Eight H.O.P.E

the rumour


Diaval sedang menyediakan minuman petang, membancuh kopi didalam teapot dan mengeluarkan susu dan gula dari cabinet, meletakkannya bersama sepinggan biskut dan seset minuman diatas talam. Dia membawa talam tersebu keluar dari pintu belakang menuju ke taman kecil yang penuh dengan bunga-bunga exotic yang Diaval sendiri tanam untuk Tuannya. Burung gagak ini tersenyum melihat Tuannya, Maleficent bersama Ivy, duduk ditengah taman berpegangan tangan dengan Maleficent mendendangkan satu mantera yang merdu.

Night light, dimming light Heal her hurts with all thy might
Hurt it less, vanquish the taste, 
Be thee friend and let her be strong again.


Ivy dapat merasakan tangannya mula pulih dan tidak lagi bergetar seperti tadi, Maleficent membelai rambut Ivy dengan lembut sebelum mengucup dahinya.

“Kamu ingat pertama kali kamu mendapat kayu sakti kamu?”

Kening Ivy ternaik sedikit, merasakan sesuatu yang aneh akan persoalan Ibunya namun dia tetap mengangguk. “Ya, 13 tahun dan Ivy hampir hancurkan satu kota—”

“Dan kau menyukainya.” Diaval tiba di sisi mereka, meletak talam tersebut dan tuang air kopi kedalam dua cawan. Satu air ditambah susu dan dua ketul gula sebelum berikan kepada Tuan dan anak jagaannya.

Ivy buat muka innocent dan menghirup kopi susu pemberian Diaval. “Teruja dapat kayu sakti.”

Maleficent tertawa kecil. “Kamu mungkin tidak mengetahuinya tapi Ibu ingin kamu tahu betapa bangganya Ibu bila kamu boleh menggunakan kayu sakti tersebut. Ibu risau ia tidak sesuai pada kamu.” Sekali lagi Maleficent membelai lembut pipi anaknya. “Nampaknya Ibu salah tentang kamu. Ivy sayang, Ibu pasti suatu hari nanti kamu akan jadi ahli sihir terhebat pernah lahir dan Ibu tidak akan pernah berhenti rasa berbangga mendapat kamu sebagai anak Ibu kerana Ibu tahu, kamu akan melakukan sesuatu yang menakjubkan.”

Senyuman Ivy sedikit pudar mendengar kata-kata Ibunya, dia ingin berasa bangga, dia ingin tersenyum lebar kerana ini, Ibunya memujinya. Mengatakan dia banggakan Ivy, gembira Ivy sebagai anaknya. Segala kerja keras Ivy untuk buktikan yang dia adalah anak Maleficent, sekuat ibunya, sehebat ahli sihir terkuat ditanah itu. Tapi tidak… dia rasa bersalah, rasa seperti dia telah menghampakan Ibunya.

Ivy tunduk memandang tangan yang memegang cawan telah memegang kayu sakti Apprientice, matanya membesar dan kembali mendongak memandang Maleficent. Jantungnya jatuh keperut melihat Maleficent, ahli sihir terkejat tersenyum sebegitu lebar pada Ivy, terlihat pada mata hijau Ibunya yang dia gembira atas pencapaian Ivy sehingga dia sampai ke tahap itu.

Maleficent menarik anaknya kedalam dakapannya, memeluk Ivy sambil membelai rambut Ivy dengan lembut, sebelum berbisik. “Now go my child, fulfill your destiny.”

-

Ivy bangun secara mengejut, mata terbuka luas memandang siling bilik. Dia menarik nafas dalam seperti dia tidak bernafas selama dia tidur dan menggenggam kedua tangannya untuk merasakan yang dia berada di alam reality; dan dia rasa kayu sakti berada di dalam tangan kanannya. Seumpama direnjat, dia bangkit dari baring dan melihat kayu sakti didalam tangannya. Jantung berdegup dengan kuat dan minda bermain pelbagai persoalan, hati digaul pelbagai perasaan. Setitis peluh jatuh membasahi kening dekat pada mata hijau yang merah, menyengit.

Tak… Tidak. Ivy menggeleng menolak segala perasaan dan fikiran itu ketepi, dia tidak boleh benarkan perasaan tersebut menguasai dirinya. Dia telah berjanji bukan? Dia tidak lagi menggunakan magicnya kearah kejahatan. Dia berjanji untuk menolong Louis bebas dari sumpahan Lady Morgana, menangkap Bloody Mary dan elakkan peperangan diantara Vicious dan Enchanted.

Ya, dia tahu peperangan itu akan berlaku tapi jika dia berjaya hapuskan sumpahan Louis, peperangan itu tidak akan berlaku. Dia tidak ingin sebarang peperangan terjadi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk elak Ibunya dan Wizard Merlin berlawan sekali lagi.

JIka itu berlaku… Dia harus memilik pihak.

Diaval yang berada di tiang rehatnya bersuara, memanggil Ivy dengan lembut menarik perhatian anak jagaannya semula. Tertanya jika Ivy tidak apa-apa.

Ivy memandang Diaval dengan senyuman halus. “Aku ok D. hanya mimpi ngeri… lagi. Mungkin aku perlu minta sleepless potion dari Apple Red.” Katanya dengan gelakan tawar sebelum dia mengubah tajuk. “Oh! Hansel dah kembali dari penyesiatannya ni hari dengan Gratel kan? Perfect!” kembali bersemangat, Ivy mencapai jaketya dan bergegas keluar mencari kawan-kawannya.

Diaval tidak mengekori Ivy, tidak. Dia hanya duduk di tiang rehatnya dengan mata dikecilkan pada pintu bilik. Sebelum dia mengembangkan sayapnya dan terbang keluar tingkap, menuju ke Kota.

.

.

“Alright witch, this better be good.” Gweneth memeluk tubuh, berdiri bersama-sama rakannya di bawah jambatan Gracious.

“Aku pasti apa je kau nak tunjuk pasti gempak.” Sahut Hanna teruja.

Ivy tersenyum bangga. “Thanks Hanna. Tapi tahan pujian tu, dan Gwen, percayalah. Korang akan buat sujud berterima kasih kat aku nanti.”

Apple Red ketawa dengan sopan. “So, apa kejutan yang kau nak tunjuk?”

Oh Come on!”

Mereka berempat memutar kepala mereka ke Gretel yang menarik abangnya turun dan mengheret ke sisi mereka. Senyuman Ivy naik wicked bila Hansel lontar renungan tajam kearahnya.

“Kau tak cakap pun pasal penonton, witch.

“Where’s the fun in that?” Usik Ivy dan low-five dengan Gretel. “Thanks heret dia ke sini.”

Gretel mengangkat bahu dengan senyuman serupa Ivy. “Eh, Tanggungjawab aku untuk malukan abang aku sendiri. So, Hans… Strip.”

“What?”

What?”

“Oh my…” Apple Red menutup mulutnya untuk sembunyikan senyuman halus terukir dihujung bibir.

“Korang dah hilang akal ke? Aku tak boleh strip depan Puteri-puteri ni!”

“Aku pasti dorang tak kesah Hans…” Ivy memandang kawannya. “Korang kesah tak?”

“Tak…” Gweneth dan Hanna menggeleng dengan serentak. “Tak langsung. Malah, Dipersilakan Encik Hansel.”

“Apple Red?” Gretel menunggu jawapan kawannya yang paling sopan.

Apple Red berdehem kecil membuat kawan perempuannya menahan ketawa dan bersuara dengan tenang. “Kita kena berpegang pada kata-kata kita. Saya mungkin tidak tahu apa yang kamu berdua janjikan tapi… ya, seorang budiman berpegang pada kata-katanya.”

Ivy dan Gretel kembali memandang Hansel, yang terngangah tidak percaya apa yang dia dengar dari Puteri pemalu itu walaupun mukanya merah. Jadi, Dia kena juga buat didepan tiga puteri ni?

“Oh you sly witch—

“No-no, kau tak layak untuk bercakap Hans, taruhan tetap taruhan dan aku ingin membalas budi mereka yang selama ni tolong aku. Be a good friend Hansel and strip.”

Hansel menuding jarinya kearah Ivy, bersedia untuk muntahkan segala ugutan atau makian ke muka ahli sihir itu tapi tiada apa yang keluar hanya dengusan geram dan sumpahan seranah dibawah nafasnya sementara dia mula membuka butang pada bajunya.

“Apa dia Encik Hansel?” Ajuk Ivy memasang telinga.

“I said, Okay!” Jerit Hansel dan mambuka kemejanya menayang sepapan otot perut yang mengiurkan. Ivy hanya boleh tersenyum melihat riaksi kawan-kawannya sementara Gretel menutup mulut menahan diri dari menyalak keudara.

Dan perkara paling memalukan terjadi. Seseorang bersiul dari jambatan atas mereka dan mereka semua mendongak, melihat Putera Philippe dan Putera Xiao Ai di situ dan kehadiran mereka menarik perhatian pelajar lalu lalang.

“Oh for Nightmare’s sake—

“You sly dog! No wonder kitorang tak dapat nak pikat mana-mana perempuan! Kau main tipu!” sahut Philippe sebelum ketawa pecah perut. Hansel tergugat untuk mempersembahkan jari kebanggaannya pada dua putera di atas. Dia hanya boleh memaki dalam diam dan teruskan melucutkan pakaiannya satu persatu sehingga ke seluar pendek sahaja.

“Oh Such a shame.” Ivy berdecit dan kembali pandang Hansel. “Kau tahu ke ni hari aku nak kutip hutang aku?”

“Tak, tapi aku tahu suatu hari nanti kau akan buat seperti ini—tapi takdelah se-ekstrim ni. Semenjak hari tu, aku sentiasa pakai ni sebagai langkah berjaga-jaga.”

“Ah, tapi itu sia-sia Encik Hansel. Taruhan kita kau terjun naked.” Senyuman Ivy makin lebar bila tiga kawannya menarik nafas terkejut. “That’s right girls. There’s more to see—Hansel!”

Tidak memberi peluang pada Ivy mengikut kehendaknya, Hansel terus melompat kedalam sungai yang sesejuk antartika. Ivy hanya boleh menampar dahi, geram sementara yang lain menjerit terkejut akan keberanian Hansel.

“Eddy dan G dah melepas tengok peluang keemasan ni.” Xiao Ai menggeleng dengan senyuman halus terukir dihujung bibirnya, melihat Hansel naik ke permukaan air dengan jeritan kesejukan.

>X<

“Apa?” Louis ingat Putera George dah nazak.

“Puteri Julliana telah menarik diri dari menjadi bakal isteri Putera George.” Ulangnya dengan tenang, cuba mengabaikan wajah-wajah terkejut raja dan permaisuri Enchanted.

“Bukankah perkahwinan antara Putera George dan Puteri Julliana telah diperjanjikan dari dua tahun lepas lagi? Tarikh perkahwinan mereka telah ditetapkan dan persediaan untuk majlis mereka hampir selesai—Mengapa Raja Charming menarik perjanjiannya pada saat terakhir secara tiba-tiba??” Permaisuri Salju cuba menahan kuasanya dari membeku seluruh kerabat diraja didalam bilik itu.

“Ini bukan arahan dari Ayahanda Patik tapi ia arahan patik sendiri.” Kata Putera Edward tenang. “Selaku Pemerintah baru, pengganti Raja Charming. Arahan pertama saya ialah membatalkan perjanjian perkahwinan antara Puteri Julliana dan Putera George.” Ulangnya sekali lagi. “Ini bukan niat untuk buruk pada Putera George mahupun sebarang rancangan untuk sabotajkan mana-mana kerajaan. Perkara ini hasil dari perbincangan antara Patik dan Adinda patik; dia yang meminta untuk berundur diri dan saya bersetuju.”

“Sila Tuanku Raja Edward, sila jelaskan supaya kami semua bersefahaman dengan niat Tuanku.” Raja Arthur bersuara dengan tenang, wajahnya juga menunjukkan dia terkejut tapi dia menerimanya lebih baik dari Permaisuri Erendelle.

“Puteri Julliana mengetahui risiko dan tanggungjawab menjadi seorang isteri kepada Putera Georgge dan juga sebagai bakal permaisuri Eidolon. Ia satu tanggungjawab yang berat dan patik tidak rasa dia dapat memikulnya dengan kesihatannya tidak seberapa baik.” Katanya dengan nada perlahan seperti dia tidak ingin membangkitkan sebab tersebut. “Putera George memerlukan seorang Permairusi yang tabah dan kuat untuk memikul tanggungjawab tersebut, kita semua tahu apa akan jadi dimasa depan pada kerajaan Eidolon…” sekali lagi pahit untuk dia menyambung dan kali ini dia biarkan ia tergantung disitu sahaja. Edward tersenyum tawar pada Putera George. “Patik berharap semuanya akan berakhir baik-baik saja dan minta maaf kerana mengumumkan berita buruk ini pada waktu sesingkat ini.” Dia tunduk sedikit pada mereka semua.

Wizard Merlin berdecit, menarik perhatian mereka semua dan melihat dia mengeluh sedih. “Jikalau begitu… nampaknya Tuanku kena cari bakal isteri baru.” Dia menjungkit kening tiga kali pada Louis. “Jadi, bagaimana dengan rancangan saya melamar Puteri Ezra pula?”

Saya bantah.” Suara dingin Permaisuri Salju membuat mereka menggigil, atas dua sebab.

Louis mengusap bahunya untuk mengekal panas dan menggeleng laju pada Wizard Merlin. “Tuan Merlin, Beta dah kata tidak. Puteri Ezra ada tanggungjawab sendiri untuk dipikul di Erendelle.”

“Hanya dia yang setanding Tuanku. Atau…. Tuanku mempunyai pilihan tersendiri akan siapa menjadi calon terbaru Tuanku?” Soalnya diantara nada mengusik dan penuh professional.

Tuan Merlin.” Tegur Raja Arthur pula sementara Putera Edward berdehem untuk sembunyikan tawa yang terlepas. “Perkahwinan Ananda beta bukan satu keutamaan sekarang. Pada waktu sekarang kita patut fikir persiapan Kerajaan Eidolon untuk menerima pemerintah baru mereka. Seluruh Enchanted harus diumumkan waktu bersejarah ini, tiada siapa harus tertinggal dan patik berharap persiapan dari Sultan Aladdin dan Maharani Wu Zetian mencapai waktu yang ditetapkan.”

“Jangan risau Raja Arthur.” Putera Edward bersuara setelah berjaya tenangkan hatinya yang terhibur. “Patik telah menghantar pertolongan ke kerajaan Eidolon sebagai tanda maaf patik pada Putera George. Patik berharap ia akan membantu mempercepatkan proses persiapan mereka.”

Permaisuri Erendelle hanya boleh mengeluh, suhu didalam bilik itu kembali normal tapi kedinginan matanya masih menusuk jiwa para lelaki di dalam bilik tersebut. “Jikalau begitu, bila Maharaja Enchanted akan memilih seorang isteri? Masa semakin singkat dan kita tidak boleh bermain match making. Patik berharap kamu sekurang-kurangnya ada senarai wanita yang kamu rasa layak untuk menjadi isteri kamu. Jika tidak… saya akan memilihnya.

“Jangan risau Tuanku Permaisuri.” Wizard Merlin bersuara sambil mengunyah sekeping biskut didalam tangan (mereka tertanya dari mana Wizard Merlin dapat biskut tu). “Putera George tahu macam mana nak pikat hati wanita—dan, tak salah jika Tuanku Permaisuri bersedia dengan senarai Tuanku Permaisuri sendiri.” Tambahnya kerana renungan Louis menandakan satu amaran padanya untuk berhenti mengusik.

“Baiklah jikalau seperti itu. Patik akan.”

Louis hanya boleh menggeleng dengan keluhan panjang. Mengapa perkara seperti ini sentiasa berlaku padanya?

>X<

 Ivy mengusap rambut perang dengan tuala sekuat yang mungkin sebelum empunya rambut serupa sarang burung ini bersin dan lari dari genggamannya.

“B-Bless you…?”

“Gau gelak la sesuka hadhi gau… a-aghu yang meradha sebab taruhad tag ghuna kau—” sekali lagi Hansel bersin dan Ivy ketawa pecah perut. Hilang keseimbangannya dan terus menyandar pada dinding korido sambil memegang perut.

“Padan muka sebab tak percayakan aku—” Ivy menarik nafas dalam sebelum menyambung rasa kemenangannya. “Tapi kau patut berterima kasih kat aku. Sekarang berbaris perempuan nak kat kau, now you can pick a girlfriend and—

“Aghu takda madsa unduk dhu la.” Hansel merampas tuala dari tangan Ivy dan keringkan rambut sendiri. “Aghu—Aku ada pembunuh nak diburuh—

“Dan apa perkembangan pemburuan korang?”

Hansel menjeling kearah Ivy yang terus buat muka innocent. Hansel kecilkan matanya. “Aku dah kata kan? Kau dah tak perlu tahu pasal benda ni lagi—Tiada bantahan.” Dia lontar tuala tersebut ke muka Ivy sebelum ahli sihir itu ingin bersuara. “Kalau kau nak tahu kau kena pujuk Putera George—dan aku pasti kacang putih je bagi kau sebab kau pandai menggoda—

Diam lah Hans!” Ivy melontar tuala itu semula pada Hansel dengan pipi sedikit merah. “Aku taknak Tanya dia, aku taknak dia risau.”

“Jadi, berhenti kacau tepi kain orang dan tak buat dia risau.”

“Tapi Aku akan risau.”

“tak, kau akan jadi seperti cacing kepanasan. Kerigitan—Ouch woman.” Hansel mengusap bahunya yang dipukul oleh Ivy. “Tak boleh ke kau tinggalkan je masalah ni kat kitorang dan kau urus hal kau sendiri. Aku dengar beberapa rakyat dari kerajaan lain sudah berpindah ke Eidolon. Kau tahu tak apa maksudnya tu?”

“Pertabalan Putera George semakin dekat?”

“High King George.” Hansel mengangguk, tangan di udara seperti menyuruh Ivy membayangkan gelaran Louis. “dan suatu hari nanti kau akan jadi High Queen Ivy—Oofhh.”

“Tak lawak la.”

Hansel mengusap tulang rusuknya sambil tersengih-sengih. “Siapa cakap aku berlawak?” senyuman Hansel berubah tenang bila dia lihat Ivy hanya diamkan diri, tertulis pada wajahnya yang dia tidak selesa dengan perbualan mereka. “Okay, macam ni la. Aku kongsi sedikit maklumat tentang kes Losing Heart setakat ni.”

“Betul ke?” Ekspressi wajah Ivy berubah membuatkan Hansel menarik sebuah senyuman nakal.

Hansel memeluk bahu kawannya. “Dan tengok kau mencebik pasal kekasih gelap kau—Okay-okay, aku berhenti.” Hansel kata bila Ivy naikkan siku. “Apapun, selepas gagal menangkap Bloody Mary, orang atasan naik berang dan kesabaran mereka makin tipis—

“SIapa orang atasan tu? Mind of the Believers?”

“Maklumat sulit.” Balas Hansel dengan renungan amaran, Ivy segera buat signal zip mulut. “ Mereka marah sebab pertabalan Putera George semakin dekat dan mereka taknak sebarang masalah datang dari Bloody Mary. Jadi Wizard Merlin sedang mencari cara untuk pastikan keselamatan Putera George terjamin sehingga dan selepas hari pertabalannya. Glinda the Good mengambil alih tanggungjawab Wizard Merlin sebagai Ahli sihir seluruh Enchanted.”

“Juga jadi guru aku. Cantik.” Kata Ivy dibawah nafasnya. “Kenapa Tuan Merlin tak bawa je aku sekali melindungi Putera George.”

“Aku pasti Putera kesayangan kau taknak kau buat macam tu. Ego seorang lelaki.” Balas Hansel, mengangkat kening tiga kali. “Lagipun, kau tahu kenapa. tolong guna otak kau tu untuk fikir logic sikit kenapa Wizard Merlin atau Glinda tak cadangkan kau untuk kejar Bloody Mary.”

“Sebab aku akan bunuh dia sebaik sahaja aku dapat tangkap dia?” katanya sambil mata dikerdip gedik.

Ivy.” Tegut Hansel, minta Ivy berserius.

Ahli sihir ini berdengus, menolak tangan Hansel dari bahunya. Mereka tiba di menara astronomy dan dia bersandar pada railing menara tersebut, tenungkan langit biru yang cerah bersama awan-awan gebu yang menenangkan. “Aku masih belum dapat mengawal kayu sakti ni sepenuhnya. Aku boleh bahayakan diri aku jika aku berlawan dengan dia. Aku kemungkinan akan kehausan magic atau lebih teruk brain damage dan takkan bangun lagi kalau kami bertempur.” Ivy berpaling pada Hansel disertakan renungan gelap dan ayat-ayat pahit. “Aku terlalu penting untuk pergi tangkap seseorang yang bukan tanggungjawab aku sebab, sebab aku dekat sini bukanlah untuk bloody Mary tapi pada masa Sumpahan Lady Morgana berlaku.”

Hansel mengeluh, mengusap belakang lehernya dengan rasa bersalah dan bergerak ke sisi Ivy, menyandar bersama Ivy. “Kau tahu ia bukan seperti itu kan?”

Ivy juga menghembus nafas panjang, segala kemarahannya hilang dan bahu jatuh sedih. “Aku tahu tapi… Maleficent… dia ibu aku. Kemungkinan ramalan Tuan Merlin akan berlaku terlalu tinggi.”

“Tapi kau sendiri kata Maleficent tidak ingin ikut serta kan?” Hansel cuba sedapkan hati kawannya. Ya, Hansel tahu tentang mimpi yang Ivy alami bahawa dia menjadi ahli sihir kejam cuba menghancurkan seluruh tanah Enchanted dan Vicious. Dah tentu Hansel tidak tahu dia dapat mimpi itu dari pukauan Bloody Mary tapi dari cendawan beracun. Setelah Ivy membuktikan cendawan beracun itu bukan membuat Ivy berhalusinasi, dia mula percaya kata-kata Ivy tentang dia menjadi villain terkejam pernah hidup diatas muka bumi. “Kalau journal tak masuk akal kau tu betul, takkan mimpi merapik kau ni pun tak betul kan?”

Ivy menyiku perut Hansel dengan senyuman kecil. “Bermaksud aku juga kemungkinan jadi villain tu.”

“Oh come on. Kita semua tahu Bloody Mary inginkan tempat tu, berdekad.” Hansel memutar bola matanya. “Kau ada nampak ke nenek tua tu dalam mimpi kau? Takde kan? Aku rasa punca kau jadi Villain sebab Bloody Mary tak sumpah George—aku tak tahu macam mana takdir boleh terjalin tapi aku tahu semua ni bukan kebetulan. Ada sebab ini semua berlaku, kau termakan cendawan tu dan dapat mimpi pelik-pelik. Ia satu petanda Ivy.”

“Petanda?” soalnya tidak dapat sembunyikan nada penuh dengan harapan.

Hansel mengangguk dengan senyuman, mengusap rambut Ivy dan rehatkannya pada bahunya. “Petanda yang baik. Percayalah, semuanya akan berakhir jauh lebih baik dari mimpi dan halusinasi yang kau lihat.”

Sebuah senyuman halus terukir pada hujung bibir nipis bersama hembusan nafas lega. “Aku harap kau betul.”

Hansel diam untuk seketika, matanya jauh termenung pagar pintu masuk Camelot sebelum bersuara. “Aku pasti.”

>X<

Louis hanya boleh lihat Putera Edward dan Wizard Merlin dengan penuh curiga. Kerana dua jejaka durjana dihadapannya cuba tidak tergelak setelah mengusiknya sepanjang perbincangan tadi. Sebaik sahaja Raja Arthur beredar bersama Permaisuri Salju, Putera Edward—atau dengan pangkat barunya, Raja Edward tidak henti melontarkan renungan mengusik kearahnya bersama senyuman kecil yang menahan diri. Tangan membancuh tehnya yang sudah sejuk, ternyata tidak berniat untuk minum minumannya sementara Wizard Merlin kelihatan lebih tenang tapi dengungan nada riangnya tidak dapat dielak dari Louis mensyaki mereka berdua tunggu saat yang sesuai untuk mereka menyambung usikan mereka.

Dan tekaan Louis betul.

“Dear Gracious—Kau patut tengok muka kau tadi.” Raja Edward tertawa bila muncung cawan dekat pada bibirnya. Dia meletak minuman tak tersentuh itu semula diatas meja dengan gelengan terhibur. “Sumpah hanya seorang sahaja yang tak tahu tentang kau dan Ahli sihir tu dan dia ialah ahli sihir paling menggerunkan dalam Enchanted. Tambahan pula dia seorang Permaisuri. Bayangkan kalau Ivy dapat pangkat tu?” Raja Edward tertawa menepuk tangan. “Tergugat Permaisuri Erendelle!”

Muka Louis naik merah dan segera menggeleng, menepis perasaan tersebut. “Kamu berdua sungguh tak professional. Terutamanya Tuan, adakah Tuan berniat untuk beritahu pada perbincangan itu juga?

Wizard Merlin berikan senyuman manis yang sangat tidak membantu. “Saya tak lihat mengapa ia suatu perkara yang rumit. Lambat laun semua akan tahu hubungan kamu berdua.”

“Dan ia akan membangkitkan tanda Tanya pada seluruh Enchanted; bagaimana? Bagaimana saya boleh bersama Ivy the Devil sedangkan saya masih bertunang dengan Puteri Julliana—maaf Ed.

“Tak perlu.” Balas Edward dengan senyuman.

“Saya ingin perkara ini diumumkan bila situasi sedikit redah. Sekarang bukan masa yang sesuai Tuan.”

“Dan bila agaknya? Bila kamu menjadi High King?” Soal Wizard Merlin tanpa ada nada pahit. “Jangan kata kamu nak umumkan secara mengejut? Perangai Ivy dah berjangkit pada kamu.”

“Two peas in a pot.” Raja Edward bersetuju. “Baiklah, kami minta maaf tapi apa kami boleh buat? Ia subject yang sukar dielakkan dan melihat kau kerigitan seperti cacing kepanasan di tempat kau sangat menyeronokkan. Betul tuan?”

Wizard Merlin hanya ketawa.

“Hardy-har-har… Hilarious.”

“Maaf.” Edward menutup mulutnya menahan ketawa sebelum depakan satu lagi untuk menepuk belakang kawannya. “Apakata kita keluar ke padang dan bersaling pedang sebelum kembali ke Academy? Sudah berapa bulan kita tak panaskan badan bersama-sama?”

Louis tersenyum. “Heh, kali terakhir kita bersilang pedang, kau kalah Ed dan bersumpah tidak lagi bermain dengan aku.”

“AKu tukar fikiran.” Jawab Edward selamba buat dua rakan ini tertawa. “Macam mana?”

“Dah tentu. Lagipun, aku sedang menunggu seseorang untuk tiba ni hari.”

“Ohoooo~~ adakah satria lagenda kau tu?”

“Tak lain dan tak bukan.” Balas Louis dengan bangga. “Apakata kau pergi dahulu Ed, aku masih ada urusan untuk dibincangkan dengan Tuan Merlin.”

“Sudah tentu.” Edward bangun dari tempat duduknya, mengucap selamat tinggal pada Wizard Merlin sebelum beredar pergi.

Louis berpaling pada Wizard Merlin yang juga merupakan penjaganya dari kecil. “Baiklah Tuan?”

“Laporan tentang Bloody Mary?”

Louis mengangguk, senyuman pada wajahnya digantikan dengan garisan lurus yang tegas. “Wizard Trude sudah dapat surat panggilan beta?”

Wizard Merlin mengangguk. “Dia berbesar hati Tuanku inginkan pertolongannya untuk menangkap Bloody Mary. Sebaik sahaja surat Tuanku sampai, dia terus memikirkan berpuluh rancangan bagaimana untuk menangkap Bloody Mary.” Wizard Merlin berhenti untuk menghirup teh Oolongnya. “.”

“Hansel tidak pergi ke padang sendiri?”

“Dia mempunyai hutang yang dia perlu langsaikan pada Anak murid saya.” Kata Wizard Merlin dengan senyuman halus dihujung bibirnya. “Dan saya ingin dia mengundur diri dari kes ini dan kembali ke Gracious untuk beberapa hari. Saya ingin dia memantau Cik Ivy sementara saya dan Diaval tiada di sisinya.”

“Mengapa dengan Ivy?” Soal Louis risau. Ototnya tegang bila kedengaran Ivy seperti dalam bahaya.

“Hanya sedikit lemah semangat kerana mendapat Glinda the Good sebagai pengajarnya semester ini. Tuan jangan risau.” Wizard merlin berikan senyuman yang menenangkan. “Dia pasti cari tempat untuk meluah kalau bukan pada Diaval, saya, Tuanku dan Hansel. Memandangkan kita bertiga agak sibuk, saya inginkan Hansel berada di sisinya untuk dengar dia meroyan dari bakar satu Academy pula.”

Louis tertawa lega. “Kemana Diaval pula?”

“Tuan jangan risau tentangnya. Burung itu hanya mengikut perintah anak jagaannya dan menikmati dirinya di Pixie hollow dan sekitar Camelot.” Wizard Merlin meletak cawannya keatas meja dengan perlahan. “Kembali pada laporan Bloody Mary. Nampaknya dua minggu ini tiada kes kematian direkodkan. Nampaknya dia sedang bersembunyi—

“Atau berjaya melepaskan diri.”

Wizard Merlin menggeleng. “Dia tidak dapat lari kali ini. Pelindung The Royal Faries berhasil dan ia dapat mengesan sesiapa sahaja keluar masuk Camelot. Malah saya yang selalu teleport dari tempat ke tempat. Mereka masih dapat merasakan kehadiran ahli sihir itu di sini dan pasukan Gretel Gingermen sedang mengawal kawasan sepanjang masa. Sedikit kesilapan dari Bloody Mary dan dia tertangkap.”

“DIa takkan lama sehingga dia terdesak ingin makan hati…” Louis tersenyum puas, akhirnya bertahun pencarian mereka tentang kes Losing Heart ini akan berakhir jua dan dia dapat menangkap si penjahat yang malapetakakan seluruh keluarganya. “Pengadilan bagi Lady Morgana akan tiba.”

“Dia pasti bangga mendapat anak buah seperti kamu. Dari membencinya, kamu cuba untuk cari kebenaran.”

“Ivy yang buka mata aku tentang Lady Morgana.” Katanya dengan senyuman yang lembut. “Bukan semua orang dilahirkan jahat dan… sesiapa sahaja berhak menerima peluang kedua.”

“Dan… saya bersetuju Tuanku.” Wizard Merlin mengangguk dan selitkan kesemua makanan ringannya kedalam topi semula. “Baiklah, saya kena kembali ke Gracious untuk melihat perkembangan anak murid saya. Saya dengar dia dah mula belajar magic bersama Glinda the Good.”

“Akhirnya?” Louis tertawa kecil, bangkit bila Wizard Merlin juga bangkit. “Dan saya dah lama tertanya, mengapa Glinda the Good? Dan tak Royal Faries sendiri mengajarnya? Bukankah kayu sakti tu diperbuat dari magic mereka farriers?”

“Ini lebih dari pembelajaran Tuanku.” Kata Wizard Merlin sementara mereka keluar dari bilik tersebut. Menunggu Louis untuk menutup pintu sebelum bergerak bersama. “It’s redemption.”

“Kepada siapa?”

“Glinda The Good dan Maleficent.” Katanya membuat mata Louis membesar. “Wicked.”

“Maleficent ialah wicked witch of—

“Ah ananda.” Louis berpaling ke hadapan melihat ayahandanya berada di hujung korido dan segera komposkan dirinya semula. Dia tidak perlu tapi ia sudah menjadi tabiat pada Louis untuk kelihatan kemas dihadapan ayahandanya. “Ayahanda ingin bercakap dengan kamu untuk seketika. Tuan Merlin.” Sapa Raja Arthur dan dibalas dengan senyuman manis Merlin.

“Adakah Permaisuri Erendelle telah dihantar kembali?” soal Louis dan mendekati ayahandanya bersama Wizard Merlin.

“Ya, ya. Dia telah kembali ke Erendelle sebentar tadi. Apapun, ayahanda ingin kamu lakukan sesuatu untuk ayahanda.” Katanya dan meletak tangan dibahu Louis dengan lembut.

Louis mula tak sedap hati. “Adakah memberi senarai wanita saya pilih untuk dijadikan isteri saya?”

“Louis…” sebuah senyuman halus terukir pada wajah tegas Raja Arthur. “Kita tahu betapa pendeknya senarai kamu.”

“HAH! Arthur buat lawak.” Wizard Merlin berdekah keudara sebelum berlari ke tingkap untuk melihat langit. “Saya pasti saya lihat kerbau terbang tadi!”

Louis kembali memandang Ayahandanya dengan senyuman, bercampur dengan kebuntuan. “Um… Jadi apa Ayahanda ingin saya lakukan?”

“Ayahanda berniat ingin menghantar pekerja istana untuk sampaikannya namun Ayahanda rasa ia lebih baik kamu yang lakukannya.” Katanya dan keluarkan sepucuk surat dari poket kotnya. Hulurkannya pada Louis.

Si Putera menerimanya dengan penuh tanda Tanya. Melihat cop mohor Ayahandanya juga ada diatas sampul surat itu menandakan sesiapa sahaja menerimanya wajib mengikut arahan.

“Ia lebih kepada jemputan.” Kata Raja Arthur faham ekspressi wajah anaknya. “Untuk Ahli sihir muda tu. Anak murid Wizard Merlin, Ivy?”

Sekali lagi Wizard Merlin ketawa berdekah-dekah dan hampir jatuh dari tingkap istana hanya kerana ingin pastikan dia tidak terlepas pandang kerbau terbang pada tengahari buta.

Raja Arthur hanya boleh menggeleng melihat perangai orang tua itu. Louis pula tergamam, matanya membulat cuak melihat Ayahandanya.

Raja Arthur tersenyum sekali lagi dan memicit bahu anandanya menyuruh dia bertenang. “Beta, mengarahkan kamu, Putera George untuk sampaikan surat jemputan ini kepada Ivy the Devil untuk menghadiri makan malam bersama Keluarga Pendragon pada hujung minggu ini.” Raja Arthur perasan wajah anaknya memucat. “Dan Ayahanda tahu dah berminggu korang tak bertemu. Consider this a quick vacation.” Kata ayahandanya dengan kenyitan mata, tidak boleh tidak mengusik anandanya bila sebegitu rupa. “Dan Emrys, jauhkan diri dari tingkap tu orang tua dan temankan saya ke bilik saya. Saya perlukan beberapa kepastian dari kamu.”

Wizard Merlin turun dari tingkap istana dan menutupnya semula. Sebuah senyuman lebar terukir diwajahnya disembunyikan dengan dehem yang agak palsu. “Dah tentu Tuanku.” Katanya dan mengekori Raja Arthur. Tapi sempat menepuk bahu Louis dan berbisik lagu tradisional perkahwinan pada telinga Louis.

“Tuan!” sahutnya segan dan ahli sihir tua itu berlari anak mengangkat jubahnya mengejar Raja Arthur.

“Bertenang! Taknak orang-orang Tuanku Putera melihat kamu seperti ini nanti malam!” sahutnya dari jauh dengan gelak ketawa yang besar.

Bila dua pembesar itu jauh dari pandangan, Louis turunkan semula pandangannya pada sampul surat didalam tangannya. Wajah yang pucat kembali merah memikirkan pelbagai kemungkinan mengapa Ayahandanya ingin Ahli sihirnya datang makan malam bersama-sama. Dia ingin membuka sampul surat tersebut untuk kepastian apa yang terkandung didalam surat tersebut namun itu kira kurang sopan memandangkan ia untuk Ivy dan bukan untuknya. Meskipun… terbayangkan Ivy makan bersama-sama mereka ialah suatu impian menjadi nyata bagi Louis dan dia tidak menyangka ia akan terjadi dalam masa terdekat itu. Dia ingat dia perlukan lebih banyak masa untuk yakinkan Ayahandanya tapi… ini….

Louis segera menggeleng. Dia tidak boleh berharap terlalu tinggi, niat raja Arthur mengajak Ivy makan malam pasti beribu. Mungkin ia urusan kerja semata-mata, atau untuk menyambut kegemilangan Ivy mendapatkan kayu sakti apprientice dan makan malam peribadi tanda Raja Arthur ingin menyampai tahniahnya. Atau… Raja Arthur akhirnya… terima Ivy? Terima hubungan mereka?”

Tak, tak, tak… Tak Louis kau tak boleh fikir sejauh tu. Jangan hampakan diri kau sendiri dan tunggu bila Ivy the Devil buka sampul surat itu sendiri.

Mengangguk pada monolognya, Louis masukkan sampul surat tersebut kedalam kotnya, menepuk dada memastikan sampul surat itu selamat didalam dan berjalan ke padang latihan dimana Raja Edward sedang tertunggu.

“Siapa sangka, aku kembali dan mendengar berita sebegitu gembira untuk kau.”

Mata Louis membulat dan berpaling pada laluan kiri istana, seorang lelaki berperisai perak lengkap menyandar pada dinding dengan senyuman sinis yang menayangkan gigi taring yang menawan. Rambut perang yang diikat separuh untuk melihat jelar mata emas yang bersinar kerana terhibur akan berita dia dengar sebaik sahaja dia tiba.

Senyuman Louis juga naik lebar.

Jack!”

>X<

Tangan Ivy berhenti membancuh potion didalam mini cauldron dan segera menyentuh dadanya yang terasa hangat secara tiba-tiba. Tertanya mengapa dia rasa sebegitu tenang, gembira sedangkan dia sedang gementar sebentar tadi kerana membancuh potion membunuh dihadapan matanya.

“Ivy! Focus, kau nak potion ni meletup ke?” Soal Apple Red, memetik jari menarik perhatian kawannya. “Teruskan menggaul.”

“Oh maaf.” Ivy menyambung kerjanya tapi perasaan hangat dan jantungnya berdegup girang tetap menjadi tumpuannya.

Mengapa dia rasa seperti itu?

>X<

(A/N: HE’S BACK! HE IS BACK PEEPS! THIS MOTHER____ER IS BACK AND READY TO TWIST UOLLS LITTLE HEART! MWAHAHAHA)


Update: 7/72018 ada sedikit pengubahsuaian jalan cerita didalam bab ini untuk memastikan ia sesuai untuk perjalanan bab yang akan datang! :D

Comments

  1. Replies
    1. no, for not theres no new T__T

      I'm sorry love

      Delete
  2. Hai dear writer.. any hint for a new entries? I've been waiting for 3 month for u to update it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Love, I can't say much sebab right now I tons of work this semester. I only have so lil time to write and right now I'm trying to rewrite the future plot since most of the idea are gone lol. but Don't worry,the new chapter will return as soon as I finish the semester. ^_^

      and thank you for keep coming T__T *Sobbbbssss*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts