Third H.O.P.E

return

Sepasang mata biru terbuka luas dengan satu tarikan nafas yang tajam diambil. Segera bangun dari tidurnya dan mengelap peluh membasahi dahi akibat mimpi ngeri menghantui tidur. Dia berpaling memandang bulan penuh dari tingkap panjang bilik tidur mengetahui sesuatu buruk berlaku dan tangan menyentuh jantungnya yang panas.

Terasa sesuatu terukir pedis diatas dadanya.

Tanpa membuang masa, dia mengambil jubah kelabu yang tergantung di kepala ranjang dan botol potion kosong di meja tidur.

Dia melihat botol itu untuk seketika, tertanya jika potion pemberian Merlin memberi kesan sampingan padanya dengan mimpi buruk.

Tak…. Itu bukan mimpi buruk.

Dia mengeluarkan kayu sakti apprienticenya dan dinyalakan dihujung sebagai lampu menyulukan dia jalan yang gelap didalam istana. Lampu yang cukup untuk dia melihat dan tidak membangunkan atau mengganggu sesiapa. Dia tiba di jambatan menghubungkan rumah pekerja dan istana Camelot, mendongak memandang tingkap menara The Great Wizard Merlin yang masih berlampu.

Dia menghayunkan kayu sakti itu disekelilingnya dan teleport ke dalam menara tersebut. bertemu dengan orang tua yang berada di meja kerja bersama buku dan kertas-kertas terbentang luas.

“Emrys, kamu dah kembali.”

Wizard Merlin mendongak melihat tetamu yang tidak diduga datang dan segera bangun dan mendekati tetamunya. “Lady Morgana, mengapa—

“Potion ni tidak cukup kuat.” Dia meletakkan botol tersebut diatas meja, hentakannya kedengaran seperti dia sedang marah.

“Kamu ada bunuh seseorang lagi?”

Lady Morgana menggeleng penat dan hembusan nafas lega kedengaran dari Wizard Merlin. “Itu bukan masalahnya Emrys, aku mimpikan masa depan dan ia tersangat teruk. Emrys, macam mana kalau ini petanda yang sumpahan ni—sumpahan durjana yang timpa pada aku ni ialah punca masa depan Enchanted musnah? Emrys saya—

“Bertenang Tuanku, kita akan pastikan tiada apa yang akan berlaku dan saya akan lakukan apa sahaja untuk—

“Esok malam perayaan hari lahir tahun pertama Putera George. Anak buah saya. Bagaimana kalau sesuatu terjadi pada saya dan saya cederakan anak buah saya di depan khalayak orang ramai? Emrys… saya tak nak itu berlaku pada anak buah saya…” Lady Morgana merintih sedih, menyentuh dadanya yang menyembunyikan sumpahan kedua ahli sihir ini tidak ketahui.

Wizard Merlin menyentuh bahu Lady Morgana dengan lembut. “Saya pilih kamu sebagai apprientice saya bersebab My Lady, dan ia kerana kamu seorang wanita yang kuat. Seorang ahli sihir yang beranugerah. Saya tahu kamu boleh menghadapi sumpahan ini sedikit lagi, sehingga saya dapat mencari siapa yang menyumpah kamu. Saya dah dekat.”

“kamu syak sesiapa yang menyumpah saya? Atau apa sumpahan ini sebenarnya?”

Wizard Merlin mengangguk. “sumpahan ini agak rumit dari apa yang saya jangka, ia bukan sahaja mengawal minda sesuka hati ia—

“Ia akan mengawal saya sehingga dia dapat apa sahaja si penyumpah itu inginkan dari saya?”

“lebih kepada sehingga symbol pada sumpahan itu lengkap.” Kata Wizard Merlin dengan pahit, mengetahui riaksi buruk dari Lady Morgana.

“Apa… selepas itu?” Bila Wizard Merlin enggan menjawab, nada Lady Morgana mengeras. “Beritahu saya Emrys.”

“Maafkan saya My Lady, setelah sumpahan itu lengkap… ia mungkin akan menguasai diri kamu sepenuhnya.”

“Jadi buat Potion kamu lebih kuat.”

“Itu membunuh Morgana.” Tegur Wizard Merlin nada sedikit tegas. “Kamu tahu betapa bahayanya potion yang saya buat ni.”

“saya tahu tapi—Emrys, meskipun kita tidak dapat menghapuskan sumpahan ini sekurang-kurangnya kita dapat lambatkan ia menjadi lengkap sebelum hari lahir Putera George.”

“Setelah itu apa Tuanku? Walaupun sumpahan itu dilambatkan, kamu tidak boleh lupa satu fakta yang lambat laun ia akan lengkap juga. Dan saya patut ingatkan Tuanku semula memandangkan tuanku telah lupa yang kuatkan dos potion saya akan menjejaskan kesihatan Tuanku.”

“For Goodness Sake Emrys! Ini bukan tentang saya, ini tentang keselamatan Putera George. Hanya sampai hari esok sahaja dan setelah itu… saya akan pergi dari Camelot.” katanya, nada lebih rendah sambil memeluk tubuh, enggan memandang Mentornya.

“Apa? Dan kamu hendak ke mana, cik adik?” soal Emrys memeluk tubuh sama seperti Lady Morgana, kening terjungkit mencabar.

“Jauh dari sini dan…” Lady Morgana mengeluarkan kayu sakti dan brooch apprientice dari poket jubahnya dan berikan pada Wizard Merlin. “Saya akan pergi meninggalkan segalanya. Untuk kebaikan semua orang.”

Wizard Merlin memandang brooch dan kayu sakti itu untuk seketika sebelum mengeluh. “Saya pernah beritahu kamu tentang sumpahan kayu sakti itu?”

“Yang ia telah disumpah oleh Maleficent dan ia takkan muncul lagi?” Soal Lady Morgana dengan senyuman kecil. “Saya tak pernah percaya cerita tu Emrys, kalau tak ia takkan berada didalam tangan saya—

“Sumpahan Maleficent yang diubah oleh Royal Faries ialah ia akan muncul semula hanya bila seorang ahli sihir yang layak menerimanya muncul. Dan ia muncul kerana kamu layak.” Dia menolak kedua barang itu semula dengan lembut. Menggenggam tangan Lady Morgana dengan senyuman manis. “kebaikan untuk semua orang ialah kamu menggunakan kayu sakti ini sebaiknya. Kamu layak dan kamu tahu apa yang kamu patut buat dengannya.”

Lady Morgana menarik nafas dalam, tidak berkata apa-apa untuk seketika dan hanya memandang kedua perkara terajaib pernah terjadi didalam hidupnya namun pada masa yang sama dia takuti.

“Macam mana….” Dia memejam matanya kerana kemungkinan yang pahit dia ingin utarakan. “Macam mana kalau aku menjadi jahat dan menggunakan… kayu sakti ini untuk menghancurkan Enchanted?” Nadanya beralun sedih.

“Dalam mimpi kamu, adakah kamu melihat diri kamu menghancurkan Enchanted?”

Lady Morgana menggeleng. “Tapi bagaimana kalau saya punca kehancuran Enchanted? dalam mimpi saya Putera George menghentikan villain tu dari memusnahkan Enchanted. Bagaimana kalau saya menjadi jahat dan lakukan sesuatu pada anak buah saya nanti? Emrys, ini yang saya takutkan.”

Wizard Merlin ketawa kecil dan mendapat jelingan amaran dari apprienticenya. Dia segera berdehem. “Now-now My Lady, risaukan segalanya tidak baik untuk kesihatan kamu. Apapun, boleh tak kamu beritahu saya bagaimana rupa villain tu?” soalnya sambil membawa Lady Morgana duduk.

Lady Morgana memandang Wizard Merlin dengna pelik. Tertanya mengapa Mentornya kelihatan tenang. Mengetahui Dia ialah The Great Wizard Merlin, dia hanya akur. “Dalam mimpi saya?”

“ya.” Katanya sambil mengeluarkan seset tea siap dengan makanan ringan tengah malam. “Beritahu saya, adakah villain itu seorang wanita? Wajah seperti seorang ahli sihir menggerunkan didalam abad ini dan renungannya tersangat tajam sehingga ia boleh menghisap roh yang melihatnya? Senyuman tersangat wicked yang boleh menghantui mimpi ngeri orang-orang Enchanted dan badannya yang sangat—sangat panas seumpama dia terbakar? Betul-betul terbakar.”

Lady Morgana tergamam dengan pertanyaan teliti The Great Wizard Merlin tambahan pula kesemua persoalannya tepat menggambarkan villain didalam mimpinya. Dia hanya boleh mengangguk kecil dengan kesemua persoalan itu.

Ekspressi wajah Wizard Merlin berubah sepenuhnya dari penuh tanda tanya kepada memikir dalam. Mengusap janggutnya dengan bibir diketap disebalik jambang. “Begitu….”

“Apa dia Emrys?”

“Saya takkan kata saya seorang ahli sihir yang terkuat di tanah ni—

Lady Morgana tersengih dengan sopan. “Emrys, kamu sememangnya yang terkuat—

“Ah, My Lady.” Wizard Merlin mengangkat telunjuknya. “Mungkin dimata seluruh Enchanted mahupun Vicious tapi hakikatnya, saya bukan ahli sihir yang terkuat lagi. Suatu hari nanti bakal lahir seorang ahli sihir gifted didunia ini dan dia akan menguasai saya…. Mungkin kamu juga setelah saya tiada.”

“Emrys, kamu masih sihat, masih kuat memegang jawatan kamu sebagai ahli sihir seluruh Enchanted—Camelot’s sake, setelah saya tiada kamu masih menjaga keamanan seluruh Enchanted.” Bantah Lady Morgana dengan lembut. Tangan tetap mencapai biskut diatas meja.

Wizard Merlin tertawa riang. “Terima kasih Tuanku Puteri tapi kata-kata semangat tu patut ditujukan pada kamu. Kamu tahu meragui diri memberi—

“Peluang untuk kegelapan menang. Saya tahu.. saya tahu…” Lady Morgana menghembus nafas kecil dan menghirup tehnya. “Saya hanya perlu gunakan masa yang tinggal ni sebaiknya.”

“Sebab tu kamu perlukan kayu sakti itu. Gunakan ia sebaiknya. Okay?”

Lady Morgana memandang kayu sakti dalam tangannya semula, menggenggamnya lebih yakin dan mengangguk. “Baiklah.”

“That good to hear.” Wizard Merlin bangkit dan begitu juga Lady Morgana. “Now, saya sarankan Tuanku Puteri kembali ke bilik dan rehat. Esok pagi saya akan berikan potion kamu.”

“Lebih kuat?”

Ahli sihir tua ini hanya menghembus nafas lelah dan mengangguk.

“Terima kasih Emrys.” Memeluk Mentornya dengan erat, Lady Morgana menghayun kayu saktinya dan dia teleport keluar dari Menara, kembali ke biliknya.

Sementara The Great Wizard Merlin, senyuman manis yang melekat pada wajahnya berubah menjadi seribu makna. Berputar ke meja kerjanya untuk membaca nota ringkas yang dia dapat secara misteri.

Tertulis: ‘I meant no harm.’

Dia rasa aura magic yang kuat datang dari surat itu, sama seperti aura magic yang dia rasa sebaik sahaja dia kembali dari The Woods, berlegar-legar diudara sesenyap yang mungkin, cuba menyembunyikan kehadirannya diantara bau sumpahan Lady Morgana. Dia pernah hidu bau aura magic yang kuat seperti ini, walau telah setengah abad tidak menghidunya Wizard Merlin mengenali milik siapakah Aura tersebut.

Namun… ia berlainan dari Maleficent. Terdapat sedikit percikan yang dia pernah lihat—atau lebih kepada perasaan yang dia kenal. Semangat aura itu sangat tinggi dan digabungkan dengan aura Maleficent menjadikan ia tersangat… merbahaya namun menarik. Sangat… sangat menarik.

“Tunjukkan dirinya kepadaku.” Sahutnya dalam Bahasa Ancient, membakar kertas itu di tangannya dan abu kertas itu mengelilingi bebola cahaya diatas meja. Mewujudkan dua gambaran yang tidak diduga.

Gambaran Seorang bayi didalam dakapan seorang Ahli sihir merbahaya bersama dua lelaki.

Juga gambaran seorang wanita berjubah hitam sedang berdepan Nenna Mary dengan aura gelap keluar dari badannya, api keluar dari jubah hitam itu namun tidak membakarnya. Api ungu.

Kening Wizard Merlin ternaik melihat siapa ibu bapa bayi itu; tidak menyangka sesuatu yang mustahil terjadi—dia tidak patut memandang rendah ke atas seseorang. Walau sejahat mana pun orang itu dan dia merupakan bekas ahli sihir terkuat pada zaman gelap.

Senyuman Wizard Merlin semakin lebar bila dia lihat betapa miripnya wajah bayi didalam dakapan si ibu dengan wanita yang menggerunkan berdiri dihadapan Nenna Mary yang terduduk, terperangkap di penjuru laluan istana Utara.

“It’s Ivy, Robin. Saya tak suka nama Vivian. It’s too good!”

“Tapi Vivian bunyi lagi manis. Abang tahu sayang tak suka benda manis dan lembut dan all the fairy light in the world tapi Vivian tak kedengaran baik sangat—

“Oh for nightmare’s sake, Just call the kid Vee and shut up about it. Dah setahun korang gaduhkan nama tu. Kang budak tu kelirukan nama sendiri nanti besar.”

Wizard Merlin menggeleng dengan tawa kecil melihat telatah mereka dengan riaksi bayi yang sihat itu sebelum berpaling pada letupan api ungu pada gambaran sebelah.

“I may not able to harm you now but mark. My. Word when I do, You will suffer the slowest and most tremendous pain you could ever imagine and all you could do is plea for your life to end.” “So Don’t. Ever. Get near them or face. My. Wraft.”

“S-Siapa k-k-kau se…sebenarnya?”

“Your worst nightmare.”

Wizard Merlin menghenti abu kertas itu dari memutar bebola kacanya dan berakhir dengan salah satu gambaran meninggalkan jeritan ngeri keudara.

“Dan saya tak pasti jika saya juga boleh tidur dengan aman dengan wajah perempuan tu dalam minda saya.” Kata Wizard Merlin menggigil satu badan. Memeluk tubuh sendiri dan kembali pada kerjanya.

Dia berhenti seketika. “Siapa jangka… waktu saya lebih dekat dari dijangka.”

>X<

Lady Morgana kembali ke biliknya dengan keluhan panjang, menggantung jubahnya di tepi katil semula. Dia melihat brooch apprientice pada jubahnya dan tersenyum. The Great Wizard Merlin menolongnya dari kecil dalam anugerahnya sebagai seeker, dimana orang lain melihatnya seorang puteri yang pelik dan bila dia dapati magical corenya kuat untuk menjadi ahli sihir, kuasa seeker dan Ahli sihir bercampur aduk membuatkan dia susah untuk mengimbanginya. Kalau bukan kerana Wizard Merlin, pasti Lady Morgana dalam kesusahan. Dia telah banyak membantunya dan tanpa henti menolongnya.

Kepercayaan Lady Morgana tidak akan pernah punah pada ahli sihir tua itu.

Senyuman Lady Morgana lesap bila dia rasa satu kehadiran didalam biliknya dan terus menghalakan kayu saktinya ke penjuru bilik dimana figura yang duduk di hujung katil, bertentangan dengannya.

Dia membelakangkan diri, cuak. “C-Cik Vivian?”

“Okay, let me get this straight.” Ivy turunkan hood jubah hitamnya. “Kau seorang seeker, kau tahu aku seorang ahli sihir selama ni dan kau pasti tahu siapa diri aku sebenarnya—mungkin kerana kau lihat aku dalam mimpi kau.”

“Kau.. A-aku—Apa?”

Ivy mengeluh, terlalu slamber. “Masa depan. Ivy the Devil menghancurkan seluruh Enchanted dan mati dalam tangan putera George? Aku lah ahli sihir tak berhati perut tu.”

Lady Morgana bertambah cuak, kelam-kabut mengeluarkan kayu saktinya dan arahkan pada Ivy. “K-Kau Villain!”

“Oh please, kalau aku seorang Villain dah lama aku bunuh kau dan ambil kayu sakti tu. Kau tak tertanya ke kenapa aku yang di masa depan tu tu berada di sini?” melihat ekspressi puteri Camelot itu berubah bila dia dapat proses persoalan itu membuat Ivy tertawa. “Immortal? Tak, kau pasti tengok aku kena bunuh oleh Putera George—

“Kau relakan diri—

“Betul, kau rasa aku seorang villain ke?”

“Tapi…” otaknya berat berfikir, keliru dan penuh persoalan bermain di mindanya. Tapi dia kembali mengangkat kayu saktinya. Tetap berjaga-jaga. “Jadi kenapa kamu berada di sini? Di masa ni?”

“Untuk dapatkan kayu sakti kau.” Balas Ivy jujur dan terus mengangkat tangan bila kayu sakti Lady Morgana bercahaya. “Woa there My Lady, Aku datang secara aman.”

“Tujuan kamu inginkan kayu sakti saya tidak pernah berubah. Bagaimana saya ingin percayakan kamu yang kamu takkan lakukan perkara yang sama didalam mimpi tu?”

“Betul, aku tetap inginkan kayu sakti tu tapi niat yang berbeza. Aku ingin betulkan masa depan Enchanted dan aku minta tolong, berikan aku peluang untuk jelaskan segalanya. Kerana Tuan puteri berhak mengetahui segalanya.”

“Then, say it.” Arahnya, mengancam; kayu sakti masih bersedia untuk menyerang.

Ivy menghembus nafas kecil, mengetahui riaksi Lady Morgana terhadapnya. “Baiklah, Masa hadapan aku agak berlainan dari didalam mimpi itu. aku datang di masa hadapan dimana aku bersekolah di Gracious academy dan mengenali Jack, Putera George dan putera puteri yang lain. Putera George disumpah oleh…”

“Oleh siapa?” soalnya bila Ivy berhenti.

“Oleh…. Tuan Puteri.” Katanya perlahan, melihat wajah Puteri Camelot itu memucat dan menggeleng tidak percaya.

“Saya takkan cederakan—

“Sumpahan Losing Heart yang memaksa kau menyumpah anak buah kau sendiri bila symbol didalam sumpahan itu lengkap—

“Kamu tahu tentang sumpahan ni?”

“Pretty much, Sumpahan itu impama virus disebalik bayangan Enchanted.” Ivy mengusap lehernya, tidak suka beritahu dia tentang informasi itu. “ia digelar Sumpahan Losing Heart dan di masa hadapan The Great Wizard Merlin membuat satu organisasi rahsia bergelar The Believers untuk menangkap Villain yang membuat sumpahan itu.”

“Kamu tahu siapa villain tu?”

Ivy menggeleng, pahit perasaannya untuk menipu puteri itu. “Dia licik, pandai menyembunyikan diri. Dia menggunakan orang yang tak bersalah untuk buat kerja kotornya—Dia hancurkan masa depan keluarga kau, dan orang-orang tak bersalah; dan kami lakukan apa sahaja untuk hentikan dia. Percayalah.”

“Tapi kau dari Vicious…” katanya perlahan, ingin percayakan dia. “Vicious is nothing but Evil and Cruelty and…”

“aku dah agak ini akan berlaku.” Dia membuka brooch apprientice di bahunya dan hulurkannya pada Lady Morgana. “Brooch ini diperbuat dari emas tersuci ditanah ni; mothergoose golden egg, direndam dalam serbuk blue pixie. Setiap batu permata ialah air mata setiap Royal Faries yang mengandungi kuasa tersuci dan dirahmat sesiapa yang memakainya. Namun hanya yang berhati mulia.” Katanya, saja bagi informasi panjang. “Jika saya seorang Villain, benda ni umpama batu lava yang boleh membakar kulit aku, bawa malang like a curse. Saya takkan pegang brooch ni kalau saya seorang villain.” Dia tekankan lagi. “dan, Brooch ini hanya untuk Apprientice wizard Merlin. Seperti kau punya.”

Lady Morgana terus mengambil Broochnya dan melihat persamaan antara dua brooch tersebut. tangannya dapat rasakan sensasi permata airmata Royal Faries pada kedua-dua brooch itu menandakan ia tulen.

“Jadi….” Mata biru memandang Ivy ketakutan. “Kamu datang untuk bu—hentikan… saya?”

“Saya tidak boleh mengubah sejarah—

“Kamu akan biarkan saya cederakan anak buah saya sendiri?”

“Jika aku mengubahnya, masa depan didalam mimpi Tuan puteri akan berlaku.” Balas Ivy cepat bila Lady Morgana tinggikan suara. Dia kelihatan takut, tangannya menggeletar memegang kedua brooch dalam tangannya. “Dan aku taknak menjadi seorang villain, menyeksa dan membunuh orang yang aku sayang; orang yang tak bersalah. Aku minta maaf… tapi aku tidak boleh lakukan apa-apa sekarang—

“Jadi.. Kalau kamu tak boleh buat apa-apa mengapa peduli beritahu saya semua ni?” Soalnya air mata mengugut untuk jatuh. “Ia tidak membawa sebarang manfaat beritahu saya! Saya tahu tak tahu, saya tetap akan—a-akan mati kerana sumpahan ni dan sekarang… mengetahui saya akan menyumpah anak buah saya dan… d-dan…” Lady Morgana terduduk di atas katilnya, kakinya lemah untuk menyokong dia berdiri. “Saya hancurkan hidup Arthur dan Geneviere…” bisiknya diantara tangisan.

Ivy perhatikan ahli sihir seeker itu menangis dalam diam. Bahunya menggeletar bersama rintihan pilu disebalik tapak tangannya yang halus.

“Tak, kau salah.” suara Ivy lembut, berjalan ke hadapan Puteri Camelot itu dan berlutut, menyentuh tangannya yang menggenggam brooch mereka. “Aku juga salah. Selama ni aku ingatkan kau seorang wanita yang bencikan Raja Arthur dan inginkan keluarga mereka porak puranda dan aku salah; dan… aku minta maaf.” Dia berhenti seketika, melihat tepat pada wajah Lady Morgana, memegang erat tangan puteri itu seperti meminta dia untuk Percayakan Ivy. “Aku datang jumpa kau sebab kau layak mengetahui apa yang terjadi dan.. pengorbanan kau tidak sia-sia. Kau telah selamatkan aku.” Ivy tersenyum sedih.

“kalau bukan disebabkan kau aku akan menjadi seseorang yang tidak berhati perut seperti mana ada didalam mimpi tu. Kau beri aku peluang untuk memperbetulkan diri aku dan memberi peluang untuk aku menolong Putera George. Ya, kau menyumpah dia tapi aku datang ke sini untuk beritahu kau yang aku akan batalkan sumpahan itu. Dengan segala kuasa yang aku ada, aku akan selamatkan nyawa Putera George. Sebagai tanda terima kasih kerana beri aku peluang untuk hidup di tanah ni dan kenali erti hidup bahagia.”

Walaupun puteri ini mengalirkan air mata, pertuturan dan sopan santunnya tidak pernah punah. Dia memandang Ivy dengan renungan lembut, tangan lagi satu berada di atas tangan Ivy. Memberi kawan ahli sihirnya senyuman halus. “Mengapa kamu rela memikul beban yang bukan milik kamu?”

Serbuk merah menghiasi pipi Ivy, minda cuba mencari alasan yang tidak direct. “Kerana aku telah berjanji dan aku tidak akan pernah mungkir janji.”

“Pada siapa?”

“Pada diri aku sendiri.”

Lady Morgana tertawa kecil. Bukan dalam bentuk sindiran tapi kagum pada wanita Vicious yang baik. Dia memakaikan Ivy semula Broochnya, menyentuh bahu Ivy dengan penuh harapan.

“Kamu telah buka mata saya Cik Vivian.” Sahutnya lembut. “semua orang mendapat peluang untuk berubah.”

“Dan kau berikan aku peluang. Dengan itu, aku berterima kasih.”

Lady Morgana menggeleng. “Tak Cik Vivian. Saya berterima kasih.”

>X<

Pada hari Majlis perayaan hari lahir pertama Putera George…

Majlis tersebut dirayakan dengan penuh girang, kerabat diraja, bangsawan dan orang berada dijemput datang masuk ke istana. Membawa hadiah untuk putera sulung Camelot. menari mengikut rentak lagu okestra, bergaul mesra bersama dan menikmati jamuan mewah dihidangkan oleh Pekerja-pekerja istana.

Rakyat Camelot juga meraihkannya mengikut perayaan mereka sendiri. Berkumpul ditengah kota bersama pemain music memainkan lagu rancak dengan rakyat menari dengan girang. Berkongsi makanan bersama jiran tetangga dan menghadiahkan kegembiraan rakyat sempena ulang tahun pertama putera kesayangan mereka.

Ivy berada didalam kalangan tetamu didalam dewan tari menari, memastikan dia tersembunyi dari pandangan mata orang penting dan menunggu saat yang tertunggu-tunggu tiba.

Ivy mengaku, yang dia tidak suka duduk diam dan tunggu sketsa terburuk di Camelot berlaku. Melihat episode hidup Louis yang akan mengubah kehidupan orang yang dia kasih didepan matanya, mengetahui dia boleh lakukan sesuatu pada saat itu tapi risikonya terlalu tinggi untuk Ivy tanggung.

Ivy memakai gaun peach yang memeluk tubuh dengan cantik, selendang siffon berkelipan umpama bintang berehat di bahunya, menyembunyi brooch apprientice yang tersemat cantik didadanya. Rambut diikat sanggul beralun, dihias dengan tali-tali mutiara memberi ilusi seperti menyangkar rambut itam yang indah itu.

Dia bergaul, dia minum, dia tertawa namun dia tidak menikmati saatnya di majlis itu langsung. Dia jauhkan diri dari Jack dan Mareline yang berada di sebelah Dewan, lebih dekat dengan Kerabat diraja, juga Wizard Merlin dan Royal Faries.

Mata Ivy meliar mencari kemana Lady Morgana berada, namun dia tetap menghilang. Hanya bau tengik yang makin kuat di udara dan Ivy rasa hendak muntah. Mual yang saat yang tertunggu-tunggu namun tidak diinginkan akan tiba.

The Great Wizard Merlin juga kelihatan gelisah di tempatnya, disisi raja Arthur. Dia berbisik sesuatu pada Raja Arthur dan apa sahaja dibisikan, Raja Arthur bersetuju dan meminta pertahian dari seluruh tetamunya.

“Masa untuk memberi hadiah Putera George.” Sahutnya kuat dan lantang setelah itu trompet diraja bermain.

Seorang lelaki muncul dengan segulung kertas didalam tangan, membaca nama-nama tetamu yang membawa hadiah untuk Putera kecil itu.

Satu persatu memberikan hadiah mereka kepada Putera sulung Camelot, menyapa si kecil yang berada didalam dakapan Permaisuri Geneviere. Ivy perasan beberapa putera puteri versi kecil juga datang ke majlis tersebut. seperti Putera Edward, Putera-puteri dari kerajaan Arendelle, Anak Puteri Rapunzel dan Ivy baru tahu yang Putera Philipe mempunyai dua abang; Putera Admond dan Putera Angus.

“Yang mulia, The Royal Faries; Fauna, Flora, Maryweather dan God Mother.”

Empat cahaya kecil terbang dari tingkap dewan istana bersama dengan gelak ketawa anggun mendekati keluarga Camelot itu. Bentukkan diri mereka dalam saiz manusia dan tunduk hormat pada Raja Arthur.

“Your highness, kami datang untuk memberikan hadiah kepada hari lahir pertama Putera George. Benarkan kami memberi rahmat kepadanya.” Maryweather berikan senyuman manis dengan kayu sakti didalam tangan.

“Bangkit wahai Pari-pari Enchanted.” arah Raja Arthur dengan senyuman. “Kamu dibenarkan.”

“Terima kasih tuanku.” Sahut mereka dan Flora mendekati Permaisuri Geneviere. Melihat bayi Camelot yang sihar dalam tangan ibunya.

“Dear child, may you will always be a Good, Loyal and Truthfull ruler. Have a kind heart, show justice and cast away evil from this land.” Putera George tertawa girang melihat gerlipan cahaya merah lembut dari kayu sakti Flora.

“And My Prince, may you be blessed with love and posperity. Beloved by all the living on this land.” Fauna cair melihat bayi itu bermain dengan magic rama-ramanya.

Maryweather menampilkan diri pula. Membelai lembut pipi putera kecil itu. “And May you—

Korang mulakannya tanpa aku?”

Seluruh perhatian tertumpu pada perempuan di pintu masuk dewan, berpakaian serba mewah seperti seorang puteri namun terdapat aura gelap disekelilingnya yang membuat para tetamu membelakangkan diri ketakutan. Berbisik sesame sendiri tertanya; “Mengapa Lady Morgana kelihatan begitu menakutkan?”

‘aku mungkin tak dapat kawal diri aku…’

Ivy menutup mulutnya menahan segala kandungan dalam isi perutnya terkeluar kerana bau tengik yang begitu kuat datang dari Puteri Camelot itu. Seluruh bulu roma pada badannya meremang melihat mata merah, seluruh tubuh badannya bertatu hitam melingkar. Terutama wajahnya seperti dia memakai topeng.

Lady Morgana merenung tajam kearah Keluarga Raja Arthur dengan penuh kebencian di matanya. Bibirnya berkumat-kamit mengatakan sesuatu hanya dia sahaja yang faham, tangan menggenggam erat kayu sihir apptrientice sehingga tangannya menggeletar dan berdarah.

Saya mungkin tak dapat kawal percakapan aku…’

“Tuanku Puteri?” Royal faries mengeluarkan kayu sakti mereka. Dapat rasakan betapa merbahayanya Puteri Camelot itu.

Royal Fliesss.” Dia berdesir dan matanya bercahaya terang menakutkan para pari-pari itu dan bersembunyi di dalam topi The Great Wizard Merlin.

Ivy mendengar bunyi deringan pari-pari itu dari topi Wizard Merlin dan orang tua itu menekan topinya. Wajahnya mengetat dan tampil kehadapan, melindungi keluarga diraja Camelot.

“Lady Morgana.”

Emrys…” suaranya garau, berat dan hilang nafas. Tangan gatal untuk diarahkan pada ahli sihir tua itu.

Raja Arthur mengambil langkah namun dihalang oleh Wizard Merlin. “T-tapi Merlin, Adik aku dia—

“Itu bukan Lady Morgana tuanku.”

‘Saya mungkin bertindak drastic dan ekstrim…’

“Tak… tak mungkin tapi… tapi kenapa? Bagaimana?”

“Aku sentiasa membenci kau, kakanda.” Oh damn, dia dah mula. “kehidupan kau yang sempurna, disanjung oleh semua orang, disayang oleh Ayahanda dan Ibunda. Raja Arthur yang hebat, Raja Arthur yang bernas, Raja Arthur yang sempurna. Dapat apa sahaja dia inginkan, cakap apa sahaja dia inginkan.” Nadanya berat diantara nafas. Seluruh badannya menggeletar kerana kemarahan yang melampau. “Bukan macam adik dia yang pelik! Dia selalu bawa malang pada sesiapa sahaja! Menipu yang dia boleh lihat nasib orang! menipu dia mempunyai kuasa ajaib, seorang puteri yang pelik! Jangan dekat dengannya, kalau tidak dia akan bunuh kau dengan ramalan gelapnya.” Dia mengambil langkah kearah mereka. “Selama ini aku tahu rancangan kau, kau cuba mengambil hati aku supaya orang lain ingat kau boleh kawal aku dari menyumpah satu Camelot. Kau tidak pernah sayangkan aku, segala janji manis kau dari kita kecil semuanya satu penipuan! Kau tidak pernah lindungi aku, kau tak pernah tahu apa yang aku alami selama ini. Kau tak tahu betapa terseksanya aku dibawah jagaan kau!”

Tetamu menjerit ketakutan dari letupan aura hitam disekeliling Lady Morgana. Wizard Merlin mengangkat kayu saktinya di udara, memastikan aura hitam itu tidak menyakiti tetamu mereka. Raja Arthur menggeleng tidak terkata, menolak Wizard Merlin meminta rayuan senyap untuk benarkan dia dekati adiknya.

“Melihat kau disayangi dan disanjungi tanpa henti. Melihat kau jatuh cinta dan membina keluarga sendiri sementara aku berada didalam kegelapan. Keseorangan dan kesepian. Kau berjanji untuk sentiasa melindungi aku! Kau Berjanji kau takkan tinggalkan aku seorang diri! Mana janji kau?! Kenapa kau mungkir janji, Kakanda? Kenapa?!!”

Namun saya inginkan kamu sampaikan ini kepada dia…”

Lady Morgana mengangkat kayu saktinya kearah Wizard Merlin dan yang lain. Tangan menggeletar dan mata merah mengalirkan air mata. Wajahnya penuh dengan kebencian sehingga urat pada leher dan tangannya tertunjuk.

Sekarang aku nak kutip hutang aku.” Dia berdesir seperti ular, tangan diangkat keudara dan menghasilkan satu sumpahan yang tak terkata. “Aku akan buat kau merana! Aku akan buat kau rasa apa yang aku rasa selama ni!”

Memeluk erat tubuh, Ivy menahan dirinya dari membuat sebarang tindakan dan memejam matanya dengan erat. Dia tidak suka duduk diam bila dia tahu dia boleh lakukan sesuatu untuk menghentinya. Tapi ini bukan tempat Ivy untuk masuk campur.

“Listen all, Listen well. Listen everyone on this realm. Prince George will grow to be a fine king, beloved by all, rule his kingdom toward posperity and peace. Namun, suatu hari nanti… Seorang Villain akan bangkit, memimpin Vicious menentang Enchanted dan Tanah yang dibanggakan ini akan kalah. Only the said king beable to save his beloved land, No other than him. tapi, dengan syarat.”

“Morgana! Berhenti semua ni!” rayu Permaisuri Geneviere, memeluk anaknya dalam tangan yang menangis ketakutan. “Kau takkan pernah sakiti Anak buah kau sendiri!”

Lady Morgana menarik sengih. “Masa. Dia hanya diberikan sedikit masa untuk selamatkan Enchanted, didalam jangka masa itu dia perlu hapuskan kegelapan di tanah ini. Jika dia terlambat, dia akan mati bersama dengan harapan seluruh Enchanted untuk pulih semula.” Lady Morgana ketawa melihat wajah pucat mereka. “Bila masa itu telah tamat, jantungnya akan berhenti dan dia akan mati! dialah satu-satunya harapan untuk kamu menang dalam peperangan ini. Bila dia tiada memimpin, Kegelapan menang dan membunuh segala cahaya di dunia ini.”

Enough Morgana!” Marah Wizard merlin, menghentak tongkat saktinya, menghasilkan awan putih untuk melawan ribut guruh Lady Morgana diatas tanah Enchanted.

Lady Morgana jatuh terlutut kerana kuasa magic Wizard Merlin yang kuat. “Never! This Curse will never be cured and with my life I’ll pay for this curse to be fulfilled to the end!” petir hitam tembus dinding istana dan menyambar Lady Morgana, wanita itu menjerit kesakitan keudara. Keperitan yang amat mengalir didalam badannya dan umpama racun bisa.

“Morgana!”

Tuanku!”

Raja Arthur menolak Wizard Merlin ketepi dan berlari kearah adiknya namun satu letupan dari badan Lady Morgana dan menolak seluruh tetamu, terutamanya raja Arthur keatas lantai.

Dan, Puteri Camelot itu jatuh rebah… seluruh badannya melecur dan kayu sakti didalam tangan dilepaskan.

‘Yang saya sangat menyayangi mereka semua…’

“Tak… tak-tak-tak-tidak… Morgana?” Raja Camelot ini merangkak mendekati adiknya, menutup mulut melihat wajah adiknya hancur dari sumpahan tadi. “Tidak… M-Morg? A-adinda?...” Dia menepuk tangan adiknya dengan lembut. “Adik?? ADIK!!”

“Kakanda!” Ratu Camelot memeluk anaknya yang menangis kuat, mata terbeliak bulat melihat sesuatu tergores pada dada kiri anak sulungnya seperti dicakar dan berdarah. Menghasilkan satu symbol bulatan yang mempunyai satu jam tangan yang bergerak.

Raja Arthur segera bangkit dan ke sisi Permaisurinya, memegang tangan si isteri dengan lembut yang memeluk anak mereka. Wajahnya bertambah pucat melihat jam tangan yang bergerak sebegitu perlahan melenyapkan symbol yang masih berdarah di dada Anak sulungnya. Bayi itu menangis begitu nyaring seperti dia dalam keperitan.

Masa. Dia diberikan masa yang singkat untuk hidup, bila masa itu tamat, jantungnya akan berhenti dan dia akan mati.

“M-Merlin?”

Tanpa berlengah lagi, Wizard Merlin menggunakan jampi tidur kepada seluruh penghuni istana dan memaksa empat royal faries keluar dari topinya. “It’s a Killing Curse.”

“Oh dear!”

“kau pasti ke?” Soal Fairy Flora.

“Poor child… dia takkan bertahan jika sumpahan itu tetap bergerak.” Fauna arahkan kayu saktinya pada Bayi tersebut, menghentikan pendarahan pada symbol itu dan meninggalkannya menjadi hitam. Menjelaskan lagi, jarum tangan yang bergerak itu memadam tatunya dan hanya tinggalkan gelungan bulat. “He will not survive this curse, Emrys.”

“Dia takkan dapat membesar dan lindungi satu Enchanted kalau ia bergerak sepantas tu!” sahut Maryweather, tangan keudara cemas. Mata tidak lepas dari symbol sumpahan.

Dengan anggukan berat Merlin setuju. “Namun, Saya dapat menghalang sumpahannya menjadi mutlak sepenuhnya.”

“Maksud kau… dia boleh terlepas dari sumpahan ni?” Soal Raja Arthur, mencapai bahu Wizard Merlin dan memicitnya. Merayu. “Tolong selamatkan anak aku Mer…”

“Apa jua caranya! Tolong George Tuan Merlin!” rayu Permasuri Geneviere. Mengalirkan airmata darah atas nasib anaknya. Memeluk George dengan erat.

“Ia sumpahan Killing Curse. Sumpahan yang tidak boleh dibatalkan.” God Mother bersuara, sedih. “Namun, terima kasih pada Wizard Merlin… kami boleh mengubah suai sumpahan tersebut.”

“Kamu boleh?”
The royal faries mengangguk. Saling berpandangan sebelum mereka menolak Maryweather untuk sambung rahmatnya. “Tuanku, kami hanyalah pari-pari baik. Kami tidak boleh melawan sebarang sumpahan namun kami boleh membantu sebaik yang kami boleh…”

“Tolong.. tolong wahai pari-pari.” Rayu Raja Arthur.

Maryweather mengangguk, sayu melihat mereka. “Putera George akan membesar menjadi seorang Pemerintah lagenda. Dia akan pimpin seluruh Enchanted kearah keamanan; namun, biarlah Putera George membesar dan memberi peluang untuknya memimpin seluruh Enchanted bila peperangan ini berlaku. Dengan itu… bila masanya ti—ingin tiba…” Maryweather dapat rasa keperitan killing curse menggigitnya. “Bila masanya ingin tiba, barulah sumpahan ini bergerak. Memberi peluang untuk Enchanted bangkit dibawah Putera George dan berjuang demi cahaya Enchanted.” Dengan satu hayunan, cahaya biru mengelilingi Putera kecil itu dan berehat diatas symbol Louis. Membeku jam itu dari bergerak; ia kembali penuh dengan jarum jam berada diatas.

Maryweather berpaling memandang God Mother dan berikan dia laluan untuk berikan rahmatnya pula. Tangannya dihayunkan menghasilkan satu ilusi figura putih dihadapan putera tersebut. “Sweet innocent child, You have a heart of a lion, a spirit of a dragon. With a sword on your hand, you will fight the darkness away. A voice to make your enemy bow down to your will.” Ilusi figura tersebut bergerak seperti mana God Mother perkatakan. “And This Villain will cower at your presence knowing your power is far more greater than them.” Satu lagi figura muncul, berlutut dihadapan figura Putera George. “You will win this curse, you will win this war and the Villain will fall beneath your feet.” Ilusi tersebut diakhiri dengan figura Louis menyembelih musuhnya dan ia meletup menjadi gerlipan cahaya menghiasai mahkota rambut Louis. “May you are blessed with an ease life my Prince of Camelot.”

“Dan saya…” Wizard Merlin bersuara, mereka memaling memandang ahli sihir tua itu menyentuh kepala Putera George dengan lembut. Wajahnya menunjukkan segala keperitan dan kesedihan yang terkandung didalam hatinya. Seperti ia telah terbelah dua. “Saya akan melindungi Putera George dengan segala kekuatan yang saya ada. Memastikan dia sampai ke waktu itu, memastikan dia mempunyai kehidupan yang normal dan menyembunyikan hal ini dari mata dunia. Saya akan lindungi Harapan Enchanted dari sebarang bahaya.” Dia bersumpah, memandang kedua ibu bapa Louis. “Maafkan aku kerana tidak dapat selamatkan Lady Morgana Arthur.”

Raja Arthur menggeleng, dapat rasakan air matanya ingin mengalir. ‘Tidak… ini semua salah aku.”

“Adakah Putera George akan terselamat?” soal Permaisuri, memandang mereka semua dengan wajah penuh ketakutan. “Beritahu saya yang anak saya akan selamat. Dia tidak akan… mati…” harapannya hancur melihat rauk wajah mereka semua dan Permaisuri Geneviere jatuh berlutut, menangis teresak-esak memeluk bayinya dengan erat. “Tidak… tidak tidak…! Anak aku!”

“Dia akan selamat.”

Permaisuri Geneviere mendongak, melihat seorang wanita bermantel ungu berada di sisi jasad Lady Morgana, mengambil kayu sakti apprientice di atas lantai.

Mereka semua tegang satu badan melihat kayu sakti itu berada didalam tangan yang tidak dikenali.

“S-Siapa kamu?” Soal Fairy Flora, memandang dia memakai Hoodie. Tidak ingin berpaling melihat mereka.

“Aku hanya orang yang ingin membantu.” Balasnya lembut, menarik mantelnya kedepan, memastikan wajahnya tidak kelihatan. “Aku berjanji yang aku akan bebaskan Lou—Putera George dari sumpahannya.”

Macam mana kami nak percayakan kau?” Soal Raja Arthur, suaranya dalam mengancam. “Kau siapa sebenarnya.”

Ivy menjeling mereka dari hujung pandangannya. Menunjukkan brooch didalam tangan membuat Wizard Merlin terkejut, mata jatuh pada mantel Lady Morgana yang juga mempunyai Brooch yang sama.

Merlin? Kamu kenal dia?”

“Tidak… lagi.” Balasnya tidak terkata. “Tapi saya percayakan dia.”

“Apa?” Royal Faries menjeling kearah orang tua itu.

“Kamu berjanji untuk selamatkan dia?” Permaisuri Geneviere pula bersuara. Dia kelihatan terdesak, begitu sedih dan berharap. Dia sanggup lakukan apa sahaja sekarang ni.

Ivy mengangguk. “Tapi… bukan sekarang. Suatu hari nanti, bila masanya telah tiba.” Dia mengangguk pada Wizard Merlin. “Kita akan berjumpa lagi, di masa hadapan.” Dengan itu, dengan satu mantera panjang, dia menghayun kayu saktinya diatas lantai, menghasilkan ilusi circle ruin dan dia menghilang didalam bulatan tersebut.

Meninggalkan mereka dengan minda penuh tanda tanya.

Wizard Merlin pula, segala persoalan didalam minda mereka terjawab separuh. Hanya dari melihat circle ruin yang dibuat oleh perempuan misteri itu.

Time travelling.

>X<

To Be Continued~~

(A/N: Korang tak tahu betapa lamanya angah stuck dalam chapter ni. I don’t know why but I can’t imagine how the story goes! And how to end it in this chapter! Apapun, see you in the next chapter dan lihat apa yang berubah bila Ivy kembali *wink wink*)

JK lol!

>X<

Ivy jatuh terlutut diatas lantai, memegang perutnya sebelum muntahkan segala isi perut yang dia tahan dan dengan merentasi masa, itu adalah satu limit bagi Ivy. Mengosongkan perutnya, Ivy mengelap mulutnya dengan hujung jubahnya. Bagi nota minda sendiri yang dia kena fikir untuk tidak melakukan sebarang magic fizikal bila dia dalam keadaan kurang sihat.

Dia memandang sekelilingnya dan perasan yang dia berada didalam biliknya. Bilik bersama Puteri Ezra dan segera berpaling keluar tingkap. Melihat langit malam yang cerah dan pantulan cahaya bulan penuh menerangi alam yang diselubungi dengan salji.

Hanya ada beberapa pelajar Gracious berjalan keluar masuk di jambatan ke Istana; berbaju tidur tapi sweater sejuk Academy mereka memastikan Ivy yang mereka pelajar Gracious dan dia tersenyum lebar.

Matanya terus tertumpu pada rambut emas dan sepasang mata biru yang berjalan keluar dari istana dengan buku sebagai bacaan didalam tangannya. Tanpa berlengah masa, dia berlari turun sepantas kilat dengan pertolongan magic dan tiba di hujung jambatan, bertentangan dengan lelaki tersebut.

Louis mendongak melihat Ivy di hujung pandangannya, termengah-mengah dengan rauk wajah terkejut. Sama seperti Louis dan segala kerja didalam tangannya dilepaskan dan terus berlari kearah ahli sihirnya.”

Ivy tersenyum gembira, air mata membasahi pipi dan berlari kedalam dakapan Louis. Melontar dirinya kearah puteranya dan menanam wajanya pada bahu Louis.

“Ivy…” Louis eratkan pelukannya pada Ivy, betapa dia rindukan ahli sihirnya selama ini.

Ivy membalas pelukan itu. Mengangguk, memberi tahu yang dia juga rindukan Louis. “Maafkan Aku Lou…”

Louis menggeleng. “It’s okay, yang penting kau dah kembali. Okay? Jangan pernah tinggalkan aku lagi.” Ivy mengangguk. “Kita akan selesaikan semua ni bersama okay?” sekali lagi mengangguk. “Kau tahu aku sayangkan kau kan?” Dan Ivy tertawa dalam tangisan, mengangguk lagi. “Good.”

Sementara itu, di pintu gerbang jambatan istana, Wizard Merlin hanya perhatikan dua pasangan kekasih itu berpelukan dan berbisik ayat-ayat manis sesama sendiri—atau lebih Louis yang meluahnya. Sebuah senyuman sedih terukir pada wajahnya sebelum dia berpaling kearah seorang lelaki yang bersembunyi, memegang dadanya yang sakit namun tiada sebarang ekspressi tertunjuk pada wajahnya.

“Mengapa dia tak pernah dengar cakap?” Balasnya dengan nada mendatar, mata fokus pada udara dihadapannya. Tangan menggenggam dada lebih erat diatas emblem satria setia. Sakit.

“Kerana dia Ivy, dan ingin selamatkan kamu Jack.”

>X<

(A/N 2.0: I like playing with fire! Fire away kat comment section! *Evil laugh inserted.*)


and am sorry lambat post, angah busy giler nak mampus. I might go hiatus until i have free time again... *sobs*

Comments

  1. dah mabuk baca.. berbelit2.. banyak persoalan dalam kepala otak.. sebenarnya dia kena buru ke atau mimpi dalam mimpi dalam mimpi atau magik dalam magik dalam magik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha tbh, angah pun dah pening. ni kess sibuk sangat sampai lupa the original plot and ikut suka hati angah je bedal plot yang keluar dari otak angah. And to answer that question..... Bloody Mary guna magic untuk tunjukkan masa depan pada Ivy apa akan jadi bila dia cuba hentikan Bloody Mary. dia tunjuk didalam mimpi yang hyper-realistic dan dengan Lady Morgana seorang Seeker, dia boleh meramal masa depan didalam mimpi, jadi dia lihat apa yang Ivy lihat.

      Magic is one tricky things, bila tiga ahli sihir perempuan mula bertemu. macam-macam karenah jadi yang susah nak difahami. but seriously, susah sangat nak tulis plot yang ni. Angah just glad angah dapat habiskan babak ni dari stuck for months

      anyhow hope u enjoy! *Kisses*

      Delete
  2. Akhirnya akhirnya. Ivy dapat jugak kayu sakti tuh. Harapnya dia dapat kalahkan Bloody Mary dengan cepat lepastuh kahwin dengan Louis. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahahahahahahahaha YAS! FINALLY DIA DAPAT!! angah pun happy sebab dah lama nak tulis plot ni tapi tak sampai-sampai selama ni. Huhuhuhuhuhuhu And glad you enjoy it love! *Kisses*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts