New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Friday, 22 July 2016

Third L.O.S.T

The Good on Bad and The Bad on Good

“Tahu apa benda ni?” Soal Pengetua Merlin sambil mengangkat satu tekoh emas di dalam tangannya.

Ivy membuka Hood ahli sihirnya, menayangkan dahi yang berkerut melihat tekoh kecil itu. “Sesuatu special tentang tekoh tu ke?” soal si ahli sihir muda dan meletakkan beg sandangnya dibawah pokok berdekatan. Mata tidak lepas dari Mentornya.

Pengetua Merlin mengerdip mata beberapa kali seperti dia tak menjangkan jawapan seperti itu Ivy. Dia menjilat bibirnya dengan perlahan, sesuatu bermain dalam mindanya sebelum Merlin mengangkat bahu. “Well, tak mengejutkan kalau kamu tak tahu tentang benda ni—Apapun. Prepare yourselves little one. Pelajaran kita akan bermula sebentar lagi.”

Ivy hanya mengangguk. Menunggu pembelajaran apa yang Ivy akan pelajari sehingga Pengetua Merlin membawa dia ke dalam hutan yang tidak diketahui. Mentornya hanya teleport mereka dari menara ke tempat itu beberapa minit yang lalu dan berjalan ke bahagian tanah yang lebih lapang dan dikelilingi dengan pokok-pokok besar. Mungkin di situ tempat mereka akan mulakan pembelajaran mereka.

Ivy memandang kearah penjaganya yang berada di atas dahan pokok, sedang menjaga beg Ivy di bawah pokok tersebut. Seperti mereka berdua boleh bertelepati, Diaval mengangkat kepaknya tanda dia juga tak tahu mengapa mereka di situ atau dimana mereka sebenarnya.

“Baiklah Cik Ivy. Pembelajaran kamu ni hari ialah self awareness.” Katanya menarik perhatian Ivy semula.

“Um… Pengetua?” Ivy memandang Pengetua Merlin dengan hairan, melihat orang tua itu sedang menghembus nafas pada tekoh tersebut. “self awareness? Kenapa kena berjaga-jaga pula?”

“Kita berada didalam hutan lagenda Cik Ivy. Ever heard a forest name The Woods?” Soal Pengetua Merlin.

Ivy terus melihat sekelilingnya sekali lagi dengan riak wajah terkejut. “Kita didalam hutan tu?” Melihat Pengetua Merlin mengangguk membuat Ivy menjerit keriangan. “Oh my Lord—Di sini peperangan Dua Bilah Berlaku! Saya tak percaya saya berdiri di tempat kejadian bersejarah ni—tapi, bukannya peperangan tu berlangsung di tanah lapang ke?”

“Correct. Padang tu berada di beberapa batu dari sini, saya akan bawa kamu ke kubuh Raja Uther nanti tapi sekarang, saya kena tunjukkan kamu benda ni dulu.”

“Then, apa benda tu?”

“Saya ada kata gari kamu akan di buka remember?” Soal Merlin balik tanpa dia perlu melihat riaksi terkejut Ivy. Ahli sihir tua ini ingin menggilap tekoh tersebut tapi terbatal dan memandang anak muridnya. “Oh ya, kamu tak tahu tentang tekoh ni—baiklah, memandangkan kamu tidak tahu, saya akan beritahu kamu. Cik Ivy, ini bukan tekoh sembarangan. It’s a ‘Genie’s Lamp’.”

“Genie’s…. Lamp?” Mata ahli sihir ini terbeliak bulat. Tidak menyangka dia dapat melihatnya di depan matanya sendiri. Dia selalu dengar dari legendary Villain Jaafar tentang lampu ajaib Genie yang menjadi rebutan di seluruh kerajaan Ababwa dan Jaafar juga mendapat peluang untuk membuat hajatnya namun telah memakan diri sendiri dan terperangkap didalam lampu serupa dengan dalam tangan Pengetua Merlin Cuma berwarna hitam. Sekarang, dia menjadi pengajar di Dementis kerana itu hajat Tuan Jack bila dia jumpa lampu ajaib Jaafar. Pertama; Menjadi Pelindung Collage Dementis. Kedua; Menjadi pengajar pada murid-murid Dementis. Ketiga; Ivy tak tahu apa hajat yang ketiga. Dia terlupa atau mereka tidak pernah beritahu dia tentang hajat tersebut.

Melihat satu lagi lampu ajaib yang ‘baik’ depan matanya adalah sesuatu yang patut digembirakan! Apatah lagi lampu ajaib itu lebih kuat dari Jaafar. Tapi… kejap. “Bukannya Genie dah bebas dari penjara lampu ajaib ni ke? Bukannya ia hanya lampu biasa?”

“Oh that’s where many people don’t know.” kata Pengetua Merlin dengan nada penuh mistery dan teruja. “You see, walaupun Genie telah bebas merantau ke seluruh kerajaan dan buat apa sahaja yang dia hendak buat. Dia tetap boleh diseru menggunakan Lampu ni. Dia dan lampu ni akan tetap berhubung walaupun dia telah bebas.” Katanya. “Sebab itu Genie sendiri berikannya pada saya jika saya memerlukannya suatu hari nanti.”

“Ia masih membuat hajat ke?” Soal Ivy ingin tahu.

“Dia masih menunaikan 3 permintaan. Cuma sekarang dia boleh buat pilihan samada dia nak buat atau tak.” Jawab Wizard Merlin slamber. “Saya dah pegang lampu ni selama 50 tahun. Tahun lalu baru saya dapat menggunakannya. Saya minta Genie buatkan gari yang ada di pergelangan tangan kamu tu.”

Ivy segera mengeluarkan tangannya dari jubah mantelnya dan menarik kedua lengan bajunya untuk melihat gari emas tersebut. “Sekarang persoalan saya terjawab macam mana Pengetua buat Gari ni. It’s Genie’s original cuff?”

Pengetua Merlin mengangguk. “Dia ubah suainya untuk hukuman kamu. Now, lets not waste anymore time.” Orang tua itu menggilap lampu tersebut dengan kain lengan jubahnya dan lampu tersebut bercahaya sebelum ia memercikkan bunga api kecil dari mulut lampu tersebut dan keluarlah seorang lelaki berbadan biru dari muncung lampu itu ke udara; berpakaian serba mexico dengan marakas dalam tangan dan menari sambil menyanyi lagu perayaan Mexico,

Ai Ai Ai! Shake that booty baby—Kyaaa!” Genie menjerit nyaring bila dia bertentangan mata dengan Ivy sehingga marakas dalam tangannya terbang ke udara dan dia berpaling kebelakangnya.

Sekali lagi dia menjerit nyaring seperti perempuan tapi kali ini, dengan girang. “Merlin, my man, my buddy, my friends, my one true pal” katanya dengan nada gembira sebelum dekatkan diri pada Wizard Merlin dan berbisik. “Tell me why I see young Maleficent dibelakang aku sekarang?

“Dia bukan Maleficent—

“Oh really? Fewww! Thank goodness aku ingatkan—

“Dia anak Maleficent.” Sambung Wizard Merlin membuat rahang Genie jatuh ke tanah. Betul-betul jatuh ketanah dengan bunyi hentaman besi berat, jari tertuding kearah Ivy.

“Goodness Gracious There’s a mini Evil Sorcerer Maleficent!!”

“Hey!!” Ivy bercekak pinggang rasa terkilan dengan panggilan Genie padanya. “Aku ada nama okay? The name’s Ivy. Not mini Maleficent.”

“Dan nama dia beracun juga!” sahutnya dengan dramatic, memegang kedua pipi seperti dalam lukisan ‘the Scream’. “Jangan cakap ini ahli sihir yang jadi apprientice kau?” melihat Wizard Mengangguk membuat Genie buat muka ‘the scream’ sekali lagi. “Then—wait. Dia guna Gari aku. So there’s no harm to that. Feewwww.” Dia mengelap dahinya yang tidak berpeluh dengan lega dan mengetik jari untuk mengubah pemakaiannya seperti biasa. “So, kenapa kau panggil aku ke sini Emrys?”

“Itu soalan yang bagus Genie, dan jawapan yang bagus ialah, untuk buka gari kau dari Cik Ivy.”

“Apa? Tapi—dia—kau…. A-a-aku ingatkan kau—” Genie menuding jari diantara Merlin dan Ivy beberapa kali, rasa keliru dan juga geram melihat kedua ahli sihir itu tersenyum padanya seperti mereka sedang mempermainkan dia. Genie berdengus geram dan mengetik jari sekali lagi. mengubah dirinya menjadi seorang doctor moden dan gunakan statescopenya untuk periksa dahi Merlin. “Hmm… uh-huh… uuuuh-huh… Yup.” Dia membuka Statescopenya dan menyentuh bahu Merlin seperti cuba berikan semangat kepada ahli sihir tua itu. “Emrys, dude.. susah untuk aku sampaikannya tapi… kau menghidap penyakit ARE YOU CRAZY?!” dia kembali berubah seperti biasa dan menjerit pada muka Merlin. Angin kuat dari jeritan Genie hampir buat Merlin terbang. “She deserve that cuff Merlin sebab dia seorang Villain! Kenapa kau nak buka gari tu hah? Ia merbahaya biarkan villain seperti dia bersama kuasa magic yang kuat di dalam Enchanted—

“Uh Hello, saya tak jauh dari korang. Saya boleh dengar apa yang kamu cakapkan.” Ivy bersuara dengan dirinya memeluk tubuh dan kening terjungkit.

“Hai, Hello to you too tapi orang tua sedang berbincang ni? Jangan menyampuk.” Kata Genie dengan senyuman sebelum memberikan renungan maut yang hodoh pada Merlin. “Beritahu aku kau sedang bergurau Emrys. Please… Please tell me you are just pulling my legs.”

Wizard Merlin tunduk melihat bahagian bawah badan Genie yang melekat pada mulut lampu ajaib sebelum memandang kawan ajaibnya semula. “You don’t have a leg for me to pull Genie. Means I’m serious.” Katanya membuat lelaki biru itu berubah menjadi putih sepenuhnya. “Genie, she’s not a villain dan gari itu hanya hukuman baginya kerana menghina Pengetua Gracious. Sekarang dia dah dimaafkan kerana dah membuktikan dirinya pada malam Grand Finale. Saya pasti kau dah dengar berita ni dari Juvairah kan?”

“Ya, saya dah dengar tapi saya tak jangka yang Youuuuuuuu akan bebaskan dia.” Katanya dengan jari di bawa kekiri dan kekanan. “No way, Hozay! Plus, I don’t want to do anything with Maleficents. Even if it’s her miniature.”

Muka Ivy berkerut geram, bunyikan lidahnya dengan kurang senang sebelum bersuara. “Hoi, stop calling me mini Maleficent—

“Saya panggil kamu sekali je—

“Persamaan.” Balas Ivy balik dengan panas namun tenang. “As you know, saya juga half Enchanted. Ayah saya Robin Hood dan telah selamatkan tanah ni dari—

“Ah, Robin.” Potong Genie dengan nada pahit. “lelaki tu pernah curi lampu ajaib aku.”

Ivy terdiam. Segala perasaan bengangnya terus hilang ditukarkan dengan kebingungan. “Apa?”

“Yes, yes… saya ingat lagi mamat licik tu curi lampu ajaib saya dari tangan Raja Aladdin semasa Villain datang menyerbu Ababwa. He ask me three wishes.” Katanya sebelum kembali memandang Ivy. “Sayang, kalau kau anak Robin tentu kau selicik ayah kau juga kan? He trick me with his words and make me grant whises that break my wishing Rules.” Katanya dengan nada jauh seperti dia sedang teringatkan kisah lalu bersama ayah Ivy.

Genie mengusap janggutnya dengan mata memandang keudara. Memikirkan sesuatu yang Ivy tidak jelas apa dia sebelum Ginie berdecit. “Well, at least his happy with his wish. So, how is that sly Bastard doing?”

“Dah mati.” Jawab Pengetua Merlin dan Ivy serentak membuat Genie menutup mulutnya rasa bersalah.

“Wha—how? Oh no wonder dia tak pernah buat hajatnya yang lain…” Genie mengangkat bahu slamber, tak kesah sangat kerana dia fikir Robin Hood sama seperti pelanggannya yang lain. (Hajat yang tidak tertunai) dan memandang Ivy dengan senyuman palsu. “Now you have that last two wishes.”

Mata ahli sihir muda ini membesar sebelum mengangkat tangan sambil membelakangkan dirinya dari Genie. “No-no. aku tak perlukan apa-apa dari seorang Genie.”

“Whaa—Really? Setahu aku seorang Villain sanggup tikam belakang orang sendiri untuk dapatkan aku dan kauu….. kau dapat two free wishes tapi tak nak apa-apa? Really?” Soal Genie tak percaya.

Ivy mengangguk sekali, wajahnya tidak menunjukkan sebarang keinginan dengan hajat percuma tersebut. “Itu sebab saya bukan seorang Villain.”

“Even if you are not a Villain, sugar. Semua orang ada impian ingin dicapai, hajat ingin ditunaikan. Mustahil kau—apatah lagi orang Vicious taknak apa-apa langsung.

“Well… I do have one—

“A-hah! Aku dah agak kau ada hajat walaupun satu—

“Aku nakkan gari ini dibuka.” Potong Ivy balik dengan nada mendatar, tiada masa nak layan karenah Genie yang musykil padanya. “Tapi Pengetua Merlin dah buat hajat tu untuk aku so, I don’t need anything.”

Genie terdiam, mulutnya terbuka tertutup seperti ikan kekurangan air diatas darat. Tidak percaya apa yang dia dengar keluar dari mulut Ivy. Ye lah, tiada siapa didalam dunia ni tidak inginkan apa-apa yang dia nak! Tentu ada keinginan didalam diri seseorang, tidak kisahlah ia untuk kepentingan sendiri atau orang lain. Pasti ada sifat keinginan didalam seorang manusia! Itu dah lumrah!

Genie dekatkan dirinya pada Ivy, mengecilkan matanya pada ahli sihir muda itu sambil mengusap janggutnya. Dia tetap tak percaya yang perempuan ini tiada kehendak atau sebarang hajat untuk hidupnya. “Kamu nak kembali ke kehidupan kamu di Vicious seperti sebelumnya?” Soal Genie membuat Merlin terkejut.

Merlin ingin menyampuk tapi anak muridnya menjawab dahulu dengan jawapan tanpa keraguan. “Tidak.”

“Kamu taknak huru-harakan Tanah ni?”

“Tidak.” Jawab Ivy dengan jujur, tidak berfikir dua kali tentang soalan Genie.

“I can see you like someone. Taknak buat dia jatuh hati pada kamu?”

“Tidak perlu.” Jawab Ivy cepat tapi tenang.

“Do you want more magic power.”

“I can do that on my own, thank you very much.” Katanya sedikit terkilan kerana Ivy rasa Genie telah memandang rendah pada kekuatan magicnya. Itu mungkin sebab Genie tidak pernah lihat dia beraksi. Jadi Ivy lepaskan makhluk biru itu untuk sementara waktu.

“Money?”

“I have scholarship.”

“Fame?”

“Saya agak popular di tanah ni. Tak kisahlah baik atau buruk tapi semua tahu nama saya.” Jawabnya lagi dengan bahu diangkat slamber. Tapi dalam diam kesabarannya di hiris menjadi nipis.

“Memperbetulkan maruah kamu? Memulakan hidup baru yang sempurna di tanah ni? Menghancurkan orang yang kamu benci? Apa sahaja! Tentu kau inginkan semua itu kan? Kau manusia! Mustahil kau tiada sebarang hasrat melainkan kau tiada hati dan perasaan—” ayat Genie terbantut digantikan dengan jeritan sakit kerana Ivy menarik janggut Genie supaya mata lelaki ghaib itu setaraf dengan matanya. Menatap tepat pada mata hitam Genie dengan renungan yang sangat menggerunkan.

Genie menelan air liur kelat. Takut melihat percikan kecil dari gelang garinya sendiri.

Listen here carefully you brainless baloony,” mata Ivy bercahaya hijau dengan merbahaya menandakan dia dah fed up. “Jangan pernah sesekali berani ungkit tentang maruah aku bila kau sendiri tak tahu apa maksudnya pada ku. Aku dah gembira dengan kehidupan aku sekarang dan ‘kesempurnaan dalam hidup’ adalah satu mitos bagi aku. Tidak wujud. So, jangan persoalkan kehidupan aku sekarang. Dan…..” Ivy berdesir membuat Genie mengecut ketakutan dan badan berpeluh satu badan hanya kerana renungan Ivy. “Aku boleh hancurkan musuh aku dengan tangan aku sendiri. I never steep that low and ask for help from a floating. Legless. Thing. That lives in a tacky lamp.”  Kutuknya sebelum melepaskan Genie yang berdarah dari tembakan panas lisan Ivy secara bertubi-tubi.

Genie membelakangkan diri dari Ivy dan bersembunyi di dalam janggut Wizard Merlin. Genie dah lama tak rasa setakut itu selepas akhirnya peperangan di Zaman Gelap. Kali terakhir dia rasa jantungnya berdegup kuat, sehingga dia tak dengar apa-apa selain kan dentuman kuat di gegendang telinganya dan seluruh badan basah bermandikan peluh. Serta tangan menggeletar teruk membangkitkan memori buruk yang pernah dia lalui dalam perang besejarah itu.

Kali terakhir dia takut seperti itu semasa dia berdepan The Almightly Evil Sorcerer Maleficent semasa ahli sihir kejam itu ingin menghancurkan lampu ajaibnya. Ingin membunuh Genie.

This witch maybe as strong as her mother… walaupun dia half-Enchanted. Evil always be Evil. That’s a fact.

Genie menggenggam erat tangannya yang menggeletar sebelum menarik nafas dalam. Cuba tenangkan ketakutannya dengan membina banteng keberanian disekeliling ketakutan tersebut. Menaikkan dadanya setelah yakin dia boleh berdepan dengan Ivy sekali lagi dan keluar dari janggut Merlin, seperti janggut itu tirai langsir dan berubah ke saiz asal di hadapan Ivy.

“Kau… sememangnya anak Robin dan Maleficent. A foul child that rotten without a cure.” Genie bersyukur ayatnya kedengaran cukup berani dan tidak tergagap diantara perkataan.

Ivy menarik sengih dan berdengus terhibur, memeluk tubuh tanda dia tak terkilan dengan ayat Genie. Malah menerimanya. “I take that as a compliment.”

Wizard Merlin hanya diamkan diri, melihat cara Genie mencabar maruah Ivy dengan mengutarakan hasrat terpendam Ivy. Betul, apa yang Genie soal Ivy adalah keinginan ahli sihir muda itu yang tersemat didalam dirinya. Inginkan kuasa, wang dan dikenali, digeruni, dihormati oleh semua orang di tanah besar itu. Ingin Musnahkan Tanah itu, ingin kembali ke Vicious dan mulakan hidup baru di tanah Enchanted juga satu hasrat yang terpendam. Tak kisah la ia hasrat lama atau baru. Ia masih ada di dalam minda Ivy dan dia masih berpegang dengannya.

Ia sangat merbahaya jika Ivy tidak melepaskan hasrat lamanya. Nampaknya upacara penyucian diri itu tidak kuat sangat untuk hapuskan kejahatan dalam diri Ivy.

Ini buat Pengetua Merlin berfikir dua kali untuk membuka gari ditangan Ivy. Biarkan anak muridnya bebas dengan kuasa magic yang sangat kuat dengan hasrat lama masih di pegang teguh. Apatah lagi dia yakin dia boleh buat keinginannya menjadi kenyataan dengan tangannya sendiri. Dengan kuasanya sendiri.

Samada Ivy terlalu naïve memikirkan dia boleh buat semuanya seorang diri atau….

Dia seorang raksasa yang berkemampuan untuk memusnahkan kesemuanya dengan kedua tangan yang kecil itu.

Melihat dari keyakinan Ivy dan sejarahnya di Vicious… Pengetua Merlin tahu risiko melepaskan Ivy adalah sangat besar.

‘Masa untuk lepaskan Ivy the Devil dari garinya…. Kau nak Bakal putera Enchanted ni selamat bukan?’

Suara Jack bergema didalam kotak minda Wizard Merlin membuat dia merungut dalam diam. Memejam matanya dengan dahi berkerut. Tidak menyangka yang lelaki muda itu berani mengugutnya dan Dia, the Great Wizard Merlin tidak dapat membantah lelaki muda itu.

Encik Hansel… saya harap kamu dapat urus Jack seperti mana yang kamu janjikan desis hati Merlin dengan harapan tinggi pada anak sulung Gingerman. Satu-satunya harapan dalam permainan bertaruhkan masa depan tanah besar itu.

“Emrys! Did you see that?! She’s Evil! 100% sure, positive, accurately Evil!” jerit Genie seperti budak lima tahun sambil menuding jari kearah Ivy, seperti Ivy tu seorang pembuli yang mengambil duit makanan tengaharinya.

Merlin ketawa sepenuh hati sambil mengusap dagunya, buat Genie terngangah melihat riaksi Merlin. “Now-now, ini bukan masanya untuk bergaduh anak-anak.” Katanya dengan nada riang. “Genie, give me the key.”

“What?—Uh! Tak adilnya! You take her side!” ungut Genie dan menjeling kearah Ivy yang menjelir lidah padanya. Genie rasa tercabar dan menarik lengan tangannya dengan geram. “Why you little Devilish Twat—”

Genie, I wish you to give me the key now.” Kali ini nada Wizard Merlin lebih serious menghentikan apa sahaja serangan Genie pada Ivy dan makhluk ghaib itu berdengus.

“Baiklah….” Rungutnya. “One stupiiiid wish coming up!” Dia menghayunkan tangan sambil menggoyangkan jari jemarinya di udara serbuk emas datang entah dari mana dan membentukkan satu kunci emas atas tapak tangan Genie. “Here, Kau memang gila kalau kau fikir nak buka gari anak maleficent ni.”

Merlin mengambil kunci itu dengan senyuman sebelum melenyapkannya di dalam lengan jubah. “Oh, saya tak cakap saya akan buka gari Cik Ivy.”

“Apa?” soal Genie dan Ivy serentak.

Pengetua Merlin hanya berikan senyuman innocentnya. “It’s King Arthur will open it pada malam majlis hujung minggu ni. Dia yang menjatuhkan hukuman keatas kamu dan dia yang akan bukanya nanti. Didepan khalayak ramai dan sekali umumkan yang kamu secara rasminya appriantice saya.”
“What? Laaa saya ingatkan ni hari saya akan dilepaskan! Baru je ingat saya akan guna magic saya semula untuk kelas ni hari!” Rungut Ivy keudara sebelum bahunya jatuh mengalah.

Genie tersenyum nakal pada Ivy. “Looks like you still a prisoner mini Maleficent.”

Ivy menjeling kearah Genie. “Aku dah kata, aku ada nama dan ia Ivy the Devil!”

“Still, ia tetap satu fakta yang kau mini Maleficent. Kau lebih muda dan…. Melihat dari ketinggian kau, kau lagi pendek dari Maleficent. So, dah di sahkan. Mini Maleficent.”

“Why you—”  Ivy menarik janggut Ginie sekali lagi. “Say that again and I’ll roast you—”

That’s enough.” Pengetua Merlin bersuara dengan tenang tapi hentakan tongkatnya pada tanah membuat gegaran kecil dari gelombang magic tongkat itu membuat kedua musuh baru ini terdiam. “Genie, saya seru kamu ke sini bukan untuk minta kunci tu sahaja. Saya nak kamu temankan saya mengajar Cik Ivy hari ini.” kata Pengetua Merlin. “Ni hari kita akan pergi ke kubuh Raja Uther dan mengajar Ivy tentang self awareness di sana. You good at giving surprise right?”

“Surprise? Oh! I am an expert to that!” sahut Genie dengan bangga sebelum menjungkit kening double Jerk pada Ivy, janji senyap yang dia akan kenakan Ivy dalam pembelajarannya nanti.

Ivy pula merungut dalam diam dan menggeleng fed up. “Saya dah tak rasa excited nak belajar ni hari.”

“Oh come on Little Maleficent! Bukannya kau nak jadi the Great Wizardry ke? Better put that dream into a reality dan ini peluang yang sangat bagus!” Genie memetik jarinya mewujudkan kereta kuda modern berwarna biru dan dua kuda putih di hadapan. Dia pula berubah menjadi coachman duduk dihadapan. “Hope on folks! Masa untuk buat tour sekitar hutan Lagendary, The Woods!”

Pengetua Merlin hanya tergelak melihat keriangan Genie tidak sabar nak kenakan Ivy dan naik kereta kuda itu. sebaik sahaja Pengetua naik, dia melihat Ivy berlari kearah pokok yang terdapat beg sandangnya di sana dan kembali berlari ke kenderaan Genie setelah mengambil segala barang-barangnya.

Diaval pula terus terbang ke sisi Ivy sebaik sahaja ahli sihir itu melabuhkan punggung di sebelah Pengetua Merlin.

Genie berpaling melihat dua penumpangnya dengan senyuman. Ingin bersuara tapi ekspressi wajahnya berubah bila matanya terlihat benda hitam bertapak di bahu mini Maleficent. “Is that….”

“Dia Penjaga aku. Jangan banyak tanya, cepat jalan.” Arah Ivy dengan nada fed up. Dah tiada masa nak dengar kutukan dan drama Genie tentang Diaval pula.

Genie kerutkan hidungnya tidak suka dengan ketidaksopanan Ivy tapi tidak merungut. Kembali pandang hadapan dan menyuruh kuda-kuda putih itu bergerak, membawa mereka ke destinasi mereka.

Ivy pula tersenyum nakal dalam diam. So that Geinie do scared of me…. That’s good news. Really good news.

“Cik Ivy, di area sebelah kiri ni tempat di mana Red Riding Hood kena baham oleh The Big Bad Wolf. See that Red cape over there? Itu tanda penghormatan orang kampung pada Hood. It’s a memorial. Nak pergi jenguk di sana?”

Ivy melihat Pengetua Merlin untuk seketika sebelum tersenyum kecil. “No. saya pasti Makcik Red dah gembira sekarang. Knowing I’m home.” Katanya sebelum menutup hoodie jubahnya dan mengusap badan burung gagak didalam pangkuannya.

Di bawah mantel merah yang tergantung diatas pokok yang mekar dengan indah itu ada Roh Red Riding Hood muncul dari celah cahaya matahari dan tersenyum tenang melihat kereta kuda itu bergerak pergi. Melihat ayat yang keluar dari Ivy membuat dia rasa tenang yang tak terhingga.

“She is home but….” Hood berpaling bertentangan arah dimana Ivy berada. Senyumannya jatuh murung dan mata biru itu bertukar risau. “The Woods bukan tempat yang selamat untuk Ivy. This cursed place has a favour in returning new visitor into this Woods. Dan tak selalunya berita baik.”

>X<

 “Kau ke mana sepanjang hari ni?” Hansel menyoal dengan nada kosong. Tahu siapa yang masuk kedalam biliknya tanpa matanya lari dari barang-barang yang dia kemas kedalam beg untuk pengembaraannya petang itu.

Jack yang menyandar pada pintu biliknya, kelihatan penat tidak bermaya. Muka pucat dan termengah-mengah sambil tangan mencengkam erat dadanya yang sakit. Walaupun kesakitan itu tersangat perit, senyuman sinis tetap terukir, menayangkan gigi taringnya yang menawan. “Now-now… macam tu ke kau sapa instructor kau… sendiri?” Soalnya diantara nafas berat.

Hansel berdecit, alihkan pandangannya pada Jack dan tidak berikan sebarang riaksi tentang keadaan Jack. Malah dia fed up dan mengeluh. “Jangan berlagak Jack. Hukuman kau hanya sementara sebelum kau dapat hukuman baru dari Pengetua Merlin.” Katanya dan menyandar pada kaki katil sambil memeluk tubuh. Dia mengangkat dagunya pada Jack. “Kau dari mana?”

“Ada kerja sikit di luar Academy.” Katanya dan mengetuk dadanya dengan kuat, menghentikan apa sahaja kesakitan di dadanya. Seperti dia cuba tabahkan diri dihadapan Hansel sebelum bergerak ke almari bajunya seperti biasa.

Tapi hansel tidak tertipu dengan lakonan Jack. Dia tahu Jack didalam kesakitan sekarang kerana dua bulan menjadi—terpaksa menjadi—Roommate Jack, dia dapat tahu beberapa perkara tentang kehidupan Jack yang kucar-kacir itu.

Dia sengetkan kepalanya, memerhatikan lelaki baju serba hitam itu mengambil satu kotak kecil dari almarinya dan mengeluarkan potion berwarna merah gelap yang pekat. Meletakkan setitis dari cecair tersebut kedalam botol minuman kecilnya sebelum digoncang supaya sebati.

Tingkah laku Jack menunjukkan Potion tersebut seperti ia tidak penting sangat untuk biarkan Hansel melihatnya. Dah tentu Hansel tanya tentang potion itu dan dengan senang Jack menjawab; ‘Pain-killer. Kerja sebagai villain sampingan ni tak mudah.’

Hansel bunyikan lidahnya menarik perhatian Jack dari meneguk air didalam botol kecil itu. “Kau patut berhenti buat semua ni Jack.”

Jack menutup botolnya dan tersenyum sinis. “Berapa banyak kali pun kau cuba pujuk aku. Aku takkan berhenti. Kenapa kau tak bagitau The Believers tentang aku je?”

“Sebab aku berhutang dengan mak kau sebab jaga aku dan adik aku dulu. Dan kau kawan aku.” Hansel melihat Jack berdengus tak kesah dan kembali minum air botol dalam tangannya. “Come on Jack, its not too late to stop. Ia tak berbaloi.”

Jack menutup botol airnya dengan kasar, sudah hilang minat dengan ceramah harian Hansel tentang kerjanya. “Listen Hans, apa aku buat bukan tempat kau nak masuk campur, aku buat apa yang aku nak buat. Dan kau terus buat kerja ‘the Believers’ kau tu dan pantau aku selama mana kau nak.” Katanya melontar botol air kecil dalam tangan ke katilnya sebelum menuding jari kearah Hansel. “Apa sahaja kau dapat dari aku, samada kau nak simpan atas ‘membayar hutang budi’ mak aku atau beritahu kawan the believers korang. Aku tak kesah.” Jack menarik sengih. “Beritahu Ivy pun boleh jugak memandangkan kau beritahu dia semua tentang kes ‘Losing Heart’ tu—

This is not a joke Jack!” Hansel meletup, sudah tidak tahan dengan perangai tidak bertimbang rasa roommatenya itu.

Tapi kemarahan itu hilang digantikan dengan satu gelengan yang kecewa, tidak percaya melihat perubahan drastic Jack yang dahulu semasa kecil seorang yang baik, peramah dan risaukan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Sekarang, setelah 10 tahun, perangainya bertukar kesebaliknya; tidak kisah tentang orang lain kecuali dirinya sendiri, berperangai buruk dan sentiasa mencari masalah. Dan segala masalah yang dia buat ditunjukkan depan Hansel seperti dia rasa tidak bersalah dengan apa yang dia buat dan tak kesah kalau dia terkantoi atau tidak.

“Apa yang The Great Wizard Merlin lihat dalam diri kau aku pun tak tahu.” Katanya dengan pahit dan sambung mengemas barangnya yang terakhir, masukkan buku catatannya kedalam beg sebelum mengangkat beg tersebut ke bahunya. “Kau hanya lihat semua ni macam satu permainan yang menyeronokkan bagi kau, sedangkan banyak nyawa yang tidak bersalah akan terkorban.”

Jack mengendahkan komen Hansel dan tumpukan beg belakang Hansel. “Kau nak kemana? Berekspidisi?”

“Kerja ‘the Believers’ aku.” Jawabnya dengan dingin sambil memakai kasutnya. “Aku takkan balik dalam masa beberapa minggu ni. So, bilik ni milik kau seorang tapi… jangan sentuh barang-barang aku.”

Jack mengangkat tangan dengan slamber. “Sure-sure dan oh.. Hansel.”

“Apa?” Soal bekas Vicious itu dengan renungan maut di depan pintu bilik.

Jack ingin membuka mulutnya untuk bersuara tapi terbatal. Dia menggeleng. “nevermind. Just try to have fun.”

Hansel berdecis dengan sinis. “You Behave.” Dan Hansel menghentak tutup pintu bilik mereka, meninggalkan Jack keseorangan di dalam bilik mereka. rungatan Jack tentang mendapat Roommate dan ingin bilik sendiri akhirnya tercapai.

Jack menarik sengih, wajahnya tertera dengan penuh kejahatan mengetahui Hansel telah tiada pada masa Ivy akan menginginkan lelaki itu di sisinya dalam waktu terdekat itu.

Well, Jack boleh gantikan tempat Hansel dan pinjamkan bahunya untuk Ivy menangis bila dia tahu tentang Putera George dan Puteri Julliana.

Senyuman Jack berubah menjadi murung bila rasa sakit dalam dadanya datang balik dan segera di cengkam dengan erat. Keperitan didalam dadanya tidak dapat ditahan sehingga dia jatuh berlutut diatas lantai, seperti jantungnya berhenti berfungsi dan rasa tersangat panas, darahnya mendidih sehingga urat di lehernya terlihat dan mukanya naik merah menahan perit di dadanya.

Dia merangkak ke tepi katilnya untuk mencapai botol kecil itu dan dengan tangan menggeletar dia membuka dan teguk air tersebut semampu yang dia boleh.

Setelah beberapa saat, dia kembali stabil dan dapat menarik nafas dalam. Badannya lemah di kaki katil itu dengan penafasan yang berat kerana kejutan perit tadi.

Pada mulanya dia hanya melihat siling bilik menunggu dirinya kembali tenang sebelum melihat botol dalam tangannya. Dia ketawa pahit. Seperti keadaannya itu satu lawak yang menyedihkan.

“The Jokes are on me.” Katanya sebelum senyuman sinister terukir pada bibirnya. mengangkat botol didalam tangan separas dengan wajahnya, melihat refleksi mukanya yang sinis. terlalu sinis. “Then, it’s on the sweet-sweet Devil's Witch; Ivy.


>X<

(A/N: So.... so! plot bukak gari Ivy tu, angah nak ucapkan Thank you 1000x sebab bagi idea ni! angah sebenarnya buntu dengan plot seterusnya tapi awak dah bagi saya idea yang sangat-sangat bernas untuk chapter-chapter yang seterusnya! Yeayy!! and angah tak dapat nak fikir idea sendiri kerana Exam *Cried* but thanks to awak angah dapat post another chapter ni hari! You deserve a slow clap. *Clap*.... *Clap*.... *Clap* Heehehehe.... Anyhow! I'll be seeing uolls in the nexr chapter!)

12 comments:

  1. jack jadi macam ini sebab dia sakit ke?

    ReplyDelete
  2. Nope. Tu side effect ( ͡ʘ ͜ʖ ͡ʘ)

    dun-Dun-DUN! *dramatic music*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. hansel patut setelkan jack dan protect ivy..

      Delete
    2. Trust me, Hansel pasti akan settlekan jack kalau dia kacau Ivy lagi... Jgn main2 dgn hansel kalau dia marah hahahahaha

      Delete
    3. bukannya ada HP pun ivy nak call hansel.. haha...

      so payah kalau hansel terpaksa ghaib

      Delete
    4. takdok HP but hantar surat boleh *wink wink*

      Kalau Ivy ada magic dia boleh teleport je ke mana Hansel berada HAHAHAHAHA but dia digari, so yeah... susah Ivy nak mengadu pasal Jack kat Hansel but No worries, Louis ada *Wink* **Smirk**

      Delete
  3. huhuhuhu tu side effect bcoz hati jack ada pada ivy.....n the real soul mate ivy is jack...mlm mjlis ballroom tu jack is the first dancer with ivy a.k.a vivian.....he knows everythings...jack know everythings.... huhuhuhyhy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuhuhu... I've got nothing to say on this except;

      U hv good teory, love!

      Keep on cracking everyone *wink wink* 😘😘😘

      Delete
    2. haha.. kalau jack real soulmate, means jack jadi jahat sebab dah hilang hati.. haha..

      Delete
    3. Mungkin.... Mungkin.... Not spoiling anything *zipping my lips* hahahahahaha

      Delete
  4. but the questions is....sumpahan tu xleh kena kat kat louise just bcoz die xde hati kan....oh bnyak sgt kemungkinan nie...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. My answer is... Sumpahan Losing Heart takkan kena kat Louis atas sebab-sebab tertentu yang akan dihuraikan in the future chapter! hihihi ^___^

      and Yess, kemungkinan and teori korang setakat ni memang menarik dan angah tak tipu bila angah kata ada teori korang hampir terkena plot sebenar. Huhuhu but not gonna tell anything! *Zip my lips tightly*

      Delete

Savior of Tales