Thirteenth F.A.T.E

Playing secrets

“Bersedia untuk bekerja dengan kami?”

Seorang lelaki 12 tahun mengalihkan pandangannya dari senyuman sinis perempuan itu. “Kau tahu apa syarat-syarat aku kan?” Soalnya sempat curi pandang ke celah pokok didalam hutan tersebut, melihat seorang budak perempuan sedang mengait bunga di tepi tasik seorang diri.

Perempuan berambut perang, ternyata lebih tua dari budak itu menarik sengih. “Kita perlukan satu sama lain. Dah tentu aku tahu syarat kau seperti mana kau tahu syarat aku.”

Budak lelaki itu kembali memandang perempuan dihadapannya, menjilat bibirnya yang kering dan renung perempuan itu dengan penuh jijik. “Its…. a deal.”

Senyuman perempuan berambut perang itu makin lebar dari sebelumnya dan mata perangnya bercahaya tanda dia berpuas hati mendengar jawapan budak kecil itu. “Lets the business begin.”

Gambaran itu mula berkabur, secara perlahan, perbincangan diantara wanita dan budak kecil itu tidak lagi kedengaran sama seperti gambaran wajah mereka. Kabur dan tidak jelas.

Gambaran tersebut kelihatan sangat dikenali, suasana hutan yang penuh keajaiban, cara cahaya menebusi diantara celah-celah dedaunan pokok dan kicauan burung dan haiwan mistik didalam hutan itu tersangat dikenali.

Tapi dua suara itu tidak pasti. Sepertinya dia pernah dengar tapi pada masa yang sama tidak pernah.

Dengan gambaran itu makin menghilang, kesedaran ahli sihir muda ini kembali menghalau tidurnya dan sedar akan dirinya terlentar diatas katil. Dia masih lagi memejamkan matanya, seperti tidak ingin membukanya pada waktu itu, seperti dia masih ingin kepastian apa yang dia lihat didalam minda separa sedarnya. Ingin mengetahui siapakah dua manusia itu dan apa business yang perempuan muda itu katakan.

Tapi…. Dia tahu setelah dia sedarkan diri, dia tidak akan dapat mengembalikan gambaran itu lagi. Jadi dia kembali tumpukan sepenuh kesedarannya pada dunia reality.

Dan ia menghempap kepala Ivy. Satu badannya kebas dan menyengit seperti dia telah mengikuti acara angkat berat dan memaksa ototnya sehingga koyak. Pergelangan tangannya menyengit seperti dia terkena cacar. Sangat gatal dan menggoda Ivy untuk menggarunya. Tapi dia tahu dia tak boleh melakukannya kerana dia tak boleh rasa apa-apa sekarang ni. Dia kebas. Satu badannya kebas.

Tapi telinganya tetap tajam kerana dia terdengar pembicaraan halus berlaku didalam bilik itu. bisikan-bisikan dikongsi, tidak ingin membangunkan Ivy. Tentu sesiapa sahaja yang berbual itu tidak ingin tinggalkan Ivy seorang diri di bilik itu sehingga sanggup berbisik seperlahan itu untuk bercakap.

“….kan apa-apa kan?” satu bisikan maskulin kedengaran membuat dahi ivy berkerut. Suara siapa tu? Ivy tak mengenali suara itu. tapi dia kedengaran risau.

“Dia okay. You should know better sebab kau pernah lalui perkara ni.” Bisikan suara tu Ivy kenal. The Great Wizard Merlin.

Satu keluhan sedih kedengaran, ini membuat Ivy nak buka mata dan lihat siapa didalam bilik itu tapi separuh minda Ivy suruh dia duduk diam dan dengar perbincangan mereka. “Saya tahu tapi…. I just….” Ayatnya tidak dapat dihabiskan. Seperti dia tak sanggup untuk melengkapkan ayatnya.

“I know how you feel boy.” The Wizard Merlin bersuara dengan nada lembut, seperti menenangkan lelaki itu. “Saya rasa baik kamu pergi sebelum yang lain datang. Kau akan buat kekecohan di bilik ni. Even worst—”

“Saya tahu.” Dia memotong dengan nada tegas. “Saya tahu….” Kali ini kedengaran agak kecewa.

Kesunyian menguasai suasana itu untuk seketika sebelum the wizard Merlin bersuara. “Take care my boy.”

Tiada balasan dari lelaki itu Cuma tapak kaki kedengaran membuat Ivy membuka matanya dan segera bangun tapi sebaik sahaja dia bangkit, dia sesuatu merangkak keluar dari kerongkongnya dan penglihatannya kabur untuk sementara waktu. Dia cuba tahan diri dari muntah dan konsentrasikan penglihatannya pada pintu bilik rawatan, hanya dapat lihat belakang lelaki yang berbaju hitam turtle neck sebelum lelaki itu menghilangkan diri.

“Who—” Dan dia muntah. Tunduk ke tepi katil dan buat lantai bilik itu bersepah.

 “Oh dear Cik Ivy.” The Wizard Merlin bergerak ke sisi Ivy dan mengusap belakang anak muridnya sementara Ivy mengosongkan perutnya di atas lantai bilik rawatan itu. “Don’t your mother ever taught you not to get up after almost draining your whole magic?” Soalnya dengan nada tuanya yang lembut.

Ivy menelan air liur pahit dan mengelap mulutnya menggunakan tangan belakang. “In the matter of fact. She has.” Katanya diantara ingin muntah sekali lagi. Dan Ya. Dia muntah lagi.

Pengetua Merlin mengalihkan wajahnya dari Ivy dengan muka pelik. Menghidu bau tengik di tambah dengan bunyi menggelikan dari kerongkong Ivy buat dirinya sendiri nak termuntah bersama. Tapi tangannya tidak pernah berhenti dari mengusap belakang ahli sihir muda itu.

Ivy menarik nafas tajam dan lelah, dah tak bermaya untuk buang isi perutnya lagi. Dia rasa kepalanya berdenyut dengan kuat. Matanya juga menyengit, merah dan berair seperti ada orang kecil didalam kepalanya sedang menendang bola matanya berkali-kali hampir buat kedua bola matanya ingin tercabut. “F*ck sake, Ini lebih teruk dari mungkir sumpah Ayah.” Katanya kepada diri sendiri, tidak menyedari yang dia dah sebut ayat itu dihadapan The Great Wizard Merlin.

Tapi pengetua Gracious ini tak cakap apa-apa, hanya melihat Ivy dengan penuh simpati pada matanya. Tangan masih mengusap belakangnya sehingga anak muridnya lega. “Kamu dah okay?”

Ivy mengangguk, mengelap mulutnya untuk kali terakhir, memastikan tiada sisa muntah yang melekat pada mukanya sebelum kembali menyandar di kepala katil sakit itu. Ivy tidak kata apa-apa kerana kerongkongnya rasa sangat pahit, dia menelan air liur pun kena berfikir dua kali. Entah apa jadi kalau dia buka mulut, tentu bau macam longkang. Jadi dia hanya pejamkan mata, berharap sakit kepalanya dapat ditenangkan dengan mulut ditutup rapat dan tak kata benda merapu. Kadang-kadang bila Ivy sakit kepala tentu dia cakap benda buruk, dan dia taknak mencarut didepan Mentornya. (sedangkan semua itu telah dibuat depan orang tua itu.)

“Tunggu sini, saya panggil Nurse.”

Ivy membuka matanya semula—menyesal kerana sakit kepalanya kembali tapi dia endahkan dan ingin memanggil Pengetua Merlin. Orang tua itu tidak mendengar panggilan suara garau hampir tidak wujud Ivy dan terus berjalan keluar.

Ivy berdengus dan jatuhkan balik kepalanya di kepala sakit membuat kepalanya terhentak sedikit. Ouch. Brillaint, sekarang dia sakit kepala bahagian otak dan juga tulang.

Ivy terlalu penat untuk menyentuh bakal-benjol di kepala, dia mengeluh berat. Kali terakhir Ivy rasa nak mati seperti ini beberapa tahun yang lalu semasa Ivy membuat Ritual untuk membuang hatinya di Gunung Furious, dia tersalah mengambil hati dan hampir bunuh diri sendiri kerana pelindung angkat sumpah Ivy didadanya menyala merah, menghalang dia untuk menariknya keluar. Dia rasa nak mati hanya menyentuh hati itu didalam dirinya, kalau dia tak bergerak pantas, menangkap hatinya yang sebenar dah tentu dia jatuh pitam. Atau lebih teruk, melanggar angkat sumpahnya dan mati di depan mata Hansel.

Nasib baik Ivy ni jenis yang professional dalam menipu, Hansel cemas bila dia lihat Ivy pucat dan berpeluh selepas ritual itu dan beritahu dia itu perkara biasa jika hati dikeluarkan dari jasad. Menyembunyikan hati lagi satu yang tersemat didalam dadanya.

Sakit kepala Ivy akhirnya redah setelah beberapa minit memejam mata dan ingin tertidur semula tapi jeritan menjengkelkan masuk ke lubang telinganya, menggegarkan otaknya yang macam jelly.

“Ivy!—Oh thank goodness kau Okay!” Puteri Happy-go-Lucky, Hanna menjerit riang melihat Ivy sedarkan diri, tidak perasan renungan maut yang ahli sihir itu lontarkan kepadanya. “Ezra asyik sebut nama kau je sejam lebih ni, Tanya kalau kau dah sedarkan diri or kau cedera di mana-mana. Dah tentu aku datang sini untuk periksa kau je, lepas tu aku kena beritahu Ezra tapi aku tak rasa aku akan beritahu dia secepat yang mungkin sebab tentu dia nak datang sini kalau tahu kau bangun.” Hanna berceloteh sambil memegang dagunya dan pandang ke siling bilik itu. “Maybe just for a few more hours. Korang berdua kelihatan sangat penat dan selepas incident trauma tu tentu korang perlukan rehat secukupnya! Sekurang-kurangnya seminggu! No worries about class thou, Pengetua Merlin—”

“That’s enough Hanna….” Suara Gretel menyampuk sebelum badan empunya suara muncul di pintu bilik Ivy dengan senyuman nakal. “Hanna, bukannya kau tak boleh datang ke sini ke?”

“I sneak in?” bisiknya sambil mengangkat bahu rasa bersalah. “But korang boleh masuk sini sesuka hati korang!” dia tuding jari kearah Gretel dan Hansel yang baru sahaja masuk bilik itu dengan mulut seronok menghisap lolipop.

Langkah Hansel terhenti dan tuding dirinya sendiri. “Aku? Kenapa dengan aku?” Soalnya buntu.

Gretel memutar bola matanya dengan gelengan. “Kami wakil ‘keluarga’ Ivy. Plus, kerabat diraja tidak dibenarkan. It’s for your own safety.”

Hanna memandang kearah Ivy dulu sebelum memeluk tubuh dengan bibir dicebik. “Tapi Ivy tak—”

“Puteri Hanna, tolong ikut peraturan untuk mengelak kekecohan. Saya rasa Ivy tak perlukan satu lagi masalah dengan keadaannya seperti ini.”

Hanna kerutkan hidungnya pada Hansel, dia tak suka bila orang bercakap formal dengannya. “Just call me Hanna… and Finee...!” Dia sahut sambil depakan tangannya. “I’ll leave her alone then.”

“Oh Hanna, beritahu Ezra aku dah bangun.” Ivy segera bersuara bila Hanna ingin keluar.

“Tapi—”

“It’s okay. Aku nak jumpa dia.”

Hanna mengangguk dan melambai dengan ceria sebelum dia pergi meninggalkan dua beradik gingerman ini bersendirian dengan Ahli sihir muda yang terlentar di atas katil.

Gretel masuk kedalam bilik itu dan ingin mendekati Ivy.

“Carefull, lantai bilik aku dah terhias.” Ivy bersuara sambil muncungkan mulutnya kearah bahagian lantai yang dia muntahkan tadi.

Muka Gretel berkerut dengan jijik. “You are so Hidious.” Katanya dan pergi kesebelah katil yang tidak dibanjiri dengan muntah. Komen Gretel tak dimaksudkan dengan muntah itu sahaja, malah muka Ivy juga. Kulit pucat seperti  cina doll tapi kelihatan seperti mayat, mata merah sembab, dan bibir pucat membiru. “Kau macam orang nak mati.” Katanya sambil tuangkan segelas air putih yang tersedia di tepi katil Ivy sebelum berikan kepada si pesakit itu.

“Thank you.” Dia maksudkan komen sarkastik Gretel dan meneguk air kosong itu untuk bersihkan kerongkongnya yang pahit lagi kelat.

Ivy meletak gelas kosong dalam tangannya ketepi dan mata Ivy berpindah kepada Hansel yang beridir di kaki katil bersama Diaval dalam bentuk gagak di bahunya. “D….”

Burung gagak itu terus terbang mendekati anak jagaannya, mendarat di pangguan Ivy dan menyentuh tangan Ivy yang berbalut; bahagian tangan yang tidak ada kesan muntah.

Ivy tersenyum tawar dan berbisik. “Aku okay.”

“Doktor kata kau akan bangun dalam masa sehari atau dua sebab kau dah guna sejumlah magic yang besar untuk hapuskan sumpahan Ezra. Kau hampis hauskan magic kau sendiri semalam tu Ai. Aku takkan jangka kau akan bangun seawall ni.”

“Pukul berapa sekarang?”

“Dah pagi.” Jawabnya, menyandar pada kaki katil Ivy dengan siku sebagai tongkat. “Matahari baru je naik sejam lalu.”

Ivy hanya mengangguk. Dia teringatkan mimpi yang dia dapat semasa dia tidak sedarkan diri, mungkin itu punca Ivy terbangun awal. Adakah itu mimpi? Ivy tak rasa ia mimpi. Ia lebih kepada cebisan memori. Memori masa lampau kerana Ivy kenal tempat dimana dua orang yang tak dikenali itu berjumpa. Hutan Mahligai. Tapi memori milik siapa? Ada orang ketiga ke dalam pertemuan tu atau memori antara dua orang Enchanted itu?

Ivy menggeleng secara mental, Dia hanya dapat sakit kepala sahaja memikirkan mimpi itu. Ada perkara lebih penting dia perlu selesaikan sekarang dari mimpi itu. ia boleh tunggu lain kali bila Ivy dah rasa lebih baik.

“Mana Pengetua Merlin?” Soalnya memandang Hansel.

“Aku ada jumpa Pengetua Merlin tadi semasa dalam perjalanan ke sini. Dia sedang bercakap dengan nurse di kaunter depan.” Katanya menuding ibu jarinya kebelakang. “I think he’ll come back in a few minutes.”

Ivy mengangguk dan jatuhkan matanya pada kedua pergelangan tangannya pula. Ia telah dibalut rapi sehingga bawah sikunya dan terdapat kesan kuning menebusi kain itu—dan ia bukan muntahnya.

“Doktor kata kulit kau melecur dengan teruk dan hampir merosakkan sel kulit kau. Or not, the scar will be permenant.” Hansel bersuara, seperti mengetahui apa yang Ivy fikirkan. “kesan kuning tu potion khas Pengetua Merlin buat untuk special case macam kau ni.”

“And the cuff?” soalnya menggoyangkan pergelangan tangannya dengan perlahan. Dia hampir tak rasa apa-apa pada tangannya. Kebas dan rasa semut-semut bila dia gerakkannya.

“Still attach.” Hansel berdehem dengan mata memandang lain. Dia kelihatan tidak selesa menjawab persoalan Ivy kerana dia tahu dia mendapat renungan maut dari ahli sihir itu. “It’s the rules Ivy. Apapun terjadi gari tu tak boleh dibuka melainkan hukuman kau di tarik balik. Aku rasa aku tahu kenapa Pengetua Merlin masuk campur semalam time kau kena rawat. Dia mungkin dah agak benda macam ni akan berlaku sebab tu dia dah sediakan potion tu awal-awal.”

 Kalau bukan sebab badan Ivy yang lemah, dah lama magic Ivy menggeledak naik dari kemarahannya dan mencederakan dirinya lagi tapi dia terlalu penat untuk melayan kemarahannya.

Dia hanya menghembus nafas berat dengan mata dipejam. Harap hembusan nafas panas itu cukup untuk tenangkan mindanya yang telah mencarut atas nasibnya yang malang itu.

“Jadi gari tu ada di bawah pembalut ni?” Ivy membuka matanya semula dan melihat Hansel mengangguk perlahan.

Renungan Ivy tak pernah kelihatan sengeri itu selama Hansel berkawan dengan ahli sihir itu. Mata Ivy boleh serap roh hansel keluar dari jasadnya dan mungkin dengan cara paling menyeksakan kalau renungan maut Ivy itu satu senjata. Nasib baik tidak tapi Hansel menelan air liur kelat, tahu dia kena berjaga-jaga dengan Ivy sekarang. Atas pelbagai sebab yang sukar untuk dihuraikan.

“We are here!”

Satu lagi jeritan dari suara yang sama membuat Ivy merintih kesakitan, nada tinggi menjengkelkan itu berdering didalam otaknya sekali lagi dan dia terpaksa memejam mata untuk menahan rasa sakit yang boleh buat matanya terkeluar dari soketnya.

“For F*ck sake, Hanna…. Kau ni lurus bendul ke atau sememangnya tiada otak? Stop making that hell of annoying scream of yours sebelum aku sumbat potion paralyse kedalam kerongkong kau.” Dia melontarkan renungan maut yang mengerikan itu kearah Hanna membuat puteri Pering itu terdiam; hentikan langkahnya di hadapan pintu dengan Ezra dihadapannya duduk diatas kerusi roda.

“Well, mendengar dari kutukan sadist kau, aku rasa kau dah sembuh sepenuhnya.” Ezra bersuara, juga berikan renungan dinginnya pada Ivy. Berani Ivy bercakap kasar pada sepupunya didepan Ezra.

Ivy berdecis, tapi renungannya berubah ke puteri ais diatas kerusi roda itu. tidak ingin mengalah dengan Ezra. “Peachy.” Jawabnya dengan nada pahit. 

Atmosfera dalam bilik itu menebal kerana dua roommate/musuh ini saling merenung satu sama lain seperti mata mereka sedang mengadakan satu perlawanan halimunan. Berlawan siapa akan mengalah dahulu dan menunjukkan yang mereka tidak takut pada satu sama lain.

Gretel memandang kearah abangnya, meminta pertolongan dari satu-satunya lelaki didalam bilik itu untuk masuk campur dan hentikan renungan mereka kerana susah untuk bernafas didalam atmosfera setebal itu.

“Dan di sini aku datang risau pasal kau—

“ada aku suruh kau risau?—

“tapi kau berperangai macam ni dekat kami.” Sambung Ezra, bercakap dengan Ivy sama seperti pertemuan pertama mereka pada semester lalu. Pahit dan membunuh.

Ivy kecilkan matanya tanda tercabar. “Sorry to break your ice, Snowy. Tapi aku takkan berbaik dengan perempuan yang hampir bunuh aku dan rasuah aku untuk biarkan dia bekukan satu Academy.”

Ooooo…. Ia bagai satu tamparan kuat ke muka Ezra mendengar kata-kata Ivy dan dia menyentuh dadanya rasa terkilan. “How dare you—”

“How dare me??” Ivy tergelak sinis. “Jangan buat lawak Ezra dan tuduh aku mengata kat kau. How dare you.” Ivy tuding jari kearah Ezra. “Salah kau meletakkan satu academy dalam bahaya. You should know better to look for the Wee Merlin when you get the chance—ow!” Ivy menarik tangannya dari paruh Diaval kerana burung itu menyucuk lengannya tanpa sebab. “What?!” renjitan elektik muncul pada badannya dan ia menyakiti Ivy.

“Ivy!” jerit Gretel risau melihat gelang itu tetap merenjat kawannya membuat dia merintih dan membongkokkan diri kehadapan. Gretel teragak-agak untuk menyentuh Ivy dahulu takut dia terkena renjatan tapi bila tangannya dekat pada kulit Ivy, dia tak rasa apa-apa dan terus melabuhkan punggung di sebelah ahli sihir itu dan menyentuh kedua bahunya. “Kau kena kawal kemarahan kau tu. Kau hanya sikiti diri kau lagi kalau kau macam ni.”

Ivy berdengus. Renjatan itu tidak menolong dia untuk menenangkan dia langsung! Ia punca kepada maraknya kemarahannya. Dan ini akan buat dia terseksa lebih teruk jika dia tidak mengawalnya.

Jadi dia menarik nafas singkat beberapa kali sambil mindanya mula mengira dari 1 hingga dia kembali tenang. Ini cara yang Puan Sally ajar kepada Ivy supaya dia tak terbawa-bawa dengan tabiat panas barannya itu.

“Ini akibatnya kepada orang bongkak macam—” Ayat Ezra terpotong dengan sentuhan lembut pada bahunya dan dia toleh kebelakang melihat Hanna menggeleng dengan bibirnya jatuh kebawah.

“Ezra… itu tak baik.”

“dia tak layak mendapat ‘kebaikan’.” Bisik Ezra balik hanya untuk mereka dengar.

“Tapi dia dah selamatkan nyawa kau. Sekurang-kurangnya biarkan dia marah.”

“What? Why?” Soal si puteri ais dengan gelengan.

“Sebab sepupu kau tu pain in my arse dan dia terlalu buta untuk lihat aku sanggup korbankan nyawa aku untuk selamatkan academy yang aku tak suka.” Ivy menjawab dengan termengah-mengah. Lebih penat dari sebelumnya hanya kerana dia cuba tenangkan diri.

Ezra menjeling kearah ahli sihir itu. “Now you sound arrogant.”

“Yeah, hello, Aku Ivy the Devil, the Heartless witch yang bencikan tanah ini dari segalanya dan rela serahkan nyawa aku ke Kejahatan mutlak dari selamatkan puteri angkuh yang enggan meminta tolong kepada sesiapa dan biarkan sumpahan kau makan dirinya sendiri.” Ivy berdecis, riak wajahnya seperti ingin membunuh sekarang ni. “But no. I cheated the Forces of evil dan selamatkan punggung beku kau tu. Should I sound arrogant right now? Yes, aku ada hak untuk tu kerana itu adalah fakta. I just saved your sorry life.”

“For Crying out loud will both of you just zip it!” kali ini Hansel pula meletup—menggigit habis lollipop dalam mulutnya. Suaranya  yang garau bergema didalam bilik itu. Dia dah fed up dengan dua musuh dalam element ini asyik bertengkar tanpa penghujungnya. Kedua-dua ego dan tidak ingin mengaku salah!

“You.” Dia tuding kearah Ezra. “And You.” Juga pada Ivy. “Need to shut up and relax.” Katanya dengan nada mengancam. Suaranya tidak seperti suara marah biasa. Ia ada unsur personality orang Vicious bercampur dengan suara matang-bersedia-untuk-beri-ceramah Hansel membuat ia kedengaran lebih menakutkan.

Dia bermula dengan Puteri Ezra dahulu. “Tuanku, listen here. Tuanku sepatutnya berfikiran lebih matang dan boleh kawal situasi seperti ini. Bukan membalas semua ayat sadist Ivy-

“Tapi dia-

I said zip it.” Hansel membuat signal tutup mulut di udara, memberi amaran kepada puteri ais itu. “Tuanku macam budak lima tahun main tuduh menuduh siapa yang salah. No, Tuanku lebih baik dari itu dan tahu Tuanku juga bersalah dalam situasi ini.”

Ezra terngangah tidak percaya, juga terkesima dengan ayat Hansel. Dia bersalah? Ivy mula dahulu!

Seperti Hansel boleh baca fikiran Ezra, dia bersuara; “Tuanku sebilik dengan dia selama 6 bulan tentu Tuanku tahu perangai panas barannya kan? And she’s a Vicious. Lumrah mulut dia macam longkang apatah lagi bila dia berang-

“Hey!”

I said zip it!Hansel menengking ahli sihir itu. “Giliran kau akan sampai jugak.”

Ini buat Ivy terkesima sepeti Ezra. Terngangah, tidak percaya yang Hansel ingin beri ceramah berdarahnya pada Ivy juga.

“Ivy betul, dia rela tengok satu Academy ni musnah dan buat apa sahaja untuk melihatnya bila dia sendiri tak boleh buat. Tapi tak, she was out of character, being selfless dan Tuanku patut bersyukur kerana dia sanggup cederakan dirinya sendiri hampir cacat tanpa tangan untuk hapuskan sumpahan Tuanku.”

“Siapa cakap beta tak bersyukur?” Soal Ezra dengan tangan bersimpul. “Perangai buruk dia tu yang beta tak tahan!”

“Well, deal with it. Sebab kau sebilik dengan aku sepanjang semester ni lagi.” Balas Ivy dengan sarkastik.

“And you young lady.” Hansel merenung tajam pada Ivy pula, suara rendah Hansel buat Ivy terdiam. “Jangan buat aku ulang ayat aku berkali-kali, Ivy. Control that bloody Temper. You’ll be bloody burn to death if you don’t control that F*cking temper of yours. Aku penat bagi amaran kat kau tapi kepala hotak sialan kau tu terlalu bangang untuk proses semua nasihat aku. And look where the f*ck you end up now.”

Semua perempuan di dalam bilik itu terkejut mendengar Hansel mencarut pada setiap ayat yang keluar dari mulutnya. Hansel sama je macam Ivy, Mulut macam longkang! Tak bertapis langsung.

Tapi ceramah Sparta Hansel menjadi kerana Ivy tidak melawan balik, hanya tundukkan kepala dan kedua tangannya digenggam dengan erat. Tiada renjatan berlaku tanda dia tidak marah tapi rasa malu.

Hansel menghembus nafas berat dan ekspressi wajahnya melembut bila dia lihat tertunduk. “Bila kau marah, mulut kau tiada insuran. Walaupun kau tak maksudkannya, ayat kau tetap sakiti hati orang. Ini bukan Vicious Ivy. Dottie dan Caramel mungkin boleh gelakkan carutan kau tapi di sini lain. Orang Enchanted terlalu sentimental untuk terima bahasa indah kita. Mereka terima unicorn and sunshine tapi bahasa warna-warni kita satu pengecualian.”

“Excuse me? Siapa kau panggil sentimental?” Gretel bercekak pinggang rasa terkilan pula dengan ayat abangnya sendiri. Dia ingin bersuara sekali lagi tapi terbatal bila perempuan di sebelahnya ketawa kecil sebalik tangan belakangnya. “kau dah kenapa?”

Ivy menggeleng, masih lagi tergelak dan membuat Hansel juga tersenyum dan hembuskan nafas terhibur.

“Abang, apa yang lucu?”

“Nothing… kau takkan faham.” Ivy mengangkat pandangannya pada Hansel dengan senyuman nakal dan menerima senyuman yang sama dari Hansel. “Thanks Hans.”

“Anytime babe.”

Sementara tiga perempuan ini kebuntuan, melihat dua bekas Vicious ini ulang alik cuba menangkap apa sebenarnya yang mereka ketawakan dan apa yang lawaknya didalam ayat Hansel. Mereka dengar hanyalah kutukan bertapis yang keluar pada ayat ceramah akhir Hansel.

Perasan wajah buntu tiga perempuan itu, Ivy berdehem, kembalikan nada suaranya dan juga tarik perhatian mereka. “Maaf. Aku stress dan tak sengaja lepaskannya dengan korang.”

Ezra menggeleng. “Typical you—Bau apa ni?” Soalnya bila bau kurang menyenangkan masuk ke dalam rongga hidungnya.

“That my friend, bau air longkang dari mulut yang mengatakan carutan berwarna-warni.” Jawab Ivy dengan nada mengusik sambil tudingkan jari pada muntahnya di tepi katil.

“Euuugghhhh…. You are disgusting.” Ezra menutup hidungnya, tidak tahan dengan bau muntah ahli sihir itu.

“Thank you.” Balasnya dengan sarkastik. “Itu jadinya bila aku hauskan magic aku dan bangun secara mangejut. It’s a good thing hidung aku tak berdarah. Tahu apa maksudnya tu?”

Dua kerabat diraja itu menggeleng tidak tahu, termasuk Gretel. Hansel dan Diaval hanya memandang sesame sendiri, risau melihat senyuman yang melekat pada wajah Ivy.

“I’ll die.”

Yup, Hansel dan Diaval risaukan ahli sihir muda ini.

Hanna menarik nafas tajam, sambil menutup mulutnya. “kau akan mati?”

“Yeah, memaksa magic dari batas kemampuanku memberi kesan sampingan kepada otak dan hidung berdarah tanda kepada Brain damage. Then, after a short weeks… mati.” dia menerangkannya terlalu slamber. Membuat bukan sahaja diaval dan Hansel, malah tiga perempuan itu risaukan Ivy. Seperti dia tak takutkan kesan sampingan itu. tidak takutkan kematian.

“Anyway….” Ivy bersuara dan riak wajahnya berubah menjadi serious dalam sekelip mata. “Care to explain what the bloody hell happen last night?” Ivy merenung wajah mereka satu persatu, melihat perubahan ekspressi wajah mereka kepada cuak. Kecuali Hanna yang kebuntuan. Bermaksud dia tak tahu apa-apa.

Tapi tiga rakannya ini tahu.

Jadi Ezra juga the Believers?

“Aku tak tahu pasal Ezra tapi aku dapat bau sumpahan tu start kita masuk academy ni. Itu bukan sumpahan sembarangan. Ia mengancam nyawa. Now, sesiapa tolong beritahu aku kenapa sumpahan besar macam tu boleh berlaku ditanah Enchanted.” Dia menunggu tiga rakannya untuk bersuara, terpaksa bersabar melihat mereka bertiga berganti pandangan sebelum Hansel menelan air liur. “So?”

Hansel menggeleng. “Kami tak tahu.”

“That’s a lie.” Ayat itu lebih kepada penyataan.

“No, really Ivy. Kitorang tak tahu.” Gretel di sisinya pula bersuara. “dan… kami ingat kau tahu.”

Ivy menjilat giginya menahan diri untuk meletup pada saat itu juga dan tengking ke muka menipu mereka. Dia berpaling melihat Ezra. Dia yang terkena sumpahan itu. Puteri ni akan bercakap benar atau beri alasan mengarut seperti dua beradik gingerman ini.

Ivy menahan diri dari tersengih bila lihat Ezra menggeleng. “You don’t know? Mustahil kau kena sumpahan itu dengan suka-suka. Kau pasti tahu something. Spit it out.

Ezra menelan air liur kasar, seperti ada pasir melekat didalam kerongkongnya. Ivy tahu Ezra menipu. Puteri Ais ini memandang dua Adik beradik Gingerman, meminta tolong dengna senyap untuk lepaskan dia dari renungan Ivy. Mereka tidak boleh beritahu Ivy tentang kes losing heart itu. kalau dia tahu ada villain lain selain dia di tanah ni, mereka takut Ivy akan cari villain itu dan bekerjasama dengannya untuk hapuskan Enchanted. Kes itu perlu disembunyikan dari ahli sihir ini kerana mereka perlukan Ivy dalam masalah sumpahan Enchanted pula. Jika dia menyebelahi villain, tentu Enchanted menjadi musnah.

“A-Aku tak—”

“Aku Tahu kau tahu tentang sumpahan tu Ezra.”

Sekali lagi Ezra menelan air liurnya. Alasan berlagak tak tahu apa-apa tak menjadi.

Plan B. Jadi mangsa keadaan.

“There’s a voice.” Ezra bersuara membuat dua beradik ini tegang satu badan. “dalam kepala aku dia suruh aku bunuh Putera George.”

Ini buat kening Ivy terjungkit. Dia teringat Ezra ada beritahu dia semasa dia paksa Ezra untuk bersuara tentang sumpahan itu. Dia terpaksa bunuh Louis kerana dia tiada pilihan. Sumpahan itu yang paksa Ezra untuk akur walaupun nyawanya akan tergadai juga.

“A voice?” Ivy buat-buat tak tahu, cuba korek rahsia mereka.

Ezra melihat kearah Hansel dan mendapat anggukan kecil dari lelaki itu untuk beritahu Ivy. “Ia hanya suruh aku bunuh Putera George. That’s all.”

“There’s no way that’s it.” Ivy menggeleng tidak percaya, dia tahu mereka sedang sembunyikan kebenaran tentang sumpahan itu dari Ivy. They just don’t want Ivy to know. “Siapa yang sumpah kau? Kenapa kau yang di pilih?”

“I don’t know.” Ulang Ezra lagi, memastikan Ivy percayakan dia.

Ivy rasa macam nak lempang je Puteri Ais tu. Tapi dia hanya menarik nafas dalam, tahan segala persaan menggeledak naik dan sakiti dia lagi. Ia tak berbaloi. Mereka takkan buka mulut, mereka tidak ingin Ivy tahu tentang sumpahan tu. Mereka taknak mengaku tentang kerja rahsia mereka sebagai the Believers dan masalah yang menimpah Enchanted.

Masa aku dan Diaval terlalu singkat untuk aku tahu semuanya tentang dorang ni… desis hatinya memandang burung gagak yang duduk di pangkuannya. Diaval tahu tentang mereka tapi pada malam majlis tari menari tu, dia hanya dapat tahu tentang Jack. Diaval tidak sempat nak beritahu dia tentang penemuannya pada The Believers dan masalah yang tersembunyi didalam bayangan tanah berhati mulia itu.

Dia benci bila orang yang sepatut jadi kawannya sedang berahsia dengannya! Dia merenung kearah Hansel. Lelaki yang dia paling percayai tapi keraguan terbuku dalam dirinya terhadap lelaki itu.

“Fine… If anything new. Tell me.” Katanya dengan nada rendah dan kedengaran seperti satu permintaan. Rayuan halus.

Ini bermaksud Ivy kena berpaling ke seseorang tu dan minta pertolongan dari dia…. Ivy berdengus. Dia bencikan lelaki tu.

“Hey Ivy…” Kali ini Hanna bersuara, kedengaran teragak-agak.

“Apa?” Ivy kembali memandang dua sepupu itu.

“Hansel ada kata tadi. Kau rela tengok academy ni hancur dari tolong Ezra tapi… kenapa?” Soalnya membuat Ivy duduk dengan tegak, seperti dia sediakan diri untuk menjawab. “Kenapa kau  jadi selfless selamatkan Ezra?”

Ivy diam untuk seketika dan pandang wajah pelawatnya satu persatu, mereka juga tumpukan perhatian pada Ivy, ingin tahu kenapa Ivy sanggup berbuat sedemikian. Matanya berakhir pada Diaval yang kelihatan juga ingin tahu.

Ivy teringatkan saat Ezra melontarkan serangan ais pada Puteri Charlotte.

Dia bunyikan lidahnya. “Jangan salah anggap tapi aku tak suka bila villain guna taktik kotor untuk kalahkan musuh.” Dia bermula dan pandang Ezra semula. “Aku mungkin jahat dan suka kenakan orang tapi bila keadaan menjadi serious, aku takkan guna hela macam tu untuk kalahkan musuh. Aku pantang tengok villain guna taktik macam tu pada musuh mereka.” Ivy alihkan padangannya kesisi dan mengangkat bahu. “I don’t know…. Ia macam menggores maruah seorang villain. Aku rela lawan sepenuh hati dari guna taktik murahan macam tu. That’s make me mad dan masuk campur pertempuran korang.” Katanya dengan nada mendatar. “I know Ezra bukan villain tapi sumpahan tu buat dia villain sementara, so even Ezra dikawal oleh sumpahan tu… I aspect more from her actually tapi… Heh, the Ice princess can’t handle the fight.”

“Oi, kau mengutuk aku lagi ke?” Soal Ezra tak puas hati.

“Tak. Itu satu pujian. Aku tahu kau tak guna kuasa penuh kau time kau kena sumpah, your mind is tapi hati kau tak. Itu yang menghalang kau berlawan sepenuh tenaga dengan George—dan Diaval juga.” Ivy mengusap burung gagaknya dan Diaval rehatkan kepalanya pada tapak tangan Ivy. “Hati. Siapa sangka benda remeh macam tu boleh jadi pelindung kau dari diserap kedalam kejahatan.” Ivy menarik sengih, nadanya kedengaran jauh dari pendengaran mereka, seperti ada sesuatu yang memenuhi mindanya.

Pelindun halimunan misteri yang telah melindungi Puteri Charlotte.

Ivy tersenyum tawar, siapa sangka Ivy dah terjebak dengan masalah merumitkan seperti itu; mengambil berat pada seseorang. Itu perkara terakhir dia akan buat dalam hidupnya kerana perasaan itu akan membebankan dirinya sendiri.

Dan ivy teringat sesuatu. The Great Wizard Merlin. Mana orang tua tu? Bukannya dia kata dia akan datang balik ke? Dia sepatutnya Tanya Pengetua Merlin tentang sumpahan tu. Tentu dia tahu!! Tapi mana dia?

Mata Ivy terbeliak bulat bila dia sedar muslihat Ahli sihir tua itu. “He did that on purpose!” sahutnya sakit hati. “Oh that old man…. Suka melarikan diri!”

Hansel menjungkit kening pada Ivy. “Apa yang kau merapikkan ni?”

“Orang tua Merlin.” Ivy berdesir, geram pada mentornya yang sengaja bagi alasan untuk larikan diri dari disoal oleh Ivy. “Dia sepatutnya pergi panggil Nurse tentang muntah aku tapi sampai sekarang satu batang hidung nurse pun tak nampak masuk ke sini.”

Mereka semua ketawa. Kenal sangat perangai The Great Wizard Merlin yang pelik dan kebudak-budakan. Suka sangat melarikan diri ikut suka hati dia sahaja.

“Then, I’ll go.” Hansel wakilkan diri. “Aku rasa awkward didalam bilik penuh perempuan—

“Sekarang kau rasa?”

“Dan….” Hansel besarkan mataya beri amaran kepada Ivy. “Jangan bunuh sesame sendiri sementara aku keluar. Faham?” Soalnya melihat empat perempuan itu beri riaksi fed up.

“D, you incharge.” Hansel mengenyit mata kepada burung gagak itu sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka semua di dalam bilik dengan Diaval yang menyahut marah; tidak ingin bertanggungjawab atas sekumpulan wanita gila.

Hansel hanya ketawa mendengar jeritan burung itu dan teruskan jalan di laluan bilik rawatan academy itu. sehingga lah dia tiba di laluan kiri. Berdiri tidak jauh dari dari laluan kosong itu dengan wajah serious. Lebih kepada sakit hati.

“Ivy tak apa-apa.” Hansel bersuara, beritahu kepada lelaki yang tersembunyi disebalik laluan itu. “Tangannya luka hingga ke siku selain tu dia okay.” Katanya lagi sebelum teruskan perjalanannya ke kaunter pertanyaan yang berada di hujung laluan itu.

Louis yang menyandar pada dinding laluan kiri itu tersenyum lega dan lihat Hansel yang bergerak pergi, tidak toleh kebelakang untuk lihat putera raja itu.

Louis faham kenapa. Hansel masih bencikan Louis dan dia terpaksa beritahu Louis keadaan Ivy kerana Louis tidak dapat melawat ahli sihirnya. It’s too risky dengan orang yang sentiasa lalu lalang depan bilik Ivy.

Walaupun Hansel dingin terhadap Louis, lelaki itu tetap baik dan beritahu dia tentang Ivy. Dan Louis terhutang budi kepada lelaki itu dan boleh beredar dari bilik rawatan itu dengan hati yang lega

Sementara Hansel pula berdecis. Fikir betapa bodohnya Putera George sanggup tunggu di laluan itu hanya untuk menunggu Hansel beritahu keadaan Ivy kepadanya. Dia tak terfikir ke nurse di bilik rawatan itu akan tertanya kenapa dia ke situ? Dia nak hubungan mereka terbongkar ke?

Nak tak Nak Hansel terpaksa beritahu dia tentang Ivy. Supaya dia pergi dari situ dan bangkitkan situasi yang tidak diingini.

That stupid prince is trying to gid his own grave.

.


.

Seminggu kemudian….

Tengah malam.

Ivy berada perpustakaan tingkat tiga dengan sekuntum bunga ros berwarna ungu didalam tangannya, sedang menunggu seseorang di antara dua rak buku di bahagian belakang perpustakaan bersama Diaval, burung gagak yang setia berada di bahunya. Di mana belakang perpustakaan yang jarang Pelajar akan datang apatah lagi pada waktu malam.

Ivy menjilat giginya tanda kesabarannya kian menipis menunggu Lelaki itu di tempat tersebut. Ivy tak tahu samada dia akan muncul ke tak. Dia kata guna bunga tu untuk panggil dia. Dan Ivy buat seperti yang di suruh. Pegang bunga tu dan sebut nama lelaki jahanam tu dengan suara penuh kebencian.

Kerana dia bosan; Ivy mencapai salah satu buku yang ada di rak buku tersebut, dan membukanya atas tujuan untuk membuang masa sahaja. Dia boleh mati kebosanan di dalam perpustakaan itu kalau dia tak buat apa-apa.

“So, You finally called….”
Ivy mengangkat pandangannya keudara, kelihatan menjengkelkan sebelum arahkan renungan menjengkelkan itu kepada lelaki berambut perang dan bermata emas. Tersenyum sinis menayangkan senyuman taringnya yang menawan. Berdiri di belakangnya.

Ivy takkan terpukau lagi dengan mata emas itu.

“I reckon you want to know about The Believers, my dear poison beries?”

“Juga tentang Sumpahan tu. Dan segala rahsia yang Enchanted sembunyikan dari aku.”

Senyuman Jack makin lebar dari sebelumnya dan menggeleng. “Tsk. Tsk. Tsk. Ivy… sayang, kau tahu dunia ni tak berputar disekeliling kau kan?”

“And what’s that supposed to mean?” Soalnya meletakkan buku dalam tangannya ke tempat yang asal tapi matanya tidak lepas dari Jack. “And stop calling me with nicknames.” Dia beri amaran.

Jack mengendahkan amaran Ivy. “Itu urusan Enchanted, bukan urusan kau dan kau tak patut masuk campur dalam masalah mereka.”

Ivy berdengus, mengutuk ayat itu bersama senyuman. “Dan kau tak apa-apa masuk campur atas urusan mereka?”

“Aku sememangnya orang Enchanted—

“Pembelot Enchanted.” Ivy betulkan ayat Jack. “You learn Black magic. Kau tak layak dipanggil Enchanted lagi.”

Senyuman Jack jatuh kebawah, membuat mata emasnya menyala rasa tercabar. “Then what am I?”

“Outcaster. Bukan Vicious. Bukan Enchanted.” Jawabnya dengan senyuman sinis, suka lihat wajah murung Jack.

Tapi wajah tersebut berubah menjadi sinis semula. “Sama seperti kau, sweetheart .”

Riak wajah mereka bertukar, kali ini Ivy yang murung dan matanya menyala tanda tercabar. “I have no time for this. Tell me now.”

Jack ketawa kecil, suara lunaknya bergema di laluan rak buku itu seperti alunan ombak tenang pada waktu malam. “Aku bebesar hati untuk tolong sebab The Great Ivy The Devil akhirnya tundukkan diri pada lelaki hina seperti aku.” Ayat tu umpama satu tamparan bagi Ivy. “Alright. For my sweetcake.”

Dan pada malam itu Ivy didedahkan dengan bahaya yang berlegar-legar disebalik bayang Tanah yang aman itu. Tentang The Believers, kerja mereka untuk melindungi rakyat Enchanted dari kess Losing Heart yang telah berlaku selama 10 tahun, Cuma tahun ini ia kerap berlaku.

“Dan kau tiada kena mengena dengan kes ni?”

Jack menggeleng dengan senyuman. “Do I look like someone that can create a curse that big to you?”

Ivy menggeleng dengan keluhan. “You have a point. Moving on.”

Jack juga beritahu dia tentang sumpahan Enchanted. Ini menarik perhatian Ivy, beritahu dia tentang Morgana, adik Arthur sendiri menyumpah tanah Enchanted danThe believers bersama Wizard Merlin cuba cari cara untuk elakkan sumpahan itu dari terjadi. Ivy salah satu cara mereka.

“HAH!” suara terhibur Ivy bergema di dalam perpustakaan yang kosong itu. “This is a joke right? Aku takkan sangka orang mereka sendiri akan jatuhkan sumpahan di tanah ni.”

“Well, semua orang Vicious datang dari Enchanted juga. Tak mengejutkan kalau ada lagi Villain wujud di tanah ni.” Ayat ‘ada lagi villain’ menarik perhatian Ivy. Jack tersenyum nakal. “Oh yes, tanah ni mungkin baik tapi kejahatan tetap ada sayang. Dan bukan kau sahaja yang mereka patut takutkan.”

“Penjenayah yang makan hati orang Enchanted….” Bisiknya, orang tu ialah villain seperti dia, dan dia bebas di luar sana sedang makan lebih banyak hati.

Ivy mengangkat bahu slamber. “Not my problem. About my friend?”

“Kenapa Hansel pergi ke Vicious?”

Ivy mengangguk. “Tell me then.”

“Tsk. Tsk. Tsk. Kali ini aku kena bagi kau bayaran untuk maklumat lebih.” Katanya membuat Ivy menjungkit kening tak percaya.

Ivy diamkan diri dengna tangan bersilang, menunggu jika Jack berlawak. Tapi tak. Dia serious walaupun dia tersenyum terhibur. “Oh fine. Apa kau nak?”

“A date.” Jawabnya membuat mata Ivy terbeliak bulat. “You heard me sunshine. Aku nak kau bersama aku sepanjang hari pada hari jumaat ni.”

“Kau tahu itu takkan berlaku kan?” Soal Ivy, mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan lelaki ini. Rasa tak selesa berada di bawah renungan Jack.

“Then kau takkan dapat kelemahan The Great Wizard Merlin dan juga tentang Sumpahan Enchanted ni. Dan kenapa Losing heart tu nak Putera George mati.”

Leher Ivy hampir patah berputar memandang Jack bila nama Louis di sebut. “Oh you sly…..” Ivy mengetap gigi, sakit hati dengan lelaki ini. “Kau tahu sesuatu ke?”

“Tentang kau dan Louis? Dah tentu.” Senyuman Jack makin lebar melihat wajah terkejut Ivy tapi segera disembunyikan dengna facadenya. “Is this means kau setuju keluar dengan aku?”

Ivy berdengus, mindanya menyumpah seranah lelaki licik di depannya ini. Matanya sempat melihat burung gagaknya dan burung itu mengangguk. “Baiklah. Aku keluar dengan kau.”

“Perfect.” Jawabnya terlalu terhibur dan tidak tapiskan pada wajah sinisnya itu.

“Just tell me one thing.” Ivy memejamkan mata, mula sakit kepala dengan Jack dan menahan diri dari bunuh dia di situ jugak. “Macam mana kau tahu pasal semua ni?”

Jack hanya berikan senyuman menawannya sebelum depakan tangan, mencapai hujung rambut hitam Ivy dan tundukkan diri, mengucup hujung rambut itu dengan lembut. “My darling, for me to tell you that...” Dia mengangkat pandangannya pada Ivy. “You have to give me a kiss.”

Ivy menepis rambutnya, terlepas dari tangan Jack. “Goodbye Jack.” Dia bedesir, mengancam dan bergerak pergi, tidak ingin ada apa-apa kena mengena dengan lelaki itu lagi. Dia dah tak tahan dengan perangai menjengkelkan lelaki tu! Dan minta ciuman dari Ivy? Hah! Ivy tak desperate sangat untuk dapatkan informasi dari lelaki tu.

Dia boleh mencarinya sendiri.  

Ivy turun dari perpustakaan itu menuju ke loby Academy, berjalan keluar melalui pintu yang terdapat di lobi itu untuk ke taman tengah Academy, jalan singkat pergi ke Wing C.

Sekurang-kurangnya sesetengah perkara terjawab. Ivy akhirnya dapat kaitkan semuanya satu persatu. Hansel dihantar ke Vicious untuk cari villain untuk di bawa ke Enchanted, Ivy menjadi orang itu. brainwash Ivy untuk menyebelahi Enchanted mungkin atas sebab Losing heart atau Sumpahan Enchanted itu. Dia tak pasti tapi yang dia tahu punca dia ke Enchanted ialah untuk mereka mempergunakan magic Ivy untuk selesaikan masalah mereka.

Heh… you wish… Ahli sihir ini tidak akan berpaling ke Enchanted. Walaupun dia telah dibuang dari Vicious. Pembuangannya dari tanah kelahiranya sendiri tidak akan mengubah pemikiran Ivy untuk memusnahkan tanah itu.

Ivy juga kena cari apa sumpahan yang Morgana letakkan pada Enchanted. Jack mungkin akan beritahu dia bila mereka keluar—meremang bulu roma Ivy fikir dia akan keluar dengan lelaki dia benci. Tapi Ivy dapat rasakan Jack tidak akan beritahu semuanya pada Ivy. So dia kena cari sendiri. Sekurang-kurangnya dia tahu apa dia nak cari dari tak tahu apa-apa langsung. Dia boleh mula dari situ.

Ivy mungkin boleh gunakan sumpahan Enchanted itu sebagai senjata untuk mengalahkan mereka. Seorang diri.

Ivy memandang burung gagaknya di bahu dengan senyuman penuh wicked. “This is really interesting…”

Watch out Enchanted’s….. Korang akan terima padahnya bila mempermainkan aku dan rampas semua kebahagiaan aku desis hatinya dan kembali ke biliknya dengan senyuman yang sama. Teruja kerana telah dapat cara untuk hancurkan tanah itu semula dengan permainan mereka sendiri.

.


.

Jack yang di perpustakaan, naik ke bumbung perpustakaan itu, untuk melihat bulan sabit yang terhias cantik bersama ribuan bintang. Tersenyum sinis memikirkan ahli sihir muda yang telah menarik perhatiannya dari awal lagi.

“Tunggu sehingga kau tahu tentang sumpahan tu…” katanya lebih pada diri sendiri. Sengaja tidak beritahu Ivy tentang sumpahan Enchanted sepenuhnya kerana dia ingin lihat kebencian Ivy naik pada rakan-rakannya dan hancurkan kepercayaan rakannya. Setelah itu….

“….Dia akan menyesal.”

>X<


(A/N: Hmmm… Interesting…. Chapter ni agak gelap and interesting pada masa yang sama. Anyhow the plot thickens dan mungkin bab seterusnya akan jadi lebih seronok! Lets date this hunker-licious man!!!!) 

No comments:

Post a Comment