One Step at the Time


Suzy berada di taman permainan sedang duduk di ayunan dengan sketch book di tangan. Dia sedang melukis dua budak tadika sedang bermain di kotak pasir. Seorang perempuan dan seorang lelaki.

“Cyopta….” Katanya melihat dua budak comel itu bersenda-tawa sambil bermain dengan pasir sedang membuat bukit.

“Yeppunyi..”

Suzy terus memutar kepalanya ke kiri apabila terdengar orang berbisik di telinganya. “K-ka….”

Muka mereka sangat dekat, hanya beberapa inci jauhnya. Kai tersenyum nakal dan mengambil buku sketch Suzy. “Anyeong, apa kau buat di sini?”

“Apa kau buat sini?” soal Suzy balik dengan slamber.

Kai meletakkan Sketch book di tempat ayunan lagi satu. “Cari kau.”

Suzy menjungkit kening. “Untuk?”

“Well….” Kai memegang kedua tali ayunan Suzy dan dekatkan mukanya dengan si pelukis di depannya membuat Suzy kebelakang sikit. “Kan aku dah cakap aku akan buat kau jatuh cinta kat aku.”

….

“Kyaaaaa!!!!!” jerit satu suara dengan gembira. “Then? Apa jadi lepas tu??”

Suzy mengukirkan senyuman jahatnya dan menjungkit kening tiga kali membuat mata IU terbeliak besar.

“Oh My…. Kau ada cakap ‘aku tak kenal kau’ ke kat dia?!” Suzy mengangguk sambil tertawa kecil. “Wea??!!! Senior Kai baik, peramah, handsome, macho and HOT! Kenapa kau tolak dia?” jerit IU.

Ini yang aku tak suka pasal Suzy. selama aku kenal budak ni, aku tak pernah nampak dia keluar dating dengan sesiapa. Sepertinya dia tak berminat langsung dengan bercinta. Dia hati batu! Pernah sekali aku cuba pasangkan dia dengan budak sebaya kami time tahun pertama di sekolah ni. Mereka nampak saaaaaangat rapat tapi Suzy tak pernah rasa anything special kat lelaki tu!

Yang paaaling tak logic ialah…. Time dia tolak confession lelaki malang ni. Dia tak cakap ‘Maaf, aku tak suka ngan kau’. Dia cakap, ‘Tapi aku tak kenal kau.’ sepertinya persahabatan mereka selama ini dah di delete dalam otaknya. Seperti apa yang aku cakapkan dulu, dia ni ROBOT! CYBORD! Tiada perasaan cinta dalam diri dia! Jerit hati IU panjang lebar sambil mimic suara Suzy time tolak confession.

“Sebab aku tak kenal dia lah…” jawab Suzy dengan slamber.

“Phabo-ya? Jadi selama kau hantar kirim salam aku kat Senior L melalui Senior Kai tu hape?” katanya naik okta 2. I don’t believe it, dia bodoh!

“Itu hanya kiriman je, tak lebih dan tak kurang. Aku tak cakap pun aku nak tahu pasal dia dan aku tak tahu satu pun pasal dia kecuali benda yang peminat dia tahu.” Kata Suzy lagi sepertinya ia bukan masalah besar kepadanya.

IU menggeleng melihat kawan sepermainannya di depannya sekarang ni. “Jadi, kau nak tolak dia cam tu je?” Suzy mengangguk. “Seriously, kau memang menjengkelkan kekadang.”

“Tapi kau tetap sayang aku kan?” Suzy tunjukkan mata puppy facenya. “Kan? Kan?”

“Ha-ha, ya dan aku tak tahu kenapa?”

“Sebab aku comeeeey!” Suzy mengerdip-kerdipkan matanya dengan tangannya di dagu buat muka cute.

IU nak je naik tangan lempang muka kawannya satu ni tapi tertangguh apabila kedengaran orang masuk dalam kelas dan mendekati mereka.

“Su ji! Tolong aku!” jeritya desperate sambil memegang kedua tangan Suzy. “hanya kau je yang boleh tolong aku sekarang ni.”

Suzy mengerdip mata beberapa kali sebelum tersenyum nakal melihat wajah perempuan di depanya. 1001 kemungkinan berdering. “Kess cinta? Crush?”

Perempuan di depan matanya mengangguk laju. “See? Kau je yang boleh tolong aku sekarang.” Dia menarik kerusi berdekatan dan duduk di antara IU dan Suzy.

IU berdengus. “Nampaknya kau kena jadi Cupid lagi Suzy. Aku rasa budak buta cinta boleh pula jadi matchmaking kan?”

Suzy menjungkit kening tiga kali. “Pernah nampak matchmaker kahwin ke?”

Mereka berdua tertawa hanya membuat si peminta tolong blur. “Suzy, kau boleh tolong kan?”

Suzy kembali memandang kawannya dan mengangguk. “Alright, aku free dalam minggu ni sooo…. Spit it out gal!”

Perempuan itu, Jessica, menari nafas beberapa kali sebelum bersuara. “Cam ni… aku suka satu senior ni dan aku nak kau tolong aku dapatkan dia.”

“Kenapa kau tak try sendiri?” Soal Suzy nak tahu juga.

“Sebab He’s Popular! Baaanyak pompuan angau kan dia dan kalau aku dekat dia secara personal confirm 100 kali aku kena terajang oleh peminat dia.”

Suzy dan IU hanya memandang Jessica bercakap, mereka sepertinya tahu siapa lelaki yang cuba dia katakan. IU pun dapat 1001 kemungkinan ke?

“Siapa lelaki tu?” IU terus menyoal nak tahu. Okay, dia tak dapat 1001 kemungkinan.

“Biar aku teka…” Suzy kata sambil menyentuh dagunya. “Senior Kai kan?”

“Thé!!”

“Shiro-mmmmhhhppp!!” Suzy terus menutup mulut IU.

“Itu je? No problem! Aku akan tolong kau ambil perhatian dia.” Kata Suzy ikhlas. “kalau aku dah Berjaya aku beritahu kau okay?”

Jessica berteriak kecil, teruja. “Komao Chinggu-ya!!” katanya memeluk Suzy dan berlari keluar dari kelas.

Suzy akhirnya melepaskan mulut IU dan menutup telinga. Dia tahu apa akan jadi….

“PHABO!!!! Whea? Whea? Kenapa kau tolong dia?!” IU meletup, suaranya naik okta 4 membuat semua orang dalam kelas memandang kearahnya. “Kau tahu yang Senior Kai suka kau, kenapa kau kejam sangat?”

Suzy mengenyit mata. “Budak Junior memang cakap aku kejam pun.”

IU melihat riak wajah Suzy, dia dapat rasakan ada sesuatu yang Suzy sembunyikan tapi dia tak pasti apa dan confirmnya bukan perasaan cemburu. Mungkin? Arrrrggggghhhh!!! Aku takda 1001 kemungkinan!

<><><><><><><><><> 

“Senior Kai!!!” Suzy melambai kearah Kai yang sedang bermain bola dengan rakan sepasukannya.
Kai melambai balik dan berlari kearah Suzy setelah memberi tahu teammatenya untuk berehat 5 minit. “Apa hal?”

Suzy tersenyum seperti biasa, senyuman berniat. “Ada orang kirim salam.”

Kai menarik sengih. “Siapa? Eun Su ji ke?”

Suzy tertawa kecil tapi menggeleng. “Nope, Jessica dari kelas 2-D. Dia minat kat Senior dan minta tolong sampaikan salam dia kat Senior. Oh, dia juga-”

“Kau tak kisah?” Soal lelaki di depannya dengan riak wajah serius. “kau tahu ke apa kau cakapkan ni?”

Suzy mengangguk. “Yelah, aku sampaikan salam. Untuk senior Kai. Dari Jessica.”

“Kau kenapa?!” Jerit Kai naik okta 5 membuat orang di sekeliling memandang kearah mereka berdua termasuk L.

“Apa? aku ada salah cakap ke?” Suzy memeluk tubuh rasa sakit hati pula.

Kai meramas rambutnya dan memegang kedua-dua bahu Suzy erat. “Kau tahu aku suka kau, kenapa kau masih boleh sampaikan salam orang kat aku? Kau saja nak mainkan perasaan aku ke?” katanya berbisik. Suaranya menggeletar tahan marah.

Suzy menggeleng. “Anyi, Aku takda niat pun nak buat semua tu. Aku hanya sampai kan-”

“Ah! Lantak kau lah. Susah betul nak urus perempuan cam kau ni!” dia melepaskan Suzy dengan kasar hampir membuat dia terjatuh dan Kai bergerak ke tengah padang.

L pula yang mendekati mereka melihat Kai bergerak kearahnya. Dia ingin menyentuh bahu Kai tapi Kai menepisnya. L dapat lihat kawan karibnya sedang membara dan itu bermaksud petanda buruk pada pasukan mereka.

L mendekati Suzy yang blur. “Hai Makwe Kai.” Katanya dengan senyuman manis.

Suzy menggeleng keras. “Hi Pakwa IU, dan Tak… aku bukan Makwe dia…”

“Tapi kau tahu kan dia suka kau?” L melihat wajah Suzy yang buntu. Apa yang buat kai marah dengan wanita pujaan pertamanya?

“Ya, aku tahu tu dan aku datang sini sebab nak sampaikan salam kawan aku kat dia.”

Mata L terbeliak besar. “Apa? patutlah dia marah….” L tertawa sambil menggeleng. “Listen here miss 1001 posibilities, walaupun firasat kau kuat dan selalu betul tapi kau tak boleh manjakan sangat firasat kau tu. Kau kena fikir logic juga perasaan orang lain.”

“Huh?” Suzy buntu. “Maksud Senior?”

L menjungkit kening. Dia pandai tapi bodoh, betul kata IU desis hati L. “Bayangkan kalau kau suka seseorang dan dia tak suka kau. pastu dia kata ada orang nak couple dengan kau asalkan dia tahu perasaan kau. apa kau rasa?”

“I felt cheated-oh my…” katanya baru perasan. “Patutlah dia buat muka berang… Apa aku nak buat?”

“Minta maaf.” Kata L. “Kau suka Kai?”

Suzy menggeleng. “Aku tak kenal dia. Plus, aku tak nak dia jatuh cinta kat aku sebab aku taknak jatuh cinta kat dia.”

“Shinca?” Suzy mengangguk. “Chongmal-yo?” Suzy mengangguk lagi. “Aku tak faham apa masalah kau ni.”

Suzy menggeleng sambil tertawa lemah. “Tak perlu, aku tak nak orang faham masalah aku.”

<><><><><><><> 

IU dan L sedang berjalan seiringan balik rumah dari sekolah selepas aktiviti kokum tamat di jalankan. Well, tentulah kan? Mereka dah di sahkan couple so wajarlah mereka berjalan bersama-sama.

“Moe? Suzy kata cam tu?” Soal IU agak terkejut. “Wow… dia manusia juga.”

“IU tahu apa masalah dia?” Soal L. mereka berjalan sambil berpegang tangan.

IU menggeleng. “Tak, walaupun kami kawan.. dia tak pernah cerita masalah dia. IU nampak dia tu happy go lucky je. Tahulah kan Robot takkan ada masalah kecuali ada virus dalam badannya.”

L tertawa. “Oh ya, kenapa Suzy datang dekat kami tiada fan girl marah tapi bila perempuan lain datang habis kena belasah? Kecuali IU lah.”

“Sebab… kalau L nak tahu, kami girls tahu yang Suzy hati batu dan walau cam manapun dia dekat dengan lelaki, dia takkan jatuh cinta kat lelaki tu punya. Dia hati batu plus, dia akan tolak lelaki yang confess kat dia dengan kata… “Aku tak kenal kau.”” kata IU mimic suara Suzy. “Jadi, pelajar perempuan guna dia sebagai punca mendapatkan dream boat mereka.”

“So, IU guna Suzy untuk dapatkan L lah, gitu?”

“Lebih kurang cam tulah. Bukan IU nak dulu, Suzy yang offer kat IU tapi IU tak menyesal pun Suzy cakap sembarangan time kirim salam sebab IU dapat L akhirnya.” Kata IU dengan senyuman manis.

L mengangkat tangan mereka dan mencium belakang tangan IU. “Yea, L pun cam tu. Disebabkan budak 1001 kemungkinan tu L dapat IU akhirnya.”

Muka IU naik merah. Alamak!! Sweetnya L ni! Jantung aku dah nak meletup dah ni. Walaupun dah seminggu lebih kami couple, hati ni masih lagi mentah setiap kali nampak L tersenyum…. Hanya untuk aku… Kyaaaaa!!! Jerit hati IU happy.

*tling!

IU segera mengeluar Phonya dan membaca SMS yang datang.

From: ArtSuzy.
Subjeck: Romantiknya koraaaaaaaaaang!!!! Jangan sampai langgar tiang sudah. IU, dekat-dekat sikiiiit.

Muka IU naik merah tahan malu dan memandang sekeliling. Cam mana dia tahu! Desis hatinya. Matanya terbeliak melihat Suzy berada di atas bukit konkrit melambai kearah IU dengan senyuman nakal sebelum bergerak pergi kea rah berlainan.

IU berasa hairan. Kenapa Suzy masih berpakaian baju sekolah? Bukannya kelab seni tiada aktiviti ni hari ke? atau dia melukis kat atas sana tapi…. Tiada sketchbook di tangannya. Pelik desis hati IU.

<><><><><><><><><> 


Suzy berada di biliknya sedang melukis di atas katilnya. Melukis? Tak… kertasnya masih kosong. Dia tak tahu apa dia nak lukis.

“Kenapa aku ni?” Soalnya pada diri sendiri. Dia rasa down sekarag entah kenapa. Selepas minta maaf kat Kai, semua dah jadi okay tapi kenapa dia tak rasa tenang?

Dia tarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembusnya buat beberapa kali. Dia meletakkan  mata pencilnya diatas kertas bersedia melukis dan akhirnya dia membiarkan tangannya bergerak sendiri mengikut kata hatinya. Semasa tangannya lancer melukis, fikirannya melayang kearah perkara lain di mana dia sendiri tak seberapa tahu apa dia. Tapi dia tersenyum sendiri apabila memikirkannya. Hatinya riang sekali dan begitu juga dengan penselnya menari memenuhi kertas putih itu.

Apabila dia siap melukis. Dia sendiri terkejut melihat apa yang dia lukis.

Dia tertawa sendiri. “kalau IU nampak ni tentu dia suruh aku buka mulut.”

Okay, aku mengaku. Aku memang sukakan Senior Kai, sejak Kai mengubati kaki ku yang terseliuh. Dari situ aku dah Fall for Kai. Tapi apa yang aku cakap yang aku tak kenal Senior Kai tu pun betul sebab selama aku bersama Kai, aku hanya dapat maklumat tentang Senior L. aku hanya tahu apa peminat-peminat Kai tahu tentang dia tapi taklah sedalam mana yang mereka tahu desis hati Suzy sedikit kecewa.

Dia rebahkan dirinya dan mengangkat lukisan itu di atas kepalanya, melihat wajah Senior Kai membuat dia 
tersenyum sendiri.

BAM!!

Suzy terus terbangun dan memandang dinding biliknya. Crash!! Bunyi benda pecah dari sebalik dinding itu buat Suzy marah.

“Dia b’gaduh lagi…” kata Suzy. Dia mengambil headphonenya dan memasang lagu dengan kuat.

Crash!!

Bam!!

“Kenapa Abang selalu buat Su cam ni? Apa salah Su?!” jeritnya dalam talian membuat Suzy mendengar semuanya. Volume yang kuat pun tak makan.

Suzy baring. Mengambil bantal dan menutup mukanya. “Dia bukan lelaki terakhir, bodoh!” jeritnya di sebalik bantal bercakap sendiri. Mulutnya laju menyumpah seranah Kakaknya di bilik sebelah.

Ini punca utama dia menjadi hati batu. Dia tak nak terjebak cam mana kakaknya alami sekarang, pengemis cinta, takut lelaki yang dia sayangi hilang, putus dengan dia. Suzy takut dia akan terluka hanya kerana seorang lelaki. Kakak dia da berubah selepas berjumpa dengan lelaki itu. Kakaknya yang manis, bercakap baik dah menjadi seorang kakak yang panas baran dan mementingkan pakwe dia lebih daripada Suzy.

Dia takut Suzy akan menjadi seperti kakaknya kalau dia berikan hatinya kepada lelaki. Sebab tu dia tolak Kai, sebab tu dia kelihata Happy-Go-Lucky dan sebab tu dia taknak cerita masalahnya sebab dia tak nak di lihat lemah oleh orang lain.

<><><><><><><><><><> 

Kai berada di padang seperti biasa berlatih untuk pertandingan yang akan datang. Tapi ini hari bukan tendang bola tapi latihan fizikal. Kai sebagai juru latih mereka. Hehehe, Dark Horse memberi latihan. Dah tentu sengsara budak di buatnya sekarang ni.

“5 round lagi!” jerit Kai setelah meniup wesel kepada pasukannya. Dia turut berlari bersama mereka semua. Tak adillah team-matenya berlari tapi dia tak. Betul?

Kedengaran rakan-rakannya merungut membuat Kai tersenyum. “merungut tambah lagi 5!”

“Manadah!” jerit mereka dengan kuat dan langkah mereka tambah laju berlari mengelilingi padang.

“Senior Kai!!”

Kai yang sedang asyik menyeksa kawan-kawannya memandang kearah suara yang menjerit namanya dan tersenyum. “everyone rehat.” Kata Kai dan dia teruskan lariannya kearah perempuan itu.

“Apa dia?” Soal Kai memandang Suzy yang duduk di tangga kerusi dengan bekal di pangkuannya.

Suzy memberi tuala kepada Kai. “Lap keringat tu dan duduk sini.” Katanya beri ruang kepada Kai untuk duduk.

Kai ikut apa yang Suzy nakkan dan duduk sambil mengelap keringat yang jatuh. “Apa tu?”

“Ini?” Suzy tersenyum manis dan membuka tutup bekal itu. “Ta-daa!” se’set homemade lunch box.

Kai menelan air liur melihat makanan dalam bekal itu. “Untuk aku?”

Suzy mencebik. “Taklah, untuk katak. Yelah! Siapa lagi?”

Kai tertawa. “Shinca? Kenapa kau tetiba baik ni?”

Gadis 1001 kemungkinan ini memutarkan bebola matanya. “Tanda minta maaf aku. Kalau kau Tanya lagi aku tak bagi kau makan.”

“Okay-okay tapi dengan satu syarat.” Kata Kai dengan senyuman nakal.

“Apa dia?”

“Suap aku.” Katanya menjungkit kening tiga kali membuat Suzy naik merah. “Nak tak-nak kau kena buat sebab itu syarat aku maafkan kau.”

“Gooooo Kai!”

Suzy dan Kai memandang kearah pasukan bola sepak yang menyokong Kai dari tengah padang, termasuk L.

“See??” Kai mengangkat kening double jerk. “Come on Suz, feed me. Ah~~~~” katanya membuka mulut/

Suzy mengeluh panjang meniup rambut yang jatuh di mukanya. “I’ll get you for this.” Dia mengambil sesudu nasi dan lauk dan suapkan kedalam mulut Kai.

“Hmmm… delicious!” kata Kai menjilat bibirnya.

“OOoooooo!!!”

“licik kau Kai! Licik!”

Kai tertawa besar melihat muka Suzy naik merah akibat sindiran kawan-kawannya. Kai okay je sebab dia dah biasa dengan perangai pasukannya. “Nak lagi…”

Suzy melontarkan renungan maut kearah Kai dan tersenyum paksa. “Nak? Nah!” Suzy berikan bekal tu kepada Kai. “Makan sendiri.” Katanya dan bergerak pergi meninggalkan kai dengan bekalnya.

Kai mengambil sesuap nasi dan mengenyit mata kearah kawannya menunjukkan dialah raja yang berkuasa. “I told you so!”

<><><><><><><> 

Kai berada di cafeteria sekolah setelah mendapat pesanan dari L yang Suzy nak jumpa dia di tempat tu selepas rehat dan seperti apa yang Suzy nakkan dia tunggu dengan sabar. Sangat sabar.

Kai menggegarkan kakinya dan memandang jam tangannya. “dia nak aku tunggu 10 minit lagi ke?”

Budak, kau jangan nak buang masa aku. Aku ada kelas nak kejar dan kalau kau lambat, aku pastikan kau akan menyesal! Desis hati Kai dengan senyman sinis. Dalam mindanya dia ada 1001 cara untuk kenakan budak 1001 kemungkinan itu dan trust me, korang tak nak tahu apa dia.

Dia teringat yang L beritahu yang Suzy nak jumpa dia secara private. Ini pelik sebab Suzy jenis tak suka tempat berdinding cam ni. Dia tentu nak jumpa tempat terbuka seperti taman, loby sekolah, padang, atau atas bumbung.  Tapi dia tak merungut sebab L beritahu yang Suzy ada nak beritahu perkara yang sangat penting.

Beberapa hari selepas Suzy minta maaf kat Kai, Suzy melayan Kai seperti kawan dan tak pernah cakap tentang perempuan yang kirim salam kat dia. Suzy bawa bekal untuknya sekali! Apa demam budak ni dia tak tahu.

Valentines day dah lepas tapi dia bawa coklet untuk aku? Seriously? Apa yang dia cuba buat ni? Dia nak bagi clue kat aku yang dia dah mula sukakan aku ke? Apa hela kau budak? Desis hatinya berbunga setaman dengan senyuman lebar memikirkan apa yang telah Suzy buat kepadanya.

“Errr…. Senior..”

“Suzy-” mata Kai terbeliak besar melihat perempuan di depannya bukan perempuan yang dia nak jumpa.

Perempuan itu menggeleng. “Tak, saya Jess dan…”

“Kau perempuan yang kirim salam kat aku tu ke?” Jess mengangguk. “Mana Suzy? Sepatutnya dia yang datang dan bukan kau.” katanya dengan dingin.

Jessica menggeleng tersipu malu. “Sesebenarnya, Aku yang hantar kertas tu kat Senior. Suzy, tak hadir ke sekolah ini hari.” Katanya membuat Kai terkejut.

Apa? tapi L kata Suzy yang hantar? Suzy tak hadir? Jadi dari mana L dapat….

Kai ketawa tidak percaya. “Apa maksudmu? Apa semua ni?”

Jessica terkejut melihat wajah marah Kai. “Errmmm…. You see, Senior ingat tak bekal yang Suzy bawa untuk senior?”

Kai mengangguk dengan perasaan marah, dia bakal tak suka dengar apa yang dia nak cakap selanjutnya.

“Sebenarnya…. Saya yang buat untuk Senior. Suzy yang cadangkan cam tu tapi Saya takut nak dekat dengan senior kerana takutkan peminat Senior. Hanya Suzy je yang boleh dekat kat Senior dan Saya ambil keputusan untuk Suzy hantarkannya kepada Senior Kai.”

Ayat Jessica membuat telinga Kai berdarah! Apa yang dia maksudkan tu? Dia nak katakan yang Suzy buat hela mengaku yang dia masak bekal tu untuk Kai hanya untuk buat Kai makanan bekal yang dari Jessica? Perempuan yang dia tak kenal?

“D-Dan…” Ada lagi?!

Jessica menarik nafas dalam. “Coklet yang Senior Kai terima… itu pun saya punya…”

“APA?!”

<><><><><><><><> 

Angin bertiup lembut menari-menari bersama dedaun atas pokok menikmati hari yang cerah dan indah. Di bawah pokok itu terdapat seorang perempuan sedang tidur lena bersama baju sekolahnya. Buku sketch berada di sisinya, selepas melukis dia terus di bawa oleh melelapkan mata.

Beberapa minit kemudian, matanya terbuka dan dia mengeluh. “Tak boleh tidur.” Suzy bangun dan menyandar di pokok itu. “Cam mana Jessica dan Senior Kai sekarang ni?” katanya berbisik dengan keluhan.
Dia memandang ke dada langit dengan senyuman tawar. “It’s okay. Aku rela lepaskan dia dari buat dia terseksa.”

Aku takkan menyesal apa yang aku buat, aku takkan menyesal apa yang aku lakukan sekarang ni. Tak, takkan. Senior Kai layak mendapat perempuan yang sanggup berkorban segalanya untuk dia. Bukan cam aku, aku seorang yang pengecut. Takut berikan hatiku kepada Senior Kai, aku tak berani ambil risiko itu. Aku seorang pengecut.

Aku akui yang aku nak bercinta dan mengalami apa rasanya ada boyfriend tapi aku tak berani ambil langkah untuk mesuk kedalam dunia tu. Aku taknak jadi seperti kakak aku. Aku takut jadi pengemis cinta desis hatinya menghembus nafas berat.

Dia tunduk memandang tanah. “Yang penting aku dapat apa yang aku nak…” katanya dengan nada yang bergetar, setitis air mata jatuh ke pipi.

“BEA SU JI!!”

Suzy tersentak dan segeram memandang kearah suara yang menjerit namanya seperti nak makan dia. “S-Senior…” Suzy segera berdiri dan mengelap air matanya. Dia tak boleh nampak Suzy menangis, itu yang pasti. “Kenapa Senior keluar dari kawasan sekolah?”

Kai menghentak kaki mendekati Suzy dan memegang kedua bahunya dengan erat. “PHABO-YA??!”

Suzy terkejut. “Moe?” apa yang dia buat salah kali ni? Sepatutnya Kai dah sedar yang semua apa yang dia buat tu bukan Suzy, tapi Jessica.

“Aku tahu kau licik, suka buat benda di luar jangkaan dan gila tahap gaban tapi ini dah melampau Suzy, dah melampau!” katanya menggoncang Suzy.

Suzy menolak Kai minta di lepaskan. “S-Senior, sakitlah!”

Kai tidak hiraukan apa rungutan Suzy, hatinya lebih sakit dari apa yang Suzy rasakan sekarang ni. “Kenapa kau buat semua tu? Kenapa kau tipu?”

Suzy memandang kearah lain tak mahu memandang ke tepat ke mata Kai. “kalau aku tak buat cam tu, tentu kau takkan te—terima semua tu dan akan tolak-”

“Bukan itu maksud aku!” Kata Kai nadanya naik okta 3. “Kau nak tutup pembohongan kau dengan satu lagi pembohongan? Suzy… Eun Su Ji, look at me when I talking to you!”

Suzy mengangkat kepalanya cuba memandang mata membara Kai. Sebaik sahaja mata mereka bertembung, Suzy rasa sebak di dada. Kenapa? Kenapa dia rasa cam ni? Dia tak suka perasaan ni…

Kai melihat mata Suzy mula berkaca. Dia mengeluh. “Kenapa kau tipu? Kenapa kau tipu aku dengan semua pembohongan tu?” kata Kai melepaskan Suzy dan memegang kedua tangan Suzy dengan lembut. “Jessica, dia beritahu semuanya selepas dia berbohong tentang bekal dan coklet tu…”

/Flashback/

“Tapi…. Semua tu Suzy yang nak aku cakap kat Senior.” Kata Jessica dengan nada sedih.

“Apa?” Kai terkejut. “Apa maksud kau dia nak kau cakap? Maksud kau apa yang kau cakap tadi, pasal bekal dan coklet tu tipu?” Jessica mengangguk. “Whea?!”

“Sebab dia nak kita bersama. Itu yang Saya nak dari Suzy tapi sekarang, tak lagi. Setelah nampak Suzy dan Senior Kai sangat akrab, Saya rasa seperti saya ni dinding antara korang dua. Menghalang kamu dari bersama. Saya kenal sangat Suzy tu, dia sanggup korbankan segalanya untuk kawannya sendiri. Dia dah banyak bekorban untuk saya, IU dan yang lain. Kali ini, Saya nak balas semua jasa Suzy, Senior Kai. Tolong, gembirakan Suzy untuk kami.”

/kembali ke masa sekarang/

Suzy tak sangka yang Jessica akan beritahu perkara sebenar kepada Kai. “Miannhea…. Miannata…” katanya menahan tangisannya. “Aku terpaksa… aku taknak Senior… terluka disebabkan Aku.”

“terluka? Kau tak sedar ke yang aku terluka sekarang?” soal Kai menggenggam tangan Suzy dengan erat. “L ada beritahu aku yang kau ada masalah, itu ke sebab kau tak nak bersama aku?”

Suzy menutup matanya dengan erat, air mata yang dia tahan bergelinang turun. Sekrang, dia sangat berharap 1001 kemungkinannya berdering memberi clue atau apa-apa sahaja tapi kelebihannya hanya boleh berkesan kepada orang lain dan bukan dia.

“Suzy, nampak aku… kau ada kenangan silam tentang percintaan ke?”

Suzy menggeleng. “bukan cam tu… aku Cuma… takut…”

Kai mengelap air mata Suzy yang mengalir. “Takut sebab apa?” soalan kai membuat Suzy tambah menangis dan Kai segera memeluknya. “Shhshshshh…. Nak cerita?”

Suzy membalas pelukan Kai dan menangis. “Aku takut aku akan terluka…” katanya meluahkan masalahnya. “Aku takut Senior, aku takut aku akan jadi cam kakak aku…”

“Kakak kau? kenapa dengan dia?” soal Kai membelai lembut rambut Suzy membiarkan dia menangis dalam dakapannya.

“Dia korbankan segalanya untuk orang… orang yang dia cintai dan mereka bersama selama 4 tahun. Lelaki tu… dia dah taknak dengan kakakku lagi dan nak putus tapi kakakku tak nak.” Kata Suzy sambil air matanya bergelinang turun membasahi baju Kai. “Dia dah berubah…. Semenjak dari itu, dia menjadi tambah teruk dan sanggup lakukan apa saja untuk kekalkan lelaki durjana tu di sisinya, dia sanggup lelaki yang dia cintai tu pasang dua hanya untuk dia kekal dengan kakakku. Aku tak nak jadi cam kakak aku. Aku takut terlanjur cinta kat kau Senior. Aku tak sanggup ambil risiko tu…”

Kai melepaskan pelukannya dan memandang wajah Suzy. “Kau takut aku tinggalkan kau ke?” Suzy mengangguk. “Kau takut aku akan curang kat kau?” Suzy mengangguk lagi.

Kai mengusap Air mata Suzy dan dongakkan kepalanya supaya mata mereka bertemu. “Nak tahu masalah aku?” Suzy memandang wajah Kai, blur membuat Kai tertawa. “Kau ialah perempuan pertama aku cintakan sekuat ni.”

Suzy terkejut tidak faham. “Girl, aku sebenarnya tak pandai sangat babak-babak cinta ni. Aku pernah cintakan seseorang dulu tapi tak sampai cam ni. Skip kelas untuk tolong kau, skip jadual latihan untuk kau, bercakap dengan perempuan, kau. dan lari dari sekolah sebab nak cari kau.” Suzy terkejut mendengar luahan Kai. Dahi mereka bertembung. “Aku pernah terfikir, adakah kau akan mencintai orang seperti aku? Aku break dengan makwe aku dulu sebab keegoanku, aku sendiri takut aku akan kehilangan kau kalau aku tak kawal ego aku tapi aku nak ambil risiko tu. Aku akan kawal ego ni untuk kau, You know…. I love you from the start I see you smile.”

Kai tertawa melihat tangisan air mata keluar lagi dan mengelapnya. “Berhenti menangis okay? Aku lebih suka nampak kau gila seperti selalu. Kau nampak hodoh.” Suzy tertawa kecil. “much better.”

Kai memandang wajah Suzy. “So, nak try?”

“Try apa?” Soal Suzy dengan nada bergetar tapi hati sedihnya dah mula redah.

“mari kita sama-sama ambil risiko ni. Kau cuba buka hati kau untuk cintakan aku dan aku akan cuba untuk kawal egoku-eh.. tak.” Kata Kai tarik balik kata-katanya. “Kau Cuma perlu percayakan aku dan aku akan cuba kawal egoku, setia kat kau dan sentiasa memahami masalah kau. Kita akan tempuhinya bersama. Nak cuba?”

Suzy mengangguk dengan senyuman manis di wajahnya. “Okay….”

Senyuman Kai merebak dari pipi ke pipi dan memeluk Suzy dengan happy-nya. “Komao Suzy-ya!!”

Mereka berdua tertawa bersama-sama apabila Kai mengangkat Suzy dan mereka berdua berputar-putar.
Aku akan cuba bukakan hatiku untuk Senior Kai, aku akan cuba mempercayai dia dan aku akan cuba untuk mengatasi Dilemma aku ni. Senior, terima kasih sebab tak give up dengan aku…

Kai turun kan Suzy dan memandang wajahnya dengan senyuman yang bersinar-sinar. “Suzy, I love you.”

Suzy tertawa kecil. “Aku dah lama kenal kau Senior, aku tahu kau cintakan aku.”

Kai mencebik. “So? Nak call apa sekarang?”

“Call? Call siapa?”

Kai pula tertawa. “Nak hubby honey ke… baby-boo, sweety-poo ke…”

“Eeewwww! No way!” Suzy memukul bahu Kai dengan manja. “Panggil nama cukup lah!”

“Okay…. Cupcake.” Kata Kai mengenyit mata dan menyentuh kedua pipi Suzy membuat Suzy terkejut. “Call my name, Sugar…”

“K-K-Kai…” katanya tergagap-gagap takut pula nampak senyuman nakal Kai. “A-a-apa kau buat ni?”

“Hmmm?” Kai menjungkit kening dengan senyuman berniat. “Teasing you…” katanya membuat bulu roma Suzy remang satu badan.

Kai mencium pipi Suzy turun ke leher. “K-Kai… berhenti..” katanya dengan muka merah tahap gaban

“Not until I get my Kiss.” Katanya mengusik antara leher dan bahunya.

~To Be Continue~
(mungkin? nak ke di sambung lagi??)

3 comments:

  1. Thanks 'rahsia hatiku'!!
    Angah baru je post ni lima minit lalu, belum selesai letak dalam list lagi dah ada readers... Lucky you ^_^

    ReplyDelete
  2. hehe...sye suka citer berbentuk camni,nak2 lg ada hero2 korea atau jepun.. teruskan ek..

    ReplyDelete