Eleventh L.O.V.E

The Gifted Offer

Diaval perasan sesuatu yang pelik pada Ivy sejak dua tiga hari ini. Okay, semenjak Ivy kena hukum, burung gagak ni jarang bersama Ivy kerana dia sentiasa ke pixie hollow untuk mendapatkan rawatan terhebat dari pixie haiwan. Dia ada lawat Ivy setiap makan tengahari untuk memeriksa jika budak jagaannya ada plan baru untuk mengambil tongkat sakti The Great Wizard Merlin namun, dua minggu lebih ini Ivy masih dalam dilemma kehilangan separuh dari magicnya. Dan dia merancang mencari cara untuk mengembalikan magicnya.

Adakah Ivy dah jumpa cara untuk kembalikan magicnya semula? Sebab itukah dia kelihatan gembira? Menyanyi sendiri di depan cermin? Tersenyum sendiri tanpa sebab?

“Stop staring Diaval.” Ivy tersenyum nakal kearah burung gagak yang berdiri di tepi meja make upnya. “Turn into a human.” Dia hayunkan jarinya menukar Diaval ke bentuk manusia dan berdiri di belakang Ivy.

“Kau tersenyum.”

“I can see that.” Katanya memandang Diaval dari cermin dengan senyuman.

Diaval menjungkit kening. “Dan mengaku kau tersenyum. That is not the Ivy I know.”

Ivy kerutkan hidungnya sebelum tersenyum kembali. “Salah ke aku happy? Depress 24/7 tidak baik untuk kesihatan okay?”

“Defined ‘happy’ kau.” Kata Diaval sambil memeluk tubuh. Dia risau ‘happy’ Ivy tu berarahkan tinggal di tanah Enchanted.

“Happy; excited melihat adik Hansel terseksa dengan ‘usikan’ aku.” Katanya dengan senyuman sinis tertampal pada wajahnya. “Semasa lawatan kami di museum, aku ada bangkitkan tentang Hansel dengan kayu sakti Fairy Fauna. Nampaknya tiada siapa tahu cerita sebenar di sebalik kematian Fairy Fauna dan membangkitkan Hansel time tu memang mengujakan.” Kata menjungkit kening double jerk. “So, selepas kejadian tu Gretel cuba bercakap dengan aku tapi tak berani mengambil langkah, kau sendiri tengok muka Gretel macam mana kan? It’s priceless!”

Diaval tertawa sambil menggeleng melihat perangai Ivy. Diaval agak lega kerana kegembiraan Ivy atas penyeksaan Gretel, bermaksud Ivy tak berpaling pihak dan mengabaikan misinya. Itu tak boleh terjadi sesama sekali.

“Abang dia tiada untuk kau buli, adik dia pulak jadi mangsa?” Soal Diaval dengan senyuman nakal. “Apa jadi kalau Hansel tahu?”

“Hmmm…” Ivy mengusap dagunya seperti dia ada janggut sambil memandang ke siling bilik dengan senyuman nakal. Berpura-pura memikir. “Dia akan puji aku dan pujuk adik dia untuk sukakan aku. Besides….” Senyuman ivy berubah menjadi sinis. “Selepas ini, Hansel akan merayu kat aku untuk selamatkan nyawa mereka dari terbunuh oleh the Almighty Maleficent. Selepas tembok tu dihapuskan. Isn’t it fun to see them beg on their knees??”

You sly witch.” Puji Diaval membuat Ivy tertawa besar.

“Alright, cukup berbual. Kau akan ke pixie hollow ke?” Soal Ivy sambil mengambil beg sandangnya dan melihat Diaval mengangguk. “Okay. oh dan Diaval, time kau ke sana tolong curikan pixie dust untuk aku?”

“Another mission?” Soal Diaval melihat Ivy memakai kasut Boot kesayangannya.

Ivy mengenyit mata. “Aku ada ‘hal’ dengan Gretel esok pagi. Kau boleh kan? petang ni aku nak.”

Misi kau ni, kau nak aku bersama kau ke?”

Ivy menggeleng. “Aku boleh handle dia sendiri. Kau boleh berseronok dengan Pixie haiwan tu kalau kau nak.”

Diaval hanya mengangguk sebelum Ivy menghayunkan jarinya menukar Diaval menjadi burung gagak semula dengan ayat ‘into a bird’.

“Bye Diaval. Jumpa kat Perpustakaan petang ni.” Ivy melambai dan keluar dari biliknya dan menuju ke Academy.

Ivy dapat beberapa pandangan dan bisikan dari orang sekeliling tentang dirinya tapi Ivy endahkannya. Bisikan, kutukan mereka tidak memberi kesan pada Ivy langsung, malah membuat dirinya bangga.

Dia sepatutnya di buang Academy sekarang. Apa yang The Great Wizard Merlin fikirkan?

Perempuan keji seperti dia tidak layak di Academy ni, apatah lagi memijakkan kaki di tanah Enchanted.

She’s a villain. Dah terbukti dia jahat tapi kenapa dia masih di sini?

Ayat terakhir tu buat Ivy tersenyum lebar. She’s a villain. Ya, dia seorang Penjahat. Teruskan membenci Ivy, itu yang dia perlukan, kebencian mereka, ketakutan mereka kerana satu hari nanti Ivy akan buat mimpi mereka menjadi reality. Tidak lama lagi. selepas dia dapat balik kekuatan magicnya.

 Tiada lebih indah dari melihat mimpi mengeri seseorang menjadi kenyataan, apatah lagi mimpi ngeri itu berkaitan dengan Ivy.

Setiba sahaja Ivy di lockernya, mengambil buku teks subjek astronomy; sehelai kad emas jatuh dari celah bukunya dan dia memungutnya.

(Click to view)

Ivy melihat belakang kad itu. Ada lagi ayat ringkat tertulis; ‘Just a small remembrance from the past –The Brat Prince.’

Ivy menjungkit kening sekali dengan senyuman kecil terukis di hujung bibirnya. Dia menolak bukunya ketepi dan jumpa patung Kristal fairy kecil yang sedang bermain seruling di atas bulan sabit.

Oh so cute… charming little spoiled prince desis hati Ivy berbunga-bunga. Dia cuba tahan dirinya dari cair kerana pemberian manis Louis.

“Masa untuk kelas.” Katanya memasukkan kad tersebut kedalam begnya dan ingin menutup pintu locker, tapi, pintu lockernya di tutup oleh seseorang dengan kasar dan sepasang mata hitam yang membara merenung tajam kearah Ivy.

“Alright speak.” Sahut Gretel berdiri di depan locker Ivy sambil memeluk tubuh. “Kau tahu abang aku kan?”

Well… well… nampak siapa beranikan diri berdepan dengan ketakutannya? Ivy terhibur melihat keberanian Gretel tapi ahli sihir jahat ni dapat lihat yang Gretel masih takutkan dia. tangan dia menggeletar walaupun dia cuba sembunyikannya.

Ivy tersenyum sinis. “Siapa tak tahu tentang Hansel?” Soal Ivy dan buat-buat muka terkejut. “Oh ya, Orang Enchanted. Aku masih terfikir kenapa mereka rahsiakan pembunuh Fairy Fauna. Kononnya ‘young villain’ tu dah mati sekali. Hmmm… apa akan jadi pada Hansel bila dia tahu dia dah mati di Tanah Enchanted? Oh dan orang Enchanted tak tertanya ke mana abang kamu menghilang? Atau ada lagi penipuan tentang Hansel?”

“That’s none of your business.” Jawab Gretel cepat dengan perasaan marah. “Macam mana orang jahat macam kau, lahir dalam kejahatan boleh sampai ke sini tapi bukan abang aku? Sepatutnya abang aku yang berada di tempat kau sekarang ni.” Katanya menolak bahu Ivy.

Oh budak ni berani sentuh aku….

Ivy menolak Gretel dengan kasar sehingga dia tersandar pada locker Ivy dan ahli sihir Jahat ini menghentak tangannya di sisi kepala Gretel. Ivy dekatkan bibirnya pada telinga Gretel dan berbisik; “Listen here wimp. Abang kau tu pembunuh.” Ivy tersenyum sinis bila badan Gretel menjadi tegang. “Dia telah membuktikan dia seorang yang keji. Dia berhak di Vicious dan mereput di sana.” Ivy kembali memandang wajah Gretel yang ketakutan. Badannya menggeletar—trauma mungkin?—sehingga beg sandangnya jatuh dari bahunya.

“Tambahan pula dia suka di Vicious.” Ivy membelakangkan dirinya dari Gretel dan memungut beg sandang Gretel. Ivy tersenyum sinis melihat muka terkejut perempuan itu. “Tak perlu jaga kau, menjadi pelajar terbaik di sekolah—imagine that? Dan banyak kawan perempuan.” Ivy melihat wajah sedih Gretel. “sangat banyak. Dia juga bagitau aku yang dia taknak kembali di tanah ni sebab dia cukup gembira di sana.” Ivy berikan beg sandang dalam tangannya kepada tuannya semula dan membersihkan baju Gretel dari habuk halimunan. “isn’t that great? Kau risau dia kena buli di sana kan? sekarang tak perlu lagi sebab Hansel gembira di Tanah Vicious.”

 Gretel menjeling kearah Ivy, matanya membara dengan penuh kemarahan dan ia buat Ivy tersenyum puas; puas membalas dendam kerana Gretel memalukan dia di depan pelajar lain. Tapi Ivy tak jangka yang Gretel akan mengangkat tangan untuk menampar Ivy.

Ivy memejam matanya menunggu impak pedis pada mukanya tapi tamparan itu tak pernah sampai kerana seseorang menahan tangan Gretel.

“Tuanku!” Gretel segera menarik tangannya kebelakang dan tundukkan diri.

Ivy pula membelakangkan dirinya dari mereka. “Lou—Putera George.” Hampir dia sebut nama Louis dan perasan seseorang di sebelah Putera raja itu. Miss Control-freak Fiancee. Puteri Julliana. Perlu ke mereka sentiasa bersama 24/7??

“Gretel.” Louis mengangguk kepada Gretel menyapanya dan menjeling kearah Ivy. “Ivy the Devil.”

Ivy menarik nafas dalam cuba tidak bertindak meluluh dengan renungan tersebut. Tidak rasa tercabar dan melawan Louis. “T—Tuanku.” Ivy tidak tunduk tapi alihkan pandangannya.

“Apa dah jadi kat sini?” Soal Louis mengunakan kuasanya di Academy itu.

Gretel ingin bersuara tapi Ivy mengalahkan dia dahulu. “Gretel menghayal tadi sampai terlanggar pintu locker saya.” Ivy sempat menjeling kearah Gretel suruh dia diam. “Saya tolong dia bangun dan bagi begnya semula.”

“Jadi kenapa Gretel nak lempang kamu?” Julliana menyampuk, tidak percaya dengan alasan Ivy.

“K-kami nak high five.” Gretel sambung dengan mata membesar. “Nampaknya dah b-buat Tuanku salah.. f-fah—faham.”

Ivy tersenyum dalam diam dengan jari-jemarinya bermain di belakangnya, mengenakan jampi mengawal Gretel untuk bercakap tanpa kehendak Gretel.

Ivy memberikan senyuman termanisnya kepada Louis dan Julliana sambil mengangguk. “Betul.”

Louis memandang mereka berdua, sukar nak percaya tapi dia lepaskan mereka kerana Gretel sendiri kata ia salah faham. “Baiklah, Ivy… saya sebenarnya nak berjumpa dengan kamu.”

“Saya?” Soalnya terkejut, menunjuk diri sendiri. “Why?”

“Pengetua ingin berjumpa dengan kamu.”

“The Great Wizard Merlin? Why?” soal Ivy hampir menjerit kerana terkejut. Dia sempat pandang Gretel yang tersenyum sinis, seperti kemenangan miliknya.

Urrggggh… jagalah kau nanti.

“Dia nak bincangkan sesuatu dengan kamu—jangan tanya saya apa yang dia nak bincangkan. It’s private. Dia berada di menaranya sekarang dan…. Nah.” Louis menghulurkan sejenis batu kepada Ivy. “Batu ni akan bawa kamu ke sana dari jambatan Wing C.”

Ivy menerima batu tersebut dan mengangguk. “That’s all?” Louis mengangguk. “Okay.” Ivy ingin bergerak pergi tapi dia kembali pandang mereka dan tundukkan diri. “terima kasih tuanku.” Katanya dengan nada rendah melalui gigi yang diketap. Selepas itu dia bergegas ke Wing C untuk teleportkan dirinya ke menara Merlin dari jambatan.

Setiba sahaja dia di dalam menara The Great Wizard Merlin, rahang Ivy hampir jatuh dari kepalanya kerana kagum melihat reka bentuk dalaman menara tersebut. Ivy melihat sekelilingnya, mengenali beberapa peralatan magic yang dia inginkan untuk dirinya.


“Oh my Star, Memory globe..” bisiknya melihat Universe Globe di tepi almari buku didalam menara itu. Globe itu boleh melihat memori sesiapa sahaja dikehendakinya tapi memerlukan orang itu berada di depan Globe untuk ia berfungsi.

Ivy terlihat Glass Ball di atas meja kerja Wizard Merlin membuat Ivy melompat riang kearah meja tersebut. “Ibu tak pernah bagi aku sentuh benda ni..” Ivy memandang setiap sudut bilik itu memastikan Wizard Merlin tiada di bilik tersebut dan jari-jemarinya bermain di atas bebola kaca itu. “Let see apa Hansel buat sekarang…”

“Ehermm..”

Ivy memandang kearah tempat api di dalam menara tersebut dan Pengetua Merlin berdiri di tepinya dengan kening terjungkit memandang Ivy.

Ahli sihir jahat ini terus jauhkan diri dari meja Pengetua dan menyembunyikan tangannya di belakang. “Err—Uhm…”

“It’s hard to not get our hands from something fascinating.” Kata Wizard Merlin berjalan ke Meja Kerjanya dan menyentuh bebola kacanya. “Terutamanya ini.”

Ivy tersengih-sengih, rasa malu terkantoi memegang barang milik Pengetua Merlin tanpa kebenaran. “Maaf?”

Pengetua Merlin tersenyum di sebalik jambangnya yang putih sambil menggeleng. “It’s okay, ia bagus untuk seorang ahli sihir muda mempunyai rasa ingin tahu tentang benda yang dia pelajari. Menjadi ahli sihir bukan mudah.” Katanya dan mendepakan tangan kearah sofa yang ada di hadapan tempat api.

Ivy menjungkit kening melihat kerusi dan meja kopi di dalam bilik itu dan memandang Pengetua Merlin. “Tu… memang ada kat situ ke?”

Pengetua Merlin hanya tersenyum dan duduk di salah satu kerusi tersebut, menuang air kedalam cawan. “Please seat Cik Ivy.”

Ivy hanya aku walaupun dia ragu-ragu tentang kewujudan kerusi tersebut. Dia duduk bertentangan dengan Pengetua Merlin. “Uhm—kenapa pengetua nak jumpa saya? Am I in trouble?”

“Not quiet.” Jawabnya dan menghirup kopi yang dia tuang sendiri sebelum bersuara; “Beberapa hari ini saya agak sibuk dengan beberapa hal yang tidak dapat di elakkan, berjumpa dengan Raja, masalah di academy, memantau orang Enchanted dan banyak lagi.” katanya buat Ivy hairan dalam hati, mengapa Wizard Merlin beritahu dia semua ni. “Dan dua tiga hari ni, setelah menyelesaikan urusan saya di kerajaan lain saya kembali ke Academy dan saya teringatkan tentang kess kamu.” Katanya membuat Ivy mendongak memandang pengetua Academy ini. “Saya teringat yang kamu ambil empat subject pada tahun ini. betul?”

Ivy mengangguk. “Potion, astronomy, Sejarah dan Magic.” Katanya dengan nada rendah cuba tak buat nada kurang sopan. “Saya rancang nak drop magic tahun ni.”

“Sebab magical core kamu makin lemah.” Kata Pengetua Merlin sambil mengangguk.

Ivy agak terkejut yang lelaki tua di depannya mengetahui masalahnya. “Macam mana Tuan tahu?”

Wizard tua ini tersenyum kecil. “Saya mempelajari magic juga Cik Ivy. kalau sumber magic kamu dari Enchanted dah tentu magical core kamu kembali dengan mudah tapi malangnya magic kamu magic hitam.” Katanya membuat Ivy tak senang duduk. “Sumber dari Tanah Vicious jadi ia tak boleh kembali kuat dan hanya sisa magic yang tinggal selepas kayu sakti Fairy Fauna merampasnya dari kamu.”

Ivy tunduk tidak memandang Pengetua Merlin. Ya, betul kata orang tua itu. Magicnya menjadi lemah setelah dirampas oleh kayu sakti tersebut. Dia tak boleh mengembalikan magical corenya atau menguatkannya kerana sumber magicnya dari Tanah Vicious, dari kesengsaraan dan kegelapan. Di Tanah Enchanted, susah untuk dapatkan sumber kuasa seperti itu kerana disekelilingnya terlalu puffy-fluffy, ceria dan girang 24/7 and not to mention matahari tak guna tu yang sentiasa cerah!

“Jadi saya menawarkan kamu satu peluang.” Pengetua Merlin bersuara menarik perhatian Ivy.”

“Tawaran?”

“Mengembalikan Magical core kamu.” Katanya meletakkan cawan kosongnya di atas meja kopi. “Saya akan ambil kamu sebagai apprientice saya.” katanya membuat Ivy tersenyum. “Tapi ada risikonya. Kamu sanggup?”

Senyuman Ivy pudar mendengar perkataan ‘risiko’. “Apa risikonya?”

“Tukar sumber magic kamu.” Katanya membuat mata Ivy terbeliak. “Itu sahaja cara untuk tingkatkan magic kamu di sini Cik Ivy. dalam mempelajari magic hanya ada dua pilihan sahaja untuk mencapai the great wizardry. Memilih samada magic kamu dari sumber kegelapan atau cahaya. Jika kamu inginkan magic kamu kembali, kamu kena tukar sumber magic kamu.” Dia berhenti sejenak untuk melihat riaksi Ivy. “Saya akan bantu kamu untuk kembalikan magical core kamu dengan cepat jika kamu bertukar arah.”

Ivy diam untuk seketika, merenung lantai bilik tersebut dengan minda bekerja, memikirkan ayat Pengetua tadi. tukar sumber magic? Menukar kearah cahaya? Itu umpama membelot ibunya sendiri. Dia berjanji kepada Ibunya untuk berjalan di bawah kegelapan bila dia mencapai kekuatan magic yang mutlak. Sekarang dia kena tukar arah? Should she? Tiada cara lain ke dia nak kembalikan magicnya?

“Saya tak berharap kamu menjawabnya sekarang.” The Wizard Merlin bersuara mengembalikan Ivy dari pemikirannya. “Saya bagi kamu masa sehingga hari isnin ini. Jika kamu bersetuju untuk tukar sumber magic kamu, jumpa saya di pejabat Academy, Wing C. Saya akan tunggu kamu di sana sepanjang hari. Jika kamu tidak datang….” Pengetua Merlin berhenti untuk seketika. “Saya faham.”

Ivy memandang wajah the Great Wizard Merlin itu dengan lama. mindanya tidak dapat berfungsi dengan baik sekarang ni. Mengetahui dia akan abaikan janjinya kepada Ibunya membuat hati Ivy sakit. Dia perlu masa untuk berfikir. Betul kata Wizard Merlin. Dia perlu masa untuk membuat keputusan.

“Baiklah. Saya akan fikirkannya.” Kata Ivy dengan nada sedikit kaku kerana masih terkejut dengan pilihan sempitnya.

The Great Wizard itu mengangguk dan menghulurkan batu yang sama Louis berikan kepadanya sebentar tadi. “Fikirkannya Cik Ivy, tukar sumber magic untuk mengembalikan magic kamu atau kehilangan magic kamu buat selamanya.”

Batu tersebut bertukar tangan dan Ivy mengangguk kecil. Dia kembali berdiri dari kerusi tersebut dan pergi ke penjuru bilik di mana ruang lebih luas, memudahkan dia teleport keluar. sebelum dia menyeru dirinya keluar dari tempat tersebut, Ivy sempat menyoal satu perkara yang keluar dari kepalanya. “Kenapa saya?” Soalnya memandang The Wizard Merlin semula yang dah bergerak ke meja kerjanya. “Kenapa Tuan nak tolong saya? sedangkan saya Villain?”

The Great Wizard berputar memandang Ivy dan menarik nafas dalam, seperti dia memikir. “Sebab kamu seperti saya.” jawabnya ringkas. “Curious tentang magic. Menginginkan banyak barang yang berkaitan dengan ilmu magic, mengetahui cara menggunakannya dengan cepat dan tidak menggunakannya secara random—sometimes.” Katanya tertawa kecil, dekahan yang rendah. “Saya memberi tawaran ini kepada kamu kerana kamu gifted. Bukan mudah mempelajari magic pada usia muda apatah lagi mencapai kekuatan magic yang cukup tinggi pada usia 20-an seperti kamu. That is a rare gift among the wizardry Ivy. You are gifted.

Ivy hanya diamkan diri, tidak bersuara kerana agak terharu mendengar pujian dari Ahli sihir terkuat di tanah itu. Ivy hanya mengangguk dan teleportkan dirinya dari tempat tersebut kembali ke Jambatan Wing C.

Ivy membuka tangannya melihat batu teleport itu sudah hilang dalam tangannya. Ia hanya untuk penggunaan sekali. Ivy menggenggam semula tangannya teringatkan ayat Pengetua Merlin sambil memejam mata dengan erat.

Ivy mencapai kekuatan magic yang tinggi untuk usia yang muda. Tidak semua boleh mencapai kejayaan itu dengan senang seperti Ivy. Dia gifted. Magic dalam diri Ivy adalah gifted.

*Ding*ding*Dum*

Ivy tersentak mendengar loceng academy Berdering tanda kelas astronomynya telah pun tiba dan tanpa banyak fikir, dia kembali masuk ke academy dan menuju ke kelasnya dengan ayat ringkas berulang-ulang dalam mindanya.

You are gifted… You are gifted… You are gifted…

Aku gifted.

.


.

Sehinggalah Ivy kembali dari kelasnya, menyambung kerja di perpustakaan sehingga malam dan berada di atas katil biliknya. Tawaran The Great Wizard Merlin masih bermain dalam mindanya. Sepanjang hari itu dia tak dapat focus langsung kerana tawaran tersebut. Dalam kelas dia asyik tak dapat jawab soalan lecturer astronomynya dan ia buat lecturer tersebut agak terkejut. Sehingga Ivy sendiri bengang kenapa dia tak dapat jawab dan marah lecturer itu jangan tanya dia soalan untuk kelas pada hari ini sahaja. Semasa dia mengira buku di tingkat tiga juga terganggu, terhilang kira di tengah jalan kerana memikirkan tawaran itu lagi. Dia terpaksa kira dari awal dan tulis di tepi rak buku berapa banyak buku dalam satu rak pada setiap section.

Ezra yang jarang tegur Ivy, juga menegur ahli sihir muda itu kenapa dia asyik termenung dari mula dia masuk bilik. Ivy hanya menggeleng sambil termenung melihat siling bilik mereka.

Ezra hanya menggeleng dan keluar dari bilik kerana dia ada meeting kelab pada malam itu. Kalau tak pun dia pergi jumpa sepupunya di bilik tingkat bawah.

Ivy termenung sehinggalah Diaval balik bilik melalui tingkap dan Ivy segera menghayun jarinya. “Into a bird.”

Diaval mendarat dengan cantik di hadapan Ivy dengan senyuman nakal kerana dalam tangannya ada satu beg kecil pixie dust. Dia perasan muka berkerut Ivy dan menyoal; “What with the face.”

“Aku dapat tawaran dari The Great Wizard Merlin untuk jadi apprienticenya.” Jawab Ivy straight to the point.

Diaval tersenyum lebar. “That’s great!—nanti.. asal muka kau macam kau baru nampak hantu?” soalnya melihat muka pucat Ivy. “Dia nak ajar kau bermaksud kau boleh kembalikan magic kau.”

“That’s the problem.” Balas Ivy. “Kalau aku nak kembalikan magic aku, aku kena bertukar arah.”

“Tukar arah? Maksud kau—” Mata Diaval terbeliak bulat. “Sumber magic cahaya??”

Ivy mengangguk. “Aku akan belot Ibu kalau aku buat macam tu.” bisiknya takut. “Apa patut aku buat Diaval? Magic aku akan hilang sebab sumber magic aku dari kesengsaraan dan kegelapan. Benda tu tiada di Enchanted. Jadi kalau aku taknak magic aku hilang aku kena tukar sumber magic ke cahaya. Kalau aku buat macam tu aku membelot ibu!” sahutnya hampir menangis. “Aku taknak belot dia dalam seumur hidup aku, tapi kalau aku kehilangan magic, aku dah tak boleh guna tongkat sakti Merlin untuk robohkan tembok tu! Aku akan menghampakan ibu aku! Oh lord… aku tak tahu nak buat apa.” Bisiknya memegang dahinya. Kepalanya mula sakit kerana fikir tentang benda tu sepanjang hari.

Diaval duduk di sebelah Ivy dan mengusap belakangnya dengan lembut, menenangkan anak jagaannya itu. “Aku rasa baik kau ambil tawaran tu.” katanya membuat Ivy pandang Diaval dengan persoalan pada wajahnya. “Aku tahu kau taknak belot ibu kau tapi kau dah tiada pilihan lagi. Aku rasa ada baiknya kau terima tawaran tu.”

“Baik? Apa? Tukar aku jadi ‘baik’?” Soal Ivy menahan marah.

“Tak. Fikir, kayu sakti Fairy Fauna merampas magic hitam kau. Kita tak tahu kenapa mungkin sebab ia taknak di pegang oleh ahli sihir gelap. Kalau kau bertukar arah, kau boleh guna magic tu untuk menguasai tongkat sakti merlin nanti. kalau tongkat sakti tu tolak kuasa jahat sepeti Fairy Fauna punya tentu mudah kau menggunakannya dengan ‘magic baik’. Apatah lagi jadi apprientice Wizard Merlin. Magic kau boleh meningkat dengan kuat dan memusnahkan tembok tu.”

Ivy memproses ayat Diaval dan tersenyum. “dan bila aku rapat dengan Pengetua Merlin dia takkan syak yang aku akan rampas tongkatnya! Dia ingat aku akan ke arah kebaikan seperti dia nakkan sedangkan aku akan belot dia nanti!” Ivy menutup mulutnya teruja. “Oh my Lord that’s perfect!” terukir senyuman sinis pada bibir Ivy sama seperti Diaval. “Ibu pasti marahkan aku tapi bila tahu aku bertukar arah untuk mendapatkan tongkat tu dan hancurkan tembok tentu dia akan maafkan aku! Oh Diaval kau Genius!” Sahutnya mengangkat tangan keudara.

Diaval tertawa melihat Ivy kembali gembira dan berikan pixie dust kepada Ivy. “Well, nampaknya masalah kau dah selesai. Sekarang misi kau pulak dengan Gretel.”

Ivy mengambil Pixie Dust itu dari tangan Diaval dan berikan senyuman tayang gigi. “Oh that won’t be a problem. Enjoy your weekend Diaval, sebab aku nak manipulasikan otak Gretel esok.” Katanya dengan tawa jahat.

Diaval hanya menggeleng melihat Ivy, sama seperti ibunya. Kalau Maleficent tengok sekarang ni tentu dia berbangga dengan Ivy desis hatinya dan menjentik dahi Ivy, kembalikan dia ke dunia reality. “Aku nak tidur.”

Ivy berdecis sambil menggosok dahinya yang sakit. “Turn into a bird.” Dia hayunkan tanganya dan melihat Diaval rehatkan diri di tiang rehatnya. “Oh dan thanks Diaval. Kau memang membantu.”

Diaval tunduk sambil gembangkan kepaknya tanda dia berbesar hati membantu Ivy dan lagipun ia memang kerja Diaval untuk membantu anak jagaannya.

Ivy kembali bertiarap di atas katilnya dan mengeluarkan buku magic yang dah lama dia tak buka dari beg sandangnya; membelek muka surat buku magicnya mencari mantera yang sesuai untuk Gretel esok pagi.

“Hmm… yang ni okay.” bisiknya jumpa mantera yang sesuai dan membelek lagi untuk satu lagi mantera. “Oh… bagus.” Katanya dengan senyuman sinis. This is PERFECT for her.

Masa berlalu dengan pantas pada malam itu dan Ivy bangun beberapa jam sebelum matahari terbit unutk menjalankan side missionnya. Dia bangun sesenyap yang mungkin dan keluar dari bilik tanpa membangunkan roommatenya dan turun ke tingkat satu. Tingkat Spring, di mana bilik Gretel berada.

Dia dah stalk Gretel beberapa hari lalu untuk mengetahui di mana biliknya dan thanks to invisibility potion, dia dah tahu di mana bilik minah durjana tu.

Ivy sekarang berada di depan bilik Gretel dan mengetuk pintu bilik itu dengan perlahan, supaya bilik lain tak mendengarnya.

”Siapa?” soal penghuni bilik itu dengan suara mengantuk

Ivy tahu itu Gretel. Ivy meletakkan kayu saktinya pada lehernya untuk menukar nada suaranya ke suara penjaga Wing Winter. “Cik Gretel, saya Warden.”

“Coming…” sahutnya dan tak lama kemudian Gretel membuka pintu dengan mata yang tertutup. “Ada apa—” Rasa mengantuk Gretel terus hilang bila dia tahu siapa yang berdiri di hadapan biliknya sekarang.

Ivy tersenyum nakal dan mengankat tangan. “Hai.” Bisiknya dan sebelum Gretel sempat menjerit, Ivy dah pun melontarkan jampi ringkas iaitu ‘unconcious spell’ membuat Gretel tidak sedarkan diri dan Ivy segera melontarkan pixie dust pada Gretel sebelum perempuan itu jatuh terhempap atas lantai. Apungkan dia di udara.

Ivy tersenyum lebar. This is fun… desis hatinya riang dan menarik Gretel keluar dari bilik tersebut, menutup pintu bilik itu dengan perlahan. Ivy mendongak melihat Gretel yang terapung di atasnya sambil bercekak pinggang. “Baiklah. Jom jalan-jalan.” Katanya mengeluarkan tali dari beg sandangnya untuk mengikat pinggang Gretel. Mengelakkan Gretel terapung naik ke langit. Dia mengikat erat tali pada pinggang Gretel dan pergelangan tangannya.

Setelah itu Ivy mengeluarkan dua botol potion invisibility untuknya satu dan Gretel. Ivy memandang potion itu dengan jijik. Entah da berapa kali dia minum bendalah tu dan sampai sekarang dia masih tidak sukakannya. Taste like dog poop dan Vomit Troll.

Dengan perasaan terpaksa dia minum cecair itu dengan menutup hidung dan membuka satu lagi botol untuk masukkan ke dalam mulut Gretel.

Yang baiknya ‘Inconcious Spell’ ni, apapun terjadi pada si mangsa mereka takkan bangun selagi si penyihir tidak bangunkan mereka. Jadi Cecair teruk itu takkan bangunkan Gretel langsung.

Setelah mereka berdua menjadi halimunan, Ivy kena pastikan tali dalam tangannya tidak terlepas kerana bukan sahaja dia akan kehilangan Gretel tapi orang lain akan lihat Gretel terapung di udara dalam keadaan tidak sedarkan diri bila potion itu habis tempoh. Plus, boleh mati bila pixie dust itu dah habis.

Ivy memandang Gretel yang terapung di udara dengan senyuman sinis. Lets have some fun...

~to be continued~

(A/N: Happy New Year everyone!!!! My gosshh rancang nak post tengah malam new year tapi tetido pulak and than angah and whole family pegi sambut new year semalam... hahahaha alaaaa lambat sehari jewww anyways, enjoy le neu chapitar!--thats french accent for enjoy the new chapter... huhuhuhu Wish uolls have a wonderful year in 2016!!) 

With hugs and kisses
D-Un'known
\(^3^)/

Azam 2016: Be more creative and create more memories DAN mereput dalam bilik sepanjang masa sebelum sambung degree in architecture ^_~ 

2 comments:

  1. Hi Salmi! hahahaha... dah lama tak nampak Salmi dalam ruang komen, maaf honey, angah sibuk for a couple of days ni, But don't worry... angah akan update secepat yang mungkin bila 'kerja' angah dah siap ^_^ be patience uolls *Bows apologizing*

    ReplyDelete