Axerialeth: SOD -Socially Awkward-
Bab
17
Miracle merenung tajam kearah Ellen. Kalau renungan satu senjata, dah lama kepala Ellen berlubang.
Ellen hanya menahan ketawanya dari
terburai. Dia tahu Miracle tak sukakannya tapi it’s the rule. She has to obey.
“Aku benci peraturan di raja.” Miracle
akhirnya bersuara melihat dirinya di cermin panjang. “MESTI ke aku pakai gaun
ni?”
Ellen mengangguk, memandang Miracle dari
atas hingga bawah yang tengah di cantikkan oleh dayang-dayang di raja. “Turn
around.”
Miracle mengeluh. Dia berputar untuk Ellen.
“I mean. Tak boleh ke pakaian casual? Its just dinner.”
Ellen mengangguk sekali lagi, menyandar
pada sofa yang berada dalam bilik tersebut sambil memeluk tubuh. Puas hati
dengan pilihan baju tersebut. “Well, My princess has to look beautiful. Kau
bukan NightBlue kat Sylvianne.”
Miracle berdecis. “Fine… kita dinner kat
mana?”
“Rumah tetamu. Tak nak rahsia kau
terbongkar kalau mereka masuk ke istana. Tak ramai orang tahu kau sebagai
NightBlue.” Jawabnya bangun dari sofa. Dia menyuruh dayang-dayang itu berhenti
dari hias Miracle, dan mereka keluar mengikut arahan.
Miracle memandang Ellen dengan wajah risau.
“kenapa kau tolong aku? Kau pernah kata kau takkan masuk campur dalam hal ni?”
“Hey, kau bantu kawan Experimen kau. Takkan
aku nak duduk diam je?”
“Maksud aku Axeriatleth. Rahsiakan diri aku
dari…” Dia menarik nafas dalam. “Rick.”
Senyuman Ellen pudar dan memegang kedua
tangan Miracle seperti tangan tersebut sangat berharga baginya. “Aku taknak dia
jadi penghalang. Semasa kau kembali dengan Axerialeth, aku ingatkan aku akan
kehilangan kau tapi bila tahu kau sembunyikan identity kau…” Ellen tersenyum
lega. “Aku ada harapan. Kau sendiri kata tadi, setelah semua ini selesai kau
akan kembali kepadaku dan hilang dari kehidupan Rick buat selamanya.”
Miracle tersenyum tawar. “Aku dah janji
kan, bila aku kembali ke tanah ni aku akan jadi milik kau. Apa lagi nak di
ragukan?”
Ellen tertawa kecil. “And I can’t believe
you really did that. Thank you.”
Miracle menggeleng. “No, thank you dan
minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk kembali.”
Ellen menggeleng. “It’s okay. It’s worth to
wait.”
Mereka senyum sesame sendiri dan semakin
lama wajah Ellen semakin dekat dengan Miracle. Bakal puteri ini memejamkan
matanya secara perlahan dan…
“I’m Sorry too.”
Kedua-dua memandang kearah suara yang baru
masuk ke bilik tersebut dengan senyuman nakal sambil menyentuh dadanya.
“Glend!” marah Ellen dengan muka merah
tahap gaban. “Apa aku kata pasal ketuk pintu sebelum masuk.”
Glend tertawa besar. “Kau pernah beritahu
aku ke? Aku tak ingat pun.” Dia memandang kearah Miracle. “Oh my gosh, Look at
my PM! Dah lama aku tak nampak kau berpakaian cam ni!” Dia memeluk Miracle
dengan erat.
Ellen meramas mukanya, sakit hati. Nasib
baik Glend ni kawan Miracle kalau tak dah lama dia buang perempuan ni keluar
istana. “Apa kau nak Glend?”
Glend merenung tajam kearah Ellen. “Maaf
sebab ganggu masa korang berlovey-dovey tapi makan malam dah nak sampai. It’s
almost time to go to the Guest house, Your majesty…” dua perkataan terakhir
bagaikan racun di mulut Glend. Pangkat je Raja tapi perangai buruk bebenor!
Glend mengambil sehelai kain yang ada di
meja make up tersebut dan pakaikan pada muka Miracle, menutup wajahnya. “Hmm…
sayangnya kena sembunyikan wajah yang penuh keajaiban ni…” Glend mengeluh.
“Anyways, Miracle. Aku perlukan kau sekarang. Boleh tak singgah ke bilik aku
dulu sebelum kita turun?”
Miracle mengangguk dan memandang Ellen
dengan wajah simpati. “Sorry. Boleh tunggu kitorang kat bawah?”
Ellen mengeluh. “Fine. Jangan ambil masa
lama sangat. Oh dan Glend, Don’t squeeze my fiancé todeath. Aku hanya ada satu
Miracle dalam dunia ni.”
Glend memutarkan bola matanya. “I know. Aku
pun hanya ada satu Miracle. Jangan risau.” Dia terus menarik Miracle keluar
dari bilik tersebut ke bangunan timur di mana bilik Glend berada.
“I want to show you something. Ia pasal
permintaan kau untuk buat batu CR sebagai pelindung.” Katanya menyelongkar
laci-laci di dalam biliknya yang dah sememangnya berselerak. “Mana fail
tu—Ah-Hah!” Dia keluarkan fail tersebut dari laci bawah almari tersebut dan
berikan kepada Glend.
“Aku dah lihat dan catat bagaimana bentuk
pelindung kota Sylvianne. Ia akan berjalan dengan lancar!”
Miracle membelek-belek kajian Glend dengan
senyuman yang memuaskan. “Glend… tentu penat buat semua ni kan?”
“Naaah…. Pandang ke masa hadapan sekali dua
dalam masa sehari dan muntahkan isi perut aku tak lah seteruk mana pun.” Glend
tertawa melihat wajah terkejut Miracle. “Jangan risau. Plan tu dah siap dan ini
Blueprint dia. Aku dah upah orang untuk hasilkan Sexy machine ni. Amacam? Hebat
tak aku?”
Miracle mengangguk melihat Blueprint
pelindung Sylvianne di atas meja Glend. “Sangat hebat Glend! You are the best!”
Glend menggaru kepalanya yang tidak gatal
rasa segan pula di puji oleh Miracle. “I just do what I can. Mira, kau tau ada
price melihat masa depan kan?”
Miracle memandang Glend dan mengangguk.
“Just tell me what to do Glend. Kita akan hasilkan mesin ni untuk keselamatan
Sylvianne.”
Senyuman Glend pudar membuat Miracle risau.
“Miracle, bila suatu ketika nanti aku sakiti hati kau atau langgar arahan kau,
aku minta maaf sebab aku hanya mengikut masa depan yang aku lihat.”
Miracle tersenyum tawar. “Aku tahu Glend.
Kau mengetahui masa depan aku dari diri aku sendiri.”
Glend turut tersenyum. “Dah-dah! Ketepikan
plan ni dahulu. Kita ada Dinner date dengan Axerialeth!!” Dia letakkan fail
tersebut di tempatnya semula dan menarik Miracle keluar dari bilik tersebut.
>X<
Masa berlalu dengan perlahan, lebih perlahan dari apa yang Miracle
jangkakan. Semasa dia duduk di meja makan bersama yang lain. Dia dapati yang
Rick kelihatan sangat suram. Sepanjang makan malam mereka, Rick banyak diamkan
diri dan menjawab persoalan Ellen dengan ringkas. Dia sepertinya tidak suka
duduk di meja makan itu dengan lama. Dia habiskan awal makanannya dan meminta
diri tanpa menghabiskan dessertnya.
Ia sangat pelik. Apa yang buat Rick seperti
itu? Dia memandang Pole dan Nuez, perasan tingkah laku pelik Rick. Mereka
berdua juga mengangkat bahu tidak tahu angin malam apa tiup muka Rick sampai
dia buat muka emotionless seperti itu.
“Well, it’s a wonderful dinner with all of
you tapi malangnya saya kena kembali untuk selesaikan beberapa urusan. Maaf
kerana tidak dapat meluangkan lebih masa dengan kamu semua.” Sahut Ellen sambil
memakai coatnya semula.
Spring memegang tangan NightBlue dengan
erat. “Kau pun nak pergi juga ke?”
Miracle tersenyum kecil melihat mata merayu
Spring. “El, aku akan bermalam kat sini. Kau okay kan balik sendiri?”
Ellen menarik nafas manjang dan mengangguk.
“Of course. Glend temankan Miracle okay?”
Glend mengangguk tanpa cakap apa-apa. Ellen
menjungkit kening. Pelik sangat perempuan ni, sekejap over emotional, sekejap
diam membatu. “Bagus. Good night everyone. Jumpa korang kat bengkel esok.”
Dengan itu Ellen keluar dari rumah tetamu dan kembali ke istana.
“Alright Spring. Kau nak buat apa ni malam?
My night is all yours.” Katanya dengan senyuman di sebalik purda nya.
“Jom pergi bilik aku? Bilik aku canti sangat!
Lebih cantik dari apa yang aku bayangkan!” dia menarik-narik tangan Miracle
dengan gembira.
Miracle tertawa kecil. “Okay-okay. Jom
pergi.”
“Night.”
Miracle memandang kearah Pole yang
memanggil. “Ya?”
Nuez memandang kearah Spring dengan
senyuman. “Boleh tak kitorang pinjam NightBlue sekejap? Kami ada something nak
discus.”
Spring menjadi murung. “kena sekarang ke?
Alaa… Spring baru nak tunjukkan bilik Spring kat Night..”
Miracle mengusap kepala Spring dengan
lembut. “Apa kata kau pergi dulu dengan Glend. Aku tahu kau ada banyak soalan
nak tanya kat aku kan?” Spring mengangguk. “Glend akan jawabkan untuk aku. Kan
Glend?”
Glend mengangguk dengan senyuman kecil.
“Jom Spring?”
“Okay.” Jawabnya dengan sedih tapi akur.
“kau akan masuk bilik aku nanti kan?”
Miracle mengangguk. “Ya. Jangan risau.”
Mereka melihat Spring hilang dari
penglihatan mereka bersama Glend dan kembali pandang satu sama lain. Miracle
kembali duduk di tempatnya.
Manda dan Ben saling berpandangan. Mereka
confirmnya tidak di perlukan di sini. “Alright. Masa untuk aku masuk tidur.”
Sahut Ben sambil menguap, bangun dan bergerak pergi meninggalkan mereka.
Manda hanya duduk untuk beberapa minit.
Nampaknya mereka takkan mulakan perbincangan mereka selagi aku kat sini desis
hati Manda. “Aku masuk bilik dulu.” Sahutnya penat menunggu riaksi mereka.
Sementara di bilik Spring, Experimen ini
hanya duduk di atas katilnya sambil memeluk bantal yang empuk. Diamkan diri
bersama Glend yang berdiri di hadapannya.
“Kau boleh duduk kalau kau nak.” Kata
Spring memandang Glend untuk seketika sebelum mengalihkan perhatiannya kearah
lain. Wajah Glend sekarang sangat menggerunkan. Dia Emotionless.
Glend menggeleng. “It’s okay. Aku hanya
ikut perintah Puteri.”
Spring terus mendongak. “Boleh aku tanya.
Kau panggil NightBlue, PM. Kalau P bermaksud Puteri… kenapa M? kan nama
NightBlue mula dari N?” Spring terus tunduk bila mata mereka bertemu. Wajah
Glend sangat ngeri sekarang ni!
Glend bergerak ke tepi tingkap memandang
bulan malam. “M27.” Matanya bercahaya biru. “M bersamaan dengan M pada
panggilan ‘PM’.” Katanya dengan nada
mendatar. “M bermaksud Miracle. sama seperti kejadian yang menimpah Kota ni,
aku dan Axerialeth.”
Mata Spring terbeliak melihat mata Glend.
Ia bercahaya biru. Bukan seperti pantulan cahaya seperti NightBlue dan Spring
miliki tapi seperti lampu suluh. Bercahaya Biru. “Kau siapa?”
Glend menutup matanya menyembunyikan cahaya
tersebut. “Aku adalah hamba Puteri Miracle. Dia hidupkan aku dari batu CR.”
“H-hidupkan dari batu CR?” Spring memandang
Glend yang membuka matanya semula. “Miracle boleh hidupkan orang balik ke?”
Glend menggeleng. “Tak. Aku mempunyai
jantung yang lemah dan terima kasih kerana liquid CR yang mengalir dalam badan
aku, ia membantu jantung aku untuk berdegup secara normal. Sepertinya PM tahu
kesan sampingan kuasatu. Ia bagi aku kuasa dan aku ditugaskan untuk melihat
masa hadapan.”
Masa hadapan? Seperti fortune teller? Desis
hati Spring. Dia tidak tahu Miracle faham cara Kuasa CR berfungsi. Dia tak
sangka yang Miracle sekuat itu.
“Kuasa aku terhad dan aku tidak lengkap
tanpa Puteri Miracle. jika aku berjauhan dari dia, aku tak dapat rasakan
apa-apa. Tidak mempunyai perasaan seperti robot yang menyatakan apa yang aku
lihat, tapi bila aku dekat dengan PM, aku seperti manusia biasa. Ironic isn’t
it? Dia kata dia perlu tahu masa depan untuk pimpin dia ke jalan yang benar.
Sebab tu dia perlukan aku dan aku berhutang nyawa kat dia.”
Spring hanya diamkan diri. patutlah
organisasi CR mencari Miracle, dia satu-satunya eksperimen yang Berjaya menerima
dan juga memahami kuasa CR. Adakah dia lebih kuat dari apa yang Spring
jangkakan? Adakah Miracle menyembunyikan potensi sebenarnya?
Spring mendongak memandang Glend. Matanya
telah kembali warna hitam. “Apa kau lihat tadi?”
“Masa depan Sylvianne. Loceng berbunyi.
Burung merpati putih dan PM memakai gaun putih.”
>X<
Miracle menggenggam kedua tangannya di
bawah meja menahan dirinya dari cakap sesuatu yang tidak patut.
“Miracle. aku tahu kau siapa. Tell us the
truth!” Pole naikkan suara sedikit. Hey! Dia kena control suara dia, dia belum
buat pembedahan ubah suara lagi!
Miracle tarik nafas dalam. “There is
nothing to be told. Korang boleh lihat dengan mata sendiri. Aku bertunang
dengan Ellen dan akan berkahwin. Apa lagi korang nak aku cakap?”
Wajah Pole berubah. Sangat kecewa mendengar
luahan Miracle. “Please… just tell me all of this a lie.”
Nuez mengeluh. “Betul ke ini keputusan kau
Mi?”
Miracle mengangguk. “Besides, its good for
everyone.” Miracle bangun dari tempat duduknya sebelum Nuez nak bersuara. “Aku
nak pergi ke Spring sekarang. Tolong fikirkan semua ni dan terima hakikatnya.”
Pole menutup mukanya dengan keluhan. “Poor
Rick.. He’ll be heartbroken once again..” Dia mendongak memandang Nuez. “See, I
told you don’t give Rick any hints!”
“INi untuk kebaikan dia Pole!” balas Nuez
amarah membuat Pole terdiam. First time dengar the mister slamber guy naikkan
suara. “Dari Rick tahu secara mengejut, baik dia tahu sekarang dan terima
hakikat ni secara perlahan. Ya, dia terluka sekali lagi tapi dia akan terima semua
ni suatu hari nanti. Aku kenal Rick, dia akan buat apa sahaja untuk kebahagiaan
Miracle.”
Pole terdiam buat sementara waktu
memikirkan apa yang Pole katakan. Ya, Miracle adalah segalanya kepada Rick,
mesti dia nak Miracle bahagia. “Mungkin kau betul.”
>X<
Tak…
tersangat salah
Rick yang menghilangkan diri sejak makan
malam itu berada di dalam bilik yang gelap. Dia duduk di penjuru bilik dengan
segelas air keras di tangannya. Dia tundukkan diri menyembunyikan mukanya di
sebalik kedua tangannya yang bersimpul atas lutut. Air mata jatuh membasahi
lantai bilik tersebut dan tangisan kecil kedengaran.
>X<
Spring tersenyum melihat Miracle masuk
kedalam bilik tapi senyumannya pudar bila dia lihat wajah muram Miracle.
“Night, kau okay ke?”
Miracle menggeleng sambil tersenyum tawar.
“Yea. I’m okay.” Dia naik atas katil Spring dan baring di sebelahnya. “Aku
hanya mengantuk.”
Spring tertawa kecil dan turut baring,
memeluk Miracle dengan erat. “I know something awesome today.” Sahutnya dengan
gembira.
Glend bergerak ke pintu bilik, mematikan
lampu sebelum keluar dari bilik itu.
“Apa dia?” Soal Miracle turut memeluk
Spring dengan dagu di rehatkan di atas kepala Spring.
“Kau buat Glend. Kau memang kuat M27. Aku
pasti kita boleh kalahkan Zeloid.”
Miracle tertawa paksa. Dia mendengar Spring
tapi mindanya melayang ke Rick. “Really?”
Spring mengangguk. “Dan nama kau. Miracle,
sama seperti nama Member Axerialeth dahulu. Siapa bagi nama tu kat kau?”
Mata Miracle terbeliak bulat. Adakah Glend
beritahu Spring perkara sebenar? Yang dia Miracle? “L-Lelaki yang aku cintai
yang bagi nama tu…”
“Tak sangka kan? Tapi kau sesuai nama
Miracle, M27. Putera Ellen pandai bagi kau nama. Kau bawa keajaiban kepada
semua orang.” Katanya dengan mata yang makin berat.
Air mata Miracle mula bertakung mendengar
ayat Spring. Kau bawa keajaiban ke dalam kapal ni. You are my Miracle.
Miracle memeluk Spring dengan lebih erat
menyembunyikan air matanya dari Spring. Tiada siapa tahu betapa dia rindukan
Rick. Dia tidak pernah cintakan lelaki lain selain Rick. Dia sendiri keliru
dengan dirinya sendiri. Masa depannya bersama Ellen. Dia tak boleh ubah masa
depan itu.
Sementara di luar pintu bilik itu, Mata
Glend bercahaya sekali lagi melihat masa depan Miracle.
Miracle
berada di dalam bangunan terbakar dengan seorang lelaki. Miracle mengacuhkan
senjatanya kearah lelaki tersebut. “I die… you die with me.”
Glend menarik nafas dalam dan
tercungap-cungap. Dia memandang Kearah pintu bilik tersebut dengan wajah
horror. Masa depan Miracle berubah sekali lagi. Ini dah ketiga kali Dia lihat
Masa Depan Miracle yang mempunyai kesudahan yang berlainan.
Woha! Best giler...nak lg...
ReplyDeleteawwww thanks salmi <3 <3 you r the best!!!
ReplyDelete