Fifteenth L.O.V.E

A Villain’s Good deed

“Magic kamu dah seimbang.” Pengetua Merlin bersuara dapat merasakan kekuatan magic dalam diri Ivy. “Nampaknya kamu Berjaya tenangkan fikiran kamu.”

Ivy memberikan senyuman manisnya dan turunkan kayu saktinya ke sisi. “I have some friends untuk bantu saya.”

Pengetua Merlin mengangguk sambil mengusap janggutnya. “That’s good. Saya gembira mendengar kamu dapat menyesuaikan diri di Academy saya.” katanya bergerak ke bawah pokok berdekatan, mengambil beg yang Pengetua Merlin yang dia bawa bersama untuk latihan Ivy di dalam hutan academy itu. Dia mengeluarkan sebuah buku kecil dari beg tersebut. “Sekarang magic kamu perlu berkembang.”

Ivy mengangguk faham. “So, how?” Soalnya melihat Merlin membuka buku tersebut. Dia nak je pergi ke sisi orang tua tu dan melihat isi kandungannya tapi kalau dia buat macam tu tentu The Great Wizard Merlin akan marah. Peraturan pertama menjadi apprientice Merlin ialah Disiplin dan Priorities.

“Sama seperti Black magic. Sumber kekuatan kamu ialah kegelapan dan kesengsaraan, untuk kuatkan core magic kamu mesti berikan penyeksaan dan kesengsaraan kepada mereka.” Pengetua Merlin mendongak memandang Ivy dengan senyuman nipis di sebalik jambang putihnya. “Dan Good magic pula bertentangan dari semua tu.”

Ivy rasa jantungnya hampir berhenti, dapat tangkap maksud Wizard Merlin. “Membawa kegembiraan dan kebahagiaan?”

“Good Deed.” Wizard Merlin mengangguk. “kamu kena berbuat baik kepada mereka yang memerlukan kamu, tak kisah kawan atau stranger.” Katanya menutup bukunya dan masukkan kedalam begnya. “Setiap kebaikan akan memberi sparks pada magic kamu. Lebih banyak kebaikan kamu buat, lebih kuat Magical core kamu akan jadi.”

Ivy menelan air liur kelat. Lord of the darkness Forbids Ivy berbuat baik, dah cukup Ivy membuat ceremony purification dan menggunakan Good Magic atas niat kejahatan… ini nak buat baik kat orang? Seriously?

“Kamu faham ke Cik Ivy?” soal Pengetua Merlin menarik Ivy kembali kea lam reality.

Perempuan itu mengangguk kecil. “Y-Yes… Uhm… ada cara lain ke selain guna magic? I mean, tak banyak magic boleh bantu orang dan kekadang magic kira menipu.”

Pengetua merlin agak terkejut mendengar soalan Ivy tapi terkejut kearah positive. “Looks like kamu dah berfikiran kearah kebaikan. That’s a start.” Pujinya membuat Ivy tersengih-sengih

Tak… aku taknak guna magic aku kearah kebaikan desis hatinya.

“kamu boleh menolong mereka tanpa magic. Guna magic bila perlu sahaja dan pastikan kearah kebaikan.” Ivy mengangguk dan Pengetua Merlin sambung; “Berbuat baik kepada mereka dan they appreciate you and remembers you. Setiap pertolongan kamu yang buat mereka gembira akan memberi kesan pada magic kamu.”

Hanya berbuat baik… Aku boleh buat tu… yang penting mereka menghargai pertolongan tu kan? Desis hati Ivy sedikit lega tak perlu gunakan magicnya untuk semua perkara baik. Well, berlakon baik untuk dapat penghargaan takkan membunuh kejahatan Ivy. selama ni dia buat macam tu dan Ivy baik-baik sahaja.

Sekarang hanya nak cari macam mana nak buat baik dengan banyak.

Persoalan itu bermain didalam mindanya sehingga tamat kelas magic bersama Pengetua Merlin dan kembali ke Academy. Berjalan dengan perlahan sambil memikirkan cara untuk berbuat baik. Apa dia? Ivy tak pernah berbuat baik kepada sesiapa pun apatah lagi menghulurkan pertolongan—okay mungkin ada dan Ivy dah lupa tapi macam mana? Pertolongan tu bergolek sendiri ke kaki Ivy dan ivy gunakannya untuk niat lain. Ivy tak pernah tolong orang melainkan Ivy inginkan sesuatu dari orang tu.

Plus, aku tak tahu macam mana nak jadi baik sebenarnya desis hatinya rasa seperti itu sebuah lawak, tak ambil serius langsung.

Well, dia kena mula buat baik mulai sekarang. Kena buat baik… kena buat baik… kena jadi baik.. Untuk kejahatan.

Langkah Ivy terhenti bila dia hampir terlanggar seseorang. Ivy baru je nak minta maaf kerana tak nampak jalan tapi terbatal bila dia tahu siapa ‘seseorang’ itu. “Puteri Julliana.” Ivy memeluk tubuh dengan senyuman sinis tertampal pada wajahnya.

Puteri Julliana memutarkan bola matanya. “You again.”

“Yes. Me again.” Saja je Ivy menyakitkan Hati Tunang Putera Raja ini. mata Ivy jatuh ke fliers dalam tangan puteri itu. “Kau sibuk.”

“Mind your own business witch.” Katanya seperti memaki Ivy cara baik.

Ini buat Ivy tertawa sinis. (Oh god dia evil..) Ivy baru je nak sakitkan hati Julliana tapi terbatal bila seseorang menarik baju belakang Ivy, hampir buat dia tercekik dan berputar melihat si pembunuh-dalam-latihan.

“Gretel?”

Tertera pada wajah Gretel yang dia sekarang dalam mood menjengkelkan. “Boleh tak kau jangan nak kacau orang sekali ni je?”

“A-Apa? AKu tak buat apa-apa pun!” Ivy tegakkan dirinya sendiri dengan muka seinnocent yang mungkin.

Gretel mengecilkan matanya, tidak percayakan dengan Ahli sihir muda itu. Dia terus menarik collar leather jaket Ivy seperti dia ni seorang ibu baru je tangkap anaknya buat jahat kat kawannya dan bawa Ivy jauh dari Julliana ke locker Ivy.

Sebaik sahaja sampai di depan locker Ivy, Gretel melepaskan ahli sihir itu dan merenung tajam kearah perempuan itu semula.

Ivy pula membetulkan jaketnya, juga merenung kearah Gretel Cuma renungan Ivy lebih membunuh dari Gretel. “What was that for?”

“Aku tahu kau bencikan Puteri Julliana.” Gretel bersuara. “kau benci semua orang yang ada kena mengena dengan Putera George.”

“Gee… thanks sebab clarify-kan perasaan aku.” Katanya dengan sarkastik. “Kau takkan kacau aku kenakan orang melainkan kau nak sesuatu dari aku. Apa dia?”

Ini buat Gretel menarik sengih. “Aku nak kau bawa aku jumpa abang aku nanti hujung bulan ni—”

“Nope.” Ivy terus menjawab dan membuka lockernya. Mengendahkan wajah terkejut Gretel dan meletakkan buku dalam beg sandangnya ke dalam locker.

Gretel berdengus. “Tapi kau—”

“Aku janji untuk temukan kamu berdua semula. Bukan jadi escoter kau setiap kali kau nak berjumpa dengan abang kau.” Katanya menutup locker itu setelah mengambil buku nota untuk dia rujuk ini malam. “The Answer is no.”

“Tapi aku dah janji dengan abang aku untuk jumpa dia.” Rungut Gretel sesenyap yang mungkin.

“So? Kau tahu jalan ke sana. Kau pergi lah sendiri.” Ivy melihat Gretel berdengus dan menyumpah serana dalam diam membuat Ivy menyandar pada pintu lockernya menunggu riaksi Gretel yang seterusnya.

Gretel menarik nafas dalam cuba tenangkan minda dan hatinya sebelum bercakap dengan ahli sihir menyakitkan hati ini sambil mengetap gigi. “Then bagi aku invisibility potion kau tu.”

“Aku dah habiskannya pada perjumpaan kau dengan abang kau.” Ivy tersenyum nakal, terhibur melihat muka bengang Gretel. “Tapi aku boleh buatkan untuk kau.”

Gretel rasa macam nak cekik-cekik je perempuan di depannya ni!! “Kenapa kau tak cakap awal-awal?”

“It’s fun to annoy you.” Katanya mencuit pipi Gretel tapi di tepis oleh empunya pipi. “Tapi aku takkan buat secara percuma. Kau tahu pelajar buat potion tanpa kebenaran adalah satu kesalahan besar. Apatah lagi menyalahgunakan potion tersebut.”

“Menggunakan potion untuk berjumpa abang sendiri tak salah—”

“Ah.” Ivy mengangkat jari telunjuknya dengan senyuman terhibur. “Menggunakan potion untuk berjumpa ‘Villain’ adalah salah. Kau kena terima kenyataan yang abang kau tu orang Vicious.

“Yeah sure whatever, apa kau nak?”

Ivy menjungkit kening. Dia tak nak terima… desis hatinya rasa nak tertawa pada muka Gretel tapi dia tahan hanya senyuman yang diberikan. “Tips.”

“Duit?”

Ivy tertawa kecil. “Tak. kau fikir aku ni jahat sangat ke?” Soal Ivy membuat Gretel berdengus. “Oh you no fun. Aku hanya nak nasihat dari orang Enchanted. Siapa lagi aku nak minta tolong kalau bukan kau.”

“kau?” Gretel menuding jari kearah Ivy. “Meminta tolong dari aku?” dia memandang Ivy dari atas hingga bawah. “Apa dah jadi dengan Ivy yang sombong nak mampus dan sanggup korbankan nyawanya dari cerita masalah kepada orang lain?”

Oh wow…. Adik dan abang sama je desis hatinya mula tak seronok kacau Gretel. “Well, take it or leave it.” Ivy nak bergerak pergi tapi Gretel menghalang dengan menarik tali beg sandang Ivy.

“Okay. aku tolong, apa nasihat yang kau nak?”

Ivy kembali memandang Gretel. “Tunggu aku di dapur Cafeteria tengah malam ni. Kau boleh access masuk sana tak?”

Gretel menggeleng. “Tak, Apple Red boleh.”

Ivy diamkan diri untuk seketika sebelum mengangguk. “Okay, bawa dia sekali. Bagitau dia ke sana ni malam tapi jangan cakap pasal potion tu.”

“T-tapi—”

“Just do it.” Arah Ivy dan menepuk bahu Gretel. “Nanti di cafeteria aku jelaskan kat dia. Okay?” Gretel terpaksa mengangguk. “Good, now excuse me…. Aku ada kerja yang tak pernah selesai kat perpustakaan. If anyone need me, kau tahu nak cakap apa kat dorang.” Katanya dengan senyuman semanis gula sebelum beredar pergi.

Hari berlalu dengan pantas semasa Ivy berada di perpustakaan itu, dia dah biasa menyusun semua buku-buku yang dipulangkan itu semula jadi dia taklah rasa lifeless sangat dan kadang-kadang Ivy terjumpa buku terguna untuk subjek pelajarannya.

Dia ada jumpa Louis pada malam tu tapi hanya melihat Louis dari jauh kerana enam pixie itu masih tidak mengalah, menjaga Ivy malah tidak ada rehat langsung. Mereka akan bergilir-gilir untuk menjaga Ivy.

Peliknya… sampai Ivy habiskan kerjanya. Sampai lewat malam. That’s weird desis hati Ivy tapi tak merungut kerana baginya kehadiran mereka boleh menghalang Ivy melayan keinginannya. Dia perlu elakkan diri dari Louis juga. Walaupun mereka bersama untuk melupakan masalah, mereka tak boleh berjumpa setiap hari. Itu lebih kepada kemahuan dari keperluan.

Takut terbawa-bawa… atau Ivy tercakap sesuatu tentang niatnya kepada Louis.

Setelah menyelesaikan kerjanya di perpustakaan, Ivy mengucapkan selamat malam kepada Puan Camelia dan kembali ke asrama.

“Evening Puteri Ezra.” Sahut Ivy bila dia perasan Ezra berada didalam bilik, sedang belajar atas meja belajarnya.

Ezra mendongak melihat Ivy masuk kedalam bilik mereka dan anak matanya mengekori Ivy hingga ke katil. “Puteri?” Soalnya hairan. Sejak bila Ivy formal dengan dia?

Ivy yang dah membuka semua accersories dan jaketnya, ingin mengambil tuala mandi dan jubah mandinya terhenti memandang Ezra. “huh? You say something?”

Ezra menggeleng. “Tak. nothing.” Dia diamkan diri untuk seketika sebelum bersuara. “Hujung minggu ni aku takda.”

Kali ini Ivy mendengarnya. “Oh, Puteri nak ke mana?”

Sekali lagi dia panggil aku ‘Puteri’ Desis hati Ezra hairan. “Kau demam ke?”

Terukir sebuah senyuman pada wajah Ivy tapi expressinya menunjukkan Ivy sebenarnya keliru. “Excuse me?”

“Kau cakap formal dengan aku.” Ezra bersuara, nampak sangat dia tak selesa dengan panggilan baru dari Ivy. “Selalunya tak. what change?”

Ivy mengangkat bahu. “I don’t know… seems fit a guess. Lagipun, kau sememangnya seorang puteri.”

“Well, Don’t.” katanya dengan nada tegang. “It gives me the creeps.”

Ivy terus tersenyum nakal. “Awww… Putewwi Ethwa nak bewmeshwa-meshwaan dengan titew ke?”

“Euurrggghhhh…. You’re impossible.” Ezra memutarkan bola matanya dan kembali pada kerja di atas mejanya.

Ivy tertawa besar hingga bergema di dalam bilik itu. “Aku faham. kau cakap apa pasal tiada hujung minggu ni?”

Ezra kembali memandang Ivy dengan renungan menjengkelkan. “Aku ada program luar campus. Sebagai committee bersama dengan…” Ezra diamkan diri memberi jelingan, tanda amaran kepada Ivy untuk diamkan diri. “Dengan Ahli kerabat di raja yang lain.”

Ivy mengangguk dengang senyuman Ezra tak suka. “Noted. Kau buat kerja amal melayan rakyat?”

“Lebih kurang macam tu.” Ezra menghembus nafas lega, Ivy tak mempermainkan dia.

Ivy tertawa kecil melihat Ezra lega. “Jangan risau. aku takkan kenakan kau.” Katanya dengan senyuman nakal, bergerak kearah pintu bilik air.

“Don’t you dare…” Ezra beri amaran tahu apa Ivy nak katakan lepas ni.

“You’ll ‘frozen’ me to death if I did.” Ivy terus masuk ke dalam bilik air sebelum Ezra sempat menjerit namanya.

Uurrrrrggggghhhh!!! Minah satu ni menyakitkan hati betul lah! Desis hatinya dan merenung tajam kearah pintu bilik air. Kalau renungan panas Ezra itu satu senjata, dah lama pintu bilik air tu terbakar.

Renungan Ezra berubah ke Burung gagak Ivy yang mendarat di atas meja Ezra. Puteri ini menyengetkan kepalanya melihat burung gagak itu membagi signal kepada Ezra tidak faham.

Diaval dalam bentuk gagak mengeluh. kakinya menunjuk penanda buku Ezra yang ada bentuk kepingan salji sebelum menuding kaki ke pintu bilik air.

Mata Ezra terbeliak bulat dan terukir sebuah senyuman lebar pada wajahnya. Pandangannya berubah ke pintu bilik air itu, mendengar Ivy mandi shower didalam tu. Ezra menggoyangkan jari jemarinya mengeluarkan angin sejuk dan hembusan nafas sejuk kearah pintu bilik air itu dan…

“Ack! Cold-cold-Cold-cold-Cold-EZRA!!!”

Ezra ketawa besar sambil memeluk perutnya dengan erat. Kuasa icenya telah menurunkan suhu air mandi Ivy, sesejuk air kutub utara.

“Thanks birdie.” Ucap Ezra setelah puas ketawa dan mengusap badan burung gagak itu.

Ivy keluar dari bilik air lebih cepat dari sebelumnya, menjeling kearah Ezra dengna gigi terketal-ketal. Sejuk hingga ke tulang hitamnya. Marah Ivy naik mendadak bila dia lihat siapa mastermind membalas dendam pada Ivy.

“Diaval! You Dumb Bird!!

Diaval menyahut banyak kali sambil terbang mengeililingi bilik itu umpama mentertawakan Ivy.

Setelah mengejar Diaval satu bilik untuk mencabut bulu pelepah burung tak guna tu (Tak langsung, niat je) Ivy bersiap untuk berjumpa dengan Gretel di cafeteria tapi tidak selepas dia membalas dendam dekat Ezra; menjampi semua kerja rumah yang Ezra buat hilang untuk beberapa minit, saja untuk buat Puteri ice itu cemas untuk seketika.

Bila dia tiba di dapur Cafeteria….

“Asal Gwen dan Hanna sekali kat sini?” Soal Ivy menjeling kearah Gretel sebelum kembali menjeling kearah dua pendatang asing yang khusyuk bercerita dengan Apple Red di dapur Cafeteria itu.

“Mereka nak join sekali.” Jawab adik Hansel dengan keluhan. “Aku ke bilik Apple Red dan jumpa mereka berdua ada di dalam bilik tu juga. Aku bisik kat Apple Red untuk jumpa kat sini ni malam tapi Gwen terdengar dan nak join in. dia heret hanna sekali.” Bisiknya memandang tiga puteri itu.

Ivy berdengus sambil memutar bola matanya. “Great. Just great.” Rungutnya sebelum bergerak mendekati tiga rakannya itu. “Korang tahu tak kenapa kitorang dua nak guna dapur cafeteria ni?” Mereka bertiga menggeleng membuat Ivy tersenyum. “We are going to make cupcake.” Katanya dengan senyuman termanis yang Ivy ada.

Tiga rakan ini bersorak riang dan terus memberi tugas masing-masing sepertinya mereka bertiga selalu masak bersama-sama. Manakalah Gretel memandang Ivy dengan kening terjungkit tinggi. “Apa?”

“Just follow the lead. Kita buat cupcake dan lepas tu kita buat potion tu.” bisiknya sebelum tumpukan perhatian pada tiga rakan yang telah menyediakan bahan-bahan untuk memasak. “Kami patut buat apa?”

“Oh, korang boleh pecahkan telur kedalam mangkuk ni.” Gweneth memberi arahan dengan riang sambil hulurkan mangkuk kepada Ivy.

“Nice.” Dia mengambil mangkuk tersebut dan menjungkit kening double jerk kepada Gretel. “Lets get baking!”

Gretel hanya terngangah memandang Ivy mula pakai apron dan memecahkan telur ke dalam mangkuk tersebut.

Dia tak faham langsung apa yang perempuan ni fikirkan!!

“You know what… aku mengalah.” Gretel mengangkat tangan, dah fed up dengan Ivy. “Korang nak buat cupcake? Jom kita buat cupcake.” Dia mengikat rambutnya dan memakai apron yang dihulurkan oleh Hanna. “lets make the greatest cupcake in the world!” sahutnya—sebenarnya melepaskan geram tapi ia membuat kawan-kawannya bersorak dengan gembira, bersemangat untuk membuat cupcake bersama-sama.

Bermula lah misi mendadak mereka membuat sedozen cupcake—untuk setiap seorang. Pada mulanya mereka rancang untuk buat sedozan sahaja tapi bila dengar Hanna berceloteh mengatakan dia nak buat cupcake untuk semua orang, mereka rancang untuk buat lebih banyak. tapi Gweneth dan Gretel mula bergaduh tentang perisa kek yang mereka nak buat, mulalah Apple Red dan Hanna masuk campur, menginginkan perisa mereka sendiri.

Okay! Shut your trap!” Ivy menjerit, dah tak tahan dengar jeritan nyaring mereka. Gretel ni pun satu, tadi bukan main merungut tentang buat cupcake, sekarang dia pula yang melebih-lebih. “Kita buat sedozen setiap orang. Sedozen cupcake Vanilla untuk Hanna, Cupcake perisa berries untuk Apple Red, Cupcake caramel untuk Gretel dan Gweneth punya perisa Choclate mint. Dah! 4 dozen cupcake dan sambung kerja!” marah Ivy, membuat mereka semua cuak dan mengangguk akur, kembali kepada kerja masing-masing.

Mereka buat kerja dengan senyap untuk seketika sebelum Apple Red bersuara. “Kau nak perisa apa?” Soalnya kepada Ivy tanpa memandang wanita berang itu.

Ivy rasa macam nak mencarut je mereka semua tapi dia tahan. Menarik nafas dalam dan menghembusnya. “Aku ambil satu dari setiap perisa cupcake korang. I don’t mind.”

Mereka berempat saling berpandangan bila mendengar jawapan Ivy. sepertinya hanya dengan padangan, mereka boleh memahami satu sama lain

Hanya ambil kita punya?

Dia tak kisah pasal manisan? Biar betul dia ni?

Ivy dah kenapa? dia merajuk ke?

Oh no, ini tak adil semua orang kena ada cupcake!

“Kalau korang buat satu lagi dozen cupcake di belakang aku nahas korang.” Ivy pula bersuara tapi membelakangkan mereka sambil mengacau frosting merah dalam mangkuk.

Mereka berempat menelan air liur tiga kali. Ivy lebih dasyat tanpa pandang mereka dia dah tau apa yang mereka fikirkan.

Meneruskan pembuatan cupcake mereka sehingga dua dozen cupcake telah masuk kedalam dua oven yang tersedia di dapur besar itu dan mereka kembali buat dua lagi dozen cupcake.

“Ivy?” Gweneth bersuara.

“Hm?” Jawab Ivy meletakkan frosting di atas cupcake yang telah di sejukkan.

“Kenapa kau tiba-tiba nak buat cupcake? This is so unlike you.”

Ivy terhenti dari meletak frosting dan memandang kearah Gretel yang juga terkejut dengan persoalan Gweneth itu. Ivy kembali memandang anak keturunan putera katak di hadapannya. “Sebab aku nak membalas jasa korang.” Katanya dengan tenang, menyambung kerjanya semula.

“Jasa kitorang?” Soal Apple Red tumpukan perhatian kepada Ivy. “Apa kitorang dah buat kat kau?”

Gretel pula yang menyediakan tempat cupcake berhenti membuat kerja, mendengar Ivy bercakap dalam senyap.

“Well…” ahli sihir ini menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. “Sebulan lalu korang semua macam pelajar lain, bencikan aku, tidak ingin ada kena-mengena dengan Villain macam aku. Tiada siapa nak bagi aku peluang untuk ‘menjadi baik’ tapi Apple Red percaya yang aku tak jahat dan jadi kawan aku. Selepas itu Gretel—walaupun agak susah dan selepas itu korang berdua.” Ivy tersenyum kecil. “Korang terima aku sebelum upacara purification. Korang bagi aku peluang untuk menjadi baik dan...” Ivy tertawa kecil. “Berseronok dengan korang. Serious, tanpa korang aku tak rasa aku boleh bertahan di sini sampai sekarang. So, aku nak balas jasa kamu semua dengan ni.”

“Dengan cupcake?” Gweneth tertawa kecil.

“Hey, atleast aku cuba nak buat surprise cupcake untuk korang esok pagi. Salah ke Villain macam aku buat cupcake?”

“Tak.” Apple Red menggeleng dengan senyuman gembira pada wajahnya. Dia kelihatan terharu. “Sebab tu kau nak aku ke sini? Untuk mendapat kebenaran masuk dapur ni?”

“Awwww…. Kalau kami tahu kami takkan busybody sangat!” sahut Hanna turut terharu.

Ivy mengangguk kecil, tersengih-sengih. “Oh well, Aku rasa ada baiknya Gretel ‘terbawa’ kamu ke sini. Lebih menyeronokkan buat cupcake sama-sama korang semua dari seorang diri. lagipun, aku tak pernah buat manisan. Kang aku ter’meletupkan dapur ni.” Katanya memandang mereka semua dan perasan ekspresi wajah mereka terus membuat Ivy naik merah. “Dah-dah! enough mushy-wushy ni. Sambung kerja!”

Mereka berempat hanya tertawa melihat Ivy segan sendiri dan sambung membuat cupcake mereka yang seterusnya. Setengah jam kemudian, mereka masukkan dua lagi dozen cupcake ke dalam oven dan menghiasi cupcake yang telah masak dan di sejukkan.

Kali ini Gretel pula membuka mulut yang boleh menarik perhatian mereka semua. “Ivy, kau kata kau nak nasihat dari orang Enchanted kan?”

Ivy yang termenung meletakkan sprinkles atas frosting mendongak memandang Gretel. “huh?”

“Nasihat?” Gweneth juga mendongak dari meletak buah cerry atas cupcake perisa berries. “Ivy minta nasihat dari kita?”

Gretel mengangguk, tidak perasan renungan amaran Ivy. “Dia jumpa aku untuk minta nasihat dari aku, so, memandangkan kita berempat orang Enchanted, apa kata kita semua bergabung idea dan tolong Ivy.” Gretel berpaling melihat Ivy dan baru perasan renungan maut Ivy. dia menelan air liur kelat. “A-Apa nasihat yang kau nak?”

Ivy memejam matanya dan menarik nafas malam. Oh god ini memalukan… desis hatinya. “Er-Uhm..” kali ini Ivy yang menelan air liurnya. “Good deed.”

“Good what?” Soal Hanna dengan wajah Innocent tidak faham betapa malunya Ivy sekarang.

Ivy menutup mukanya yang dia tahu merah sebab dia rasa telinganya mula rasa panas. Kalau boleh telinganya keluar asap!

“G-Good Deed.” Katanya lebih kuat dari sebelumnya.

Bibir mereka semua terbentuk ‘o’ kecil baru dapat dengar apa yang ivy nak katakan sebelum dua perkataan itu diproses kedalam minda mereka dan menjerit “Ohhhh!!!”

Ivy rasa macam nak bunuh diri je sekarang ni, terlalu segan dengan mereka. Kalau ya pun jangan lah menjerit! Tak boleh ke berlagak slamber? Desis hatinya rasa dia akan pitam kerana darah terlalu banyak mengalir ke kepalanya.

“Nasihat untuk berbuat baik ke?” Soal Hanna dengan riang. “Oh Ivy, tu senang je lah!”

“Yeah… senang bagi korang. Aku orang Vicious remember? tak membesar dengan ‘kebaikan’ seperti korang.”

Gweneth tertawa besar. “Tak, maksud Hanna tak lah susah sangat nak berbuat baik.”

“How?” Soal Ivy menjungkit kening.

“kau nak buat surprise cupcake untuk kitorang dah kira berbuat baik.” Apple Reb bersuara menunjukkan kesemua cupcake di atas meja dan juga di dalam kotak yang Gretel telah masukkan. “Membalas jasa kita buat baik walaupun kami tak perlukan apa-apa dari kau.”

Gweneth mengangguk. “Tak semestinya kau buat sesuatu untuk berbuat baik. Tersenyum, melayan dan bercakap dengan orang lain dengan baik kira satu amalan jugak.” Katanya dengan tangan secara senyap menggapai satu cupcake berdekatan tapi Hanna memukul tangan Gweneth.

ow!”

Hanna menuding jari kearah Gweneth tapi dengan senyuman sebelum memandang Ivy semula. “kau tak perlu fikir banyak sangat untuk berbuat baik, yang penting kau tersenyum dan menolong mereka yang memerlukannya kecil atau besar.”

Gretel mengangguk, meletakkan cupcake Hanna kedalam kotak terakhir. “Bukan tu je, kau kena stay humble, hormat menghormati dan jangan mencarut.” Dia saja menekankan perkataan terakhirnya. “Like Queen Cinderella selalu kata.”

“be Kind and have courage.” Kata mereka berempat membuat bulu roma Ivy remang. Its creepy, macam dorang empat orang ni duplicate Cinderella.

“Jangan ragu-ragu bila nak buat kebaikan dan tidak meminta apa-apa balasan.” Tambah Gweneth sambil tersenyum nakal. Sempat mengusik Ivy.

Ivy kerutkan hidungnya, Oh…. Perli aku eh. Takpa kali ni kau lepas desis hati Ivy, menuding jari kearah Gweneth tanda amaran tapi tidak serious.

*Ting!*

*Ting!*

Cupcake terakhir mereka dah masak dan Gretel mengeluarkannya bersama dengan Apple Red meletakkannya di atas kaunter dapur.

“Oh! Aku rasa aku tahu kat mana nak mulakan Good Deed Ivy!” Hanna yang tetiba menjerit hampir buat dua talam cupcake dalam tangan Gretel jatuh keatas lantai kerana menjerit di sebelah telinganya. “Oops, maaf—tunggu sini.” sahut Hanna meminta maaf kepada Gretel sebelum bergegas keluar dari dapur cafeteria itu.

Tak sampai seminit, Hanna kembali masuk ke dalam dapur dengan sehelai kertas dalam tanganya dan tunjukkan kepada mereka. ‘Programe bersama Royal Descrendants! Aku tahu kau benci mereka Ivy tapi ini kira langkah pertama kau untuk dapatkan Good Deeds.”

How? Macam mana masuk programme yang penuh dengan budak gedik—kecuali kawannya dan meluangkan masa dengan meraka—boleh tolong dia berbuat baik?

“Bagi aku sebab aku kena masuk programme tu.” kata Ivy tidak yakin. Kerana tertera di bawah poster itu tertulis ketua commetee programme itu. ‘Jullianna phenelope Evans’.

Langkah pertama untuk berbuat baik ialah Forgive.” Gretel bersuara, ada unsur terhibur dalam nadanya. “Kau kena memaafkan mereka semua dan juga melayan mereka dengan baik.”

“Aku takkan berkawan dengan sekumpulan puteri gedik. Aku dah selesa dengan dorang tiga ni. Aku taknak ada lagi puteri dalam hidup aku.” Ivy menggeleng tidak setuju Idea Ivy berkawan dengan Puteri-puteri itu. Apatah lagi tunang Louis. Over my dead body.

“Kau berbaik dengan mereka tak semestinya kau menjadi kawan merela. You know, civil.” Gweneth pula bersuara. “salah faham antara korang berdua telah di selesaikan dan tiada lagi perasaan benci antara korang berdua. That’s all.”

Ivy kerutkan hidungnya, masih tidak sukakan idea berbaik dengan puteri itu tapi kalau itu langkah pertama untuk menjadi baik—demi magic Ivy, dia sanggup.

“Fine, First step is Forgiveness.” Katanya mengalah. “Aku kena masuk programme tu jugak ke?”

Mereka berempat mengangguk laju dengan girang. Gembira untuk menolong young villain itu menjadi baik.

“Tapi korang kena join sekali, sekurang-kurangnya aku tak bosan kat sana or rasa leftout.”

“Of course kami akan pergi untuk sokong kau!” Hanna menjerit dengan riang.

“Thanks korang…” Ivy tersenyum kecil, bersyukur dia ada kawan macam mereka—walaupun kadang-kadang menjengkelkan. “Dah, jom siapkan cupcake ni.” Katanya dan kembali menghiasi kesemua 48 cupcake.

Setelah memasukkan kesemua cupcake itu ke dalam kotak masing-masing, Mereka terus membersihkan dapur itu tapi Ivy menghalangnya.

“No, it’s okay.” Ivy menghalang mereka dari mengambil tuala kotor dan sabun cuci pinggan. “Aku boleh bersihkannya sendiri.” Katanya dengan senyuman.

“Tapi Ai, takkan kau nak bersihkan semua ni sendiri?” Soal Hanna menuding jari kearah pinggan mangkuk yang kotor di dalam singki.

“Don’t worry, korang banyak bantu aku ni malam and atleast ini aku boleh buat.” Katanya membuat rakannya saling berpandangan. “Come on guys… sekurang-kurangnya biar aku buat.”

“Tapi—”

“Fine.” Ivy bersuara tahu sangat mereka takkan bagi Ivy buat sendiri. “Gretel akan bantu aku. Kami dua tak buat banyak time buat cupcake. Just.. please?”

Mendengar Ivy meminta dengan baik membuat tiga kawannya tersenyum mengalah. “Okay. baiklah.” Gweneth mengangguk. “Tapi kau kena ambil dua cupcake dari kami semua.”

Ini buat Ivy tersenyum. Mereka betul-betul nak Ivy ambil cupcake mereka. “Fine. Deal.” Katanya dan mereka masukkan satu lagi cupcake dari setiap kotak mereka ke dalam bekas Ivy.

Setelah itu Ivy dan Gretel mengucapkan selamat malam kepada mereka dan keluar dari dapur tersebut.

Sebaik sahaja tiga puteri itu keluar dengan dua kotak cupcake dalam tangan masing-masing, senyuman Ivy dan Gretel terus hilang dan adik Hansel ini menjeling kearah Ivy. “Nak bersihkan satu dapur besar ni hanya kita berdua? Kau tahu sekarang dah pukul 3 pagi kan?”

“Oh shut up you big baby.” Ivy mengeluarkan kayu saktinya dengan senyuman nakal sebelum menghayunkannya sambil membaca mantera pendek.

Dengan magic, semua perkakas dapur yang kotor itu bersih hanya dengan Ivy menggoyangkan kayu saktinya.

“You know..” Ivy bersuara sambil mengemas dapur itu hanya dengan menggoyangkan tangannya. “Bukannya time-time babak macam ni ada lagu cliché ke? Like.. ‘Salagadoola mechicka boola bibbidi-bobbidi-boo?” Dia Bernyanyi sepadan dengan suara Fairy Godmother serta senyuman nakal membuat Gretel tertawa.

“Sorry Ai, ini bukan musical classic fairy tale.” Katanya membuat Ivy turut tertawa.

Setelah membersihkan satu dapur itu, spotless kelihatan baru. Ivy dan Gretel mula membuat Potion Invisibility untuk Gretel dan bahan-bahannya ada di dalam beg Ivy.

Tak sampai sejam, potion tersebut telah pun siap dan di masukkan kedalam beberapa botol potion kecil.

“Satu botol ni makan masa 3 ke 4 jam. So use it wisely dan jangan sampai tertangkap. Okay?” Soalnya dan berikan botol-botol itu kepada Gretel.

Gretel mengangguk faham. “Okay. thanks sebab bantu aku.”

“Hey, kau dah bantu aku so we are even. Sampaikan salam aku kat Hansel nanti kau jumpa dia okay? kata aku tak dapat nak jumpa dia selalu kerana dah jadi apprientice Merlin.”

“Sure.” Katanya dan mereka berdua keluar dari dapur tersebut dan kembali ke asrama mereka bersama-sama dengan cupcake mereka di dalam tangan.

“Hey, Ivy.” Gretel bersuara setelah sekian lama mereka berdiamkan diri. “I was thinking…”

“Tentang apa?” Soalnya memandang wajah serious Gretel.

“Kenapa kau nak tolong aku dan abang aku? Walaupun aku layan kau teruk dulu tapi kau tetap tak mengalah.” Soalnya hairan. Ye lah, dia kan Villain. Tiada villain yang nak buat macam tu apatah lagi buat perkara yang boleh menyusahkan diri sendirinya. Ia agak berisiko kerana temukan Gretel dengan orang Vicious boleh buat Ivy buang sekolah.

“Aku berjanji kat Hansel yang aku akan bawa kau kepadanya.” Jawab Ivy tanpa ragu-ragu. “He’s my friend dan aku tak suka hampakan sesiapa. Apatah lagi bila aku buat janji kat dorang.”

Gretel agak terkejut mendengar jawapan Ivy. Gretel dapat rasa ada ketulusan di dalam nada Ivy bercakap tadi. Ketulusan…. Juga satu Good Deed.

Gretel tersenyum kecil. Betul lah kata Hansel…. Ivy sebenarnya orang baik Desis hatinya sedikit lega.

Ivy perasan kawan di sebelahnya ini tersenyum sendiri dan bersuara; “What with the face? Kau fikirkan apa tu?”

“Oh nothing.” Katanya dengan nada mengusik. “Aku tak sangka kau manipulasikan aku dan Apple Red untuk… Side mission kau ni.” Gretel mengangkat beg yang mengandungi dua kotak cupcake. “Siapa sangka dalam diam The Evil Witch, rancang untuk membalas budi kami semua... with cupcake—can you imagine that?”

Terukir sebuah senyuman nakal pada wajah Ivy. “Don’t say kau ‘terharu’ juga dengan side mission aku ni?”

Gretel tertawa. “Hell no. Aku takkan termakan dengan rasuah kau ni.” Dia mempercepatkan langkahnya, dan tidak memandang belakang langsung. “Apapun kau buat aku masih rasa kau ni Evil. Takkan percayakan perempuan macam kau ni. Langsung.”

Ivy menahan ketawanya dari berderai. Nampaknya Gretel lebih susah dari apa yang aku jangkakan…. Desis hati Ahli sihir ini. Dari awal dia merancang untuk ambil hati mereka semua dari awal lagi dan satu-satunya perempuan yang tak tertipu dengan kata-kata manis Ivy ialah Gretel.

“Oh come on Gretel!” Ivy berlari anak untuk berada di sisi Gretel. “Jadi macam mana aku nak buat kau percayakan aku?”

Gretel menjeling kearah Ivy dengan senyuman nakal. “Nothing. Absolutely nothing.” Dan Ivy tertawa pecah perut mendengar jawapan Gretel.

We’ll wait and see…. desis hati Ivy menyembunyikan senyuman sinisnya.

Sementara itu di Menara Pengetua Merlin, empunya menara itu melihat Ivy dan Gretel saling kejar mengejar dengan senyuman kecil disebalik jambang putihnya. “Looks like everything going well.”

“Of course it is…She is the the one, her blood must be pay by her own.” satu suara halus membalas ayat Pengetua Merlin membuat orang tua itu mengangguk tanpa melepaskan pandangan dari ahli sihir muda itu.

>X<

Keesokan harinya, Louis bangun dari tidur dengan perasaan negative. Dua tiga hari ini jadualnya terlalu ketat dan tiada masa untuknya berehat langsung. Semalam dia ke perpustakaan untuk berehat tapi tidak lama kerana dia di panggil semula ke istana kerana ada urusan penting harus dia hadiri bersama Raja. Ye lah, dia kan bakal memerintah kerajaan Camelot sekali Tanah Enchanted itu, dah tentu dia kena tahu kesemua masalah dan perkembangan tanah tersebut. Tambahan pula kerjanya di Academy itu. Bukan belajar sahaja dia perlu buat… banyak lagi perkara dia kena buat, seperti menghadirkan diri dalam programme sekolah, mewakilkan diri untuk menolong pelajar bawah 18 tahun dan juga menjadi contoh kepada mereka. It’s too much responsibility.

Ikutkan hati nak je dia duduk di dalam bilik itu sepanjang hari dan tak keluar langsung tapi Louis tahu itu bukan satu pilihan untuknya. Dia tiada pilihan langsung dalam hidup. semua telah diatur untuknya.

Dengan perasaan berat hati, dia turun dari katilnya dan masuk ke dalam bilik air.

Usai membersihkan diri dan mengenakan baju yang sesuai, kemas untuk seorang Putera Raja, dia keluar dari biliknya dan menuju ke Academy. Dia kena berjalan dengan yakin dan segak sepanjang masa, tidak boleh tunjukkan cacat celah dalam dirinya. Semua kena sempurna.

Itu yang dia di ajar dari kecil lagi. kesempurnaan.

Tapi Louis tidak sukakannya. It’s stressing him out.

Setelah tiba di lockernya, dia mengeluh. Lockernya juga lain dari yang lain. Lebih besar dan berwarna lain dari yang lain. Urrgghh… dia bencikan lockernya. Bukan itu sahaja, lockernya bersebelahan dengan Locker Julliana.

Dia membuka Locker tersebut untuk mengambil buku teks yang dia akan guna untuk kelasnya pada hari itu tapi dia terhenti bila dia dengar satu suara yang dia kenali datang dari sebalik pintu lockernya

“Good Morning George.” Julliana bersuara, juga membuka lockernya.

“Good Morning.” Balas Louis dengan suara tenang—dia dah dilatih untuk sembunyikan segala perasaan negative dia ada dan memakai topeng ‘royaltynya’ sepanjang masa.

“Oh, George, ingat tak programme hujung minggu ni, saya dah lekat poster di seluruh sekolah dan saya harap awak nak join in sekali. Ye lah, awakkan putera raja, sekurang-kurangnya awak datang. Tapi takpa kalau awak tak dapat. Saya faham. lagipun banyak Royal descrendant dah wakilkan diri untuk tolong….”

Louis membiarkan Julliana bercakap dan kembali mengeluarkan bukunya dari lockernya. Langkahnya terhenti bila dia lihat kotak kecil tersembunyi di sebalik buku-bukunya dan juga satu sampul surat kecil terikat pada kotak tersebut.

Louis mengambil kotak tersebut dan membuka surat kecil ini. Ini buat Louis tersenyum keci.

Dear Spoiled Brat….

Aku tengok dahi kau berkerut semalam. Stress? Dipress? I hate that face of yours. So, aku harap ini boleh kembalikan senyuman mu dan hilangkan semua masalah mu.

P/S: hujung minggu ni aku ada programme dengan kawan-kawan aku. So don’t bother look for me in the library.

Programme? Takkan dia pergi….

Louis membuka kotak kecil itu dan sebuah cupcake yang mempunyai frosting ungu dan perhiasan chocolate kelawar atas frosting tersebut.

Louis menutup pintu lockernya dengan senyuman lebar tertera pada wajahnya dan pandang Tunangnya. “Jull… pasal Program tu..”

Julliana berputar memandang Louis yang sedang makan cupcake dalam tangannya. “Yes?”

“Aku rasa, aku akan pergi sekali.”

Ayat itu membuat Julliana tersenyum riang dan mengangguk. “That’s Great!”

Louis mengangguk dan mengambil satu lagi gigi dari cupcake itu.


Deliciously Great….

>X<

(A/N: Looks like Mystery besar dah keluar.... Apa rancangan The Great Wizard Merlin kat Ivy? dan dengan siapa dia sedang bercakap tu?... hmmm....)

3 comments:

  1. Kembar malifiecientJanuary 18, 2016 4:01 pm

    Hmm tak tau nk ckp apa tapi..nk jgk tinggalkan komen..hahaha *^▁^*

    ReplyDelete
  2. Hey Kembar Maleficent! Hmmm takpe yang penting U komen and I really appreciate it!!! *Smoochies!!*

    ReplyDelete