New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Sunday, 8 May 2016

Twelfth F.A.T.E

Saving Heart

Ivy terus menepis arnab yang datang mendekatinya kerana dia taknak ada sebarang gangguan pada penglihatannya untuk lihat Ezra buat sebarang kesilapan atau perubahan pada dirinya.

“Ai, that not nice.” Tegur Louis melihat Ivy yang khusyuk melihat roommatenya.

“Sorry.” Jawabnya tidak ikhlas langsung. Dahi Ivy berkerut bila dia lihat ekspressi wajah Ezra. Dia kelihatan seperti bergelut dengan dirinya sendiri. Oh no… it is her.

20 minit… kau ada 20 minit…. Kill him… kill him… KILL HIM!

Bisikan halus itu makin kuat dari sebelumnya, membuat kepala Ezra berdenyut sakit. Seperti lingkara elekrik sedang merenjat setiap sudut kepala hotaknya tanpa henti, bermain dengan saraf otaknya bersama bisikan-bisikan berbisa itu.

Dengan segala kudratnya, Ezra cuba mengendahkan suara berang itu. meneruskan persembahannya dengan lancar walaupun ia telah mengugut nyawa Ezra kalau dia tidak buat apa yang ia inginkan dari Ezra.

Dan bukan Ivy sahaja perasan pergelutan yang Ezra alami sekarang. “Dia okay ke?”

“W-What do you mean? She looks fine to me.” Jawab Ivy, tipu. Ini kerana dia taknak buat sesiapa risau kalau mereka mengetahui Ezra sedang berperang dengan dirinya dan pada bila-bila masa dia mungkin akan kalah dan boleh cederakan mereka semua. “I-I mean, semua orang gemuruh bila buat persembahan pertamanya kan? Aku pun macam tu. Aku pasti dia takkan apa-apa. She’s the Ice Queen daughter after all.”

Louis hanya mengangguk tidak tekankan lagi subjek tersebut dan hanya perhatikan Ezra menari di atas ais itu dengan cantik bersama pixie winter. Menghasilkan ilusi bunga api—dari ais, haiwan kecil kepada mereka. Dia tak persoalkan Ivy kerana Louis tahu. Sangat pasti ada sesuatu yang mengganggu Puteri Ezra. Ezra jenis yang tumpuhkan segala perhatiannya kepada hanya satu benda dan dia takkan fikir benda lain selagi satu perkara itu tidak selesai. It’s not Ezra kalau dia fikirkan benda lain semasa dia lakukan persembahan penting ini.

Dan Ivy tahu apa yang mengganggu Puteri tersebut. Bau busuk di udara makin kelat di hidung Ivy. seperti sebelumnya semasa dia masuk bilik mereka, Ivy dah dapat bau sumpahan bangunan asrama cuma tidak kuat tapi sekarang… di tambah dengan perasaan gemuruh dan ketakutan Ezra yang merupakan kelemahan kepada kuasa Puteri Ais itu, sumpahan itu makin jelas untuk Ivy kesan dan tahu betapa kuatnya sumpahan itu cuba menguasai Ezra.

Kalau lah Ivy tahu sebelum ini, bau kegelapan itu datang dari Ezra….

You can’t ignore me…. You have to kill him and you know why you have too….

Dahi Ezra berkerut bila dia dengar suara sinis itu bergema dalam mindanya. ‘Tak.. Dia tiada di sini! Stop forcing me!’

Tiada di sini? Tengok siapa berada di sebelah roommate kau.

Ezra menyesal cari dimana keberadaan Ivy kerana, dia telah membenarkan dirinya untuk mengetahui kedudukan lelaki berambut emas yang mempunyai bentuk badan serupa seperti Putera George berada.

Bukannya dia kata dia tak datang ke? Dia datang ke sini dalam penyamaran?? Dia dah hilang akal ke???

Perasaaan takut dalam dirinya makin kuat mengetahui orang yang dia patut bunuh sebenarnya hadir di majlis itu dan dalam penyamaran tanpa Ezra ketahui apa sebabnya. ‘aku tidak perlu bunuh dia untuk dapatkan takhta tu. aku ada cara tersendiri untuk menang dengan adil’

Adil? Menang dengan adil? You are competing with a perfect future ruler, tiada cara untuk kalahkan dia selain bunuh nyawanya.

Ezra meluncur ke tengah-tengah padang itu dan buat putaran laju dengan tangan didep keudara, menghasilan pancuran hujan salju di tengah-tengah padang ais itu. Putarannya berhenti mendadak bila mendengar ayat tersebut. Dia kaku untuk seketika. terganggu dengan fakta tersebut.

‘Tak…’ Ezra memejam matanya, menarik nafas dalam dengan cepat, cuba tenangkan dirinya yang mula naik berang.

“DIa berhenti. Kenapa dia berhenti?” Soal Fairy Marywhether, memandang kedua pari-pari diraja juga kelihatan risau.

‘aku takkan benarkan kau kawal minda aku… Just. Go. Away!!’

Tawa sinis bergema dalam minda Ezra membuat wajah puteri ais ini makin berkerut. Kau tak boleh buang aku… dan kau tahu tu. The symbol is almost complete and you’ll be my slave forever.

I. SAID. GO. AWAY!!!”

Dan sumpahan itu lengkap.

BAM!

~Sambungan~

“Ivy watch out!”

Satu letupan halimunan berlaku dari Ezra, menghasilkan ribut taufan yang kuat, membuat pixie winter melayang pergi dan pelajar Academy menjerit ketakutan.

Charlotte yang berada di atas dahan pokok juga tertolak jatuh kerana angin tersebut tapi rakan Pixienya; Vidia menggunakan element memanipulasikan angin untuk selamatkan Charlotte dari terhentak diatas tanah.

“Thanks Vidia.” Kata Charlotte dan segera bangun dari tanah. Dia juga segera mengumpul pixie-pixie yang tidak boleh terbang didalam musim sejuk itu masuk kedalam jeketnya, memastikan mereka juga selamat. “Apa dah berlaku ni? Lets get out from this blizzard….” Bisiknya dan melihat sekeliling. Dia tak nampak apa-apa di dalam ribut itu dan ini buat puteri kecil itu cemas.

“Anyone?! Sesiapa tolong kami!!” sahutnya didalam ribut itu. tapi tiada yang menjawab. “HELP!!” jeritnya sekali lagi, lebih kuat dari sebelumnya. tetap tiada jawapan.

Charlotte tunduk melihat enam kawannya didalam mini coat bulunya; risau melihat mereka menggigil kesejukan kerana tidak biasa dengan cuaca sesejuk itu. “Jangan risau korang, saya pasti kita boleh keluar dari ribut ni.” Bisiknya dengan senyuman menenangkan. Charlotte terus memulakan langkahnya untuk mencari jalan keluar untuk kembali ke Bangunan Academy dan mencari sesiapa sahaja yang boleh membantu mereka.

HELP!!”

Sementara itu, berdekatan dengan Bangunan Academy, The believers terus bertindak dengan memberi arahan kepada pelajar untuk masuk kedalam academy secepat yang mungkin, menolong mereka yang terjatuh kerana terkejut dan menjerit kepada pelajar yang kaku di atas tanah. Tidak tahu nak buat apa untuk selamatkan diri mereka ke Academy.

Hansel yang menolong rakan-rakannya berpaling kearah Puteri Ezra di tengah-tengah padang ais itu. dia tahu sesuatu akan berlaku pada Ezra malam itu tapi dia takkan jangka yang ia berpunca dari Puteri ezra itu sendiri tanpa sebarang amaran dia tetiba meletup dan menghasilkan ribut salji yang tebal itu.

The Believers yang berada didalam bangunan terus membawa pelajar di dalam kelas itu keluar dari Wing A, jauhkan diri dari huru-hara yang berlaku di bawah.

Diaval hanya perlu menjerit kearah 12 budak itu, cukup buat mereka berlari lintang-pukang keluar dari kelas sebelum Diaval kembali memandang keluar tingkap. Risau tentang anak jagaannya di luar sana.

Tanpa banyak fikir, dia terus melompat turun dari tingkap tersebut dan jatuh berguling diatas tanah. Dia endahkan rasa sakit belakang kerana terjunan dari tingkap tingkat dua dan terus mencari Ivy didalam ribut tersebut

Tapi langkahnya terhenti bila tembakan ais muncul di pandangannya, terkena pada bangunan Wing A. meninggalkan kesan ais yang tersangat sejuk pada dinding bangunan itu.

Terkejut melihat satu serangan sahaja cukup membekukan seluruh permukaan dinding bangunan Wing A.

Dia lebih kuat dari yang aku jangkakan desis hati Diaval dan lajukan langkahnya untuk mencari Ivy.

Anak jagaannya tu agak bodoh bila perkara macam ni berlaku. Manusia biasa akan lari dari masalah seperti ini tapi Ivy? Oh taaak… dia tu bangang sangat. dia tertarik bila malapetaka berlaku dan ingin melihatnya secara dekat. In VIP seat.

Cakap pasal anak jagaannya; Ivy dilindugi oleh Louis bila letupan itu berlaku, Louis tampil kehadapan dan memeluk Ivy.

“Lou! Kau okay?” Ivy segera memeriksa lelaki itu dan menghembus nafas lega bila Louis mengangguk. “Don’t scared me like that…” tegurnya dengan nada berbisik tapi mengancam.

Satu ketawa nyaring kedengaran dari tengah-tengah padang ais bila ribut salji itu kian menipis, menarik perhatian mereka berdua untuk berpaling semula dan melihat si puteri ais itu tersenyum sinis  keudara dengan symbol hitam pada wajah Ezra seperti ia sebuah tattoo pada kulitnya. Topengnya sudah tiada dan mata Ezra juga berubah ke warna merah darah, bercahaya seperti darah yang mendidih dalam api kejahatan.

“Ezra…” Ivy dan Louis memberi riaksi yang sama Cuma berlainan pemikiran. Ivy terkejut dan buntu apa yang sedang terjadi sekarang ni. manakala Louis yang tahu apa yang sedang berlaku, cuak. melihat Ezra telah dikawal oleh sumpahan ‘losing heart’ yang telah lama berlaku di Enchanted itu.

Semua orang yang melihat perubahan Ezra tergamam. Tidak dapat berkata apa-apa kerana takut, jika mereka bersuara, sesuatu yang buruk akan berlaku keatas mereka.

Termasuk tiga Royal Fairy ini. kaku dalam posisi mereka dengna mulut terngangah, tidak menyangka puteri yang kuat itu merupakan target sumpahan Losing heart dan mereka gagal untuk mengesan sumpahan itu pada Ezra.

“Sweet Merlin help us…” bisik Fairy Flora hampir tidak mengeluarkan suara. Mereka semua dalam bahaya. Ezra yang terlalu kuat dan penting dalam Enchanted ini tidak dapat dikalahkan oleh tiga Royal Fairy.

“Korang semua nak tengok persembahan terhebat dalam hidup kamu?? Do you?!” Ezra mengumpul tenaganya pada kedua tangan di sisi dengan senyuman sinis tertampal pada wajahnya. “Here… you… go!” Dia melontar serangan yang bertubi-tubi kebangunan Wing C dan merata tempat tanpa ada sasaran yang tepat. Hanya menyerang dengan senyuman lebar tertampal pada wajahnya, ketawa seperti ia satu permainan yang menyeronokkan baginya. membekukan semua benda yang dia lihat, dan menghasilkan satu lagi ribut salji yang lebih tebal dari sebelumnya. menutup pemandangan mereka yang ingin melarikan diri.

Ivy!!”

Mata Ivy terbeliak bulat mendengar jeritan tersebut. suara Diaval?

Louis juga mencari dari mana datangnya suara yang memanggil itu dan terlihat seorang lelaki serba hitam muncul didalam ribut mendekati mereka.

“Diaval?”

Terlihat pada wajah Diaval yang dia lega mengetahui yang anak jagaannya tidak apa-apa. dia lajukan langkahnya untuk mendekati Ivy. menyentuh kedua bahunya dan memerhatikan setiap sudut wajah ahli sihir itu. “Kau okay? Did she hurt you? Answer me—!!”

“Get your hand off her!” Louis menolak Diaval ketepi, berani dia menyentuh Ivy. “Kau siapa tiba-tiba datang ke sini?”

“None of your business brat.” marah Diaval sama seperti kemarahan Louis. Berani dia tolak Diaval ketepi. “Kau patut jaga—”

Look out!” Ivy menolak kedua lelaki itu ke tanah sekali dengannya bila bayangan sebatang pokok kelihatan didalam ribut, tumbang kearah mereka. pokok itu kelihatan lebih jelas bila ia hanya beberapa meter diatas mereka; ia diselaputi ais, kesan dari serangan rawak Ezra. Mereka bertiga menunggu pokok besar itu untuk menghempap mereka tapi satu serangan bergelipan menyelamatkan mereka dengan meletupkan pokok tersebut menjadi kepingan bunga daisy dan ia terbang di dalam taufan salji Ezra.

Dua Royal Fairies terbang mendekati mereka, membantu mereka bangun. “Are you okay my child?” Soal Fairy Flora sekuat yang mungkin didalam ribut salji itu.

“Yeah. I’m fine.” Ivy mengangguk sambil membersihkan gaunnya dari salji.

“Kau boleh tengok pokok tu dalam ribut ni?” Soal Louis agak terkejut dengan kebolehan Ivy.

“She get’s that from her father.” Jawab Diaval juga bangun tanpa bantuan sesiapa—kerana dia tepis tangan kedua fairy itu.

“Dan kau siapa?” Louis menjeling kearah Diaval pula “Dah tentu bukan ‘father’ Ivy.”

Oh budak ni memang nak kena desis hati Diaval sakit hati dan terus menerkam collar suit Louis. “Listen here brat—”

“This is not the time for a fight!” Fairy Marywhether memecahkan pertelingkahan antara mereka berdua dengan berdiri diantara mereka. “We have bigger things to worry about right now!”

Diaval mengangkat kedua tangannya tanda dia takkan melawan lagi dan menepis tangan Fairy biru itu. “cakap tu kat dia.” marahnya dan pergi mendekati Ivy.

Fairy Biru pula berpaling memandang Louis yang memperbetulkan suitnya. “Prince George? Apa Tuanku buat kat sini?”

Louis terkaku untuk seketika, terkejut bila pari-pari biru itu mengenalinya disebalik topeng. “You know—”

“Tuanku tak selamat kat ini!” Dah sah Fairy marywhether tahu itu Louis kalau dia menengking Louis macam tu. “Tuanku sepatutnya tak datang ke sini. You said it yourselves and now both of you in danger!”

“Don’t worry about me.” Louis cuba berlagak tenang, tidak menunjukkan sebarang riaksi negative kepada mereka. “Tolong bawa Ivy ke dalam banugunan sekarang. She needs protection from Ezra.” Arahnya membuat dua fairy itu yang saling berpandangan, tidak tahu samada ingin mendengar arahan itu atau tidak.

“Tiada siapa yang boleh lawan Ezra selain saya sekarang ni.” Tambah Louis lagi, tahu sangat maksud ekspressi muka yang ditunjukan oleh fairies itu. “dan saya ingin pertolongan dari kamu berdua. Sebilah pedang dan pelindung.”

Ivy yang diperiksa oleh Diaval terdengar perbualan mereka dan terus mendekati Louis. “Apa yang kau cuba buat ni?” Soalnya sambil menolak bahu Louis.

“Cuba selamatkan nyawa kau. What do you think I’m doing?” Soalnya balik dengan nada serious.

“Oh tak.” Ivy rasa sesuatu dalam dirinya telah dicalar. Maruahnya telah dicalar. “Aku tak perlukan kau selamatkan aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri!”

“Ai, aku rasa kali ni kau kena bersetuju dengan mamat ni.” perkataan itu umpama racun di mulut Diaval dan dia tak tapis pun nadanya untuk menunjukkan betapa jijiknya dia dengan putera tersebut. termasuk memberi amaran kepada Anak jagaannya.

Malangnya Ivy tak dapat tangkap amaran tu. “Kau sokong dia?? Seriously D? you know better that I—”

“Don’t have your magic.” Potong Diaval dengan nada menggerunkan. Menutup mulut Ivy dengan serta merta. “Now go inside young lady before I make you.

Ivy agak terkilan mendengar nada yang Diaval pakai kepadanya. Adakah Diaval mengarah dia? burung gagak yang menyedihkan ini mengarah anak tuannya???

“Oh don’t you dare—” Sepasang tangan menangkap lengan Ivy dan mengangkat perempuan itu ke bahunya membuat perempuan itu menjerit.

Semua orang agak terkejut melihat seorang The Believers muncul tanpa amaran dan menangkap ahli sihir itu ke bahunya dengan mudah.

“Kami pergi dahulu.” Dia tunduk sedikit kepada mereka semua sebelum bergerak pergi kearah Bangunan Academy dengan Ivy meronta-ronta dalam genggamannya sambil menjerit nama The Believers itu. Hansel.

Hansel sempat menjeling kearah Putera Raja Camelot. Nak je dia jerit nama putera itu sekarang, tanya kenapa dia bodoh sangat muncul di majlis itu tanpa perlindungan tapi dia tahan segala perasaan dalam hatinya kerana ada perkara lebih penting yang dia perlu buat. Iaitu menunaikan angkat sumpahnya. Memastikan Ivy selamat dari sebarang bahaya.

“Kau pun patut pergi selamatkan diri.” kata Louis kepada Diaval. “Aku boleh tangani Ezra sendiri.”

Diaval menarik sengih. “dan biarkan kau dapat semua kredit dari Ivy? Oh tidak, aku takkan benarkan kau buat macam tu. I’m fighting too.”

Louis menjeling kearah Diaval. Yup. Dia benci lelaki ni. “Suit yourselves. Fairies, bagi kami perlindungan.”

Dua royal Fairies ini mengangguk dan mula menghayunkan kayu sakti mereka, menghasilkan dua bilah pedang yang berlainan bentuk dan berikan kepada mereka.

“This Sword will help you cut the darkness in her heart and bring light into her sense.” Kata Fairy Flora dan mereka hayunkan lagi kayu sakti mereka untuk menghasilkan shield untuk mereka.

“Pelindung ini akan melindungi kamu dari segala serangan yang akan datang dari Puteri Ezra dan tidak akan pernah gagal untuk melindungi kamu selagi ia berada didalam pegangan kamu. Now, be careful my children and please help us all.”

“Baiklah.” jawab Louis dengan anggukan.

Diaval pula memutar bola matanya. “Do tell me something, sebelum kita mula. Where’s the Great Wizard Merlin dan kenapa kau yang kena lawan Puteri Gila ni?”

“Dia berada di luar Negara. Dia sepatutnya ada di sini kalau saya kata saya hadir ke Majlis ni..” Louis mengeluh kecil. Rasa menyesal kerana menipu The Great Wizard Merlin, sekarang ini padahnya dan mereka kena atasinya sendiri. “Dia tahu sesuatu akan terjadi kalau saya datang dan saya endahkan amarannya. Damn… if only I knew bahaya tu datang dari Puteri Ezra.”

“Jadi kesimpulannya ini salah kau?” Soal Diaval dengan senyuman sinis tertampal pada wajahnya. “Tahniah.”

Sebelum Royals fairy ini ingin memberi respon dengan ayat sarkastik Diaval, satu serangan ais datang kearah mereka membuat mereka berempat berpecah untuk selamatkan diri.

“Ooooo that child! Macam mana kita nak hentikan dia? macam mana dia boleh disumpah macam tu je?!” soal Fairy Marywhether setelah dia telah stabilkan dirinya dari terlempar keudara kerana menyelamatkan diri dari serangan Ezra. Dia Berang melihat Ezra yang kuat dari segi mental, tidak pernah goyah dalam apa jua keadaan tiba-tiba dengan mudah dirasuk oleh sumpahan ‘losing heart’. “Puteri Ezra! Tuan Puteri lebih kuat dari ini! you have to fight that curse!” marahnya cuba terbang kearah Ezra tapi tertolak oleh angin kuat lagi sejuk itu.

Ezra yang telah dikawal sepenuhnya oleh sumpahan itu toleh kepala kearah mereka dengan senyuman sinis, senyuman yang besar tapi penuh kejahatan tertampal pada wajahnya. Matanya besar, bercahaya tanda dia sedang menguji kekuatan kuasanya sendiri. “Hah! dan give up kuasa menakjubkan ini??” Soalnya dengan lantang, cukup untuk mereka semua dengar didalam ribut itu. “This the most exciting event of our life!! Rather than end this winter, apa kata aku buat eternal winter keatas tanah durjana ni?! How’s that for my Grand Finale performance?!!”

Mereka semua memandang Ezra dengan horror. Ezra ingin buat sumpah Enchanted dalam eternal winter?? Ezra yang sebenar tidak akan terfikir untuk buat sesuatu yang teruk seperti itu. apatah lagi keatas Enchanted. Adakah Puteri Ezra dah menjadi orang lain sepenuhnya??

“Apa kata kami bagi kau persembahan yang lebih menakjubkan?” Diaval bersuara, menarik perhatian tiga Enchanted itu. Burung gagak ini menarik sengih seperti mana Ezra tersenyum. Rasa tercabar dengan ayat Diaval itu.

“Bring it on, Birdie.”

“Lepaskan aku Hansel!” sebaik sahaja Hansel turunkan Ivy di laluan dalam bangunan Wing A, Ivy terus pecut, lari bertentangan arah dari Wing B, di mana pelajar lain selamat bersama Fairy Godmother dan masuk ke dalam kelas kosong berdekatan.

“Berhenti!” Hansel dapat menangkap perempuan itu dan memegang kedua bahunya, tidak membenarkan Ivy memasuki kelas itu langsung. “Biar mereka yang uruskan Puteri Ezra! Kau tak perlu nak masuk campur—”

 “NO!” bantah ahli sihir itu. “Lepaskan aku Hans!”

“Ivy this is not the time for your dignity right now!!” bentak Hansel buat Ivy tergamam.

“Kau tahu aku siapa?”

“Dah tentu aku tahu siapa kau, you dimwit! Dan aku tahu siapa mamat yang menari dengan kau tu!”

“Apa?” Ivy kebuntuan.

“Aku boleh hidu bau tengik mamat durjana tu dari beribu batu jauh lagi.” nada Hansel sangat menggerunkan sekarang ni. Tertera pada ayatnya betapa dia bencikan Louis. “Now, kita dah tiada pilihan dari mempercayai mereka untuk kalahkan Puteri Ezra—”

“Percayakan mereka? HAH!” Ivy ketawa ke udara, seperti ia satu lawak besar ditelinganya. “Apa Fairies yang mempunyai prinsip ‘tidak menggunakan magic untuk perang’ dan dua lelaki tidak mempunyai sebarang senjata untuk berlawan, boleh buat untuk hentikan Sumpahan tu?? Sumpahan keatas Puteri Ais berkuasa tu??”

“Kau tu pun tak kurang powerless juga. Remember this??!” Dia mengangkat kedua pergelangan tangan Ivy dengan kasar. sekarang Hansel dah hilang kesabaran dengan minah tu. “Sekurang-kurangnya Diaval dan Putera George ada pengalaman dengan situasi macam ni. You should know better tentang Diaval. Putera George pula lahir untuk peperangan seperti ini dan dengan bantuan Royal fairy, mereka dapat pertahanan yang mereka perlukan dari fairies tu. Tapi kau? Apa kau boleh buat untuk melawan Puteri Ezra.”

“Nothing.” Jawab Ivy tanpa bantahan. Membuat Hansel tergamam untuk seketika, mendengar Ivy beri jawapan tersebut dengan muka lurus.

“Apa?”

Ivy menepis tangan Hansel dengan geram dan masuk ke dalam kelas tersebut. “Walau sekuat manapun niat aku nak lawan Ezra… aku tak boleh sebab aku dah berjanji kat dia.” Katanya  dengan nada berbisa menyandar pada tingkap kelas itu, Hansel tidak menghalangnya kerana terlalu terkejut mendengar ayat Ivy.

“Apa maksudmu berjanji pada Puteri Ezra? Kau tahu sesuatu ke?” Soal rakan karibnya dengna jantung berdegup kuat, risau kalau Ivy tahu tentang masalah Enchanted hadapi sekarang ni. Kalau Ivy tahu tentu lebih banyak masalah timbul. Ivy tidak perlu tahu sehingga Hansel dan yang lain memastikan yang Ivy 100% berpihak kepada Enchanted, dia betul-betul menjadi baik dan tinggalkan kejahatan dalam dirinya.

“Aku tahu ada sesuatu buruk yang akan berlaku ni malam tapi aku tak tahu ia datang dari Puteri Ezra. No wonder dia bagi amaran kat aku untuk tak ganggu dia time persembahan tu nanti...” Ivy ketawa sarkastik tapi matanya membara melihat perlawanan antara Diaval dan Louis dengan Puteri Ezra yang meroyan itu. Ezra melontar serpihan ais tajam kearah mereka dan dilindungi dengan pelindung yang dihasilkan oleh dua Fairies yang berada di sisi mereka untuk membantu.

Ivy membuka sarung tangannya, menunjukkan Genie’s cuff pada pergelangan tangannya. “Benda ni yang Ezra takutkan… or maybe benda dalam badan Ezra takutkan.” Ivy mengangkat bahu. “Disebabkan aku tak boleh masuk campur langsung…. Aku hanya boleh jadi penonton dari sini bersama satu-satunya senjata yang boleh menghalang dia dari meroyan.”

Hansel menarik lengan Ivy, memutar badan perempuan itu untuk memandang Hansel tepat pada matanya. “Apa jadi kalau kau mungkir janji tu dan pergi hentikan Ezra?”

“Kami berdua akan kena renjat dari Gari ni.” Jawabnya dengan slamber mengangkat kedua tangannya. “Lebih banyak Ezra melawan, lebih kuat renjatan ni and maybe…. both of us will die.” Katanya tanpa ada tapisan untuk sedapkan perasaan Hansel.

Melihat dari riaksi speechless Hansel, Ivy menarik sengih. Lelaki ini bergelut samada ingin melindungi Ivy atau Academy itu. Kerana satu-satunya cara untuk selamatkan Academy ialah dengan menggunakan gari di pergelangan tangan Ivy. Atau… mereka hanya boleh bergantung pada Louis dan Diaval yang mempunyai peluang tipis untuk mengalahkan Puteri Ais itu.

Hansel kena buat pilihan, bahayakan nyawa seluruh pelajar Gracious Academy untuk berpegang pada sumpahnya untuk melindungi Ivy dari sebarang bahaya atau abaikan sumpahan tersebut, Meminta Ivy ke pertempuran itu, kemungkinan korbankan nyawanya untuk selamatkan seluruh pelajar Gracious Academy.

Which one do you choose Hansel Gingerman, Me or the Academy? Beg for me if you want to save this pathetic place you called home. arahnya didalam hati, tersenyum dengan wicked melihat kebuntuan pada wajah Hansel yang sukar untuk buat pilihan.

“Aku tak jangka Putera Camelot akan jadi sekuat ni.” Ezra menghayunkan tangannya ke kiri, menghentikan ribut salji itu dengan serta merta. Hela mengaburi mata mereka tidak berjalan dengan lancar, jadi dia pergi ke taktik yang berlainan pula. Di sini, semua orang boleh lihat perlawanan mereka dengan jelas.

Diaval menarik sengih. “No kidding. For a first timer, dia boleh tahan jugak.”

Louis menjeling kearah Diaval. “Kau berpihak kepada siapa sebenarnya ni?”

“No one.” Diaval dongakkan dagunya dengan senyuman sinis. “Kepentingan saya hanyalah keselamatan Ivy. That’s all, dan saya tak kisah kalau minah tu hancurkan satu Academy ni.”

“Oh that’s rude. Kamu tak boleh cakap seperti itu dihadapan Putera George—”

“It’s okay Fairy Flora.” Sampuk Louis, tidak kisah sangat dengan lelaki serba hitam itu. Lelaki ini boleh dipercayai sekurang-kurangnya untuk melindungi Ivy. Itu cukup untuk Louis kerana ada seseorang yang kuat untuk tolong dia melindnugi ahli sihirnya itu jika dia tidak dapat buat sedemikian.

Louis kembali memandang Ezra yang berdiri beberapa meter jauh dari mereka berempat. Berdiri dengan megah bersama senyuman sinis terpapar pada wajahnya. “Apa kau nak dari aku?” Soal Louis dengan serious, segala pertuturan diketepikan. “Ezra kenapa dengan kau ni, hah?”

Ezra menarik sengih. “Kenapa dengan aku? Oh nothing much… only wishing you… to die.” Katanya sambil sengetkan kepalanya kelihatan lebih menggerunkan.

Ekspressi wajah Louis makin gelap dari sebelumnya. “So sumpahan ‘Losing heart’ target nyawa aku juga? Atau Ini pasal takhta pemerintahan seluruh Enchanted tu ke?” soal Louis dengan nada rendah yang merbahaya. “Since when you steep this low just to try to defeat me?”

Ezra menarik sengih. “Tsk. Tsk. Tsk, George… George… I could defeat you without this curse tapi ini bukan sebab takhta tu je…” Kali ini suara Ezra kedengaran lain. Suara matang Ezra telah berubah ke nada yang agak mentah dan tinggi dari suara Puteri Ezra yang dalam. “It’s your very existence. Sebelum dia sedar tentang situasi kau yang sebenarnya, aku kena hapuskan kau. Kau ancaman baru kepada kemenangan kami.” Ezra tuding jari telunjuknya kearah Louis. “And I’ll be damn jika dia ulang sejarah ni sekali lagi.”

“Apa yang mereka sedang cakapkan tu?” Soal Ivy mula rasa tak sedap hati. Mereka berhenti berlawan dan mula bercakap di tengah-tengah padang itu. tidak berganjak atau buat sebarang pergerakan langsung.

Hanya berbual. Dan Ivy tak dengar sepatah pun apa yang mereka bualkan.

Hansel menggeleng. “Aku tak tahu.”

Ivy berdecis. Dia tak suka bila dia tertinggal dalam sesuatu situasi penting,

Tumpuan ahli sihir muda ini berubah kearah lain, ke satu bahagian padang itu, tidak jauh dari Louis dan yang lain berada. “Isn’t that….” Mata Ivy terbeliak bulat melihat figura kecil yang tercegat tidak jauh dari mereka semua, mata tidak terlepas pandang kearah Louis dan Ezra yang sedang berkongsi ayat.

What is she doing there?!!

“Itu Abang?” Mata Charlotte terbeliak bulat dan segera menutup mulutnya, terkejut mengetahui lelaki itu ialah abangnya dari mulut Ezra sendiri. “Tak…. Dia nak bunuh Abang George…”

Ezra mendepakan kedua tangannya kearah Louis dengan senyuman yang ngeri. Matanya bertukar warna dari biru pucat ke merah darah. Bercahaya bila dia kumpulkan kuasanya pada tapak tangannya. “Say goodbye Princy—”

“Tidak!!”

Serangan Ezra tertangguh bila satu jeritan nyaring kedengaran dan mereka semua berpaling ke Puteri Kecil yang tidak jauh dari mereka. Berlari kearah Abangnya sepantas yang mungkin di atas tanah yang bersalji itu.

“Jangan bunuh abang Charlotte!” sahutnya dengan mata yang berair.

Louis melihat adiknya dengna Horror. Kenapa adiknya berada di sini? Dia sepatutnya berada di dalam Academy, kenapa dia berada di luar sini?!

“Charlotte pergi dari sini!” Marah Louis membuat Charlotte tercegat di tempatnya. Terkejut mendengar Louis menggunakan nada suara yang sangat menakutkan kearahnya. “Char I said Get away from here!”

Ezra menarik sengih, terhibur melihat Puteri kecil itu hanya berdiri di situ, tidak melarikan diri langsung setelah mendapat amaran dari abangnya. Melihat wajah cemas Louis lagi buat hati yang dirasuk itu tambah girang.

Apa akan jadi jika dia mencederakan Charlotte? Terdesis dihatinya kemungkinan tersebut, ingin melihat riaksi dari Putera yang diperbuat dari kesempurnaan itu.

Jadi Ezra mengangkat tangannya kearah Charlotte dengan tawa sinis bergendang di kerongkongnya. “Ucap selamat tinggal kepada Puteri Kesayangan Putera George.”

“TIDAK!!” Louis jatuhkan segala pertahanannya dan berlari kearah adiknya.

“CHARLOTTE!!” Jantung Ivy jatuh ke perut bila dia lihat Ezra melontarkan serangannya kearah Charlotte, menghasilkan satu letupan yang kuat, membuat Ivy melindungi matanya dari kesan letupan itu.

Bila dia buka matanya semula, dia lihat sesuatu yang dia takkan jangka akan berlaku.

Sama seperti Ezra. Senyuman kemenangan Ezra lenyap dalam sekelip mata bila melihat kedua adik beradik kerabat di raja yang sepatutnya telah mati membeku, kelihatan tidak tercedera dari serangannya. Malah, tiada tanda-tanda serangannya terkena pada mereka langsung.

Louis yang memeluk adiknya membuka mata dengan perlahan. Juga terkejut mengetahui dia dan adiknya selamat dari serangan Ezra. Dia berpaling memandang Puteri Ais itu.

“Tak….. Apa?” Ezra tak puas hati dan melontar satu lagi serangan ais kearah mereka tapi serangan tersebut tidak mengena mereka kerana satu pelindung halimunan terbentuk di hadapan Putera George dan adiknya, menghalang serangan itu untuk cederakan mereka. “This can’t Be!!!”

Kali ini, Dia melontar serangan ais secara bertubi-tubi tanpa henti, tidak percaya yang kuasanya tidak dapat menghancurkan pelindung itu dan juga tidak menyangka ada pelindung misteri akan muncul dihadapan dua beradik itu.

“What’s was that shield?!!!” Tengking Ezra tak puas hati. Tambah berang dari sebelumnya mewujudkan lagi satu ribut salji di sekelilingnya.

Louis yang berlutut depan Charlotte, melindungi adiknya juga terkejut melihat pelindung itu dan berpaling melihat adiknya. Kerana Louis tahu bukan dia yang bertanggungjawab atas pelindung halimunan itu.

Charlotte juga menggeleng, tertulis pada wajah Louis persoalan tentang Pelindung tersebut. Dia memandang enam pixie dalam jaket mininya. Takkan mereka buat kan? Tak…. mereka tiada element seperti itu dan Pixie sememangnya tak boleh wujudkan pelindung seperti itu dengan pixiedust juga.

“Apa dah jadi?” Soal Hansel juga terkejut melihat pelindung halimunan yang menyelamatkan dua beradik itu.

Ivy tidak menjawab, malah dia terus melompat keluar dari tingkap kelas itu. “Wait here.”

“Ivy!” Hansel cuba menangkap ahli sihir gila yang tiba-tiba buat aksi extreme tapi gagal. Dia hanya lihat Ivy terjun ke bawah—nasib baik tingkat satu dan tanah diseliputi dengan salji sehingga paras betis di tepi academy itu, menyelamatkan Ivy.

Apa yang buat Hansel terkejut ialah Ivy mengeluarkan kayu saktinya dari udara membuat renjatan elektrik pada tangannya.

Takkan Ivy nak….. Hansel menyentuh dahinya, terkejut. Ivy ingin menghentikan Ezra??

Yup. Dia ingin menghentikan Perempuan itu.

Tertera pada wajah Ivy yang dia dah naik berang selepas melihat Ezra menyerang Charlotte. Gari pada pergelangan tangannya mengalirkan renjatan elektrik keseluruh badannya, menunjukkan betapa marahnya dia sekarang ni. Salji di sekelilingnya cair atas kehangatan badan Ivy yang ingin menghasilkan api tapi ditahan oleh gari tersebut.

Hanya aura gelap terhasil disekeliling Ivy, aura yang sangat menggerunkan seperti ia lubang hitam yang boleh menyedut apa-apa sahaja yang berdekatan dengannya.

Diava dan Royal Fairy dapat merasakan kehadiran yang kuat itu di belakang mereka dan berpaling kearah Ivy. mata mereka membesar melihat aura menggerunkan terbentuk disekeliling Ivy. ditambah dengan renjatan elektrik pada badannya membuat dia kelihatan lebih menakutkan.

“Stop it Ezra.” Ivy bersuara, bila dia hanya sedepa jauh dari Puteri Ais itu, menggenggam kayu saktinya di sisi dengan erat. Menahan diri untuk terus serang Puteri itu. “Berhenti sekarang juga. Persembahan kecil kau ni dah tak mengujakan.”

Ezra agak terkejut mendengar suara Ivy dan berputar kebelakang, dia menarik sengih menatap renungan maut Ivy. “Kau tak boleh guna magic kau. You can’t fool me.”

Ivy pula menarik sengih, masih tak gentar dengan perempuan salji itu. “And you can’t fool me too.” Balas Ivy balik mengelap senyuman hodoh dari bibir Ezra. “Come on Snow-girl, Really? Just a little curse dan kau dah kena kawal? Inikah The Proud Princess Ezra? Selepas dikalahkan dengan sumpahan tu, kau pandai buat hela jijik guna umpan untuk kalahkan musuh?” Soalnya saja nak mencabar puteri Ais itu.

Dan Ivy Berjaya. Musuh/roommatenya yang tak sukakan perangai Ivy dari dahulu itu  kelihatan marah, berang mendengar ayat roommatenya. “I told you not to interrupt. Kau dah berjanji dan kau takkan pernah mungkir janji.”

Ini buat Louis, Diaval dan Ivy sendiri terkejut mendengar Ezra mengetahui prinsip kecil Ivy. Ezra tahu Ivy takkan pernah mungkir janji.

Sebab tu dia suruh Ivy janji untuk tidak masuk campur langsung. Bukan Ezra yang suruh Ivy berjanji tapi sumpahan tu….

Ivy menarik sengih. Nampaknya situasi mereka akan menjadi lebih menarik dari apa yang Ivy jangkakan. “Aku mungkiri janji aku kali ni.” Jawabnya sambil mengangkat bahu slamber. “You should know better not to trust a Villain right?”

“Tapi kau bukan villain sebenar!” Tengking Ezra dengan ribut taufan berputar disekelilingnya.

Siapa kau untuk menentukan aku ni Villain atau tidak?” Kali ini nada suara Ivy berubah menjadi dingin. Sama seperti renungannya. Ivy merentap rantai berliannya dari leher dan melontar ia ke kaki Ezra, sama seperti subang berliannya.

“There. Perjanjian dibatalkan now… Come to momma.” Ivy mengambil langkah mendekati Ezra dengan senyuman wicked terpapar pada wajahnya. Senyuman yang boleh membuat Ezra menggeletar satu badan dan boleh menghantui mimpi-mimpi malamnya.

“J-Jauhkan diri kau dari aku!” Ezra mengangkat tangannya ke udara sambil mengambil langkah kebelakang. Dia buat pelindung ais untuk menghalang Ivy dari mendekatinya.

Tapi benteng ais itu mudah dicairkan hanya dengan sentuhan gelombang hitam disekeliling Ivy, menghasilkan lubang pada benteng tersebut untuk Ivy lalu.

Ezra bertambah takut dari sebelumnya. “No! Get away! Pergi dari aku!!” tengkingnya dengna nada menggeletar sambil buat lebih banyak benteng perlindungan sambil melarikan diri. dia juga lontarkan serangan ais kearah Ivy tapi serangan itu cair sebaik sahaja menyentu aura hitam tersebut.

Fairy Flora terkejut melihat betapa kuatnya magic Ivy. “Ais Ezra macam permainan kecil bagi Ivy.” katanya dengan nada berbisik. Terlalu shok.

“Tapi Genie’s cuff dia….” Fairy Marywhether tidak faham bagaimana Ivy boleh mengeluarkan sebegitu banyak magic dalam dirinya sedangkan gari itu menghalang sebarang magic yang Ivy ingin hasilkan.

Diaval hanya diamkan diri. Agak kagum melihat kekuatan Ivy dan juga risau pada masa yang sama. Betul, Ivy boleh melepaskan magicnya dari gari tersebut tapi ia memberi kesan pada badannya. 

Jika mereka lihat dengan teliti, tangan Ivy mula melecur dan titisan cecair merah mula mengalir ke tapak penumbuknya dan Ivy endahkan kesakitan itu.

Kenapa?

Sebab Ivy The Devil sedang menikmati ekspresi wajah Ezra sekarang. terlalu seronok mengejar makanannya dari membaham mangasanya dengan serta merta.

That’s it… run little princess, Run…. Katanya dengan sinis didalam hati. Tambah teruja bila Ezra terjatuh kerana terlalu takut semasa melontar serangan kearah Ivy. Ivy memberi peluang kepada Ezra untuk bangun dan melarikan diri dari Ivy.

Hah! dah berapa lama Ivy tak bermain dengan mangsanya seperti ini? semasa di Vicious inilah permainan yang paling menyeronokkan bagi Ivy. menakutkan ‘rakan vicious’nya yang berani mencabar Ivy dengan permainan kejar-mengejar. Ivy menjadi kucing dan ‘rakan’nya itu menjadi tikus.

Kali terakhir dia buat sebelum dia masuk ke Gracious. Setelah itu, segala rutin kejahatannya telah berakhir, menahan niat jahatnya dari kenakan seseorang. Menahan Ivy the Devil untuk Berseronok.

Dan Gari tak guna tu takkan jadi penghalang kepada Ivy untuk berseronok dengan Ezra. Tidak selepas dia cuba cederakan Puteri Charlotte. Dia dah melampaui batasnya dan mencabar Ivy The Devil untuk beraksi.

Sekarang dia akan terima padahnya. Berhadapan dengan mimpi terteruk yang dia tidak pernah alami didalam seumur hidupnya.

Mimpi ngeri dari Ivy The Devil.

“Come on snow-flakes…. Itu je yang kau boleh buat?” soalnya dengan nada riang tapi menakutkan. “atau kau sebenarnya takut dengan aku?”

“Just get away from me!” jeritnya melontar serangan kuat kearah Ivy, kali ini serangannya terkena pada sisi Ivy, melepasi pelindungi hitamnya dan membekukan hujung rambut ahli sihir itu.

“I take that as a yes.” Ivy tersenyum wicked.  

Mereka yang melihat situasi ini menjadi cemas, Ezra Berjaya menyentuh Ivy! Ini pasti teruk.

Diaval menarik sengih dengan pahit. Oh… memang teruk.

Kepala Ivy yang tersenget kerana mengelak serangan itu kembali memandang Ezra. Matanya bercahaya hijau dengan aura hitamnya kembali menebal. “Aku dah agak, kau lebih kuat dari apa yang kau berikan kat aku sekarang ni. Kita boleh main kejar-kejar macam ni sepanjang malam kalau kau nak, sehingga kau tunjukkan kuasa kau yang sebenar. I don’t mind at all.”

“Are you nuts?!” marah Ezra, penumbuknya menggeletar di sisinya, menahan diri dari menembak Ivy pada saat itu juga. “Aku tiada masa untuk bermain dengan kau—”

“Sebab?”

“—Aku kena bunuh George sebelum terlambat!” balas Ezra dengan cepat membuat Ivy tersenyum.

Ivy dapat lihat didalam mata merah itu yang Ezra sebenarnya dalam ketakutan. Dia takutkan sesuatu dan ia bukan sahaja Ivy yang dia takutkan. Mungkin sumpahan yang terkena diatasnya yang dia takutkan? Mungkin ia mengugut Ezra or something? Ezra seorang Puteri yang agak kuat. Mungkin lebih kuat dari Ivy sebenarnya.

Ivy mengaku yang Ezra kuat kerana kuasa ais terbentuk dari magical core yang kuat dan stabil dari lahir. Sebab itu dia ada kuasa magic semulajadi didalam dirinya. Bukan seperti Ivy yang kena belajar magic dari kecil dan kembangkan kuasa magicnya dari masa ke semasa. Meminta pertolongan dari mantera dan kayu sakti untuk mengawal magicnya.

Ezra pula dia tak perlu semua tu untuk menghasilkan kuasa ais. Dia hanya perlua hayunkan tangannya dan ia muncul mengikut kemahuannya. Mengawal mengikut hatinya dan bertindak mengikut mindanya. Tidak perlu sebarang mantera untuk menjadi pemulaan magic.

Jadi Ezra sepatutnya lebih kuat dari Ivy, memandangkan Ivy telah digari dan tidak dapat tunjukkan sepenuh kuasa magic dalam dirinya. Tapi… kenapa Ezra lemah dari Ivy? Dia menahannya?

“Ah…. Aku dah faham…” Ivy kembali tersenyum, dah dapat membongkar teka-teki kecil itu.

Ezra tidak menunjukkan kuasa sebenarnya kerana dia ketakutan. Kelemahan Puteri Ais ini ialah rasa gemuruh, jika emosinya tidak stabil, kuasanya juga tidak stabil. Ivy tak tahu macam mana kuasa magic Ezra berfungsi sepenuhnya tapi apa yang dia pasti ialah ketakutan Ezra itu telah melemahkan kuasanya sendiri. Sumpahan itu menggunakan kelemahan Ezra untuk menguasai puteri ais itu dan Ivy juga akan menggunakan kelemahan tersebut untuk permainkan Ezra.

“Oh dia dah dapat tangkap.” Diaval bersuara menarik perhatian Royal Fairies dan dua beradik di raja itu.

“Apa dia dapat tangkap?” Soal Louis kembali memandang Ivy yang tercegat di depan Ezra yang ketakutan.

“Bagaimana nak kalahkan Ezra.” Jawabnya mata tidak lepas dari pergelangan tangan Ivy yang mengalirkan cecair merah dan ia menitis ke atas salji putih.

“Beritahu aku sesuatu Ezra, adakah sumpahan itu akan bunuh kau kalau kau tak dapat bunuh George dalam masa yang tertentu?” Soal Ivy kembali mendekati Ezra.

Puteri Ais ini ingin melarikan diri sekali lagi tapi Ivy lebih pantas. Dia menangkap kedua tangan puteri itu dan tarik dekat dengannya. Supaya mata Ezra menatap tepat kematanya dan Ezra merasakan renjatan yang tersangat perit yang Ivy rasakan sekarang. Ia bertambah sakit bila Ivy menyentuh Ezra, membuat renjatan elektrik yang mengalir dibadan mereka berdua lebih kuat dari sebelumnya.

“Ini ke sebab kau taknak aku masuk campur? Sebab aku boleh cederakan kau?” soalnya lagi, hanya melihat Ezra menjerit kesakitan. Dia dah berlutut dihadapan Ivy kerana tidak tahan dengan keperitan renjatan tersebut tapi Ivy tetap tak lepaskan tangan Ezra.

Belum lagi.

“Ivy please… I beg you to let me go!” sahutnya dengan tangisan. “Aku hanya—ada beberapa minit untuk—bunuh….” Dia merintih kesakitan. “aku akan mati juga lepas tu—I don’t have a choice!”

Ivy diamkan diri untuk seketika, melihat darah ditangannya mengalir ke sarung lengan Ezra, membasahi sarung tersebut sebelum darahnya sendiri dibekukan oleh kuasa Ezra.

Dia mati kalau tak bunuh Louis dan dia juga mati kalau dia bunuh Louis.

“Poor you…” bisik Ivy dengan nada mengutuk membuat Ezra mendongak untuk melihat senyuman sarkastik Ivy. “Let me end your misery.”

Mata Ezra terbeliak bulat bila mulut Ivy berkumat-kamit membaca mantera dan dia terus menjerit keudara merasakan renjatan tersebut lebih pedih dari sebelumnya, ia seperti membakar dirinya dari dalam, darahnya mendidih didalam salur darah, badannya terasa seperti ditikam oleh  ribuan pisau secara bertubi-tubi. Dia menjerit sekuat hati, tidak tahan dengan penyeksaan yang diberikan oleh ahli sihir jahat itu. menjerit seperti nyawanya ingin ditarik keluar dari jasadnya.

Jeritan Ezra kedengaran sehingga ke Wing B, dimana pelajar sedang berkumpul bersama Fairy Godmother, Pari-pari itu menyuruh mereka untuk tutup telinga dan mata mereka, terutamanya budak kecil. Mereka tidak boleh mendengar jeritan menyeramkan itu, ia akan bagi mereka mimpi buruk. Cukup situasi ini bagi mereka pengalaman teruk dalam hidup mereka.

Mereka yang berada di padang latihan itu pula; Louis menutup telinga adiknya, sekali suruh Charlotte memejam matanya dengan erat. “Apapun terjadi, tutup mata dan telinga Cherr okay?” Louis menyentuh tangan adiknya yang menutup telinganya sendiri. “Jangan buka mata langsung.” Katanya sebelum menoleh kembali kearah Ivy dengan horror.

“Dia akan bunuh Ezra—” Fairy marywhether ingin mendekati mereka tapi Diaval mengangkat pedangnya keudara, menghalang pari-pari itu untuk mendekati dua wanita itu.

“Biarkan mereka.” katanya membuat yang lain terkejut. “Ivy mungkin merancangkan sesuatu. Who knows what tapi saya pasti dia ada cara untuk selesaikan masalah ni.”

Louis kembali memandang Ivy yang tersenyum dengan wicked kepada Ezra yang menjerit dalam penyeksaan. “W-What plan?”

Diaval mengangkat bahu. Samada idea buruk atau baik, tiada siapa dapat baca minda perempuan ni.

“Give up Ez…Tiada gunanya untuk melawan! You will die eventually!” terukir senyuman meleret di hujung bibir Ivy, suka melihat Ezra masih melawan renjatan garinya. “Just let it Go!”

“Tak!”

Ivy berdecit, perempuan ni memang kepala batu! Nak tak nak Ivy bangkitkan lagi magical core dalam dirinya, membuat renjatan pada garinya makin kuat dan menyakiti bukan sahaja Ezra, malah Ivy juga. Cuma Ivy dapat menahannya lebih elok dari Ezra yang menjerit sekuat hati seperti nyawanya ingin dicabut secara perlahan dan memberikan dia penyeksaan yang tak terhingga.

“GIVE IT UP!!!”

Jeritan Ivy memarakkan lagi renjatan tersebut termasuk dengan aura hitam disekelilingnya, bahang aura tersebut membuat ais di tanah mereka pijak cair dengan perlahan, menghasilkan lubang tengah-tengah salji dan lubang tersebut membesar dengan perlahan seperti mana jeritan Ezra membesar dan bergema di seluruh Academy itu. rumput yang berada di padang itu menjadi hitam seperti hangus terbakar tanpa dibakar dengan api.

Dan ini buat Diaval risau. “Mereka akan mati kalau macam ni!” Dia terus melontar pedang dan perisainya ketepi dan ingin berlari kearah anak jagaannya tapi terbatal bila cahaya terang muncul tidak jauh dari kedudukan dua wanita itu.

Cahaya tersebut membentuk satu pintu portal dan keluarlah The Great Wizard Merlin denga tongkat sakti yang bercahaya di dalam tangannya. Sebaik sahaja dia menjejak kaki keluar, dia menghayun tongkat sakti itu ke udara, menghasilkan satu lingkaran putih dan ia mengelilingi Ivy dan Ezra, seperti mengepung Kuasa Magic mereka berdua dari lebih merebak ke seluruh tempat itu dan mencederakan orang lain.

Ivy, sekarang!” Sahut The Great Wizard kepada apprienticenya.

Ivy mendengar arahan itu dan menarik sengih. Mulutnya kembali berkumat-kamit membaca mantera keatas sumpahan Ezra.

“In mea sit potestate,
umbrae revertere in tenebris,
retro in maledictionem in me,
et haec sit libera,
Et reddere mercedem corpus meum”

Dengan mantera itu, sesuatu berlaku pada Ezra, dia terdongak keudara dengan matanya kembali berubah warna dari merah ke biru dan corak pada wajahnya menghilang dengan perlahan seperti ia terbakar kerana mantera Ezra dan dengan perlahan, cahaya gelap muncul dari dada kiri Ezra, membawa symbol sumpahannya keluar dari sebalik gaun dan berpindah dari Ezra ke Ivy.

Sebelum symbol tersebut terkena pada kulit Ivy, dia melepaskan kedua tangan Ezra dan menangkap symbol tersebut kedalam tangannya, mencipta bebola halimunan untuk memerangkap sumpahan itu dari menyerang Ivy pula.

“Puteri Ezra!” Royal Fairy segera terbang ke sisi Puteri yang jatuh pitam itu, secepat yang mungkin sebaik sahaja Ivy melepaskan dia.

Ahli sihir muda ini membelakangkan dirinya dari Ezra dan membaca satu lagi mantera. Kali ini mantera itu keatas dirinya sendiri dan semua orang tahu, menyumpah diri sendiri akan membawa padah pada badan si penyumpah dan Ya, mantera Ivy memakan dirinya dari dalam.

Darah di pergelangan tangannya mula mengalir dengan banyak, menitis-nitis di atas padang yang basah kerana bahang dari aura gelap Ivy. tapi secara perlahan api ungu muncul di tangannya membakar symbol tersebut.

Tertera pada wajah Ivy yang dia sedang bergelut dengan Genie’s cuff itu untuk membangkitkan magic dalam dirinya, melawan gari tersebut untuk menyelesaikan manteranya. Ini buat Diaval tambah risau dan berpaling kearah Wizard Merlin. “Shouldn’t you be helping her?!”

Pengetua Merlin tidak memberi sebarang respon, hanya melihat Ivy menyelesaikan tugasnya sendiri dalam diam. Dahinya tetap berkerut tanda dia risau melihat keadaan anak muridnya itu tapi dia menahan diri. Dia kena percaya yang Ivy boleh melakukannya. Ivy boleh menghapuskan sumpahan itu dengan tangannya sendiri.

Ini sahaja peluang yang dia ada desis hati Wizard Merlin, berharap yang dia tidak melakukan kesilapan keatas anak muridnya pula.

Seperti yang Wizard Merlin harapkan, symbol dalam tangan Ivy terbakar secara perlahan, menjadi habuk dan terbang ke udara seperti kelip-kelip malam. Sebaik sahaja sumpahan itu lenyap, begitu juga aura gelap disekeliling Ivy, hilang begitu sahaja, meninggalkan asap kelabu pada badan ahli sihir itu kesan dari renjatan elektrik dan jatuh pitam.

Diaval bertindak sepantas cahaya ke sisi Ivy, menyambut anak jagaannya yang jatuh berlutut sebelum dia mencium tanah. Memeluk anak jagaannya dalam dakapannya dengan erat.

Dia memegang tangan Ivy yang berdarah, mengendahkan cecair tersebut untuk memeriksa nadinya. Its faint….. tapi dia selamat desis hatinya lega.

“You scared me little miss…” bisik Diaval dan mengusap rambut depan Ivy ketepi, tersenyum lega melihat wajah tidur Ivy.
Louis yang melindungi adiknya tidak sempat nak ke sisi Ivy bila adiknya yang kalahkan dia; bergegas ke sisi Ivy dahulu.

“Ivy tak apa-apa ke? Oh my—She’s bleeding!” jeritnya terkejut melihat pergelangan Ivy yang melecur. “Abang! Panggil Medic sekarang—”

“There’s no need.” Pengetua Merlin bersuara. “Saya dah panggil pertolongan sebelum saya tiba ke sini.” Katanya lagi. “For now, lets end this Ceremony.” Dia mengetuk tongkat saktinya di tanah sebelum mengangkatnya keudara, batu pada tongkatnya bercahaya semula dan salji di sekeliling mereka naik keudara dan berkumpul menjadi satu bentuk kepingan salju dan lenyap di langit malam bersama ribuan bintang.

Musim sejuk didalam perkarangan Gracious Academy telah tamat dan digantikan dengna permulaan musim Bunga pada malam itu. Tepat tengah malam; dan menara loceng Istana Camelot berbunyi, tanda ia tepat pukul 12 malam dan Malam keajaiban Ivy telah berakhir.

Diaval memberikan Ivy didalam tangannya kepada Louis, sempat memberi renungan maut kepada lelaki itu dan berkata; “I will return for you.” Sebelum berubah menjadi seekor burung gagak semula dan terbang pergi dari mereka semua.

Sementara Ivy juga berubah ke gaunnya yang koyak rabak di dalam tangan Louis. Hanya topeng ungunya sahaja yang kekal pada wajahnya.

Louis hanya perhatikan wajah tidur Ivy dengan minda bermain banyak persoalan yang tidak terjawab. Lebih banyak persoalan muncul tentang perempuan itu dari sebelumnya dan Louis takut untuk mengetahui semua jawapan-jawapan itu.

“Tuanku, Kita kena bawa mereka ke Bilik rawatan sementara tunggu pertolongan sampai.” Pengetua Merlin bersuara menarik perhatian Louis.

Putera Camelot ini hanya mengangguk dan bawa Ivy masuk ke bangunan Academy dengan charlotte mengekorinya dari belakang.

Charlotte hanya diamkan diri dan tangannya mencapai rantai yang tergantung di lehernya sebelum dia tersenyum kecil. Ivy yang selamatkan Char dengan abang desis hatinya gembira kerana mengetahui Ivy seseorang yang baik. Rantai tu punca pelindung halimunan yang melindungi dia dan abangnya dari Ezra.

Royal Fairy menggunakan magic mereka untuk terapungkan Ezra yang tidak sedarkan diri di udara dan membawa puteri itu juga ke bilik rawatan.

Tapi pengetua Merlin tidak berganjak dari posisinya. Dia bersendirian di padang latihan itu sehingga mereka semua masuk ke dalam bangunan itu.

Setelah dia bersendirian untuk beberapa saat, gerlipan bintang turun dari langit, dan berdirinya Red Riding Hood dalam bentuk remajanya di hadapan The Great Wizard Merlin.

Hood kelihatan sedih, dia tumpukan perhatiannya pada tanah yang mereka pijak; sama seperti The Wizard Merlin.

“It almost time…” dia bersuara dengan kesedihan dalam nadanya. “Pengorbanan mereka tidak akan di sia-siakan.”

“Tiada cara lain lagi ke untuk selamatkan mereka yang masih terselamat?” Soal Pengetua Merlin, mendongak melihat Hood.

Si mantel merah menggeleng perlahan. “Ini pilihannya. Jika ada cara sekalipun...” Hood diamkan diri untuk beberapa saat, tidak tahu bagaimana nak menyebutkan akibat buruk itu. Dia hanya menggeleng. “Pengorbanannya akan disia-siakan.”

“But she’s Evil.” Katanya secara fakta. Tiada keraguan didalam nada Pengetua Merlin. “Pengorbanan tu tetap sia-sia jika Ivy masih lagi seorang Villain.”
Hood hanya tersenyum tawar. “Ivy ada hati dia Merlin. Selagi hati tu berada di dalam dadanya, kejahatan dalam diri Ivy boleh diubah.”

Pengetua Merlin hanya diamkan diri. dan dia mengangguk, terpaksa setuju dengan kenyataan itu. walaupun dia meragui hati yang rapuh boleh mengubah seorang villain yang berpegang teguh dengan posisi yang dia pilih.

“I hope you are right Hood. We can’t make anymore mistakes like before.”

Hood hanya mengangguk. “Jangan risau Merlin, saya ada kali ini untuk pantau mereka. Dia satu-satunya keturunan kami yang tinggal and I’ll be damn kalau dia mati sekali lagi.”

>X<

Satu Figura menendang mangkuk caudronnya, membuat air didalam mangkuk itu melimpah keluar membasahi lantai mosac di dalam bilik itu, dan ia mengalir ke longkang yang ada di hujung bilik tersebut.

“Arrrgggghhhh TIDAK!!” jerit si figura dengan nyaring, suaranya bergema di dalam kamar kecil itu. menjerit kerana kesakitan yang dia rasa di dadanya tidak dapat ditahan. Dia mengorek kulit di atas symbol sumpahan yang sama seperti sumpahan ‘Lost Heart’ Cuma ia berwarna merah di atas dadanya, tanda dialah punca kewujudan sumpahan tersebut.

Dia jatuh berlutut, kedua tangannya menyentuh lantai, bersujud didapan mangkuk caudronnya. Termengah-mengah setelah kesakitan yang dia rasa itu telah redah. Badannya dimandikan dengan keringat berat dari semua aksi mengawal hati Puteri Ais yang akhirnya sia-sia itu. sumpahannya juga dibakar oleh ahli sihir bebal membuat jantungnya terasa kebakarannya sekali. Ia hampir membunuh dirinya sendiri!

“I hate that Traitor!!” Tengkingnya dan menumbuk lantai mosac itu dengan kuat. Mengendahkan rasa perit dari kulit tangannya koyak dari menumbuk.

“See, apa jadi kau taknak dengar cakap aku orang tua? aku dah kata guna Puteri Ezra takkan membuahkan sebarang hasil..” Satu lagi suara yang lebih dalam dan maskulin bergema di dalam kamar itu, menarik perhatian figura pertama.

“So you have another plan Mr. I-know-it-all??”

Lelaki suara maskulin itu menarik sengih dan membuka topeng masqueradenya. “Don’t I always do?”

>X<


(A/N: Uhmmm…. Any question or suggestion??? Angah rasa watak protagonist dalam cerita ni dah nak muncul… Hohohohohohohoho  *seperti pengetua Merlin* See you in the Next Chapter!!!)

P/S: Maaf lambat update, angah busy for this past few ays sehingga tak dapat nak mengarang langsung but no worries, after this angah dah boleh dapat update seperti biasa, one week a chapter that is... hahahaha harap tiada lagi halangan or writer' block in the near future ^___^

6 comments:

  1. kenapa rasa macam jack ini lelaki evil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... Maybe, maybe not. Awak yakin ke tu Jack? *smirk* 😏😏

      Delete
  2. I rasa the 1stguy yang dance dengan ivy tuuuuu

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha Takde misteri kat situ!! (≧∇≦)b

    ReplyDelete
  4. Dia satu-satunya keturunan kami yang tinggal and I’ll be damn kalau dia mati sekali lagi.”
    ..huh..what that mean?.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya Mrs. Irwin, ada sebab roh Red Riding Hood kembali ke alam hidup dan ia ada kena mengena dgn Miss Devil kita (´・ω・`) not going to give you any spoilers love, and angah tinggalkan cebisan mistery utk korang teka sendiri. Heheeeeheeeee *senyum tayang gigi*

      Delete

Savior of Tales