Fifthteen F.A.T.E
A deadly couple
“Arrrrgggghh!!!!”
satu hembusan kasar terlepas dari kerongkong seorang putera raja dengan tangan
diangkat keudara. “Isn’t this nice?” Edward berpaling pada Philipe di
sebelahnya, juga menikmati hari outing mereka tanpa pengawal diraja sebelum
memandang dua lagi putera di belakang mereka.
Dua
putera ini tidak seperti Edward dan Philipe, mereka berdua kelihatan tidak
teruja langsung ke Bandar Camelot, berjalan-jalan di salah satu Shopping Galery
terkenal di kerajaan tersebut.
Xiao
Ai tetap dengan buku kecil dalam tangan, ternyata tidak berminat dengan
‘aktiviti outing’ mereka, sementara George hanya diamkan diri, memandang
kasutnya yang mungkin lebih menarik dari tarikan disekeliling mereka dengan
kedua tangan dimasukkan ke dalam poket.
Edward
hanya mengeluh. Haiiihlah, kenapa lah dua
kawannya ni tak menyeronokkan langsung? Desis hati sedih si putera
Charming. Bukan selalu mereka keluar dalam penyamaran seperti itu.
“Dude,
aku dengar Galery Ducthman ada restoran dessert baru. Mereka kata dessert kat
sana is to die for. Kau pernah dengar tak pasal restoran tu G?” Piliphe
berpaling kebelakang, melihat kawannya yang murung itu.
George
mengangkat bahu. “Cherr selalu tempah benda manis dekat sana, so it must be
true. Memandangkan Cherr tu sweettooth.”
Philipe
bunyikan lidahnya mendengar jawapan George. “Boleh tak kau sekurang-kurangnya
excited kita keluar dari istana membosankan tu?”
“Actually
that’s an academy—”
“Yang
dahulunya istana pertama Camelot, istana tetap istana Xiao, and I’m sick of
that place.” Rungut Philipe dan kembali memandang kehadapan. “Hey George, asal
Raja Arthur buat istana baru hah? Istana lama tu masih elok lagi, kenapa
tiba-tiba buat baru?”
George
diamkan diri untuk seketika, persoalan itu membawa George ke masa silam yang
dia tidak ingin ingat. Perbualan dengan Raja Arthur, satu-satunya perbualan
antara anak dan ayah yang tiada kena mengena dengan urusan kerajaan.
“Tempat tu terlalu banyak
sejarah gelap. kenangan pahit antara kita semua keluarga dan juga sumpahan
Enchanted tu. Morgana mati disebabkan Ayahanda. Dia pergi dengan perasaan benci
pada Ayahanda…. Dan ayahanda tak pernah sekali pun perasan yang makcik kamu dalam
masalah.”
George
masih ingat suara menggeletar ayahandanya, menahan topeng tegasnya dari
terjatuh dari wajahnya, menyembunyikan perasaan kesal dalam dirinya pada adik
kesayangannya.
“Kesemua kesalahan Ayahanda
dibalas pada kamu. That castle… in that precious castle, Ayahanda tidak dapat
melindungi kamu dari adik ayahanda sendiri. I just can’t protect the most
important things in my life. not even once…. Ayahanda gagal.”
Ayahanda gagal….
Ayahanda gagal….
Raja Arthur gagal…
George
menggeleng. “Manalah aku tahu. Mungkin Wizard Merlin mempermainkan Raja Arthur suruh
buat istana baru dan ambil istana lama untuk dirinya sendiri.”
Xioa
Ai menarik sengih. “Bunyi macam perangai Pengetua Merlin.”
Edward
hanya tersenyum, tidak berikan sebarang komen dan kembali memandang ke hadapan.
Dan pada masa itu langkah Edward terhenti. Membuat yang lain hairan.
“Ed,
kau kenapa?” Soal Philipe melihat kawannya seorang ni seperti baru sahaja
nampak sesuatu yang menakutkan kerana dia kelihatan pucat. Jadi dia mengekori
kearah mana anak mata Edward melihat, mencari apa yang Edward jumpa diantara
luatan orang awam di dalam gallery itu. “Apa kau tengok tu hah?”
Dua
putera ini juga mula mencari, apa yang buat Edward terkejut beruk semacam tapi
terbatal bila Edward menjerit cuak.
“H-how—I
mean, How about we go to that dessert shop?”Bukannya korang nak pergi sangat ke
tempat famous tu ke? Kalau fa-famous tentu ramai orang di sana kan? Kita patut
pergi cepat sebelum terlambat.” Katanya bergerak kebelakang Xiao Ai dan George
dan tolak dua putera itu suruh mereka jalan dengan lebih cepat.
Philipe
hanya menggaru kepala tidak faham kenapa Edward tiba-tiba beria sangat nak
pergi restoran itu tapi Philipe tidak mempersoalkannya. Hanya mengangkat bahu
sebelum mengejar tiga kawannya. Dia juga teruja nak pergi restoran Dessert tu.
Sebab tu tak bising dan ikut sahaja dari belakang.
Sementara
itu, kedai yang mereka berempat telah lalu, sebuah kedai accesorries yang
mempunyai pelanggan emo, serba hitam dan asyik mengutuk design perhiasan kedai
tersebut membuat penjual kedai itu pun cuak.
“Euughh….
Seriously, orang Enchanted has no fashion sense at all!” marah Ivy, melontar
gelang tangan yang elegent itu kembali pada penjual. “Aku kata design terhebat
aku tak maksudkan lebih bling!” Ivy menjeling kearah Jack yang menutup mulutnya
menahan ketawa. Dia berdengus dan kembali pandang si penjual. “Kau tahu tak
tema gelap dan rock kapak?” Melihat Penjual itu menggeleng buat Ivy menepuk
dahinya. “Aiyaiyai…..”
Jack
tidak lagi dapat menahan dan tawa kecil terlepas dari celah bibirnya sebelum
dia menutup mulut semula. “Sorry…” katanya tapi tak ikhlas langsung. “Hey, kau
patut dah jangka Enchanted tiada design macam tu kat sini. Asal kau desak
penjual ni pula? Kau tak kasihankan dia ke?” Soalnya mendepakan tangan kearah
penjual yang dah pucat membiru, lutut dah menggeletar teruk, tunggu untuk pitam
sahaja
“Well,
memandangkan kau kata kedai ni menjual barang perhiasan terbaik di Enchanted,
dah tentu aku jangka mereka buat design seperti Vicious—mungkin tak sebaik
perhiasan di Vicious tapi sekurang-kurangnya ada!” marahnya dan sempat berdesir
kearah penjual itu. “Kenapa kau tak cakap awal-awal kat sini tiada design yang
aku nak? Kau buang masa aku je.”
“Sweety-pie,
aku cakap je Galery ni ada kedai Accessories terbaik Camelot, aku tak ajak kau
pun untuk ke sini. Kau yang heret aku.” Usik Jack sambil tolak bahu perempuan
itu. cuba letakkan balik kesalahan pada Ivy. “Dan kau tak bagi aku habiskan
ayat aku kau dah paksa aku bawa kau ke sini.”
Ivy
memeluk tubuh dan alihkan pandangannya dari Jack, tidak ingin mengaku salah
walaupun Jack dah tolak bahunya suruh dia mengaku. Dia tepis tangan Jack. “Ah.
Kau ni menyapah betul… baik kau beritahu aku pasal—” Ayat Ivy terhenti seketika
bila dia jeling penjual di tepi mereka. “pasal benda tu… cepat. Aku ada
banyak kerja lagi ni.”
Jack menarik sengih. Perasan pandangan singkat
Ivy tadi. “Sure. Apa kata kita pergi ke tempat yang lebih elok untuk
berbincang.”
“Kenapa
tak time kita berjalan kembali ke Enchanted?” Soal Ivy sakit hati.
“Sebab
aku nak tunjukkan kau tempat yang kau akan suka.” Jawab Jack dan mencapai
lengan atas Ivy semula. “Come on now, love.” Ajaknya dan menarik Ivy dengan
lebih lembut dari sebelumnya keluar dari kedai tersebut.
Penjual
kedai accesorries itu hanya tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua.
“C-C-C-Come again—never—please…” katanya dan sebaik sahaja pintu itu tertutup
dia jatuh terduduk diatas lantai, kalau roh boleh dilihat dengan mata kasar,
orang di luar kedai dah dapat tengok roh si penjual keluar dari jasadnya.
.
.
“Finally
giliran kita.” Rungut Philipe sambil menggigit kuku jari ibunya, menahan diri
dari menjerit dan tarik perhatian yang tidak dingini.
Setiba
sahaja mereka di restoran Dessert yang dipanggil ‘Blanc Chat’, tak sampai dua
langkah mereka masuk ke tempat itu, mereka dah bertemu dengan barisan terakhir
ke kaunter pesan. Nak tak nak mereka terpaksa berbaris seperti orang biasa
kerana mereka taknak membongar identity mereka hanya kerana mereka nak makan
benda manis di restoran itu.
Xiao
Ai orang pertama wakilkan diri untuk pergi cari tempat duduk kosong untuk
mereka duduk sementara mereka bertiga beratur untuk dapatkan manisan untuk
mereka. Xiao Ai beritahu dessert apa dia nak dan terus beredar tanpa sempat
dengar kawan-kawannya bersuara.
Setelah
beberapa minit beratur, George pula teringatkan sesuatu. Sebelum George keluar
dari Academy, dia ada bagitahu Charlotte dia nak outing dan adiknya meminta
George untuk ambilkan tempahan Charlotte di Gallery Nombaech memandangkan
abangnya dah nak keluar.
Dan
tinggal Edward dan Philipe sahaja yang berbaris selama 42 minit dan 32 saat
dengan pesanan manisan dua kawannya itu dalam ingatan mereka.
“Selamat
datang ke Blanc Chat. Boleh kami ambil pesanan anda?” soal pekerja cashier itu
dengan senyuman manis, berapron hitam yang matching dengan topi berslogannya.
“Satu
chocolate gold moose, satu kotak sederhana macaroon colloured flavors, Cheese
cake… Minuman pula, dua jus manga dan satu jus limau… dia ni pula....” Edward
memandang kawannya berbadan sado. “Dude, berhenti flirting dan order.”
Philipe
yang mengusyah pekerja cashier itu tersengih-sengih dan kenyit mata pada
pekerja itu. “Tiramisu surprise, and banana milk shake.” Katanya dengan nada
menggoda membuat pekerja itu tersipu malu.
Edward
pula hanya menggeleng. kemana sahaja kami
pergi, Tak sah tak mengurat si Philipe ni desis hatinya dan mengetuk meja
kaunter untuk kembalikan perempuan angau itu pada dunia reality. “berapa?”
“Hmm?
Oh! Yess…” dia masih lagi tak lepaskan pandangannya dari Philipe (Apatah lagi
putera ni tunjukkan otot tangannya) dan mengira bayaran untuk pesanan mereka. *tink* “That would be…. 32.40.”
Edward
hanya menggeleng dengar suara meluat perempuan itu dan keluarkan sejumlah wang
dari dompetnya dan letakkan di atas kaunter. Perempuan itu tersenyum tayang
gigi pada Edward untuk seketika, mengambil duit itu dan juga berikan kertas
pesanan mereka pada pekerja yang bertanggungjawab sebelum kembalikan baki pada
Philipe.
“Thank
you my dear.” Sahut Philipe dengan nada maskulinnya dan kenyit mata pada Edward
sambil masukkan baki duit itu kedalam kocek seluarnya.
Oh this flirtatious man……
“Here’s
your order sir, and hope you enjoy your delicious dessert.” Kata si pekerja perempuan
itu berikan setalam makanan pada Edward sebelum mengambil satu tisu untuk
menulis alamat rumahnya dan berikan kepada Philipe. “mail me?” soalnya hanya
untuk mereka berdua mendengar.
Philipe
mengambil tisu itu dengan satu anggukan. “Of course.”
Edward
pula memutarkan bola matanya, fed up dengan Philipe yang dah dapat mangsa
barunya. “Jom Phil.” Tegurnya supaya Philipe berhenti mengurat dan bagi
pelanggan lain pula memesan makanan mereka.
“Coming.”
Sahutnya dan mengucup tangan bahagian belakang perempuan itu, mengatakan ucapan
selamat tinggal yang manis dan mengejar Edward yang dah bergerak pergi. “Lucky
shot again…” bisiknya dengan bangga sambil angkat tisu bertulis itu separas
pada wajahnya.
“Kau
takkan mail perempuan tu.” Katanya lebih kepada fakta. “Kau tak pernah bosan flirting
dengan perempuan ke?” Edward melihat Xiao Ai mengangkat tangannya di hujung
bahagian tersembunyi restoran itu dan Edward dongakkan dagu tanda dia lihat
dimana meja mereka.
Philipe
mengangkat bahu slamber dan masukkan alamat perempuan itu masuk kedalam poket
seluarnya. “It’s just for fun, lepas graduate kita takkan dapat berseronok
macam ni lagi so, nikmatinya selagi boleh.” Philipe mengambil tempat duduk berdepan
dengan Xaoi Ai sebelum menyambung; “Aku pasti Ibunda aku dah calonkan bakal
isteri aku di kerajaan aku sekarang ni. So, sebelum aku terikat dengan
perempuan yang membosankan pilihan ibunda aku, baik aku berseronok dengan
perempuan random kat sini. There’s no harm done.”
“Kecuali
keseronakan kau dah melampaui batas…” Xiao Ai menghirup jus limaunya. “and have
illegitimate child.”
Philipe
yang baru je suap potongan tiramisunya kedalam mulut hampir tercekik sudu
sendiri mendengar kawannya yang stoic bercakap benda terlarang itu dengan nada
mendatar. “Dude, aku mati tercekik sebelum aku boleh buat macam tu.” Katanya
diantara batuk sambil tumbuk dadanya. Mencapai milk shakenya untuk diteguk
sampai setengah.
Xiao
Ai mengangkat bahu. “Isn’t that a good thing? Permaisuri Merida tak perlu risau
anak dia yang bebal ni buat benda yang setaraf dengan panggilannya.”
“Oh
hardy-har-har Mister smarty-pants.” Kutuk Philipe, tidak sampai kehati. “Aku
tahu aku tak sepandai kau tapi aku tahu perbezaan baik dan buruk. Aku taklah
sebodoh tu. And you know that.” Dia memberi amaran dengan garfu dessert
diarahkan pada Xiao Ai.
Akhirnya
senyuman kecil terukir pada bibir Xiao Ai dan dia letakkan buku itu ketepi.
Tangan disipul rapi diatas meja bersama senyuman sengih pada bibirnya. “Hanya
peringatan kecil kawanku, baik sediakan payung sebelum hujan.” Xiao Ai perasan
kerusi disebelahnya kosong dan menolak kacamatanya naik disebabkan habit. “Mana
George?”
Edward
ingin beritahu yang kawannya seorang tu sedang mengambik barang untuk adiknya
tapi terbatal bila putera yang dikatakan datang dari pandangannya dan
melabuhkan punggung di sebelah Xiao Ai; berdepan Edward dengan sembusan lelah.
“Here
he is…” usik Edward dengan senyuman nakal dan lihat beg putih kecil dalam
tangan George diletakkan di tepi meja. “Is our errand boy did a great job
retrieving our young princess goods?”
George
berdecit. Nampak sangat tidak ada tenaga nak balas usikan Edward. “Aku terpaksa
pergi ke gallery sebelum ni untuk ambil locket tempahan khas adik aku. Dah lah
bangunan tu dua batu jauh dari gallery ni.”
“G,
kau merapu, Gallery Dutchman dengan Nombaech taklah jauh sangat. Takkan itu pun
kau dah penat.” Komen Xiao Ai, merehatkan tangannya pada kepala kerusinya
sendiri.
“Aku
penat sebab rempuh orang di gallery tu. Baru je kita pergi sana tadi, taklah
sesak sangat tapi bila aku pergi balik. Selautan wanita-
“Galeri
tu sememangnya khas untuk perempuan sahaja-
“Dan
penjual kedai accessories tu pelik semacam.” Potong George, mengendahkan komen obvious
Edward. “Dia macam baru nampak hantu, menggeletar satu badan bila dia bagi aku
kotak ni.”
“Parkinson?”
Soal Xiao Ai dengan kening terjungkit.
“More
like trauma really.” George mengangkat bahu tak tahu. “Dia kata dia hampir
berikan loket Cherr pada pelanggan menggerunkan tadi tapi mereka dah beredar
sebelum dia buat tu. Nasib baik.”
“Menggerunkan?”
Philipe pula tertarik dengan perbualan mereka. “Dude, Camelot tiada orang macam
tu. Kecuali Ivy the Devil and setahu aku dia tak dibenarkan keluar dari
perkarangan Academy tanpa permission.”
“The
Devil tidak akan akan keluar dari Academy.” Xiao Ai menambah, seperti dia yakin
dengan penyataannya. “Dia tahu Camelot terlalu cerah untuk cita rasanya.
Walaupun dia bukan orang Vicious lagi, personality Viciousnya masih melekat.”
Kata Xiao Ai dengan nada serious seperti mereka buat satu meeting penting. “It
takes centuries to change her taste—” Ayat Xaio Ai terhenti bila Edward yang
makan minum jusnya tersedak secara tiba-tiba, menutup mulutnya sambil alihkan
kepalanya ke tepi supaya tidak tersembur pada kawannya. “Ed, kau okay?”
Edward
mengangguk sambil terbatuk dibelakang tangannya. Matanya kembali melihat jauh
disebalik bahu George dan kembali terbatuk bila dia nak bersuara. Rasa gatal
dikerongkongnya masih tidak redah.
Philipe
pula mentertawakan Edward, mengetuk meja dengan kepala terhumban kebelakang
melihat Edward terbatuk-batuk. “Kau patut tengok muka kau tadi!—Oh Heavens, jus
air tu keluar dari—haha—hidung—” Dia kembali ketawa dah tak tahan sampai
perutnya kejang tidak dapat nak tarik nafas baru.
Xiao
Ai dan George turut ketawa tapi lebih mentertawakan Philipe dari Edward. Mereka
bertiga tidak perasan Edward yang mengelap mulutnya guna tisu tidak tergelak
langsung. Malah dia kelihatan horror. Horror melihat siapa yang melangkah masuk
kedalam restoran dessert itu bersama seseorang yang Edward pasti akan
menggegarkan emosi George.
Long live Ivy the Devil.
“This
line is so bloody long—”
Jack
menutup mulut Ivy bila perempuan itu tinggikan suaranya dan pandang sekeliling.
Menghembus nafas lega tiada siapa memandang kearah mereka. “Kau tak sah tak
boleh menjerit ke?”
Ivy
segera menepis tangan Jack dan berikan renungan meluat. “Aku menjerit kalau aku
nak. Tell me, what’s great about this place sampai bawa aku ke sini? Tempat ni
terlalu banyak orang!” sahutnya dengan nada tinggi buat Jack mengeluh kerana beberapa
orang berpaling melihat mereka. “Aku ingatkan kau bawa aku ke tempat yang lebih
privasi dan senyap. Kau nak kita
berbaris berjam-jam untuk pesan makanan lagi ke?”
Jack
kembalikan matanya pada perempuan yang lebih rendah dari dia dan menarik
sengih. “My button-nose nak makan benda manis ke?”
“Hell
yes.” Jawabnya straight to the point dengan serbuk merah tertabur pada pipinya.
“Aku penat diheret dari galeri ke galeri yang berlainan hanya temankan kau
‘cuci mata’. Kau tak beli apa-apa langsung sepanjang ‘date’ kita ni!” sahutnya
sakit hati dan memeluk tubuh. “So, buy me a dessert.”
Jack
ketawa kecil, tak dapat menahan dirinya dari lihat telatah young villain yang
marah seperti budak-budak. “Kalau macam tu…. Follow me.” Dia mencapai lengan
Ivy, memegangnya dengan lembut memastikan dia tidak sakiti Ivy dan bawa dia masuk,
lalu barisan panjang itu ke kaunter pesanan.
“kau
potong laluan.” Ivy bersuara, perasan cara pelanggan yang berbaris untuk
megambil pesanan pandang mereka berdua.
“Sebab
tu aku ada ini.” Jack mengeluarkan satu kad berwarna biru turquoise, sama warna
dengan tema restoran dessert itu dan ada perkataan VIP tercetak besar berwarna
emas pada permukaan kad tersebut .
Jack
hanya berikan anggukan pada pelanggan yang berada dibarisan hadapan sebelum
berpaling ke cashier yang tersenyum mengenali wajah pelanggan tetapnya.
“Selamat kembali Jacky, As usual?”
“Millie.”
Jack mengangguk dengan wajah tidak dapat dibaca. “Ya, dan tambah Strawberry
shorts’ dan jus apple.”
“craving?”
Soal cashier itu dengan senyuman nakal sebelum perasan seorang perempuan yang
berpakaian gelap seperti Jack. “Ah… finally a date?”
Jack
berikan senyuman paksa yang begitu halus. “mind your own business Mil.”
Cashier
itu terus mengangkat tangan dan ketawa sepenuh hati, seperti dia tidak terkilan
dengan ayat kasar Jack. “Aku akan anggap aku tahu korang akan makan di sini,
Wait a minute.” Katanya dan mengira pesanan Jack, sekali menggunakan kad
discount Jack sebelum menyediakan pesanan pelanggannya; meletakkannya di atas
talam di kaunter itu. “Cash or points?”
“Points.”
Jawab Jack mengambil menarik talam itu dan ambil kadnya semula dan beredar
pergi dengan Ivy mengekorinya dari belakang.
“Happy
birthday Jack!” sahut cashier itu saja mengusik.
“Bugger
off Millie!” sahut Jack balik agak kasar dari dia inginkan tapi dia lepaskannya
dan bergerak ke meja yang mempunyai tanda ‘reserve’, meletak makanan mereka di
atas meja tersebut dan ketepikan tanda kecil itu.
“Duduk.”
Lebih kepada satu arahan. Jack juga mengambil tempat duduk dan keluarkan
manisan mereka dari talam dan letak talam itu ketepi. Bila Ivy masih berdiri di
tepi meja itu, Jack mendongak, melihat Ivy memeluk tubuh dengan kening
terjungkit; tertera dia ingin keterangan tentang sketsa di kaunter tadi dan
mungkin lebih.
Jack
mengeluh. “Just sit down dan aku akan bagitau.” Jack lega bila Ivy akhirnya
mengambil keputusan untuk duduk bertentangan di hadapannya dan Jack terus
berikan dia potongan kek chocolate dan Ice tea kepadanya.
Ivy
memerhatikan manisannya dengan kening yang masih terjungkit sebelum memandang
Jack yang dah ambil sesuap dari strawberry short cake itu.
“Apa?”
Soal Jack setelah menelan makanannya. “Jangan risau sayang. Aku tak sanggup nak
racun kau.”
“Aku
tak risaukan pasal tu.” Ivy bersuara dengan cepat. “Macam mana kau tahu aku….”
Ivy kembali melihat makanannya dan menggeleng. “Nevermind. Apapun, It’s your
birthday?”
Jack
mengambil garfu manisan Ivy untuk dia bersihkan dengan tisu, sama seperti dia
buat pada garfunya sebelum berikan kepada ahli sihir itu semula. “So what?”
“Sebab
tu kau bawa aku ke sini?” Soalnya dengan kening terjungkit, tak tahu samada dia
ingin mengusik Jack atau rasa terharu. Melihat Jack juga menjungkit kening
seperti menunggu respond sarkastik Ivy, ahli sihir ini terus tukar subjek. It’s his birthday, takkan Ivy nak hancurkan
harinya kan? “kenapa kau tak tanya aku nak makan apa dan main pesan je?”
Jack
mengangkat bahu sebelum mengambil lagi sepotong kecil dari keknya. “Aku ingat
manisan Vicious lain dari Enchanted. So aku recommend manisan yang sedap untuk
kau.”
“Tapi
ini pesanan biasa kau.” Kata Ivy tunjukkan dua sajian di hadapannya.
Sekali
lagi Jack mengangkat bahu. “like I said; recomend manisan sedap dan bagi aku
kek dark chocolate dan ice tea mereka paling sedap. Kenapa kau fikir aku selalu
pesan benda yang sama setiap kali aku ke sini?” soalnya dengan senyuman halus
yang terhibur terukir di hujung bibirnya.
“Wow…
mendengar perkataan ‘setiap kali’ tu menjawab persoalan aku berapa kerap kau ke
sini sampai dapat meja sendiri dan kad VIP tu.” Dia mengangkat kedua keningnya
agak kagum dengan Jack. “Anyway, this better be delicious...”
Jack
tidak membalas, hanya melihat Ivy mengambil potongan kecil dari kek coklat itu
dan masukkan kedalam mulutnya. Lelaki bermata emas ini tersenyum sengih bila
lihat riaksi Ivy, terkejut untuk seketika dan menikmati kelazatan kek tersebut.
Sebelum wajahnya kembali tegang.
“Say
it…” Jack tidak dapat menahan dirinya dari mengusik ahli sihir itu. wajahnya
terlalu priceless untuk diusik.
Ivy
kerutkan hidung, tidak suka jack mengganggu konsentrasinya menikmati kek
tersebut. Kek yang lazat, taburan dark chocolate pada melt chocolate milk yang
menyelaputi kek itu cair sebaik sahaja menyentuh lidahnya dan terlalu; sangat
lazat sehingga kelima-lima derianya meletup seperti bunga api merasakan kek
tersebut.
Tapi
perasaan itu hilang bila Jack bersuara.
“Okay….
Kek ni sedap, so padam senyuman menjengkelkan tu.” Marah Ivy separuh hati
sebelum mengambil satu lagi potongan kecil. “Dan berapa lama?”
“Aku
tahu tempat ni?” Ivy mengangguk. “Sebaik sahaja ia buka, awal tahun lalu. Aku
pesan kek coklat tu dan tak pernah pesan benda lain lagi.”
Ivy
hampir terngangah tapi tidak boleh kerana ada makanan dalam mulutnya. “Kau tak
pernah bosan ke?”
Jack
hanya menggeleng, hebusan kecil terlepas dari celah gigi sambil dia bermain
dengan buah strawberry di atas pinggannya. “When you fall in love with it, it’s
hard to change your taste buds.”
Ivy
hanya mengangguk, setuju dengan ayat Jack tapi hembusan nafas Jack yang
kedengaran sedih itu mengacau fikiran Ivy. Dia nak tanya tapi lebih baik tidak.
Ivy
juga teringatkan ayat Cashier yang mengenali Jack itu; Millie kata ‘finally a
date’. Ia buat Ivy terfikir, Jack tidak pernah bawa sesiapa ke sini ke? Macam mana
pula dengan Girlfriend—Ex-girlfriendnya
Jill? Mengetahui dia orang pertama Jack bawa dia ke tempat kegemarannya buat
Ivy rasa terharu tapi dia segera ketepikan perasaan itu kerana dia tahu ia Cuma
taktik santau Jack lagi.
“Oh
god this is bad….” Bisik Edward pada diri sendiri melihat Ivy bersama musuh
George berada di meja bertentangan arah dari mereka dengan dua meja sebagai
penghalang antara mereka berdua.
“Apa
yang bad?” Philipe bersuara, terdengar bisikkan kawannya dan ingin lihat kemana
Edward sedang perhatikan tapi Edward segera bersuara.
“Nothing.”
Dia menggeleng agak laju membuat Xiao Ai menjungkit kening. “Aku ingat
assignment aku, understudy teknik mempertahankan diri dengan Instructor Elm.
Minggu depan ada pra-ujian untuk teknik tu dan aku tak jumpa partner untuk
berlatih lagi.”
“Aku
boleh bantu kau.” Philipe mewakilkan diri. “Aku mungkin perlukan teknik korang
senior belajar ni. You know, Just for fun.”
Xiao
Ai hanya menggeleng. “Aku rasa otak kau tu terlebih teknik berlawan dari ilmu
dalam buku.”
Philipe
menjeling kearah putera cina yang dingin di hadapannya. “Kita hidup dikerajaan
yang berbeza mata sepet. Tempat korang pentingkan Ilmu tapi kerajaan kami
sanjungi kekuatan fizikal. Jadi maaf kalau saya selalu kalahkan kau pada setiap
latihan fizikal kita dari kecil.”
Xiao
Ai menutup bukunya dengan kasar, menjeling pada Philipe disebalik kaca matanya.
“Mind your word Phil, akan ada perang saudara antara orang scotish dan orang
cina.”
Amaran
Xiao Ai membuat Philipe ketawa. Dia tahu Xiao Ai tidak pernah maksudkan
kata-katannya walaupun dia kelihatan serius dengan renungan maut itu. “Sure
Xiao… apakata kita berperang dengan kerajaan Edward dan George juga?”
“Nope.”
George segera menggeleng dengan senyuman nakal. “jangan libatkan aku dengan peperangan
rumah tangga korang. Tangan aku dah penuh dari dulu lagi dan jangan korang nak
tambah beban aku.”
Edward
ketawa kecil, matanya sempat curi pandang kearah Ivy dan Jack dan bersuara; “Oh
please, kau the invincible Prince George, takda benda kau tak boleh lakukan—”
“Isn’t
that Ivy?”
Leher
Edward rasa nak patah bila dia pantas berpaling melihat kawan sado di tepinya,
sebelum memandang kearah George dan akhirnya melihat kearah Ivy dan Jack. Dan
kembali pada Geroge semula untuk melihat riaksi putera Camelot itu.
Ekspressi
wajah George menjadi tegang, senyumannya berubah menjadi garisan lurus sebelum
turun menjadi murung, keningnya juga berkerus. Sepasang mata biru cerah itu
pula menggelap tanda amaran bahawa kemarahannya ingin bangkit.
Ia
untuk seketika sehingga ia kembali kosong, tiada emosi dibentukkan pada
wajahnya dan dia kembali makan makanannya dengan senyap.
Ooookay……
Aku menghayal ke? Sebab aku pasti aku tengok wajah marah George tadi desis hati
Edward dengan hairan.
“And
you said Ivy tidak akan keluar dari Academy….” Philipe menjeling kearah Xiao Ai
dengan senyuman nakal. “Nampaknya teori kecil kau salah Xiao.”
Xiao
Ai sempat jeling kawannya satu tu sebelum kembali melihat young villain yang
sedang berbual dengan bekas pelajar Gracious yang suka buat masalah. “Dan kau
kata The Devil perlukan permission untuk keluar dari academy. Mustahil Gracious
berikan kebenaran pada The Devil keluar bersama…. Lelaki paling merbahaya di
Gracious.”
“Ivy
paling merbahaya Xiao-
“Aku
kata lelaki.” Putera Cina itu memotong ayat Philipe. “Kalau perempuan dia
paling merbahaya.”
“Who
knows, mungkin dia menipu? We all know how evil both of them are.” Balas
Philipe balik dengan bahu terangkat dan kembali pada dessertnya. “They sure
would make a lovely couple.”
Xiao
Ai juga kembali pada dessertnya, tidak lagi interested dengan mereka. “You
mean, Deadly couple.”
Senyuman
nakal terukir pada bibir Philipe mendengar komn Xiao Ai. “So pigs do fly…
Putera skema kita buat lawak. I give you 7/10 atas lawak pertama kau.”
Xiao
Ai tidak membalas, hanya menjeling kearah Philipe tanda amaran dan kembali
membuka bukunya sementara putera sado itu ketawakan dia. Xiao Ai dah masak
dengan perangai buruk Philipe, tapi kadang-kadang ia tetap menguji
kesabarannya.
“Should
we go there-
“There’s
no need.” George potong ayat Edward. “Kita tiada hak nak ganggu mereka dan juga
bukan tempat kita nak persoalkan mereka berdua.”
Edward
mengangguk teragak-agak, tertanya kenapa nada George serious sangat walaupun
wajahnya tak tunjukkan apa-apa perasaan. “If you say so.” Edward sempat pandang
dua pasangan itu sebelum kembali pada dessertnya.
Dia
rasa atmosfera disekelilingnya menebal…. Adakah hanya Edward sahaja yang rasa
ketegangan suasana di sekeliling meja makan mereka?
“So
you are saying Gretel pernah ke Vicious?” Jack mengangguk. “Mereka berdua
sebenarnya kena hantar ke sana tapi Hansel suruh Gretel balik dan dia jalani
misi pantau aku sendiri?” Pernafasan Ivy makin berat semakin lama otaknya dapat
proses keterangan Jack tentang dua beradik Gingerman itu. garfu dalam tangannya
hampir patah dua kalau tidak dia hentak garfu itu di atas meja dengan kuat.
Mengendahkan perhatian orang ramai. “What am I? a saint? Savior to their doom?”
“You
will kalau kau berpihak kepada mereka dan bantu mereka menyelamatkan Enchanted
dari sumpahan Lady Morgana.” Jawab Jack sebelum tersenyum kepada orang yang
memandang kearah mereka sebelum menjeling pada Ivy. “And sayang, keep your
voice down. Kau nak satu restoran ni tahu ke?”
Ivy
memutarkan bola mata. Dia tikam kek coklatnya sebelum disumbat kedalam mulut
sendiri. “How about that curse?”
“What
curse?”
“Lady Morgana’s curse..!” marahnya dengan
nada berbisik, sakit hati dengan perangai suka menyakat Jack. Ivy tiada mood
nak layan karenah lelaki ni!
“Ah….
That curse…” Jack tersenyum nakal, terlalu shok melihat ekspressi geram Ivy.
“Well, Di mana patut aku mula? Ah, Lady Morgana seorang wanita yang disegani
dan dihormati di Kerajaan ni. Raja Arthur menyayanginya lebih dari isterinya
sendiri dan sama seperti Lady Morgana, percayakan Abangnya boleh menjadi
pemerintah yang baik dan merupakan kawan karib Permaisuri Geneviere. Dia juga
seorang Healer diraja, menggunakan magicnya untuk menyembuh rakyat-rakyatnya.
She’s a gifted person like you actually.”
Ivy
menggigit lidahnya, menahan diri dari tersasul menyoal benda yang tidak
sepatutnya pada Jack. “So…. Kalau dia ‘sebaik’ itu. tiada masalah dengan Raja
Arthur, kenapa dia nak sumpah tanah ni pulak?”
“Tiada
siapa tahu kenapa Lady Morgana tiba-tiba korbankan nyawanya untuk sumpah tanah
ni—”
“Kau
tahu?”
Jack
menarik sengih dan simpulkan jari jemarinya diatas meja dengan kemas.
Mengangkat kening kirinya pada Ivy menghantar persoalan senyap; ‘kau rasa?’
Ivy
kerutkan hidungnya. “kau nak upah ke?—Not a chance.” Jawabnya cepat bila lihat
Jack mengangguk.
Jack
ketawa kecil. “Okay then, sambung dengan cerita tadi. One day, semasa
Permaisuri Geneviere mengandungkan Putera George, semasa majlis menyambut
berita gembira Kerajaan Camelot akan mendapat cahaya mata yang pertama… Semasa
upacara pemberian hadiah, kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku. Lady
Morgana tampil kehadapan sepatutnya memberikan hadiah kepada Raja Arthur dan
Permaisuri Geneviere tapi hadiah lain yang dia berikan kepada sepasang suami
isteri ini.” Terukir senyuman terhibur pada bibir Jack, melihat Ivy khusyuk
mendengar ceritanya. “Dia datang dengan mata merah seperti predator, bernafas
dengan berat mengeluarkan asap putih dari rongga hidungnya dan pernafasannya
bergema di dewan besar istana itu. Dengan tangan yang menggeletar, kemarahan
yang meluap-luap didalam dirinya; Lady Morgana mengangkat kayu saktinya kearah
Sepasang Suami isteri ini Dan menyumpah
kemusnahan seluruh tanah Enchanted!” Sahutnya dengan mengejut membuat Ivy
tersedak minumannya. “That’s the curse.”
Jack
mencapai kotak tisu yang terletak di hujung meja itu dan berikannya kepada Ivy
yang terbatuk-batuk disebalik tangannya.
Ivy
mengambil tisu tersebut, menutup mulutnya sambil menjeling kearah Jack. Kalau
jelingannya itu sebuah senjata, dah lama kepala Jack terbelah dua. “Kau—”
Terbatuk “—tokok tambah pasal mata merah dan asap keluar dari hidung
LadyMorgana tu kan?” Ivy menepuk dada, berusaha menghilangkan rasa gatal dalam
paru-parunya.
“Manalah aku tahu, aku masih kecil lagi time
tu. Kalau aku pernah tengok pun mungkin aku dah lupa.” Jawabnya sambil
mengangkat bahu slamber.
Oh ya, Jack pernah bekerja
di istana Camelot bersama ibunya…. Jadi dia bekerja di sana dari kecil? Dia lahir
di dalam istana jugak ke? Desis hati Ivy, persoalan
itu berada di hujung lidahnya, tunggu terpelanting keluar sahaja tapi tidak.
Ivy tidak ingin soal apa-apa pasal kisah hidup lelaki ni, nanti Jack syak yang
Ivy telah kaji pasal masa silamnya.
“Then,
bila sumpahan tu akan berlaku?” Soal si ahli sihir.
“Who
knows, tanah ni terlalu aman untuk sebarang mala petaka datang menimpah.”
“Kes
Losing Heart tu pula?” Ivy rehatkan sikunya atas meja itu, mempersoalkan
masalah lagi satu yang terjadi di Camelot. “bukannya ada lagi Villain selain
aku ke di tanah ni? Tentu dia ada kena mengena dengan sumpahan Lady Morgana tu
kan?”
“Extra
charge—”
“Don’t
be cheap.” Potong Ivy dengan decitan lidah. “Persoalan aku termasuk dengan
pakej date kau ni. Ia berkaitan Lady Morgana dan juga Losing Heart. So, no
charge.”
Jack
ketawa besar mendengar rungutan Ivy. Ada sahaja cara ahli sihir ini untuk
dapatkan apa yang dia nak. “okay baiklah, Mungkin kes losing heart ni dan
sumpahan Lady Morgana ada kena mengena..”
“Tapi?”
Ivy dapat rasakan Jack akan menyambung ayatnya.
“Tapi…
kau rasa makan hati orang akan menjadi punca Enchanted musnah ke?”
“villain
tu pernah cuba makan hati Ezra. Dia arahkan Ezra untuk bekukan Enchanted, tentu
dia akan buat benda yang sama sekali lagi seperti itu untuk musnahkan Enchanted
pula. Dia boleh sumpah hati orang yang terkuat di Enchanted ni.”
“Orang
terkuat di tanah ni The Great Wizard Merlin. Tiada ahli sihir boleh sumpah
orang tua tu. Dia the Great wizardry. Dia hanya jentik sumpahan tu macam tahi
hidung kalau ia melekat pada badannya.” Jack menggeleng dengan senyuman. “orang
kedua kuat ialah Permaisuri Elsa… please, dia mungkin boleh disumpah tapi
hatinya terlalu mulia, dia sanggup mati berkurung dalam biliknya dari mengambil
risiko keluar seperti anaknya Puteri Ezra. Permaisuri Elsa akan contact Merlin
sebaik sahaja dia dapat sumpahan tu.”
“Mesti
ada orang lain yang lebih kuat dari mereka berdua kan?”
“Ezra
orang ketika kuat. Itu secara individual. Tapi kalau kuat dari segi kuasa di
tanah ni….. Putera George.”
Nama
Louis keluar dari mulut Jack membuat darahnya berhenti mengalir. “L-Louis?”
Jack
mengangguk. “Tapi…. Sumpahan tu jenis untuk jangka masa pendek. Sumpah Putera
George dan arahkan dia musnahkan kerajaannya sendiri agak mustahil kerana ia
makan masa yang lama untuk buat semua tu. Mengarah, penyeludupan, pengkhianatan,
peperangan… it may be takes years to destroy this place. So dia keluar dari
carta.” Jack menghembus nafas panjang sambil memandang kearah lain sebelum
tersenyum sinis kepada Ivy. “Tapi ia takutkan kau mendengar Kekasih gelap kau
dalam bahaya kan?”
“Dia
bukan kekasih gelap aku—”
“Dah
tentu dia bukan.... Putera George bukan boyfriend kau jugak..” Jack rehatkan
sikunya diatas meja sebagai tongkap untuk dagunya, dia berikan senyuman sinis ;
menayang gigi taringnya yang menawan
itu. dekatkan wajahnya untuk melihat riaksi Ivy dengan jelas pada ayat yang dia
akan kata seterusnya; “Dia hanya seorang lelaki yang buat kau tercabar dan juga
menaikkan nafsu kau terhadapannya. Dia sekadar untuk memuaskan nafsu kau
sahaja, Just to F*ck him up and throw him after you finish with him.”
Senyuman
Jack makin lebar melihat Ivy menggenggam erat kedua penumbuknya diatas meja,
renungan Ivy juga makin tajam dengan kedua mata hijau itu bercahaya dengan
cantik. “Atau aku salah? Kau sebenarnya cintakan dia. Jatuh cinta pada putera
raja yang telah bertunang…. Heh, like mother like daughter. Kau nak berakhir
seperti ibu kau ke? Dikhianati dan ditinggalkan oleh putera raja yang bongkak.”
Mata emas Jack juga bercahaya Cuma kearah terhibur. Mencabar mata hijau Ivy.
“So, siapa mempermainkan siapa? Kau atau Putera George?”
“You
don’t know me Jack…” Ivy dapat rasakannya, dia dapat rasakan magical core
didalam dirinya menggeledak seperti bebola nikel yang telah dipanaskan dengan
takat suhu api setinggi 5000 degree. Boleh menghancurkan apa-apa sahaja yang
disentuh tapi Ahli sihir ini cuba menahan kepanasan dalam dadanya. Tidak ingin
mengalirkan sebarang magic keluar walaupun dia ingin melepaskan kesemua
magicnya. Kalau dia buat macam tu dia hanya mencederakan diri sendiri. Tentu itu
yang Jack ingin lihat. Ivy terseksa dengan gari yang menyedihkan itu. “You
don’t know anything about me… not at all.” Dia berdesir melalui celah giginya.
“Betul
ke?” Jack tetap tersenyum. “Let see, Kau hidup dibawah penjagaan ketat ibu kau,
tekanan untuk menjadi ahli sihir sejahat ibu kau dari kecil lagi tapi kau tahu
kau tidak akan dapat menandingi The Almighty Maleficent kerana kau half-Enchanted. Kau sebenarnya takutkan
Tanah Enchanted sebab itu kau ingin tanah ini hancur. Kau takut tanah ini akan
ubah kau menjadi seorang pembelot seperti ayah kau. Kau juga takut ditinggalkan
bersendirian sebab tu kau masih berbaik dengan Hansel dan Gretel walaupun kau
tahu mereka berdua tu dah tikam kau dari belakang banyak kali. You Ivy the Devil… afraid. Takut pada diri
kau sendiri sebab kau tak tahu siapa diri kau sebanarnya. Ivy the Devil? Heh, kau tahu itu bukan nama kau sebenarnya. Itu
hanya satu penyamaran.” Jack berhenti seketika untuk melihat Wajah terkejut Ivy
seperti dia sebiji bawang yang dikupas dengan perlahan. “There’s more about you
Ivy… tapi yang paling kau takuti ialah membuat pilihan. Kau tahu kau kena buat
pilihan. Choose Evil or Good? Is it your mother or your beloved Prince?
Banggakan ibu kau yang telah tidak percayakan kau lagi atau Putera Raja yang
akan suatu hari nanti tinggalkan kau untuk kahwin dengna tunangnya? Kau cintakan Louis. Tapi kau teragak-agak
untuk mencintainya dengan sepenuh perasaan kerana kalau kau buat macam tu kau
dah tidak boleh hancurkan Enchanted. Kau menjadi seperti ayah kau. Itu yang kau
takutkan. Takut menjadi seperti talam dua muka itu. Takut mati.”
“George.
Dude,sudu kau dah nak patah tu.” Teugt Philipe, agak takut melihat riak wajah
George, dia kelihatan seperti nak bunuh lelaki yang berada jauh di seberang
restoran itu. “Asal kau berang sangat dengan dorang dua tu?”
“Can’t
you see?” Soal Edward sekilas pandang Philipe sebelum pandang Jack dan Ivy
semula. “Jack mengugut Ivy, This is not just a normal date.” Katanya risau.
“George, kau taknak masuk campur ke?”
“We
can’t.” Balas George dengan nada rendah tapi merbahaya. “Kita tak boleh
bongkarkan identity kita pada mereka.”
“Asal
tak boleh pulak? Jack tu dah habis belajar, dia tak boleh lapor kita keluar
senyap-senyap dan Ivy tentu beterima kasih kat kita sebab selamatkan dia.” Kata
Philipe sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Sebab
Jack akan jadi Pengajar Gracious Academy.” Ayat Xiao Ai menarik perhatian
Edward dan Philipe, memulas kepala mereka kepada putera cina itu, tidak
percayakan dia langsung.
Edward
kembali memandang George. “Kau tahu pasal ni?”
“Wizard
Merlin beritahu aku semalam.” Kata putera Camelot ini dengan pahit.
“Macam
mana kau tahu semua ni?” Soal Ivy menahan suaranya, hanya berbisik, sepertimana
dia tahan perasaannya meletup dan buat kecoh didalam restoran itu.
“Untuk
jawapan tu… aku perlukan ciuman aku.” Jack tersenyum sinis melihat ekspresi Ivy
makin gelap.
“F*ck
you—”
“Aku
tak maksudkan di bibir. Pipi pun boleh.” Katanya mendekatkan wajahnya pada Ivy
dan sentuh pipinya. “Just a small peck right here, honey.”
Ivy
mengetap bibirnya. Tidak.. dia tidak boleh terjebak dengan permainan Jack
walaupun dia ingin tahu macam mana Jack boleh tahu tentang dirinya yang dia
sendiri tidak pernah beritahu sesiapa termasuk Diaval. Mengetahui kelemahan
Ivy, mengetahui ketakutan Ivy, mengetahui rahsia yang Ahli sihir ini
sembunyikan dari semua orang dalam dunia itu. Even Jack Skellington tidak tahu
apa yang Ivy takutkan tapi lelaki ini cakap seperti dia mengetahui Ivy dari
dalam hingga luar.
Its just a kiss on a cheek. Mindanya menjerit, meyakinkan ahli sihir itu untuk lakukannya. Ia
tak salah, hanya di pipi. Ivy selalu berikan kucupan di pipi pada orang lain.
Ibunya, Diaval, Hansel, Jack Skellington dan Sally, Louis…. Tapi itu masa dia
kecil…. Takpa untuk sekali ni je. Hanya sekali dan dia boleh balas dendam pada
Jack nanti, tumbuk mukanya, robek tisu pipinya atau bakar satu badannya supaya
Ivy tak perlu lihat sisa-sisa Jack yang menjengkelkan.
Ivy
berdengus dan dekatkan dirinya pada pipi Jack, mengalah dan berikan kucupan
kecil dengan bibir yang diketap.
Belum
sempat Ivy ingin tarik diri, Jack bersuara. “I have a better information, love.
Kekasih gelap kau berada di hujung meja bertentangan dengan kita.” Bisiknya
dekat pada telinga Ivy. “—Jangan toleh ketepi. Kau nak Louis tahu kau tahu dia di sini ke? Selepas kau cium aku?”
Mata
Ivy membesar melihat senyuman sinis Jack. Dia
rancang semua ni!! Oh this Arsehole—
PACK!!
“Ouucchh….”
Xiao Ai berkerut melihat drama antara Jack dan Ivy sementara Philipe dan Edward
memegang pipi masing-masing, seperti mereka dapat rasakan kepedisan dari tumbukan
ahli sihir itu. Melihat darah mengalir dari celah bibir Jack dah jelas
mengatakan betapa kuatnya buku lima Ivy.
George
pula tak beri respon, dia terlalu terkejut melihat Ivy tumbuk lelaki itu. Scratch that stupid peck… setelah
diugut, dia berani berikan tumbukan padu pula dan bergegas pergi dengan muka
berang, dan menggerunkan.
Empat
putera ini kembali melihat Jack yang bersendirian di mejanya. Mengambil sehelai
tisu untuk mengelap darah dari bibirnya yang koyak, dan ketawa pahit. Mungkin
terhibur dan rasa sakit dari tumbukan itu pada masa yang sama.
Setelah
itu Jack mengangkat pandangannya kearah empat putera itu. membuat mereka kaku
dalam tempat duduk mereka. Empat lelaki dalam penyamaran ini bertambah cuak
bila Jack datang mendekati mereka, dan berdiri di tepi meja. “Evening Boys.”
Katanya dengan nada mendatar. “Lets make a deal. Korang rahsiakan pertemuan aku
dengan Ivy, aku akan rahsiakan sneak out korang tanpa bodyguard selama ini. Macam
mana?”
“Kau
tak boleh ugut kami.” Bantah Edward, memberikan jelingan panasnya pada Jack.
“Tiada siapa akan percayakan orang macam kau.
Tapi
Jack hanya tersenyum sinis. “Teserah pada kamu.” Pandangan Jack bertukar pada
lelaki dihadapan Edward. “Putera George.”
George
hanya menjeling kearah Jack, mengangguk tanda dia menyapanya dan melihat lelaki
itu bergerak pergi dari mereka, keluar dari restoran itu.
“George?
Should we?” Soal Putera Cina itu, melihat wajah tegang George.
“Terpaksa.
Ini hari, kita kena berpura-pura kita tidak pernah jumpa mereka berdua di sini
atau lihat apa yang mereka buat. Faham?”
Tigak
putera ini saling berpandangan sebelum mengangguk, mengikut arahan.
George
hanya mengetap bibir, mengunyah tisu dalam pipinya cuba menahan rasa geramnya
terhadap lelaki durjana itu.
Ikutkan
hati pada saat dia lihat Ivy bersama Jack, George lantas ke sebearang dan
menarik Ivy jauh dari lelaki merbahaya itu. melihat Ivy kena ugut dan terpaksa
berikan ciuman di pipinya hampir buat
George meletup. Melepaskan kemarahannya bermula pada meja makan mereka,
mengangkatnya dan lontar ke arah Jack, selepas itu belasah lelaki itu sampai
dia puas hati.
Dia
nak buat semua tu. Salur darahnya nak putus kerana menahan kemarahannya, dia
hampir bergerak kearah mereka untuk terkam Jack tapi dia tahan.
George
terpaksa tahan untuk menyimpan rahsia hubungan antara mereka berdua, rahsia
identity mereka berempat dan maruahnya sebagai seorang Putera Camelot, bakal
pemerintah tanah Enchanted.
Betapa George bencikan
gelarannya.. bertambah benci dari sebelum ini….
.
.
Sementara
Jack yang keluar dari restoran itu, menyentuh pipinya dengansebuah senyuman
kemenangan. Teringatkan ayat terakhir Ivy selepas dia menumbuk Jack.
Aku hampir ingatkan kau ni
lelaki baik yang orang salah faham tapi tak. You are just like I think you are.
A son of a b*tch.
Jack
mengambil ayat tu sebagai satu kemenangan untuk misinya pada kali ini. “Happy birthday to me.”
>X<
(A/N: That Jack is pain in
the neck (—_—) Anyhow, babak Jack beritahu tentang Hansel dan Gretel pergi ke
Vicious tu pasti mengejutkan korang—like, suddenly Gretel pergi ke sana tanpa
penjelasan like that… hehehe, Please go back to the first F.A.T.E sebab angah
dah buat pengubahsuaian kat situ. Menceritakan kenapa Gretel pergi ke Vicious
jugak tapi tak bersama Hansel sepanjang 10 tahun tu. yeah…. See you in the next
chapter! *Huglessssss*)
[Previous] | [MiT] | [Next]
angah xfhm....kiranya angah dh ubah criter kat chapter L.O.V.E ke atau next chapter? huhuhuu
ReplyDeleteAngah ada tambah sketsa Hansel&Gretel kat bab First F.A.T.E je. Kiranya menambah characteristic and menerangkan jalan hidup dua beradik tu. huhuhuhuhu
DeleteMenerangkan bagaimana H&G boleh masuk sweet house nenek sihir sedangkan nenek sihir tu dah dipenjarakan di Vicious dari akhirnya zaman gelap lagi. hehe thats all ^_^