Axerialeth: SOD -By heart or forced to?-
Bab 16
Kapal Udara itu
mendarat di dalam bengkel yang teramat besar dan penghuni kapal tersebut
berdiri di depan pintu masuk kapal menunggu kapal tersebut terbuka.
Spring berlari
turun mendekati NightBlue dan memandang wajah M27 yang bersinar-sinar seperti
ada sesuatu yang buat dia gembira. “Apa yang happy sangat?”
Miracle yang tak
sabar pintu itu terbuka terkejut sedikit dan menggeleng. “I’m Back.” Sahutnya
dengan nada gembira.
Spring turut
tersenyum, rasa teruja ingin melihat kota tersebut sampai membuat NightBlue
tersenyum lebar di sebalik topengnya seperti itu. DIa melompat gembira dengan
mata tertumpu pada pintu kapal untuk terbuka.
Pole, Nuez dan
Manda turun dari Second Base ke Pintu masuk kapal bersama Spring dan Miracle.
“Nampaknya kita
akan lihat di mana tempat tinggal Night.” Sahut Manda melihat gerak-geri
NightBlue tidak sabar ingin keluar dari kapal itu.
Pole tertawa
kecil. “Aku tak sabar nak lihat kota ni.” Sahutnya siap dengan baju yang sangat
menjolok mata.
Nuez menarik sengih.
“Kau nak lihat kota ke atau lelaki dalam kota kecil ni?” Pole menjawab soalan
tersebut dengan senyuman 1001 niat membuat Nuez menggeleng. “Just as I
thought.”
Pintu tersebut
terbuka dengan perlahan dan Spring orang pertama lari keluar kapal ingin melihat
dunia yang dia tidak pernah lihat.
Mulutnya
terngangah luas melihat Bengkel yang besar itu. “Luasnya!!! Boleh muat tiga
lagi kapal!” jeritnya melihat satu kapal hampir sama dengan kapal mereka dan
juga dua kapal kecil berwarna hitam dan putih.
Nuez bersiul
melihat sekeliling kapal itu. “Betul ke ini kota kecil?” Dia terlihat tulisan
merah besar pada dinding bilik itu. “Bengkel 07. Ini salah satu bengkel mereka?
Woa bapak besar!”
Pole pula tidak
hiraukan semua tu, sebaik sahaja dia keluar dari kapal tersebut, dia dah lihat
dua tiga pekerja dalam bengkel yang sesuai dengan tastenya. “Yup…sangat
besar..” katanya melihat lengan pekerja itu yang berotot. Dia sempat mengenyit
mata kearah lelaki yang dia usha.
Manda melihat
beberapa orang lelaki sedang bercakap dengan NightBlue dan tundukkan diri
sebelum keluar ke dalam kapal. Dia menjungkit kening. Night orang penting ke di
tempat ni? Desis hatinya hairan.
NightBlue
menyertai mereka setelah bercakap dengan lelaki itu. “Mereka naik ke bilik
pengemudi berjumpa dengan Rick dan Ben.”
“Kau rasa berapa
lama dorang boleh baiki kapal ni?” Soal Nuez memandang Alat mereka yang sangat
canggih. Dia tahu semua alat itu keluaran terbaru. Ada juga jenis alat yang dia
tak kenal pasti. Mereka terlalu advance.
“Kami boleh baiki
kapal ni dalam masa dua ke tiga minggu. Dengan kerosakan pada belakang kapal,
aku tak rasa membaiki kapal ni sesuatu tugas yang mudah bagi pekerja aku.”
Miracle berputar
kearah suara tersebut dan melihat senyuman manis yang sangat dia kenali. “El!”
Dia berlari kearah lelaki tersebut dan memeluknya dengan erat.
Lelaki tersebut
juga memeluk Miracle dengan tawa gembira sehingga mengangkat perempuan itu dari
tanah. “Welcome home.” Bisiknya.
Miracle
mengangguk. Pelukan itu sangat dia rindui, dan bau minyak wangi lelaki tersebut
juga tidak berubah semenjak Miracle pergi dari kota tersebut. Ini buat Miracle
hendak menangis, hanya lelaki ini sahaja harapannya sekarang dan berharap dia
akan bantu Miracle dengan masalahnya.
Lelaki itu yang
bersama Ellen melepaskan pelukan mereka dan mengusap rambut Miracle. “Don’t
Cry. I’m here for you.” Katanya dengan senyuman.
Miracle mengangguk
sambil mengusap air matanya. “I miss—”
“PM HONEY!!”
sepasang tangan menarik Miracle dari dakapan Ellen dan memeluk Miracle dengan
erat. “Oh gosh Honey! It’s been a long time since I see you! It’s been a year
actually! Oh my look at you!” Dia mencium kedua pipi Miracle. “Did you have fun
out there? Aku dengar berita hangat yang kau ada kerja. Kau buruh kapal
penyelamat bergerak tu ke? Seriously? Kau nak—”
“Glend…”
“—tangkap orang dalam kapal tu? Kau dah
hilang akal ke?—”
“Glend!” sahutnya memotong ayat Glend yang
bercakap dalam satu nafas. “Breathe Glend dan tak, aku tak tangkap kapal tu.
Aku bawa mereka ke sini.” Dia depakan tangannya kearah tetamu mereka. “Ini dia,
the infamous Axerialeth team. Nuez, The engineer…”
Nuez melambai tangannya dengan janggal
masih terkejut apa yang dia lihat tiga minit lalu. “H-hey..”
“Manda, The Protector…”
Manda salute kearah mereka. “S’up!”
“This is the magnificent Pole.” Sahut
Miracle membuat Pole tertawa.
“At your service my dear.”
“Dan yang kecil tu pula, Spring.”
Spring melambai laju dengan riangnya. “Nice
to meet you!”
Glend turut melambai. “Me too! Oh, kejap..
mana dua orang lagi. Captain dan pengemudi tu mana?”
“Di
sini!” Ben keluar dari kapal itu sambil mengangkat tangan dengan satu lagi di
dalam poket seluarnya. “Dan Kapten di belakang aku.” Dia menuding kearah Rick
yang mengekorinya dari belakang.
“Kapten Rick dan juga Ben.” Miracle
perkenalkan. “Okay, semua dah ada di sini. Semua..” Dia menarik lengan Ellen
mendekatinya. “Ini ialah pemilik bengkel ni. Elleson. Tapi boleh panggil dia
Ellen.”
“Atau El.” Ellen bersalaman dengan mereka
semua dan akhir sekali dengan Rick. Mata mereka saling berpandangan lebih lama
dari yang lain.
Glend perasan perangai mereka berdua dan
berdehem. “Aku Glend.” Dia salam dan mencium pipi Pole, Manda dan Spring semasa
bersalaman. Dia juga bersalaman dengan Ben dan Rick.
“Well, look like we know each other. Apa
kata kami bawa kamu semua keluar dari tempat ni dan berehat?” Soalnya dengan
satu tepukan gembira. “Pasti korang semua penat dari semua masalah korang kan?”
Glend memandang kearah Miracle dan mengenyit mata. Memberi signal yang ayatnya
di utamakan kepada perempuan bertopeng itu.
Ellen mengangguk setuju dan memeluk bahu
Miracle. “What are we waiting for? Lets go.”
Mereka berdua bergerak dahulu dan di ekori
Glend dan yang lain keluar dari Garage tersebut.
Pole dan Nuez saling berpandangan dan
kembali kearah Miracle dengan lelaki yang bernama Ellen itu. “Pole, aku tahu
kau tahu rahsia NightBlue.” Bisiknya sesenyap yang mungkin.
Pole memutar kepalanya kearah Nuez. “Kau
pun tahu?”
Engineer ini mengangguk. “I have a question
though… adakah sebab dia sembunyikan identity dia dekat Rick sebab dia dah move
on?”
Pole menggeleng perlahan tertewa wajah
horror pada wajahnya memandang Rick yang merenung tajam kearah Ellen dan
Miracle. “I don’t know Nu… I just don’t know.”
Manakala Ben yang tidak tahu apa-apa
memandang sekeliling tempat itu dengan kagum. “Woa… Ini garage bawah tanah ke?
Tak sangka peralatan korang agak canggih untuk kota kecil cam ni.” Dia terus
memandang kearah Glend. “No offence.”
Glend tersenyum. “None taken. Di sebabkan
Kota kami yang kecil, kami tak dapat nak buat bengkel besar seperti mana ada di
capital city tapi thanks to idea bernas Ellen, kami buat garage bawah tanah
yang luas. Bukan sahaja kami jimat tanah untuk beli, kami juga ada pendapatan
baru untuk menyokong kewangan Negara. Ramai pengemudi kapal udara datang ke
tempat kami untuk dapatkan perkhidmatan kami tapi hanya limited orang je yang
dapat sebab garage ni agak kecil.” Katanya dan menekan lift terbuka, menyuruh
mereka masuk ke dalam. Dia menekan sekali lagi butang itu setelah dia menutup
pagar lift tersebut. “Garage ni ada Tiga tingkat. Tingkat pertama ialah garage
biasa yang berada di surface. Ia untuk kapal-kapal kecil untuk di perbaiki.
Tingkat kedua pula. Untuk kapal besar dan private ship. Selalunya kapal
orang-orang penting di letakkan di sini.” Glend menuding jari kearah beberapa
kapal yang di baiki oleh pekerja mereka.
“Itu Ialah kapal kebanggaan kerajaan… Err…”
Glend memetik-metik jarinya memikir nama yang agak mahal untuk ingatannya
ingat.
“kerajaan El-Dorado. Mereka suka datang ke
sini untuk mempebaharui kapal mereka.” Sambung Ellen. “Manakala tingkat
terakhir, tempat kita bertemu tadi. Di situ ialah garage private kami. Kami
buat kapal baru di tingkat tu dan hanya segelintir orang sahaja yang boleh
masuk ke dalam tu. You should called yourselve lucky sebab kenal Mi—NightBlue.”
Dia mendapat pukulan kecil dari Miracle sebab ingin menyebut namanya yang
sebenar. Segera Ellen tukar ke NightBlue.
Lift tersebut tiba di permukaan dan dua
escoter mereka membuka lift tersebut untuk mereka semua. “Come this way
everyone. Ini ialah garage pertama.” Katanya mendepakan tangan kearah beberapa
kapal kecil yang di baiki.
“Garage ni lebih kecil dari dari garage
bawah tanah.” Kata Ben memandang sekeliling. “Kenapa?”
“Untuk sembunyikan kekayaan Kota ni.” Sambung
Miracle. “Kalau kuasa luar tahu kelebihan Kota ini, dah tentu tempat ni dalam
bahaya. Ellen betul buat garage kecil di atas permukaan bumi supaya orang luar
ingat kota ini bukan ancaman kepada mereka. That’s why this is a safe country.”
Ellen mengangguk dengan senyuman segan.
“Okay… don’t praise me. Glend, tolong tunjukkan kepada mereka ke rumah tetamu.”
Glend mengangguk dan tunjukkan mereka
kearah Pintu keluar. “Right this way my royal guest.”
Mereka semua mengekori Glend keluar pintu,
Spring perasan yang M27 dan Ellen tidak berganjak dan berputar semula kearah
mereka.
“Korang tak join sekali?”
Miracle menggeleng. “No. This is my home
Spring, aku akan jumpa korang ni malam okay?”
Spring tersenyum kecil dan mengangguk,
berlari keluar dari tempat itu kepada yang lain. Miracle sempat melambai kearah
Spring.
Glend tunduk hormat kepada mereka berdua
sebelum masuk kedalam kereta dan pandu pergi membawa tetamu terhormat mereka ke
tempat yang di nyatakan.
Setelah mereka hilang, Ellen bersuara; “You
shouldn’t force yourselve, you know.” Sahutnya dengan senyuman tawar. Dia
memandang kearah tangan Miracle memeluk erat lengannya.
Miracle menggeleng kecil. “El, I don’t
force myself. I am moving on.”
>X<
“Wow..” Manda merehatkan badannya pada
kerusi kereta yang empuk itu, matanya masih kagum dengan kekayaan kota kecil
itu. Tapi ada lebih mengagumkan dari tempat itu. “Aku tak sangka yang NightBlue
orang penting dalam Sylvianne!”
“I know!” sahut Ben sambil tertawa. “First,
kita fikir dia ni Assassin tak berhati perut, then seorang experiment yang
bergelut untuk hidup dalam dunia ni dan sekarang orang penting dalam Sylvianne?
Seriously dia sentiasa buat aku terkejut!”
Spring mengangguk. “Oh dan Ellen. Tak
nampak ke keakraban mereka? There must be in a relationship.”
Pole tertawa kecil dengar ayat Spring.
“Jangan buat konklusi cam tu Spring. Tak baik.”
“Actually…” cermin yang memisahkan pemandu
dan penumpang di turunkan membenarkan Glend bersuara. DIa memandang tetamunya
melalui cermin tengah. “PM, ialah tunang Ellen.”
Ini buat Nuez dan Pole saling berpandangan.
Tunang? Miracle tak cakap apa-apa pun yang dia telah bertunang. Adakah dia
sememangnya telah lupakan Rick? Pandangan mereka berubah ke Rick yang asyik
diamkan diri tenggelam dalam lamunannya sendiri.
Glend hanya memandang mereka melalui cermin
tengah, melihat terutamanya Nuez dan Pole. Mereka tahu identity Miracle desis
hatinya dengan wajah kosong. Dia kembali pandang kehadapan.
Miracle,
kau ada dua jalan yang berbeza. Lepaskan sayap mu atau maju ke hadapan
Mata Glend terbeliak bulat bila dia melihat
sesuatu dalam mindanya. Oh no…
>X<
Mereka akhirnya tiba di Rumah Tetamu yang
di katakan oleh Ellen beberapa minit yang lalu. Tempat itu tidak jauh dari
istana Sylvianne.
Glend membawa mereka masuk kedalam rumah yang
serba mewah itu dan tunjukkan bilik mereka satu persatu.
Setiap bilik mereka di berikan mengikut
citarasa mereka sendiri tanpa mereka beritahu apa yang mereka nakkan, Glend
memberikan bilik yang sesuai pada mereka.
Spring berdiri di depan pintu biliknya yang
serba mewah merenung biliknya dengan lama. “M27 di mana?”
Glend menjungkit kening. M27? Jadi
perempuan ni pun tak tahu Siapa Miracle. “Dia bersama Ellen sekarang. Kalau kau
nak sesuatu boleh minta dengan saya.”
Spring menggeleng. “Adakah selama ini M27
tinggal di tempat seperti ini?” Soalnya memandang bilik yang di hias cantik
itu.
Glend mengangguk. “Ya, tapi dia tidak
pernah tenang dalam bilik seperti ini. Jadi kami sediakan ubah suai biliknya
supaya dia lebih selesa. Just a simple renovation.”
Spring mengangguk. Dia faham perasaan M27.
Tinggal di tempat yang serbah mewah tapi kawan eksperimennya dalam bahaya. Dah
tentu dia tidak selesa dalam bilik ini.
“Jangan risau. Mereka akan di selamatkan
tidak lama lagi.” Sahut Glend dan tersenyum kepada Spring. “Time makan malam
M27 datang jumpa korang.”
Spring mengangguk dan masuk ke dalam
biliknya. Dia mendengar pintu bilik tertutup. Dia bersendirian di bilik itu.
Bilik pertamanya yang serbah mewah. Lebih mewah dari kapal Axerialeth.
Tidak lama lagi dia akan bebas dari CR dan
dia boleh hidup seperti ini dengan aman. Spring tenangkan dirinya sendiri. Ya,
dia akan bebas.
Sementara di bilik Rick, dia berada di
balcony bilik tersebut memandang kota kecil yang aman itu. Dia tak sangka ada
lagi kota yang kelihatan sangat Vintage. Dalam dunia modern ini, kota seperti
ini dah pupus. Tapi technology mereka sangat up to date. Lebih canggih dari
Axerialeth.
Adakah ini kerana NightBlue?
Rick tertunduk, mengeluh dengan panjang.
Lebih banyak dia fikirkan tentang NightBlue, lagi sakit hati di buatnya.
Fikirannya sangat bercelaru sekarang ni, dia pernah rasakan perasaan seperti
ini dengan Miracle dahulu.
Adakah hatinya mengatakan dia cintakan
NightBlue sekarang? Atau dia melihat Miracle melalui NightBlue? Dia dah tak
pasti. Dia dah tak boleh percayakan mindanya sendiri.
“Damn..” Dia menumbuk dadanya seperti
memberi tahu hatinya untuk berhenti berharap yang mustahil.
Rick jatuh terduduk, mencengkam rambut
depannya dengan kedua tangan, menutup matanya yang mula pedih.
Dia berharap NightBlue adalah Miracle dan
dia cuba mendekati perempuan itu. Tapi… lelaki itu muncul mengaku sebagai
Tunang NightBlue. Ia sakit. Hatinya sangat sakit. Lebih sakit mengetahui
Miracle korbankan dirinya kepada CR.
“Don’t force yourselve hon.”
“Go away Pole..”
Pole menghirup winenya. Dia berada di bilik
sebelah, menikmati pemandangan Bandar tersebut dan terlihat ketua mereka berada
dalam penjara hatinya. “Aku tak suka nampak kau terseksa lagi Rick. Cukup tiga
tahun lepas. Perempuan tu buat luka lama terbuka lagi. Don’t you think you
should forget about her?”
“How can I Pole?” soalnya memegang dada
yang teramat sakit. “She reminds me of her. I even think she is Miracle! Setiap
perbuatannya, setiap tingkah lakunya dan personalitinya sama seperti Miracle. I
try to forget her but..” Dia segera berpaling dari Pole. Dia tidak mahu half
gender tu lihat dia mengalirkan air mata.
Pole terdiam. Kau tak tahu betapa kau betul
pasal NightBlue itu Miracle desis hatinya memandang kearah lain. Dia hormati
Rick. Dia takkan pandang Rick bila dia mental break down. Sepanjang hidupnya,
Rick sentiasa kehilangan orang yang dia sayang. Keluarganya.. Miracle… bila
nampak Miracle yang menyamar menjadi Nightblue, Pole ingatkan Miracle takut
berdepan dengan Rick. Adakah sebab dia sememangnya dah move on, sebab tu dia
tak nak tunjukkan Identitinya? Dia pernah kata selepas semua ini selesai dia
nak hilangkan diri. Kalau bukan Spring pujuk dia tinggal, dah tentu dia takkan
jejakkan kaki ke Axerialeth.
Pole melihat di hujung matanya, Rick
kelihatan sangat teruk. “Suatu ketika dahulu, aku terjumpa seorang perempuan…”
Rick menarik nafas dalam. “Please shut up
Pole!”
“Dia memaksa aku untuk berjanji menyimpan
rahsianya walaupun nyawa aku tergadai.” Pole tetap menyambung ayatnya.
“Perempuan ini seorang yang sangat misterius pada mata dunia. Dia sangat
berkuasa tapi pada masa yang sama sangat lemah. Dia mempunyai senyuman terindah
tetapi pada masa yang sama tangisan darah mengalir.” Pole menghirup winenya
sebelum bersuara semula. “Dia kembali ke tempat yang dia sepatutnya berada tapi
di sebabkan dia ingin memulakan hidup baru, dia terpaksa menyamar menjadi orang
lain. Aku tak pasti apa tujuannya untuk buat sedemikian tapi yang aku tahu dia
taknak lelaki yang dahulu dia cintai terluka bila melihat dia kembali. Sebab
dia telah berjumpa dengan lelaki lain.”
Pole melihat Rick sekali lagi. Dia tak
berganjak dari posisinya. “Aku dapat tahu siapa perempuan tu sebenarnya dan
memaksa aku untuk tidak beritahu sesiapa tentang diri dia yang sebenarnya. Dia
kata dia nak lelaki yang dia cintai untuk lupakan dia dan cari perempuan yang
lebih baik dari dia. Dia kata lelaki yang dia cintai bahagia dengan perempuan
yang dia temui. Jadi perempuan itu boleh pergi dengan aman bersama lelaki yang
dia pilih.” Pole meletak cawannya pada pagar balcony itu dan memandang Rick.
“Perempuan itu berada di hujung antara dua jalan; Masa lalu dan masa depan.
Guess what; dia pilih masa depan.” Pole diamkan diri untuk seketika sebelum
bersuara semula. “Aku beritahu kau sebab aku tak nak kau terluka. Ambil
pengajaran dari cerita ni dan buat langkah seterusnya, Rick.” Dengan itu Pole
masuk kedalam biliknya.
Pole berhenti membelakangkan tingkap
balconynya dan berbisik. “Miracle akan bunuh kita.”
Nuez berada di tepi pintu itu, menyandar
pada dinding sambil memeluk tubuh. “I take my chances.”
[Previous] | [MiT] | [Next]
Comments
Post a Comment