Fourth F.A.T.E

Holiday Spirit


“Welcome to our home!” Sahut Gretel sebaik sahaja dia membuka pintu depan rumah dan beri laluan untuk Ivy masuk dahulu. “Make yourselves at home tapi jangan nak semakkan rumah kitorang pula.” Dia sempat bagi amaran dengan senyuman nakal.

Ivy menarik sengih. “You said make myself at home.”

“Uh-huh… Memandangkan kau dah takda rumah. Ini kira rumah baru kau jugak.” Hansel menyampuk, baru masuk kedalam rumah bersama dua beg besar dalam tangan dan satu di bahunya. “Korang memang malas nak bawa barang sendiri kan?”

Ivy ketawa dan mengambil begnya dari tangan kiri Hansel. “Thank you.” Katanya dan letakkannya di tepi sofa.

Gretel pula hidupkan api di fireplace yang ada di ruang tamu rumah itu, memanaskan rumah yang telah ditinggalkan sepanjang setengah tahun tanpa penghuni. “Alright. Dalam beberapa minit lagi suhu rumah akan jadi normal so, for the time being…” Dia berputar memandang Hansel dan Ivy. “Oi, stop you love birds.”

Mereka berdua berpaling memandang Gretel. “What?” soal mereka serentak.

“Don’t what me. Aku tengok korang berlovey-dovey, memanaskan tangan masing-masing.” Katanya dengan nada menjengkelkan. “Kalau korang dah break, berlagak lah dah break.”

Ivy ketawa besar. “Hansel hanya panaskan tangan aku je.” Katanya menarik tangannya dari pegangan Hansel. “Plus, walaupun kami ‘break’ tak bermaksud kami tak boleh jadi besties balik.”

“Takda dalam sejarah lelaki dan perempuan boleh jadi besties.” Bantah Gretel balik.

“Awwww… Gretel takut kau rampas aku dari dia lagi lah Hans…” katanya dengan nada manja. “Don’t worry baby, diriku hanya untukmu.”

“Euugghh—Wecckk! Geli aku dengan kau ni.” Meremang bulu roma Gretel satu badan dan dia bergegas masuk ke dalam dapur. “Don’t even think doing something behind my back!” sempat dia menjerit di dapur membuat mereka berdua ketawa pecah perut.

“Ack—I can’t breath.” Tawa Ivy sampai berpaut pada kepala sofa kerana ketawa banyak sangat.

Hansel menarik nafas dalam cuba tenangkan dirinya sebelum bersuara; “Kau patut berhenti usik Gretel. It’s a nightmare bagi dia kalau kita ‘couple’ balik.”

Ivy mengelap air matanya dan menghembus nafas puas. “Naaah…. Aku takkan berhenti sampai aku bosan. Aku ingatkan dia akan marah pasal kita tapi… hmmm, siapa sangka ‘relationship’ kita ni boleh jadi bahan untuk seksa Gretel sikit-sikit.” Katanya dengan riang.

Hansel hanya menggeleng. “Suit yourselves. Anyway, petang ni kitorang nak ke Bandar. Job hunting. Kau nak join in sekali ke?”

“Ke Bandar?” Ivy membuka skarfnya kerana ruang tamu itu mula rasa panas dan mengangkat bahu. “Yeah sure tapi boleh ke first year ambil kerja?”

“Aku tak masuk Academy lagi. so aku tak kira.” Kata Hansel juga membuka jaketnya dan menghulurkan tangan, meminta jaket Ivy dengan senyap sebelum menggantungnya di bilik penggantung baju di bawah tangga. “Gretel pula buat kerja yang biasa dia buat di Bandar.”

“And that is?”

“Mengajar surirumah menjahit. Itu tak kira kerja tetap. Dia hanya buat time cuti.” Katanya dan bagi signal untuk Ivy mengikut dia naik ke tingkat atas. “Anyways, Di bawah ialah ruang tamu dan lepak. Di atas pula ada tiga bilik dan balcony.” Katanya dan depakan tangan kearah ruang tingkat dua. “This room bilik aku.” Dia menuding kearah pintu bilik berdekatan. “That one is master bedroom, bilik Gretel. Dia start tidur situ selepas aku ke Vicious.” Katanya lagi. “sebelah bilik aku pula bekas bilik Gretel.”

Hansel memulas tombol pintu bilik tersebut dan benarkan Ivy masuk dahulu. “This is now your room. Make it as comfortable as you like.” Katanya dan tersenyum kecil melihat Ivy menerokai bilik kecil itu.

Ivy memerhatikan setiap sudut bilik itu yang bertemakan vintage dan sememangnya telah dihias seperti seseorang sememangnya tidur di bilik itu. Terdapat almari kecil di tepi pintu untuk meletakkan baju-baju bersih dan di atas almari itu terdapat beberapa bingkar gambar keluarga Hansel dan Gretel semasa kecil. Dia mengangkat salah satu gambar tersebut.

“Comelnya korang.” Katanya dengan senyuman. “Ini Parent kau?”

Hansel berdiri di sebelah Ivy dan mengambil gambar tersebut dari tangan Ivy dengan lembut. “Yeah. Mereka meninggal dalam kemalangan di jambatan sempadan Camelot. Mereka berdua bekerja sebagai researcher.”

“Of magic?”

“of Science.” Jawab Hansel. “Mereka tak percaya sangat dengan magic-magic ni.”

“How so?” Ivy menjungkit kening. Rasa terkilan sikit.

Hansel ketawa kecil melihat wajah Ivy. “Bagi mereka magic boleh lenyap kalau wizard dan sorcerer dah mati. So, mereka cari cara untuk kekalkan hidup tanpa magic. For example tembok berduri tu. Ia boleh jadi lemah kerana dari sumber magic, kalau sumber kepada tembok itu dimusnahkan, tembok tersebut tidak kuat lagi.”

Ivy hanya mengangguk faham dan teruskan penerokaannya. Melihat paper crane tergantung di atas katil dan bintang-bintang kertas di lekat di atas siling. Lukisan-lukisan budak kecil dlilekat pada dinding.

Hansel perasan dahi Ivy berkerut. “Kau boleh ubah suai tempat ni kalau kau nak.”

Ivy menggeleng. “its not that… Bilik ni kelihatan terlalu precious. Banyak memori indah didalam bilik ni dan… sayang untuk buangnya.”

“But you can throw them away.” Gretel muncul di pintu bilik sambil memeluk tubuh. “yang penting memori tu tersemat didalam hati.”

“But still—”

“Jangan risau lah.” Gretel memotong dan masuk kedalam biliknya. “Betul bilik ni memegang banyak memori tapi dah sampai masa untuk move on dan buat memori baru.” katanya membuat Ivy tersenyum. “Kita akan ubah suai bilik ni mengikut citarasa kau.”

“Or….” Ivy mengeluarkan kayu saktinya. “I can just use my magic—Ouch! Damn it.” Gelang emasnya merenjat Ivy bila dia hayunkan kayu saktinya. “Aku lupa aku tak boleh guna magic….” Dan dia berdengus membuat dua beradik ini ketawa.

“Cuti ni kau dah ada kerja Cik Villain.” Gretel bercekak pinggang dengan senyuman nakal terpapar di wajahnya. “Kawal diri kau dari guna magic.”

“Dan juga kawal kemarahan kau.” Tambah Hansel membuat Ivy memutarkan bola matanya. “Hey, siapa suruh magical core kau tu melekat dengan perasaan kau. So, kau kena kawal emosi kau dari meletupkan api kemarahan. Orait?”

Ivy kerutkan hidungnya dan menarik nafas dalam. “Fine.” Katanya dengan nada tenang. “I can’t believe I have to live like this…” bisiknya pada diri sendiri hanya buat dua beradik itu tersenyum terhibur.

“Dah, berhenti merungut. Tolong aku masak makanan tengahari.” Gretel menarik tangan Ivy keluar dari bilik tersebut dan turun ke tingkat bawah dengan Hansel mengekori mereka dari belakang.

“Aku keluar kejap, nak check mailbox.” Hansel bersuara dan bergerak bertentangan arah dari mereka. semasa dia ingin buka pintu rumah, burung gagak hitam meluncur masuk kedalam rumah mereka dan mendarat di atas sofa bersama sampul surat kecil dalam mulutnya.

“Diaval? Dari mana kau dapat tu?” Soal Ivy sambil menjungkit kening. Dia mengambil surat tersebut dari penjaganya dan membuka surat itu. “It’s From Great Wizard Merlin.”

“Huh? Dia kata apa lagi?” Soal Gretel melihat isi kandungan surat tersebut.

“Dia kata hujung minggu ni dia akan hantar seseorang untuk memantau aku pada cuti Sem ni. What the—” Dia membaca surat itu sekali lagi sebelum mengeluh. “Ia perintah Raja Camelot.”

“Woaa…” Hansel tersenyum sambil ketawa. “Nampaknya Raja Camelot dah tak percayakan kau lagi Ivy.”

“No kidding.” Katanya sakit hati. “Aku baru je nak try kerja kat Enchanted… hmm, nampaknya aku kena stay kat rumah je lah.” Dia terus remukkan surat tersebut dan melontarnya ke dalam api membuat dua beradik ini terkejut. “There…. Baik buang benda yang boleh buat aku naik marah.” Katanya dengan senyuman manis. Terlalu manis dan mendepakan tangan kearah Diaval. Burung itu naik ke tangan Ivy dan berpindah ke bahunya. “Now, jom masak dari memikirkan that Stupid skeleton white beard pointy head old Geezer.” Katanya lagi tetap tersenyum tapi gelang tangannya percikkan sedikit renjatan elektrik.

Hansel dan Gretel saling memandang sebelum mengangkat bahu dengan senyuman simpati. Nampaknya Ivy takkan ada cuti yang tenang selama tiga bulan itu.

Usai memasak makanan tengahari bersama Gretel, dia makan bersama-sama dua beradik itu—walaupun agak janggal kerana itu kali pertama Ivy makan di meja makan bersama orang lain selain ibunya dan suasana dimeja makan tersebut agak lain dari suasana di rumahnya. Ia buat Ivy tak senang duduk.

Gretel dan Hansel perasan ketidakselesaan ahli sihir muda itu dan cuba berbual kosong dengan Ivy untuk mengalihkan perhatiannya tentang rumahnya di Vicious. Berbual tentang Pengadilan Hansel sebelum Ivy dihantar semula ke Vicious dan juga Royal Petition untuk kembalikan Ivy ke Enchanted.

“Hampir satu Academy jadi saksi?” Ivy terhenti menyuap makanan kedalam mulutnya dan memandang kearah Gretel. “That’s a joke right?”

Gretel menggeleng dengan senyuman lebar dibibirnya. Tahu sangat riaksi Ivy. “It’s the truth. Sebaik sahaja Putera George beritahu Puteri Charlotte tentang Royal Petition ni, satu academy bising tentangnya ingin tahu samada berita itu betul ke tak. selepas Puteri Charlotte beritahu Gweneth dan yang lain; then, Zupppp! Ia merebak macam virus dan hampir semua pelajar dari berlainan section berpusu-pusu berjumpa dengan Royal Fairy untuk wakilkan diri sebagai saksi. Then, bila pengajar Academy dapat tahu tentang ni, mereka juga ingin mewakilkan diri. kalau aku tahu, aku takkan penat-penat sediakan diri aku secara mental untuk maafkan kau dan setuju untuk jadi saksi juga.” Katanya sambil menuding garfu kearah Ivy. “Be grateful aku maafkan kau mempergunakan kitorang berdua.”

“So….. kau tahu cerita sebenar dari Hansel ke?” soal Ivy menjeling kearah Hansel dengan senyuman nakal. “sebab tu kau maafkan aku.”

“Yu—”

“Tak.” Hansel menyahut dan makan makanannya dengan slamber. “Dia sebenarnya fikirkan semuanya sendiri. About you being dead sebaik je kau tiba di Vicious dan kenapa aku jadi saksi walaupun aku tahu kau dah ‘mati’ time tu.”

Gretel menjeling kearah Hansel dengan muka merah. Isshh dia ni… suka sangat malukan aku desis hatinya. “Yeah, Dia nak balas dendam kat Putera Georga dan Pengetua Merlin. Buat mereka menyesal buang kau ke Vicious semula bila mereka dapat tahu kau dah mati.”

“Awww…. Babe, sweetnya kau nak balas dendam atas kematianku.” Sahut Ivy dengan manja kepada Hansel membuat lelaki itu tersenyum bangga.

“Anything for my best Girl.” Hansel menyentuh dagu Ivy dengan lembut tapi segera di tepis oleh Gretel mengguna sudunya.

“Would you two stop that!! Aku dah kata jangan nak flirt depan aku and you.” Dia tuding sudunya kearah Ivy. “Kalau kau get back dengan abang aku… you will die di tangan aku.” Gretel memberi amaran membuat Ivy jauhkan tempat duduknya dari Hansel sikit.

Ivy mengangkat tangan dan mengangguk. “Noted. Sorry babe, nampaknya kita takkan bersama lagi, adik kau tak restukan hubungan kita.”

 Hansel mengeluh dengan senyuman. “Looks like it. Aku nak pertahankan hubungan kita tapi… adik aku lebih penting. Harap kau tak kecil hati Ivy…”

Ivy mencebik, buat-buat sedih sambil menyentuh dadanya. “You hurt my heart love—”

“You don’t have a heart.” Sampuk Gretel.

Ivy berdecit. “Jangan nak sampuk drama aku lah—Now, di mana tadi? oh ya, You hurt my heart, love…” katanya dengan nada dramatic sambil menyentuh dahinya dengan tangan yang memegang sudu. “But… no matter.” Dia kembali tersenyum dan makan makanannya. “Aku akan balas dendam kat kau sebab hancurkan hati aku.”

Hansel menahan dirinya dari ketawa dan rehatkan sikunya di atas meja makan dengan tangannya menjadi tongkat pada dagunya. “How so?”

Ivy mengenyit mata dan tuding sudunya kearah Gretel. “I’ll take your precious sister away!”

 Hansel terus ketawa terbahak-bahak sambil memeluk perutnya, hampir terjatuh dari kerusinya sendiri mendengar Ivy menjawab dengan wajah serious.

“Wha—Ewwwww!!” Gretel pula lain cerita; dia juga hampir terjatuh dari kerusinya tapi kerana ingin jauhkan diri dari perempuan yang menggelikan didepannya itu. “The F*ck are you?!!”

“Oooooo….. abang hansel, abang hansel, Adik Gretel mencarut!” Ivy mengadu seperti budak kecil sambil menarik lengan baju Hansel yang ketawa lebih besar dari sebelumnya. “Bagi Adik Gretel sedikit ceramah mujarab abang Hansel!”

“Oh my—Stop Ai! Stop!!” Hansel dah pecah perut ketawa sehingga dia dah tak boleh ambil nafas baru.

Gretel pula naik merah menahan marah dan malu pada masa yang sama. “Ivy! Berhenti sekarang jugak!”

Ivy berikan puppy eyesnya. “Awww…. Adik Gretel tak suka kena ceramah ke? That’s why… you. Should. Never. Use. The curse word.” Katanya sambil hayunkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.

“Uuurrgghh! That’s it, aku dah tak tahan dengan korang berdua ni!” Dia menghentak kedua tangannya di atas meja sebelum mengangkat piringnya ke dapur tinggalkan dua pasangan durjana itu ketawa terbahak-bahak. “Hurry up makan! Kita nak keluar ni!”

Ivy dan Hansel hanya berikan gelak ketawa kepada tengkingan Gretel. Hansel dah tak boleh beri sebarang respon secara perkataan kepada adiknya kerana perutnya dah kejang macam batu dan rahangnya stuck kerana ketawa banyak sangat. Ivy pula ketawa puas hati mengusik Gretel.

“Ack!—perut aku….” Hansel menarik nafas tajam beberapa kali, cuba tenangkan dirinya sebelum menghembus nafas panjang. lega dia dapat bernafas dengan normal semula. “Oh god… dah berapa lama kita tak kenakan orang macam ni?”

“Its been forever!” katanya dengan hembusan lega. “Tapi aku tak rasa usik Gretel setiap hari bagus. I mean.. she will literally kill me.” Ivy tersenyum nakal.

Hansel hanya menggeleng. “Pergi tukar baju. Biar aku kemas meja dan bercakap dengan Gretel. It’s a good thing kita tak guna magic kat dia.” Hansel mengenyit mata membuat Ivy ketawa kecil.

“Yeah.” Ivy bangun dari tempat duduknya sementara hansel mengumpul pinggan Ivy. “Panggil aku kalau korang dah nak gerak.”

“Okay.” balas Hansel, melihat Ivy bergerak naik ke tingkat atas sebelum dia bawa pinggan-pinggan kotor dalam tangannya ke dapur. Dia tersenyum kecil melihat adiknya cuci pinggan dengan muka yang merah sambil mulutnya berkumat-kamit mencarut Ivy. “Gretel… tentang Ivy…”

“Diaval, kau jangan tenung aku macam tu.” Ivy tersenyum melihat penjaganya berada di atas katil sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik. Dia bergerak ke almari kecil yang ada di tepi tingkap bilik itu dan keluarkan kot bulu pemberian Dottie. “Relax Diaval… sedikit keseronokan untuk mengisi kebosanan tak salah.” Ivy memakai kot tersebut dan memandang Diaval dengan senyuman yang sama tertampal pada wajahnya. “lagipun, aku tak boleh buat apa-apa dengan ini menghalang aku.”

Diaval menyahut kecil, memberitahu Ivy yang gelang tangannya percikkan renjatan kecil. Walaupun Ivy tersenyum, Diaval dapat lihat dari mata Ivy yang sebalik senyuman itu dia sebenarnya berang. Marah. Menjaga Ivy dari kecil, Diaval dapat tahu banyak maksud disebalik senyuman Ivy dan kali ini senyuman yang terukir di bibirnya adalah palsu, ia untuk menenangkan magical corenya yang menggeledak ingin meletup dalam dirinya.

“Jangan risau.” katanya dan mengangkat burung gagak itu ke dakapannya. “Aku akan tunggu… tunggu selama mana ia ambil sehingga semua kembali seperti biasa. Aku berjanji untuk tidak bersikap terburu-buru lagi. so don’t worry okay?”

Diaval ingin berubah dalam bentuk manusia dan membalas pelukan anak jagaannya ini. Ingin beritahu dia yang semuanya akan berjalan dengan lancar dan dia tidak keseorangan.  Terlalu banyak rintangan Ivy telah tempuhi dan ia terlalu besar untuk seorang budak perempuan yang baru sahaja melangkah masuk ke alam dewasa. Dunianya yang sempurna telah musnah bila dia tiba di Enchanted dan akhirnya hancur, meninggalkan dia keseorangan di tanah asing. Tanah yang tidak menginginkan kewujudannya. Tanah yang inginkan nyawanya.

Dan dia sebagai penjaga Ivy takkan benarkan tanah itu mengambil Ivy darinya. Dia akan lindungi Ivy seperti mana dia mengangkat sumpah kepada Ayah Ivy.

Ketukan pintu kedengaran membuat mereka berdua berpaling kearah pintu bilik dan Hansel bersuara; “Ivy, kitorang dah nak gerak.”

“Okay!” sahutnya sebelum memandang Diaval semula. “Lets have fun okay?”

Diaval hanya boleh menyahut dengan lega. Setuju dengan Ivy. takda gunanya untuk bersedih tentang perkara ni. Yang penting Ivy gembira dah cukup untuk Diaval.

.


.

Kening Ivy terjungkit tinggi sambil matanya meliar melihat sekeliling bilik itu yang dipenuhi dengan ramai orang sedang menari, tenggelam dalam dentuman irama lagu yang bergema di dalam tempat tersebut.

“Not bad right?” Soal Gretel dengan senyuman nakal, agak terhibur melihat riaksi Ivy.

Ivy kembalikan pandangannya kearah dua beradik yang duduk di hadapannya. “Aku tak sangka ada Pub macam ni kat Enchanted. Asal kau tak bagitau aku Hans?”

Mereka sekarang berada di sebuah pub yang jauh di dalam bandar Camelot. Sebaik sahaja mereka keluar dari rumah, mereka terus pergi ke tempat tersebut dan ia mengejutkan Ivy. dia tak sangka Enchanted juga ada tempat seperti itu. Tema pub tersebut juga tidak kurang hebatnya juga, mungkin tidak sehebat Vicious tapi irama lagu dan atmosfera tempat tersebut membuatkan jantung Ivy berdegup kencang dengan teruja. Dah lama dia tak pergi tempat seperti itu.

“Sebab kau tak pernah tanya.” Jawab Hansel membuat Ivy mencebik. “Jangan pandang rendah sangat dengan Enchanted Ai. Tanah ni ada tempat-tempat seperti Vicious kalau kau tahu dimana nak cari.”

“Tipu.” Ivy menggeleng. “Kat sini ada kelab malam tak?”

Gretel menarik sengih. “Kalau Pub ada… dah tentu kelab malam ada.”

Ivy kerutkan hidungnya. “Fine. Anyway, korang kata nak job hunting. Apa kita buat kat sini?”

“Job hunting lah. Apa lagi?” Hansel tersenyum nakal melihat riaksi Ivy. “Aku ada kawan lama kat sini dan dia offer kerja untuk aku. So ladies…. Please excuse me sementara aku cari mamat tu. korang okay bersendirian kan?” Soal Hansel bila dia bangun dari tempat duduknya. Dia perasan waiter datang mendekati mereka dan mengangkat tangan. “Serve this two.” Arahnya sebelum bergerak pergi.

Hansel bergerak ke bahagian bar dalam pub itu dan memberi satu signal rahsia kepada bartender tersebut membuat pekerja bar itu mengangguk dan tuding ke tingkat atas pub dan pintu untuk ke tingkat atas berada di bahagian belakang tempat tersebut.

Hansel mendongakkan dagunya tanda faham dan pergi ke belakang pentas band di mana ada sebuah pintu hanya untuk ‘private staff’ dibenarkan masuk.

Sebaik sahaja dia naik ke tingkat atas, empat lelaki berbaju biru formal sedang berkumpul di meja besar sedang berbincang tentang sesuatu yang agak penting dan juga memerhatikan orang di tingkat bawah sedang menikmati lagu di pub tersebut.

“Korang kelihatan sedang berseronok.” Hansel bersuara dengan senyuman halus dihujung bibirnya menarik perhatian empat lelaki yang lebih tua itu.

“Hansel!” salah satu dari mereka, yang tertua tersenyum lebar sambil depakan tangan kearah Hansel, mengaluh-aluhkan kedatangan lelaki itu. “My boy! Welcome back to Enchanted old boy, aku dengar kau kembali ke sini sebab kantoi. How so?” Soalnya sambil menepuk belakang Hansel sebelum membawanya mendekati tiga lagi lelaki itu. “Forget about that, come and have a drink my boy! Tentu kau rindukan tempat ni!”

Empat lelaki ini ialah adik-beradik yang berkhidmat sebagai Mind of The Believer kepada The Great Wizard Melin. Mereka yang mengasingkan tugasan kepada orang-orang the Believers untuk menyiasat perkara yang berkaitan dengan sumpahan Enchanted dan melindungi orang-orang enchanted dari bahaya Sumpahan tersebut. Lelaki berbadan besar dengan rambut yang dah beruban, termasuk misainya ialah yang paling tua, berumur 43 tahun; Bernama Koha. Dia mempunyai kedai jahit sendiri di Kerajaan Camelot itu dan dikenali sebagai Papa Koala kerana perangainya yang penyayang dan rambut dah beruban. Dia ahli yang tertua dalam the Believers dan juga bertanggungjawab dalam kumpulan back up or new believers.

Anak kedua pula mempunyai badan yang kecil dan berumur 38 tahun. Bernama Hawkthorn. Dia seorang professor astronomy di Academy dan bertanggungjawab sebagai mastermind dalam Mind of The Believers ini. dia yang merancang stratergy dan mistery tentang Sumpahan Enchanted itu dan bila, dimana atau bagaimana musuh mereka bertindak. Dia juga dikenali sebagai Prof. Sharp kerana perangainya yang serious, tegas dan sentiasa focus dalam kerja dan pengajarannya. Plus, dia juga bekas guru astronomy Ivy.

Anak tiga pula mempunyai badan sasa kerana dia seorang pemburu dan berumur 32 tahun. Dia bertanggungjawab atas melatih orang bawahan mereka. dia lebih kepada mysterious type of guy dan tak banyak cakap. Dia hanya bersuara bila perlu sahaja. Nama; Elm.

Yang bongsu pula bernama Alder dan berumur 27 tahun. Dia lebih talkactive dan liar dari tiga abang-abangnya. Dan juga sentiasa pakai mask tak kira di mana sahaja. Tiada siapa pernah melihat wajah lelaki tersebut kecuali abang-abangnya. Ini kerana dia seorang pencuri. Yes that’s right, adik beradik yang paling suka buat hal adalah Alder. Dia seorang yang panjang tangan dan akan mencuri barang orang di mana sahaja dia pergi. Katanya; ‘It’s a habit, dah tak boleh buang’. So, mereka guna kebolehan Alder untuk membantu Hawktorn dalam mengkaji Sumpahan Enchanted itu dengan mengumpul sebanyak mana informasi yang dia boleh dapat dan barang-barang yang Hawkthorn perlukan untuk kajiannya.

Secara official, empat beradik ini telah dilantik oleh The Great Wizard Merlin secara rahsia sebagai Mind Of the Believer dan menyelesaikan masalah tentang Sumpahan Enchanted bersama The Great Wizard Merlin di dalam bayangan Camelot. Tiada siapa tahu tentang Sumpahan tersebut kecuali orang-orang penting sahaja. Kebanyakan Believers tidak tahu cerita sebenar tentang pertubuhan rahsia ini dan ingatkan ia hanya untuk mengekalkan keamanan Enchanted sahaja.

So, back to the Present…. Hansel menjadi salah seorang The Believers pada usia yang muda dan mengetahui semua pasal Sumpahan dan ect. Dihantar ke Vicious sebagai hukuman dan juga misi yang berkaitan dengan sumpahan Enchanted itu. Dia mengenali mereka berempat kerana mereka yang memberi misi tersebut kepada Hansel.

Hansel hanya ketawa dan menggeleng. lelaki tua, umur 43 tahun ini masih tidak berubah dari dulu hingga sekarang, sentiasa periang. Cuma perutnya yang membesar. “Tuan masih menjahit ke?”

“Dah tentu!” dia ketawa sambil memegang perutnya. “My tailor shop is the best in Camelot! Semua puteri berpusu-pusu ke kedai saya untuk jahitkan gaun terbaik untuk mereka—apapun, kamu di sini sendiri ke? adik kamu?”

“She’s on her mission. Baby-sitting Ivy.”

Alder, anak bongsu yang bertopeng itu ketawa besar sambil menyandar di railing tingkat tersebut, dia sedang memerhatikan ahli-ahli believer sedang menjalankan kerja mereka. matanya tertumpu pada satu meja bulat yang mempunyai dua orang pelanggan. “nampaknya adik kau menikmati misinya.”

Hansel bergerak ke sisi Alder dan perhatikan adiknya dan Ivy sedang berbual kosong bersama minuman dalam tangan. “Or Ivy sedang menikmati Gretel sekarang ni. Dia suka sangat kenakan Gretel.”

Papa Koala juga menyandar pada railing tersebut, memandang dua wanita itu dengan riak wajah risau. “Is it okay thou? Tinggalkan adik kamu bersendirian dengan Villain?”

Hansel mengangguk, tidak lepaskan pandangannya dari mereka. “She’s harmless right now. Masih lagi menakutkan tapi tak lagi merbahaya.”

“Itu sebab Magic Ivy telah di tahan oleh Wizard Merlin.” Anak kedua, Hawkthorn bersuara tanpa melepaskan matanya dari laporan-laporan dalam tangannya bersama Elm. Wajahnya tetap strict seperti selalu dan kacamatanya membuatkan dia kelihatan lagi serious dari wajahnya yang sebenar. “Pada waktu ni young villain tu bukan masalah kita sekarang thanks to Raja Arthur memerintah untuk menggari The Devil. Tapi tak bermaksud kita patut abaikan dia sepenuhnya.” Dia mengangkat pandangannya kearah Hansel dan simpulkan jari jemarinya di atas meja. “I need you to do something for us. Sejak kebelakangan ni Pengetua Merlin mengesan kehadiran gelap di sekeliling Enchanted dan ia makin membesar semenjak witch tu muncul di sini. Sepatutnya, hanya orang saya sahaja yang menyiasat tentang masalah ni tapi disebabkan mereka tak tahu cerita sebenar, kami susah nak cari bukti atau petunjuk—” ayat Professor astronomy ini terhenti bila dia dengar ketukan pintu dan mereka berlima berpaling kearah pintu masuk.

“Gretel?” Hansel menjungkit kening. “Apa kau buat kat sini? Ivy—” Dia kembali memandang ke bawah melihat Ivy bersendirian bersama Diaval.

“Jangan risau.” Gretel bersuara dan mendekati mereka. “Aku kata aku pergi ke tandas dan akan balik sebentar lagi. anyways, aku dengar korang berbincang tentang Losing Heart kan?” soalnya dengan senyuman nakal. “Aku nak join sekali.”

“Losing Heart?” Hansel kembali memandang Lelaki terbijak dalam bilik itu.

Sementara itu,  Ivy yang bersendirian sedang bercerita dengan Diaval dengan nada rendah, berbisik di telinga Diaval kerana irama lagu yang berdentum dengan kuat dan juga kalau dia menjerit tentu orang lain fikir dia gila.

Sehinggalah perhatiannya berpindah kepada pentas band kerana music di pub itu berhenti secara tiba-tiba. Mata Ivy terbeliak bulat melihat siapa yang berada di atas pentas tersebut sekarang ni, sedang memegang gitar bersama sekumpulan lelaki yang mempunyai alat music masing-masing.

“Apa dia buat—” Ayat Ivy terhenti bila bunyi yang membingitkan datang dari speaker pub kerana lelaki tersebut menghidupkan microfon di standnya.

“Ah-Ah…. Test-test… 1..2..3..” Dia berdehem sebelum tersenyum dengan nakal. “I’m here tonight untuk menyambut kepulangan seorang ‘kawan’. Dia berada di dalam pub ni sekarang dan saya berharap dia akan menikmati setiap lyric yang saya buat untuknya.” Katanya membuat semua orang bersorak. Kedengaran seperti ia satu luahan hati.

Lelaki itu tersenyum lebar di sebalik hoodienya bila dia perasan wajah Horror Ivy. Itu riaksi dia ingin lihat dari wajah ahli sihir jahat itu.

“Ha-ha-ha, This is about you.” Katanya dengan senyuman sinis membuat Ivy tegang satu badan.

“Apa Jack buat kat sini?” Soalnya cemas. Dia nak je pergi ke sana dan menarik Jack turun dari pentas tersebut tapi terbatal bila semua orang dah pun berkumpul di depan pentas, menari dan menikmati lagu yang dibawa oleh Jack.

Ivy hanya boleh menelan air liur yang kasar. Mendengar lagu tersebut dengan teliti. Ivy tahu ia sebuah massage.

*Beware, beware, be skeptical
Of their smiles, their smiles of plated gold
Deceit so natural
But a wolf in sheep's clothing is more than a warning
Bah-bah-black sheep, have you any soul?
No sir, by the way, what the hell are morals?

Jack, be nimble, Jack, be quick
Jill's a little whore and her alibis are dirty tricks

             Ivy menggenggam erat penumbuknya di atas meja. Ia memang sebuah massage! Dia beri amaran dekat Ivy?? Dia tahu rancangan Ivy dan dia sedang mengutuk, mempermainan ahli sihir ini dengan sebuah lagu. Like it one of his sick joke.

So could you
Tell me how you're sleeping easy
How you're only thinking of yourself
Show me how you justify
Telling all your lies like second nature
Listen, mark my words, one day
You will pay, you will pay
Karma's gonna come collect your debt

              Hansel dan Gretel yang sedang berbincang dengan Mind of The Believers (MoTB) terdengar irama lagu pelik datang dari bawah dan memandang kearah Alder, lelaki yang menjalankan Pub tersebut.

              “Jangan risau, selalunya ada emo band datang sini untuk nyanyikan lagu mereka. it’s quiet refreshing. Bukan selalu dapat dengar lagu metal macam ni.” Katanya membuat dua beradik ini mengangguk dan kembali pada plan mereka.

               Ivy pula mengetap gigi dengan erat, giginya boleh hancur kerana rasa marah yang amat. Matanya bercahaya tanda dia tercabar mendengar lirik lagu tersebut dan gelangnya juga memberi percikan kecil.
  
              “Apa yang dia sedang mainkan ni?” Dia berdesir dengan nada mengancam.

               Diaval menyentuh tangan Ivy menggunakan kakinya menarik perhatian Ivy tapi tak lut, anak jagaannya terlalu tumpukan perhatian pada lagu Jack.

Aware, aware, you stalk your prey
With criminal mentality
You sink your teeth into the people you depend on
Infecting everyone, you're quite the problem
Fee-fi-fo-fum, you better run and hide
I smell the blood of a petty little coward

Jack, be lethal, Jack, be slick
Jill will leave you lonely dying in a filthy ditch

               Dia panggil Ivy pengecut??? Dia sedang memaki dan mencaci Ivy sekarang ni!! Berani dia berkata seperti itu tentang ahli sihir muda ini! Cara Ivy untuk memusnahkan Enchanted bukan lah cara seorang pengecut! Kau tak tahu apa-apa Jack! Dan burukkan Jill untuk buat Ivy rasa dia lebih baik dari ex-gf’nya memang tak menjadi. Malah buat Ivy tambah marah.

So could you
Tell me how you're sleeping easy
How you're only thinking of yourself
Show me how you justify
Telling all your lies like second nature
Listen, mark my words, one day
You will pay, you will pay
Karma's gonna come collect your debt

              Sumpah suasana dalam Pub itu makin tegang antara Jack dengan Ivy walaupun mereka berjauhan. Kalau bukan disebabkan gelang pada tangannya itu, dah lama pub tersebut terbakar oleh kemarahan Ivy.
    
              Dah tentu gelang itu merenjat satu badannya sekarang tapi dia endahkannya kerana fikirannya hanya tertumpu pada satu. Lagu Jack dan cara untuk bunuh lelaki itu dengan serta merta. Tak kira guna magic atau pun tak. itu dua perkara.

              Diaval yang melihat elektrik mengalir satu badan Ivy membelakangkan diri, takut melihat elektrik tersebut keluar dari badannya membuat rambutnya beralun seperti ada angin meniupnya asalkan ia dari riaksi dari gelang tersebut; menahan Ivy dari mengeluarkan magicnya.

              Tapi kemarahan Ivy redah bila dia dengar lirik seterusnya.

Maybe you'll change
Abandon all your wicked ways
Make amends and start anew again
Maybe you'll see
All the wrongs you did to me
And start all over, start all over again

             What? Apa pula yang Jack sampaikan ni? Dan riak wajah Jack melembut bila dia menyanyikan lirik tersebut sambil dia depakan tangannya kearah Ivy.

             Pada saat itu, Ivy ingatkan masa terhenti dan sekelilingnya menjadi putih, hanya meninggalkan Jack yang mendepakan tangan kearahnya. Bunga Spider-lily berwarna merah mekar di sekeliling mereka dan kelopak bunga tersebut bangkit keudara, menganggu penglihatan Ivy dan dia rasa ia untuk menyembunyikan ekspresi wajah sebenar Jack. Semua orang juga telah lenyap dan sesuatu dalam diri Ivy tertarik pada tindakan Jack.

Dia rasakan sesuatu.    

Tapi itu hanya untuk seketika sebelum wajah Jack kembali ke wajah sinis dan suasana dalam pub itu kembali pada Ivy.

Who am I kidding?
Now, let's not get overzealous here
You've always been a huge piece of shit
If I could kill you I would
But it's frowned upon in all Enchanted’s
Having said that, BURN IN HELL!!!

(Where are you motherfucker? Ha ha!)

So tell me how you're sleeping easy
How you're only thinking of yourself
Show me how you justify
Telling all your lies like second nature
Listen, mark my words, one day
You will pay, you will pay
Karma's gonna come collect your debt

Karma's gonna come collect your debt,
(She's a li—she's a li—she's a liar)
Karma's gonna come collect your debt.

Semua orang bersorak dan bersiul sebaik sahaja lagu tersebut tamat, memuji kepakaran mereka membawa lagu tersebut dengan baik tapi bagi Ivy tidak. Bagi dia lagu tersebut meluatkan.

Lelaki tu hanya nak mempermainkan aku!! Desis hati Ivy, geram kerana hanya dengan satu lagu Jack boleh buat perasaannya naik turun seperti roller coaster. Dia tak faham kesemua maksud dalam lagu tersebut tapi apa yang dia tahu, ia dikarang untuk menyakitkan hati Ivy.

Oh I wish I’m the one to do the killing…. Desis hatinya lagi teringat lirik lagu Jack yang dia nak bunuh Ivy. Elektrik pada badannya makin kuat dari sebelumnya sehingga meninggalkan kesan pada tempat duduk dan meja. Airnya juga dah tertumpah kerana renjatan tersebut.

Gelombang elektrik itu makin kuat bila dia lihat Jack turun dari pentas dan datang mendekatinya.

Renungan maut itu tetap tidak pudar. “Jack…”

Jack tersenyum nakal di sebalik hoodienya. “Evening m’lady.” Dia mencapai tangan Ivy yang dia genggam, tidak rasa langsung renjatan elektrik dari gelang tersebut kerana dia menggunakan black magic dan memaksa Ivy membuka tangannya.

Ivy ingin menarik tangannya tapi genggaman lelaki itu terlalu erat. “You really want to play a dangerous game” katanya berdesir.

Jack menarik sengih, melihat kesan calar masih ada pada tangannya. “Looks like kau tak membuangnya.”

“Itu sebab kau dah sumpah ia tinggalkan kesan macam tu.” katanya lagi dengan nada mengancam.

“I like seeing you furious like this. It suits you.” Ivy tergamam untuk seketika mendengar ayat Ivy tapi kembali marah. Dia takkan terjebak dengan ayat manis Jack lagi.

Jack mengeluarkan sekuntum bunga ros dari poketnya dan meletakkan di tapak tangan Ivy membuat ahli sihir itu terkejut, dan kemarahannya hilang dengan sekelip mata. Bunga ros berwarna ungu. Ia hanya ada di vicious sahaja.

Ivy mendongak melihat Jack tersenyum menayangkan gigi taringnya. “kau tahu apa maksud bunga ni kan?”

Ivy kembali menjeling kearah Jack. “Aku takkan terperangkap dalam permainan kau.”

“Oh you are wrong dearie… you fall exactly into my trap.” Dia menangkap dagu Ivy dan memaksa dia mendongak, melihat kearah tingkat dua dimana dia boleh lihat sedikit pemandangan wajah serious Hansel dan Gretel bersama 4 lelaki yang tidak dikenali. Dia tak dapat nak cam rupa mereka berempat kerana mereka membelakangkan penglihatan Ivy. tapi dua beradik tu dia boleh cham walaupun hanya kepala sehingga paras mata mereka sahaja dia boleh lihat.

“Mereka sedang merancang sesuatu dibelakang kau. The Believers.” Katanya membuat Ivy menepis tangan Jack. Lelaki itu kembali memandang ekspressi wajah Ivy seperti dia telah dikhianati. “Heh… Coming from a villain, kau sebenarnya percayakan mereka berdua kan?” ini buat Ivy menjeling kearah Jack dengan mata bercahaya, renjatan elektrik mengalir di badannya.

“Apa kau nak dari aku…” Suara Ivy sangat rendah tapi sangat jelas pada telinga Jack. Lelaki ini menarik sengih, Ivy sedang menahan kemarahannya kerana renjatan elektrik yang menyakitkan itu.

Melihat betapa kuatnya renjatan tersebut pada badan Ivy sehingga ia ketara pada pandangan mata, Jack jangka kemarahan Ivy sedang meluap-luap dalam dirinya atau magical corenya sememangnya kuat sehingga membuat renjatan ketara pada badannya seperti itu.

Jack ingin melihat sampai mana limit 'kekuatan' Ivy…

Dia mencapai tangan Ivy semula dan mengambil bunga yang Ivy letakkan di atas meja tadi, kembalikan pada tangan Ivy. “Like I said before. Aku akan tolong kau. You just have to be patient.” Katanya dengan nada terhibur melihat renjatan tersebut makin ketara dan Diaval dah bising di kerusi bertentangan dari Ivy. takut melihat Ivy sekarang ni.

“And….” Dia memaksa Ivy menggenggam bunga berduri itu, membuat Ivy merintih kesakitan. Luka dari duri tersebut terkena renjatan membuat ia lebih sakit. “Always remember me in this pain.” Bisiknya dengan senyuman sinis, menayangkan gigi taring itu. “Hatred… betrayal…. Alone…. Dan bila kau dah sedar yang semua ini hanya permainan, panggil aku. I will be there.” Bisiknya dan melepaskan tangan Ivy sebelum dia beredar pergi meninggalkan ivy yang masih menggenggam bunga tersebut.

Tangannya telah mengeluarkan cecair merah tapi dia tetap menggenggam bunga tersebut sehingga tangannya menggeletar. Dia segera mengambil gelasnya dengan tangan lagi satu dan menghentaknya di atas meja. Pecah berderai menjadi serpihan kaca kecil di atas meja.

Diaval menjerit kearah Ivy bila dia mengambil serpihan tersebut dan calarkan tangannya yang telah pun tercedera, memangkah luka ‘nota’ Jack dari tangannya.

Ia sakit. Sangat sakit dan sangat pedih. Seperti kulitnya dibakar kerana renjatan dari gelang itu tidak redah, sama seperti perasaannya. Tapi wajahnya tidak menunjukkan sebarang ekspressi muka langsung. Ia kosong. Hanya melihat lebih banyak darah menitis dari tangannya ke atas meja dan bercampur dengan jusnya.

Tapi kepedihan pada tangan Ivy tidak boleh mengalahkan kepedihan dalam hatinya. Dia rasa hatinya sangat sakit sekarang ni. Ia berdegup dengan kencang sehingga dia tak dapat mendengar dentuman music dalam pub tersebut, hanya dentuman jantungnya yang kuat sahaja dia boleh dengar.

Ivy rasa jantungnya ingin meletup kerana tidak tahan dengan perasaan yang merebak di dalam dadanya.

Seperti Puan Sally pernah bagi amaran kepada Ivy; Hati seorang Villain sangat rapuh. Jika Ivy tetap menyimpannya, ia hanya memudaratkan badannya sendiri.

Ya. Ivy nak membuang hati itu.

Ya. dia tak inginkan hati itu.

Ya. Dia berharap dia tidak menjaga hati itu lagi tapi…

Setitis air mata akhirnya jatuh turun ke pipinya membuat burung gagak itu terbang naik ke tingkat dua. Dia dah tak kesah pasal meeting rahsia mereka tu, dia lebih risaukan anak jagaannya.

Air mata yang mengingatkan janjinya kepada seseorang yang telah pergi dari hidupnya. lelaki yang sangat penting kepadanya. Lelaki itu adalah segala-galanya bagi Ivy.

.


.

“I, Ivy… will never throw this heart away no matter what happen!—Plus tiada apaun akan berlaku.” Kata Ivy berumur 5 tahun dengan senyuman manis sambil mengangkat tangan sumpah.

Seorang lelaki yang lebih tua darinya, mencangkung depan Ivy, juga mengangkat tangan. “Crossed your heart and hope to die?”

Ivy muncungkan bibirnya dan mengangguk. “Crossed my heart and hope to die.” Dia buat pangkah pada dadanya meninggalkan cahaya x warna merah sebelum ia lenyap disebalik kulitnya. “Ayah… hati ni bukan milik Ivy pun tapi kenapa Ivy kena bersumpah?”

Lelaki yang merupakan Ayah Ivy hanya tersenyum dan membelai hujung rambut anaknya dengan lembut. “Suatu hari nanti kau akan faham. This is for your own good.”

>X<
*set it off – Wolf in sheep’s clothing

*Bunga Ros ungu = Enchanting….


(A/N: Yes, lagu Jack tu kira penting dalam cerita ni. Sila hayatinya jika tak keberatan! Huhuhuhuhu Anyhow~~~~ The mystery start peeling off slowly! Yeay!)

P/S: I did it! karang chapter ni sebelum hujung minggu! ini sebab my project sketch goes smoothly-tapi tak bermaksud dah siap... huhuhuhuhu anyhow, kalau dah siap mungkin angah akan post kat sini untuk dessert korang semua (^_~) wish me luck thou!!

Comments

  1. Replies
    1. Woa there, hold your horses baby girl!

      Hahahaha, Angah cuba cari ruang untuk menaip sebanyak yang mungkin. Tahan diri anda dan bersabar dengan penulis yang terlalu banyak hobi+project merapu+kucar-kacir ini... hehehe (^3^) *kisses*

      Delete
  2. Angah...angah...nak lg...tau angah busy tapi takleh tahan diri dr nak baca sambungan citer ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.... Angah dah update new chapter, supposed post this sunday tapi angah kat rumah aunty and didn't bring my Lappy, so dah update today! Enjoy it thou ^_^ and thank you for being patient salmi *Kisses*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts