Axerialeth: SOD -Little white lie-

Bab 22

“Majlis APA?!”

Glend menutup telinganya yang pedis. Dia dah agak Miracle akan meletup. “Majlis formal menyambut tetamu.” Katanya untuk ke dua kali.

Miracle melepaskan pen di tangannya ke atas meja dan menyentuh dahi. “Ellen buat lagi tanpa mengetahuan aku. Bila majlis ni?”

Glend memandang sekeliling sebelum bersuara; “Pukul 10 malam nanti.” Dia terus menutup telinganya.

“Malam nanti?!” Miracle jatuhkan kepalanya di atas meja. “Time sekarang pun dia sempat nak buat majlis segala. Uhggg…aku patut dah agak benda cam ni akan berlaku.” Dia mendongak memandang jam diding dalam biliknya. 2.16 pagi. “Arrgghhh…. Ellen suka sangat buat perkara mengejutkan macam ni!” Dia mengemas kerjanya dah takda mood nak teruskan dan bergerak ke depan almari untuk menukar baju.

Glend memandang Miracle membuka baju tidurnya tanpa rasa segan. Glend hanya melihat tanpa terasa apa-apa. “Kau nak ke mana?”

“Going out.”

“Ke?” persoalan Glend terjawab bila lihat Miracle memakai seluar tight hitam dan jaket biru tua berhoodie. “Nak ke rumah tetamu?”

“Nope.” Miracle menutup pintu almarinya, mengambil beg belakang yang ada di tepi pintu dan keluar dari bilik tersebut dengan Glend mengekorinya di belakang. “Aku ada kerja nak di selesaikan.”

Glend memandang belakang Miracle yang berjalan di hadapannya menuju ke garage di raja. Sepanjang Glend menjadi kawan Miracle, dia tidak pernah lepas dari belakang Miracle. Umpama Glend adalah bayang-bayang Miracle akan membantu Tuannya apa sahaja dia pinta. Rahsia Miracle ada dengan Glend setiap rahsia yang Miracle cerita dan juga tidak ceritakan dengannya.
Walaupun Glend boleh lihat masa depan, itu tidak bermaksud dia faham masa depan yang dia lihat. Banyak babak-babak yang hilang. Dia tak faham apa yang terjadi pada masa tersebut. Apatah lagi masa depan Miracle. sehingga sekarang dia tidak tahu samada Miracle akan pergi nanti.

Mereka kata Miracle mempunyai dua pilihan… kembali terbang bersama Axerialeth atau lepaskan sayapnya dan tinggal di bumi Sylvianne. Tapi Glend ketahui yang Miracle ada satu lagi pilihan, ia pilihan bukan orang Axerialeth atau Bumi Sylvianne yang tentukan untuknya tapi Miracle yang pilih sendiri.

BANG!

Glend menggeleng teringatkan bunyi tembakan yang di lepaskan oleh Miracle kepada lelaki misteri itu sebelum kedua-dua mereka mati di jilat api.

“Glend, kau okay ke? Muka kau pucat.”

Glend mendongak memandang Miracle dan menggeleng. “Nothing. I’m just thinking.”

“Thinking?” Miracle tertawa kecil. “Kau risau pasal masa depan aku ke?”

Glend mengangguk. “Aku nak tanya sesuatu boleh?”

“Dah tentu. Apa dia?” Miracle menunggang motorsikalnya dan memakai helmet.

“Sebelum tu, kau nak ke mana?”

“Axerialeth.” Miracle menghidupkan enjin motornya. “your question?”

“Oh ya. Err..” Mata Glend bercahaya bila dia lihat masa depan Miracle.

“Miracle come back!” jerit Rick melalui ear communicator. “Semuanya dah berakhir, tolong jangan buat benda bodoh!” sahutnya tidak lagi menjerit tapi merayu. “Please… don’t do this.”

Miracle tersenyum paksa walaupun Rick tidak melihat itu. “Maafkan aku sebab tipu kamu semua tapi ini keputusanku. Don’t worry. I’ll catch up with you guys.”

“How can you? Hanya ada lima minit sebelum tempat tu meletup!”

Miracle mula menangis membuat Rick terdiam. “Ricky… I—I just… I love—nothing. Pastikan bawa yang lain jauh dari sini. This is my last request.”

Glend kembali sedar dari melihat masa depan dan memandang Miracle dengan wajah takut. “M-Miracle…”

Miracle melihat mata Glend bercahaya membuat senyuman Miracle hilang. “Masa depan aku?”
Glend mengangguk teragak-agak. “kau ada plan tersendiri ke?”

“Dalam masa depan aku, aku buat benda bodoh ke?” Glend tidak menjawab soalan Miracle. “It’s okay. Aku janji takkan buat perkara bodoh nanti. Just stick to the plan okay?”

Glend mengangguk tanda faham tapi hatinya tetap tidak tenang. Dia melihat Miracle menunggang motorsikalnya keluar dari garage tersebut dan hilang dari pandangan matanya.

Miracle dalam perjalanan ke bengkel terfikir riak wajah Glend semasa dalam garage tadi. Sepertinya dia melihat Miracle akan mati pada masa depan nanti. Miracle menarik sengih, it’s sounds like her. Dia kan suka buat benda bodoh tanpa berfikir panjang tapi kali ni dia dah berjanji untuk tidak bertindak tanpa berfikir dahulu. Dia akan fikir untuk kebaikan semua.

Perasaan Miracle berubah menjadi marah bila dia terfikir pasal Majlis formal yang Ellen adahkan malam nanti.

Seriously? Ellen tak tahu ke yang masa sekarang ni tak sesuai untuk buat pesta seperti itu? Aku tahu dia ni jenis happy-go-lucky tapi taklah sampai tak boleh bezakan masa genting dan masa tenang? Haiisshh…. Menyusahkan betul!

Miracle turun dari motornya dan masuk ke dalam bengkel sebaik sahaja dia sampai di tempat tersebut. Dia masuk ke dalam lift untuk pergi ke tingkat bengkel Axerialeth. Mindanya masih lagi melayang kearah Majlis tersebut.

Nasib baik dia hanya jemput rakyat Sylvianne sahaja kalau sampai ke kerajaan lain dah tentu Miracle takkan join in sekali majlis tersebut. Malah, nak pergi majlis tu pun buat Miracle berfikir dua ke tiga kali. Takda faedahnya dia pergi tapi dia ialah puteri di mata rakyat dan tidak hadir dalam majlis itu sama dengan menconteng arang ke muka Ellen. Jadi dia kena pergi jugak lah? Hrrmm….

Miracle tiba di tingkat paling bawah dan menuju ke kapal Axerialeth. Dia mendongak memandang kapal tersebut. “Alright babe, hanya kita berdua sahaja ni malam. Lets get started.” Dia masuk kedalam Axerialeth dan naik ke bilik enjin di mana terdapat sebuah mesin di lapik dengan kain kerana ia belum siap dan tiada siapa tahu apa fungsi mesin tersebut.

Miracle membaiki mesin misteri ini dah lebih seminggu dan rancangannya untuk siapkan mesin tersebut pada malam terakhir mereka sebelum terbang ke misi mereka tapi Ellen pula membuat majlis tak berfaedah itu. Nampaknya Miracle kena cepatkan membuat mesin itu sebelum salah seorang dari Axerialeth atau lebih teruk Rick tahu dia membetulkan mesin itu secara senyap sepanjang seminggu ini.

Dia membuka lapik tersebut dan tersenyum. Ia agak kecil dari Supernova tapi ia mempunyai fungsi untuk upgradekan ke canggihan Supernova.

Miracle membuka beg belakangnya mengeluarkan toolbox mini. Dia berlutut di depan mesin itu dan membuka pintu mesin tersebut. “Alright.. let see di mana lagi kekurangan bendalah ni.”

Dia mula membaiki mesin yang tiga tahun dia tangguhkan. Ia mungkin kelihatan sukar bagi orang yang tidak mengetahui fungsi mesin ini dari mula tapi bagi Miracle ia sesuatu yang sangat mudah jika mereka tahu bagaimana nak bina dan juga fungsi mesin itu dari mula.

Miracle mengeluh. Mungkin ini juga peninggalan terakhirnya sebelum dia betul-betul takkan jejaki kapal tersebut lagi. Dia tersenyum kembali, itu sahaja dia boleh buat tanda minta maaf dan juga terima kasih kepada member Axerialeth.

“Look who’s becoming a thinker again after leaving this piece of crap.”

Miracle berpaling kearah suara tersebut dan menghembus nafas lega. Dia ingatkan Rick tadi. “Nuez… kau nak bagi aku heart attack ke?”

Nuez tertawa kecil. “Why? Takut kena tangkap oleh Captain sebab kau bongkar barang ‘Miracle’ ke?” katanya sambil buat jari pada nama Miracle sendiri.

Miracle menggeleng masak dengan perangai lelaki yang slamber gila ini. “Yes and No. Apapun, apa kau buat pagi-pagi buta kat sini?”

Nuez memandang sekelilingnya sebelum bersuara. “Aku tengah maintaining Mesin Transmeter Senjata. Ia perlu di ubah suai kepada yang lebih baik tapi aku kena minta izin dengan Rick dulu. Aku ingatkan dia ada kat sini tapi rupanya kau.”

Miracle memeluk tubuh sambil menjungkit kening. “bunyinya macam kau tak senang aku kat sini?”

“Tak-Tak! not like that..” dia segera menjawab membuat Miracle tertawa kecil. “Isshh… maksud aku, kalau Rick ada sekarang, cepat lah masa aku nak baiki bendalah tu.”

“Oooo… hehe. Well, Rick takda buat masa sekarang. Aku rasa baik kau tunggu bila matahari terbit. Time-time cam tu pasti dia dah ada kat sini.”

“Dan kau dah keluar dari kapal ni.” Jawab Nuez mengangkat kening double Jerk.

Miracle tersenyum tawar. Dia mengelakkan diri dari Rick setelah lelaki itu tahu siapa diri Miracle sebenarnya. Ia susah nak berdepan dengan Rick setelah penipuannya terbongkar. “That’s how it goes.”

Nuez perasan perubahan wajah Miracle dan suasana di bilik itu. Dia mula rasa bersalah cakap cam tu kat Miracle. “Err…. So, aku dah lama nak tahu, mesin tu untuk apa sebenarnya?”

“Hmm?” Miracle memandang mesin di belakangnya dan terus kembali pada mesin tersebut. “Ini ialah kebolehan terbaru Axerialeth.”

Nuez segera berlutut di sebelah Miracle tertarik pada project Miracle. “Kebolehan selain Supernova?”

Miracle mengangguk. DIa kembali bertukang dengan mesin itu. “Yup. Ini boleh bantu kita dalam misi kita kali ni.”

“How?”

“Invisibility.” Miracle menuding kearah wayar yang bersambung dengan supernova. “Kedua mesin ini saling berhubung untuk menyenangkan Rick hidupkan kebolehan halimunan kapal Axerialeth tapi…” Miracle mengeluh. “mungkin kita perlu ubah strategy tentang halimunan ni sebab aku tak cukup masa untuk siapka mesin ini.” kata Miracle memandang kearah Nuez.

“Why? Masa terdekat untuk siap mesin ni ambil masa berapa hari?”

“Well… boleh siap sampai petang ni kot tapi aku tak boleh berada di sini selepas matahari naik.” Katanya memberi mata kuyu kepada Nuez.

“Oh-hoho… aku kenal mata tu..” katanya dengan ketawa sarkastik. “Kau nak aku buat apa hah?”

Miracle berputar memandang Nuez dengan senyuman lebar. “Tolong alihkan perhatian Rick dari bilik ni sampai aku siapkan mesin ni boleh?” katanya dengan laju. “Sampai tengahari pun boleh lah. Aku akan siapkannya secepat yang mungkin. Give me the time pleasseeee…”

Nuez mengusap dagunya sambil memandang ke atas memikirkan rayuan Miracle. “Hmm… susah jugak nak ambil perhatian lelaki tu dari kapal kesayangannya… I don’t know Mira… sounds impossible.”

“Alaaaa… Pretty please with cherry on top.” Rayunya lagi dengan Puppy face’s Eyes.

Nuez tertawa besar melihat wajah Miracle. Dah lama dia tak nampak Miracle buat cam tu. “Alright aku akan cuba tapi….”

“But what?” Soal Miracle tidak sedap hati.

“Apa habuan aku? Takkan aku nak tolong Assassin ni free-free kan?”

Miracle mencebik, dah agak itu akan berlaku. “Fine. Kau nak apa? Kecuali suruh aku bongkarkan rahsia aku.”

Rahsia apa lagi Miracle? hampir semua orang dah tahu rahsia kau desis hati Nuez yang ingin ketawa tapi di tahan. “Alaa… baru je aku suruh kau buat cam tu.” Dia dapat satu pukulan di bahu dari Miracle. “Aduh… Okay-okay. Aku main-main je lah.” Nuez tertawa melihat Miracle mencebik. “Baiklah, All I want is you to dance with me at the ball tonight. Amacam? Deal?”

“Hello… Nuez to Earth, aku puteri a.k.a tunang Ellen. Aku mesti bersamanya dalam—”

“Just say yes will you?” kata Nuez merayu.

Miracle kerutkan hidungnya rasa something tak kena dengan Nuez. Dia rancangkan sesuatu ke? Desis hatinya musykil. “Okay fine. Yes, aku akan menari dengan kau. Happy?”

“Yes. Very Much.”

“Now go.”

“Go where?” Soal Nuez sengetkan kepalanya sedikit. “Kau halau aku ke?”

Miracle memutarkan bola matanya. “Yes get out—No you Idiot! Alihkan perhatian Rick lah!”

“Oh-hehee…” Dia terus berdiri dan bergegas turun dari bilik injin itu. Miracle pula menggeleng fed up. Kekadang dia tak faham sangat dengan perangai Nuez ni.

Nuez berlari anak ke lift kapal dan menekan butang turun. Dia perasan yang lift tersebut berada di Second base tingkat dua. “Hmm? Ada orang ke?”  

Lift tersebut tiba di tingkat Nuez berada dan terbuka. Nuez terkejut melihat siapa di dalam lift tersebut.

“Rick?”

“Nu? Apa kau buat di sini?”

“Oh.. Rick, H-Hi Rick.. Kau Rick. Bagus lah kau Rick, Kan Rick?” Nuez menggigit lidahnya sendiri kerana menggelabah tak tentu pasal. Aduh… apa yang aku merapukan ni?

“Ya aku Rick, kau dah kenapa ni? Macam nampak hantu je?” Rick menggeleng malas nak tahu. “Dah ketepi, aku nak ke bilik injin.”

Bilik injin? “W-wait… kau tak boleh pergi ke sana.” Dia mendepakan tangannya menghalang Rick untuk keluar. Dia melihat butang lift dan menekan butang tersebut, menutup pintu lift.

“What the—” Rick pula menekan butang pintu buka dari dalam. Bila pintu terbuka, Nuez menekan butang tutup sekali lagi. “Nuez!” mula lah permainan mereka tekan-menekan butang membuat pintu lift terbuka tertutup. “God damnit Nuez stop it!”

“No you stop!” kata Nuez cemas. Apa yang dia buat ni? Sebenarnya dia tak tahu kenapa dia buat cam tu, dia takda Idea cam mana nak alihkan perhatian Rick.

Mata Nuez terbeliak bulat bila butang yang dia tekan tidak berfungsi. Pintu itu tetap terbuka walaupun banyak kali dia tekan. Dah rosak ke? Nuez memandang tangan Rick yang menekan lama butang di dalam lift itu.

Nuez kembali memandang wajah Rick. Dia menelan air liur tiga kali lihat wajah Rick macam nak makan orang. “Hehe… Rick, kau okay ke?” Genius Nuez.. takda soalan lain ke kau nak tanya?

“Nu, you smells fishy. Kau sembunyikan sesuatu dari aku ke?”

Nuez terus mengangkat kedua tangannya dan menggeleng laju. “S-Sembunyikan sesuatu? Oh-no..” Dia tertawa paksa. “No-no-no… Rahsia apa yang aku ada untuk di sembunyikan dari kau supaya kau tak naik ke bilik injin—” Dia menutup mulutnya dengan kedua tangannya. Stupid Nuez! Stupid mouth of yours! Stupid! Stupid! Stupid!

“Okay…. Kau memang sembunyikan sesuatu dari aku.” Rick menolak Nuez ke tepi. “Apa yang kau simpan di bilik injin aku—”

“Nothing!” Potongnya dengan segera, menarik Rick kembali masuk ke dalam Lift. “Aku perlukan kau. Sebenarnya aku cari kau di bilik injin tapi kau takda!” That’s it Nuez… alihkan perhatian Rick dengan ni… jangan tersasul lagi.. sabar dan jangan menggelabah. Kalau kau menggelebah semua rahsia dalam kepala hotak kau tu terbongkar!

“Sekarang kau perlukan aku pulak?” Rick memandang Nuez dari atas hingga bawah. Tangan panas, berpeluh, muka merah, dan menggelabah habis. Rick segera jauhkan dirinya dari Nuez. “Kau homoseks ke?”

“What?—No! god Rick, aku tahu aku takda makwe selama kita kenal but please jangan fikir aku gay..” Nuez mengeluh habis hingga dia duduk mencangkung. “I’m straight man! Bukan itu yang aku maksud kan!”

Rick menghembus nafas yang dia sendiri tak tahu yang dia tahan selama ni. “Alright. That’s good, so apa kau nak?”

Nuez kembali bangun dan menekan butang ‘B3-1’ dan mereka turun ke third base di mana bilik senjata terletak. “Aku nak tunjukkan kau something new tentang mesin transmeter senjata. Kau pernah beritahu aku kalau aku buat apa-apa perubahan aku kena beritahu kau dulu kan?” katanya memandang Rick. “So, aku rasa perubahan yang aku buat kau kena tahu. It’s a major upgrade dude.” Nuez tersenyum bangga. “You gonna be impresse.”

Ini buat Rick tersenyum. “Alright, This sound interesting. Tak sabar nak nampak senjata baru kau ni.”

>X<

Sementara di istana, Glend sedang bersiap sedia untuk pergi ke tapak construction di mana benteng CR sedang di bina. Dia baru dapat pesanan dari Miracle yang dia berada di bengkel agak lama dari sebelumnya jadi dia suruh Glend menyambung kerjanya di tempat pembinaan itu.

Nampaknya Miracle ada cara untuk baiki mesin tu tanpa kena kantoi desis hatinya faham.

Pintu bilik Miracle di ketuk menangguhkan Glend dari mengemas kerja Miracle dan pandang Kearah pintu tersebut. “Masuk.”

Ellen masuk kedalam bilik tersebut dengan senyuman tapi senyumannya pudar bila dia lihat Glend. “Oh it just you.”

Glend juga bagi muka meluatnya kepada Ellen. “Good morning to you too, you majesty.” Dia mengetap gigi tahan dirinya dari muntahkan nama Ellen.

“Mana Miracle?”

“Axerialeth.” Katanya ringkas dan mengambil barang yang perlu untuk pembinaan itu. “Jangan risau, dia takkan kantoi.”

Ellen mengeluh. Baru je dia nak panic tentang penyamaran Miracle. “Baiklah kalau cam tu, anyways… kau dah siapkan gaun untuk Miracle ke? Kau tahu kan tema pada malam ni?”

Glend mengangguk. “Masquerade Ball. Kau memang nak sangat ke Puteri Miracle datang majlis tari menari ni malam? Sehingga buat tema bertopeng segala?”

Ellen mengangguk. “That’s correct my Loyal subjects.” Dia tertawa kecil. “mereka takkan tahu siapa Miracle dan dia tak usah risau kalau identitinya terbongkar. Am I a genius?” Soalnya sambil menjungkit kening double jerk dengan tangan di dagu. “Tell me I’m a genius.”

Terdapat senyuman kecil di hujung bibir Glend. “What ever you say your smartyness.”

“Ooooh… itu senyuman ke aku nampak tu? Glend tersenyum tanpa Miracle di sisinya! IT’s a Miracle!”

Glend memutarkan bola matanya. Just like a kid desis hatinya. “Shut up and get to work your tightness. Kepala kau tu dah padat dengan kerja di raja sehingga kau berhalusinasi. Dah-dah, aku nak keluar. Ketepi!”

Ellen ketepi dan bukakan pintu untuk Glend. Dia sempat tunduk ala-ala gentlemen kepada Glend. “I know what I saw Glend. Jangan nak nafikannya!”

“Urrgghh! Shut Up!” marahnya dengan wajah merah pekat namun dia dapat ketawa besar dari Ellen.

>X<

“Tari menari bertopeng?” Soal Spring berjalan seiringan dengan Manda bersama beberapa buah kotak di dalam tangan mereka. “Majlis apa tu?”

“Hmm? Oh, aku lupa kau tak pernah alami perkara macam ni. Letak kotak tu atas meja.” Arahnya dengan memuncungkan mulut kearah meja kerjanya.

Spring meletakkan kotak tersebut dan kembali memandang Manda. “So?”

Manda tersenyum kecil. Tak sabar perempuan ni desis hatinya. “Tari menari bertopeng bermaksud, kita pergi ke majlis tari menari seperti biasa Cuma dengan memakai topeng. Selalunya kita pakai topeng yang sama tema dengan baju kita.” Katanya mengeluarkan dua topeng dari kotak dalam tangannya. “Ini ialah topeng yang aku beli tadi kat Bandar. Comel tak?” Dia hulurkan salah satu topeng dalam tangannya kepada Spring. “Dan yang ni kau punya.”

Spring melihat topeng itu untuk sementara waktu dengan senyuman dan mendongak memandang Manda. “Jadi, kalau kita pakai topeng, macam mana kita nak tahu siapa di sebalik topeng tu?”

Manda tersenyum nakal. “That’s the fun in masquerade Ball.” Manda memasukkan semula topeng tersebut di dalam kotak. “Nanti malam aku dan Pole akan dandan kau secantik puteri kerajaan ni! Jangan risau, tentu ramai lelaki akan terpikat dengan kau.”

Kalau lelaki tu ialah Rick aku tak kisah desis hatinya sedih. “Manda… aku nak beritahu kau sesuatu…”

“Apa dia?”

“Err..” Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku… tak pandai menari.”

“Oh my…. Itu satu masalah.” Kata Manda dengan wajah risau tapi berubah menjadi senyuman nakal. “Kalau kau tak pandai menari, macam mana nak pikat hati lelaki yang kau suka nanti.”

Spring mula menjadi risau. “J-Jadi… itu bermaksud aku tak boleh pergi?”

Manda memandang wajah Spring yang comel dan menahan dirinya dari menjerit dan memeluk perempuan itu.”Oh jangan risau Honey, kita ada tiga lelaki pakar dalam tari menari. Rick, dia terer menari waltz ni… dia sebelum ni dari keturunan bangsawan mustahil dia tak tahu menari. Kalau dia masih ingat lagi zaman spoiled brat dia tu tentu dia boleh ajar kau tapi….” Manda mengeluh. “Dia sibuk dengan plan kita so apa kata Ben—”

“Rick pandai mengajar?” Soal Spring dengan mata bersinar-sinar. “Okay! Aku akan tanya dia!” sahutnya dan terus berlari keluar dari bilik Manda

“Eh tunggu—” Manda mengeluh. “Dia tak dengar ke apa yang aku cakapkan tadi? Haissh budak ni.”

Spring berlari anak naik ke First Base dengan hati yang berbunga. Yeay! Rick boleh ajar aku menari, seronoknya! Eh kejap… langkah Spring berhenti seketika. Macam mana kalau dia sibuk? Dia nak ajar aku ke? Dah tentu dia nak ajar! Mustahil Rick takkan ajar aku kan? Selama ni apa yang aku nak dah tentu dia akan tunaikan. Of course dia akan tolak dulu but in the end dia akan buat juga.. Spring kembali tersenyum dan berlari anak menuju ke bilik pengemudi.

“Rick!” Dia membuka pintu bilik itu dan dapati lelaki yang dia cari tiada di dalam bilik pengemudi. Dia menjungkit kening hairan. Pelik, kata Rick dia akan ada di sini sepanjang hari ni untuk buat pemeriksaan untuk kali terakhir. Jadi mana dia?

Spring mula menerokai, mencari Rick dari bilik ke bilik di dalam First Base itu. Dia tiada di dalam bilik peta, tiada dalam bilik pengemudi, bilik Rick sendiri terkunci, Dia tiada di mana-mana! Jerit hati Spring mula hilang sabar.

“Mungkin dia ada di bilik enjin.” Katanya pada diri sendiri dan berputar arah ke tempat yang dia ingin tuju. Bila dia fkirkan balik, ini kali pertama dia berada di bahagian laluan First base itu.

Ini mungkin bahagian First Base. Kenapa tiada pintu di laluan ni eh? Dan kenapa nampak mewah sangat? Tikar berwarna merah dan dinding pula bercatkan merun dan heading yang bercat emas. Macam deck kelas atasan.

Langkah Spring terhenti bila dia lihat pintu di hujung laluan serba merah itu. Sebuah pintu kayu berwarna perang. Spring baru tahu yang ada juga pintu manual di dalam kapal tersebut. Dia ingatkan semua pintu dalam Axerialeth di buka secara automatic.

Mungkin Rick ada dalam tu? Desis hatinya dan mencapai tombol pintu itu. Spring tersenyum dengan rasa keterujaan. Kenapa dia rasa cam tu pula? Jantungnya berdegup dengan kencang bila memegang tombol pintu tersebut. Ada something ke di sebalik pintu ni?

Spring menggeleng. Tak mungkin Rick akan simpan benda sembarangan di dalam bilik tu kan?... Kan?

Dengan perasaan ingin tahu, Dia memulas tombol pintu itu dan masuk kedalam. Matanya terbeliak bulat melihat sebingkai gambar besar tergantung pada dinding bilik itu. “Ia gambar keluarga Rick?” Dia menutup mulutnya bila lihat Rick yang masih muda di dalam gambar itu. Tersenyum manis dengan keluarganya.

“Aww… comelnya dia.” Dia masuk kedalam bilik itu, melihat setiap gambar yang tergantung pada dinding dan di atas meja dalam bilik itu. Ada satu gambar menunjukkan Rick bermain dengan perempuan yang lebih kecil. Adiknya. Mereka berdua sedang main kejar-kejar satu sama lain. Ada juga mereka sekeluarga mengadakan picnic di belakang rumah. Satu lagi, gambar Rick dengan Ayahnya di bilik pengemudi. Rick kelihatan sangat gembira pada waktu tu.

Dia terukan lagi sesi melihat galeri hidup Rick. Dia sampai ke bahagian di mana dia telah berjumpa dengan anak kapalnya. Oh, jadi orang pertama dia jumpa ialah Ben. Patutlah mereka rapat sangat. Seterusnya gambar Rick bersama Pole yang masih lagi dalam mode lelakinya dan juga Nuez. Woa… mereka semua masih muda lagi. Last ialah Manda. Oooo… rambut Manda dahulu panjang. Dia sememangnya doctor ke? Hmm… seriusnya muka manda.

Spring tertawa kecil melihat semua gambar-gambar itu. Suatu hari nanti dia juga ada di dalam galeri Rick, gambar bersama anak kapal. Spring dan Rick sahaja dalam gambar itu. Dia segera menggeleng dan memegang kedua pipinya yang merah. Jangan nak berangan lah Spring… Misi kita belum selesai lagi, jangan nak mimpi benda cam tu desis hatinya marah pada diri sendiri tapi senyuman tetap melekat pada bibirnya.

Dia memandang kearah bunga tulip putih yang terhias cantik di hujung bilik itu. Dia menyentuh kelopak putih itu. “Rick pun suka bunga ni?” Dia teringat dahulu kecil dia dan M27 dapat menyentuh bunga sebenar ialah bunga tulip bewarna putih. seperti bunga dalam bilik itu.

Spring terlihat sebingkai gambar yang ada di sisi bunga itu dan senyumannya hilang dengan serta merta.

“Tak mungkin…” Dia mengambil frame tersebut untuk melihatnya dengan lebih jelas. “K-Kenapa M27 ada dalam ni?” gambar M27 yang tersenyum gembira sambil memegang topi panasnya di atas kepalanya yang di tiup angin,bersama sejambak bunga baby breath dalam tangan lagi satu.
Dia terbalikkan bingkai tersebut dan tertulis ‘My Miracle’ Di sebalik bingkai tersebut. Tangannya mula menggeletar. “T-Tak mungkin.” Dia meletakkan gambar itu semula di tempatnya dan bergerak melihat gambar yang lain. Ada beberapa buah gambar M27 bersama anak-anak kapal. Terutamanya bersama Rick.

Dia terus terduduk di kerusi yang terdapat dalam bilik itu. Semuanya dah masuk akal… Siapa perempuan yang Rick cintakan selama ni… kenapa M27 tak nak di panggil NightBlue… kenapa gelaran M27 di Sylvianne adalah Miracle. bukan Ellen yang namakan M27 miracle tapi Rick.
Dia memandang gambar Miracle dan Rick bersama dimana Miracle mencium pipi Rick. Lelaki yang aku cintai yang bagi nama tu…

Lelaki yang M27-tak-Miracle cintai bukanlah Raja Ellison tapi…. Rick? Dan dia masih mencintai Rick… Spring menggenggam penumbuknya dengan erat sehingga tulang penumbuknya menjadi pucat.

“Tak mungkin… tak mungkin…” Air matanya mula jatuh membasahi pipinya. Jadi selama ni… M27 tipu dia.. kenapa?

Mengingatkan balik M27 dan Rick sentiasa rapat membuat hatinya sakit. Sangat sakit hingga dia rasa nak menjerit sekuat hatinya. Kenapa M27 tak beritahu dia? Kenapa? Kenapa dia sembunyikan semua tu darinya?

Y-You liar!!

>X<

Miracle menarik tangannya keudara sambil menguap. “Akhirnya siap jugak mesin ni.” Dia mengetuk mesin tersebut dengan puas hati. “kau akan buat jasa kepada mereka semua.” Katanya dan mengumpul semua barangnya masuk balik ke dalam beg.

“Baiklah, time untuk ke tempat pembinaan pula.” Dia menguap sekali lagi dan menggeleng. “Issh… bukan sekarang nak mengantuk.”

Miracle turun dari bilik enjin itu menggunakan tangga berputar dan terlihat Spring di hujung laluan First Base itu.  Dia segera mendekati perempuan itu

“Spring? Apa kau buat di sini?”

Spring mendongak memandang M27. Mindanya masih lagi bermain-main dengan pengetahuan yang dia dapat tadi. Dia melihat dari mana M27 datang. Bilik enjin. Aku tak tahu apa kegunaan mesin ni, hanya Miracle sahaja yang tahu fungsinya Ayat Rick bermain dalam mindanya. Jadi Miracle membaiki mesin tersebut? Ini buat Spring tambah marah.

Dia nak menjerit, marah, menengking dan kalau boleh cederakan M27 tapi entah kenapa dia tak bole buat semua tu. Dia hanya boleh memaksa senyumannya dan menggeleng. “Aku tengah cari Rick.”

Miracle terdengar bunyi tapak kaki dan suara-suara halus mendekati mereka dan memakai topengnya.

“Listen to me Rick, macam mana kalau aku cedera dan Pole tidak dapat nak kendalikan bilik senjata tu, hanya kau yang ada untuk kawal mereka semua.” Katanya berjalan kebelakang, berdepankan Rick. “I mean, You need to know every button, function and system of that baby!”

Rick mengeluh dan menarik collar baju Nuez. “Kalau sekali lagi kau bagi alasan merapu kau ni. Aku pastikan kau takkan dapat bercakap lagi dalam seumur hidup kau lagi. Is that clear?”

Nuez menelan air liurnya lebih empat kali dan mengangguk. “C-Crystal.”

Rick melepaskan naju Nuez dan ingin sambung perjalanannya tapi tertangguh bila dia lihat Miracle dan Spring berada di simpang laluan pergi ke bilik enjin dan juga bilik peribadinya. “MI-Night? Spring? Apa korang buat kat sini?”

Miracle hanya diamkan diri. Dia memandang kearah Nuez yang hanya buat signal maaf. Dia dah buat sebaik mungkin untuk alihkan perhatian Rick.

Rick melihat tangan Miracle yang kotor dengan minyak hitam dan matanya terus naik ke bilik enjin. Dia sambung buat mesin dia ke? Sebab tu ke Nuez merapu selama ni? Supaya aku tak berjumpa dengan Miracle?

Spring hanya memandang Rick dan Miracle yang mempunyai pandangan yang sama. Pandangan sepasang kekasih.

Spring kembali marah dan menarik nafas dalam. “Rick! Sepanjang hari aku cari kau, aku nak minta tolong sesuatu kat kau.” Katanya dengan riang memeluk lengan Rick.

Rick pula sempat memandang riaksi Miracle. Miracle hanya diamkan diri melihat kemesraan mereka. “A-Aku tersesat dan terserempak dengan Spring. N-Nuez.”

“Ya?”

“Tunjukkan aku jalan keluar.” Katanya jalan lalu di sebelah Rick tanpa memandang lelaki itu.

“Oh-Okay..” Nuez segera mengekori Miracle.

“Tunggu.” Langkah Miracle terhenti bila Rick bersuara. “Nuez, pastikan NightBlue tak naik lagi ke sini okay?”

Nuez dapat rasakan suasana di laluan itu sangat tegang, boleh buat Nuez tercekik kurang udara. “O-Okay.”

Air mata Miracle mula mengugutnya, suara dingin Rick umpama pusau menyucuk jantungnya. Sangat sakit.

Dia terus menyambung langkahnya tanpa mengatakan apa-apa dengan Nuez mengejarnya dari belakang.

“Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan.” Nuez akhirnya bersuara sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam lift. “Rick tak maksudkan macam tu.”

Miracle mengusap air matanya dan menggeleng. “Tak perlu nak tenangkan hati aku Nuez, aku pasti Rick marah sangat dengan aku.” Dia memandang tangannya yang menggeletar, dia membawa kedua tangannya yang sejuk ke bibirnya dan di tiup supaya panas. Dia mula menangis dengan senyap, tidak dapat menahan rasa sebak di dadanya.

Nuez rasa bersimpati atas Miracle. Dia tak pernah nampak Miracle sesedih ini. Mereka berdua dalam kesakitan sekarang dan dinding tebal antara mereka berdua menjadi penghalang untuk mereka kembali pulih seperti sedia kala. Nuez hanya boleh pinjamkan bahunya untuk Miracle sebagai sokongan untuk Miracle bila dia jatuh. Dia mengusap rambut Miracle dengan lembut. “Cry all you want… It’s going to be okay.”

Miracle menggeleng kecil. Dia nak kata yang semuanya takkan jadi okay kerana masa depan yang Glend lihat adalah sangat buruk. Ini buat Miracle menangis tambah kuat dari sebelumnya.


>X<

Comments

Post a Comment

Popular Posts