fourteenth F.A.T.E

The Haven Floor

Ivy sakit hati.

Kenapa?

Sebab sejarah berulang sekali lagi.

Ivy pasti, malah yakin setelah kejadian mengutuk Pengetua Merlin didepan semua pelajar Academy dah buat mereka bencikan atau sekurang-kurangnya tidak lagi menghantar surat peminat dan hadiah manisan kepadanya!!!

The F*ck is This?!! Jerit hati Ivy melihat Lockernya penuh dengan surat peminat dan hadiah dari pelbagai bentuk. Maksud Ivy pelbagai bentuk ialah ada hadiah yang tidak muat di dalam Lockernya sendiri dan diletakkan dihadapan locker. Nota cinta di tampal pada pintu locker. beberapa jambak bunga berbaris di tepi lockernya dan telah menghalang laluan untuk pelajar lain membuka locker mereka sendiri.

“This is expected to happen.”

Ivy tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam hidupnya, membelakangkan diri dari suara lelaki yang bercakap di sisinya. Tindakan refle Ivy memberi amaran kepada dia untuk jauhkan diri dari lelaki berambut perang bermata emas itu.

“Apa kau buat kat sini?” Soal Ivy, memandang Jack dari atas hingga bawah, pemakaiannya serba gelap itu hampir sama dengan pemakaiannya sendiri dan Ivy tak boleh tak memuji cara pakaiannya memeluk badan Jack dengan begitu sempurna. Hampir sempurna.

Tak boleh bagi pujian pada lelaki ni. Kang dia fikir Ivy sukakan dia. That’s the last thing Ivy nak lelaki tu fikir tentangnya.

Jack menarik sengih dan mencabut nota cinta yang terlekat pada pintu locker Ivy. “Dear Ivy the Angel? Wow….. sekarang kau jadi hero pelajar Gracious sebab insiden upacara pembukaan tahun baru Gracious academy tu, dan juga selamatkan Puteri Ezra.”

“Apa? Give me that.” Dia mendekati Jack semula dan rampas kad itu, membacanya dengan mata sendiri sebelum berdecis. “Macam mana semua ni boleh berlaku?”
“Oh I don’t know, mungkin sebab kau selamatkan satu Academy ni dari Eternal winter? Kau membuktikan pada mereka yang kau tidak jahat? Dan mendapat balik kepercayaan orang Enchanted? Mungkin tak semuanya tapi kau faham kan?”

Ivy menjeling kearah lelaki yang sekepala tinggi darinya. Dia sedang buat lawak ke? Sebab Ivy tak ketawa langsung, malah meluat dengan Jack. “itu mustahil.”

Jack tersenyum nakal, gigi taring sempurna itu tertayang. “Kau tak baca nota tu sampai habis ke? Tertulis, You are my Hero dan I lo—”

 “Jangan habiskannya.” Potong Ivy dengan tangan diangkat ke muka Jack. “Aku taknak dengar ayat tu keluar dari mulut kau—”

“Like I love you?” Jack tetap menyebutnya saja mencabar kesabaran Ivy.

Ivy berikan dagger starenya pada Jack dan menghembus nafas berat secara perlahan, nafasnya yang menggeletar sudah membuktikan kesabaran Ivy sudah tipis. Ayat Jack mengingatkan dia pada malam dia dan Louis Menari bersama. Ini buat Ivy fikir Jack juga tahu tentang itu tapi Ivy taknak persoalkan lelaki menjengkelkan ini. Tentu Jack akan minta habuan untuk persoalan itu. “Just tell me, apa kau buat kat sini? Dan apa kau nak dari aku, Jack?”

“Oh… nada suara kau yang merdu tu buat dadaku rasa sakit.” Jack menyentuh dadanya seperti dia terluka tapi senyuman nakal tetap tertampal. “tapi sakit yang baik. How I like to hear that feisty side of your’s. Lebih sesuai dari ahli sihir yang kuat mengalah dengan orang lain.” Pujinya dan mencapai untuk sentuh dagu Ivy.

Tapi Ivy menepis tangan itu dengan jijik. “Jawab soalan aku Jack.”

“Tengok? Muka kau bersinar bila kau marah-marah macam ni. Kau pernah macam ni dekat boyfriend kau ke? Dah tentu tidak, kau terlalu soft depan dia—

“Louis bukan boyfriend aku—

“Oh really?” Soalnya membuat Ivy menyesal sebut ayat itu, kerana senyuman Jack makin lebar dari sebelumnya. “Aku rasa aku menang loteri ni hari.”

“Apa kau nak dari aku!” kali ini Ivy tidak kawal suaranya, endahkan pelajar lain yang toleh memandang mereka.

Jack memutarkan bola matanya dengna gelengan. “Isn’t it obvious, honey? Ini hari hari jumaat.”

“So?” Ivy terus ingatkan perjanjian mereka beberapa hari lalu di perpustakaan dan berdengus. “Awal pagi macam ni?”

Jack ketawa, gelak yang sememang alunan melody yang merdu di telinga wanita. “Tak, nanti lepas kelas—”

“Jack?”

Ayat Jack tertangguh dan memandang kebelakang Ivy, membuat Ahli sihir ini juga berpaling kearah mana suara itu datang.

Tidak jauh dari mereka, Hansel berdiri dengan ekspressi wajah terkejut melihat mereka berdua bersama, tidak sempat Ivy ingin bersuara, Jack mengalahkan dia.

“Welp, aku pergi dulu.” Jack memetik jarinya menghasilkan percikan bunga api merah dan membakar semua hadiah-hadiah yang berlonggok didepan dan dalam locker Ivy. Mengenyit mata kearah ahli sihir itu dan berkata; “Thank me later on our date baby.” Sebelum beredar pergi dengan slamber, kedua tangan dimasukkan kedalam poket dan sempat mendapat tumpuan pelajar perempuan di laluan itu.

Ivy memandang Jack dengan muka tak percaya. Adakah lelaki tu gunakan magic hitamnya didepan semua orang? Dengan slambernya mendedahkan diri yang dia boleh menggunakan magic depan pelajar di laluan itu?

Dan dia berani panggil Ivy dengan panggilan manja. Oh, the nerve of that guy…. Panggilannya buat Ivy geli geleman! Tipu kalau Ivy tak kata dia tak termakan panggilan manja itu tapi dia dah kenal magic pukau yang Jack guna setiap kali lelaki itu bersamanya. Walaupun Ivy terpukau, termakan kata-kata manisnya, Ivy tahu macam mana nak lawan pukauan itu. ini buat Ivy tambah bencikan lelaki ni.

“Apa lelaki tu nak dari kau?” Suara Hansel menarik perhatian Ivy dan berputar kebelakang. Wajah Hansel tagang seperti dia sedang berjaga-jaga memandang tepat kearah mana Jack pergi. Atau mode protective-daddy dah rasuk Hansel lagi. Oh dan jangan lupa lollipop dalam mulut Hansel tu.

Ivy menarik gula-gila itu keluar dari mulut Hanse, sempat berikan renungan amarannya sebelum dia mengangkat bahu sambil lidah buat bunyi pelik dengan giginya. “Nak impiannya jadikan hidup aku umpama neraka menjadi reality.”

Hansel tunduk melihat kawannya dan merampas lollipop itu semula dari tangan Ivy sebelum masukkan kedalam mulutnya. “He’s into you?”

Ivy kecilkan matanya pada Hansel. Amaran senyap tentang manisan dalam mulut Hansel tapi tidak bersuara tentangnya. “Yes. Yes he does.” Jawab Ivy tanpa bantahan, tapi nadanya mendatar tanda dia tak senang sangat dengan fakta itu.

“Aku ingatkan dia dah graduate tahun lalu.” Hansel bersuara menarik perhatian Ivy.

“Apa? Dia tua dua tahun dari kita ke?”

Hansel mengangguk. “Tiga tahun Actually, dia lambat masuk first year macam kau—Tapi apa dia buat kat sini? Setahu aku ceremony graduation student diadahkan pada pertengahan musim bunga ni. Dia tak sepatutnya berada di sini.”

Ivy menjungkit kening tinggi sebelum memandang kearah mana Jack menghilang. “Apa lagi niat dia ke sini? Untuk ganggu ketenteraman hidup aku.”

“Dan kau biarkan dia kacau kau?” Soal Hansel lagi, kelihatan risau. “Aku tengok macam mana cara dia depan kau Ivy. Dia straight to the point flirting with you dan aku tahu ini bukan urusan aku tapi kau tak rasa ke dia akan naik cemburu lihat musuhnya mengusyah aweknya?”

Ivy alihkan anak matanya ke Hansel, kening terjungkit sedikit. “Dia?”

Hansel memandang keatas sambil menggeleng. Ivy ni lambat pick up! Jadi dia dekatkan bibirnya di sebelah telinga Ivy. “Putera George….

“Oh…” Bisik Ivy dengan senyap sebelum matanya membesar dan putar kepalanya untuk lihat Hansel. “Oh damn…”

“Sekarang kau risau?” soal Hansel dengan muka tak percaya. “Dah berapa lama dia kacau kau?”

“Dari Sem lalu lagi.” Jawab Ivy tapi mindanya memikir tentang Louis. Memikirkan kemungkinan Louis akan ternampak Jack bersamanya sepanjang hari ini. Mustahil Louis takkan nampak mereka kan? Kalau Ivy berhati-hati mungkin dia boleh elakkan diri dari ternampak oleh Louis. Hmm…..

“Dan kau biarkan dia kacau kau sampai sekarang?”

Ivy menjeling kearah Hansel. “Kau nak aku jawab persoalan kau yang sama tu berapa kali hah? Dan kau jangan nak ganggu aku, I’m thinking here.”

Hansel menarik sengih melihat Ivy mengusap dagunya, berfikir dengan serious dan bersuara; “Kau risaukan boyfriend kau ke?”

Ivy mengeluh nafas berat pada perkataan ‘B’ itu. “He’s not my boyfriend. Kau tahu aku tak suka relationship macam tu. Ia membebankan.”

Ini buat senyuman Hansel hilang. “Apa? Kenapa—Oh…” Hansel teringat yang Putera George sudah bertunang jadi mengaku hubungan ‘boyfriend/girlfriend’ adalah sesuatu yang mustahil bagi dorang. So, gelaran mereka patut dapat ialah ‘secret lovers’ tapi memandangkan Ivy seorang Villian, ia jatuh ke ‘Forbidden lovers’ desis hati Hansel melihat Ivy menggigit kukunya sambil memikirkan sesuatu.

Hansel menggigit batang lolipopnya, tak suka lihat wajah risau Ivy. Ini buat Hansel bergaduh dengan dirinya sendiri samada ingin membantu Ivy atau tidak. Mindanya kata dia tak patut masuk campur sebab itu masalah Ivy sendiri dan Hansel bencikan Putera bongkak itu. melihat putera itu terseksa adalah mimpi jadi kenyataan bagi Hansel tapi hatinya mengatakan sebaliknya. Hatinya menjerit; ‘You swear to protect her! Tolong dia bila dia dalam kesusahan walau perkara kecil ataupun besar. Kau tahu kau kena tolong dia jugak.’

Hansel merungut dalam diam. Tentu ada penyesalan di masa depan kelak; “Aku boleh alihkan tumpuan Putera George kalau kau nak.”

Ivy kembali pandang kawannya dengan wajah terkejut. Matanya besar menunjukkan mata hijau itu dengan perlahan begerlipan dan sebuah senyuman gembira terukir pada bibir Ivy. “Really? Kau akan buat macam tu untuk aku—I mean kau tak sukakan dia.”

Hansel mengangkat bahu, tapi mukanya tunjukkan dia sebenarnya terpaksa. “sekurang-kurangnya ini yang aku boleh buat setelah apa kau dah lakukan untuk aku di Vicious. Bukannya aku mati kalau bercakap dengan dia.”

Dan pada saat itu Hansel melihat senyuman terindah Ivy sebelum perempuan itu melompat kearah Hansel dan peluk lehernya dengan erat. “Thank you! Thank you, thank you! Thank you!! I love you for this!”

Hansel ketawa dan melepaskan pelukan Ivy dari lehernya dengan lembut. “Jangan nak gembira sangat lah, aku buat ni sekali je tau. Pastikan mamat Jack tu tak kacau kau lagi kalau tak aku belasah Jack dengan Putera George tu sekali. Faham?”

“Yes sir, Daddy Sir!” salute Ivy dengan senyuman gembira, menayangka barisan gigi putih dan mata yang bersinar.

Daddy? Oh minah ni…. Hansel terus meramas rambut Ivy saja rosakkan sanggul rambutnya membuat Ahli sihir itu menjerit dan tolak tangannya dengan kasar. Hansel ketawa besar melihat rambut Ivy dengan muka merah menahan marah.

“You are such a jerk Hans!” marah ahli sihir ini dan membuka ikatan sanggulnya, biarkan rambutnya jatuh terhurai seperti air terjun. “Kau tak tahu berapa lama aku hias rambut aku ni! Aku bangun awal untuk sanggul ni je tau!”

Hansel ketawa lebih kuat dari sebelumnya, menarik perhatian pelajar di sekeliling mereka, berbisik tentang dua bekas Vicious itu sedang buat bising di laluan Wing B itu. Ia buat mereka ingin perhatikan mereka, teringin untuk lihat bagaimana telatah orang Vicious tapi mereka terlalu takutkan dua bekas Vicious ini untuk berhenti dan tenung. Jadi mereka beredar segera setelah beberapa saat melihat mereka.

Bukannya dua bekas Vicious ni perasan pun yang mereka sedang diperhatikan kerana bising sangat.

Ivy menjelir lidah kearah Hansel sebelum kembali pada Lockernya. Mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi jadual barunya untuk semester itu. “Dah aku nak ke kelas. Kau berjanji nak distract George kan?” Soal Ivy setelah mengambil senaskah buku teks philosophy dan masukkan kedalam beg sandangnya.

Hansel mengangguk. “Have fun in class?”

Ivy tersenyum paksa dan menggeleng. “Aku tak rasa aku akan berseronok kali ni.”

“Why? Setahu aku benda magical macam ni kegemaran kau.”

Ivy tak membalas soalan Hansel dan hanya kerutkan hidung sebelum bergerak pergi ke Wing A, turun dari tangga berdekatan di Wing B itu ke tingkat bawah dan ambil jalan pintas melalui taman mini Academy. “Control your sweettooth!” itu pula yang Ivy katakana pada Hansel.

“Working on it!” balasnya hanya di mulut dan lihat ahli sihir itu hilang di pintu tangga Wing B itu dan bergerak menuju ke Wing C.

Masa untuk jalankan tugas aku desis hatinya, tiba di Cafeteria dan matanya berlegar mencari seorang lelaki yang dia pasti aka nada di tempat itu pada waktu-waktu seperti ini.

Dia lihat seorang lelaki berambut perang gelap sedang duduk diatas meja bersama rakan-rakannya yang lain—termasuk bersama musuh lama Hansel. Oh great…. Aku tak jangka dia juga ada di sini desis hati Hansel dengan keluhan. Ikutkan hati dia abaikan misinya tapi dia dah berjanji untuk tolong Ivy dan Hansel tahu betapa sensetivenya Ivy bila ada orang mungkir janji padanya.

Nak tak nak dia bergerak mendekati meja itu dan membuang batang lollipop dalam mulutnya, mereka yang berada di meja tersebut berhenti berbual bila Hansel datang mendekati mereka dan berbisik sesame sendiri dengan senyuman nakal terpapar pada wajah mereka.

Salah seorang dari mereka, Putera Philipe bersuara dengan senyuman nakal terpapar pada wajahnya, rehatkan sikunya atas meja makan sambil tangannya tersimpul. Ototnya yang agak sasa kelihatan disebalik baju lengan panjangnya berwarna hijau forest.

“Look who we have here? Ginger-boy, kau datang sini untuk balas dendam ke?” soalnya dengan nada sinis. “Belajar sesuatu dari Vicious untuk kalahkan kami?”

Renungan Hansel menggelap, tangannya di sisi menjadi penumbuk dan digenggam erat sehingga ia menggeletar. Dia memandang mereka satu persatu. Putera Philipe yang berbadan besar itu tetap menjengkelkan dengan mulut kurang ajarnya, dia mungkin tingkatkan ototnya tapi mungkin otaknya tetap bebal seperti dulu. Manakala Putera Xiao Ai hanya diamkan diri dengan kaca mata kecil di antara hidungnya, tumpukan perhatian pada buku dalam tangan, dia ada angkat pandangannya untuk lihat Hansel, Putera cina tu tetap pendiam dan tegang. Dua rakan Putera George yang dikenali sebagai the brains and the brawn. Serta digabungkan dengan kuasa besar Putera George, mereka bertiga adalah Royal descrendents yang sukar dijatuhkan. Semua orang takutkan dan hormati mereka bertiga ini. Tiada siapa boleh membantah arahan mereka, sama dengan melawan cakap mereka.

It’s a good thing mereka tiga ni tidak salah gunakan kuasa mereka…. Kecuali Putera Philipe yang nakal sikit desis hati Hansel dengan nada suram. Philipe boleh ditahan oleh Xioa Ai bila dia dah keterlaluan. That good enough.

Putera Philipe

Putera Xiao Ai

Dan seorang lagi. Putera Edward, dia tidak memberi sebarang effect kepada power trio ini. Dia lebih suka menyendiri dan hanya bergaul dengan mereka kerana dia bakal abang ipar Putera George. Lagipun, Putera Edward mengetahui kisah silam gelap Putera George dari dua kawannya.

Hansel lembutkan renungannya dari mereka tapi ia tetap tajam. “Jangan harap. Patik tiada masa untuk layan Tuanku bertiga.” Jawabnya dengan nada dingin membuat Putera George itu tersenyum nipis, Hansel tak tahu apa maksudnya tu tapi Putera Bongkak itu kelihatan menyesal mengukirkan senyuman itu dan alihkan pandangannya dari Hansel.

“Then, kenapa kau ke sini?” Soal Putera Xiao Ai dengan nada lunak selembut sutera, walaupun wajahnya sentiasa serious, tangan di dagu itu membuat dia kelihatan lebih kacak. Apatah lagi dengan kaca mata yang melindungi mata sepetnya.

“Putera Edward.” Hansel memanggil nama Putera Charming itu lebih kepada menjawab persoalan si Putera cina. “Pengetua Merlin ingin jumpa Tuanku.” Katanya membuat Putera charming itu memandang putera raja Camelot.

Pasal the Believers…. Mata mereka berbicara dan kedua kawan ini mengangguk.

“Oh sekarang kau jadi messenger?” Soal Philipe sengetkan kepalanya, mencabar Hansel. “Kalau betul, tolong sampaikan salam aku kat adik kau. I’m sure Gretel gembira dengar nama aku—”

“Shut it Phil.” Putera Xiao Ai bersuara, matanya tertumpu pada bukunya. “Jangan nak timbulkan kekecohan di cafeteria.”

Putera George pula rehatkan kepala ditangannya dan siku sebagai tongkat di atas meja. Dia tersenyum nakal dan muncungkan bibir pada tukang masak yang bertugas di cafeteria pada hari itu. “Dia akan masak kau hidup-hidup kalau masakannya jadi Food Fight.”

Philipe menelan air liur melihat tukang masak gemuk lagi besar dan menggerunkan itu sedang mengedarkan makanan dengan muka garangnya. Tukang masak itu ialah pekerja cafeteria yang mereka semua takutkan. Perempuan itu jenis yang sangat tegas bila ia pasal masakannya. Pelajar mesti puji masakannya walaupun tak sedap, kena hormati masakannya dan makan dengan betul dan tidak meninggalkan sebarang sisa dalam pinggan mereka dan tukang masak itu paling pantang bila makanannya dijadikan permainan.

Pernah sekali dalam sejarah cafeteria seorang budak kena lontar masuk tong sampah kerana tercakap kutukannya tentang masakannya itu. selepas itu tiada siapa berani komen makanan tukang masak gemuk sehingga sekarang.

“Whatever.” Putera Philipe alihkan pandangannya dari pemasak itu.

“Aku pergi dulu.” Putera Edward bangun dari meja makan mereka dan menepuk bahu Hansel dengan lembut. “Jom.”

Hansel mengangguk dan mereka keluar seiringan dari Cafeteria itu dan naik ke tingkat dua, menuju ke jambatan academy.

“Kau ada batu transportation tu?”

Hansel menggeleng, bahunya kembali relaks bila dia berjauhan dari mereka dan tersenyum. “Sorry Patik tipu.”

Langkah Edward terhenti. “Jadi kenapa kau panggil aku?-And stop with the formalities.”

Hansel hanya menggeleng dengan senyuman nipis. “It’s about Ivy dan Putera George.”

Edward mengeluh, Dia tak tahu samada Hansel berformal dengan semua rakan dirajanya kerana menghormati mereka atau berpunca dari kisah silamnya yang buruk bersama power trio royal descrendents itu membuat dia taknak rapatkan dirinya dengan mereka.

“Ini pasal Sumpahan Enchanted tu ke?” Soal Edward dengan nada berbisik, hanya mereka sahaja mendengarnya.

“Tak. Ini pasal kebaikan Ivy.” Jawabnya dengan jujur. “Tuanku kena jauhkan Putera George dari Ivy sepanjang hari ni.”

“Why?”

“Lengan dia luka remember? Dan dia perlu recorver dengan tenang and you know apa akan jadi bila Ivy dan Putera George bertemu?” Okay, adalah Hansel tipu sikit.

Edward mengangguk. “Ya, Aku dengar pasal kecederaan Ivy. Doktor kata lengannya kena banyak rehat, so… kenapa kena jauhkan mereka?”

“Ivy is in a bad mood. Dia marah sebab tangannya cedera dan disebabkan itu dia tak boleh buat banyak benda. Kerjanya di perpustakaan dua kali ganda lebih susah kerana dia tak boleh paksa pergelangan tangannya sangat. So, dia mungkin akan belasah Putera George cukup-cukup kalau Putera George berani kacau dia.”

Edward menelan air liur mendengar ahli sihir muda itu bad mood, Edward kenal Ivy seorang perempuan yang agak panas baran dan sekarang dia Bad mood? Tak dapat dia bayangkan apa Ivy akan buat pada Putera George kalau putera Camelot itu datang mengganggunya.

Bayangan Edward membawa dia melihat Ivy melontarkan satu tumbukan padu tepat pada muka membuat Edward terkesima. “That’s scary.”

Hansel tersenyum dalam senyap. “Kita tak boleh buat mereka berdua bergaduh lagi. So, you’ll do it?”

Edward mengangguk. “Sure, tapi macam mana?”

“I don’t know. Bawa dia lepak di loby asrama, pergi ke ladang kuda atau korang pergi bermain pedang. I don’t really care, yang penting Putera George tiada masa untuk jumpa Ivy.”

Edward menggaru kepalanya sebelum mengeluh. “Baiklah. Beta akan cuba cari cara untuk alihkan perhatiannya.”

“Thank you your highness.” Hansel tunduk sedikit tanda terima kasih dan lihat Edward berputar, kembali ke cafeteria setelah tersenyum signal ‘sama-sama’ dan tepuk bahu Hansel.

 Bekas Vicious ini akhirnya tersenyum nakal bila Putera itu jauh dari penglihatan. Oh seronoknya bila ada pangkat tinggi dalam The Believers….desis hatinya dengan riang, mengeluar satu lagi batang lollipop dan masukkan kedalam mulutnya sebelum berjalan bertentangan arah dari Putera Edward dan tangan dalam poket. Putera raja pun boleh akur dengan aku~~~

 Edward kembali ke cafeteria dan duduk bertentangan dengan Putera George.

Putera raja Camelot itu perasan wajah serius kawannya membuat dia menjungkit kening dan mengangkat dagu, soal kenapa dengan dia.

“Korang nak keluar ke Shopping Galery petang ni?” Soalnya menarik perhatian Philipe dari makanannya.

“Dude, I’m in.” jawab lelaki berbadan sasa itu sambil angkat tangan sebelum memandang Xiao Ai yang membaca buku.

Putera Cina ini rasa pandangan Philipe menebuk lubang pada dahinya dan mengeluh. “sure. Aku tak kesah.” Jawabnya tanpa mata terlepas dari buku dalam tangan.

Philipe dan Edward memandang kearah Putera Camelot itu pula, menunggu jawapan dari putera itu.

George menggeleng. “No—”

“Ingat perjanjian kita sebelum majlis pembukaan sekolah? Pergi Shopping Galery. I take no for an answer.” Potong Edward. Berterima kasih dalam diam kerana Edward ada buat perjanjian itu dengan George.

George menarik sengih sebelum menghembus nafas mengalah. “Okay. Aku join sekali.”

“Yes!” Philipe menarik penumbuknya dengan gembira. “Dah lama aku tak keluar ke Kota Camelot. This is going to be Epic!”

.

.

 “Cik Devil, kamu tahu apa itu Equavalent Exchange?”

Panggilan pada namanya menarik perhatian Ivy semula dan merungut dalam diam. Ini sebab dia tak suka masuk kelas Philosophy…. Bukan sebab subjek yang membosankan. Lecturer kelas Astronomynya pada semester lalu yang mengejar Ivy salah satu subjek kegemarannya… lagi.

Ladies and Gentlemen, memperkenalkan professor terpendek tapi tergarang dan juga ingin hidup Ivy umpama neraka; Professor Hawkthorn, lelaki setinggi 146cm, berkacamata besar dihadapan muka tegasnya yang telah berkerut kerana telah dimakan usia.

Professor yang suka soal banyak benda pada Ivy tentang subjek pelajaran itu. dan hanya Ivy. Literally, pelajar lain tak pernah kena soal. Tak pernah walau sekali.

“Ia bermaksud; untuk menghasilkan sesuatu benda, benda yang mempunyai kandungan yang sama perlu dikorbankan.” Jawabnya dengan nada mendatar. Dia dah baca bab pertama philosophy semester lalu di Library Academy atas perasaan ingin tahu. Nasib baik dia masih ingat, kalau tak tentu dia memperbodohkan dirinya sendiri.

“Care to explain?”

Ivy memutarkan bola matanya. Professor Hawkthorn ni bangang atau sememangnya tak suka tengok Ivy duduk dengan tenang didalam setiap kelasnya?

Jadi Ivy bangun dari tempat duduknya, bersedia untuk menerangkan maksud Equavalent Exchange kepada semua rakan sekelasnya. “Ia terbahagi kepada dua; Iaitu The Law of Conservation of Mass dan The Law of Natural Providence……”

Dan penyeksaan hidup Ivy selama dua jam didalam kelas Philosophy telah berakhir dan Ivy dah boleh menghembus nafas lega, seleganya kerana pada hari jumaat itu dia hanya ada satu kelas sahaja. Jadi dia boleh menikmati harinya di perpustakaan sepanjang hari!—Yes, Ivy dah mula sukakan tempat itu, bukan sebab dia dah jadi seperti Puan Camelia, menyayangi dan sanjungi buku-buku dalam perpustakaan tersebut tapi dia ada tugas yang penting dia kena buat di sana. Dia kena buat penyelidikan tentang rahsia-rahsia Enchanted yang tersembunyi di belakangnya.

Ivy kena cari tahu kenapa Hansel dan Gretel sanggup berahsia dengan Ivy tentang sumpahan Lady Morgana keatas Tanah berhati mulia itu. Ye lah, Ivy kan dah kira bukan orang Vicious lagi—walaupun Ivy benci kenyataan itu, dan Hansel sepatutnya beritahu dia tentang sumpahan tersebut. Atau sekurang-kurangnya kes ‘losing heart’.

Kenapa mereka nak sembunyikannya dari Ivy? Hansel tak percayakan Ivy ke? Come on, Hansel dah anggap Ivy sebagai kawan terapat dia didalam dunia ni dan lagipun Hansel banyak berhutang budi pada Ivy. Berani dia sembunyikan kes tu dari Ivy? Setelah apa Ivy buat padanya?

Ahli sihir ini menggeleng secara mental. Dia tak sepatutnya rasa terkilan dengan perangai Hansel, lelaki tu dah tipu dia dari dulu lagi. Datang ke Vicious untuk pantau Ivy. The sly man really starting to crawl under her skin!

Kalau Hansel tak nak beritahu… fine. Ivy akan carinya sendiri. There’s nothing a witch like Ivy the Devil can’t do.

Ivy tersenyum bangga sambil mengangguk, membenarkan penyataan itu.

“Good afternoon Puan Camelia…” Ivy sapa perempuan yang pertengahan usia itu dengan senyuman itu tertampal pada wajahnya.

Puan Camelia mengangkat matanya dari chop buku perpustakaan dan lihat Ivy sandarkan tangannya pada meja kaunternya dengan senyuman. Kedua keningnya ternaik. “Kamu kelihatan gembira—kamu tak perlu murungkan diri.” Tegur Penjaga perpustakaan itu bila senyuman Ivy hilang. Perempuan tertengahan tahun itu tersenyum kecil. “Saya rasa kamu dah tak perlu datang ke perpustakaan lagi, Cik Ivy.”

Ivy menjungkit kening. “Sebab tangan saya?”

Puan Camelia menggeleng. “pesalah yang cuba mencuri kayu sakti Royal Fairies telah tertangkap dua hari lalu. So, hukuman kamu telah ditarik balik dan saya ada perpustakawan untuk bantu saya mengemas semua buku-buku ni.”

“Siapa si pencuri itu?”

“Some graduation student. Jangan risau, dia juga kena hukum oleh The Great Wizard Merlin.”

Ivy tambah murung, kerana sedih. “So that’s mean saya dah tidak dialu-alukan ke sini lagi?”

Ini buat penjaga perpustakaan Academy itu ketawa kecil. “Dah tentu kamu boleh datang ke sini sesuka hati kamu Cik Ivy. Apapun, apa kamu buat kat sini?”

Bibir Ivy kembali terangkat, sebuah senyuman kecil. Setelah menghabiskan masa dengan Puan camellia selama 4 bulan lebih pada semester lalu, Ivy dapati yang Puan Camelia seorang yang baik hati, dia dah mula melembut kepada Ivy. Tidak lagi dingin, Tersenyum dan Tanya khabar ahli sihir itu dan juga berbual dengan Ivy sekali sekala.  

“Saya tengah buat research tentang sejarah Enchanted.” Jawab Ivy dan rehatkan dagunya pada kedua tangan. “Puan Camelia ada recommended book untuk saya rujuk?”

“Assignment?”

Ivy menggeleng. “Memandangkan saya dah tinggal di tanah ni, saya fikir mengetahui sejarah tempat ni ialah permulaan yang baik untuk mulakan hidup baru.”

Ayat Ivy membuat Penjaga perpustakaan itu menyentuh dadanya dan senyuman terharu tertampal pada wajahnya. Mungkin kerana dia gembira mendengar Ivy mengaku dirinya sebagai orang Enchanted. “Oh well….” Dia agak tak terkata-kata. “Saya rasa kamu patut ke tingkat empat perpustakaan. Disana semua sejarah Enchanted tersimpan dengan rapi.”

Ivy kembali berdiri tegak, agak tertarik dengan ayat Puan Camelia. “Tingkat 4?” soal ahli sihir ini. “Saya ingat perpustakaan ini hanya ada tiga tingkat sahaja.”

“Cik Ivy, Bangunan utama Academy mempunyai 5 tingkat seperti Wing A. Tak mustahil dua tingkat di atas juga merupakan perpustakaan Academy.”

“Tapi saya ingatkan ia hanya bilik kosong dan—”

“Tak.” Potong Puan Camelia dengan senyuman lembut. “Tingkat Empat tidak semua pelajar boleh pergi ke sana, tidak tanpa kebenaran saya. Di sana tempat buku-buku terpenting disimpan, buku tersebut sangat penting untuk Enchanted dan kena dijaga dengan penuh berhati-hati.”

“Tapi kenapa Puan benarkan saya naik ke atas?”

“BUkankah kamu ingin mengetahui sejarah Enchanted?” Soalnya dengan nada mengusik dan melihat wajah buntu Ivy, Puan camellia ketawa kecil dan keluarkan satu kunci dari poketnya. “This is the key to the fouth floor library ni. Saya amanahkan kunci ini pada kamu Cik Ivy, saya harap kamu akan jaga buku-buku itu dengan teliti. Sebab ia sangat penting dan agak usang. Saya harap kamu takkan cuai dan hilangkan mana-mana buku dalam bilik tu.” Katanya dengan nada serious dan hulurkan kunci itu pada Ivy.

Ivy hanya lihat kunci bersalutkan silver itu, mempunyai ukiran yang sangat cantik dan juga antic tapi tidak berkarat langsung. Seperti Puan Camelia menjaganya dengna begitu baik. “Puan percayakan saya?”

“Dah tentu saya percayakan kamu.” Jawabnya membuat Ivy pandang dia semula. “Kamu jaga buku di tingkat ini dengan begitu baik. Tentu kamu boleh buat yang sama pada buku tingkat di atas.”

Ivy tidak membalas, hanya mengambil kunci itu dari tangan Puan Camelia dengan perlahan. Dia masih terpegun kerana perempuan pertengahan umur itu telah mempercayai Ivy.

“SAya akan kembalikannya petang ni.”

Puan Camelia tertawa kecil dengan gelengan kecil membuat Ivy sengetkan kepala. “Cik Ivy, saya tak rasa kamu boleh baca semua sejarah Enchanted dalam masa sehari. Kecuali kamu ada magic kamu untuk membantu tapi itupun makan masa sekurang-kurangnya seminggu.” Jawabnya membuat Ivy terngangah. “Apa kata kamu pegang kunci itu sampai kamu selesai buat research kamu dengan syarat, setiap hari jumpa saya dan beritahu saya bila kamu masuk dan keluar dari tingkat itu. okay?”

Oh wow…. Puan Camelia mempercayai Ivy lebih dari apa yang Ivy jangkakan. Ivy mengangguk. “Okay!” sahutnya dengan gembira, terharu yang puan yang dahulunya menjengkelkan telah menerima Ivy. “Saya pergi dahulu Puan Camelia.”

Puan Camelia mengangguk dengan senyuman dan lihat ahli sihir itu berlalu pergi, menuju ke tangga yang terdapat di hujung perpustakaan itu. Penjaga Perpustakaan ini mengeluh kecil dengan gelengan, tersenyum kecil kerana Ivy mengingatkan dirinya dahulu muda yang teruja dalam menerokai buku dalam perpustakaan itu. mungkin niat ivy lain tapi ia berkaitan.

Puan Camelia betulkan kaca matanya dan kembali membuat kerja, mengecop buku-buku yang dipulangkan oleh pelajar Academy. Tidak lama sebelum dia mengeluh kecil.

Harap Wizard Merlin tahu apa dia buat ni….

Ivy tiba di tingkat empat Bangunan utama Enchanted itu, melihat dua besar pintu berdiri megah dihadapannya, mungkin dua kali ganda besar dari pintu biasa. Bersama dua statue lelaki yang lengkap dengan baju perisai dan lembing di tangan mereka dan ia diperbuat dari Emas.

Di hadapan pintu itu pula terdapat satu lagi patung emas, ia berukiran singa berkepala dua. Duduk di atas kotak emasnya sambil memandang tepat ke pintu tersebut.

Ivy menelan air liur, merasakan seram sejuk merangkak di tulang belakangnya melihat tiga patung emas yang besar itu. Ivy mempunyai firasat yang tiga patung itu bukan perhiasan biasa di depan pintu tersebut. Ia guardian…. Jika firasat Ivy tak salah, patung ini akan hidup jika ada penceroboh datang ke tingkat itu.

Sekali lagi dia menelan air liur, membayangkan lembing itu tertusuk pada perutnya atau singa berkepala dua itu membaham badannya dan rip her to two pieces.

Meremang bulu roma Ivy membayangkan badanya terbahagi dua. Dia alihkan perhatiannya pada pintu tingkat empat itu semula sebelum kunci didalam tangannya.

Patut ke dia masuk?

Ivy tahu dia tak patut hiraukan tiga patung itu tapi kalaulah mereka tiba-tiba hidup, Ivy tiada magic untuk pertahankan dirinya. Kemungkinan dia akan mati dengan begitu menyedihkan ialah 89%. And that’s a slim chance to survive.

Sekali lagi; Patut ke dia masuk?

 Oh lantak lah… aku ambil 11% tu desis hati Ivy dan masukkan kunci itu pada lubang di bawah tombol pintu. Dia sempat toleh dua patung di sebelahnya dan menarik nafas dalam, menyediakan dirinya sebelum memutar kunci itu dengan mata tertutup erat. Bunyi ‘click’ pada pintu itu bergema di ruang tersebut.

Ahli sihir ini membuka mata sebelahnya dan pandang patung sebelah kiri. Tidak bergerak. Sebelah kanan? Sama juga.

Dia menghembus nafas lega tapi melompat terkejut bila pintu perpustakaan tingkat tersebut terbuka dengan sendirinya, memberi keizinan kepada Ivy untuk masuk.

That’s…. creepy….

Ivy masukkan kepalanya dahulu, memandang ke kiri dan ke kanan, memastikan samada ada orang di tingkat itu atau tidak.

“Anybody here?” Soalnya masih inginkan kepastian. Dia sebenarnya takut tapi dia takkan mengaku yang dia gementar untuk masuk ke dalam.

Setelah memastikan tiada siapa didalam perpustakaan itu—obviously, Ivy masuk ke dalam selepas menarik nafas dalam dan beberapa kata-kata semangat.

Matanya mula meliar melihat setiap sudut perpustakaan yang besar itu. Ivy tak tipu bila dia kata dia kagum melihat bentuk reka tingkat 4 Perpustakaan itu. Ia mempunyai warna tema putih emas, royalty dan elegent seperti perpustakaan academy di bawah tapi yang ini kelihatan lebih simple. Tidak banyak rekaan pada setiap rak buku kerana kesemua rak-rak tersebut melekat pada dinding dan mencecah siling! Kesemuanya! Pada setiap rak buku pasti ada tangga untuk mencapai buku yang setinggi langit itu.

Bukan itu sahaja, Perpustakaan tersebut ada dua tingkat seperti perpustakaan di tingkat bawah! Ia lebih kecil dari perpustakaan biasa mungkin disebabkan rak buku melekat pada dinding dan semua rak itu dirapatkan dan mencecah siling tapi hulamak! Dua tingkat dinding yang dipenuhi hanya dengan buku mencecah langit?


“Puan Camelia tak tipu bila dia kata aku perlukan lebih sehari untuk mengkaji sejarah Enchanted. This place is ginormous!” suara Ivy bergema didalam perpustakaan peribadi itu dan segera menutup mulut.

Oh wait…. Tiada orang di dalam tempat tu selain dia.

Ini buat Ivy tersenyum nakal dengan Idea gila muncul didalam kepala otaknya.

“Aahh!” dia menjerit ke udara dan pasang telinga, mendengar suaranya terpantul pada setipa dinding dan siling perpustakaan, menggandakan suaranya mengikut barisan sebelum ia lenyap.

Ivy teringin nak menjerit di perpustakaan! Puan Camelia akan marah dia buat macam ni, termasuk sekolah di Vicious, semua perpustakaan mempunyai peraturan ‘no noise’ walau suara sehalus bernafas pun tidak dibenarkan. Tapi memandangkan perpustakaan itu miliknya seorang, dia boleh buat apa sahaja dia nak.

Menjerit, ketawa, bercakap, menyanyi dan Berlari.

Dia buat kesemua keterangan di atas.

Menjerit dengan girang sebelum berlari anak ke rak buku berdekatan, memanjat tangga rak buku itu dengna nada nyanyian gembira yang sangat sumbung (Hey! Tiada siapa didalam perpustakaan tu, so suka hati dia la nak menyanyi ikut not atau tidak)

Menyanyi sambil mencari buku yang dia inginkan, teruja melihat buku yang dia ingin kan dan kumpulkannya di atas satu meja yang tersedia di perpustakaan itu sebelum mencari buku lain lagi ditingkat atas, mengumpul setiap buku yang ada kena mengena dengan sejarah Enchanted dan sumpahan Losing Heart pada setiap rak, setiap tingkat dan setiap section dengan teliti. Dia taknak mana-mana buku didalam perpustakaan itu terlepas pandang.

Setelah puas mencari buku yang dia inginkan—memastikan juga tangannya tidak terbeban, Ivy bercekak pinggang puas melihat empat longgokan buku bak gunung Furious di penjuru meja kerjanya. “Hmm!” dia mengangguk dan mencapai salah satu buku tersebut sebelum melabuhkan punggung dan mula membacanya.

Matanya lancar membaca setiap baris pada setiap muka surat dalam buku itu. membacanya dengan pantas dan juga teliti sama seperti degupan jantungnya yang berdegup cepat, teruja untuk menerokai tanah berhati mulia itu.

Bukan itu sahaja yang buat dia seronok, dia dapat membaca tanpa sesiapa mengganggunya. Merungkai misteri adalah kegemaran kedua Ivy selepas Mempelajari magic. Kenapa dia suka misteri? Kerana ia menyeronokkan, seperti teka-teki didalam puisi mantera. Jika tidak memahami maksud tersirat mantera itu, magic tidak akan berlaku.

Sama seperti sebuah misteri. ia kena diterokai untuk menemukan hasil yang berbaloi, kalau tidak, misteri itu akan kekal menjadi persoalan tanpa jawapan. Tergantung.

Dan kadang-kala, dalam membuat penyelidikan, Ivy mungkin terserempak dengan mantera baru, atau mantera lama—kuno yang mungkin akan berguna untuknya. Selalunya mantera dahulu kala sangat berkuasa dari mantera buatan sendiri. Dia mungkin boleh guna penemuan itu untuk kelebihannya bila dia berpeluang.

Ivy berada di perpustakaan itu agak lama. Sekurang-kurangnya 2 jam lebih, membuat bising dengan kentakan kaki atau mulutnya berkumat-kamit membaca perenggan yang dia tak seberapa faham, membaca secara berulang kali sehingga ayat itu dapat diproses dalam otaknya.

Perkataan ‘Aaaah’, ‘Ooh’, ‘hmmm’. Dan ‘macam itu rupanya’ sentiasa terselit keluar dari celah bibir nipisnya tanpa dia sedari; tabiat Ivy bila dia jumpa sesuatu yang menarik didalam buku bacaannya.

Kalau dalam perpustakaan biasa tentu Ivy kena tegur, tapi perpustakaan itu untuk dirinya sendiri jadi dia boleh buat apa sahaja dia nak, ikut suka hatinya tanpa ada sesiapa menegur atau toleh kepala untuk melihat dia.

She is at peace.

Perpustakaan peribadi itu umpama safe haven untuknya.

Dia tidak pernah rasa setenang dan keseorangan seperti berada di perpustakaan peribadi itu. Kali terakhir dia bersendirian semasa dia di Vicious, sebelum huru-hara dalam hidupnya terjadi. Ivy akan selalu pergi ke mana sahaja dia inginkan seorang diri tanpa ada sesiapa mengekorinya dan tak risaukan apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapannya. Tanpa ada orang ingin mengawal ahli sihir ini, mengintip, mengejar dan ingin membunuh Ivy the Devil.

Jadi, dia tipu dirinya untuk sementara waktu ini, bahawa tiada siapa inginkan nyawanya, tiada siapa merancang untuk mempergunakannya ataupun masa depannya yang mungkin tidak akan wujud. Dia tipu dirinya sendiri untuk mempercayai yang dunia meninggalkan dia bersendirian, tidak menghiraukan kewujudan ahli sihir itu.

Kedua kakinya tersimpul diatas meja, relakskan diri di kerusi berkusyen itu sambil jari bermain dengan hujung kertas buku bacaannya. Tenggelam dalam bacaannya bersama cahaya dari tingkap memberi pertolongan untuk dia membaca dengan jelas.

Bunyi burung berkicauan dari luar tingkap itu juga menenangkan keadaan, Ivy membuka tingkap perpustakaan yang berdekatan untuk membenarkan Ivy merasakan angin bayu dari dunia Luar dan suara-suara merdu alam. Cahaya matahari bersembunyi disebalik tirai biru, bermain dengan angin dan menari didalam kesunyian yang tenang.

Ivy tak tahu berapa lama dia didalam perpustakaan itu, dia terlalu menikmati saatnya sehingga dia hilang jejak masa. Tapi melihat 4 buah buku yang telah habis di baca, Ivy jangka dia dah agak lama di tempat itu.

Dia menutup buku dalam tangannya, tanda dia telah habis baca buku tersebut dan letakkan bersama empat buku yang lain sebelum dia mengeluh kecil.

“Tiada penemuan dalam buku ni jugak.” Bisiknya pada diri sendiri dan melihat longgokan buku yang belum di baca, kali ini dia membaca judul di tepi buku-buku itu untuk memendekkan masa pencariannya, judul buku yang mungkin ada kena mengena dengan malapetaka Enchanted. Ini kerana dia tiada masa untuk baca secara random pada buku yang dia telah pilih.

Dia memilih buku berjudul ‘The Great Kings of Camelot’. Mungkin sumpahan Lady Morgana ada tertulis di dalam buku itu atau punca kenapa dia sumpah tanah kelahirannya sendiri.

Ivy boleh je baca semua buku yang bergunung itu sepanjang hari tapi dia mempunyai satu masalah kecil.

Kesabaran.

Dia mempunyai sifat yang tidak pandai sabar.

“Tiada clue langsung dalam buku ni—”

“Itu sebab kau tak baca sampai habis.”

Ivy hampir terjatuh dari kerusinya bila muka yang tidak diingini muncul disebalik bukunya bersama senyuman yang menjengkelkan. Nasib baik dia ada tindakan reflex yang baik dan segera berpaut pada meja sebelum dia jatuh kebelakang.

Dia terus bangun dari tempat duduknya sebagai langkah berjaga-jaga. “Jack?!”

Lelaki berambut perang bermata emas itu kembali berdiri tegak, dengan kedua tangan dimasukkan kedalam poket. “Surprise seeing me here, cupcake?”

“Of course aku terkejut! Apa kau buat kat sini? Macam mana kau boleh masuk ke sini?”

Jack tuding ibu jarinya kebelakang, menunjukkan pintu masuk ke perpustakaan itu. “tak terkunci dan aku ke sini untuk cari kau.”

“Macam mana kau tahu—”

“Puan Cam.” Jawab Jack dengan nada mendatar, kedengaran seperti dia piss off dengan Ivy. Dan cara dia capai lengan Ivy dengan kasar membuktikan dia berang dengan ahli sihir itu. “Kau cuba larikan diri dari aku ke?”

“A-Apa?” Dahi Ivy berkerut, tidak faham kenapa dengan lelaki ini. “Kenapa aku nak larikan diri dari kau—ow…” Ivy merintih merasakan genggaman erat lelaki itu menyakiti lengannya. “Jack…. Lepaskan aku.”

Ivy takkan jangka yang Jack akan lepaskan tangannya. Apatah lagi melepaskannya secepat itu, seperti dia risaukan kecederaan pada tangannya.

Dia kembali memandang Jack yang menunjukkan riaksi wajah seperti dia dalam masalah. Atau bersalah? Dia tak tahu, dia tak pernah lihat Jack buat muka selain wajah sinis dan sarkastiknya.

Tapi ekspressi wajah itu berubah menjadi renungan maut yang menakutkan, apatah lagi dengan mata emas yang tajam itu. “Aku kata kau cuba larikan diri dari aku ke? Are you forget about our little bargain?”

Entah kenapa, Ivy juga naik marah dengan nada kasar lelaki jahanam itu dan melawannya; “Aku? Melarikan diri?” Dia ketawa sinis. “Hah! Kau ingat aku akan melarikan diri dari lelaki macam kau? Jangan buat aku ketawa.” Ivy menggeleng dengan senyuman mengutuk. “Anyway, memandangkan kau dah ada kat sini, apa kata kita habiskan masa berdua kita di sini sahaja. Aku ada kerja nak buat kat sini.”

“Like what?” Jack menarik sengih, dan mencapai buku yang ada di tangan Ivy, membaca judul buku itu. “Heh, kau nak bongkar sendiri sumpahan-sumpahan Enchanted ke? Kau tahu kau takkan dapat informasi yang kau nak dengan cara ni?” Dia letakkan buku itu ketepi. “Even if you do, ia makan berbulan, kau ada kesabaran ke untuk tu ke baby-poo?”

Cara Jack berkata-kata membuat darah Ivy naik. Dia sedang menguji Ivy ke? Atau dia sedang pandang rendah pada kebolehan Ivy? Pada diri Ivy?

Ahli sihir ini memeluk tubuh sambil angkat dagunya keudara, tidak ingin mengalah dengan kutukan dan usikan lelaki di hadapannya. “Aku tak kesah berapa lama aku kena cari, sooner or later I will have the information I want.”

“Kau ada aku untuk beritahu kau semua.” Jawab Jack dengan senyuman 1001 makna.

“Dan aku kena bayar kau untuk informasi tu. Aku mungkin jenis yang kurang sabar tapi aku tak desperate sampai sanggup korban maruah aku untuk informasi seperti ini.”

“Oh…. Jadi ahli sihir Vicious ini masih ada maruah?” Jack sengitkan kepalanya, mencabar Ivy. “How cute. Then, kalau kau taknak jual maruah kau kat aku kenapa tolak kepercayaan kau kat bestfriend kau tu.”

Ivy kecilkan matanya pada Jack, menyembunyikan perasaan murungnya bila teringatkan Hansel yang dia anggap sebagai kawan rupanya selama ini pengintip Ivy. “Kalau kau tahu semuanya, tentu kau tahu kenapa aku tak Tanya dia.”

“Sebab kau takut mereka semua akan tinggalkan kau keseorangan di tanah musuh.” Kata Jack, menjawab ‘kenapa’ Ivy sanggup dapatkan informasi dari lelaki yang dia tak percaya langsung dari lelaki yang dia kenal separuh hayat dalam hidupnya.

Jawapan Jack membuat darah Ivy membeku. Jack tahu segalanya….dia lebih merbahaya dari apa yang ivy jangkakan. Ivy yang telah memandang rendah pada lelaki yang terpesong ini.

“Macam mana kau tahu semua ni?” soal Ivy dengan renungan makin merbahaya. “semua tentang aku?”

“Ah.” Jack mengangkat jari telunjuknya, tidak gentar dengan nada Ivy. “Itu informasi yang tiada ada kena mengena dengan date kita. Aku mungkin akan minta bayaran lebih.”

Ivy memutar bola matanya, tertanya kenapa Ivy tak terkejut bila Jack minta bayaran untuk satu persoalan itu. “Apa bayaran tu?”

Jack tersenyum nakal. “Memandangkan ia soalan yang tidak berkaitan dengan Enchanted, aku kurangkan bayaran aku. Ke Bandar bersama aku.”

Apa? Ivy tak salah dengar ke? Jack mengajak Ivy keluar ke Bandar Camelot? Itu sahaja?

“Wow…. Aku ingatkan kau akan minta satu ciuman atau jadi hamba kau dalam masa sehari or something….”

“Itu pun boleh jugak—”

“Aku setuju.” Potong Ivy dengan segara dengan renungan menjengkelkan.

“Setuju dengan apa? Keluar ke Bandar atau Jadi hamba pleasure aku?—”

“Keluar ke Bandar lah, You Pervert!” Jawab Ivy dengan segera, muka merah bak epal.

Senyuman nakal Jack berubah ke senyuman 1001 makna dan terus mencapai pergelangan tangan Ivy tapi segera melepaskannya kerana Ivy kesakitan. Dia pegang bahagian atas lengan Ivy pula tanpa kata apa-apa dan tersenyum nakal semula. “Then lets go, my love.”

Jack menarik Ivy jauh dari meja itu, keluar dari perpustakaan peribadi dan turun ke pintu keluar perpustakaan.  mengabaikan para pelajar di perpustakaan itu melihat mereka berdua lalu di tingkat pertama perpustakaan, melihat Ahli sihir yang menggerunkan ditarik oleh lelaki paling bermasalah di Academy itu.

Perkara yang menarik perhatian mereka yang sebenarnya ialah, Pelajar graduasi seperti Jack masih lagi berada di Academy dan masih lagi mencari mangsa untuk dikenakan. Dan kali ini Jack targetkan mangsa baru yang agak merbahaya. Ivy The Devil.

Jack mungkin pandang rendah pada kebolehan ahli sihir itu memandangkan Ivy memakai gari yang menaham magicnya. Itu yang pelajar academy fikirkan tapi mereka tidak tahu ia lebih dalam dari pemangsa mengejar mangsanya. Ia melibatkan masalah terbesar Enchanted.

Bukan pelajar sahaja yang sedang perhatikan mereka dengan penuh curiga dan ingin tahu, Seorang ahli sihir terkuat juga tertarik dengan dua anak muda itu, memerhatikan mereka melalui bola kacanya sambil mengusap janggut putihnya.

“Hmmm…..” mata Wizard Merlin tidak lepas dari melihat Ivy sedang bergelut dari genggaman Jack, bukan sebab dia kesakitan, pegangan Jack pada lengan Ivy begitu lembut tapi kukuh pada masa yang sama. “Siapa sangka there’s a twisted fate diantara mereka berdua…” bisiknya lebih kepadanya meyakinkan diri sendiri.

Dahi Pengetua Merlin berkerut bila lihat Jack mentertawakan Ivy bila dia jatuh kerana Jack sengaja lepaskan Ivy bila dia meronta. Ivy kembali bangun dan menghentak kaki sebelum memijak kaki Jack membalas dendam sebelum mengutuk lelaki itu dengan senyuman sinis. “Ini bermakna…. Sumpahan itu akan tiba tak lama lagi. Tidak terlalu lama.”

~To be Continue~

>X<


(A/N: I felt like dancing right now atau tidur sepanjang hari sebab project Angah dah selesai—on the next project. Wuuuuuuuu~~ There’s no end to this misery TT-TT. Apapun, maaf ada ‘to be continue’ kat situ sebab angah fikir nak teruskan satu bab je sketsa date and Louis jelly ni but Angah is so tired!! *Cries in spanish* my eyes are dry right now because lack of sleep! Hahahaha apapun, Angah akan post bab seterusnya secepat yang mungkin! But no promises (  *3*’’) See you in the next chapter!! *Hug&kisses*)

P/S: nak promote diri sendiri sikit ni. hehehe, my Bday is on 18/May and Yes, Happy 20th Bday to me!!! walaupun hadiah angah hanyalah kegagalan dalam design and rejected project. But, Hey! at least angah dapat bday surprise dari family! huhuhuhu Yey!

P/P/S: I've become officially an adult and it saddens me (T__T) so many responsibility!!

No comments:

Post a Comment