Axerialeth: SOD -Deadly meeting-

Bab 21

Is it me or Ellen sedang merancangakan sesuatu? I mean… ye la dia hampir setiap hari happy go lucky tapi… aura di sekelilingnya kelihatan gelap setiap kali meeting tentang misi rescuing ni di adahkan.

Just look at that aura around him! Kelihatan gelap dan membara pada yang sama.

“Tak,ia terlalu risky. Kalau kita melalui jalan ni, kemungkinan besar akan terkantoi. Kenapa tak turun dari atas je? Kita boleh masuk ke dalam bangunan ni tanpa perlu menjejak kawasannya.”

Ellen menggeleng, menahan diri dari marah. “Masalah dia kita tak boleh guna jalan atas. Terdapat empat tower di setiap penjuru base ni. Dan satu tower di kawal oleh tiga pengawal dan dua lampu suluh tu.”

Rick meramas mukanya dan diam seketika melihat holo map di hadapannya. “orang kau akan naik tower tu untuk membunuh mereka secara serentak. Bila tiada pengawal, kita boleh guna jalan udara.”
Pole mengangkat tangan. “Susah nak buat cam tu captain. Mereka ada CCTV kat tower tu untuk melihat pengawal tersebut. Susah nak naik, plus aku tak pasti Nuez boleh hack cctv tu sebab technology mereka lebih advance dari kita.”

Ellen dan Rick memandang Nuez dan lelaki pakar teknologi ini mengangguk. “Aku boleh try tapi kemungkinanan besar 73% aku akan terkantoi.”

“Then, jangan guna jalan Udara. Guna plan aku sebelumnya.”

Miracle menguap. Oh, dia terlupa. Ellen dan Rick kedua-duanya Mr.I-know-it-all-and-better-being-a-captain-than-others.

Dalam masa dua hari, kapal Azerialeth akan siap dan mereka kena ada plan yang sangat strategic untuk pecah masuk kedalam Experiment CR Base tu. Ia pusat di mana lab rat di letakkan, lebih banyak dari lab bawah tanah bangunan CR di tengah Bandar.

“Can I put a light in this subject?” soal Miracle.

“No.” jawab Ellen dan Rick serentak membuat Miracle sakit hati. Bagaimana misi mereka nak berjalan dengan lancar kalau orang yang masak dan tahu tentang tempat itu di larang untuk masuk campur???

Miracle memandang kedua lelaki ini sedang berbincang menggigit lidah sendiri menahan dari bertekak tentang plan mereka. Hmm… Rick dapat tahan panas baran dia, boleh tahan. Tapi itu tak penting sekarang.

“kau patut masuk campur Mi.” bisik Nuez yang berada di sebelah Miracle.

Miracle mengangguk. DIa berdiri dari tempat duduknya menarik perhatian semua orang termasuk dua ketua ini.

“Night duduk—”

“No. you two sit.” Miracle menuding jari kearah mereka berdua dengan renungan serius. “Kalau korang nak main debat bangkang membangkang tolong buat di lain masa. Sekarang kita takda masa untuk semua tu dan dengar apa yang aku nak cakapkan.” Miracle memetik jarinya membuat holo picture Base experiment itu kembali ke bentuk yang asal.

“Alright, kali ini aku bagi cadangan dan sesiapa membantah tolong bagi alasan yang munasabah bukan secara membabi buta.” Dia memandang Ellen dan Rick memberi amaran. “kata Pole tentang technology dalam Base CR sangat tinggi. Ia hampir mustahil untuk sesiapa sahaja keluar atau masuk kedalam Base itu hidup-hidup bila security system telah di hidupkan. Terutamanya waktu malam.”

Manda menjungkit kening. “Kau kata hampir. Itu bermaksud someone pernah melepas—” Manda menutup mulutnya bila dia faham maksud Miracle. “Kau di letakkan di sini selepas…”

“Ya. Aku diletakkan di sini sebelum Spring join sekali dari bangunan CR.” Jawabnya dengan perlahan. “Anyways, aku dapat keluar dari tempat ni half alive dan aku temui something yang sangat lumayan untuk kita pecah masuk kedalam tempat ini.”

Spring hanya terdiam. Selepas M27 melarikan diri, Spring di hantar ke Bangunan CR untuk pengawalan yang lebih ketat. Dia tak dapat bayangkan macam mana sakitnya M27 untuk keluar dari system kawalan Base CR yang canggih tahap dewa itu walaupun dengan bantuan K012.  

“How?” Soal Ben.

“Easy. Jangan pernah pijak tanah kawasan Base CR.” Jawabnya dan tap pada meja smart screen membuat suatu garisan yang bersambung di bawah Base itu. “Ini ialah movement detector. Dia akan detect apa sahaja yang bergerak di atas tanah Base tersebut. Termasuk pengawal CR. Mereka tidak di cederakan oleh senjata automatic kerana terdapat satu devise pada kasut, tayar atau apa sahaja yang mencecah tanah untuk deactive serangan keatas mereka.” Katanya memandang crewnya satu persatu. “Kita tak boleh bunuh dalam kawasan itu jadi seperti Rick plankan. Kita kena ikut jalan udara.”

Pole pula menyoal. “Ada empat tower mengelilingi base tu. Bagaimana nak terbang di atas tanpa mereka lihat?”

“Guna kuasa CR untuk buat kapal Axerialeth halimunan dan juga tidak dikesan oleh CR power ditector.” Miracle memandang Kearah lain memikirkan sesuatu dan memandang Spring yang kelihatan terkejut mendengar ayatnya. Dia bergerak ke belakang Spring dan mengusap kepala Spring dengan lembut tanda jangan risau. “Any question sebelum aku teruskan?”

Glend mengangkat tangan. “Kau ke yang akan buat?”

Miracle mengangguk membuat Glend nak berdiri dari tempat duduknya untuk membantah tapi lihat dari wajah yakin Miracle, niatnya terbatal. Dia teringatkan masa depan Miracle. Dia masuk kedalam bangunan itu berdepan dengan ketua CR. Dia masih hidup time tu. Bermaksud guna kuasanya untuk Axerialeth takkan bunuh dia.

Miracle tersenyum kecil melihat Glend tidak berkata apa-apa. “Lets continue shall we?” katanya dan zoom in kearah bangunan utama dalam Base itu. “Kesemua lab rat di letakkan di dalam bangunan ini. makmal, bahan dan saintis berada di dalam satu bangunan besar ini. Jumlah mereka mungkin banyak dan kita mungkin terkantoi tapi kalau Nuez boleh hack system mereka untuk 30 minit cam tu, kita boleh blend in setelah masuk ke dalam menggunakan jalan atas. Nuez, kau boleh buat tak?”

Nuez berfikir untuk seketika. “Main system dia di dalam bangunan tu ke juga?” Miracle mengangguk. “Adakah ia bersambung dengan Bangunan CR di tengah Bandar?” Miracle menggeleng. “Then, It’s a Miracle!” ayat Nuez membuat mereka semua dalam bilik itu memandang kearahnya. “What? Salah ke aku cakap?” dia tersenyum nakal. Semua orang dalam bilik itu menyimpan rahsia identity Miracle dan tiada seorang pun tahu yang mereka menyimpan rahsia yang sama.

Miracle menggeleng. Aiyah-yah… Nuez suka sangat buat aku lemah jantung desis hatinya. “Continue,  dalam masa 30 minit yang berharga itu, kita akan menyamar secepat yang mungkin dan teruskan ke kerja masing masing.” Dia memandang Rick. “Silakan beri tugas.” Miracle kembali duduk di tempat duduknya sempat meluku kepala Nuez.

Nuez menahan sakit yang amat. “What was that for?” Soalnya berbisik.

“Nothing.” Jawab Miracle monotone tapi Nuez tahu sangat kenapa.

Rick mengambil alih meeting tersebut dan bersuara. “Baiklah, kita akan berpecah kepada beberapa kumpulan. Jumlah kita yang sikit tak dapat nak tumpaskan sejumlah besar populasi di dalam Base tersebut tapi ia tak bermaksud kita tak berpeluang untuk hancurkan tempat itu.” Rick zoom in ke bangunan tersebut membenarkan mereka semua lihat dengan lebih jelas. “Di sini ialah Makmal di mana mangsa experiment di seksa. First things First, kita masuk kedalam dan menyamar. Ben akan masuk untuk pergi ke main system untuk membenarkan Nuez hack tempat itu dengan lebih dalam. Sementara Pole akan memasang beberapa bom di tempat tersebut.”

“Sebelum tu, aku akan pastikan bukan sahaja di bangunan utama tu kena bom. Juga bangunan bekalan mereka, senjata dan kenderaan. Mereka takkan terlepas!” sahut Pole dengan bangga.

Rick mengangguk setuju. “Setelah Ben masuk ke dalam main system, kau dan Manda akan pergi ke tempat mereka simpan mangsa-mangsa Experiment. Aku akan join korang lepaskan mangsa-mangsa itu semua dengan pasukan kita. Ellen, Jangan lupa report kat aku tentang Ketua CR tu.” Rick memandang Ellen yang mengangguk tanda Faham. “Ellen dan orangnya akan ke bangunan CR untuk hapuskan bangunan itu sekali menyelamatkan mangsa. Sekali membuat langkah berjaga-jaga kalau Zeloid ada di bangunan itu. Kalau tiada, Dia mesti di Base dan aku akan kejar dia.”

Spring mengangkat tangan. “Bagaimana dengan aku?”

“Kau dengan aku Spring.” Miracle bersuara. “Kau dan aku berada di kapal Axerialeth, memandu kapal tersebut. Aku perlukan kau nanti kalau terjadi sesuatu.” Miracle memandang Glend. “berada di sisi Ellen.”

Glend mengangguk tanpa bantahan. “Baiklah.”

Spring turut mengangguk. “Okay.”

>X<

“Tuan… Tuan tak risau ke pasal M27 dan Off-Spring?” Soal Ly melihat Zeloid yang asyik bermain dengan patung teddy bear. Macam budak-budak? Tak, dia seperti mengenang kisah lalu.

Zeloid tersenyum sinis. “Nak buat apa? Mereka akan datang untuk kita. Hanya tunggu masanya sahaja.”

Ly hanya terdiam. Dia tak sangka betapa yakinnya Zeloid yang experiment terhebat mereka akan datang menumpaskan mereka. Zeloid sendiri lihat betapa kuatnya bacaan Cr dia. Bagaimana kalau ia lebih kuat dari itu?

Ly tunduk hormat kepada Zeloid. “Tuan mengetahui kekuatan M27 dari sesiapa sahaja. Saya yakin dengan tuan.” Katanya sangat berharap Tuannya tahu apa yang dia sedang buat. “Saya minta diri dahulu.

Zeloid memandang P.Anya bergerak pergi dan tersenyum. Matanya tertumpu pada seutas rantai yang ada pada leher anak patung itu. “My child… I’m waiting for your return. Papa really miss you. Tak lama lagi kau akan sedar dan kita akan bersama semula.”

>X<

Rick memandang Base CR pada Holo-Screen di hadapannya. Setelah meeting mereka selesai tentang misi tersebut, dia kekal di dalam bilik itu untuk membuat beberapa pemeriksaan. Masa mereka tidak banyak dan Rick makin resah tentang misi mereka. Dia taknak apa-apa berlaku dalam misi mereka nanti. Terutamanya Miracle. Dia tahu Miracle takkan pandang dia lagi tapi hatinya tetap nak lindungi perempuan itu.

Dia membelek report yang bertaburan di atas meja itu mencari kekurangan dalam bangunan tersebut. “main system berada di belakang bangunan, bawah tanah. Hmm… ambil masa yang agak lama untuk ke sana kalau dari sini.” Dia membuat anggaran berapa minit Ben boleh sampai ke hati Bangunan itu. “10-15 minit. Cukup ke? Cam mana kalau ada masalah? Ben kena berhati-hati bahagian sini.” Dia buat bulatan pada holo-screen itu tanda di mana banyak pengawal berkumpul. “Ben akan bawak sleep gas untuk senangkan dia masuk.” Dia catat perkara itu di atas kertas kosong.

Dia kembali memandang bangunan tersebut. “Next is….”

“That’s enough!” Ben serbu masuk kedalam bilik itu dengan wajah tak puas hati.

“Apa kau nak Ben?”


“Kau.” Jawabnya membuat Rick terkejut. Kawannya dah ubah taste dia ke? “Bukan itu maksud aku lah! Seharian kau dalam bilik ni fikir pasal misi ni. There’s nothing to worry about. Jom keluar.”

“Keluar?” Soal Rick dengan penumbuknya di pinggang. “Kita dah kesuntukan masa, sekarang kau fikir nak keluar—”

“Stop it!” Ben menutup mulut Rick tapi segera di tepis. “Aku tahu ini semua penting but come on Rick! It’s no fun kalau kita kerja tanpa henti. Where’s the fun in it?” Soalnya dengan senyuman nakal. “Aku tak nak dengar alasan dari kau. Mahu tak mahu kau kena ikut aku juga. Now.” Dia terus menarik Rick keluar dari bilik tersebut dan menuju ke Bandar Sylvianne.

Kedua rakan dan musuh karib ini berjalan bersama menikmati suasana pagi Bandar Sylvianne yang tenang itu.

“Tell me again why I’m here?” Rick akhirnya bersuara bila mereka dah jauh dari kereta Ben parking.“Kita berjalan tengah Bandar ni lebih 30 minit dan satu kedai pun kau tak masuk.”

“Dude, Don’t be so tense. Bila lagi kau nak lihat Bandar Sylvianne kalau bukan sekarang?”

Semalam… dengan Miracle desis hatinya tapi tak beritahu Ben. “Aku kenal kau Ben, kau selalunya buat cam ni bila kau minta sesuatu kat aku. Ini pasal Axerialeth ke?”

Ben berhenti berjalan membuat Rick turut berhenti. “Tak.”

“Then what?”

“Kau tahu tak misi kita ni merbahaya?”

Wajah Rick berubah dan tersenyum kecil. “kau risau ke?”

Ben menarik nafas panjang dan memaksa dirinya untuk tersenyum. “Of course not! Aku ada Captain yang terhebat dalam dunia ni. Master of Planning and Strategies. Mustahil misi kita akan gagal.”

Rick menumbuk bahu Ben. “Stop joking. I’m serious here.”

Ben tersengih-sengih sambil menggaru pipinya yang tak gatal. “It’s Spring.”

Ini buat sebuah senyuman meleret di wajah Rick. Dia memeluk tubuh sambil menjungkit kening, menggalakkan Ben untuk menyambung ayatnya.

“You see, aku tak yakin Spring join sekali dalam misi ni. It’s too dangerious.” Katanya sambil mengusap leher. Dia tak biasa cakap cam ni dengan Rick tapi hanya CAptainnya yang ada kuasa nak cakap dengan Spring. “Dia akan dengar cakap kau kalau kau larang dia.”

Rick menepuk belakang Ben dan mereka berdua mula berjalan. “Ya, aku mungkin boleh suruh dia tinggal di sini. Aku pun fikir cam tu juga tapi aku perlukan Spring dalam misi ni.”

Ben menjungkit kening. “Kau nak dia buat apa?”

“Jaga NightBlue.” Jawabnya ringkas. Rick mendongak memandang langit biru yang cerah lagi indah. “Aku boleh rasa yang dia akan buat benda bodoh time misi kita nanti. Hanya Spring sahaja yang dapat halang dia untuk buat perkara bodoh tu.”

Ben hanya terdiam, memandang kasutnya. Rick risaukan NightBlue. Dia lihat Miracle melalui NightBlue. Pasti sakit bila tahu Night tunang orang. Sepertinya hatinya patah untuk kedua kalinya desis hati Ben memandang Rick yang termenung jauh memandang penduduk Sylvianne melakukan jadual harian mereka.

“Kau tahu Night bukan kau punya kan?” Rick berpaling kearah Ben memandang dia dengan serius. “Dia milik Ellen. Night has nothing to do with you.”

Di situ kau salah kawanku. Night is everthing to do with me desis hatinya pula. “Entah lah Ben. Mungkin aku nak tebuskan kesalahan aku tiga tahun lalu.” Katanya sambil mengangkat bahu, tangan di dalam poket. “Dahulu, misi kita ingin menyelamatkan Miracle gagal kerana kita leka akan kehadiran Miracle dalam kapal tu. Kita khusyuk sangat dengan misi ni sampai tak perasan yang dia dah lari dari Axerialeth, kembali pada CR.” Dia memandang Ben dengan senyuman yang sangat pahit. “Kali ni, aku nak seseorang perhatikan dia semasa aku tidak memandangnya. Ellen juga akan berharap kepada Spring untuk Menjaga Night. Kau tahu tak Night dan Miracle hampir sama.”

Ben mengeluh. “Tapi mereka bukan orang yang sama.”

“Tapi mengambil langkah berjaga-jaga tidak salah kan?” cakapnya dengan senyuman nipis. “Jangan risau Ben. Percayakan Night, dia akan menjaga Spring dalam kapal tu. Itu akan buat Night tidak buat perkara bodoh, dia terlalu khusyuk risaukan keselamatan Spring. Kan Spring segala-galanya kepada Night.”

Ben diam untuk seketika sebelum menghembus nafas mengalah. “Fine. Tapi kalau something happen, tak teragak-agak aku tendang kau kat perut sampai aku puas hati.”

Rick tertawa. “Okay. So, masalah kau tentang Spring dah selesai ke?”

Ben mengangguk dengan senyuman tapi segera menjadi sebaliknya. Dia menggeleng dengan riak wajah horror. “Esok malam ada majlis formal kat istana.”

“Majlis Formal? Untuk apa? Aku tak tahu pun tentang ni?”

“Kau tak tahu? Wei, kau kat mana time Ellen jemput kita minggu lalu?” Ben menepuk dahinya. “Aku lupa. Kau dalam bilik injin. Dah tentu kau tak dengar. Anyways, sebelum kau terkejut beruk pasal benda ni esok pagi atau lebih teruk time majlis tu berlangsung, aku beritahu kau. Majlis Formal kat istana esok malam semua penduduk Sylvianne dan juga Axerialeth di jemput untuk datang.”

“Majlis sempena apa?”

Ben mengangkat bahu. “I don’t know. Kata Ellen untuk menyambut tetamu istimewa, dia cakap lagi walaupun agak lambat, dia nak jugak buat sebab kita tetamu terhormat Sylvianne dan juga kawan Night. Heh…baik giler mamat tu. Patutlah kota dia pun tenang dan aman.” Mereka lalu seorang perempuan menjual buah-buahan.

“Ambil lah satu.” Kata perempuan tua itu. Dia mengambil dua buah epal untuk mereka berdua. “Terima kasih kerana menjadi kawan kepada Puteri. Hanya ini yang saya boleh bagi untuk membalas jasa kamu.”

“Wow… thanks.” Ben mengambil epal tersebut dan berikan kepada Rick. “Dan juga peramah. Satu kota ni tahu pasal kita. Tak sangka NightBlue di sayangi oleh orang kota ni.” Ben mengambil segigit dari epalnya. “She’ll make a one fine queen. Harap dia tak jadi Sparta.”

Rick tertawa kecil tapi tawanya hilang di bawa angin memikirkan bahawa Miracle akan menjadi isteri orang.  Rick baru perasan sesuatu. “Ben, masalah kau nak ajak Spring ke majlis tu ke?”

Ben tersedak epalnya, Rick terus mengusap belakang si kawan yang terbatuk-batuk. “Betul lah tekaan aku kan?” Senyuman Rick makin lebar melihat muka Ben merah tahap gaban. “Dude! You are so sly!”

“Dammit RICK!”

(A/N: Hmm..... masih memikir macam mana nak endingkan cinta bersegi-segi ini.. hahaha Lets see apa jadi kat majlis tu next time okay? What will happen? Mwahahahahaha *Evil Laugh*)

Comments

Popular Posts