Axerialeth: SOD -love is a complicated thing-
Bab 28
Seperti yang aku
katakan sebelum ni… masa tiga hari bersama Miracle sangat singkat bagi ku
walaupun sehari dari tiga hari itu telah berlalu. Sepertinya masa bergerak
terlalu cepat untukku namun pada masa yang sama ia sangat lambat.
Aku memandang
jam holo yang ada pada holo screen depan kami semua. Aku, Axerialeth dan dua
lagi captain kapal Sylvianne mengadakan meeting tentang orang experiment di
dalam kapal-kapal Axerialeth itu.
Ada sedikit
masalah dengan mereka kerana mereka kekadang bertindak aggressive kerana
ketakutan atau berasa buntu berada di dalam kapal itu tidak tahu nak buat apa.
Sebab sebelum ni, mereka berada di dalam CR, mempunyai jadual masa tersendiri,
mengawal mereka setiap masa tapi sekarang mereka telah bebas mereka tidak tahu
nak buat apa sebaik sahaja mereka buka mata atau sebelum nak pergi tidur(itu
pun ada yang tak tidur kerana takut kami buat something kat dorang time dorang
dalam mode tidur.)
“Jadi, saya rasa
kita patut letak mereka di dalam bilik mereka masing-masing dan bagi makan bila
masa makan telah tiba dari biarkan mereka berkeliaran di dalam kapal.” Kata
salah satu kapten kapal sylvianne. “Aku takut mereka mengugut kita sekali lagi.
Nasib baik askar jadi tahanan tu tak apa-apa kalau tak tentu buruk jadinya.”
Rick mengeluh
panjang. Dia sebenarnya tak tahu apa-apa pasal orang CR ni tapi dia kena cari
jalan penyelesaian masalah ni sebelum ia sampai ke telinga Miracle. kalau dia
tahu dah tentu dia akan bangun dari katilnya dan teleportkan dirinya ke dua
kapal itu.
Itu perkara
terakhir Rick nak bila masalah experiment CR tak dapat di kawal. Miracle
perlukan banyak rehat kerana badannya yang masih lemah. Tanpa batu CR tu,
Miracle tak sekuat sebelum ni dan mungkin mempunyai badan wanita biasa. Yang
lemah dan fragile.
“Sooo….” Rick
menarik nafas dalam. “Aku faham maksud kamu semua nak jaga keselamatan mereka
tapi dengan mengurung mereka sama seperti orang CR mengurung mereka dalam
penjara. Mereka akan salah anggap tentang niat kita dan ingat kita akan buat
uji kaji atas mereka pula selepas kita rampas mereka dari CR.” Katanya
memandang dua captain yang hanya diamkan diri menunggu Rick berikan cadangan
lain.
“begini lah, apa
kata bagi aku masa sampai petang ni untuk fikirkan cara nak atasi mereka dan
aku akan ke sana sendiri untuk selesaikan masalah. Okay?”
Dua captain ini
memandang sesame sendiri sebelum memandang Rick semula dan mengangguk. Mereka
akhiri meeting mereka dengan persalaman dan menghantar dua captain itu ke sub
airship di mulut Axerialeth.
Rick menghembus
nafas lega bila lihat captain itu terbang semula ke kapal-kapal mereka. “Urrgghh…. Kenapa boleh macam ni pulak?” Dia mengusap lehernya rasa sangat
penat kerana masalah mereka tidak pernah ada penghujungnya dan naik semula ke
Second base.
Dia terfikir
bagaimana nak kawal dan tenangkan esperiment itu tanpa buat mereka rasa takut
ataupun gila meroyan. Kalau dia ke sana petang ni mungkin dia boleh tenangkan
mereka bersama Axerialeth yang lain. Of course dia tak libatkan Miracle sekali.
Entah apa perempuan tu akan buat kat sana. Confirmnya dia akan guna kuasa CR.
Rick tiba di
bilik Miracle dan mengetuknya sebelum masuk ke dalam. “Miracle?” namun, wanita
yang dia jangka ada di dalam bilik itu tiada di atas katilnya dan ini buat Rick
cemas.
“Miracle?” Dia
mula melihat sekeliling bilik tersebut jika dia lihat kelibat Miracle namun
tiada. Dia check pula dia dalam bilik air. Juga tiada. Ini buat Rick tambah
cemas.
Dia berlari naik
ke First base menuju ke bilik pertama dalam mindanya iaitu Bilik kegemaran
miracle. Dia naik ke bilik tersebut dan seperti yang dia jangka, miracle ada
berdiri depan pintu kaca bilik hamesphere itu.
“Miracle? kau
okay ke? What are you doing out of bed?” Soalnya mendekati Miracle.
Miracle berputar
memandang Rick memeluk pinggangnya dan tersenyum manis. Dia rebahkan kepalanya
di bahu Rick membuat Rick bagi kucupan di kepalanya. “Just bored. Terfikir nak
keluar ke dataran kapal tapi….” Ayat Miracle mati di situ sahaja malas nak
sambung. Dah tentu dengan badannya yang lemah seperti itu tidak boleh keluar.
Kapal itu bergerak 300km/h dan kalau dia keluar dah tentu dia terbang.
Rick tertawa
kecil. “kat sini tak cukup ke?”
Miracle
menggeleng kecil. “ia cukup. Selepas kau datang.” Katanya membuat muka Rick
jadi merah.
“Ugghhh Mira…
stop saying like that.” Katanya menutup mukanya dengan satu tangan kerana malu.
Miracle
tersenyum nakal. “Why? You don’t…. like it.”
Rick memeluk
Miracle lebih erat. “No.” jawabnya dengan cepat. “I love it tapi…. Kau sekarang
terlalu straight forward.”
“Is it bad?”
Soalnya dengan nada mengusik.
“No.” jawab Rick
lagi, perasan senyuman nakal Miracle. Dia juga tersenyum. “It’s good. Really
good…”
“Hmm.”
Sementara di
bilik pengemudi di mana Ben sedang mengemudi kapal Axerialeth, dia terlihat dua
figura di bilik hemisphere di bawah dan berdecit. “There they go on lovey-dovey
all the time. That damn Captain.”
“Kau sembunyikan
sesuatu dari aku.” Kata Miracle memandang Rick dengan serius. “Kan?”
Rick menelan air
liurnya tiga kali. Nampak sangat ke di muka dia?? “N-No… masalah apa aku
sembunyikan dari kau?”
“Aku tak cakap
‘masalah’.” Miracle menolak tangan Rick di pinggangnya dan memeluk tubuh. “Tell
me. What is it?”
“Nothing. Trust
me.” Dia ingin mengambil tangan Miracle cuba alihkan perhatiannya tapi Miracle
menepis tangan Rick.
“Don’t sweet
talk me Mr. baik kau cakap cepat. Ini pasal kawan Experiment aku ke?”
“Err…”
“Rick..”
Rick mengeluh.
“Yeah… mereka tak dapat di kawal dan pernah berlaku peras ugut kat kapal
Sylvianne kerana mereka takut kalau kita akan guna mereka pula selepas rampas
mereka dari CR.”
“What?” Miracle
memandang keluar dinding hamusphere, memandang dua kapal yang mengekori mereka
dari belakang. Dia terus berlari lalu Rick tapi Rick pantas menangkap
lengannya.
“Kau nak ke
mana?”
“Ke mana lagi?”
Rick menggeleng.
“Tak. aku akan selesaikan masalah ni nanti petang, aku nak kau rehat sehingga
kau sembuh sepenuhnya.”
“Tak!” sahutnya
menarik tangannya dari genggaman Rick. “Tak… mereka kawan aku dan aku yang
selesaikannya. Aku dengan Spring faham perasaan mereka.” Miracle menarik nafas
dlam cuba tenangkan diri sebelum kembali bersuara. “Aku tahu kau risau tentang
aku. Thanks dan kalau kau nak pastikan aku juga selamat, kau boleh ikut aku
sekali ke kapal Sylvianne. Aku berjanji takkan overwork ataupun guna CR. So
please? Let me go there?”
Rick memandang
wajah Miracle untuk beberapa ketika sebelum mengeluh mengalah. “Alright. Kau
nak buat macam mana?”
Miracle
tersenyum dan menarik tangan Rick turun dari bilik itu terus ke bilik Spring.
“Spring! Aku nak
minta pertolongan dari kau”
>X<
Rick menarik
nafas dalam dan menghembusnya untuk entah keberapa kalinya setiap kali dia
nampak Miracle duduk untuk berehat seketika sebelum kembali pada kerjanya
menolong, menerangkan kepada 34 mangsa Experiment tentang niat kami kepada
mereka. Ada beberapa dari mereka tanya banyak soalan kepada Miracle seperti,
Sylvianne tu tempat apa, apa yang ada di sana, kehidupan mereka, adakah mereka
akan buruh mereka satu hari nanti, adakah orang CR seperti mereka akan fit in
dengan manusia biasa, dan macam-macam lagi. Miracle pun menjawab soalan mereka
dengan tenang, walaupun tertera di wajahnya yang dia dah keletihan, penat
sepanjang hari ni menerangkan benda yang sama berulang-ulang kali.
“Here, drink
this.” Rick berikan segelas air kosong kepada Miracle.
“Thanks.”
“You know..”
Rick duduk di sebelah Miracle dan melihat keadaan di ruang canteen kapal
terkawal dari sebelumnya. Semua orang nampak tenang dan muka bercakap sesame
sendiri. “you really do your work here.”
Miracle tertawa
kecil. “mereka seperti aku, dah tentu aku tahu perasaan mereka. Ricky..” Dia
memandang kearah lelaki di sebelahnya. “Ingat tak first time aku naik kapal
Axerialeth?”
“Hmm?” Rick
tertawa mengingatkan peristiwa itu. “Haah, kau ingatkan kami akan hantar kau
balik ke CR kerana persembunyian kau dalam bilik Stock kantoi. Is it that
scary?”
Miracle
mengangguk. “Yea… tapi its nice bila kita ada orang yang kita percayai, ia buat
kita lebih selamat berada di tempat tu.”
“Oh reallt?
Siapa orang kau percayai tu?” Soal Rick dengan senyuman nakal.
“Pole.”
Jawabnya, ketawa bila lihat muka tak puas hati Rick. “orang pertama aku percaya
ialah Pole, dia baik, manis, peramah…”
“Ha-ha… yeah,
dia peramah, manis, hensem, lemah lembut..” Rick berputar membelakangnya Miracle.
“Tak yah nak cakap lagi, kau pernah beritahu aku tentang tu. Kau kata Pole
crush pertama kau.” Rick tambah sakit hati bila dia dengar Miracle ketawa pecah
perut.
“Aku main-main
jelah time tu.” Ayat Miracle buat Rick memandangnya semula. “Takkan aku nak
beritahu siapa crush aku sebenarnya kat Crush aku sendiri?”
“W-What?” Rick
ingin beri riaksi tapi terbatal bila beberapa budak kecil yang sedang saling
kejar mengejar dengan sekotak susu dalam tangan mereka tersandung dan susu
dalam kotak tersebut tertumpah pada Miracle.
Miracle segera
berdiri dan mengelap wajahnya yang penuh dengan susu, dari atas hingga bawah.
“Oh my gosh..”
“Errr—Er…” Budak
perempuan yang jatuh itu mula menangis rasa bersalah. “I’m Sorrryy~~”
Miracle segera
berlutut depan budak itu dan menggeleng. “It’s okay… ia hanya susu, aku boleh
cucinya. Jangan nangis okay?”
“T-Tapi.. aku
basahkan kau~~ ram-rambut kau dah basah~~” nangisnya lagi tanpa henti.
Rick segera
membantu, berlutut sebelah Miracle. “Jangna nangis, nanti abang tolong M27. Kamu
jangan menangis okay?”
Perempuan itu
berdiam diri masih dengan sisa tangisannya. Dia memandang kawannya yang
bersembunyi tak jauh dari tempat mereka sebelum berpaling semula kearah mereka
berdua. “Boleh… K345 bantu?” Soalnya dengan lembut, hampir berbisik. “K345 nak
bantu M27 juga.”
Miracle dan Rick
saling berpandangan dan tersenyum. Rick terus mengangkat budak perempuan itu
dalam dakapannya dan membantu Miracle bangun. “Alright, Jom ke tandas dan
bersihkan M27!” sahutnya bersemangat.
K345 mengangguk
dan menjerit. “Jom!”
Mereka bertiga
pergi ke tandas berdekatan di mana K345 menolong Miracle tukar baju ke jubah
mandi dan baring di hujung tub mandi, dengan rambutnya di dalam tub. Miracle
memandang wajah Rick dari atas dengan wajah yang sakit hati.
“jangan main-main
Rick, I’m warning you.” Katanya tidak sedap hati bila nampak Rick nak basahkan
rambutnya dengan shower.
Rick tertawa.
“Don’t worry. Pernah ke aku kenakan kau?”
“Kau nak kenakan
aku??” Miracle nak bangun tapi Rick tolak dia balik baring di tepi tub mandi. “Rick! Don’t you dare!”
Rick dan K345
tertawa melihat muka cemas Miracle membuat experiment M27 ini memandang kearah
K345. “have fun?” Soalnya dengan sarkastik tapi melihat wajah gambira K345
membuat Miracle cair.
K345 mengangguk.
“Yes!”
“Close you
eyes.” Sahut Rick dan mula membersihkan rambut Miracle.
Experiment kecil
ini melihat Rick mula basahkan rambut M27 dengan perasaan teruja. Dia tak
pernah lihat situasi seperti itu, ia buat perasaannya berbunga-bunga melihat
tangan Rick mengusap lembut rambut Miracle, membersihkan susu itu dari
rambutnya.
“Nak cuba tak?”
Soal Rick melihat K345.
Budak perempuan
itu mengangguk dan menyentuh rambut Miracle. Ini buat dia tersenyum teruja.
“Lembutnya…”
Miracle tertawa
kecil. “Really?”
K345 mengangguk.
“Yup… dan panjang. Aku tak pernah nampak mana-mana experiment yang berambut
panjang kecuali M27 dan Off-Spring. Errm…M27, aku boleh panjang rambut juga
ke?”
Miracle
mengangguk. “Dah tentu. Sekarang kau boleh buat apa sahaja kau nak. Tiada siapa
lagi boleh halang kau.”
K345 tersenyum
gembira dan mengangguk. “Hmm!” dia menyuci rambut Miracle dengan senyap dengan
budak perempuan itu melihat Rick dan Miracle mula bercerita tentang sesuatu
yang dia sendiri tak faham tapi lihat dari riak wajah mereka, dia tahu mereka bahagia.
“korang suka
sesama sendiri ke?” Soalnya membuat kedua orang dewasa ini terdiam. K345
tersenyum nipis. “Jangan risau. Mereka dah masukkan informasi ni dalam minda
aku jadi aku faham sepenuhnya.” Dia berhenti seketika. “Sooo…. Aku dengar
mereka kata ada majlis perkahwinan di Sylvianne nanti. Ia perkahwinan kamu
berdua ke?”
Soalan itu buat
Miracle dan Rick terdiam. “Err… tak, ia—”
“Aku dan Rick
kahwin di tempat lain.” Miracle bersuara sebelum Rick sempat menghabiskan
ayatnya. “Aku sentiasa impikan nak kahwin dengan Rick di tepi tasik.” Jawabnya
dengan senyuman dengan pandangannya tertumpu sepenuhnya pada Rick. “Kau tahu
tasik apa kan?”
Rick mengangguk.
“Ya, Aku tahu.”
K345 memandang
mereka berdua dengan perasaan teruja. “Tasik? Woaaa.. dekat mana? Mesti cantik
tempat tu kan? Mengikut informasi, pemandangan tepi tasik sangat cantik, dengan
air yang jernih, tumbuhan hijau yang subur dan langit biru yang indah. Kamu nak
adahkan majlis di tempat macam tu ke?”
Miracle kembali
memandangn K345 dan mengangguk. “yup.”
Rick menarik
nafas dalam. “K345, tolong ambil kan shampoo kat nuez.”
“Nuez?”
Miracle
menjungkit kening melihat kearah Rick, turut hairan. Dia ingin bersuara tapi
Rick suruh dia senyap. “DIa ada kat cafeteria. Panggil je nama dia, tentu dia menyahut.”
K345 hanya
mengangguk dan keluar dari bilik mandi itu. Sebaik sahaja pintu tertutup,
Miracle terus bersuara. “Kenapa nak minta shampoo lebih--” ayatnya terpotong
dengan satu kucupan dari Rick. Muka Miracle jadi merah. “W-What—” Dia terus
menutup mulutnya.
“It’s your
fault.” Kata Rick juga dengan muka merah. “You make me so happy that makes me
want to kiss you.”
Miracle terus
menutup mukanya yang dua kali ganda merah dari sebelumnya.
“Aku tahu di
mana tu.” Sambung Rick. “Tasik Zucholget. Lets have the wedding there. Okay?”
Miracle
memandang dengan Rick dan mengangguk gembira. “Okay.” tetiba dia rasa nak
menangis. “Okay…”
Rick mengusap
rambut Miracle dengan lembut dang mengucup dahinya. “Don’t cry. I can’t help it
if you start crying.”
Miracle tertawa
dengan air mata yang mengalir. “You idiot.”
“Well, I’m your
Idiot.”
>X<
And it goes to
one… sehari. Masa bergerak terlalu pantas. Lebih pantas dari apa yang aku
inginkan. Melihat wajah Miracle yang sedang tidur di atas katil selepas penat
bekerja sepanjang hari semalam, sampai sekarang dia tak bangun-bangun. Aku dah
beritahu dia jangan over do it.. dia buat jugak. Haaaiiihhh…. She really
doesn’t listen isn’t she?
Rick tertawa
kecil sambil bermain dengan hujung rambut Miracle. Sepanjang malam dia tak
tidur temankan Miracle di dalam bilik tersebut kerana dia tak nak tidur. Tak nak
terlepas sesaat pun bersama perempuan itu. Sepertinya dia ingin mengejar semula
semua masa mereka yang telah berlalu selama tiga tahun itu.
Hey, call him a
lover boy, he don’t care, call it a love sickness, he didn’t give a damn, call
what ever you like, as long he with the girl he loves, he don’t care about the
world. Because, Miracle is all he got, the person he cherise the most and want
to protect her from any harm.
“Good Morning.”
Bisik Rick bila Miracle membuka mata dengan perlahan.
Miracle tersenyum
nipis. “Morning. Berapa lama lagi kita nak sampai?”
“Hmmm…” Rick
memandang jam tangannya. “lebih kurang tiga ke empat jam. You can’t wait?”
Miracle
mengangguk dan baring mengiring memandang wajah Rick dengan lebih selesa. “Kita
akan beritahu El pasal perkahwinan tu. Aku pasti dia akan faham.” Katanya
menutup matanya yang masih berat. “Kau akan tolong aku untuk yakinkan dia kan?”
Rick mengangguk.
“Ellen lelaki yang baik. Aku tahu dia akan faham.” Katanya memegang tangan
Miracle dengan erat. “Jangan risau. Apa kata kau tidur, nanti bila dah sampai
aku bangunkan kau. Okay?”
Miracle
mengangguk dan menguap. “Good night.”
Rick tertawa
kecil. “Sweet dreams.” Dia mengusap rambut Miracle dengan lembut sebelum keluar
dari bilik Manda menutup pintu dengan perlahan.
Rick hampir
melompat bila muka Manda tercegat depan pintu seperti puntianak. “Are you
trying to give me a heart attack?” Soalnya berbisik.
Manda berdengus.
“I have a bad dream.”
“Pasal apa?”
Soal Rick dah masak dengan perangai Manda yang pelik ni.
Manda mengangkat
bahu. “Aku tak tahu. Aku lupa. Apapun, Miracle macam mana? Dia okay tak?”
Rick mengangguk.
“Dia tidur balik. Aku kata, aku bangunkan dia bila dah sampai.”
Manda tersenyum
nakal. “Oh dear, how sweet. So, korang akan beritahu Putera Ellison ke?”
“Pasal
perkahwinan tu?” Rick mengangguk. “I know what to do.”
Manda
menepuk-nepuk bahu Rick. “Well Dude, I wish you the best of luck and with all
my support so…. Chayiok!”
Rick tertawa
paksa. “Yea… aku perlukan banyak tenaga untuk bersuara nanti.”
>X<
Glend memandang
ke dada langit sepanjang hari cuba memikirkan masa hadapan Puteri
kesayangannya. Dia sendiri tak faham apa yang dia lihat sebenarnya.
“Arrggghh!!!
Miracle cepatlah balik dan selesaikan semuanya!” Sahutnya sudah penat menyusun
puzzle masa depan Miracle yang tak pernah habis. Dia tahu yang Miracle taknak
tahu tentang masa depannya tapi Glend yang risau sebab dia tahu dan ingin tahu
tentang masa depan perempuan itu.
“Kau makin pelik
dari sebelumnya Glend.”
Glend berputar
memandang lelaki yang paling menjengkelkan dalam dunia dan berdengus. “Apa yang
peliknya?”
Ellen tertawa
kecil dan berdiri sebelah Glend. “Kau nampak normal tanpa Miracle di sisi
kau-Oh! Adakah kau dah imun dengan Liquid CR?” Soalnya dengan senyuman nakal.
Glend tertawa
kecil. “Apa kau merapikkan ni? Aku tak boleh hidup tanpa Miracle. Aku terhutang
nyawa kat dia tahu tak?”
Ellen
mengangguk. “Dah tentu aku tahu. Aku pun terhutang budi dengan dia tahu tak?”
“Like what?”
Soal Glend sambil menjungkit kening.
“Everything. Dia
stabilkan ekonomi Negara, dia bantu bina Bengkel tu, dia sanggup pergi ke kota
setiap hari dan cederakan diri dia sendiri untuk keselamatan kota ni. Perkara
yang aku tak dapat balas jasa dia ialah..” Ellen memandang kearah Glend. “Dia
selamatkan kawan karib aku.” Katanya membuat muka Glend naik merah. “She is a
Miracle. aku ingatkan aku akan kehilangan childhood friend aku bila kau dah
sampai heart attack kritikal. Kalau bukan di sebabkan Miracle selamatkan kau
tiga tahun lalu, mungkin aku dah kehilangan kau Glend.”
Glend terus
berpaling kearah lain. “S-Shut up Dork. Jangan nak berjiwang karat dengan aku,
kau tu dah ada tunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Nanti Miracle cemburu
macam mana?”
“Oh, kau
buat-buat tak suka kat aku sebab tak nak buat Miracle cemburu kat kita?”
Soalnya dengan senyuman nakal.
“Of course.
Miracle penting bagi aku. So, kau pula jangan sampai dia cemburu kat kau.
Faham?”
Ellen tertawa
pahit. “Kalau lah aku boleh buat dia cemburu.” Dia memandang ke dada langit
biru melihat awan gebu yang berarak pergi. “Kau sendiri aku tak boleh
cemburukan kau.”
Glend memandang
kearah Ellen, terkejut. “Apa?”
Phone Ellen
berdering tanda dia menerima panggilan dan dia mengangkatnya. “Hello?... Ya,
Patik kat bumbung bengkel bersama Glend. Ada apa?” terukir sebuah senyuman pada
bibir Ellen dan memandang Glend.
“Kenapa El?”
“mereka masuk
pintu laut? Okay, kitorang ke Bengkel 09 sekarang.” Dia matikan talian dia dan
menjungkit kening double jerk kepada Glend.
“Mereka dah
sampai?”
“You think?”
soalnya dengan senyuman nakal.
Glend melompat
gembira dan menarik Ellen turun ke Bengkel bawah tanah. Ellen turut tertawa
melihat Glend seperti itu.
Sebaik sahaja
mereka tiba di Bengkel 09 yang terletak di bawah laut, mereka melihat dua kapal
Sylvianne sedang keluarkan mangsa-mangsa Experiment Clow Reign.
Mata Ellen
berpaling kearah lain, menunggu Miracle keluar dari Kapal Axerialeth. Glend dan
Ellen bergerak ke pintu kapal Axerialeth menunggu mereka keluar.
Terbuka sahaja
pintu kapal tersebut, mereka dah nampak Miracle dan yang lain di mulut kapal
itu dengan badan yang penuh dengan luka, bukti yang mereka sanggup berkorban
nyawa untuk experiment itu.
Ellen perasan
yang Rick sedang memimpin Miracle turun dari kapal tersebut dengan perlahan.
Lihat dari luka Miracle, dia tahu yang Miracle buat perkara bodoh time misi
mereka. Dia dah tahu apa Miracle buat terima kasih kepada Glend. Jadi dia
takkan gertak Miracle atau sesiapa sahaja yang tak menghalang perempuan itu.
“Welcome back.”
Kata Ellen dengan senyuman manisnya.
Miracle membalas
senyuman Ellen. “Thanks.. It’s good to back home.” Dia memandang kearah Rick
memberi signal kepada lelaki itu. “Err… Ellen, Kami ada sesuatu nak beritahu
korang.”
Ellen menjungkit
kening. “Sesuatu terjadi ke? Ada orang terbunuh?”
Rick menggeleng.
“Semua orang-orang kau terselamat. Ada juga beberapa experiment kitorang tak
dapat selamatkan.” Dia diam seketika teringatkan semula mangsa malang itu.
“Tapi bukan itu yang aku nak beritahu kat kau.” Dia yang memeluk Miracle,
memandang tangan mereka dengan lama. Dia tersenyum tawar kepada Miracle.
Miracle tak
sedap hati dengan senyuman itu. “Ricky?”
Rick memandang
Ellen dengan senyuman yang sama, melepaskan Miracle ke dakapan Ellen. “Your
Highness, please take care of her for me.” Dia mengusap lembut pipi Miracle
yang terkejut beruk. “She means the world to me.”
“R-Rick?”
>X<
A/N:
Mwaaaaaaaaaahahahahaha *Evil laugh and cry at the same time*
[Previous] | [MiT] | [Next]
Comments
Post a Comment