Axerialeth: SOD -falling in love again-

Bab 27

Masa berlalu dengan pantas bagi Rick, dia tidak menyangka dalam masa tiga hari di kapal itu seperti sejam baginya kerana dalam masa itu, dia hanya melihat Miracle yang tidur di atas katil dengan lena. Dia kelihatan sangat penat dan setiap kali dia bangun dari tidurnya, Rick dapat lihat eye bag di bawah matanya. Bukan itu sahaja malah matanya juga merah seperti dia baru habis menangis.

Dah tentu Rick tak tanya kenapa kepada Miracle. pasti dia takkan menjawabnya. Jadi Rick hanya temankan miracle semasa dia bangun, bercerita, beri dia makan… Miracle kata Rick ni seperti Nurse peribadinya. Memang merah lah muka Rick bila dia di cakap cam tu.

Walaupun Miracle kelihatan ceria, dan mereka selalu ketawa bersama, Rick dapat lihat yang Miracle nampak sakit, sangat sakit. Apatah lagi semasa Manda merawatnya. Menyucuk jarum panas di belakang Miracle yang terdapat kesan luka yang sangat teruk.

Rick berdiri di sebalik tirai sambil memegang tangan Miracle yang menahan sakit dari jarum tersebut di cucuk ke dalam lukanya. Rick dapat rasakan kesakitannya dari genggaman erat Miracle. ia menggeletar dan juga berpeluh.

Manda mengeluh panjang di sebalik topeng bedahnya. “Hentakan kayu tu kuat sangat sampai buat luka kau seteruk ni.” Katanya dari sebalik tirai bersama Miracle. “Nasib baik ia tak patahkan tulang belakang kau kalau tak dah tentu kau lumpuh.” Manda mengambil jarum panas dari periuk mini yang merebus ubat pada jarum itu. Dia menyentuh bahagian luka Miracle dahulu sebelum menyucuk di tempat sepatutnya.

“Ugghh..” rintih Miracle menahan kesakitan dan bisa jarum itu. Menggenggam erat tangan Rick dengan erat.

“But, aku tak terkejut kau terselamat dari tulang belakang kau patah.” Kata manda merendahkan kepanasan periuk itu. Matanya jatuh melihat tangan Miracle berpaut pada Rick di sebalik tirai dan tersenyum kecil. “Tapi, kau kena banyak berehat supaya kesihatan kau tak terjejas. Ubat aku mungkin boleh sembuhkan kau tapi kau perlukan rawatan lebih dalam untuk pastikan kau betul-betul tak apa-apa.” Katanya mengambil satu lagi jarum dan menyucuk belakang Miracle.

Sekali lagi Miracle merintih dengan mata yang berair. “uggh…” Dia menutup mulutnya menggunakan selimut.

“Miracle kau okay?” Soal Rick risau.

Miracle mengangguk kecil. “Hmmm… aku okay.” muka Miracle menjadi merah bila Rick mencium jejarinya.

“Don’t worry, I’m here.”

Manda memutarkan bola matanya. Please this two… desis hatinya tapi dia gembira melihat mereka berdua seperti itu dari mereka menahan perasaan antara satu sama lain. “Alright, I’m done. Biarkan dulu beberapa minit, nanti aku datang balik untuk tarik keluar jarum ni.” Katanya dan keluar dari bilik tersebut tanpa membuka tirai. “Rick jangan nak main gila okay.” sempat dia berbisik kat Rick dan mengenyit mata sebelum berlari keluar.

Muka Rick merah padam mendengar amaran Manda. Damn that woman…

“Rick??”

“Hmmm?” Rick tumpukan perhatiannya semula kearah Miracle. “Kenapa? Sakit ke?”

“Tak..” sahutnya dengan lemah. “It’s warm..” dia berhenti seketika. “Your hand, its warm. Aku sukakannya.”

Rick tersenyum kecil. “Jadi pegang lah selama mana kau nak.”

Miracle tertawa kecil. “Never let go okay?”

Senyuman rick menjadi pudar. I hope I can desis hatinya. Dia memaksa dirinya untuk mengukirkan sebuah senyuman. “Okay.”

Rick memandang tangan mereka yang tersimpul bersama. Tangan kecil Miracle bersama tangannya yang besar. Betapa dia sayangkan Miracle, hanya melihat jari jemari kecil Miracle di celah-celah jarinya buat dia gembira. Rick tertawa kecil.

“kecilnya tangan kau.”

Miracle ingin menarik tangannya tapi Rick tidak bernarkan. “Stop making fun of me.”

Rick tertawa sekali lagi. “Aku tak mainkan kau. Betul lah apa aku cakap. Tangan kau kecil dari aku. Aku sukakannya. Your’s fits through mine.”

Miracle hanya diamkan diri melihat bayangan Rick di sebalik tirai. Dia kembali melihat tangannya yang berada di luar tirai itu. Tirai itu umpama sempadan bagi mereka. Walaupun Rick dekat dengannya, dia tetap rasa rick sangat jauh darinya. Tangannya berada di sebalik sempadan tirai itu, adakah dia boleh pergi ke sebelah sempadan tersebut lebih dari tangannya?

Mata Miracle terbeliak bila lihat Rick membuka tirai tersebut, melihat dia tepat pada wajahnya sambil menggenggam erat tangannya. “Rick?” Rick nampak sangat kacak dari bawah. Memandangnya dari atas dengan cahaya mentari pagi di belakangnya.

Kenapa dengan riak wajah Rick? kenapa dia kelihatan begitu? Adakah dia berfikir seperti apa yang Miracle fikirkan?

“Ricky?”

Rick tundukkan dirinya mendekati Miracle dan berikan kucupan manis di bibirnya. Namun kucupan itu hanya sekadar sentuhan bila Rick berundur dengan pantas. “Sorry..”

Miracle melepaskan genggaman Rick dan menarik collar baju lelaki itu, dia pula bertindak mengucup bibir Rick. “Idiot..” Rick menolak rambut Miracle ketepi dan mengucupnya semula.

“Eherrmm! EHERM!!”

Rick mendongak melihat Manda yang memeluk tubuh di sebalik katil Miracle sambil menjungkit kening setinggi gunung. “Get out.”

“M-manda, listen—”

Manda bergerak ke sebelah katil dan menarik Rick ke pintu biliknya. Dia terus tendang Rick keluar dari bilik tersebut. “She’s half naked you Idiot!” jeritnya sebelum menutup pintu dengan kuat.

Dia berputar kembali ke Miracle dan menarik nafas dalam. “You too Miracle. Apa kau fikirkan hah? Biarkan Rick nampak kau bertiarap half naked hah??”

Miracle hanya menutup mukanya guna selimut menyembunyikan wajahnya yang merah kerana malu. Dia sendiri lupa pasal dirinya. Dia lupa kerana melihat renungan Rick yang mencairkan kepadanya. Hrrmmmm….. memang buat Miracle angau hingga lupa dunia.

Setelah Manda bersihkan belakang Miracle, Dia keluar dari bilik tersebut meninggalkan pesakitnya untuk berehat. Dia melihat Rick yang duduk di sofa bulat dengan kedua tangan di depahkan ke sisi dan kepala mendongak ke udara. Sepertinya dia kesemputan. Manda tertawa kecil.

“Tired Mr.Lover?”

Rick membuka matanya dan melihat wajah Manda. Dia berdengus. “Shut up witch.”

Manda tertawa besar melihat muka merah Rick. “Miracle tengah tidur sekarang, baik kau pun pergi tidur sekali. Semalaman kau jaga dia.” Manda bercekak pinggang dengan senyuman nakalnya. “Aku tak sangka kau berani bertindak ya—”

“Miracle tarik baju aku dulu.” Katanya tidak memandang manda kerana malu.

“—Dan kau mesti nampak Miracle half naked.” Usik manda menyambung ayatnya. “kan?”

Rick terdiam buat seketika teringatkan balik semasa dia menarik tirai tersebut dan mukanya meletup seperti gunung berapi kerana merah yang amat. “S-Shut up. Dia bertiarap jadi aku tak nampak apa-apa.”

Manda tertawa lagi besar dari sebelumnya. “Yea right whatever.” Manda memandang jam tanganya dan mendongak ke tingkat dua. Dia terlihat Spring yang bersembunyi di sebalik tangga. Dia tersenyum tawar. “Aku nak naik dulu. Kau tidur okay? nanti aku sediakan makanan Miracle.”

Manda naik ke tingkat dua second base, jumpa Spring yang duduk di tangga dengan wajah bersalahnya. Manda duduk berlutut di depan Spring. “Kau okay ke?”

Spring menggeleng kecil dengan mata berkaca. “Aku nak jumpa M27—Miracle.. tapi aku takut.”

“Kau takut dia marah kau?” Spring mengangguk. “Dia takkan.” Kata Manda meyakinkan Spring. “Dia sayangkan kau, tak mungkin marah kat kau.”

“T-Tapi—”

“Nak aku temankan?” mereka memandang di atas tangga, Ben turun dan duduk sebelah Spring. “Nak aku temankan kau ke?”

Spring terdiam buat seketika sebelum mengangguk. “Please…”

Manda dan Ben saling berpandangan dan tersenyum. Faham sangat dengan Spring. Ben dan Spring turun ke tingkat bawah untuk pergi ke bilik rawatan manda tapi terhenti bila mereka menghidu bau yang mengiurkan datang dari dapur.

Ben menarik sengih. “That asshole.”

Spring memanjangkan lehernya melihat siapa yang masak dan mengeluh. Seperti yang dia jangka.

“Jom Spring.”

Spring mengangguk dan mereka masuk ke dalam bilik itu. Experiment O-S rasa nak menangis bila dia lihat Miracle terlentar di atas katil dengan badan yang berbalut. “M27….”

Miracle membuka matanya dengan perlahan dan tersenyum kecil bila melihat Spring berdiri depan pintu bersama Ben. “Hey, akhirnya kau datang. Kenapa kau jauh sangat?” Soal Miracle dengan lemah. “Come here.” Dia mendepahkan tangannya kearah Spring.

Spring memandang Ben untuk seketika melihat Ben mengangguk. Spring tersenyum lebar dan berlari memeluk Miracle dengan erat. “Miracle maafkan aku… A-Aku tak patut cakap cam tu k-kat kau… aku tak—”

“Shhh…..” Miracle mengusap rambut Spring dengan lembut. “Tak apa.. aku faham. Aku tak kisah tentang semua tu. Aku pun minta maaf sebab tak beritahu kau pasal aku dan Ricky.”

Spring mengangguk faham dan memeluk Miracle lebih erat dari sebelumnya. Dia juga sayangkan Miracle, hanya miracle yang dia ada di dalam dunia ni. Dia tak nak kehilangan perempuan itu dan dia menyesal kerana cakap macam tu kat Miracle.

Miracle merenggangkan pelukan mereka dan mengusap rambut Spring. Dia mengucup dahi perempuan itu dengan lembut. “Kau adik aku dan aku tak nak kau bersedih tapi…” miracle menarik nafas panjang. “Aku sayangkan kau dan juga Rick. Aku berterus terang kat kau Spring. Aku cintakan Rick dan aku akan sentiasa cintakan dia.” Katanya dengan wajah serius.

Spring agak terkejut melihat renungan Miracle dan akhirnya mengangguk dengan senyuman tawar. “I know… I always know… Cuma Spring yang sengaja buat-buat buta.” Spring memegang kedua-dua tangan Miracle. “I wish you two all the best.”

“Thanks Spring. You too.” Miracle sempat memandang kearah Ben buat lelaki itu naik merah. “Tolong tinggalkan aku.. aku nak tidur.”

Spring mengangguk dan lepaskan tangan Miracle. semasa dia separuh jalan ke pintu, dia berputar balik ke Miracle dan memeluknya sekali lagi. “Good Luck.”

Setelah itu dia bergerak keluar bersama Ben. Sebaik sahaja Ben menghantar Spring ke biliknya, Spring bersuara. “Aku kena mengalah kan? Aku takda chan dengan Rick kan? Aku terpaksa mengalah…” Spring menahan air matanya dari mengalir, dia segera mengelap air matanya bila ia jatuh ke pipi. “Aku tak boleh menangis. Aku kena gembira untuk mereka. Kalau tak aku akan jadi penghalang mereka—”

Ben menarik Spring ke dalam dakapannya. “It’s okay to cry.” Katanya membuat Spring terkejut. “Just cry all you want.”

Seperti apa Ben Katakan, Spring menangis sekuat yang mungkin, meluahkan segala yang terkandung di dalam hatinya yang sedih dalam sebuah tangisan.

Ben hanya diam sambil memeluk dan berikan sokongan kepada Spring. Dia faham perasaan Spring dan dia akan bantu Spring untuk lupakan Rick. Dia akan sentiasa berada di sisi Spring bila dia perlukan seseorang sehingga Spring pandang Ben, hanya pandang Ben seperti mana Spring pandang Rick.

Aku akan tunggu sehingga masa tu tiba dan dalam masa itu, aku akan sentiasa bersabar dan berada di sisimu…

>X<

Mata Miracle lancar membaca barisan ayat yang membuat dadanya sebak. Dia menahan dirinya dari menangis kerana ayat-ayat tersebut. Namun, pada akhir perenggan itu, air mata Miracle tetap juga mengalir dan segera dia mengambil tissue untuk mengelap air mata dan hingusnya.

“Damn Nuez… bila aku kata nak something to read bukan buku jiwang macam ni!” marahnya dengan berbisik.

Dia membuang tissue tersebut ke dalam tong sampah di sebelah katilnya dan menyambung baca buku tersebut. Walaupun ia sedih tahap dewa, dia tak tahu kenapa dia masih lagi nak baca buku cliché tersebut.

Konsentrasi Miracle terganggu bila dia dengar bunyi ketukan pintu. “masuk.” Miracle tersenyum melihat siapa yang masuk bersama setalam makanan dalam tangannya. “Pole, dah sampai masa makan tengahari ke?”

Pole mengenyit mata. “Yup and this is a special dishes untuk kau!” sahutnya meletak setalam makanan di atas riba Miracle.

Mata Miracle terbeliak melihat makanan yang Pole sediakan untuknya. “Woaaa…. Pole, kau ke yang masak ni? Aku tak tahu kau  boleh masak sehebat ni!” sahutnya membuat Pole berdecit.

“Kau nak peril aku ke?” Dia memeluk tubuh tidak puas hati. “Bukan aku yang masak lah, aku Cuma hantar makanan ni je.”

Miracle tersengih-sengih. “Sorry, siapa yang masak?”

“Hmm?” terukis senyuman meleret di bibir Pole. “Oh just someone…” katanya dengan nada mengusik.

“Come on Pole don’t play around.” Katanya dengan senyuman.

Pole memandang Miracle untuk sementara waktu sebelum menghembus nafas geram. “Eeee… kalau bukan sebab sakit dah tentu aku usik kau—Alright, Rick—”

BAM!!!

“Pole!” Rick serbu bilik rawatan itu dan melihat makanan di atas riba Miracle membuat mukanya merah. “I’m out!”

“Oh no you don’t!” Pole segera menarik collar baju Rick sebelum dia sempat melarikan diri. “Kau duduk sini temankan Miracle makan. Aku ada kerja dengan Nuez lepas ni.” Katanya dengan muka serius tapi terdapat unsur terhibur dalamnya.

“B-But—” Dia nak bangun tapi Pole memaksa dia duduk balik. Pole bagi renungan mautnya sebelum beralih kepada Miracl dengan senyuman termanis yang dia pernah buat. “Au rivior Lovers! Mak nak buat kerja dulu.” Kataya dengan riang dan keluar dari tempat itu.

Setelah pintu tertutup, Rick dan Miracle menghembuns nafas panjang secera serentak.

“Ricky?”

Rick tersentak. “Y-Yes?”

Miracle tertawa kecil. “Kau ke yang masak?” Melihat dari muka Rick jadi merah Miracle tersenyum gembira. “Thank you.”

“Err… No problem, lagipun kau perlukan tenaga untuk sembuh.” Katanya memandang kearah lain, segan nak nampak Miracle tepat pada wajahnya. Lagipun dia rasa kemachoannya tergugat kerana Miracle tahu yang dia masak. DIA MASAK. CAPTAIN AXERIALETH, RICK MASAK UNTUK SEORANG PEREMPUAN! Tentu mereka tertawakan Rick di luar ni sekarang.

Bunyi sudu jatuh membuat Rick berputar memandang Miracle. “Kau okay ke?”

Miracle tertawa. “hehe, aku okay.” katanya dan mengambil semula sudu yang jatuh di tepi pinggan menggunakan tangan kirinya. “Aku nak rasa macam mana masakan Rick.”

Rick menelan air liur rasa agak teruja nak tahu apa pendapat Miracle dengan masakannya. Sure, dah tentu tak superb tapi dia nak tahu sedap ke tak sedap.

Penantian Rick semakin nipis bila dia lihat Miracle bermain-main dengan sudunya. Baru je dia nak marah Miracle ‘kau tak pandai pegang sudu ke?’ bila dia perasan yang Miracle guna tangan kiri. Dia segera mengambil sudu itu dari Miracle.

“Biar aku suap.” Katanya mendekatkan kerusinya dengan Miracle. “Aku tak perasan yang kau guna tangan kiri untuk makan. Sorry.” Dia mengambil sesudu sup dan meniupnya beberapa kali sebelum naikkan di bawah dagu Miracle. “Open up.”

Miracle melihat sup itu untuk sementara waktu sebelum memakannya. “Hmmmm~~~” Miracle tersenyum gembira. “Sedap.”

Rick tersenyum dan menghembus nafas lega. “Nasib baik~!” sahutnya ke udara. “Kau nak lagi?”

Miracle mengangguk sambil tertawa. “Aah~”

Rick menyuap Miracle sekali lagi dan mereka mula bercerita seperti biasa. Tanpa mereka sedari terdapat mata-mata sedang mengintai di pintu bilik tersebut dengan perasaan berbunga-bunga dan keinginan mengusik mereka berdua.

Pole menutup pintu bilik tersebut memberi privasi kepada mereka. “Well, I think the wedding will be cancel.” Sahutnya dengan gembira.

Nuez tertawa ke udara. “That Captain of ours! Aku dah agak dah cam ni akan berlaku. They are back!”

“Ah-ah-ah Nu, don’t jump into conclusion first.” Manda mengoyangkan jarinya telunjuknya. “Mereka baru bermesra-mesraan seperti dahulu tapi itu tak bermaksud mereka akan bersama semula.”

“Well, If you ask me, Aku sendiri dengar Miracle kata dia cintakan Rick dan akan sentiasa cintakan dia. Which means, Rick ada harapan besar untuk ambil balik Miracle dari Putera tu!” sahut Ben ber’high five dengan Nuez.

Manda mengeluh panjang. Adakah hanya dia seorang je yang rasa percintaan mereka masih lagi jauh? Dia dapat rasakan sesuatu yang menyedihkan pasal mereka berdua tapi dia tak tahu apa. Dia mengeluh sekali lagi, mungkin sebab dia terlalu banyak terfikir kot? Terfikir tentang halangan mereka sebelum ini.

“Oh well, they did kiss. What could possibly go wrong?”

“Apa?” Pole dan yang lain tumpukan perhatian mereka kepada Manda. “Ulang suara?”

Manda senyum mengusik. “Rick and Miracle kiss. Aku tak tipu. Aku sendiri nampak.”


Ini buat senyuman mereka bertiga tambah lebar dan bersorak. “There’s nothing to worry anymore!!”

No comments:

Post a Comment