Ninth F.A.T.E

A small gift for a big event

Ivy mendongak melihat Bangunan Kuno di depan matanya dengan rahang jatuh ke lantai, mata terbeliak bulat dan mindanya mencarut 1001 bahasa warna-warni sehingga dia sendiri tak tahu bahasa apa yang dia guna untuk mencarut.

Dia tercegat di depan Gracious Academy, tergamam melihat sekolah bak istana itu seperti baru sahaja keluar dari buku cerita kanak-kanak yang dia pernah lihat sekali semasa dia 4 tahun. Academy itu kelihatan seperti sebuah istana sebenar!! Dengan carpet merah dibentang dari tempat dia tercegat ke pintu masuk utama academy, tumbuhan hijau; pokok-pokok kecil yang menghiasi laman hadapan Academy telah dipotong dengan kemas, dihias dengan bebola kaca sekecil guli yang akan bercahaya bak kunang-kunang bila malam menjelma nanti.

Bendera banner rasmi Gracious Academy dikibarkan di setiap sisi, berbaris dari Pagar utama Gracious sehingga pintu masuk Academy. Seumpama ia sedang menjemput semua pelajar kembali ke Academy itu dengan megah—atau lebih tepat untuk Grand Ceremony New year Gracious Academy.

Beg sandangnya menggelongsor jatuh dari bahunya kerana dia dah tak tahu nak bagi respon apa kepada perubahan extravaganza luar istana itu. Bayangkan macam mana bentuk dalam istana kalau luar istana dah sebegini megah?

Ivy memaling ke sisi bila seseorang menyentuh bahunya, Hansel memungut beg Ivy yang jatuh dan berikan kepada si empunya beg.

“The Great Wizard Merlin never cease to amaze me.” Katanya seperti nafasnya dicuri angin. Hansel juga kagum melihat persiapan untuk Opening Ceremony Academy yang akan diadahkan pada malam itu. “I bet ini kerja tiga Royal Fairies ni. Kalau Pengetua Merlin tentu tema Ceremony ni pelik-pelik.”

Ivy mengambil beg sandangnya dari tangan Hansel dengan kasar. “Isn’t Maquerade ball weird enough for a ceremony?” Soalnya dengan bad mood yang dia pegang dari tadi pagi lagi. melihat perubahan luaran istana tua tu telah menambah perencah bad moodnya lagi. sekarang ni dia seperti budak yang kurang tidur dan dapat migraine teruk time nak ambil exam penting dalam masa lima minit—dan dia tahu dia akan gagal dalam exam tu.

“Chillax babe, kau tegang semacam dari semalam lagi. It just one ball.” Usik Hansel dan mendapat tumbukan di lengan oleh Ivy. “ow!—Okay-okay but look at the bright side.”

“What bright side?” Ivy berdesir dengan jelingan mautnya membuat Hansel menelan air liur kelat. “sepanjang minggu ni korang dua desak aku untuk warna balik rambut aku dan buang semua make up aku dan paksa aku bangun awal untuk ubah rutin harian aku dan… berani sogok enam pixie tu untuk bekerjasama dengan korang. Hanya untuk majlis bangang ni. What bright side? Tell me. Bright side apa yang bendalah ni akan bagi kat aku?” Dia sengaja tekankan soalan yang sama semula. mukanya seperti vampire yang bersedia nak membaham mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

Gretel muncul dari belakang, baru keluar dari kereta kuda mereka dan menepuk-nepuk belakang grumpy witch itu. “Dah-dah, ambil beg kau ni…” Dia mengambil bagasi Ivy yang baru sahaja diturunkan oleh pengiring mereka dan berikan kepada empunya barang. “dan gerak masuk. Kita kena daftar bilik cepat sebelum tiga puteri tu sampai.”

Mata Ivy membesar bila Gretel ingatkan dia tiga lagi Pshyco Enchanted yang akan menghantui harinya sehingga majlis pada malam itu.

Hansel ketawa kecil melihat Ivy akur cakap Gretel, adiknya menyentuh belakang Ivy, membawa dia masuk kedalam academy dengan muka masam mencuka. Mulut berkumat-kamit menyumpah sesuatu yang Hansel tak dapat agak samada dia kutuk Gretel, penampilan Academy itu atau nasibnya yang agak malang.

“Encik. Ini semua barang encik.” Pengiring mereka menegur hansel sebelum tunduk hormat dan naik ke kenderaan itu semula untuk di bawa pergi.

Hansel mengangkat bednya dan melontarnya kebelakang bahu sebelum berjalan mengekori dua wanita itu dengan senyuman nakal. Terhibur melihat riaksi wajah Ivy sebaik sahaja mereka masuk kedalam Academy itu.

Seperti yang mereka agak, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab atas menghiasi satu Academy itu telah buat kerja yang sangat bagus. Academy itu kelihatan seperti sebuah istana sebenar yang penuh dengan perhiasan bendera yang melambangan Simbol tanah Enchanted yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz pada dinding dan pintu locker mereka.

Apatah lagi Bangunan asrama; ia sepertinya design dalaman asrama mereka telah diubahsuai sepenuhnya dari atas hingga bawah. Walaupun bentuk bangunan itu kelihatan sama seperti tahun lalu, ruang dalamannya sangat berbeza. Ini kerana Sprites dan Pixie telah bekerjasama (entah bagaimana dua makhluk itu boleh satu kepala) untuk mengubah suai design dalaman asrama itu. Lobi asrama kelihatan lebih luas dengan warna putih emas, membuat ia kelihatan lebih mewah dan selesa untuk pelajar Gracious meluangkan masa di lobi besar itu. setiap tingkat mempunyai warna tema tersendiri tapi tidak lagi dari dari konsep sebenar; iaitu kemegahan dan kemewahan diraja. Warna emas tetap terselit pada design dinding pada setiap tingkat.

Ivy rasa nak muntah tengok bangunan itu begerlipan pada luar dan dalam bangunan. dia tak pernah tengok bangunan secerah itu dalam seumur hidupnya.

Ivy dah pun mengadu kepada ketua penjaga bangunan itu kenapa mengubah konsep ‘old anchient theme’ kepada ‘luxurious castle theme’ pada asrama mereka. Dia rela melihat asrama tersebut kelihatan usang dan ketinggalan zaman sama seperti bangunan didalam buku cerita fairy tale dulu-dulu.

Ivy kena tegur oleh pengurus asrama itu dan terpaksa menerima perubahan asrama mereka. Nasib baik Gretel dan Hansel ada pada masa itu untuk menahan ahli sihir gila ini mengeluarkan kayu saktinya untuk menyumpah pengurus asrama dan juga mencederakan dirinya sendiri.

Ivy mendapat renungan dari pelajar lain kerana aksi yang dia buat di lobi itu tapi dia endahkan mereka semua—kecuali satu. Puteri Julliana yang memandang jijik kearahnya, Ivy berikan renungan maut yang boleh buat bulu roma meremang satu badan dan menghantui mimpi mereka kepada Puteri itu sebelum Ivy kena luku oleh Hansel kerana berkelakuan biadap terhadap seorang puteri.

Ivy dan Hansel pula bergaduh untuk seketika.

Setelah bergaduh dengan hampir semua orang, terutamanya pengurus asrama yang Ivy rasa kurang ajar itu—sedangkan pengurus asrama 30 tahun lebih tua darinya, Dia akhirnya mendapat nombor bilik. Biliknya kali ini berada di Winter-Spring 1. Bilik yang berada di tingkat paling atas dan Ivy mengeluh panjang.

Nak tak nak dia terpaksa membawa dua beg bagasinya besertakan gaun menyampahnya itu naik ke tingkat empat—tanpa menggunakan magic dan juga pertolongan dua beradik Gingerman.

Ivy kesemputan menaiki tangga asrama itu ke tingkat teratas. Dia rasa seperti dia baru sahaja habis marathon 10km untuk pertama kali dalam seumur hidupnya. Of course Ivy bukan perempuan yang jenis suka bersenam, dah tentu dia rasa macam nak mati naik tangga itu. kakinya menggeletar seperti orang Parkinson hanya mendaki tangga empat tingkat!! Bayangkan dia kena naik turun ke biliknya selama 4 bulan ni….

“Oh Lord… Why?!” sahutnya keudara, berlutut di depan biliknya sendiri kerana kakinya dah give up dengan dia.

Tiba-tiba, pintu bilik Ivy terbuka dari dalam dan dua wajah yang dikenali muncul, terkejut melihat ahli sihir yang juga mereka kenali berlutut depan pintu dengan kedua tangan ditadah keudara.

Ezra memeluk tubuh dengan kening terjungkit tinggi. “Kalau kau dah insaf dengan perbuatan kau, disini bukan tempat untuk kau minta keampunan.”

Hanna pula terus menyerbu rakannya itu, membuat Ivy jatuh terbaring atas lantai dengan Hanna diatasnya, memeluk dia dengan erat. “Ivy!! I miss you so much!”

“I—Can’t breath—Help!” Ivy cuba menghulurkan tangannya kearah Ezra, meminta pertolongan dari puteri ais itu tapi Ezra hanya mentertawakan dia. puteri itu tidak langsung berniat untuk tolong ahli sihir itu.

Sebelum Ivy mati tercekik oleh death Hug kawannya, Hanna melepaskan Ivy dan bantu dia bangun. “Aku ingatkan kau datang petang ni dan—Oooooo kau ada beli gaun!” tumpuannya terus berpindah bila dia perasan gaun yang tersimpan rapi didalam tempatnya berada di atas bagasi Ivy. “That’s mean kau akan menari dalam majlis tu esok—This is great!” jeritnya setelah menarik nafas tajam.

Hanna menarik tangan Ivy masuk kedalam bilik bersama gaun Ivy didalam tangannya, dan menyuruh Ivy duduk di katil berdekatan. Hanna terus menggantung gaun itu di tepi katil lagi satu sebelum membuka cover gaun tersebut.

“Oh my.. this is perfect..” bisiknya sambil memegang kedua pipi. Kagum melihat gaun frilly Ivy.

Ezra pula hanya menggeleng melihat telatah sepupunya itu dengan senyuman kecil. DIa menolong Ivy menarik dua bagasi itu kedalam bilik sebelum menutup pintu bilik mereka.

Jantung Ezra berhenti sejenak bila dia perasan kepingan salju meliputi tombol pintu bilik itu setelah dia memegangnya.

Oh tidak…..

“Ezra! Apa pendapat kau dengan gaun Ivy ni?”

Ezra segera berdiri didepan pintu, berdiri di hadapan pintu untuk sebunyikan kelakuannya dan tersenyum paksa. “Sure… it’s okay. whatever.”

“Aku tahu. It’s ugly.” Ivy merungut, tahu sangat riaksi mendatar Ezra. “Babe, kau ambil katil dekat pintu kan?” Soalnya menukar topic dari gaun hodoh itu.

Ezra memandang katil yang berdekatan denganya dan mengangguk. “Yeah. Seperti biasa.”

Ivy mengangguk kecil. “Okay ini katil aku.” Dia menepuk-nepuk tilam yang dia duduk sebelum merebahkan badannya diatas katil tersebut, membuat Diaval yang berada di bahunya terbang ke meja belajar ditepi katil tersebut. “I hope something happen to the ceremony tonight.”

“Why?” Soal Hanna hairan tapi Ezra soal dengan cemas; dan marah.

“Isn’t it obvious? Aku taknak ke majlis tari menari tu.” katanya dengan keluhan. “Uggghhh… aku tak tahu kenapa korang excited sangat nak pergi. Bukannya ada faedah langsung pergi ke sana.”

“Actually ada faedahnya.” Hanna bersuara, menepuk lutut Ivy, suruh ahli sihir itu ketepi sikit kerana dia nak duduk sebelah Ivy. “You can dance with your true love!!” dia menjerit membuat Ivy bangun. Memandang Hanna dengan muka merah.

“What??? Aku—”

“And there’s a legend said bila kau menari dengan lelaki yang kau suka sehingga grand Finale, korang akan bersama selamanya! Nothing will saperate you two no matter what!” Potong Hanna dengan girang sebelum Ivy sempat nak bersuara. “Do you know what that means??”

Kening Ivy terjungkit tinggi melihat mata Hanna bersinar-sinar dengan kedua tangan di genggam erat seperti dia berharapkan sesuatu. Dekat Ivy.

“it mean…. Kau dapat putera raja idaman kau?”

Hanna menggeleng masih lagi tersenyum lebar (Ivy tertanya macam mana kawannya satu ni sentiasa tersenyum tanpa rasa pipi kejang langsung). “Nooo…… kau dapat putera raja idaman kau!”

“What?? Me—Oh kau jangan cakap pasal Putera Edward pulak!” Melihat Hanna mengangguk laju membuat muka Ivy naik merah. “Noo!!Ivy menolak kawannya itu tapi Hanna bergerak lebih pantas, bangun melarikan diri dari ivy membuat dia jatuh bertiarap atas katilnya sendiri.

“Oooooo Ivy segan! Can’t wait beritahu yang lain tentang ni—Aku gerak dulu.” Hanna terus melarikan diri bila Ivy mencapai bantalnya untuk lontar kearah budak hyper-active itu.

Ezra yang menyambut bantal Ivy kerana Hanna bersembunyi di belakangnya. Muka Ezra tak dapat dibaca sekarang ni. Dia diantara sakit hati dan penat. Fed up melayan karenah mereka berdua.

“Hanna, kau patut pergi bersiap. the ball is in 5 hour dan kau tak unpack barang-barang kau lagi.” Ezra melontar bantal Ivy ke tuannya semula sebelum menolah Hanna keluar dari bilik mereka. “Go-Go, nanti aku datang periksa kau.”

“Whaaat tapi aku tak habis melepaskan rindu aku lagi kat Ivy—Nanti!” Dia menahan dirinya di pintu bilik membuat Ezra berdengus. “Ivy! told her you want me to stay!”

Ivy yang memerhatikan bantal dalam tangannya mengodngak melihat Hanna yang teregat di pintu. “Babe, aku jumpa kau ni malam okay?”

“Tapi kita takkan kenal satu sama lain!”

“Kau dah tengok Gaun aku! Mustahil kau takkan kenal aku nanti.” sahut Ivy membuat Hanna tersengih-sengih.

“Oh right—”

“Good. now go!” dengan satu tolakan kuat, Ezra akhirnya dapat melontar sepupunya keluar dari bilik mereka dan menutup pintu. Dia menyandar pada pintu itu dengang keluhan pendek. “Finally… some peace.”

Ivy hanya perhatikan Ezra dalam diam dengan bantal yang di genggam erat dalam tangan. Dia cuba menahan perasaannya dari meluap keluar atau ekspressi wajah cemas tertunjuk pada wajahnya. “Hey Erza…”

“What?” Ezra mendongak memandang Ivy. “Kau nak tanya pasal legend Grand Fanale jugak tu ke? Or something else—Oh wait. Aku ada bawa barang untuk kau.”

Ivy tak boleh tahan dari mengukirkan senyuman kecil dihujung bibirnya. Walaupun Ezra kelihatan bengang sekarang ni, Ahli sihir tu boleh dengar nada prihatin dalam ayat Ezra. “Barang apa?” soal Ivy dengan senyuman nakal, tangannya bermain pada hujung kain bantal.

Ezra membuka laci meja belajarnya, mengeluarkan kotak biru dari laci tersebut sebelum hulurkannya kepada Ivy. “I thought every Villain likes Jewelries?”

“Jewel—What did you say?!” Ezra tak pernah tengok Ivy bergerak sepantas itu dalam sepanjang mereka menjadi roommate. Tak sampai sesaat Ivy dah merentasi bilik mereka ke hadapan Ezra dengan pantas bak halilintar dengan mata bersinar-sinar.

Tangannya mencapai kotak tersebut dan tersentuh tangan Ezra. “Babe, tangan kau sejuk—”

“You creep!” Ezra menarik tangannya dari genggaman Ivy hampir buat kotak biru itu jatuh. nasib baik Ivy pantas menangkapnya. “Kau laju je bila aku cakap jewelry!”

Ivy perasan yang Ezra membelakangkan dirinya dari Ivy tapi dia endahkan dan membuka kotak yang mengandungi seset barang perhiasan. “Oh my….. Dottie will kill for this baby..” sahutnya seperti nafasnya telah dicuri angin.



“Siapa Dottie?”

“A friend in Vicious apapun…” Ivy menutup kotak itu semula dan memeluk tubuh. Tersenyum 1001 makna kepada Ezra membuat Puteri ais ini hairan. “What’s the catch?”

“Patut kea da catch dalam hadiah?”

Ivy menarik sengih. “Ezra, Kau bukan macam puteri yang lain. Giving me presents for no reason. Kalau ada sebab pun tentu ia friendship gifts. Tapi kita bukan kawan.” Katanya. “So, cut the friendly crap and tell me.”

Ezra agak terkejut mendengar tanggapan Ivy terhadapnya dan ketawa kecil dengna gelengan. Ivy menjungkit kening tinggi melihat Roommatenya ketawa.

“It’s a welcome back gift.” Ezra menyandar pada meja belajarnya sambil memeluk tubuh. Tersenyum melihat muka buntu Ivy. “Come on, kau ingat aku ni sejahat kau ke? Aku mungkin dingin dekat orang tapi bukan kejam. Not like you atleast.” Senyuman Ezra makin lebar melihat Ivy berdengus. “Besides, perhiasan tu sesuai dengan gaun kau untuk ni malam.”

Ivy berpaling kepala melihat gaunnya dan kotak dalam tangannya sebelum mengecilkan mata kearah Ezra. “Soooo…. There’s no catch?”

“Actually there is—”

“Ah-hah! Aku dah agak ada umpan—”

“Jangan rosakkan persembahan aku ni malam.” Ezra memotongnya balik. “Aku tahu kau tahu aku akan buat Persembahan untuk Grand Fanale dan mengenali kau sepanjang satu semester ni, Aku tahu kau akan buat something stupid to me tonight. So, D.O.N.T”

Ini buat Ivy tersenyum mengalah. “Baik tapi tetap dingin dengan aku. Ouch.” Dia menyentuh dadanya berpura-pura terluka dengan kelakuan Ezra terhadapnya.

“Sure, lagipun aku ada ni.” Ivy mengangkat kedua tangannya menunjukkan gelang tangan emas pada Ezra. “Mustahil aku akan buat muslihat malam ni.”

“Aku tahu tu tapi kau Ivy The Devil. Tiada apa yang boleh halang kau bila kau nak buat sesuatu.” Ezra tersenyum nakal kepada ahli sihir itu. “Just enjoy the show tonight okay?”

“Baiklah mak…..” Usiknya membuat mereka berdua ketawa. “Oh dan satu lagi. Apa ni?” Ivy mengangkat bantalnya yang bucu bantal tersebut telah beku dengan ukiran salju.

Senyuman Ezra pudar untuk seketika sebelum ketawa paksa. “Sebab tu aku bagi amaran jangan rosakkan Persembahan aku. I’m Nervous dan kau boleh kacau aku kalau kau dapat tahu aku gemuruh ni malam.”

“Oh that’s sly…” Ivy agak kagum dengan Ezra. “Kau sengaja tunjukkan gemuruh kau dan rasuah aku dengan jewelry ni supaya tak ganggu kau ni malam? That’s a brilliant plan.”

“I know…” Ezra mengangkat bahu dengan senyuman bangga. “So, Promise me no tricks?”

 “Of course! Besides, selepas dapat jewelry 24 karat ni… Aku janji dengan nyawa aku sendiri yang aku takkan kacau persembahan kau langsung.” dia mengangkat kotak biru dalam tangannya dengan mata yang bersinar, sama seperti perhiasan dalam kotak itu.

Ezra hanya menggeleng melihat telatah roommatenya itu. “You are such an idiot.”

“You welcome.” Balas Ivy dengan senyuman tayang gigi sebelum bangun, mengambil beg sandangnya dan Diaval sekali. “Well, aku nak ke Academy untuk selesaikan jadual kelas magic dengan pengetua Merlin. See you tonight?” Ivy masukkan kotak perhiasan itu dalam beg sandangnya dan beri signal tentang gaunnya. “Look for me okay?”

Ezra mengangguk dengan senyuman. “Sure.”

“Good. See ya tonight.” Ivy menepuk bahu Ezra dan mereka berdua menjerit kecil bila gari tangna Ivy mengalirkan renjatan elektrik kepada mereka berdua membuat dua roommate ini menjauhkan diri dari antara satu sama lain.

Ivy menyentuh gelang emasnya yang menyengit dan pandang Ezra dengan wajah terkejut. “Apa benda tu?”

Ezra yang menyentuh bahunya menggeleng laju. Juga terkejut seperti Ivy. “I—Aku tak tahu tapi bendalah tu sakit.”

Ivy memandang gelangnya sebelum mengangguk. “Aku tahu. Tapi kau akan biasa dengannya bila dah banyak kali kena renjat. Anyways… bye.” Ivy melambai dan keluar dari bilik itu.

Ezra juga melambai kearahnya dengan senyuman tapi sebaik sahaja pintu bilik tertutup, senyuman Ezra berubah menjadi riak wajah cemas, cuak kerana ada suara-suara sinister didalam mindanya sedang mentertawakan dia.

Tengok apa jadi bila Ahli sihir tu sentuh kau? Now that witch is out of our way, dah senang untuk kau bunuh Putera George…

“Kau yakin sangat dia akan tunaikan janji dia… she’s a villain, dia akan mungkiri janji tu.” bisik Ezra pada suara dalam mindanya.

No worries, This Villain will keep her promise.

 “A—Ah-Choo!” Ivy menutup mulutnya bila dia bersin secara tiba-tiba, membuat burung gagak di bahunya tersentak. “Sorry D, aku rasa Hansel tengah mengumpat aku. Kau kenapa menghayal hah?” soal Ivy tahu sangat Diaval takkan terkejut bila Ivy bersin.

Diaval menyahut sambil arahkan paruhnya ke bilik Ivy memberi signal tentang perbualan mereka tadi.

“Pasal hadiah tu?” Diaval menggeleng. “Gemuruh dia?” Diaval menggeleng lagi. “So, pasal renjatan mengejut tu?” Diaval akhirnya mengangguk membuat Ivy memutarkan bola matanya. “Itu sebab dia gemuruh but… aku rasa something seems off.” Bisiknya dengan mata pandang ke siling bilik. Ivy rasa sesuatu tak kena dari mula dia masuk bangunan asrama itu lagi, dia dapat hidu bau yang kurang menyenangkan didalam bangunan asrama itu dan Ivy pasti bau tersebut sama dengan bau semasa dia pergi ‘gown hunting’ tempoh hari dengan Hansel dan Gretel.

“It’s the same smell…” Bisik Ivy, mula rasa tak selesa dengan kehadiran gelap tersebut. “Kau rasa seseorang akan sabotajkan majlis tu ke?” Soalnya dan mendapat riaksi mengangkat bahu dari Diaval. “Maybe tapi to make sure, aku akan ke majlis tu. Just to make sure.” Dia ulang ayat itu untuk mengelakkan Diaval fikir yang Ivy sememangnya nak ke Majlis tersebut.

“There’s might be something actually exciting to see there~” Sahut Ivy dengan nyanyian tersirat, matanya naik ke sebelah kanan dengan senyuman sinis terpapar pada wajahnya.

Diaval memandang tajam kearah Ivy membuat anak jagaannya tersenyum lebih sinis dari sebelumnya. “If it is a sabotaj…. The ball will really be a blast. Get what I mean?” Ivy mengenyit mata membuat Diaval menggeleng dengan senang hati.

Ivy tersenyum melihat riaksi Diaval. Senyuman yang buat pelajar yang ingin menyapa Ivy terbatal kerana ketakutan. Senyuman yang boleh menghantui mimpi malam mereka selama berminggu-minggu.

“Lets enjoy this beautiful ball.”

.


.

“Apa kau cakap?—I mean, Tuanku…. This is important. Tuanku tak boleh tak pergi.” Edward memperbetulkan perbahasaannya kerana mereka berada di dalam istana dan dia berpangkat lebih rendah dari Putera George walaupun dia juga seorang putera, dia tetap kena jaga pertuturan bahasa bila mereka di tempat public, terutamanya di dalam istana Camelot.

Putea George mengeluh kecil. Ketara pada wajahnya yang pucat dan kesan hitam di bawah matanya yang dia kepenatan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Putera Raja Camelot dan juga Enchanted sepanjang minggu tanpa mendapat rehat yang secukupnya.

Walaupun dia penat, sebuah senyuman tetap terpapar pada wajahnya. “I’m afraid I can’t. Beta diarahkan untuk berehat pada malam ini kerana esok dah mula semester seterusnya. Hari ni sahaja masa yang sesuai untuk beta berehat sepanjang hari.”

“Tapi tuanku, our friends…. Mereka berharap tuanku menyertai Opening ceremony tu dan Tuanku tak boleh biarkan Puteri Ezra mendapat sokongan—”

“Tolong jangan sebut tentang perlumbaan tak guna tu.” Potong George, tidak lagi tersenyum. “beta tahu Kerajaan Arendalle juga tercalon untuk takhta tu tapi please… Stop mentioning it infront of me.”

Edward tersenyum tawar, mengetahui betapa besarnya beban kawannya satu ini sebagai candidate dalam pertabalan pemerintah Enchanted yang pertama. Dia dan Puteri Ezra telah di pilih oleh rakyat satu tanah Enchanted sebagai pemerintah besar seluruh tanah itu.

Mereka berdua tidak menginginkan takhta tersebut tapi Tanah itu perlukan seseorang yang membuat keputusan besar untuk mengekalkan kemakmuran dan keharmonian tanah tersebut. Terlalu banyak pemerintah yang berlainan pendapat bila berkaitan untuk memperbaiki Enchanted dan banyak juga pemerintah yang bercanggah dengan idea satu sama lain. Jadi mereka perlukan Pemerintah besar yang akan membuat keputusan akhir dari segala rancangan mereka.

Supaya ia semua pemerintah kerajaan mendapat keadilan yang mereka inginkan dan tiada penindasan antara kerajaan2 Enchanted berlaku.

Dan Putera Raja Camelot, Putera George Alexander Louis Pendragon, besertakan Puteri Permaisuri Arendalle, Puteri Ezra Nymperius December Frost telah terpilih dalam pencalonan tahta besar itu melalui suara rakyat sendiri dan juga suara Pemerintah. Termasuk ramalan The Great Wizard Merlin—walaupun ahli sihir tua ni takda kena mengena dalam pertabalan tersebut, pemerintah-pemerintah Enchanted tetap inginkan pendapat Pengetua Gracious Academy itu dan apa yang Wizard merlin ini fikirkan?

Such troublesome Politics…. I’m too old for crying out loud for this kind of things.’ –Merlin is 125 years old after all.

Mereka berdua tercalon pada usia yang tersangat muda; 13 tahun dan semenjak itu beban yang berat ini tepikul di bahu mereka sehingga ke hari ini. tiada cara untuk mereka mengelak dari takhta tersebut setelah mereka berdua bersetuju dan besumpah untuk lakukan yang terbaik sehingga mereka mendapat takhta tersebut.

Tanggungjawab itu lebih besar bila mereka juga merupakan bakal pemerintah kerajaan sendiri. Mereka tidak boleh lari dari peranan mereka di dalam Kerajaan sendiri walaupun mereka tercalon dalam Pemerintah Besar Enchanted kerana mereka tidak tahu apa akan jadi pada hari pertabalan itu. Jika salah satu dari mereka berdua tertabal, yang tidak beruntung itu tetap akan menggantikan pemerintah dalam kerajaan sendiri bila masanya telah tiba.

Edward menyentuh bahu George seumpama memberikan semangat kepada Putera Raja itu. “Hujung minggu ni? Out duty in Shopping Galery?”

Perkataan tersebut membuat George ketawa kecil. Tahu maksud kepada ayat Edward dan mengangguk. “Kita akan tunggu dan lihat—”

“Nah-ah!” Edward mengangkat jari telunjuknya; memotong ayat Putera itu dengan senyuman nakal. “I take no excuses. Before we all turn into a royal pain in the ass Ruler dan sentiasa bertekak mengenai politic sehingga kita mengupah assassin untuk membunuh satu sama lain…. Baik kita nikmati masa muda kita sebaiknya.” Katanya berlawak, tidak maksudkan apa yang dia katakan—kecuali bahagian ‘royal pain in the ass’.

George memutar bola matanya tapi tetap tersenyum. Bersyukur dia mendapat kawan yang memahami seperti Edward. “What do I do without you Ed.”

“Muka kerepot pada usia 20 an.” Jawabnya membuat senyuman George sama sepertinya. “Dah-dah… Jom siapkan kerja ni cepat. Patik ada date untuk masquerade ball ini malam. Taknak buat dia tertunggu pula.” Dia menepuk-nepuk bahu George dengan satu kenyitan mata sebelum mereka masuk ke laluan kanan istana di mana bilik study Putera Raja itu berada tapi langkah mereka terhenti di laluan hadapan laluan tersebut bila George memerhatikan corak tingkap kaca pada laluan istana itu.

Edward juga mendongak, melihat kaca yang terukir khas itu. “Patik dah lama tertanya. Benda ni wujud 20 tahun lalu kan?”

George mengangguk tanpa melepaskan pandangannya pada tingkap kaca yang menggambarkan seorang wanita berambut hitam ikal, berjubah kelabu dan memegang kayu sakti yang di angkat ke atas kepalanya, bercahaya terang seumpama dia ingin membaca satu mantera besar. “I always stop to stare at this whenever I walk through this hall.” Bisiknya dengan perlahan, hampir buat Edward tak dengar. “Saya tak tahu kenapa… ia memukaukan.”

“Kearah keburukan atau kebaikan?” Soal Edward menjungkit kening melihat wajah George. Dia kelihatan lelaki yang sedang bernostalgik dengan tingkap kaca itu. apatah lagi ia bersinar kerana pantulan cahaya melalui tingkap tersebut.

George mengangkat bahu. “Both maybe.”

Edward ketawa kecil. “who knows, mungkin perempuan ni cantik giler kalau jumpa dia depan-depan.”

“Perempuan tu Lady Morgana.” Dengan itu dia berpaling, masuk ke laluan di kiri mereka. Jauhkan diri dari tingkap tersebut. dia masukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Menyembunyikan tangannya yang menggeletar setiap kali dia sebut nama perempuan itu.

Kerana Perempuan itu telah jatuhkan sumpah keatasnya.

Mata Edward terbeliak bulat dan mengejar rakannya itu. “W-what? Really!”

“Mungkin..”

“Georg—I mean Tuanku betul-betul lah!”

Suara mereka bergema di laluan kosong itu, meninggalkan seorang budak kecil yang sedang memeluk kucing kesayangannya di laluan tersebut dengan senyuman lebar terpapar pada wajahnya.

“Abang tak pergi ke ball?” soalnya pada diri sendiri sebelum memandang kucing kesayangannya dalam tangan. “Tahu apa maksudnya tu Mr. Wiskers? I have Ivy all to myself!”

>X<

Dua jam sebelum Opening Ceremony itu…..

Ivy kesemputan, termengah-mengah seperti ikan kurang air di tangga tingkat tiga asrama itu, berpaut pada railing tangga dan tangan lagi satu menyentuh lututnya.

Sumpah dia rasa nak mati sekarang ni. Dia tak pernah rasa sepenat itu sepanjang hidupnya. Sure, guna magic hingga kelimitnya dan pitam or even worst koma tiga hari kerana memaksa diri tapi ini lain cerita. Dia rasa nak pitam dan koma pada masa yang sama—walau dua benda tu adalah perkara yang hampir sama tapi itu yang Ivy rasakan sekarang. malangnya dia tak boleh benarkan dirinya pitam. Apatah lagi koma.

Ivy menarik nafas panjang yang tajam, kembalikan nafasnya yang hilang sebelum mengeluh melihat satu lagi tangga yang dia perlu daki.

Noted yourselve… semester ni, atur jadual sebaiknya dan elakkan kembali ke bilik sepanjang hari desis hatinya sebelum mengumpul semangat yang tinggal untuk naik satu lagi tingkat untuk ke biliknya.

Dia juga salahkan kepenatannya ni kearah tiga puteri yang menjengkelkan, terserempak dengan tiga puteri itu di laluan Academy semasa dia ingin mencari The Great Wizard Merlin untuk bincangkan kelas Magicnya dengan orang tua itu tapi terbatal bila trio gila itu mendesak Ivy untuk kembali ke asrama kerana Ceremony itu akan bermula hanya dalam masa 5 jam.

Mereka kata 5 jam tidak cukup untuk bersiap untuk majlis pembukaan tahun baru Academy itu.

Dan Ivy tak faham sangat kenapa mereka beria-ia Ivy pergi ke sana. She Hates it. No. Despise the ball.

Mereka heret Ivy macam karung kembali ke asrama dan sekat dia di dalam bilik Gwen dan Apple Red (mereka dah jadi roommate sekarang) untuk membantu Ivy dalam make upnya.

Cara Ivy bermake up teruk sangat ke sampai mereka haramkan Ivy make up wajahnya sendiri untuk malam itu???

Ini buat Ivy merungut dan menjerit bila mereka membersihkan wajah Ivy sepenuhnya. Buat emergency treatment pada wajahnya yang pucat supaya kelihatan lebih ‘bernyawa’ mereka kata.

Apa? Mereka fikir Ivy tu Vampire ke?

Setelah penyeksaan yang ditawarkan kepada Ivy ditangguhkan kerana mereka juga perlu bersiap untuk majlis tersebut, Ivy mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri dari trio gila itu dengan menyelinap keluar sesenyap yang mungkin. Nasib baik Diaval melarikan diri dahulu semasa Ivy kena heret kalau tak tentu Ivy kantoi dengan bunyi kepak burung Diaval.

Dan kita kembali ke masa sekarang; Ivy tanpa make up pada wajahnya di tangga tingkat tiga asrama yang kosong. Kepenatan dengan segala karenah yang telah terjadi pada hari itu. Dia sendiri tertanya pada dirinya samada jika dia perlu ke majlis itu ke tak? sebab dia ada perasaan kalau dia pergi tentu tambah teruk jadinya. Dan dia bukan maksudkan sabotaj yang mungkin akan berlaku pada Majlis malam tu.

Ivy kembali mendaki tangga terakhir itu sebelum merempuh masuk kedalam biliknya dan biarkan dirinya bertiarap, mencium carpet biru nila itu. dia dah tak larat untuk semua sandiwara Enchanted itu.

Dia nak tidur!! Berehat! katilnya yang memanggil namanya dengan mendayu-dayu, selimut mengibaskan tangannya memujuk Ivy untuk naik keatas katil dan bantal empuk yang gebu itu menunggu ketibaan kepala Ivy untuk bermesraan bersamanya sepanjang malam. apatah lagi pada malam yang sejuk itu. lagi selesa untuk lelapkan mata.

Dengan segala kudratnya yang tinggal, secara dramatic dia mengheret dirinya ke seberang bilik dan mendaki katil tersebut seperti zombie tiada kaki.

“Ahhhh~~~” Dia tak pernah rasa begitu selesa di atas katil empuk itu dan tenggelamkan dirinya secara rela. Menikmati tangan-tangan selimut memeluk dirinya secara automatic kerana dia menghempap badannya diatas katil itu.

Dia alihkan pandangannya ke katil Ezra dan perasan nota kuning melekat pada pintu bilik.

Ia tertulis; Out first… rehearsing Grand Finale.

Oh ya…. Persembahan Ezra…. Desis hatinya dengan nada malas. Dia hampir lupa tentang janjinya kepada roommatenya. Tak ganggu dia time persembahannya lagi, walaupun Ivy sebenarnya sememangnya nak kacau Ezra kerana dah tahu dia gemuruh time Grand Finale itu.

Mungkin aku tak patut pergi desis hati Ivy agak lega dengan pilihan itu kerana sekarang dia rasa agak penat. Dia mungkin tertidur dalam berdiri bila dia di sana juga nanti. It’s boring!

Dahi Ivy terus berkerut bila dia rasa sesuatu di dalam udara, kehadiran gelap yang Ivy kenali dan segera bangun dari baringnya. “Jack….” Nama tersebut buat hati Ivy tenggelam dengan penuh kebencian.

Nak tak nak dia kena pergi. Perasaan bermalasan dan menikmati katilnya kena ditangguhkan. Dia dapat rasakan lelaki itu ada kena mengena dengan bau busuk sumpahan itu.

Tepat pada waktunya, Diaval terbang masuk kedalam biliknya melalui tingkap dan mendarat di pangkuan Ivy. “Hey D. Bersedia untuk tengok aku memperbodohkan diriku?” Soalnya dan mengusap badan burung gagak itu.

Diaval menyahut, sepertinya dia ketawa kecil dan menggeleng.

Ivy juga tertawa kecil. “Hey, boleh tolong aku tak?” Ivy tersenyum nakal melihat Diaval sengetkan kepala tanda persoalan. “Aku nak tidur sejam. Bangunkan aku lepas tu?”

Ivy tahu sangat apa yang Diaval akan katakan kalau dia cakap macam tu, walaupun dia tak faham bahasa burung.

“Aku penat sepanjang hari ni. Kang aku tetidur time makan kat sana and I need my energy untuk lindungi diri aku kalau something happen tonight.” Dia cuba yakinkan Diaval dan melihat burung itu mengangguk membuat Ivy tersenyum. “Yeay….” Bisiknya sebelum menguap.

Ivy meletak Diaval ketepi sebelum merebahkan dirinya semula di atas katil dan melelapkan mata. Tak sampai seminit, dia dah pun terlena, tidak sedarkan diri dari dunia Reality itu selama sejam.

>X<

George menutup pintu biliknya dan menyandar pada pintu itu dengan satu keluhan melepasi celah bibirnya.

Akhirnya segala tugas berkaitan Camelot dan seluruh Enchanted dah selesai desis hatinya lega sebelum senyuman manis terukir pada bibirnya.

Walaupun dia sibuk sepanjang cuti itu dan kurang mendapat rehat yang secukupnya, entah kenapa dia rasa bertenaga tanpa sebab!

Ini mungkin kerana dia teruja untuk buat satu hela yang Putera Raja Camelot tak sepatutnya lakukan. Menipu yang dia tidak akan ke majlis pembukaan tahun baru Academy sedangkan dia sememangnya akan pergi.

Terima kasih kepada tema majlis itu pada kali ini kerana dia boleh menyamar menjadi orang lain dan tidak timbulkan sebarang perhatian yang tidak diinginkan. Ye lah, dia kan Putera Raja Camelot dan juga Enchanted, mustahil tiada siapa tidak tumpukan perhatian kepadanya dan menjangka yang Louis akan menghiburkan tunangnya sepanjang malam itu.

No.

Kali ini Louis ingin menikmati malamnya bersama orang yang dia sayang. Lantaklah mereka fikir Putera George tidak hiraukan rakyatnya. Lantaklah Putera George tidak ingin menikmati waktu istimewa itu bersama tunangnya. Putera George lebih mementingkan kerja dari rakan-rakannya. Putera George yang tidak pandai berseronok, putera George itu, Putera George ini.

Ini malam, ini kali dia ingin menjadi Louis.

Hanya Louis.

Dan meluangkan masa bersama Ivy.

Hanya Ivy.

Membayangkan dia menari di lantai menari bersama Ivy membuat dia tersenyum sendiri. Tipulah kalau dia kata dia tak pernah inginkan menari bersama Ivy didalam Majlis Formal. Call it an obsession, halusination or whateve…. Dia sebagai orang Enchanted, sentiasa ke majlis tari menari, dah tentu akan terbayang menari dengan perempuan yang dia suka sekali dua. Bukan menari dalam majlis sahaja, malah banyak lagi yang berkaitan dengan etika diraja.

Dia berjalan merentasi biliknya menuju ke walk in closet di mana baju formal untuk malam itu telah tersedia rapi oleh pekerja istana.

Baju dan masknya tergantung rapi di tengah-tengah bilik itu membuat Louis tersenyum puas. Penjahit diraja menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Ingatkan diri untuk berikan mereka ganjaran esok pagi sebelum kembali ke academy desis hatinya, kagum melihat pemakaiannya yang agak simple dan luxurious pada masa yang sama.

Take notice; baju Formal Louis tidak ada kena mengena dengan tanah Camelot langsung menandakan ia sesuai untuk penyamarannya.

Tiada siapa akan cam Louis pada malam itu nanti.

“I think the ball already started.” Bisiknya kepada diri sendiri teringatkan malam telah lama menguasai alam sebelum dia kembali ke biliknya.

>X<

Ivy terbangun secara mengejut. Rambutnya berserabut seperti mukanya sekarang. tapi Kepalanya pula kosong. Tidak tahu apa nak fikir tapi dia rasa cemas semacam.

Jadi matanya jatuh ke Penjaganya yang berada di sisinya, menyahut dengan kuat, punca Ivy bangun dari tidur.

Kenapa Diaval bangunkan dia?

Mata Ivy membesar, teringatkan punca dia tidur dan kenapa dia perlu dibangunkan pada waktu malam oleh Diaval.

“THE BALL!!jeritanya lebih nyaring dari suara Guardiannya dan melompat turun dari katil. “Oh lord, Oh lord, Oh lord, Oh lord!! Kenapa kau tak bangunkan aku!”Ivy membuka pintu almarinya dengan kasar dan mula mencari gaunnya. Dia dengar Diaval bersuara membuat dia menjeling dari bahunya.

“This is your fault, you dim-witted-chicken!” gelangnya percikkan sedikit elektrik tanda kemarahannya ingin marak. “And where’s that damn bloody gown??”

Diaval hanya memutarkan bola matanya melihat karenah Ivy yang membelek baju-bajunya dengan kasar. Diaval dah cuba bangunkan Ivy dengan jeritan yang dia boleh buat tapi anak jagaannya itu tidur mati!! Macam batu, tak berganjak langsung! Dia gigit tangan Ivy, menarik rambutnya dan juga menggigit hidung Ivy kerana terpaksa tapi dia ditepis dengan mudah seperti seekor lalat pada Ivy.

Dan dia salahkan Diaval kerana tak bangunkan dia??? That forsaken child of barbarian Hood—

“AAAARRRGGGGHHHH!!!” Jeritan unlady-like Ivy menarik perhatian Diaval dan burung gagak itu juga terkejut sepertinya. Dia terbang ke tiang rehatnya bila Ivy meletakkan gaun tersebut di atas katil.

Muka Ivy pucat. Lebih pucat dari warna kulitnya yang sebenar melihat keadaan gaunnya sekarang ini.

Bawah Gaun Ivy koyak rabak seperti seseorang telah mengoyaknya menggunakan gunting dan bahagian atas gaun itu pula penuh dengan cat berwarna terang. Hijau muda, biru muda, pink, dan macam-macam lagi warna terang yang dah kering. Sepertinya ia telah di rosakkan pada waktu tengahari atau petang.

SIAPA BERANI SABOTAJ IVY??????

Ivy jatuh berlutut di kaki katilnya, dah tidak bermaya untuk rasa marah dan biarkan dirinya rasa kekalahan yang dia sendiri tak tahu punca kekalahannya itu.

“Ini ke plan sabotaj yang mereka rancangkan? Terhadap aku?”

Apa yang dia tahu ialah dia rasa sangat kecewa. Dia sebenarnya teringin ke majlis tersebut dan buat kali pertama teruja untuk majlis itu! Selalunya dia akan cari alasan untuk tidak pergi ke mana-mana keramaian tapi… bila dia ingin pergi… walaupun sentiasa merungut tentangnya… Niatnya tak tercapai kerana seseorang telah rosakkan gaunnya.

Kenapa sekarang? kenapa tak dari semester lalu lagi? desis hatinya tidak faham dengan si pensabotaj. Kalau ini salah satu niat pembulian mereka seperti apa yang Gretel katakan semester lalu.. kenapa mereka nak buli Ivy sekarang? Samada mereka semua tu bodoh kerana ingin mati di tangan Ivy atau mereka terlalu berani untuk berhadapan dengan ahli sihir kejam itu.

Atau mereka tahu Ivy dah tak berkuasa kerana gelang emas itu.

Fikiran Ivy terganggu bila dia rasa renjatan tepercik pada lengannya. Renjatan tersebut makin kuat seperti mana hatinya naik marah, membara kerana rasa tercabar dengan mereka yang pandang rendah terhadap kelemahan Ivy sekarang ini.

“Tak… Tidak….” Dia menggeleng kecil. Dia tak boleh marah… dia kena kawal kemarahannya. Kalau mereka lihat tangannya melecur lagi tentu mereka risau, timbulkan banyak persoalan kenapa Ivy marah sehingga biarkan dirinya melecur seperti ini.

Jadi dia memejamkan mata secara perlahan. Mengira didalam hati dan menarik nafas dalam untuk beberapa kali sehingga hatinya kembali tenang dan gari di pergelangan tangannya itu berhenti merenjat dia.

Ivy kembali membuka mata, perkara pertama dia lihat ialah Diaval yang berdiri di hadapannya, sengetkan kepala seperti Diaval risaukan keadaan anak jagaannya.

Ivy tersenyum kecil, memberi tahu secara senyap yang dia tidak apa-apa. tapi senyuman itu juga menunjukkan dia sedikit sedih.

Sedih kerana dia sememangnya dalam keadaan lemah tanpa magicnya.

Sedih kerana dia berada di dalam kalangan musuh dan kena menahan segala perasaan sebenar yang dia ingin luahkan.

Sedih kerana dia tak boleh ke majlis pembukaan Academy itu untuk melihat malapetaka yang Puteri Ais itu akan buat nanti.

Lebih menyedihkan…

dia tidak pandai menjahit untuk perbetulkan gaunnya.

“I bet the Lords are laughing at me right now.” Katanya dengan nada sarkastik sebelum bergerak ke tingkap biliknya. Duduk di tingkap sil itu bersama Diaval diatas pangkuannya dan membuka jendela tersebut. melihat suasana meriah yang berlangsung di Academy sekarang. penuh dengan cahaya terpancar di langin malam dan pelajar Academy yang berpakaian serba mewah keluar dari asrama menuju ke Academy melalui Jambatan.

Tersenyum riang dan bersenda ketawa sesama sendiri dan pasangan mereka.

Ivy menyandar pada bingkai jendela, melihat suasana yang bersinar, berwarna-warni menari dibawah langit malam yang ditemankan ribuan bintang yang begerlipan, umpama menari bersama keriangan yang sedang berlaku di dalam perkarangan Academy. Kereta kuda dari luar istana yang mempunyai pelbagai bentuk dan perhiasan lambang kerajaan tersendiri kelihatan tiba di hadapan pagar utama Academy, Wanita dan lelaki yang keluar dari kereta kuda tersebut berpakaian serbah mewah dan unik. Para wanita itu memastikan gaun mereka lain dari yang lain dan akan terserlah di lantai tarian nanti. para budiman juga tidak kurang segaknya. Bersuit hitam, putih, kelabu dan banyak lagi warna yang menarik perhatian para wanita untuk ingin menari dengan mereka. rambut di sikat kemas dan topeng yang unik menyembunyikan wajah mereka membuat mereka kelihatan sangat mysterious dan menggoda pada masa yang sama.

Ivy menghembus nafas dalam. Tak kah Ivy rasa ironiknya bila dahulu kecil dia sentiasa tepersona melihat buku-buku fairy tale yang menggambarkan majlis tari menari seperti ini? Buku yang dibacakan oleh Ayahnya pada waktu malam sebelum dia masuk tidur. Mendengar suara lunak ayahnya membaca setiap ayat yang berbaris didalam buku itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, senyuman halus terukis pada wajahnya bila dia cuba fahamkan ivy yang empat tahun bagaimana bentuk gaun orang Enchanted dan juga perhiasan istana yang bertentangan dari Vicious.

Ivy yang dahulunya suka mendengar Ayahnya membaca buku-buku cerita tentang Enchanted, teringin melihatnya dengan matanya sendiri. Ayahnya berjanji untuk tunjukkan padanya suatu hari nanti bagaimana suasana majlis tari menari Enchanted yang sebenar.

Tapi…

Setelah Ayahnya pergi meninggalkan dia, Ivy mula menanam kebencian terhadap Enchanted hanya untuk menimbulkan rasa benci terhadap ayahnya sendiri.

Dan sekarang? dia rasa kagum melihat suasana malam majlis tari menari itu.

Ivy tertawa pada dirinya sendiri itu kerana mempunyai niat amatur. Sebanyak mana pun dia bencikan tanah yang penuh kebaikan itu, dia tak boleh bencikan ayahnya. Lelaki itu ialah seseorang yang sangat penting dalam hidupnya. Dia yang membantu Ivy dalam waktu sukarnya dengan hati kedua yang muncul dalam hatinya. Menyembunyikan dan melatihnya untuk menyembunyikan hati misteri itu dari Ibunya.

Menyelamatkan hari-hari suram Ivy bila Ibunya kecewa akan kegagalan Ivy dalam mengusai magic asas.

Lelaki itu ialah Ayah Ivy yang dia sanyangi.

Tapi juga dia benci.

Kerana Ayahnya telah buat Ivy bersumpah untuk tidak membuang empunya hati yang tidak diketahui didalam dadanya itu.

Ivy terus menyentuh dadanya bila dia rasa hati itu tenggelem. Dia merintih kesakitan.

Diaval mendongak melihat anak jagaannya dengan risau. dia menyahut kecil menarik perhatian Ivy.

Ivy tersenyum tawar. “Hati ni buat hal lagi.Cuma kali ni kesedihannya lebih dalam dari sebelumnya. It hurts.” bisiknya dan memejam mata dengan erat. Sekali lagi dia rasa kesedihan yang amat itu merebak di dalam dadanya. Ivy rasa dia tenggelam di dalam lautan gelap dan tidak dapat bergerak langsung untuk selamatkan dirinya. Dia rasa kebas satu badan. tidak dapat membuka mulut untuk meminta tolong mahupun untuk bernafas.

Oh Lord… This old heart will be the death of me.” Katanya dengan nada sarkastik sebelum dia merintih sekali lagi. “Tak boleh ke kau berperasaan seperti sebelumnya? Marah dan penuh dengan dendam? I need that emotion in me! Bukan kesedihan…. This sad lonely feeling! Be mad!!” Bisiknya dengan nada kasar. Kesakitan itu masih lagi membakar dadanya. “Supaya aku boleh gunakannya untuk hancurkan Enchanted.”

Diaval hanya mengangguk, tidak dapat buat apa-apa selain melihat anak buahnya menanggung beban didalam dadanya itu. Walaupun dia telah membuang hatinya yang sebenar, hati milik seseorang tidak dikenali itu tidak akan pergi. Kerana Ivy telah bersumpah dengan ayahnya untuk tidak akan membuangnya walauapapun berlaku.

Dia melihat Ivy menarik nafas dalam dan satu badannya kembali relaks, dia kembali menyandar pada bingkai jendela biliknya sebelum pandang semula keluar tingkap.

“How nice….” Bisiknya dengan nada mendatar sambil mengusap badan Diaval. Dia cuba melupakan kesedihan hati pendua itu. “Now I felt like Rapunzel stuck in a tower.” Katanya dengan nada lawak yang pahit. “Patut ke aku nyanyi lagu ‘I’ve got a Dream’?”

“Atau kamu boleh nyanyikan lagu ‘A dream is a wish’.”

Satu suara lembut bak loceng berdering kedengaran dari dalam biliknya membuat Ivy berpaling bertetangan.

Mata ahli sihir muda ini membesar melihat satu cahaya biru yang cerah muncul di sudut biliknya dan secara perlahan membentukkan diri menjadi seorang manusia bersayap kaca dengan senyuman manis.

“Good Evening my dear….”

“Fairy Godmother???”

>X<

~To be continue~

(A/N: Salagadoola mechicka boola bibbidi-bobbidi-boo, put them together and what did you got? bibbidi-bobbidi-boo!! *sambil menghayunkan kayu sakti angah kearah u readers* See you at the next part of the chapter!!)

8 comments:

  1. ohhhhh myyyyy.... angah. .cepat laaaaa sambunggggg .....cepatlaaaaaa angah...........
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh my... So many mulitples aaaaa's, gggg's and ohhhh myyyy's... Hahahaha angah tak boleh tolak permintaan ni, angah akan cuba post secepat y mungkin!! Wait naaaaa *huggsss*

      Delete
  2. Angahhhhh! Hurry up! Pos laa smbngannya. *cry cry*

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Bagi tisu kat fyzrin* no-no, don't cry! Angah dlm proses karang chapter seterusnya! Angah buat secepat y mungkin!! (つд⊂)

      Delete
  3. wahhhhh double triple besssssstttttttt -nsk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyyy!! Ooh nsk? Bunyi macam commentr baru ヽ(゚∀゚)ノ! Hahaha apapun, thanks for the compliment!! *hugs&kisses*

      Delete
  4. Kembar maleficentApril 16, 2016 2:21 pm

    Wow!!!!!! [Speechless]b( ̄▽ ̄)d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuuuuuuuuuuuuuuhuuuuuuuu!! [Breathless] o(≧∇≦o)

      Delete