New chapter!

Eleventh H.O.P.E

The Eye of a Seeker Charlotte dilahirkan istimewa. Dia mempunyai sepasang mata yang membolehkan dia melihat rahsia yang tersembunyi di...

Monday, 15 July 2019

Eleventh H.O.P.E


The Eye of a Seeker

Charlotte dilahirkan istimewa. Dia mempunyai sepasang mata yang membolehkan dia melihat rahsia yang tersembunyi disebalik mata mereka. Boleh rasa perasaan terpendam mereka dengan satu sentuhan kulit dan boleh mendengar bisikan halus yang tiada siapa boleh dengar. Dia istimewa dimata para Ahli sihir… dia lebih istimewa di mata Makhluk Mistik.

Tapi dia dilihat pelik oleh manusia biasa.

Pada mulanya dia ingat dialah perempuan termalang lahir di dunia dan dirinya di sumpah sebaik sahaja dia dapat bernafas. Dia salahkan ibu bapanya atas nasibnya dipandang pelik oleh masyarakat. Dia dilahir sebegitu pelik atas hubungan sulit antara Permaisuri dan Satria setia Raja Arthur. Ia sebuah sumpahan ditimpah keatas Charlotte kerana mereka berdua telah membelot kesetiaan Raja.

Dan Charlotte percayakan mereka. Dia dengar cerita dari pekerja istana yang dia serupa dengan Mangkat Lady Morgana; sentiasa bercakap seorang diri bila dia fikir tiada siapa memandang, berkelakuan pelik dari puteri-puteri biasa, bercakap secara rawak pada orang membuatkan orang ketakutan untuk mendekatinya. Mereka kata dia dihukum atas perbuatan ibu bapanya, mereka kata suatu hari nanti Charlotte akan membesar seperti Mangkat Lady Morgana, mereka kata suatu hari nanti Charlotte juga akan membelot abangnya sendiri seperti mana ibubapanya buat pada Raja Arthur. DIa akan merampas takhtah Putera George dengan membunuhnya, seperti mana Mangkat Lady Morgana gagal lakukan pada hari menyambut kelahiran Putera George.

Mereka kata Charlotte akan sambung kerja Mangkat Lady Morgana untuk menumpaskan keluarga Pendragon.

Sebab itu Charlotte ditahan dalam istana dari tinggal bersama Ibu bapanya, supaya Raja Arthur boleh mengawal gerak geri Charlotte sepanjang masa, Mareline sentiasa berada di sisi Charlotte dari dia lahir. Tidak pernah meninggal sisinya dan Raja Arthur kata ia untuk keselamatan Puteri Charlotte kerana dia juga seorang puteri. Kerabat diraja harus dijaga sepanjang masa.

Tapi macam mana pula dengan putera George? Abangnya bebas melakukan apa sahaja dia inginkan, tiada pengawal yang mengawalnya dan sentiasa dimaafkan oleh penjaganya. Namun Charlotte tidak dapat melarikan diri dari pandangan Mareline. Dia cuba menyelinap keluar senyap-senyap seperti Putera George tapi Mareline lebih tangkas menangkapnya.

Mareline tidak tegas seperti penjaganya tapi itu tidak bermaksud Mareline benarkan dia keluar istana sesuka hati. Dia cemburukan abangnya dapat lakukan apa sahaja dia inginkan sedangkan dia dikawal ketat sepanjang masa.

Dia ingin tahu ke mana abangnya pergi, dia ingin ikut kemana abangnya ingin pergi, dia ingin menyelinap keluar senyap-senyap ke kota dengan abangnya, dia ingin mengenali abangnya lebih dekat memandangkan abangnya seorang yang periang dan penuh bertenaga untuk buat hal di istana.

Tapi entah kenapa Charlotte rasa abangnya cuba mengelak darinya setiap kali Charlotte cuba mendekatinya. Adakah abangnya juga percayakan kata-kata orang istana tentang Charlotte serupa Mangkat Lady Morgana?

Dan dia lihat bagaimana Mareline menyapa Abangnya, sangat berbeza dari cara dia berbual dengan Charlotte. Cara Mareline bergurau dengan Putera George dengan kawan-kawannya, tidak pernah dia seperti itu bila bersama Charlotte.

Dia rasa dia keseorangan di dalam istana tu, seperti dia dilahirkan untuk dibenci. Seperti dia lahir sebagai seekor raksasa yang suatu hari nanti akan hancurkan mereka semua. Tapi… Charlotte tidak pernah berniat seperti itu pada sesiapa. Dia sentiasa berdoa untuk keselamatan orang-orang Enchanted. Dia sentiasa meminta pertolongan makhluk Mistik untuk melindungi Camelot secara senyap.

Penghuni istana Charlotte dapat berbual lebih dari 10 patah perkataan ialah Wizard Merlin dan Ibunya; itupun mereka datang hanya beberapa kali dalam setahun, hanya apabila ada majlis berlaku di istana mereka akan kembali dan Charlotte dapat berbual dengan mereka walaupun hanya untuk seketika.

Wizard Merlin kata dia seorang yang istimewa. Mengatakan kebolehan yang dia dapat adalah kurniaan terhebat seseorang pernah ada. Ahli sihir sendiri tidak boleh buat seperti Charlotte, bercakap dengan makhluk mistik dan melihat perkara yang mereka tidak boleh lihat.

Charlotte tidak percaya ia satu kurniaan, dia percaya ia satu sumpahan tapi dia tidak sampai hati untuk salahkan ibubapanya atas nasibnya lahir didunia seperti itu.

“Percayalah suatu hari nanti kamu akan lihat dunia akan berubah kea rah lebih baik untuk tuan puteri.” Itu janji Tuan Merlin padanya setiap kali mereka akhiri perbualan mereka. dia ingin Charlotte teruskan berharap yang hidupnya akan berubah, yang orang luar tidak lihat dia seperti pembawa malang tapi seseorang yang lebih baik. Bukan sumpahan tapi kurniaan.

Sehingga suatu hari semasa Charlotte berada didalam bilik membaca, makhluk mistic dari hutan Enchanted datang melawat untuk menceritakan hari-hari mereka untuk menghiburkan hati sunyi Charlotte.

Kali ini ia kisah dua pasangan muda,
seorang lelaki dan seorang wanita berjumpa secara rahsia.
Tanpa ada sesiapa mengetahui hubungan mereka,
hidup didalam dunia mereka untuk seketika.
Betapa indahnya hari kisah mereka,
Menitiskan air mata mereka yang melihatnya.

Charlotte tertarik dengan cerita dua pasangan muda itu dan meminta kawan kecilnya datang untuk menceritakannya setiap kali mereka berjumpa. Setiap kali kawannya datang, kisah mereka makin sedih kerana mereka tahu betapa berbezanya dunia mereka. Si lelaki seorang yang dari keluarga yang berada sementara perempuan itu bukan siapa-siapa.

Lagi mengejutkan bila Charlotte dapat tahu abangnya ialah orang yang kawan kecilnya selalu ceritakan kepadanya. Ia berlaku pada hari-hari biasa di Istana bila Charlotte bertemu dengan George di bilik bacaan, dia sedang tenung buku dihadapannya namun mindanya berada jauh dari alam reality. Melihat dari keningnya bersimpul menjadi satu dan posisi duduknya yang tegang, Charlotte mengatur langkah untuk mendekati abanya, menegur dengan perlahan.

Tapi tegurannya memberi impak yang besar pada George membuat dia melompat keluar dari kotak mindanya dan memandang tepat ke mata Charlotte, mendedahkan segala kerisauannya dan hubungan rahsianya dengan seorang wanita dari dunia Vicious.

Charlotte juga terkejut, dia dapat rasakan perasaan abangnya pada perempuan itu terlalu dalam, melihat konflik dimata abangya yang dia akan patah hati jika perempuan itu tinggalkan dia. Perempuan itu akan tinggalkan dia. dan George sanggup tinggalkan posisinya sebagai putera raja hanya untuk hidup bersama perempuan itu, tapi bagaimana dia ingin tinggalkan tanggungjawabnya sedangkan ramai sedang berdamping pada putera muda ini? Dia tidak boleh bebankan perempuan itu dengan sumpahan yang berada di dada abangnya dan dia tidak boleh tinggalkan pada adiknya sedangkan nyawa seluruh Enchanted berada didalam tangannya, dan perempuan itu sendiri mengugutnya jika dia tinggalkan segalanya untuk perempuan itu, dia tidak akan jumpa abangnya lagi.

Charlotte dapat lihat abangnya menggeletar takut, satu-satunya perempuan yang memahami kesengsaraannya, tidak menginginkan apa-apa dari seorang putera raja dan melayan George seperti seorang manusia akan tinggalkan dia begitu sahaja. Perempuan itu boleh lakukannya dengan mudah kerana dia Vicious.

Untuk pertama kali didalam hidupnya, Charlotte beranikan diri dan memeluk abangnya dengan erat, tangan mengusap belakang George dan tenangkan abangnya tanpa berkata apa-apa. Puteri kecil ini tidak pula menjangka Abangnya akan membalas pelukan Charlotte lebih erat dan luahkan sepenuh perasaannya dalam nada berbisik; seperti dia takut seseorang akan mendengarnya walaupun hanya mereka berdua didalam bilik bacaan itu.

Kenapa keluarga kita harus dihukum seperti ini? Maafkan kakanda kerana tersangat mementingkan diri…”

Charlotte tergamam untuk seketika sebelum air mata mengugut mengalir mendengar persoalan keluar dari mulut abangnya. Tangannya yang kecil berpaut pada abangnya dan menanam mukanya di dada George, cuba sembunyikan perasaan sedihnya. Abangnya fikir inginkan hidup bahagia dengan orang yang dia sayang satu tindakan yang mementingkan diri? Mereka sekeluarga cukup terseksa dengan segala ikatan yang di lontar oleh mereka yang berdendam sehingga sumpahan adalah perkara biasa bagi mereka dan kebahagiaan satu sumpahan. Di antara sumpahan Charlotte, sumpahan abangnya lebih berat, dia lebih terikat dengan takdirnya di kerusi takhtah, terikat dengan kematian dan terikat dengan harapan rakyat seluruh Enchanted. Charlotte tidak dapat bayangkan jika dia berada di tempat abangnya, menanggung segala beban dan satu-satunya manusia yang membuat dia gembira ialah perempuan yang kemungkinan akan memusnahkan mereka semua.

Charlotte memeluk abangnya dengan lebih erat, seperti cuba yakinkan abangnya yang; “semuanya akan baik-baik sahaja.”, “Apa jua berlaku, Char akan sentiasa di sisi kakanda untuk membantu.”, “kakanda tidak akan melalui beban ini seorang diri.”

DIa tidak boleh janji yang perempuan itu tidak akan tinggalkan abangnya, tapi dia boleh berjanji yang Charlotte akan sentiasa berada di sisi abangnya dan mengharungi segalanya bersama.

Dan seperti yang Charlotte lihat, perempuan itu pergi meniggalkan abangnya, walaupun George tidak beritahu Charlotte tapi dia boleh lihat setiap kali mereka bertentangan mata. Putera George cuba berkelakuan seperti dirinya yang biasa, bersenda ketawa bersama Jack, melakukan tanggungjawabnya dengan baik dan melayan orang-orang di sekelilingnya seperti seorang putera raja yang sempurna dimata mereka.

Tapi tidak di mata Charlotte, Abangnya patah hati. Akan sentiasa menyelinap keluar istana untuk pergi ke hutan mahligai dan kembali dengan ekspressi wajah yang sedih dan lama kelamaan, persaan sedih itu berubah menjadi marah. Putera Raja yang peramah mula menjadi tegas, dia tidak lagi memberi peluang kepada pekerja istana yang buat salah, tidak memberi peluang kepada penjenayah dan sesekali tidak memberi muka pada mereka yang hanya mendekatinya hanya kerana pangkat dan nama. Abangnya bukan lagi putera yang peramah malah, dia tegas dan ini menambat hati orang-orang Enchanted! Mereka akhirnya percaya yang Putera George akan menjadi raja yang baik suatu hari nanti.

Perangai abangnya semakin teruk disebalik imejnya yang sempurna, dia mula berhubungan dengan seorang perempuan bernama Jill, gadis kampung yang tinggal di hujung Camelot. Seperti biasa abangnya tidak beritahu Charlotte apa-apa kerana Charlotte sentiasa lihat dari mata abangnya dan memahami mengapa dia berbuat sedemikian. Dia sedang cuba melupakan perempuan di hutan Mahligai itu dan juga cuba membuktikan dia bukanlah putera yang sempurna seperti mereka fikirkan. Cara dia cuba sembunyikan hubungan mereka bukanlah…. Diusahakan sangat. Seperti abangnya sengaja biarkan hubungan mereka diketahui, terutamanya pada Jack dan Mareline.

Charlotte tidak sukakan perempuan bernama Jill tu sebenarnya, ia sebab Jill tidak pernah cuba melihat Charlotte tepat ke matanya. Ada sesuatu yang pelik tentangnya dan Charlotte telah beri amaran pada abangnya tentang Jill. Abangnya hanya beri senyuman kecil seperti dia tahu apa yang Charlotte katakan tapi dia abaikan. Jill bukan perempuan yang baik, setelah Jack dan Mareline berjumpa dengan perempuan tu, dia cuba menggoda Jack pula dan Jack seorang lelaki yang setia pada Puteranya, berjaya mendedahkan keburukan Jill dihadapan khalayak ramai dan Putera George menghukum perempuan itu dibuang dari Camelot pada saat itu juga.

Raja Arthur berang dengan kelakuan Putera George memalukan Camelot dengan berhubung dengan perempuan kampung dan untuk menghapuskan kisah ini dari menjadi buah mulut orang Enchanted, Raja Arthur mengambil keputusan untuk tunangkan Putera George bersama Puteri Julliana. Putera George tidak membantah, dia tidak boleh membantah.

Charlotte menghembus nafas dalam, cuba tenangkan jantungnya yang berdegup laju dan kumpul segala semangat untuk mengetuk pintu belajar Abangnya. “Abang… ini Char.” Bisik si puteri kecil sebelum masuk kedalam tanpa kebenaran abangnya kerana dia tahu abangnya tidak akan menjawab.

Dia lihat Putera George berada di tepi tingkap, duduk kelihat tenang di sofa bersama buku khusyuk dibaca dalam tangan. Charlotte dapat dengar bisikan halus didalam bilik tersebut, seseorang mengatakan apa yang dilihat tidaklah seperti yang dijangka. Abangnya pandai menyembunyikan perasaannya yang sebenar, dia putera yang sempurna, sudah tentu dia tahu bagaimana untuk berlakon yang dia baik-baik sahaja dihadapan orang ramai.

Tapi pada Charlotte dia tidak boleh.

Charlotte mengeluh kecil dan melabuhkan punggung di sisi Putera George. “Siapa sangka Jack akan heret Jill ke depan Raja Arthur dari jumpa dengan abang dan selesaikan hal ni senyap senyap?” Charlotte ketawa kecil. “Jack tak teragak-agak kalau ia melibatkan keselamatan Putera kesayangannya.”

“Abang suruh dia senyapkan diri.” George mengaku, mengangkat pandangannya pada wajah Charlotte yang tidak terkesan dari pengakuannya. “Dan Cherr tahu tu kan?”

Charlotte mengangguk. “Char minta tolong dari Jack dan Mareline untuk putuskan hubungan abang dengan Kak Jill.” Katanya, sedikit rasa bersalah. “Kak Jill seorang perempuan yang baik.. tapi dia berubah bila dia dapat tahu abang seorang putera. DIa tidak sayangkan abang, dia sayangkan mahkota abang.” Tegur Char, mengetahui ayatnya pasti diulang berpuluh kali oleh Jack dan Mareline sebelum ni. “Abang juga tahu tu kan?”

George meletak bukunya ketepi sebelum menghembus nafas lelah, segala lakonan jatuh dan ekspressi wajah terluka terpapar jelas. “ABang Cuma ingin lupakan dia.”

“Tapi dengan membenarkan diri abang dilukai oleh perempuan tu bukan caranya!” marah Charlotte tangan di pinggang dengan comel. “Abang, Char tahu abang cuba lupakan dia tapi… memaksa diri abang untuk mencintai orang lain… apatah lagi abang tahu dari awal yang kak Jill seorang perempuan yang…. Tidak baik.” Charlotte memutuskan untuk tidak panggil bekas teman wanita abangnya nama yang buruk-buruk. “Hanya masa yang boleh memulihkan hati yang hancur.”

“Abang fikir abang boleh cuba mengubahnya… Iv—dia lebih teruk dari Jill, dia seorang Vicious. Kalau abang tidak boleh ubah seorang Vicious, kenapa abang tidak mengubah Jill yang datang dari Enchanted?”

“ABang, Kak Jill bukan Iv—Perempuan tu!” Mereka berdua berjanji untuk tidak menyebut nama perempuan itu lagi untuk kebaikan hati Putera George yang patah. “Apa yang abang nak buktikan? Kepada siapa abang nak buktikan? Abang hanya lukakan diri abang lebih teruk dari sebelumnya dengan perempuan seperti kak Jill.” Charlotte dekatkan diri pada abangnya dan menggenggam erat tangan Putera George. “Char tahu abang lakukan semua ni untuk buktikan sesuatu tapi… walaupun abang berhasil pun, abang hanya patahkan hati Kak Jill bila dia dapat tahu abang mempergunakan dia dan… abang akan bertambah sakit sebab, abang sendiri tahu. Dia tidak akan kembali. Selamanya.”

George memandang wajah adiknya dengan lama, melihat betapa risau Charlotte dengan keadaan George yang cuba melakukan kerja yang sia-sia. George tahu apa yang Charlotte kata itu betul tapi mengaku yang Ivy… mereka tidak akan berjumpa lagi sangat sakit. Dia terlalu berdamping dengan Ivy selama ini untuk membantunya menghadapi masalah hidup dengan Mangkat Lady Morgana dan adiknya. Ivy menolong dia untuk tidak melihat mereka dari paras rupa mereka atau latar belakang mereka. tidak mendengar dari kata-kata orang lain tentang seseorang, seperti adiknya Charlotte. Dialah manusia terbaik, paling manis dan peramah didalam Enchanted dan dia terlalu buta untuk melihatnya kerana dia berdendam dengan Ayah Charlotte merampas ibunya.

George mengusap rambut adiknya dengan lembut, adiknya tidak salah dan dunia tidak patut menghukum insan yang suci seperti adiknya. Dia kagum dengan ketabahan Charlotte dengan segala hinaan diberi oleh orang-orang Camelot tentangnya. DIa terus tersenyum dan menolong mereka yang memerlukan, walaupun tidak semua membalas perkara yang sama.

“Cherr… jika abang buka kes tentang kematian Lady Morgana. Apa akan terjadi?” Soal abangnya dengan lembut.

Charlotte terdiam untuk seketika, dia dapat dengar bisikan-bisikan kemungkinan bermain diudara, dari mana bisikan itu? Charlotte tidak dapat pastikan tapi ada beberapa ayat yang dia dapat tangkap. ‘Persalahkan Bloody Mary’, ‘Hentikan the Devil’, ‘Jangan biarkan Vicious terlepas!’, ‘Adinda tidak bersalah’, ‘Berikan keadilan pada Lady Morgana’, ‘hapuskan sumpahan Camelot!’.

Mata Charlotte membulat. “Lady Morgana tidak bersalah dan kemungkinan sesiapa sahaja dalang Mangkat Lady Morgana punca semua ini terjadi.” Katanya sedikit hilang nafas, membenarkan telinganya mendengar suara-suara halus tu agak membebankan untuk budak seorang puteri 8 tahun. “Abang… Kenapa abang nak buka kes Lady Morgana?”

“Sebab abang berjanji yang abang akan ubah pandangan Enchanted terhadap kamu dan Wizard Merlin kata… dia kata Mangkat Lady Morgana hanyalah mangsa untuk sumpahan ni…” George menyentuh dadanya. “Abang ingin tangkap siapa dalang membuat seluruh keluarga kita sengsara dan memberi keadilan pada nama Mangkat Lady Morgana. Begitu juga pada Cherr.”

Charlotte tidak dapat menghalang abangnya bila dia sudah membuat keputusan. Setelah pertunangan antara Putera George dan Puteri Julliana, Putera George mula tubuhkan The Mind of The believers, memanggil empat Lord yang terkenal dengan kedegilan mereka untuk tidak tunduk kepada mana-mana kerabat diraja kecuali mangkat puteri kesayangan mereka. namun Putera George berjaya meyakinkan mereka untuk mencari penjenayah sebenar pada malam sumpahannya berlaku, Putera George tahu ramai yang akan membantah rancangannya, sebab itu dia melakukannya secara berahsia hanya mereka yang dipercayai sahaja tahu akan kewujudan organisasi The Believers. Dengan Satria Jack dan Wizard Merlin disisi Putera George tiada apa boleh terlepas dari pencarian mereka. Tiada rahsia tidak terbongkar oleh The Mind Of The Believers, secara perlahan pertubuhan ini membesar, Putera George berjaya mengumpul orang-orangnya sehingga ia menjadi sebuah pertubuhan yang utuh dan ia bukan sahaja mencari dalang pembunuh Mangkat Lady Morgana malah menyelesaikan masalah pasaran gelap dan penyeludupan barang terharam keluar masuk kerajaan diseluruh Enchanted.

Enchanted makin mekar dengan adanya The Believers disebalik bayangan Enchanted, menyelesaikan masalah kerajaan sendiri tidak dapat melaksanakan. The Believers mempunyai peraturan tersendiri yang kerajaan tidak dapat jalankan dan ia membantu mereka untuk hapuskan jenayah di seluruh Enchanted. Adakah pertubuhan rahsia ini diketahui oleh orang-orang Enchanted? Sudah tentu, khabar angin merebak sebegitu cepat tentang organisasi yang memberkas penyeludup haram, menangkap penjenayah merbahaya. Organisasi yang digeruni oleh pedagang haram untuk beroperasi dan bergelut untuk mencari cara untuk tidak ditangkap oleh orang-orang The Believers.

Nama Putera George kembali naik, malah disanjungi oleh Raja Permaisuri yang mengetahui tentang The Believers. Mereka lihat potensi Putera George walaupun dia masih muda, ciri-ciri seorang raja yang boleh memimpin seluruh Enchanted kearah yang lebih mahsyur.

Kenapa lagi Putera George dipilih sebagai High King Enchanted dan bukannya Puteri Ezra? Ia kerana impression yang Putera George tunjukkan pada rakyat tentang dirinya. Seorang Putera Baik dan peramah tapi dalam senyap dia seorang yang tegas dan tidak memberi peluang kepada sesiapa yang cuba melawannya. Mereka tidak ingin rakyat takutkan bakal pemerintah tinggi mereka, ia kemungkinan akan mencetuskan sebuah rusuhan diantara kerajaan, mereka perlukan Raja yang baik dan kejam pada masa yang sama. Baik dimata rakyat dan kejam bila menjalankan tugasnya, dan Putera George berjaya menambat hati raja-raja dan permaisuri Enchanted.

Seperti yang Putera George rancang dari mula.

Dan dia hampir mendapat apa yang dia inginkan selama ini. Ia semakin dekat.

Kuasa mutlak.

Charlotte tahu apa niat tersirat didalam hati abangnya. Dia bukan sahaja ingin memberi keadilan pada Mangkat Lady Morgana, membuktikan Charlotte bukan pembawa malang seperti mereka katakan dan hapuskan apa sahaja sumpahan yang terletak pada keluarga dan dirinya.

Tidak, dia lakukan semua ini untuk membuktikan kepada seseorang yang dia boleh melakukannya. Jika dia cuba sedaya upaya, melangkaui kemampuannya sendiri… dia boleh dapat apa yang dia inginkan.

JIka mereka cuba sedaya upaya, melangkaui kemampuan mereka sendiri, pasti mereka dapat apa yang mereka berdua inginkan.

Tapi Ivy mengalah.

Dia tinggalkan abangnya.

Ivy tinggalkan abangnya berfikiran seperti ini, menghancurkan kebahagiaan abangnya dan obsess membuktikan sesuatu yang tidak akan dipandang oleh ahli sihir Vicious itu.

Charlotte tidak pernah begitu bencikan seseorang didalam hidupnya. Ivy seorang Vicious yang kejam. Menghancurkan hati abangnya, mengapa dia tidak pergi dan tinggalkan hidup abangnya buat selamanya? Dan tidak berlegar didalam minda George dan meninggalkan impak sebegitu dalam pada pemikiran abangnya?

Charlotte tidak dapat agak samada tindakan abangnya ini akan memberi kesan yang baik atau buruk. Terlalu banyak bisikan bergema disekelilingnya membuat Charlotte pening, hanya dalam masa sesaat dia dapat dengar ratusan bisikan kemungkinan akan berlaku jika abangnya teruskan obsesinya ini.

Dia tidak dapat agak, dia tidak dapat focus pada bisikan paling dekat. Kesemuanya berebut ditelinganya seperti beribu perkara akan berlaku dan ia sendiri tidak tahu yang mana paling penting untuk Charlotte mendengarnya. Perkara seperti ini tidak pernah terjadi, semasa perbincangan besar untuk memilih pemerintah besar dari Raja dan Permaisuri Enchanted, Charlotte dapat mendengar keputusan mereka jelas—malah hanya satu jawapan. Abangnya menjadi Raja Tertinggi tapi mengapa semasa dia ingin mendengar kemungkinan atas perbuatan abangnya mempunyai beribu jawapan? Adakah ini petanda buruk?

Persoalan Charlotte terjawab bila dia dapat tahu Ivy… wanita yang Abangnya cuba lupakan, perempuan Charlotte cuba tolong abangnya lupakan tiba di Enchanted. Di Gracious Academy.

Atas pertolongan Wizard Merlin.

Dan Hansel Gingerman adalah agent dihantar ke Vicious untuk memantau ahli sihir itu.

Charlotte bergegas untuk berjumpa dengan Wizard Merlin dan tanpa mengatakan apa-apa dia menarik janggut ahli sihir tua itu untuk melihat tepat ke matanya dan…. Charlotte tidak menjangka betapa arifnya Wizard Merlin menyembunyikan rancangannya untuk membawa Ivy ke Enchanted selama ini. Charlotte sentiasa berjumpa dengan Wizard Merlin dana pa yang dia lihat hanyalah jamuan minum petangnya dan rancangan untuk membantu orang-orang Enchanted, dia berjaya menolak rancangannya jauh dihujung kotak mindanya sehingga Charlotte tidak dapat membacanya langsung. Dia kagum dan geram dengan Wizard Merlin atas tindakannya.

“Dia Ivy…. The Devil! Ahli sihir terkejam diatas permukaan bumi ni dan Tuan ingin dia belajar di Gracious? Bersama beribu puluh pelajar?” soal Charlotte cemas, menggenggam gaunnya dengan erat sehingga tangannya menggeletar. “Dia akan musnahkan Enchanted kalau dia dapat tongkat sakti tuan!”

“Kamu sudah bertemu dengannya?” Soal Wizard Merlin dengan tenang.

Charlotte senyap untuk seketika sebelum menggeleng perlahan. “Tapi dia anak Maleficent.”

“Juga anak kepada Robin Hood. Tuan Puteri, saya tahu kamu risaukan keadaan Putera George tapi Putera George perlukan Cik Ivy.”

“Tak, Abang tak perlukan dia! Abang cuba lupakan dia bertahun dan Tuan tak boleh bawa dia macam tu je atas alasan ‘Abang perlukan ahli sihir tu’. Tak! Abang tak perlukan dia dan perempuan tu hanya akan rosakkan segala kerja keras abang selama ni! macam mana kalau rakyat tahu hubungan mereka yang dahulu? Abang dah bertunang dan dia akan menjadi Raja Tertinggi dan Ahli sihir itu hanya menghalang abang untuk mencapai impiannya!”

Charlotte tahu semua itu tidak betul. Dia tahu Impian abangnya bukanlah terletak di kerusi Raja Tertinggi, tapi ingin bersama ahli sihir kejam dari Vicious; Ahli sihir yang akan ditakdirkan untuk menghancur seluruh Enchanted. Charlotte tahu abangnya akan tinggalkan segala kerja kerasnya bila dia dapat tahu Ivy kembali ke Enchanted. Mereka dapat peluang kedua untuk bersama, angan-angan yang dahulunya mustahil hampir menjadi reality. ABangnya tidak pernah kisah apa pendapat orang luar atas kelakuannya selama ini, apatah lagi jika dia mengambil keputusan untuk tunaikan impian kanak-kanaknya untuk melarikan diri bersama Ivy dan lenyap dari pandangan orang Enchanted.

Tapi ia tidak semudah yang Putera George inginkan.

Kerana penghalang untuk impian mereka menjadi kenyataan bukanlah rakyat Enchanted tapi Ahli sihir itu sendiri. Dia tidak ingin bersama Putera George.

Charlotte salah anggap tentang Ahli sihir Vicious tu, dan juga rasa bersalah menuduh Ivy tanpa mengenalinya dahulu. Rupanya Ivy bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan. Ya, dia kejam dan suka kenakan orang tapi dia tidak pernah sakiti sesiapa kecuali terpaksa. Ivy kemungkinan kelihatan kejam dan tidak berhati perut, tapi diri Ivy yang sebenar jauh berbeza dari apa yang dia tunjukkan. Ivy seorang yang prihatin, dia risaukan akan keadaan kawan-kawannya, sentiasa menunaikan janjinya pada kawan-kawannya tidak kisah betapa susah, dia menolong orang lain walaupun mereka membencinya dan paling penting… dia tidak pernah menghalang Abangnya dari tinggalkan posisinya mengejar kerusi takhtah, malah dia mengugut abangnya untuk teruskan jika tidak Ivy tidak akan tegur abangnya lagi.

Siapa sangka, Ivy seorang yang selfless bila melibatkan tentang apa yang dia inginkan. Dia korbankan kehendaknya untuk orang lain. Pada mula Charlotte menyentuh Ivy dan melihat rancangan jahat Ivy, dia terdengar bisikan ‘paksaan’, ‘tidak rela’, ‘demi ibunya’, ‘cuba buktikan dirinya jahat’ dan Charlotte hairan mengapa dia mendengar tanggapan tersebut dari Ahli sihir yang tidak berhati, ingin hancurkan seluruh Enchanted rasa benda yang dia buat ini adalah satu paksaan? Dia dapat jawapannya sehingga lah dia dapat rantai yang mengandungi hati Ivy. Hati yang disembunyikan dari dunia Vicious kerana kesuciannya. Ia hati seorang budak, penuh dengan impian dan harapan. Hati yang ingin hidup bahagia bersama orang yang dia sayang, inginkan ibunya bangga dengan apa yang dia buat, inginkan semua orang hidup dengan aman dan tenteram. Tiada peperangan diantara dua tanah.

Hatinya dibuang—tak, disimpan kerana hati sesuci ini boleh rosak jika ia terdedah di Vicious. Ivy simpan kerana dia masih berharap, suatu hari nanti bila dia bertemu dengan Putera George dia masih lagi perempuan yang George kenal kali erakhir mereka bertemu. Dia masih berharap yang mereka masih bersama setelah bertahun berpisah. Kedua-duanya berimpian untuk menjalani hidup bersama-sama.

Tapi mengapa dia tidak mengambil hatinya semula dan bersetuju untuk melarikan diri bersama Putera George? Kerana Ivy tidak pernah pentingkan diri. Dia simpan hatinya untuk pastikan dia dapat banggakan ibunya dengan kejahatan dia buat, dia simpan hatinya untuk pastikan Putera George masih mengenalinya bila mereka bertemu. Dia tidak mengambil hatinya semula kerana dia masih ingin banggakan ibunya dan orang-orang Vicious, dia tidak mengambil hatinya semula kerana dia tidak ingin melihat Putera George sia-siakan kerja kerasnya selama ini hanya untuk bersama perempuan yang bakal patahkan hatinya dipenghujung hari.

Ivy rasa dia tidak berbaloi berada di sisi Putera George, sebab itu dia cuba sedaya upaya untuk buktikan pada seluruh Enchanted yang dia layak berada di sisi abangnya, layak berada di sisi Bakal Raja Tertinggi sebelum dia bersedia untuk umumkan pada dunia tentang hubungan mereka.

Bagi Putera George, cukup mereka yang mengenali Ivy menerimanya sebagai ahli sihir baik tapi itu tidak cukup bagi Ivy, bukan untuknya tapi untuk menjaga reputasi Putera George. Dia memutuskan bila dia layak untuk berdiri di sisi abangnya, dan sebelum tu, dia akan terus berusaha sehingga Enchanted memandangnya bukan satu ancaman, tapi satu harapan juga.

Pada yang lain itu mungkin kelihatan tindakan yang mulia, layak menjadi bakal pengganti The Great Wizard Merlin suatu hari nanti tapi pada Charlotte, yang boleh mengetahui perasaan seseorang, melihat isi hati Ivy… ahli sihir muda ini bergelut dalam diam.

Dia masih belum dapat memilih untuk berpihak sepenuhnya pada Enchanted atau menurut arahan Ibunya untuk menghapuskan tembok berduri dan cetuskan peperangan sekali lagi. Kenapa lagi kayu sakti apprientice tidak dapat dikawal sepenuhnya? Kerana Ivy masih ragu-ragu dengan dirinya.

Mereka mungkin tidak beritahu Charlotte apa yang mereka sedang hadapi tapi Charlotte memahami. Dia selalu perhatikan Ivy dan mengetahui perkembangannya sepanjang masa terima kasih pada hati Ivy berada bersamanya. Dia dapat rasakan bila Ivy dalam konflik, dalam bahaya dan gembira.

Tapi Charlotte masih tertanya, Hati siapa yang ada pada Ivy? Mmandangkan Charlotte boleh membaca isi hati Ivy sedangkan hatinya bersama Charlotte? Hati kedua siapa tu? Charlotte tidak pernah tanya kerana dia tahu bukan tempatnya untuk menyoal melainkan Ivy sendiri yang beritahu. Hati yang rapuh, hati yang boleh hancur pada bila-bila masa sahaja. Hati yang telah rosak akibat dipengaruh oleh Vicious tapi ia tidak pernah berkecai kerana ia terikat dengan satu sumpahan. Ivy juga terikat dengan sumpahan yang dia sendiri tidak ketahui. Ivy lihat tali merah mengikat hati itu dari berkecai, menahan ia selama ini untuk Ivy menggunanya. Memberi Ivy hati dan perasaan, tidak mengubah Ivy menjadi seorang Villain sepenuhnya.

Charlotte risau kalau-kalau suatu hari nnti, bila Ivy mendapat mengawal kuasa sakti itu sepenuhnya… adakah dia akan membelot Puteranya sendiri dan cetuskan peperangan? Mungkin bukan sekarang, tapi suatu dimasa hadapan kelak. Setelah semuanya berakhir dan hidup happily ever after… bagaimana kalau Ivy masih fikir dia tidak layak kerana dia seorang Villain? Seorang Villain tidak layak happily ever after dalam hidup mereka. Bagaimana kalau dia berfikir seperti itu dia akan belot abangnya?

Tiada siapa tahu apa akan jadi di masa hadapan. Tidak Ivy, tidak Charlotte dan tidak The Great Wizard Merlin sendiri. Mereka hanya boleh mengagak kemungkinannya dan berharap semuanya baik-baik sahaja di pengakhiran. Tiada ramalan yang lebih tepat dari ramalan The Great Wizard Merlin dan Charlotte bergantung pada ramalan itu dan juga Ivy seorang ahli sihir yang baik. Itu yang dia percaya

Dan kepercayaannya naik bila suatu hari, semasa Charlotte sedang membaca buku ‘Advance potion’ didalam biliknya pada waktu petang; Ivy mengetuk pintu biliknya, datang dengan ekspressi wajah tegang.

Charlotte dapat rasakan hati Ivy yang bergantung dilehernya hangat kerana Ivy akhirnya dapat membuat pilihan. Dan melihat dari mata hijaunya yang membara, Charlotte takut untuk mendengar apa yang Ivy ingin meminta tolong dari Charlotte.

Apa jua pertolongan yang Ivy inginkan, Charlotte sedia membantu selagi Ivy melibatkan keselamatan Abangnya. Masa depan seluruh Enchanted bergantung di tangan Ivy sekarang.

“Char, Aku harap kau faham. Aku juga taknak benda ni berlaku tapi… ini sahaja caranya untuk pastikan kedua pihak berhenti dari berperang.”

Charlotte menggeletar satu badan, mendengar rancangan Ivy. Betapa tinggi risiko Ivy ambil untuk selamatkan orang-orang yang dia sayang.

“Ivy pasti ke ini akan berhasil? Ia… terbukti berkesan ke?”

Ivy berikan senyuman lembut, mengusap rambut Charlotte cuba tenangkan hati risau si puteri kecil. “Hey, ini Ivy the Devil yang merancang. Pernah ke plan aku gagal sebelum ni?”

Charlotte hanya boleh berikan senyuman tawar, tangan menggenggam rantai di lehernya lebih erat. Jantungnya berdegup dengan kencang; memandang tepat ke mata Ivy, merasakan sentuhan kulit Ivy dan bisikan halus datang disekelilinginya memberitahu Charlotte betapa bahayanya rancangan ini, ia membunuh, ramai orang akan terbunuh dan Ivy kemungkinan akan terbunuh.

Tapi Charlotte percayakan Ivy. Terlihat jauh dilubuk hati kedua Ivy, bahawa dia juga tidak ingin melakukan perkara ini tapi dia terpaksa, ini sahaja cara yang dia boleh lakukan dan dia meminta, merayu untuk Charlotte sudi menolongnya kerana tiada siapa akan membantunya jika mereka tahu akan rancangannya ini. Hanya Charlotte sahaja yang boleh, hanya Charlotte sahaja harapan Ivy untuk jayakan rancangannya.

“Abang pasti akan berang.”

“Sejak bila dia tak berang dengan aku?” Ivy berlawak dan dapat tawa kecil terlepas dari bibir sip uteri kecil. “Jadi… kau akan tolong?”

Charlotte menggenggam erat rantai Ivy dan mengangguk. “tapi… bagaimana dengan pemilik hati kedua tu?”

Ivy segera menyentuh dadanya, dapat rasa ia berdegup kuat dari Charlotte perasan akan kewujudannya. Ivy memejamkan mata, cuba menenangkan jantung rapuh itu sebelum bersuara dengan perlahan. “Dia berhak tahu, aku akan beritahu dia.”

“Dia akan bersetuju ke?”

“Dia mesti.”

Tiada siapa boleh halang Ivy the Devil bila dia telah membuat rancangannya. Samada Charlotte setuju atau tidak setuju, Ivy tetap akan teruskannya dan cari cara lain untuk menjayakan apa yang dia fikir terbaik untuk semua orang.

Betul, Charlotte tidak sukakan rancangan Ivy tapi dari menolak rancangan Ivy sepenuhnya… dia menolong kerana rancangan ini cukup merbahaya, dan dia taknak Ivy mencari cara yang lebih teruk dari ini. Charlotte dapat rasakan renungan tajam DIaval datang dari luar tingkapnya, mengetahui Diaval kecewa kerana Charlotte bersetuju dengan apa jua rancangan Ivy. Sepertinya Diaval juga membantah, tapi apa Charlotte boleh buat? Dia juga ingin menolong dan ini kali pertama Ivy, atau sesiapa sahaja meminta tolong darinya selain suruh dia duduk di penjuru dan lihat semua benda berlaku didepan matanya, sedangkan dia boleh buat sesuatu untuk mengubahnya.

Ivy meninggalkan Charlotte didalam biliknya keseorangan selepas itu, meinggalkan Charlotte untuk berfikir akan punca dan akibat yang akan berlaku dimasa hadapan. Adakah dia membuat pilihan yang betul untuk menolong Ivy? Mengapa dia rasa bersalah merahsiakan perkara ini pada abangnya? Mengapa dia berjanji untuk tidak beritahu abangnya? Dia tahu kalau abangnya tahu tentang rancangan ni pasti dia membangkang tapi ini untuk kebaikan abangnya juga. Ada cara untuk menghapuskan sumpahan tu dan Ivy tahu caranya.

Salah ke Charlotte ingin menolong Ivy selamatkan abangnya dari sumpahan Lady Mor—Sumpahan Bloody Mary?

>X<

“Aku takkan benarkan.”

Ivy berpaling pada Diaval. “Apa?”

“Kalau kau rasa nyawa aku ni…” Diaval mengetuk dadanya. “Penting. Kau takkan melakukannya.”

“Kau mengugut aku ke?” Ivy perhatikan Diaval dengan mata membesar sebelum ia menggelap serupa Diaval dengan perencah haba panas. “Kau berani mengugut aku??”

“Kau dah lupa apa tujuan kau ke sini? Kau nak sia-siakan segala kerja keras kau?”

Ivy diam untuk seketika, mata tidak berhenti merenung wajah Diaval. “Kau takkan beritahu?”

Takkan.”


(A/N: Eyy! I manage to post another after baca 75 BAB! every chapter ada atleast 10-14 pages and angah like, demn, old me semangat nak tulis panjang-panjang and manage to update once a week. ada jugak seminggu tu dua kali. wew, old me I salute you. however, new me dah tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab free time dah takda. sobs sobs. I just glad I can finally write again. Apapun! See you in the next chapter! hoping dapat update lagi cepat lepas ni! huhueee~~)

No comments:

Post a Comment

The Listener