Unexeption: eighteen

“Beruang rempuh masuk Ladang aku?” soal Linda memeluk tubuh sambil menjungkit kening memandang pekerja terbaiknya. “Dan kamu berdua wrestling dengan dengan beruang tu sampai luka, calar-balar cam ni?” Soalnya lagi sukar nak percayai apa yang mereka katakan.

Vyle mengangkat bahu. “That’s what happen. Aku sendiri terkejut bila beruang besar tu serang aku time aku nak balik dari hantar kau pergi date. Nasib baik Ean datang tepat pada masanya kalau tak dah tentu aku kena NGAP oleh beruang tu.” Katanya Innocently. “Nampak kepala aku yang berbalut ni? Dia dah dapat kepala aku tau tak.”

Ean hanya menahan ketawa dengar alasan tak munasabah Vyle. Beruang? Seriously? Dia takda alasan lain ke?

“Jadi…. Mana beruang tu?”

“Mati…

“Melarikan diri..”

Linda memandang kedua partner in crime ini. “Mati ke melarikan diri?”

Vyle menjeling kearah Ean suruh dia jangan masuk campur dalam penjelasannya. “Beruang tu melarikan diri dan lepas tu mati. Ean dah uruskan bangkai beruang tu. Jangan risau.”

Linda hanya mengangguk sukar nak percaya cerita tall tale Vyle ni. “Okaaayy… lepas tu korang berdua bersendirian di rumah ni semalaman?” Ini buat Linda tersenyum lebar. “Korang ada buat apa-apa tak semalam?”

Muka mereka berdua terus naik merah teringatkan kejadian di bilik air di mana Vyle mengucup pipi Ean. Mereka berdua terus menggeleng laju.

Ini buat Linda tersenyum lebih lebar dari sebelumnya. Oh my Little Vyle dah membesar!!” jeritnya dengan gembira.

“No! For Heaven sake Linda takda apa-apa lah!”

>X<X>X<X>X<

“Ean?” Soal Bloom menjungkit kening hairan dengan Sky tetiba menyebut nama seorang lelaki.

Sky mengangguk. “Kau ingat tak lelaki yang kau nak panahkan hati seorang lelaki dengan Raven?”

Mata Bloom terbeliak bulat. “Lelaki yang mati dan di satukan dengan bintang tu ke?” Soalnya. “kenapa dengan dia?”

“Dia lah New Born Angel yang di tugaskan untuk buru Raven.” Sky tertawa kecil melihat muka terkejut Bloom. “Kejam kan? Dunia memang mempermainkan mereka.”

“Nanti-Nanti…. Ean tahu ke yang Raven tuu…. Perempuan yang dia cintai?”

Sky menggeleng. “Manusia yang di hidupkan semula akan kehilangan ingatan kehidupan mereka yang lalu. Apatah lagi menjadi Angel, semuanya akan di padam.” Sky mengeluh panjang. “Bayangkan kalau Raven dapat tahu yang EAn telah di hidupkan semula dan ditugaskan untuk buru dia. Lelaki yang dia cintai nakkan dia mati. It’s hard to imagine.”

Bloom cuba bayangkan jika dia berada di tempat Raven dan berdepan dengan lelaki yang dia cintai yang memandang dia hanya seorang raksasa. Tidak kah pedih rasanya? “Kasihan Raven…. Kenapa dia kena hidup seperti ini?”

Sebuah Portal terbuka di hadapan mereka menarik perhatian kedua bekas kekasih ini dan melihat Breeze keluar dari Portal tersebut bersama beberapa gulung skrol. “Abang!”

“Breeze? Kau dari mana—Ini Skroll dari bilik Rekod ke?”

Breeze mengangguk. “Ada sesuatu yang tak kena tentang ni semua. Sejak kebelakangan ni kami terima banyak hajat misteri yang entah dari mana datangnya. Seperti mana surat Vyle pernah muncul tiga tahun lalu. Semuanya berkaitan dengan Masa depan Bumi.” Katanya dengan risau. Breeze meletakkan semua scroll itu di atas meja kopi dan duduk di sebelah Bloom, bertentangan dengan abangnya.

“Lebih 200 penghajat meminta Heaven untuk lindungi Vyle, berhenti sakiti Fallen Angel kalau tidak bumi akan hancur. Hajat dan juga ancaman di terima sepanjang dua tahun ni.” Breeze mengambil salah satu scroll tersebut dan terangkan lebih lanjut. “Jadi, aku sneak in jauh di dalam bilik rekod di mana tersimpannya rahsia masa hadapan Bumi. Tiada siapa boleh jumpa Rekod ni kecuali si dia boleh jangka apa akan jadi pada masa depan dan seperti yang Breeze jangkakan.” Dia tunjukan satu ayat panjang kepada Sky.

Mata Sky lancar membaca ayat tersebut dan memandang kedua perempuan di depannya dengan cemas.

“Kenapa ni Sky? Ada apa?” Soal Bloom risau melihat riak wajah Sky.

“Bumi akan musnah. Fallen Angel berhasrat untuk tidak di ganggu oleh mana-mana pihak tapi di sebabkan Heaven dan Hell tidak ingin mengalah untuk mendapat kan Fallen Angel, dia hilang kawalan dan membunuh apa sahaja dia lihat.”

Breeze mengangguk setuju. “Raven berada di Bumi. Kalau dia hilang kawalan di bumi… It’s The END.”

Ketiga Angel ini saling memandang satu sama lain dengan minda yang sama.

“Aku pergi jumpa Cyrus sekarang juga.” Katanya dan terbang keluar dari rumah sepantas cahaya menuju ke pejabat Cyrus.

Pada masa begini, tentu Cyrus berada di bilik mesyuarat sedang berbincang tentang who knows what they discuss about. Dia terus merempuh masuk kedalam bilik mesyuarat itu tanpa berfikir panjang.

“Lokasi tersebut berlaku di sekitar sini, kami telah hantar-”

“Cyrus! Stop the plan now!” sahut Sky sebaik sahaja dia buka pintu bilik tersebut.

Kelima-lima Elder dan begitu juga Cyrus memandang Sky, hairan. “Apa kau buat dekat sini Sky?” Soal Cyrus dengan tegas.

“Sky, kamu tiada hak untuk masuk campur dalam meeting ni!” marah Lord Firold pula tapi Lord Zeus menyuruh Firold untuk tenangkan diri.

“Sabar Firold. Saya pasti anak kamu ada penjelasan yang baik kenapa dia buat seperti ini. Sky, silakan.”

Sky mengangguk dan memandang papanya untuk seketika. Dia tahu dia dah buat kesalahan yang besar dengan masuk campur perkara yang dia tak patut kacau. “Kita hentikan pencarian Fallen Angel.”

Kelima-lima Lord ini mengeluh termasuk Cyrus. “Sky, kita dah bincang tentang ni. Kalau kita tak cari Raven… dunia akan—”

“Dunia akan hancur kalau kita ganggu dia!” Sky segera memotong ayat Lady Venus. “Kita dah salah anggap di sini. Bukan Fallen Angel tu yang bersalah di sini. Dia tak bersalah, dia hanya nak hidup seperti biasa seperti kita semua. Kita tak boleh anggap dia merbahaya hanya kerana dia tu Fallen Angel.”

Lord Phill menggeleng. “macam mana dengan kerjanya sebelum ni? Dia membunuh manusia yang tidak bersalah! Dia membawa malapetaka kepada manusia. Bukti apa lagi yang perlu untuk buat kau lihat bahawa Fallen Angel adalah satu ancaman untuk kita semua?”

Ini buat Sky terdia. Itu betul, kesalahan Raven yang sebelumnya memang tak boleh di maafkan tapi dia ada sebab tersendiri untuk buat semua tu. Masalahnya, Sky tidak tahu apa sebabnya. Sky hanya berdiam diri sambil menggenggam penumbuknya dengan erat.

Lord Firold menggeleng kecewa. “Sky, berhenti dengan ayat mengarut kamu.”

“Tapi Lord Fi-”

“That’s enough! Kalau kamu sebut lagi sekali pasal menghentikan misi pemburuan Fallen Angel, tidak teragak-agak aku buang kau dari Heaven ni!”

Ini membuat Sky terpaku. Papanya sendiri telah memberi amaran kepadanya. Amaran keras. “Tak, Aku yang meninggalkan Heaven dan Papa akan menyesal.” katanya mengetap gigi dan terbang keluar dari bilik meeting.

“Sky!” Cyrus memanggilnya tapi Sky endahkan dia. Cyrus kembali memandang Lord Firold yang juga terkejut tapi kembali kepada komposisinya.

“Anak derhaka. Cyrus, apa jua halangan yang kita terima. Jangan pernah hentikan misi ini. Fallen Angel kena di hapuskan walau bagaimana pun cara untuk di laksanakan.”

Sky terbang kembali ke rumahnya untuk berjumpa dengan Breeze dan Bloom yang sememangnya menunggu dia dari tadi.

“So? Bagaimana?” Sola Breeze risau.

Aku keluar dari Heaven ni…

Mata Breeze terbeliak bulat. “What? Why???”

“Kenapa ni?” Soal Bloom tidak faham melihat riaksi Breeze asalkan Sky belum bersuara lagi.

“Aku akan hentikan perang tak guna ni meskipun dengan nyawaku sendiri.” Kata Sky kepada mereka berdua. “the Five Elders tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Jadi aku kena hentikannya sendiri.”

Bloom menggeleng laju. “T-Tak… Kau tak boleh buat cam tu Sky. Breeze apa kata tunjukkan skrol tu pada Elders tentu mereka akan faham.”

“Aku harap ia boleh jadi cam tu tapi hanya yang percaya yang Fallen Angel tu baik sahaja boleh baca kesudahan pemburuan Fallen Angel. Mereka hanya lihat kertas putih.”

Sky mengusap kepala Adiknya suruh dia tidak perlu risau. “korang berdua kekal dalam Heaven okay—”

“Tak! Aku nak ikut abang.”

Sky menggeleng. “Tak boleh. Aku perlukan kamu berdua di sini. Cari cara bagaimana nak hentikan Perang ni dari dalam.”

Breeze mengangguk, menahan tangisannya dari mengalir. “Abang pula nak ke mana?”

“Jumpa musuh lama.”

>X<X>X<X>X<

Vyle mengetuk pintu menggunakan kakinya kerana tangannya penuh mengangkat dua kotak buah-buahan dan sayur-sayuran. Dia kembali membuat rutin biasanya setelah kepalanya sembuh dan Linda benarkan dia keluar dari rumah. Namun, masa cuti yang dia ambil telah membebankan dia kerana kena bawa semua stock itu dua kali ganda lebih banyak dari sebelumnya.

“Haaaiih…. Dah nasib. Nak buat apa?”

“Dan kau sememangnya dah gila sebab cakap seorang diri.” Ean bersuara sebaik sahaja dia membuka pintu dapur. Senyumannya pudar bila melihat Vyle membawa dua kotak berat dalam tangannya. Dia segera mengambil kedua kotak itu dari tangan Vyle.

“H-Hey!”

“Kau dah start kerja balik?” Soal EAn masuk ke dalam mengendahkan rungutan Vyle.

Vyle mengekori Ean dari belakang sambil memeluk tubuh. Aku tak minta pun kau tolong aku ambil barang tu… aku boleh angkat sendiri lah! “Haah… takkanlah aku nak goyang kaki kat rumah asalkan aku cukup sihat untuk buat kerja aku.” Katanya ingin membuka kotak buah-buahan itu untuk masukkan kedalam peti tapi Ean menolak Vyle ke tepi.

“Don’t even think about it.” Ean beri amaran dan dia yang membuat kerja Vyle.

Vyle memeluk tubuh sambil mencebik. “Aku tak apa-apa lah. Kau risau sangat ni kenapa?”

Ean mengendahkan soalan Vyle, hanya melontarkan renungan mautnya kearah Vyle sebelum menyambung kerjanya. “Kau busy tak lepas ni?”

Dia ubah tajuk ke? “Tak. Ini last delivery aku.”

“Good.” Ean tersenyum meletakkan bahan yang terakhir kedalam peti dan mengambil beg belakangnya yang berada di atas kaunter dapur. “Jom pergi.”

“Huh? Nak kemana?”

Ean melihat jam pada dinding dapur itu dan mencapai tangan Vyle. “A date.”

Muka Vyle naik merah mendengar Ean cakap perkataan itu dengan mudah. “A-a date?”

Ean mengangguk dan menarik Vyle keluar dari rumah penginapan itu bergerak ke pekan.

Sepanjang perjalanan mereka ke pekan, Vyle hanya berdiam diri dan mengekori Ean ke mana sahaja lelaki pelik ni membawanya. Apa ke Jaddah lelaki ni nak ajak dia date? Ean demam ke? Yang buat Vyle tak selesa ialah ramai penduduk kampung memandang kearah mereka dan saling berbisik satu sama lain. Satu lagi, Ean tak rasa malu ke semua orang pasang mata kat mereka?

“Kau tak malu ke Ean?” Soal Vyle tunduk memandang tanah.

Ean berhenti dari berjalan dan memandang muka merah Vyle. “Buat apa nak malu? Aku nak semua orang tahu bahawa kau milik aku. Tak perlu nak sembunyikannya!”

Vyle menutup mulut EAn dengan segera. Mukanya merah, semerah buah cherry. “Jangan menjerit laaa! Malu kat orang.”

Ean tertawa besar. Hatinya berbunga-bunga pada hari ini, dia tak sangka yang perempuan yang sangat menyakitkan hati dan sentiasa buat dia keliru akhirnya menjadi orang terpenting dalam hidupnya.

Ean memandang ke kiri dan ke kanan melihat orang sekeliling berbisik melihat mereka berdua. “Nak keluar dari pandangan orang ramai ke?”

Vyle menjungkit kening mendengar soalan Ean. “Huh?”

Ean mencapai tangan Vyle dan menarik perempuan itu keluar dari pekan tersebut melalui lorong kecil di antara dua bangunan dan terus masuk kedalam hutan.

“Hutan? Kita nak ke mana ni Ean?” Soal Vyle cuba untuk mengejar Ean yang berjalan lebih laju darinya dengan senyuman lebar bak mentari. Apa yang Ean gembirakan sangat ni hari??

Vyle melihat beg yang berada di belakang Ean dan mula memikir apa yang ada dalam beg tersebut. “Ean! Berapa jauh lagi kita nak pergi ni?”

Ean berhenti dari berjalan dan berputar memandang Vyle yang kelihatan penat mengekori nya dari tadi.

“Sorry.”

Vyle bercekak pinggang sambil menarik nafas dalam cuba mengembalikan nafasnya yang telah hilang. “Now will you tell me kita nak ke mana?”

Ean memandang kearah tempat yang dia ingini dan tersenyum kepada Vyle. “Aku nak tunjukkan sesuatu kat kau. Jom, Tak jauh lagi.”

Vyle melihat Ean menghulurkan tangannya dengan senyuman yang tidak ternilainya, membuat hati wanita cair bila melihat senyuman tersebut; termasuk Vyle.

“Come on. Kita jalan bersama-sama.” Vyle memandang tangan Ean buat sementara waktu memikirkan ayat Ean. Kenapa hatinya rasa gelisa? Dia rasa sangat tidak selesa sekarang ni tapi…. Memandang wajah Ean yang tersenyum membuat segala kegelisahan dan keraguan dalam hatinya hilang. Dia percayakan Ean.. dia percayakan bahawa lelaki di depannya ini akan melindungi dia. Walaupun dia ni Angel…

Vyle akhirnya tersenyum dan menyambut tangan EAn. “Okay.”

>X<

Cyrus melihat kelima-lima Elders bergerak keluar dari bilik mesyuarat tanda meeting mereka telah selesai dan akan di jalankan tidak lama lagi.

“Sediakan bala tentera untuk menangkap Fallen Angel. Bukan sahaja kita yang tahu kedudukan dia malah Devil juga. Aku pasti Devil yang New Born Angel lawan tu beritahu kedudukan Fallen Angel sekarang ni. Kita takkan tahu bila Devil-Devil itu akan menyerang.”

Lady Rya sempat berpaling memandang anaknya dengan mata yang penuh harapan untuk Cyrus buat sesuatu untuk selamatkan Kakaknya.

Cyrus mengangguk tanda faham membuat Lady Rya tersenyum lega dan keluar dari bilik itu.

Ketua keselamatan Heaven ini terus memandang peta keberadaan Fallen Angel dan dengan segera dia terbang keluar dari bilik tersebut sepantas kilat.

Dia kena cari Vyle dahulu sebelum Lord Firold yang temui dia. Dia kena berjaga-jaga juga, kalau Elders tahu dia keluar dari Heaven untuk selamatkan Vyle tentu bala jadinya. Dengan itu, Dia keluar dari Heaven dengan alasan buat rondaan hariannya.

“Lay!”

Lay yang baru sampai di depan Heaven Gate terhenti mendengar Cyrus memanggilnya. “Tuan? Kenapa ni?”

“Aku nak buat rondaan. Kau nak join in ke?”

Lay mengangguk. “Boleh juga. Bukan selalu dapat keluar meronda dengan Ketua Keselamatan Heaven kan?”

Cyrus tertawa dan menarik lengan Lay supaya dekatkan diri dengan dia. “Rondaan kali ni antara hidup dan mati. Jom Pergi.”

Mereka berdua terus terjun ke bumi sepantas yang mungkin sambil Cyrus menerangkan segala rancangannya untuk selamatkan Vyle.

>X<

“Cantiknya!!” Vyle mendepakan tangannya merasakan angin senja di tepi jurang. Dia tidak pernah rasa angin setenang ini. Di tambah pula dengan pemandangan bukit bukau di hadapan matanya dan mentari senja mewarnai dada langit warna jingga kemerah-merahan.

Vyle berputar memandang Ean dengan senyuman manis. Dia menahan rambutnya di belakang telinganya kerana angin tersebut meniup di belakangnya.

“Cam mana kau tahu tempat ni?”

“Ini tempat rahsia aku. Aku jumpa tempat ni semasa aku cari kayu api untuk Nenek Mary. Cam mana? Berbaloi tak ikut aku sejauh ni?” Ean turut tersenyum melihat Vyle menikmati tempat rahsianya seperti mana Ean menikmati tempat itu.

Hatinya cair melihat wajah Vyle yang bersinar terpancar seperti Mentari senja dengan cahaya matahari di belakangnya membuat dia lebih menyerlah dari sebelumnya. Dia ingin kekalkan senyuman itu pada wajah Vyle.

Vyle mengangguk setuju. “Rasanya seperti kau boleh terbang kalau berdiri di tepi Jurang ni!” SAhutnya dengan gembira. “It’s like we’re on the top of the world!”

Ean tertawa melihat kegairahan Vyle. “Hati-hati nanti jatuh pula.”

Vyle hanya tertawa. Dia memejam matanya dan angina tersebut seperti dia boleh terbang pada bila-bila masa. Vyle dapat bayangan yang dia terbang di udara bersama sepasang sayap yang sangat besar.. sayap hitam.

Dia segera membuka matanya dengan bayangan itu. Sayap hitam? Dia terus memegang bahunya seperti dapat merasakan sepasang sayap itu di belakangnya. Sayap tu Nampak mengerikan tapi pada masa yang sama ia juga kelihatan sangat megah terbang di udara bersama Vyle.

Perempuan Amnesia ini berputar memandang Vyle. Kedua pasangan ini tidak lagi senyum kerana kedua-dua tenggelam dengan pemikiran sendiri.

Vyle mendekati Ean dengan satu perkara dalam mindanya. “Ean… keluarkan sayap kau.”

Ini buat Ean terkejut. Tapi dia hanya akur dan keluarkan sayap putihnya yang besar. Vyle terus menyentuh sayap Ean.

Besarnya…. Dan lembut.. Vyle tertawa menyembunyikan rasa sedihnya.

Ean memeluk pinggang Vyle takut kalau Vyle jarakkan diri dari dia. “Kenapa ni Vyle?”

Vyle mendongak melihat wajah Ean. Ean kelihatan seperti Angel yang sebenar bila Ean keluarkan sayapnya. Ini buat Vyle sedih. “Nothing.. aku cuba berfikir..” Dia menyentuh sayap EAn kekali lagi. Dia perasan yang kedua sayap Ean mengepung dia tapi dia endahkan. “Adakah…. Aku seperti kau?”

Ean tersenyum tawar. “Kenapa dengan soalan tu?”

Vyle menggeleng lemah. “Just a feeling. Kenapa Devil inginkan aku? Kenapa Heaven inginkan aku? Tentu aku sesuatu kan? Lebih dari seorang manusia?” Dia rasa sebak di dada bila memikirkannya. Ia buat dia bercelaru. “Ean… what am I?”

Ean menyentuh dagu Vyle menyuruh dia pandang tepat pada mata Ean. “Like I said… sesiapa pun kau.. aku akan lindungi kau dari sesiapa sahaja yang nak sakiti kau. Don’t Worry.”

Vyle tersenyum lega dengan mata yang berkaca. Dia lega mendengar ada seseorang sanggup lindungi dia walaupun Vyle sendiri tidak yakin dengan diri dia sendiri.

Melihat senyuman Vyle membuat Ean rasa bersalah. Hatinya berbelah bahagi samada meneruskan misinya atau mengabaikannya untuk selamatkan Vyle. Jika Vyle tahu tujuannya adalah untuk buru dia tentu Vyle takkan maafkan Ean. Apatah lagi kalau dia tahu yang Ean sembunyikan diri Vyle yang sebenarnya ialah Fallen Angel yang di buruh oleh Heaven dan Hell.

Tapi itu tidak bermaksud apa yang keluar dari mulut Ean untuk melindungi Vyle hanya kata-kata khiasan. Dia betul-betul ingin melindungi perempuan yang dia cintai ini, walau dunia menghalang mereka.

“Ean.”

Sayap Ean yang melindungi Vyle terbuka melihat siapa yang memanggilnya dan mimpi indahnya kini berubah menjadi mimpi ngeri bila dia lihat Ketua keselamatan Heaven bersama Lay berada di depan mereka sekarang.

“Tuan Cyrus….”

Cyrus melihat perempuan yang dia kenali bersama Ean dengan wajah yang sangat serius, membuat Lay dan juga Ean ketakutan. Vyle yang tidak mengetahui apa-apa memahami keadaan yang sangat genting sekarang ni. Melihat dari wajah lelaki yang bersayap putih keemasan itu dan wajah Ean, Vyle dapat tahu sesuatu akan berlaku.

Akhirnya Cyrus tersenyum. Tersenyum bangga. “Ean! Aku tak sangka kau akan selesaikan misi kau secepat ni!” sahutnya dengan gembira.

Ini buat Ean kecut perut. Itu yang dia takutkan bila Cyrus bersuara.

“E-Ean… siapa mereka d-dan… misi?” Vyle memandang Ean meminta penjelasan. “Misi apa?”

“I-It’s nothing.” Ean cuba yakinkan Vyle. “Jangan dengar apa yang mereka katakan.”

Cyrus tertawa kecil. “That’s enough Ean. Kau dah buat kerja yang menakjubkan, aku tak sangka New Born Angel macam kau boleh tangkap Fallen Angel dengan masa yang singkat.” Cyrus melihat Vyle yang ketakutan dan tersenyum sinis. “Kau boleh bagi dia kepada ku dan biar aku urus dia dari sini. Lay, tangkap Fallen Angel tu.”

Vyle Melepaskan dirinya dari dakapan Ean dan memandang lelaki itu dengan riak wajah terkejut. “Misi kau i-ialah tangkap aku?” Soal Vyle minta kepastian. Dia tahu dia dengar dengan jelas tapi dia nak dengar dari mulut Ean sendiri. Adakah Ean bawa dia ke sini untuk temukan dia dengan lelaki yang bergelar Tuan Cyrus ini?

“Vyle… dengar cakap aku..” Ean mendekati Vyle. “Aku boleh jelaskan.”

“Jadi betul lah? Kau di tugaskan untuk tangkap aku?” Vyle mengambil langkah kebelakang menjauhkan diri dari Ean. “Sebab tu kau bawa aku ke sini? Sebab nak bagi aku dekat mereka?”

“No! Please Vyle dengar apa aku nak cakap.”

Vyle Menggeleng. “Tak…. Kau PENIPU!! A LIAR! Aku tak patut percayakan kau!” Dia menutup telinganya tidak ingin dengar Ean bersuara. “Kau mempergunakan amnesia aku supaya aku percayakan kau dan mempermainkan kepercayaan aku terhadap kau!”

“This is bad.” Lay memandang wajah Cyrus yang kelihatan risau. Apa yang Cyrus harus risaukan? Bila Lay berpaling balik kearah Vyle dia melihat Vyle mula berubah.

Vyle memandang kearah Ean dengan penuh kebencian. Matanya berubah menjadi jingga menyalah, tajam seperti mata kucing. Gigi taringnya mula keluar dan kukunya memanjang berubah menjadi Devil dalam dirinya.

“Aku percayakan kau.. Tapi kau permainkan aku! Kau ambil kesempatan atas kelemahan aku!” Jerit Vyle dengan nada ratusan suara. “I hate you! I HATE YOU!! I’M GOING TO KILL YOU!!” Dia menjerit sekuat hatinya ke udara dan sepasang sayap hitam keluar dari belakangnya. Tanpa amaran, dia terus menyerang Ean.

“Hati-Hati!” Sahut Cyrus mengeluarkan pedangnya menghalang serangan kuku tajam Vyle dari mencederakan orang bawahannya. “Lay! Sedia untuk menyerang.”

Lay mengangguk, mengeluarkan dua pucuk pistolnya dan acuhkan kepada Vyle. Dia sedikit gementar melihat wajah Devil Vyle, dia seperti predator yang ingin memakan mangsanya pada bila-bila masa sahaja.

Vyle tersenyum sinis melihat wajah berani Cyrus. “Kaaauu…. Setelah kau ambil segalanya dari aku, sekarang kau nak ambil Ean lagi?? EAN MILIK AKU DAN TIADA SIAPA BOLEH RAMPAS DIA DARI AKU!!” Jeritnya dengan suara yang menggerunkan. “AKU AKAN BUNUH SESIAPA SAHAJA YANG BERANI PISAHKAN AKU DARI EAN LAGI. BUKAN MANUSIA, BUKAN ANGEL, BUKAN DE-cough! Cough!” Vyle jatuh berlutut sambil terbatuk kuat.

“Vyle!” EAn ingin mendekati perempuan itu tapi di halang oleh Cyrus. “Lepaskan aku! Vyle dalam bahaya!”

“Kau dalam bahaya kalau kau dekati dia!” marah Cyrus. “Aku lebih kenal dia. Aku pernah berdepan dengan Kakak aku sebelum ni.”

INi buat Ean terdiam. “K-Kakak kau?”

“Long story.. sekarang, kita kena fikir bagaimana nak hentikan dia dari meroyan tanpa bawa dia ke Heaven.”

Ayat Cyrus buat Ean tambah buntu. Bukan kah dia nak bawa Vyle ke Heaven? Kenapa pula nak hentikan Devil Vyle dengan tangan sendiri? Apa rancangan Cyrus sebenarnya?

Vyle rasa seperti ada sesuatu di lehernya yang menghalang dia untuk bernafas, dia rasa tercekik. “Arrrggh!! Cough! Cough!” Dia terbatuk dengan kuat hingga terlentar di atas tanah. Ia menyakitkan, panas dan rasa sangat terseksa!

Dia menggaru dadanya yang rasa panas. “Hentikannya! Hentikannya!!” Jeritnya sekuat hati, merayu sesiapa sahaja menghentikan seksaannya itu.

“Aku tak boleh Nampak dia macam ni.” Kata Ean tidak sanggup melihat Vyle terseksa lagi, ia seperti hatinya di robek secara perlahan melihat Vyle meminta tolong tapi tiada yang ingin menolongnya.

Dia berlari mendekati Vyle tapi Vyle segera mencakar Ean di pipi sambil merenung tajam kearahnya. “Get away from me!! Arrrggghhh!”

Ean menyentuh pipinya yang cedera tapi mengendahkannya kerana Vyle lebih penting sekarang. “Vyle! Biar aku tolong… Please..”

“No!” Dia mengerang kesakitan pada dadanya. “Kau buat aku sakit. Just go away!” sahutnya dengan nada sedih dan marah bercampur aduk. “Miey!! Hentikannya!!”

Beberapa cahaya Biru keluar dari rantai pada leher Vyle mengelilingi Luciefer itu. Cyrus segera menarik Ean pergi dari Vyle takut cahaya itu boleh membahayakan Ean.

“Lepaskan aku! Kau nak hantar Vyle ke Heaven, aku takkan benarkan kau sesekali--”

“Aku rancang nak sembunyikan dia!” sahut Cyrus meletup. “Dia kakak aku, walauapapun dia, aku takkan benarkan sesiapa cederakan dia.”

Mereka memandang kearah Vyle bila mendengar Vyle terbatuk besar memuntahkan darah hitam. Kukunya kembali seperti biasa, taringnya menghilang dan mata tajamnya kembali berwarna biru langit. Dia menarik nafas tajam menghirup udara membersihkan dadanya yang panas.

Cyrus terus menangkap Vyle dalam dakapannya bila melihat dia ingin rebah ke tanah. Dia memeriksa wajah Vyle dan perasan air mata di hujung matanya. “Dia dah kembali… apapun cahaya tu buat.. dia dah okay.”

“Cyrus jauhkan diri kamu dari Fallen Angel itu.”

Ketiga-tiga Angel itu memandang kearah suara baru yang mereka sangat kenali. Mereka mendongak ke udara melihat lebih sedozen askar Angel berada di atas mereka bersama dengan Lord Firold sebagai ketua mereka.

Cyrus terpaku dalam kedudukannya. Apa Lord Firold buat di tempat tu pada waktu sekarang? Dan bagaimana dia tahu dia berada di situ? Yang penting, apa akan jadi pada mereka?

>X<

Sky terbang ke satu laluan sunyi di mana dia pernah pergi suatu ketika dahulu, dan menunggu musuh ketatnya untuk muncul. Dia tak yakin yang Sulfur akan muncul untuk jumpa dia, tapi dia kena letak sedikit harapan dekat Devil satu tu. Walaupun betapa dia benci makhluk jijik itu tapi hanya Sulfur sahaja jalan dia untuk menghentikan Hell dari memburuh Raven.

“Well, Well, Well… Nampak siapa yang minta tolong dari makhluk menjijikkan atas permukaan muka bumi ini. Tak lain dan tak bukan, anak Elder ke empat, The Amazing Sky!”

Sky mendongak melihat Sulfur akhirnya muncul dan mendarat di hadapannya. “Aku pasti kau akan muncul.” Katanya sambil tersenyum sinis.

Sulfur tertawa besar mendengar ayat Sky. Dia tak jangka yang musuhnya ini akan berjumpa dengan dia. “Kau tahu tak apa maksudnya bila seorang Angel minta bantuan dari Devil? Di buang dari Heaven.”

Sky tersenyum sinis. “Jangan risau. Aku sendiri yang keluar dari Heaven.”

“Apa?!” SUlfur tersenyum lebar dan akhirnya ketawa pecah perut. “Woah!! Anak kebanggaan Lord Firold akhirnya mengambil langkah untuk membelot kaumnya sendiri! Apa yang buat kau jadi Stray Angel hah?”

Senyuman Sky pudar dan wajahnya kembali serius. “Raven. Kita kena hentikan kedua pihak dari kejar Raven.”. 


Devil ini pun turut menjadi serius bila Raven terlibat dalam perjumpaan mereka. “I’m listening.”

No comments:

Post a Comment