LMN: Prologue


(A/N: Dear my beloved readers.. cheawah! cam surat wasiat plak ni.. hehehe.. oh anyways, angah tahu ada lagi novel baru... masaklah angah sekarang ni, 3 novel in one... hahaha.... so, as I was saying, Novel ni lain dari yang lain sebab.... korang boleh katakan ia cabaran dari my BFF who design the blog, Aiema.... This is Specially for that spoiled brat. haha, wish you like it Aiiema,,, if not, I'll get you for cracking my brain to write this novel. anyways.... ENJOY!!! ^___^
_____________________________________________________________________________________________
matahari terbit menerangi kota Xiansevera.. unggar berkicauan umpama bergembira menikmati paginya seperti biasa.. malangnya aq TIDAK! OMG! OMG! aq dha lambat untuk kerja sambilan ku!!jerit hatiku tanpa menyedari bahawa hari ini akan menjadi hari yang paling extreme dari hari-hari yang lain.

langkahku di lajukan apabila mendengar speaker di train station berteriak bahawa kereta api ke Shinoya akan berlepas tidak lama lagi. apa lagi, pasangkan kaki anda dan mula mengatur langkah turun ke platform dan dah nampak yang pintu automatik tu dha nak tertutup. no,no,no! tunggu aku!! aku terus melompat masuk kedalam train. Yes!! sempat juga aku masuk ke dlm sebelum ia tertutup rapat. nasib baik aku ni kurus dan slim, klau x ada aku melekat d pintu sampai tiba di Shinoya nanti.

"aduh! sorry encik. maaf." cantik.... dapat masuk train tapi telanggar pakcik ni pula... hei... tak pa.. asalkan dapat naik. "aduh!! sorry miss, tak sengaja." heeeeyy!!! tepijak kaki orang pula! sesak betullah tempat ni! aku cepat cari trmpat dan berpegang dengan pemegang yang telah tersedia d dalam train ni. selesai masalah dari langgar orang.

masalahku belum selesai lagi. tak, ini baru permulaan. nanti ada yang lebih trajis dari yang ni. alahai... kenapa lah aq ambil parttime dekat kedai antik tu? dah lah mulut madam tu mulut burung murai, muka masam terlebih garam.. di tambah pula lada hitam berbulu kat atas mulut. masak aku setiap kali jumpa dia. kenapa? ceramaaaaah.... terus, entah apa salahku sampai aku sendiri selalu kena ceramah. apa boleh buat, nasib badan. lagi pun, bukan niatku nak terus stay kerja d sana, aku kekal sebab sekolah dekat dgn tempat tu dan gajinya agak lumayan. maklumlah aku ni tak nak susahkan Abi dan abang2 aku. biarlah dlam usia yg muda ini aku mencari rezaki dan pengalaman. so, nanti besar senang sikit hidup. Lagipun, bila sesi persekolahan bermula nanti, aku takkan kerja di tempat neraka tu lagi. Kalau, KALAU aku dapat masuk ke Imperial Academy. Ya, aku cuba nasib untuk masuk ke sekolah orang kaya tu. mana tahu dapat biasiswa masuk ke sana, mana kita tahu kan? Kalau, KALAU aku dapat masuk, cerah sikit masa depan aku untuk mencapai cita-cita yang tak seberapa ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita telah tiba di Shinoya, tolong tunggu sehingga kereta api ini berhenti dan pintu terbuka untuk keluar. Sila gunakan pintu sebelah kiri untuk melangkah keluar. Terima kasih.

Ah! akhirnya tiba juga. Tanpa membuang masa aku ke pintu berdekatan dan melangkah keluar dari kereta api sebaik sahaja pintu terbuka dan naik ke dasar. Dengan langkah seperti lipas kudung, hatiku berharap agar madam tidak akan marahkan aku kerana lewat sedikit. aku melihat jam tangan, dah pukul 6.46. ALAMAK! ini bukan di marah.. dah kena sembelih ni! 10 minit lagi dah buka kedai dan makan masa 30 minit dari station ke sana.

Langkah dinaikkan gear lima dari kelajuan lipas kudung ke burung phoenix, dah terbayang-bayang wajah madam yang bercekak pinggang dgn mulut berkumat kamit mencarut, tambah pula tahi lalatnya yang terhuyung-hayang dan...

PACK!! GDEBUK!!
aduh... du.. du..duh.... sakitnya buntut aku.. heeey, kena minta maaf lagi. ini dah kali ke3 aku langgar orang. Mesti aku kena maki-hamun lagi ni…

"sorry..."

aku mendongak melihat lelaki yang aku langgar tadi terkejut, kenapa dia minta maaf? aku yang langgar dia dan kenapa dia… mak oi!!! KOTORNYA!! eh? bukan, bukan... bukan kotor tapi comot. tak kau tekejut nampak bajunya penuh dgn warna, cat yng warna warni. selekeh lagi tu. dengan cap nike warna pudar, seluar treck putih dan baju biru pudar yang berlumuran dengan pastel. Kenapa? Dengan melihat barang yang jatuh bertaburan di lantai, medium canvas beg, color brief case yang terbuka luas dan estel kecil. "awak ni pelukis ke?"

dia menunjukkan muka masam dan berdengus kepadaku sambil mengutip barangnya. eh? aku ada salah cakap ke? aduh!! palui, tentulah dia marah sebab aku main tanya je. Sepatutnya minta maaf ke.. maafkan dia ke..

"yes and excuse me but i'm in a hurry."

Wah! BI! tanpa membuang masa, aku tolong kemaskan barangnya. "Let me help you with you belonging."

mamat tu memandang kearahku dan tersenyum. machonya... "trimas"

nanti, dia cakap BM? siapa mamat ni? ah! lantaklah, yang pentimg aku tak perlu bersusah payah nak memeras otak berspeaking dengan dia. "no hal. hi, Im Aiena syafleena. Aiena je." aku menghulurkan tangan sambil membawa brief casenya. alah... tolong menolongkan amalam mulia.

dia menyambut tanganku. "Hey, Au- Izzat."

izzat je? oookay... what everlah. "nah... sorry aku langgar kau tadi." Aku terus menghulurkan brief casenya. Sorry, nak beborak dengan budak artisan tapi, madam dah naik berang dah tu kat kedai antic sekarang ni..

dia memandang wajah ku seketika dan tersnyum. kenapa? ada sesuatu ke dimuka aku ni?

"kalau sorry, jom ikut aku." katanya terus menarik tanganku yang membawa brief casenya.

apa? tak sempat aku nak bertindak, secara automatik, kami berdua telah mengatur langkah berlari turun semula ke train station bawah tanah.

"nanti! madam akan-"

"kalau kau stop sekarang, lelaki2 in black tu akan tangkap kau." katanya slamber sambil menarik aku ke platform tiga. "ah! pintu dah nak ttutup. cantiklah!" lelaki yang menarik aku melompat masuk ke dalam train dan mengikut firasat yang sudah takut ni, aku terus join in sekali tanpa berfikir panjang. pintu train serta merta tertutup sebaik saja aku masuk kedalam train.

kami berdua termengah-mengah mengumpul nafas kami semula dari berlari dari man in black tu tadi. selamat juga akhirnya, walaupun aku tak kenal sangat mamat ni, tapi entah kenapa aku sanggup ikut dia ke sini walaupun aku ada can larikan diri time dia sendiri lompat masuk dalam train.

"jangan rasa lega dulu. nanti di Ottawa, lebih banyak Man in Black(MIB) menunggu serbu kita." katanya dengan senyuman sinis.

Aku mendongak memandang lelaki mistery ini dengan riak wajah terkejut. "apa?! kau ni siapa? tetiba tarik aku sekali dalam projek kejar mengejar kau? kau nak jual aku erk?"

mamat tu tertawa kecil. okay, memang nampak comel tapi tetap sengal. benda cam ni tak boleh bawa main. oh tidak... adakah lelaki ni jadi buruan orang kaya sebab dah rosakkan anak dara orang? nampak dari mukanya ni dah tahu mamat ni playboy dan aku jadi mangsa seterusnya ke? tak nak aku!!

"Dengar, ini plannya." aku tersentak dari lamunanku apabila mendengar dia mula bersuara, wajahnya yang ketawa dah jadi serius giler. "MIB tu tentu dha ada di platform Ottawa, tunggu kita dan apabila kita sampai ke sana, aku nak kita lari selaju yang mungkin dan dengan orang ramai time jam 7 cam ni, tentu kita dapat larikan diri." katanya dengan memandang jam tangan buatan Polonya itu.

apa? jam berapa? aku menarik tangan mamat ni dan melihat jam. 7. 32? OMG!!! aku dah lambat!! Kedai dah buka dah!! Aku lebih jauh dari tempat kerjaku. habislah... mesti madam akan bunuh aku, disiang2 kulit ku jadikan jaket kulit.

kereta api akan tiba d platform ottawa sebentar lagi, di minta para penumpang sila bersedia dan tunggu pintu terbuka secara au....

haah... cepatnya, kami akan berlari lagi sekali.. malang betul nasib ku dengan mamat ni.

tanpa di sedari, aku merasakan ada orang memegang tanganku dan dia ialah.. izzat? dia tersenyum manis kepadaku sambil memegang erat tanganku. Ikutkan hati, nak aku tampar mamat ni. Takda orang berani pegang tangan aku tanpa izin aku. kau orang pertama kau tahu! Nasib baik sekarang ni saat-saat thriller kalau tak, dah lama kepala terpisah dari jasad.

Dia memandang kearahku dengan senyuman manis membuat hatiku yang membara malap dengan sekelip mata. "kita boleh lakukannya." mak oi!!! kenapa jantung ku berdegup laju ni? jangan cakap aku dah fall kat mamat playboy ni sudah. Eeee! Tak nak aku!

Apabila tiba di platform Ottawa, aku dapat lihat sekumpulan MIB sedang mengawal di luar... lima, enam, tujuh, sembilan... mak oi!! sedozen! walaupun orang banyak di platform ni, orang2 MIB tetap dapat di lihat. aku menjeling melihat lelaki d sebelahku. dia tersenyum gembira seperti dia nikmati keadaan yang dia alami sekang. serius ni, dia masih waras kea tau wayar bumi dalam otak dia dah terputus?

"ok! sedia..."

kereta api sudah sampai di perhentiannya dan MIB turut bersedia menunggu pintu train terbuka.

"lari!" kata izzat sebaik sahaja pintu train terbuka. kami mengatur langkah bergerak keluar dari train dan melalui orang ramai. MIB turut bergerak di kalangan orang ramai untuk mencapai kami. sempit tapi dia tetap tidak lepaskan tanganku. adakalanya dia memeluk bahuku apabila ada orang nak pisahkan kami. ini memang menyeksakan. siapa sebenarnya mamat ni? kenapa aku tak belasah dia time dia hug aku? kenapa aku selesa sangat dengan dia ni? OMG! aku dah jadi miang ke??

kami berjaya keluar dari train station dan tanpa berlengah lagi dia mengangkat tangan memanggil salah satu teksi yang parking di sekitar kawasan. kami segera naik ke dalam kereta dan memecut pergi meninggalkan BIM di belakang. yes! akhirnya tamat juga sesi kejar mengejar. Aku dapat melihat memalui cermin tingkap si MIB menendang angin melepaskan marah kerana gagal menangkap kami. Aku sempat menuang minyak keatas api dengan memberi satu lambaian disertakan senyuman nakal kepada mereka. “Better luck next time!!”

"happy nampak."

aku tersentak, terus berpatur memandang kearahnya dan perasan sesuatu yang amat memalukan. Kami masih berpegangan tangan. segera aku manarik tangan dan memeluk tubuh, aku dapat rasakan muka ku naik merah menahan malu.

"jangan nak mengada sana." kataku seperti orang sedikit marah. marah? sedikit pun tak malah, aku suka. ish! Bukan suka tu okay.. suka kenakan MIB tu.

dia tertawa kecil dan majukan badannya kehadapan mendekati driver. "Asriando street please."

driver tersebut mengangguk dan tingkatkan kelajuan keretanya setelah mengetahui arah tuju kami.

"nak ke mana? kau tak plan nak kidnap aku, dan jual aku kat luar negara kan?" menuding jari kearahnya membuat dia sedikit terkejut. tahu takut. kecil-kecil aku ni boleh lawan juga tau.

dia akhirnya tersenyum dan menyandar seperti tidak terasa terancam. "ke studio saya dan kamu tak kisah kan?" dia soal dengan senyuman yng masih segar di wajahnya.

"tak kisah? TAK KISAH??? AKU SANGAT KIS-" ayatku terhenti apabila lelaki d depan mataku ni tidak memberi sebarang respon apabila suaraku, aku naikkan. tak guna, dia tidur rupanya. pandai mamat ni mengelak. Aku kembali duduk memandang keluar tingkap dengan tangan bersimpul. Tak guna, nampak je cute tapi sengal seribu kali sengal. Kenapalah aku terjumpa dengan mamat ni? kenapa lah aku terlampau baik hati sangat hingga nak berkenalan dengan dia? Mentanglah aku ni minat lukisan. Mentanglah aku jarang jumpa artisan. Mentanglah aku ni buta Seni, kenapalah aku sapa dia? Kenapa aku tak bagi je brief case tu dengan dia dan terus pecut lari. Kalau aku buat cam tu dah lama aku tiba di kedai Madam, biarlah kena marah asalkan selamat dari mamat ni. Sekarang, nampak apa dah jadi? Aku stuck dalam teksi dengan dia yang sedang tidur lena tan-

eh? kenapa aku tak ambil kesempatan ni untuk lari? bukannya aku kenal sangat pun mamat ni. mencurigakan adalah; bawa lari anak dara orang(akulah!), di kejar MIB, rosakkan anak dara orang kaya, player, womanizer. lagilah aku tak nak dekat.. bukan.. tak nak kenal dia!

so, aku dah buat keputusan untuk lari. aku mendekati driver untuk berbisik suruh dia stop d stesen minyak berdekatan. setelah beritahu driver ni, aku menyandar semula rasa sedikit lega apabila aku dapat peluang untuk larikan diri.

kakiku terlanggar beg canvas yang berada di antara kaki kami. sementara menunggu tiba di stesen minyak, tak salah kan aku nampak apa isi kandungannya kan? mana tahu ada gambar sexy lady ke, clubbing ke? orang player mustahil tak melukis benda cam tu kan? so, aku bukalah zipnya dan melihat lukisan yang dia lakar.

Woah.... sebuah lukisan fountain di Shinoya main park bersama sekumpulan kanak2 sekolah sedang berjalan melalui tepi fountain tersebut. terdapat seorang pemain gitar duduk di tepi fountain dan beberapa orang sedang menikmati lagu yang sedang didendangkan. burung merpati beterbangan semasa pelajar tersebut bergerak pergi. pemandangan yang sangat cantik, pemandangan waktu pagi yang sangat indah.

aku memadang kerah wajahnya dan mencebik. tak guna, kau dah buat aku tarik balik kata2 ku pasal kau. kau ni sebenarnya siapa? Kau kan player, kenapa nak lukis benda cantik cam ni? lukislah perempuan seksi… ish, menyampah aku nampak lukisan dia ni. tak sama dengan personalitynya, LANGSUNG!!

Aku kembali melihat lukisan mamat player ni dan muncul sesuatu dari kepala otak ni. "encik, batal singgah kat stesen minyak. terus je ke studio." aku tersenyum sendiri. ya, ke studio, kalau dia lukis secantik ni, tentu ada lukisan yang lebih cantik dari inikan? tentu ada. aku nak nampak semua tu. jangan salah faham okay. aku buat ni bukan sebab aku dah fall kat dia tapi aku dah fall kat lukisannya, aku nak pastikan jika dia ni player ke tidak. aku tahu, aku tahu... ia macam satu alasan tapi.. No Way in a million years aku nak fall dengan mamat ni. Lagipun, aku rasa dia bukannya jahat mana pun kalau nampak muka dia betul-betul.

sebaik sahaja kami tiba di asriando street, aku kejutkan mamat ni. tak susah, cuma goyangkan bahunya sedikit dan dah terbangun. Light sleeper rupanya dia ni. dia membayar kos pengangkutan dan kami keluar dari kereta. aku apa lagi, ikut jelah ke mana mamat ni pergi.

rasa cam semua orang di sekeliling kami sedang memasang mata kat kami. apa tidaknya, dia asyik pegang tangan aku je. aku nak lepaskan, dia genggam lebih erat pula. masak aku dengan mamat ni. mungkin takut mangsanya lepas tak? ish, Aiena! Ingat apa misi kau ke sini, nak buktikan teorimu tentang mamat ni. jangan nak menuduh sembarangan!

Kalau betul pun.. apalah dia nak dari perempuan miskin dari aku ni? kalau duit, confirm tak
dapat punya, jadi girlfriend? jangan nak beranganlah Aiena... baru je kenal dua jam lalu takkan nak kapel dha? atau... dia nak jual aku untuk dapatkan duit dan lunaskan hutangnya dengan orang2 MIB tu? tak mungkin!!

"hoi, sampai bila kau nak menghayal tu hah?"

aku tersentak dari lamunanku apabila dia memanggil. not to mention no manners. Aku ada namalah! eh? aku pandang kekiri dan ke kanan.. apa?

"dimana kita ni?" soalku selepas melihat persekitaran ysng tidak di kenali. nampaknya ada juga bahagian lorong bandar ottawa aku tak tahu yea? sunyi je kawasan ni, tak da orang ke? time jam lapan cam ni selalunya bandar ottawa dah sibuk. kenapa senyap semacam je ni. jangan.. jangan dia nak... alamak!! aku masih belum puas hidup di dunia ni!!

aku terdengar dia tertawa lalu aku terus mendongak memandang mamat ni. bagi seorang perempuan yamg pendeknya 153cm memang fikir dia tinggi tapi untuk perempuan model tentu mamat ni tergolong mamat yang pendek. Kira-kira 159cm agaknya mamat ni.

"jangan risau, kawasan ni hanya untuk golongan yang cari ketenangan jiwa saja. di sebelah studioku kepunyaan encik johnson, dia suka buat poetry dan sewa kedai tu untuk tempat mencari inspirasi. di sebelah sini pula Miss levender, dia dah lingkungan 50-an dan ada penyakit 'menyendiri' jadi anaknya sewa bilik tu untuk dia jika dia nak bersendirian dan di-"

"aku tak tanya tu. aku tanya kita di mana?" jawabku dengan tegas. sebenarnya aku malas dengar dia lanjutkan penerangannya yang entah apa2 tu. "aku tak tanya pun siapa tinggal dekat sini ke tak."

dia menarik sengih,dia melepaska tanganku dan membuka pintu yang berada di hadapan kami. "tak jelas ke lagi? kita di studioku, kau sendiri yang cakap cam tu ke driver taxsi tu kan?” Apa? Dia dengar aku cakap tadi tu ke? Dia tak tidur rupanya! “…dan aku beritahu kau sebab kau senang sangat di baca. tentu kau risau aku akan apa-apakan kau kan?" dia tersenyum nakal menyakatku dan membuka pintu memberikan laluan untukku masuk dahulu. "lagipun, aku tak bernafsu dengan kau. Lady first…"

what the.... its official, i hate this man. aku meghentak kaki masuk kedalam studionya dan perasaan marahku bertukar menjadi kagum apabila melihat pelbagai masterpiece dalam studio ini. dalam seumur hidup aku, aku tak pernah nampak canvas sebanyak ini. sumpah! aku rasa seperti berada di dunia lain. aku nampak lukisan2 ni cam hidup je. aura yang sangat tenang berkumpul dalam bilik ini membuat aku rasa sangat nyaman, bau aroma cat minyak, pastel yang masih segar membuat aku rasa seperti di pukau, tak nak keluar dari bilik ni.

"Dah puas menghayati?"

aku berpaling kearah mamat tersebut dan melihat dia sedang membawa se’set tea dan letakkan di atas meja bulat yang telah tersedia di bilik ini.

"Sorrylah, kalau teh tak sesuai dengan masa genting sekarang tapi, ia masih sekarang masih dikira pagi kan? jadi, terimalah apa yang ada." katanya sambil menuang air teh kedalam cawan yang terukir cantik, hiasan yang halus seperti di import dari luar negara. dia menghulurkan secawan teh kepadaku dan aku mengambilnya.

"thanks." Kataku dengan nada biasa, aku menghirup teh tersebut dan sedap juga teh ni, ada bau bunga daisy sekali dan warnanya agak menenangkan.

dia mengangguk dan menyandar di dinding dengan tangan bersimpul memandang kearahku, dia masih tak buka cap dia. Botak ke mamat ni? sebab tu ke dia tak buka topi? "kau pernah ikut acara lari pecut ke?" soalnya dengan penuh berminat.

Aku mengerdip beberapa kali untuk menangkap ayatnya dan segera menjawab. "tak, merentas desa adalah." jawabku tanpa banyak songeh. kalau aku cakap banyak nanti lain pula jadinya. yalah, hanya seorang perempuan dan seorang lelaki dalam bilik ni, mustahil takda akan berlaku kan? minta2 lah takda apa-apa.

"boleh tahan dan..." dia bangkit dari menyandar dan bergerak mendekatiku. tangannya menggapai helaian rambutku dan dibelai halus. "you are just my test." katanya berbisik di sebelah telingaku.

apa? setelah mendengar ayat itu darinya, teh di tanganku jatuh dan pecah diatas lantai marmar. tak mungkin... benda yang aku tak harapkan akan berlaku ke? tidak! Kan dia kata dia tak bernafsu dengan aku?

aku terdengar dia ketawa sedekah di tepi telingaku membuat bulu romaku remang satu badan. "kau kecil, comel, senang dibaca, senang di sembunyikan, senang dibawa lari, senang disakat dan sangat delicious." katanya dengan nada menggoda. mak oi!! polis, pakguard, balai bomba, ambulance tolong selamatkan aku!!

Dia memandangku semula dan mukanya semakin lama semakin dekat menbuat aku memejam erat mataku dan tertunduk tidak mahu tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

"nama majikan kau madam apa hah?"

aku membuka mata dan lihat bahawa mamat dangerous ni sedang memegang telephone bimbit yang serupa dengan kepunyaanku. Itu aku punya kan..? aku membuka beg tanganku dan mengetahui telefonku memang berada di tangannya. "t-tertulis madam je kat dalam tu.." kataku masih dalam keadaan blur. dia ambil phone tu time bila? Time dia goda aku ke? dia ni saja main2 dengan aku ke?

dia menekan satu number dalam phoneku dan meletakkan di telinganya. "heloo? adakah ini majikan kepada Aiena Syafleena? ah! saya abang dia, nak inform yang Aiena tak dapat datang sebab dia sakit." dia mandang kearahku dan mengenyit mata. apa maksudnya tu???

setelah selesai bercakap dengan madam, dia melontar telefon bimbit kepadaku.

"sorrylah aku tarik kau sekali dalam masalahku tadi. aku bukannha sengaja cuma... aku minat perempuan comel cam kau. boleh dijadikan model begitu." katanya dengan senyuman manis. dia memang playboy pervert. dengan slamber je dia cakap nak aku jadi modelnya? Betul tekaanku tadi, dia memang lukis seksi lady.

Tadi kata tak bernafsu dengan aku lepas tu, cakap aku ni test dia dan sekarang aku ni comel dan dia dah tertarik kat aku? apa kes mamat ni? aku tak fahamlah.

"kau nampak cam tak senang je bila aku cadangkan kau jadi model." dia tersenyum sinis. Apa? dia dah dapat baca fikiranku ke? "jangan risau, kan aku cakap aku tak bernafsu dengan kau."

Nampak! Dia cakap dia tak bernafsu dengan aku lagi sekali!! Memang buat orang marahlah mamat ni dan rasa nak cekik2 je dia sampai biru. "aku-"

 Dia mengeluh kecil dan menggelengkan kepalan "tak perlulah buat penjelasan, aku boleh cari orang lain sebagai model. jadi, pintu ada di sana. kau boleh keluar sekarang atau kau nak aku tunjukkan jalan?"

Eeeeeee! biadapnya budak ni! dahlah heret orang ke sini, dia halau aku pula sekarang ni. benci! tak gentlemen betul.

aku melihat dia bergerak ke pintu membuat darahku semakin naik."kau ni memang patut di tangkap oleh orang MIB tu!"

langkahnya terhenti dan berputar memandangku. “Apa?”

"Ya! Kau patut kena tangkap je tadi tu. Dahlah penculik, player pula tu. perosak anak darah ora-" aku menutup mulutku apabila aku sedari apa yang aku katakan tadi. Alamak!

dia menjeling kearahku dan kembali bergerak membukakan pintu. alamak aku dah buat dia marah. habislah... apa patut aku buat??

rasa cemasku semakin naik apabile melihat matanya yang sayu memandang ke pemandangan luar. "Patut ke aku kena tangkap tadi tu dan biarkan mereka seksa aku lagi?” dia menggeleng sendiri sebagai menjawab soalannya tadi. “Kau patut pergi. Lagipun, perempuan comel cam kau tak patut dekat dengan pemberontak cam aku ni. takut kena culik pula dan di jual. Akukan player dan suka rosakkan anak dara orang. Takut nanti aku serang kau pula kalau kau stay lebih lama kan?" katanya dengan senyuman tawar. Kenapa aku rasa bersalah pula sekarang ni? senyuman tu sangat menyedihkan membuat aku sukar untuk membuat langkah.

"Maaf… K-Kau okay ke?” Aku nak tahu juga kalau ada sesuatu yang aku cakap buat dia terluka, ada ke?

dia menggeleng acuh tak acuh. “Jangan risaukan pasal penjenayah cam aku ni. kau patut pergi sebelum aku ngap kau."

aku bergerak mendekatinya dan menarik sleeve lengannya. Entah kenapa aku rasa sangat bersalah. Ya, baru aku ingat, aku tuduh dia sebagai player dan rosakkan anak dara orang. Aku tak tahu apa puncanya dia kena kejar. Tentu dia rasa terguris akibat ayatku tadi.

Dia memandang kearahku dan menepis lembut tanganku. "kan aku dah cakap aku tak bernafsu dengan perempuan." katanya dengan senyuman nakal. Dia memegang pergelangan tanganku dan menarikku keluar studio. Aku belum selesai bercakap dengan dia lagi!

Semasa dia nak lempar aku keluar pintu, Aku terus berputar dan menarik tangannya yang memegang tanganku membuat dia tertarik dan hilang imbangan badan.

Mataku terbeliak bulat apabile melihat topinya terbuka dan rambut hitam yang panjang terhurai keluar dari topi tersebut. Dia sempat menyelamatkan dirinya dari tercium tanah dan menolak rambut panjang hingga paras pinggangnya itu kebelakang.

“Kau ni apa hal tetiba tarik aku cam tu hah? Kalau tangan aku terseliuh cam mana? kau nak tanggungjawab ke?”

Aku tidak memberi respon, hanya memandang lelaki bertukar menjadi perempuan di depan mataku ini. Dia perempuan! Dia ni minah! Malunya aku!! aku cakap dia playboy dan rosakkan anak dara orang. malunya aku anggap dia sebagai lelaki!!

Perempuan di depan mataku tertawa kecil membuat aku tersentak dari lamunanku. “S-Sorry, a-Aku.. Aku…”

Perempuan ni menggeleng. “Jangan risau, tentu kau menyumpah seranah diri kau ni sekarang kan? Kau fikir aku ni lelaki sebab nama, muka dan suara cam lelaki kan?” Dia menjungkit kening tiga kali dan aku mengangguk. “Itu ialah penyamaran untuk larikan diri dari MIB tu. Kau boleh katakan aku ni Robin Hood versi perempuan.”

Apa? Okay, soalan yang ke seratus kali, siapa minah ni???!!! siapa dia sebenarnya dan kenapa dia di kejar oleh MIB tu? Robin Hood? Dia ada kata dia pemberontak takkan dia ni penjenayah yang memang diingini di Xiansevera?

“Kau ni siapa sebenarnya?” Aku akhirnya bersuara selepas habis memikir seribu satu persoalan dalam mindaku.

“Oh ya. tentulah kau keliru sekarang. Mari kita mula balik. Hi! Aku Aulia Izzatunissa. Seorang pianist dan artist serta pemberontak keluarga. Kau rasa itu cukup untuk jelaskan orang BIM tu?” Dia menghulurkan tangannya kepadaku dengan senyuman manis. “Kau pula?”

Aku terkejut mendengar yang dia ni bukan sahaja artis malah pemain piano! Aku segera menyambut tangannya dan kami berjabat tangan. “Aiena, Aiena Syafleena. Pengambil ujian kemasukan Imperial Academy. Salam berkenalan. Ya, aku rasa semua ni dah masuk akal.”


Comments

  1. Ingat kan tu BF dia.Rupanya perempuan.Apapun best citerni.Sambung cepat tau kak angah . >.<

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts