Axerialeth: SOD -Just a little Hope-

Bab 26

CRASH!!!!

Nuez terkejut bila siren kecemasan kapal berbunyi dan membuka semua CCTV kapal untuk melihat di mana masalah kapal itu datang. Dia tak menjangka masalah mereka berlaku di bilik pengemudi kapal. Dia melihat Spring memijak tangan Miracle yang bergantung di cermin bilik pengemudi yang telah pecah itu.

Dia segera bersuara. “SPRING!! WHAT ARE YOU DOING?!!!”

Spring tersenyum sinis, memijak tangan Miracle yang berdarah kerana kaca pecah itu. “Kau di lahirkan di tempat ni… jadi kau patut mati di sini juga. Bersama K102….. LK54… die… just die…”

“Arrrgghh!” Miracle menolak kaki Spring dari tangannya dengan tangannya lagi satu tapi tidak berhasil. “Spring Snap out of it!! Minda kau di kawal!!!”

Spring tertawa besar. “Oh M27…. Sekarang baru kau perasan ke? Aku nak kau mati..” katanya. Miracle kenal cara percakapan Spring… Dia K102.. tapi bagaimana?

“Aku akan mati di sini dan begitu juga kau…. Setelah itu, hanya tinggal Spring dan LK54… LK54 akan buruh Spring dan bunuh dia!” sahutnya memijak tangan Miracle sekali lagi. “dan kita semua akan mati! Akhirnya kita akan kembali bersama!! We’re the Special Siblings patut bersama!!”

Miracle mengerang kesakitan tidak tahan kesakitan pada tangannya. Darah mula mengalir ke lengannya dan menitis di muka. “LK54 ada di sini ke?” Soalnya memandang bangunan yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

“Who cares?? Kau akan mati juga di sini dengan aku.” Katanya dengan ketawa sinisnya.

Miracle menarik sengih. “Tak…. kita bertiga akan mati di sini.” Katanya kepada K102. Dia memegang kaki Spring dan gunakan Kuasanya untuk memberi renjatan elektrik yang sangat kuat pada Spring.

Pintu bilik Pengemudi di buka oleh Rick dan segera menyambut Spring yang tidak sedarkan diri, hampir jatuh dari kapal. Dia ingin menyambut Miracle sekali tapi Miracle melepaskan tangannya dan jatuh masuk ke dalam lubang atas bangunan itu.

“MIRACLE!!!”

Sambungan….

Miracle jatuh ke dalam bangunan itu sehingga ke dasar bangunan tersebut. Seperti yang dia jangka, dia berada di tingkat Special Department. Dia mendongak melihat kapal Axerialeth masih lagi berada di atasnya.

Mereka takkan berganjak…

Miracle melambai tangannya sekali pada kapal tersebut menjanakan kuasa Axerialeth itu sendiri dan kapal itu terbang laju meninggalkan tempat tersebut. Sekarang dia tak perlu fikir pasal keselamatan yang lain. Terutamanya Spring dan Rick.

Dia melihat sekeliling, tingkat itu dah mula runtuh, tempat di mana dia membesar, Dia mana dia menjadi bahan experiment. Satu-satunya bahan experiment tapi tak lagi

Miracle melihat seorang lelaki serba hijau berdiri di tidak jauh di hadapan Miracle. “LK54..” katanya terkejut melihat perubahan LK54. Dia kelihat lebih besar dan berkuasa dari sebelumnya.

“Jangan cakap kau dapat terima lebih dari satu kuasa CR?” soalnya terkejut. Dia bukan lagi LK54… Dia dah jadi seperti aku. “Kau jadi M54?”

LK54 tersenyum dan menggeleng. “Follow me.”

Aku takda masa dengan kau LK54… aku kena cari Zeloid dan hapuskannya.”

“Aku perlu tunjukkan kau sesuatu penting sebelum kau boleh jumpa Tuan Zeloid.” Katanya dengan tenang. “Mari Miracle… aku bertahu kau rahsia terbesar dalam hidup kau.”

M27 menelan air liurnya. Rahsia terbesar? Hidup aku? M27 melihat LK54 berjalan pergi dan segera dia mengejarnya dari belakang. “Kita nak ke mana? Bangunan ni akan runtuh pada bila-bila masa sahaja—” M27 melindungi kepalanya bila rekahan di atas mereka runtuh namun perjalanan mereka tidak terhenti.

“Kau sentiasa tertanya kenapa hanya kau mempunyai Kod ‘M’ dalam bangunan ni kan? Kenapa kau terima banyak CR dalam badan kau.. kenapa mereka nakkan kau dan siapa ibu bapa kau sebenarnya kan?” Soalnya membuat M27 kecut. Adakah LK54 ingin bagi jawapan itu semua kepadanya?

“LK—”

“Kita dah tiba.” Katanya berdiri di depan pintu yang telah di halang dengan rekahan bangunan yang telah runtuh. LK54 menggunakan kuasa penumbuknya membuka pintu itu dengan senang dan masuk ke dalam. Dia sempat toleh kebelakang melihat M27 ragu-ragu untuk masuk. “Bukan ini kah yang kau nakkan selama ni? Kebenaran tentang diri kau sebenar?”

M27 menarik nafas dalam dan menggenggam kedua-dua tangannya di sisi mengumpul semangatnya untuk masuk kedalam bilik itu. Matanya terbeliak besar melihat isi kandungan dalam bilik itu membuat lututnya lemah dan jatuh berlutut. DIa melihat banyak Experiment Tube yang besar berbaris dengan rapi dalam bilik itu. Ada yang telah rosak kerana runtuhan bangunan itu. Apa yang buat Miracle begitu terkejut ialah isi kandungan dalam experiment tube itu.

Seorang perempuan naked yang tidak bernyawa, wajah sepertinya Cuma kelihatan lebih muda.

“I-Itu aku?” Dia memandang experiment tube yang lain.. dia berlari kearah salah satu tube tersebut dan melihat dirinya yang tidak bernyawa dengan hos yang banyak keluar masuk ke dalam badannya. Dia menyentuh kaca tube itu dan menerima renjatan yang kuat membuat dia menarik balik tangannya.

Kuasa yang sangat kuat desis hati Miracle memegang tanganya yang menggeletar. Air hijau dalam tube itu ialah liquid CR… dan cecair keluar masuk badan perempuan itu juga CR…

Dia menutup mulutnya dan menggeleng. Tak mungkin… tak mungkin dia di lahirnya dalam tube ni… Adakah Dia di lahirkan secara unproductive??

“Ya M27, kau Therapeutic Cloning begitu juga dengan experiment di dalam bilik ni.”

Miracle memandang kearah LK54 dengan mata yang berkaca. “Kau tahu semuanya? Sejak bila? Jadi mana badan induk—” ayat Miracle mati bila lihat LK54 tersenyum sinis. “Dia dah mati?”

“kami semua tahu setelah kau melarikan diri dari sini.” Jawabnya dengan senyuman lebih besar bila lihat wajah Miracle tambah terkejut. “Ya, Spring juga tahu pasal ni.”

kau akan di reprograme M27.. you will be replace!

Kau akan di ganti oleh adik kau yang lain!

You are not even born human!!

M27 munutup mukanya menyembunyikan tangisannya. Dia tak percaya selama ni Spring tahu selama ni… Dia juga tidak pernah menyangka yang dia bukan di lahirkan secara productive. “Tidak…. Tidak… Kenapa aku kena tahu semua ni…”

“Nama stem cell yang mencipta korang semua ialah Maya.” LK54 tidak menghiraukan tangisan M27, dia terukan beritahu segala rahsia tentang M27. “Dia mati dalam usia yang muda kerana mendapat tumor otak dan bertahan sampai umurnya 8 tahun. Di sebabkan Papanya tidak terima hakikat yang bukan sahaja isterinya meninggalkan dia malah anak kesayangannya juga tinggalkan dia. So, dia mencari cara bagaimana nak terima hakikat namun…” Dia berhenti sejenak ingin memastikan M27 mendengar dia bercerita. “Dia ketahui ada tahi bintang jatuh ke bumi dan teka apa tahi bintang tu?” Dia melihat M27 memandang kearahnya dengan wajah yang sangat priceless. Dia tersenyum sinis. “Ya. Batu Clow Reign. Lelaki itu gunakan batu itu untuk mencari cara untuk kembalikan anak kesayangannya semula. Kau ialah experiment ke-27 dan satu-satunya experiment M yang Berjaya.”

“Dah tahu apa maksud M sebenarnya? Ma-ya Cl-ow Re-ign??” sebutnya satu persatu membuat M27 menutup telinganya dan menjerit dengan kuat. Tidak dapat menerima kenyataan itu.

“Kami hanyalah bahan ujikaji untuk hidupkan kau! Nyawa kami tidak penting langsung bagi organisasi CR ni! Tuan Zeloid membunuh kami untuk mendapat antidote yang sesuai untuk mencipta Anaknya yang sempurna! sebab tu Tuan Zeloid tak nak lepaskan kau ! Dia sangat sayangkan anaknya! Namun…” LK54 berdecit dengan senyuman. “Tuan Zeloid tahu yang kau bukan lah anaknya jadi dia tak suntikkan memori Maya kedalam diri kau. Bagi dia, dalam diam, kau tetap sekujur badan yang serupa dengan anaknya. Kau takkan pernah jadi Maya, kau tetap akan jadi Clone yang—” Satu penumbuk sampai ke muka LK54 membuat experiment itu terlempar jauh.

M27 menggenggam penumbuknya dengan erat. Dia tersenyum sinis kearah LK54 membuat experiment askar itu terkejut. “Thanks sebab beritahu siapa aku sebenarnya tapi…” senyumannya terus hilang di gantikan dengan marah yang membara. “Aku tak perlukan semua tu sebab aku akan akhirkan semua ni sekarang juga!”

LK54 memulakan serangan terhadap M27 dan mereka berlawan satu sama sendiri, namun M27 tidak membalas serangan tersebut hanya mengelak. Dia hanya memandang wajah LK54 yang tidak mempunyai sebarang air muka semasa dia berlawan atau sebarang suara seperti orang bergelut. Dia dah jadi seperti robot. Robot yang tunduk pada CR tanpa bantahan…

They corrupted him…. Dia bukan lagi LK54 yang aku kenal desis hati M27. Dia bukan sedih pasal dirinya, malah dia mula rasa jijik. Apa yang dia risaukan ialah LK54, dia menjadi seperti askar CR yang tidak berperikemanusiaan disebabkan dia… Dial ah punca mereka terseksa selama ni.

M27 mengelak tumbukan berpandu LK54, dia menarik tangan tersebut ke bahunya dan menyiku perut LK54 membuat dia tertunduk. Miracle mengambil kesempatan ini untuk melibas lelaki itu dengan sekali hayunan. “Kau bukan lagi manusia….” Katanya dengan air mata yang mengalir. “Mana K102?”

“Mati.” Jawabnya ringkas dan bangun menyerang M27 sekali lagi.

M27 hanya mengelak serangan tersebut tidak sanggup untuk lawan lelaki itu. “Aku dah terlambat… selama ini salah aku..” dia hilang konsentrasi dan mendapat tendangan dari LK54 membuat dia terheret di atas tanah.

“M—Miracle—au---ngar—tak?” Miracle mandapat translasi dari Axerialeth dan segera menekan ear communicatornya. “Aku okay. Jangan risau pasal aku.” Katanya lega mendengar suara Rick.

Ke-uar dari tem—tu!”

“Stay with me Ricky… aku perlukan kau.” Katanya bangun dan buat posisi sedia. “Aku akan bunuh seseorang yang aku sayang…” katanya dengan nada sedih.

“What—Cle---Mi—Miracle!”

Rangkaian terputus desis hati Miracle kecewa, nampaknya dia hadapi benda ni seorang diri sekali lagi. Matanya mula bercahaya seperti bulan dan Zupp! Dia bergerak sepantas kilat, menyerang LK54 sehingga dia tak dapat menangkap pergerakan M27.

“LK experiment mempunyai kekurangan… iaitu tidak pantas!” ayatnya bergema di bilik itu dan menumbuk muka LK54 membuat lelaki itu kebelakang sedikit tapi tetap berdiri.

“Dan tahu apa akan jadi bila experiment LK terima special dose?” Soalnya dekat pada wajah LK54 dan menghilang sekali lagi bila LK54 ingin menumbuknya. “Experiment akan Berjaya!” Dia menendang kepala LK54 dari belakang membuat Lelaki itu jatuh berlutut.

“Dan nak tahu apa kekurangan Experiment Berjaya yang tak beremosi?” Soalnya muncul di depan LK54 yang berlutut. Dia juga berlutut depan lelaki itu.

“Dia takda hati.” Sahutnya. “He had such a fragile heart that can break easily.” Bisiknya di telinga LK54 dan menyentuh bahu lelaki itu. Mengecas renjatan elektrik yang sangat tinggi ke dalam badan LK54. Dengan serta merta…. LK54 mati hangus di depan mata M27.

“Maafkan aku..” kata Miracle dan bangun, memandang sekelilingnya. Melihat clone-clone maya di dalam tube tersebut. Dia mendepakan tangannya dan menarik nafas dalam. Time to free them before they become like me….

Sementara di kapal Axerialeth, mereka semua melihat satu gelombang putih datang dari bangunan utama CR membuat mereka semua tambah risau.

“MIRACLE!!” Pole menumbuk cermin dinding CR dengan kuat. Dia ada dalam bangunan tu! Tolong jangan cakap yang dia ada di dalam bangunan tu!!

Kembali kepada Miracle yang membuka matanya secara perlahan. Dia dapati bilik itu dah licin tiada apa yang tinggal termasuk tube-tube tersebut. Dia mengambil selangkah untuk bergerak tapi dia terjatuh berlutut.

Miracle menarik nafas dalam. Dia mula rasa lemah dan pening. Penglihatannya mula menjadi kabur. Ini mesti kerana dia menggunakan Kuasa CR yang berlebihan. Miracle tertawa sarkastik, apa yang dia risaukan? Kalau kuasa CR habis dalam badannya pun dia tak kisah. Dia dah tahu siapa diri dia dan bagaimana dia boleh hidup. Ia sangat menyedihkan tapi pada masa yang sama sangat menjijikkan.

Dia memaksa dirinya untuk bangun dan berlari sekuat yang mungkin keluar dari bangunan itu dengan kuasanya yang tinggal. Dia terus ke destinasinya yang seterusnya iaitu menara CR, di mana segala rahsia sulit tertulis dan tersimpan rapi. Dan…. Dia.

DAlam kapal Axerialeth, Rick beradai di dalam bilik pengemudi cari cara bagaimana nak kendalikan semula kapal itu dari di kawal oleh kuasa Miracle.

“Damn!!!” Dia menekan Ear communicatornya sekali lagi cuba nasib jika dia dapat contact dengan Miracle. “Miracle?”

“Rick? pergi dari pulau ni, pergi sejauh yang mungkin sekarang juga.” Sahut Miracle seperti orang hilang nafas. “Tempat ini akan lenyap.”

“Miracle come back!” jerit Rick melalui ear communicator. “Semuanya dah berakhir, tolong jangan buat benda bodoh!” sahutnya tidak lagi menjerit tapi merayu. “Please… don’t do this.”

Miracle tersenyum paksa walaupun Rick tidak melihat itu. “Maafkan aku sebab tipu kamu semua tapi ini keputusanku. Don’t worry. I’ll catch up with you guys.”

“How can you? Hanya ada lima minit sebelum tempat tu meletup!” Rick menahan dirinya dari meletup dalam tangisan. “Please Mira… I don’t want to lose you.. not this time. I… I love you… I really am Love you Miracle. please don’t leave me.”

Miracle mula menangis membuat Rick terdiam. “Ricky… I—I just… I love—nothing. Pastikan bawa yang lain jauh dari sini. This is my last request.”

Dan talian antara mereka terputus. “Hello Mira? Mira??” Dia menumbuk meja Holo itu dengan kuat melepaskan marah. “Damn it! MIRACLE!!!”

Miracle tiba di kaki tangga Menara itu dan mendongak ke atas. Zeloid ada di puncak menari itu. 
Miracle ingin memanjat tangga tersebut tapi tangga tersebut roboh dari atas. Dia segera melindungi kepalanya dari kayu yang jatuh. Miracle jatuh berlutut bila serpihan itu jatuh di belakangnya.

Dia mengerang menahan rasa sakit itu dan kembali berdiri. Tangga dah runtuh… Ini buat Miracle mengeluh. Dia kena gunakan kuasanya juga. Mata Miracle mula bercahaya dan dia memanjat menara itu dengan melompat dari tangga ke tangga yang masih elok sehingga dia tiba di puncak menara itu dan terus menyerbu masuk bilik Zeloid.

Zeloid berputar memandang Miracle dengan riak wajah terkejut tapi segera berubah menjadi senyuman sinis dia mengeluarkan seutas rantai dari laci mejanya. “Akhirnya kau kembali sekali lagi setelah larikan diri.”

Miracle memandang Zeloid dengan perasaan yang amat tapi tidak di tunjukkan pada wajahnya, dia dah penat untuk semua tu, dia penat dari mental dan fizikal. Dia hanya acuhkan pistolnya kearah Zeloid “Bagi balik rantai tu dan beritahu aku di mana batu CR berada.”

“Ini ke ganjaran yang aku dapat setelah selamatkan nyawa kau?”

“Kenapa kau selamatkan aku kalau kau hanya nak aku terseksa?” wajah Miracle makin gerun bersama api yang mula marak dalam bilik tersebut. “Di sebabkan ketamakan kau dan tak nak menerima hakikat, ramai nyawa tidak bersalah telah terkorban! Apa yang kau kejar walaupun kau dah mencapai objective kau?!”

“Batu CR bagi kau kuasa yang luar biasa dan juga hidupkan kau dari mati.” Katanya ingin mendekati Miracle tapi terbatal bila lihat pistol Miracle yang mengancam. “Batu tu dengan aku.” Dia keluarkan sebiji batu kelihatan seperti crystal sebesar penumbuk. “Sisa yang tinggal. Masih boleh buat berjuta suntikan.”

Miracle menembak kaki Zeloid membuat dia jatuh berlutut dan mengerang kesakitan. “Arrrgghh”

“Just die you asshole.”

Lelaki itu mula kelihatan cuak. Dia memandang sekeliling mencari jalan ingin melarikan diri dari perempuan di depannya ini. Dia lihat pintu keluar tapi ia di belakang perempuan di depannya ini. “Maya--M27.. T-takkan kau nak mati kat sini? Macam mana dengan Rick? Axerialeth? Orang yang kau sayang? Kau tak fikirkan tentang mereka ke? Mereka tentu risaukan tentang kau!”

Air mata Miracle jatuh ke pipi, dia kelihatan lebih marah dari sebelumnya sehingga tangannya menggeletar menahan marah. “Mereka fikir aku dah mati! Then let they think I’m dead and you come along with me.”

BOOM!!!!

Letupan besar terjadi pada pulau itu di lihat oleh semua anak kapal Axerialeth yang dah jauh dari pulau tersebut.

“Miracle…” Manda rasa satu badannya jadi lemah dan hampir jatuh tapi Nuez segera menangkapnya. “Tak…. tak mungkin….” Dia terus memeluk Nuez dan menangis dalam dakapan lelaki itu.

Spring yang dah sedarkan diri hanya memandang pulau itu meletup bersama dengan Miracle. Dia teringatkan ayat-ayat yang dia kata kepada Miracle sebelum Miracle terjun dari kapal tersebut. Just Die! Die!

“M27….” Dia berlutut di depan dinding kaca itu melihat satu pulau kebakaran. “Maafkan aku…. Maafkan aku…” rayunya dengan tangisan.

Ben pula menepuk bahu Rick dia tahu ia pasti bagi kesan yang dalam pada Rick. “Dude…”

“Kita akan kembali ke sana.” Katanya tanpa mata lepas dari pulau terbakar itu.

“Apa? Rick, it’s risky. Kau takkan masih percaya yang Miracle—”

“Kita kembali ke pulau tu!—”

“She’s dead Rick!” sahut Pole setelah Rick gertak Nuez. “Enough captain. Tiada siapa boleh terselamat dalam letupan tu apatah lagi satu pulau terbakar.”

Rick menggenggam erat penumbuknya sehingga tapak tangannya berdarah kerana menggenggam dengan erat. “Kita tunggu sehingga kebakaran tu redah.”

“Rick—” Ben menyentuh bahu Pole dan menggeleng. Tiada gunanya nak halang Rick. Dia pernah gagal untuk selamatkan Miracle dahulu dan sekarang juga sekali lagi, dia juga gagal menyelamatkan perempuan yang dia cintai.

Pole menarik nafas dalam dan mengangguk. “Aku terfikir apa patut kita cakap kat Putera Ellend nanti.”

Rick masuk kembali ke bilik peribadinya dan mengunci bilik itu, memastikan tiada siapa yang masuk. Untuk memastikan Ben tidak pecah masuk sekali lagi, dia mengheret kerusi ke belakang pintu dan duduk atas kerusi itu. Dia menarik nafas yang sangat dalam dan mendongak memandang siling bilik tersebut.

Miracle dah mati… desis hatinya dan mengingatkan semula letupan atas pulau itu. Air matanya mula bertakung. Dia terus tunduk dan menangis sambil menutup mulutnya menghalang suaranya dari keluar. Dia menjerit sekuat hati bersama air mata melimpah seperti air sungai.

Menerima yang Miracle telah tiada dalam hidupnya sememangnya sukar baginya. Wanita yang dia sayangi telah pergi dengan relanya sekali lagi dan Rick tidak dapat berbuat apa-apa tentang tu.

“Miracle…. Miracle…” Dia menyahut nama wanita itu dalam tangisan sambil memegang kedua-dua dadanya. Ia sakit, sangat sakit. Seperti jantungnya dibakar sekali di dalam letupan tersebut. Dia menjerit sekuat hatinya keudara.

Dia tahu dia boleh selamatkan Miracle! Dia patut lompat sekali semasa miracle jatuh kedalam bangunan itu! Dia boleh buat sesuatu untuk Miracle! namun, apa yang dia buat ialah hanya melihat miracle jatuh dengan senyuman pada wajahnya.

Rick menumbuk dadanya rasa sakit melihat senyuman sedih Miracle. Dia tahu dia akan mati. Kenapa Rick tak perasan perkara tu? Dia patut berkeras untuk miracle tidak ikut misi mereka.. Kenapa dia tak buat sesuatu! Dia tahu perkara macam ni akan berlaku tapi kenapa dia biarkan?!

“Bodoh! Aku bodoh!” sahutnya berlutut, bersujud di atas lantai bilik itu, menahan dadanya yang sakit bersama tangisan yang kuat. “Waaaarrrgghhhh!!”

Pintu bilik tersebut terbuka namun di sekat oleh kerusi Rick. Ben menolak pintu itu dan masuk celah pintu. Dia segera berlutut depan Rick, mengangkat lelaki itu dari bersujud. “Rick! Stand up!” sahutnya juga dengan nada sedih. Dia terus memeluk rakannya dengan erat. “Rick, stop crying…” pintanya juga menahan tangisan. Dia sedih melihat rakannya seperti ini, terseksa dan juga kehilangan wanita yang dia cintai.

Ben dapat rasakan tangan Rick menggeletar, dia tak pernah lihat Rick selemah ini. Dia melihat Rick yang sebenar, ini lah Rick jauh di dalam lubuk hati Captainnya, Rick yang lemah, menangis dalam diam.

“INi semua salah aku Ben!” dia menangis memeluk Ben dengan erat, membasahi baju Ben. “Aku tahu ini akan berlaku tapi aku tetap tidak menghalangnya. Ben, k-salau aku tak pentingkan diri nak buktikan p-pada Miracle yang aku lebih baik dari Elen dah tentu dia akan selamat!” katanya tersekat-sekat. “pasti dia akan hidup dan tunggu kita di Sylvianne. Aku bodoh Ben! It’s all my fault Miracle die!”

Ben agak terkejut mendengar tindakan tak matang Rick tapi dia faham. Dia memeluk Rick lebih erat. “Bukan salah kau. Kau sakit dan kau tak sanggup lepaskan Miracle, kau tahu Miracle juga cintakan kau, kau hanya nak yakinkan dia.. Aku pasti miracle juga faham niat kau. Jangan risau Rick, Miracle akan faham perasaan kau.”

Air mata Rick bergelinang lebih deras dari sebelumnya dan menggeleng lemah. Dia tidak bersuara, dia dah tak dapat nak bersuara kerana rasa sakit dalam dadanya. Walaupun Miracle faham, itu tak bermaksud Rick tak salahkan diri dia atas kematian Miracle.

Miracle… Miracle….

>X<

Malam beransur ke pagi dan api marak dah pun redah, puas menjilat segala isi kandungan atas pulau tersebut. Setelah mereka pantau yang kawasan itu selamat untuk mendarat, Rick orang pertama turun ke kawasan bekas tempat Base CR dan mulakan pencariannya.

Nuez mengeluh panjang melihat Rick mencari dari satu tempat ke satu tempat. “Aku tak tahu apa yang dia cari.”

“Sebarang petanda.” Kata Ben juga melihat Rick yang kusyuk mencari. “Kalau Miracle masih hidup.”

“ataupun peninggalan Miracle yang membuktikan Miracle dah mati.” Kata Pole pula rasa simpati terhadap captain mereka.

Tiga member axerialeth ini melihat Spring berlari melalui mereka ke tempat di mana Rick berada dan mula mencari seperti Rick.

“No way… Spring Pun?”

Spring menyentuh dadanya yang rasa panas sambil berlari kearah bangunan runtuh itu. Dia tahu perasaan apa yang dia ada itu dan dia yakin ia datang dari Miracle. walaupun ia rasa tersangat lemah namun harapan Spring bahawa Miracle masih hidup sangat tinggi.

Dia menarik batu konkrit itu ketepi dan mula mengorek. Please be alive… please be alive..! Please Miracle stay alive! Jerit hatinya dengan tangisan.

Spring kembali bangun dan mencari di bahagian lain pula. Dia mengangkat serpihan batu bangunan itu ketepi dan kembali mengorek. Di sebabkan dia tiada alat untuk menggali, kukunya mula merah dan luka kerana menggali tanpa henti.

Namun kerjanya terhenti bila dia lihat tangan yang menggenggam seutas rantai dalam tangannya. “Rick….. RICK!!” jeritnya menarik perhatian Rick dan kembali mengorek.

Rick segera berlari kearah Spring dan melihat rantai yang dia sangat kenali. Dia segera berlutut di sebelah Spring dan menolong dia korek tanah tersebut.

Yang lain juga datang untuk membantu mereka bersihkan tempat tersebut. Mereka melihat rambut hitam di bawah besi besar dan mereka segera menolak Besi itu bersama-sama dan Rick menarik Miracle keluar dari tempat tersebut.

“Mira? Mira??” Dia menampar-nampar pipi Miracle dengan lembut. “Miracle wake up..” rayunya dan meletakkan telinganya pada dada Miracle. Tiada degupan jantung. “Tak… Tak—Miracle!”

“Ketepi!” Mereka melihat Manda membawa mini dafiblirator bersamanya. Dia duduk di sebelah Rick yang meletakkan Miracle terlentar di atas tanah. Mereka semua bersihkan kawasan tersebut untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

Manda menghidupkan gadgetnya dan meletak jarinya bawah hidung Miracle. setelah itu letakkan telinganya pada dadanya pula. “Hope this works.” Katanya menekan dada Miracle memberi bantuan. Dia menekan dada Miracle selama seminit dan meniup udara di mulut Miracle dan meletakkan telinganya pada mulut Miracle. Tiada respon. Dia menekan dada Miracle sekali lagi, membuat rutin yang sama sekali lagi. Setelah ketiga kali tiada perubahan, dia membuka baju Miracle dan mengecas dafiblirator.

“Clear!” dan dia letakkan gadget itu pada dada Miracle. Tiada perubahan. Dia mengecas sekali lagi. “Clear!!” namun tiada respon. “come on Mira… I know you in there… wake up!” Dia mengecas difablirator nya sekali lagi dan letakkan pada dadanya. “Clear!!!’

Miracle menarik nafas dalam yang tajam membuat Manda tersenyum. “She’s back… She’s Back!”

Mereka semua tersenyum lega dan bersorak gembira. Rick pula memeluk Miracle dengan erat. “Kau masih hidup… thank god kau masih hidup..” katanya dengan tangisan gembira.

>X<

Ia gelap…. Pada mulanya aku rasa sejuk dan gelap. Tak dapat bernafas ataupun bergerak. Aku ingatkan aku akan mati pada saat tu. Ya, aku fikir aku akan mati kat situ juga kerana aku tak dapat rasakan apa-apa lagi. Semuanya gelap dan kebas satu badan

Namun, aku terdengar suara halus memanggil namaku. Aku ingatkan aku dah mati.. atau aku sememangnya dah mati? Dan paradise yang memanggil ku? Pada saat tu, aku mula rasa panas dalam diri ini dan dapat rasa badanku semula. Setelah itu, aku rasa kejuta kuat beberapa kali sehingga aku dapat melihat cahaya semula. Pada saat tu aku rasa seperti aku menghirup satu lautan dunia… setelah itu… semuanya menjadi gelap semula. Tapi bukan gelap yang sejuk. Ia gelap yang indah.

Miracle membuka matanya dengan perlahan kerana berat yang amat. Dia dapat dengar deruan nafasnya di telinga. Bunyi ‘beep’ dari mesin di sebelahnya. Dia menyesuaikan matanya pada cahaya dan keadaan sekeliling. Dia dapati dia berada di atas katil. Dia kenal katil itu. Ia katil di bilik Manda.
Dia cuba gerakkan jarinya dan ia tersangat susah seperti mengangkat seekor gajah. “R—Rick?” dia cuba untuk bersuara tapi tiada bunyi kedengaran. “Manda?” matanya melihat sekeliling. Bilik itu kosong hanya dia seorang diri.

Miracle cuba menggerakkan tangannya tapi tetap tidak Berjaya. Mungkin dia patut rehat untuk beberapa jam lagi, kembalikan tenaganya yang hilang.

Belum sempat dia melelapkan mata, Pintu biliknya telah pun di serbu masuk oleh Rick yang kelihatan sangat piss off sekarang. Miracle tersenyum kecil, pasti dia bergaduh dengan Manda.

“Aku dah kata jangan ganggu dia! Kau tak faham—” Ayat manda mati bila dia lihat Miracle dah sedarkan diri, tersenyum kecil di sebalik topeng oksigennya. “Kau dah bangun…”

Rick berputar memandang Miracle dan segera duduk di sebalahnya. “Hey…” Rick menolak rambut depan Miracle yang menutup wajahnya. “Welcome back.”

Miracle mengangguk. “Semuanya okay?” soalnya berbisik.

Rick juga mengangguk. “Ya, mereka yang lain juga okay. kita akan tiba ke Sylvianne dalam tiga hari. Apa kata kau rehat dalam masa tu?” Rick mengusap rambut Miracle dengan lembut dan beredar pergi tapi terbatal bila dia rasa bajunya di tarik. “Miracle?”

“Stay..” bisiknya dengan lemah. “Please stay here with me.”

“Temankan kau sampai kau tidur?” Soalnya dengan senyuman mengusik/

Miracle menggeleng. “Talk to me.”

Rick memandang kearah Manda nak tahu jika itu okay untuk miracle. Manda mengangguk dan keluar dari bilik tersebut.

Rick kembali duduk di sebalah Miracle dan menggenggam tangannya dengan erat. “Okay, let’s talk.”

Miracle membuka topeng oksigennya tapi di halang oleh Rick. “Jangan risau aku okay.” katanya dan membuka topeng tersebut. “berapa hari aku….”

“Tiga.” Jawab Rick segera tahu sangat apa yang Miracle nak tanya. “Manda kata dengan kecederaan kau ni, mungkin kau koma hingga seminggu lebih, tak sangka secepat ni kau dah bangun.”

Miracle menarik nafas dalam menyesuaikan jantungnya untuk bernafas dengan normal semula. “Aku okay ke?”

“Selain dari tangan patah, broken ribs dan beberapa calar-balar… kau okay. tapi aku tak yakin kau boleh mengembara untuk beberapa bulan ni sebab tangan kau yang patah.”

Miracle mengangguk. “That’s good.”

“Yeah… really good.” Rick mengusap lembut tangan Miracle dengan senyuman. “Aku ingatkan aku akan kehilangan kau tadi. Kenapa kau keluar dari kapal? Kau dah berjanji untuk duduk diam and no funny business.”

“Sorry… I’m really sorry tapi… aku kena menghadap Zeloid. Hapuskan dia untuk selamanya.” Katanya memandang siling bilik itu semula. “aku juga kena hapuskan batu CR tu.” Katanya dengan lemah. “Sekarang ia dah berakhir. Takda apa nak fikir lagi.”

Rick tersenyum tawar. “Yea…. Semuanya telah berakhir, aku gembira kau masih hidup.” Dia mengusap lembut pipi Miracle. “Apa kata kau tidur? Aku pasti kau penat sangat.”

Senyuman Miracle sedikit pudar tapi dia akur. “Stay until I sleep?”

Rick tertawa kecil. “Alright.”

Miracle memejam matanya dan kembali tidur dengan tangannya menggenggam erat tangan Rick. Rick hanya melihat wajah tidur Miracle dengan senyap. Dengan perasaan yang sedih.

Ya…. Semuanya dah berakhir, nak tak nak aku kena lepaskan kau juga kepada Ellend desis hatinya dan mengucup dahi Miracle dengan lembut. “Sleep tight my love.”


>X<

No comments:

Post a Comment