New chapter!

Eight H.O.P.E

the rumour Diaval sedang menyediakan minuman petang, membancuh kopi didalam teapot dan mengeluarkan susu dan gula dari cabinet, meleta...

Tuesday, 19 December 2017

Sixth H.O.P.E

The Light of the Night

“Oh..”

“My..”

“Lord..”

“Ini…”

“Hm, Kenapa aku tak terkejut dengan semua ni?” Adiknya dan tiga puteri memandang Hansel dengan mulut terngangah. Kening Hansel ternaik pada riaksi mereka. “Ini Ivy the Devil kita cakapkan. Apa yang mustahil baginya?”

Mereka berempat menutup mulut mereka dan mengangguk setuju. Betul juga kata Hansel, selama dua tahun ni mengenali Ivy, apa sahaja yang dilakukan oleh Ivy pasti ekstravaganza dan penuh dengan kejutan yang mereka tidak akan bayangkan. Dan sekali lagi, Ivy telah melangkaui ekspektasi mereka semua. Walaupun bilik tari menari itu bertema gelap, ia tidak kelihatan begitu menakutkan seperti mana Hansel bayangkan Ivy akan buat. Mengetahui Ivy akan menghiasinya mengikut citarasa Viciousnya, Hansel agak kagum yang Ivy tidak pentingkan diri dan berjaya meletak sedikit enchanted kedalam dekorasinya. Dia berjaya menggabungkan Vicious dan Enchanted dan memukau mereka dari pintu masuk Istana sehingga tiba di dewan tari menari.

Semasa mereka tiba di Istana petang tadi, perhiasan Academy kelihatan biasa sahaja, dengan lilin berada di atas almari, locker dan tempat tinggi, jauh dari dicapai. Banner dan banting Academy terbentang putih cream diatas mereka dengan tulisan diperbuat dari benang gangsa. Warna dinding istana berwarna biru langit membuat tempat itu kelihatan lebih besar dan menenangkan dari biasa namun sebaik sahaja matahari mencecah pangsi dunia, lilin-lilin diseluruh istana termasuk asrama, hidup dengan sendirinya dan ia beterbangan diatas mereka! Bumbung istana terbuka menunjukkan langit senja membuat mereka kagum—dan juga tertanya bagaimana tingkat bawah boleh melihat langit sehingga Hansel beritahu mereka itu hanyalah ilusi dari magic charm yang Ivy cipta. Penghuni Gracious Academy bertambah kagum dengan kepintaran ahli sihir Vicious itu dan tidak sabar untuk melihat apa yang telah Ivy akan buat pada majlis mala mini. Dari asrama ke istana, pengubahsuaian Ivy sentiasa buat rahang mereka jatuh mencecah tanah. Tertanya bagaimana, apa yang telah Ivy buat sehingga ia kelihatan begitu cantik. Bebola cahaya bermain di tepi jambatan seperti kunang-kunang namun... itu bukan, ia bebola cahaya berbentuk salji diperbuat oleh Pixie cahaya dan pixie salji dengan sedikit magic Ivy. Ia jatuh ke tanah lebih perlahan dari biasa dan tinggalkan kerlipan cantik diatas salji putih.

“Ini macam ia keluar dari cerita dongeng…” Apple Red depakan tangannya untuk menyambut salju tersebut. “It’s beautiful.”

“Dan dunia masih meragui dia.” Hanna mengeluh sedih, sebelum tersenyum melihat dekorasi istana lebih indah dari yang mereka jangka. “Aku dapat rasakan tahun ni bakal jadi tahun yang sangat menyeronokkan.”

“Dengan Ivy the Devil kembali ke Gracious? I don’t know babe, aku hanya boleh berharap dia tak memperhambakan seluruh pelajar dengan kayu sakti apprientice tu.”

Mereka semua tergelak, betapa betulnya ayat Gwenneth. Tidak mustahil Ivy akan lakukan seperti itu pada suatu masa nanti.

Mereka tiba di pintu utama masuk dewan tari menari dan mereka sekali lagi kagum melihat dekorasi didalam dewan itu.

“Ivy Freaking Devil.” sumpah Gretel umpama suaranya dicuri angin.

Hansel pula menarik sengih. “Never change that witch… never change a bit.”

“Baiklah, senyum semua, tunjukkan kesopan santunan kamu depan para putera puteri dan rakyat.” Puteri Ezra baru sahaja tiba di belakang mereka dan dia juga menarik nafas kagum melihat dewan tari menari Gracious.

Tiga sekawan ini pula tersengih-sengih pada sesama sendiri kerana Ivy berjaya menarik keluar riaksi dari Puteri Ais.

Hansel hanya menggeleng dan beritahu lelaki disebelahnya untuk mengumumkan kedatangan mereka.

“Puteri Permaisuri Arendalle, Tuan Puteri Ezra Nymperius December Frost dan Puteri Hanna Theodore Isabella Krisstof dari Kerajaan Arendelle! Bersama rakan-rakannya, Puteri Apple Red Ferdinad dari Kerajaan Thorned, Puteri Gweneth Amerald dari Kerajaan New Orleans, dan adik beradik Gingermen; Hansel dan Gretel!”

Mereka semua turun mengikut urutan mana mereka disahut. Gretel menyiku perut abangnya dengan senyuman nakal. “Kau patut cari date sebelum habis belajar Hans, Tak malu ke datang ke majlis tari menari dengan adik sendiri?”

Hansel menarik sengih. “Jangan risau pasal aku adikku, abang kau sorang ni boleh je pilih mana-mana awek kat bawah tu.” Hansel muncungkan bibirnya pada pelajar di majlis tari-menari dimana mereka boleh lihat sekumpulan wanita melihat Hansel dengan pandangan dreamy. “Abang sebenarnya simpatikan kau kerana tiada siapa nak ajak kau jadi pasangan mereka untuk malam ni—Aduh!”

Nasib baik mereka sudah berada di anak tangga terakhir semasa Gretel menendang belakang lutut Hansel dan hampir buat dia jatuh berlutut. Terima kasih atas latihan refleksnya dengan Ivy selama ni, dia berjaya selamatkan diri dari memalukan diri dihadapan khalayak orang ramai.

Kau tunggu Gret. Kena kau nanti.” Abangnya beri amaran dengan senyuman tapi matanya menunjukkan dendam yang dia janjikan.

Gretel membalas dengan jeliran lidah sebelum melepaskan tangan Hansel dan pergi bersama rakan-rakannya. “Masa untuk kerja.”

Hansel mengangguk dan pergi bertentangan arah dari Gretel, menuju ke posisinya di penjuru bilik tersebut. Walaupun mereka memakai gaun dan suit, mereka masih mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Putera George pada malam itu. The Believers yang belajar di Gracious diwajibkan untuk hadir dan mengawal keselamatan dewan tersebut dari sebarang ancaman yang kemungkinan akan muncul. Manakala beberapa The Believers lagi mengambil tempat di dapur dan menjadi pengawal. The Mind of the Believers telah menerima satu amaran dari seseorang yang tidak dikenali bahawa kemungkinan besar akan ada serangan pada malam tersebut, untuk mengelakkan hal itu berlaku, The Believers dipanggil untuk menyamar didalam majlis tersebut demi keselamatan semua orang. tangkap sesiapa sahaja yang kelihatan mencurigakan.

Mengikut laporan dari Lord Elm, orang itu mungkin targetkan adik-beradik Pendragon. Memandangkan Puteri Charlotte telah diumumkan sebagai bakal pemerintah Camelot, manakala abangnya pula akan ditabalkan sebagai Raja Eidolon… dalam masa terdekat ini. Kedua-duanya mempunyai gelaran besar dan tidak mustahil seseorang mempunyai hasat dengki terhadap mereka. Apapun, Hansel kena buka mata dan telinga pada orang disekelilingnya. Dia tidak boleh leka dan biarkan mereka berpeluang untuk dekat pada kerabat diraja Pendragon.

So tense.

Holy shi—Ivy!

Ivy menutup mulutnya, menahan diri dari ketawa pecah perut melihat kawannya terkejut, melompat seperti monyet. “Asal muka kau tegang semacam? Relax Hans, Ini majlis pembukaan Sekolah! Have fun.”

Mengurut dada, Hansel hanya boleh menggeleng sebelum matanya jatuh pada pemakaian Ivy. Sebuah senyuman asymmetry terukir pada bibirnya. “Takde gaun berompol lagi?—ow!”

Ivy mengeluh dalam rungutannya, mengabaikan makian Hansel. “Kali ni aku dapat buat tempahan khas dari Lord Koha tapi dia tukar design gaun yang aku nak.

“Kenapa? Gelap sangat ke?”

Tak.” Dia beri renungan amaran pada Hansel. “Aku kena ikut tema dengan Tuan Merlin, memandangkan aku anak murid dia. Tapi Lord koha masih fikirkan pendapat aku dan gabungkan rekaan aku dengan tema Camelot. Here it is, the final piece. Amacam? Okay tak dengan aku?”

Sekali lagi Hansel memandang Ivy mendepakan tangannya kesisi untuk Hansel kritik. “Hmm…” Dia mengusap dagunya. Hansel mengaku, gaun tersebut sangat sesuai pada Ivy, ia memeluk tubuh badan Ivy dengan begitu cantik, sulaman pada bahagian atas gaun itu umpama ia tersulam pada kulit Ivy dan ia tidaklah terdedah dalam cara yang tidak senonoh—Hansel lihat Ivy pakai baju yang lebih terdedah dari ini semasa di Vicious dan dia tidak sukakannya. Rambutnya dibiarkan terlerai menghiasi kedua bahunya, rambut lurus diikalkan dengan begitu cantik bersama perhiasan permata diselit pada rambutnya membuat ia kelihatan bersinar dibawah cahaya lampu. Make upnya yang memuji tulang pipi dan menyerlahkan mata hijau Ivy. Perhiasan yang melengkapkan keanggunan ahli sihir dihadapannya. “Putar untuk aku.”

Ivy hanya akur walaupun dia boleh lihat Hansel dah dapat jawapan pada persoalan Ivy. Berputar untuk Hansel, dia kembali memandang kawannya dengan renungan ‘so?’


Renungan Hansel melembut sebelum bersinar dengan niat mengusik. “Oh, nasib baik kau putar, aku ingatkan kat tepi tu lemak kau—ow! Violence woman!

“Kau kena belajar macam mana nak pikat perempuan. Kang kau jadi single seumur hidup kau—A-tat-tat! Ini malam istimewa aku so kau diharamkan untuk rosakkannya dengan kata-kata orang mati kau.” Ivy mengangkat tangannya pada bibir Hansel, mengendahkan rrenungan tajamnya. “Anyways, lets boogie.”

 Soalan itu buat Hansel terkedu untuk seketika dan menolak tangan Ivy dari mulutnya. “INi bukan Vicious Ivy?”

Ivy memutar bola matanya dan terus menarik Hansel ke tengah-tengah lantai menari. “Don’t be a stuck up and dance with me!” Ivy meletak mereka didalam posisi menari, menarik tangan Hansel ke pinggangnya dan tangan kiri mereka diudara, tangan kanan Ivy pula di bahu Hansel. Ivy ketawa melihat muka buntu Hansel. “Hanya kerana tempat ni kelihatan sedikit Dementis tak bermaksud aku akan suruh seluruh pelajar Gracious untuk berjoget seperti Dementis. Chill hans, asal kau tegang sangat? On duty?”

Sebuah senyuman naik di bibir Hansel dan mereka mula menari mengikut irama lagu waltz (Pilihan personal Diaval). “Untuk pengetahuan kau, Ya. Aku sedang bekerja—dan kau tak sepatutnya tahu.” Ayat terakhir dia guna nada rendah yang mengusik membuat Ivy ketawa.

“Oops, maaf.”

“Nah, sokay. Kau simpan rahsia aku dan aku akan simpan rahsia kau. so, a fair deal.”

“Rahsia aku?”

“Seluruh rahang pelajar Gracious longgar dan pengawas Academy sedang mencari siapa dalangnya. Aku tahu kau yang buat dan disebabkan kau kawan baik aku, aku takkan buka mulut.”

Ivy terdiam dan menggeleng dengan satu senyuman terukir dihujung bibirnya. “Are you crazy? That’s no deal. Dorang semua tahu kehebatan aku. Theres no one awesome except me.”

“Aku rasa kita dah lama setuju kau yang gila dalam hubungan kita sayang.” Usik Hansel.

“But you still loves me.”

“It pains me to admit it but yes. You are insufferable…. Ivy?” Hansel perasan rauk wajah Ivy jatuh walaupun dia cuba sembunyikannya, dan bila Hansel tegur, Ivy tundukkan kepala. “Hey, kenapa ni?” Soalnya dengan lembut, menyentuh dagu Ivy dan mengangkat pandangannya semula pada Hansel.

Dia menggeleng mengatakan dia tidak apa-apa sebelum memeluk Hansel dipingging, mendengar degupan jantung Hansel berdentum dengan stabil. Satu hembusan nafas lega terlepas dari bibir merah gelapnya. “Aku hanya nak satu pelukan dari kawan terbaik aku.”

“Well, asal tak cakap awal-awal.” Hansel membalas pelukan Ivy dengan lebih erat dan mengangkatnya sedikit keudara. “One bear hug for my Favorite devil, coming right up.”

Ivy ketawa kecil dan melepaskan pelukan mereka. “Hans, aku… aku perlukan pertolo—

“Ivy?”

Ayat Ivy tertangguh dan berpaling kearah suara riang yang memanggil namanya dan Ivy tersenyum lebar. “Cherr!”

Ivy!” Charlotte berlari anak merentasi dewan dan memeluk Ivy seerat yang mungkin. “I miss you so much!”

Ivy ketawa besar sambil membalas pelukan sama erat sebelum melepaskan si kecil—tak sekecil yang Ivy jangka. “Wow Cherr, kau dah makin tinggi.” Puji Ivy, perasan yang Charlotte hanya beberapa inci rendah dari dia. “Cepatnya kau membesar.”

“Abang pun cakap macam tu! Tapi jangan risau, Char tetap Char yang dulu.” KAtanya dengan bangga dan mendapat cuitan manja dari Ivy. “Char gembira Ivy dah temui Apprientice wand, Ivy pergi lama sangat sampai Char ingat Ivy takkan kembali lagi ke Gracious sampai Ivy Graduate.”

“Dan berjauhan dengan puteri manja ni? siapa nak sakat kau? siapa nak seksa Mr. Whiskers? Dan lebih penting… siapa nak prank satu Academy ni kalau bukan aku??” Soal Ivy dengan dramatic sambil memeluk Charlotte. “Oh tidak, aku rasa tersangat bersalah untuk meninggalkan segala tanggungjawab penting ni semua! Ia beban aku seorang dan aku tidak akan berikannya pada sesiapa.”

“Char taktau nak rasa gembira atau terseksa dengan ayat Ivy tu.” Kata Charlotte mendatar.

Ivy hanya ketawa.

“Apa khabar Cik Ivy.”

Mata Ivy terbeliak melihat perempuan berambut emas berdiri di hadapannya memakai suit merun seperti lelaki namun mempunyai ciri-ciri feminine padanya, tongkat didalam tangan seperti dia seorang budiman. Wajah matang dan tegas walaupun komposisinya kelihatan tenang, berdiri tegak dan penuh bertutur setiap langkah dia ambil mendekati Ivy. Dia tunduk sedikit menyapa dan  Ivy tidak akan kenal siapa perempuan tu kalau bukan kerana Mata biru cerahnya.

“Mareline…?”

“Kamu kelihatan terkejut.” Kening Mareline ternaik dengan sempurna. “Saya pasti saya tidak berubah sangat memandangkan kali terakhir kita bertemu seminggu sebelum kamu kembali ke Camelot?”

Oh heck nah, last time aku jumpa kau time kau sepuluh tahun and now… Mata Ivy meneliti Mareline dari atas ke bawah dan menelan air liur kelat. Dia segera menggeleng. “Oh tak-tak Mareline, aku terkejut lihat kau di sini. Itu sahaja.”

“Ah yes, saya di arahkan oleh Putera George untuk jaga Puteri Charlotte pada malam ni.”

“Oh ya? Aku rasa Gracious tempat paling selamat didalam dunia. Takda apa akan berlaku pada sesiapa Not while I’m incharge.” Mata hijau Ivy bersinar seketika dengan senyuman wicked pada bibirnya. “Enjoy the night Mare, I guerentee you will be amaze!”

Mareline tersenyum dan tundukkan kepala dengan sopan. “Saya yakin Ivy the Devil akan melakukan persembahan paling menakjubkan dalam sejarah. Saya tidak pernah meragui kekuatan kamu cik Ivy.”

Ivy tersenyum bangga. “Dan Mare, kau boleh panggil aku Ivy je. Tak perlu formal sangat.”

“Terima kasih atas kebenaran itu Cik Ivy.” Katanya masih lagi bertutur.

Ivy hanya boleh tersenyum akan kedegilan Mareline, dia tertanya bagaimana budak kecil 10 tahun yang comel dan periang boleh menjadi seorang wanita yang matang seperti ini. Dah tentu jarak 20 tahun akan mengubah seseorang, Ivy hanya lega Mareline ada bila dia kembali. Ivy masih tertanya ke mana Mareline menghilang sebelum dia merentasi masa, sepanjang masa dia di Enchanted, dia tidak tahu kewujudan Mareline langsung dan bila dia kembali dia dapat tahu Mareline tidak pernah tinggalkan Camelot dan Ivy mengenali Mareline dari awal dia datang Camelot. Mareline yang mengambil Ivy dari Vicious dan membawanya ke Gracious Academy. Pelik kan? Adakah Ivy telah mengubah hidup Mareline juga tanpa Ivy sedar?

Ini buat Ivy tertanya, hidup siapa lagi Ivy ubah hanya dengan mengugut Bloody Mary?

“Oh Ivy, jom menari!” suara Charlotte menarik perhatiannya semula. “Char nak meluangkan masa dengan Ivy sebelum abang datang dan culik Ivy sepanjang malam ni.”

Muka Ivy terus naik merah dan segera tepis perasaan itu ketepi. “Ish takde la.”

“Dah tentu, bukan Abang yang culik Ivy tapi Ivy yang culik abang.”

Dan perasaan itu merempuh balik pada Ivy.

“Kalau begitu, saya tinggalkan Puteri Charlotte bersama Cik Ivy untuk berseronok.” Mareline tunduk hormat pada Puteri Charlotte dan anggukan kecil pada Cik Ivy seperti dia meminta secara senyap Ivy untuk menjaga Puteri Charlotte sebelum beredar ke hujung dewan.

Charlotte menarik Ivy ke tengah-tengah lantai menari dan menari mengikut irama lagu, Ivy sebagai penari lelaki. “So Ivy, macam mana rasanya pegang kayu sakti Apprientice?”

“Memenatkan. Nampaknya aku masih ada banyak benda nak belajar, Aku kena satukan saluran magic aku dengan kayu sakti ni.”

“Oh, Char ingatkan Ivy dah boleh kawal sebaik je ia muncul untuk Ivy. Perlu berlatih menggunakannya ke?”

Ivy hanya mengangguk. “Aku boleh mengawalnya Cuma perlu masa untuk rasa selesa dengan kayu sakti baru. Apatah lagi kayu sakti Wizard Merlin.”

“Hm, betul juga. Char harap Ivy dapat mengawalnya dengan cepat! Dan juga berharap Ivy tak mengunakannya untuk keburukan.”

“Keburukan?’

“Prank satu sekolah… lagi.

Ivy tertawa keudara, sedikit lega. “Oh yang tu aku tak dapat nak janji.”

“Ivy!” tegur Charlotte tapi dia juga tersenyum.

“Macam aku cakap tadi, ia tanggungjawab aku kena jalankan. Apa orang akan cakap kalau aku, apprientice wizard merlin tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik?”

Charlotte hanya boleh menggeleng dan pandang keudara, mengalah. “Ia satu misteri mengapa abang boleh sukakan Ivy.”

“Sebab aku dah santau abang kau.” usik Ivy lagi. “Dan dia takkan terlepas dari aku.”

“Atau Ivy takkan terlepas dari abang nanti.”

“hm? Maksud kau?”

Charlotte baru perasan yang dia terlepas cakap dan segera menggeleng. “takde apa-apa!”

Ivy kecilkan matanya pada Charlotte. “Aku tahu nada tu Cherr, apa kau maksudkan hah?”

Charlotte tidak pernah rasa cemas sebegitu dalam seumur hidupnya dan lagi bertambah bila Ivy memeluk pinggangnya supaya dia tak dapat melarikan diri.

Oh dear…

Yang Mulia, Putera George Alexander Louis Pendragon, Putera sulung Camelot.”

“Oh abang dah sampai!” Charlotte tidak pernah rasa bersyukur abangnya tiba tepat pada Charlotte inginkan penarik perhatian dan ia berhasil kerana Ivy tergamam di tempat dia berdiri.

Louis tiba dikepala tangga dengan seorang lelaki berbaju formal satria lengkap dengan pedang di pinggangnya. Rambut perang disikat kebelakang dengan kemas, menunjuk seluruh wajahnya yang menawan, mata emas yang menyerlah dan bibir rata yang serius. DIa tunduk pada Puteranya yang turun dari tangga sebelum dia menyusuli Putera George.

Ivy tegamam melihat ketampanan puteranya yang memakai baju hampir serupa dengannya, muka merah menyerlah namun pada masa yang sama cuak; tertanya mengapa tema baju mereka mempunyai corak yang hampir serupa. Bagaimana kalau mereka salah faham diantara Ahli sihir ini dan Putera Raja?

Namun segala keraguan Ivy hilang bila mata amerald bertemu dengan sepasang mata sapphire. senyuman Louis makin lebar seperti mana matanya naik bersinar sebaik sahaja dia lihat Ivy dan ini buat Ivy cair dan membalas senyuman itu dengan lambaian kecil.

Ivy agak terkejut kerana Louis terus datang kearahnya tanpa menyapa sesiapa yang lalu disebelahnya dahulu.

“Oooo, abang nampak semangat ini malam. Mengapa agaknya eh?” Ivy menyiku perut Charlotte dan puteri itu hanya boleh tergelak. “Abang! Gembira abang dapat datang. Ingatkan abang akan skip majlis ni lagi macam selalu, you know… sebab membosankan.” Kali ini Ivy mengalih pandangannya pada Charlotte dan dia hanya buat muka innocent. “Charlotte hanya nak tahu.”

“You sly—

“Ivy…”

“Yes!” Ivy kembali memandang Louis bila lelaki itu memanggil namanya dengan nada sedikit hilang nafas—Hell hole, Ivy mengetap gigi kerana rasa gemuruh depan Louis tanpa sebab.

“Kau kelihatan sungguh cantik, ni malam.” Ayat itu yang keluar dari mulut Louis dan Ivy rasa nak tumbuk je muka lelaki tu sebab ia tidak menolong perasaan gemuruhnya langsung.

“Oh—er, um… Lou—Putera George.” Ivy berdehem, cuba menahan perasaannya dari terlihat memandangkan majority mata-mata didalam dewan itu tertumpu pada mereka. “Aku gembira kau dapat hadir untuk majlis kali ni.” Ivy tunduk mengembangkan gaunnya dengan penuh sopan santun pada Louis. “Aku harap aku tidak hampakan kau pada malam ni?”

“Huh?” Louis tersentak dari lamunannya dan melihat sekeliling, perasan mereka menjadi tumpuan orang ramai dan segera komposkan dirinya. “Oh ya, Kamu berjaya mengagumkan saya Ivy the Devil. Siapa sangka ahli sihir seperti kamu boleh membuat sesuatu secantik ini.”

“Adakah itu satu pujian, Bratsy?” Soal Ivy dengna nada menahan marah, senyuman paksaan melekat pada bibirnya.

Louis menarik sengih. “Now that’s the Devil I know.”

Seluruh pelajar Gracious menghembus nafas yang mereka sendiri tidak tahu mereka tahan, gembira dan juga kecewa kerana perbualan dua musuh ini tidak lah seperti mereka bayangkan. Permulaan sebuah kisah cinta.

Atau rahsia mereka tersembunyi dari dunia.

“Well, Charlotte pun kagum dengan kebolehan Cik Ivy tapi hey, jangan biarkan Char ganggu pergaduhan korang dan bayangkan Char tiada di sini sekarang.” Charlotte bersuara membuat pasangan dihadapannya rasa bersalah mengabaikan kewujudannya. “Oh dan nampaknya tema gaun dan suit abang serupa! Ain’t this fate?”

“Cherr, kamu pun pakai tema Camelot juga. Jangan nak merapu.” Tegur abangnya sambil bercekak pinggang.

“Oh abang perasan Char rupanya. ingatkan Char dah lenyap tadi.”

“Well, aint you sassy tonight young lady.” Ivy juga memeluk pinggang. “Apa dah jadi kat kau semasa aku takde di Camelot?”

“Nothing, Char masih char yang sama.” Katanya dengan nada innocent yang sama.

“Aku pasti perangai ni dia dapat dari kau.”

“Aku?” Ivy menuding dirinya sendiri dan pandang Louis dengan mata terbeliak tidak percaya.

Louis mengangguk. “Siapa je ada perangai sass seteruk tu kat sini selain kamu? dan Cherr hanya lepak dengan kamu. Tak mustahil dia belajar semua tu dari kamu.”

“Excuse me? Mengapa aku yang salah? kau yang galakkan adik kau datang ke perpustakaan kacau aku dan kau salahkan aku bagi pengaruh buruk kat adik kau?”

“Itu sebab kau kelihatan begitu menyedihkan Cik Ivy, keseorangan di perpustakaan tu dan kami hanya nak temankan kamu—

I enjoy my solitution! Korang tu yang suka kacau aku hampir setiap hari!”

“solitution hanya perkataan fancy untuk lonely Ivy. Jangan nak nafikannya kamu gembira Cher ada temankan kamu.”

Ivy terngangah. “Oh, I cant believe it—

“You can, check dalam kamus.” Balas Louis membuat mereka yang melihat ber ‘Ooooo’ termasuk Charlotte menutup mulut menahan ketawa.

“Or, Charlotte belajar semua ni dari abang dia, Putera George-bakal-raja-enchanted-yang-patut-tunjuk-contoh-yang-baik-pada-seluruh-rakyat-enchanted?” balas Ivy balik, mula panas dengan ajukan Louis. “I mean, seorang Putera kenalah pandai dan matang dalam membuat keputusan dan dia pasti tahu apa akibatnya jika dia buat hal dengan Ahli sihir yang berkuasa apatah lagi dar Vicious. Tapi nampaknya Putera ni tak nampak jauh ke hadapan dan recklessly poking a stick to a sleeping dragon again and again dan kau tahu apa jadi bila naga tu bangun?”

“Dia jatuh hati pada Putera yang hensem ni.”

“HAH! You wish, Dia akan hembus nafas api dia dan Hanguskan puteri bebal ni! Gaun Ivy marak dengan api ungu dan ia merebak ke sekeliling Louis.

Louis tersenyuman nakal, suka sangat usik ahli sihirnya. “All barks and no bites.”

You wanna go princy?

“Just go dance already.” Putera Edward muncul dibelakang Louis dan menolaknya membuat Louis  jatuh ketangan Ivy dan menarik Puteri Charlotte yang tergopoh kerana pasangan itu mula bergaduh. “Sheessh, tak cukup ke tumpuan korang dapat hanya dengan pangkat korang? Mari Tuan Puteri, tinggalkan dorang dua ni.” Putera Edward sempat melontar renungan dingin pada mereka. “Korang berdua bukan budak sekolah menengah. Act like your age for once, for Merlin’s sake.” Dan dia membawa Puteri Charlotte menari, dan mula menegur puteri itu atas kelakuan kurang sopannya tadi.

Louis dan Ivy berpaling pada satu sama lain dan perasan yang mereka berpelukan dan Louis segera melepaskan Ivy dahulu.

“M-Maaf.”

“Tak aku salah.” Louis tersenyum kecil. “Boleh aku tebus kesalahan aku?”

“huh?”

Louis tidak mengulang ayatnya dan menarik Ivy dekat, meletak tangannya di pinggang Ivy dan satu lagi menggenggam tangan ahli sihir itu. Louis membawa Ivy ke tengah dewan dan menari mengikut irama lagu waltz baru dimainkan oleh para okestra. Mereka menari dalam diam untuk seketika, hanya menikmati kehadiran masing-masing, tenung tepat ke mata langit dan bumi. Berkongsi senyuman dan ayat terkata dari pandangan.

Sehinggalah Ivy ketawa kecil.

“Dan apa yang lawak sangat tu Cik adik?”

“CIk adik?” Ivy mengigit bibirnya, menahan diri dari tersenyum lebih lebar. “Aku 3 bulan lebih tua dari kau Lou.”

“kata ahli sihir yang graduate lambat.”

“sebenarnya dorang fikir kau lebih tua sebab kedut kat muka kau tu atuk. Segala stress dah makan usia kau cepat.”

“Ooooo that burn my handsome face pride, love.”

“Payback’s a bitch, love.

Louis ketawa. “Do tell, apa plan kau untuk ni malam?”

“Hm? Let see, aku tak boleh beredar macam tu je sebab, you know, it’s my ball dan kalau sesuatu terjadi aku kena ada tapi—heh, not to brag takda apa akan jadi kalau aku yang bertugas tapi aku tak boleh yakin sangat. That’s bad trait. Hmm…” Ivy memandang keatas buat-buat memikir. “In a few hours ada finale Performance untuk membuka tahun baru Gracious Academy. Aku kena pastikan mereka semua bersedia sebelum tu. Pretty busy to get away.”

“Mengapa kau tak buka balcony dewan? Kan cantik menari dibawah bintang?”

“Too cold. Kalau tak persembahan aku nanti tak jadi.” Ivy perasan wajah kecewa Louis yang dia cuba sembunyikan. “Kenapa? Kau ada plan tersendiri?”

 “Hm mungkin.”

“Oh adakah Putera Bratsy nak curi spotlight aku ni malam? How typical of you.” usik Ivy.

“Tak-tak, kau termasuk dalam plan aku.” Balas Louis dengan nada yang sama. “dan perhatian yang aku nak curi hanyalah kau.”

Ivy cuba menahan perasaan yang cuba naik tertunjuk pada mukanya, tapi senyuman nakal tetap terpapar. “Aku rasa aku tahu apa plan kau Putera Bratsy.”

“Oh ya?”

“Hmhmm.” Ivy mengangguk sekali dengan senyuman yang sama cuma, penuh… tersirat. “Biar aku teka, ia ada kena mengena dengan tangan aku berada di bahu kau…” dua jari naik di bahu Louis, berjalan dekat pada lehernya dan hanya berhenti disitu untuk melihat apa riaksi Louis dan tekaannya tepat. “Dan… kedua tangan kau berada di pinggang aku—” Ivy mengetap gigi menahan diri dari tergelak bila Louis menariknya dekat. “Now-now princy, behave. Kita depan public ni.”

“Jadi, apakata kita pergi ke tempat yang lebih private?”

“Tak boleh, ingat tak? Ini majlis aku.”

“Then stop being a tease.” Mata Ivy bercahaya tanda dia enggan. “You Devil.”

Your Devil.”

Sumpah kalau bukan kerana mereka didepan khalayak ramai, dah lama Louis balas ayat Ivy secara fizikal.

Tapi tak boleh, dia kena kawal perasaan dia. bersabar. The temptation of this witch is overwhelming.

Irama lagu okestra berubah menjadi lagu tradisi tarian Gracious dan mereka yang menari terus bergerak ke dalam posisi mereka. Ada yang berhenti dan ada yang menyertai tarian tersebut.

Kedua tangan kiri Ivy dan Louis bersilang sementara tangan sebelah lagi berada di belakang mereka.

“Kau masukkan sekali tarian Gracious.”

“Dah tentu, kalau tak Royal Faries akan bunuh aku.”

Dan mereka semua mula menari mengikut rentak irama lagu okestra yang mendayu-dayu, lembut dan merdu dengan hembusan seruling, pasangan tunduk sebelum tangan bersilang dan ke posisi menari. Bila music naik rancak, mereka mula berputar bersama pasangan mereka berputar didalam bulatan besar. Berhayun kekiri dan kekanan sebelum si penari lelaki memutar pasangan wanita mereka dalam tangan dan mereka bertukar pasangan.

“Tuanku.”

Putera George menelan air liur kelat dan mengukir senyuman manis secara paksa. “Gretel.”

“Apa khabar Cik Ivy.”

Ivy tersenyum riang. “Putera Edward. Kita bertemu lagi.”

Putera Edward ketawa. “Tak jangka kita akan bertemu sekali lagi dengan saya tolak kamu menari dengan George dan cik Ivy, banyak cerita kita kena kongsi.”

“Oh ya? Seperti apa?”

Mereka saling bersentuh bahu dan berputar mengikut irama, berubah tempat ke seberang bulatan tanpa bertembung dengan pasangan lain. “Saya tahu hubungan kamu dengan Putera George—ah, jangan risau tentangnya. saya dah dapat segala penjelasan dari George.”

“Dan… kau marah? I mean, kitorang dah lama dan adik kau… dia dan Lou—George—

“So kamu panggil George, Louis? Selama ni saya ingatkan kamu akan bunuh sesama sendiri rupanya… saya dah salah faham akan renungan tajam korang bagi pada satu sama lain.”

Ivy naik merah dan menggeleng. “Kami tak bersama sehingga pertengahan tahun lalu, Ia tak seperti mana kau fikirkan Edward.”

“Aku boleh lihat. Kau sebagai Vicious, dia seorang Putera yang penting. Opposites do attracts dan kau cuba mengelak dari perkara terburuk untuk terjadi tapi… bila korang dah cintakan satu sama lain, tiada apa korang boleh buat.” Edward mengangkatnya naik keudara sambil mereka berputar.

“C-Cinta?” Ivy hampir hilang keseimbangan d tapi nasib baik Edward memegangnya dengan kuat.

“Ya. Adakah…. Aku salah?” Soal Edward, kening kanan ternaik sedikit.

“T-Tak-tak…. Tak.. ia Cuma, aku tak sebut pasal benda macam ni…”

“Adakah George first love kau?” Melihat Ivy tertunduk segan membuat Edward tersenyum. “Aku gembira.”

“Hah?” Ivy mendongak semula tengok Edward. “Mengapa?”

“Let just say, sebagai kawan yang telah lama berada disisinya… aku lihat dia memikul beban yang berat untuk budak yang berumur 8 tahun. Setiap tahun malang menimpah keatasnya, tanggungjawab diberikan padanya lagi dan lagi dan… dia boleh memikulnya seorang diri.” Edward memutar Ivy, belakang ahli sihir tiu di dadanya dan mereka berhayun ke kiri dan kekanan sebelum Edward dia keluar dakapannya. “saya akhirnya tahu apa kekuatan sebenar George selama ni. atau lebih tepat siapa.” Ivy kembali kedalam tangannya dan bulatan mereka berubah bentuk V. mereka di hujung barisan. “Dan saya minta maaf, saya telah salah faham tentang kamu.”

“Salah faham? Maaf?” Ivy kembali memandang Edward setelah putarannya habis. “Apa yang kau cakapkan ni?”

Edward hanya tersenyum. “Sir Jack betul, Enchanted is in favour to you.”

“Apa?” Ivy tidak dapat penjelasan dari Edward kerana dia bertukar pasangan lagi dan kali ini dia bersama The Great Wizard Merlin. “Tuan!”

Pengetua Gracious ini sama terkejut kerana jeritan terkejut Ivy dan tertawa. “Saya kagum dengan pencapaian kamu ni malam Cik Ivy, Majlis ini kelihatan sangat…. Unique. Sangat menarik dan pelajar Gracious sukakannya.” Wizard Merlin memutar Ivy didalam tangannya sebelum berputar merentasi lantai menari mengikut rentak tarian Gracious waltz.

“Siapa tak sukakan sedikit… Vicious.” Ivy mengenyit mata. “dan saya juga kagum Tuan masih boleh menari. Bila tuan tiba? Saya tak dengar pun mengumuman Tuan.”

“Oh, saya lebih suka datang dalam senyap. Lagipun ini malam kamu, saya taknak curi segalanya dari kamu.”

Ivy rasa sedikit segan dan juga terharu atas keprihatinan Mentornya. “Jangan cakap Tuan dengar apa yang kitorang bualkan…”

“Kamu berbual dengan siapa?”

“no one!” Balas Ivy cepat dan bersilang tangan sekali lagi bersama Wizard Merlin pula. “Saya tertanya apa yang saya akan belajar tahun ni dari tuan."

“Oh tentang tu, kamu tidak lagi belajar dari saya.”

“Apa? Mengapa?”

“Saya ada beberapa urusan untuk diselesaikan dan saya takkan ada di Gracious—

“Bawa saya sekali. Saya anak murid Tuan.”

“Malangnya kamu masih pelajar Gracious dan kamu perlu Graduate Cik Ivy. Jangan risau, saya telah panggil seorang ahli sihir yang ternama untuk tolong kamu dalam subjek magic kamu.”

“Really? Siapa?”

“Kamu akan ketahui siapa dia bila kelas kamu bermula.”

Ivy menebik, tidak suka menungggu namun mengetahui Wizard Merlin, pasti ahli sihir tua tu takkan buka mulut walau macam manapun Ivy cuba. Nak tak nak dia kena tunggu dan lihat.

Ivy mengeluh, sekarang dia tak rasa seronok sangat nak mulakan tahun ketiganya di Gracious Academy.

“Jangan macam tu, saya pasti kamu akan ada cara untuk hiburkan hari-hari kamu nanti di sini.”

“Tapi saya dah jadi Apprientice Tuan. Prank is not an option anymore.

“Seriously? Kamu tahu tak saya pada umur kamu saya kenakan kawan ahli sihir saya sehingga kena halau oleh Master saya sendiri?”

“Tuan? Kena halau?”

“Ya, I was a daring young man that day… Tapi saya tak tahu mengapa perempuan tak sukakan lelaki macam saya.”

“Mungkin sebab Tuan pelik? Kekok dan tersangat cringy at a time?”

“Cringy?”

“In a good way. Jangan risau tuan.” Ivy menepuk bahu Mentornya dengan senyuman terlalu manis sebelum dia menari ketengah-tengah bulatan bersama penari perempuan, Ivy terus menjerit riang bila penari-penari perempuan itu ialah kawan-kawannya. Melompat riang sambal memeluk sesama sendiri. Kalau bukan kerana Gweneth dan Gretel ingatkan mereka yang mereka masih menari, pasti rosak plan Ivy.

Mereka menari didalam bulatan bunga, berbual kecil dalam nada membisik, memuji gaun satu sama lain dan mengusik tanpa henti sehinggalah mereka kembali kepada penari lelaki dan bertemu dengan pasangan baru mereka.

“Hello again.” Louis dan Ivy sapa serentak dan ketawa.

Mereka menari dan terus menari mengikut irama lagu dan rentak tarian, memutar pasangan mereka didalam tangan, membawa mereka merentas lantai tari menari, mengangkat mereka keudara dan saling bertukar tangan seperti mana tradisi tarian Gracious Academy. Sehinggalah ia tamat dan mereka bertepuk tangan dengan gemuruh.

Pada saat itu, Wizard Merlin tampil kehadapan, mengetuk kayu saktinya diatas lantai marmar menarik perhatian seluruh pelajar didalam dewan tersebut. Mereka terkejut melihat The Great Wizard Merlin hadir pada majlis itu, pada musim seperti inilah Wizard Merlin sibuk dengan urusan Enchanted. Adakah dia datang untuk melihat hasil kerja anak muridnya? Pasti dia bangga melihat apa yang Ivy telah lakukan pada istana Gracious.

Pelayan datang membawa setalam minuman dan berikan pada pelajar Gracious. Louis mengambil dua gelas untuknya dan Ivy.

“Thanks.”

“no prob.”

“Don’t mind us.” Usik Gweneth yang berada di sebelah Ivy, mengambil minuman mereka sendiri.

“My Dearest student, welcome back to another year in Gracious Academy!” Wizard Merlin menerima cawannya dan mengangkatnya ke udara. Pelajar Gracious bersorak sambil bertepuk tangan. “And to the new student. We welcome you to our school in hope all of you become those who shape our Land into a better future!”

Mereka semua mengangkat cawan mereka keudara dan sahut ‘selamat datang’ kepada pelajar baru.

“Setiap tahun, Pembukaan majlis tidak pernah menghampakan saya. Pelajar Graciouse sentiasa memberi persembahan terbaik yang mengagumkan kita semua dan tahun ini….” Wizard Merlin mendongak melihat bumbung istana menunjuk langit malam yang cerah. “Ini satu pencapaian ditahap yang lebih tinggi.”

Gretel menyiku perut Ivy.

“Malam ini suatu malam yang sangat indah dan kita berterima kasih pada Cik Ivy the Devil  untuk jadikan mala mini penuh keajaiban.” Para pelajar bertepuk tangan gemuruh kepada Ivy the Devil yang dipanggil untuk berdiri di sebelah The Great Wizard Merlin. “Ivy, Apprientice saya, telah membuktikan dirinya bahawa kita tak patut menilai seseorang melalui luarannya ataupun asal usulnya. Dia telah membuka mata kita bahawa dia bukanlah siapa yang kita fikir. Dia ialah seorang individu, seorang yang mempunyai kehidupan sendiri dan mencipta sejarah tentang dirinya sendiri. Malam ini, dia telah buktikan pada seluruh Pelajar Enchanted keindahan yang dia telah cipta dengan magicnya, ini suatu pencapaian yang paling besar Cik Ivy. Saya berbangga pada kamu.”

Ivy tersenyum terharu dan tunduk berterima kasih pada Mentornya.

“Pelajar Gracious! Cik Ivy, the Devil.” Wizard Merlin mengucup belakang tangan Ivy. “Show them your true heart my child.” Dan dia berikan segala perhatian pada Ivy semula.

Pelajar Gracious tertunggu-tunggu persembahan dari ahli sihir Vicious yang ternama ini.

Dan mereka takkan tunggu lama.

Ivy mengeluarkan kayu saktinya dari celah lengan melontar satu jampi ke bumbung dewan. Awan malam dan bintang dilangit malam bergabung menjadi pusaran dan turun dari langit, membentuk satu sangkar emas dan bintang-bintang tersebut berada didalam. Lilin tersembunyi ditempat tinggi terbang diatas mereka menerangi bilik itu dengan cahaya kuning yang menenangkan. Salah satu lilin terapung rendah sebelah Charlotte dan dia menolak lilin itu semula ke udara dengan senyuman girang.

Ivy melontar jampi demi jampi ke udara, umpama bunga api meletup dan ia menari disekeliling pelajar. Mereka ber’Oooo’ dan ‘Aaaa’ pada tanpa henti dan tepersona akan gerlipan cahaya magic Ivy mengelilingi mereka.

Mulut Ivy tidak henti berkumat-kamit membaca mantera, chandelier diatas kepala mereka (sangkar emas) terbuka dan bintang-bintang itu turun menyertai pelajar Gracious.

“Oh my Gracious—mereka bukan bintang tapi—

“Pixie!” sahut Charlotte, irridessa berdiri di jari telunjuk Charlotte dan mengucup pipi puteri kecil itu sebelum terbang pergi.

Gelombang demi gelombang cahaya bersinar datang dari Ivy, membuat para pelajar tertunggu-tunggu apa yang akan ahli sihir ini akan buat sementara ahli sihir yang ada didalam bilik itu dapat rasa tekanan kuasa magic Ivy the Devil dari gelombang tersebut.

Bulu roma Puteri Ezra meremang dari setiap gelombang mencapainya, ia bertambah kuat dan ia tidak berhenti meningkat naik. Dia tertanya jika ini ialah kuasa sebenar Ivy the Devil dengan adanya kayu sakti Apprientice didalam tangan Ivy.

Sementara Wizard Merlin pula hanya perhatikan anak muridnya dengan berhati-hati. Dia telah beri amaran pada Ivy untuk tidak memaksa diri menggunakan magic dengan kayu sakti itu. Dia masih perlu banyak belajar untuk dia Berjaya menguasai kayu sakti itu, memaksa diri hanya membahayakan kesihatannya. Setakat ni, Wizard Merlin boleh bertenang kerana Ivy kelihatan stabil menggunakan magic sebegitu banyak.

Tapi mengapa? Hanya untuk satu persembahan kecil ini?

.

.

Dilorong sempit lagi sunyi diantara dua bangunan, Diaval menyandar pada salah satu dinding bangunan tersebut sedang menunggu seseorang yang dia pasti akan muncul.

Dia memegang sekeping kertas yang telah disumpah, kertas yang mempunyai gambar hati yang berdegup. Hati yang retak, yang akan hancur pada bila-bila masa sahaja.

“Jack… langkah yang silap untuk dedahkan kati kau.”

Diaval menarik sengih. Dia medongak melihat wanita—Jill, berada dihadapannya. Wajahnya kelihatan terkejut sebelum ia menggelap, rasa tertipu. “Jangan murung cik adik. Aku datang untuk buat perjanjian dengna kau.”

Kening tajam Jill naik sebelum senyumannya naik meleret secara tidak normal. “A contract is my specialties.”

Perfect.”

.

.

Pelajar Gracious terpukau akan magic Ivy, pandangan mereka penuh dengan pixie dust beterbangan dan ia terbang keluar melalui pintu balcony. Mereka mengejar kemana pixie dust itu pergi dan lihat ia mula mencairkan salji yang menyelubungi seluruh Academy. Bila ia tiba di hujung perkarangan Gracious, ia naik seumpama ia menjadi dinding sehingga ia mencipta satu globe, berhenti di atas Gracious dan jatuh umpama hujan diatas patung Wizard merlin.

Ivy mula membaca manteranya dalam Bahasa latin, sebuah senyuman terukir pada wajahnya dan menghayun kayu saktinya keudara.

Auger de gomay, auger de gomay,
Ancient one of the Earth so deep
Master of moon and sun
I shield you in my Wiccan way
Here in my circle round
Asking you: protect this space
And offer your sun force down!

.

.

Jill berpaling kearah Gracious Academy, dapat merasakan satu magic yang sangat berkuasa dan sangat… wicked dan kembali memandang Diaval. “Tak mungkin…”

“Apprientice wand.” Diaval mengangguk. “Dia makin berkuasa dan kau takkan dapat kalahkan dia kali ini.”

“Apa rancangan kau?”

“Ever heard, the enemy of your enemy is your friend?”

Senyuman Jill naik dengan begitu jahil, serupa dengan Diaval. “You are a traitor.

“Arent we all.”

>X<

“Make her trust me.”

“Bring her to my side Diaval.”

“Return her to where she belongs. Bring her to Vicious.”

“Yes… My Mistress.”


>X<

(A/N: I have this chapter for a week and lupa nak post... *cough* am sorry love sebab buat korang tertunggu, no worries I promise this weekend akan ada the next chapter huhuhuhu it almost done!)

2 comments:

  1. Tidak adakah ini davial sebenar.. kenapa la buli dia tu...

    p/s : sakit mata dengan backgroud ini.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohohohohohoho Diaval is the servant of Maleficent.

      And yes, angah plan nak tukar font and still cari color sesuai... ehehehe

      Delete

The Listener