Eleventh F.A.T.E

Your Hero

I’m Late!!

Louis melompat turun dari Majestic sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pintu utama Academy, Louis hampir jatuh cium tanah semasa dia terjun dari kudanya tapi terima kasih kepada latihan pertahanan dirinya, dia berjaya menyelamatkan wajah dan topengnya dari hancur. Kalau tak rancangannya akan musnah sebelum ia bermula!

Putera dalam penyamaran ini mendongak melihat academy bak istana itu bercahaya dengan begitu meriah menandakan majlis tersebut telah lama bermula.

Louis agak bersyukur kerana dia sempat tiba ke majlis tersebut walaupun dia agak lambat.

Tidak ingin membuang banyak masa lagi, dia berputar memandang kudanya. “How do I look?” Soalnya sambil perbetulkan coat hitam emasnya itu. sekali dengan rambutnya, buat ia serabut sikit supaya tak kelihatan terlalu royalty. (malangnya dia terlupa emas sebahagian dari 'royalty')


Majestik meringkik dengan sarkastik; seperti mentertawakan tuannya.

“Oi! Aku serious ni—Oh nevermind. Kau boleh pergi cari makwe baru kau tu kat kandang kuda academy sendiri, aku dah lambat ni.” Katanya sempat toleh kearah academy. “Wish me luck?”

Majestic menghentak kakinya dua kali tanda dia setuju untuk ‘wish Louis luck’ sebelum berjalan pergi kearah mana kandang kuda academy diraja berada. Manakala Louis bergegas masuk kedalam academy, menuju lobi ke Wing A di mana Dewan Tari menari terletak di tingkat satu wing tersebut.

Setiba sahaja dia di pintu masuk Dewan tersebut, dia tepersona dengan suasana riang bilik itu, sepertinya ada magic yang terlibat didalam majlis kali ini kerana ia kelihatan seperti baru sahaja keluar dari buku fairy tale kanak-kanak.

Bila mata Louis jatuh ke pasangan yang menari solo di atas lantai menari, barulah dia tahu dari mana datang keajaiban yang indah itu.

Pasangan yang menari di lantai menari telah menguasai majlis tersebut pada malam itu.

Senyuman Louis makin lebar mengetahui wanita yang menari bersama lelaki serba biru itu.

Ivy…” Bisiknya seperti nafasnya telah disedut keluar dari paru-parunya. Terpukau dengan keanggunan Ivy di dalam gaun mermaid berwarna shades of purple. Menari dengan senyuman manis tertampal pada wajahnya dan ketawa kecil setiap putaran yang dibuat.

Senyuman Louis pudar bila dia perasan yang Ivy sedang menikmati tariannya bersama lelaki lain. Tarian pertama Ivy bukan dengan dia.

 Terdetik rasa cemburu didalam hati Louis melihat wanita yang dia suka menari bersama lelaki lain. Tapi ini salah dia juga kerana memakan masa yang lama untuk bersiap, memastikan tiada siapa akan kenal dia dan mengambil masa untuk ke academy.

Louis turun dari tangga sebelah kanan ke lantai tari menari dengan mata tertumpu pada Ivy seorang, melihat dia bergembira menari bersama lelaki yang tidak dikenali itu. menikmati tarian pertamanya dengan girang.

Louis menyandar pada railing anak tangga terakhir dengan senyuman manis terpapar pada wajahnya.

Yang penting Ivy gembira dah cukup untuk Louis. Walaupun dia agak cemburu yang dia bukan lelaki pertama menari Waltz bersama Ivy, tapi melihat perempuan yang disayangi gembira cukup memuaskan hatinya.

Putera dalam penyamaran ini berpaling kearah sebelah kiri tangga dewan itu kerana dia perasan kehadiran lelaki serba hitam dan menjungkit kening tinggi. Siapa lelaki tu?

Diaval perasan seseorang sedang perhatikannya dan berpaling ke kanan. Dia lontarkan senyuman nakalnya dan kenyitkan mata secara menggoda, membuat lelaki muda itu segera memandang kearah lain dengan cemas.

Burung gagak itu menahan dirinya dari ketawa pecah perut dan kembali memandang anak jagaannya menari. Isn’t this what you want Master? Your daughter having her own life. A happy free life?

Diaval mengeluh sedih. “Kalau lah Ivy lihat semua ni dari sudut yang berbeza…. Tentu dia takkan harungi semua masalah yang merumitkan sini.”

But who am I to tell her that? Kalau aku cakap pun dia takkan dengar. She just like her mother; a stubborn woman.

Tarian itu diakhiri dengan tepukan gemuruh dari pelajar di sekeliling mereka, menarik perhatian Diaval semula dan juga tepuk tangan untuk dua pasangan itu.

Someone please save her…

Louis melihat pelajar lain dah kembali ke lantai menari dengan pasangan mereka tersendiri dan dia mengambil kesempatan itu untuk masuk kedalam kalangan penari tersebut untuk mendekati Ivy.

“Eherm….” Dia menyampuk dengan sopan sebaik sahaja dua penari duet itu selesai bercakap.

“Louis!” Ivy segera menutup mulutnya dan kembali memandang lelaki lagi satu. Alamak… dia dah tersasul. Stupid big mouth of mine!

“Well, I assume this is your date?” Soal lelaki itu dengan senyuman nakal.

“Yes.” Louis menjawab juga tersenyum. “If you don't mind, may I wisk her away?”

Lelaki itu ketawa dan mengambil selangkah kebelakang. “A little bit tapi dia milik awak dan bukan saya. So, wisk her away.”

Ini buat muka Ivy naik merah. Mendengar ayat itu keluar dari mulut orang lain buat Ivy rasa segan. Ini mungkin kerana tiada siapa pernah tahu tentang hubungan mereka dan mendengar seseorang mengatakan Ivy milik Louis membuat hatinya berbunga.

“Thank you dear kind sir.” Louis dan lelaki itu tunduk sama sendiri.

Lelaki itu juga tunduk kepada Ivy sambil mengatakan; “I better go find my date.” Dan dia bergerak pergi, keluar dari lantai menari itu, masuk ke dalam lautan pelajar untuk mencari perempuan yang diperkatakan.

Kembali kepada dua pasangan sebenar ini, Okestra mini kembali mendendangkan lagu waltz baru yang kedengaran lebih riang dari sebelumnya dan pelajar lain mula menari disekeliling mereka.

“May I have this dance, princess?” Louis tunduk ala-ala gentlemen sambil hulurkan tangannya kearah Ivy.

puteri’ ini hanya tersenyum. Kenapa mereka panggil aku Puteri?? Tapi dia tak merungut dan menerima pelawaan Louis. “sudah tentu.”

“Great.” Louis tersenyum nakal dan menyelit tangannya pada pinggang Ivy, menarik dia lebih dekat dan tangan mereka lagi satu separas dengan kepala mereka.

Dua pasangan ini terus menari mengikut rentak irama lagu waltz itu dan juga menari dalam bulatan bersama pelajar-pelajar yang menari di lantai tari itu. ketawa dengan girang, berputar dan mengangkat pasangan mereka keudara dengan serentak.

Charlotte yang ingin menyerbu Ivy terbatal kerana ada lagi seorang lelaki dah mendapat Ivy sesaat awal darinya. Dia menyumpah dalam hati. Kenapa Ivy dapat banyak sangat peminat ni malam? Charlotte pun nak menari dengan Ivy! rungutnya didalam hati. Memeluk tubuh, tidak puas hati dengan perhatian yang kawan ahli sihirnya dapat pada malam itu.

Hansel pula rasa ada sesuatu yang sedang mengganggunya sekarang. dari segi mental dan juga situasi dalam majlis itu. Lelaki yang menari dengan Ivy sebelum ni yang menarik perhatian Hansel sebenarnya. Sesuatu tentang lelaki itu membuat Hansel tak senang duduk untuk mengetahui identity di sebalik topeng tersebut.

Hansel ingin mengejarnya bila dia berpisah dari Ivy tapi lelaki itu terus lenyap didalam kalangan pelajar dalam sekelip mata. Tidak meninggalkan sebarang jejak samada dia masih didalam dewan itu atau telah keluar.

Who’s that guy exactly?

Jadi dia lepaskan tentang lelaki itu untuk sementara waktu dan tumpukan perhatian kepada ‘forbidden couple’ di lantai menari. Hansel tak suka apa yang dia lihat sekarang ni. Sangat… sangat tidak suka. Perhatikan Bestfriendnya menari dengan lelaki yang dia benci didalam Enchanted itu, bersenda ketawa dan terlalu rapat dari yang sepatutnya.

Dia meluat! He hates that prince more than ever before!

Ini buat Hansel mengeluh. tapi apa hansel boleh buat? Ivy sukakan lelaki tu dan apa seorang kawan kepada Ivy boleh lakukan ialah sokong dia dari belakang dan menasihati perempuan itu—bila tiba masanya. Sekarang ni Hansel hanya boleh perhatikan dua love birds ni dari jauh. Dia akan tegur, cuci, bilas, bleach, Clorox telinga Ivy pada masa yang sesuai. Bila hubungan mereka dah hampir digarisan zone bahaya.

“Wooou!” sahut penari perempuan bila mereka diangkat keudara, sama seperti Ivy dan kembali ke darat; menyentuh bahu Louis semula dan tangan satu lagi memegang tangan Louis dengan erat. “Alright, tell me kenapa kau menyamar.” Katanya lebih kepada satu arahan dari permintaan.

Louis hanya tersenyum dan memutar perempuan itu dalam tangannya. “Kalau aku jadi ‘Prince George’, aku takkan dapat nak menari dengan kau. Remember my Fiancee?” soal Louis sambil muncungkan mulutnya kearah perempuan berbaju kembar bertemakan cream gold, menari bersama lelaki bersuit tema yang sama. Adik beradik; Edward dan Julliana.

“Besides, I would sacrifice the world just for this night.” Bisiknya dengan lembut tapi ada unsur mengusik di dalamnya

Ivy memutar bola matanya mendengar komen Louis tapi dia tak dapat nak hentikan bibirnya dari ukirkan sebuah senyuman gembira. Terharu mendengar pengakuan Louis. “Which means, kau milik aku malam ni?”

Louis mengangguk. “sehingga kau bosan dengan aku.”

Ivy menggeleng sambil kerutkan hidungnya. “You know I will never get bored of you.”

“That’s Great to hear—Ready?” Louis memegang pinggang Ivy dan ahli sihir itu mengangguk, memegang kedua bahu Louis sebelum putera dalam penyamaran itu mengangkat Ivy keudara sambil berputar sebelum meletaknya semula ke darat. “Sebab aku takkan benarkan sesiapa curi kau dari aku ni malam. Hanya kerana kau lebih cantik dari selalu.”

Ivy terpijak gaunnya sendiri, hampir jatuh kebelakang tapi nasib baik Louis sempat menyambut pinggang Ivy dan menarik Ivy untuk berdiri semula. “A-apa?” Ivy terus menyoal, dengan wajah yang merah padam. Louis cakap dia cantik ke?? Oh Lord jangan cairkan ahli sihir tu sekarang. Dia belum bersedia untuk mengalah dengan lelaki ini lagi.

“I said. You. Are. beautiful.” Dia tekankan ayat terakhir dengan nada berbisik di telinga Ivy. saja buat perempuan itu berubah warna seperti haiwan cameleon.

Sementara dua pasangan ini menikmati tarian mereka, si penjaga ahli sihir ini. Diaval berdecit; mengecilkan matanya kearah pasangan menari Ivy yang baru. Sesuatu tentang budak itu membuat Diaval tak senang hati. Lelaki tu buat anak jagaannya merah… merah dalam perbagai jenis merah! Diaval tak pernah lihat Ivy memberi ekspressi wajah seperti itu. segan silu, tersipu malu, muka merah bukan kerana marah.

Hmmm….. something about that guy yang buat instinct Diaval sebagai burung gagak menyatakan yang lelaki berambut emas itu sangat merbahaya kepada anak jagaan kesayangannya.

Why?

Keakraban mereka sama seperti keakraban Ivy dan Hansel. Dan Diaval tahu lelaki tu bukan Hansel dan Ivy tidak akan rapat dengan mana-mana lelaki sesuka hatinya.

Somethings smell pretty fishy…

Tumpuan Diaval bertukar arah kepada lelaki yang datang mendekati okestra mini, lelaki yang menari dengan Ivy sebelum ni. Dia sedang berbisik kepada salah satu pemain okestra itu, sepertinya membuat permintaan kerana pemain tersebut mengangguk dan mereka semua terus berhenti bermain.

Kening Diaval terjungkit tinggi melihat lelaki tersebut itu kemudian berdiri di sebalik microfon.

 “A-Aaa… test 1, 2, 3….”

Pelajar yang menari berhenti dari aktiviti mereka bila lagu tiba-tiba dihentikan dan tumpukan perhatian kepada lelaki yang berdiri bersama microfon didalam tangannya.

Ivy menjungkit kening hairan. “Itu… nanti. aku lupa tanya nama dia.” Ivy baru perasan sepanjang dia menari dengan lelaki tu, dia tak tahu langsung siapa nama lelaki tersebut. Apapun… “Apa dia buat tu??”

Louis mengangkat bahu. “buat pengumuman tentang kehilangan datenya mungkin?”

Lelaki itu berdehem, kompisisinya dirinya dahulu sebelum bersuara; “Evening everyone, tonight… saya akan nyanyikan satu lagu rekaan saya sendiri untuk seseorang yang amat istimewa bagi saya. I can’t find you anywhere but I know you are here somewhere…” katanya dengan nada lembut. “Vivian… pada saat terakhir malam ini, walaupun aku tak dapat jumpa kau… to see you but this is made just for you.” Katanya dengan penuh perasaan.

Ivy tersenyum kecil sebelum memandang kearah Louis. “He’s so romantic.”

Louis menjungkit kening tapi tetap tersenyum. “What? Kau dah terpikat dengan dia?”

Ivy hanya ketawa dan memukul bahu Louis dengan manja. “You know what I meant.”

Louis pula tersengih-sengih. “Mungkin aku patut karang lagu untuk kau jugak.”

“Don’t.” Ivy terus reject. “I hate serenade.”

*Let me be your hero….

Dan Okestra mula mendendangkan lagu mengikut nyanyian lelaki itu. ia sebuah lagu yang perlahan, lebih kepada slow dance dan pelajar di lantai tari terus menyambut pasangan mereka masing-masing untuk menari dibawah lagu yang romantic itu.

Louis juga mencapai tangan Ivy semula. “May I?” soalnya sedangkan mereka dah pun dalam posisi slow dance.

“You are an idiot.” Itu jawapan Ivy bersertakan senyuman yang menyakitkan otot pipinya. Tapi dia tak kisah, dia terlalu gembira untuk hiraukan pipinya yang kejang.

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back?
Would you cry if you saw me crying?
Would you save my soul… tonight?

Jantung Ezra berdegup dengan kuat, seperti ia ingin melompat keluar dari sangkarnya dan meninggalkan dia bersendirian didalam mimpi ngerinya yang nyata itu; kerana dia mula rasa kulitnya menyengit dibahagian symbol sumpahan itu berada.

Ezra tahu satu lagi symbol telah muncul pada tattoo sumpahan itu hampir melengkapkan sumpahannya.

Tik tok… tik tok my dear… Bunuh dia sekarang atau kau yang terbunuh.

Ezra memeluk tubuhnya, mula rasa dirinya menggigil satu badan walaupun dia tak rasa sejuk langsung. No… tidak…. Jangan layan suara tu Ezra… jangan. Layan!

Tapi dia tak dapat endahkan kewujudan suara tersebut kerana ia ketawa dengan sinister didalam kotak mindanya. Mentertawakan Ezra yang mensia-siakan tenaganya untuk mengabaikan sesuatu yang tidak boleh dielakkan lagi.

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh? Oh, please tell me this.
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms… tonight..

Charlotte memegang erat gaunnya, menahan dirinya dari berlari ke tengah-tengah lantai menari hanya untuk bersama dengan Ivy.

Dah di sahkan.

Lelaki yang menari dengan Ivy ialah lelaki pertama Charlotte benci dalam seumur hidupnya. Kenapa? lelaki tu dah dapat peluang untuk menari dengan Ivy tadi! takkan dia nak menari lagi dengan lagu ni jugak???? Give this little girl a chance! Dia takkan dapat meluangkan masa lagi hanya dengan Ivy selepas ini sebab abangnya pasti datang memantaunya!

Its not fair! Time abangnya tiada di majlis tu, dia sepatutnya meluangkan masa sepenuhnya dengan Ivy tanpa gangguan sesiapa.

she hates that guy!

I can be your hero, baby….
I can kiss away the pain.
I will stand by you forever.
You can take my breath away….

“Oh my lord….” Ivy kembali pandang partnet pertamanya yang menyanyikan lagu itu di bawah pintu utama dewan, terpukau dengan nyanyian merdu lagu itu.  “Lagu ni…”

Louis tersenyum kecil. “Dia curahkan segala perasaannya didalam lagu ni.” Dia memutar Ivy dalam tangannya mengikut irama perlahan lagu tersebut. “He really loves that girl.”

“aku tahu…”

“Like I love you.”

Ayat itu menarik perhatian Ivy semula kepada Louis. Matanya terbeliak bulat mendengar luahan Louis. “L-Lou… aku—”

“I’m sorry.” Pinta Louis dengan senyuman sedih. “Aku tahu aku tak patut sebut perkataan tu tapi aku saja nak luahkannya. Kau tak perlu balas kalau kau tak nak. Aku hanya nak kau tahu… betapa pentingnya kau dalam hidup aku.”

Ivy tersenyum tawar. “No… aku minta maaf, sebab tak boleh balas luahan kau.” Ivy memeluk leher Louis dan sembunyikan wajahnya pada bahu lelaki itu. “Maaf tapi keadaan kita tak membenarkan untuk kita bersama.”

Louis hanya tersenyum, agak sedih mendengarnya tapi Louis juga tahu yang ada tembok halimunan diantara mereka untuk bersama, walaupun mereka begitu rapat sekarang. ia sama seperti tembok berduri yang memisahkan Vicious dan Enchanted. Seperti Ivy adalah tanah Vicious dan Louis pula Tanah Enchanted. Tidak boleh bersama walauapapun terjadi. Kalau tidak malapetaka akan berlaku keatas semua orang.

Dan ini menghancurkan diri Louis dari dalam. mengetahui dia dah tak banyak masa untuk bersama Ivy lagi dan sisa-sisa yang tinggal ini… walaupun dia ingin bersama dengan perempuan yang dia sayang, masih ada batasan yang menghadkan jarak mereka berdua. Ia sememangnya menyeksa Louis dengan perlahan mengetahui dia tidak akan pernah bersama perempuan ini.

Sebab itu dia ingin menikmati malam itu bersama Ivy seorang. Untuk mengingati malam itu, memahat detik-detik terindah itu didalam hatinya buat selamanya.

Louis membalas dakapan Ivy dengan memeluk pinggangnya dengan erat, menari seperti itu dengan perlahan mengikut rentak music.

Louis mendengar lirik lagu penyanyi di dalam dewan itu dan menyebut semula setiap lyric itu dalam bentuk ayat dan bisikkan pada telinga Ivy. “Would you swear that you’ll always be mine? Would you lie? Would you run and hide?”

Ivy mendongak, menatap mata sapphire itu dengan sedih. “Louis…”

“Am I too deep? Have I lost my mind?” Louis menggeleng dengan senyuman tawar. “I don’t care. You’re here tonight….”

Ivy rasa seperti dia tenggelam dalam lautan gelap. Sekali lagi dia rasa kesedihan yang amat di dalam dirinya. Dia tahu yang ini bukan sahaja perasaan si hati misteri tapi juga perasaannya sendiri. Dia sembunyikan semula wajahnya pada bahu Louis, menyembunyikan rasa sakit yang dia alami didalam dadanya. Air matanya menggugat untuk mengalir tapi dia cuba tahan semampu yang boleh.

Maafkan aku Louis… maaf kerana telah mencuri hatimu dan akan menghancurkannya pada masa hadapan Desis hati Ivy, Musnah. Dia mula meragui dirinya sendiri tentang semua rancangan menghapuskan Enchanted dan membuktikan dirinya pada ibunya, betapa jahat dan kejamnya Ivy sebenarnya. Dan bukannya….

Ivy memejamkan matanya dengan erat. Ayahnya…

Dia terbahagi kepada dua pilihan bila Ayahnya muncul dalam mindanya. Dia menyayangi kedua ibubapanya tapi mereka berdua inginkan masa depan Ivy yang berbeza. Ivy tahu apa yang Ayahnya inginkan untuk masa depan Ivy. dia juga tahu apa yang ibunya mahukan dari Ivy juga.  Dan ia dua perkara yang sangat berbeza. Bertentangan.

Sesiapa tolong bantu young villain yang telah hilang arah dari matlamat hidupnya yang sebenar.

I can be you’re hero, baby.
I can kiss away the pain.
I will stand by you forever.
You… can… take… my breath away…

“Ezra… kau okay ke?”

Ezra tersentak dari lamunannya dan mengangguk kecil, dia mengambil langkah kecil kebelakang dari Hanna yang cuba menyentuhnya. “A-Aku okay. Uhm—Just a little nervous.”

Hanna tersenyum, tahu sangat maksud sepupunya. “You can do this. Hanya beberapa minit lagi untuk grand finale. Ingat kata Permaisuri Elsa? Ketakutan tu akan rosakkan persembahan kau. So, be confident on this. Kau dah banyak latihan.”

Ezra hanya tersenyum. Kau tak tahu apa yang aku takutkan sekarang ni Hana… tapi… Ya aku tahu… terima kasih.”

30 more minutes before the clock struck twelves my darling~~! Hurry up and kill that darn Prince!!

Dia tiada di sini! Desis hati Ezra, menahan kuasanya merebak di lantai dewan itu. membentak suara dalam mindanya kerana asyik memaksa dia membunuh orang yang tidak hadir dalam majlis tersebut.

Don’t be too sure about that honey….

Ezra menarik nafas dalam, tenangkan hatinya yang berang. Dia tak boleh mengalah dengan suara tu, dia sengaja ganggu emosi Ezra untuk menguasai dia sepenuhnya. Tak. Ezra takkan benarkan sumpahan ni kawal dia. dia takkan benarkan suara tu… penjahat itu menang dan bunuh kawannya.

Over my dead body…

Am I too deep? Have I lost my mind?
Well, I don’t care. You’re here tonight.

Jangan risau… kau akan susuli rakan kau George tu selepas aku selesai dengan dia… sebab selepas kau bunuh Putera tu… kau juga akan mati bersamanya. Kata suara dalam minda Ezra sebelum ia ketawa dengan sinister membuat kepala Ezra tambah berdenyut dari sebelumnya. mengganggu pemikiran waras puteri ais ini.

Ezra cuba sedaya upaya untuk mengawal dirinya dari mengeluarkan sebarang kuasa walaupun minda telah diganggu. Emosinya masih lagi stabil jadi dia boleh mengawalnya. Dia boleh melawannya.

I can be you’re hero, baby.
I can kiss away the pain.
I will stand by you forever.
You… can… take… my breath away…

Louis memeluk Ivy lebih erat. Dalam hatinya dia bersumpah; Dia akan lindungi Ivy, memastikan perempuan dalam dakapannya akan selamat dari sumpahan Morgana nanti. Bila masa itu telah tiba, dia tidak akan benarkan apa-apa berlaku kepada Ivy. Dia bersumpah atas nyawanya sendiri.

 (I can be your hero, baby)
I can be your hero.
I can kiss away the pain.
And I will stand by you forever.
You can take my breath away.
You… can… take… my breath away.

 Setitis air mata jatuh membasahi suit hitam Louis. Aku terpaksa lukakan hati kau Lou….

I can be… your hero…

Satu tepukan gemuruh diberikan kepada si penyanyi dari pelajar didalam dewan juga dari Pemain okestra mini kerana menyampaikan sebuah lagu yang begitu indah. Lagu yang sangat menyayat hati dan sungguh romantic. Para wanita dalam dewan itu agak cemburu kerana perempuan yang bernama ‘vivian’ ini sangat beruntung mendapat lelaki yang romantic seperti lelaki bersama Okestra itu.

Semasa itu, Sekumpulan Pixie winter terbang masuk dari tingkap dewan menaburkan pixiedust biru keatas mereka semua membuat pelajar itu terkejut dan teruja pada masa yang sama mendengar deringan-deringan pixie-pixie itu.

 Setelah itu, tiga cahaya berlainan warna muncul di hadapan okestra mini, menumpukan perhatian mereka semula kehadapan. Tiga warna itu; Biru, merah dan putih itu makin besar dan membentuk tiga Royal fairies yang tersenyum riang dengan kayu sakti mereka di tangan masing-masing.

Tepukan Pelajar dalam dewan itu makin gemuruh melihat kemunculan tigak Pari-pari di raja itu, menandakan Masa yang telah dinanti-nanti akan bermula tidak lama lagi.

“Thank you for your warm welcome my children.. and a beautiful serenade My child.” Puji Fairy Godmother kepada pelajar yang berdiri bersama okestra mini sebelum memandang yang lain semula. “… and please.” dia ketawa kecil. “settle down kerana kami ingin buat pengumuman tentang persembahan untuk Grand Finale Majlis pembukaan Academy untuk tahun ini!” sahutnya dengan girang mendapat tepukan kecil dari pelajar lain.

“Seperti kamu semua tahu, Gracious academy akan membuat majlis atau acara untuk meraihkan tahun baru setiap pembukaan sekolah dan pasti ada Persembahan yang menakjubkan untuk mengakhiri pesta malam kita ini dengan meriah!” Fairy Marywhether bersuara pula, teruja sama seperti pelajar Gracious yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang akan mempersembahkan acara terakhir pada malam itu.

“Pada tahun lalu Pixie-pixie dari pixie hollow yang menghiburkan malam kita dengan persembahan Pixiedust mereka dengan begitu indah!—terima kasih kepada mereka untuk persembahan yang tidak dapat dilupakan itu.” Fairy Flora tunduk kepada pixie winter yang terbang di sisinya sebelum menyambung ayatnya; “Dan pada tahun ini, salah seorang dari pelajar Gracious ini sendiri akan buat persembahan pada Grand Fanale Majlis Masquerade ball ini!”

Semua pelajar saling berpandangan, berbisik sesama sendiri siapakah yang telah dipilih unttuk mengakhiri malam menakjubkan mereka itu.

Ramai yang meneka Puteri Scarlet yang dilahirkan dengan golden flowernya. Menyanyi lagu incantation kepada mereka semua sambil menunjukkan sesuatu yang istimewa dengan kuasa mataharinya itu.

Ada juga meneka kembar diraja Cina. Puteri Shui Ling dan Putera Xiao Ai. Mungkin menunjukkan kehebatan dalam seni pedang mereka di dalam dewan itu bersama Guardian Naga mereka; mushu.

Banyak lagi tekaan yang pelajar didalam dewan itu kongsikan. Kelab choir sekolah menyanyikan lagu merdu untuk mereka, sekumpulan pelajar membuat aksi yang mengejutkan—perkara yang mereka mungkin takkan dapat fikir atau persembahan lakonan dari rakan mereka sendiri!

Ivy hanya menggeleng mendengar tekaan-tekaan pelajar itu. “Atau Putera Camelot menunjukkan dirinya di hadapan mereka semua, mengejutkan mereka bahawa dia sebenarnya ada di dalam dewan ini.” katanya dengan sarkastik dan mendapat cuitan di pinggang. “ouch.” Ivy memukul bahu Louis.

“Ezra akan buat persembahan dalam Grand Fanale nanti. Dia roommate kau, takkan Ezra tak bagitau kau awal-awal sebelum majlis ni?”

“Oh she tell me alright. Dia siap rasuah aku dengan seset rantai ni lagi supaya aku datang dan lihat persembahannya.” Ivy menyentuh rantai yang terhias cantik di lehernya sambil menjungkit kening double Jerk. “Thanks to her kalau tak aku takkan datang ke sini langsung.”

“Now-now dear children, kami rasa kamu semua dah dapat agak siapa yang akan mengetuai Grand Fanale ini.” Fairy Flora menarik perhatian mereka semua semula. “Pelajar yang akan membuat persembahan yang menakjubkan untuk Grand Fanale Majlis tari menari ini ialah, Puteri Permaisuri Arendale, Puteri Ezra Nymperius December Frost.”

“It’s show time girl.” Gweneth mengenyit mata kearah Puteri Ais itu bila semua orang berpaling kearahnya dengan tepukan gemuruh.

Ezra hanya berikan senyuman paksa, menyembunyikan masalah yang menyeksa dirinya secara perlahan. Dan berjalan pergi ke hadapan Dewan tersebut dengan memeluk tubuh, kedua tangan di sembunyikan di bawah lengannya untuk mengelakkan bersentuhan kepada sesiapa.

“Ezra..”

Panggilan itu seumpama harapan bagi puteri ais ini dan berpaling kearah Ivy. Ahli sihir muda itu memberi signal untuk dia menarik nafas dalam—bermaksud tenangkan dirinya dan bersuara. “Good luck.”

Luck? Ezra hanya tersenyum sebelum berpaling muka. Dia percaya yang Ivy hanya membawa malang kepadanya sepanjang semester dia dengan ahli sihir itu dan perempuan itu ‘wish her luck’? Mungkin kali ini Ezra akan terima ‘Luck’ dari mulut Ivy kerana dia perlukan sebanyak ‘Luck’ yang mungkin bukan sahaja untuk persembahannya tapi untuk melawan sumpahan dalam dirinya.

Dia mengangguk, hanya meng’yakan Ivy dan teruskan langkahnya ke sisi Fairy Godmother. Menjatuhkan kedua tangannya ke sisinya untuk kelihatan yakin. Dia sempat mengambil nafas dalam untuk komposkan dirinya semula dan tersenyum.

“Alright…” Dia menghembus nafas kecil dengan mata meneliti setiap wajah rakan-rakannya yang teruja untuk melihat persembahan Ezra. No backing up now…. Aku dah tak boleh tarik diri desis hatinya risau, menggigit bawah bibirnya menahan rasa gemuruh yang kembali menguasai diri; melihat rakannya berharap kepadanya untuk menyampaikan fanale yang menakjubkan. Kalau aku tarik diri sekarang tentu mereka inginkan penjelasan. Dia mengeluh kecil sebelum kembali tersenyum.

Jadi aku kena bertahan.

“Everone, saya akan jumpa kamu semua di padang latihan academy okay? Di sana keajaiban yang menakjubkan akan berlaku untuk korang semua.” Katanya dengan senyuman manis dan mengangguk kepada Fairy Godmother. Sepertinya memberi signal kepada tiga royal Fairies itu untuk  melakukan kerja mereka yang seterusnya.

Ivy rasa Louis menggenggam erat tangannya dan berpaling melihat putera itu. “Kenapa ni?”

“Kita akan dipindahkan ke belakang bangunan wing A.” jawabnya dan muncungkan bibir kearah tiga Royal Fairies itu mula menghayunkan kayu sakti mereka, menghasilkan kilauan cahaya yangc cantik. Pixie winter juga mula terbang diatas pelajar, menabur lebih banyak pixiedust biru membuat badan pelajar bercahaya.

Ivy menggenggam tangan Louis lebih erat. “What the Fu—”

“Close your eyes.” Bisik Louis bila pandangan mereka mula menyilaukan.

Dia tak membantah dan pejam matanya seerat yang mungkin. Kerana dia terpaksa dan juga rasa cemas; tidak percayakan magic yang pari-pari di raja itu buat dengan gabungan pixiedust. Pelajar lain mungkin kedengaran seronok atau teruja dengan hela kecil ni tapi Ivy? No. Not at all. Dia benci bila seseorang guna magic keatasnya. Lantaklah baik atau tidak. Dia tak sukakannya.

Dia rasa badannya menjadi ringan untuk seketika dan kelihatan putih disebalik kelopak matanya. ia hanya untuk beberapa saat sehingga dia rasa kakinya dapat merasakan tanah semula dan keterangan yang menjengkelkan itu hilang.

Dia tunggu untuk beberapa saat lagi, untuk memastikan tiada lagi hela kecil berlaku dan selepas itu barulah dia membuka matanya dengan perlahan.

Ivy mendapati yang mereka bukan lagi berada di dalam Dewan tari menari itu tapi di hadapan padang latihan pedang Academy di mana Ezra berdiri di tengah-tengah padang tersebut dan dia membelakangkan bangunan Wing A. Dia sempat melihat sekelilingnya, pelajar lain juga berkumpul di depan bangunan Wing A itu, mengelilingi Ezra dan ada berada di dalam bangunan. menjenguk keluar jendela bilik darjah Wing A.

Dan Ivy teringatkan sesuatu.

Mana Diaval??

Burung gagak itu pula muncul di dalam bangunan Wing A, di salah satu kelas dalam bangunan tersebut, Dia dengan sedozen pelajar dibawah 15 tahun. Ini buat kening Diaval terjungkit tinggi.

Adakah ini bermaksud Diaval menjadi babysitter 12 budak enchanted ni secara tidak rasmi??

Oh ha-ha Very Funny desis hati Diaval tak terhibur langsung dengan penyataan tersebut. dia seorang penjaga tapi hanya untuk seorang. Dan seekor anak jagaannya tu pun agak susah dijaga apatah lagi 12 budak kecil?

Diaval tolak pemikiran itu jauh-jauh dan menjenguk keluar tingkap. Mencari kelibat anak jagaannya di dalam kalangan pelajar dewasa di padang latihan itu.

Dia bersyukur dia ni burung gagak dan mengekalkan ciri-ciri seorang burung kerana dia dapat jumpa Ivy dengan mudah di dalam lautan pelajar itu. sebaik sahaja dia jumpa Ivy, dahinya berkerut mengetahui lelaki berambut emas yang sama berdiri disebelah Ivy.

Oh—okay, that’s it. Aku akan cari siapa lelaki tu nanti desis hati burung gagak yang berang itu melihat anak jagaannya berpegangan tangan dengan lelaki tersebut. Dia akan cari tahu siapa budak durjana tu.

Hansel dan Gretel pula berpisah di dalam kalangan pelajar itu. Hansel berada di belakang lautan pelajar sementara Gretel berdiri bertentangan dengan Ivy di dalam bulatan tersebut.

Mereka berdua tidak cuba mencari sesama sendiri kerana mereka tahu ia telah dirancang oleh the Royal Faries tentang kedudukan mereka semua. Terutamanya the Believers, mereka telah di tempatkan secara strategic didalam kalangan pelajar itu dan juga di dalam bangunan Wing A.

Langkah berjaga-jaga jika sesuatu buruk akan berlaku, mereka terus bertindak memberi arahan kepada pelajar untuk selamatkan diri. sebab itu pelajar dibawah 15 tahun berada di dalam bangunan. keselamatan mereka lebih diutamakan dari pelajar diatas 16 kerana mereka lebih pantas dan cekap dalam menyelamatkan diri sendiri.

Kecuali seorang puteri istimewa yang tiba diatas pokok aok yang berdekatan dengan padang latihan itu. bersembunyi bersama rakan-rakan pixienya.

Charlotte menutup mulut, menahan diri dari ketawa dan bocorkan tempat penyembunyiannya. “Thanks korang.” Bisik si puteri kecil kepada pixie winter yang setuju bersubahat dengan puteri ini.

“You welcome Princess.” Periwinkle, kembar Tinkerbell angkat kedua ibu jarinya sambil mengenyit mata.

“Pssst….”

Mereka semua mendongak ke dahan pokok yang berdekatan dan perasan ada enam pixie berpakaian baju sejuk melambai kearah mereka.

Charlotte tersenyum lebar dan depakan tangannya untuk menyambut enam pixie yang tidak boleh terbang itu—ini sebab tinkerbell dan rakan-rakannya tidak boleh terbang pada musim salji. Kalau tidak sayap mereka akan patah dan tidak boleh disembuhkan semula.

“Great korang dah sampai!” sahut Gliss, juga pixie winter dengan senyuman gembira. “Kitorang ada kerja lagi lepas ni so, tolong jaga Puteri Charlotte untuk kami okay?”

“Okay.” jawab Fawn dengan anggukan. Duduk di atas tapak tangan Charlotte.

“Tink!”

“Peri!” TInkerbell melompat turun dari tangan Charlotte ke dahan pokok itu dan serbu kembarnya yang dia dah lama tak jumpa. “I miss you!”

“Me too!” sahut Periwinkle dengan girang. “Okay-okay, kitorang dah takda banyak masa so, enjoy okay?”

“Sure. And Good luck.” Tinkerbell memeluk periwinkle sekali lagi sebelum kembarnya itu terbang pergi, sempat melambai, ke mana Puteri Ezra berada.

“I’m sure this Fanale is one to remember.” komen Vidia, duduk di bahu kanan Charlotte.

Tinkerbell pula memanjat ke tangan Charlotte semula sebelum puteri kecil itu bawa si pixie tukang ke bahu kirinya. “I know. Puteri Ezra confirm buat persembahan hebat.”

“Hmm!” Charlotte mengangguk setuju. “pemandangan di sini lebih jelas dari pemandangan di bangunan Wing A.”

 Kembali kepada masalah yang akan menimpah Academy tersebut, Ezra tunduk melihat kedua tangannya dan menggenggam tangan yang bersarung itu. bertambah gementar kerana kepingan salju telah menyeliputi sarung tangan itu. Tidak… Dia tak boleh benarkan perasaannya pula yang menguasai dirinya. Dia kena tenangkan diri…

Tenangkan diri.

Conceal and don’t feel.

Ezra menarik nafas dalam untuk beberapa kali, cuba hilangkan perasaan gemuruhnya itu walaupun bisikan sinister masih bermain dalam mindanya. Menyuruh dia benda yang sama berulang-ulang kali.

Bunuh dia…. bunuh dia…. bunuh dia…

Dia abaikan bisikan tersebut dan mengukirkan senyuman manis pada bibirnya. Dia sempat toleh ke tiga royal fairy di dalam kalangan pelajar, memberi semangat kepada Ezra dengan genggaman erat tanda Ezra boleh melakukannya.

Ezra mengangguk. Royal Fairies ada untuk menyelamat kalau sesuatu buruk terjadi padanya. Jadi ezra tak usah risau tentang sumpahan itu sangat.

“Are you ready?” Puteri Ais ini akhirnya menyoal kepada semua pelajar mendapat sorakan dari mereka; juga memberi signal untuk pixie winter untuk berada di posisi mereka. 12 pixie terbang secara bulatan mengelilingi Ezra, bersama pixiedust dalam tangan mereka.

Somethings off…. Desis hati Ivy, dia dapat hidu bau busuk didalam udara. Ia makin kuat dari dalam bangunan asrama. Ini buat otot Ivy kejang satu badan, Jadi sabotaj itu bukan keatas bajunya. Damn it! Dia tak patut pandang rendah terhadap kehadiran gelap di Enchanted tu!

Kalau sabotaj, bau busuk disekelilingnya itu bukanlah tentang Gaun Ivy… jadi pasti kehadiran gelap ini mempunyai target yang lebih besar.

Tapi apa?

Dan Ivy teringatkan puteri ais yang memberi amaran kepada Ivy untuk tidak kacau persembahan Grand Finalenya kerana dia senang buat silap kerana gemuruh.

Ezra gemuruh. Itu kelemahan Puteri Ezra untuk mengawal kuasanya.

Ivy kembali memandang Ezra di tengah-tengah padang latihan dengan horror. Kehadiran gelap itu targetkan Ezra!

Mendengar sorakan kuat dari mereka semua membuat Ezra menelan air liur kasar, seperti ada pasir berkumpul didalam kerongkongnya membuat dia rasa sukar untuk menelan. “Alright…” Dia tersenyum tapi dahinya berkerut.

Ezra mengumpul gaunnya sebelum menghentakkan kaki di atas salji sedalam dua inci itu, menukar ia kepada lantai ais yang rata. Sementara itu, Pixie Winter melontar pixiedust keudara menghasilkan latar yang indah untuk Ezra dan berputar secara bulatan dengan aksi mereka yang telah dirancang sebahagian dari persembahan Grand Fanale itu.

 Ezra membawa tangannya keudara, sama dengan mengangkat ais yang merebak di sekelilingnya ke udara, menghentikan lantai ais itu tepat-tepat di hadapan para pelajar, menghasilkan pagar ais separas pinggang yang mempunyai ukiran yang sangat cantik.

“Saya tak ingat rutin ni.” Bisik Fairy Marywhether, hanya mereka fairy sahaja yang dengar.

“Oh hush darling. Tuan Puteri mungkin ingin buat lebih banyak kejutan.” Balas Fairy Flora tanpa matanya dialihkan dari persembahan itu. Dia taknak lepaskan sedetik pun Grand Fanale Puteri Ais yang terkenal dengan kekuasaannya yang kuat.

Fairy Marywhether hanya memeluk tubuh, tidak suka bila rutin yang berbulan mereka latih diubah sedikit. Tapi itu Puteri Ezra, tentu dia tahu apa yang dia buat.

Yup, Ezra memang tahu apa yang dia buat.

Dia sedang melindungi pelajar Academy dari dirinya sehingga dia Berjaya habiskan persembahan itu. Dia kena melindungi rakan-rakannya dan buat persembahan itu pada masa yang sama.

Dia mengubah pemakaiannya kepada short dress yang berkilau paras lutut dan highheelsnya kepada kasut meluncur untuk menari di atas ais itu mengikut rutin yang sebenar, menghayunkan tangannya dengan cantik sambil keluarkan salju keudara, menghasilkan ilusi haiwan-haiwan kecil bermain di udara, kearah pelajar, menghiburkan mereka dengan ilusi tersebut.

Ivy terus menepis arnab yang datang mendekatinya kerana dia taknak ada sebarang gangguan pada penglihatannya untuk lihat Ezra buat sebarang kesilapan atau perubahan pada dirinya.

“Ai, that not nice.” Tegur Louis melihat Ivy yang khusyuk melihat roommatenya.

“Sorry.” Jawabnya tidak ikhlas langsung. Dahi Ivy berkerut bila dia lihat ekspressi wajah Ezra. Dia kelihatan seperti bergelut dengan dirinya sendiri. Oh no… it is her.

20 minit… kau ada 20 minit…. Kill him… kill him… KILL HIM!

Bisikan halus itu makin kuat dari sebelumnya, membuat kepala Ezra berdenyut sakit. Seperti lingkara elekrik sedang merenjat setiap sudut kepala hotaknya tanpa henti, bermain dengan saraf otaknya bersama bisikan-bisikan berbisa itu.

Dengan segala kudratnya, Ezra cuba mengendahkan suara berang itu. meneruskan persembahannya dengan lancar walaupun ia telah mengugut nyawa Ezra kalau dia tidak buat apa yang ia inginkan dari Ezra.

Dan bukan Ivy sahaja perasan pergelutan yang Ezra alami sekarang. “Dia okay ke?”

“W-What do you mean? She looks fine to me.” Jawab Ivy, tipu. Ini kerana dia taknak buat sesiapa risau kalau mereka mengetahui Ezra sedang berperang dengan dirinya dan pada bila-bila masa dia mungkin akan kalah dan boleh cederakan mereka semua. “I-I mean, semua orang gemuruh bila buat persembahan pertamanya kan? Aku pun macam tu. Aku pasti dia takkan apa-apa. She’s the Ice Queen daughter after all.”

Louis hanya mengangguk tidak tekankan lagi subjek tersebut dan hanya perhatikan Ezra menari di atas ais itu dengan cantik bersama pixie winter. Menghasilkan ilusi bunga api—dari ais, haiwan kecil kepada mereka. Dia tak persoalkan Ivy kerana Louis tahu. Sangat pasti ada sesuatu yang mengganggu Puteri Ezra. Ezra jenis yang tumpuhkan segala perhatiannya kepada hanya satu benda dan dia takkan fikir benda lain selagi satu perkara itu tidak selesai. It’s not Ezra kalau dia fikirkan benda lain semasa dia lakukan persembahan penting ini.

Dan Ivy tahu apa yang mengganggu Puteri tersebut. Bau busuk di udara makin kelat di hidung Ivy. seperti sebelumnya semasa dia masuk bilik mereka, Ivy dah dapat bau sumpahan bangunan asrama cuma tidak kuat tapi sekarang… di tambah dengan perasaan gemuruh dan ketakutan Ezra yang merupakan kelemahan kepada kuasa Puteri Ais itu, sumpahan itu makin jelas untuk Ivy kesan dan tahu betapa kuatnya sumpahan itu cuba menguasai Ezra.

Kalau lah Ivy tahu sebelum ini, bau kegelapan itu datang dari Ezra….

You can’t ignore me…. You have to kill him and you know why you have too….

Dahi Ezra berkerut bila dia dengar suara sinis itu bergema dalam mindanya. ‘Tak.. Dia tiada di sini! Stop forcing me!’

Tiada di sini? Tengok siapa berada di sebelah roommate kau.

Ezra menyesal cari dimana keberadaan Ivy kerana, dia telah membenarkan dirinya untuk mengetahui kedudukan lelaki berambut emas yang mempunyai bentuk badan serupa seperti Putera George berada.

Bukannya dia kata dia tak datang ke? Dia datang ke sini dalam penyamaran?? Dia dah hilang akal ke???

Perasaaan takut dalam dirinya makin kuat mengetahui orang yang dia patut bunuh sebenarnya hadir di majlis itu dan dalam penyamaran tanpa Ezra ketahui apa sebabnya. ‘aku tidak perlu bunuh dia untuk dapatkan takhta tu. aku ada cara tersendiri untuk menang dengan adil’

Adil? Menang dengan adil? You are competing with a perfect future ruler, tiada cara untuk kalahkan dia selain bunuh nyawanya.

Ezra meluncur ke tengah-tengah padang itu dan buat putaran laju dengan tangan didep keudara, menghasilan pancuran hujan salju di tengah-tengah padang ais itu. Putarannya berhenti mendadak bila mendengar ayat tersebut. Dia kaku untuk seketika. terganggu dengan fakta tersebut.

‘Tak…’ Ezra memejam matanya, menarik nafas dalam dengan cepat, cuba tenangkan dirinya yang mula naik berang.

“DIa berhenti. Kenapa dia berhenti?” Soal Fairy Marywhether, memandang kedua pari-pari diraja juga kelihatan risau.

‘aku takkan benarkan kau kawal minda aku… Just. Go. Away!!’

Tawa sinis bergema dalam minda Ezra membuat wajah puteri ais ini makin berkerut. Kau tak boleh buang aku… dan kau tahu tu. The symbol is almost complete and you’ll be my slave forever.

I. SAID. GO. AWAY!!!”

Dan sumpahan itu lengkap.

BAM!

And everyone starts screaming for their life.

~To be Continued~

>X<

(A/N: Give me a break please…. angah dah dapat migraine memikirkan babak ni, menjiwai watak Ivy dan juga perasaan takut Ezra. Its been a roller coster to me! Sekali fikir macam mana nak gambarkan persembahan Ezra~~ hehehehe… Meh god and this part isn’t finish yet sebab tentu bab seterusnya berlaku pergaduhan agak besar. And Angah kena fikir bagaimana fighting scenes tu berlangsung!! Arrrggghhh! Wish me luck for the next chapter! (T-T) *Cries in Spanish*)


P/S: Enrique igleseas –Hero. Please hayati lagu ini. this song fits perfectly for our man’s one sided love!! Huhuhuhuhuhu.

Comments

  1. awesome angah awesomeeeee..
    excited plus happy part louis dan ivy. how sweet they are >_<#^_^#
    hahah takpe angah relax. make the best fighting scene ever. ;)
    take your time and do the best for the next chapter. *winkwink*
    -nsk-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanksss nsk thanksssss.... Angah gembira awak sukakan chapter kali ni!! N thank you for ur patience love *hugiesss* (T^T)

      Delete
  2. Good luck angah....i know u can do it

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww thank for the encouragement! Angah perlukan sokongan korang!! <3 <3

      Delete
  3. Angah. I know its hard for you. But I'm still waiting. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for waiting dear~~~ chapter seterusnya dah post! so enjoy!!! *Hug&kisses*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts