Axerialeth: SOD -A dance to remember-
Bab 23
Glend merenung
tajam kearah Miracle. renungan yang Miracle cuba elakkan dari bertemu mata
kerana renungan tersebut boleh sampai ke lubuk hatinya. Actually, Glend buat
renungan tu pun dah buat Miracle tak selesa.
“Okay fine! I
cried, can you please stop staring at me like I’m sort of a criminal to you.”
Miracle akhirnya mengalah membuat Glend tersenyum puas.
“dan kenapa kau
boleh-Oh no.” Glend mengangkat tangannya tanda dia batalkan persoalannya. “Aku
tak nak tahu bagaimana atau kenapa kau menangis yang aku nakkan sekarang ialah
kau focus untuk majlis tari menari ni malam. You’re not even listening to
anything I just said for the last 30 minutes!”
Miracle
mencebik. Ikutkan hati bukan sahaja dia buat tak endah dengan ceramah panjang
Glend malah dia tak nak datang ke dewan peribadi tu. “Tak boleh ke aku skip
majlis ni? Hanya sekali?”
“Over my dead
body.” Kata Glend menarik Miracle ke tengah-tengah bilik. Dia memandang kearah
mini okestra yang ada di hujung bilik itu dan memberi signal untuk mainkan lagi
waltz. “Kau tak boleh bagi alasan tak munasabah time majlis ni malam. Kau nak
bagi alasan kau demam ke, sakit tenat ke, atau dapat cancer ke…aku tak kesah.
Kau kena datang juga ke majlis tari menari ni malam.”
Miracle
mengeluh. Mereka berdua berada dalam posisi tarian waltz di mana Glend menjadi
watak lelaki dalam tarian itu. Mereka mula mengikut irama lagu yang di
dendangkan oleh okestra di raja itu. “I mean… it’s a masquerade party, tiada
siapa tahu siapa di sebalik topeng dan gaun yang aku pakai nanti. Apa kata kau
gantikan tempat aku? Kau lagi terer menari dan adab dalam majlis dari aku kan?”
Miracle tersalah
langkah dalam tariannya dan tidak sengaja terpijak kaki Glend. “Oh sorry!”
“Ouch!—It’s
okay..” Dia terjungkit-jungkit memegang kakinya yang sakit tapi dia kembali
berdiri, menahan rasa sakit di ibu jari kakinya. “Aku okay.”
“See! Tarian
waltz asas pun aku gagal. You know me than I do Glend. Aku tahu kau dah nampak
cam mana aku buat kat majlis tu malam nanti kan?”
Glend menarik
nafas dalam dan mengangguk. “Yup, aku nampak sangat kesilapan besar kau tu.” Katanya memandang Miracle dengan serius. “Tapi, itu bukan alasan untuk kau skip
majlis ni. Aku nampak kau hadir dalam majlis tu bermaksud kau kena hadir walau
kau kena lawan dunia ni!” sahutnya naik okta dua menyebabkan okestra mereka
berhenti bermain.
“Take five.”
Miracle kata kepada okestra di raja dan kembali kepada Glend. “Tapi aku tak
sesuai dengan benda macam ni. Kau takpe lah. You are all, noble, high pride,
elegent and princess’s like attitude. While me; all blood, bullet and kill. Tak
sama Glend. Jaaaaauuuuhh beza dia.”
“Alasan,
alasan…” Glend mengipas-ngipas tangannya tanda menolak alasan Miracle.
“Sekarang, kau ada 5 jam belajar menari sebelum majlis tu bermula dan persiapan
untuk gaun kau nak makan sejam lebih. Minus that, kau ada tiga jam untuk master
tarian waltz.” Glend memandang jam tangannya dan mengeluh. “Urrghh… aku lupa
aku kena jumpa tunang kau kat tempat pembinaan.”
“So, go.” Kata
Miracle sambil buat tangan menghalau. “Mesti hal penting kan?”
“Yea but takkan
aku nak tinggalkan kau sendiri. Takut kau pergi panjat bumbung orang lain
lagi.”
Miracle tertawa.
Apa? Cara miracle membuang masa ialah mengasah bakat assassinnya selain sibuk
membina benteng CR itu. Entah macam mana boleh kantoi oleh Glend dan selepas
itu Glend sentiasa pantau Miracle hampir setiap masa. “Don’t worry. Aku akan
cari cara untuk belajar menari, okay?”
“Hmmm… susah nak
percayakan kau ni.”
“Then percayakan
aku.”
Mereka berdua
berpaling kearah jejaka yang masuk ke dalam bilik kecil itu membuat riak wajah
kedua wanita tersebut menjadi gelap dan suram.
“Apa kau buat
kat sini, transsexual.” Soal Glend mengetap gigi. “Oh nampaknya kau pakai baju
lelaki kali ni.” Glend melihat Pole memakai jubah cina warna putih yang di
perbuat dari kain sutera. Rambutnya yang panjang di ikat satu syle loose dan
sandangkan pada bahu kanannya. Dia juga tidak memakai sebarang make up dan juga
high heels. Walaupun dia berpakaian lelaki, dia tetap kelihatan seperti perempuan.
Pole menarik
sengih. “Jangan kata kau terpikat dengan aku, cik adik.” Dia mengusap dagu
Glend dengan lembut membuat Glend menjadi merah tapi perempuan itu segera
menepis tangan Pole.
“I don’t have
time for you Transsexual.” Dia memandang kearah Miracle untuk seketika sebelum
kembali kepada Pole. “Get out from here.”
“Nope. Sorry, no
can do.” Pole mengendahkan ugutan Glend dan bergerak mendekati Miracle. “May I
take this dance?”
Glend memutarkan
bola matanya sakit hati dengan ketidaksopanan Pole. Dia menarik lengan Pole
suruh dia putar memandang Glend tapi Pole bergerak lebih pantas dengan
menangkap tangan Glend. “Aku nak bercakap dengan Mira. Now please leave us
alone.”
Glend mengetap
giginya sangat marah dengan lelaki ini tapi wajahnya berubah menjadi terkejut
bila dia melihat masa depan. Dia menghembus nafas mengalah dan menarik
tangannya. “Fine. Kalau kau sakiti Miracle sekali lagi, aku akan pastikan kamu
semua terima akibatnya.” Dia berpaling kearah Miracle dan tunduk hormat. “Aku
kena pergi dulu, tolong jaga diri kau elok-elok.” Dengan itu Glend keluar dari
dewan tersebut meninggalkan Pole bersama Miracle.
Pole tersenyum
manis kearah Miracle. “How are you?”
“A little
confuse and stuck between to roads.” Jawab Miracle dengan jujur membuat Pole tertawa
kecil.
Pole mengangkat
tangannya memberi signal kepada pemain music untuk dendangkan lagi waltz untuk
mereka. Dia tunduk alaala gentlemen sambil menghulurkan tangannya kearah
Miracle. “may I take this dance?”
Miracle
menyambut tangan Pole. “Kau akan menyesal nanti.”
“I take my
chances.” Katanya sambil mengenyit mata dan mereka berdua menari mengikut irama
secara perlahan.
Mereka berdua
menari secara senyap kerana suasana yang sangat janggal bagi mereka berdua. Masing-masing memandang kaki mereka atas sebab-sebab tersendiri. Miracle ingin
memastikan dia takkan pijak kaki Pole, manakala Pole mencari cara bagaimana nak
mulakan perbualan mereka.
“Miracle…
Listen.”
Miracle
mendongak memandang Pole dengan perasaan takut. “A-Apa dia?”
Pole tersenyum
tawar. Adakah dia berkasar sangat dengan Miracle? “Maafkan aku.” Katanya,
berhenti seketika. “Aku salah sebab marahkan kau time tu dan aku tak patut buat
cam tu setelah apa kau lalui selama ni untuk teruskan hidup.” Dia menarik nafas
dalam. “kau pasti ada sebab kenapa kau…. Lakukan semua ni dan kalau boleh—”
“Kenapa aku
berkahwin dengan Ellen ialah kerana aku perlukan Ellen.” Miracle sebut
perkataan yang Pole tak nak katakan dan berikan jawapan yang lelaki itu nakkan.
“O-Oh… of
course.” Pole hanya mengangguk. Dah tentu dia kahwin dengan Ellen kerana dia
perlukan lelaki tu tapi… “Adakah kau cintakan dia?”
Miracle
menggeleng. “Tak.” matanya mula mengugut untuk keluarkan air mata. “Aku
sayangkan dia tidak lebih dari seorang kawan tapi aku perlukan dia Pole, Untuk
kawan eksperiment aku.”
“Apa?” Pole
terkejut tidak faham maksud Miracle. “Kenapa Ellen?”
Miracle mengeluh
panjang. “Di mana lagi mereka yang terselamat patut pergi? Mereka akan jadi
seperti aku, berkeliaran di dunia yang tidak mereka ketahui. Merempuh pelbagai dugaan
dan mungkin juga di buruh kerana kuasa mereka. Walaupun mereka bebas dari
tangan CR, mereka tetap harus di lindungi.” Katanya dengan senyuman pudar. “Aku
nak lindungi mereka semua Pole. Mereka dah macam keluarga aku sendiri dan aku
taknak mereka lalui apa yang aku lalui.”
Pole memandang
wajah Miracle seperti mencari kebenaran dalam kata-kata itu. Mata Miracle
mengatakkan segalanya. “Cara untuk lindungi mereka ialah menjadi permaisuri
Sylvianne. Miracle kau pertaruhkan kebahagiaan kau untuk orang lain.”
Miracle
menggeleng dengan tangisan. Senyuman tetap terpapar di wajahnya. “Nope, one
day…setelah aku jadi isteri Ellen, aku akan berusaha untuk kembali melupakan
Rick dan cuba untuk mencintai Ellen seperti mana aku cintai Rick sekarang. Aku
pasti Ellen juga akan berusaha untuk aku, aku pasti aku akan bahagia
dengannya.”
Pole tersenyum
pahit mendengar luahan Miracle. “God damnit girl, kenapa kau ni terlalu baik.
Spring kata kau lah experiment yang tak berhati perut di dalam kalangan korang,
apa yang buat hati kau jadi lembut ni hah?”
Miracle tertawa
kecil. “Rick, Manda, Nuez, Ben…” Dia memandang Pole dengan senyuman. “Kau.
Korang mewarnai kehidupan monochrome aku. Korang yang mengubah siapa diri aku
sebenar dan aku berterima kasih disebabkan itu.”
Pole pula rasa
nak menangis, hati wanitanya mula mengambil alih dalam dirinya. “Girl, kau
pikul tanggungjawab yang sangat besar untuk badan kau yang kecil ni.”
“Hey. Jangan
pandang rendah kat aku okay? aku lebih dari experiment yang menyedihkan.”
Pole tertawa.
“Ha’ah. Kau bukan sahaja seorang experiment. Kau juga bekas assassin, si
penyamar expert dan lebih mengejutkan seorang puteri! Tell me something
Miracle, rahsia apa lagi yang kau ada yang kau tak beritahu aku hah?”
Miracle turut
tertawa. “Hmmm…. Aku juga dah siapkan mesin dalam Axerialeth.”
“Hah!” ketawa
Pole makin besar. “Sekarang kau seorang pakar engineer! You are something,
honey!” Dia mula membawa Miracle berputar-putar dalam tarian mereka.
“Woah, slow
down!” sahutnya dengan tawa turut menari dengan Pole.
Pemain okestra
melihat keseronokan mereka mula menukar lagi waltz ke irama lagi yang lebih
menggembirakan mengikut gerak tarian mereka berdua.
“Let me ask you
something, my Queen?”
“Apa dia?”
“Bagaimana
dengan gaun kau?”
Tarian mereka
terhenti dan begitu juga lagu mereka. Miracle menelan air liur tiga kali sebab
Pole menyoal soalan tersebut. Oh my gosh…
Setelah kelas
tarian mereka…
“OUCH!!!! Ouw.. Ouw..
Ouw.. Gosh Pole you are killing me!”
Pole tertawa
jahat dan menarik tali bengkung dengan kuat hampir buat Miracle mati kekurangan
udara. “Badan kau dah naik ke? Asal bendalah ni susah sangat nak di ketatkan?”
Dia menariknya sekali lagi.
Miracle menarik
nafas dalam menahan penyeksaan Pole yang sememangnya tak masuk akal. “Kenapa
aku kena pakai benda ni hah?”
“Duh! Kau kena
nampak cantik dalam Ball ni malam. Kau bakal menjadi permaisuri Sylvianne
kenalah nampak yang tercantik dalam bilik tari menari nanti.” Katanya mengikat
tali bengkung Miracle. “Anyways, bila lagi aku nak hias kau secantik
puteri-sememangnya kau puteri sekarang-setelah selesai misi ni?”
Miracle
mencebik. “Tapi tak yah lah sampai pakai bengkung ni. Aku tak boleh bernafas!”
“Shush!” Dia
buat zip mulut pada tangannya dan mengambil gaun Miracle yang tergantung di
dalam almari. Pole melihat gaun Miracle dengan mata yang bersinar-sinar. “Glend
pandai cari gaun… aku puji dia untuk tu tapi attitudenya? Jauh ke laut.”
Katanya dan menyuruh dayang-dayang yang ada di bilik itu membantu Miracle pakai
gaun tersebut di sebalik dinding penghalang.
“Hmmm… macam
manalah majlis Ellen adahkan ni malam eh?” Soal Pole sambil duduk memandang
keatas melihat corak holy di siling bilik Miracle. “Mesti extravagance kan?”
“Ouch!—Entah
lah. Aku sendiri tak tahu.” Miracle bersuara di sebalik penghalang tersebut.
“Ellen tak benarkan aku masuk ke bilik tari menari sebab dia kata ianya
surprise. Kenapa dia nak bagi surprise kat aku pula? Bukannya majlis tu untuk
korang ke?”
Pole mengangkat
bahu. “Who knows. Kau dah siap ke?”
“Dah.” Miracle
keluar dari sebalik penghalang itu dengan gaun yang di kenakan oleh
dayang-dayangnya. Dia sempat mengusap-ngusap skirt gaun tersebut sepertinya
menghilangkan kusut pada gaunnya. “So, how di I look?”
Pole menepuk
tangan dengan riang. “Oh my Gawsh… you look beautiful! Come here, come here,
come here!” Dia menarik Miracle ke meja mekap, menyuruh dia duduk supaya Pole
dapat mendandan rambutnya pula. “Aku pasti dia akan tergoda dengan kau!”
katanya sambil bermain dengan rambut Miracle.
“you think?”
Soal Miracle melihat dirinya dalam cermin. Adakah dia akan memandangku? Miracle
menggeleng secara mental. Pasti Pole katakan tentang Ellen, bukan Rick. “Tapi
macam mana dia nak tahu aku yang mana satu kalau aku pakai topeng? Dia tak tahu
aku pakai gaun apa.”
Pole tertawa
kecil. “Jangan risau, kalau dia cintakan kau.. dah tentu dia tahu kau yang mana
satu.” Dia mencuit pipi Miracle kerana comel sangat dan mencapai tiara Miracle.
“atau kau pakai ni sebagai petunjuk.”
Miracle
menggeleng kecil. “hampir semua orang pakai tiara atau perhiasan di atas
kepalanya. Jangan nak bagi aku harapan palsu Pole.”
Pole mencapai
pula topeng Miracle. “Hmm… kalau cam tu, kau je lah cari dia. Mustahilkau tak
tahu cara pemakaiannya. Tentu baju dia lain daripada yang lain.”
Miracle
mengangguk. “Betul juga kan? Of course lah dia raja, dah tentu baju dia lebih
extravagance dari yang lain.”
Bunyi deringan
phone berbunyi tanda Pole menerima panggilan dan segera mengangkatnya. “Oh come
on Ben, time sekarang ni pun kau nak kacau aku ke?” wajah Pole berubah menjadi
senyuman bila dia dengar apa yang Ben katakan di sebalik talian. “Is that so?
First time aku dengar kau beritahu aku tentang benda macam ni.” Pole tertawa.
“Dah agak dah. Alright-alright I here ya… jumpa kau kat sana nanti. Uh-huh…”
Pole mengangguk dan mengenyit mata pada Miracle melalui cermin. “Ya, aku bawa
Manda. Okay? okay. best of luck.” Dia segera mematikan talian mereka bila Ben
nak menjerit di dalam talian.
Miracle tertawa
kecil. “Kau tak pakai gaun?”
Pole menggeleng.
“Nope. Not in this Ball.” Katanya dengan keluhan dramatic. “So, aku kena pergi
sekarang untuk bersiap. Jumpa kau kat majlis tu nanti okay? Bye.” Dia memeluk
Miracle sejenak dan berlari keluar dari bilik tersebut.
Miracle hanya
menggeleng melihat telatah Pole. Dia sememangnya bersemangat dengan babak-babak
cam ni. Mungkin Spring dan Manda juga dia dandan ikut citarasanya. Tak
mustahil.
Miracle
mengambil topengnya yang berada di atas meja, memandang topeng yang terhias
cantik itu dengan lama. Ni malam ialah malam terakhir mereka sebelum memulakan
misi esok. Dia sepatutnya menikmati malam itu sebaiknya.
Dia dekatkan
topeng itu pada bibirnya. “Forget all your trouble and enjoy your life for a
night. Just for tonight.” Katanya berbisik. “Miracle… nikmati malam terakhir
kau.”
Dia membuka
matanya setelah membuat hajat pada hatinya dan memakai topeng tersebut. “Best
of Luck, Miracle.”
>X<
Spring mengeluh
panjang di dalam kereta limo memandang keluar tingkap. Dia sepatutnya gembira
sebab dia pergi ke Majlis tari menari untuk pertama kali dalam hidupnya. Dia di
hias cantik oleh Pole dan manda. Tapi… kenapa dia bersedih? Spring mengeluh
sekali lagi tapi kali ni lebih panjang dari sebelumnya.
Manda
menggeleng. “Spring, jangan buat muka murung cam tu. You look ugly.”
Spring memandang
kearah manda dengan wajah yang tidak berubah. “kenapa Rick tak nak join sekali?
Ini malam terakhir kita sebelum buat misi! We should have fun together!”
Nuez tergelak.
“Don’t worry. Aku bertaruh dengan semua duit yang aku ada yang Rick akan datang
majlis ni malam.” Katanya dengan yakin. “Dia tu berlagak sedikit. Suka buat
solo entrance supaya semua perempuan pandang kemachoannya masuk kedalam dewan
tari menari tu.”
Yang lain
tertawa. Yup, mereka semua masak dengan perangai Rick. that Mr. Showoff!
Spring turut
tertawa. “Tapi cam mana aku nak tahu dia tu Rick?”
“Easy.” Jawab
Ben yang menjadi partner Spring ke majlis itu. “dia ada aura tersendiri. You
know him when you see him. Okay?”
Spring
mengangguk. “okay.”
Mereka akhirnya
tiba di depan pintu Istana dan seorang pengawal di raja membuka pintu kereta
untuk mereka. Secara berpasangan, mereka keluar dari kereta tersebut kecuali
Nuez yang bersendirian.
“seriously Nu,
aku rasa kau ni Gay.” Kutuk Manda yang memeluk lengan Pole.
Nuez menarik
sengih. “jangan pandang rendah kat aku. Date aku lebih high Class dari korang
semua.” Dengan itu dia bergerak dahulu masuk ke dalam istana.
Spring mendongak
memandang Istana yang tinggi itu. Ia kelihatan sangat cantik pada malam itu
dengan lampu berkelipan dan juga bersama bintang-bintang malam. Not to mention di
sambut dengan mewah. Siap dengan red carpet lag.
Mereka semua
masuk kedalam istana mengikut arah pengawal di raja berbaris memberi laluan
yang tepat kepada mereka semua ke bilik yang sepatutnya.
Spring memegang
erat tangan Ben. “It’s scary yet exciting.”
Ben
menepuk-nepuk tangan Spring menenangkan perempuan itu. “Everything will be
okay.”
Mereka akhirnya
tiba di dalam dewan tari menari dan seperti yang mereka jangka di mana-mana majlis di raja dah tentunya ramai bangsawan hadir di dalam majlis itu dan juga
suasananya sangat berbeza dari majlis-majlis biasa.
“Selamat datang
Tuan…”
“Kami tetamu
istimewa.” Sahut Nuez kepada butler yang berdiri di pintu masuk bilik tersebut.
“Oh of course.”
Dia mengambil gelas kaca dan juga garfu yang ada di tepinya dan di ketuk untuk
mengambil perhatian semua orang dalam bilik tersebut.
“Ladies and
Gentlemen” katanya dengan kuat namun penuh bersopan santun. “Our main guess
have arrive. We present to you Mister Nuez from Axerialeth.”
Nuez masuk
kedalam bilik tersebut dengan matanya dah aim seorang wanita dan terus bergerak
kearah perempuan itu. “Good evening my lady.” Dia mencium tangan perempuan itu
dengan nada menggodanya.
“Mister Ben and
Miss Off-Spring from Axerialeth.” Butler itu berhenti seketika dan menyambung
ayatnya setelah Ben dan Spring masuk kedalam. “Mi-Miss—Mister—Errr…” Dia
memandang Pole dengan keliru. Dia ni lelaki ke perempuan? Bukannya lelaki yang
pakai baju lelaki ni sepatutnya perempuan ke?
“Just call me
Mister for tonight.” Kata Pole dengan senyuman manis.
Butler itu hanya
mengangguk. “Mister Pole and Miss Amanda From Axerialeth.” Butler itu diamkan
diri hanya memandang mereka berdua masuk dan beramah mesra dengan tetamu yang
lain. Dia memandang senarai nama yang ada dalam tangannya. Aik? Dia terlepas
seseorang ke? Butler itu berpaling kebelakang. Tiada siapa di luar bilik itu.
Dia hanya mengangkat bahu.
Manda menyentuh
bahu Nuez menarik perhatiannya dari perempuan bersama Nuez. “Ini ke date kau?”
Nuez hanya
menarik sengih. “Maybe. It’s a surprise.”
Manda berdengus.
Sempat lagi dia main misteri girl dengan Manda. “Fine… aku akan cari dia sebelum
kau jumpa perempuan tu.” Katanya dengan senyuman nakal dan kembali kepada Pole.
Nuez tertawa
kecil. “baiklah cik adik... sudi kah beritahu siapakah si jelita di sebalik
topeng ini?” Soal Nuez kepada perempuan itu.
Perempuan
tersebut memakai holding mask yang senang di buka. Bermaksud perempuan itu
hanyalah orang biasa dan tak kisah sangat identitinya terbongkar. She’s an
innocent spoiled brat desis hati Nuez tahu sangat dari melihat telatah gedik
perempuan itu.
“Saya Cristiana
Mondrake anak kepada perusahaan ladang wine terbesar di Sylvianne.” Dia
bersalam dengan Nuez cara gedik yang buat Nuez nak tarik balik tangannya tapi
dia kena bertahan. “Hmm… saya tak tahu yang kapal Axerialeth akan mendarat di
sini. Saya dengar banyak cerita tentang kamu semua.” Dia dekatkan dirinya
dengan Nuez, menggoda lelaki bertopeng itu. Perempuan tersebut membuka
topengnya. “I never thought that… pakar engineer Axerialeth nampak lebih hensem
dari orang gambarkan tentang kau.” Bisiknya menggoda. “May I… see the man
behind the mask?”
Nuez tersenyum
paksa menahan dirinya dari memutarkan bola matanya. Sebab tu dia tak nak ada
makwe! Perempuan semua gedik! Tak termasuk kawan-kawannya.
Bunyi irama lagi
waltz bergema di dalam dewan itu membuat Nuez tersenyum lega. “Dear my most beautiful
angel, sudahkah kamu menari dengan saya?”
Perempuan itu
dengan bangganya menyambut tangan Nuez dan di bawa ke tengah-tengah lantai
menari. Dari situ, mata nuez meliar melihat rakan-rakannya menari. Manda dengan
Pole, Ben dengan Spring. That’s good, mereka nikmati malam mereka. Mana
Miracle?
Matanya jatuh ke
lampu solo yang menyinari dua pasangan di atas lantai menari itu. Oh great… tak
susah sangat nak cari pasangan di raja ni desis hati Nuez.
“So, enjoy the
evening?” soal Ellen yang menari dengan Miracle di bawah sinaran lampu.
“kau sengaja kan
pasang lampu di atas kita?”
Ellen tertawa
kecil. “What makes you think that? Biar mereka semua tahu yang kau sangat
cantik pada malam ni dan juga kau dah berpunya.”
Miracle tak
tahan dari tersenyum. Cheesy pick up line. “atau nak jealouskan seseorang?”
“tapi seseorang
tu tak hadir pada malam ni.” Kata Ellen membuat senyuman Miracle hilang. “Sedih
kan? But it’s okay,yang lain ada datang. Tak spoil lah majlis ni.”
Miracle tertawa
paksa. “Y-yeah… kalau mereka tak datang majlis ni takkan berjalan dengan baik.” Miracle memandang pasangan yang menari di sekeliling mereka dan tersenyum. “Aku
jumpa Spring.”
Ellen turut
berpaling kearah mana Miracle pandang. “Hmm… tentu itu Rick.”
Miracle
menggeleng. “Nope. Itu Ben.”
“Oh, macam mana
kau tahu tu?”
Miracle
mengangkat bahu. “Entah. mungkin aku salah.” Katanya dan kembali tumpukan
perhatian kepada Ellen. “So, any surprise for me this evening?”
Ellen tersenyum
bernawaitu. “Just wait and see. Tepat pukul 12 malam.”
Tarian mereka di
ganggu oleh Glend yang datang mendekati mereka. Dia berbisik sesuatu kepada
Ellen. “Mereka dah datang?” Glend mengangguk. “Baiklah, Mira, sudi temankan aku
jumpa client penting?”
Miracle
mengangguk. “okay.”
“Eherm..” mereka
bertiga berpaling kearah Lelaki yang menegur mereka. Lelaki itu berpakaian
design yang lain dari tetamu lain dalam dewan itu dengan topeng bewarna perak
menutup sebelah mukanya dan kedua matanya. “may I have a dance with the
princess?”
Ellen menjungkit
kening musykil dengan lelaki tersebut. “Who are you?”
“Just a commoner
yang menagih janjinya kepada sang Puteri.” Lelaki itu mengenyit mata kearah
Miracle.
Miracle tertawa
kecil. “Don’t worry Ellen, it’s Nuez.”
Bila Ellen tahu
siapa lelaki misteri itu, dia tersenyum lega dan mengangguk. “Take care of her
for a while.”
“As your wish
your majesty.” Nuez tunduk hormat dan meminta tangan Miracle setelah Ellen dan
Glend pergi meninggalkan lantai tari menari itu.
Miracle
menyambut tangan tersebut dan mereka berdua terus menari di bawah lampu mereka.
Ben memandang
kearah Miracle yang berganti partner dan menarik sengih. “Tak guna punya
lelaki.”
“kenapa ni Ben?”
Dia memandang kearah mana Ben lihat. Dia hairan. “Siapa lelaki tu?”
“A son of a
b*tch.” Katanya dengan senyuman nakal dan teruskan menari dengan Spring. Takda
gunanya dia nak fikir tentang mereka.
“Tak boleh ke
kita menari bukan di bawah lampu?” Soal Miracle sangat berharap dia tak menjadi
tumpuan orang ramai. “It’s embarrassing.”
“Why not? aku
rasa di bawah lampu lagi best sebab biar semua orang tengok yang date aku
menari ni malam ialah bakal Permaisuri Sylvianne.” Katanya dengan senyuman
nakal. “Ia akan jadi skendal terbesar. Siapakah lelaki misteri yang menari
dengan Puteri Miracle? Puteri Miracle ada lelaki lain di belakang Tunangnya? Puteri
Miracle main gila dengan lelaki lain sebelum perkahwinan mereka!”
Miracle memukul
bahu Nuez membuat lelaki itu tergelak. “Are you nuts? Jangan nak cakap
bukan-bukan lah.” Miracle terdiam seketika mendengar Nuez tertawa. “That’s
weird.”
“What’s weird?”
“Aku hampir
ingatkan yang kau ni Rick.” katanya dengan ketawa. “Mustahil, Rick tak datang
ni malam.”
“Oh yeah?” Nuez
menarik sengih. “Macam mana kalau aku betul-betul Rick? kau tahu kan yang Rick
tu pun Master of disguises?”
“No way.”
Miracle segera menafikannya. “Butler depan pintu tu dah tentu akan sebut nama
Rick kalau dia datang.”
Sementara di
depan pintu, Butler yang di tugaskan menyambut tetamu sedang mengira sejumlah
wang secara senyap. Uuuu…. 500 Syl. Lumayan… lumayan…
Nuez hanya
tertawa. “Alright lets play a game.” Katanya dengan riang. “Semua member
Axerialeth sedang menari sekarang. So, aku nak kau cari ke semua member
Axerialeth.”
Miracle
menjungkit kening dengan senyuman. Hmm.. dia sempat main. “Okay, tapi apa
ganjaran aku kalau aku menang?” Nuez boleh minta habuan kat dia time di bilik
enjin. Takkan dia tak boleh kan?
Nuez tersenyum
nakal. “Kau dapat lihat siapa lelaki hensem di sebalik topeng ni.”
Ini buat Miracle
tertawa. Ada-ada je Nuez ni tapi Miracle mengangguk. “Alright, Deal.” Mata
Miracle mula meliar memandang sekelilingnya mencari kesemua crew-crew
Axerialeth dan dengan serta merta alunan lagu berubah menjadi lebih meriah.
Mata Miracle
terbeliak bulat. Semua penari mula berubah-ubah pasangan dan target Miracle
semua hilang. Satu lagi masalah… “Aku tak tahu tarian ni!” bisiknya cemas
membuat Nuez tertawa.
“it’s called
Flower Ring. Jangan risau, hanya kita je yang menari bersama. Orang di
sekeliling kita akan berubah pasangan.” Katanya mengubah posisi tarian. Dia
memberi signal mata kepada Miracle untuk buat posisi yang sama dengan Nuez.
Posisi mereka
sekarang ialah berdepan sesame sendiri dengan tangan kanan bersama. Miracle
hanya mengikut gerak langkah tarian Nuez. Mereka mula menari mengikut bulatan.
Setelah habis bulatan tarian itu, mereka menari lawan arah jam pula.
“Oh dan satu
lagi Mira. Permainan ni hanya sampai lagu ni tamat.”
Miracle
mendongak memandang Nuez. “What? Kenapa tak cakap awal-awal?”
Nuez hanya
mengangkat bahu buat muka innocent. “Hey, it’s fun and thrilling bila nampak
kau cemas.”
Issshh! Lelaki
ni desis hatinya geram. Dia kembali mencari crew Axerialeth, agak susah jugak
sebab semua orang bergerak dengan riang dan dengan penari yang bertukar-tukar
pasangan, susah nak jumpa mereka.
“Oh jumpa
Manda!” sahutnya berbisik.
“Tunduk Mira.”
Miracle
memandang Nuez yang nak tunduk seperti penari lain dan dia turut ikuti seperti
mereka dan sambung tarian sebelumnya. “Thanks. Aku jumpa Manda.” Dia memandang
sekeliling sebentar dan naikkan dagunya kearah perempuan bertopeng peach.
Nuez memandang
kearah perempuan tersebut dan mengangguk. “great. One out of four. Cari lagi
tiga.”
Miracle mula
excited dan sambung mencari yang lain. Dalam pencariannya, Nuez juga membantu
Miracle untuk menari. Memberi dia signal bila tukar tarian, bila nak skip,
tepuk tangan dan juga turn around.
“Ben!” sahutnya
melihat lelaki tersenyum riang sambil menari. Hanya Ben sahaja yang segembira
seperti itu kalau buat benda yang menyeronokkan.
Nuez memandang
kearah Ben dan mengangguk. “Nice. Two more to go.”
Yang ni senang
desis hatinya. Matanya bercahaya dan dia tersenyum nakal. “Aku jumpa Spring.”
Dia memuncungkan bibirnya kearah Spring.
“That’s
cheating!” sahut Nuez.
Miracle tertawa
besar. “Hey, it’s fun and thrilling nampak kau cemas.” Katanya mengajuk balik
ayat Nuez.
“Alright. No
cheating this time. Tinggal Pole.”
Miracle kembali
kepada pencariannya dengan senyuman lebar di wajahnya. Dia akan menang, habis
lah kau…. Nuez? Senyuman Miracle hilang bila dia terlihat seorang lelaki yang
kelihatan seperti Nuez sedang menari di dalam bulatan tarian itu. Dia kembali
memandang kearah Nuez yang bersamanya.
Nuez tidak lagi
tersenyum dan menarik Miracle keluar dari bulatan tersebut keluar dari dewan
tari menari ke taman belakang istana.
Miracle menarik
tangannya tapi tidak Berjaya. “Lepaskan aku!” sahutnya membuat mereka berhenti
tapi tangan Miracle tetap tidak di lepaskan.
Miracle mula
rasa cemas. Tak mungkin kan? Tak mungkin lelaki ni dia. “R-Rick?”
Lelaki itu
tertawa kecil. “Hmm? Siapa Rick? permainan kita belum habis lagi.”
Miracle
menghembus nafas lega.. dia kenal sangat suara tu. “Kau takutkan aku tadi. Aku
ingatkan kau ni—”
Lelaki itu
menarik Miracle mendekatinya dan memeluk pinggangnya dengan erat.
“R-Rick… kenapa
ni?”
“Shhh…. Listen
closely.” Katanya sambil letak tangannya lagi satu di telinga.
Miracle diamkan diri dengan memejam mata dan cuba
mendengar irama-irama halus datang dari dalam. “Lagu waltz.” Katanya membuka
mata. Dia tergamam bila mata mereka bertemu. Dia rindukan mata itu, mata yang
hanya memandang kearahnya.
Rick yang di
sebalik topeng itu tersenyum manis. “Dance with me?” Dia hulurkan tangannya
tanpa melepaskan pelukannya.
Miracle
mengangguk dan menyambut tangan tersebut. Satu lagi tangannya di letak pada
bahu Rick. mereka mula menari mengikur irama lagu yang bergema di taman itu.
Menari di bawah cahaya bulan penuh. Hanya mereka berdua Jauh dari mata
memandang. Jauh dari dunia reality.
Mereka menari
dengan riangnya di taman tersebut. Senyuman gembira teserlah di wajah mereka.
Menari di tepi tasik yang terdapat di sungai itu. Rick memutar Miracle dalam
tarian mereka mengikut rentak irama lagu classic itu.
Tanpa mereka
sedari, terdapat dua pasang mata yang turut tersenyum melihat dua pasangan yang
saling menyayangi itu sedang menari dengan gembira.
Manda dan Pole
buat Fist bump. “told you he’ll come. Dia takkan benarkan lelaki lain sentuh
Miracle.”
Manda tertawa
kecil. “Harap plan kita Berjaya. Bagaimana dengan Spring?”
Pole memandang
ke tingkat atas di mana ada cermin terbuka dan tersenyum tawar. “Dia akan
terluka tapi Ben ada bersamanya.”
Sementara di
tingkat atas di mana Pole sedang memandang. Spring hanya diamkan diri melihat
lelaki yang dia cintai sedang menari dengan rakan baiknya.
Tak mungkin….
Desis hatinya. Satu badannya menggeletar menahan perasaan yang sangat pahit
dalam hatinya. Dia tak tahu apa yang dia sedang rasakan ini tapi dia tahu dia
sangat marah. Sangat marah kearah mereka berdua. Dia menggenggam erat tangannya
sehingga tulang penumbuknya menjadi pucat. Dia cuba menahan air matanya dari
mengalir.
“Haaaih… bila
lah dramatic mereka ni nak berakhir.” Kata Ben tanpa mengetahui perasaan
Spring. “Harap mereka berbaik semula dan semuanya kembali normal.” Katanya
dengan senyuman nakal.
Namun Spring
tidak. She didn’t like what she sees now and she will not like want she see
later.
Tarian Miracle
dan Rick semakin perlahan dan kedua-duanya mempunyai senyuman yang gembira
tertampal di wajah mereka. Mereka juga termengah-mengah kerana penat menari.
Miracle tertawa
kecil di ikuti dengan Rick. “This is fun.”
“yeah…” balas
Rick dengan senyuman.
“Aku tak tahu
yang kita akan menari sampai ke sini but I like it.”
“Yeah…” balasnya
tanpa mengalihkan pandangannya dari mata Miracle.
Miracle tersenyum.
“Rick, say something. Jangan pandang aku cam tu je.”
“You look
beautiful.” Katanya mencuri senyuman Miracle ke bibirnya. “You look really
beautiful tonight.”
Muka Miracle
berubah menjadi merah. Semerah epal yang masak. “R-Rick—Thanks.” Dia mula tenggelam
dalam renungan mata Rick.
“Sebelum ia
terlambat..” Rick menarik Miracle lebih erat dengannya dan berbisik. “biar aku
beritahu kau sesuatu—”
Miracle
meletakkan jari telunjuknya di bibir Rick. “Shh… Don’t say it.”
Rick menarik
tangan Miracle meletakkannya semula pada bahunya. “Why?”
“Sebab..”
Miracle cuba memandang kearah lain tapi matanya tidak boleh berganjak dari
pandangan mata Rick. “Sebab aku takut…” dia menarik nafas dalam kerana dadanya
mula sakit.
“Takutkan apa?”
Dia menyentuh pipi Miracle.
“takut yang aku
tak boleh lagi menolak semuanya.”
“Then…” Rick
dekatkan wajahnya dengan Miracle. “I love you.”
Air mata Miracle
jatuh ke pipinya terkena ibu jari Rick. “I-I love you too Ricky.”
Dan di saksikan
bulan penuh, dua insan yang terpisah oleh jurang yang luas bersama pada malam
itu menikmati saat mereka yang telah hilang di rampas oleh takdir.
Namun, saat mereka bersama sangat singkat.
>X<
Glend yang dalam
perjalanan semula ke dewan tarian terhenti dari melangkah. Matanya bercahaya
biru memandang masa depan yang baru sahaja tercipta. Matanya terbeliak bulat
melihat apa yang terjadi pada masa depan sehingga dia tidak dapat bernafas.
Terdapat kuasa CR di masa depan itu yang mengganggu minda Glend membuat
jantungnya tidak berdegup dengan baik.
“JUST DIE!!!”
“Spring berhenti!” Jerit Glend sekuat hatinya.
Dia jatuh rebah
di atas lantai dan tidak sedarkan diri.
(A/N: O_o ... what just happen? what have I written? O_o)
(A/N: O_o ... what just happen? what have I written? O_o)
[Previous] | [MiT] | [Next]
Nak lg...tak cukup la angah...
ReplyDeletehahaha sabar eh ;>
ReplyDelete