Prologue H.O.P.E

Prologue

The Great Wizard Merlin merenung lama pada circle ruin yang rosak dihadapannya sementara beberapa orang The Believers sedang menyiasat rumah tersebut untuk mencari petunjuk dimanakah Apprientice Wizard Merlin telah melarikan diri setelah membalas dendam dengan ‘menyumpah’ Jack menjadi….. tak tentu arah.

Wizard Merlin tidak bersuara bila dia dipersoalkan akan tindakan anak muridnya. Dia tidak persoalkan Putera George, Hansel atau sesiapa sahaja yang rapat dengan Ivy The Devil atas sebab-sebab mengapa Ivy sanggup membelot mereka semua.

Sama seperti mereka yang berpeluang untuk mempersoalkan Wizard Merlin secara peribadi tentang tindakan anak muridnya.

Jawapan Wizard Merlin pada mereka semua sama. Hanya satu jawapan dan arahan mutlak yang dia nyatakan kepada mereka.

“Ivy the Devil ialah seorang Villain dari mula lagi dan ini adalah salah satu rancangannya untuk menjatuhkan Enchanted. Dia harus ditangkap dengan segera dan kamu semua diarahkan untuk memancungnya sebaik sahaja dia Berjaya ditangkap dan bawa kepalanya kehadapan Raja dan permaisuri Enchanted untuk keadilan seluruh rakyat Enchanted.”

Pengakuannya membuat mereka semua terkejut, tidak menyangka The Great Wizard Merlin, ahli sihis yang pemaaf dan baik hati akan menghukum anak muridnys sebegitu kejam. Tidak membawanya ke pengadilan untuk mendengar penjelasannya langsung dan arah untuk bunuh Ivy the Devil tanpa sebarang belas kasihan. Adakah The Great Wizard Merlin rasa sebegitu patah hati kerana di khianati oleh apprienticenya sendiri?

Manakala mereka mengetahui apa yang terjadi disebalik bayang Enchanted, mengenali dan risaukan keadaan Ahli sihir muda itu mempersoalkan arahan The Great Wizard Merlin. Merayu padanya untuk menarik balik pengakuan ahli sihir tua itu ataupun meringankan hukuman Ivy The Devil.

Namun ayatnya muktamad dan dia tidak berniat untuk menukarnya. Malah, Bakal raja Enchanted juga tidak boleh membantah arahan The Great Wizard Merlin.

“Tuan… adakah kami perlu menyelidik circle ruin ini juga?”

“Tak perlu.” Wizard Merlin menjawab lebih cepat dari dia patut. “It’s clearly a curse towards Jack. sumpahan terlarang membuat dia seperti mayat hidup.” The Wizard Merlin menghayun tongkat saktinya dengan perlahan, memghasilkan angina bayu meniup circle ruin itu, memadam ia sepenuhnya. “Beritahu The Mind of The Believers, saya akan kembali ke Academy sebentar lagi.”

“Dan bagaimana dengan Jack, Tuan?”

“Dia sememangnya dah mati dengan keadaannya sekarang.” Nadanya kedengaran tegas membuat the believers itu fikir dia telah salah cakap. “Sebarkan Ivy the Devil telah letak killing curse pada Jack dan dia tidak lagi satu ancaman pada Enchanted.”

The Believers mengangkat tangan ke dahinya dan beredar dengan segera, pergi melaksanakan amanah yang diberikan.

The Great Wizard Merlin menghembus nafas lelah, hati sayu memikir masalah yang mereka hadapi dan akan tempuhi tidak lama lagi.

Bunyi tapak kaki berjalan didalam salji kedengaran tapi tidak berpaling untuk melihat siapa yang datang mendekatinya.

“Kamu telah berjumpa dengan Jack?”

DIaval berdecit dengan pahit, tapi ekspressi wajahnya menunjukkan satu kesalan besar. “Itu lelaki terbodoh aku pernah jumpa.”

Wizard Merlin berpaling melihat Diaval yang sedikit menggigil di sisinya, menutup mulut bila dia mula menguap. “Dia lakukan yang terbaik untuk selamatkan orang yang dia sayang. Selamatkan kita semua.”

“Maksud tuan seluruh tanah Enchanted?” nadanya kedengaran pahit dan dia meminta maaf. “bagaimana dengan Vicious?” kali ini nadanya lebih lembut.

“Kamu mungkin tidak melihatnya tapi dia telah mengubah segalanya. Termasuk Vicious dan Enchanted.” Wizard Merlin tunjuk circle ruin yang telah terpadam dari disiasat orang lain. “sekarang, kau pula kena sebarkannya ke Vicious.”

Diaval tertawa sarkastik. “Mistress akan meletup.”

“Dia belum bersedia untuk mengetahuinya.”

“Tuan Jack Skellington akan bunuh orang.”

“Sally ada untuk menenangkan dia.”

“Tuan kedengaran sangat tenang untuk ahli sihir hebat yang tidak boleh buat apa-apa selain duduk dan lihat.”

“Tanggungjawab saya akan tiba tapi sekarang ialah tanggungjawab kamu.” Balas Wizard Merlin dengan tegas. “Pergi Diaval.”

Burung gagak ini mengangkat tangan, mengalah tapi lagaknya menunjukkan dia sedang bersinis.

Wizard Merlin menukar Diaval menjadi burung gagak dan tanpa berlengah lagi, burung gagak hitam ini terbang kearah tanah Vicious. Membawa lebih dari satu penipuan besar kepada orang-orang besar Vicious.

The Great Wizard Merlin hanya melihat burung gagak itu pergi dengan bibir disebalik janggutnya jatuh muruh. Dahi berkerut dengan kening ternaik risau.

“Hood, bimbing Vivian kearah yang betul. Dan aku akan lakukan yang selebihnya.” Dia sahut kata-kata janji pada angin dan beredar pergi dari tempat itu.

>X<

Hansel menghembus nafas berat, menahan perasaannya naik meluap dan lepaskan pada lelaki yang duduk diatas kerusi roda, kelihatan sangat menyedihkan.

Cuba mengekalkan kesabarannya dengan lelaki itu, Hansel mengambil sesuap bubur dari pinggan dalam tangannya dan arahkannya separas dengan mulut Jack.

“Come on Jack, kau perlu makan.”

Jack toleh kepalanya ke sisi, masih enggan. Dia kelihatan sangat takut dan mungkin akan menangis pada bila-bila masa. “D-Dia datang tadi… d-dan dia kata dia a-akan bunuh aku—Aku tak nak mati….” Jack tertawa cuak tapi senyumannya berubah menjadi horror, berpaling melihat Hansel dengan penuh rayuan. “Aku tak boleh mati Hans, Aku tak boleh. Tunang aku perlukan aku di sini—

“Siapa datang?” Hansel meletak pinggan Jack ke tepi, menyentuh bahu Jack cuba tenangkan lelaki itu. “Jack, beritahu aku siapa datang, Bloody Mary ke?”

Jack menggeleng laju. “Tak-tak-tak…” dan matanya tetiba membesar. “Tak… Dia nak datang bunuh aku ke? Dia dah tahu plan aku selama ni—Hans, Hansel tolong aku.”

“For Goodness sake Jack, kau menggeletar satu badan.” Hansel memutar kerusi Jack untuk berdepan dengannya. Menyentuh kedua bahu Lelaki itu dengan erat dan pandang tepat pada matanya. “Dengar sini, tiada siapa datang untuk bunuh kau. Tiada sesiapa boleh selagi aku ada di sini. Selagi kau berada di dalam Academy. Tiada kejahatan yang boleh masuk tanpa kebenaran The Great Wizard Merlin.” Nampaknya ayat Hansel dapat menenangkan Jack kerana lelaki itu mengangguk laju sebelum memeluk tubuhnya sendiri. Masih kelihatan takut atas sebab Hansel teringin nak tahu.

Dengan keluhan berat, dia bercangkung dihadapan Jack dan menyentuh lutut kawan lamanya dengan lembut. “Dengar Jack, aku tahu kau takut… tapi kau kena beritahu aku apa telah terjadi di rumah kau. Di mana Ivy—Vivian berada.” Jack mula hayunkan badannya kebelakang dan kedepan dengan cemas, Hansel mengeratkan genggamannya pada lutut Jack. memastikan Jack tidak menghilang lagi. “Atleast…. Beritahu aku apa yang…. Tinggal.”

“A-aku terbayangkan mereka.” Jack meluah, tanpa memandang wajah Hansel.

“mereka? Mereka siapa?”

“Raja George, Wizard Merlin, Vivian…. Mareline dan…..” ekspressi Jack berubah, dia kelihatan terdesak, ingin menangis tapi dia menahan dengan menghayun dirinya ke depan dan kebelakang dengan laju. “Mereka dah mati Hans… dia dah mati—aku tak dapat nak tunaikan janji aku pada G, aku gagal tunaikan impian dia… aku—aku….. mereka mati disebabkan kecuaian aku—” dan lelaki itu berderai dengan tangisan pilu, menekan kedua matanya dengan tumit tangan, menangis sekuat hatinya dan ia buat Hansel bersedih juga.

Melihat keadaan Jack tidak tentu arah seperti ini.

Dia tidak tahan melihat lelaki—dahulu dia menganggap sebagai abang menjadi seperti itu.

Sekali lagi Jack cakap benda yang sama apa yang dia beritahu Puteri Ezra semasa dia temui lelaki itu di dalam salji. Mereka semua mati disebabkan dia. Nama-nama yang Jack sebut oleh Puteri Ezra laporkan mati. Mati disebabkan dia.

Sedangkan mereka semua masih lagi hidup, sihat dan sedang menjalankan tugas mereka diatas Tanah Enchanted itu.

Kecuali Mareline… itu lain cerita.

Adakah ini yang Puteri Ezra katakan tentang Equavelent Exchange’? menggantikan suatu jisim dengan suatu jisim yang sama nilainya?

Harga untuk bayaran forbidden magic kata Puteri Ezra. Ada sebab mengapa beberapa sihir diharamkan untuk diguna, ini kerana magic tersebut perlukan pengorbanan. pertukaran kata Puteri Ezra tapi bagi Hansel ia satu pengorbanan. korbankan sesuatu yang bernilai untuk lakukan suatu sihir.

Dan magic larangan ini mempunyai bayaran. Mengikut pengetahuan Hansel dari mendengar Ivy berleter tentang magic tersebut, ia digelar sebagai Equavelent exchange. Sama seperti membuat kontrak dengan Rumplestiltskin, namun tiada tawar menawar untuk melakukan sihir terlarang itu, ia mempunyai syarat yang tetap dan ia sememangnya undang-undang didalam dunia sihir.

Dan mengikut laporan Puteri Ezra tentang circle ruin yang tidak dapat dibaca yang dia temui dibelakang rumah Jack, lelaki ini telah korbankan sesuatu yang sangat berharga untuk lakukan ritual terlarang itu.

Apa yang Jack tawarkan untuk melaksanakan apa sahaja ritual itu? Sehingga dia jadi seperti ini?

‘Is it his soul?’

Puteri Ezra menggeleng. ‘His soul already broken, he never cared about that. Ia benda lain.’

‘kalau bukan, apa yang dia korbankan? Apa lagi dia ada selain nyawanya?’

Lamunan Hansel tersentak bila lelaki yang duduk diatas kerusi roda ini memaksa dirinya untuk bangun.

“Jack, kau tidak sihat untuk bergerak—

“Dia perlukan aku…. Hans, dia perlukan aku!” Marahnya diantara tangisan bila Hansel memaksa dia kembali duduk. Dia berpaut pada baju bekas Vicious ini seumpama nyawanya bergantung didalam tangan Hansel. “Kau tak dengar ke?”

“Dengar apa Jack?—

“Dia menjerit meminta tolong!” sahutnya kelihatan sangat terdesak, air matanya tidak berhenti mengalir. “AKu kena pergi selamatkan dia. Hans, aku kena selamatkan dia, aku taknak dia tinggalkan aku lagi, aku taknak dia terlepas dari pegangan aku lagi—

Jack… tolong hentikan semua ni!” nada Hansel hampir sama merayu dengan Jack. “Look at you, Kau berhalusinai! Tiada siapa mati, tiada siapa ingin bunuh kau, dan orang yang kau ingin selamatkan dah lama mati!”

Tak Hans, tidak, kau salah! Kau keliru Hansel, dia tak mati—mereka yang mati—dia…..” sedakan berat terlepas dari dada Jack, berpaut erat pada lengan baju Hansel dan menangiskan airmata darah. “Vivian dah mati… disebabkan aku…”

“God Dammit Jack…” Hansel membiarkan Jack berpaut padanya, dahi menyandar pada dadanya dan Hansel mengusap belakang lelaki itu dengan lembut. “kau yang keliru siapa dah mati, siapa masih bernyawa.” Bisingnya dengan perlahan, hanya membuat Jack lebih hancur dari sebelumnya.

Hansel memeluk kawannya dengan erat, menahan dia dari jatuh berkecai. Menakung kesedihan Jack sekuat yang mungkin.

Matanya juga menyengit, mengugut untuk membasahi pipinya sendiri. Dengan nada rendah, umpama bisikan bayu; dia merayu. “Come back to us Jack, I need my brother back.”

Hansel memeluk Jack untuk beberapa minit, agak lama. Hansel mengusap belakangnya dan mengatakan ayat-ayat yang menenangkan tanpa henti. Sehingga Jack berhenti menangis, kembali duduk diatas kerusi rodanya, kembali pada keadaan pertama dia bertemu dengan Jack. seperti mayat hidup termenung jauh keudara.

Tapi kali ini dia makan. Dan Hansel menyuapnya dengan perlahan dan mula bercerita pada Jack tentang hidupnya berada di Vicious, tentang adiknya Gretel dan ahli sihir kejam bernama Ivy the Devil.

“Kau sukakan dia?”

Hansel mendongak melihat Jack dengan mata besar membulat. Ketawa janggal terlepas dari celah bibirnya. “Apa?”

“Perempuan bernama Ivy….” Jack mengalih pandangannya pada Jack, matanya masih merah dari tangisannya tadi tapi ekspressinya tidak meninggalkan sebarang kesedihan seperti dia tidak bersedih langsung sebentar tadi. Jack yang hilang kembali kepada Hansel dengan senyuman halus di hujung bibirnya. “Kau sangat menyayangi dia kan?”

Hansel tidak dapat nak tahan dirinya dari berdengus diantara senyumannya. “Jack, dia kawan baik aku.”

Jack kecilkan matanya membuat lelaki bercangkung disebelahnya tergelak besar. “Suit yourselves kiddo.”

Senyuman Hansel terus hilang, dia memandang Jack seperti Jack telah tumbuh sepasang tanduk dikepalanya. “Jack? Kau…. Kau berada di sini ke sekarang?” soalnya dengan perlahan, sangat perlahan hampir Jack tidak mendengarnya kalau bukan kerana hanya mereka berdua sahaja di bahagian istana itu.

Jack berikan senyuman kecil, mencapai kepala Hansel dan mengusapnya dengan lembut. “You’ve suffered a lot because of my doing. Do you… still have the heart to forgive my selfishness?”

Hansel dapat lihat didalam mata emas Jack, lelaki yang dia dahulu kenal kembali. Dan ia buat Hansel sebak didada. “Aku akan maafkan kau kalau kau kembali Jack. kami berdua rindukan kau.”

“maafkan aku Hans” tangannya jatuh ke bahu Hansel, mengeratkan tangannya. “Stay strong for me.”

Hansel menggeleng, menangis nafas sedih. “You, stay strong for us.”

“Hansel?”

Lelaki bekas vicious ini segera mengelap air matanya dan bangkit secara reflex, memaling dari suara baru memanggil namanya untuk dia bersihkan mukanya sebelum bergerak kearah lelaki tersebut.

“Putera George.”

Louis berada di pintu istana teragak-agak untuk datang mendekati mereka. Dia kelihatan seperti budak kecil yang inginkan sesuatu tapi takut untuk bersuara.

Hansel sangat faham mengapa dia seperti itu.

“Adakah keadaannya masih… sama?” nadanya juga serupa seperti budak kecil yang ketakutan.

Hansel tidak boleh tahan dirinya dari menarik sengih. “Wanna look and see?”

“Dia meroyan bila dia nampak aku lagi.” Nada Louis sedikit tegas tapi ada unsur sedih terselit diantaranya. “Dia ingatkan aku dah mati.”

“Dia meroyan bila dia lihat korang yang sepatutnya dah mati.”

“dan kenapa dia tak lihat kau sebagai orang mati?” soal Putera George, tidak puas hati.

Sumpah Hansel tidak dapat nak tahan dirinya dari tergelak dengan perangai Putera itu. Dia bunyi seperti kekasih yang cemburu orang lain dekat dengan orang yang dia sayang.

“Tiada siapa tahu apa yang bermain di dalam kepala Jack sekarang ni Tuanku, orang yang masih bernyawa diingatkan mati dan yang mati masih lagi bernyawa. Dan dalam sekelip mata dia menerimanya tapi berubah menjadi sebaliknya semula. He’s a mess.”

Mereka berdua berpaling kearah lelaki yang mereka perkatakan dengan kedua bibir mereka jatuh murung.

“Kau patut berdepan dengannya.”

“I’m afraid.” Katanya dan buat pertama kali Hansel tidak kenakan dia. Jadi dia sambung. “Aku cemburukan kau boleh dekati Jack. semasa dia…. Lebih gila dia tetap mengelak dari aku.”

Hansel tidak menjawab, bukan kerana dia tidak tahu apa hendak cakap pada Louis. Malah, dia enggan bersuara yang dia cemburukan Putera George ini juga. Kerana setiap kali dia bercakap dengan Jack… nama George sentiasa keluar dari mulut Jack dan kata janji yang tidak diketahui disebut berulang-ulang kali.

“Macam mana kita boleh pernah bergantung dengan lelaki ni?” itu yang keluar dari mulut Hansel. “dan masih berharap dia akan kembali setelah apa dia telah buat?”

“Sebab kita masih berharap.” Balas Putera George dengan nada seidh. “semua orang masih percayakan dia akan kembali.”

“how can that happen?”

“Sebab dia Jack. lelaki yang selfless, peramah, baik hati dan mungkin, the most, kindest Enchanted people in this land.”

Jawapan itu membuat Hansel tertawa kecil. “Kau yang paling baik Tuanku. Masih berharap perkara yang mustahil.”

“Kau juga. Pada Ivy.”

“Kata kekasih ahli sihir gila tu.” Balas Hansel lagi, dan kembali memandang Louis. “Pergi G.”

Louis juga memandang tepat pada mata Hansel, tertanya jika itu betul betul idea yang baik. Mengganggu ketenteraman Jack, mereka bersusah payah untukt tenangkan lelaki meroyan itu semasa dia datang melawat.

“Just go.” Hansel menggalak. “but… slowly. Trust me, dia nak cakap sesuatu kat kau.”

Louis teragak-agak, tidak ingin tapi melihat lelaki yang bencikan dia sedang menyokongnya… Louis mengangguk kecil, menarik nafas dalam dengan perlahan dan menghembusnya; Louis mengambil langkah mendekati Jack. dia berhenti tengah jalan, sempat berpaling kebelakang dan Hansel mengangkat dagunya, menggalak.

Louis kembali memandang Jack yang tidak bermaya di atas kerusi roda itu dan menarik nafas dalam. Dia berjalan dengan perlahan, pastikan dia tidak berada di dalam pandangan Jack. berjalan sehingga dia berdiri di sisi—belakang sisi Jack dan mengangkat tangan—terhenti diudara untuk seketika sebelum direhatkan pada bahu Jack.

“…Jack?”

Louis tersentap bila Jack mencapai tangannya dengan lembut, tapi tidak berpaling melihatnya. “G.”

Louis menghembus nafas yang dia tidak perasan dia tahan dan senyuman gembira terukir di hujung bibirnya dengan mata berair. “Hey J... gembira kau dah kembali.”

Jack tertawa, menyembunyikan kesedihannya. “maafkan aku bratsy….”

“Aku tak perlukan maaf kau….” Nada Louis menggeletar. “I—we just wabt our brother back.”

Hansel tiba di sisi Louis, mengangguk padanya dengan senyap sebelum merehatkan tangannya di bahu Jack lagi satu. “Kami akan kembalikan kau Jack.”

hanya mereka bertiga berada di bahagian istana itu dan dengan jelas, mereka dengar tangisan halus Jack.

please don’t give up on me….”

Sementara itu, The Great Wizard Merlin duduk di meja kerjanya, wajah tidak dapat dibaca melihat tiga sahabat dari bebola kaca diatas mejanya. Melihat wajah sedih ketiga-tiga kawan ini dan dengan satu hayunan diatas bebola kaca, gambara mereka bertiga kelihatan Cuma ia di suatu sketsa yang tidak pernah wujud di alam mereka.

Jack, Hansel dan George bersama-sama di perkarangan istana sedang bergurau senda. Hansel dan Jack memakai perisai satria mulia mereka sementara Putera George berpakaian serba formal.

Melihat dari kelakuan mereka, Jack berada di tengah memeluk bahu mereka, mengusap kepala Louis dengan kasar sementara Hansel tertawa besar sambil memakai mahkota George. Mereka bertiga kelihatan sangat rapat, persahabatan mereka sangat kuat tapi…

Kembali pada mereka bertiga sekarang. Mereka kelihatan sangat rapuh, sangat sedih… seperti segalanya hanyalah satu halusinasi. Perkara yang tidak akan pernah terjadi.

Wizard Merlin kembali pada sketsa yang lebih riang, dia luaskan pandangannya didalam bebola kaca itu dan tidak jauh dari belakang mereka bertiga, ahli sihir muda berjubah ungu formal bercekak pinggang dengan gelengan fed up pada mereka bertiga.

Wizard Merlin tersenyum sedih. mata berulang alik dari tiga rakan dan seorang ahli sihir itu. “No one gives up on you, dear child.”

>X<

Jack skellington sedang memerhati model istana Dementis di dalam pejabatnya, melihat kearah tiga wanita didalam bangunan green house, sedang berbual sambil menikmati teh petang mereka. Namun, kali ini wajah mereka tidak seriang selalu. Terutamanya Maleficent, wanita yang paling kuat dan megah di atas tanah Vicious tu kelihatan pucat. Murung dan bersedih. Maleficent tunjukkan kesedihannya.

Itu petanda buruk bagi mereka semua. Maleficent tidak akan pernah tunjukkan perasaannya kepada sesiapa. Dia tidak akan tunjukkan kelemahannya termasuk pada mereka—well, bukan selalu. Dan hanya satu sebab sahaja dia akan bersedih seperti ini sehingga meminta isteri dan Gothal untuk menemaninya.

Jack Skellington tersentak bila dia dengar bunyi nyaring seekor burung gagak dari luar pejabatnya. Dengan segera dia bergerak ke pintu balcony, membukanya dengan luas untuk Diaval meluncur masuk dan menutupnya segera kerana ribut salji.

Diaval….” Raja kejahatan ini mula tidak sedap hati. Menghayunkan tangannya kearah Diaval mengubah dia menjadi manusia.

Diaval berlutut dihadapan Jack Skellington sambil memeluk tubuh kesejukan dan perasan yang pemakaiannya agak berlainan dari biasa. Dia memakai baju serba hitam dengan kot panjang mencecah lantai dengan hujung kot itu menyerupakan sesawang laba-laba. Style pemakaiannya seperti pecah kain di jahit menjadi satu dan terdapat bunga ros mati berada di dadanya.

Dia memandang kedua tangannya yang menggeletar, memakai sarung tangan kelabu diperbuat dari sutera. “Wow…”

“Speak up Diaval.”

Diaval mendongak memandang Jack Skellington dan kembali tunduk berlutut dihadapan Raja Kegelapan itu. “Jack telah menghantar Ivy pergi.”

Jack Skellington menarik nafas tajam, matanya membesar bulat. “Sebab tu aku tak dapat lihat mimpi Lil’Devil semalam—dan keadaan lelaki tu?”

“Dia….. tidak dapat lagi membantu.” Nada Diaval kedengaran risau walaupun dia cuba menyembunyikannya. “Dia tak boleh membantu lagi Tuan, Bloody Mary masih lagi terlepas dan mungkin merancang untuk bunuh budak tu.”

We can’t let that happen!” amarah Jack Skellington tangan diangkat keudara. “He died, Enchanted die and my Lil’Devil will die too!”

Dia dibawah jagaan Hansel dan the Great Wizard Merlin. Academy tu dah dilindung dari Bloody Mary—

“Aku tak percayakan pelindung tu!”

“Kita tiada pilihan untuk percayakan Wizard Merlin sekarang. Ramalannya mungkin tidak selalu betul tapi hanya dia boleh lakukan yang mustahil.”

Jack Skellington berdecit. “Aku benci bila kau cakap macam tu—

*BAM!*

Maleficent merempuh masuk kedalam pejabat Jack Skellington dengan wajah cemas tertulis diseluruh wajahnya. Matanya jatuh pada Diaval dengan penuh tanda tanya. Pertanyaan yang Diaval tahu dan takut untuk berikan jawapan.

Dengan perlahan dia bangkit, wajah sedih tidak dapat disembunyikan dari mukanya dan dengan perlahan, dia mendekati Maleficent.

“Mistress…”

She’s gone?” nada Maleficent tidak pernah kedengaran sebegitu rapuh pada telinga mereka semua. Semasa dia tahu Ivy dalam bahaya tidak kedengaran sesedih ini.

Diaval mengambil masa untuk menjawab persoalannya sudah cukup membuat air mata ahli sihir ini mengalir jatuh seperti mana dia jatuh berlutut menutup muka.

“Oh dear Mal…” Puan Sally dan Gothal yang tiba di pintu pejabat segera ke sisi kawan rapatnya, menenangkan ahli sihir itu dengan lembut.

Maleficent menerima pujukan mereka dan memeluk Puan Sally dengan erat. Rintihan halus kedengaran oleh mereka semua didalam pejabat itu. Menghancurkan hati mereka semua.

“SAyang, apa dah jadi?” Soal Sally memandang suaminya mengetahui Maleficent tidak akan menjawab dengan keadaannya seperti ini.

Jack Skellington juga tidak tahu bagaimana ingin beritahu isterinya tentang berita tersebut dan berpaling kearah Diaval.

Diaval menelan air liur kasar seperti pasir berkumpul didalam kerongkongnya. Kesemua mata jatuh kearahnya kecuali Maleficent yang menangis dalam tangan Sally.

For Lord’s sake, maafkan aku Mistress….

“It’s Bloody Mary..” Dia bermula dengan suara perlahan. “Dia dan Jack telah menyumpah Ivy The Devil ke Dimensi lain.”

Mata Puan Sally membesar. Dia rasa seperti udara disedut keluar dari jantungnya membuat dia sukar untuk bernafas, dia menggeleng tidak percaya.

Ivy the Devil… Lil’Devil kesayangannya… God-daughternya… telah hilang?

“Jack…. Tell me it’s not true.” Sally merayu dengan nada terdesak.

“My love…..” Jack Skellington menghembus nafas lelah. “I-I’m so sorry…”

Tak…. Tak….” Air mata mengalir turun ke dua pipi Sally, dan memeluk kawan rapatnya dengan erat. “Tak mungkin….”

Gothal menjadi kawan rapat mereka, hanya duduk di sebelah mereka, menenangkan Maleficent dan Sally dalam senyap. Tidak berkata apa-apa kerana dia juga pernah rasa apa yang mereka lalui sekarang.

Dia berpaling melihat Diaval dengan mata tajam. “Tell me siapa Bloody Mary ni.”

Bulu roma Diaval merangkak turun di tulang belakangnya. Gerun melihat mata putih kiri Gothal yang buta namun penuh dengan dendam.

“She’s a witch.”

Senyuman sinis Gothal juga sama menggerunkan. “Good.”

>X<

“Ring around the roses… a pocket full of poses… ashes! Ashes! We all… fall… down.”

Mata Jack membesar dan seluruh badannya menjadi tegang. Menggenggam erat kerusi rodanys sehingga tulang penumbuknya menjadi putih.

Dia takut untuk mengalih matanya ke sisi, merasakan suatu kehadiran dibelakangnya dan gelakan sinis yang halus mendekati dengan perlahan.

“Hello Jackie…”

Jack ingin menjerit tapi mulutnya tertutup dengan aura hitam dan gelakan sinis itu makin kuat.

Jack mengalihkan matanya ke kiri dan senyuman wicked terlihat di hujung pandangannya membuat dia bergelut ingin melepaskan diri tapi gagal.

Senyuman itu makin lebar, hingga ke hujung telinganya dan mata merah menyerlah yang terhibur melihat henchmennya ketakutan.

“tsk, tsk, tsk… kau ingat aku akan biarkan kau terlepas? Remember our little bargain? Our little... Jack and Jill moment?” Soalnya dengan nada terhibur. Dia dekatkan bibirnya pada telinga Jack. “You betray me… as soon as your fiancée returns, she’ll die. again.”

Tidak memberi sebarang peluang pada Jack, Bloody Mary mengkelar leher lelaki itu dan menghilangkan diri dengan tawa hysteria.

>X<

Hansel menyentuh belakang lehernya rasa bulu romanya meremang dan segera berpaling ke pintu keluar bilik peribadi The Believers.

“Encik Hansel?”

Dan dia dengar tawa hysteria yang halus terlepas kedalam telinganya. Seluruh badannya menjadi sejuk.

“Shit.”

.

.

“No…..” Putera George bergegas ke sisi Jack yang terlentar diatas tanah bermandikan darah. Wajah Louis memucat bila dia lihat leher Jack yang dikelar dan matanya terbuka luas seperti dia melihat sesuatu yang menggerunkan sebelum dia mati.

“Tak.. tak-tak-tak tak, JACK!” Dia jatuh terlutut dan mengumpul Jack kedalam tangannya dan memeluk lelaki itu dengan erat. Air mata deras jatuh mengalir ke pipinya sambil menjerit nama Jack berulang-ulang kali.

Hansel tiba tidak lama kemudian dan terus jatuh berlutut, dia terkejut mati sehingga seluruh badannya gagal berfungsi, otaknya tidak memberi respon. Hanya melihat Louis menangis memeluk badan tidak bernyawa.

Jack….”

>X<


(A/N: *Run away* *Very Far away* *While laughing histerically* )

Comments

  1. sedih gila... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. *bagi tisu dari tesco* dont cry love~~

      Delete
  2. Jack mati? Serius ar? Sedihnyaaaaa😭. Mana Ivy pergi?
    First time tengok Maleficient macam tuh. Mesti dia sedih sangat kan. Huhu huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. *bagi tisu tesco jugak* we'll know apa akan jadi on the next chapter! No worries love~~

      Delete
  3. ala sedeynya jack mati...rasa jack satu2nya org yg betol2 sygkn ivy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. *cough* *cough!!*

      maaf angah tercekik udara

      Delete

Post a Comment

Popular Posts