbaik ini hari
*Wink* whatever you are doing and will be doing something big, this will be
your reward. Dan announcement yang angah akan kembali untuk sambung semester baru! omg the torture returns Hahahaha worth it)
makin xpaham....huhuhuhuhu ....
ReplyDeleteAngah thought so hahahaha
DeleteNext chapter will be explain what happen (^_<) *wink*wink*
kenapa rasa macam hati itu milik jack je...
ReplyDeletebecause it is
Delete//kick myself into the corner