Axerialeth: SOD -Little white lie-
Bab 22
“Majlis APA?!”
Glend menutup
telinganya yang pedis. Dia dah agak Miracle akan meletup. “Majlis formal
menyambut tetamu.” Katanya untuk ke dua kali.
Miracle
melepaskan pen di tangannya ke atas meja dan menyentuh dahi. “Ellen buat lagi
tanpa mengetahuan aku. Bila majlis ni?”
Glend memandang
sekeliling sebelum bersuara; “Pukul 10 malam nanti.” Dia terus menutup
telinganya.
“Malam nanti?!”
Miracle jatuhkan kepalanya di atas meja. “Time sekarang pun dia sempat nak buat
majlis segala. Uhggg…aku patut dah agak benda cam ni akan berlaku.” Dia
mendongak memandang jam diding dalam biliknya. 2.16 pagi. “Arrgghhh…. Ellen
suka sangat buat perkara mengejutkan macam ni!” Dia mengemas kerjanya dah takda
mood nak teruskan dan bergerak ke depan almari untuk menukar baju.
Glend memandang
Miracle membuka baju tidurnya tanpa rasa segan. Glend hanya melihat tanpa terasa
apa-apa. “Kau nak ke mana?”
“Going out.”
“Ke?” persoalan
Glend terjawab bila lihat Miracle memakai seluar tight hitam dan jaket biru tua
berhoodie. “Nak ke rumah tetamu?”
“Nope.” Miracle
menutup pintu almarinya, mengambil beg belakang yang ada di tepi pintu dan
keluar dari bilik tersebut dengan Glend mengekorinya di belakang. “Aku ada
kerja nak di selesaikan.”
Glend memandang
belakang Miracle yang berjalan di hadapannya menuju ke garage di raja. Sepanjang Glend menjadi kawan Miracle, dia tidak pernah lepas dari belakang
Miracle. Umpama Glend adalah bayang-bayang Miracle akan membantu Tuannya apa
sahaja dia pinta. Rahsia Miracle ada dengan Glend setiap rahsia yang Miracle
cerita dan juga tidak ceritakan dengannya.
Walaupun Glend
boleh lihat masa depan, itu tidak bermaksud dia faham masa depan yang dia
lihat. Banyak babak-babak yang hilang. Dia tak faham apa yang terjadi pada masa
tersebut. Apatah lagi masa depan Miracle. sehingga sekarang dia tidak tahu
samada Miracle akan pergi nanti.
Mereka kata
Miracle mempunyai dua pilihan… kembali terbang bersama Axerialeth atau lepaskan
sayapnya dan tinggal di bumi Sylvianne. Tapi Glend ketahui yang Miracle ada
satu lagi pilihan, ia pilihan bukan orang Axerialeth atau Bumi Sylvianne yang
tentukan untuknya tapi Miracle yang pilih sendiri.
BANG!
Glend menggeleng
teringatkan bunyi tembakan yang di lepaskan oleh Miracle kepada lelaki misteri
itu sebelum kedua-dua mereka mati di jilat api.
“Glend, kau okay
ke? Muka kau pucat.”
Glend mendongak
memandang Miracle dan menggeleng. “Nothing. I’m just thinking.”
“Thinking?”
Miracle tertawa kecil. “Kau risau pasal masa depan aku ke?”
Glend
mengangguk. “Aku nak tanya sesuatu boleh?”
“Dah tentu. Apa
dia?” Miracle menunggang motorsikalnya dan memakai helmet.
“Sebelum tu, kau
nak ke mana?”
“Axerialeth.”
Miracle menghidupkan enjin motornya. “your question?”
“Oh ya. Err..”
Mata Glend bercahaya bila dia lihat masa depan Miracle.
“Miracle come back!” jerit Rick melalui ear
communicator. “Semuanya dah berakhir, tolong jangan buat benda bodoh!” sahutnya
tidak lagi menjerit tapi merayu. “Please… don’t do this.”
Miracle tersenyum paksa walaupun Rick tidak melihat
itu. “Maafkan aku sebab tipu kamu semua tapi ini keputusanku. Don’t worry. I’ll
catch up with you guys.”
“How can you? Hanya ada lima minit sebelum tempat tu
meletup!”
Miracle mula menangis membuat Rick terdiam. “Ricky…
I—I just… I love—nothing. Pastikan bawa yang lain jauh dari sini. This is my
last request.”
Glend kembali sedar
dari melihat masa depan dan memandang Miracle dengan wajah takut. “M-Miracle…”
Miracle melihat
mata Glend bercahaya membuat senyuman Miracle hilang. “Masa depan aku?”
Glend mengangguk
teragak-agak. “kau ada plan tersendiri ke?”
“Dalam masa
depan aku, aku buat benda bodoh ke?” Glend tidak menjawab soalan Miracle. “It’s
okay. Aku janji takkan buat perkara bodoh nanti. Just stick to the plan okay?”
Glend mengangguk
tanda faham tapi hatinya tetap tidak tenang. Dia melihat Miracle menunggang
motorsikalnya keluar dari garage tersebut dan hilang dari pandangan matanya.
Miracle dalam perjalanan ke bengkel
terfikir riak wajah Glend semasa dalam garage tadi. Sepertinya dia melihat
Miracle akan mati pada masa depan nanti. Miracle menarik sengih, it’s sounds
like her. Dia kan suka buat benda bodoh tanpa berfikir panjang tapi kali ni dia
dah berjanji untuk tidak bertindak tanpa berfikir dahulu. Dia akan fikir untuk
kebaikan semua.
Perasaan Miracle berubah menjadi marah bila
dia terfikir pasal Majlis formal yang Ellen adahkan malam nanti.
Seriously? Ellen tak tahu ke yang masa
sekarang ni tak sesuai untuk buat pesta seperti itu? Aku tahu dia ni jenis
happy-go-lucky tapi taklah sampai tak boleh bezakan masa genting dan masa
tenang? Haiisshh…. Menyusahkan betul!
Miracle turun dari motornya dan masuk ke
dalam bengkel sebaik sahaja dia sampai di tempat tersebut. Dia masuk ke dalam
lift untuk pergi ke tingkat bengkel Axerialeth. Mindanya masih lagi melayang
kearah Majlis tersebut.
Nasib baik dia hanya jemput rakyat
Sylvianne sahaja kalau sampai ke kerajaan lain dah tentu Miracle takkan join in
sekali majlis tersebut. Malah, nak pergi majlis tu pun buat Miracle berfikir
dua ke tiga kali. Takda faedahnya dia pergi tapi dia ialah puteri di mata
rakyat dan tidak hadir dalam majlis itu sama dengan menconteng arang ke muka
Ellen. Jadi dia kena pergi jugak lah? Hrrmm….
Miracle tiba di tingkat paling bawah dan
menuju ke kapal Axerialeth. Dia mendongak memandang kapal tersebut. “Alright
babe, hanya kita berdua sahaja ni malam. Lets get started.” Dia masuk kedalam
Axerialeth dan naik ke bilik enjin di mana terdapat sebuah mesin di lapik
dengan kain kerana ia belum siap dan tiada siapa tahu apa fungsi mesin
tersebut.
Miracle membaiki mesin misteri ini dah
lebih seminggu dan rancangannya untuk siapkan mesin tersebut pada malam
terakhir mereka sebelum terbang ke misi mereka tapi Ellen pula membuat majlis
tak berfaedah itu. Nampaknya Miracle kena cepatkan membuat mesin itu sebelum
salah seorang dari Axerialeth atau lebih teruk Rick tahu dia membetulkan mesin
itu secara senyap sepanjang seminggu ini.
Dia membuka lapik tersebut dan tersenyum.
Ia agak kecil dari Supernova tapi ia mempunyai fungsi untuk upgradekan ke
canggihan Supernova.
Miracle membuka beg belakangnya
mengeluarkan toolbox mini. Dia berlutut di depan mesin itu dan membuka pintu
mesin tersebut. “Alright.. let see di mana lagi kekurangan bendalah ni.”
Dia mula membaiki mesin yang tiga tahun dia
tangguhkan. Ia mungkin kelihatan sukar bagi orang yang tidak mengetahui fungsi
mesin ini dari mula tapi bagi Miracle ia sesuatu yang sangat mudah jika mereka
tahu bagaimana nak bina dan juga fungsi mesin itu dari mula.
Miracle mengeluh. Mungkin ini juga
peninggalan terakhirnya sebelum dia betul-betul takkan jejaki kapal tersebut
lagi. Dia tersenyum kembali, itu sahaja dia boleh buat tanda minta maaf dan
juga terima kasih kepada member Axerialeth.
“Look who’s becoming a thinker again after
leaving this piece of crap.”
Miracle berpaling kearah suara tersebut dan
menghembus nafas lega. Dia ingatkan Rick tadi. “Nuez… kau nak bagi aku heart
attack ke?”
Nuez tertawa kecil. “Why? Takut kena
tangkap oleh Captain sebab kau bongkar barang ‘Miracle’ ke?” katanya sambil
buat jari pada nama Miracle sendiri.
Miracle menggeleng masak dengan perangai
lelaki yang slamber gila ini. “Yes and No. Apapun, apa kau buat pagi-pagi buta
kat sini?”
Nuez memandang sekelilingnya sebelum
bersuara. “Aku tengah maintaining Mesin Transmeter Senjata. Ia perlu di ubah
suai kepada yang lebih baik tapi aku kena minta izin dengan Rick dulu. Aku
ingatkan dia ada kat sini tapi rupanya kau.”
Miracle memeluk tubuh sambil menjungkit
kening. “bunyinya macam kau tak senang aku kat sini?”
“Tak-Tak! not like that..” dia segera
menjawab membuat Miracle tertawa kecil. “Isshh… maksud aku, kalau Rick ada
sekarang, cepat lah masa aku nak baiki bendalah tu.”
“Oooo… hehe. Well, Rick takda buat masa
sekarang. Aku rasa baik kau tunggu bila matahari terbit. Time-time cam tu pasti
dia dah ada kat sini.”
“Dan kau dah keluar dari kapal ni.” Jawab
Nuez mengangkat kening double Jerk.
Miracle tersenyum tawar. Dia mengelakkan
diri dari Rick setelah lelaki itu tahu siapa diri Miracle sebenarnya. Ia susah
nak berdepan dengan Rick setelah penipuannya terbongkar. “That’s how it goes.”
Nuez perasan perubahan wajah Miracle dan
suasana di bilik itu. Dia mula rasa bersalah cakap cam tu kat Miracle. “Err….
So, aku dah lama nak tahu, mesin tu untuk apa sebenarnya?”
“Hmm?” Miracle memandang mesin di
belakangnya dan terus kembali pada mesin tersebut. “Ini ialah kebolehan terbaru
Axerialeth.”
Nuez segera berlutut di sebelah Miracle
tertarik pada project Miracle. “Kebolehan selain Supernova?”
Miracle mengangguk. DIa kembali bertukang
dengan mesin itu. “Yup. Ini boleh bantu kita dalam misi kita kali ni.”
“How?”
“Invisibility.” Miracle menuding kearah
wayar yang bersambung dengan supernova. “Kedua mesin ini saling berhubung untuk
menyenangkan Rick hidupkan kebolehan halimunan kapal Axerialeth tapi…” Miracle
mengeluh. “mungkin kita perlu ubah strategy tentang halimunan ni sebab aku tak
cukup masa untuk siapka mesin ini.” kata Miracle memandang kearah Nuez.
“Why? Masa terdekat untuk siap mesin ni
ambil masa berapa hari?”
“Well… boleh siap sampai petang ni kot tapi
aku tak boleh berada di sini selepas matahari naik.” Katanya memberi mata kuyu
kepada Nuez.
“Oh-hoho… aku kenal mata tu..” katanya
dengan ketawa sarkastik. “Kau nak aku buat apa hah?”
Miracle berputar memandang Nuez dengan
senyuman lebar. “Tolong alihkan perhatian Rick dari bilik ni sampai aku siapkan
mesin ni boleh?” katanya dengan laju. “Sampai tengahari pun boleh lah. Aku akan
siapkannya secepat yang mungkin. Give me the time pleasseeee…”
Nuez mengusap dagunya sambil memandang ke
atas memikirkan rayuan Miracle. “Hmm… susah jugak nak ambil perhatian lelaki tu
dari kapal kesayangannya… I don’t know Mira… sounds impossible.”
“Alaaaa… Pretty please with cherry on top.”
Rayunya lagi dengan Puppy face’s Eyes.
Nuez tertawa besar melihat wajah Miracle.
Dah lama dia tak nampak Miracle buat cam tu. “Alright aku akan cuba tapi….”
“But what?” Soal Miracle tidak sedap hati.
“Apa habuan aku? Takkan aku nak tolong
Assassin ni free-free kan?”
Miracle mencebik, dah agak itu akan
berlaku. “Fine. Kau nak apa? Kecuali suruh aku bongkarkan rahsia aku.”
Rahsia apa lagi Miracle? hampir semua orang
dah tahu rahsia kau desis hati Nuez yang ingin ketawa tapi di tahan. “Alaa…
baru je aku suruh kau buat cam tu.” Dia dapat satu pukulan di bahu dari
Miracle. “Aduh… Okay-okay. Aku main-main je lah.” Nuez tertawa melihat Miracle
mencebik. “Baiklah, All I want is you to dance with me at the ball tonight. Amacam?
Deal?”
“Hello… Nuez to Earth, aku puteri a.k.a
tunang Ellen. Aku mesti bersamanya dalam—”
“Just say yes
will you?” kata Nuez merayu.
Miracle kerutkan
hidungnya rasa something tak kena dengan Nuez. Dia rancangkan sesuatu ke? Desis
hatinya musykil. “Okay fine. Yes, aku akan menari dengan kau. Happy?”
“Yes. Very
Much.”
“Now go.”
“Go where?” Soal
Nuez sengetkan kepalanya sedikit. “Kau halau aku ke?”
Miracle
memutarkan bola matanya. “Yes get out—No you Idiot! Alihkan perhatian Rick
lah!”
“Oh-hehee…” Dia terus
berdiri dan bergegas turun dari bilik injin itu. Miracle pula menggeleng fed
up. Kekadang dia tak faham sangat dengan perangai Nuez ni.
Nuez berlari
anak ke lift kapal dan menekan butang turun. Dia perasan yang lift tersebut
berada di Second base tingkat dua. “Hmm? Ada orang ke?”
Lift tersebut
tiba di tingkat Nuez berada dan terbuka. Nuez terkejut melihat siapa di dalam
lift tersebut.
“Rick?”
“Nu? Apa kau
buat di sini?”
“Oh.. Rick, H-Hi
Rick.. Kau Rick. Bagus lah kau Rick, Kan Rick?” Nuez menggigit lidahnya sendiri
kerana menggelabah tak tentu pasal. Aduh… apa yang aku merapukan ni?
“Ya aku Rick,
kau dah kenapa ni? Macam nampak hantu je?” Rick menggeleng malas nak tahu. “Dah
ketepi, aku nak ke bilik injin.”
Bilik injin?
“W-wait… kau tak boleh pergi ke sana.” Dia mendepakan tangannya menghalang Rick
untuk keluar. Dia melihat butang lift dan menekan butang tersebut, menutup
pintu lift.
“What the—” Rick
pula menekan butang pintu buka dari dalam. Bila pintu terbuka, Nuez menekan
butang tutup sekali lagi. “Nuez!” mula lah permainan mereka tekan-menekan
butang membuat pintu lift terbuka tertutup. “God damnit Nuez stop it!”
“No you stop!”
kata Nuez cemas. Apa yang dia buat ni? Sebenarnya dia tak tahu kenapa dia buat
cam tu, dia takda Idea cam mana nak alihkan perhatian Rick.
Mata Nuez
terbeliak bulat bila butang yang dia tekan tidak berfungsi. Pintu itu tetap
terbuka walaupun banyak kali dia tekan. Dah rosak ke? Nuez memandang tangan
Rick yang menekan lama butang di dalam lift itu.
Nuez kembali
memandang wajah Rick. Dia menelan air liur tiga kali lihat wajah Rick macam nak
makan orang. “Hehe… Rick, kau okay ke?” Genius Nuez.. takda soalan lain ke kau
nak tanya?
“Nu, you smells
fishy. Kau sembunyikan sesuatu dari aku ke?”
Nuez terus
mengangkat kedua tangannya dan menggeleng laju. “S-Sembunyikan sesuatu?
Oh-no..” Dia tertawa paksa. “No-no-no… Rahsia apa yang aku ada untuk di
sembunyikan dari kau supaya kau tak naik ke bilik injin—” Dia menutup mulutnya
dengan kedua tangannya. Stupid Nuez! Stupid mouth of yours! Stupid! Stupid! Stupid!
“Okay…. Kau
memang sembunyikan sesuatu dari aku.” Rick menolak Nuez ke tepi. “Apa yang kau
simpan di bilik injin aku—”
“Nothing!”
Potongnya dengan segera, menarik Rick kembali masuk ke dalam Lift. “Aku
perlukan kau. Sebenarnya aku cari kau di bilik injin tapi kau takda!” That’s it
Nuez… alihkan perhatian Rick dengan ni… jangan tersasul lagi.. sabar dan jangan
menggelabah. Kalau kau menggelebah semua rahsia dalam kepala hotak kau tu
terbongkar!
“Sekarang kau
perlukan aku pulak?” Rick memandang Nuez dari atas hingga bawah. Tangan panas,
berpeluh, muka merah, dan menggelabah habis. Rick segera jauhkan dirinya dari
Nuez. “Kau homoseks ke?”
“What?—No! god
Rick, aku tahu aku takda makwe selama kita kenal but please jangan fikir aku
gay..” Nuez mengeluh habis hingga dia duduk mencangkung. “I’m straight man!
Bukan itu yang aku maksud kan!”
Rick menghembus
nafas yang dia sendiri tak tahu yang dia tahan selama ni. “Alright. That’s
good, so apa kau nak?”
Nuez kembali
bangun dan menekan butang ‘B3-1’ dan mereka turun ke third base di mana bilik
senjata terletak. “Aku nak tunjukkan kau something new tentang mesin transmeter
senjata. Kau pernah beritahu aku kalau aku buat apa-apa perubahan aku kena
beritahu kau dulu kan?” katanya memandang Rick. “So, aku rasa perubahan yang
aku buat kau kena tahu. It’s a major upgrade dude.” Nuez tersenyum bangga. “You
gonna be impresse.”
Ini buat Rick
tersenyum. “Alright, This sound interesting. Tak sabar nak nampak senjata baru
kau ni.”
>X<
Sementara di
istana, Glend sedang bersiap sedia untuk pergi ke tapak construction di mana
benteng CR sedang di bina. Dia baru dapat pesanan dari Miracle yang dia berada
di bengkel agak lama dari sebelumnya jadi dia suruh Glend menyambung kerjanya
di tempat pembinaan itu.
Nampaknya
Miracle ada cara untuk baiki mesin tu tanpa kena kantoi desis hatinya faham.
Pintu bilik
Miracle di ketuk menangguhkan Glend dari mengemas kerja Miracle dan pandang
Kearah pintu tersebut. “Masuk.”
Ellen masuk
kedalam bilik tersebut dengan senyuman tapi senyumannya pudar bila dia lihat
Glend. “Oh it just you.”
Glend juga bagi
muka meluatnya kepada Ellen. “Good morning to you too, you majesty.” Dia mengetap gigi tahan dirinya dari muntahkan nama
Ellen.
“Mana Miracle?”
“Axerialeth.”
Katanya ringkas dan mengambil barang yang perlu untuk pembinaan itu. “Jangan
risau, dia takkan kantoi.”
Ellen mengeluh.
Baru je dia nak panic tentang penyamaran Miracle. “Baiklah kalau cam tu,
anyways… kau dah siapkan gaun untuk Miracle ke? Kau tahu kan tema pada malam
ni?”
Glend
mengangguk. “Masquerade Ball. Kau memang nak sangat ke Puteri Miracle datang
majlis tari menari ni malam? Sehingga buat tema bertopeng segala?”
Ellen
mengangguk. “That’s correct my Loyal subjects.” Dia tertawa kecil. “mereka
takkan tahu siapa Miracle dan dia tak usah risau kalau identitinya terbongkar.
Am I a genius?” Soalnya sambil menjungkit kening double jerk dengan tangan di
dagu. “Tell me I’m a genius.”
Terdapat
senyuman kecil di hujung bibir Glend. “What ever you say your smartyness.”
“Ooooh… itu
senyuman ke aku nampak tu? Glend tersenyum tanpa Miracle di sisinya! IT’s a
Miracle!”
Glend memutarkan
bola matanya. Just like a kid desis hatinya. “Shut up and get to work your
tightness. Kepala kau tu dah padat dengan kerja di raja sehingga kau
berhalusinasi. Dah-dah, aku nak keluar. Ketepi!”
Ellen ketepi dan
bukakan pintu untuk Glend. Dia sempat tunduk ala-ala gentlemen kepada Glend. “I
know what I saw Glend. Jangan nak nafikannya!”
“Urrgghh! Shut
Up!” marahnya dengan wajah merah pekat namun dia dapat ketawa besar dari Ellen.
>X<
“Tari menari
bertopeng?” Soal Spring berjalan seiringan dengan Manda bersama beberapa buah
kotak di dalam tangan mereka. “Majlis apa tu?”
“Hmm? Oh, aku
lupa kau tak pernah alami perkara macam ni. Letak kotak tu atas meja.” Arahnya
dengan memuncungkan mulut kearah meja kerjanya.
Spring
meletakkan kotak tersebut dan kembali memandang Manda. “So?”
Manda tersenyum
kecil. Tak sabar perempuan ni desis hatinya. “Tari menari bertopeng bermaksud,
kita pergi ke majlis tari menari seperti biasa Cuma dengan memakai topeng.
Selalunya kita pakai topeng yang sama tema dengan baju kita.” Katanya
mengeluarkan dua topeng dari kotak dalam tangannya. “Ini ialah topeng yang aku
beli tadi kat Bandar. Comel tak?” Dia hulurkan salah satu topeng dalam
tangannya kepada Spring. “Dan yang ni kau punya.”
Spring melihat
topeng itu untuk sementara waktu dengan senyuman dan mendongak memandang Manda.
“Jadi, kalau kita pakai topeng, macam mana kita nak tahu siapa di sebalik
topeng tu?”
Manda tersenyum
nakal. “That’s the fun in masquerade Ball.” Manda memasukkan semula topeng
tersebut di dalam kotak. “Nanti malam aku dan Pole akan dandan kau secantik
puteri kerajaan ni! Jangan risau, tentu ramai lelaki akan terpikat dengan kau.”
Kalau lelaki tu
ialah Rick aku tak kisah desis hatinya sedih. “Manda… aku nak beritahu kau
sesuatu…”
“Apa dia?”
“Err..” Dia mula
menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku… tak pandai menari.”
“Oh my…. Itu
satu masalah.” Kata Manda dengan wajah risau tapi berubah menjadi senyuman
nakal. “Kalau kau tak pandai menari, macam mana nak pikat hati lelaki yang kau
suka nanti.”
Spring mula
menjadi risau. “J-Jadi… itu bermaksud aku tak boleh pergi?”
Manda memandang
wajah Spring yang comel dan menahan dirinya dari menjerit dan memeluk perempuan
itu.”Oh jangan risau Honey, kita ada tiga lelaki pakar dalam tari menari. Rick,
dia terer menari waltz ni… dia sebelum ni dari keturunan bangsawan mustahil dia
tak tahu menari. Kalau dia masih ingat lagi zaman spoiled brat dia tu tentu dia
boleh ajar kau tapi….” Manda mengeluh. “Dia sibuk dengan plan kita so apa kata
Ben—”
“Rick pandai
mengajar?” Soal Spring dengan mata bersinar-sinar. “Okay! Aku akan tanya dia!”
sahutnya dan terus berlari keluar dari bilik Manda
“Eh tunggu—”
Manda mengeluh. “Dia tak dengar ke apa yang aku cakapkan tadi? Haissh budak
ni.”
Spring berlari
anak naik ke First Base dengan hati yang berbunga. Yeay! Rick boleh ajar aku menari,
seronoknya! Eh kejap… langkah Spring berhenti seketika. Macam mana kalau dia
sibuk? Dia nak ajar aku ke? Dah tentu dia nak ajar! Mustahil Rick takkan ajar
aku kan? Selama ni apa yang aku nak dah tentu dia akan tunaikan. Of course dia
akan tolak dulu but in the end dia akan buat juga.. Spring kembali tersenyum
dan berlari anak menuju ke bilik pengemudi.
“Rick!” Dia
membuka pintu bilik itu dan dapati lelaki yang dia cari tiada di dalam bilik
pengemudi. Dia menjungkit kening hairan. Pelik, kata Rick dia akan ada di sini
sepanjang hari ni untuk buat pemeriksaan untuk kali terakhir. Jadi mana dia?
Spring mula
menerokai, mencari Rick dari bilik ke bilik di dalam First Base itu. Dia tiada
di dalam bilik peta, tiada dalam bilik pengemudi, bilik Rick sendiri terkunci,
Dia tiada di mana-mana! Jerit hati Spring mula hilang sabar.
“Mungkin dia ada
di bilik enjin.” Katanya pada diri sendiri dan berputar arah ke tempat yang dia
ingin tuju. Bila dia fkirkan balik, ini kali pertama dia berada di bahagian
laluan First base itu.
Ini mungkin
bahagian First Base. Kenapa tiada pintu di laluan ni eh? Dan kenapa nampak
mewah sangat? Tikar berwarna merah dan dinding pula bercatkan merun dan heading
yang bercat emas. Macam deck kelas atasan.
Langkah Spring
terhenti bila dia lihat pintu di hujung laluan serba merah itu. Sebuah pintu
kayu berwarna perang. Spring baru tahu yang ada juga pintu manual di dalam
kapal tersebut. Dia ingatkan semua pintu dalam Axerialeth di buka secara
automatic.
Mungkin Rick ada
dalam tu? Desis hatinya dan mencapai tombol pintu itu. Spring tersenyum dengan
rasa keterujaan. Kenapa dia rasa cam tu pula? Jantungnya berdegup dengan
kencang bila memegang tombol pintu tersebut. Ada something ke di sebalik pintu
ni?
Spring
menggeleng. Tak mungkin Rick akan simpan benda sembarangan di dalam bilik tu
kan?... Kan?
Dengan perasaan
ingin tahu, Dia memulas tombol pintu itu dan masuk kedalam. Matanya terbeliak
bulat melihat sebingkai gambar besar tergantung pada dinding bilik itu. “Ia
gambar keluarga Rick?” Dia menutup mulutnya bila lihat Rick yang masih muda di
dalam gambar itu. Tersenyum manis dengan keluarganya.
“Aww… comelnya
dia.” Dia masuk kedalam bilik itu, melihat setiap gambar yang tergantung pada
dinding dan di atas meja dalam bilik itu. Ada satu gambar menunjukkan Rick
bermain dengan perempuan yang lebih kecil. Adiknya. Mereka berdua sedang main
kejar-kejar satu sama lain. Ada juga mereka sekeluarga mengadakan picnic di
belakang rumah. Satu lagi, gambar Rick dengan Ayahnya di bilik pengemudi. Rick
kelihatan sangat gembira pada waktu tu.
Dia terukan lagi
sesi melihat galeri hidup Rick. Dia sampai ke bahagian di mana dia telah
berjumpa dengan anak kapalnya. Oh, jadi orang pertama dia jumpa ialah Ben.
Patutlah mereka rapat sangat. Seterusnya gambar Rick bersama Pole yang masih
lagi dalam mode lelakinya dan juga Nuez. Woa… mereka semua masih muda lagi. Last
ialah Manda. Oooo… rambut Manda dahulu panjang. Dia sememangnya doctor ke? Hmm…
seriusnya muka manda.
Spring tertawa
kecil melihat semua gambar-gambar itu. Suatu hari nanti dia juga ada di dalam
galeri Rick, gambar bersama anak kapal. Spring dan Rick sahaja dalam gambar
itu. Dia segera menggeleng dan memegang kedua pipinya yang merah. Jangan nak
berangan lah Spring… Misi kita belum selesai lagi, jangan nak mimpi benda cam
tu desis hatinya marah pada diri sendiri tapi senyuman tetap melekat pada
bibirnya.
Dia memandang
kearah bunga tulip putih yang terhias cantik di hujung bilik itu. Dia menyentuh
kelopak putih itu. “Rick pun suka bunga ni?” Dia teringat dahulu kecil dia dan
M27 dapat menyentuh bunga sebenar ialah bunga tulip bewarna putih. seperti
bunga dalam bilik itu.
Spring terlihat
sebingkai gambar yang ada di sisi bunga itu dan senyumannya hilang dengan serta
merta.
“Tak mungkin…”
Dia mengambil frame tersebut untuk melihatnya dengan lebih jelas. “K-Kenapa M27
ada dalam ni?” gambar M27 yang tersenyum gembira sambil memegang topi panasnya
di atas kepalanya yang di tiup angin,bersama sejambak bunga baby breath dalam
tangan lagi satu.
Dia terbalikkan
bingkai tersebut dan tertulis ‘My
Miracle’ Di sebalik bingkai tersebut. Tangannya mula menggeletar. “T-Tak
mungkin.” Dia meletakkan gambar itu semula di tempatnya dan bergerak melihat
gambar yang lain. Ada beberapa buah gambar M27 bersama anak-anak kapal.
Terutamanya bersama Rick.
Dia terus
terduduk di kerusi yang terdapat dalam bilik itu. Semuanya dah masuk akal…
Siapa perempuan yang Rick cintakan selama ni… kenapa M27 tak nak di panggil
NightBlue… kenapa gelaran M27 di Sylvianne adalah Miracle. bukan Ellen yang
namakan M27 miracle tapi Rick.
Dia memandang
gambar Miracle dan Rick bersama dimana Miracle mencium pipi Rick. Lelaki
yang aku cintai yang bagi nama tu…
Lelaki yang
M27-tak-Miracle cintai bukanlah Raja Ellison tapi…. Rick? Dan dia masih
mencintai Rick… Spring menggenggam penumbuknya dengan erat sehingga tulang
penumbuknya menjadi pucat.
“Tak mungkin…
tak mungkin…” Air matanya mula jatuh membasahi pipinya. Jadi selama ni… M27
tipu dia.. kenapa?
Mengingatkan
balik M27 dan Rick sentiasa rapat membuat hatinya sakit. Sangat sakit hingga
dia rasa nak menjerit sekuat hatinya. Kenapa M27 tak beritahu dia? Kenapa?
Kenapa dia sembunyikan semua tu darinya?
Y-You liar!!
>X<
Miracle menarik
tangannya keudara sambil menguap. “Akhirnya siap jugak mesin ni.” Dia mengetuk
mesin tersebut dengan puas hati. “kau akan buat jasa kepada mereka semua.”
Katanya dan mengumpul semua barangnya masuk balik ke dalam beg.
“Baiklah, time
untuk ke tempat pembinaan pula.” Dia menguap sekali lagi dan menggeleng. “Issh…
bukan sekarang nak mengantuk.”
Miracle turun
dari bilik enjin itu menggunakan tangga berputar dan terlihat Spring di hujung
laluan First Base itu. Dia segera
mendekati perempuan itu
“Spring? Apa kau
buat di sini?”
Spring mendongak
memandang M27. Mindanya masih lagi bermain-main dengan pengetahuan yang dia
dapat tadi. Dia melihat dari mana M27 datang. Bilik enjin. Aku tak tahu apa kegunaan mesin
ni, hanya Miracle sahaja yang tahu fungsinya Ayat Rick bermain dalam
mindanya. Jadi Miracle membaiki mesin tersebut? Ini buat Spring tambah marah.
Dia nak
menjerit, marah, menengking dan kalau boleh cederakan M27 tapi entah kenapa dia
tak bole buat semua tu. Dia hanya boleh memaksa senyumannya dan menggeleng.
“Aku tengah cari Rick.”
Miracle
terdengar bunyi tapak kaki dan suara-suara halus mendekati mereka dan memakai
topengnya.
“Listen to me
Rick, macam mana kalau aku cedera dan Pole tidak dapat nak kendalikan bilik
senjata tu, hanya kau yang ada untuk kawal mereka semua.” Katanya berjalan
kebelakang, berdepankan Rick. “I mean, You need to know every button, function
and system of that baby!”
Rick mengeluh
dan menarik collar baju Nuez. “Kalau sekali lagi kau bagi alasan merapu kau ni.
Aku pastikan kau takkan dapat bercakap lagi dalam seumur hidup kau lagi. Is
that clear?”
Nuez menelan air
liurnya lebih empat kali dan mengangguk. “C-Crystal.”
Rick melepaskan
naju Nuez dan ingin sambung perjalanannya tapi tertangguh bila dia lihat
Miracle dan Spring berada di simpang laluan pergi ke bilik enjin dan juga bilik
peribadinya. “MI-Night? Spring? Apa korang buat kat sini?”
Miracle hanya
diamkan diri. Dia memandang kearah Nuez yang hanya buat signal maaf. Dia dah
buat sebaik mungkin untuk alihkan perhatian Rick.
Rick melihat
tangan Miracle yang kotor dengan minyak hitam dan matanya terus naik ke bilik
enjin. Dia sambung buat mesin dia ke? Sebab tu ke Nuez merapu selama ni? Supaya
aku tak berjumpa dengan Miracle?
Spring hanya
memandang Rick dan Miracle yang mempunyai pandangan yang sama. Pandangan
sepasang kekasih.
Spring kembali
marah dan menarik nafas dalam. “Rick! Sepanjang hari aku cari kau, aku nak
minta tolong sesuatu kat kau.” Katanya dengan riang memeluk lengan Rick.
Rick pula sempat
memandang riaksi Miracle. Miracle hanya diamkan diri melihat kemesraan mereka. “A-Aku tersesat dan terserempak dengan Spring. N-Nuez.”
“Ya?”
“Tunjukkan aku
jalan keluar.” Katanya jalan lalu di sebelah Rick tanpa memandang lelaki itu.
“Oh-Okay..” Nuez
segera mengekori Miracle.
“Tunggu.”
Langkah Miracle terhenti bila Rick bersuara. “Nuez, pastikan NightBlue tak naik
lagi ke sini okay?”
Nuez dapat
rasakan suasana di laluan itu sangat tegang, boleh buat Nuez tercekik kurang
udara. “O-Okay.”
Air mata Miracle
mula mengugutnya, suara dingin Rick umpama pusau menyucuk jantungnya. Sangat
sakit.
Dia terus
menyambung langkahnya tanpa mengatakan apa-apa dengan Nuez mengejarnya dari
belakang.
“Kau jangan nak
fikir yang bukan-bukan.” Nuez akhirnya bersuara sebaik sahaja mereka berdua
masuk ke dalam lift. “Rick tak maksudkan macam tu.”
Miracle mengusap
air matanya dan menggeleng. “Tak perlu nak tenangkan hati aku Nuez, aku pasti
Rick marah sangat dengan aku.” Dia memandang tangannya yang menggeletar, dia
membawa kedua tangannya yang sejuk ke bibirnya dan di tiup supaya panas. Dia
mula menangis dengan senyap, tidak dapat menahan rasa sebak di dadanya.
Nuez rasa
bersimpati atas Miracle. Dia tak pernah nampak Miracle sesedih ini. Mereka
berdua dalam kesakitan sekarang dan dinding tebal antara mereka berdua menjadi
penghalang untuk mereka kembali pulih seperti sedia kala. Nuez hanya boleh
pinjamkan bahunya untuk Miracle sebagai sokongan untuk Miracle bila dia jatuh.
Dia mengusap rambut Miracle dengan lembut. “Cry all you want… It’s going to be
okay.”
Miracle
menggeleng kecil. Dia nak kata yang semuanya takkan jadi okay kerana masa depan
yang Glend lihat adalah sangat buruk. Ini buat Miracle menangis tambah kuat
dari sebelumnya.
>X<
[Previous] | [MiT] | [Next]
Lagi...lagi...nak lagi...
ReplyDeletehahaha.... sabar yeeee.... new chapter is on the wayyyyy~~
ReplyDelete