Axerialeth: SOD -a broken wings-

Bab 19

“This is weird…” Miracle bersuara memandang ke dada langi biru yang indah. “Pole, I’m telling you. I don’t like this.”

Pole mematah-matahkan jarinya. “Stop babbling and Stay Still!!” Pole menarik sepasang tali dengan kuat membuat Miracle menjerit.

“Gosh Pole aku tak boleh bernafas!” jerit si puteri yang di pakaikan body shaper oleh Pole. “Kenapa aku kena pakai  bendalah ni?? Takda special occasion pun!”

Pole menepuk-nepuk tangannya tanda puas hati dan mengambil gaun yang ada di dalam almari Miracle. “Stand still honey dan angkat tangan.” Pole memasukkan gaun tersebut dari atas Miracle. “Sebab aku nak nampak kau pakai baju ni.” Pole bergerak ke belakang Miracle dan menyimpul ikatan gaun tersebut.

Miracle memandang bayangannya pada cermin. Matanya membesar melihat gaun tersebut. “Pole… ini..”

“Yup! Gaun pengantin yang aku beli kat Bandar tadi.” Katanya sambil mengenyit mata. “Aku nak cari barang untuk supply kapal kita tapi bila aku lalu kedai pengantin tu, aku terus beli tanpa banyak fikir. Tak sangka saiz yang aku beli sesuai dengan kau! Now. Turn around for my honey.”

Miracle berputar 360 darjah dengan perlahan untuk Pole. “So?”

Pole terus memeluk Miracle. “Gosh my baby has grown up! I never thought I will see you in this gown!!” dia mengelap air mata gembiranya. “Anyways, aku takkan bangkitkan ‘kenapa kau taknak beritahu Rick pasal diri kau dan kahwin dengan putera raja’. Walaupun aku suka kau kahwin dengan putera raja tapi putera raja tu bukan Rick tapi Ellen. Ataupun ‘apa yang buat kau ubah fikiran dan tinggalkan Rick yang terluka dan secara perlahan semakin hancur nampak kau dengan Ellen.’” Katanya dengan senyuman.

Dia takkan bangkitkan tapi kenapa dia cakap panjang lebar? Itu satu hela ke? Desis hati Miracle sakit hati tapi dia faham maksud Pole. “Kenapa kau nak aku pakai gaun ni?”

“Sebab aku takkan ada time korang kahwin nanti.” Jawab Pole dengan senyuman manis tapi Miracle tidak tersenyum langsung. “Aku akan halang sesiapa sahaja datang ke majlis perkahwinan kau dengan Ellen nanti. Dah tentu aku halang Rick. Takut dia jadi punca kau batalkan perkahwinan dengan Ellen.”

“T-Tapi…”

“Oh dan Manda. That rough girl tak boleh tahu kau siapa kalau tak hancur majlis kau nanti.” Pole mengusap kepala Miracle dengan lembut. “Dah tentu aku dan Nuez bekerjasama menghalang mereka ke Sylvianne. Nuez akan bawa kapal ni jauh dari kota ni time hari tu. Oh yang penting ialah Spring.”

Miracle memandang Pole. “Spring takkan datang? Kenapa?”

Pole tersenyum tawar. “Kalau dia datang, Ben juga akan datang. Itu bermaksud satu anak kapal datang. Maaf Mira, kami tak dapat pergi ke hari berbahagia kau.”

“Tapi S-Spring tetap akan buat apa sahaja untuk datang ke majlis aku.” Kata Miracle. “Akhirnya korang akan datang—”

“Jangan harap seorang pun dari kami datang Miracle.” kata Pole tegas. “Don’t be so selfish.”

“Korang yang selfish!” jerit Miracle dengan tangisan.

“Kau yang pilih jalan ni!” sekarang Pole pula yang menjerit. Dia duduk di atas katil, memeluk tubuh dan mengeluh, tenangkan dirinya yang membara. “Aku datang ke istana jumpa kau sebab ni juga. Aku nak berbincang dengan kau tentang perkahwinan kau nanti.” Katanya memandang Miracle dengan serius. “You see love, kau kata kat aku, kau rahsiakan diri kau dari kami semua sebab nak hilangkan diri selepas semua ini selesai, kembali pada Ellen dan menjadi Permaisuri Sylvianne. Aku setuju dengan tu dan aku akan mainkan peranan sebagai orang yang mengetahui rahsia kau, termasuk Nuez. Kau kata menghilangkan diri itu bermaksud kau takda dalam kehidupan kami dan begitu juga sebaliknya.”

Miracle jatuh terduduk di atas lantai, air matanya mula bertakung. Aku tiada dalam kehidupan korang? Desis hatinya. Kaku memandang kaki Pole.

Pole teruskan bersuara walaupun Miracle dah jatuh. “Kami takkan ada dalam hidup kau selepas semua ini selesai. Seumpama kami tidak tahu yang kau akan kahwin dengan putera raja di Negara yang bernama Sylvianne ni.” Pole bangun dari katil Miracle, bergerak ke pintu bilik tersebut. “Setelah semua ini selesai, semua akan kembali seperti biasa. Kau bersama Ellen, Spring bersama kami dan kami anggap kau dah mati tiga tahun lalu.”

Ayat itu seumpama pisau yang tajam menikam dada Miracle. Dia menyentuh dadanya yang rasa sebak. “P-Pole…”

“Bukan aku yang selfish Mira, tapi kau. Kau yang pilih untuk lupakan kami semua tapi kau tetap taknak lepaskan kami.” Pole memandang belakang Miracle yang mula menggeletar. “Aku minta tolong dengan kau satu perkara Mira. Jangan sakiti hati Rick lagi. Dia dah cukup kena belot oleh kau tiga tahun lalu, jangan buat dia kembali jatuh setelah kami semua bersusah payah bangunkan dia balik dengan kau kembali dengan berita kau dah ada lelaki lain. Please, think about Rick for once.”

Miracle mendengar pintu biliknya di tutup dan tangisan yang dia tahan akhirnya mengalir keluar. Dia menutup mulutnya cuba tahan dirinya dari menangis lagi kuat tapi hatinya yang sakit tidak menyokong mindanya.

Dia tidak mampu nak kata apa-apa. Dia telah buat sesuatu yang salah, langkah yang dia buat selama ini telah buat dia kehilangan orang yang dia sayang. Orang yang telah memberi harapan dia untuk hidup telah hilang dari kehidupannya dan dia di anggap telah mati dalam kehidupan mereka. Rick, Spring, Manda, Pole dan Nuez. Mereka yang membawa cahaya kepada Miracle. Di sebabkan langkahnya untuk selamatkan orang yang dia sayang, Miracle telah kehilangan mereka.

Pole berada di luar bilik itu mendengar suara tangisan yang sedih berada di dalam bilik tersebut. Dia menarik nafas dalam. “Setiap pilihan ada pengorbananya. Aku dah beritahu kau tentang ni dahulu Mira, takkan kau tak ingat?”

Pole memandang pintu bilik itu untuk kali terakhir sebelum bergerak pergi. Kali ini Pole juga buat pilihan. Melindungi Rick dari Miracle.

“Korang memang kejam.” Pole memandang kearah suara tersebut dan mengetahui Glend berdiri di depannya dengan wajah Emotionless. “Miracle nak lindungi korang. Kamu patut bersyukur dengan tu.”

Pole menarik sengih, menolak rambutnya kebelakang. “Apa pun dia buat, CR tetap akan kejar kami. Buat apa kami bersyukur kat dia? Dia pilih untuk tinggalkan kami dan aku akan buat benda yang sama kat dia. Kami akan tinggalkan Miracle.”

Dengan itu Pole bergerak pergi lalu di tepi Glend. Glend hanya menggenggam erat penumbuknya di sisi. “Kau akan menyesal! Suatu hari nanti kamu semua akan menyesal!”

Pole berputar memandang Glend. Mata Glend menunjukkan perasaan marah yang amat. “Kalau sesuatu berlaku kat Miracle….” Dia mengetap gigi menahan marah. “Aku akan buruh Axerialeth dan hapuskan kamu semua dengan tangan aku sendiri.” Glend terus bergerak ke bilik Miracle dan menutup pintu itu dengan kuat.

>X<

That’s why I wish to have an eternal slumber so I don’t have to wake up to the horrible reality…

“Eh? Kenapa dia tak datang? Night dah janji nak datang ni hari..” Spring mencebik. “Dah tiga hari aku tak nampak Night. Dia sibuk ke?”

GLend mengangguk. “Dia ada meeting tentang Sylvianne shield tu.” Nope, Dia berkurung dalam biliknya. Semenjak Pole turunkan Bom atom kat Miracle, dia dah tak keluar dari biliknya. Tak makan dan bergelap seharian.

“Halaaaaaa~ kapal dah nak siap tapi Night belum bawa Spring putar-putar Bandar Sylvianne lagi!”
Glend mengeluh. “Aku akan gantikan tempat PM untuk bawa kau ‘putar-putar’.”

Spring hanya diamkan diri. “Tak nak. Night selalu ada masa untuk aku. Kenapa sekarang tidak? Tak boleh ke dia ambil masa beberapa jam hanya untuk aku?”

Kau patut salahkan Transexual tu sebab sakiti hati Miracle. Dia yang buat Miracle berkurung dalam biliknya.

“Aku akan tanya dia bila aku jumpa dia nanti. So, please jangan merajuk? Kalau dia taknak temankan kau, aku akan tarik dia ke sini.” Litterally, kenapa Miracle suruh aku jaga budak ni pulak? Dia dah besar for crying out loud! Dan kalau dia taknak keluar juga ni hari, aku betul-betul akan heret dia keluar dari bilik tu. Lantaklah dia tu tuan aku atau tidak.

Glend meminta diri dari Spring untuk kembali ke Istana dan seperti yang dia katakan tadi, dia akan buat Miracle keluar dari bilik itu.

Dia menghentak kaki berjalan ke bilik Miracle dengan beberapa pasang mata memandang kearahnya. Dia tak kesah pasal tu. Dia tak marahkan Miracle. dia marah kat member Axerialeth. Berani mereka cakap cam tu kat Miracle setelah apa dia buat kat mereka.

“Mira…!cle..” Glend berhenti menjerit bila dia lihat Miracle dalam dakapan Ellen. Memeluk lelaki itu dengan erat. “Apa dah jadi?”

“Ssshh…” Ellen tersenyum nipis. “She’s asleep.” Ellen merenggangkan dakapannya untuk menunjukkan wajah tidur Miracle. Ellen mengangkat tunangnya dan letakkan dia di atas katilnya. Ellen menyelimutkan badan Miracle. menyentuh rambutnya dengan lembut. “Dia menangis sampai tertidur. Dia kadang-kadang macam budak-budak.”

Glend hanya melihat Ellen merenung wajah tidur Miracle. “Tuanku okay tak?”

Ellen tertawa kecil. “Kau panggil aku Tuanku. Tell me, apa buat Miracle macam ni?”

Glend menelan air liurnya. Aura di dalam bilik itu sangat gelap. Walaupun Ellen tersenyum, Glend tahu dia marah.

“Jangan jawab.” Ellen bersuara semula. “Beritahu pemilik kapal VIP dalam bengkel kita yang persiapan kapal mereka akan di tangguhkan untuk beberapa hari. Pekarja untuk kapal VIP B-03 dan B-04 akan di tugaskan semula.” Kata Ellen memandang Glend. “letakkan mereka dalam Bengkel Axerialeth.”

Glend mengangguk teragak-agak. “B-Baiklah.” Tanpa banya soal dia dan Ellen bergerak keluar dari bilik itu meninggalkan Miracle bersendirian.

Kelopak mata Miracle terbuka secara perlahan. Dia dengar semuanya. Miracle bangun memeluk tubuh di atas katilnya. “It’s hurt. Aku nak semua ni berakhir dengan cepat.” Dia bangun dari katilnya dan buka langsing tingkap bilik membenarkan cahaya tengahari masuk menghalau kegelapan dalam biliknya.

“Bunuh Zeloid dan akhiri semua ni.”

Glend terhenti dari berjalan bila dia rasakan sesuatu dari bilik Miracle. matanya bercahaya.
Seorang lelaki tersenyum sinis sambil memegang seutas rantai dalam genggamannya. “Ini ke ganjaran yang aku dapat setelah selamatkan nyawa kau?”

Miracle tidak tunjukkan sebarang emosi, hanya mengacuhkan pistolnya ke arah lelaki tersebut. “Kenapa kau selamatkan aku kalau kau hanya nak aku terseksa?” wajah Miracle makin gerun bersama api yang mula marak dalam bilik tersebut.

Lelaki itu mula kelihatan cuak. Dia memandang sekeliling mencari jalan ingin melarikan diri dari perempuan di depannya ini. Dia lihat pintu keluar tapi ia di belakang perempuan di depannya ini. “M27.. T-takkan kau nak mati kat sini? Macam mana dengan Rick? Axerialeth? Orang yang kau sayang? Kau tak fikirkan tentang mereka ke? Mereka tentu risaukan tentang kau!”

Air mata Miracle jatuh ke pipi, dia kelihatan lebih marah dari sebelumnya sehingga tangannya menggeletar menahan marah. “Mereka fikir aku dah mati! Then let they think I’m dead”

BANG!

Glend terkejut beruk mendengar bunyi tembakan itu dan api membara mengaburi penglihatannya. Dia termengah-mengah sambil menyentuh dadanya. Adakah itu masa depan Miracle? Dia akan mati?

Glend menutup mulutnya tidak percaya. “Tidak… tak mungkin.”

“Glend? Kau okay ke?”

Six sence ini berpaling memandang Ellen dan mengangguk. “Y-Ya.. tunggu aku.” Glend berlari anak ke sisi Ellen dan mereka berdua teruskan perjalanan mereka ke bengkel Utama.

“Ellen…”

“Hmm?”

“Janji kat aku yang kau akan lindungi Miracle.” katanya tunduk memandang kakinya. “Janji kat aku yang kau takkan benarkan Miracle pergi dari kita semua.”

Ellen mengusap kepala Glend membuat perempuan itu mendongak memandang Pemerintah Sylvianne. “Dengan nyawa aku sendiri, aku akan lindungi Miracle. Aku berjanji atas nama aku sendiri.”

Glend mengangguk tanda terima kasih membuat hatinya lega sedikit. Tapi dia tetap risau tentang dua lagi masa depan yang dia lihat. Yang mana satu betul? Dia keliru.

Sekejap.

“El, kita nak ke Bengkel kan?”

“Ya.”

“Kenapa transfer jumlah pekerja kat Axerialeth?”

Ellen memandang kearah Glend dan tersenyum. “Untuk kebaikan semua orang. Terutamanya Miracle.” senyumannya terus hilang. “Kapal tu akan siap dalam masa kurang seminggu. Beritahu mereka pasal berita ni.”

Dia nak Axerialeth keluar dari Sylvianne ke? Sebab tu dia gandakan pekerja. Glend tersenyum kecil, jangan risau Mira. Masalah kau akan hilang….

Comments

Popular Posts