Ninth H.O.P.E
The Wizard of Oz apprientice
Ivy
duduk di atas lantai diantara dua rak buku perpustakaan, beberapa lagi buah buku
terngangah luas dihadapannya sementara dia mencatat pencariannya dengan dahi
berkerut teliti. Dia menggigit kuku bila dia terjumpa perkataan kuno yang tidak
dikenal dan menyumpah dalam diam.
Diaval
muncul dari hujung laluan, baju serba hitam seperti biasa, rambut disikat rapi.
Bunyi detakan kasut bergema diruang perpustakaan sehingga dia tiba di sisi anak
jagaannya, menghulur senaskah buku pada si ahli sihir.
“Apa
benda ni?” SOal Ivy namun tetap menerimanya.
“Dalam
tu ada rekod jenayah yang pernah diberkas oleh tentera mangkat raja Uther, aku
terjumpa wajah serupa Bloody Mary dalam tu. Time dia kecil.”
Ivy
perhatikan Diaval untuk seketika, tidak percaya apa yang dia dengar dan segera
membuka ke muka surat yang Diaval tanda. Wajah seorang budak kecil berambut
pendek terpapar dihadapannya, wajahnya penat lesu, mata hijaunya membuktikan
kesan betapa teruk peperangan berlaku pada zaman gelap atau ia bukti dari
segala kejahatan yang dia pernah buat. Mungkin pada masa itu mereka lihat dia
sebagai budak kecil yang terdesak untuk melakukan kejahatan, terpaksa kerana
peperangan tidak memberikan sebarang kebahagiaan pada anak-anak kecil. Namun,
melihat dari mata hijau yang tajam itu, Bloody Mary tahu apa yang dia buat, apa
yang dia sedang libatkan dirinya.
“Maryan
Tudor…” Itu nama sebenar Bloody Mary, agak tepersona melihat rekod jenayah
wanita sihir itu. “Dia diberkas kerana beritahu Villain dimana terletaknya
portal ke tempat persembunyian penduduk kampung. Di tangkap oleh…” Mata Ivy
membesar. “Ayah?”
“Ditusuk
panah Robin semasa dia melarikan diri. Pada masa tu jugalah Robin ditangkap dan
dijadikan hamba orang-orang Nightmare.”
“Sebelum
diberikan kepada Ibu sebagai hadiah dari Rumplestiltskin…” Ivy mengangguk
faham. “Dia buat seperti itu kerana balas dendam henchmennya ditangkap ke?”
Diaval
mengangkat bahu tak tahu. “Selepas Bloody Mary ditangkap, dia diberikan hukuman
membersihkan sisa-sisa kawasan perkampungan tapi dia berjaya melepaskan diri.
Selepas itu…” Diaval membuka lembaran seterusnya menunjukkan segala rekod
kelibat Mary dari pantauan tentera Mangkat Raja Uther. “Dia dilihat merata
tempat, tapi tidak melakukan sebarang jenayah besar. Bagi mereka dia hanya cuba
melarikan diri dari tentera dan biarkan sahaja dia. Dunia sudah cukup terseksa
dan budak kecil bukan satu ancaman bagi mereka.”
“Namun,
lihat apa jadi sekarang.” Ivy berdecit, tidak boleh salahkan sangat
tentera-tentera dahulu kerana biarkan Bloody Mary terlepas begitu sahaja. “Kau
pasti ke ini Bloody Mary yang sebenar?”
Sekali
lagi Diaval mengangkat bahu. “Aku pernah tengok muka budak ni je tapi aku tak
pasti kalau ini betul-betul Bloody Mary atau budak ni kebetulan ada nama serupa
nenek sihir gila tu.”
“Kau
rasa Camelot ada simpan rekod tentang Maryan Tudor selepas peperangan? Seperti
rekod kematian dia?”
“Kau
boleh minta tolong dengan Hansel pecah masuk Istana. Aku pasti semua rekod tu
ada di sana.” Kata Diaval dan mendapat senyuman nakal dari Ivy. “dan tanya
Wizard Merlin juga pasal Maryan Tudor tu.” Cadang Diaval. “Setiap ahli sihir
jahat, tak kira muda atau tua akan berdepan dengan the Great Wizard Merlin
untuk pengadilan. tapi… aku tak rasa orang tua tu ingat, beratus ahli sihir
kena pengadilan masa tu. Kalau dia ingat, psati dia tahu siapa Bloody Mary dari
awal lagi.”
“Mungkin…
dia perlu sedikit peringatan?” Ivy mengangkat bahu pula. “Dia tua tapi tak
nyanyuk. Gelaran tu bukan sekadar perhiasan D.” Ivy meletak buku rekod itu
ketepi dengan puas hati. “Nampaknya pencarian kita ni hari takda lah sia-sia.”
“Kita
Duo paling hebat didunia.” Diaval mengangkat tangannya dan Ivy menamparnya
dengan girang. “So, apa je kau dapat?”
“Seperti
yang kita jangka, tiada cara untuk hapuskannya tapi tidak bermaksud ia tidak
boleh dipindah—” Ayatnya mati seperti mana ekspressi wajahnya menegang. Jari
diketip menutup kesemua buku bacaan yang di abaca sekali mengubah judul pada
muka buku itu.
Bunyi
detakan tapak kasut berbunyi beberapa kali sebelum empunya kasut muncul
dihadapan mata. Seorang lelaki berambut perang gelap, bermuka petak berdiri
tidak jauh dari Ivy, Dia berpakaian formal dengan tongkat ditangannya. Seekor
burung hantu dibahu kanan. Lelaki itu merenung muka Ivy dengan tajam.
Diaval
menolong Ivy bangun untuk berdepan dengan lelaki tersebut sebelum dia mengutip
buku-buku Ivy.
Ahli
sihir muda ini memandang lelaki itu sekali lagi, dari atas ke bawah, dapat
merasakan aura magic yang kuat dalam dirinya. Dan tongkat didalam tangan itu bukan
sebarang tongkat. Ia tongkat sakti.
“Dan…
kau siapa?”
Lelaki
itu juga meneliti Ivy dari atas hingga bawah sebelum sebuah tarikan sengih pada
bibirnya. “Kamu, pemegang kayu sakti apprientice? Enchanted patut berdoa lebih
banyak sekarang kerana segala harapan dah punah.”
“Excuse me?”
“Aura
kamu tak stabil Cik Ivy, kamu boleh sembunyikannya tapi bukan pada saya.”
Lelaki itu membuka sarung tangannya dan melambai diatas buku yang Diaval
pegang. Judul buku itu berubah ke asal. “Sudah tentu. Hex and curses? saya
betul, Madam Glinda salah sangka pasal kamu. Kau tetap Vicious.”
Sepantas
kilat, kayu sakti Ivy menyucuk leher si lelaki, mata hijau Ivy bercahaya seperti
bajunya membarakan aura panas. Tangannya menggeletar dari menahan segala kudrat
untuk tidak letupkan kepala lelaki biadap itu.
“Kau siapa untuk nilai kau?”
Lelaki
itu tidak kelihatan gentar langsung, dia tertawa kecil sambil menolak kayu
sakti Ivy ketepi dengan tongkatnya, tapi Ivy bertegas. “Saya Circe Trude dan
ini Hoot. Ahli sihir dari Kerajaan Oz.” Dia mengguna tangan yang bersarung
untuk memaksa kayu sakti itu dari lehernya. “Anak murid Madam Glinda.”
Kening
Ivy ternaik, memandang Diaval yang juga terukir penuh tanda tanya pada wajahnya
sebelum memandang Circe Trude. “Dan
tujuan kau untuk menghina aku ialah?”
“Itu
bukan satu hinaan Cik Ivy.” Katanya. “Ia fakta.”
“Ia
bukan fakta jika kau tidak boleh membuktikannya.”
“Para
saintis juga tidak dapat membuktikan bagaimana magik berfungsi.” Balasnya balik
hanya untuk mendapat renungan maut Ivy. “Tujuan saya datang kerana seruhan dari
Mentor saya dan juga untuk melihat Cik Ivy the Devil yang terkenal diseluruh Enchanted.
Saya mengaku, kamu kelihatan lebih cantik dari lukisan-lukisan para artis.”
“Pujian
tidak memaafkan kata-kata kau, Encik
Circe.”
“SAya
tiada niat untuk meminta maaf atas fakta Cik Ivy.” Circe menarik sengih. “Juga,
saya datang kerana Madam Glinda ingin saya menguji had magic kamu dengan kayu
sakti apprientice.”
“Aku
tak perlukan seorang amatur untuk uji kekuatan aku—
“Ia
salah satu pengajaran Madam Glinda. Mengapa? Adakah Cik Ivy takut yang Cik Ivy
tidak dapat mengawal kayu sakti itu terbukti atau Cik Ivy takut seorang amatur berjaya mengalahkan Cik?”
Ivy
menyentuh dadanya, terkilan dengan ayat lelaki biadap—Dia Ivy the Devil, Apprientice wirzard Merlin yang memiliki kayu sakti
Apprientice—“Kau patut jaga mulut kau Encik
Circe, jangan sampai ia memakan diri kau sendiri.”
“Adakah
ini bermaksud Cik Ivy menerima—
“Ya!
Di mana kau nak mula?”
Circe
sekali lagi menarik sengih, terhibur betapa senangnya untuk mengugut ahli sihir
itu. “Sila ikut saya Cik Ivy.”
>X<
“Baiklah,
sesiapa terangkan pada saya mengapa kelas saya dibatalkan tanpa pengetahuan
saya?” Soal Zorro bercekak pinggang melihat kesemua 20 pelajarnya yang berdiri
ditepi padang latihan. “Mengapa kamu semua berada di sini dan bukan berlatih??”
Hansel
menuding jari ke tengah-tengah padang dimana Ivy the Devil sedang berdiri
bersama lelaki yang tidak dikenali. “Nampaknya The Devil buat hal lagi.” Hansel
mendongak ke udara melihat dua ekor burung; gagak dan burung hantu berputar
diatas mereka. “Dan pengakhiranya pasti buruk dari selalu.”
Zorro
mengangguk faham. “Baiklah semua, kembali kedalam istana untuk keselamatan.”
Arahnya sebelum menjerit kearah dua ahli sihir ditengah padang. “JANGAN TERBAWA-BAWA SEHINGGA HANCURKAN
SELURUH GRACIOUS!”
“Dengar
tak tu Cik Ivy? Jangan hilang kawalan dan bunuh pelajar Gracious pula. Kamu
hanya memberikan saya lebih banyak kerja dari apa yang saya ada sekarang.”
Circe membuka kedua sarung lengannya, seluk kedalam poket seluar sebelum
membuka butang kot, menyenangkan dia bergerak.
Ivy
berdecit. “Kau silap untuk pandang rendah pada aku Encik Circe. Itu satu
kesilapan yang sangat besar.”
“Dari
apa yang saya dengar, kamu seorang yang panas baran, suka bersikap melulu,
bertindak mengikut suka hati kamu dan tidak pernah mendengar nasihat sesiapa,
bangga diri, hidung tinggi dan dah tentu, buruk perangai pada pengajar kamu…”
Katanya mengira mengguna jari. “dan saya menilai dari apa yang saya lihat, dan
saya lihat kamu berperangai tidak berbeza dari seorang budak lima tahun.”
“Jangan
menilai buku dari kulitnya Encik Circe.” Ivy berdiri dalam posisi, namun Circe
masih berdiri selamba di tempatnya. Ivy tidak menyoal kenapa. “Apakata aku beritahu kau siapa aku dengan cara
perkenalan para ahli sihir?”
“Dipersilahkan
Cik Ivy.”
Melihat
Circe mengangguk setuju, Ivy terus bertindak, matanya bercahaya dan melontar
dua tiga serangan kuat membuat Circe Trude bergelut untuk mempertahankan diri,
serangan terakhir menolak dia kebelakang dua tiga langkah.
Ivy
pula menarik sengih melihat ekspressi wajah anak murid Glinda the Good.
“Terkejut encik Circe?”
Lelaki
itu membetulkan kot dan rambutnya semula. Kembali berdiri tenang. “Nampaknya
saya tak perlu berlembut dengan kamu memandangkan kamu serious.”
“Aku
tak pernah main-main dalam perlawanan.”
“Saya
perasan tu Cik Ivy.” Balasnya. “Baiklah, mari kita mulakannya sekali lagi.”
“Dipersilahkan
Encik Circe.”
Kali
ini Circe Trude mengambil langkah pertama dengan melontar jampi paralyze namun
ditepis mudah oleh Ivy dan dengan serta merta Ivy menyerang balas. Circe
mengelak, hanya beberapa milliliter jauh dari wajahnya dan ini sangat
mengejutkan bagi Circe. Laju dari yang
dia jangka.
“Aku
pasti kau tak pernah berlawan dengan nyawa kau jadi taruhan betul? Setiap latihan diberikan adalah diantara hidup
dan mati, samada kau yang mati atau kawan
latihan kau yang mati. Kau dibunuh atau kau jadi pembunuh.” Ivy melontar
satu lagi serangan, Circe membina jampi pendinding, menolak dia beberapa inci
kebelakang. “Jikalau kau ingin menguji kekuatan aku, kau patut bersedia untuk mati ditangan aku sebab aku tidak pernah
teragak-agak untuk membunuh.” Satu serangan kilat yang berjaya melontar Circe
terpelanting kebelakang.
Ivy
mengambil langkah mendekati Circe tapi segera mengundur diri bila tanah di
kakinya jatuh kedalam lubang. Dia kembali memandang Circe yang tertawa kecil,
bangun dan mengelap darah yang mengalir di celah bibirnya.
“Erti
kata lain kamu akan lakukan apa sahaja untuk menang.” Circe arahkan tongkatnya
kearah Ivy. “Saya dah berjaya lihat dimana kelemahan kamu Cik Ivy. Terima
kasih.”
“Apa?—
Lelaki
itu terus menyerang tanpa beri sebarang peluang dengan menyeru akar pokok dari
tanah membelit seluruh tubuh Ivy membuatkan dia terjatuhkan kayu saktinya
sendiri. Circe pula mengambil langkah mendekati Ivy yang terperangkap.
“Saya
tidak menafikan yang saya kagum melihat kekuatan magic kamu dan keupayaan kamu
mengawal kayu sakti ni lebih baik dari saya sangka. Namun seperti yang saya
katakana tadi, kamu bertindak melulu, tidak mendengar nasihat orang dan bangga
diri. Inikah ahli sihir yang akan melindungi Enchanted dari malapetaka suatu
hari nanti? Ahli sihir yang akan mengganti tempat The Great Wizard Merlin?”
Circe Trude membetulkan pemakaiannya semula, memakai sarung lengan sebelum
mengangkat kayu sakti Ivy the Devil. “Sebuah kayu sakti yang cantik. Kuasa yang
sangat luar biasa tapi di sia-siakan pada ahli sihir seperti kamu.”
Ivy
bergelut cuba melepaskan diri. Circe hanya menggeleng, memetik jarinya dan
akar-akar itu melepaskan Ivy sebelum dia hulurkan kayu sakti Ivy semula.
“Serangan kamu guna kepada saya sangat merbahaya digunakan dikawasan Sekolah ni
Cik Ivy. Ia boleh terpantul bila di elak dan jika saya tidak plan arah mana
saya ingin menepisnya pasti hancur dinding bangunan A Gracious. Bukankah saya
kata berhati-hati? Kamu kena pilih jampi yang sesuai bagi situasi yang sesuai,
siapa tahu nanti serangan kamu akan membunuh nyawa yang tidak bersalah. Saya
tidak tahu apa kamu lalui di Vicious tapi di Enchanted bukan sahaja nyawa diri
kamu sendiri kena jaga tapi nyawa orang sekeliling, nyawa orang yang kamu ingin
selamatkan.”
“Selain
dari itu, kamu juga memandang rendah pada saya. Hanya kerana saya tidak
mempunyai kayu sakti apprientice, itu tidak bermaksud saya tidak boleh
mengalahkan kamu. Kamu tidak sedar yang saya dah jatuhkan beberapa benih ajaib
ketanah dimana saya tahu kamu akan berdiri.”
“Kau dapat
baca pergerakan aku?” Ivy menyimpan kayu saktinya dan mengusap lengannya yang
meninggalkan kesan.
“Saya
belajar dari yang pakar.”
“Glinda
the Good?”
Circe
Trude menggeleng. “Mangkat The Great Wizard of Oz.”
Ivy
ketawa pahit. “Mustahil, orang tua tu dah mati lama dah. Takkan kau belajar
dari dia dari umur kau… berapa? 5, 6 tahun?”
“12
tahun Cik Ivy.” Circe bersiul, memanggil burung hantunya kembali. “Saya hidup
dibawah jagaan dia sehingga Madam Glinda ambil saya untuk sambung belajar magic
pula bersama dia.”
“Oh,
jadi kamu ditakdirkan untuk menjaga Kerajaan Oz, macam tu?”
“Juga
seperti kamu ditakdirkan untuk menjaga seluruh Enchanted.”
Ivy
hanya bunyikan lidahnya sebelum memanggil Diaval mendarat di tangannya.
“Adakah
itu juga companion kamu?”
“Tak,
dia lebih kepada penjaga.” Kata Ivy dan letak diaval di bahunya juga. “Dan
burung hantu tu?”
“Dia
seorang peneman. Dia mata dan telinga saya bila saya ingin dia cari maklumat
untuk saya.”
“Dia
boleh berubah menjadi manusia?”
“Kamu
ingin melihatnya dalam bentuk manusia?”
“Boleh?”
Soal Ivy balik dan Circe Trude mengangguk.
Burung
Hantu itu terbang dari bahu Circe sebelum Circe memetik jarinya mengubah ia
menjadi seorang wanita bergaun kelabu dan bertopi kecil menghiasi rambut
hitamnya. “Salam perkenalan Cik Ivy.” Sahutnya lembut sambil tunduk hormat.
Ivy
tersenyum kecil. “Cantik. Tapi tak secantik Diaval.”
Diaval
tidak pernah rasa bangga mendengar pujian itu datang dari mulut anak jagaannya,
tambahan muka terkilan dari Circe Trude dan burung Hantu bernama Hoot.
>X<
“Abang
nak ke mana?” Gretel melihat Hansel menunggang kuda pemberian Putera George, si
adik segera memegang tali kuda itu untuk menghalang abangnya bergerak pergi
tanpa penjelasan yang jelas seperti
selalu.
Hansel
mengeluh kecil. “Memandangkan kelas dibatalkan, abang nak kembali ke istana
untuk selesaikan urusan the believers. Kau tahu apa nak buat kan?”
Gretel
mengangguk. “Encik Trude masih belum selesai urusannya dengan Ivy, mengetahui
Ivy entah berapa lama dorang akan bertempur.” Gretel memutar bola matanya,
kenal sangat kawan dorang satu tu. “Abang rasa Jackie ada di Istana sekarang?”
soal Gretel melihat Hansel menegang dan dia kecilkan matanya, musykil. “Abang…”
Hansel
berikan senyuman yang menenangkan, cuba yakinkan Gretel apa sahaja yang dia
fikir tidak betul. “Gret, aku dah lambat ni. kang tak sempat nak balik untuk
kelas petang ni—
“Cut
the crap. Jack berkelakuan pelik sebelum Putera George benarkan dia pergi ke
Eidolon—dan tiga bulan di Eidolon hanya untuk memantau dan buat laporan agak
pelik kan? Abang tahu tak dia ke mana sebenarnya?”
“Entah
la, tu aku nak pergi Istana berharap jumpa dan tanya dia menghilang ke mana.” Hansel
mengusap rambut Gretel, kasar. “Mungkin durjana tu akhirnya jumpa bakal bini
dia dan kahwin senyap-senyap.”
“Kiamat
dunia baru aku percaya ada perempuan didalam hidupnya melainkan ‘taat setia
seorang satria kepada raja’nya tu.” Gretel tergelak. “Apapun, sampaikan salam
Gret pada dia dan update kemana dia menghilang berbulan. okay?”
“Roger
that, ma’am.” Hansel salute dan dia bertolak pergi, meninggalkan Gretel yang
hanya boleh menggeleng sebelum kembali ke Academy.
“Pastikan
dia berada di hadapan Gracious petang ni.” Pinta Gretel pada pekerja bangsal
kuda di pintu keluar.
“Baiklah
Cik Gretel.”
.
.
Dua
bilah pedang bersilang kuat, memantulkan serangan mereka semula dan kedua pihak
pantas menghantar satu lagi hayunan, namun salah satu membatalkan serangannya
untuk mengelak.
Musuh
berambut perang tersenyum sengih. “Mengapa teragak-agak tuanku?”
Louis
membelakangkan diri, meletakkan jarak diantara mereka. Bernafas dengan berat
sambil mengelap peluh di dagunya. Sebuah senyuman nakal juga terukir pada bibir
Putera ini. “Ia hanya sesi panaskan badan Jack, tak perlu nak serius.”
“Oh
ya?” Jack ketawa. “Atau Tuanku menyimpan tenaga untuk bertemu dengan seseorang
ini malam?”
Louis
terdiam untuk seketika sebelum menggeleng dengan usikan Jack. “Sampai bila Beta
perlu bertahan dengan usikan kamu ni Jack? Dah berbulan.”
Jack
turunkan posisi pertahanannya, senyuman terhibur memenuhi pipinya. “Ia satu
berita yang menggembirakan Tuanku. Selama ini saya ingatkan tuanku… sukakan orang
sama jantina.” Jack segera mencapai tuala yang dilontar kuat pada Jack, terlalu seronok mengusik. “Dan siapa sangka Tuanku
minat perempuan ganas. Saya mengaku,
Cik Ivy sememangnya menawan.”
“Kamu
tahu beta tidak mencintainya kerana susuk badannya kan?”
“Itu
membuatkan saya bertambah musykil. Namun, Dia bertuah mendapat Tuanku.”
“Beta
yang bertuah mendapat dia.” Sahut Louis lembut, mendapat tepukan di bahu oleh
Jack, mengajaknya masuk kedalam istana. “Macam mana dengan kamu? Selama tiga bulan menghilangkan diri. Pastinya
ada berita gembira kenapa kamu menghilang begitu lama.”
Jack
tergelak segan. “Sebenarnya… Ya, saya sebenarnya menjalankan misi saya untuk
menawan hati seorang wanita Eidolon.”
Mata
Louis membulat, Sir Jack, Satria mulia Putera George Pendragon rupanya
mempunyai kehidupan lain selain kehidupan kesatriaannya! “Kau sukakan seseorang
di Eidolon?! Patutlah kau hantar surat laporan je dari sana! Rupanya kau dah
terpikat dengan anak dara Eidolon!” Louis ketawa besar membuatkan Jack tersipu
malu.
“Tuanku,
tak perlu la nak menjerit sampai satu istana tahu.”
“Ini
berita menggembirakan!” Louis memeluk bahu Jack ketat. “Dan di sini aku
ingatkan kau juga suka sama jantina, rupanya kau pergi menggoda anak dara orang
dibelakang aku!”
“Apa?
Jack pikat anak dara orang?? Damn…. Mulut Gretel masin kadang-kadang. Dunia
memang dah nak kiamat.” Suara baru muncul dari belakang dan mereka berpaling
melihat Sebuah senyuman asymmetry yang terkenal.
Jack
ketawa besar, muka merah mengalahkan bendera Camelot berkibar diseluruh istana.
“Oh korang berdua sama je! Mengejutkan sangat ke aku suka seseorang?”
“Lebih
mengejutkan Putera George ada hubungan sulit dengan Ivy.”
“Oi.”
Tegur Louis tidak sampai ke hati.
Hansel
mengangkat bahu selamba. “Fakta Tuanku, tunggu sampai Gretel dapat tahu. Dia
pasti menjerit sampai ke bulan.”
“Hm-hmm
kau nak terus mengusik atau datang sini dan beri pelukan pada abang kesayangan
kau ni?” Soal Jack sambil membuka tangannya.
“Aku
suka perempuan.”
“aku
pun, sekurang-kurangnya aku ada specific perempuan yang aku suka.” Balas Jack
balik membuat Hansel menuding ‘okay kau menang’ pada Jack dan mengalah, memeluk
Jack. “Aku tahu kau merindui aku.”
“Diam
la Jack.” Hansel memukul belakang Jack beberapa kali sebelum melepaskan lelaki
durjana itu. “Penyesalan besar peluk kau. Melekit dan berbau peluh!”
Jack
ketawa dan mengusap rambut Hansel seperti mana Hansel selalu buat pada Gretel.
“Diam lah budak!”
“Dah-dah,
jom sambung di pejabat aku selepas kami berdua bersihkan diri.”
“Wajib.”
Usik Hansel.
“Kau
boleh naik dulu Hansel. Lepas tu kita korek cerita dari mamat ni. kenapa,
bagaimana dan paling penting siapa
perempuan yang berjaya pikat hati Jack si satria setia.”
Jack
hanya boleh menggeleng dengan karenah mereka berdua. “Mengapa lah aku bagitau
korang…”
“Sebab
kau sayangkan kitorang.” Usik Hansel lagi sambil melontar kucupan manis dengan
gediknya hampir terkena tendangan maut Jack. Nasib baik dia melarikan diri
cepat.
Louis
ketawa pecah perut dan heret satrianya pergi sebelum Jack sempat untuk mengejar
Hansel. “Dah-Dah lah tu Loverboy.”
“Hey,
aku tak perlukan nickname tu dari seorang loverboy juga.”
Louis membalas
dengan gelakan yang lebih kuat.
>X<
(A/N: Setelah menghilang hampir setengah tahun... angah akhirnya ada masa untuk menulis semula *Sobs* I'm so happy dapat menulis and kongsi cerita dengan korang semua *SOBS* I don't deserve you peeps yang masih setia menunggu cerita angah. *lie down* *Try not to cry* *Cries a lot* anyways! See you in the next chappy!)
Waaa akhirnya. Ada jugak n3 baru . Huhuhu. Lama sungguh angah menghilang. Papepun best laa angah macam biasa.
ReplyDeleteHai awakkk!!! betul2 angah menghilang lama sangat! ni tak boleh jadi ni, kena bagi korang plot2 yang best sekarang. hahahahaha Apapun, thanks sebab masih stick dengan citer angah selama ni~~ *Sobsss* you are the best love *SOBSS* and harap korang akan lagi enjoy with the next chapter! *Hug&kisses*
DeleteHuhu angahh. Lamanya menyepi. Kemanakah kamu menghilang. Rindu Ivy dengan Louis
ReplyDelete